Wednesday, June 27, 2007

KALAU PILIHANRAYA BERLAKU DALAM MUSIM HAJI?

KALAU PILIHANRAYA BERLAKU DALAM MUSIM HAJI?

Boleh dikatakan seluruh penganalisa politik Malaysia (melainkan Razak Baginda) menyatakan, kemungkinan pilihanraya berlaku tidak lama lagi. Sebilangan mereka menyatakan, kemungkinan pilihanraya berlaku dalam bulan 8, ekoran menyambut kemerdekaan. Juga sebilangan yang lain menyatakan, pilihanraya mungkin berlaku antara bulan 8 hingga bulan 12. Sebilangan yang lain pula menyatakan, disebalik isu altantuya yang didakwa mempunyai hubungan yang kuat dengan orang no 2 Malaysia, maka berkemungkinan besar, pilihanraya akan di adakan pada awal tahun 2008 yang tidak mustahil ianya didalam musim jemaah haji sedunia, termasuk Malaysia sibuk untuk menunaikan ibadat haji.

Andaian sebegini disebabkan, kebanyakan penyokong parti islam terdiri dari mereka yang dikenali sebagai “tok lebai” yang sentiasa mengambil berat dalam soal ibadat. Justeru, bagi memastikan undi kepada parti Islam berkurangan, tidak mustahil orang no 1 Malaysia akan membubarkan Parlimen dalam musim tersebut.

Tulisan kali ini, tidak memfokuskan sangat kepada ketepatan tarikh pilihanraya akan datang, tetapi sekadar ingin membincangkan tindakan yang perlu dilakukan dari sudut perbahasan hukum disebalik andaian berlakunya pilihanraya pada musim haji.

KEWAJIPAN MENGHAPUSKAN MAKSIAT DI MALAYSIA

Di Malaysia, berbagai-bagai maksiat yang sedang menimpa masyarakat. Bermula dari sekecil-kecil perkara, seperti dosa melihat aurat hinggalah kepada sebesar-besar dosa, seperti murtad dan sebagainya.

Orang-orang islam adalah golongan yang sering menjadi juara dalam isu-isu social ini. Lihatlah kandungan khutbah yang dibaca di mimbar-mimbar jumaat, yang membincangkan isu Dadah, Rempit, Hisap Gam, Kemunduran ekonomi keluarga dan sebagainya, boleh dikatakan semuanya di juarai oleh bangsa melayu yang menganut agama Islam.

Kelemahan yang merupakan penghinaan dari Allah ini adalah berpunca dari sistem pemerintahan yang tidak berasaskan kepada Islam. Kenyataan ini dinyatakan oleh Allah dalam firman-Nya;

أَفَتُؤْمِنُونَ بِبَعْضِ الْكِتَابِ وَتَكْفُرُونَ بِبَعْضٍ فَمَا جَزَاءُ مَنْ يَفْعَلُ ذَلِكَ مِنْكُمْ إِلَّا خِزْيٌ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا

Maksudnya;
“Maka Patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian (dari isi) Kitab Taurat dan mengingkari akan sebahagian Yang lain? maka tiadalah balasan bagi orang Yang berbuat demikian itu dari antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia”

(Surah Al-Baqarah : 85)

Ayat ini dengan jelas Allah menyatakan bahawa, punca kelemahan dan kehinaan adalah berpunca dari sikap beriman sebahagian kitab dan mengkufuri sebahagian yang lain.

PEMERINTAH DAN AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR

Melaksanakan tugas amar makruf dan nahi mungkar dari pihak umum dikira sebagai fardu Kifayah yang memberi maksud, sebilangan manusia yang melaksanakannya, maka seluruh umat terselamat dari dosa.

Firman Allah;

وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

Maksudnya;
“dan hendaklah ada di antara kamu satu puak Yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik, serta melarang daripada Segala Yang salah (buruk dan keji). dan mereka Yang bersifat demikian ialah orang-orang Yang berjaya”

(Surah Al-Baqarah : 104)

Imam Al-Qurtubi menyatakan, dari firman Allah ini menjadi dalil bahawa hukum melaksanakan amar makruf dan nahi munkar dari sudut umumnya adalah fardu kifayah[1].

Walaubagaimanapun, perlaksanaaan amar makruf dan nahi mungkar dari pihak pemerintah adalah satu kewajipan yang mesti ditunaikan. Ini adalah kerana, pemerintah adalah pihak yang mempunyai kuasa perlaksanaan undang-undang islam yang dibawah kategorinya adalah amar makruf dan nahi mungkar.

Imam Ibnu taimiyyah menyatakan;

لأن الله تعالى أوجب الأمر بالمعروف والنهي عن المنكر ، ولا يتم ذلك إلا بقوة وإمارة

Maksudnya;
“Sesungguhnya Allah mewajibkan amar makruf dan nahi mungkar, semuanya ini tidak akan sempurna melainkan dengan kekuatan dan (kuasa) pemerintahan[2]

Jika pihak pemerintah tidak berbuat demikian, maka pemerintah tersebut sudah melakukan dosa besar dan berhak kepada rakyat mengguling mereka dari pemerintahan.

Dibenarkan melakukan tindakan sedemikian disebabkan pemerintah tidak melaksanakan tugas yang diwajibkan oleh Allah yang sememangnya telah termaktub dalam kitabullah.

Sabda Nabi SAW;

يا أيها الناس اتقوا الله وإن أمر عليكم عبد حبشي فاسمعوا له وأطيعوا ما أقام لكم كتاب الله عز وجل

Maksudnya;
“Wahai manusia, takutlah kamu kepada Allah, walaupun kamu dipimpin oleh seorang hamba habsyi. Maka dengarlah dan taatlah selama kitabullah terlaksana[3]

Dari hadis ini, As-Syaikh Abdullah bin Omar bin Sulaiman Ad-Damiji didalam kitabnya yang bertajuk “al-imamah Al-Uzma” menyatakan, ini adalah hadis yang jelas, menunjukan bahawa syarat dengar dan taat (kepada pemerintah) sekiranya pemerintah melaksanakan kitabullah didalam pemerintahannya. Adapun jika tidak berhukum dengan syariat Allah, maka tiada dengar dan taat (kepada pemerintah) dan ianya boleh membawa kepada menggulingkan pemerintahan tersebut. Ini adalah gambaran sekiranya berlaku dikala pemerintah melakukan perbuatan yang menjadi fasiq. Adapun pemerintah melakukan perbuatan yang boleh menjadi kafir, maka hukum mengguling pemerintah tersebut adalah wajib hatta dengan peperangan sekalipun[4].

MENJATUHKAN KERAJAAN BN DALAM PILIHANRAYA

Barisan Nasional yang dikepalai oleh UMNO merupakan satu-satunya parti yang memerintah Negara ini. Pemerintahan BN ini tidak pernah meletakan agama sebagai asas pemerintahan mereka.

Berpunca dari itulah menyebabkan kelemahan demi kelemahan telah menimpa umat Islam di Negara ini. Kelemahan ini bukan sekadar dalam perkara yang kecil, bahkan sudah merebak kepada situasi masyarakat Islam yang sudah tidak segan dan malu untuk keluar dari agama.

Isu lina Joy yang menjadi satu titik bersejarah Negara. Bagaimana seorang wanita boleh memaksa pihak kerajaan untuk mengisytiharkan dirinya murtad secara rasmi, sedangkan pihak kerajaan tidak melakukan apa-apa tindakan pun disebalik penghinaan terhadap agama yang dilakukan oleh Lina Joy ini.

Penghinaan dari golongan musuh Islam terhadap Islam di Negara ini juga dipelopori oleh kerabat-kerabat kepimpinan Barisan Nasional. Lihatlah, hidupnya SIS, Anti hadis dan sebagainya, boleh dikatakan, ianya hidup disebabkan mempunyai sokongan dari pihak dalaman Barisan Nasional.

Penghinaan terhadap Islam dari tokoh agama yang memegang jawatan besar dalam kerajaan sudah menjadi perkara biasa dan tidak dianggap sebagai mungkar oleh kerajaan Barisan Nasional.

Maka dengan itu, “menjahanamkan” Barisan Nasional dalam pilihanraya akan datang merupakan tindakan yang wajib di lakukan setiap umat Islam di Malaysia. Jika tidak dilakukan demikian, nescaya Islam yang tercinta ini akan menjadi “bahan mainan” musuh dalam melakukan penghinaan terhadap Islam.

JATUHKAN BN DALAM MUSIM HAJI?

Dari perbahasan lepas, didapati bahawa tindakan menjahanamkan Barisan Nasional dalam pilihanraya adalah satu tindakan yang wajib. Tetapi, kadangkala, pihak Barisan Nasional menggunakan beberapa strategi untuk mengalahkan parti islam dengan beberapa tindakan. Antaranya adalah, kemungkinan mereka akan mengisytiharkan pilihanraya berlaku dalam musim haji.

Maka dengan demikian, dikalangan pengundi yang pergi ke Haji pada tahun tersebut akan merasa sangsi dalam melaksanakan tugasan rukun islam tersebut.

Bagi memastikan pengundi yang boleh pergi Haji pada tahun tersebut tidak berada dalam kesilapan, marilah perhatikan beberapa ulasan seperti di bawah;

WAJIB LUAS DAN WAJIB SEMPIT

Didalam ilmu usul fiqh, hukum wajib itu terbahagi kepada beberapa bahagian. Antaranya adalah, wajib itu dibahagikan kepada wajib mudhayyaq (sempit) seperti menunaikan ibadat puasa di bulan Ramadhan, dan juga wajib muwassa’ (luas), seperti menunaikan solat.

Dikatakan berpuasa di bulan ramadhan sebagai wajib mudhayyaq (sempit) adalah kerana, berpuasa itu tidak boleh dilakukan dibulan-bulan yang lain. maka dengan sebab itulah, berpuasa di bulan ramadhan dikira sebagai wajib mudhayyaq (sempit).

Adapun solat, dikatakan sebagai wajib muwassa’ (luas) adalah kerana, solat itu tidak semestinya di tunaikan diawal waktu, bahkan selagi waktu bagi solat belum habis, maka selagi itulah solat boleh di tunaikan[5].

Maka dengan demikian, sekiranya berlaku pilihanraya di musim haji, maka hendaklah dihimpunkan kedua-dua kewajipan tersebut, iaitu kewajipan mengundi dan kewajipan melakukan haji.

Kewajipan mengundi untuk memenangkan parti islam adalah satu kewajipan yang mudhayyaq (sempit), ini adalah kerana, di sebabkan kekalahan parti islam dalam sesuatu pilihanraya akan menatijahkan penghinaakan terhadap agama Islam selama 5 tahun.

Adapun kewajipan haji merupakan wajib yang muwassa’ (luas). Ini adalah bersebab, dibenarkan kepada kita menunaikan ibadat haji di tahun yang mendatang.

Oleh yang demikian, apabila berhimpun dua wajib ini, maka ketika itu, wajib kepada pengundi yang pergi haji bahawa tidak pergi ke Mekkah untuk buat haji pada hari berlakunya pilihanraya, bahkan wajib kepada pengundi mengundi parti islam untuk memastikan islam tidak dihina dimulut musuh-musuh Islam.

MUDHARAT YANG LEBIH BESAR

Mudharat tidak ke makkah untuk melakukan ibadat haji tidaklah sebesar mudharat kalah parti islam dalam pilihanraya.

Jika seseorang itu meninggal dunia dalam keadaan tidak sempat melakukan ibadat haji, dibenarkan kepada waris untuk menunaikan haji niyabah untuk dirinya[6].

Adapun penghinaan Islam dari pelbagai sudut merupakan mudharat yang besar jika dibandingkan dengan mudharat tidak mengerjakan haji ketika itu. Antara cara untuk menjadikan Islam di hina adalah dengan membiarkan pihak Barisan nasional memerintah.

Maka dengan demikian, apabila berhimpun dua mudharat ini, maka hendaklah diambil mudharat yang paling ringan antara dua mudharat, iaitu tidak melakukan haji pada tahun tersebut, bahkan mengambil tindakan menunggu pilihanraya dan mengundi parti islam pada tahun tersebut.

Ini didasarkan kepada kaedah fiqh yang berbunyi;

إذا تعارض مفسدتان روعي أعظمهما ضررا بإرتكاب أخفهما

Maksudnya;
“Apabila bertembung dua mafsadah, maka diraikan mudharat yang paling besar dari kedua-duanya dengan melakukan yang paling ringan daripada kedua-duanya[7]

PENUTUP

Tulisan ini bukanlah satu andaian yang tepat dalam menyatakan bahawa pilihanraya itu berlaku dalam musim haji, tetapi ianya sekadar andaian semata-mata.

Sekiranya ianya berlaku juga, maka sebagai pengundi dikehendaki kepadanya memahami konsep ini agar Islam yang hendak didaulatkan tidak dibantutkan dengan strategi musuh-musuh islam yang sering melemahkan Islam

Sekian

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani
http://laptopdarulfiqh.blogspot.com/

e mail : abu_abdillah_azzam@yahoo.com



[1] Tafsir Al-Qurtubi : 4/165
[2] Siasah syariyyah : m/s 168.
[3] Al-Mustadrak ‘ala sahihain : 4/206 : hadis no : 7381.
[4] Al-Imamah Al-Uzma : m/s 473.
[5] Al-Wadih Fi Usul Al-Fiqh : m/s 73.
[6] Menurut Jumhur ulama melainkan hanafi, dibenarkan melakukan niyabah (ganti) haji ketika tidak mempu menunaikannya (al-fiqh al-Islami Wa adillatuh : 3/38)
[7] Al-Aqmar Al-Mudiah : m/s 123

Tuesday, June 26, 2007

BIDAAH : MELULU BERHUKUM PUNCA PERPECAHAN YANG TIDAK BERKESUDAHAN

BIDAAH :
MELULU BERHUKUM PUNCA PERPECAHAN YANG TIDAK BERKESUDAHAN[1]

Abstrak

و حَدَّثَنِي مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى حَدَّثَنَا عَبْدُ الْوَهَّابِ بْنُ عَبْدِ الْمَجِيدِ عَنْ جَعْفَرِ بْنِ مُحَمَّدٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا خَطَبَ احْمَرَّتْ عَيْنَاهُ وَعَلَا صَوْتُهُ وَاشْتَدَّ غَضَبُهُ حَتَّى كَأَنَّهُ مُنْذِرُ جَيْشٍ يَقُولُ صَبَّحَكُمْ وَمَسَّاكُمْ وَيَقُولُ بُعِثْتُ أَنَا وَالسَّاعَةُ كَهَاتَيْنِ وَيَقْرُنُ بَيْنَ إِصْبَعَيْهِ السَّبَّابَةِ وَالْوُسْطَى وَيَقُولُ أَمَّا بَعْدُ فَإِنَّ خَيْرَ الْحَدِيثِ كِتَابُ اللَّهِ وَخَيْرُ الْهُدَى هُدَى مُحَمَّدٍ وَشَرُّ الْأُمُورِ مُحْدَثَاتُهَا وَكُلُّ بِدْعَةٍ ضَلَالَةٌ ثُمَّ يَقُولُ أَنَا أَوْلَى بِكُلِّ مُؤْمِنٍ مِنْ نَفْسِهِ مَنْ تَرَكَ مَالًا فَلِأَهْلِهِ وَمَنْ تَرَكَ دَيْنًا أَوْ ضَيَاعًا فَإِلَيَّ وَعَلَيَّ

Maksudnya;
“Rasulullah SAW apabila berkhutbah, merah kedua matanya, tinggi suaranya dan keadaan bersangatan marah hingga seakan-akan memberi amaran dengan kedatangan tentera (musuh) seraya bersabda : musuh akan menyerang kamu pagi dan petang. Dan bersabda lagi : aku dibangkitkan dan hari kiamat seperti dua jari ini. Dan baginda menyatukan dua jarinya (jari telunjuk dan jari tengah) dan berkata lagi : adapun selepas daripada itu, sesungguhnya sebaik-baik perkataan adalah kitabullah, sebaik-baik petunjuk (jalan) adalah petunjuk Nabi Muhammad SAW, sejahat-jahat perkara adalah perkara baru, setiap perkara baru adalah Bidaah, setiap bidaah adalah sesat. Kemudian bersabda lagi : aku adalah orang yang paling utama dengan setiap mukmin daripada dirinya. Barangsiapa meninggalkan harta, maka itu milik ahli keluarganya. Barangsiapa yang meninggalkan hutang dan kehilangan, maka itu adalah tanggungjawab aku”[2]

DEFINISI BIDAAH

Definisi Bidaah dari sudut bahasa arabnya adalah “reka cipta”. Adapun dari sudut istilahnya, Imam An-Nawawi menyatakan bidaah adalah seperti berikut;


كُلّ شَيْء عُمِلَ عَلَى غَيْر مِثَال سَابِق

Maksudnya;
“Setiap sesuatu yang diamalkan atas ketiadaan missal sebelum ini[3]

Adapun Imam As-Syatibi menyatakan bidaah adalah seperti berikut;


البدعة طريقة في الدين مخترعة تضاهي الشرعية يقصد بالسلوك عليها ما يقصد بالطريقة الشرعية

Maksudnya;
“Bidaah adalah jalan didalam agama yang direka cipta, menyerupai syariah, diqasadkan melalui jalannya seperti yang diqasadkan kepada jalan syariah[4].

Dari definisi ini, difahami bahawa bidaah yang di sebut didalam perbahasan Islam adalah bidaah yang berkaitan dengan perkara agama.

Ulama-ulama salaf dan khalaf membuat pelbagai perbahasan didalam perkara bidaah, sehinggakan ada dari kalangan mereka telah membuat pembahagian terhadap bidaah tersebut.

PEMBAHAGIAN BIDAAH

Muhammad bin Ahmad bin Muhammad Abdus Salam Khadar As-Syuqairi Al-Hawamidi, Pengasas Persatuan salafiyyah di negeri Hawamidiyyah, semenanjung Giza, Mesir telah menyatakan didalam kitabnya yang bernama “As-Sunan Wa Al-Mubtadi’at” bahawa bidaah itu terbahagi kepada dua, iaitu bidaah yang berbentuk keagamaan dan berbentuk keduniaan.

Bidaah yang berbentuk keduniaan adalah perkara yang berkaitan dengan maslahat kehidupan, seperti menaiki kereta, motosikal dan sebagainya.

Bidaah sebegini diizikan oleh syarak untuk di amalkan, selama tidak mendatangkan mudharat.

Firman Allah;

وَافْعَلُوا الْخَيْرَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Maksudnya;
“perbuatlah kebaikkan, supaya kamu mendapat kemenangan.”

(Surah Al-Haj : 77)

Sabda Nabi SAW;

من سن في الإسلام سنة حسنة فله أجرها

Maksudnya;
“Barangsiapa yang menjalani didalam Islam akan jalan yang baik, maka baginya pahala[5]

Adapun Bidaah di dalam perkara keagamaan itu terbahagi pula kepada empat, iaitu[6];

(a) Bidaah mukaffarah (yang menjadikan pembuatnya menjadi kafir), seperti menyeru dengan nama yang lain dari Allah didalam berdoa.
(b) Bidaah muharramah (bidaah yang menjadikan pembuatnya menjadi berdosa), seperti menjadikan kubur sebagai masjid, sembelih dengan nama yang lain daripada nama Allah dan sebagainya.
(c) Bidaah mahruhah tahriman (bidaah yang makruh yang lebih cenderung kepada haram), seperti solat zohor selepas dari solat jumaat dan sebagainya.
(d) Bidaah makruhah tanzihan (bidaah yang makruh yang lebih cenderung kepada harus), seperti doa awal dan akhir tahun, bersalaman selepas dari solat dan sebagainya.

Daripada perbahasan inilah, Muhammad bin Ahmad al-Hawamidi menyatakan, inilah yang dimaksudkan dengan kata-kata Imam As-Syafii;

البدعة بدعتان بدعة محمودة وبدعة مذمومة فما وافق السنة فهو محمود وما خالف السنة فهو مذموم

Maksudnya;
“Bidaah itu ada dua bidaah, iaitu bidaah yang di puji dan bidaah yang di keji. Sesuatu yang menyamai sunnah, maka ia adalah bidaah yang di puji, dan yang menyalahi sunnah, maka ia adalah bidaah yang di keji[7]

Iaitu, bidaah yang dipuji adalah bidaah yang berkaitan dengan perkara keduniaan. Adapun bidaah yang berkaitan dengan perkara keagamaan, ianya di bawah ketagori bidaah yang dikeji.

KHILAFIYYAH DALAM FIQH YANG BERKAITAN DENGAN BIDAAH

Hukum-hukum dalam Islam terbahagi kepada dua, iaitu, samada ianya disepakati oleh Ulama atau ianya dikhilaf oleh ulama.

Berlakunya khilafiyyah dalam perkara agama adalah berpunca dari nas-nas yang dikategorikan sebagai perkara yang disebut sebagai “zanniyyah ad-dilalah”, juga nas yang berbentuk “Zanniyyah As-Subut”.

Perkara asasi dalam menentukan berlakunya khilafiyyah dalam hukum adalah bersebabkan sesuatu nas itu berhajat kepada ijtihad ulama dalam memahaminya.

Dr Yusuf Al-Qaradhawi menyatakan di dalam bukunya “fatawa Muasirah” jilid ke-2. di muka surat 649, ijtihad itu boleh berlaku dengan 3 sebab, iaitu seperti berikut;

a. Perkara yang tiada nas.
b. Perkara yang ada nas, tetapi mengandungi banyak tafsiran.
c. Perkara yang ada nas, tetapi mempunyai percanggahan dari segi pemahaman nas tersebut dengan nas-nas yang lain[8].

Ekoran dari pemahaman inilah, berlakunya khilaf dalam menentukan sesuatu hukum. Antara perkara khilafiyyah dalam menentukan sesuatu hukum adalah dalam menentukan ianya bidaah atau pun tidak.

NABI TAK BUAT, MAKA IANYA BIDAAH?

Sebilangan ulama berpendapat bahawa, setiap perkara yang tiada nas dan ianya berkaitan dengan perkara ibadat, maka ianya dikira sebagai amalan yang dikategorikan sebagai Bidaah.

Golongan ini memakai kaedah fiqh yang berbunyi;

الأصل فى العبادة الحظر ما لم يرد نص

Maksudnya;
“Asal dalam perkara ibadat adalah haram, selama tiada nas[9]

Kaedah ini didasari kepada sabda Nabi SAW;

من عمل عملا ليس عليه أمرنا فهو رد

Maksudnya;
“Barangsiapa yang beramal akan amalan yang bukan dari urusan kami, maka ianya ditolak[10]

Sebilangan ulama yang lain pula menyatakan, setiap perkara yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW, tetapi mempunyai asasnya dari nas, maka perkara itu tidak dikira sebagai Bidaah.

Alasan mereka adalah, didalam perbahasa Nas, wujud yang dinamakan sebagai istidlal. Maka dengan demikian, sekiranya sesuatu ibadat itu belum pernah dilakukan oleh Nabi SAW, tetapi pernah diisyaratkan oleh Nabi SAW, samada menggunakan perkataan, perbuatan atau diam Nabi, maka itu juga dibawah kategori yang diizinkan oleh syarak.

Antara misalnya adalah, berdasarkan kepada satu hadis;


عَنْ ابْنِ عُمَرَ قَالَ بَيْنَمَا نَحْنُ نُصَلِّي مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذْ قَالَ رَجُلٌ مِنْ الْقَوْمِ اللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ الْقَائِلُ كَلِمَةَ كَذَا وَكَذَا قَالَ رَجُلٌ مِنْ الْقَوْمِ أَنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ عَجِبْتُ لَهَا فُتِحَتْ لَهَا أَبْوَابُ السَّمَاءِ : قَالَ ابْنُ عُمَرَ فَمَا تَرَكْتُهُنَّ مُنْذُ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ ذَلِكَ

Maksudnya;
“Daripada Ibni Omar berkata; ketika kami menunaikan solat bersama Rasulullah SAW, seorang lelaki berkata; “اللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا”, lalu Rasulullah SAW berkata; siapakah yang berkata kalimah begian-begian? Berkata lelaki tersebut; Aku Wahai Rasulullah. Lalu bersabda Nabi SAW; aku merasa megah dengannya, dibukakan pintu langit untuknya (kalimah tersebut). berkata Ibnu Omar, semenjak aku mendengar perkataan Nabi itu, aku tidak pernah meninggalkannya (membacanya didalam solat)[11]

Dari hadis ini, lelaki yang membaca kalimah takbir didalam solat tersebut tidaklah mendengar bacaan Nabi terlebih dahulu, tetapi dia membacanya mendahului perbuatan nabi. Ketika baginda SAW mendengar bacaan lelaki tersebut, Rasulullah tidak mudah membidaahkannya, tetapi baginda bertanya dahulu.

Dari hadis ini menjadi dalil bahawa, tidak boleh terus dikatakan bidaah pada setiap amalan yang tidak dilakukan oleh Nabi SAW. Bahkan, selagi ianya mempunyai asas istidlal, maka ianya adalah diizinkan didalam Islam.

Dari ulasan inilah, menyebabkan berlaku berbagai-bagai kekhilafan didalam agama dalam menentukan sesuatu amalan itu bidaah atau tidak. antaranya adalah dalam menentukan amalan tahlil arwah, talqin untuk mereka yang sudah mati dan berbagai lagi.

Bersambung…….

Al-Bakistani

http://laptopdarulfiqh.blogspot.com

e mail : abu_abdillah_azzam@yahoo.com

[1] Dibentang dalam majlis tazkirah di Sheraton Hotel Subang Jaya.
[2] Sahih Muslim : 4/359 : hadis no : 1435.
[3] Syarah An-Nawawi ‘Ala Sahih Muslim : 3/247
[4] Al-I’tisam : hlmn 12.
[5] Sahih Muslim : 2/705. hadis no : 1017.
[6] As-Sunan Wa Al-Mubtadiat : hlmn 11-12.
[7] As-Sunan wa Al-mubtadiat : hlmn 13
[8] Fatawa Maasarah : 2/649
[9] Tahwil An-Nuqud : m/s 78.
[10] Bukhari : 2/753. bab an-najsy.
[11] Muslim : 3/267 : hadis no : 943 dan At-Tirmizi : 12/17 : hadis no : 3516. Hadis ini sahih mengikut kiraan Albani didalam kitabnya “sahih At-Targhib wa At-Tarhib : 1/125 : 518

Monday, June 25, 2007

MAKLUMAT

semua muslimin dan muslimat dijemput hadir

segala maklumat lanjut, sila hubungi ;
abang Mat Noh : 0193976048
atau
siapakah GAGASAN?
a. singkatan dari "Gabungan Graduan Timur Tengah"
b. melakukan gerak kerja seperti berikut;
1. bertindak untuk menghadapi golongan yang rosak aqidah dan akhlak Islam
2. menerangkan islam secara syumul kepada ummah
3. membela nasib dan menjaga kebajikan masyarakat yang memerlukan
4. meningkatkan keilmuan dan daya membangun ummah
c. pendekatan dan aktiviti
1. menyalurkan bantuan kepada semua lapisan masyarakat
2. memberi penerangan yang bermanfaat dalam pelbagai isu massa
3. menyediakan khidmat kaunseling dan bimbingan agama
4. membuat kajian ilmiyyah dan analisis sosial yang pelbagai.
d. pengharapan
usaha-usaha murni GAGASAN memerlukan sokongan daripada semua pihak dalam pelbagai bentuk bagi memastikan kelangsungan gerak kerja dakwah dan akidah umat Islam dapat dipertahankan.
untuk mengetahui lebih lanjut mengenai GAGASAN, e mailkan kepada : Zaharuddin2000@yahoo.com

DAPATKAN BUKU TERBARU DIPASARAN

Tajuk : Sakit Puan Dan Perbidanan: Fardu Kifayah Yang Terabai.

Cetakan: Dicetak di Cairo, Mesir dengan izin terbit oleh Persatuan Melayu Republik Arab Mesir, Cetakan pertama, Mei 2007, Cairo , Egypt .

Tebal : Setebal 126 muka surat .

Kertas : Kulit menggunakan kertas jenis Art Card dan isi dalam 80 gm.

Penulis : Ustaz Haji Zaharuddin Muhammad. ( Presiden GAGASAN / BA Horns Universiti Al-Azhar / MA universiti Kaherah, Mesir Dengan Pangkat Mumtaz (Cemerlang). Mendapat Biasiswa Universiti Al-Azhar sehingga tamat pengajian sebagai Anugerah Pelajar Asing Terbaik Di Universiti Al-Azhar Pada Tahun 1997).


LATAR BELAKANG BUKU DAN SKOP PERBINCANGAN.
Buku ini adalah hasil kajian penulis selama lebih 4 tahun. Ia membincangkan tentang hukum yang berkait dengan Sakit Puan dan Perbidanan dari perspektif fardu kifayah. Ia menyentuh aspek berikut:
Hukum Lelaki mengubati perempuan dan sebaliknya.
Penumpuan khusus kepada hukum berkaitan perbidanan.
Kajian medan dengan menemuramah ibu-ibu bersalin.
Penukilan semula aduan ibu bersalin daripada media tempatan.
Hukum pelajar lelaki memilih bidang O & G.
Hukum Ibu bersalin dan dibidani oleh Dr Lelaki.
Hukum Dr Lelaki membidani ibu bersalin.
Keupayaan sekarang bagi menyelesaikan permasalahan fardu kifayah ini.
Ibu bersalin dijadikan bahan pembelajaran: suatu pandangan.

Buku ini juga menjadi panduan berhadapan dengan suasana baru kepada ibu-ibu yang belum mempunyai pengalaman bersalin dan suami-suami yang mementingkan penjagaan aurat.

KANDUNGAN BUKU.
Buku ini mengandungi tajuk-tajuk berikut:
Mukadimah
Bab Pertama : Asas-Asas Pengenalan Penting
¨ Definisi Sakit Puan & Perbidanan
¨ Hukum Asas Serta Disiplin Perubatan Islam
¨ Isu Perbidanan Dan Perbezaannya Dengan Penyakit-Penyakit Lain
¨ Aurat Adalah Simbol Maruah & Bahagian Sulit Adalah Mahkotanya
¨ Dilema Antara Menjaga Maruah & Menjaga Nyawa

Bab Kedua : Situasi, Realiti & Implikasinya
¨ Beberapa Contoh Pengakuan Penting
¨ Implikasi Berdasarkan Realiti & Situasi Di Atas

Bab Ketiga : Satu Pandangan Berasaskan Syariat
¨ Dari Sudut Pesakit
¨ Dari Sudut Doktor & Pelajar Perubatan
¨ Dari Sudut Kerajaan

Bab Keempat : Penyelesaian
¨ Skop Penyelesaian
¨ Mengambil Intipati, Bukan Mengambil Keseluruhan
¨ Memberikan Kesedaran Kepada Pelajar Perubatan Wanita
¨ Penyelesaian Ketika Kekurangan Doktor Wanita & Peranan Doktor Lelaki Ketika Ini
¨ Perubatan Tradisional Melayu Perlu Diformalkan & Digabungkan Dengan Perubatan Moden
¨ Peranan Pelajar Perubatan Wanita
¨ Peranan Kerajaan (Kementerian Pendidikan & Kementerian Kesihatan)
¨ Usaha Penyelesaian Secara Menyeluruh Perlu Dimainkan Oleh Semua Pihak.
¨ Tempoh Penyelesaian
Penutup
Bibliografi

TEMPAHAN.
Hantarkan nama penuh dan alamat anda melalui SMS ke nombor 019 3100699 atau buat pesanan melalui email : Assum78@yahoo.com.

HARGA : RM 20 (Termasuk Kos Penghantaran).

Transaksi Pembayaran : Setelah anda menghantar nama dan alamat melalui SMS, anda akan menerima no akaun yang perlu anda masukkan. Setelah pembayaran dibuat, maka urusan penghantaran akan berjalan. Setelah menerima buku tersebut, anda diberikan tempoh khiyar selama 1 hari (tidak termasuk tarikh terima buku). Ini bermaksud, jika anda tidak berpuas hati dengan buku tersebut dan kosnya, maka anda perlu menelefon atau menghantar SMS semula kepada 019 3100699 dalam tempoh khiyar tersebut.

Sunday, June 24, 2007

HUKUM MERATAP KEMATIAN

HUKUM MERATAP KEMATIAN

SOALAN;

a. Apakah hukum meratapi kematian seseorang?
b. Apakah haram juga menangisi kematian tersebut tanpa meratapinya?
c. Apakah orang yang mati itu diseksa dengan sebab ratapan manusia yang masih hidup?

JAWAPAN;

Dengan Nama Allah. Selawat dan salam kepada Rasulullah SAW, Para sahabat R.A dan seluruh umat Islam, samada sudah mati atau masih hidup;

MERATAPI KEMATIAN

Meratapi atas kematian adalah sesuatu yang dilarang oleh Syariah Islamiyyah.

Daripada Abdullah bin Mas’ud, Sabda Nabi SAW;

ليس مِنَّا من ضَرَبَ الْخُدُودَ وَشَقَّ الْجُيُوبَ وَدَعَا بِدَعْوَةِ الْجَاهِلِيَّةِ

Maksudnya;
“Bukan dari kalangan kami, mereka yang memukul muka, mengoyakkan baju dan menyeru dengan seruan jahiliyyah[1]

Didalam Kamus Dewan, meratap bermaksud, “menangis sambil mengeluarkan kata-kata, mengeluh (sambil menjerit, menangis dll)”[2]

Mengeluh dengan kematian seseorang adalah sesuatu yang diharamkan oleh Syariah dan dibawah katagori amalan-amalan jahiliyyah.

Daripada Abdullah bin Mas’ud juga, Sabda Nabi SAW;

إيَّاكُمْ وَالنَّعْيَ فإن النَّعْيَ عَمَلُ الْجَاهِلِيَّةِ

Maksudnya;
“jauhi dirimu dari ‘an-na’yu’, kerana ‘an-na’yu’ adalah amalan jahiliyyah[3]

Menurut Imam As-Syaukani, ‘an-na’yu’ didalam bahasa arab bermaksud, memberi khabar kepada manusia tentang kematian.

Adapun maksud ‘an-na’yu’ didalam istilah syariah adalah, “mengkhabarkan kepada manusia atas kematian seseorang disertai dengan kesedihan dan menyebut dengan musibah yang akan menimpa[4]

Memahami makna ‘an-na’yu’ mengikut istilah syariah, difahami bahawa ‘meratapi’ keatas kematian adalah amalan yang diharamkan oleh Syariah Islamiyyah.

Adapun memberi khabar kepada manusia dengan kematian atas tujuan untuk menjemput untuk hadir menunaikan solat Jenazah atau sebagainya, maka itu tidak dibawah katagori amalan jahiliyyah yang diharamkan, bahkan ianya adalah diharuskan didalam Islam.

Ini berdalilkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, bahawa Rasulullah SAW memberi tahu kepada kami tentang kematian tiga orang ketua yang terbunuh didalam satu peperangan, iaitu Zaid bin Harithah, Ja’far bin Abi Talib dan Abdullah bin Rawwahah[5].

Juga, Rasulullah SAW memberitakan tentang kematian raja An-Najasyi pada hari tersebut.[6]

APAKAH MENANGISI KEMATIAN SI MATI ADALAH PERKARA YANG DIHARAMKAN?

Menangisi atas kematian yang diharamkan adalah, menangis yang disertai dengan suara. Adapun menangisi kematian seseorang dengan kadar menitiskan air mata sahaja, maka itu tidak diharamkan oleh Islam.

Ini berdasarkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Abdur Rahman bin Auf, ketika kematian Ibrahim, iaitu salah seorang anak-anak Rasulullah SAW. Berkata Abdur Rahman bin Auf;

أخذ النبي (ص) بيدي فانطلقت معه الى ابنه ابراهيم وهو يجود بنفسه قال فأخذه النبي (ص) ووضعه في حجره حتى خرجت نفسه قال فوضعه ثم بكى فقلت تبكي يا رسول الله وأنت تنهى عن البكاء فقال إني لم أنه عن البكاء ولكن نهيت عن صوتين أحمقين فاجرين صوت عند نعمة لهو ولعب ومزامير شيطان وصوت عند مصيبة لطم وجوه وشق جيوب وهذه رحمة ومن لا يرحم لا يرحم

Maksudnya;
“telah memegang oleh Nabi akan tanganku, lalu aku pergi bersama Baginda kepada anaknya, iaitu Ibrahim yang sedang nazak. Lalu mengambil oleh Nabi SAW akan Ibrahim dan meletakkannya pada pangkuan Baginda hingga menitis air mata baginda SAW. Lalu aku (Abdur Rahman) berkata, Wahai Rasulullah SAW, kamu menegah dari menangis. Menjawab Baginda SAW, aku tidak menegah kamu dari menangis, tetapi aku melarang dua suara yang hodoh, iaitu suara nikmat kelalaian dan seruling Syaitan dan suara ketika ditimpa musibah, memukul muka dan mengkoyak baju. Adapun ini (menitis air mata tanpa suara ketika kematian) adalah tanda kasih sayang dan barangsiapa yang tidak belas kasih, nescaya dia tidak dibelas kasih[7]

Dari hadis ini menjelaskan maksud sebenar larangan menangis yang dimaksudkan oleh nabi ketika kematian, adalah menangis yang boleh melahirkan suara atau dinamakan juga dengan “meratap” seperti diperbahasan lepas.

APAKAH SI MATI AKAN DIAZAB DENGAN RATAPAN ORANG YANG MASIH HIDUP?

Si mati tidak diazab dengan ratapan orang yang masih hidup. Ini berdasarkan kepada firman Allah;

وَلا تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَى

Maksudnya;
“seseorang yang berdosa tidak menanggung dosa orang lain”

(surah al-Isra’ : 15)

Adapun maksud hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Omar, iaitu sabda Nabi SAW;

إنَّ الْمَيِّتَ يُعَذَّبُ بِبُكَاءِ أَهْلِهِ

Maksudnya;
“sesungguhnya si mati di azab dengan sebab tangisan ahli keluarganya”[8]

Melihat kepada zahir hadis ini, seakan-akan Rasulullah SAW menyatakan azab kepada si mati disebabkan ratapan yang dilakukan oleh orang yang masih hidup.

Walaubagaimanapun, menurut As-Syaikh Idris Al-Marbawi didalam kitabnya “Bahrul Mazi”, beliau mengatakan bahawa, yang dimaksudkan si mati akan diazab dengan sebab tangisan atau ratapan ahli keluarganya adalah sekiranya si mati itu menyuruh atau redha dengan perbuatan menangisi dan meratap atas kematiannya[9].

Pandangan As-Syaikh Idris Al-Marbawi ini bersesuaian dengan hujjah yang dikemukakan oleh Abu Hurairah yang dinukilkan oleh Imam As-Syaukani didalam kitabnya “nail al-awtar”[10].

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani
http://laptopdarulfiqh.blogspot.com

e mail : abu_abdillah_azzam@yahoo.com

[1] Nail al-Awtar , karangan Imam As-Syaukani : (4/155) saheh al-Bukhari (1/435) hadis no :1232.
[2] Kamus Dewan , edisi ketiga ; hlmn 1109
[3] Nail al-awtar, karangan Imam As-Syaukani (4/96)
[4] Nail al-awtar, karangan Imam As-Syaukani (4/97)
[5] Nail al-awtar, karangan Imam As-Syaukani (4/97)
[6] Nail al-awtar, karangan Imam As-Syaukani (4/97)
[7] Majma’ az-Zawaid, karangan Ali bin Abi Bakar al-Haisami (3/17)
[8] Nail al-Awtar, karangan Imam As-Syaukani (4/155)
[9] Bahrul Mazi, As-Syaikh Idris Al-Marbawi (7/134)
[10] Nail Al-Awtar, karangan Imam As-Syaukani (4/156)

Thursday, June 21, 2007

ULAMA PELAPIS MENGUTUK PENGANUGERAHAN ‘SIR’ KEPADA SALMAN RUSHDIE

ULAMA PELAPIS MENGUTUK PENGANUGERAHAN ‘SIR’ KEPADA SALMAN RUSHDIE

Penganugerahan ‘sir’ kepada Salman Rushdie, sempena ulangtahun kelahiran Ratu Elizabeth II yang ke-81, baru-baru ini merupakan satu penghinaan dari pihak barat kepada umat Islam seluruh dunia.

Seperti yang dimaklumi, pada 20 tahun yang lalu, Salman pernah menulis sebuah novel kontroversi, ‘Satanic Verses’, yang ianya merupakan satu tindakan biadap terhadap Nabi Muhammad SAW, juga umat Islam seluruhnya.

Tindakan beliau itu telah mendapat tentangan hebat dari pihak umat Islam sehinggakan beliau telah difatwakan “halal darah” oleh kepimpinan Iran ketika itu. Kemarahan umat Islam itu telah mendapat sokongan moral dari dunia barat untuk membela Salman. Disebalik sokongan moral itu, Salman sekali lagi telah diberikan satu penghormatan yang besar dengan mendapat penganugerahan ‘sir’ sempena ulangtahun kelahiran Ratu elizaberh II baru-baru ini.

Tindakan barat ini sebenarnya membenarkan kandungan firman Allah;

وَلَنْ تَرْضَى عَنْكَ الْيَهُودُ وَلَا النَّصَارَى حَتَّى تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ

Maksudnya;
“orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga Engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu).”

(Surah Al-Baqarah : 120)

GERAKAN MENGHANCURKAN ISLAM DI SERATA DUNIA

Menyerang Islam dan umatnya telah lama dilakukan oleh golongan musuh-musuh Islam. Musuh-musuh Islam itu samada mereka bergelar sebagai Kafir, Munafiq, Yahudi, Nasrani atau seumpama dengannya. Permusuhan ini sememangnya telah bermula semenjak zaman kehidupan Nabi SAW.

Antara permusuhan yang kuat terhadap islam adalah golongan yahudi. Golongan ini telah lama memusuhi Islam. Ianya bermula disebabkan semangat kebangsaan yahudi yang terlalu menebal didalam hati mereka sehinggakan mereka tidak berpuas hati dengan kedatangan nabi SAW, merupakan nabi akhir zaman yang merupakan seorang yang berbangsa arab.

Ekoran dari itu, mereka telah melakukan pelbagai penipuan dan penyelewengan disebalik ketidak puas hati mereka itu. Antaranya adalah dengan menukarkan kandungan taurat yang diceritakan oleh Allah didalam firman-Nya;

إِنَّ الَّذِينَ يَكْتُمُونَ مَا أَنْزَلَ اللَّهُ مِنَ الْكِتَابِ وَيَشْتَرُونَ بِهِ ثَمَنًا قَلِيلًا أُولَئِكَ مَا يَأْكُلُونَ فِي بُطُونِهِمْ إِلَّا النَّارَ وَلَا يُكَلِّمُهُمُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَلَا يُزَكِّيهِمْ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ

Maksudnya;
“Sesungguhnya orang-orang Yang menyembunyikan (meminda atau mengubah) apa-apa keterangan Kitab suci Yang telah diturunkan oleh Allah, dan membeli dengannya keuntungan dunia Yang sedikit faedahnya, mereka itu tidak mengisi Dalam perut mereka selain dari api neraka, dan Allah tidak akan berkata-kata kepada mereka pada hari kiamat, dan ia tidak membersihkan mereka (dari dosa), dan mereka pula akan beroleh azab seksa Yang tidak terperi sakitnya”

(Surah Al-Baqarah : 174)

Menurut Imam Fakhru Razi didalam kitab tafsirnya “At-Tafsir Al-Kabir”, ayat ini diturunkan berkenaan dengan tindakan pendeta-pendeta yahudi yang berada dalam rumah peribadatan mereka yang telah diupah oleh sebilangan dari “koperat-koperat” mereka untuk menyelewengkan kandungan taurat yang menceritakan tentang kenabian Muhammad SAW. Tindakan mereka ini telah dijanjikan azab oleh Allah dengan penurunan ayat ini. (At-Tafsir Al-Kabir : 5/23 : cetakan Dar Al-kutub Al-Ilmiyyah, Bairut : 2000 M).

Dari kisah ini sudah cukup untuk dibuktikan bahawa permusuhan terhadap Islam ini bukan berlaku sekarang sahaja, bahkan ianya sudah berlaku semenjak zaman kehidupan Nabi SAW.

Permusuhan ini telah menyebabkan berlakunya pelbagai pertempuran antara Islam dan yahudi, tidak lepas juga bersama dengan kristian/nasrani. Lihatlah bagaimana berlakunya peperangan salibiyyah yang dicetuskan oleh seorang ketua besar penganut agama kristian yang bernama Pope Urban II yang berasal dari Clermont, Perancis pada bulan November 1095. (Perang salib : Mustafa Suhaimi : m/s 1. progressive Publishing House Sdn. Bhd).

Peperangan yang dimulai dengan semangat kebencian terhadap Islam yang didoktrinkan oleh Pope Urban II itu telah menggerakan beribu-ribu tentera salibiyyah, yang terdiri daripada orang miskin dan kaya membuktikan bahawa permusuhan terhadap Islam oleh golongan barat tidak pernah padam didalam jiwa mereka.

MUSUH ISLAM BERSATU MELAWAN ISLAM

Jika diperhatikan kepada golongan yahudi dan nasrani, secara perinsipnya, mereka sebenarnya berbalah sesame mereka. Ini dapat dilihat dengan pelbagai percanggahan yang dilakukan oleh mereka. Ini dapat dibuktikan bagaimana penafian kebaikan antara mereka dihadapan Nabi SAW yang diceritakan oleh Allah dalam firman-Nya;

وَقَالَتِ الْيَهُودُ لَيْسَتِ النَّصَارَى عَلَى شَيْءٍ وَقَالَتِ النَّصَارَى لَيْسَتِ الْيَهُودُ عَلَى شَيْءٍ وَهُمْ يَتْلُونَ الْكِتَابَ

Maksudnya;
“113. dan orang-orang Yahudi berkata: "Orang-orang Nasrani itu tidak mempunyai sesuatu pegangan (ugama Yang benar)"; dan orang-orang Nasrani pula berkata: "Orang-orang Yahudi tidak mempunyai sesuatu pegangan (ugama Yang benar)"; padahal mereka membaca Kitab suci masing-masing (Taurat dan Injil)”

(Surah Al-Baqarah : 113)

Imam Ibnu Kathir menyatakan, ayat ini mengkisahkah berkenaan dengan sebilangan dari kalangan nasrani yang berasal dari najran, telah berjumpa dengan Rasulullah SAW. Melihat kedatangan nasrani najran itu, golongan pendeta-pendeta yahudi yang terdiri dari Rafi’ bin Harmalah (mengikut riwayat dibaca dengan Huraimalah) telah datang kepada nabi SAW juga dan mereka berbantah-bantah semasa mereka di hadapan Nabi SAW. Rafi’ telah menyatakan bahawa golongan nasrani adalah golongan yang tidak berguna kerana telah mengkufuri Isa dan menafikan kitab injil. Lalu golongan nasrani najran pula menyatakan bahawa golongan yahudi tidak beriman dengan Nabi Musa AS dan mengkufuri kitab taurat. Percanggahan ini telah menyebabkan Allah menurunkan ayat ini kepada nabi SAW tentang percanggahan semasa mereka. (Tafsir Al-Quran al-‘Azim : Imam Ibni Kathir : 1/152 : cetakan Dar Al-Fikr : bairut : 1401).

Walaupun secara hakikatnya golongan yahudi dan nasrani dilihat seperti berbalah sesame mereka, tetapi mereka boleh bersatu dalam melawan islam.

Ini didasari kepada kisah yang dinyatakan oleh Allah dalam firman-Nya;

وَدَّ كَثِيرٌ مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ لَوْ يَرُدُّونَكُمْ مِنْ بَعْدِ إِيمَانِكُمْ كُفَّارًا حَسَدًا مِنْ عِنْدِ أَنْفُسِهِمْ مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمُ الْحَقُّ

Maksudnya;
“ banyak di antara ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) suka kalaulah kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman, kerana dengki Yang timbul dari diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Nabi Muhammad s.a.w)”

(Surah Al-Baqarah : 109)

Secara realitinya, golongan musuh-musuh Islam ini sebenarnya berbalah sesame mereka, tetapi mereka amat bersatu fikrah dalam melawan islam. Tindakan mereka ini membenarkan kata-kata hikmat yang berbunyi;

الكفر ملة واحدة

Maksudnya;
“kufur itu adalah satu puak”

PENUTUP

Dari tulisan ringkas ini, difahami bahawa tindakan kerajaan British yang menganugerahkan ‘sir’ kepada salman Rushdie merupakan salah satu alamat jelas bahawa permusuhan golongan barat terhadap islam tidak pernah padam dan mereka sebenarnya hendak memanaskan balik api kemarahan umat Islam sebagai cara untuk ‘test market’ dalam melihat sensitifnya umat Islam terhadap Islam.

Perlu diingat, golongan salibiyyah telah kalah melawan Islam dalam peperangan salibiyyah menentang perjuangan Islam yang diketuai oleh seorang panglima Islam yang taqwa bernama Salahuddin Al-Ayyubi. Mereka telah menyusun berbagai strategi untuk melawan Islam dengan bermulanya serangan dari sudut pemikiran yang dinamakan sebagai ‘ghuzwah al-fikri’.

Serangan pemikiran ini telah berjaya diserap kedalam jiwa umat Islam dan akhirnya mereka akan menyerang umat Islam dengan segala kekuatan mereka setelah mereka melihat umat Islam sudah lemah dari sudut aqidah perjuangannya.

Maka dengan itu, Lajnah Keahlian dan Ulama Pelapis, Dewan Ulama PAS Selangor mengutuk tindakan menganugerahkan ‘sir’ kepada Salman Rushdie, disamping menyeru seluruh umat Islam di dunia, khususnya di Malaysia bersiap sedia untuk memperkuatkan aqidah Islamiyyah dalam menghadapi golongan musuh-musuh Islam ini.

Sekian

Wallahu ‘Alam

Ibnu Wan Hussin
Ketua
Lajnah Keahlian & Ulama Pelapis (LKUP)
Dewan Ulama PAS Selangor.

Monday, June 18, 2007

KUASA YANG TERBATAS ADALAH PUNCA KEGAGALAN KEPIMPINAN AGAMA

KUASA YANG TERBATAS ADALAH PUNCA KEGAGALAN KEPIMPINAN AGAMA

Islam yang digambarkan ganas oleh golongan musuh telah ramai dari kalangan penganut Islam mengakuinya, sedangkan semua gambaran yang diberikan itu merupakan provokasi musuh bagi merosakan pandangan penganut luar terhadap Islam.

Disebalik gambaran buruk itu, ramai dari kalangan orang barat mula mengkaji Islam dan mereka menerima Islam sebagai satu agama anutan. Tetapi, menyedihkan dikala golongan barat menerima Islam, tetapi golongan muslim pula yang meragui Islam.

Kejadian sebegini kemungkinan satu cara dari Allah untuk menggantikan kaum yang lebih baik, disebabkan kaum muslim sekarang sudah tidak mahu mengambil tahu terhadap pengamalan Islam, disamping kezaliman yang sudah berleluasa berlaku dikalangan mereka.

Firman Allah;

وَكَمْ قَصَمْنَا مِنْ قَرْيَةٍ كَانَتْ ظَالِمَةً وَأَنْشَأْنَا بَعْدَهَا قَوْمًا آَخَرِينَ

Maksudnya;
“dan berapa banyak Kami telah pecah-belahkan dan binasakan penduduk negeri Yang melakukan kezaliman, dan Kami telah menjadikan sesudah mereka, kaum Yang lain sebagai gantinya”

(Surah al-anbiya’ : 11)

MUSUH YANG “TIDAK TIDUR”

Pihak musuh Islam telah dan sedang berusaha kearah menghapuskan segala pengamalan Islam dari semua sudut kehidupan. Mereka telah berjaya menjatuhkan kepimpinan islam melalui serangan pemikiran (Ghuzwah al-fikri) dengan menimbulkan pelbagai keraguan-keraguan terhadap Islam dan Umat Islam.

Mereka melihat, kekuatan umat Islam adalah berpuncakan aqidah yang kuat. maka dengan itu, mereka telah berusaha kearah penghapusan fahaman aqidah yang betul. Akhirnya, umat Islam hanya berkepakaran dalam bidang aqidah dari sudut perbahasan ilmiyyah, tetapi amat sesat dari sudut pengamalan dari kandungan aqidah Islamiyyah sebenar.

Selanjutnya, lahir ramai golongan agamawan yang berjaya melakukan perbahasan ilmiyyah yang memeningkan masyakarat awam, seperti menimbulkan perdebatan berkenaan aqidah asyairah, maturidiyyah, salafiyyah dan sebagainya, tetapi dalam masa yang sama, tindakan dan pemikiran mereka sendiri menggambarkan bahawa mereka membawa masyarakat kearah pemahaman aqidah yang menyeleweng.

Disebalik kelahiran golongan agamawan sebegini, Musuh telah mengambil kesempatan dan berjaya menghancurkan Islam. Ianya dimulai dari kejatuhan pemerintahan Islam dan mereka sedang berusaha kearah untuk melenyapkan kekuatan umat Islam dalam penunaian solat.

Usaha kearah penghapusan sistem pemerintahan dan kekuatan menunaikan solat dikalangan umat Islam pernah dinyatakan oleh Rasulullah SAW;

لتنتقض عرى الإسلام عروة عروة فكلما انتقضت عروة تشبثت بالتي تليها وأول نقضها الحكم وآخرها الصلاة

Maksudnya;
“Pasti akan terungkai ikatan Islam, ikatan demi ikatan. Ketika terungkai satu ikatan, nescaya akan terungkai juga lanjutannya. perkara utama yang terungkai adalah pemerintahan dan akhirnya adalah solat[1]

Musuh-musuh Islam melihat bahawa Islam akan berjaya dijatuhkan dengan membina kelemahan umat Islam. Solat merupakan benteng terakhir dalam menentukan kekuatan atau kelemahan umat Islam.

KUASA PEMERINTAHAN ADALAH SUMBER KEKUATAN

Kuasa pemerintahan Islam telah dinafikan haknya. Penafian ini bermula dari kelemahan umat Islam yang memerintah. Antara punca kelemahan umat Islam yang memerintah ketika itu adalah bermula dari kemewahan, kekayaan, perempuan dan sebagainya.

Akhirnya, dengan kelemahan umat Islam, disamping serangan bertubi-tubi dari pihak musuh, menyebabkan umat Islam yang pernah memegang kekuatan pemerintahan lebih dari 1/3 dunia telah berjaya dikalahkan oleh musuh dengan mudahnya.

Bermula dari hilangnya kuasa pemerintahan itulah, berbagai-bagai penghinaan dan kerosakan yang telah menimpa umat Islam. Lihatlah, berbagai-bagai gejala social, gejala ekonomi, rasuah dan sebagainya, semuanya dijuarai oleh orang-orang yang mendakwa beragama Islam.

Dari hadis yang lepas, jelas menyatakan bahawa, kejatuhan pemerintahan adalah punca rungkaian kesemua ikatan islam, yang ianya akan berakhir dengan solat.

Maka dengan itulah, berusaha kearah pemerintahan islam (bukan islam Hadhari) merupakan tindakan yang wajib, bagi melihat kejayaan dalam semua segi kehidupan. Jika tidak, nescaya kejayaan yang diharapkan sekadar khayalan yang melahirkan “mimpi di siang hari” sahaja.

PENJENAMAAN : STRATEGI MUSUH MELEMAHKAN ISLAM

Musuh-musuh islam tidak akan senyap dari mencari kelemahan umat Islam. Pelbagai cara yang telah dilakukan oleh pihak musuh Islam untuk menghancurkan islam di dunia ini. Tindakan mereka itu kebanyakannya menghasilkan kejayaan yang cemerlang dan gemilang.

As-Syaikh Anwar Jundi didalam bukunya yang bertajuk “Itor Al-Islami fi Fikr Al-muasir” didalam fasal ke enam yang bertajuk “Al-Islam Al-Hadhari wa As-Saqafi la yakfi” menyatakan bahawa, Lois IX didalam dokumennya menyatakan bahawa antara cara serangan terhadap islam secara berkesan adalah dengan “serangan perkataan” (penjenamaan)[2].

Sememangnya tidak dinafikan bahawa manusia, terutamanya umat Islam mudah terpengaruh dengan penjenamaan ini. Lihatlah bagaimana kesilapan Adam dan hawa yang termakan buah larangan yang telah dijenamakan oleh Iblis sebagai buah khuldi (buah yang kekal di syurga apabila dimakan), sedangkan menurut nama sebenar buah tersebut adalah buah “al-karam[3]

Kaedah yang sama juga telah dilakukan oleh musuh-musuh Islam dengan menimbulkan pelbagai tindakan melalui “serangan perkataan” ini. Tidak ketinggalan juga dalam usaha ini adalah UMNO/BN yang telah melahirkan penjenamaan yang bernama Islam Hadhari di Negara ini.

Apa yang menyedihkan adalah, golongan agamawan sendiri telah terjerumus kepada keadaan ini. Mereka menimbulkan perdebatan berkenaan dengan aliran mereka, sedangkan mereka masih lagi berada di bawah kepompong musuh Islam.

Mereka menimbulkan perdebatan isu-isu yang dikhilafi oleh ulama, sedangkan perkara yang disepakati oleh ulama sering diketepikan oleh mereka.

Mereka suka berdebat isu 20 rakaat atau 8 rakaat dalam solat tarawih, tetapi mereka tidak pernah terlintas hendak berbincang isu orang islam yang tidak solat. Mereka suka berbincang berkenaan kebidaahan membaca al-quran kepada si mati, tanpa mereka terlintas difikiran untuk berbincang kemunduran umat Islam terhadap pemahaman Al-Quran.

Perbincangan mereka ini sering di jenamakan sebagai “salafi” atau “ittiba’ As-Sunnah”, sedangkan tindakan mereka bersama dengan kezaliman pemerintah tidak menggambarkan mereka adalah salafi atau ittiba’ as-sunnah.

Apa yang memelikan lagi adalah, mereka sering mengkondem golongan yang berusaha kearah mendaulatkan Islam, tetapi dalam masa yang sama, mereka agak “bersaudara” dengan golongan yang melawan usaha mendaulatkan islam.

PENUTUP

Kuasa adalah kepentingan dalam melihat kejayaan. Tindakan Nabi SAW mencari kuasa pemerintahan di Madinah, yang dengannya berjaya melebarkan pengaruh Islam serata dunia adalah bukti bahawa kejayaan Islam terletak kepada kuasa pemerintahan.

Wilayah tafwidh iaitu golongan yang diberikan kuasa oleh khalifah untuk mentadbir urusan-urusan negara mengikut pandangannya serta melaksanakan sesuatu perkara berpandukan kepada ijtihadnya[4] merupakan kuasa yang perlu direbut dari pihak pemerintah. Tanpanya, matlamat kejayaan tidak akan tercapai.

Maka dengan itu, sekadar mendapat kuasa wilayah tanfiz[5], seperti mereka yang berjawat jawatan Ketua Polis Negara, Mufti, qadi dan sebagainya tidak memadai untuk mendapat kejayaan dalam mendaulatkan islam, tetapi kejayaannya akan terhasil dengan mendapat kuasa pemerintahan yang merupakan kuasa wilayah tafwidh.

Sekian

Wallahu ‘Alam

http://laptopdarulfiqh.blogspot.com

e – mail : abu_abdillah_azzam@yahoo.com


[1] Al-Mustadrak ‘Ala Sahihain : 4/104 : Hadis no : 7022.
[2] Itor Al-Islami fi Fikr Al-Muasir : m/s 422-429.
[3] Tafsir Ibni Kathir : 1/80. sebahagian ulama menyatakan, nama buah tersebut adalah Sunbulah. Ada yang kata, Al-Bur. Ada kata Az-Zaitunah. Dan berbagai lagi .
[4] Al-Ahkam As-Sulaniyyah : 1/23
[5] Wizarah al-Tanfiz: golongan yang memegang portfolio ini hanyalah mempunyai kuasa untuk melaksanakan segala arahan khalifah dan kerajaan sahaja. Ia tidak memiliki sebarang kuasa pentadbiran yang boleh mentadbir berdasarkan budi bicara sendiri seperti Wazir ini hanya berperanan sebagai perantaraan di antara khalifah dan rakyat yang mewartakan perintah kerajaan kepada rakyat dan menyampaikan pula kehendak rakyat kepada kerajaan. (Al-Ahkam As-Sultaniyyah : 1/30)

Friday, June 15, 2007

PEMBUNUHAN DI MESIR : RENUNGILAH !!

Di sini saya kemukakan kandungan e mail salah seorang sahabat yang sering melayari yahoo.group Ustaz Zaharuddin Bin Abdul Rahman....

kandungannya adalah seperti berikut;

salam,
rasa semua dah baca kisah sedih ni....kesian kepada kedua2 sebenarnya. sejak dengar kisah di radio dlm kereta sewaktu hantar anak ke sekolah pagi ni, terus buka tv nak tengok news tak ada gambar hanya berita sahaja...
di fikiran kenapa pelajar al azhar boleh buat macam ni? macam sama lak kisah ustzah al azhar jadi pengikut ayah pin....kenapa ilmu dan back ground agama tidak dpt menyelamatkannya?
jumpa kawan yang anaknya belajar di cawangan al azhar yang sama dgn pelajar tadi, takut dengar berita terus called anak dia. katanya budak ni ramai hutang, keliling pinggang dgn pelajar malaysia dan pak arab pun dia hutang..akibatnya ramai yang pulaukan dia dan tak mau langsung bercampur gaul dengannya. dia tinggal sorang...hari yang malang tu dia dah tension maximum pergi ke rumah kawan2 yang pernah duduk serumah dengan dia dulu. kawan tu tak ada kebetulan baru keluar bermain bola...si mangsa sahaja ada mengadap komputer...dia lah yang jadi mangsa..di tikam bertubi2 bukan 10 sahaja seperti dilaporkan ..darah memenuhi rumah ..sebab berlaku pergelutan juga...pintu di kunci dari dalam..bila si mangsa ke balcony darahnya menitik ke tingkat bawah baru lah orang perasan apa yang terjadi..kebetulan rumah dekat dgn pasar ramai2 naik ke atas..pintu terpaksa di pecahkan kerana berkunci dari dalam..si magnsa masih lagi hidup waktu di temui even ke hospital pun masih boleh bercakap dan beritahu apa yang terjadi....itu lah kisah yang terjadi...

yang saya nak utarakan kenapa dia berhutang? sebab tak dapat tajaan...walau pun pelajar cemerlang sebelum ni...dia memulakan business di sana utk sara hidup dan berhutang sana sini..dah sampai tahap tak boleh handle hutang2 ni..dia mengamok...

tahun ni pusat zakat selangor paling kedekut biaya pelajar ke al azhar, kata kawan saya biasa pusat zakat selangor beri tiap tahun tapi tahun ni langsung tak beri..sebab dia dan suaminya berusha utk dptkan bantuan utk ramai pelajar, bila tak dapat dia minta tolong saya..sebab kawan kata saya muka wellfare minta bantuan senang dapat...alhamdulill ah...saya memang muka tak malu bab minta derma...utk tujuan yang baik....mula janji pusat zakat dapatkan tempat, lepas first exam kalau result bagus mereka bagi bantuan tapi janji kosong aja...sekarang ni pelajar2 yang pergi tu terpaksa ikat perut nak makan tak da duit..dah mak budak2 yang kami bantu pemergian tu tanpa segan silu hubungi kami semula anak dia tak makan kat sana? ni lah nasib anak2 orang islam yang cemerlang tapi tiada yang ingin membantu...saya pun heran...sebab tu saya tak penah beri duit zakat saya pada pusat zakat selangor...tahun lepas dpt surat gaji akan di potong automatically utk zakat, saya hantar surat bantahan...alhamdul illah..tak ada potongan pun tahun ni..lebih baik saya beri pada mereka yang benar2 memerlukan.. ..

SAH SOLAT BERIMAMKAN MAZHAB LAIN

Sah solat berimamkan mazhab lain

oleh : MOHD. FARID RAVI ABDULLAH

SOALANSaya memeluk Islam sejak Disember 1996. Soalan saya ialah tentang solat subuh, di mana di kawasan tempat saya tinggal terdapat dua surau. Surau yang berhampiran dengan rumah saya jaraknya lebih kurang 100 meter. Imamnya bermazhab Hanafi dan surau yang lagi satu imamnya bermazhab Syafie yang jaraknya dalam 300 meter dari rumah saya. Untuk pengetahuan ustaz, saya bermazhab Syafie.
Bolehkah saya selalu berjemaah di surau yang berhampiran tanpa qunut kerana imamnya tidak membaca qunut, dan sekali -sekala saya berjemaah solat Subuh juga di surau satu lagi yang ada qunut itu pun kalau sempat kerana saya berjalan kaki untuk ke sana?
JAWAPAN
Pertamanya, tahniah kerana saudara kembali kepada agama fitrah, agama yang sah di sisi pencipta, tiada pencipta melainkan dia. Keempat-empat mazhab yang dikenali umum iaitu mazhab al-Syafie, Hanafi, Maliki dan Hanbali adalah mazhab yang muktabar. Solat seorang yang bermazhab Syafie di belakang imam yang bermazhab Hanafi adalah sah.
Solat saudara sah walaupun saudara bermazhab Syafie solat berimamkan imam mazhab Hanafi yang tidak membaca qunut. Imam itu adalah untuk diikuti, jadi bila imam bermazhab Hanafi dan tidak membaca qunut sedang orang bermazhab Syafie menjadi makmumnya maka solat itu tetap sah.
Tanggapan solat tidak sah kerana tidak membaca qunut tidak betul. Ini kerana tidak ada mazhab yang mewajibkannya. Dalam mazhab Syafie sekalipun membaca qunut tidak diwajibkan kerana membaca qunut adalah sunat yang dituntut.
Sekiranya orang yang bermazhab Syafie menunaikan solat subuh lalu dia lupa untuk membaca qunut, lalu dia sedar dalam solat maka adalah dituntut sujud sahwi, jika sujud sahwi juga tertinggal solatnya tetap sah.
Seperkara yang ustaz kongsikan ialah sikap toleransi dan keterbukaan imam al-Syafie ketika mengunjungi kota Kufah, tempat berkembangnya mazhab Hanafi. Diriwayatkan bahawa imam al-Syafie telah mengimamkan solat subuh dan beliau tidak membaca qunut.
Apabila selesai solat makmum yang bermazhab Hanafi bertanya: Bukankah tuan telah menuntut supaya dalam solat subuh dibaca qunut dan orang yang tertinggal pula tuan meminta sujud sahwi? Kami dapati tuan bukan sahaja meninggalkan qunut malahan tuan juga tidak sujud sahwi?.
Lalu imam al-Syafie sambil menunjukkan makam imam Abu Hanifah dengan ibu jarinya menjawab: Adakah patut aku menyanggahi beliau sedang beliau berada di hadapan ku?
Melalui peristiwa ini banyak perkara yang boleh kita pelajari sebagai seorang muslim di dalam menunaikan perintah Allah terutamanya ibadat solat.
Lihat sahaja betapa hormatnya imam al-Syafie kepada imam Abu Hanifah. Perkara yang kedua imam al-Syafie menghormati pandangan dan pendirian imam Abu Hanifah dalam masalah membaca qunut dalam solat Subuh.
Maksudnya apabila kita berada di tempat orang yang bermazhab Hanafi maka kita menghormati mazhab mereka dan solat di belakang imam mereka, dan begitulah seterusnya.
Ada di kalangan ulama yang berpendapat bahawa adalah lebih afdal orang bermazhab al-Syafie menjadi makmum kepada imam yang bermazhab al-Syafie dan sebaliknya bagi orang yang bermazhab yang lain.
Dr. Wahbah al-Zuhaili berpendapat, sah solat di belakang imam yang berselisih dalam masalah furuk fikah. (Dr. Wahbah al-Zuhailiy, al-Fiqh al-Islamiy, jld:2, hlm:181 ).

Wednesday, June 13, 2007

UNDI, SOKONG DAN DOKONG BN/UMNO ADALAH HARAM

UNDI, SOKONG DAN DOKONG BN/UMNO ADALAH HARAM

Umno atau United Malaya national Organisation atau lebih dikenali dalam bahasa melayunya sebagai Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) adalah salah sebuah parti politik secular yang sedang memerintah di Negara ini. Parti ini didokong oleh golongan pejuang-pejuang semangat kebangsaan melayu, tetapi hakikatnya pengkhianat kepada bangsa melayu itu sendiri.

Adapun BN atau nama penuhnya Barisan Nasional pula adalah nama kepada sebuah pakatan atau kompunen politik diantara parti-parti bangsa-bangsa yang lain. ianya terdiri daripada UMNO, MIC dan MCA yang memperolehi kuasa daripada British berikuatan Kemerdekaan Persekutuan Tanah melayu pada tahun 1957. Pakatan ini telah dicetuskan oleh Perdana Menteri Kedua, iaitu Tun Abdul Razak Hussein. Berdasarkan kepada sejarahnya, langkah pertama untuk melahirkan Barisan Nasional dibuat pada tahun 1970 iaitu apabila SUPP yang berpangkalan di Sarawak dipelawa untuk memasuki perikatan. Ini diikuti pula oleh parti Gerakan pada tahun 1972 dan PPP tiga bulan kemudian[1].

UMNO PENGKHINAT AGAMA DAN BANGSA

Setelah diamati, kelahiran UMNO dan BN ini sebenarnya tidak memberi apa-apa keuntungan kepada Islam, bahkan kehancuran yang telah didapati. Kehancurannya adalah kerana, UMNO/BN bukanlah sebuah parti yang mahu memperjuangkan Islam sebagai dasar perjuangannya, tetapi dasar perjuangannya adalah kepada bangsa melayu yang tidak berharga disisi Allah.

Dakwaan perjuangan Bangsa melayu yang didakwa oleh pejuang-pejuang UMNO juga merupakan penipuan kepada rakyat seluruh dunia. Ini adalah kerana, banyak fakta-fakta membuktikan bangsa melayu adalah bangsa yang sedang merudum dari semua sudut kekuatan, samada kekuatan ekonomi, sosial, kemasyarakatan dan sebagainya.

Bangsa melayu adalah bangsa yang menjuarai gejala social seperti rempit, black metal, dadah dan sebagainya. dari sudut ekonomi pula, jika dibandingkan dengan bangsa-bangsa yang lain, bangsa melayu adalah antara bangsa yang terkebelakang walaupun pemimpinnya terdiri dari kalangan orang yang berbangsa melayu.

AGAMA TERGADAI

Islam telah diiktiraf didalam perlembagaan Malaysia sebagai sebuah agama persekutuan. Ini dinukilkan dalam perlembagaan di article 3 (1) yang kandungannya seperti berikut;

“Ugama Islam adalah ugama bagi persekutuan; tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian persekutuan[2]

Ruangan sempit yang diperuntukkan dalam kandungan perlembagaan ini tidak pernah diambil peluang oleh UMNO/BN untuk memahamkan rakyat dengan islam, bahkan yang paling menyedihkan, tindakan dari UMNO yang lebih menanam doktrin kepada rakyat tentang gambaran buruk terhadap islam.

Dikalangan kepimpinan UMNO yang beragama Islam sendiri telah menghina Islam di khalayak ramai, tidak kira apa latar belakang pengajian, sehinggakan penghina kepada agama Islam itu adalah seorang ustazah yang berkelulusan PHD dalam bidang agama. Kehinaan yang menggambarkan di mata-mata non muslim bahawa Islam adalah satu agama pengganas dan sebagainya menyebabkan golongan non muslim terus menerus menghentam islam sehingga sanggup bertindak mendesak pihak kerajaan menasakhkan atau membuang kalimah islam dalam perlembagaan persekutuan.

Semuanya ini adalah disebabkan UMNO yang memerintah. Disebabkan takut kehilangan pengaruh dikalangan non muslim, mereka melakukan berbagai-bagai tindakan untuk mempertahankannya sehinggakan mereka lupa batasan syurga dan neraka.

Lihatlah bagaimana dengan isu lina Joy yang telah dimainkan oleh golongan non muslim sehinggakan sanggup mempertikaikan kuasa mahkamah syariah di Negara ini. Apa yang amat menyedihkan, antara peguam yang mempertahankan kemurtadan Lina Joy tersebut adalah orang melayu yang mendakwa beragama Islam.

MUNGKAR DIANGGAP MAKRUF OLEH UMNO

Gagasan Islam Hadhari yang dikepalai oleh Presiden UMNO telah mendapat sambutan meriah dari “penganut-penganut” ajaran UMNO ini. Setelah diideakan Islam Hadhari, maka keluarlah ramai “ulama-ulama terompah kayu” untuk mengatakan kewujudannya, bermula dari ulama itu bergelar mufti hinggakan mereka yang bergelar “ustaz Kampung”.

Apa yang perlu dipertikaikan adalah, antara perinsip sepuluh Islam Hadhari yang dikemukakan oleh UMNO adalah Ketaqwaan kepada Allah, tetapi kepimpinan mereka tidak sedikit pun menggambarkan ketaqwaan itu.

Bukan sekadar itu sahaja, ketaqwaan dengan melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar sudah dilihat sebagai sesuatu yang memelikkan. Bahkan lebih teruk dari itu, tindakan mereka melarang kuliah-kuliah agama di masjid dan surau, menghidangkan hiburan melampau, mempergunakan agamawan dan sebagainya merupakan tindakan mereka sebenarnya adalah mungkar sudah dianggap makruf, dan makruf pula sudah dianggap mungkar.

Dosa zina dan ceramah di masjid dan surau adalah sama dimata UMNO. Mereka sangat membencikan kuliah agama yang syumul. Mereka sangat tidak menyukai kuliah yang menceritakan hukum Islam secara jelas. Jika ada ustaz dikalangan mereka yang memperkatakan berkenaan hukum Islam, golongan ustaz ini akan menekankan pemahaman bahawa penerapan undang-undang islam di dalam sesebuah Negara adalah penerapan untuk melahirkan “Negara polis”. Inilah kecelakaan pemerintahan UMNO yang sesat menyesatkan.

Apa yang dilihat bengong oleh golongan ulama terompah kayu ini adalah, mereka menekankan perasaan kasih sayang dalam pemerintahan, tetapi dalam masa yang sama, mereka agak “buta kayu” dari melihat kesusahan dan kesukaran bangsa melayu dan umat Islam dalam Negara ini. Apakah mereka tidak melihat bagaimana keadaan mangsa Kg Berembang yang sudah sekian lama tinggal dalam khemah selepas hak mereka dinafikan oleh pihak kerajaan UMNO/BN?

Masakan nampak, mereka berada di meja ampuk dan makan hasil pemberian kerajaan taghut ni yang menyebabkan mereka merasakan semua tindakan kerajaan taghut ini tidak bercanggah dengan islam. Tindakan ulama-ulama kerajaan ini samalah seperti tindakan rahib-rahib dan paderi-paderi yahudi yang berada di tempat peribadatan mereka.

Firman Allah;


إِنَّ الَّذِينَ يَكْتُمُونَ مَا أَنْزَلَ اللَّهُ مِنَ الْكِتَابِ وَيَشْتَرُونَ بِهِ ثَمَنًا قَلِيلًا أُولَئِكَ مَا يَأْكُلُونَ فِي بُطُونِهِمْ إِلَّا النَّارَ وَلَا يُكَلِّمُهُمُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَلَا يُزَكِّيهِمْ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ * أُولَئِكَ الَّذِينَ اشْتَرَوُا الضَّلَالَةَ بِالْهُدَى وَالْعَذَابَ بِالْمَغْفِرَةِ فَمَا أَصْبَرَهُمْ عَلَى النَّارِ

Maksudnya;
“Sesungguhnya orang-orang Yang menyembunyikan (meminda atau mengubah) apa-apa keterangan Kitab suci Yang telah diturunkan oleh Allah, dan membeli dengannya keuntungan dunia Yang sedikit faedahnya, mereka itu tidak mengisi Dalam perut mereka selain dari api neraka, dan Allah tidak akan berkata-kata kepada mereka pada hari kiamat, dan ia tidak membersihkan mereka (dari dosa), dan mereka pula akan beroleh azab seksa Yang tidak terperi sakitnya. * mereka itulah orang-orang Yang membeli kesesatan Dengan meninggalkan petunjuk (ugama Allah), dan (membeli) azab seksa neraka Dengan meninggalkan keampunan Tuhan. maka sungguh ajaib kesanggupan mereka menanggung seksa api neraka itu”

(Surah Al-Baqarah : 174-175)

PENUTUP

Setelah meneliti kejahatan dan kemungkaran UMNO/BN yang telah dilakukan, sewajibnya kepada umat Islam tidak lagi bersama dengan UMNO Laknatullah itu.

UMNO yang merupakan parti politik yang memerintah adalah sebuah parti yang tidak pernah mengambil Islam sebagai dasar pemerintah. Tindakan sebegini adalah memberi bukti yang kukuh bahawa Islam tidak akan tertegak di Negara.

Sudah 50 tahun memerintah Malaysia, UMNO tetap bercakap berkenaan beransur-ansur dalam penerapan Islam dikala ditanya berkenaan dengan perlaksanaan Islam, sedangkan dalam masa tidak sampai 25 tahun Rasulullah SAW berjaya melaksanakan semua undang-undang islam dalam pemerintahan Baginda.

Secara hakikatnya, jawapan UMNO itu merupakan “modal politik” UMNO untuk menarik perhatian orang Islam yang ikhlas dengan islam dan mahu mencekup mereka kepada UMNO yang sesat itu.

Secara kesimpulan yang dapat diberikan adalah, selagi UMNO memerintah, maka selagi itulah Islam akan dihina. Justeru itulah, undi, sokong dan mendokong UMNO adalah haram. Maka dengan itu pula, melawan dan berusaha untuk mengalahkan UMNO merupakan tindakan wajib yang mendapat pahala.

Sekian

Jom Lawan UMNO !!!!!!!!

Al-Bakistani
http://laptopdarulfiqh.blogspot.com

e-mail : abu_abdillah_azzam@yahoo.com

[1] Malaysia kita : m/s 148.
[2] Perlembagaan Persekutuan : m/s 2.

Tuesday, June 12, 2007

BERITA PENGAJARAN

Assalamualaikum

kepada semua sidang pembaca yang dihormati....

dua tiga menjak ini, perasaan hendak menulis agak kurang bertenaga. bagi menampakkan keaktifan blog ini, aku copykan beberapa berita yang dapat menarik perhatian bersama. mudah-mudahan mendapat keberkatan disisi Allah.

a. apa yang ada perlu tahu tentang ISA...

sila layari ;
http://www.tvpas.com/mainpage.php?cat=index

b. UMNO menggunakan kanak-kanak untuk kepentingan Politik mereka terbongkar.

TUMPAT: Sedih dan pilu sebuah keluarga di Geting, Tumpat tidak dapat disembunyikan lagi. Kehilangan anak serta adik tersayang benar-benar memilukan seorang ibu dan kakak. Apa tidaknya, fakta kes kematian anak dan adik mereka disembunyikan oleh orang yang menyalah gunakan tenaga muda yang tidak mengerti apa-apa tentang politik.

Allahyarham adik Mohd Azli Mustaffa telah kembali ke rahmatullah. Kita menerima ianya sebagai suatu janji Allah ke atas hambaNya. Keluarga mereka juga akur terhadap kasihnya Yang Maha Esa kepada anak dan adik mereka. Cuma apa yang dikesali oleh mereka ialah sikap tidak bertanggungjawab orang yang menyuruh Allahyarham memasang bendera Umno bagi menyambut kedatangan pemimpin Umno pusat ke Dun Pengkalan Kubor. Ini kerana bagi mereka, bagaimana pemimpin Umno boleh menggunakan tenaga seorang budak yang baru berumur 13 tahun dengan upah Rm3. Paling menyedihkan dakwa kakak mangsa, pemimpin umno memberitahu kononnya bahawa adik beliau jatuh dari basikal. Ada juga yang mendakwa masgsa minum cocacola dengan ubat batuk.

Mangsa dikatakan berada dibelakang lori yang sedang membuat kerja-kerja memasang bendera Umno sempena lawatan Datuk Azalina Othman dan Datuk Khalid Nordin ke Dun pengkalan Kubor beberapa hari lagi. Apabila sampai disuatu simpang, lori tersebut membelok menyebabkan mangsa terhumbang jatuh. Kejadian tersebut telah disedari oleh kakak mangsa apabila mangsa balik dan terus tidor. Semasa tidor itulah kakak mangsa melihat perubahan pada wajah. Apabila dikejutkan didapati mangsa tidak sedarkan diri dan terus dibawa ke hospital. Apabila ditanya oleh pihak keluarga mangsa, pimpinan Umno Pengkalan kubor(Tumpat) memberitahu bahawa mangsa terjatuh dari basikal selepas memasang bendera Umno. Walau bagaimanapun cerita sebenarnya terbongkar apabila ada orang yang melihat bahawa mangsa sebenarnya terjatuh dari lori. Penghulu Kerajaan Pas Kelantan telah memperbetulkan report kematian kepada polis tentang punca kematian sebenar mangsa.

Semasa melawat keluarga mangsa, kakak mangsa menangis dan cukup tidak puashati dengan tindakan pihak pimpinan Umno yang tidak memberitahu cerita sebenar tentang kemalangan yang menimpa adik beliau. Paling menyedihkan, emak mangsa dalam keadaan sakit dan uzur.

Cara penyelesaian yang dibuat oleh pihak Umno cukup dikesali. Sikap tidak bertanggungjawab terhadap apa yang menimpa Allahyarham adik Mohd Azli Mustaffa benar-benar menghiris hati keluarga dan orang kampong. Menyalahgunakan tenaga pelajar, pembohong dan lepas tangan tidak sepatutnya diamalkan kalau benarlah umno mengamalkan prinsip Islam Hadhari. Inikah cara Umno menyelesaikan masalah?

Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Adik Mohd Azli semoga roh beliau diletakkan bersama orang-orang yang Allah Kasihi dan Rahmati. Amin.

sekian..

sumber :
http://www.tranungkite.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&p=114673#114673

Thursday, June 07, 2007

TOK GURU NIK ABDUL AZIZ BIN NIKMAT : TOKOH TAULADAN

TOK GURU NIK ABDUL AZIZ BIN NIKMAT : TOKOH TAULADAN

ulasan Anwar Ibrahim

http://www.tvpas.com/material.php?cat=berita&id=5050

Tok Guru Jawab tuduhan UMNO dan persoalan Tok Guru tentang Islam Hadhari

http://www.tvpas.com/material.php?cat=berita&id=5048

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani
http://laptopdarulfiqh.blogspot.com

e-mail : abu_abdillah_azzam@yahoo.com

Tuesday, June 05, 2007

SINDROM MENGKRITIK, TIDAK BOLEH DIKRITIK

SINDROM MENGKRITIK, TIDAK BOLEH DIKRITIK

Teguran yang kebiasaannya dikenali sebagai “kritik” merupakan satu tuntutan agama bagi melihat sesuatu pergerakan, persatuan, organisasi, jemaah dan sebagainya itu berjaya sampai kepada kemuncaknya.

Firman Allah;

وَلَوْلَا دَفْعُ اللَّهِ النَّاسَ بَعْضَهُمْ بِبَعْضٍ لَفَسَدَتِ الْأَرْضُ

Maksudnya;
“dan kalaulah Allah tidak menolak setengah manusia (yang ingkar dan derhaka) Dengan setengahnya Yang lain (yang beriman dan setia) nescaya rosak binasalah bumi ini”

(Surah Al-Baqarah : 251)

Firman Allah ini menjelaskan betapa pentingnya tolak menolak sesame manusia atau mengikut tafsiran sekarang dipanggil sebagai kritik, sehinggakan keadaan bumi akan rosak binasa jika manusia di bumi itu tidak berlaku kritik mengkritik.

Lihatlah bagaimana penindasan yang dilakukan oleh pihak kerajaan Barisan Nasional di Selangor yang telah melakukan pelbagai kehancuran terhadap rakyat selangor sendiri dengan merobohkan rumah-rumah mereka dan sebagainya. semuanya ini bermula apabila sikap menteri besarnya mengisytihar sifar pembangkang yang merupakan pengkritik utama dalam isu menjaga hak rakyat.

Secara luaran pun sudah dapat dilihat bagaimana kepentingan kritikan untuk menyelamatkan rakyat, maka demikian jualah dari sudut dalaman. Perkara ini telah dinyatakan oleh Baginda SAW dengan sabdanya;

الدِّينُ النَّصِيحَةُ قُلْنَا لِمَنْ قَالَ لِلَّهِ وَلِكِتَابِهِ وَلِرَسُولِهِ وَلِأَئِمَّةِ الْمُسْلِمِينَ وَعَامَّتِهِمْ

Maksudnya;
“Agama adalah nasihat. Para sahabat bertanya : kerana siapa ? berkata Nabi SAW; kerana Allah, kitab-Nya, Rasul-Nya dan imam-imam orang islam dan seluruhnya[1]

KRITIK DAN KONDEM
Mengikut kamus Besta electronic, kritik mempunyai beberapa maksud. Antaranya adalah “bidasan, cacian, kecaman, teguran dan sebagainya”[2].

Walaubagaimanapun, ada istilah lain yang mempunyai makna yang seakan-akan sama, iaitu “kondem”, tetapi perbezaannya hanyalah dari sudut “bentuknya” sahaja.

Teguran yang berbentuk “kritik” agak boleh diterima manusia yang normal, ini kerana, pandangan umum mengatakan bahawa kritik itu selalunya digunakan kepada perkara yang berbentuk teguran yang membina dan tidak lari dari perinsip teguran. Tetapi, kadangkala teguran yang membina tersebut disertakan unsur-unsur kondem yang menyebabkan melahirkan perasaan marah kepada individu-individu tertentu.

Jika kondem tersebut beralas kepada ketepatan tuduhan, maka ianya agak boleh diterima akal, walaupun agak tidak layak, tetapi jika kondem tersebut lari dari fakta, maka perasaan marah dan permusuhan yang bermula.

Kritikan yang disertai kondem merupakan tindakan melampau dalam teguran yang dilarang oleh Allah SWT.

Firman Allah;

تِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ فَلَا تَعْتَدُوهَا وَمَنْ يَتَعَدَّ حُدُودَ اللَّهِ فَأُولَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ

Maksudnya;
“itulah aturan-aturan hukum Allah maka janganlah kamu melampauinya; dan sesiapa Yang melampaui aturan-aturan hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang Yang zalim”

(surah Al-Baqarah : 229)

pun begitu, kondem kepada perkara kebatilan adalah perkara yang dituntut oleh syarak. Hal ini dapat dilihat penjelasan Allah dalam Al-Quran, juga dari hadis nabi SAW.

Firman Allah;

تَبَّتْ يَدَا أَبِي لَهَبٍ وَتَبَّ (1) مَا أَغْنَى عَنْهُ مَالُهُ وَمَا كَسَبَ (2) سَيَصْلَى نَارًا ذَاتَ لَهَبٍ (3) وَامْرَأَتُهُ حَمَّالَةَ الْحَطَبِ (4) فِي جِيدِهَا حَبْلٌ مِنْ مَسَدٍ (5)

Maksudnya;
“binasalah kedua-dua tangan abu lahab, dan binasalah ia bersama! * hartanya dan Segala Yang diusahakannya, tidak dapat menolongnya. * ia akan menderita bakaran api neraka Yang marak menjulang.* dan juga isterinya, seorang perempuan pemunggah kayu api. *. di lehernya sejenis tali, dari tali-tali Yang dipintal”

(Surah Al-Masad : 1-5)

Lihatlah bagaimana Allah mengkondem Abu Lahab yang merupakan pemuka kepada kebatilan yang telah memusuhi nabi SAW. Kondeman Allah itu tidak sekadar menggambarkan kepada Abu Lahab itu sebagai ahli neraka, sehinggakan Allah tidak menerima segala usaha harta benda yang dimiliki oleh Abu Lahab.

Begitujuga azab yang dijanjikan oleh Allah dan Rasul-Nya kepada pelaku-pelaku maksiat, merupakan kondem yang Allah lakukan terhadap mereka.

PENGKRITIK YANG TIDAK BOLEH DIKRITIK

Sebilangan manusia suka mengkritik tetapi tidak boleh menerima kritikan. Kritikan yang dilakukannya dianggap perkara hak, tetapi apabila dia dikritik, maka dia menganggap pengkritikannya tidak benar dan tidak sunnah.

Maka dengan demikian, apabila kritikan dilakukan terhadapnya, dia akan menggunakan pelbagai tindakan dan usaha untuk “mendiamkan” pengkritiknya itu agar berhenti dari mengkritiknya. Tindakannya itu menampakkan hilang kekuatan daya intelek dan professional yang sepatutnya subur dalam budaya demokrasi dalam mendapatkan natijah kebaikan ramai.

Lahirnya perasaan tidak boleh dikritik ini adalah kerana lahirnya perasaan ego yang menebal dalam dirinya yang memungkinkan bermula dari jawatannya, kepakarannya, veterannya dan sebagainya.

Kejayaan untuk mendapat kebaikan ramai tidak akan terhasil sekiranya budaya kritik mengkritik tidak disuburkan. Kejayaan tersebut akan mendapat hasil sekiranya pengkritik-pengkritik ini tidak lari dari kaedah-kaedah kritikan yang dipenuhi dengan fakta yang tepat. Kritikan yang dilakukan berdasarkan kepada “tuduhan” merupakan kritikan yang tidak selayaknya berlaku.

PENUTUP

Tulisan ini merupakan cetusan mindaku yang lemah. Ianya adalah nasihat kepada diriku sendiri yang sentiasa mengkritik sesiapa yang tidak sehaluan denganku disamping nasihat-menasihati sesame kita.

Tulisan ini bukanlah satu perkara yang tepat dan terselamat dari kritikan, tetapi hakikatnya, sesuatu perkara yang baik akan terhasil sekiranya budaya kritik mengkritik yang membina dapat diamalkan demi melihat kejayaan Islam.

Sekian

Wallahu ‘Alam

http://laptopdarulfiqh.blogspot.com

e-mail : abu_abdillah_azzam@yahoo.com


[1] Sahih Muslim : 1/182 : hadis no : 82.
[2] BESTA electronic dictionary : carian “kritik”.

Berita berbau fitnah: Misbahul Munir bercadang saman akhbar

Berita berbau fitnah: Misbahul Munir bercadang saman akhbar
Basiron Abdul Wahab

TEMERLOH 5 Jun (Hrkh) – Bekas Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Misbahul Munir Masduki akan mengambil tindakan undang-undang terhadap media arus perdana yang didakwa telah memfitnahnya melalui berita yang disiar pada 3 Jun lalu.

Menurutnya, akhbar berkenaan jelas tidak beretika dan telah memfitnahnya dengan mengatakan beliau adalah wakil PAS Perak yang berucap ketika membahaskan ucapan terima kasih kepada dasar presiden PAS pada Muktamar Agong PAS ke–53 di Pusat Tarbiyyah Islamiah, Kelantan (Putik) 2 Jun lalu sedangkan wakil Perak yang berucap itu bukanlah beliau.
“Akhbar berkenaan jelas tidak berakhlak kerana memetiknya sebagai wakil PAS Perak yang berucap membahas ucapan dasar presiden, sedangkan yang berucap itu bukan saya, kenapa tulis nama saya,” soalnya.
Difahamkan, akhbar Mingguan Malaysia melalui berita muka depannya bertajuk ‘Dewan Ulama PAS Ibarat Tin Kosong‘ memetik wakil Perak, Misbahul Munir Masduki mengatakan Dewan Ulama PAS hanya hidup dalam kepompong sendiri dan tidak berperanan dalam usaha mencelikkan rakyat terutama ketika berdepan dengan pelbagai isu yang melibatkan kepentingan umat Islam.
Manakala akhbar Berita Minggu dalam ruangan analisinya di muka 12 bertarikh 3 Jun turut memetik Misbahul Munir sebagai pembahas, mahu sayap parti itu bersikap lebih proaktif dalam menghurai pelbagai isu berbangkit tanpa terhad kepada ceramah dan kuliah di markaz semata-mata.
Menurut beliau, ekoran laporan berita yang salah dan tidak benar itu, menyebabkan beliau menerima banyak panggilan telefon serta sms daripada individu yang tidak berpuas hati dengan ucapan yang tidak diucapkanya itu.
“Saya banyak menerima panggilan telefon serta sms daripada individu yang mempersolkan dan marah-marah merujuk kepada berita media terbabit,” ujarnya.
Katanya, belau memandang serius perkara itu dan telah mengarahkan peguamnya untuk meneliti kes berkenaan dan seterusnya mengambil tindakan mahkamah dalam masa terdekat. - mns

ulasan ringkas;

sepatutnya, kenyataan sebegini perlu diungkapkan semenjak hari ahad lagi...

sekian

Sunday, June 03, 2007

ULAMA VS PROFESIONAL ?

Isu ulama dan profesional yang sering dibangkitkan setiap kali berlakunya pemilihan PAS terjawab melalui ucapan Ustaz Muhammad Daud Al-Iraqi.

http://www.tvpas.com/material.php?id=5040&cat=berita

sekian

“IBNU AL-KHATTAB” : JIWA TAULADAN

“IBNU AL-KHATTAB” : JIWA TAULADAN

Saat-saat mendebarkan semasa menunggu keputusan bagi menentukan jawatan-jawatan besar yang dipertandingkan. Segalanya berjalan lancar, dan akhirnya keputusan diisytiharkan oleh Ketua “SPR” yang melahirkan satu keputusan yang disambut dengan laungan takbir.

Inilah kebaikan yang ada pada PAS jika dibandingkan dengan persatuan dan parti politik yang lain, yang mana, ahli-ahli PAS sentiasa ditarbiyyah bahawa meletakan Allah yang maha agung dalam menentukan sesuatu kebaikan dan kekuatan disamping tenaga makhluk merupakan penyebab untuk menuju kepada kebaikan dan kekuatan tersebut.

Secara peribadi, apabila pengisytiharan menyatakan bahawa timbalan presiden di menangi oleh tokoh yang bukan dari pilihanku, timbul di hatiku perasaan tidak boleh menerima keputusan tersebut, tetapi setelah di fikir, perasaan itu merupakan kehendak nafsu semata.

Sebagai anggota jemaah islam ini, aku tetap memberi wala’ kepada kepimpinan yang menang selama tindakan pemimpin itu tidak bercanggah dengan prinsip. Jika bercanggah dengan prinsip juga, blog ini akan menjadi medan untuk aku menyatakan kritikanku kepada mereka.

Sebelum ini, aku menulis sebuah article yang bertajuk “jika ibnu al-khattab menjadi timbalan Presiden PAS”. tulisan tersebut telah mendapat kritikan oleh sebilangan dari kepimpinan PAS negeri dan mereka-mereka yang tidak sehaluan pandangan denganku.

Saudara Roslan merupakan Ketua Penerangan Perhubungan Negeri Selangor merupakan salah seorang pengkritik yang secara “sorohah” atau jelas (tanpa berselindung) mengkritik tulisanku dan mengemukakan pandangan beliau tanpa beliau dapat mendatangkan hujjah yang bernas untuk di terima olehku.

Beliau mengkiaskan calon Timbalan presiden dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Menteri Besar Kelantan. Padaku, kias yang digunakan oleh Saudara Roslan amat tersasar dari kaedah kias yang betul. Ini kerana, Tuan Guru Menteri besar Kelantan merupakan seorang Menteri Besar kepada salah sebuah negeri di Malaysia, yang jika dibandingkan dengan calon Timbalan presiden tersebut hanya seorang ADUN di sebuah DUN di Negeri terengganu.

Walaubagaimanapun, aku agak tertawa sendirian apabila membaca kritikan saudara Roslan yang agak “kelam kabut” dengan tulisanku, sedangkan, jika dibandingkan, beliau merupakan seorang yang sudah lama menyelami dunia politik, yang jika dibandingkan denganku, hanyalah seorang blogger yang baru berumur 25 tahun dan juga boleh dikatakan muda dalam menjejaki dunia politik.

KENAPA IBNU KHATTAB ?

Ibnu Al-Khattab merupakan seorang sahabat nabi yang sangat dikenali sebagai salah seorang sahabat yang tegas dengan musuh-musuh islam, samada kepada orang kafir atau orang munafiq. Ketegasan beliau di zahirkan oleh beliau di mata masyarakat. Ketegasan beliau itu di gambarkan dalam sejarah sehinggakan beliau digelar oleh Nabi SAW dengan panggilan “Abu Al-Farooq” yang memberi maksud “orang yang sangat-sangat membeza antara kebenaran dan kebatilan”. (lihat Bahr Al-Mazi Mukhtasar sahih At-Tirmizi : 1/6)

Lihatlah bagaimana ketegasan beliau terhadap Abdullah bin Ubai bin Salul, bapa munafiq di Madinah ketika baginda SAW di minta untuk disembahyangkan jenazahnya. (sila baca kisah panjangnya didalam tafsir Ibni Kathir : 2/379 atau http://laptopdarulfiqh.blogspot.com/2007/05/kalau-ibnu-al-khattab-menjadi-timbalan.html)

Di zaman beliau menjadi Khalifah Islam selepas Kemangkatan Abu Bakar As-Siddiq, beliau merupakan seorang khalifah islam zuhud sehinggakan semasa beliau pergi ke Syam, menziarahi Muawiyyah yang ketika itu merupakan Gabenor di sana, beliau berpakaian dengan pakaian yang murah (cokia mengikut penggunaan Bahasa Idris Al-Marbawi), walaupun ketika itu Muawiyyah berpakaian dengan pakaian yang melambangkan kehebatan dan kemegahan. (Bahr Al-Mazi mukhtasar Sahih At-Tirmizi : 1/7)

Maka dari cirri-ciri inilah menyebabkan aku mengumpamakan dengan Ibnu Al-Khattab kepada insan tertentu dalam merebut jawatan Timbalan Presiden PAS baru-baru ini.

IBNU AL-KHATTAB : PENDAPAT YANG TEPAT, TETAPI TIDAK DITERIMA NABI DI SAAT AWAL

Memang tidak dinafikan Ibnu Al-Khattab merupakan seorang yang berpendirian tegas yang menyebabkan banyak pandangan-pandangan beliau tidak diterima oleh Baginda SAW, tetapi diterima pandangan tersebut dengan penurunan firman Allah selepas dari itu.

Lihatlah kisah keputusan yang dilakukan Rasulullah untuk menyelesaikan masalah tawanan perang badar.

Baginda Saw bertanyakan pandangan Abu Bakar As-Siddiq, lalu Abu Bakar As-Siddiq memberi pandangan dengan katanya;



يا رسول الله قومك وأصلك أستبقهم وأستتبهم لعل الله أن يتوب عليهم


Maksudnya;
“Wahai Rasulullah SAW ! mereka adalah kamu kamu dan mereka adalah asal usul kamu, maka suruhlah mereka bertaubat, mudah-mudahan Allah menerima taubat mereka”Pendapat tersebut dibantah oleh Omar bin Al-Khattab dengan katanya;



يا رسول الله كذبوك وأخرجوك قدمهم فأضرب أعناقهم


Maksudnya;
“Wahai Rasulullah SAW ! mereka mendustai kamu dan menghambat kamu, pancung sahaja kepala mereka”Melihat kedua-dua pandangan tersebut, Rasulullah SAW bertanya kepada para sahabat yang lain berkenaan dengan kedua-dua pandangan tersebut sehinggakan baginda SAW berkata;



إن الله ليلين قلوب رجال فيه حتى تكون ألين من اللبن وأن الله ليشدد قلوب رجال فيه حتى تكون أشد من الحجارة وإن مثلك يا أبا بكر كمثل إبراهيم قال (تبعني فإنه مني ومن عصاني فإنك غفور رحيم) وإن مثلك يا أبا بكر كمثل عيسى قال (إن تعذبهم فإنهم عبادك وإن تغفر لهم فإنك أنت العزيز الحكيم) وإن مثلك يا عمر مثل موسى قال (ربنا اطمس على أموالهم واشدد على قلوبهم فلا يؤمنوا حتى يروا العذاب الأليم) وإن مثلك يا عمر كمثل نوح قال (رب لا تذر على الأرض من الكافرين ديارا)

Maksudnya;
“Sesungguhnya Allah melembutkan hati seseorang itu lebih lembut dari susu dan sesungguhnya Allah mengkeraskan hati seseorang itu lebih keras daripada batu. Dan sesungguhnya kamu wahai Abu Bakar seperti Ibrahim yang berkata (barangsiapa yang mengikuti, maka sesungguhnya ia bersamaku, dan barangsiapa yang mengkufuriku, maka sesungguhnya kamu (ya Allah) tuhan yang sangat pengampun dan sangat penyayang) Dan Kamu Wahai Abu Bakar seperti Isa yang berkata (sekiranya kamu azab mereka, maka sesungguhnya mereka adalah hamba kamu, dan sekiranya kamu mengampuni mereka, maka sesungguhnya kamu adalah tuhan yang maha gagah dan maha bijaksana). Adapun kamu wahai Omar seperti Musa yang berkata (Ya Tuhan kami, binasakanlah harta benda mereka, dan kunci matilah hati mereka, maka mereka tidak beriman hingga mereka melihat siksaan yang pedih dan Kamu Wahai Omar seperti Nuh yang berkata ("Ya Tuhanku, janganlah Engkau biarkan seorangpun di antara orang-orang kafir itu tinggal di atas bumi) (kisah ini boleh dibaca dalam kitab Sunan Al-Baihaqi Al-Kubra : 6/321 : hadis no : 12623 atau http://laptopdarulfiqh.blogspot.com/2007/05/kalau-ibnu-al-khattab-menjadi-timbalan.html)

Setelah bermesyuarah dengan kaum muslimin ketika itu, maka Baginda SAW telah menerima pandangan Abu Bakar As-Siddiq sehinggakan turun firman Allah yang menyebelahi pandangan Omar bin Al-Khattab, iaitu;

مَا كَانَ لِنَبِيٍّ أَنْ يَكُونَ لَهُ أَسْرَى حَتَّى يُثْخِنَ فِي الْأَرْضِ تُرِيدُونَ عَرَضَ الدُّنْيَا وَاللَّهُ يُرِيدُ الْآَخِرَةَ وَاللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

Maksudnya;
“tidaklah patut bagi seseorang Nabi mempunyai orang-orang tawanan sebelum ia dapat membunuh sebanyak-banyaknya di muka bumi. kamu menghendaki harta benda dunia (yang tidak kekal), sedang Allah menghendaki (untuk kamu pahala) akhirat. dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”

(Surah Al-Anfal : 67)

Mendengar ayat ini, Rasulullah SAW dan Abu Bakar As-Siddiq telah menangis. Apabila datang Omar bin Al-Khattab, beliau melihat baginda SAW dan Abu Bakar menangis, lalu beliau bertanya : “Wahai Rasulullah SAW, apa sebab kamu menangis, khabarkanlah kepadaku. Jika boleh aku menangis, nescaya aku akan menangis bersama-sama dengan kamu”.

Mendengar persoalan omar ibni Al-Khattab itu, Baginda SAW berkata; “menangislah atas sahabat-sahabat kamu yang mengambil tebusan. Sesungguhnya terbentang kepadaku azab mereka lebih hampir daripada pokok ini”

(lihat kisah pandang lebarnya dalam kitab Tafsir Ibni Kathir : 3/121-122)

Kisah ini membuktikan, bagaimana pendirian tegas yang ada pada diri omar yang pada awalnya susah untuk diterima masyakarat dan diri nabi SAW sendiri. tetapi pendirian tegas tersebut telah dibenarkan oleh Allah dengan Allah memuliakan beliau dengan penurunan ayat-ayat al-quran.

Maka dengan demikian, tidak dihairankan apabila “ibnu al-khattab” kalah dalam pemilihan, tetapi pemikiran dan pendirian beliau tetap akan mendapat tempat bagi melihat kesucian dan kemurnian perjuangan Islam ini.

TIDAK MEMBANTAH KETIKA PANDANGANNYA TIDAK DITERIMA

Dari kisah di atas, didapati bahawa Saidina Omar bin Al-Khattab yang apabila memberi pandangan lalu pandangan beliau tidak di terima, Saidina Omar tidak mengambil sikap untuk membuat “surat bantahan” terhadap keputusan Nabi SAW tersebut.

Begitulah halnya dengan “ibnu Al-Khattab PAS” itu. Beliau tidak membantah sedikitpun keputusan yang menyatakan bahawa beliau kalah dalam jawatan Timbalan presiden. Tetapi keadaan ini menyalahi dengan sebilangan dari “golongan haluan kiri” dalaman PAS yang sering mengambil sikap “menghuru harakan PAS” di peringkat kawasan, negeri dan Pusat.

Satu kawasan yang sering disebut-sebut oleh pimpinan PAS dalam muktamar baru-baru ini menggambarkan betapa teruknya akhlak dan sikap yang ada pada “golongan haluan kiri” ini. Kebiadapan dan kebodohan ini sehinggakan mereka mengemukakan permasalahan “rumah tangga” tersebut didalam majlis yang besar yang menyebabkan beberapa pimpinan tertinggi terpaksa bersuara berkenaan permasalah ini didalam majlis yang bersejarah. Inilah “kebodohan” dan bongkaknya golongan haluan kiri yang patut di cantas buang dari perjuangan islam bagi melihat kemurnian dan kesucian perjuangan Islam dari bercampur dengan pelbagai-bagai anasir “palsu” dalam perjuangan.

Sekian

“murnikan PAS dari anasi-anasir palsu”

Wallahu ‘Alam

p/s : article akan datang “menjawab dakwaan Dewan ulama PAS ibarat tin kosong”

Al-bakistani
http://laptopdarulfiqh.blogspot.com/

e-mail : abu_abdillah_azzam@yahoo.com