Friday, October 27, 2006

SEHARI RAMADHAN DI KELANTAN : CINTA PANDANG PERTAMA

SEHARI RAMADHAN DI KELANTAN : CINTA PANDANG PERTAMA

Penulis memang berasal atau kelahiran dari Negeri Che Siti Wan Kembang, iaitu Kelantan, tetapi didalam umur penulis, belum pernah menyambut hari raya negeri kelahiran penulis itu.

Semuanya atas kehendak Ilahi, penulis telah berumah tangga dengan seorang muslimat yang sama belajar di luar negara, yang berasal dari Pantai Timur juga.

Hari raya kali ini tidaklah seperti raya yang penulis lalui sebelum ini, ini kerana, tahun-tahun sebelum ini, penulis tidak merayakannya di kampung, bahkan menyambut hari raya di tempat tinggal penulis di Sungai Buloh, Selangor.

Penulis telah berada di kampung sehari sebelum raya, maka dengan itu, penulis sempat merasakan puasa di kampung selama sehari.

Dalam masa sehari itu, penulis pergi ke Bandar Kota Bharu dan dapat merasakan keindahan islam memerintah di dalam sesebuah negara.





















Cuba bayangkan di padang stadium Bandar Kota Bharu dibangunkan khemah berhampiran dengan Bazar Ramadhan dengan tujuan untuk menghidupkan amalan ibadat solat tarawih dan solat berjemaah di situ. Dikala berbuka puasa, di Khemah tersebut ada menyediakan “maidah ar-rahman” untuk memberi makanan percuma kepada mereka yang berpuasa.



















Sebelum waktu berbuka puasa, tazkirah ringkas sebelum berbuka puasa di adakan. Seorang ustaz yang merupakan salah seorang exco kerajaan Negeri kelantan telah menyampaikannya. Keadaan ini amat mustahil berlaku di negeri-negeri dibawah kepimpinan Barisan Nasional.





















PILIHANRAYA AKAN DATANG : ISLAM MEMERINTAH LAGIKAH DI KELANTAN?

Selepas dari berbuka puasa, penulis menziarahi kawan-kawan yang sama-sama belajar di luar negara dahulu. Semasa bersama, banyak perkara yang dibincangkan oleh kami, termasuklah berkenaan dengan kekuatan kerajaan PAS di Negeri kelantan.

Didalam perbincangan tersebut, banyak pro dan kontra yang dilontarkan oleh mereka. Ada yang berkesimpulan bahawa keadaan kerajaan kelantan sekarang amat kukuh dan ada yang mengatakan kerajaan kelantan sekarang sedang menimpa kelemahan.

Pada penilian penulis sendiri, kedua-dua pandangan ada kebenarannya berdasarkan kepada alasan-alasan yang dikemukakan oleh mereka.

Walaubagaimanapun, tugas kita sebagai pejuang-pejuang Islam yang mahu Islam masih bertahan di Kelantan, mesti bekerja kuat bagi memastikan Islam bertahan di negeri itu.

MENGAPA MESTI ISLAM MEMERINTAH?

Islam bukanlah sekadar agama yang ditaarifkan oleh golongan-golongan tertentu. Bahkan Islam merupakan sebuah agama yang disebut oleh orang-orang barat sebagai “way of life” atau cara hidup.

Cara hidup itu menunjukan Islam tidaklah sekadar peribadatan sahaja, bahkan disana, Islam mempunyai ajaran yang amat luas iaitu sistem pemerintahan yang berasaskan kepada Amar Ma’ruf dan Nahi mungkar.

Firman Allah;

الَّذِينَ إِنْ مَّكَّنَّاهُمْ فِى الاٌّ رْضِ أَقَامُواْ الصَّلَواةَ وَآتَوُاْ الزَّكَواةَ وَأَمَرُواْ بِالْمَعْرُوفِ وَنَهَوْاْ عَنِ الْمُنْكَرِ وَلِلَّهِ عَاقِبَةُ الاٍّ مُورِ

Maksudnya;
“(yaitu) orang-orang yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi niscaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat ma'ruf dan mencegah dari perbuatan yang mungkar; dan kepada Allah-lah kembali segala urusan”

(Surah Al-Hajj : 41)

Apabila Islam memerintah, segala perkara yang membawa kepada kemaksiat di berhentikan dan pemerintahan tidak akan melaksanakan tuntutan hawa nafsu yang jahat, seperti mengamalkan sistem ekonomi kapitalis yang bersifat menzalimi rakyat dan menguntungi golongan tertentu, terutama dikalangan golongan yang kaya.

Pengharaman pengamalan sistem ekonomi yang berasaskan sistem kapitalis telah diharamkan oleh Allah di dalam firman Allah;

كي لا يكون دولة بين الأغنياء منكم

Maksudnya;
“supaya harta itu jangan beredar di antara orang-orang kaya saja di antara kamu”

(Surah Al-Hasyr : 7)

Pemerintahan yang tidak berasaskan kepada wahyu akan melahirkan sistem kezaliman dan penindasan kepada golongan-golongan tertentu, terutama golongan miskin.

Melihat kepada sistem pemerintahan di Negara ini, sudah dapat kita menilai bagaimana Selangor mengisytiharkan “sifar setinggan” yang sehingga kita dapat dilihat bagaimana golongan bawahan berumah tanggakan Khemah, sedangkan golongan bangsawan atau golongan “Yang berhormat” berada di banglo-banglo Mewah.















Sekiranya si miskin mempertahankan hak mereka, amat menyedihkan, golongan miskin itu dikenakan berbagai-bagai tekanan, sehinggakan si miskin tidak dapat melakukan apa-apa tindakan dari tekanan pihak kaya tersebut.

Adapun dengan kesalahan yang dilakukan golongan “yang berhormat”, mereka mendapat pembelaan dari Menteri Besar dan kadangkala mendapat jemputan dari pihak istana untuk mengadap.





















Dimanakah keselesaan rakyat yang berbumbungkan sistem kapitalis ini? Apakah kerajaan tidak menyedari tentang kemiskinan yang dihadapi oleh rakyat mereka sendiri? Dan bla..bla..bla….

Sekian

One_G
abu_abdillah_azzam@yahoo.com
http://laptopdarulfiqh.blogspot.com

ZAKAT : BAYAR PADA AMIL ATAU KEPADA ASNAF YANG LAIN?

ZAKAT : BAYAR PADA AMIL ATAU KEPADA ASNAF YANG LAIN?

Hari ini, tidak ada perkara yang ingin dilakukan, penulis bersama keluarga didalam pukul 5.30 petang, menonton television. Didalam rancangan TV 3, satu siaran yang bernama Al-kuliyyah yang menampilkan 2 orang ahli penal yang agak dikenali ramai, iaitu Ustaz Uda Kasim dan Ustaz Farid Razi.

“al-kuliyyah” kali ini agak menarik dengan menghidangkan kepada penonton satu tajuk perbincangan yang menarik bertajuk “lepas raya”. Berbagai-bagai respon dari pihak penalis dalam perbentangan pandangan mereka yang amat menarik.

LEMBAGA ZAKAT SELANGOR

Didalam pembentangan tersebut, menarik perhatian penulis dengan kenyataan Ustaz Uda Kassim yang penulis sudah kenali beberapa masa ketika yang lalu.

Beliau telah mencadangkan supaya zakat tidak dilakukan pembayaran terus kepada faqir miskin, bahkan mesti dilakukan kepada organisasi amil yang dikenali “lembaga Zakat Selangor”.

Penulis mendengar hujjah dangkal beliau yang mengkiaskan dengan sebatang lidi dengan satu longgok batang lidi yang dijadikan penyapu. “satu batang lidi, apabila di jadikan penyapu, kadangkala menyebabkan lidi tersebut boleh patah. Tetapi jika satu longgok lidi yang dihimpunkan, dapat menyapu seluruh halaman rumah. Maka demikian juga membayar zakat kepada organisasi yang mengumpul wang zakat berbanding membayar zakat secara terus secara individu”, hujjah beliau.

Mendengar hujjah itu, penulis merasakan bahawa Ustaz Uda Kassin yang dulunya dikenali sebagai seorang yang hebat dengan persatuan yang nama beliau tersemat dijiwa-jiwa pelajar-pelajar timur tengah, terutama Jordan dan Mesir telah menjadi seorang bertitle ustaz yang menjadi “barua” kepada lembaga zakat itu.

Penulis semasa belajar di Mesir, masih ingat macam mana ustaz Uda Kasim menjadi barua kepada kerajaan Barisan Nasional Selangor dalam menyekat bantuan zakat dari diberikan kepada pihak asnaf fi sabilillah Selangor di Mesir.

Ramai dari pelajar Islam Selangor di Mesir disekat dari diberikan zakat kepada mereka, sehinggakan ada dari kalangan mereka tidak dapat menghabiskan pengajian mereka disebabkan desakan hidup yang tidak mampu membayar yuran, ekoran sekatan zakat dari pihak kerajaan selangor.

Bagi penerima-penerima zakat dikenakan beberapa syarat-syarat yang memelikkan, seperti larangan memakai kopiah bagi lelaki dan furdah bagi perempuan. Syarat-syarat itu jika dilanggar akan menjadikan bantuan zakat itu sebagai “pinjaman”. Sistem zakat bermazhab apakah ini?

Inilah kezaliman “Lembaga Zakat Selangor” atau dulunya di kenali sebagai “Pusat Pungutan Zakat Selangor”.

LEMBAGA ZAKAT : ADA UDANG DISEBALIK BATU

Mengikut maklumat yang didapati oleh Penulis, Lembaga Zakat mempunyai tugas sebagai satu badan yang diiktiraf oleh kerajaan untuk mengutip zakat, bukan memberi zakat.

Tujuan mereka bersungguh-sungguh memungut zakat sehingga sampai tahap seakan-akan memaksa adalah kerana mereka ingin mendapat bahagian satu perlapan dari kutipan zakat tersebut sebagai Amil.

Kerja mereka bukanlah tugasan yang ikhlas kerana Allah, tetapi mengandungi “udang disebalik batu”, iaitu mengaut keuntungan disebalik kutipan zakat dan dapat mempolitikan zakat kepada mereka yang berhak menerimanya.

Didalam “al-Kuliyyah” juga, perbincangannya seakan-akan asnaf yang dibincangkan terlalu focus kepada fakir miskin sahaja, sedangkan disana ada beberapa asnaf yang patut dibicangkan.

Asnaf-asnaf zakat itu tidak si miskin sahaja, bahkan asnaf zakat itu ada lapan asnaf yang tersebut di dalam firman Allah;

إنما الصدقات للفقراء والمساكين والعاملين عليها والمؤلفة قلوبهم وفي الرقاب والغارمين وفي سبيل الله وابن السبيل فريضة من الله

Maksudnya;
“Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para mu'allaf yang dibujuk hatinya, untuk (memerdekakan) budak, orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan untuk mereka yuang sedang dalam perjalanan, sebagai suatu ketetapan yang diwajibkan Allah”

(Surah At-taubah : 60)

Dengan galakan dari Ustaz Uda Kasim yang mengatakan bahawa pembayaran zakat lebih baik dilakukan kepada organisasi berbanding pembayaran terus kepada asnaf, dapat difahami bagaimana kejayaan pihak barat yang berusaha menghilangkan hubungan silaturrahim antara pembayar dan penerima zakat.

Sekiranya si kaya sudah membayar zakat kepada organisasi, maka ini dapat disimpulkan bahawa, si kaya sudah merasakan dirinya bebas dari bertanggungjawab membayar zakat lagi, sedangkan si miskin yang layak menerima zakat itu, mungkin berada disebelah rumahnya sendiri.

Inilah jurang yang dibina didalam sistem kapitalis yang sudah menjadikan zakat sebagai cara untuk mengaut keuntungan, sedangkan ianya patut dijadikan sebagai jalan untuk mengkuatkan semangat ukhuwwah di antara si kaya dan si miskin.

Dari sudut yang lain pula, apabila zakat dibayar kepada pihak Lembaga Zakat, maka pengeluaran zakat tersebut tertakluk kepada birokrasi-birokrasi yang ditetapkan oleh golongan lembaga. maka kita dapat melihat, bagaimana zakat susah diperolehi bagi golongan yang berhak menerima, kerana tidak mengenali “orang dalam” Lembaga zakat tersebut. Dan, inilah hakikat yang sedang berlaku pada Lembaga Zakat Selangor kini. (kalau tak percaya, tanya Ustaz Uda Sendiri)

Sekian

One_G
http://laptopdarulfiqh.blogspot.com/
abu_abdillah_azzam@yahoo.com

Thursday, October 19, 2006

BILAKAH ORANG UMNO MAHU BERCAKAP POLITIK DALAM MASJID?

BILAKAH ORANG UMNO MAHU BERCAKAP POLITIK DALAM MASJID?

19 october 2006, pada pukul 12.30 minit pagi, TV 3 dalam rancangan Dekomentari “cekal menentang kezaliman” yang menceritakan tentang keganasan dan kezaliman Yahudi Israil terharap rakyat Lubnan, amat membuatkan penulis berfikir.

Didalam rancangan tersebut, mengkisahkan tentang kezaliman Israil yang mengebom rumah-rumah dan membunuh rakyat Lubnan, tidak kira mereka adalah orang Islam atau bukan Islam dengan tidak mempunyai belas kasihan.

Rancangan tersebut ada mendedahkan kenyataan seorang lelaki tua yang mengutuk Amerika dan israil atas agenda demokrasi yang dicadangkan yang akhirnya merosakan umat Islam dan rakyat lubnan sendiri.

Ramai rakyat lubnan menjadikan Hizbullah sebagai model dan menyokong gerakan mereka, tidak kira rakyat itu dari kalangan umat Islam atau bukan Islam.

Sokongan itu, tidak lain dan tidak bukan adalah kerana, perjuangan hizbullah yang menjadikan Islam sebagai dasar perjuangan mereka yang berkemampuan melawan kezaliman Yahudi Israil yang bersama-sama Amerika untuk menghancurkan umat Islam di muka bumi ini.

UMNO DAN ISU LUBNAN

Penulis sudah lama tertarik ingin menulis article berkenaan isu lubnan, tetapi tidak mempunyai fikiran dan idea dalam isu tersebut, tetapi isu ini tetap penulis bawa didalam agenda kuliah-kuliah penulis di sekitar Parlimen Subang.

Membawa isu ini didalam kuliah, ada kalanya dilihat sebagai sesuatu yang positif dan kadangkala dilihat sesuatu yang negative.

Penulis pernah di tegur oleh seorang pengerusi surau atas ulasan penulis tentang isu lubnan dengan alasan penulis merupakan seorang ustaz yang suka berpolitik didalam masjid dan surau. Walaubagaimanapun, penulis tidak berminat dengan teguran sebegitu, maka sikap yang penulis ambil adalah, apabila berada dikuliah lanjutan, penulis akan mengambil sikap “lebih keras” dalam mengulas isu tersebut dan mendedahkan kepentingan bercakap politik didalam masjid dan surau, selagi politik yang dibincangkan adalah politik Islam.

Pengerusi yang dipengaruhi oleh golongan “UMNO Totok” itu berjaya difahamkan oleh penulis dan beliau sendiri mencadangkan agar penulis dapat mendedahkan kepentingan perlaksanaan undang-undang Islam didalam sistem pemerintahan yang ada kini.

Di Malaysia, UMNO adalah satu-satunya organisasi liberal sesat yang sedang memerintah di negara ini yang telah mendidik jiwa manusia agar tidak bercakap Islam didalam masjid dan surau. Fahaman ini merupakan fahaman secular yang tertanam didalam jiwa kebanyakan umat Islam di Malaysia ini.

Secular merupakan satu agenda yang memisahkan antara Islam dan pemerintahan. Agenda ini telah berjaya di tanam dalam pemikiran umat Islam adalah disebabkan dengan usaha jahat dari golongan yahudi yang telah mengupah “ulama-ulama jahat” untuk meresapkan fahaman tersebut.

Dengan timbulnya seorang ulama secular yang bernama Ali Abdul Raziq dengan bukunya yang bertajuk “al-Islam wa usul al-hukm- bahtsun fi al-Khilafah wa al-hukumah fi al-Islam” telah mencetuskan hura hara pemikiran manusia didalam memahami konsep pemerintahan Islam.

Kelahiran ulama secular yang bernama Muhammad Sallem Al-‘Awa dan Jamal Al-banna juga merupakan satu tindakan yang merupakan jenayah Ilmu didalam mendedahkan kefahaman Islam mengikut acuan yang sebenar.

Ekoran dari itu, ramai umat Islam terpengaruh dengan fahaman-fahaman sesat ini. Golongan yang mempelopori pemikiran ini di Malaysia adalah UMNO.

Sebab itu, tidak pelik jika diperhatikan bagaimana kenyataan Tun Dr Mahathir dan pemimpin UMNO ketika PAS yang ingin melaksanakan undang-undang hudud dan qisas di negeri Kelantan, mendapat tekanan hebat dan kita dapat mendengar kenyataan-kenyataan dangkal yang menjadi bukti betapa jahilnya mereka kepada Islam dan tebal fahaman secular didalam jiwa pejuang-pejuang dan pemimpin-pemimpin UMNO itu.

Mengatakan politik tidak ada didalam agama merupakan antara kenyataan dari pimpinan UMNO, menjadi ingat-ingatan dibenak pemikiran umat Islam di Malaysia.

ISU LUBNAN ADALAH ISU UMAT

Melihat keadaan yang menimpa umat Islam di Lubnan, penulis dapat mengambil satu kesimpulan, bahawa kelemahan demi kelemahan adalah berpunca dari sikap umat Islam yang meninggalkan islam dan mengambil sesuatu yang lain dari Islam sebagai cara hidup mereka.

Isu lubnan seharusnya di bahas dan diulas mengikut acuan al-quran dan al-hadis, baru kita dapat mengambil satu kesimpulan yang bernatijah, jika tidak, perbahasan ini sekadar “batuk ditangga” yang tidak mustahil kejadian yang menimpa di lubnan itu akan merebak ke negara umat Islam yang lain, terutama Malaysia.

UMNO melihat isu ini sebagai sesuatu isu kemanusiaan tanpa melihat kepada isu keagamaan. UMNO tidak dapat melihat isu ini sebagai sesuatu yang berbentuk keagamaan, ini kerana, UMNO merupakan sebuah parti secular yang sudah lama menafikan dosa pahala dalam pemerintahan.

Sedangkan, sikap yang paling utama dibincangkan dalam isu ini adalah dilihat dari aspek keagamaan, ini kerana, golongan musuh tidak akan memusuhi sesuatu agama melainkan agama itu adalah Islam. Dan mereka tidak memusuhi umat Islam, melainkan umat Islam berpegang dengan Islam.

Kita dapat melihat, bagaimana gerakan kristian tidak pernah berusaha memurtadkan orang hindu, orang budha dan sebagainya kepada agama kristian, tetapi gerakan itu berusaha kearah memurtadkan umat Islam.

ini menunjukan golongan kuffar tidak akan senang dengan Islam, semenjak dahulu dan sampai bila-bila.

Sikap tidak bersetuju golongan kuffar dengan Islam, selayaknya menjadi pengajaran kepada kita untuk sentiasa berhati-hati dengan mereka dalam segala tindakan kita.

BILA ORANG UMNO NAK BERTAUBAT?

Melihat reality yang sudah menimpa umat Islam di Lubnan, apabila seorang tua sudah mula mengutuk serangan israil dengan menyalahkan amalan demokrasi Amerika yang tidak adil itu, teringat penulis dengan orang-orang tua UMNO yang masih menebal UMNOnya.

Penulis pernah disebut oleh seorang tua UMNO “semua yang ada di Malaysia ini adalah hak UMNO, kita kena bagi apa yang diorang minta”.

Inilah persepsi sesat yang di bina oleh UMNO kepada rakyat Malaysia, ekoran dari itu, menyebabkan orang-orang UMNO merupakan golongan yang telah ditimpa penyakit syirik, iaitu penyakit mengatakan kebahagiaan bukan dengan Islam, tetapi dengan UMNO.

Kejadian yang menimpa lubnan sudah cukup untuk menggambarkan sikap manusia dengan kezaliman. Orang-orang tua UMNO yang totok itu tidak akan berpaling kepada UMNO dan sentiasa bermusuh dengan PAS, selagi mereka berada dalam keadaan “kenyang”. Tetapi, mereka akan menyatakan Islam adalah cara untuk menamatkan kezaliman apabila mereka berada dalam kesempitan dan “kelaparan”.

Begitulah yang berlaku di Lubnan, apabila seorang tua di sana, sudah mula mengutuk Israil dan Amerika dan mula memuji Hizbullah, walaupun hizbullah itu dipimpin seorang lelaki yang berfahaman Syiah.

orang UMNO akan bercakap politik dalam Masjid, apabila negara ini menjadi seperti Palestin atau lubnan.

Sekian

One_G
abu_abdillah_azzam@yahoo.com
http://laptopdarulfiqh.blogspot.com
http://ulamapelapisselangor.blogspot.com

Saturday, October 14, 2006

UCAPAN TAHNIAH PERAYAAN AGAMA LAIN : PENDAPAT YANG KERAS DAN LEMBUT

UCAPAN TAHNIAH PERAYAAN AGAMA LAIN : PENDAPAT YANG KERAS DAN LEMBUT

Dua hari berturut-turut, penulis membaca tulisan Roslan SMS berkenaan gesaan pemecatan jawatan ketua Syariah Takaful, Saudara Mohd Fauzi Mustaffa.

Penulis secara individu tidak bersetuju dengan tindakan Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia, Dr Syed Ali Tawfiq al-Attas atas kenyataannya yang semata-mata menjaga keuntungan syarikat dan hati orang bukan Islam, dengan mengenepikan hak Ketua Syariah Takaful tersebut.

Dalam isu ini, kita dapat melihat bagaimana seorang muslim itu lebih mendahulukan kepentingan non muslim dan kebendaan dari hak sesame muslim.

Yang lebih melampau, apabila Dr Ali Tawfiq itu menyuruh Mohd Fauzi supaya bertaubat. Kenyataannya seperti berikut;

“(mohd Fauzi Mustaffa juga harus bertaubat atas keangkuhannya itu dengan menganggap beliau mempunyai pengetahuan (tentang hal itu)”

Dimanakah salahnya kenyataan Mohd Fauzi yang melarang orang mengucapkan selamat depavalli sehingga dikira sebagai dosa? Siapa yang sebenarnya tidak mengetahui hukum tentang mengucapkan selamat depavali itu, Mohd Fauzi atau Dr Ali Tawfiq?

Penulis juga membaca tulisan Roslan SMS yang seakan-akan mempertikaikan pandangan ulama yang melarang keras mengucapkan tahniah dengan perayaan agama mereka.

Sehari kemudian, Roslan SMS menulis satu lagi article tentang isu yang sama, berkenaan dengan kenyataan Dato Mufti Perak yang serupa dengan pandangan Roslan SMS.

Sedangkan didalam article yang pertama, Roslan SMS sendiri tidak dapat memastikan hukuman sebenar yang dikehendaki oleh Islam berkenaan ucapan tahniah dengan perayaan non muslim.

Inilah satu penyakit yang sedang menimpa kepada umat Islam. Mereka sudah mula mahu bercakap Islam, tetapi mereka bercakap Islam tidak berdasarkan kepada Ilmu, bahkan bercakap berkenaan Islam berdasarkan “agak-agak” mereka sahaja.

Selayaknya, apabila Roslan mahu bercakap dengan Islam, hendaklah dipastikan dahulu kenyataan itu adakah benar atau tidak. Bukannya bercakap dahulu, kemudian dibenarkan oleh golongan agamawan, baru kita mengatakan “saya sudah kata”.

Orang sekarang apabila berkata sesuatu yang berkaitan dengan politik, mereka memastikan percakapan mereka dari fakta yang benar, kerana bimbang disaman oleh golongan tertentu. Tetapi ini tidak berlaku ketika mereka berkata tentang agama. Apakah mereka tidak takut, mereka akan “disaman” oleh Allah di akhirat nanti?

Tindakan mereka itu menyalahi dengan tindakan para sahabat yang tidak berani menyatakan sesuatu hukum Islam, melainkan mereka memastikan hukum itu bersumberkan dari Rasulullah SAW.

Saidina Abu Bakar As-Siddiq pernah berkata;

ولا نحكم في القرآن برأينا فإن للتفسير مسلكا مضبوطا لا نتعداه وقد قال عليه السلام
من فسر القرآن برأيه فليتبوأ مقعده من النار

Maksudnya;
“Kami tidak akan berhukum pada Al-Quran dengan pandangan kami (semata-mata). Maka sesungguhnya Tafsir itu mempunyai cara yang tetap yang tidak boleh kami melampauinya. Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda; Barangsiapa yang mentafsirkan Al-Quran dengan pandangannya (semata-mata), maka dia telah menempah tempatnya didalam Neraka[1]” (na’uzubillah min zalik)

Betapa bimbangnya para sahabat didalam memperkatakan sesuatu yang berkaitan dengan Islam, sehinggakan mereka akan memastikan sesuatu kenyataannya itu berfakta dan berlandaskan kepada kehendak Al-Quran dan Sunnah.

Ini tidak menyerupai dengan sikap manusia kini. Mereka sudah berani memperkatakan sesuatu yang berkaitan dengan Islam, tetapi dalam masa yang sama, Islam yang di perkatakan itu berada didalam tahap “agak-agak” sahaja.

Firman Allah;

يا أيها الذين آمنوا اجتنبوا كثيرا من الظن إن بعض الظن إثم

Maksudnya;
“Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan “agak-agak”, karena sebagian dari “agak-agak” itu dosa”

(Surah al-hujurat : 12)

Perlu difahami, dari dua nas yang dikemukakan oleh penulis. Setiap kenyataan kita berkenaan dengan Islam, tetapi tidak dilandaskan kepada Ilmu, lalu kenyataan itu berada didalam tempat yang benar, maka kita tetap dikira sebagai orang yang salah.

HARI RAYA ISLAM DAN BUKAN ISLAM

Islam telah memberi kepada umatnya dua hari raya, iaitu hari raya Aidil Fitri dan Hari Raya Aidil Adha.

Didalam hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, berkata Ia;

قدم رسول الله المدينة ولهم يومان يلعبون فيهما فقال ما هذان اليومان قالوا يومان كنا نلعب فيهما في الجاهلية فقال رسول الله إن الله قد أبدلكم بهما خيرا منهما يوم الأضحى ويوم الفطر

Maksudnya;
“sampai Rasulullah SAW akan Madinah, bagi mereka dua hari yang mereka bergembira padanya. Lalu bertanya (Rasulullah SAW), apakah dua hari ini?. Mereka menjawab, dua hari yang kami bergembira padanya semenjak Jahiliyyah. Lalu bersabda (Rasulullah SAW), Sesungguhnya Allah telah menggantikan kepada kamu dengan kedua-dua hari ni dengan yang lebih baik, iaitu Aidil Adha dan Aidil Fitri”[2]

Dari hadis ini, Rasulullah sendiri telah mengatakan bahawa hari raya yang di amalkan oleh golongan terdahulu (jahiliyyah dan agama-agama yang lain) merupakan perayaan yang tidak elok di rayakan, bahkan telah digantikan dengan perayaan yang lebih elok, iaitu hari raya Aidil Fitri dan Aidil Adha.

Ekoran dari itu, di zaman Rasulullah SAW tidak timbul berkenaan mengucapkan tahniah dengan kehadiran perayaan agama yang lain, ini kerana, di zaman tersebut, Islam berada di kemuncak kehebatan dan golongan kuffar ketika itu memahami tentang ketegasan aqidah umat Islam ketika itu.

Keadaan di Zaman Rasulullah SAW itu menyalahi dengan keadaan umat Islam di dunia Islam kini, khususnya di Malaysia. Ini kerana, umat Islam kini tidak sehebat umat Islam terdahulu dari segi penghayatan Islam dan pengamalannya.

Disebabkan penghayatan dan pengamalannya sudah berkurangan, golongan kuffar sudah berani memperkotak katikkan umat Islam, sehinggakan apabila timbul isu larangan mengucapkan tahniah atas perayaan non muslim, maka bangun Lim kit Siang, mendesak agar Mohd Fauzi di pecat dari jawatannya sebagai ketua Syariah di Takaful Malaysia.

Apa yang amat menyedihkan, apabila seorang muslim di hentam oleh golongan kuffar, tiada seorang pun muslim yang bangun mempertahankannya, bahkan datang ramai yang mengaku muslim memberi pembelaan kepada si kafir. Apakah ini yang dikatakan sebagai umat Islam?

Sedangkan Allah berfirman;

محمد رسول الله والذين معه أشداء على الكفار رحماء بينهم

Maksudnya;
“Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan dia adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka”

(Surah Al-Fath : 29)

MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA PERAYAAN NON MUSLIM

Dari hadis lepas, dengan jelas Rasulullah SAW mengatakan bahawa perayaan Islam sahaja yang lebih baik dari perayaan agama-agama yang lain.

Ekoran dari itu, apakah hukum berkenaan dengan mengucapkan tahniah kepada perayaan mereka?

Sebelum dibahas lebih lanjut, ingin difahami, perayaan itu terbahagi kepada dua, iaitu perayaan yang berbentuk ibadat dan adat.

Sekiranya berkompromi dengan perayaan yang berbentuk adat, maka itu dibenarkan, ini kerana, adat bukanlah sesuatu yang berbentuk penyembahan, Seperti hari kemerdekaan, hari pekerja dan sebagainya[3].

Kebenaran yang Islam berikan adalah kerana berasaskan hubungan kemanusiaan. Maka dengan demikian, tidak menjadi satu kesalahan, bersama-sama dengan mereka dalam merayakan perayaan tersebut.

Antara dalil yang boleh diketengahkan adalah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, bahawa Asma’ binti Abi Bakar telah berjumpa Nabi SAW dan bertanya, Ya Rasulallah SAW, Sesungguhnya Ibuku berjumpaku untuk memberi hadiah kepadaku, sedangkan dia masih musyrik. Apakah boleh menerima hadiah tersebut? Lalu jawab Rasulullah SAW, terimalah hadiah tersebut.[4]

Ini antara dalil untuk membenarkan menyambut perayaan bersama-sama dengan non muslim, selama perayaan itu berbentuk adat, bukan ibadat.

Adapun mengucapkan tahniah atas kehadiran perayaan yang berbentuk penyembahan atau ibadat, perkara ini telah dikhilafkan oleh ulama.

PANDANGAN IMAM IBNU TAIMIYYAH

Imam Ibnu Taimiyyah didalam kitabnya “iqtida’ as-Sirat al-mustaqim mukhalafah Ahl al-Jahim”, melarang keras atas berkongsi perayaan dengan kuffar dan menghadiri majlis perayaan tersebut.

Antara alasan yang dikemukakan adalah firman Allah;

والذين لا يشهدون الزور

Maksudnya;
“dan mereka yang tidak menghadiri majlis kejahatan/kebatilan”

(surah al-Furqan : 72)

Imam Ibnu Abbas mentafsirkan maksud dengan majlis kejahatan adalah majlis kebatilan[5].

Adapun Mujahid, Rabi’ bin Anas dan Al-Qadhi Abu Ya’la, mereka berpendapat, maksud dengan menghadiri majlis kejahatan dalam surah furqan adalah menghadiri majlis perayaan musyrikin[6].

Imam Ibnu Taimiyyah juga beranggapan, menghadiri perayaan musyrikin dikira sebagai menyalahi maksud firman Allah[7];

اهدنا الصراط المستقيم , صراط الذين أنعمت عليهم , غير المغضوب عليهم و لا الضالين

Maksudnya;
“tunjuklah kami jalan yang lurus, jalan yang telah engkau beri nikmat, bukan orang yang dibenci dan bukan orang yang sesat”

(surah al-Fatihah : 6-7)

Didalam kitab itu juga ada menyebut, kebanyakan ulama bermazhab Hanafi berpendapat, menjadi kufur kepada mereka yang menyerupai kuffar pada perayaan dan pakaian mereka.[8]

Mengucapkan tahniah dengan kehadiran perayaan musyrik bermakna mengiktiraf agama mereka, maka dengan itu ianya menjadi haram, ini kerana, Islam adalah satu-satunya agama yang terbaik berbanding dengan agama-agama yang lain.

Firman Allah;

إن الدين عند الله الإسلام

Maksudnya;
“Sesungguhnya Agama disisi Allah adalah Islam”

(surah al-imran : 19)

Kesimpulan dari ulasan di atas, sudah memadai difahami, pandangan Imam Ibnu Taimiyyah menyatakan bahawa meraikan, menghadiri majlis, mengucapkan tahniah dengan perayaan bukan Islam merupakan satu perbuatan haram yang boleh mengugatkan aqidah.

PANDANGAN DR YUSUF AL-QARADHAWI

Dr yusuf Al-Qaradhawi merupakan seorang ulama moden yang agak lembut pandangannya.

Didalam kitabnya, “al-fatawa al-maasarah”, beliau membenarkan mengucapkan tahniah dengan kehadiran perayaan agama-agama yang lain dari Islam.

kebenaran itupun sebenarnya tertakluk kepada niat kita yang meletakan atas alasan hubungan kemanusiaan[9], bukan mengiktiraf agama mereka.

Antara dalil yang diketengahkan;

Firman Allah;

وإذا حييتم بتحية فحيوا بأحسن منها أو ردوها

Maksudnya;
“Apabila kamu diberi penghormatan dengan sesuatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik dari padanya, atau balaslah penghormatan itu (dengan yang serupa)”

(Surah Al-Nisa’ : 86)


Dan juga, hadis yang pernah menyatakan bahawa Rasulullah SAW pernah menerima hadiah dari golongan non muslim, seperti Muqauqis iaitu raja Mesir, tetapi penerimaan hadiah tersebut didasarkan kepada syarat, iaitu tidaklah hadiah tersebut dari benda yang haram dimiliki oleh orang Islam, seperti arak, daging babi dan sebagainya[10].

SIKAP KITA TERHADAP KHILAF

Melihat kepada ulasan di atas, tidak dinafikan bahawa perbincangan tentang mengucapkan tahniah dengan kehadiran perayaan agama yang lain dari Islam merupakan perkara yang di khilafkan di kalangan ulama.

Khilaf yang berlaku selayaknya dihadapi dengan toleransi dan tidak perlu berlaku perbalahan dan desakan sehinggakan hendak memecat atau mendesak perletakan jawatan dan sebagainya.

Menyuruh bertaubat yang diminta oleh Dr Syed Ali tawfiq terhadap Mohd Fauzi, merupakan satu gambaran kejahilannya tentang Islam itu sendiri dan sikap melampaunya terhadap sesame muslim.

Walaubagaimanapun, dalam keadaan sebegini, sebolehnya, kita perlu mengelak diri dari melakukan perkara yang boleh jatuh kepada haram, lebih-lebih lagi perkara yang melibatkan aqidah, walaupun ianya sesuatu yang khilaf.

Kaedah fiqh ada menyebut;

الخروج من الخلاف مستحب

Maksudnya;
“Keluar daripada khilaf adalah digalakan[11]

Maksudnya, sekiranya pendapat A mengatakan haram dan pendapat B mengatakan harus, maka sebaik-baiknya kita memakai pendapat B. walaubagaimanapun, kemungkinan disebalik menggunakan pendapat B itu boleh merugikan dari beberapa sudut, maka gunakan kepandaian dan kecerdikan kita untuk meraikan keadaan tersebut.

Misalnya, dalam isu mengucapkan tahniah dengan kehadiran perayaan Hindu. Mengucapkannya adalah khilaf dikalangan ulama, maka lebih baik tidak mengucapkannya dari mengucapkannya, kerana dibimbangi jatuh kepada pendapat yang mengatakan haram.

Tetapi, didalam masa yang sama, dibimbangi berlaku jurang antara non muslim dan muslim dalam melaksanakan tugasan dakwah, maka berusahalah sedaya upaya atau kecerdikan kita dalam keadaan tersebut, seperti kita menjawab “terima kasih” atau “ok” atau sebagainya, ketika kawan kita dari non muslim itu mengucapkan kepada kita “happy depavalli”.

PENUTUP

Dalam isu ini, sebenarnya perlu dilihat dari beberapa sudut, iaitu seperti berikut;

a. Aqidah umat Islam dalam bahaya.
b. Golongan kuffar sudah samseng terhadap umat Islam di negara umat Islam
c. Meraikan orang bukan Islam dengan alasan dakwah.

Melihat kepada ketiga-tiga sudut ini, dimanakah keadaan umat Islam di Malaysia kini?

Kejadian murtad yang berleluasa di negara ini, antara puncanya adalah kerana pengamalan Islam yang berasaskan kepada Liberal dan plural.

Golongan kuffar sudah bermaharajalela dan sudah sanggup mencabar Islam di negara ini. Penyerahan Memo dari 9 orang menteri bukan Islam kepada perdana menteri, untuk mengugurkan article 11 yang memberi hak umat Islam di Malaysia, sudah cukup membuktikan umat Islam hari ini dipermainkan oleh golongan non muslim.

Apabila melihat keadaan ini, Apakah sikap kita sebagai umat Islam di negara ini?

Islam tidak menanam permusuhan kepada non muslim, ini kerana firman Allah;

لا ينهاكم الله عن الذين لم يقاتلوكم في الدين ولم يخرجوكم من دياركم أن تبروهم وتقسطوا إليهم إن الله يحب المقسطين

Maksudnya;
“Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu karena agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil”

(Surah Al-Mumtahinah : 8)

Ayat ini secara jelas, menyatakan bahawa Islam menggalakan kepada kita berbaik-baik dan berlaku adil terhadap non muslim, tetapi dalam masa yang sama, islam melarang umat Islam menjadikan diri mereka sebagai bahan untuk dihina oleh golongan kuffar.

Firman Allah;

إنما ينهاكم الله عن الذين قاتلوكم في الدين وأخرجوكم من دياركم وظاهروا على إخراجكم أن تولوهم ومن يتولهم فأولئك هم الظالمون

Maksudnya;
“Sesungguhnya Allah hanya melarang kamu menjadikan sebagai kawanmu orang-orang yang memerangimu karena agama dan mengusir kamu dari negerimu, dan membantu (orang lain) untuk mengusirmu. Dan barangsiapa menjadikan mereka sebagai kawan, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”

(Surah Al-mumtahinah : 9)

Setelah difikirkan, kenapa kuffar semakin berani mencabar Islam? Fikiran itu terjawab, apabila kita mengetahui bahawa, yang tidak bersetuju dan meng”kondem”kan islam adalah orang Islam sendiri.


















Tidak dinafikan, bahaya jika orang kafir mengatakan; sistem Islam tidak adil, tetapi lebih bahaya, kalau orang Islam yang mengatakan; sistem Islam tidak adil. Dan bertambah lagi bahaya, yang mengatakan itu adalah orang PAS.

Kalau di baca berita semalam, kita mendapati kenyataan Menteri Kewangan British, Gordon Brown yang membantah pemakain furdah dikalangan wanita-wanita Islam disana. Kenyataan sebegini amat bahaya.

Walaubagaimanapun, Penulis berpendirian, bertambah amat bahaya, sekiranya Dr Mahmood Zuhdi memarah kepada murid perempuannya memakai furdah dan Dr Hassan Ali menyuruh Wartawan Harakah membuka furdah.

Sekian

One_G
abu_abdillah_azzam@yahoo.com
http://laptopdarulfiqh.blogspot.com/







[1] Al-Mankhul fi Ta’liqat al-Usul (1/328) karangan Imam Al-Ghazali.[2] Al-Mustadrak ‘Ala Sahihain, karangan Muhammad bin Abdillah Abu Abdillah Al-Hakim An-naisaburi (1/434) hadis no :1091. [3] Al-Fatawa Al-maasarah, Karangan Dr Yusuf Al-Qaradhawi (3/673)[4] Al-Fatawa Al-Maasarah, Karangan Dr Yusuf Al-Qaradhawi (3/ 671)[5] Tanwir al-Miqbas min tafsir Ibni Abbas (1/305)[6] Iqtida’ as-sirat al-mustaqim mukhalafah ahl jahim, karangan Imam Ibnu Taimiyyah (1/181)[7] Iqtida’ as-sirat al-mustaqim mukhalafah ahl jahim, karangan Imam Ibnu Taimiyyah (1/181)[8] Iqtida’ as-sirat al-mustaqim mukhalafah ahl jahim, karangan Imam Ibnu Taimiyyah (1/135)[9] Al-Fatawa Al-Maasarah, karangan Dr Yusuf Al-Qaradhawi (3/672)[10] Al-Fatawa al-maasarah, karangan Dr Yusuf Al-Qaradhawi : (3/672)[11] Perbahasan kaedah-kaedah Fiqh, karangan Ust Abd latif Muda dan Ustz Rosmawati Ali : m/s 366.

Friday, October 13, 2006

MANUSIA AKAN TUNDUK DENGAN KEADILAN ISLAM

MANUSIA AKAN TUNDUK DENGAN KEADILAN ISLAM

Utusan Malaysia bertarikh 12 october, diruangan forum terdapat satu tulisan dari seorang pelajar yang menamakan dirinya sebagai “gadis trauma” dari Shah Alam; yang pernah diragut mendedahkan pandangannya berkenaan potong tangan terhadap peragut.



















Sebelum ini, penulis pernah membaca article berkenaan pandangan seorang yang tidak bersetuju dengan tindakan memotong tangan kepada peragut dengan alasan undang-undang tersebut sebagai undang-undang yang tidak berperikemanusiaan.

Kenyataannya seperti berikut;
“Sesungguhnya, dengan sentimen Islam yang sering dipalit dengan pelbagai jenis konotasi negatif, apakah perlu untuk Malaysia sebuah negara Islam membangun mengamalkan hukuman yang tidak berperikemanusiaan?”[1]
Kenyataan yang berbau menghina Islam itu pernah di ungkapkan oleh kepimpinan UMNO terdahulu, iaitu dalam lingkungan awal 90 an.

Antaranya adalah seperti berikut;

“Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai berbilang kaum dan agama”[2]

Membaca article dan kenyataan Bekas Presiden UMNO itu, sudah memadai untuk kita menyebut bahawa manusia sekarang sudah berani menghina Islam tanpa melihat kepada kesan disebalik penghinaan tersebut.

Walaubagaimanapun, membaca akhbar utusan Malaysia hari ini, rasanya segala penghinaan terhadap Islam itu terjawab, yang mana seorang anak gadis yang merupakan seorang pelajar yang pernah di ragut dapat merasakan betapa pedihnya kehidupannya didalam situasi tersebut.

INILAH KEINDAHAN ISLAM

Islam adalah satu agama yang tidak menyerupai dengan agama-agama yang lain. Agama-agama yang lain lebih berbentuk kepada peribadatan semata-mata. Perkara ini menyalahi Islam, ini kerana, Islam tidak mengajar dalam perkara urusan ibadat sahaja, bahkan Islam mengajar manusia segala sudut kehidupan.

Islam mengajar manusia perkara-perkara yang sebenarnya bersesuaian dengan kehendak fitrah insani.

Firman Allah;

فأقم وجهك للدين حنيفا فطرة الله التي فطر الناس عليها لا تبديل لخلق الله ذلك الدين القيم ولكن أكثر الناس لا يعلمون

Maksudnya;
“maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Allah)(tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tiada pencerobohan pada fitrah Allah. Itulah agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui”

(Surah Ar-Rum : 30)

Islam telah memperuntukan undang-undang kepada manusia untuk manusia menjalani kehidupannya dengan bahagia, aman dan damai.

Islam tidak menyukai tindas-menindas, kezaliman dan sebagainya. Ekoran dari itu, Islam telah mengajar manusia agar mencari kebahagiaan hidup dari sudut diri sendiri dan kebahagiaan hidup untuk orang lain.

Islam tidak mengajar manusia itu hidup dengan mementingkan diri sendiri tanpa melihat kepada kepentingan orang lain, bahkan Islam melarangnya.

Islam mengharamkan riba, kerana riba adalah salah satu cara hendak mengaut keuntungan individu dengan menzalimi dan menindas kepada golongan yang lain.

Ajaran Islam ini, jika dilaksanakan, nescara golongan non muslim akan terpaut hati dengan Islam, dan golongan muslim sudah pasti tidak akan keluar dari islam, ekoran melihat keindahan islam.

Tetapi, apa yang dapat kita lihat dari hakikat kehidupan kita di negara ini, negara yang didakwa negara Islam, tetapi gejala murtad, anak luar nikah, penindasan ah long dan sebagainya berleluasa di mana-mana. Semua ini adalah kerana Islam hanya dijadikan sebagai cara untuk mencari pengaruh semata-mata, tanpa dijadikan sebagai cara untuk mengurus kehidupan.

Dalam tindakan Jenayah, islam tidak melihat kepada keamanan dari satu sudut, bahkan Islam melihat dari pelbagai sudut. Ekoran dari itu, undang-undang rejam atau sebat kepada penzina, Islam tidak mudah-mudah menjatuhkan hukuman, tetapi hukuman tersebut dijatuhkan setelah bukti-bukti itu tepat dan syarat-syaratnya dilaksanakan.

Pensyaratan 4 orang saksi dari kalangan lelaki dalam menentukan hukuman dilaksanakan kepada penzina, merupakan cara Islam tidak menyukai kezaliman didalam melaksanakan hukuman.

Hukuman rejam atau sebat, merupakan cara Islam menakutkan penjenayah dari melakukan jenayah zina.

Melihat kepada sistem barat, keselamatan tidak dapat dilihat. Denda dengan bayaran atau penjara, tidak memadai untuk menyebabkan penjenayah berhenti melakukan jenayah, bahkan jika bayaran yang dikenakan, kemungkinan penjenayah tersebut akan membayarnya dengan tidak merasakan ianya sesuatu denda yang menyusahkan

Begitujuga dalam isu memotong tangan kepada penjenayah curi. Hukuman potong tangan terhadap pencuri telah dinyatakan oleh Allah didalam Al-Quran.

Firman Allah;

والسارق والسارقة فاقطعوا أيديهما جزاء بما كسبا نكالا من الله والله عزيز حكيم

Maksudnya;
“Laki-laki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya (sebagai) pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai siksaan dari Allah. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”

(Surah Al-Maidah : 38)

Tujuan menjatuhkan hukuman tersebut adalah kerana untuk menggerunkan kepada pencuri-pencuri dan memberi kesalamatan kepada mangsa kecurian.

Inilah keindahan Islam yang sememangnya bersesuaian dengan fitrah manusia yang mahukan keamanan dan keselesaan dalam menjalani kehidupan ini.

MELAKSANAKAN UNDANG-UNDANG ISLAM MESTI DENGAN IMAN

melaksanakan undang-undang Islam merupakan suruhan Allah. Ini kerana, antara maqasid terkandung didalam perlaksanaan undang-undang Islam ialah, amar Ma’ruf Nahi mungkar.

Melaksanakan amalan amar ma’ruf nahi mungkar adalah wajib Ain kepada seluruh Umat Islam.

Firman Allah;

كنتم خير أمة أخرجت للناس تأمرون بالمعروف وتنهون عن المنكر وتؤمنون بالله

Maksudnya;
“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah”

(surah Al-Imran : 110)

Sabda Nabi SAW;

من رأى منكم منكرا فليغيره بيده فإن لم يستطع فبلسانه فإن لم يستطع فبقلبه وذلك أضعف الإيمان

Maksudnya;
“Barangsiapa dari kalangan kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya, sekiranya tidak mampu, dengan lidahnya, sekiranya tidak mampu dengan hatinya (benci), maka itu adalah selemah-lemah Iman”[3]

Daripada kedua-dua nas ini sudah memadai untuk memahamkan kita bahawa hukum melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar adalah sesuatu yang wajib.

Melaksanakan undang-undang Islam merupakan salah satu dari cara hendak melaksanakan amar makruf nahi mungkar, maka dengan itu melaksanakan undang-undang Islam adalah sesuatu yang wajib ‘Ain.

Walaupun begitu, melaksanakan undang-undang Islam itu hendaklah berdasarkan kepada ketaqwaan dan keimanan kepada Allah, ini kerana, perlaksanaan undang-undang Islam yang tidak berasaskan kepada Iman dan Taqwa tidak akan melahirkan kejayaan.

Kita mengetahui undang-undang bunuh kepada pengedar dadah merupakan satu undang-undang yang keras, tetapi hakikatnya, pengedar dadah masih lagi berseronok di negara ini.

Penulis juga pernah mendengar (maaf tidak berfakta), tindakan kerajaan Amerika dalam awal 70 an, pernah melaksanakan undang-undang sebat kepada peminum arak, tetapi tindakan tersebut tidak berjaya.

Semua ini kerana, undang-undang itu tidak dilaksanakan atas dasar keimanan dan ketaqwaan.

Firman Allah;

ولو أن أهل القرى آمنوا واتقوا لفتحنا عليهم بركات من السماء الأرض

Maksudnya;
“Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi”

(Surah al-‘Araf : 96)

Negara yang aman dan damai adalah negara yang sistem pemerintahan, kepimpinan dan rakyatnya terdiri dari kalangan mereka yang beriman dan taqwa kepada Allah.

PENUTUP

Kembalilah kita kepada Islam, untuk kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.

Sekian

One_G
abu_abdillah_azzam@yahoo.com
http://laptopdarulfiqh.blogspot.com




[1]http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2006&dt=1010&pub=utusan_malaysia&sec=forum&pg=fo_04.htm&arc=hive

[2] Kenyataan Dato Seri Dr Mahathir Mohammad, 2 Mei 1992, Ucapan di papar Sabah.
[3] Sabda Nabi ini didengari oleh Abi Said Al-Khudri. Al-musnad al-mustakhraj ‘ala sahih muslim (1/136) hadis no : 175.

Tuesday, October 10, 2006

ADAKAH GERAKAN TAJDID DI MALAYSIA DIBAWAH KEPOMPONG PENJAJAH?

ADAKAH GERAKAN TAJDID DI MALAYSIA DIBAWAH KEPOMPONG PENJAJAH?

17 haribulan, Aku diajak seorang kawan berjumpa di Masjid UIA untuk menyelesaikan satu masalah seorang Islam yang diusahakan untuk dimurtadkan. Sesampainya aku di UIA, aku terlihat satu banner yang tertulis “Forum Gerakan Tajdid”, berhampiran bangunan Masjid.

Melihat kepada tulisan tersebut, terlintas difikiranku tentang perbincangan apakah yang sebenarnya ingin diperdebatkan oleh mereka.

Apabila aku pulang kerumah, aku melayari satu blog yang dikelolakan oleh “geng-geng al-ahkam.net” yang mendakwa mereka adalah pendokong gerakan tajdid; yang alamatnya, http://yapis.blogspot.com. Melayari blog tersebut, tercatit tentang program forum gerakan tajdid yang berlaku di UIA tadi.

Antara pembentang kertas kerja yang aku kenali; yang tercatit dalam blog tersebut adalah, Dr Asri Zainal Abidin dan Ustaz Mazlee Malik.

Dr Asri Zainal Abidin adalah seorang penceramah yang disukai ramai, beliau merupakan seorang yang hebat didalam membentangkan sesuatu bahan ilmiyyah berdasarkan kepada fakta.

Tidak dinafikan kehebatan itu, tetapi kadangkala beliau merupakan seseorang yang kontroversi didalam beberapa tindakannya, seperti pernah menulis article yang bertajuk “siasah tanpa prinsip”, yang article itu menggambarkan beliau telah melakukan satu jenayah fakta, iaitu tuduhan jahat kepada PAS tanpa melihat kepada fakta.

Ustaz Mazlee Malik juga seorang yang hebat. Aku mengenalinya melalui tulisan-tulisan, terutama didalam “palestinkini”. Walaubagaimanapun, beliau tidak dikenali melainkan dengan pemikiran “berbolok[1]” yang dikemukakannya iaitu pemikiran “ummah centric”.

Mengenali kedua-dua panel tersebut, aku merasakan, aku mengetahui tentang pembincangan yang akan diperdebatkan didalam forum tersebut.

GERAKAN TAJDID?

Tajdid adalah kalimah masdar yang berasal dari “jaddada” جدد yang memberi maksud “pembaharuan” atau “reformasi”

Pembaharuan yang dikehendaki didalam Islam adalah pembaharuan didalam mengembalikan amalan Islam yang telah di lupakan.

Daripada Abu Hurairah, bersabda Rasulullah SAW;

إن الله يبعث على رأس كل مائة سنة من يجدد لها دينها

Maksudnya;
“Sesungguhnya Allah akan membangkitkan atas tiap-tiap seratus tahun orang yang akan memperbaharukan agamanya”[2]

Didalam kitab ‘Aun al-Ma’bud, Syarah sunan Abi Daud’ karangan Syams al-Haq al-‘Azim al-Abadi; yang dimaksudkan dengan memperbaharukan agama adalah berusaha menjelaskan amalan-amalan bidaah dari yang sunnah, membanyakkan pengajian ilmu, membantu ahli-ahli ilmu, memporak perandakan ahli-ahli Bidaah dan sebagainya[3].

Memahami dari syarah hadis yang tersebut, difahami bahawa berusaha kearah memahamkan manusia perbezaan antara sunnah dan Bidaah adalah tugas yang dikehendaki oleh Allah.

Walaubagaimanapun, apakah focus yang patut difikirkan didalam menyatakan perkara Bidaah yang perlu dijadikan titik perbincangan berdasarkan Awlawiyyatnya?

BIDAAH

Bidaah adalah satu kalimah arab yang memberi makna “reka-reka atau mengada-ngadakan”.

Reka-reka yang dimaksudkan didalam perbahasan Syariah adalah mengada-ngadakan satu amalan agama yang menyerupai syariat dengan tujuan melampau dalam melakukan ibadat kepada Allah[4].

Dalam perbahasan Bidaah di Malaysia, selalunya focus tersebut kepada amalan-amalan ibadat, seperti tahlil, talqin, dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, perlu difahami, perkara Bidaah itu kadangkala ianya berkaitan dengan perkara usul dan kadangkala ianya berkaitan dengan perkara furu’.

Perkara Bidaah yang berkaitan dengan perkara furu’ tidak perlu di perdebatkan, sehinggakan melahirkan perbalahan diantara umat Islam, seperti perdebatan tentang tahlil dan talqin, adakah ianya sesuatu amalan yang bidaah atau tidak.

Adapun perkara bidaah yang berkaitan dengan perkara usul, wajib di bahaskan, seperti secular yang diamalkan oleh kebanyakan negara umat Islam, kapitalis menjadi agenda ekonomi umat Islam dan sebagainya.

PENJAJAHKAH?

Melihat kepada keadaan ini, selalunya perbahasan yang suka di kemukakan oleh golongan yang mendakwa pendokong gerakan tajdid ini, membahaskan tentang amalan-amalan bidaah yang berbentuk ibadat semata-mata, sedangkan dalam masa yang sama, mereka sanggup senyap seribu bahasa dalam melawan bidaah yang berbentuk “usul” yang berlaku didalam pemerintahan, ekonomi, social dan sebagainya.

Bukan sekadar itu sahaja, bahkan mereka sanggup bersekongkol dengan golongan-golongan secular tanpa berusaha kearah mendakwah mereka kepada islam yang syumul.

Dr Asri pernah ditawarkan jawatan mufti Perlis, sedangkan beliau berasal dari Pulau Pinang. Tawaran tersebut dilihat ekoran dari Shahidan Kasim, iaitu bapa secular Perlis sudah mula bercakap tentang salafi.

Begitujuga Ustaz Mazlee Malik yang sendiri pernah mengemukakan pandangan bahawa UMNO juga sebuah parti Islam, sedangkan UMNO merupakan parti nasionalis melayu yang sememangnya bercanggah dengan Islam. Dengan sinisnya juga, beliau pernah mencemuh dakwah dan perjuangan PAS didalam agenda pemikiran “ummah Centric” beliau itu.

Amat memelikkan, kenapa mereka berdua sangat memusuhi PAS, sedangkan dalam masa yang sama, mereka boleh bersama UMNO?

Sekiranya inilah sikap mereka, kesimpulan yang dapat di beri, gerakan tajdid yang diperjuangkan mereka adalah gerakan tajdid yang berada dibawah kepompong penjajah.

Sekian



One_G
abu_abdillah_azzam@yahoo.com
http://laptopdarulfiqh.blogspot.com


[1] Berbolok adalah kalimah bahasa kelantan yang bermaksud “kacau bilau”
[2] Sunan Abi Daud (4/109) hadis no 4291. hadis ini telah disahehkan oleh Syaikh Albani.
[3] Aun al-Ma’bud (11/260)
[4] Al- I’tisom (1/42) : tahqiq : hani al-haj.

Thursday, October 05, 2006

MURTAD : GEJALA YANG DIANGGAP ISU

MURTAD : GEJALA YANG DIANGGAP ISU

Hari ini, aku telah pergi ke sebuah hotel di Kuala Lumpur untuk memenuhi satu pertemuan dengan seorang sahabat yang baru sahaja di ugut oleh satu organisasi Ah Long atau Ceti yang kuat berlegar di Kuala Lumpur.

Didalam pertemuan itu, aku dan seorang kawan telah berdialog panjang dengannya dan menanyakan beberapa tindakan dari pihak ceti tersebut. Sahabat itu menceritakan bahawa kesilapannya mengambil pinjaman dari ceti tidaklah boleh disalahkan kepada dirinya, bahkan kesalahan itu mesti dipersalahkan kepada tindakan yang di lakukan oleh “kaki-kaki ceti” yang mahu mencari peluang keuntungan kewangan melalui mangsa-mangsanya menggunakan kaedah “keterpaksaan”.

Walaubagaimanapun, pada pandangan aku, kesalahan meminjam wang dari ceti ini patut disalahkan kepada pihak kerajaan yang memerintah kerana tidak mengharamkan kegiatan tersebut, bahkan memberi lesen perniagaan ceti-ceti tersebut, walaupun kegiatan tersebut sememangnya bercanggah dengan ajaran Islam dan akal manusia yang mencintai keamanan.

Apabila sampai tarikh pembayaran, sahabat itu tidak mampu membayar hutang ceti, ini kerana dibebankan dengan “bunga” dari hutang yang terlalu banyak.

Akhirnya, keadaan yang amat tertekan itu menyebabkan datang “bos” kepada syarikat ceti itu dan memperkenalkan dengan seorang lelaki India yang beragama kristian untuk menyelesaikan hutang-hutang yang di tanggungnya.

Amat mengejutkan, tawaran menyelesaikan hutangnya itu memerlukan kepada beberapa syarat yang amat memelikkan, iaitu dikehendaki kepadanya mengisi empat keping borang, yang antara empat borang tersebut adalah borang pertukaran agama Islam kepada agama kristian dan borang pertukaran nama dalam pendaftaran negara.

Lelaki India beragama kristian itu juga mengatakan kepadanya, selepas dia masuk kristian diwajibkan kepadanya berulang alik ke gereja pada setiap hari ahad bagi mendalami ajaran kristian dan menghayati ajaran tersebut.

KRISTIAN DAN AGENDA MEMURTADKAN UMAT ISLAM

Mendengar luahan perasaan sahabat itu, aku dapat mengambil satu kesimpulan bahawa gerakan mengkristiankan umat Islam yang didakwa oleh sesetengah penceramah dan pendakwah-pendakwah adalah satu pendedahan yang benar.

Melihat kepada keadaan di Indonesia, usaha mengkristiankan umat Islam disana sudah berjaya, ini dapat dibuktikan dengan kejadian peperangan jihad di Ambon yang berlaku lebih kurang 4 tahun lalu.

Membaca sejarah Indonesia, aku dapat mengambil kesimpulan, kemurtadan umat Islam di Indonesia, begitu mudah terjadi adalah angkara desakan pihak kerajaan Indonesia terhadap rakyatnya beramal dan beraqidah dengan “Pancasila” yang sememang bercanggah dengan Islam.

Semasa aku belajar di Kedah, Aku berjumpa dengan seorang kawan yang pernah belajar IAIN, Jambi Indonesia. Beliau menceritakan kepadaku, dia tidak habis belajar di sana, disebabkan beliau ditangkap oleh kerajaan Indonesia akibat mendedahkan kesyirikan yang berlaku didalam “pancasila” Indonesia.

Mendengar ceritanya itu, bertambah aku ingin mengetahui tentang pancasila, lalu aku bertanyakan kepada seorang cikgu yang berasal dari Acheh.

Cikgu tersebut mencadangkan kepadaku membaca beberapa buah buku berkenaan pancasila dan aku membacanya.

Antara perkara yang dapat aku fahami dari undang-undang pancasila yang diamalkan di Indonesia itu sebenarnya syirik lagi mensyirikkan.

Didalam undang-undang Pancasila, pada panca yang pertama, ianya menekan kepada kepercayaan tuhan yang esa. Didalam panca ini, di Indonesia mengiktiraf empat agama sebagai agama yang menuju ke Syurga. Agama-agama tersebut adalah, Islam, Kristian, Budha dan Hindu.

Aqidah ini ditanamkan kedalam jiwa umat Islam di Indonesia, akibatnya, aqidah Islam yang telah di tanam didalam jiwa umat islam disana menjadi rapuh dan hancur dengan kedatangan gerakan kristian di negara tersebut, ini kerana, rata-rata rakyat Indonesia menganggap agama kristian juga menuju ke syurga.

Di zaman sekarang, jika kita ke Indonesia, kita boleh berjumpa dengan rakyat Indonesia yang beragama kristian berpunca dari ibu, bapa atau datuk nenek mereka murtad dari Islam. Usaha kristian disana juga telah berjaya menghasilkan generasi kristian yang asalnya beragama islam.

Keadaan yang sama juga, sudah berlaku di Malaysia. Gerakan kristian di negara ini sudah mula menunjukkan taringnya dan hampir membuahkan kejayaan.

Manakah ianya tidak berlaku; orang yang mendakwa mereka sebagai Islam dan berjawatan tinggi didalam kerajaan sendiri menyatakan, semua agama ada sama.

Melihat kepada keadaan yang berlaku ini, persoalan yang tertimbul adalah, mengapa umat islam tidak mampu mempertahankan aqidah mereka dan tidak sensitive dengan isu sebegini?

GERAKAN MEMURTADKAN UMAT ISLAM SEMENJAK ZAMAN RASULULLAH SAW

Usaha memurtadkan umat islam tidaklah dibataskan kepada abad ini sahaja, bahkan usaha tersebut telah berlaku semenjak zaman Rasulullah SAW.

Firman Allah;

ود كثير من أهل الكتاب لو يردونكم من بعد إيمانكم كفارا

Maksudnya;
“Sebahagian besar Ahli Kitab menginginkan agar mereka dapat mengembalikan kamu kepada kekafiran setelah kamu beriman”

(Surah Al-Baqarah : 109)

Imam Ibnu Kathir menyatakan didalam kitabnya “Tafsir Al-Quran al-‘Azim” bahawa ayat ini mengkisahkan tentang dua orang yahudi yang bernama Hai bin Akhtab dan Abu Yasir bin Akhtab yang telah berusaha memurtadkan para sahabat-sahabat RA[1].

Didalam tafsir As-Sa’alabi, ayat ini mengisahkan tentang sebahagian dari yahudi, iaitu Fanhas bin ‘Azura dan Zaid bin Qais yang telah berjumpa dengan dua orang sahabat Nabi, iaitu Khuzaifah bin al-Yaman dan ‘Ammar bin Yasir, selepas dari peperangan Uhud.

Kedua-dua yahudi itu berkata kepada dua sahabat, “Adakah kamu tidak melihat kekalahan tentera Islam, kalau kamu berada didalam kebenaran, nescaya kamu tidak akan kalah. Maka dengan demikian, kembalilah kepada agama kamu yang asal, kerana agama asal kamu itu adalah agama yang lebih baik untuk kamu, dan kami adalah manusia yang lebih berada dalam jalan yang benar”

Mendengar dakyah jahat dari kedua-dua yahudi tersebut, berkata Ammar bin Yasir;

فإني قد عاهدتُ ألاّ أكفر بمحمّد (ص) ما عشتُ

Maksudnya;
“Aku telah berjanji, tidak akan mengkufuri Muhammad selama aku hidup”.

Adapun Khuzaifah bin Al-Yaman berkata;

فقد رضيت بالله ربّاً وبمحمّد نبيّاً وبالإسلام ديناً وبالقرآن إماماً وبالكعبة قبلة وبالمؤمنين أخواناً

Maksudnya;
“Sesungguhnya aku redha Allah menjadi tuhan, Muhammad menjadi Nabi, Islam menjadi agama, al-Quran menjadi Imam (ikutan), Kaabah sebagai qiblat, orang mukmin sebagai saudara”

Selepas kejadian tersebut, kedua-dua sahabat itu berjumpa dengan Rasulullah SAW dan menceritakan kejadian tadi, lalu bersabda Rasulullah SAW;

أصبتما الخير وأفلحتما

Maksudnya;
“Kamu berdua telah mendapat kebaikan dan kamu berdua telah berjaya”

Lalu, turun firman Allah, surah al-Baqarah ayat 109 ini[2].

Dari kisah berdasarkan kepada sebab turunnya firman Allah ini sudah jelas menunjukan bahawa, usaha memurtadkan umat Islam ini tidak dibatas pada zaman sekarang, bahkan usaha tersebut telah berlaku semenjak zaman Rasulullah SAW.

Melihat gejala murtad ini berlaku semenjak zaman Rasulullah SAW, kita dapat melihat bagaimana para sahabat dapat menanganinya dengan kekuatan aqidah yang mantap berbanding dengan umat Islam kini yang terlalu rapuh iman mereka.

Antara jawapan yang dapat diberikan adalah, umat Islam kini memahami Islam bukan dari sudut kefahaman mereka kepada Islam yang sebenar, tetapi mereka telah didedahkan dengan kefahaman Islam yang songsang.

Kefahaman Islam yang songsang ini, kadangkala berpunca dari sistem pendidikan yang dikuasai oleh pihak pemerintah, seperti mereka menjadikan pengajian Islam sebagai sesuatu pengajian sampingan, menerapkan tuduhan jahat bahawa sekolah agama merupakan tempat lahirnya pengganas, kelahiran Islam Hadhari yang di cetuskan oleh Perdana menteri sendiri dan berbagai-bagai lagi.

Penulis pernah menceritakan isu murtad didalam siri kuliah-kuliah agama yang disampai oleh penulis, tetapi amat menyedihkan, ada dari kalangan pendengar yang “UMNO KARAT” menuduh penulis sebagai Ustaz Politik, sedangkan isu yang dibincangkan adalah isu Islam yang menjadi wajib kepada setiap umat Islam memikirkannya dan bertindak.

Inilah pemikiran umat Islam yang telah dididik oleh UMNO yang sesat menyesatkan itu.

Wahai Orang UMNO, murtadnya orang Islam kini adalah berpunca dari kamu, tanggunglah azab Allah yang maha pedih itu

PENUTUP

Mudah-mudahan, dengan penulisan ini, dapat menyedarkan kita sebagai umat Islam di Malaysia dan menjadikannya pengajaran bagi menambah motivasi diri dalam berusaha kearah mengkuatkan islam didalam diri kita dan sistem pemerintahan yang ada sekarang.

Sekian

One_G
abu_abdillah_azzam@yahoo.com
http://laptopdarulfiqh.blogspot.com




[1] Tafsir Ibnu Kathir (1/154)
[2] Tafsir as-sa’alabi (1/257)