Saturday, March 31, 2007

AT-TASAMUH DENGAN WAHABI, AT-TAHALUF DENGAN SYIAH

AT-TASAMUH DENGAN WAHABI, AT-TAHALUF DENGAN SYIAH:
MANAKAH YANG PERLU DIUTAMAKAN?

Membaca tulisan saudara Reformasimuda yang menulis satu article yang bertajuk “salahkan kalau saya menyokong Al-Arqam mahupun Syiah” baru-baru ini, diri ini terpanggil untuk menulis satu tulisan yang perlu di lontarkan kepada masyarakat Islam bagi mencari titik pertemuan yang perlu dilakukan bagi melihat kejayaan islam di dunia Islam, khususnya di Negara ini.

Mengikut tulisan Reformasi muda tersebut, didapati dia mengambil sikap menghentam golongan yang didakwa sebagai wahabi, tetapi agak menyokong tindakan dari kelompok yang dinamakan sebagai Al-Arqam dan Syiah.

WAHABI

Mengikut pendefinisian terhadap wahabi, pelbagai respon dari berbagai-bagai kelompok manusia tentangnya. Antara definisi Wahabi mengikut dakwaan manusia adalah seperti berikut;

a. Wahabi adalah satu kelompok manusia yang taassub dan “Ghuluw” kepada Muhammad Abdul Wahab, adapun mereka yang mengikut pendapat Muhammad Abdul Wahab tanpa “ghuluw”, tidak dikira sebagai wahabi.
b. Wahabi juga diberikan kepada kelompok manusia yang membawa panji-panji gerakan Muhammad Abdul Wahab.
c. Wahabi adalah golongan yang mengikut jejak langkah Muhammad Abdul Wahab yang telah sanggup menjadi “Barua” kepada penjajah.
d. Wahabi adalah kelompok manusia yang mudah membidaahkan.

Melihat kepada kepelbagaian definisi ini, aku merasakan, sebelum sikap kita menyerang gerakan wahabi ini, sesuatu perbahasan yang perlu di perhatikan terlebih dahulu.

Setelah dihayati, didapati bahawa serangan yang kebiasaan dilakukan terhadap gerakkan wahabi, bukanlah kepada kesalahan mereka didalam mengistinbatkan aqidah dan syariah. Ini kerana, jika dilihat kepada jalan usaha gerakan beliau, gerakan tersebut adalah sebagai penerus kepada dakwah yang didokong oleh Ibnu Taimiyyah[1].

Maka dengan demikian, perbahasan aqidah dan syariah dalam gerakan Wahabi ini, mempunyai kesamaan dengan ulasan yang didapati didalam aqidah dan syariah mengikut perbahasan manhaj Ibnu Taimiyyah.

Asas perjuangan mereka adalah seperti perjuangan yang di dokong oleh Hanabillah, iaitu membawa aqidah yang tidak mahu menta’wilkan ayat-ayat Allah yang mutasyabihat, disertai mereka mensifatkan Allah tanpa disertai dengan tasybih dan tajsim[2].

Adapun dari sudut syariahnya pula, mereka adalah kelompok manusia yang berpegang dengan jalan manusia yang bermazhab Hanbali, tetapi disebalik pegangan mereka itu, mereka tidak mensyaratkan kepada “ketaassuban” kepada mazhab Hanbali yang mereka pegang sendiri.

Melihat kepada perbahasan “Aqidah” dan “Syariah” yang menjadi pegangan Wahabi ini, didapati bahawa, wahabi juga adalah kelompok yang dikatakan sebagai “ahl As-Sunnah Wa Al-Jamaah”. Dakwaan ini telah diakui sendiri oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang didalam bukunya yang bertajuk “lahirnya beberapa firqah dikalangan umat Islam”[3].

Tetapi, yang menjadi perbincangannya adalah masalah “sikap” yang dibawa oleh Muhammad Abdul Wahab dan pengikut-pengikutnya. Iaitu sikap yang menjadi “barua” kepada penjajah dan sebagainya.

Secara fakta, aku tidak dapat memastikan kebenaran dakwaan yang menyatakan bahawa Muhammad Abdul Wahab merupakan barua kepada penjajah, tetapi mengikut pembacaan buku-buku yang di tulis oleh kebanyakkan tulisan menyatakan demikian. Walaubagaimanapun, aku mengambil sikap untuk “tidak membenarkan dan tidak menafikan” tulisan tersebut.

Juga, antara perkara yang sering diperbincangkan adalah berkenaan sikap wahabi yang mudah membidaahkan amalan-amalan yang berbentuk khilafiyyah dan sebagainya.

ISU WAHABI ADALAH SIKAP, BUKAN PERINSIP

Melihat kepada situasi ini, didapati bahawa kesilapan yang perlu di perbetulkan pada wahabi adalah pada sikap, bukan pada perinsipnya.

Ini kerana, secara perinsip, mereka masih lagi berada atas landasan “Ahl As-Sunnah Wa Al-Jamaah”. Adapun perbuatan yang menjadi “barua” kepada penjajah, dan mudah membidaahkan amalan-amalan khilafiyyah merupakan isu sikap yang selayaknya dijauhkan dari amalan umat islam.

KELAHIRAN JEMAAH TABDI’ MERUPAKAN BIDAAH YANG TIDAK DISEDARI

Kelahiran satu jemaah yang dinamakan sebagai “Jemaah At-Tabdi’” atau jemaah yang mudah membidaahkan manusia merupakan satu amalan bidaah yang wajib di hindarkan dikalangan umat Islam.

Baginda SAW sendiri tidak pernah membidaahkan sesuatu amalan tanpa bertanyakan dahulu amalan-amalan yang dilakukan oleh para sahabat RA, walaupun amalan tersebut dilakukan sebelum dilakukan oleh Nabi SAW.

Antara hadis bagi menguatkan hujjah ini adalah seperti berikut;

عَنْ ابْنِ عُمَرَ قَالَ بَيْنَمَا نَحْنُ نُصَلِّي مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذْ قَالَ رَجُلٌ مِنْ الْقَوْمِ اللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ الْقَائِلُ كَلِمَةَ كَذَا وَكَذَا قَالَ رَجُلٌ مِنْ الْقَوْمِ أَنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ عَجِبْتُ لَهَا فُتِحَتْ لَهَا أَبْوَابُ السَّمَاءِ : قَالَ ابْنُ عُمَرَ فَمَا تَرَكْتُهُنَّ مُنْذُ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ ذَلِكَ

Maksudnya;
“Daripada Ibni Omar berkata; ketika kami menunaikan solat bersama Rasulullah SAW, seorang lelaki berkata; “اللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا”, lalu Rasulullah SAW berkata; siapakah yang berkata kalimah begian-begian? Berkata lelaki tersebut; Aku Wahai Rasulullah. Lalu bersabda Nabi SAW; aku merasa megah dengannya, dibukakan pintu langit untuknya (kalimah tersebut). berkata Ibnu Omar, semenjak aku mendengar perkataan Nabi itu, aku tidak pernah meninggalkannya (membacanya didalam solat)[4]

Dari hadis ini, lelaki yang membaca kalimah takbir didalam solat tersebut tidaklah mendengar bacaan Nabi terlebih dahulu, tetapi dia membacanya mendahului perbuatan nabi. Ketika baginda SAW mendengar bacaan lelaki tersebut, Rasulullah tidak mudah membidaahkannya, tetapi baginda bertanya dahulu. ini menandakan bahawa amalan mudah membidaahkan sebelum diselidiki merupakan amalan yang bukan dari Rasulullah SAW.

Dan juga hadis;

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَامِرِ بْنِ رَبِيعَةَ عَنْ أَبِيهِ قَالَ عَطَسَ شَابٌّ مِنْ الْأَنْصَارِ خَلْفَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ فِي الصَّلَاةِ فَقَالَ الْحَمْدُ لِلَّهِ حَمْدًا كَثِيرًا طَيِّبًا مُبَارَكًا فِيهِ حَتَّى يَرْضَى رَبُّنَا وَبَعْدَمَا يَرْضَى مِنْ أَمْرِ الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ فَلَمَّا انْصَرَفَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ الْقَائِلُ الْكَلِمَةَ قَالَ فَسَكَتَ الشَّابُّ ثُمَّ قَالَ مَنْ الْقَائِلُ الْكَلِمَةَ فَإِنَّهُ لَمْ يَقُلْ بَأْسًا فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَنَا قُلْتُهَا لَمْ أُرِدْ بِهَا إِلَّا خَيْرًا قَالَ مَا تَنَاهَتْ دُونَ عَرْشِ الرَّحْمَنِ تَبَارَكَ وَتَعَالَى


Maksudnya;
“daripada Abdillah bin ‘Amir bin Rabiah, daripada bapanya, berkata; seorang pemuda dari ansar telah bersin di belakang nabi SAW, yang ketika itu sedang menunaikan solat. Dia (pemuda ansar) berkata; “الْحَمْدُ لِلَّهِ حَمْدًا كَثِيرًا طَيِّبًا مُبَارَكًا فِيهِ حَتَّى يَرْضَى رَبُّنَا وَبَعْدَمَا يَرْضَى مِنْ أَمْرِ الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ”, ketika selesai Nabi Saw dari solat, baginda SAW bertanya; siapakah yang berkata kalimah tadi? Lelaki itu senyap. Kemudian Rasulullah bertanya lagi; siapakah yang berkata kalimah tadi? Sesungguhnya tidak mengapa (tidak menjadi kesalahan) dia mengatakan kalimah tadi. Lalu berkata pemuda ansar; Saya Wahai Rasulullah SAW, sayalah yang berkata kalimah tadi, tetapi saya tidak kehendaki melainkan kebaikan. Bersabda Nabi SAW; tiada sesuatu pun dapat menegah dari kalimah itu sampai ke ‘Arasyh Allah yang maha Rahman[5]

Hadis ini juga mempunyai gambaran yang seakan-akan sama dengan kejadian pada hadis yang pertama, iaitu tindakan nabi yang tidak mudah membidaahkan sesuatu amalan yang di buat tanpa pengetahuan nabi terlebih dahulu, tetapi baginda akan bertanyakan kepada pelaku amalan tersebut terlebih dahulu sebelum menyatakan hukumnya.

Melihat kepada pemahaman dari dua hadis ini, amalan mudah membidaahkan merupakan satu amalan yang tidak selayaknya berlaku dikalangan umat Islam di seluruh dunia.

Jika di perhatikan di Negara ini, jemaah tabdiiyyah ini sudah menular masuk kedalam pemikiran umat Islam di sini. Mereka mudah membidaahkan sesuatu amalan, tanpa mengambil tindakan “usul periksa” yang sehinggakan melahirkan perbalahan dan “masam muka” dikalangan mereka.

Semasa di Mesir, seorang lelaki yang mendakwa seorang “salafi” telah membidaahkan amalan zikir 1000 kali yang diwajibkan; yang telah di anjurkan oleh seorang Syaikh, dengan alasan amalan tersebut tidak pernah diwajibkan oleh nabi SAW. Lalu Syaikh tersebut bertanyakan kepadanya tentang tentang kelebihan antara amalan wajib dan sunnat.

Si “salafi” tersebut menyatakan, jika di bandingkan, amalan wajib itu mengandungi kelebihan berbanding dengan amalan yang sunat.

Syaikh tersebut itu bertanya lagi, apakah hukum zikir yang telah dinazarkan? Si “salafi” tersebut menyatakan bahawa hukum zikir tersebut adalah wajib.

Maka Syaikh tersebut menyatakan, sebab itulah dia mewajibkan kepada murid-muridnya berzikir sebanyak 1000 kali, dan amalan tersebut adalah yang lebih afdhal kerana amalan itu dilakukan oleh muridnya dalam keadaan dinazarkannya.

Mendengar jawapan Syaikh tersebut, si “salafi” tersebut tergamam dan mengakui kesilapannya yang mudah membidaahkan amalan zikir 1000 kali yang dibidaahkannya tadi.

Dari hadis dan pengajaran di sebalik kisah yang dinukilkan ini, tidak selayaknya kelahiran “jemaah At-Tabdi” ini wujud di seluruh dunia Islam, ini kerana, kelahirannya berpunca dari sikap yang mampu memporak perandakan perpaduan umat Islam di mana-mana.

SYIAH

Syiah adalah satu puak yang dikenali di seluruh dunia Islam. Kenalnya dunia Islam kepada syiah adalah selepas dari revolosi iran yang di kepalai oleh seorang bapa revolosi yang merupakan tokoh syiah yang disayangi oleh kebanyakan penganut-penganut syiah, iaitu Ayatullah Khomaini.

Kehebatan yang ada pada Ayatullah Khomaini melawan penjajah adalah sesuatu yang membanggakan, tetapi kehebatan tersebut tidak bermakna aqidah syiah yang menjadi pegangan Ayatullah tersebut berada di pihak yang benar.

Ramai tokoh-tokoh Islam mempertikaikan aqidah ayatollah Khomaini. Antara tokoh ulama yang terkenal di dunia Islam yang mempertikaikan aqidah dan pendirian Ayatullah adalah Said Hawa[6], salah seorang tokoh Ikhwan Muslimin yang berasal dari Syria.

Beliau ada mengarang sebuah kitab yang bertajuk “Al-Khumaini : syuzuz fi Al-‘Aqaid, Syuzuz fi Al-Mawaqif” yang menerangkan tentang aqidah dan pendirian khumaini yang dilihat pelik pada kacamata Al-Quran dan As-Sunnah.

Di dalam buku tersebut, As-Syaikh Said Hawa mendatangkan bukti dakwaan Al-Khumaini yang dirujuk dari kitab karangan Al-Khumaini sendiri yang bertajuk “Al-Hukumah Al-Islamiyyah” dan “kasyf Al-Asrar”.

Antara dakwaan Al-Khumaini yang pelik adalah seperti berikut;

a. Imam mempunyai darjat yang tinggi melebihi malaikat muqarrabin dan nabi yang di utuskan[7].
b. Mendakwa Al-Quran yang ada di tangan umat Islam kini tidak sempurna, ini kerana telah di selewengkan oleh Saidina Osman. Bahkan syiah Imamiyyah (Syiah yang di dokong oleh Ayatullah Khomaini) mengkafirkan kepada manusia yang mengingkari dakwaan ini[8].
c. Mengkafirkan sebahagian besar sahabat-sahabat Nabi SAW melainkan 3 orang sahabat sahaja, iaitu Al-Miqdad bin Al-Aswad, Abu Zar Al-Ghiffari dan Salman Al-Farisi.[9]
d. Khumaini mendakwa perjuangannya adalah untuk penyatuan Umat Islam, tetapi hakikatnya melakukan dakyah kepada fahaman syiah.[10]
e. Dakwaan Khomaini didalam kitabnya “Kasyf Al-Asrar” bahawa Abu Bakar As-Siddiq telah memalsukan hadis.[11] Begitujuga, didalam kitabnya “Al-hukumah Al-Islamiyyah” yang mendakwa bahawa seorang sahabat besar yang bernama Samurah bin Jundab adalah seorang pemalsu hadis[12].
f. Dakwaan “ghuluw’” terhadap Fatimah Az-Zahra’ sehinggakan mendakwa bahawa Fatimah mendapat wahyu selepas kewafatan Rasulullah SAW.[13]

Banyak lagi dakwaan-dakwaan pelik dari Al-Khumaini, yang apabila melihat kepada dakwaan sebegini, memaksudkan bahawa aqidah yang diperjuangkan oleh syiah adalah aqidah yang sesat yang menyesatkan.

Maka dengan itu, tidak hairanlah As-Syaikh Said Hawa, seorang tokoh gerakan Islam di dunia telah mengkritik Al-Khumaini dengan mengarang sebuah kitab khusus atas kritikan tersebut.

Apa yang menggambarkan betapa bimbangnya As-Syaikh Said Hawa atas kesesatan ini, di akhir kitab beliau, beliau menulis satu doa yang ianya adalah seperti berikut;

اللهم إنى أبراء إليك من الخمينى و الخمينية

Maksudnya;
“Ya Allah, Sesungguhnya Aku bebas daripada Al-Khumaini dan Al-Khumainiyyah”[14]

ISU SYIAH ADALAH PERINSIP, BUKAN SIKAP

Melihat kepada ulasan di atas, difahami bahawa isu yang di pertikaikan terhadap syiah, tidaklah seperti isu yang dipertikai terhadap wahabi.

Golongan wahabi, dilihat mempunyai kesalahan dari sudut sikap yang perlu di robah, yang memungkin berlakunya “at-tasamuh” di kalangan wahabi dengan tujuan memenangkan Islam di seluruh dunia.

Tetapi isu yang dipertikaikan terhadap syiah adalah isu aqidah yang merupakan perinsip didalam agama ini. Adapun dari sudut sikap, syiah tidaklah terlalu “terbabas” dari kehendak Islam, ini kerana, didalam dunia kini, iran yang bermazhab syiah telah menjuarai isu untuk melawan amerika (mengikut pandangan kasar). Maka dengan demikian, dari sudut sikap inilah, perlunya Negara-negara umat Islam di dunia mengambil contoh atas keberanian Iran menentang musuh Islam antarabangsa ini.

Walaupunbegitu, tidak semua syiah mempunyai sikap yang boleh ditauladani. Ini kerana, secara faktanya, dunia Islam telah membuktikan bahawa antara punca kejatuhan kerajaan osmaniyyah di turki pada tahun 1924 adalah berpunca dari syiah juga. Ini di buktikan dengan satu dokumen yang mengandungi kenyataan Aga Khan, seorang pemimpin syiah di India yang menyokong Britain dalam peperangan menyerang kerajaan Turki Osmaniyyah[15].

Justeru itu, tidak semua sikap syiah perlu ditauladani, tetapi ada sikap yang boleh ditauladani dari mereka dan ada sikap yang perlu dibuang dari jiwa umat Islam.

PENUTUP

Dari ulasan ini, secara peribadinya, aku perpendapat bahawa wahabi tidak perlu diserang sangat dalam mencapai kejayaan umat Islam di dunia, tetapi perkara yang perlu dilakukan adalah usaha kearah untuk menyatukan pemikiran dengan mengadakan satu tindakan “at-tasamuh” bersama mereka.

Adapun syiah, melihat kepada aqidah mereka, tindakan yang perlu di ambil adalah dengan mengambil pendekatan “At-tahaluf” yang dipenuhi pemerhatian dan bersikap “hati-hati”, ini kerana dibimbangi mereka melakukan dakyah aqidah mereka di kalangan penyokong dan pendokong sesuatu gerakan islam.


Sekian

P/s : tulisan ini berdasarkan pandangan peribadi penulis sahaja, tidak berkait dengan pandangan mana-mana tokoh dan keputusan gerakan islam didunia.

Wallahu ‘Alam

One_G
http://laptopdarulfiqh.blogspot.com
http://jihad-jalanku.blogspot.com

barangsiapa yang ingin mendalami pengajian fiqh, hadis, tafsir dan aqidah, sila layari http://one-g.blogspot.com

e-mail : abu_abdillah_azzam@yahoo.com


[1] Lahirnya beberapa firqah di kalangan Umat Islam : m/s 28
[2] Tarikh Al-Mazahib Al-Islamiyyah : m/s 177.
[3] Lahirnya beberapa firqah dikalangan umat Islam : m/s 29.
[4] Muslim : 3/267 : hadis no : 943 dan At-Tirmizi : 12/17 : hadis no : 3516. Hadis ini sahih mengikut kiraan Albani didalam kitabnya “sahih At-Targhib wa At-Tarhib : 1/125 : 518
[5] Abu Daud : 2/425 : hadis no : 657.
[6] Said Hawa adalah naqib kepada Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang semasa menuntut di Universiti Madinah sekitar tahun akhir 60 an. (jihad dalam politik & persoalan Negara Islam mengikut pandangan Said Hawa : m/s 14)
[7] Al-Khumaini : syuzuz fi Al-Aqaid, Syuzuz Fi Al-Mawaqif : m/s 7. As-Syaikh Said Hawa menukilkan dari kitab “Al-Hukumah Al-Islamiyyah” karangan Al-Khumaini : m/s 52.
[8] Al-Khumaini : syuzuz fi Al-Aqaid, Syuzuz Fi Al-Mawaqif : m/s 9.
[9] Al-Khumaini : syuzuz fi Al-Aqaid, Syuzuz Fi Al-Mawaqif : m/s 13.
[10] Al-Khumaini : syuzuz fi Al-Aqaid, Syuzuz Fi Al-Mawaqif : m/s 14.
[11] Al-Khumaini : syuzuz fi Al-Aqaid, Syuzuz Fi Al-Mawaqif : m/s 11. As-Syaikh Said Hawa menukilkan dari kitab “Kasyf Al-Asrar” karangan Al-Khumaini : m/s 112
[12] Al-Khumaini : syuzuz fi Al-Aqaid, Syuzuz Fi Al-Mawaqif : m/s 12. As-Syaikh Said Hawa menukilkan dari kitab “Al-hukumah Al-Islamiyyah” karangan Al-Khumaini : m/s 71
[13] Al-Khumaini : syuzuz fi Al-Aqaid, Syuzuz Fi Al-Mawaqif : m/s 21.
[14] Al-Khumaini : syuzuz fi Al-Aqaid, Syuzuz Fi Al-Mawaqif : m/s 31.
[15] Tok Janggut : pejuang atau penderhaka? : m/s 108

Wednesday, March 28, 2007

FIQH AWLAWIYYAT DALAM GERAKAN ISLAM

FIQH AWLAWIYYAT DALAM GERAKAN ISLAM :
SATU PERBINCANGAN UNTUK PENILAIAN

MUQADDIMAH

Membaca sejarah Islam di Negara ini, didapat bahawa Negara ini pernah di perintah mengikut ajaran islam. Ini di buktikan dengan penemuan batu bersurat di Terengganu yang bertarikh 1303.

Dalam batu bersurat itu, terkandung arahan raja yang memerintah ketika itu yang bernama Raja Mandalika terhadap rakyatnya supaya berpegang kuat dengan ajaran islam dari semua sudut kehidupan. Ianya menyentuh soal langkah mengelakkan berlaku kemungkaran seperti zina dan tidak membayar hutang. Juga hukuman terhadap mereka yang tidak mengikut kehendak syariat yang tidak dibataskan kepada rakyat semata, bahkan terhadap pemerintah juga.[1]

Penggunaan kalimah “Sultan” terhadap raja-raja melayu juga merupakan pengaruh pemerintahan Islam di Negara ini. Ini kerana, penggunaan kalimah “Sultan” pada asalnya adalah identity pemerintahan Islam yang mula di gunakan pada abad ke-10 masehi dengan munculnya kesultanan Seljuq sebagai pemegang tampuk pemerintahan dalam zaman Abbasiah. Kekuasaan Seljuq merupakan satu pembentukan yang berasal dari turki selepas mereka menguasai kota Baghdad, iaitu pusat pemerintahan Khalifah Abbasiah[2].

Kalimah “sultan” juga di gunakan dizaman pemerintahan osmaniyyah turki sebagai ganti kepada penggunaan kalimah Khalifah.

Empayar osmaniyyah merupakan sumber kekuatan inspirasi yang meniup semangat perjuangan di kalangan kesultanan-kesultanan melayu untuk berjuang bagi menghapuskan penjajah yang sering menyerang umat Islam. Ini di buktikan dengan sokongan kesultanan melayu terhadap empayar osmaniyyah turki yang ketika itu menyokong jerman dalam peperangan dunia pertama[3], pada bulan ogos tahun 1914[4].

Pada tahun 1924, khalifah Osmaniyyah di turki telah di jatuhkan oleh seorang tokoh secular turki yang bernama Mustafa Kamal Art-Tarturk dengan slogan “garbie doegroe” yang memberi maksud “berarak menuju barat[5]” telah memberi tamparan hebat terhadap dunia Islam termasuk alam melayu. Ini kerana, ketika itu kesultanan-kesultanan melayu ini mendukung system kekhalifahan yang berpusat di turki sebagai tunggak kekuasaan di mana mereka ikut berpayung[6].

Dengan kejatuhan khalifah osmaniyyah itu, maka bermulalah fitnah secular didalam system pemerintahan dunia Islam, yang tidak terketinggalan menerima fitnah tersebut adalah Malaysia. Maka dengan itu, lahirlah berbagai-bagai gerakan Islam di seluruh dunia Islam, seperti lahirnya Ikhwan Muslimin di Mesir, Jamaat Islami di Pakistan, PAS di Malaysia dan sebagainya.

Kelahiran gerakan islam bagi menyelamatkan umat Islam dari fitnah secular merupakan satu perkara yang baik, tetapi kadangkala beberapa kelemahan yang telah menimpa kepada pendokong-pendokong gerakan Islam menyebabkan gerakan islam tersebut kelihatan lemah dan lesu.

Antara punca kelemahannya adalah disebabkan kurang pemahaman tentang Fiqh Awlawiyyat dikalangan Ahli pendokong dan penyokong sesuatu gerakan islam.

Dengan kertas kerja ringkas ini, mudah-mudahan dapat membuka ruang perbincangan yang lebih meluas bagi merealisasikan tuntutan untuk mendaulatkan kalimah Allah atas muka bumi ini..

Takbirr !!!!!!!

DEFINISI FIQH AWLAWIYYAT

Fiqh Awlawiyyat ialah ;

“meletakan segala sesuatu pada tangga dan peringkatnya yang sebenar dengan pertimbangan keadilan, samada mengenai perbuatan, pemikiran, hukum-hakam dan nilai-nilai akhlak mulia[7]

Ianya membawa maksud :

Mendahulukan sesuatu yang lebih penting dari yang penting, mendahulukan yang penting dari yang tidak penting. Semuanya hendaklah mengikut neraca wahyu Ilahi.

Firman Allah;

وَالسَّمَاءَ رَفَعَهَا وَوَضَعَ الْمِيزَانَ * أَلَّا تَطْغَوْا فِي الْمِيزَانِ * وَأَقِيمُوا الْوَزْنَ بِالْقِسْطِ وَلَا تُخْسِرُوا الْمِيزَانَ

Maksudnya;
“Dan Allah telah meninggikan langit dan Dia meletakkan neraca (keadilan) * Supaya kamu jangan melampaui batas tentang neraca itu. * Dan tegakkanlah timbangan itu dengan adil dan janganlah kamu mengurangi neraca itu”

(surah Ar-Rahman : 7-9)

DALIL-DALIL FIQH AWLAWIYYAT

Kelahiran fiqh awlawiyyat bukanlah berdasarkan penilaian hawa nafsu semata-mata, bahkan ianya berasal dari pernan nabi SAW sendiri. Antara buktinya adalah seperti berikut;

Firman Allah;

أَجَعَلْتُمْ سِقَايَةَ الْحَاجِّ وَعِمَارَةَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ كَمَنْ آَمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآَخِرِ وَجَاهَدَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ لَا يَسْتَوُونَ عِنْدَ اللَّهِ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ * الَّذِينَ آَمَنُوا وَهَاجَرُوا وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنْفُسِهِمْ أَعْظَمُ دَرَجَةً عِنْدَ اللَّهِ وَأُولَئِكَ هُمُ الْفَائِزُونَ

Maksudnya;
“Apakah (orang-orang) yang memberi minuman orang-orang yang mengerjakan haji dan mengurus Masjidilharam kamu samakan dengan orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian serta bejihad di jalan Allah? Mereka tidak sama di sisi Allah; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim * orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta, benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi derajatnya di sisi Allah; dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan”

(Surah At-taubah : 19-20)

Sabda Nabi SAW;

الإيمان بضع وسبعون بابا أدناها إماطة الأذى عن الطريق وأرفعها قول لا إله إلا الله

Maksudnya;
“Islam mempunyai sebahagian dan tujuh puluh bab, yang paling rendah (darjatnya) adalah menghilangkan kekotoran di jalan dan yang paling tinggi (darjatnya) adalah perkataan La Ilaha Illa Allah (Tiada tuhan melainkan Allah)[8]

Pernah baginda SAW di tanya berkenaan tentang islam yang paling baik, lalu nabi memberi jawapan pelbagai berdasarkan kepada awlawiyyat terhadap individu-individu yang bertanya.

Hadisnya adalah seperti berikut;

عن أبي مُوسَى رضي الله عنه قال قالوا يا رَسُولَ اللَّهِ أَيُّ الْإِسْلَامِ أَفْضَلُ قال من سَلِمَ الْمُسْلِمُونَ من لِسَانِهِ وَيَدِهِ

Maksudnya;
“Daripada Abi Musa RA yang berkata; mereka (sahabat) bertanya; Wahai Rasulullah SAW, apakah islam yang afdhal? Menjawab Nabi : mereka yang memberi kesejahteraan kepada orang Islam daripada lidahnya dan tangannya[9]

Hadis yang lain;

عن عبد اللَّهِ بن عَمْرٍو رضي الله عنهما أَنَّ رَجُلًا سَأَلَ النبي (ص) أَيُّ الْإِسْلَامِ خَيْرٌ قال تُطْعِمُ الطَّعَامَ وَتَقْرَأُ السَّلَامَ على من عَرَفْتَ وَمَنْ لم تَعْرِفْ

Maksudnya;
“Daripada Abdillah bin Amr RA: seorang lelaki telah bertanya kepada Nabi SAW berkenaan Islam yang paling baik. Menjawab Nabi Saw; kamu memberi makan dan memberi salam kepada orang-orang yang kamu kenal dan yang tidak kenal[10]

FIQH AWLAWIYYAT : ANTARA GERAKAN ISLAM DAN KELOMPOK MANUSIA

Di kalangan manusia itu terbahagi kepada beberapa bentuk, iaitu seperti berikut;

a. Golongan nususi (tekstual)

Golongan ini adalah golongan yang tidak pernah melihat kepada maqasid hukum yang sehinggakan mereka mahu menyampaikan Islam tidak mengikut kepentingan awlawiyyat.

Kebiasaannya, golongan ini mendakwa bahawa mereka adalah golongan yang berpegang kuat dengan Al-Quran dan As-Sunnah, tanpa merujuk kepada pemahaman “Istidlal” atau pengambilan hukum yang betul.

Maka dengan demikian, mereka mengemukakan pandangan-pandangan yang tidak “bercaknakan” Fiqh Awlawiyyat, sehingakan kadangkala merugikan kepada kemenangan islam, seperti menimbulkan isu-isu khilafiyyah dan menyembunyikan isu-isu utama, seperti kenaikan harga tol yang bercanggah dengan Islam[11], kenaikan harga barang, “mengkondem” institusi-institusi agama yang tidak sehaluan dengan mereka, membuat tuduhan jahat terhadap gerakan Islam dan sebagainya.

b. Golongan Liberal

Golongan ini pula adalah golongan yang dikenali sebagai “muktazilah moden” yang sedang kuat menyerang agama dan umat Islam di seluruh dunia.

Golongan ini hanya mengambil pemahaman Al-Quran dan As-Sunnah berdasarkan kepada kehendak hawa nafsu semata-mata. Mereka juga kadangkala berhujjah dengan menggunakan kaedah Fiqh Awlawiyyat, tetapi penggunaan fiqh Awlawiyyat tersebut lebih kepada kehendak hawa nafsu, tanpa di asaskan kepada wahyu Ilahi.

Sesuatu kandungan nas Al-Quran dan As-Sunnah yang tidak bersesuaian dengan nafsu mereka, mereka tidak menerimanya, ataupun mereka mewujudkan penta’wilan-penta’wilan terhadap maksud nas-nas syarak tersebut dengan tujuan untuk menguntungkan kehendak hawa nafsu.

Tindakan mereka ini adalah “ciplak” dari tindakan yahudi terdahulu yang telah dinyatakan oleh Allah didalam Al-Quran.

Firman Allah;

أَفَتُؤْمِنُونَ بِبَعْضِ الْكِتَابِ وَتَكْفُرُونَ بِبَعْضٍ فَمَا جَزَاءُ مَنْ يَفْعَلُ ذَلِكَ مِنْكُمْ إِلَّا خِزْيٌ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ يُرَدُّونَ إِلَى أَشَدِّ الْعَذَابِ وَمَا اللَّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ

Maksudnya;
“Apakah kamu beriman kepada sebahagian Al Kitab (Taurat) dan ingkar terhadap sebahagian yang lain? Tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian daripadamu, melainkan kenistaan dalam kehidupan dunia, dan pada hari kiamat mereka dikembalikan kepada siksa yang sangat berat. Allah tidak lengah dari apa yang kamu perbuat”

(surah Al-Baqarah : 85)

c. Golongan kesederhanaan

Golongan ini adalah golongan yang dinyatakan oleh Allah “umat yang pertengahan”, iaitu golongan yang mencari keadilan melalui pemahaman nas Al-Quran dan Al-Hadis.

Firman Allah;

وَكَذَلِكَ جَعَلْنَاكُمْ أُمَّةً وَسَطًا لِتَكُونُوا شُهَدَاءَ عَلَى النَّاسِ وَيَكُونَ الرَّسُولُ عَلَيْكُمْ شَهِيدًا

Maksudnya;
“Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam), umat yang yang pertengahan – adil- dan pilihan agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu”

(Surah Al-Baqarah : 143)

Menurut Imam Fakhruddin ar-Razi, makna “umat yang petengahan” yang terpilih adalah umat yang pertengahan dalam semua urusan[12]. Iaitu umat yang mengambil Al-Quran dan As-Sunnah sebagai asas perjuangan, disamping “cakna” kepada tuntutan fiqh awlawiyyat.

Gerakan Islam yang berjaya adalah gerakan Islam yang berada dibawah pengkategorian “golongan kesederhanaan” ini, yang menjadikan wahyu sebagai dasar perjuangan, disamping fiqh awlawiyyat dijadikan sebagai “teknik-teknik” dalam menyampaikan kehendak wahyu.

KELEMAHAN GERAKAN ISLAM BERPUNCA KELEMAHAN PEMAHAMAN FIQH AWLAWIYYAT DI KALANGAN PENDOKONG

Melihat kepada suasana gerakan Islam di seluruh dunia, didapati bahawa mereka adalah kelompok manusia yang sentiasa beruasaha kearah kemenangan Islam di tempat mereka. Tetapi, apa yang menyedihkan adalah, disebalik gerak kerja mereka terdapat beberapa kelemahan. Setelah di hayati, didapati bahawa kelemahan tersebut berpunca dari tidak memahami konsep awlawiyyat dikalangan pendokong-pendokong gerakan Islam tersebut.

Antaranya adalah seperti berikut;

AGENDA PERIBADI DAN AGENDA JEMAAH

Mementingkan “agenda peribadi” berbanding “agenda jemaah” sentiasa menjadi bahan “polimik” dikalangan ahli jemaah yang menyebabkan jemaah islam lambat mencapai kejayaan dakwah islamiyyah.

Bandingannya adalah kenyataan Allah didalam surah At-taubah ayat 19-20 yang menyatakan bahawa amalan berjihad lebih utama berbanding menunaikan haji di Makkah.

Firman Allah;

أَجَعَلْتُمْ سِقَايَةَ الْحَاجِّ وَعِمَارَةَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ كَمَنْ آَمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآَخِرِ وَجَاهَدَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ لَا يَسْتَوُونَ عِنْدَ اللَّهِ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ * الَّذِينَ آَمَنُوا وَهَاجَرُوا وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنْفُسِهِمْ أَعْظَمُ دَرَجَةً عِنْدَ اللَّهِ وَأُولَئِكَ هُمُ الْفَائِزُونَ

Maksudnya;
“Apakah (orang-orang) yang memberi minuman orang-orang yang mengerjakan haji dan mengurus Masjidilharam kamu samakan dengan orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian serta bejihad di jalan Allah? Mereka tidak sama di sisi Allah; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang zalim * orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta, benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi derajatnya di sisi Allah; dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan.”

(surah At-Taubah : 19-20)

Ayat ini membuktikan bahawa amalan jihad fi sabilillah itu lebih di utamakan berbanding haji di Makkah, ini kerana, manfaat jihad itu untuk manusia ramai. Adapun haji pula, ianya sekadar manfaat diri individu yang pergi Haji sahaja.

Juga hadis yang di nyatakan oleh Rasulullah SAW;

عَنْ أَبِي أُمَامَةَ الْبَاهِلِيِّ قَالَ ذُكِرَ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَجُلَانِ أَحَدُهُمَا عَابِدٌ وَالْآخَرُ عَالِمٌ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَضْلُ الْعَالِمِ عَلَى الْعَابِدِ كَفَضْلِي عَلَى أَدْنَاكُمْ ثُمَّ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ وَأَهْلَ السَّمَوَاتِ وَالْأَرَضِينَ حَتَّى النَّمْلَةَ فِي جُحْرِهَا وَحَتَّى الْحُوتَ لَيُصَلُّونَ عَلَى مُعَلِّمِ النَّاسِ الْخَيْرَ

Maksudnya;
“Daripada Abi Umamah Al-Bahili berkata; di sebut kepada Rasulullah SAW berkenaan dua orang lelaki, salah seorangnya seorang yang ‘Abid (ahli Ibadat), dan satu lagi seorang yang ‘Alim (Ahl Ilmu). Berkata Rasulullah SAW; kelebihan ‘Alim berbanding ‘Abid adalah seperti kelebihanku atas manusia yang paling rendah dikalangan kamu, kemudian Rasulullah SAW bersabda : sesungguhnya Allah, Malaikat-Nya, Ahl Langit dan Bumi hinggakan semut di atas batu dan ikan-ikan - dilautan - berselawat kepada sesiapa yang mengajar manusia dengan kebaikan[13]

Hadis ini menyatakan bagaimana kelebihan yang ada pada seorang yang ‘Alim berbanding seorang yang ‘Abid. Seorang yang ‘Alim, mempunyai ilmu yang dapat disampaikan kepada manusia. Adapun seorang yang ‘Abid, ibadatnya sekadar memberi keuntungan kepada dirinya, tidak kepada manusia ramai.

MEMENTINGKAN “AHLI LUARAN” DISAMPING MENGABAIKAN “AHLI DALAMAN”

Tidak dinafikan penting mensasarkan usaha kearah meramaikan ahli jemaah, ini dilihat sebagai konsep dakwah sebenar. Walaupun begitu, adalah satu kelemahan jika usaha tersebut melahirkan satu tindakan yang mengabaikan “ahli jemaah dalaman”, dengan mengabaikan program-program dalaman seperti tarbiyyah, Usrah, Tamrin dan sebagainya.

Tindakan sebegini melahirkan satu tanggapan dikalangan ahli dalaman bahawa “gerakan islam” yang mereka dokong dan sokong ini bukanlah sebuah “gerakan Islam”, tetapi sekadar politik kepartian semata-mata; yang apabila kalah didalam medan, maka lahirlah “kelunturan semangat” perjuangan di kalangan mereka.

Dalil atas kenyataan ini adalah berdasarkan kepada teguran Allah terhadap “kesilapan” Baginda SAW yang bermasam muka terhadap seorang sahabat buta yang bernama Abdullah bin Ummi Al-Maktum yang berjumpa Nabi untuk bertanyakan hukum; yang ketika itu Baginda sedang melancarkan seruan dakwah terhadap pembesar-pembesar quraish.

Kisah ini di rakamkan oleh Allah didalam surah ‘Abasa;

عَبَسَ وَتَوَلَّى * أَنْ جَاءَهُ الْأَعْمَى * وَمَا يُدْرِيكَ لَعَلَّهُ يَزَّكَّى أَوْ يَذَّكَّرُ فَتَنْفَعَهُ الذِّكْرَى * أَمَّا مَنِ اسْتَغْنَى * فَأَنْتَ لَهُ تَصَدَّى * وَمَا عَلَيْكَ أَلَّا يَزَّكَّى * وَأَمَّا مَنْ جَاءَكَ يَسْعَى * وَهُوَ يَخْشَى * فَأَنْتَ عَنْهُ تَلَهَّى * كَلَّا إِنَّهَا تَذْكِرَةٌ * فَمَنْ شَاءَ ذَكَرَهُ

Maksudnya;
“Dia (Muhammad) bermuka masam dan berpaling * karena telah datang seorang buta kepadanya * Tahukah kamu barangkali ia ingin membersihkan dirinya (dari dosa) * atau dia (ingin) mendapatkan pengajaran, lalu pengajaran itu memberi manfaat kepadanya? * Adapun orang yang merasa dirinya serba cukup * maka kamu melayaninya * Padahal tidak ada (celaan) atasmu kalau dia tidak membersihkan diri (beriman). * Dan adapun orang yang datang kepadamu dengan bersegera (untuk mendapatkan pengajaran) * sedang ia takut kepada (Allah) * maka kamu mengabaikannya * Sekali-kali jangan (demikian)! Sesungguhnya ajaran-ajaran Tuhan itu adalah suatu peringatan * Sekali-kali jangan (demikian)! Sesungguhnya ajaran-ajaran Tuhan itu adalah suatu peringatan”

(surah ‘Abasa : 1-12)

Berdasarkan asbab An-nuzul (sebab turun) ayat ini adalah seperti berikut;

Dalam suatu riwayat dikemukakan bahawa firman Allah dalam ayat ini adalah turunnya berkenaan dengan Abdullah bin ummi Maktum yang buta yang datang kepada Rasulullah saw. sambil berkata: "Berilah petunjuk kepadaku ya Rasulullah." Pada waktu itu Rasulullah saw. sedang menghadapi para pembesar kaum musyrikin Quraisy, sehingga Rasulullah berpaling daripadanya dan tetap menghadapi pembesar-pembesar Quraisy. Ummi Maktum berkata: "Apakah yang saya katakan ini mengganggu tuan?" Rasulullah menjawab: "Tidak." Lalu turun ayat ini sebagai teguran atas perbuatan Rasulullah saw.[14]

Lihatlah bagaimana teguran Allah terhadap Nabi SAW yang tidak mengendahkan seruan Abdullah bin Ummi Al-Maktum yang mahu bertanyakan hukum, ketika baginda SAW sedang menyampaikan dakwah kepada pembesar-pembesar Quraish yang ketika itu tidak beriman lagi.

Ini menandakan bahawa, pentingnya menjaga Ahli dalaman berbanding “ahli luaran” yang belum tentu lagi mahu masuk menjadi pendokong sesuatu gerakan Islam.

KELEMAHAN MEMPOSISIKAN PENGGERAK

Antara kelemahan yang sering menimpa gerakan Islam dimana-mana adalah kelemahan dalam “memposisikan penggerak” berdasarkan awlawiyyat. Memposisikan penggerakan merupakan satu tindakan memerlukan kepada kepakaran dalam menyusun strategi.

Kepakaran tersebut bukan sekadar pakar dalam memahami bentuk kerja, tetapi hendaklah pakar dalam memahami penggerak gerak kerja tersebut.

Seperti untuk menggerakan “lajnah Tarbiyyah” memerlukan kepada penggerak yang memahami konsep “tarbiyyah” didalam sesebuah gerakan Islam.

Jika seseorang yang tidak memahami konsep gerak kerja “lajnah Tarbiyyah” tetap di letakan di lajnah tersebut juga, maka ini boleh menyebabkan gerak kerja tersebut akan hancur dan kucar kacir.

Tindakan memposisikan penggerak mengikut awlawiyyat dapat dibuktikan dengan tindakan nabi SAW yang memposisikan Khalid bin Al-Walid di “lajnah peperangan” sedangkan ketika itu, Khalid bin Al-Walid adalah seseorang yang baru sahaja dengan agama Islam.

Di samping itu juga, kadangkala Khalid bin Al-Walid sering melanggar arahan Nabi SAW sehinggakan Baginda SAW sering berdoa kepada Allah untuk minta selamat dari kesilapan Khalid bin Al-Walid.

Kandungan doa Nabi tersebut adalah seperti berikut;

اللَّهُمَّ إِنِّي أَبْرَأُ إِلَيْكَ مِمَّا صَنَعَ خَالِدُ بْنُ الْوَلِيدِ

Maksudnya;
“Ya Allah, Sesungguhnya aku bebas daripada kelakuan Khalid bin Al-Walid[15]

PENUTUP

Banyak lagi perkara yang perlu dibincangkan dalam tajuk “Fiqh Awlawiyyat dalam gerakan Islam”. Walaubagaimanapun, dengan tulisan ringkas ini dapat memberi satu lanjutan perbincangan secara “Ilmiyyah” yang digabungkan dengan “Khibrah” atau pengalaman-pengalaman pejuang-pejuang Islam terdahulu bagi mencari titik kekuatan dalam gerakan Islam.

Sekian

One_G
http://laptopdarulfiqh.blogspot.com
http://jihad-jalanku.blogspot.com

sesiapa yang ingin mendalami pengajian Fiqh, Hadis, Tafsir dan sebagainya, sila layari http://one-g.blogspot.com

e-mail : abu_abdillah_azzam@yahoo.com








[1] Tradisi Pemerintahan Islam dan Kolonialisme dalam sejarah Alam Melayu : m/s 2.
[2] Tradisi Pemerintahan Islam dan Kolonialisme dalam sejarah Alam Melayu : m/s 4
[3] Tradisi Pemerintahan Islam dan Kolonialisme dalam sejarah alam melayu : m/s 6.
[4] Tok Janggut : pejuang atau penderhaka : m/s 24.
[5] Pendita yang hilang : Mustafa Kamal Atarturk : m/s 58.
[6] Tradisi Pemerintahan Islam dan Kolonialisme dalam sejarah alam melayu : m/s 6
[7] Fiqh Awlawiyyat : 1.
[8] Sahih Wa Doif Sunan At-Tirmizi : 6/114 : Hadis ini di riwayatkan juga oleh Imam Al-Bukhari.
[9] Sahih Al-bukhari : 1/13 . Hadis no : 11.
[10] Sahih Al-Bukhari : 1/13. Hadis no : 12.
[11] Kenaikan harga tol yang dilakukan perjanjian kerajaan dengan konsesi adalah bercanggah dengan Islam, ini kerana, perjanjian tersebut memberi keuntungan kepada golongan syarikat-syarikat swasta yang memonopoli keuntungan Negara, sedangkan kekayaan Negara adalah untuk rakyat, bukan untuk syarikat swasta.

Tindakan kerajaan itu adalah bercanggah dengan Firman Allah;

كَيْ لَا يَكُونَ دُولَةً بَيْنَ الْأَغْنِيَاءِ مِنْكُمْ

Maksudnya;
“Supaya kekayaan (perbendaharaan) Negara itu tidak berlegar diantara orang-orang kaya (syarikat swasta) dikalangan kamu”
[12] At-Tafsir Al-Kabir : 2/390.
[13] Sunan At-Tirmizi : 9/299 : hadis no : 2609. hadis ini adalah hasan dan sohih mengikut takhrij As-Syaikh Albani Ra didalam kitabnya “Takhrij Misykat Al-Masabih” : 1/46 > hadis no : 213 dan kitab Sahih wa Doif Sunan At-Tirmizi : 6/185.
[14] Tafsir Ibni Kathir : 8/319.
[15] Sahih Al-Bukhari : 22/124 : hadis no : 6652.

Friday, March 23, 2007

TUDUHAN PAS SEBAGAI SYIAH : SIAPA YANG TANGGUNG DOSA?

TUDUHAN PAS SEBAGAI SYIAH : SIAPA YANG TANGGUNG DOSA?

Secara tidak disangka-sangka, sebuah blog baru diwujudkan dengan bermotif jahat; dengan menuduh PAS sebagai sebuah parti syiah di Negara ini.

Dari fikiran ini, ada dua anggapan terhadap kewujudan blog jahat ini, samada ianya adalah provokasi dari pihak musuh Islam yang bernama UMNO atau ianya lahir dari pendakwa-pendakwa pejuang salafi setelah melihat “kebingungan” pengendali harakahdaily yang menukilkan tulisan-tulisan Faisal Tehrani yang dikenali sebagai pendakyah fahaman syiah disebalik tulisan novel, article dan cerpen.

Mungkin anggapan ini salah, atau kemungkinan juga anggapan ini telah terkena sasarannya. Walaubagaimanapun, pendirian ini lebih mahu menyalahkan kepada “pencetus” kepada tuduhan karut ini, yang pada pandanganku, tuduhan “pencetus” tersebut bermula dari ketidak fahamannya terhadap kewujudan PAS di Negara ini.

KEWUJUDAN PAS ADALAH TANGGUNGJAWAB SYARA’

PAS di tubuhkan bukanlah kerana “frust” kepada kepimpinan Negara terdahulu, seperti yang didakwa oleh musuh-musuh Islam UMNO dan BN, tetapi kewujudan PAS merupakan salah satu “mata-mata rantai” perjuangan Rasulullah SAW, yang berusaha kearah mendaulatkan Islam di muka bumi, khususnya di Malaysia, sebagai menunaikan tanggungjawab khalifah Allah di muka bumi ini.

Firman Allah;

وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً

Maksudnya;
“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi”

(Surah Al-Baqarah : 30)

Khalifah yang dimaksudkan adalah seperti yang telah didefinisikan oleh ulama iaitu;

نيابة عن الشارع في حراسة الدين وسياسة الدنيا به

Maksudnya;
“pengganti syari’ didalam menjaga agama dan mentadbir dunia dengannya (agama)”[1].

Jika diperhatikan secara mendalam, kewujudan PAS adalah bagi memberi penjagaan dari “fitnah syirik” yang paling utama; dan yang sedang menimpa umat Islam di dunia Islam kini, iaitu “fitnah secular” yang sedang hebat menyerang aqidah umat Islam.

Aqidah “politik suku, agama suku” merupakan kesesatan yang merungsingkan pendakwah-pendakwah yang ikhlas dengan tugasan dakwah Islamiyyah.

Dengan kesedaran ini, maka tertubuhlah PAS (yang ketika itu tidak menggunakan nama PAS lagi) sebagai sebuah jemaah islam yang berusaha kearah menjaga umat Islam di Negara ini – khususnya ahli-ahli PAS – daripada dihinggapi syirik secular ini. Maka dengan Ini, kewujudan PAS merupakan tuntutan syarak yang wajib dihormati oleh setiap pendakwah-pendakwah Islam di seluruh dunia.

Melihat kepada “waqi” Malaysia, pembawa bendera syirik secular ini bukanlah dari kalangan manusia biasa, tetapi pembawa bendera syirik secular ini adalah system yang memerintah, maka dengan itu, tindakan yang sepatutnya adalah dengan “menyertaikan” diri bersama-sama dengan lapangan politik Malaysia bagi berusaha kearah menyampaikan mesej dakwah Islamiyyah, yang tidak dapat tidak mesti masuk kedalam system demokrasi berperlembagaan.

PAS MEMBIMBING DEMOKRASI, BUKAN MENGIKUT DEMOKRASI

Tindakan PAS masuk kedalam lapangan politik dengan bersama-sama menggunakan system demorasi bukanlah satu perkara yang bercanggah dengan syariah, ini kerana, perbahasan berkenaan demokrasi yang hendak dibawa oleh PAS tidaklah seperti demokrasi yang diperjuangkan barat, iaitu PAS bersama dengan demokrasi, bukanlah untuk mengikut acuan demorasi barat, tetapi PAS membimbing demokrasi supaya mengikut acuan Islam.

Ini dapat di buktikan, bagaimana tindakan Tuan Guru Haji Abdul Aziz bin Nikmat (Mursyidul Am PAS) dan Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang (Presiden PAS) didalam pemerintahan mereka di Kelantan dan Terengganu.

Tindakan mengharamkan penjualan arak, mengharamkan lesen judi dan sebagainya; semuanya berdasarkan kepada perinsip Islam, tanpa merujuk kepada pandangan rakyat semata-mata.

Pernah Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nikmat memberitahu tentang tindakan beliau di awal pemerintahan Islam di kelantan, iaitu dalam awal tahun 1990; iaitu tindakan mengeluarkan wang kerajaan negeri dari Bank Konvesional dengan alasan bimbang murka Allah terhadap pengisytiharan perang dari Allah terhadap manusia yang bermain-main dengan riba. Tindakan tuan guru Menteri Besar tersebut, di kecam hebat oleh sebilangan pakar-pakar ekonomi di Negara ini, tetapi memikirkan ini adalah tanggungjawab yang perlu di lakukan oleh kerajaan Islam, maka kepimpinan PAS di Kelantan tidak mengendahkan kecaman tersebut.

Tindakan kepimpinan PAS di Kelantan itu membuktikan bahawa, demokrasi yang dibawa oleh PAS, bukanlah seperti demokrasi barat, ini kerana, PAS telah berjaya “mengislamkan” pemikiran demokrasi tersebut dengan menjadikannya sebagai medan dakwah islamiyyah.

KETERBUKAAN PAS

Melihat kepada keadaan PAS yang merupakan satu jemaah yang mahu menjaga pengikut-pengikutnya dari “syirik secular”, maka dengan itu PAS membuka ruang yang luas kepada sesiapa sahaja yang mahu kepada penjagaan ini. Mengisi borang PAS bermakna, berusaha kearah menyelamatkan diri dari fitnah secular.

Keterbukaan PAS itu, tidak dibataskan kepada sesiapa, bahkan bagi mereka yang pernah mendapat tarbiyyah dari JIM, ABIM dan UMNO pun, diterima sebagai ahli PAS, selagimana mereka adalah orang Islam.

Setelah masuk berdaftar sebagai ahli PAS, maka PAS menyediakan program-program berbentuk tarbiyyah kepada ahli-ahlinya, sebagai tindakan “follow up” terhadap ahli-ahli PAS. Maka dengan itu, setelah masuk kedalam PAS, segala fikrah-fikrah terdahulu perlu dihapuskan didalam pemikiran ahli-ahli agar usaha melenyapkan aqidah secular yang masih berbaki didalam jiwa ahli-ahli tersebut dapat di hapuskan.

Di sebalik keterbukaan PAS tersebut, terdapat juga sebilangan ahli-ahli yang “keras kepala”, iaitu setelah mereka masuk kedalam PAS, mereka membawa juga agenda-agenda peribadi mereka, samada agenda peribadi itu berbentuk keuntungan individu, ataupun berbentuk keuntungan kepada fikrah mereka yang terdahulu.

Begitujuga, PAS menerima ahli-ahlinya yang sebelum itu berfahaman syiah, tetapi bukan bermakna PAS mengiktiraf aqidah syiah. Tindakan PAS menerima ahli-ahlinya yang syiah adalah untuk membaiki balik kefahaman mereka terhadap fahaman Ahl sunnah wa Al-Jamaah.

Jika ada dakwaan yang menyatakan bahawa PAS adalah syiah, maka ini menandakan bahawa dakwaan tersebut tidak berpijak kepada fakta dan kefahaman yang jelas terhadap PAS, ini kerana, PAS sudah mempunyai sejarah memecat “Ustaz Hassan Salleh” dari Ahli PAS, semata-mata pegangannya terhadap aqidah syiah di awal tahun 1990 an terdahulu.

SIAPA YANG PERLU DIPERSALAHKAN DISEBALIK TUDUHAN INI

Pada pandanganku, Kewujudan blog yang menyatakan bahawa PAS adalah syiah mesti bermula dengan beberapa cetusan pemikiran. Cetusan tersebut, samada datang dari pihak musuh Islam sendiri atau datang dari mereka yang tidak memahami gerak dan perjalanan PAS.

Pada kiraanku, keberanian sebilangan manusia melakukan tuduhan palsu ini bermula dengan dakwaan tidak berfakta dari mufti perlis didalam akhbar berita minggu yang bertarikh 14 januari 2007, yang mendakwa dengan kenyataannya seperti berikut;

“pembangkang di Malaysia (PAS) dikuasai kumpulan dan fahaman, tetapi yang saya tahu kumpulan Syiah paling aktif[2]

Dakwaan tersebut dipenuhi dengan prejudis benci terhadap PAS, tanpa disertai dengan bukti-bukti fakta bagi mengukuhkan dakwaan tersebut.

Dakwaan sebegini sebenarnya bercanggah dengan Islam, ini kerana Islam telah meletakan kaedah;

البينة على المدعي واليمين على من أنكر

Maksudnya;
“Bukti dari pendakwa dan sumpah atas orang yang mengingkarinya[3]

Setiap dakwaan yang di buat oleh mufti tidak memadai dengan mengatakan “setahu saya”, ini kerana, mungkin pengetahuan mufti terhadap gerakan Syiah itu hanya tuduhan dari orang-orang yang membencikan PAS dan hendak merosakan PAS.

Maka demikian, tuduhan mufti perlis tersebut hendaklah disertai dengan bukti yang berfakta, barulah segala dakwaan itu boleh di nyatakan didalam media Massa.

Firman Allah;

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا

Maksudnya;
“Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan purba-sangka (kecurigaan), karena sebagian dari purba-sangka itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah menggunjingkan satu sama lain”

(Surah Al-Hujurat : 12)

Ayat ini dengan jelas menyatakan dosa terhadap orang yang berpurbasangka terhadap manusia, lebih-lebih lagi kepada satu organisasi yang mahu memperjuangkan Islam.

Amat memelikan, mufti Perlis sekadar mengambil “istidlal” dari ayat ini dari sudut larangan mengintai semata-mata, tetapi dalam masa yang sama, mufti tidak membaca kandungan awal ayat ini yang melarang mengadakan tuduhan palsu, terutama terhadap PAS itu sendiri.

Maka dengan itu, kewujudan blog yang menuduh PAS sebagai syiah bermula dari kenyataan media massa dari Mufti Perlis yang mewajibkan kepada mufti menarik balik kenyataannya itu melainkan mufti dapat mendatangkan fakta-fakta tuduhan tersebut.

Jika mufti tidak berbuat demikian, maka ingatlah peringatan dari Rasulullah SAW;

مَنْ سَنَّ فِي الْإِسْلَامِ سُنَّةً حَسَنَةً فَلَهُ أَجْرُهَا وَأَجْرُ مَنْ عَمِلَ بِهَا بَعْدَهُ مِنْ غَيْرِ أَنْ يَنْقُصَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْءٌ وَمَنْ سَنَّ فِي الْإِسْلَامِ سُنَّةً سَيِّئَةً كَانَ عَلَيْهِ وِزْرُهَا وَوِزْرُ مَنْ عَمِلَ بِهَا مِنْ بَعْدِهِ مِنْ غَيْرِ أَنْ يَنْقُصَ مِنْ أَوْزَارِهِمْ شَيْءٌ

Maksudnya;
“Barangsiapa yang mengikuti didalam Islam ikutan yang baik, maka baginya pahala dan pahala mereka yang beramal dengannya selepasnya, tanpa dikurangkan sedikitpun balasan mereka itu. Dan baransiapa mengikuti didalam Islam ikutan yang jahat, maka atasnya tanggungang dan tanggungan mereka yang beramal dengannya selepasnya, tanpa dikurangkan sedikitpun dari tanggungan tersebut”[4]

Sekian

Wallahu ‘Alam

One_G
http://laptopdarulfiqh.blogspot.com
http://jihad-jalanku.blogspot.com

sesiapa yang mahu mendalami pengajian fiqh, aqidah, hadis dan tafsir, sila layari : http://one-g.blogspot.com

e – mail : abu_abdillah_azzam@yahoo.com








[1] Badai’ As-Suluk : 1/192.
[2] Berita minggu : ahad : 14 januari 2007 : hlmn 12.
[3] Tabsirah Al-Hukkam : 1/236
[4] Sahih Muslim : 5/198 : hadis no : 1691.

Tuesday, March 20, 2007

MENGAPA PAS MENJADI PILIHANKU?

MENGAPA PAS MENJADI PILIHANKU?

Aku mengenali PAS semasa di dalam pengajianku di Pondok Lubuk Tapah, Pasir Mas, Kelantan. Ini dimungkinkan kerana Tuan Guruku, iaitu tuan Guru Haji Abdullah bin Abdur Rahman adalah seorang ahli PAS dan mempunyai hubungan sahabat yang terlalu rapat dengan Mursyid Al-Am PAS, iaitu Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nikmat, menyebabkan aku merupakan penyokong kuat PAS ketika itu.

Semasa menyambung pengajian di Pakistan, pendedahan keilmuan hadis dan tafsir di sana membuatkan aku membuka minda; di samping pelbagai jemaah yang wujud di sana, seperti jamaah Ghuraba’ yang di dokong golongan “Ghair Muqallid”, Jamaat Islami yang di asaskan oleh Maulana Maududi, Sipahi Sahabat yang diasaskan untuk menentang syiah, Lasykar taiba, tabligh dan berbagai lagi.

Dengan pengalaman inilah menyebabkan aku mula mempelajari dan membaca buku-buku haraki, bagi memastikan aku berada dalam jemaah yang betul, iaitu jemaah yang bersesuaian dengan kehendak Nabi SAW, disertai perbahasan fiqh waqi yang di sesuaikan dengan situasi tempat.

ILTIZAM DENGAN JEMAAH ISLAM

kepentingan melazimkan diri dengan jemaah islam adalah untuk menyelamatkan diri dari fitnah.

Ini didasari kepada hadis riwayat Al-Bukhari, daripada Khuzaifah bin Al-yaman;

كَانَ النَّاسُ يَسْأَلُونَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ الْخَيْرِ وَكُنْتُ أَسْأَلُهُ عَنْ الشَّرِّ مَخَافَةَ أَنْ يُدْرِكَنِي فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّا كُنَّا فِي جَاهِلِيَّةٍ وَشَرٍّ فَجَاءَنَا اللَّهُ بِهَذَا الْخَيْرِ فَهَلْ بَعْدَ هَذَا الْخَيْرِ مِنْ شَرٍّ قَالَ نَعَمْ قُلْتُ وَهَلْ بَعْدَ ذَلِكَ الشَّرِّ مِنْ خَيْرٍ قَالَ نَعَمْ وَفِيهِ دَخَنٌ قُلْتُ وَمَا دَخَنُهُ قَالَ قَوْمٌ يَهْدُونَ بِغَيْرِ هَدْيِي تَعْرِفُ مِنْهُمْ وَتُنْكِرُ قُلْتُ فَهَلْ بَعْدَ ذَلِكَ الْخَيْرِ مِنْ شَرٍّ قَالَ نَعَمْ دُعَاةٌ عَلَى أَبْوَابِ جَهَنَّمَ مَنْ أَجَابَهُمْ إِلَيْهَا قَذَفُوهُ فِيهَا قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ صِفْهُمْ لَنَا قَالَ هُمْ مِنْ جِلْدَتِنَا وَيَتَكَلَّمُونَ بِأَلْسِنَتِنَا قُلْتُ فَمَا تَأْمُرُنِي إِنْ أَدْرَكَنِي ذَلِكَ قَالَ تَلْزَمُ جَمَاعَةَ الْمُسْلِمِينَ وَإِمَامَهُمْ قُلْتُ فَإِنْ لَمْ يَكُنْ لَهُمْ جَمَاعَةٌ وَلَا إِمَامٌ قَالَ فَاعْتَزِلْ تِلْكَ الْفِرَقَ كُلَّهَا وَلَوْ أَنْ تَعَضَّ بِأَصْلِ شَجَرَةٍ حَتَّى يُدْرِكَكَ الْمَوْتُ وَأَنْتَ عَلَى ذَلِكَ

Maksudnya;
“manusia bertanya Rasulullah SAW berkenaan kebaikkan. Aku pula bertanya kepada baginda berkenaan kejahatan, kerana bimbang menimpa diriku. Aku berkata; Wahai Rasulullah SAW, sesungguhnya kami dalam jahiliyyah dan kejahatan, lalu Allah mendatangkan kepada kami kebaikan ini (islam), maka adakah wujud kejahatan selepas dari kebaikan ini? Menjawab baginda SAW; ya (ada). Aku berkata; adakah wujud kebaikan selepas kejahatan itu? Menjawab baginda SAW; ya (ada), padanya dakhan (perkara yang tidak disukai), aku berkata; apa itu dakhan? Berkata Nabi SAW; kaum yang mencari petunjuk tidak dengan petunjukku, kamu kenal mereka dan kamu ingkari (mereka). Aku berkata; adakah wujud kejahatan selepas kebaikan itu? Menjawab baginda SAW; Ya (ada), iaitu penyeru-penyeru ke Pintu neraka, barangsiapa menyahut seruan mereka, nescaya mereka mencampaknya kedalam neraka. Aku berkata; Wahai Rasulullah SAW, nyatakan sifat mereka kepada kami !! berkata Nabi SAW; kulit mereka serupa dengan kulit kita, bercakap dengan bahasa kita. Aku berkata; apa suruhan kamu sekiranya kami berjumpa dengan mereka? Bersabda Nabi SAW; iltizamkan diri kamu dengan Jemaah Muslimin dan (taat) imam mereka (muslimin. Aku berkata; sekiranya tiada jemaah dari kalangan mereka (muslimin) dan tiada imam? Bersabda Nabi SAW; berenggang dirilah kamu dari puak-puak itu semuanya, walaupun kamu terpaksa mengigit akar pokok sekalipun, hinggalah kamu mati[1]”.

Didalam mensyarahkan hadis ini, Imam Ibnu Hajar menukilkan ulasan Qadhi iyadh; yang mana, Qadi Iyyad memaksudkan dengan “kejahatan” didalam hadis ini adalah kejadian selepas kematian Saidina Osman. Adapun “kebaikan selepas dari kejahatan” yang dimaksudkan dalam hadis ini adalah pemerintahan Omar bin Abdil Aziz. Dan maksud dengan “kamu mengenali mereka dan kamu ingkarinya” adalah pemimpin selepas daripada pemerintahan Omar bin Abdil Aziz, yang mana, ada dari kalangan pemimpin ketika itu yang berpegang kuat dengan sunnah dan ada yang menyeru kepada bidaah dan melakukan kezaliman[2].

Melihat kepada tafsiran Qadhi Iyyad, difahami bahawa maqasid di sebalik ulasan ini adalah fitnah yang telah menimpa di zaman selepas kewafatan Nabi SAW.

Maka dengan demikian, suruhan nabi SAW beriltizam dengan jemaah muslimin adalah bagi menyelamatkan diri umat islam daripada terjerumus kejurang fitnah yang berlaku di zaman tersebut.

APAKAH FITNAH UMAT ISLAM MALAYSIA KINI

Membaca sejarah Islam di Negara ini, didapat bahawa Negara ini pernah di perintah mengikut ajaran islam. Ini di buktikan dengan penemuan batu bersurat di Terengganu yang bertarikh 1303.

Dalam batu bersurat itu, terkandung arahan raja yang memerintah ketika itu yang bernama Raja Mandalika terhadap rakyatnya supaya berpegang kuat dengan ajaran islam dari semua sudut kehidupan. Ianya menyentuh soal langkah mengelakkan berlaku kemungkaran seperti zina dan tidak membayar hutang. Juga hukuman terhadap mereka yang tidak mengikut kehendak syariat yang tidak dibataskan kepada rakyat semata, bahkan terhadap pemerintah juga.[3]

Penggunaan kalimah “Sultan” terhadap raja-raja melayu juga merupakan pengaruh pemerintahan Islam di Negara ini. Ini kerana, penggunaan kalimah “Sultan” pada asalnya adalah identity pemerintahan Islam yang mula di gunakan pada abad ke-10 masehi dengan munculnya kesultanan Seljuq sebagai pemegang tampuk pemerintahan dalam zaman Abbasiah. Kekuasaan Seljuq merupakan satu pembentukan yang berasal dari turki selepas mereka menguasai kota Baghdad, iaitu pusat pemerintahan Khalifah Abbasiah[4].

Kalimah “sultan” juga di gunakan dizaman pemerintahan osmaniyyah turki sebagai ganti kepada penggunaan kalimah Khalifah.

Empayar osmaniyyah merupakan sumber kekuatan inspirasi yang meniup semangat perjuangan di kalangan kesultanan-kesultanan melayu untuk berjuang bagi menghapuskan penjajah yang sering menyerang umat Islam. Ini di buktikan dengan sokongan kesultanan melayu terhadap empayar osmaniyyah turki yang ketika itu menyokong jerman dalam peperangan dunia pertama[5], pada bulan ogos tahun 1914[6].

Pada tahun 1924, khalifah Osmaniyyah di turki telah di jatuhkan oleh seorang tokoh secular turki yang bernama Mustafa Kamal Art-Tarturk dengan slogan “garbie doegroe” yang memberi maksud “berarak menuju barat[7]” telah memberi tamparan hebat terhadap dunia Islam termasuk alam melayu. Ini kerana, ketika itu kesultanan-kesultanan melayu ini mendukung system kekhalifahan yang berpusat di turki sebagai tunggak kekuasaan di mana mereka ikut berpayung[8].

Dengan kejatuhan khalifah osmaniyyah itu, maka bermulalah fitnah secular didalam system pemerintahan dunia Islam, yang tidak terketinggalan menerima fitnah tersebut adalah Malaysia. Maka dengan itu, lahirlah berbagai-bagai gerakan Islam di seluruh dunia Islam, seperti lahirnya Ikhwan Muslimin di Mesir, Jamaat Islami di Pakistan, PAS di Malaysia dan sebagainya.

Melihat suasana di Malaysia kini, fitnah yang paling berbahaya yang sedang menimpa umat Islam bukanlah amalan bidaah dalam perkara furu’, seperti talkin, tahlil dan sebagainya, tetapi fitnah yang paling besar adalah “fitnah syirik secular” yang sedang menyerang masuk kedalam jiwa-jiwa umat Islam di Malaysia.

Bagi mengatasi perkara tersebut, perlu kepada satu gerakan islam yang dapat menghapuskan kesyirikan ini, yang jika di perhatikan bahawa semua ini tidak mampu di atasi oleh jemaah-jemaah selain dari PAS.

PENUTUP

Jika di perhatikan kepada ulasan ini, didapati bahawa maksud dengan jemaah muslimin yang disabdakan oleh Nabi SAW, yang jika di nisbahkan di Malaysia adalah jemaah yang dapat menyelamatkan manusia dari belenggu kesyirikan secular.

Di Malaysia, jemaah yang dapat menyelamatkan ini adalah PAS, tidak lainnya. Maka dengan sebab itulah aku memilih PAS sebagai wadah perjuangan Islam bagi merealisasikan maksud hadis Nabi SAW yang diriwayatkan daripada Khuzaifah bin Al-Yaman RA.

Sekian

Wallahu ‘Alam

One_G
http://laptopdarulfiqh.blogspot.com
http://jihad-jalanku.blogspot.com

barangsiapa yang mahu mendalami ilmu Fiqh, Hadis, Tafsir dan Aqidah, sila layari http://one-g.blogspot.com

e-Mail : abu_abdillah_azzam@yahoo.com





[1] Sahih Al-Bukhari : 21/478 : hadis no : 6557.
[2] Fath Al-Bari : 13/36.
[3] Tradisi Pemerintahan Islam dan Kolonialisme dalam sejarah Alam Melayu : m/s 2.
[4] Tradisi Pemerintahan Islam dan Kolonialisme dalam sejarah Alam Melayu : m/s 4
[5] Tradisi Pemerintahan Islam dan Kolonialisme dalam sejarah alam melayu : m/s 6.
[6] Tok Janggut : pejuang atau penderhaka : m/s 24.
[7] Pendita yang hilang : Mustafa Kamal Atarturk : m/s 58.
[8] Tradisi Pemerintahan Islam dan Kolonialisme dalam sejarah alam melayu : m/s 6

Sunday, March 18, 2007

APABILA SI ALIM YANG SOMBONG MENGHINA “ INSAN ISTIMEWA” …..??!!

APABILA SI ALIM YANG SOMBONG MENGHINA “ INSAN ISTIMEWA” …..??!!

“Insan istimewa” adalah satu kalimah yang selalunya di ungkapkan terhadap manusia yang ditakdirkan oleh Allah sebagai cacat. Kecacatan yang menimpa dirinya bukanlah dikehendaki oleh dirinya, tetapi ia merupakan kehendak Allah yang kemungkinan di sebalik kecacatan itu, Allah hendak memuliakannya dari sudut yang lain.

Kecacatan yang menimpa dirinya tidak selayaknya di hina dan di cela, bahkan wajib kepada manusia yang sempurna ini memberi pemantauan yang baik, cakna dan sebagainya terhadap si cacat tadi. Jika ini tidak dilakukan, bermakna, si sempurna tersebut merupakan manusia yang tidak dapat menghargai nikmat yang telah Allah berikan kepada manusia sejagat.

TAQLID ADALAH KEISTIMEWAAN

Sebelum ini, Aku ada menulis berkenaan dengan muqallid dan mujtahid. Dalam tulisan tersebut, aku menyatakan bahawa taqlid merupakan sesuatu keistimewaan yang Allah berikan kepada manusia yang tidak berkeahlian didalam melakukan ijtihad.

Sekiranya kewajipan ijtihad ini di beratkan kepada seluruh manusia, ini seakan-akan sudah menyalahi kandungan firman Allah yang berbunyi;

لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا

Maksudnya;
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya”

(Surah Al-Baqarah : 286)

Tidak semua manusia itu mampu berijtihad, ini kerana, kemampuan berijtihad ini bukanlah sekadar mendakwa diri sebagai “muhaddis”, “mufassir” atau sebagainya.

Berijtihad memerlukan kepada kemampuan yang diberikan kepada orang-orang yang tertentu sahaja. Tidak semua manusia itu boleh diisytiharkan Alim seperti Imam As-Syafii, Imam Hanafi dan sebagainya, bahkan kadangkala untuk di isytiharkan sebagai syafiiyyah atau ahnaf pun belum mempunyai kelayakan.

Maka dengan demikian, disana terhadap manusia yang dikenali sebagai muqallid, yang tidak berlayakkan didalam berijtihad; yang mana mereka hanya mampu beramal dengan apa yang telah di nyatakan oleh si Alim.

Tindakan muqallid tersebut tidaklah salah dari sudut syariah, ini kerana, asas kepada tindakan tersebut adalah berdasarkan kepada firman Allah;

فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِنْ كُنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

Maksudnya;
“maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui”

(surah An-Nahl : 43)

Dari itu, muqallid merupakan “insan istimewa” yang telah Allah berikan keistimewaan-Nya kepada mereka-mereka yang tidak berkelayakan dengan ijtihad.

NIKMAT ILMU YANG DILUPAI

Keinginan umat Islam di Malaysia terhadap islam kini agak memberangsangkan jika dibandingkan di masa-masa sebelum ini.

Jika di kembali ke 70, 80 tahun yang dahulu, rata-rata ustaz-ustaz yang mengajar di sekolah, madrasah, surau, masjid dan sebagainya beraliran pengajian pondok, samada dari Fatani, Kelantan, Kedah, Indonesia, Mekah dan sebagainya.

Nikmat Allah tidak meninggalkan umat Islam di Malaysia, Allah telah mengurniakan ramai dari umat Islam di Negara ini boleh menyambung pengajian mereka di universiti-universiti yang merupakan system pengajian yang tidak sealiran seperti pengajian pondok.

Dari system pengajian islam di peringkat universiti-universiti ini, banyak melahirkan ilmuan-ilmuan Islam yang berfikiran standart, ini kerana pendedahan pengajian mereka tidaklah sama pendedahan yang didapati oleh golongan yang berpendidikan Pondok.

Pendedahan perbincangan berbentuk “perbandingan mazhab”, “fiqh Moden”, “perbincangan Isu-isu semasa” dan sebagainya menjadi bahan pengajian di peringkat universiti yang hampir tidak didapati di peringkat Pondok.

Kurniaan nikmat Allah ini di berikan kepada mereka yang beraliran Universiti ini, bukanlah untuk di jadikan sebagai bahan kutukan dan hina terhadap golongan pondok, tetapi nikmat sebegini merupakan satu cetusan minda terhadap umat Islam di Negara ini untuk melahirkan satu gabungan ilmu yang berbentuk turath dan moden, yang membolehkan umat Islam bersatu hati menentang kemelut pemikiran yang terkeluar daripada Islam.

Tetapi, amat menyedihkan, ada dari kalangan mereka, terdapat sebilangan “ustaz-ustaz” yang sudah “beranggapan” bahawa diri mereka sudah bertarafkan mujtahid, sedangkan kelayakan tersebut tidak terdapat pada diri mereka. Dengan kadar kemampuan membaca kitab-kitab arab, disamping mempunyai kedudukan di peringkat akedemik, mereka sudah beranggapan bahawa mereka sudah selayaknya diisytihar sebagai mujtahid.

Maka dengan itu, lahirkan sikap sombong didalam diri mereka; yang mula melihat segala pandangan-pandangan yang tidak sealiran dengan mereka sebagai tidak tepat dan salah, walaupun pandangannya itu sekadar dalam lingkungan perkara furuiyyah.

Inilah penyakit sombong yang menimpa sehinggakan mereka sanggup mengeluarkan ungkapan yang berbau menghina terhadap system pengajian pondok, yang seakan-akan semua pengajian pondok adalah tidak mempunyai “footnote” dan berlandaskan kepada kitab kuning semata-mata.

ORANG AWAM TIADA MAZHAB

Kebanyakan system pengajian pondok tidak mendedahkan pengajian Islam seperti pendedahan di dalam system pengajian beruniversiti. Pengajian “talaqqi” yang bersanad merupakan pengajian warisan yang sambung menyambung dari dahulu sehingga sekarang. Bentuk kajian ilmu, hampir tiada di pusat pengajian pondok, melainkan individu-individu tertentu sahaja yang melakukannya.

Maka dengan demikian, kebanyakan murid-murid yang lahir dari system pengajian pondok ini, dari kalangan ustaz-ustaz kampong yang ingin mengajak dan menjaga anak kampungnya kepada Islam. Walaupun begitu, tidak dinafikan ada juga dari kalangan mereka yang berjaya mencapai ke kemuncak pengajian yang memberi kemampuan kepada mereka melakukan “pentakhrijan hadis”, mentarjih pendapat ulama, mentajrih pendapat yang lemah dan sebagainya.

Ini menunjukan bahawa, system pengajian pondok ini, walaupun dianggap lemah oleh sesetengah pihak, tetapi jika di perhalusi, system ini telah berjaya melahirkan ramai pendakwah-pendakwah islam yang ikhlas, yang selayaknya tidak boleh diberikan kata-kata yang berbau penghinaan dan sebagainya.

Mungkin ada sebilangan dari mereka yang tidak berkepakaran, ini tidak bermakna semua mereka tidak berkepakaran, bahkan ada dari kalangan mereka yang berkepakaran.

Bagi mereka yang tidak berkepakaran, atau sudah berkepakaran, tetapi mempunyai sikap “warak” kepada ilmu, mereka tidak berani menyatakan sesuatu hukum, melainkan mereka merujuk terlebih dahulu kepada tuan-tuan guru mereka, agar mereka tidak salah dalam menyatakan hukum.

Ini merupakan sikap terpuji yang wajib di contohi oleh umat Islam, bukannya di hina dan dicela. Ini kerana, mereka merasakan diri mereka berada di lingkungan manusia sedang mengecap keistimewaan taqlid yang diizinkan oleh Allah SWT.

Walaubagaimanapun, bagi mereka yang ingin berijtihad, itu tidaklah dilarang, tetapi selayaknya mereka menilai terlebih dahulu, adakah mereka sememangnya berkelayakkan atau mereka “sekadar menganggap mereka berkelayakan”.

PENUTUP

Melihat kepada perbahasan ini, tidak selayaknya ada dari kalangan ilmuan-ilmuan Islam mula menghina institusi pengajian sebegini dengan mendakwa bahawa mereka adalah “jumud” dan ilmu mereka sekadar berkisar di sekitaran pondok-pondok mereka sahaja.

Apa yang memelikan, ilmuan-ilmuan islam sebegini sanggup mengatakan demikian terhadap institusi sebegini, tetapi dalam masa yang sama, mereka tidak pernah menghina dan mengkondem institusi yang boleh melahirkan maksiat, seperti AF, Malaysia Idol, UMNO, BN dan sebagainya.

Apakah aliran pemikiran mereka yang sebenar sehinggakan menyatakan demikian????

Sekian

Wallahu ‘Alam

One_G
http://laptopdarulfiqh.blogspot.com
http://jihad-jalanku.blogspot.com

barangsiapa yang ingin mendalami pengajian fiqh, Tafsir, Hadis dan Aqidah, sila layari http://one-g.blogspot.com

e-mail : abu_abdillah_azzam@yahoo.com

Friday, March 16, 2007

KESENIAN YANG MEMBINA KEINSAFAN

TERKENANG KETIKA DULU :
KESENIAN YANG MEMBINA KEINSAFAN

Setelah menyampaikan kuliah pengajian fiqh di Surau Ar-Rafiq, Seksyen 7, Kota Damansara, Aku terus menaiki kereta kembaraku untuk memulai permusafiran ke Negeri Terengganu, negeri kelahiran Isteriku.

Dalam perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 7 hingga 8 jam, di tambahi perjalanan itu di waktu malam dan aku bersendirian pula, diri ini agak “keboringan” sedikit. Maka dengan itu, Aku mula membuka laci keretaku dan melihat keset-keset ceramah atau nasyid-nasyid yang harapanku dapat menghilangkan “keboringanku” diri ini.

Mata ini telah tertumpu melihat kepada satu kotak keset nasyid yang bertajuk “Kelahiran” yang telah aku beli pada tengaharinya di kedai Salim, seorang penjual keset “ceramah-ceramah PAS” di Bangunan Pasaraya the Store Sungai Buloh.

Aku sememangnya sudah mengetahui, keset tersebut sudah lama di terbitkan di Negara ini, iaitu di zaman kegemilangan satu jemaah yang dipimpin oleh As-As’ari Muhammad Al-Arqam, yang ketika itu belum lagi di haramkan.

Isi kandungan alunan suara nasyid dan sajak yang terkandung didalam keset tersebut, pertama kali aku mendengarnya ketika aku berumur 13 tahun yang ketika itu aku sedang berempas pulas untuk menghabiskan hafalan Al-Quranku di Institut Pendidikkan Al-Balaghul Mubin, Pasir Mas Kelantan.

Aku memasukkan keset tersebut kedalam kotak radio keretaku, maka bergemalah alunan-alunan nasyid dan sajak yang menyentuh perasaan ini yang menyebabkan diri ini merasa pilu dan sayu sendirian.

Nasyid yang bertajuk “Di Pondok kecil” telah menjadikan hatiku tersentuh; yang mana nasyid tersebut mengkisahkan tentang wasiat seorang ayah kepada anak sulungnya supaya menjaga adik-adik di kerana ayah tersebut akan keluar untuk berjihad fi sabilillah.

Memikirkan isi kandungan lirik nasyid tersebut, pemikiranku mula bergerak melayang, seakan-akan memaksaku berfikir. Alangkah indahnya kesenian sebegini dapat di serapkan kedalam jiwa umat manusia di Negara ini, dan lebih-lebih lagi di seluruh dunia.

KESENIAN BOLEH DIJADIKAN BAHAN DAKWAH

Semasa aku berada di Mesir, iaitu di ketika sedang berusaha menghabiskan pengajian syariahku di sana. Aku berkenalan dengan seorang kawan yang berasal dari Kanada yang bernama Musa.

Musa merupakan saudara baru yang baru sahaja memeluk Islam lebih kurang 4 bulan yang lepas. Walaubagaimanapun, di awal perkenalan kami, aku tidak menyangka keadaan yang sebenar sehinggalah dia telah memintaku untuk menunjukkan kepadanya kedai tailor untuk dia menempah dua pasang jubah yang hendak dijadikan pakaian hariannya.

Semasa di kedai tailor, Tuan kedai tersebut meminta Musa “menyengseng” lengan bajunya yang sedang dipakai dengan tujuan untuk di ukur kadar saiz tubuh badannya. Permintaan tuan kedai itu telah di tolak oleh Musa, sehinggakan aku bertanya tentang keengganannya itu.

Mendengar pertanyaanku itu, Musa meminta aku tidak merasa terkejut sekiranya dia menyengseng lengan bajunya itu. Aku berdiam diri. Setelah di sengsengkan lengan bajunya itu, fahamlah aku bahawa di seluruh tubuhnya di penuhi dengan tattoo yang tidak terdaya dirinya untuk menghilangkannya.

Aku mula berfikir dengan beberapa anggapan dan tanggapan. Apakah musa seorang yang sudah lama Islam, tetapi dia baru sahaja bertaubat? Atau dia seorang yang sebelum ini merupakan seorang yang non muslim????..

Aku mendiamkan diri sehinggalah kami sampai di kedai yang menjual air “asob” (sebutan arab Mesir dari kalimah Qosob yang memberi makna tebu). Ketika kami sedang menikmati air buah tersebut, aku memulakan persoalan kepadanya tentang tattoo yang wujud di badannya itu.

Barulah aku tahu, Musa yang aku kenali dalam masa dua hari itu merupakan seorang yang baru sahaja memeluk Islam.

Aku bertanyakan kepadanya tentang punca atau asbab hidayah yang menyebabkan dia boleh memeluk agama Allah yang maha indah ini. Dia mengambil walkman di dalam begnya dan memasang sebuah lagu dan menyuruh aku mendengarnya. Fahamlah aku bahawa, punca atau asbab hidayah Musa kepada Islam adalah disebabkan dia telah mendengar dan menghayati kandungan nasyid yang dialunkan oleh kumpulan Raihan semasa kumpulan nasyid Islam Malaysia itu mengadakan show di Kanada suatu ketika dulu.

Yang lebih memelikanku, nasyid yang menjadikan Musa tertarik hati dengan Islam adalah nasyid yang dialunkan didalam bahasa melayu yang lebih kurang bunyinya adalah seperti berikut;

“di mulakan dengan Bismilllah, di sudahi dengan Alhamdulillah, begitulah sehari dalam hidup kita, mudah-mudahan di rahmati Allah”.

Mendengar nasyid Raihan itu, hatiku menyebut “subhanallah” betapa hebatnya kuasa Allah dapat memberi hidayah kepada hamba pilihannya semata-mata dengan mendengar nasyid yang diri hamba-Nya itu sendiri tidak memahaminya.

Dari itu, aku membuat satu kesimpulan, nasyid atau sajak boleh dijadikan juga sebagai alat dakwah untuk mengajak manusia kepada Islam.

KEMANA ARAH TUJU NASYID KINI?

Sekarang, kelahiran kumpulan-kumpulan nasyid di Negara ini amat memberangsangkan. Kelahirannya bagaikan cendawan tumbuh di musim hujan.

Jika dahulu, kumpulan nasyid yang dikenali sekadar, Raihan, Hijaz, brothers dan Rabbani, tetapi kini kumpulan-kumpulan yang “berwajahkan” nasyid semakin banyak, seperti interm, unic, aeman, rast dan berbagai-bagai lagi nasyid yang sedang pesat maju di dunia hiburan kini.

Kelahiran tersebut tidaklah menjadi satu perbahasan isu, tetapi perbahasan yang perlu di isukan adalah, sejauh mana kelahiran kumpulan-kumpulan nasyid itu dapat menjana semangat ketaqwaan manusia kepada Allah.

Ada sebilangan kumpulan nasyid, nyanyian mereka tidak dinafikan kehebatannya, tetapi nyanyian tersebut bukanlah dapat menaikkan semangat jihad fi Sabilillah, Keinsafan dan sebagainya, tetapi nyanyian itu sekadar meluahkan semangat “Jiwang karat” terhadap pendengar.

Setiap kali album baru di lahirkan, pasti tidak lepas dari semangat jiwang karat yang di perjuangkan oleh pejuang-pejuang nasyid itu. Apakah sebenar arah tuju yang ingin di sampaikan oleh kumpulan-kumpulan nasyid tersebut?

Pernah diri ini bertanya kepada sahabat-sahabat yang terlibat dengan kumpulan nasyid, mereka menyatakan, jika tidak berbuat demikian, nescaya sasaran unit yang ingin di perjuangkan tidak tercapai, maka dengan sebab itu, nasyid-nasyid yang di alunkan oleh mereka kebanyakkan berkonsepkan jiwang karat.

Jika inilah hakikat sebenar yang berlaku dikalangan kumpulan-kumpulan nasyid, maka apakah konsep dakwah yang didakwa oleh mereka itu sesuatu yang murni atau sekadar dijadikan sebagai modal untuk melariskan publisiti-publisiti murahan?

Maka dengan demikian, nasyid yang dapat melahirkan rasa taqwa kepada Allah, semangat Jihad fi sabilllah agak mustahil akan terhasil dan nasyid-nasyid sebegini sebenarnya adalah sama jika di umpamakan dengan lagu-lagu yang memberangsangkan hawa nafsu.

PENUTUP

Article ini bukanlah untuk memburukkan perjuangan penasyid-penasyid di Negara ini, tetapi kehadiran article ini sebagai usaha “tajdid” terhadap konsep nasyid yang mampu melahirkan semangat ketaqwaan kepada Allah.

Sekian

Wallahu ‘Alam

One_G

http://laptopdarulfiqh.blogspot.com
http://jihad-jalanku.blogspot.com

sesiapa yang hendak mendalami pengajian ilmu aqidah, Fiqh, Hadis dan tafsir, sila layari http://one-g.blogspot.com

Thursday, March 15, 2007

PENGUMUMAN PENTING

PENGUMUMAN PENTING

PROGRAM : LIQA TAFAQQUH


TAJUK ;

Pemahaman maksud Iltizam dengan Jemaah Islam mengikut perbahasan ilmu muktalif al-hadis wa musykilatih


BUKU DISKUSI;

Mafhum al-iltizam bi Jamaah Al-muslimin fi Dau ilmi Mukhtalif al-Hadis wa Musykilatih
(مفهوم الإلتزام بجماعة المسملين فى ضوء علم مختلف الحديث و مشكلته)


PEMBENTANG;
Ustaz Faisal bin Syaari
(pensyarah UKM)


TEMPAT;

Surau Ar-Rafiq, Seksyen 7, Kota Damansara, Selangor.


TARIKH
Hari Ahad : 9.30 pagi : 18/3/2007


Semua Muslimin dan muslimat seluruh Malaysia di jemput hadir…

Maklumat lanjut sila hubungi setiausaha Lajnah keahlian dan Ulama Pelapis Selangor : Ust Azwandi : 019 234 1730
Sesiapa yang ingin salinan kitab, sila hubungi e-mail : abu_abdillah_azzam@yahoo.com

Sunday, March 11, 2007

PENIPUAN TEHRANI UNTUK MEMBURUKKAN IBNU TAIMIYYAH

PENIPUAN TEHRANI UNTUK MEMBURUKKAN IBNU TAIMIYYAH

Amat mengejutkan tentang article at-tehrani yang bertajuk “rujukan wahabi : Syaikhul Khawarij, Ibnu Taimiyyah dan Khawrij” yang menyebabkan diri ini mula membelek-belek kitab Ibnu taimiyyah yang bertajuk “minhaj As-Sunnah An-Nabawiyyah” bagi mendapat kepastian yang sebenar terhadap tulisan At-Tehrani tersebut.

Maka dari itu, ulasanku adalah seperti di bawah;

Kenyataan At-Tehrani;

Ibnu Taimiyah dalam rangka membela kelompok sesat Khawarij mengatakan: “Dahulu, kelompok Khawarij adalah sebaik-baik anggota masyarakat dari sisi pelaksanaan salat, melakukan puasa dan membaca al-Quran. Mereka baik secara zahir mahupun batin telah melaksanakan agama Islam”. (lihat kitab Minhaj as-Sunnah jilid 4 halaman 37)

(Jika di lihat dari kitab di tanganku, ianya di jilid 4 halaman 38)

Ulasan;

Jika di baca dari kitab asal, didapati bahawa Imam Ibnu taimiyyah bukanlah memuji Khawarij, tetapi ulasan Imam ibnu taimiyyah adalah untuk meletakan perbezaan antara golongan Syiah yang melampau yang jika di bandingkan dengan Khawarij, maka Khawarij lebih baik sedikit berbanding dengan Syiah.

Ini di buktikan dengan ungkapan Ibnu Taimiyyah disambungan dari nukilan At-tehrani yang ianya adalah seperti berikut;

وأما الخوارج فلا يكفرهم إلا من يكفر الإمامية فإنهم خير من الإمامية وعلى رضى الله عنه لم يكن يكفرهم ولا أمر بقتل الواحد المقدور عليه منهم كما أمر يتحريق الغالية

Maksudnya;
“Adapun Khawarij, tiada sesiapa yang mengkafirkan mereka melainkan golongan yang mengkafirkan Imamiyyah. Sesungguhnya mereka adalah lebih baik berbanding Imamiyyah. Begitujuga, Ali tidak pernah mengkafirkan mereka, dan tidak pernah menyuruh membunuh seorangpun dari kalangan mereka seperti menyuruh membakar golongan yang melampau[1].

Bahkan, jika di perhatikan tulisan Ibnu Taimiyyah dari kitab “minhaj As-Sunnah An-Nabawiyyah” secara menyeluruh, didapati bahawa Imam Ibnu Taimiyyah sendiri telah menyerang Khawarij. Ini dibuktikan dengan tulisan beliau yang seperti berikut;

فالخوارج مع أنهم مارقون يمرقون من الإسلام كما يمرق السهم من الرمية وقد أمر النبي (ص) بقتالهم واتفق الصحابة وعلماء المسلمين على قتالهم وصح فيهم الحديث عن النبي (ص) من عشرة أوجه رواها مسلم في صحيحه

Maksudnya;
“Khawarij adalah kelompok yang terkeluar daripada Islam, seperti terkeluar anak panah dari busurnya. Sesungguhnya Nabi SAW menyuruh memerangi mereka dan telah sepakat sahabat dan Ulama Muslimin atas serangan terhadap mereka. Telah sahih berkenaan mereka (Khawarij) oleh hadis Nabi SAW daripada sepuluh wajah yang telah meriwayatkannya oleh Muslim didalam sahihnya”[2].

PENUTUP

Apa sebenarnya agenda At-Tehrani yang sengaja menukilkan tulisan ibnu Taimiyyah “sekerat-sekerat”, tanpa menukilkan secara menyeluruh.

Apakah tujuan sebenar At-Tehrani memburukan Ibnu Taimiyyah dengan sebegini penipuan. Apakah kritikan Ibnu Taimiyyah terhadap Syiah itulah yang menyebabkan At-Tehrani berpendirian sedemikian.

Maka dengan demikian, “madrasah fitnah” yang dikemukakan oleh At-Tehrani sebenarnya bermula dari diri At-Tehrani sendiri.


Sekian

Wallahu ‘Alam.

One_G
http://laptopdarulfiqh.blogspot.com
http://jihad-jalanku.blogspot.com

sesiapa yang mahu mendalami ilmu Fiqh, Hadis dan Tafsir, sila layari : http://one-g.blogspot.com


[1] Minhaj As-Sunnah An-nabawiyyah : 4/38.
[2] Minhaj As-Sunnah An-Nabawiyyah : 1/68.

Saturday, March 10, 2007

ISUNYA SYIAH DAN PENJAJAH

ISUNYA SYIAH DAN PENJAJAH

Kritikanku terhadap article tulisan Tehrani berkenaan “cinta” yang di kemukakan dalam harakahdaily yang lalu telah mendapat respon dari kalangan sahabat-sahabat “alam maya”. Bagiku, respon tersebut agak “sehat”, tetapi cara memberi respon tersebut agak “sakit”.

Didalam articleku tersebut, aku tidak membela mereka yang mendakwa sebagai wahabi, ini kerana, aku sendiri pernah menulis article sebagai kritikanku terhadap dakwaan dari sebahagian sahabat-sahabat yang mendakwa mereka sebagai salafi-wahabi.

Mungkin saudara yang menyerangku dengan “serangan renungan” itu tidak pernah membaca artikleku yang lain, sedangkan artikleku selalu “terdampar di pantai tranungkite.net”

Walaubagaimanapun, kepada saudara reformasimuda, aku mengucapkan berjuta-juta terima kasih kerana telah mempromosi namaku didalam tulisan beliau, tetapi ucapan terima kasih itu bukan bermakna aku menerima hujjah kritikan beliau kepadaku. Ini kerana, aku dapat melihat, kebencian beliau kepada wahabi adalah kerana melihat kepada sikap beberapa individu-individu tertentu yang seakan-akan pendokong ajaran wahabi.

Aku amat merasa pelik dengan tuduhan sesetengah pihak kepadaku sebagai “budak wahabi” sedangkan aku tidak pernah memuji As-Syaikh Muhammad Abdul Wahab didalam tulisanku dan sebagainya. Tetapi kepelikanku itu makin bertambah-tambah, apabila mereka tidak pernah menuduh Al-Qaradhawi sebagai “ulama wahabi”, sedangkan Al-Qaradhawi sendiri memuji kehebatan As-Syaikh Muhammad Abdul Wahab didalam kitabnya yang bertajuk “Fiqh Al-Awlawiyyat[1]”.

BENARKAN TEHRANI SYIAH

Aku tidak mengatakan At-Tehrani sebagai syiah, semata-mata melihat kepada tulisan beliau yang menghentam wahabi, tetapi tindakanku mengkritik At-Tehrani yang menampakkan dirinya seperti syiah apabila beliau mula mengkritik Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim, sedangkan At-Tehrani sendiri tidak mengenali Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim dengan lebih dekat.

Dalam sejarah telah membuktikan bagaimana puak-puak syiah memusuhi kitab sahih Al-Bukhari disebabkan hadis-hadis yang di nukilkan imam Al-Bukhari itu telah menjadikan kitab-kitab rujukkan syiah sebagai kitab yang tidak bernilai disisi Sunni.

Masakan bernilai kitab-kitab syiah, ini kerana, sanad-sanad riwayat syiah sendiri kadangkala di penuhi dengan pembohongan dan penipuan, seperti yang telah ditegaskan oleh Imam As-Syafii[2]. “At-Taqiyyah”lah merupakan punca pemalsuan hadis berleluasa di kalangan syiah.

SIAPA YANG BERBELIT?

Dalam dakwaan saudara reformasimuda menyatakan bahawa tulisanku yang lepas di penuhi dengan belit bagi memburukan at-Tehrani.

Perlu difahami, kritikanku terhadap At-Tehrani bukanlah kerana dia adalah pengkritik pemikiran penjajah, bahkan aku sendiri menyokong tindakan At-Tehrani yang mengkritik pemikiran penjajah tersebut, tetapi kritikanku terhadap At-Tehrani adalah kerana sikap beliau yang mendatangkan perkara-perkara “buruk” terhadap Imam Al-Bukhari dan Muslim, disertai mengemukakan perkara-perkara “baik” terhadap syiah, seakan-akan perjuangan Islam ala At-Tehrani itu mempunyai “udang di sebalik batu” dan “pijat di celah-celah bantal”.

Aku beranggapan, At-Tehranilah “jejaka belit” terhadap fakta dengan menyatakan bahawa Imam As-Syafii adalah syiah, sedangkan dia sendiri tidak memahami maksud sebenar di sebalik ungkapan Imam As-Syafii tersebut.

Apakah At-Tehrani mahu mendakwa Bapa Revolusi; Ayatullah Khomaini itu adalah pejuang Islam yang unggul sehinggakan melahirkan sebuah Negara Islam Iran, sedangkan Iran bukanlah sebuah Negara Islam, tetapi Negara fahaman Syiah.

Ini di buktikan dengan isi perlembagaan Negara Iran yang menyatakan;

ان يكون أيرانى شعبا و الشيعى مذهبا

Maksudnya;
“hendaklah (pemimpin iran) adalah orang yang berbangsa Iran dan bermazhab Syiah[3]”.

Kenyataan ini sudah cukup membuktikan bahawa Iran bukanlah republic Islam yang telah didakwa oleh sesetengah pihak, tetapi ianya merupakan republic syiah, sepertimana Malaysia yang dikenali sebagai Negara Islam Hadhari.

SIAPA PENJAJAH : UMNO ATAU SYIAH

Melawan UMNO merupakan tugas yang wajib dilaksanakan oleh setiap umat Islam di Malaysia. Kewajipan melawan UMNO bukanlah cukup sekadar menjadi penyokong kepada PAS semata, tetapi dikehendaki menjadi pendokong atas gerak kerja Islam untuk menjatuhkan kerajaan UMNO dan Barisan Nasional.

UMNO dan Barisan Nasional merupakan parti dan komponen yang telah melakukan maksiat yang besar di atas muka bumi Allah, iaitu menyerapkan fahaman secular didalam jiwa rakyat Malaysia.

Mengenepikan undang-undang Allah didalam perlaksanaan, disertai menyediakan undang-undang sendiri serta dakwaan undang-undang mereka adalah yang lebih utama di taati merupakan syirik yang wujud didalam aqidah UMNO dan Barisan Nasional.

Bagitujuga Syiah, yang merupakan “penjajah terhadap pemikiran taassub” terhadap Saidina Ali dan Ahl Bait sehinggakan sanggup mengkafirkan sahabat-sahabat Nabi yang tidak sehaluan dengan mereka.

Orang sunni juga menyayangi Saidina Ali dan Ahl Bait, tetapi kesayangan Sunni terhadap Saidina Ali dan Ahl Bait tidaklah sampai menyimpan dendam terhadap sahabat-sahabat nabi yang tidak sehaluan dengan Saidina Ali.

Ini antara perbezaan antara Sunni dan Syiah, yang mana syiah meletakan perasaan dendam terhadap sahabat-sahabat Nabi sehinggakan sanggup mengisytiharkan sahabat-sahabat nabi sebagai murtad, semata-mata tidak sehaluan dengan mereka.

Maka dari situlah, bermula episode permusuhan yang meluap-luap syiah terhadap sunni sehinggakan mereka sanggup mengisytiharkan “halal darah” terhadap ulama-ulama sunni. Ini jelas berlaku di Pakistan, Iraq dan Iran.

Sebagai seorang bekas pelajar Pakistan, Aku sendiri melihat dengan mata kepalaku, juga merasakan bagaimana perasaan permusuhan yang disimpan didalam hati pejuan-pejuang Syiah terhadap sunni sehinggakan mereka sanggup membunuh ulama-ulama sunni.

Maka dengan demikian, syiah dan UMNO adalah dua pergerakan yang sesat; yang wajib di hapuskan di atas muka bumi Allah ini.

PENUTUP

Kepada Saudara Reformasimuda, jika anda tidak mengenali syiah, lebih baik anda senyap dari berkata-kata berkenaan syiah. Janganlah anda melihat kepada tulisan Tehrani yang seakan-akan memperjuangkan kedaulatan Islam, tetapi di sebalik tulisan tersebut tersimpan seribu macam racun-racun syiah untuk merosakan kesatuan umat Islam sunni di Negara ini.

Sekian

Wallahu ‘Alam

One_G
http://laptopdarulfiqh.blogspot.com
http://jihad-jalanku.blogspot.com

abu_abdillah_azzam@yahoo.com

sesiapa yang ingin mendalami pengajian Ilmu Fiqh Syafii, Hadis dan Tafsir, sila layari http://one-g.blogspot.com










[1] Fi Fiqh Al-Awlawiyyat (terjemahan) : m/s 309.
[2] Huqbah min At-Tarikh : Osman Khamis : m/s 11
[3] Sila rujuk kenyataan Dato Tuan Guru Haji Harun bin Taib dalam kenyataannya terhadap permbohongan syiah di Iran.

Wednesday, March 07, 2007

CINTA TEHRANI BERTEPI, BAGAIMANA CINTA SUNNI?

CINTA TEHRANI BERTEPI, BAGAIMANA CINTA SUNNI?

Cinta….. satu kalimah yang sering diungkapkan oleh generasi penyanyi-penyanyi nasyid masa kini. Jika dahulu, kini, mungkin selamanya, Kalimah yang mengandungi makna cinta, seperti Muhabbat, piyar, paghal, dilchasp dll menjadi buah mulut peminat-peminat Hindustan di Negara ini.

Hakikat sebenar, maksud cinta tidak sekadar diungkap oleh manusia dan jin semata, tetapi ianya merupakan ungkapan yang telah di guna sendiri oleh Allah, tuhan yang mentadbir sekelian Alam.

Firman Allah;

إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ

Maksudnya;
“Sesungguhnya Allah cinta kepada orang-orang yang berbuat baik”

(surah Al-Baqarah : 195)

Cinta bukanlah segala-galanya, tetapi kehidupan ini memerlukan kepada cinta. Dengan cinta, manusia merasakan hidup mereka bahagia. Dengan cinta, manusia akan mengenali anak, cucu, ibu, bapa, atuk dan bla..bla..bla….

Cinta merupakan fitrah insani, yang hadir tanpa paksaan. Kehadiran cinta bermula dengan kefahaman dan kenal. Tanpa kenal, mana mungkin cinta akan hadir. Tanpa faham, cinta yang hadir merupakan angan-angan khayalan.

Dengan cinta, manusia akan mula merindui. Dengan cinta, manusia akan merasakan diri mereka mempunyai kesukaan. Dengan cinta, hidup yang sempit menjadi luas. Dengan cinta, kelapangan hidup menjadi bertambah lapang.

Tetapi,,,, amat menyedihkan, berapa ramai manusia yang menjadikan cinta sebagai cara untuk mereka bertaassub dengan sesuatu aliran.

Sekiranya aliran tersebut sememangnya bercanggah dengan Islam, mungkin ketaassuban itu tidak di salah anggap, tetapi jika ketaassuban itu sememangnya lahir dari perasaan tidak puas hati, dengki, hasad dll, sehinggakan kebenaran pula di tolak, maka cinta tersebut adalah cinta yang songsang. Dengan cinta yang songsang itulah, menjadi bahan modalan sebagai cara untuk mengkafirkan sahabat-sahabat nabi. Maka dengan demikian, cinta yang suci, sudah menjadi kotor ibarat najis babi.

Mungkin inilah yang dikatakan, kesongsangan bercinta, iaitu bercinta untuk melahirkan semangat permusuhan terhadap Islam yang suci dan terhadap sahabat-sahabat nabi yang di redhai.

Apakah inilah gambaran sebenar cinta tehrani??

Mungkin pada asalnya, ungkapan cinta tehrani itu tidak songsang, tetapi kesongsangan cinta tehrani bermula dari sikap-sikap golongan mendakwa wahabi telah tersongsang.

Maka dengan demikian, tehrani mendapat cinta yang songsang.. adakah begitu????

Maka dengan demikian, tehrani mula mengkritik zanni as-subut yang datang dari muslim dan al-Bukhari, semata-mata cintakan syiah yang memusuhi wahabi.

Adakah begitu?????

SYAFII YANG SYIAH : SIFIR SONGSANG?????

Memelikan ????? bagaimana seorang yang mengaku sebagai sunni syafii, mula membawa teori syiah didalam kehidupannya… sedangkan syiah telah dinyatakan oleh As-Syafii sebagai puak yang paling berbohong dikalangan manusia[1].

Jika benar syafii menyatakan bahawa dia adalah syiah disebabkan menyayangi ahl Bait, maka ungkapan sebegitu tidaklah bermakna As-Syafii adalah syiah, tetapi ungkapan itu mengandungi maksud, kecintaan kepada Ahl Bait itu tidaklah datang dari syiah semata, tetapi juga dari Sunni. Inilah cinta sunni terhadap Ahl Bait yang tidak songsang, tidak seperti cinta Syiah kepada Ahl Bait yang telah tersongsang.

Kecintaan Sunni kepada Ahl Bait, tidaklah melampau seperti kecintaan Syiah kepada Ahl Bait; yang sanggup mentakfirkan sahabat yang diridhai.

Firman Allah;

وَالسَّابِقُونَ الْأَوَّلُونَ مِنَ الْمُهَاجِرِينَ وَالْأَنْصَارِ وَالَّذِينَ اتَّبَعُوهُمْ بِإِحْسَانٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ وَأَعَدَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي تَحْتَهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ
Maksudnya;
“Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk Islam) dari golongan muhajirin dan anshar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah ridha kepada mereka dan merekapun ridha kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka surga-surga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya selama-lamanya. Mereka kekal di dalamnya. Itulah kemenangan yang besar”

(surah At-Taubah : 100)

Mungkin syiah tidak menghayati ayat ini, atau sudah menghazafnya dari kamus kehidupan mereka?????

Kalau benarlah fikiran ini, maka pasti, sifir Tehrani telah bertukar dari 2 kali 2 yang bertemu jawapan 4, sudah menjadi 5….!!!???

SIAPAKAH TEHRANI UNTUK PERTIKAI IMAM AL-BUKHARI DAN MUSLIM??

Setiap hadis yang di ungkapkan oleh Imam Al-Bukhari dan Muslim, semuanya dimulakan dengan permulaan “taqwa” kepada Allah, bukan taqiyyah atau ghaibah…

Kesahihan hadis didalam kitab mereka, tidak boleh “dikondemkan” dari seorang yang sekadar menjadi novelis yang mendapat anugerah dari kerajaan hadhari, sedangkan ramai tokoh-tokoh ulama besar sendiri telah mengakui kesahihan hadis-hadis muslim dan Al-Bukhari.

Kesahihannya diakui oleh Imam Ahmad bin Hanbal, Yahya bin Mu’in dan beberapa ulama muktabar di zaman tersebut. ini di akui sendiri oleh Abu Jaafar Al-‘Aqili[2]

Amat “mengkelakarkan”, apabila muslim dan Al-Bukhari mengungkapkan hadis dari sudut “as-subut” tetapi dipertikaikan oleh tehrani dari sudut “ad-Dilalah”nya. Ini menandakan tehrani seorang yang tidak layak untuk mempersoalkan ungkapan hadis Muslim dan Al-Bukhari, lebih-lebih lagi mengatakan mereka memburukkan Nabi SAW.

PENUTUP

Cadangan kepada at-tehrani, supaya tidak memperkatakan sesuatu yang dia sendiri tidak memahami. Jika ingin berkata juga, ini menandakan permulaannya dengan cinta yang songsang, bukan dari cinta yang bermula dengan kefahaman dan kenal.

Sekian

p/s : tulisan ini, sengaja di gunakan ayat-ayat yang mengandungi “ungkapan-ungkapan pelik”, agar ianya di sesuaikan dengan kesasteraan At-Tehrani

Wallahu ‘Alam.

One_G
http://laptopdarulfiqh.blogspot.com
http://jihad-jalanku.blogspot.com

jika anda mahu mendalami pengajian fiqh, tafsir dan Hadis, sila layari : http://one-g.blogspot.com















[1] Huqbah min At-Tarikh : Osman Khamis : m/s 11.
[2] Ilmu Mustolah Hadth (Qurrotu; Aien Bt Fatah Yasin) : m/s 189.

Monday, March 05, 2007

SALAFI ATAU KHALAF : APA ALIRANKU YANG SEBENAR ????!!

SALAFI ATAU KHALAF : APA ALIRANKU YANG SEBENAR ????!!

Semenjak articleku yang bertajuk “Kecelaruan muqallid yang mahu jadi mujtahid” berkenaan dengan munazarah ilmiyyah antara As-Syaikh Dr Said Ramadhan Al-Buti dan As-Syaikh Albani RA di baca oleh sebilangan pembaca-pembaca, berbagai respon yang telah di tujukan kepadaku.

Sebilangan dari pembaca tersebut, bertanya-tanya kepadaku tentang aliranku yang sebenar. Adakah salafi, khalaf atau…atau… dan atau !!. Seorang pembaca yang “bernickname” Fakhrurazi menyatakan bahawa aku adalah seorang yang beraliran “SALAFI”, adapun seorang sahabat dari Al-Ahkam.net pula, iaitu THTL mendakwa bahawa aku adalah orang yang beraliran tradisional, disebabkan melihat tempat pengajianku terdahulu adalah Pondok Lubuk Tapah, Pasir Mas, Kelantan.

Amat pelik dengan dakwaan THTL tersebut, ini kerana, THTL sendiri tidak meletakan Maulana Asri seorang yang beraliran tradisional, sedangkan dia sendiri adalah antara seorang bekasan pelajar di Pondok Pasir Tumbuh, Kelantan; yang semangnya beraliran tradisional.

Disebabkan mendalami ilmu hadis di India dan Pakistan, Maulana Asri di lihat oleh beliau sebagai salafi dan sebagainya.

Begitujuga aku, memang aku seorang bekas pelajar Pondok Lubuk Tapah, pasir Mas yang beraliran tradisional, tetapi semasa aku di Pakistan, aku belajar di Universiti Farooqiyyah yang beraliran “Deobandi” seperti Maulana Asri.

Tetapi perbezaan antara kami cuma, beliau – pada pandanganku -seorang yang Alim, mempunyai ketinggian ilmu didalam bidang hadis, tetapi aku tidaklah mempunyai ilmu yang banyak seperti beliau.

Biarlah apa yang hendak di katakan, yang penting bagiku adalah, tidak perlu mendabik dada bahawa kita adalah “SALAFI” dan “KHALAF”, yang penting kita adalah ISLAM YANG AHL AS-SUNNAH WA AL-JAMAAH.

SELAGI BERASASKAN AL-QURAN DAN AS-SUNNAH, MAKA ITU ADALAH KEBENARAN

Pelik melihat perdebatan di dunia “alam maya” ini, iaitu antara dua kelompok yang mendakwa sebagai golongan salafi dan Khalaf, yang dimaksudkan dengan salafi adalah puak asri @ alahkam. Adapun puak khalaf pula adalah puak tradisional Osman Muhammadi @ Zamihan dan sebagainya.

Bagiku, perbalahan itu sebenarnya tidak menguntungkan Islam, tetapi perbalahan itu semata-mata mahu mencari “siapa yang paling handal” dalam perdebatan ilmu. Masakan perdebatan itu menguntungkan Islam, ini kerana, jika dilihat kepada pendebat-pendebat tersebut didapati semuanya membenarkan aliran Islam Hadhari.

Mengapa perlu berbalah tentang “penjenamaan uluhiyyah, Rububiyyah, sifat 20” dan sebagainya. Sedangkan jika debat mereka semuanya kembali kepada sumber yang asal, iaitu Al-Quran dan As-Sunnah, maka selayaknya sikap toleransi perlu disemai.

Apabila perbincaraan tauhid, disebut kalimah “Uluhiyyah” dan “Rububiyyah”, terus mereka mendakwa perbicaraan itu sebenarnya datang dari mereka yang beraliran salafi wahabi.

Begitujuga, perbicaraan berkenaan tauhid sifat 20, yang apabila di bicarakan, pembicara tersebut terus di “cop” sebagai orang yang beraliran tradisional dan sebagainya.

Pada pandanganku, perbicaraan sifat 20, tauhid uluhiyyah dan tauhid rububiyyah, tidaklah bercanggah dengan Islam, ini kerana, kesemuanya itu adalah cara untuk mengenali Allah yang berasaskan kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Yang perlu ditentang adalah, apabila berbincangan tersebut tidaklah berasaskan kepada “istinbat nas” yang betul.

LIHAT KEPADA MUSAMMA, BUKAN KEPADA ISIM

Dr Yusuf Al-Qaradhawi menyatakan didalam kitabnya yang bernama “Fatawa Muasirah”;

فإن مدار الحكم ليس على الأسماء, بل على المسميات

Maksudnya;
“Sesungguhnya pusingan/lingkungan hukum tidaklah atas nama, bahkan atas sesuatu yang diberi nama[1]

Ungkapan kata Dr Yusuf Al-Qaradhawi ini sebenarnya, bukan sekadar ungkapan semata, tetapi ianya merupakan kaedah pemahaman nas yang sudah lama di guna pakai.

Kaedah ini, apabila difahami, menyebabkan dua puak yang bercanggah tidak akan berada dalam perbalahan atas aliran masing-masing, tetapi mereka akan bersatu hati melawan UMNO dan Barisan Nasional yang sesat menyesatkan itu.

Ungkapan kalimah “kahwin mis-yar” yang di terjemah ke bahasa melayu dengan “perkahwinan jalanan”, merupakan satu amalan yang diharuskan didalam Islam, walaupun apabila dilihat dari segi namanya, agak janggal dan tergambar di pemikiran kita, seakan-akan ianya menyerupai zina atau pelacuran.

Ini kerana, musamma bagi kahwin mis-yar adalah berkahwin oleh lelaki dengan perempuan dengan tidak memberi tanggungjawab nafkah yang sepatutnya diberikan oleh suami kepada isteri. Juga, tidak memberi tanggungjawab nafkah itu dengan kerelaan dan keizinan dari pihak perempuan.

Memahami dari musamma itu, di fahami bahawa kahwin mis-yar dari segi hukumnya adalah sesuatu yang di izinkan oleh syariat. Ini kerana, Saudah binti Zam’ah yang merupakan salah seorang isteri Rasulullah SAW, telah mengizinkan kepada Rasulullah SAW untuk mengambil malam gilirannya diberikan kepada Aisyah[2].

Dari keizinan itu, kita dapat lihat bahawa hukum melakukan kahwin mis-yar, bukanlah sesuatu yang menyalahi syariat, tetapi apabila dilihat dari namanya, yang diterjemah kedalam Bahasa Melayu yang bermaksud, Kahwin Jalanan, seakan-akan ianya seperti diharamkan oleh Syariat.

Maka begitujuga dalam isu dalam perjalanan mengenal Allah, samada menggunakan kaedah tauhid uluhiyyah, Rububiyyah atau sifat 20.

AKU BUKAN PENGKRITIK AS-SYAIKH ALBANI RA

Aku bukanlah pengkritik peribadi As-Syaikh Albani, tetapi aku hanya menukilkan kritikan Dr Said Ramadhan Albuti terhadap sikap As-Syaikh Albani yang memandang rendah kepada ulama-ulama mazhab.

Ini dapat di serupakan dengan keadaan yang berlaku di Negara kita ini. Ini kerana, di Negara kita, sudah ada kelompok manusia yang sudah mula hendak mengkondem imam-imam mazhab.

Dengan nukilanku tentang kritikan Dr Said Ramadhan Albuti terhadap As-Syaikh Albani menyebabkan timbul beberapa individu yang tidak berpuas hati sehinggakan mengeluarkan kata-kata yang kurang enak untuk diberikan kepada As-Syaikh Dr Said Ramadhan Albuti.

Jika kerana kritikan Dr Said Ramadhan Albuti terhadap As-Syaikh Albani menyebabkan kita memandang rendah kepada As-Syaikh Dr Said Ramadhan Albuti, mengapa kita tidak memandang rendah kepada Dr Yusuf Al-Qaradhawi yang mengkritik As-Syaikh Albani didalam kitabnya yang bertajuk “Al-Marji’iyyat Al-Ulya fi Al-Islam Li Al-Quran wa As-Sunnah”.

Juga didalam buku “Fi Usul Ad-Dakwah, Muqtabasah Min Kutub Ad-Doktor Yusuf Al-Qaradhawi” karangan As-Syaikh Mustafa Malaikah, yang telah di terjemah oleh Dr Basri Ibrahim Al-Hasani, ada menukilkan kritikan Dr Yusuf Al-Qaradhawi terhadap As-Syaikh Albani RA berkenaan pentakhrijan hadis yang telah dilakukan As-Syaikh Albani RA[3].

Begitujuga, kita boleh membaca kritikan seorang ulama salafi dari Negara Mesir; bernama As-Syaikh Amru bin Abdil mun’im bin Salim terhadap As-Syaikh Albani berkenaan takhrij lapan Hadis pemakaian emas oleh kaum wanita di dalam kitabnya yang bernama “Adab Al-Khitbah wa Az-Zifaf”.[4]

Maka dengan demikian, kritikan ulama-ulama tersebut bukanlah menjadi modal kepada kita untuk menghina atau memandang rendah kepada ulama-ulama tersebut.

Sekiranya kita mengambil sikap sedemikian juga, maka ini menunjukan bahawa kita yang mengajak supaya tidak taassub mazhab sudah terjerumus kepada golongan yang tassub Albani.

Jika kita marah kepada As-Syaikh Dr Said Ramadhan Albuti tentang kritikannya terhadap As-Syaikh Albani dengan anggapan kritikan itu sebagai meremeh-remehkan As-Syaikh Albani, mengapa kita tidak marah dengan sikap As-Syaikh Albani yang bukan sekadar meremeh-remehkan Dr Said Ramadhan albuti, tetapi menyuruh As-Syaikh Dr Said Ramadhan Albuti bertaubat nasuha, seakan-akan As-Syaikh Dr Said Ramadhan Albuti telah menyimpang dari Islam. Kritikan As-Syaikh Albani terhadap As-Syaikh Dr Said Ramadhan Albuti itu boleh di baca didalam kitabnya yang bertajuk “At-Tawassul : Anwa’uhu wa Ahkamuhu” di muka surat 140.

PENUTUP

Mengkritik adalah sesuatu kemestian. Ini kerana, kritikan merupakan cara manusia itu berhati-hati didalam menjalani kehidupan di dunia.

Perkara yang dilarang adalah “kondem”, iaitu mengambil sikap meremeh-remehkan pandangan ulama yang tidak sehaluan atau sealiran dengannya.

Perkara utama yang paling penting kepada kita adalah, hendaklah kita memperkatakan sesuatu perbahasan ilmu itu berdasarkan kepada kefahaman yang menyeluruh.

Maka dengan demikian, isu perdebatan ini bukanlah satu perkara utama sehinggakan kita lalai dari melakukan gerak kerja yang paling utama, iaitu membinasakan penjajah.

Oleh itu, apabila orang bertanya kepadaku berkenaan dengan aliranku yang sebenar, aku akan menjawab, aliranku adalah ISLAM yang telah di ajar Rasulullah SAW, para Sahabat, Tabiin, Tabii tabiin, Imam-imam Mazhab Islam dan semua yang berhujjah berdasarkan “turuq Al-Istinbat” yang betul.

Marilah kita bersatu hati untuk menhancurkan musuh Islam yang telah menjajah pemikiran, ilmu dan kesetiaan kita kepada Allah !!!!

Sekian

Wallahu ‘Alam

One_G
http://laptopdarulfiqh.blogspot.com
http://jihad-jalanku.blogspot.com

abu_abdillah_azzam@yahoo.com

untuk mendalami pengajian Fiqh, Tafsir dan Hadis, layarilah http://one-g.blogspot.com





[1] Fatawa maasirah : 2/650.
[2] At-tashil fi ‘ulum at-Tashil : 1/159 sahih Bukhari : 2/916 : hadis no : 2453.
[3] Fi Usul Ad-Dakwah, Muqtabasah Min Kutub Ad-Doktor Yusuf Al-Qaradhawi (terjemahan) : m/s 233.
[4] Adab Al-Khitbah wa Az-Zifaf : 155 - 181

Saturday, March 03, 2007

KEWAJIPAN BERSIASAH UNTUK KEDAULATAN ISLAM

KEWAJIPAN BERSIASAH UNTUK KEDAULATAN ISLAM

Tidak di sangka-sangka, tulisanku yang lepas telah di”peduli”kan oleh Ust Din Tantawi untuk dijadikan “hidangan ilmu” kepada pelayar blog beliau. Aku mengucapkan ribuan dan jutaan terima kasih kepada beliau kerana menjadikan blog aku ini sebagai salah satu sumber bacaan dan menyebarkan ulasan aku didalam sesuatu perbahasan.

Tiada sesuatu yang menggemberikan bagi seorang blogger, kecuali apabila blognya telah dijadikan sebagai bahan bacaan.

Membaca komen-komen dari sahabat-sahabat “alam maya”, dapat dilihat bagaimana persepsi pembaca dari makalah yang telah aku tulis itu. Ada dari mereka yang mengambil sikap menyokong, dan tidak lepas juga dari kalangan mereka yang mengambil sikap kontra.

Melihat sikap pengkomen itu pun sudah cukup untuk dinyatakan bahawa khilafiyyah adalah sesuatu yang sememangnya berlaku, dan usaha untuk menghilangkan khilafiyyah adalah sesuatu yang mustahil didalam dunia yang fana’ ini.

Walaubagaimanapun, khilafiyyah yang boleh di terima adalah apabila khilafiyyah itu berdasarkan kepada ulasan yang mempunyai sumber islam yang asli, iaitu Al-Quran dan As-Sunnah, juga melihat kepada perbahasan ulama-ulama yang muktabar dari sudut yang menyeluruh, bukan di ambil “sedikit-sedikit” bagi membenarkan usaha kelompok tertentu.

Jika di baca semua article-artikle dalam blogku ini, di lihat seakan-akan aku adalah seorang yang berada didalam gerakan Islam yang induk di Malaysia ini, iaitu PAS.

Sememangnya aku seorang ahli PAS yang berdaftar, tetapi blog ini bukanlah sebagai “suara / lidah rasmi PAS”, ini kerana, di dalam blog ini, Aku pernah mengkritik sebilangan kepimpinan PAS yang pada pandangan aku, tindakan mereka itu perlu di kritik.

ISLAM DAN SIASAH (POLITIK)

Dari segi bahasa, Islam memberi maksud penyerahan diri. Adapun makna Islam dari sudut istilahnya terlalu banyak definisi yang dikemukakan oleh ulama.

Jika membaca kitab karangan Dr Abdul Karim Zaidan yang bertajuk “Usul Ad-Dakwah”, beliau telah mendatangkan lebih enam definisi bagi Islam. Walaubagaimanapun, Dr Abdul Karim Zaidan telah menyatakan bahawa, Islam adalah sebuah agama yang berdasarkan kepada hadis jibril[1], iaitu sabda Nabi SAW sebagai jawapan dari persoalan jibril;

الْإِسْلَامُ أَنْ تَشْهَدَ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ وَتُقِيمَ الصَّلَاةَ وَتُؤْتِيَ الزَّكَاةَ وَتَصُومَ رَمَضَانَ وَتَحُجَّ الْبَيْتَ إِنْ اسْتَطَعْتَ إِلَيْهِ سَبِيلًا

Maksudnya;
“Islam adalah, kamu bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah, dan sesungguhnya Muhammad adalah Rasulullah, kamu mendirikan solat, menunaikan zakat, kamu berpuasa Ramadhan, haji di Baitullah sekiranya kamu mampu kepadanya”[2].

Hadis ini sebenarnya merupakan definisi Islam yang paling konprehensif bagi memahami islam yang sebenar.

Bersyahadah bukan memahaminya dari sudut menyebutnya dengan lidah semata-mata, bahkan kandungan syahadah itu hendaklah difahami dengan meletakan ketauhidan yang tinggi pada Allah.

Mengakui “uluhiyyah” Allah dan “Rububiyyah” Allah merupakan syarat keimanan seseorang yang mendakwa diri mereka sebagai mukmin. Menafikan salah satu dari kedua-dua tauhid ini atau menafikan kedua-duanya sekali, maka orang tersebut sudah dikira sebagai terkeluar daripada Islam.

Sebagai muslim, kedua-dua tauhid ini perlu di serasikan dengan gerak kerja. Golongan ahl kitab yang telah terkeluar dari islam adalah berpunca dari mereka hanya mendakwa bahawa mereka mentauhidkan Allah dari sudut “uluhiyyah” Allah, tetapi dalam masa yang sama mereka menafikan “Rububiyyah” Allah SWT.

Perkara ini jelas dengan tindakan mereka yang menafikan kenabian Nabi Muhammad SAW; yang telah ditetapkan oleh Allah sebagai Nabi akhir zaman. Dengan semangat kebangsaan Bani Israil yang terlalu menebal, sehinggakan mereka berani menkufuri Nabi Muhammad SAW sebagai nabi akhir zaman.

Keadaan ini telah dinyatakan oleh Allah didalam firman-Nya;

وَدَّ كَثِيرٌ مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ لَوْ يَرُدُّونَكُمْ مِنْ بَعْدِ إِيمَانِكُمْ كُفَّارًا حَسَدًا مِنْ عِنْدِ أَنْفُسِهِمْ مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمُ الْحَقُّ

Maksudnya;
“Sebahagian besar Ahli Kitab menginginkan agar mereka dapat mengembalikan kamu kepada kekafiran setelah kamu beriman, karena dengki yang (timbul) dari diri mereka sendiri, setelah nyata bagi mereka kebenaran”

(Surah Al-Baqarah : 109)

Ayat ini menerangkan kepada kita bahawa punca kedengkian bani Israil yang mahu nabi itu dari bangsa mereka, tetapi Allah telah memilih Nabi Muhammad SAW menjadi Nabi akhir zaman, menyebabkan mereka bukan sekadar mengkufuri Nabi SAW sahaja, bahkan mereka telah berusaha untuk memurtadkan orang-orang yang telah beriman dengan Allah dan Nabi SAW[3].

Disebabkan sikap ahl kitab yang telah menafikan tauhid “rububiyyah” maka dengan demikian, tauhid “uluhiyyah” itu ternafi dari mereka, walaupun mereka mendakwa bahawa mereka mentauhidkan Allah dari sudut “uluhiyyah” sekalipun.

BERSIASAH MERUPAKAN TUNTUTAN TAUHID

Sesungguhnya Allah adalah tuhan yang maha adil kepada makhluknya. Keadilan Allah itu terbukti dengan mengutuskan Nabi-nabi bagi mendidik umatnya supaya menjalani kehidupan mereka dengan baik dan harmoni.

Maka dengan demikian, Allah mendatangkan Al-Quran kepada Nabi SAW untuk disampaikan kepada umatnya bagi merealisasikan keadilan-Nya itu terhadap makhluk-makhluk.

Al-Quran adalah sebuah kitab; merupakan panduan hidup manusia bagi mereka mendapat kehidupan yang baik. Maka dengan demikian, perlaksanaan Al-Quran perlu di usahakan supaya Al-Quran itu tidak sekadar menjadi bahan bacaan, teori, perbincangan mufti-mufti dan musabaqah sahaja, bahkan Al-Quran wajib di letakan pada tempatnya iaitu dilaksanakan didalam pemerintahan, kehidupan dan sebagainya

Setelah kejatuhan khalifah osmaniyah di Turki pada tahun 1924 , maka umat sudah mula dijadikan sebagai “bahan buli” oleh musuh-musuh Islam. Umat Islam sudah mula di jajah oleh musuh-musuh Islam dari semua segi, samada dari segi pemerintahan, pemikiran, ilmu dan sebagainya.

Dengan keadaan sedemikianlah, berusaha kearah mendaulatkan Islam menjadi fardu Ain kepada seluruh umat Islam. Memberi maksud; apabila seseorang umat Islam tidak berusaha kearah itu, maka orang islam tersebut sudah berada didalam dosa.

SIASAH ISLAMIYYAH (POLITIK ISLAM) DI MALAYSIA

Malaysia adalah salah sebuah Negara yang tidak terketinggalan sebagai Negara yang pernah di jajah oleh musuh Islam. Walaupun penjajah telah meninggalkan negara, tetapi pemikiran, kepimpinan, system pemerintahan penjajah masih lagi kuat diamalkan di Negara ini.

System kapitalis didalam ekonomi Malaysia merupakan antara bukti kukuh yang menyatakan bahawa Malaysia masih lagi kuat mengamalkan system pemerintahan penjajah. Maka dengan demikian, tidak pelik, kenaikan harga barang menjadi isu yang sering dibincangkan dikalangan rakyat Malaysia pada setiap tahun.

System pemerintahan yang “merantingkan” atau “membirokan” agama menjadi sebagai bukti bahawa pemerintahan Negara ini berdasarkan kepada system penjajah.

Maka dengan demikian, mengubah segala system penjajah ini merupakan sesuatu yang wajib. Walaubagaimanapun, apakah cara yang terbaik bagi menukarkan system penjajah tersebut kepada system Islam?

Tidak ada cara lain, hendaklah di usahakan supaya kita berusaha kearah untuk menggantikan kepimpinan yang ada sekarang kepada kepimpinan yang berteraskan kepada Islam.

Di Malaysia, kaedah yang paling baik untuk menukarkan kepimpinan tersebut adalah menggunakan kaedah pilihanraya yang berhajat kepada penubuhan parti-parti. Maka dengan kesedaran ini, lahirlah di Malaysia sebuah parti yang bernama PAS, atau Parti islam Se-Malaysia.

Tindakan itu tidak bercanggah dengan Islam, kerana kaedah fiqh ada menyatakan;

ما لا يتم الواجب الا به فهو واجب
Maksudnya;
“tidak akan sempurna sesuatu yang wajib melainkan dengannya, maka melaksanakannya adalah sesuatu yang wajib[4]”.

Ada sebahagian dari kalangan “agamawan” mendakwa bahawa, kaedah pilihanraya adalah bercanggah dengan Islam, dengan alasan bahawa kaedah tersebut telah “diciplak” dari barat.

Perlu difahami, tidak semua kaedah barat perlu di tolak, bahkan selagi mana kaedah tersebut tidak bercanggah dengan nas yang qatii, maka kaedah tersebut boleh di terima.

Juga perlu difahami, perlaksanaan kaedah pilihanraya bukanlah menunjukkan bahawa iktikad kepada fikrah barat, sebaliknya ia hanyalah merupakan wasilah, bukanlah merupakan maksud ataupun matlamat.

Tidak semua perkara yang datang dari barat ditegah, ini kerana berdasarkan kepada sirah menunjukkan Rasulullah s.a.w sendiri pernah mengambil fikrah barat, yang mana ianya adalah seperti berikut;

(a) Rasulullah menerima fikrah “menggali parit” dalam peperangan Ahzab, sedangkan fikrah menggali parit dalam peperangan adalah fikrah yang datang dari kalangan orang Farsi yang menganut agama majusi.
(b) Rasulullah s.a.w telah menggunakan kepandaian orang musyrik yang ditawan dalam peperangan badar dengan mengajar membaca dan menulis kepada orang Islam yang buta huruf[5]

Oleh yang demikian, tidak semua kaedah barat ditegah, bahkan dibenarkan kepada kita mengambil kaedah barat selagi tidak bercanggah dengan nas yang muhkam dan kaedah-kaedah syarak yang thabit.

PENUTUP

Menyokong dan mendokong PAS memberi makna, berusaha hendak menggantikan system pemerintahan penjajah kepada Islam. Maka dengan demikian, tindakan sedemikian adalah sesuatu yang wajib.

Kepimpinan PAS terdiri dari manusia yang tidak ma’sum dari melakukan kesilapan, maka dengan demikian PAS menyediakan ruang untuk di kritik atas tujuan kemenangan Islam.

Mengkritik dengan tujuan yang baik adalah sesuatu yang wajib. Adapun mengkritik untuk menjatuhkan dan merosakan PAS di samakan dengan menjatuhkan usaha hendak mendaulatkan Islam.

Maka dengan demikian, semua kritikan perlu dilakukan, tetapi dilihat, adakah kritikan itu mahu membangunkan PAS atau mahu merosakan PAS.

Jika kritikan itu bertujuan untuk merosakan PAS, maka dia sudah berada didalam lingkungan orang yang telah melakukan dosa, kerana mahu merosakan usaha untuk mendaulatkan Islam didalam pemerintahan Negara.

Wallahu ‘Alam

Sekian

http://laptopdarulfiqh.blogspot.com
http://jihad-jalanku.blogspot.com
abu_abdillah_azzam@yahoo.com

untuk mendalami pengajian fiqh, hadis dan tafsir, sila layari http://one-g.blogspot.com




[1] Usul ad-Dakwah (terjemahan) : 1/13.
[2] Sunan Abi Daud : 12/306. hadis no : 4075. hadis ini telah disahihkan oleh As-Syaikh Albani RA didalam kitabnya “Sahih wa Daif Al-Jami’ As-saghir : 10/488. hadis no : 4541.
[3] Tafsir Ibni Kathir : 1/154.
[4] Kaedah fiqhiyyah. Lihat dalam kitab “al-Imamah Al-Uzma ‘Inda Ahli Sunnah Wa Al-Jamaah: karangan Syaikh Abdullah bin Omar bin Sulaiman ad-Damiji; m/s 58.
[5] Lihat Kitab "Fatawa Maasiroh" (2/643) : karangan Dr Yusuf Al-Qardawi