Friday, December 29, 2006

SIAPA PEJUANG SUNNAH YANG SEBENAR?

SIAPA PEJUANG SUNNAH YANG SEBENAR?

Mendengar ceramah Dr MAZA, Mufti muda bagi negeri Perlis Darul Sunnah, tergerak di fikiran ini tentang “dakwah sunnah” yang didakwa oleh beliau.

Apakah dakwah sunnah itu adalah dakwah yang di perjuangkan oleh orang perlis, dan dakwah golongan lain tidak di panggil sebagai dakwah Sunnah?

Sebelum ini, di Malaysia, golongan yang mendakwa sebagai pejuang Sunnah adalah “jemaah tabligh”, yang sehinggakan mereka sanggup mengatakan keluar 3 hari, 40 hari dan 4 bulan adalah sunnah. (penulis sudah ulas tentang kebenaran dakwaan jemaah tabligh itu”

PEJUANG-PEJUANG SUNNAH TERDAHULU

Menyebut dakwah Sunnah, maka pasti ianya adalah dari golongan yang berpegang kuat dengan Al-Quran dan As-Sunnah.

Disebabkan di zaman Rasulullah SAW pencatitan hadis-hadis nabi amat sedikit, ini adalah kerana bimbang bercampur antara Al-Quran dan Sunnah dan supaya tidak mahu menjadikan manusia mementingkan menghafaz hadis berbanding Al-Quran, disamping dengan kesibukan muslim dengan membuka kota-kota Islam dan fitnah yang pelbagai menimpa umat Islam, maka jadilah manusia berada didalam kekurangan didalam pemahaman dan penghafalan hadis-hadis Nabi SAW.

Kebimbangan ini telah di kemukakan oleh pemimpin ‘Adil, iaitu Omar Abdul Aziz. Lalu beliau telah mengarah Abu Bakar Muhammad bin ‘Amru bin Hazm untuk menulis hadis-hadis nabi SAW.

Selepas dari itu, ramailah ulama-ulama mula menulis dan menyusun hadis-hadis nabi SAW. Lahirlah ulama-ulama yang menyusun hadis, seperti Ibnu Juraij di Makkah, Muhammad Ishaq dan Imam Malik di Madinah, Ar-Rubai’ bin Sobib, Sa’id bin Abi ‘Urubah danHammad bin Salamah di Basrah, Sufyan As-Sauri di Kufah, Auzaii di Syam, Ma’mar di Yaman, Ibnu Mubarak di Khurasan, Al-Lais di Mesir dan sebagainya .

Membaca kitab-kitab terkemudian, kita juga dapat lihat bagaimana, Imam As-Syafii, Imam Ahmad bin Hanbal dan Imam Malik yang telah di beri gelaran sebagai Ahl Hadis, sedangkan kadangkala fatwa ketiga-tiga ulama besar tersebut berbeza antara satu dengan yang lainnya.

Imam Ahmad bin Hanbal pernah berkata terhadap imam As-Syafii;

كان أفقه الناس فى كتاب الله و سنة رسوله

Maksudnya;
“Beliau (Imam As-Syafii) adalah manusia yang paling faqih (paling faham) tentang Kitabullah dan Sunnah Rasul-Nya ”

Imam Ahmad bin Hanbal juga ada menyebut;

ما عرفت ناسخ الحديث من منسوخه حتى جالست الشافعى

Maksudnya;
“Aku tidak mengetahui nasikh hadis daripada mansukhnya melainkan aku duduk bersama As-Syafii ”

Kehebatan As-Syafii didalam bidang hadis telah di iktiraf oleh Imam Ahmad Sendiri, tetapi jika di lihat pula kepada Imam Ahmad, beliau juga tidak kurang hebatnya.

Beliau merupakan seorang ulama yang kuat menghafal hadis sehinggakan beliau digelarkan sebagai Imam al-Muhaddisin .

Imam Malik juga seorang ulama hadis yang terkemuka dan hebat didalam bidang hadis. Beliau pernah bercerita berkenaan ketika umurnya mencapai 17 tahun, yang beliau di minta supaya mengajar ilmu hadis dihadapan beberapa ulama-ulama hadis dan fiqh yang terkemuka di Madinah ketika itu.

Beliau berkata;

ما جلست للفتيا و الحديث حتى شهد لى سبعون شيخا من أهل العلم

Maksudnya;
“tidak aku duduk untuk fatwa dan hadis melainkan menyaksikanku oleh 70 orang syaikh (orang berkeahlian) daripada kalangan ahl ilmu ”

Seluruh guru-gurunya dan kawan-kawan rapatnya telah mengisytihar beliau sebagai imam didalam ilmu hadis .

Melihat dengan jolokkan ulama-ulama hadis kepada mereka, kita merasakan bagaimana kehebatan mereka sehinggakan pengisytiharan sebagai pakar hadis, bukanlah dari dakwaan diri mereka sendiri, tetapi datang dari golongan pakar yang lain, yang juga faqih didalam bidang hadis.

PERSELISIHAN FATWA DI KALANGAN ULAMA HADIS

Walaupunbegitu, melihat kepada fatwa-fatwa mereka, kadangkala berlaku perselisihan dan mengandungi perbezaan pendapat dikalangan mereka.

Antara perdebatan yang berlaku, berkenaan dengan sujud, yang telah dibahas oleh AS-Syafii dan Maliki.

Maliki menfatwakan bahawa, sujud yang wajib adalah semata-mata meletakkan dahi di tempat sujud sahaja. Adapun tangan, kaki dan selainya adalah sunat sahaja .

Adapun As-Syafii, beliau menfatwakan pula bahawa diwajibkan meletakkannya pada tempat solat, tujuh anggota sujud, iaitu dahi, dua tangan, dua kaki dan dua lutut. Jika tidak, ianya boleh membatalkan solat.

Kedua-dua pandangan ulama hadis ini adalah bersandarkan kepada sebuah hadis, iaitu Sabda Nabi SAW;

عن العباس بن عبد المطلب أنه سمع النبي (ص) يقول : إذا سجد العبد سجد معه سبعة آراب وجهه وكفاه وركبتاه وقدماه

Maksudnya;
“Daripada Al-Abbas bin Abdul Muttalib, sesungguhnya dia mendengar Nabi SAW bersabda : apabila hamba itu sujud, maka hendaklah dia sujud bersama tujuh anggota, iaitu mukanya, dua tangannya, dua tapat tangannya, dua lututnya dan dua kakinya ”

Juga, Imam Maliki berpendapat bahawa ijmak Ahli Madinah merupakan dalil yang mesti di jadikan hujjah dan tidak boleh di khilafinya. Sehinggakan didalam usul mazhab Malikiyyah, Amalan Ahli Madinah di dahulukan berbanding Hadis Ahad di kala berlaku pertentangan .

Pendapat Imam Malik ini bersalahan dengan pendapat ulama-ulama yang lain, termasuk Imam Syafii dan Imam Hanbali, ini kerana, mereka beralasan tentang adanya sahabat-sahabat Baginda SAW yang bukan dari kalangan orang madinah yang juga mendengar hadis .

Daripada pemahaman ini, kita dapat melihat bagaimana ulama-ulama yang diberi jolokkan ahl hadis yang sememangnya mereka merupakan “da’I sunnah” sendiri berlaku perselisihan pendapat dikalangan mereka.

PEJUANG-PEJUANG SUNNAH DI ZAMAN MODEN

Begitujuga, kebanyakan orang mengatakan tokoh sunnah di zaman moden ini adalah As-Syaikh Sayyed Sabiq dan As-Syaikh Albani Rahimahuma-llah, tetapi pandangan kedua-duanya berbeza, sehinggakan Albani mengarang pula sebuah kitab yang bertajuk “tamam al-Minnah” sebagai ta’liq beberapa pandangan As-Syaikh Sayyed Sabiq didalam kitabnya “Fiqh As-Sunnah”.

Melihat kepada kehebatan As-Syaikh Sayyed Sabiq, kehebatannya amat terserlah, ini kerana, keistiqamahan beliau dalam menyampaikan dakwah Islamiyyah dengan mengarang banyak kitab-kitab yang berbentuk tafaqquh, samada dalam bidang aqidah dan bidang fiqh.

Beliau mengarang kitab “Aqidah Muslim” dan “fiqh As-Sunnah” yang banyak didakwa oleh “orang-orang pondok” sebagai kitab wahabi. Celaan dari “orang-orang pondok” terhadap Syaikh Sayyed Sabiq di Malaysia dan Fatani amat melampau dengan dakwah sunnahnya itu sehinggakan As-Syaikh Sayed Sabiq di gelar sebagai “syaikh sabit rumbut” dan berbagai-bagai lagi.

Didalam Kitab “Fiqh As-Sunnah” As-Syaikh Sayyed Sabiq menyatakan bahawa di sunatkan menunaikan solat tarawih sebanyak 20 rakaat. Pendapat ini merupakan pendapat jumhur ulama daripada Hanafiyyah, Hanabilah dan Daud (az-Zohiri).

Menurut As-Syaikh Sayyed Sabiq, pendapat ini di dokong oleh hujjah dari amalan sahabat-sahabat besar, seperti Omar bin al-Khattab, Ali bin Abi talib dan lainnya .

Pendapat ini di canggahi oleh As-Syaikh Albani Rahimahullah. Didalam kitabnya yang bertajuk “Solat at-Tarawih” menyatakan bahawa, solat Tarawih yang di tunaikan sebanyak 20 rakaat tidak warid dari amalan Rasulullah SAW . Maka dengan demikian, As-Syaikh Albani tidak memilih untuk menunaikan solat Tarawih sebanyak 20 rakaat.

Dari ulasan ini juga kita dapat lihat, bagaimana dua pendapat “da’I Sunnah” juga bercanggah sesame mereka didalam mencari dalil bagi mengkuat hujjah masing-masing.

Dari pemahaman ini, mana mungkin kita mengatakan Syaikh Sayyed Sabiq tidak sunnah, sedangkan ulasan hujjah beliau bersandarkan kajian Nas yang dii’tiraf oleh Syarak. Begitujuga As-Syaikh Albani, yang beliau juga berhujjah berdasarkan kajian ilmiyyah dari Al-quran dan Sunnah.

DAKWAH SUNNAH DI BAWAH KEPOMPONG PENJAJAH : ANTARA ASRI DAN ANUAR IBRAHIM

Bersambung…….

One_G
abu_abdillah_azzam@yahoo.com
http://laptopdarulfiqh.blogspot.com

No comments: