Monday, August 20, 2007

KENALI MATA GELAP JAIS

Assalamualaikum.

ini gambar-gambar antara "mata-mata gelap JAIS dan Polis" yang kami berjaya ambil semasa dalam satu majlis ceramah Agama yang disampaikan oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di Surau Ar-Rafiq, Seksyen 7, Kota Damansara, Selangor pada hari ahad baru-baru ini (19 ogos 2009).

sehari sebelum berlakunya ceramah agama tersebut, tiga orang pegawai JAIS telah datang ke Surau berkenaan dan memaksa pihak kami membatalkan program ceramah Agama tersebut.

mereka itu adalah Taufiq (gambar dibawah), Rizaupim di talian 012-656 7041 dan Shahzihan di Talian 012- 3105339.

berdasarkan maklumat, dalam ketiga-tiga mereka ini, Taufiq merupakan ketua dalam misi hendak memberhentikan ceramah Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang tersebut.

bagi pecinta-pecinta kuliah agama di Selangor, agar berhati-hati dengan wajah-wajah yang dipaparkan dibawah, kerana mereka adalah "mata-mata gelap JAIS" yang sedang berusaha hendak menutup kuliah-kuliah agama di sekitar negeri Selangor.




ini adalah Taufiq yang merupakan ketua dalam misi memberihentikan kuliah Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang pada pagi Ahad baru-baru ini





ini adalah antara "mata-mata gelap Polis" dari Balai Polis Kota Damansara

berhati-hatilah dengan mereka !!!!

sekian

Thursday, August 16, 2007

BOLEHKAH PAS BERSATU DENGAN UMNO?

BOLEHKAH PAS BERSATU DENGAN UMNO?

Sudah lama aku agak tidak menulis dengan merujuk kepada sumber rujukan ilmu. Pun begitu, aku tetap menulis, tetapi lebih kepada sesuatu yang bersifat isu dan pandangan peribadi. Kekurangan merujuk dalam tulisan menyebabkan sebilangan pembaca blogku telah bertanya. Aku menyatakan, kesebukkan untuk bersiap sedia untuk menghadapi pilihanraya di Dun dan Parlimen Subang telah menyebabkan aku kekurangan membaca yang melahirkan banyak tulisan yang bersumberkan kepada rujukan ilmu.

Walaubagaimanapun, selepas menyampaikan kuliah di salah sebuah surau yang berhampiran rumahku, disamping ketiadaan program dan perbincangan pada selanjutnya, telah mendetikkan hatiku untuk melayari internet dan mencari info terkini agar tidak digelar sebagai “tin kosong”.

Aku membuka blog saudara Roslan SMS yang merupakan sahabat seperjuangan, yang disana aku terbaca satu tulisan beliau berkenaan dengan cadangan Saudara Anuar Md Nor untuk menyatu antara UMNO dan PAS dengan beberapa soalan yang perlu di jawab.

Tulisanku kali ini, bukanlah mahu menjawab segala persoalan itu, tetapi lebih untuk menyatakan perbezaan sebenar antara UMNO dan PAS yang patut difahami.

AQIDAH ADALAH ASAS

Membaca Al-Quran, diawal surah Al-Baqarah, Allah menjelaskan kepada manusia pada 5 ayat yang terawal berkenaan dengan cirri-ciri orang beriman. Pada ayat 6 dan 7, Allah menjelaskan cirri-ciri orang kafir. Dan selanjutnya, iaitu dari ayat 8 hingga 20, Allah menjelaskan cirri-ciri orang-orang munafiq.

Pengakuan Iman itu tidak cukup sekadar mendakwa dengan tulisan dan kenyataan lisan, tetapi dikehendaki diamalkan dari sudut perbuatan.

Perkara ini jelas, berdasarkan kepada definisi Iman yang telah didefinisikan oleh mejoriti ulama sebagai;

اعتقاد بالجنان ونطق باللسان وعمل بالجوارح

Maksudnya;
“I’tiqad dengan hati, melafazkan dengan lidah dan amal dengan anggota[1]

Dari definisi ini, difahami iman itu tidak cukup sekadar menuturkan dengan lidah, bahkan dikehendaki meletakkan keyakinan penuh dan menzahirkan dengan perbuatan terhadap perkara yang dilafazkan dengan lisan tersebut.

Ekoran dari itulah, lahirlah golongan yang disebut sebagai mukmin, kafir dan Munafiq.

Tiga golongan ini tidak mempunyai kesamaan dan sememangnya mereka mempunyai perbezaan yang amat ketara. Pun begitu, dari ketiga-tiga golongan ini, golongan yang paling berbahaya adalah golongan munafiq yang gambaran sebenar mereka adalah golongan yang menampakkan Iman pada zahirnya, tetapi mereka adalah golongan yang telah menyembunyikan kekufuran.

Definisi munafiq ini telah didefinisikan oleh Imam Ibnu Kathir dalam menafsirkan firman Allah berkenaan dengan munafiq dengan katanya;

إظهار الخير وإسرار الشر

Maksudnya;
“menzahirkan kebaikan dan merahsiakan kejahatan[2]

Jika diperhatikan kepada UMNO/BN, gambaran kemunafikan ini sememangnya wujud. Mereka menyatakan “islam” sebagai salah satu dari perjuangan mereka yang termaktub dalam perlembagaan mereka, tetapi dalam masa yang sama, mereka adalah golongan yang paling kuat menentang Islam, bahkan memberi ruang kepada musuh Islam untuk menyerang Islam.

Yang lebih teruk lagi, mereka adalah golongan yang mengambil agama sebahagian dan menafikan sebahagian yang lain. sebilangan perkara Islam yang bersesuaian dengan hawa nafsu mereka, maka mereka menerimanya, dan sekiranya sebilangan hukum Islam yang tidak bersesuaian kehendak nafsu mereka, maka mereka akan meninggalkannya serta menggantikan dengan undang-undang “mak bapak” mereka disamping mendakwa, undang-undang ciptaan mereka adalah yang paling baik.

BAHAYA MUNAFIK

Golongan munafiq adalah lebih berbahaya dari golongan kafir. Ini digambarkan lagi oleh Allah dengan menyatakan bahawa, golongan munafiq apabila mereka bertaubat sekalipun, mereka tidak boleh dipanggil sebagai “orang beriman”, tetapi dipanggil sebagai golongan yang “bersama dengan orang beriman”.

Perkara ini jelas berdasarkan kepada firman Allah;

إِنَّ الْمُنَافِقِينَ فِي الدَّرْكِ الْأَسْفَلِ مِنَ النَّارِ وَلَنْ تَجِدَ لَهُمْ نَصِيرًا * إِلَّا الَّذِينَ تَابُوا وَأَصْلَحُوا وَاعْتَصَمُوا بِاللَّهِ وَأَخْلَصُوا دِينَهُمْ لِلَّهِ فَأُولَئِكَ مَعَ الْمُؤْمِنِينَ وَسَوْفَ يُؤْتِ اللَّهُ الْمُؤْمِنِينَ أَجْرًا عَظِيمًا

Maksudnya;
“Sesungguhnya orang-orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan Yang terkebawah sekali dari (lapisan-lapisan dalam) neraka. dan Engkau tidak sekali-kali akan mendapat sesiapa pun Yang boleh menolong mereka. *. kecuali orang-orang Yang bertaubat (dari perbuatan munafik itu) dan memperbaiki amalan mereka (yang salah), dan mereka pula berpegang teguh kepada (ugama) Allah, serta mengerjakan ugama mereka Dengan ikhlas kerana Allah, maka mereka Yang demikian itu ditempatkan BERSAMA-SAMA ORANG-ORANG YANG BERIMAN dan Allah akan memberikan orang-orang Yang beriman itu pahala Yang amat besar”

(Surah An-Nisa’ : 145-146)

As-Syaikh Muhammad ‘Ali Sabuni menyatakan, Dari ayat ini Allah menggambarkan betapa bahayanya golongan munafik berbanding kafir. Ini kerana, kafir apabila bertaubat, Allah meletakan kepada mereka satu syarat sahaja, iaitu sepertimana firman Allah;
قُلْ لِلَّذِينَ كَفَرُوا إِنْ يَنْتَهُوا يُغْفَرْ لَهُمْ مَا قَدْ سَلَفَ
Maksudnya;
“Katakanlah kepada orang-orang yang kafir itu: "Jika mereka berhenti (dari kekafirannya), niscaya Allah akan mengampuni mereka tentang dosa-dosa mereka yang sudah lalu”
(Surah Al-Anfal : 38)
Adapun orang munafik, apabila mereka bertaubat, mereka wajib menunaikan empat syarat, iaitu berhenti dari nifak, membaiki amalan, berpegang kuat dengan tali Allah dan ikhlaskan dengan agama. Ini dinyatakan oleh Allah dalam surah an-nisa’ ayat 146 yang lepas.
Beserta dengan empat syarat ini, amalan mereka masih lagi dianggap oleh Allah sebagai masykuk (diragui) yang mewajibkan kepada orang beriman berhati-hati dengan mereka. Ini dibimbangi bahawa taubat mereka itu adalah satu penipuan dan perancangan jahat mereka. Maka dengan sebab itu, Allah menyatakan;
فَأُولَئِكَ مَعَ الْمُؤْمِنِينَ
Maksudnya;
“Maka mereka bersama dengan orang beriman”
(Surah An-nisa’ : 146)[3]
Mereka dikira sebagai orang yang bersama dengan orang beriman, bukan orang beriman.

YAHUDI ADALAH SAUDARA MUNAFIK

Menurut As-Syaikh Ali Sabuni juga, golongan yahudi dan munafiq merupakan dua golongan yang disifatkan sebagai “adik beradik”. Menyifatkan demikian adalah kerana, kedua-dua golongan mempunyai kesamaan dari sudut kesesatan, kekufuran dan pendustaan mereka terhadap ayat-ayat Allah SWT[4].

Golongan yahudi banyak melakukan perbuatan-perbuatan yang seakan-akan beriman kepada Allah, tetapi hakikatnya mereka telah melakukan dusta terhadap ayat-ayat Allah SWT.

Pernah yahudi meminta dengan pelbagai permintaan dari nabi-nabi mereka dengan mendakwa mereka akan beriman kepada Allah sekiranya mereka mendapat permintaan tersebut, tetapi setelah didatangkan, mereka tetap mengkufuri Allah SWT. Ini merupakan pendustaan mereka terhadap Nabi yang telah memimpin mereka ketika itu.

Gambaran ini, telah dinyatakan oleh Allah dalam firman-Nya;

يَسْأَلُكَ أَهْلُ الْكِتَابِ أَنْ تُنَزِّلَ عَلَيْهِمْ كِتَابًا مِنَ السَّمَاءِ فَقَدْ سَأَلُوا مُوسَى أَكْبَرَ مِنْ ذَلِكَ فَقَالُوا أَرِنَا اللَّهَ جَهْرَةً فَأَخَذَتْهُمُ الصَّاعِقَةُ بِظُلْمِهِمْ ثُمَّ اتَّخَذُوا الْعِجْلَ مِنْ بَعْدِ مَا جَاءَتْهُمُ الْبَيِّنَاتُ فَعَفَوْنَا عَنْ ذَلِكَ وَآَتَيْنَا مُوسَى سُلْطَانًا مُبِينًا * وَرَفَعْنَا فَوْقَهُمُ الطُّورَ بِمِيثَاقِهِمْ وَقُلْنَا لَهُمُ ادْخُلُوا الْبَابَ سُجَّدًا وَقُلْنَا لَهُمْ لَا تَعْدُوا فِي السَّبْتِ وَأَخَذْنَا مِنْهُمْ مِيثَاقًا غَلِيظًا

Maksudnya;
“ahli Kitab (kaum Yahudi) meminta kepadamu (Wahai Muhammad) supaya Engkau menurunkan kepada mereka sebuah Kitab dari langit. (janganlah Engkau merasa pelik), kerana Sesungguhnya mereka telah meminta kepada Nabi Musa lebih besar dari itu. mereka berkata: "(Wahai Musa) Perlihatkanlah Allah kepada Kami Dengan nyata (supaya Kami dapat melihatnya dan percaya kepadaNya)". lalu mereka disambar oleh petir Dengan sebab kezaliman mereka (menderhaka kepada Allah); kemudian mereka pula menyembah (patung) anak lembu sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan (mukjizat), lalu Kami maafkan mereka dari perbuatan Yang sedemikian itu (ketika mereka bertaubat). dan Kami telah memberi kepada Nabi Musa kekuasaan Yang nyata (untuk mengalahkan kaum Yang kafir itu). * dan Kami telah mengangkat "Gunung Tursina" ke atas mereka disebabkan (Mereka ingkar akan) perjanjian setia mereka (mematuhi hukum-hukum Taurat), dan Kami perintahkan mereka: "Masuklah kamu melalui pintu (negeri) itu Dengan merendah diri" dan Kami juga perintahkan mereka: "Janganlah kamu melanggar perintah larangan Yang ditentukan pada hari Sabtu", dan Kami telah mengambil daripada mereka perjanjian setia Yang teguh (yang mewajibkan mereka mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya)”

(Surah An-Nisa’ : 153-154)

Gambaran yang sama juga telah berlaku kepada golongan munafik. Mereka telah mendustakan nabi SAW. Mereka melakukan pelbagai strategi bagi merosakan perjuangan dakwah yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.

Semasa baginda SAW berhijrah ke Madinah, dan baginda SAW telah berjaya mempersaudarakan dua golongan yang berperang, iaitu Aus dan Khazraj. Juga, kehadiran Baginda SAW di Madinah itu, menyebabkan ramailah golongan-golongan penyembah berhala, beriman dan sedikit sahaja bilangan dari yahudi yang beriman, bahkan sebilangan dari mereka tetap tidak mengakui kenabian Nabi Muhammad SAW.
Di sebalik ramai yang memeluk Islam itu, ada sebilangan dari mereka yang menzahirkan keislaman mereka, tetapi hakikatnya mereka kufur. Kekufuran itu dizahirkan oleh Allah dengan berlakunya peperangan badar, iaitu tindakan yang dilakukan oleh Abdullah bin Ubai bin Salul bersama golongan yahudi dalam memperdayakan golongan arab badwi agar tidak pergi berperang dalam membantu memenangkan perjuangan islam ketika itu[5].

Gambaran inilah yang telah berlaku kepada UMNO/BN yang memerintah Malaysia semenjak merdeka. Mereka memperolok-olokkan agama dengan sedemikian rupa. Mereka menubuhkan Islam Hadhari yang semuanya bertujuan untuk mencari pengaruh dunia untuk kekal memerintah. Malaysia yang mempunyai fatwa kebangsaan telah dilanggar sendiri oleh Presiden mereka, walaupun perkara yang mereka langgar itu adalah perkara yang bersifat aqidah.

UMNO/BN tidak pernah ikhlas dengan islam. Islam yang digambarkan oleh mereka sekadar Ibadat. Dalam perkara yang lain dari Ibadat, seperti muamalat, jihad, ekonomi dan sebagainya telah diselewengkan oleh mereka mengikut acuan mereka sendiri dengan tidak berasaskan kepada acuan Al-Quran dan As-Sunnah Rasulullah SAW.

UMAT INI TIDAK AKAN BERSATU?

Penyatuan dikalangan umat Nabi Muhammad tidak akan berjaya jika menggunakan idealogi yang tidak berasaskan kepada Islam. penyatuan akan berlaku sekiranya Islam menjadi pegangan hidup.

Firman Allah;

وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا وَاذْكُرُوا نِعْمَةَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنْتُمْ أَعْدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُمْ بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا وَكُنْتُمْ عَلَى شَفَا حُفْرَةٍ مِنَ النَّارِ فَأَنْقَذَكُمْ مِنْهَا كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْ آَيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ

Maksudnya;
“dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu Dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu Dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam Yang bersaudara. dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya”

(Surah Al-Imran : 103)

Dari firman Allah ini, dengan jelas Allah menyatakan bahawa, penyatuan itu tidak akan berlaku dengan pemikiran dan cara selain Islam. penyatuan yang berjaya berlaku, sekiranya manusia semuanya berpegang teguh dengan tali Allah.

Begituga, jika diperhatikan kepada hadis-hadis pula, dapat dilihat bagaimana baginda SAW sendiri menyatakan tentang perpecahan yang berlaku di akhir zaman.

Gambaran ini boleh diperhatikan dengan satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, daripada ‘Amir bin Saad, daripada ayahnya, bahawa suatu hari Rasulullah SAW berjalan sehingga sampai di Masjid Bani Muawiyyah. Sesampai di masjid tersebut, Baginda SAW masuk dan menunaikan solat dua rakaat bersama dengan sahabat-sahabat. Selesai dari menunaikan solat, baginda SAW berdoa panjang. Setelah selesai berdoa, baginda SAW berpaling kepada sahabat-sahabat seraya berkata;

سَأَلْتُ رَبِّي ثَلَاثًا فَأَعْطَانِي ثِنْتَيْنِ وَمَنَعَنِي وَاحِدَةً سَأَلْتُ رَبِّي أَنْ لَا يُهْلِكَ أُمَّتِي بِالسَّنَةِ فَأَعْطَانِيهَا وَسَأَلْتُهُ أَنْ لَا يُهْلِكَ أُمَّتِي بِالْغَرَقِ فَأَعْطَانِيهَا وَسَأَلْتُهُ أَنْ لَا يَجْعَلَ بَأْسَهُمْ بَيْنَهُمْ فَمَنَعَنِيهَا

Maksudnya;
“Aku telah memohon doa akan tuhanku sebanyak tiga permohonan. Dua daripadanya diterima dan satu daripadanya tidak diterima oleh Allah SWT. Aku memohon supaya tidak membinasakan umatku dengan ditimpakan musibah selama setahun, lalu Allah menerimanya. Aku bermohon agar tidak membinasakan umatku dengan menenggelamkan mereka, lalu Allah menerimanya. Dan aku memohon agar menjadikan umatku tidak berpecah, tetapi Allah tidak menerimanya”[6].

Hadis ini dengan jelas menyatakan bahawa, perpecahan umat nabi di akhir zaman tidak akan berkehabisan, walaupun pernah didoakan oleh Baginda kepada Allah agar disatukan mereka.

Begitujuga, didalam hadis yang lain, riwayat Tirmizi, daripada Al-‘Irbadh bin Sariyyah berkata;

وَعَظَنَا رسول اللَّهِ (ص) يَوْمًا بَعْدَ صَلَاةِ الْغَدَاةِ مَوْعِظَةً بَلِيغَةً ذَرَفَتْ منها الْعُيُونُ وَوَجِلَتْ منها الْقُلُوبُ فقال رَجُلٌ إِنَّ هذه مَوْعِظَةُ مُوَدِّعٍ فَمَاذَا تَعْهَدُ إِلَيْنَا يا رَسُولَ اللَّهِ قال أُوصِيكُمْ بِتَقْوَى اللَّهِ وَالسَّمْعِ وَالطَّاعَةِ وَإِنْ عَبْدٌ حَبَشِيٌّ فإنه من يَعِشْ مِنْكُمْ يَرَى اخْتِلَافًا كَثِيرًا وَإِيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاتِ الْأُمُورِ فَإِنَّهَا ضَلَالَةٌ فَمَنْ أَدْرَكَ ذلك مِنْكُمْ فعليكم بِسُنَّتِي وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِينَ الْمَهْدِيِّينَ عَضُّوا عليها بِالنَّوَاجِذِ

Maksudnya;
“Rasulullah SAW telah memberi pesanan kepada kami di suatu hari selepas dari menunaikan solat subuh satu pesanan yang bersungguh-sungguh sehinggakan mengalirkan air mata, mengementarkan hati. Lalu berkata seorang sahabat, ini merupakan pesanan terakhir, maka apakah yang kamu nak pesan kepada kami wahai Rasulullah SAW?. lalu bersabda Nabi SAW; aku mewasiatkan kamu dengan taqwa kepada Allah, dengar dan taat walaupun ketua kamu itu adalah hamba berbangsa habsyi. Maka barangsiapa dikalangan kamu hidup (panjang), nescaya dia akan melihat perbezaan yang terlalu banyak. Hendaklah kamu hindarkan diri dari perkara-perkara baru, maka sesungguhnya, ianya adalah sesat. Barangsiapa yang sempat di zaman itu, maka hendaklah dia berpegang dengan jalanku dan jalan khulafa’ Ar-Rasyidin yang mendapat hidayah, dan gigitlah ia dengan gigi geraham[7]

Begitujuga hadis yang lain pula, Baginda SAW menyatakan;

اخْتَلَفَتِ الْيَهُودُ على إِحْدَى وَسَبْعِينَ فِرْقَةً سَبْعِينَ مِنَ النَّارِ وَوَاحِدَةٌ في الْجَنَّةِ وإختلفت النَّصَارَى على اثْنَتَيْنِ وَسَبْعِينَ فِرْقَةً إِحْدَى وَسَبْعُونَ فِرْقَةً في النَّارِ وَوَاحِدَةٌ في الْجَنَّةِ وَتَخْتَلِفُ هذه الأُمَّةُ على ثَلاثٍ وَسَبْعِينَ فِرْقَةً اثْنَتَانِ وَسَبْعُونَ في النَّارِ وَوَاحِدَةٌ في الْجَنَّةِ فَقُلْنَا انْعَتْهُمْ لنا قال السَّوَادُ الأَعْظَمُ

Maksudnya;
“Yahudi telah berpecah kepada 71 puak, 70 dari mereka dalam neraka dan satu sahaja dalam syurga. Nasrani pula berpecah kepada 72 puak, 71 puak dari mereka dalam neraka dan satu sahaja dalam syurga. Dan akan berpecah umat ini kepada 73 puak, 72 puak dari mereka dalam neraka dan satu sahaja dalam syurga. Kami (sahabat) bertanya; nyatakan sifat mereka kepada kami. Bersabda Nabi SAW; golongan hitam pekat (golongan yang ramai)[8].

Dalam riwayat lain dinyatakan;

ما انا عليه وأصحابى

Maksudnya;
“orang yang berada atas jalanku dan sahabat-sahabatku[9]

Dari nukilan hadis-hadis yang dinyatakan di atas, sudah pasti umat ini tidak akan bersatu. Perpecahan itu berlaku adalah kerana, pasti akan ada sebilangan manusia yang mahu berpegang dengan kandungan wahyu dan juga akan ada juga sebilangan manusia yang akan meletakan hawa nafsu mereka melebihi kandungan wahyu. Ekoran dari itu, golongan yang mengikut hawa nafsu ini akan terus menyerang kandungan wahyu yang sememangnya dapat dilihat, golongan yang menyerang itu adalah mereka yang mendakwa beragama Islam.

Itulah hakikat yang berlaku pertembungan antara PAS dan UMNO di Negara ini. Pertembungan kedua-duanya adalah kerana, PAS mahu melaksanakan islam sebagai dasar perjuangan, seperti yang telah termaktub dalam perlembagaannya, tetapi UMNO telah merantingkan atau “membirokan” agama Islam dalam perlembagaan mereka yang akhirnya Islam sebagai “agama memerintah” telah dijadikan sebagai “agama yang diperintah”.

PENUTUP

Dari perbahasan ini, pertembungan antara PAS dan UMNO merupakan pertembungan aqidah Islamiyyah. Pertembungan yang melihatkan kepada golongan yang mahu melaksanakan Islam dan golongan yang tidak mahu menjadikan islam sebagai dasar pemerintahan.

Dengan keadaan demikianlah, menyebabkan gambaran UMNO dan PAS tidak akan dapat disatukan selagi UMNO tidak menjadikan Islam sebagai dasar perjuangan dan pemerintahan.

Jika dibaca sejarah pun, PAS pernah bersama dengan UMNO, tetapi kebersamaan itu menyebabkan PAS tidak dapat melaksanakan Al-Amr bil Ma’ruf wa An-Nahy ‘Anil Mungkar, bahkan lebih bersifat tunduk dengan tindakan yang dilakukan oleh UMNO.

Dengan keadaan demikianlah menyebabkan PAS telah terkeluar dari UMNO. Walaupun tidak bersama dengan UMNO, PAS tetap dengan perjuangannya yang mahu mendaulatkan islam dalam pemerintahan Negara walaupun ditimpakan dengan perbagai tekanan dan kezaliman dari pihak pemerintah, seperti ISA, OSA, FRU dan sebagainya.

Ekoran dari itu, fikrah yang menyuruh UMNO dan PAS bersatu dalam keadaan UMNO tidak mengubahkan dasar mereka kepada Islam merupakan fikrah yang “karut”; yang boleh digambarkan sebagai fikrah golongan liberal yang mahu menyatukan antara Islam, Kristian, Yahudi dan seluruh agama.

Firman Allah;

وَلَا تَلْبِسُوا الْحَقَّ بِالْبَاطِلِ وَتَكْتُمُوا الْحَقَّ وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ

Maksudnya;
“dan janganlah kamu campur adukkan Yang benar itu Dengan Yang salah, dan kamu sembunyikan Yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya”

(Surah Al-Baqarah : 42)



Sekian

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani
http://laptopdarulfiqh.blogspot.com/

e mail : abu_abdillah_azzam@yahoo.com

[1] Adhwa’ Al-Bayan : 9/93.
[2] Tafsir Ibni Kathir : 1/48.
[3] Qabasun min Nur Al-Quran al-Karim : 1/60 Dirasah ke 2.
[4] Qabasun min Nur Al-Quran al-Karim : 1/61 : dirasah ke 2.
[5] Tafsir Ibni Kathir : 1/48
[6] Sahih Muslim : 4/2216 : hadis no : 2890.
[7] Sunan At-Tirmizi : 5/44 : hadis no : 2676.
[8] Al-Mu’jam Al-Kabir : 8/273. hadis no : 8051.
[9] At-Tafsir Al-Kabir : 8/142.

Sunday, August 12, 2007

MENGUMPAT UMNO/BN SATU KEWAJIPAN?

MENGUMPAT UMNO/BN SATU KEWAJIPAN?

Dalam pengajian ilmu Hadis, akan ketemu satu ilmu yang bernama Ilmu Jarh wa Ta’dil atau terjemahan melayunya dikenali sebagai ilmu “menerangkan kecacatan perawi (maki) dan meninjau adil perawi”.

Ilmu ini sebenarnya sebahagian dari ilmu “rijal Al-Hadis” yang lebih membicarakan berkenaan sejarah hidup para perawi hadis-hadis nabi SAW.

Ilmu ini adalah antara ilmu yang penting dipelajari. Ianya bertujuan untuk memastikan sesuatu hadis itu tidak dicemari oleh unsure-unsur yang merosakan disamping dapat memastikan sesuatu hadis itu palsu atau tidak.

Ilmu ini diasaskan kepada firman Allah;

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا إِنْ جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَنْ تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَى مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ

Maksudnya;
“6. Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan”

(Surah Al-Hujurat : 6)

ILMU MENGUMPAT ?

jika diperhatikan kepada ilmu ini, seakan-akan kelihatan bahawa ilmu ini mempunyai unsure-unsur mengumpat, sedangkan mengumpat merupakan antara amalan-amalan yang diharamkan oleh Allah SWT.

Firman Allah;

وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ

Maksudnya;
“dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya Yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya Yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadaNya”

(Surah Al-Hujurat : 12)

Walaubagaimanapun, tidak semua mengumpat itu diharamkan oleh Allah, bahkan dalam beberapa keadaan, mengumpat itu diizinkan, seperti melakukan umpatan oleh isteri yang didera suaminya di hadapan Qadhi dan sebagainya.

Begitujuga, pernah berlaku di zaman nabi tentang satu umpatan yang telah dilakukan oleh sebilangan sahabat dihadapan nabi SAW, yang ianya menjadi dalil bahawa, tidak semua umpat itu diharamkan oleh Allah. bahkan disana ada beberapa bentuk umpat yang diizinkan oleh Allah berdasarkan kepada sebab-sebab tertentu.

Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh imam Al-Bukhari dan Muslim, bahawa hadis ini daripada Aisyah R.Ha, sesungguhnya Hindun bin Utbah berkata;

يا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ أَبَا سُفْيَانَ رَجُلٌ شَحِيحٌ وَلَيْسَ يُعْطِينِي ما يَكْفِينِي وَوَلَدِي إلا ما أَخَذْتُ منه وهو لَا يَعْلَمُ فقال خُذِي ما يَكْفِيكِ وَوَلَدَكِ بِالْمَعْرُوفِ

Maksudnya;
“Wahai Rasulullah SAW, Sesungguhnya Abu Sufyan merupakan seorang lelaki yang kedekut. Dia tidak memberi kepadaku belanja yang memadai bagiku dan anakku melainkan dengan cara aku mengambil darinya dalam keadaan dia tidak mengetahui. Lalu bersabda Nabi SAW; ambillah kadar yang memadai untuk dirimu dan anakmu dengan makruf[1]

Menurut Imam An-Nawawi, hadis ini menjadi dalil bahawa dibenarkan menceritakan perkara yang dibenci oleh seseorang (mengumpat) dengan tujuan untuk mendapatkan fatwa dan sebagainya[2].

Imam An-Nawawi juga menyatakan, dari hadis ini menandakan bahawa harus mengumpat dengan menyebut nama individu yang bermasalah dalam tujuan untuk mendapatkan fatwa[3].

Maka dengan ulasan ini menyebabkan lahirlah ramai tokoh-tokoh ulama hadis yang melakukan amalan “mengumpat” terhadap sebilangan perawi-perawi hadis dengan tujuan untuk menyelamatkan kandungan hadis dari dimasuki unsure-unsur kerosakan disamping untuk memastikan sesuatu hadis itu palsu atau tidak.

Antara misalnya adalah seperti yang telah dilakukan oleh Imam Ibnu hazm Az-Zahiri yang telah mengumpat terhadap Abdul Malik bin Al-Walid bin Ma’dan dalam memastikan kandungan surat yang di tulis oleh Omar bin Al-Khattab terhadap Abu Musa Al-‘Asyari[4].

Begitujuga, Abdul Malik bin Al-Walid bin Ma’dan juga diumpat oleh Abu Hatim yang berkata, “Abdul Malik adalah orang yang lemah dalam meriwayatkan hadis”, juga diumpat oleh Ibnu Hibban yang berkata, “Abdul Malik adalah orang yang suka membolak balik sanad dan riwayatnya tidak boleh dijadikan hujjah[5]” dan banyak lagi.

Pun begitu, jika diperhatikan kepada ulama-ulama yang lain pula, ada sebilangan mereka memuji riwayat Abdul Malik bin Al-Walid, disamping dia diburukkan oleh sebilangan ulama yang lain.

Antara ulama yang memuji riwayatnya adalah seperti Ibnu Al-Qayyim didalam kitabnya “A’lam Al-Muwaqiin[6]”, dan juga Abdul Malik bin Habib yang merupakan pakar fiqh di Andalusia disamping mahir dalam bidang sejarah dan sastera yang bermazhab maliki dan sebagainya[7].

UMNO/BN MESTI DIMAKI

Jika umpatan diizinkan oleh syarak dengan tujuan-tujuan yang diizinkan seperti ingin menyelamatkan agama ini dari tercemar dengan unsure-unsur yang merosakan, maka UMNO/BN merupakan badan yang sangat perlu di umpat bagi memastikan agama Islam di Negara ini terselamat dari dicabuli pihak golongan musuh-musuh islam, disamping menyedarkan rakyat tentang penipuan dan penyelewengan yang telah dilakukan oleh pemerintahan UMNO/BN.

Seperti yang diketahui, UMNO/BN merupakan pakatan politik yang telah memerintah Negara ini semenjak merdeka lagi, tetapi dengan pemerintahan itulah dapat dilihat, betapa Islam dinegara ini di hina sedemikian rupa, disamping kezaliman terhadap rakyat yang tidak berdosa telah dilakukan oleh mereka.

Jika ada ulama yang mengutuk dan memaki dengan menggunakan kalimah “dajjal” kepada sebilangan perawi-perawi hadis yang berbohong dalam meriwayatkan hadis, maka kalimah “dajjal” juga layak diberikan kepada UMNO/BN yang sering melakukan pembohongan terhadap rakyat Negara ini.

PENUTUP

Dari hasil tulisan ringkas ini didapati bahawa, UMNO/BN layak dikutuk dan di umpat disamping menjelaskan penyelewengan yang telah dilakukan oleh mereka. Kelayakan untuk diumpat ini bertambahan lagi disebabkan UMNO/BN merupakan satu organisasi yang telah banyak memberi ruang kepada musuh-musuh Islam untuk menghina Islam di Negara ini.

Sekian

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani
http://laptopdarulfiqh.blogspot.com

e mail : abu_abdillah_azzam@yahoo.com

[1] Sahih Al-Bukhari : 5/2052. hadis no : 5049. sahih Muslim : 3/1338 : hadis no : 1714.
[2] Syarh An-Nawawi ‘Ala Sahih Muslim : 12/7.
[3] Syah An-Nawawi ‘Ala Sahih Muslim : 12/142.
[4] Manhaj Omar Omar bin Al-Khattab fi At-Tasyri’ : m/s 40.
[5] Manhaj Omar Omar bin Al-Khattab fi At-Tasyri’ : m/s 44.
[6] A’lam Al-Muwaqiin : 1/100.
[7] Manhaj Omar Omar bin Al-Khattab fi At-Tasyri’ : m/s 45.

Thursday, August 09, 2007

EJAMAN : AJARAN SESAT BARU DI SELANGOR

EJAMAN : AJARAN SESAT BARU DI SELANGOR

Hari ini (9 Ogos 2007), dalam pukul 10.40 malam, aku bersama seorang sahabat telah berjumpa dengan seorang muslim yang berbangsa India untuk bertanya khabar dengannya berkenaan anaknya yang telah di murtadkan oleh satu kumpulan ajaran sesat yang berpusat di Singapore, tetapi bergerak hebat di beberapa kawasan dalam negeri selangor dan Johor.

Ajaran sesat tersebut dikenali sebagai “EJAMAN” yang sebutannya berbunyi “Ajmain”. Kalimah “Ajmain” merupakan kalimah arab yang memberi maksud “kesemua”. Kaitan antara nama ajaran sesat dan nama ini adalah, ajaran ini menyerupai seakan-akan ajaran ayah Pin yang mengiktiraf beberapa agama di dunia ini, seperti islam, Kristian, Hindu, Budha dan beberapa agama yang lain.

Ajaran ini diketuai oleh seorang yang berbangsa India. Pengikut-pengikutnya ramai terdiri dari mereka yang berbangsa India Muslim (mamak).

BERJAYA MEMPENGARUHI PELAJAR

Ajaran ini banyak berlegar dikalangan mereka yang berbangsa India Muslim. Seorang bapa yang mengenalkan dirinya sebagai Abdul Hakim bin Muhammad menceritakan kepada kami tentang anaknya yang bernama Fatimah Binti Abdul Hakim, berumur 19 tahun, merupakan pelajar di Metrix UIA, petaling Jaya telah berjaya dimurtadkan dengan menganut ajaran sesat ini.

Berdasarkan surat akuan kemasukan kepada ajaran tersebut, Fatimah telah terlibat dengan ajaran ini semenjak 8 Jun 2007. menurut bapanya, Fatimah terlibat dengan ajaran ini adalah bersebab terpengaruh dengan kakak angkatnya yang berada di Singapore yang sememangnya menganut ajaran sesat ini.

Menurut bapanya lagi, perlibatan Fatimah dengan ajaran ini diketahui oleh ibunya sendiri ketika bapanya berada di Makkah untuk menunaikan Umrah.

Apabila bapanya pulang dari Makkah pada 7 Jun 2007, bapanya telah menyiasat sendiri tentang penglibatan anaknya dengan ajaran sesat dan telah merampas telefon bimbit kepunyaan anaknya itu disebabkan dia meyakini dengannya hubungan antara anaknya dengan ajaran sesat itu masih berlaku.

Bapa Fatimah telah melakukan laporan kepada Pihak kuatkuasa JAIS di Bangunan JAIS di Shah Alam di tingkat 5, bahagian kuatkuasa. Pegawai KuatKuasa JAIS yang bernama Ustaz Fikri telah diberikan oleh Bapa Fatimah beberapa bukti kesesatan ajaran itu. Antara bukti yang diberikan oleh bapa tersebut adalah, dua keeping VCD dan borang kemasukan dengan ajaran sesat tersebut.

Dalam keadaan itu, seorang jejaka yang berbangsa India Muslim bersama keluarganya yang tinggal di Setapak, telah datang berjumpa dengan bapa kepada Fatimah untuk meminang Fatimah. Bapa Fatimah meragui dengan kedatangan jejaka itu dan meyakini bahawa jejaka itu sememangnya sudah terlibat dengan ajaran sesat ini.

Pinangan jejaka itu di tolak oleh bapa Fatimah. Terputusnya hubungan dengan jejaka itu menyebabkan jejaka itu telah memberi sebuah telefon bimbit kepada Fatimah untuk berhubung sehinggakan pada 22 Julai 2007, Fatimah telah lari dari rumahnya di Kota Damansara bersama dengan jejaka tersebut.

Setelah kehilangan Fatimah itu, Bapa Fatimah telah pergi ke Setapak berjumpa dengan keluarga jejaka yang meminang Fatimah dahulu dan meminta anaknya diserahkan balik. Jika tidak, bapa Fatimah mengugut akan melakukan laporan polis atas kehilangan anaknya.

Pada 23 Julai 2007, Bapa kepada Fatimah telah melakukan laporan polis tentang kehilangan anaknya di Balai Polis seksyen 6, Kota Damansara, Selangor.

Di hari yang berikutnya, bapa kepada Fatimah dihubungi oleh pihak polis Kota Damansara yang menyatakan bahawa anaknya juga ada melakukan laporan polis di Johor dengan tuduhan Fatimah bahawa bapanya sentiasa menderanya.

Fatimah telah dibawa ke balai Polis Kota Damansara dan dipertemukan dengan bapanya. Didalam pertemuan tersebut, bapa Fatimah agak terkejut dengan sikap dan tindakan Fatimah yang melakukan berbagai-bagai tuduhan terhadap bapanya yang akhirnya, fatimah diserahkan kepada jejaka dari Johor itu disebabkan peruntukan undang-undang, bahawa hak individu itu tertakluk kepada dirinya apabila dia sudah berumur 18 tahun ke atas[1].

Melihat keadaan demikian, bapa Fatimah telah menghubungi pihak JAIS agar dapat mengambil tindakan, tetapi amat menyedihkan, Pihak JAIS menyatakan bahawa mereka tidak mempunyai kuasa untuk bertindak

Bapa kepada Fatimah terlalu panic dan akhirnya isu ini sampai kepada pengetahuan kami dan kami sedang berusaha hendak menghadapinya dengan sebaiknya.

PENUTUP

Inilah JAIS yang merupakan jabatan Agama yang sering disebut oleh ustaz Shahril Long sebagai “Jabatan Agama Iblis dan Syaitan”.

Dilihat kepada kata-kata itu, mungkin agak kasar dan keras, tetapi hakikatnya memang Jabatan ini bertindak seperti Iblis dan Syaitan.

Jika dalam lima dan enam bulan lepas, dua orang ustaz telah ditahan oleh JAIS atas alasan mengajar tanpa permit sedangkan pengajian yang disampaikan itu datang dari seorang ustaz yang berkelulusan dari Universiri Al-Azhar, tetapi JAIS yang sama juga mendakwa bahawa mereka tidak boleh melakukan apa-apa tindakan terhadap mereka yang terlibat dengan ajaran sesat.

Dari itu, terbuktilah JAIS adalah sebuah jabatan Iblis yang sedang mendidik manusia menjadi Iblis.

Sekian

Al-Bakistani
http://laptopdarulfiqh.blogspot.com

e mail : abu_abdillah_azzam@yahoo.com

[1] Perlembagaan persekutuan perkara 12 (4) menyatakan;“Ugama bagi seseorang yang berumur kurang daripada lapan belas tahun adalah ditetapkan oleh ibu bapa atau penjaganya”

Perlembagaan persekutuan (hingga 15 hb September 2003): m/s 14.

ISLAM HADHARI YANG BIDAAH, HADHARAH ISLAMIYYAH YANG SUNNAH

ISLAM HADHARI YANG BIDAAH, HADHARAH ISLAMIYYAH YANG SUNNAH

Oleh :
Al-Bakistani
(http://laptopdarulfiqh.blogspot.com)

BAB PERTAMA : MUQADDIMAH

“Al-Hadharah Al-Islamiyyah” adalah satu nama yang berhimpun antara “Al-Hadharah” dan “Al-Islamiyyah”. Al-Hadharah Al-Islamiyyah mengikut terjemahan melayu adalah “tamadun Islam[1]”. Melihat kepada makna ini, tergambar kepada kita akan tamadun Islam yang telah dibina oleh Rasulullah s.a.w.

Hadharah Islamiyyah berbeza dengan Islam hadhari. Ini kerana, hadharah Islamiyyah mengandungi maksud tamadun yang telah dibina oleh golongan yang terdahulu, iaitu Rasulullah s.a.w, Sahabat-sahabat dan Ulama-ulama salaf terdahulu.

Sabda Rasulullah s.a.w;

خيركم قرنى ثم الذين يلونهم ثم الذين يلونهم

Maksudnya;
“sebaik-baik kamu ialah (mereka yang berada dalam ) kurunku, kemudian selepas mereka, kemudian selepas mereka” [2]

Apabila menyebut kalimah “Al-Hadharah Al-Islamiyyah”, maka akan lahirlah satu kalimah yang lain bernama “al-Hadharah Ghair Al-Islamiyyah (tamadun yang tidak Islam)”, samada tamadun itu dinamakan sebagai “Al-Hadharah Al-Gharbiyyah (tamadun barat), al-Hadharah Al-Hindiyyah (tamadun India) atau sebagainya. Ini menunjukkan, bahawa, tamadun itu tidaklah terbatas kepada tamadun Islam sahaja, bahkan disana ada lagi tamadun yang lain dari Islam.

Walaubagaimanapun, kesemua tamadun-tamadun tersebut adalah batil dan membawa kepada kesesatan manusia dari jalan Allah, juga membawa manusia kepada kancah yang tidak bahagia, samada didunia atau di akhirat.

Adapun Islam Hadhari, ianya merupakan satu kalimah yang memberi maksud “Islam bertamadun”. Apabila menyebut kalimah Islam Hadhari, maka akan terlahir kalimah “Al-Islam Ghair Al-Hadhari” (islam yang tidak bertamadun).

Sekiranya menyebut “al-Muslim Al-hadhari” (orang islam yang bertamadun, mungkin ada benarnya, ini kerana, di sana ada “al-Muslim Ghair Al-hadhari” (orang islam yang tidak bertamadun).

Maka dengan itu, amat memusykilkan kepada kita bahawa, adakah wujud disana Islam yang tidak bertamadun? Apakah bentuk Islam yang tidak bertamadun itu? Siapakah yang mempelopori Islam yang tidak bertamadun itu?

Setahu kita, Islam adalah islam, iaitu Islam yang diperjuangkan oleh Rasulullah s.a.w, para sahabat, ulama-ulama al-amilin yang terdahulu dan sekarang.

Adakah Islam yang diperjuangkan oleh Rasulullah, sahabat-sahabat dan ulama-ulama terdahulu itu dikira tidak bertamadun? Dan Islam yang di perjuangkan oleh UMNO itu adalah Islam yang bertamadun?.

Bagi menjelaskan lagi maksud yang sebenar bagi perbahasan ini, eloklah kita melihat kepada huraian di bawah ini.

BAB KEDUA : MAKNA HADHARAH ISLAMIYYAH

a. HADHARAH

“Hadharah” adalah sepatah kalimah arab yang membawa maksud “ketamadunan”. Ianya berasal dari “ha, dha, ra” yang membawa makna “hadir”.

Mengikut kamus dewan bahasa dan pustaka, “tamadun” di tafsirkan sebagai “keadaan masyarakat manusia yang dicirikan oleh atau didasarkan pada taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran (social, budaya, politik, dll) yang tinggi”[3]

Adapun tafsiran “hadharah” mengikut al-mukjam al-arabi al-asasi pula, adalah kalimah yang berlawanan dengan “badawah”.

Hadharah mengikut tafsiran “al-mukjam al-arabi al-asasi” adalah “sesuatu yang khusus bagi kemasyarakatan, keagamaan, akhlak, keilmuan, strategi, kebudayaan yang tersebar kepada sesuatu bangsa yang tertentu, seperti hadharah hindiyyah (tamadun India), hadharah arabiyyah (tamadun arab). Setiap tamadun, samada tamadun barat atau timur, mempunyai sesuatu system dan ruh yang bersekali”[4]

Adapun “badawah” mengikut tafsiran “al-mukjam al-arabi al-asasi” adalah “kehidupan di padang pasir yang kebiasaan ahlinya sentiasa berpindah randah”[5]

Memahami dari ulasan di atas, menunjukkan kepada kita, hadharah atau ketamadunan adalah “sesuatu kehidupan yang dipenuhi dengan peradaban yang di bentuk mengikut acuan pembentuk. Jika pembentuk itu membentuk mengikut acuan jahiliyyah, maka terbentuklah tamadun jahiliyyah. Jika pembentuk itu membentuk mengikut acuan islam, maka terbentuklah tamadun islam”.

b. ISLAMIYYAH

“Al-Islam” adalah kalimah arab berasal dari kalimah “as la ma” yang membawa maksud “penyerahan”[6]

Ulama mengemukakan pelbagai makna bagi Islam. Dr Abdul Karem Zaidan telah mengemukakan beberapa makna bagi Islam, antaranya[7] ;

MAKNA ISLAM YANG PERTAMA

· Islam adalah agama yang diertikan berdasarkan kepada kisah ketika Para Sahabat sedang duduk bersama Rasulullah s.a.w, lalu datang seorang lelaki kepada Rasulullah dan bertanyakan tentang Islam. Baginda s.a.w menjawab dengan sabdanya ;

الاسلام أن تشهد أن لا اله الا الله و محمدا رسول الله و تقيم الصلاة و تؤتى الزكاة و تحج البيت من استطاع اليه سبيلا

maksudnya;
“Islam ialah bahawasanya kamu bersaksi tiada tuhan selain Allah, Muhammad adalah Rasulullah, kamu mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa Ramadhan, buat haji di Baitullah jika kamu berkempuan kepadanya”[8]

MAKNA ISLAM YANG KEDUA

· Islam bererti tunduk, menyerah dan mentaati Allah. Ketundukan itu hendaklah lahir dari kesedaran, bukan kerana terpaksa.

Firman Allah;

افغير دين الله يبغون وله أسلم من فى السموات و الأرض طوعا و كرها و الينا يرجعون

Maksudnya;
“Apakah mereka mengharapkan agama yang lain dari agama Allah (Islam), padahal kepadanyalah menyerah diri segala apa yan dilangit, dan dibumi, baik dengan suka mahupun terpaksa dan kepada Allah mereka dikembalikan”
(surah al-imran : 83)

Ayat di atas menjelaskan bahawa, semua makhluk tunduk kepada ketentuan Allah, tanpa membezakan antara manusia atau makhluk-makhluk yang lain.

Ketundukan kepada Allah tanpa paksaan merupakan hakikat Islam, dan ketundukan sedemikianlah terlahirnya keredhaan kepada segala ketentuan Allah.

MAKNA ISLAM YANG KETIGA

· Islam adalah way of life, peraturan yang menjadi keperluan dalam mengurus dan mengatur kehidupan umat manusia, menjadi dasar akhlak yang mulia, yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w untuk disampaikan kepada umat manusia.

Barangsiapa yang mengikut islam, maka dia akan diberikan pahala, dan mendapat siksaan di akhirat, bagi mereka yang mengingkarinya.

Firman Allah;

ومن يبتغ غير الاسلام دينا فلن يقبل منه وهو فى الأخرة من الخاسرين

Maksudnya;
“barangsiapa yang mencari agama selain dari agama Islam, maka tidaklah akan di terima daripadanya dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi”
(surah Al-Imran : 85)

MAKNA ISLAM YANG KEEMPAT

· Islam adalah sebuah agama yang mempunyai himpunan peraturan-peraturan yang diturunkan Allah kepada Rasul-Nya, samada peraturan itu berbentuk kepercayaan, akhlak, ibadat, muamalat dan sejarah yang terkandung dalam al-Quran dan As-Sunnah.

Semua perkara tersebut wajib disampaikan kepada umat manusia dan wajib kepada manusia beramal dengannya.

Firman Allah;

ياأيها الرسول بلغ ما أنزل اليك من ربك , وان لم تفعل فما بلغت رسالته , والله يعصمك من الناس

Maksudnya;
“Wahai Rasul ! sampaikanlah apa yang di turunkan kepadamu dari tuhanmu. Dan jika tidak kamu kerjakannya, kamu tidak menyampaikan amanat-Nya. Dan Allah akan memelihara kamu dari manusia”
(surah al-Maidah : 67)

MAKNA ISLAM YANG KELIMA

· Islam merupakan agama yang menjawab beberapa persoalan yang penting dalam kehidupan manusia. Persoalan tersebut, selalu dikemukakan dari dahulu hingga sekarang.

Persoalan-persoalan tersebut adalah seperti berikut;

a. Siapakah yang mencipta manusia? Bagaimana manusia diciptakan?
b. Apakah hakikat kehidupan manusia?
c. Bagaimana akhir nasib manusia setelah mati?

Semua persoalan-persoalan ini telah dijawab oleh islam. Jawapan itu, samada dijawab secara perinci atau secara umum sahaja.

Antara jawapan Al-Quran dari persoalan-persoalan tersebut adalah seperti berikut;

JAWAPAN PERTAMA

Jawapan dari persoalan : Siapakah yang mencipta manusia? Bagaimana manusia diciptakan?

a. Firman Allah;

ياأيها الناس ان كنتم فى ريب من البعث فانا خلقناكم من تراب ثم من نطفة ثم من علقة ثم من مضغة مخلقة وغير مخلقة ليبين لكم ونقر فى الأرحام ما نشاء الى أجل مسمى ثم نخرجكم طفلا ثم لتبلغوا أشدكم ومنكم من يتوفى ومنكم من يرد الى ارذل العمر لكيلا يعلم من بعد علم شيئا

Maksudnya;
“Wahai Manusia ! jika kamu dalam keraguan tentang kebangkitan (dari kubur), maka (ketahuilah) bahawasanya kami telah menjadikan kamu dari tanah, kemudian dari setitis air mani, kemudian dari segumpal darah, kemudian dari segumpal daging yang sempurna, agar kami jelaskan kepada kamu, dan kami tetapkan (sesudah itu) dalam rahim, apa yang kami kehendaki sampai waktu yang sudah ditentukan. Kemudian kamu sebagai bayi, kemudian (dengan beransur-ansur) kamu sampailah kepada kedewasaan dan diantara kamu ada yang diwafatkan dan (ada pula) diantara kamu yang dipanjangkan umurnya sampai pikun, hingga dia tidak mengetahui lagi sesuatu pun yang dahulunya telah diketahuinya”
(surah al-Haj : 5)

b. Firman Allah;


وَلَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنْسَانَ مِنْ سُلَالَةٍ مِنْ طِينٍ * ثُمَّ جَعَلْنَاهُ نُطْفَةً فِي قَرَارٍ مَكِينٍ * ثُمَّ خَلَقْنَا النُّطْفَةَ عَلَقَةً فَخَلَقْنَا الْعَلَقَةَ مُضْغَةً فَخَلَقْنَا الْمُضْغَةَ عِظَامًا فَكَسَوْنَا الْعِظَامَ لَحْمًا ثُمَّ أَنْشَأْنَاهُ خَلْقًا آَخَرَ فَتَبَارَكَ اللَّهُ أَحْسَنُ الْخَالِقِينَ


maksudnya;
“sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dari sesuatu saripati (berasal) dari tanah * kemudian kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kukuh * kemudian Air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu, Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu kami bungkus dengan daging. Kemudian kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka maha suci Allah, pencipta yang paling baik”
(surah al-Mukminun : 12-14)

c. Firman Allah;

الَّذِي أَحْسَنَ كُلَّ شَيْءٍ خَلَقَهُ وَبَدَأَ خَلْقَ الْإِنْسَانِ مِنْ طِينٍ * ثُمَّ جَعَلَ نَسْلَهُ مِنْ سُلَالَةٍ مِنْ مَاءٍ مَهِينٍ * ثُمَّ سَوَّاهُ وَنَفَخَ فِيهِ مِنْ رُوحِهِ وَجَعَلَ لَكُمُ السَّمْعَ وَالْأَبْصَارَ وَالْأَفْئِدَةَ قَلِيلًا مَا تَشْكُرُونَ
maksudnya;
“yang membuat segala sesuatu yang dia ciptakan dan yang memulai penciptaan manusia dari tanah. Kemudian dia menjadikan keturunan dan saripati air yang hina (air mani). Kemudian Dia menyempurnakannya dan meniup kedalam (tubuh) Nya ruh (ciptaan) Nya dan Dia menjadikan bagimu pendengaran, penglihatan dan hati, (tetapi) kamu sedikit sekali bersyukur”
(surah as-sajdah : 7-9)

d. Firman Allah;

هَلْ أَتَى عَلَى الْإِنْسَانِ حِينٌ مِنَ الدَّهْرِ لَمْ يَكُنْ شَيْئًا مَذْكُورًا * إِنَّا خَلَقْنَا الْإِنْسَانَ مِنْ نُطْفَةٍ أَمْشَاجٍ نَبْتَلِيهِ فَجَعَلْنَاهُ سَمِيعًا بَصِيرًا

maksudnya;
“Bukankah telah datang atas manusia itu waktu dari masa sedang dia ketika itu belum merupakan sesuatu yang dapat disebut. Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dari setitis mani yang bercampur, yang kami hendak mengujinya (dengan perintah dan larangan) kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat”
(surah al-Insan : 1-2)

e. Firman Allah;

فَلْيَنْظُرِ الْإِنْسَانُ مِمَّ خُلِقَ * خُلِقَ مِنْ مَاءٍ دَافِقٍ * يَخْرُجُ مِنْ بَيْنِ الصُّلْبِ وَالتَّرَائِبِ
maksudnya;
“maka hendaklah manusia memperhatikan dari apa dia ciptakan. Dia diciptakan dari air mani yang terpancar. Yang keluar antara tulang sulbi lelaki dan tulang dada perempuan”
(surah at-Tariq : 5-7)

Ayat-ayat di atas menerangkan kepada kita bahawa manusia dahulunya tiada, kemudian Allah mencipta manusia dari air mani yang hina, sedangkan asalnya adalah dari tanah.

Manusia yang pertama adalah Adam a.s diciptakan oleh Allah dari tanah dan keturunan selepasnya dari setitis air mani yang di letakan dalam rahim perempuan.

JAWAPAN KEDUA

Bagi menjawab persoalan : Apakah hakikat kehidupan manusia?

a. Firman Allah;

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

Maksudnya;
“Dan tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku”
(surah az-zariyat : 56)

Ayat ini menjelaskan kepada kita bahawasanya, hakikat kehidupan manusia adalah pengabdian diri kepada Allah.

Pengabdian atau ibadah kepada Allah membawa maksud mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah. Segala peraturan-peraturan itu wajib di taati sehinggakan manusia sampai kepada kebahagian dan kesempurnaan, samada di dunia atau diakhirat.

Peraturan-peraturan Allah itu, tidaklah terbatas kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan ibadat sahaja, bahkan peraturan-peraturan tersebut merangkumi dari segala segi, iaitu dari segi muamalat, jinayat, politik, kenegaraan, munakahat dan sebagainya.

JAWAPAN KETIGA

Jawapan bagi persoalan : Bagaimana akhir nasib manusia setelah mati?

a. Firman Allah;

يَا أَيُّهَا الْإِنْسَانُ إِنَّكَ كَادِحٌ إِلَى رَبِّكَ كَدْحًا فَمُلَاقِيهِ
Maksudnya;
“Hai manusia ! sesungguhnya kamu telah bekerja dengan sungguh-sungguh menuju tuhanmu, maka pasti kami akan menemuinya”
(surah al-insyiqaq : 6)

b. Firman Allah;

اللَّهُ يَبْدَأُ الْخَلْقَ ثُمَّ يُعِيدُهُ ثُمَّ إِلَيْهِ تُرْجَعُونَ

Maksudnya;
“Allah menciptakan (manusia) dari permulaan, kemudian mengembalikan (menghidupkan) nya, kemudian kepadanyalah dikembalikan”
(surah ar-rum : 11)

c. Firman Allah;

إِنْ تَكْفُرُوا فَإِنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ عَنْكُمْ وَلَا يَرْضَى لِعِبَادِهِ الْكُفْرَ وَإِنْ تَشْكُرُوا يَرْضَهُ لَكُمْ وَلَا تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَى ثُمَّ إِلَى رَبِّكُمْ مَرْجِعُكُمْ فَيُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ إِنَّهُ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ

Maksudnya;
“kemudian kepada tuhanmulah kembalimu lalu Dia memberikan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan”
(surah az-zumar : 7)

d. Firman Allah;

وَأَنَّ إِلَى رَبِّكَ الْمُنْتَهَى

maksudnya;
“Dan bahawasanya kepada tuhanmulah kesudahan (segala sesuatu)”
(surah an-najm : 42)

e. Firman Allah;

إِنَّ إِلَى رَبِّكَ الرُّجْعَى

Maksudnya;
“Sesungguhnya kepada tuhanmulah kembali”
(surah al-alaq : 8)

Ayat-ayat diatas menerangkan tentang kesudahan manusia setelah mati, ialah kembali mereka kepada Allah yang telah mencipta mereka untuk menilai balik akan segala usaha dan pekerjaan yang dilakukan oleh mereka semasa mereka di dunia dahulu.

Jika dia melakukan amalan yang baik, maka baiklah balasan yang diterima. Dan jika amalan buruk yang dilakukan maka buruklah balasan yang diterima.

MAKNA ISLAM YANG KEENAM

· Islam adalah pedoman hidup yang sebenar, petunjuk dalam semua aspek kehidupan umat manusia. Ianya merupakan ubat yang paling mujarrab bagi mengatasi segala permasalahan, samada permasalahan itu berbentuk individu atau permasalahan berbentuk kemasyarakatan.

a. Firman Allah;

وَأَوْحَيْنَا إِلَى مُوسَى أَنْ أَسْرِ بِعِبَادِي إِنَّكُمْ مُتَّبَعُونَ * فَأَرْسَلَ فِرْعَوْنُ فِي الْمَدَائِنِ حَاشِرِينَ

Maksudnya;
“Demikianlah kami wahyukan kepadamu wahyu (Al-Quran) dengan perintah kami. Sebelumnya kamu tidaklah mengerti apakah kitab (al-Quran) dan tidak pula mengetahui apakah iman itu, tetapi kami menjadikan Al-Quran itu cahaya yang kami beri petunjuk dengan dia siapa yang kami kehendaki diantara hamba-hamba kami. Dan sesungguhnya kamu benar-benar memberi petunjuk kepada jalan yang lurus, (iaitu) jalan Allah yang kesemuanya segala apa yang ada dilangit dan apa yang ada di bumi. Ingatlah bahawa kepada Allah-lah kembali segala urusan”
(surah as-Syuara : 52-53)

b. Firman Allah;

يَوْمَ يَدْعُوكُمْ فَتَسْتَجِيبُونَ بِحَمْدِهِ وَتَظُنُّونَ إِنْ لَبِثْتُمْ إِلَّا قَلِيلًا

Maksudnya;
“Dan kami turunkan dari Al-Quran sesuatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman”
(surah al-Isra’ : 52)

c. Firman Allah;

قُلْ هُوَ لِلَّذِينَ آَمَنُوا هُدًى وَشِفَاءٌ

Maksudnya;
“katakanlah ! Al-Quran itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang-orang yang beriman”
(surah Fussilat : 44)

Melihat kepada ayat-ayat tersebut, menunjukkan kepada kita, Islam bukan sahaja agama yang membicarakan tentang kebahagiaan di akhirat sahaja, bahkan Islam juga memimpin manusia menuju kepada kebahagiaan di dunia.

(C) KESIMPULAN

Berdasarkan kepada makna-makna islam yang telah disebutkan itu, menunjukan kepada kita bahawa islam adalah agama yang tidak membataskan perbicangannya menuju kepada alam akhirat sahaja, bahkan islam juga menyelesaikan segala masalah-masalah yang berbentuk keduniaan.

Dengan Islam, manusia akan bahagia di dunia, lebih-lebih lagi mereka di akhirat kelak.

Islam juga adalah agama yang menyeluruh dalam ajarannya, ianya tidak dibataskan kepada peribadatan sahaja, bahkan Islam mengemukakan cara mengurus kehidupan didunia, samada dari segi kenegaraan, jual beli, kekeluargaan, social, ekonomi dan seluruhnya.

Islam memberi kerahmatan kepada manusia, tidak kira kepada orang muslim atau non-muslim.

Melihat dengan penjelasan ini, fahamilah kita dengan firman Allah yang menyatakan bahawa Islam adalah agama fitrah yang mengajar manusia mencapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

Firman Allah;

فَأَقِمْ وَجْهَكَ لِلدِّينِ حَنِيفًا فِطْرَةَ اللَّهِ الَّتِي فَطَرَ النَّاسَ عَلَيْهَا لَا تَبْدِيلَ لِخَلْقِ اللَّهِ ذَلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ

Maksudnya;
“maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Allah)(tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tiada pencerobohan pada fitrah Allah. Itulah agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui”
(surah ar-Rum : 30)

MAKNA HADHARAH ISLAMIYYAH

Memahami dari makna “Hadharah” dan “Islamiyyah” yang telah dijelaskan, menandakan kepada kita bahawasanya, hadharah Islamiyyah adalah;

“tamadun atau peradaban yang berasaskan kepada tauhidkan Allah (mengesakan Allah) disamping Al-Quran dan Al-Hadis menjadi rujukan utama, yang memberi kebahagiaan kepada seluruh manusia, samada manusia itu muslim atau non-muslim. Hadharah Islamiyyah juga tidak mengambil sebahagian Islam dan meninggalkan sebahagian yang lain, bahkan hadharah Islamiyyah mencangkupi kepada segala urusan, samada keduniaan, seperti politik, social, kemasyarakatan, ekonomi, kekeluargaan dan sebagainya, juga berbentuk akhirat, seperti solat, zakat, puasa, hidup selepas mati dan selanjutnya.

Hadharah Islamiyyah menjadikan Rasulullah s.a.w sebagai role model, disamping para sahabat dan ulama-ulama salaf yang beriman dengan Allah menjadi bahan rujukan dalam apa-apa jua urusan.

Kejayaan dan kebahagiaan akan tercapai dengan hadharah Islamiyyah, hal ini telah terbukti di zaman pemerintahan Rasulullah s.a.w. Di zaman Saidina Omar bin Al-Khattab, Islam telah tersebar sampai ke Farsi. Hadharah Islamiyyah telah memberi keamanan dan kemewahan di zaman Saidina Omar Abdul Aziz”

AL-HADHARAH GHAIR AL-ISLAMIYYAH (TAMADUN YANG TIDAK ISLAM)

Lawan bagi “Al-Hadharah Al-Islamiyyah (Tamadun Islam)” adalah “Al-Hadharah Ghair Al-Islamiyyah (Tamadun yang tidak Islam)”, samada tamadun itu adalah, “Al-Hadharah Al-Gharbiyyah (tamadun barat)”, “Al-Hadharah Al-Hindiyyah (tamadun hindi)”, “Al-Hadharah Al-Jahiliyyah (tamadun jahiliyyah)” atau sebagainya.

Sekiranya Al-Hadharah Al-Islamiyyah bermaksud peradaban yang bersandarkan kepada Al-Quran dan Al-Hadis, maka dengan itu, Al-Hadharah Ghair Al-Islamiyyah adalah peradaban yang tidak menjadikan Al-Quran dan Al-Hadis sebagai sandaran utama.

Maka dengan itu, Al-Hadharah Al-Islamiyyah adalah yang sebenar dan membawa kebahagiaan manusia di dunia dan akhirat, tetapi Al-Hadharah Ghair Al-Islamiyyah adalah tamadun yang sesat dan menafikan kebahagiaan manusia didunia dan lebih-lebih lagi di akhirat.

BAB KETIGA : PENGENALAN ISLAM HADHARI

“Al-Islam Al-Hadhari” adalah sebuah gagasan yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang Ke-5 iaitu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam pilihanraya umum ke-11 pada tahun 2004[9].

Kelahiran Islam Hadhari amatlah meragukan, ini kerana, kelahirannya bukanlah untuk melaksanakan perintah Allah, bahkan kelahirannya adalah bertujuan untuk melawan Parti Islam SeMalaysia (PAS) di dalam pilihanraya umum tersebut.

Hal ini diakui sendiri oleh Prof Madya Dr Idris Zakaria dari Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bukunya yang dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Khas, Kementeriaan Penerangan Malaysia, yang berrtajuk “Islam Hadhari dan Pembangunan Umat” dengan katanya;

“Menjelang pilihanraya umum 2004 yang lalu, kita mendengar satu gagasan politik Negara yang dinamakannya sebagai Islam Hadhari. Gagasan ini telah terbukti yang ia adalah kekuatan. Kerajaan Barisan Nasional dengan UMNO sebagai tulang belakang telah menunjukan prestasi dan kejayaan yang besar dan mengejutkan ramai pemerhati politik dalam dan luar Negara. Negeri terengganu yang dikuasai parti PAS telah dirampas semula dengan kekuatan “Islam Hadhari Terengganu Bestari”. UMNO telah memenangi 28 dari 32 kerusi DUN dan 8 kerusi Parlimen. UMNO juga hampir menawan negeri Kelantan dengan menguasai 21 kerusi DUN dan PAS 24. Namun, dilihat secara umum, gagasan Islam Hadhari ini telah berjaya mematahkan kekuatan Pasti PAS”[10]

Dari ulasan Prof Madya Dr Idris Zakaria ini jelas menandakan bahawa, kehadiran Islam Hadhari yang dipelopori oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bukanlah keikhlasannya untuk melaksanakan islam tetapi, gagasan itu merupakan usaha politik murahan UMNO bagi mengalahkan PAS dalam pilihanraya umum 2004.

MAKNA ISLAM HADHARI

Di dalam keterangan lepas, kami telah menjelaskan taarif “Hadharah” dan “Islamiyyaah” secara terperinci. Setelah melihat kepada gabungan antara “Al-Hadharah” dan “Al-Islamiyyah”, maka kami telah mendefinisikan “Hadharah Islamiyyah” adalah;

“Tamadun dan peradaban yang berasaskan kepada Al-Quran dan Al-Hadis, yang memberi kebahagiaan kepada seluruh manusia, samada manusia itu muslim atau non-muslim. Hadharah Islamiyyah juga tidak mengambil sebahagian Islam dan meninggalkan sebahagian yang lain, bahkan hadharah Islamiyyah mencangkupi kepada segala urusan, samada keduniaan, seperti politik, social, kemasyarakatan, ekonomi, kekeluargaan dan sebagainya, juga berbentuk akhirat, seperti aqidah, solat, zakat, puasa, hidup selepas mati dan selanjutnya.

Hadharah Islamiyyah menjadikan Rasulullah s.a.w sebagai role model, disamping para sahabat dan ulama-ulama salaf yang beriman dengan Allah menjadi bahan rujukan dalam apa-apa jua urusan”.

Hal ini bersalahan dengan Islam Hadhari. Keraguaan yang timbul, samada dari sudut bahasa dan juga dari sudut perlaksaannya.

Dari sudut bahasa, tidak selayaknya digunakan dengan kalimah “Al-Islam Al-Hadhari”, ini kerana, penggunaan sebegini boleh meragukan maksud islam itu sendiri.

Al-Islam Al-Hadhari bermaksud Islam yang bertamadun. Mendengar kalimah ini, maka akan terlahir dibenak kita, akan adanya disana Islam yang tidak hadhari atau Islam yang tidak bertamadun atau mengikut penggunaan yang lain “Al-Islam Al-Badawi”.

Islam manakah yang tidak bertamadun itu? Seakan-akan kita mengatakan bahawa Islam yang di zaman Rasullah s.a.w, sahabat-sahabat r.a dan golongan salaf itu merupakan Islam yang tidak bertamadun.

Dan juga, keraguan yang lain juga akan timbul dengan kalimah “Al-Islam Al-Hadhari” antaranya seberti berikut;

a. Memesongkan fahaman Manusia terhadap Islam[11]. Ini kerana, apabila adanya istilah Islam hadhari, maka manusia akan beranggapan bahawa Islam itu bukan sesuatu agama yang fitrah, bahkan Islam merupakan sesuatu ajaran yang lahir secara evolosi.

Perkara ini bersalahan dengan firman Allah;

فَأَقِمْ وَجْهَكَ لِلدِّينِ حَنِيفًا فِطْرَةَ اللَّهِ الَّتِي فَطَرَ النَّاسَ عَلَيْهَا لَا تَبْدِيلَ لِخَلْقِ اللَّهِ ذَلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ
Maksudnya;
“Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Allah); (tetapkanlah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia dengan fitrah itu”
(surah ar-Rum : 30)

b. Melahirkan anggapan manusia bahawa Islam ini hanya mementingkan satu juzuk sahaja dalam sesuatu ketika iaitu seperti aspek pembangunan atau pendidikan atau sebagainya.

Hal ini boleh melahirkan manusia yang menghayati Islam dengan tidak menyeluruh sedangkan Allah menyuruh manusia menerima Islam secara menyeluruh.

Firman Allah;

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ

Maksudnya;
“Wahai Orang-orang yang beriman! Masuklah kamu kedalam
Islam secara menyeluruh, dan janganlah kamu mengikut jejak langkah Syaitan. Sesungguhnya ia (syaitan) kepada kamu adalah musuh yang nyata”
(surah al-Baqarah : 208)

Al-Quran juga mengherdik terhadap golongan yang mengambil al-quran sebahagian dan mengkufuri sebahagian yang lain.

Firman Allah;

أَفَتُؤْمِنُونَ بِبَعْضِ الْكِتَابِ وَتَكْفُرُونَ بِبَعْضٍ فَمَا جَزَاءُ مَنْ يَفْعَلُ ذَلِكَ مِنْكُمْ إِلَّا خِزْيٌ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ يُرَدُّونَ إِلَى أَشَدِّ الْعَذَابِ

Maksudnya;
“Apakah kamu beriman dengan sebahagian dari kitab dan ingkar akan sebahagian yang lain? Tiada balasan bagi orang yang berbuat demikian daripadamu, melainkan kehinaan dalam kehidupan dunia, dan hari akhirat mereka dikembalikan kepada siksa yang sangat berat”
(surah al-baqarah : 85)

Kesimpulan dari ulasan di atas, dari segi Bahasa, Islam Hadhari adalah salah dan tidak seharusnya menjadi slogan atau menifasto. Penggunaan itu boleh menimbulkan kesesatan dan berbahaya kepada aqidah umat Islam.


[1] Lihat “Hadharah Islamiyyah bukan Islam Hadhari” :m/s 7
[2] Musnad as-Syasyi (2/220) hadis no : 788
[3] Lihat “Kamus Dewan” edisi ketiga : m/s 1354
[4] Lihat ‘al-mukjam al-arabi al-asasi” : m/s 327
[5] Lihat “al-mukjam al-arabi al-asasi” ; m/s 140
[6] Lihat “ Kamus Tullab”: m/s 84
[7] Lihat buku “Dasar-dasar ilmu dakwah” (1/3-12)
[8] Saheh muslim (1/37) hadis no : 7.
[9] Lihat kertas kerja “Islam Hadhari daripada perspektif pembangunan berteraskan Islam” m/s 31-32.
[10] Lihat “Islam Hadhari dan Pembangunan Umat” m/s 1.
[11] Lihat “Islam Hadhari menurut Syeikh Anwar Jundi” :m/s 48

Monday, August 06, 2007

WANITA, RAMADHAN DAN WAKTU BEKERJA : IJTIHADLAH DENGAN NERACA KEBAJIKAN

WANITA, RAMADHAN DAN WAKTU BEKERJA : IJTIHADLAH DENGAN NERACA KEBAJIKAN

Berbagai ulasan dari berbagai pihak berkenaan dengan cadangan Kongres Kesatuan Pekerja untuk memendekkan waktu bekerja bagi kaum wanita didalam bulan ramadhan.

Tidak ketinggalan dalam mengulas dalam isu ini beberapa tokoh ulama di Negara, seperti Mufti Perlis, Ustaz Daud Che Ngah dan Timbalan mufti Pahang. Pada mereka, cadangan untuk memendekkan masa bekerja bagi kaum wanita didalam bulan ramadhan merupakan cadangan yang tidak releven disamping dianggap sebagai tiada nas, “mencuri tulang” dan “lari dari medan perang” bagi muslimat[1].

Padaku, ulasan ini memerlukan kepada penelitian nas yang saksama dan adil bagi memastikan kehidupan ini sentiasa berada dalam keadaan yang sentiasa terikat dengan kehendak Allah SWT.

Apa yang memelikkan adalah, pihak ulama-ulama ini lebih menyatakan kepentingan waktu bekerja seperti waktu-waktu yang lain bagi kaum wanita di bulan Ramadhan dengan alasan tiada nas dan sebagainya, sedangkan mereka tidak pernah mempertikaikan atau mengulas berkenaan hukum kaum wanita bekerja di waktu malam yang sememangnya dapat dikuatkan dengan hujjah yang bersandarkan kepada Nas yang jelas.

MALAM BEREHAT KERANA PENAT SIANG BEKERJA

Jika dirujuk kepada Al-Quran, secara jelas dinyatakan bahawa malam merupakan waktu berehat dan siang merupakan waktu bekerja.

Firman Allah;

أَلَمْ يَرَوْا أَنَّا جَعَلْنَا اللَّيْلَ لِيَسْكُنُوا فِيهِ

Maksudnya;
“tidakkah mereka memerhatikan Bahawa Kami telah menjadikan malam untuk mereka berehat padanya”

(Surah An-Naml : 86)

Menurut Imam Ibni Kathir, yang dimaksudkan dengan malam untuk berehat adalah disebabkan kepenatan bekerja di waktu siangnya[2].

Begitujuga didalam firman Allah yang lain, Allah menyatakan;

وَجَعَلْنَا اللَّيْلَ لِبَاسًا * وَجَعَلْنَا النَّهَارَ مَعَاشًا

Maksudnya;
“dan Kami telah menjadikan malam (dengan gelapnya) sebagai pakaian (yang melindungi)? * dan Kami telah menjadikan siang (dengan cahaya terangnya) - masa untuk mencari rezeki?

(Surah An-Naba’ : 10-11)

Jika diperhatikan kepada firman Allah dari dua surah ini, didapati bahawa, tidak relevennya bekerja pada waktu malam ini tidak di tumpukan kepada kaum wanita sahaja, bahkan kepada kaum lelaki. Jika kepada kaum lelaki pun sudah dikira sebagai tidak releven, inikan pula kaum wanita bekerja diwaktu malam yang memungkinkan berlaku berbagai-bagai fitnah dan bahaya terhadap wanita tersebut.

Sabda Nabi SAW;

ما تركت بعدى فتنة أضر على الرجال من النساء

Maksudnya;
“Aku tidak meninggalkan selepasku akan fitnah yang lebih mudharat atas lelaki daripada wanita[3]

MASLAHAT WANITA DALAM BULAN RAMADHAN

Jika diperhatikan kepada bekerja bagi kaum wanita, ianya tidaklah digalakan sangat. Punbegitu, sekiranya wanita ingin bekerja, ianya tidaklah dilarang oleh syarak.

Gambaran yang tidak digalakan itu adalah bersebab, mudahnya berlaku fitnah dikalangan wanita. Hal ini dapati dikuatkan dengan kandungan hadis yang telah dinyatakan lepas.

Jika diperhatikan kepada tanggungjawab sebenar bagi kaum wanita. Tugas wajib bagi mereka bukanlah mencari rezeki untuk menyara keluarga, tetapi tugas sebenar dalam mencari rezeki adalah tertanggung yang diberatkan di atas “kepala” kaum lelaki yang merupakan suami.

Punbegitu, Islam tidak melarang kaum wanita bekerja untuk mencari rezeki sebagai membantu suami dalam menyara keluarga disamping mencari harta untuk dirinya sendiri.

Disamping melakukan tugasan membantu suami, tanggungjawab yang lebih besar yang wajib dilakukan oleh Isteri terhadap suami adalah, menguruskan rumah tangga dan menjaga kehendak suaminya.

Sabda Nabi SAW;

إن حق الزوج على زوجته إذا أرادها على نفسها وهي على ظهر بعيره لا تمنعه

Maksudnya;
“Sesungguhnya hak suami yang wajib ditunaikan oleh isterinya adalah, apabila menghendaki (oleh suami) akan dirinya (jimak isterinya), sedangkan isterinya di atas belakang unta, maka tidak boleh isteri itu menolaknya (tidak boleh menolak kehendak suaminya[4]

Maka dengan demikian, tugasan menunaikan kehendak suami dengan mengurus rumah tangga, menjaga anak, jimak dan sebagainya, merupakan kewajipan yang wajib di tunaikan oleh isteri terhadap suaminya.

Ekoran dari itu, melihat suasana yang akan menimpa kaum wanita di bulan ramadhan yang amat meletihkan. Ini adalah kerana, jika waktu bekerja menyerupai dengan kaum lelaki, nescaya kesebukan yang tertanggung oleh pihak isteri akan bertambah terbeban, seperti menyediakan juadah berbuka dan sebagainya.

Maka dengan demikian, sebagai cara hendak merehatkan kaum wanita dengan tujuan memudahkan kepada kaum wanita menunaikan tanggungjawab dirinya terhadap suami, maka cadangan Kongres Kesatuan Pekerja untuk memendekkan waktu bekerja bagi kaum wanita di bulan Ramadhan amat releven.

PENUTUP

Islam mementingkan kebajikan. Antara keburukan yang digambarkan terhadap islam yang telah dilakukan oleh musuh islam terhadap islam adalah, umat Islam tidak berjaya mengemukakan kebajikan terhadap umatnya sendiri.

Ekoran dari itu, umat Islam kini tidak dapat menarik minat golongan non muslim untuk menerima islam sebagai agama anutan, disebabkan melihat Islam seakan-akan tidak memberi kebajikan kepada penganutnya sendiri. jika pada diri penganutnya sendiri sudah tidak dapat diberikan kebajikan, masakan pula dapat memberi kebajikan kepada non muslim.

Cadangan Kongres Kesatuan Pekerja ini merupakan satu cadangan yang perlu di puji dan perlu diperkuatkan dengan sokongan dari pihak ulama-ulama Islam. Ianya adalah tujuan, dapat mengemukakan bentuk kebajikan dalam islam terhadap penganutnya sendiri yang dapat memberi gambaran indah di mata-mata non muslim.

Maka dengan itu, laptopdarulfiqh.blogspot.com mencadangkan kepada seluruh ulama-ulama Islam menyokong cadangan kongres Kesatuan Pekerja untuk memendekkan waktu bekerja bagi kaum wanita di bulan Ramadhan. Kesemuanya bertujuan untuk mengemukakan dakwah islam terhadap non muslim melalui cara berkebajikan.

Sekian

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani
http://laptopdarulfiqh.blogspot.com

e mail : abu_abdillah_azzam@yahoo.com

[1]http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2007&dt=0805&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm
[2] Tafsir Ibni Kathir : 3/378.
[3] Sahih Al-Bukhari : 5/1959. hadis no : 4808
[4] Musnad Abi Ya’la : 4/340. Hadis no : 2455.

Sunday, August 05, 2007

MUNAQASYAH UCAPAN DASAR MUKTAMAR 53 DARI MINDAKU

MUNAQASYAH UCAPAN DASAR MUKTAMAR 53 DARI MINDAKU

Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden bagi Muktamar PAS ke 53, anjuran Badan Perhubungan Negeri Selangor telah diadakan. Seharian aku bersama dalam majlis yang amat berharga itu. Menghadiri sidang munaqasyah itu, menghasilkan banyak pandangan dan kritikan-kritikan yang dikemukakan oleh mereka yang berjawatan di Peringkat Kawasan, samada kritikan itu di tujukan kepada Kepimpinan Negeri, kepada Kepimpinan Kawasan dan seterusnya kepada Ahli seluruhnya.

Perbincangan akan menghasilkan natijah yang baik, sekiranya perbincangan itu tidak sekadar perbincangan semata-mata, bahkan memerlukan kepada tenaga dalam usaha perlaksanaan.

Punbegitu, perlaksanaan tidak akan berjaya, sekiranya pelaksana tidak wujud. Perlaksanaan juga tidak akan wujud sekiranya pelaksana itu melakukan perlaksanaannya sekadar melepaskan batuk di tangga.

Walaubagaimanapun, pengharapan dari perbincangan itu akan melahirkan satu gerak kerja yang tersusun, sebagai cara dalam usaha hendak mendaulatkan islam di muka bumi Allah yang tercinta.

SELAMATKAN DEMOKRASI

Demokrasi telah “dirogol bergilir-gilir” oleh pihak pemerintah. Berbagai-bagai penipuan dan penyelewengan telah dilakukan bagi memastikan golongan secular memerintah.

PAS yang menjadikan Demokrasi sebagai medan untuk menyampaikan dakwah telah berkali-kali menerima kekalahan dalam pilihanraya. Disebabkan PAS mengambil cara perjuangan salaf soleh, yang tetap menggunakan muwajahah silmiyyah selagi ada ruang, maka PAS tetap menggunakannya sebagai jalan untuk berdakwah kepada rakyat Malaysia agar rakyat mendapat kesedaran islam dan Politik.

Inilah perbezaan antara PAS dengan parti-parti yang lain. Jika dilihat kepada PKR yang dikepalai oleh Anwar Ibrahim, kesedaran Politik menjadi medan utama perjuangan mereka, tetapi PAS yang merupakan satu-satunya parti Islam di Malaysia, tidak sekadar kesedaran Politik sahaja yang diperjuangankan, bahkan yang paling utama adalah perjuangan untuk memberi kesedaran pemerintahan islam yang merupakan asas kekuatan umat Islam dari terjerumus kekancah kerosakan masyarakat.

TEGAKKAN KEADILAN

Keadilan merupakan kehendak fitrah insani dalam menjalani kehidupan. Tanpa keadilan, manusia pasti akan memberontak dan muka bumi Allah juga tidak akan menjadi aman. Ini adalah bersebab, kezaliman merupakan asas dalam kerosakan di atas muka bumi Allah SWT.

Tidak ketinggalan dalam menerima kezaliman adalah pihak pembangkang di dalam Negara yang terdiri daripada PAS, Keadilan, DAP dan sebagainya. ekoran dari itu, kezaliman demi kezaliman yang dilakukan pihak pemerintah terhadap pihak pembangkang, disamping rakyat juga dilakukan sedemikian rupa yang menyebabkan keadilan perlu ditegakkan dengan menggunakan segala usaha dan daya dari setiap pejuang-pejuang islam di Negara ini.

Menghapuskan kezaliman memerlukan kepada peralihan kuasa ditangan-tangan mereka yang zalim dengan digantikan kepada mereka yang berkeahlian dengan keadilan (bukan ahli parti keadilan).

Gambaran ini telah dinyatakan oleh Allah dalam firman-Nya;

إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَى أَهْلِهَا وَإِذَا حَكَمْتُمْ بَيْنَ النَّاسِ أَنْ تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ إِنَّ اللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُمْ بِهِ إِنَّ اللَّهَ كَانَ سَمِيعًا بَصِيرًا

Maksudnya;
“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan Segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum Dengan adil. Sesungguhnya Allah Dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran Yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat”

(Surah An-Nisa’ : 58)

dari firman Allah ini dengan jelas dinyatakan oleh Allah berkenaan dengan keadilan itu akan terlaksana, sekiranya pelaksana itu terdiri dari mereka yang berkeahlian dengan keadilan, iaitu mereka yang amanah dalam melaksanakan tugasan mereka. orang yang tidak mempunyai sifat amanah, mustahil akan berjaya untuk melaksanakan keadilan di muka bumi Allah ini.

PERJUANGAN RASULULLAH MENEGAKKAN KEADILAN

Rasulullah SAW merupakan nabi akhir zaman yang bukan sekadar mengajar manusia tentang peribadatan, bahkan telah mengajar manusia tentang kehidupan. Usaha menyampaikan Islam telah dilakukan oleh Baginda SAW bersama sahabat-sahabat R.HUM sehinggakan berbagai-bagai tekanan dan tindasan sebagai tindakan zalim dari pihak musuh telah dilakukan.

Setelah diamati, didapati berlakunya peperangan mu’tah di zaman Baginda SAW adalah bersebab kezaliman dari sudut media yang telah dilakukan oleh pihak musuh dalam menyampaikan dakwah islamiyyah. Pihak Rom Utara telah membunuh “wartawan” Rasulullah SAW yang bernama Al-Haris bin ‘Umar Al-Azdi yang menyebabkan Rasulullah SAW bertindak[1].

Mengetahui pembunuhan “media” Rasulullah SAW tersebut, Baginda SAW telah menyiapkan seramai 3000 orang pejuang dan memilih tiga orang sahabat untuk memimpin pasukan tentera islam, iaitu Zaid bin Harithah, Jaafar bin Abi Talib dan Abdullah bin Rawahah untuk menyerang pihak pemerintah Rom Timur yang telah mencabul media Islam ketika itu[2].

Begitujuga, Allah menggambarkan tentang tindakan Firaun yang telah melakukan kezaliman dengan menyekat media Nabi Musa A.S dalam menyampaikan dakwah tauhid. Firaun telah memperbodohkan rakyat mesir ketika itu dengan menanamkan doktrin membencikan Musa A.S yang menyampaikan islam.

Tindakan firaun itu telah dirakamkan oleh Allah dalam firman-Nya;

وَنَادَى فِرْعَوْنُ فِي قَوْمِهِ قَالَ يَا قَوْمِ أَلَيْسَ لِي مُلْكُ مِصْرَ وَهَذِهِ الْأَنْهَارُ تَجْرِي مِنْ تَحْتِي أَفَلَا تُبْصِرُونَ * أَمْ أَنَا خَيْرٌ مِنْ هَذَا الَّذِي هُوَ مَهِينٌ وَلَا يَكَادُ يُبِينُ * فَلَوْلَا أُلْقِيَ عَلَيْهِ أَسْوِرَةٌ مِنْ ذَهَبٍ أَوْ جَاءَ مَعَهُ الْمَلَائِكَةُ مُقْتَرِنِينَ * فَاسْتَخَفَّ قَوْمَهُ فَأَطَاعُوهُ إِنَّهُمْ كَانُوا قَوْمًا فَاسِقِينَ


Maksudnya;
“dan Firaun pula menyeru (dengan mengisytiharkan) kepada kaumnya, katanya: "Wahai kaumku! Bukankah kerajaan negeri Mesir ini - Akulah Yang menguasainya, dan sungai-sungai ini mengalir di bawah (istana) ku? tidakkah kamu melihatnya? * . "Bahkan Bukankah Aku lebih baik daripada orang Yang hina keadaannya ini, dan Yang hampir-hampir tidak dapat menjelaskan perkataannya? * . "(Kalau betul ia seorang Rasul) maka sepatutnya ia dipakaikan (oleh Tuhannya) gelang-gelang emas (yang menandakan ia seorang pemimpin), atau datang malaikat bersama-sama dengannya (sebagai saksi tentang kebenarannya)?" * (dengan Yang demikian), maka Firaun memperbodohkan kaumnya, lalu mereka mematuhinya; Sesungguhnya mereka itu adalah kaum Yang fasik – derhaka”

(Surah Az-Zukhruf : 51-54)

Dalam menafsirkan makna فَاسْتَخَفَّ قَوْمَهُ, Imam Ibnu Kathir menyatakan maksudnya adalah “merendahkan akal kaumnya disamping menyeru kaumnya dengan kesesatan[3]”. Adapun Imam Al-Baidhawi pula menafsirkan, maksudnya adalah “merendahkan pengharapan dan cita-cita kaumnya[4]

Berdasarkan kepada tafsiran kedua-dua ulama ini, didapati bahawa, tindakan Firaun itu menepati dengan tindakan yang telah dilakukan oleh pihak UMNO/BN yang merupakan kerajaan yang memerintah sekarang.

Pihak UMNO/BN telah merendahkan akal rakyat Malaysia disamping menyeru dengan kesesatan Islam Hadhari yang hakikatnya sebagai cara untuk mempengaruhi rakyat Malaysia agar menerima fahaman secular-kebangsaan yang diperjuangankan oleh mereka.

Begitujuga, Pihak UMNO/BN telah merendahkan pengharapan dan cita-cita rakyat Malaysia yang menghendaki berada di sebuah Negara yang aman dan berkebajikan dengan tidak menaikan harga barang, disamping hasil mahsul Negara dapat di rasai oleh rakyat secara melata bukan dirasai oleh golongan kroni-kroni sahaja.

Disebabkan UMNO/BN mempunyai perinsip politik yang serupa dengan firaun, maka tindakan memperbodohkan rakyat telah dilakukan. Antara tindakan UMNO/BN adalah dengan mempergunakan media sedia ada untuk memburukkan pihak pembangkang, yang tindakan itu sama seperti tindakan firaun yang menanam dokrin membencikan Nabi Musa A.S terdahulu.

PAS LAYAK MEMPELOPORI PERJUANGAN MENEGAKAN KEADILAN

Jika diperhatikan kepada kelayakan dalam perjuangan menegakkan keadilan, didapati PAS adalah satu-satunya parti yang layak dengan perjuangan ini. Ini adalah kerana, keadilan akan terhasil sekiranya kepimpinan Negara ini terdiri dari mereka yang amanah dengan tugasan mereka. ini didasari kepada firman Allah dalam surah an-nisa’ ayat 58 yang telah dinyatakan di atas.

Sesuatu amanah dapat dilaksanakan dengan sebaiknya jika dosa dan pahala menjadi asas dalam kehidupan manusia. Tanpa perasaan dosa dan pahala, sesuatu amanah akan dilakukan berbentuk lakonan sahaja, yang memungkinkan manusia tidak akan beramanah dikala berada berjauhan dari mata-mata manusia yang akhirnya mereka akan melakukan kezaliman secara sengaja atau tidak.

PAS yang menjadikan islam sebagai dasar perjuangan yang menyebabkan PAS sentiasa bercakap berkenaan dosa dan pahala, yang sememangnya tidak akan berlaku dalam parti-parti yang lain. ekoran dari itulah, PAS sahaja yang layak dengan perjuangan dalam menegakan keadilan di Malaysia.

Walaubagaimanapun, usaha hendak menegakan keadilan ini tidak akan berjaya, sekiranya program tarbiyyah tidak berjaya dilaksanakan. Dengan tarbiyyah, PAS akan berjaya melahirkan pejuang dan rakyat yang mengenali dosa dan Pahala, disamping menjadikan kefahaman islam sebagai focus utama dalam memahamkan manusia dengan kesedaran politik yang berlaku.

Ekoran dari itu, tidak sepatutnya PAS sekadar memahamkan ahli-ahlinya dengan strategi peperangan pilihanraya semata-mata, bahkan wajib bagi ahli-ahli PAS mendalami ilmu Islam secara sahih bagi memastikan PAS berjaya melahirkan murabitun yang sentiasa ikhlas dengan perjuangan islam, juga sebagai petugas yang sentiasa bekerja dalam memenangkan islam di Negara ini.

Segala usaha ini tidak akan berjaya dilaksanakan, sekiranya PAS tidak menjadikan tarbiyyah sebagai kerja penting dalam pergerakannya.

Pembuktian ini dapat dilihat melalui sejarah, bagaimana tindakan yang telah dilakukan oleh Sultan Salahuddin Al-Ayyubi yang telah berjaya mentarbiyyah tentera-tenteranya yang sentiasa beribadat dan mempunyai hati yang sentiasa bertaut dengan Allah dalam segala hal. Golongan yang mendapat tarbiyyah inilah telah dijadikan sebagai tentera utama dalam menentang tentera salibiyyah yang memberi kemenangan yang gemilang kepada Islam.

ISLAM MENYEDIAKAN KEBAJIKAN KEPADA SELURUH MANUSIA

PAS mempunyai masa depan yang cerah untuk memerintah Malaysia. kejayaan ini dapat dilihat sekarang, bagaimana golongan non - muslim (mereka bukan kafir, tetapi belum beriman) sanggup berada dibawah naungan pemerintahan PAS.

Didapati, golongan yang kuat melawan PAS bukanlah dari kalangan non-muslim, tetapi musuh tegar PAS adalah golongan berbangsa melayu yang mendakwa beragama Islam.

Maka dengan keadaan inilah, mungkin PAS perlu melakukan satu anjakan baru dengan mengalihkan focus kempen Islam terhadap golongan non muslim dengan mengemukakan cirri-ciri kebaikan islam kepada mereka seperti kebajikan, akhlak dan sebagainya

Melihat reality yang berlaku, mewajibkan kita melihat kepada kandungan firman Allah;

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا مَنْ يَرْتَدَّ مِنْكُمْ عَنْ دِينِهِ فَسَوْفَ يَأْتِي اللَّهُ بِقَوْمٍ يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّونَهُ

Maksudnya;
“Wahai orang-orang Yang beriman! sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya, maka Allah akan mendatangkan suatu kaum Yang ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan dia”

(surah Al-Maidah : 54)

Menurut Imam Ibnu kathir, yang dimaksudkan dengan mereka yang berpaling tadah dari agamanya (من يرتد) dalam ayat ini adalah “golongan yang tidak mahu melaksanakan syariah dan tidak mahu menolong agama Allah SWT”[5].

Melihat kepada tafsiran Imam Ibni Kathir ini, disamping melihat kepada reality yang berlaku, betapa perlunya PAS mewujudkan focus dakwah kepada golongan non muslim, dengan harapan mereka memeluk Islam atau mereka beristiqamah dengan sokongan terhadap islam.

Ianya adalah bersebab, bangsa melayu yang beragama Islam merupakan bangsa yang tidak boleh diharapkan lagi dalam mempertahankan Islam, bahkan keadaan yang berlaku, bangsa melayulah merupakan bangsa yang paling kuat menentang Islam dan menentang perjuangan mendaulatkan agama Allah.

Firman Allah;

وَإِنْ تَتَوَلَّوْا يَسْتَبْدِلْ قَوْمًا غَيْرَكُمْ ثُمَّ لا يَكُونُوا أَمْثَالَكُمْ

Maksudnya;
“dan jika kamu berpaling (daripada beriman dan bertaqwa) ia akan menggantikan kamu Dengan kaum Yang lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu”

(Surah Muhammad : 38)

PENUTUP

Segala ulasan ini merupakan pandangan peribadiku dalam perjuangan islam yang berwadahkan PAS. Padaku, Tarbiyyah merupakan tugasan penting perlu dilakukan untuk melihat PAS berjaya untuk memerintah.

Mungkin ada kata-kata menyatakan, tarbiyyah PAS diperingkat negeri Selangor tidak berjaya, ianya dilihat tentang kekacauan ahli-ahli PAS di negeri selangor setelah kekalahan PAS dalam pilihanraya yang lalu.

Padaku, tarbiyyahan PAS di peringkat negeri selangor tidak berjaya bukan kerana manhajnya, tetapi disebabkan pengerusi tarbiyyahnya yang tidak pernah istiqamah dengan manhaj tarbiyyah.

Apabila dilihat kehebatan PKS, diambilnya manhaj tarbiyyah PKS. Apabila dilihat semangat jihad di Lubnan, maka dikiblatkan tarbiyyah ini kepada lubnan. Sikap yang tidak istiqamah inilah, yang menyebabkan tarbiyyah PAS di Selangor agak kurang berjaya, sedangkan PAS sendiri mempunyai manhaj tarbiyyah tersendiri yang sepatutnya dijadikan silibus dalam program-program PAS.

Orang melayu di Malaysia yang biasa dengan makan nasi, lalu menukarkan menu makanannya dengan roti disebabkan melihat kegelojohan bangsa arab yang makan roti disamping malas hendak masak nasi. Lalu, dalam jangka dua atau tiga minggu, mungkin orang melayu tadi tidak lagi sanggup makan roti disebabkan muak dengan roti, dan beralih balik kepada nasi, disebabkan nasi merupakan makanan asasi bagi mereka yang berbangsa melayu di Malaysia

Maka begitujugalah, manhaj tarbiyyah PAS di Malaysia. PAS mempunyai manhaj tarbiyyahnya tersendiri, lalu disebabkan kemalasan dalam mencari dan bertanya khabar, disamping sering melancong di Negara luar, menyebabkan pengerusi tarbiyyah PAS selangor mengambil manhaj tarbiyyah dari luar. Disebabkan waqi’ Malaysia tidak mempunyai kesamaan dengan dunia luar, menyebabkan manhaj tarbiyyah mereka agak tidak serasi dan akhirnya terpaksa kembali kepada manhaj tarbiyyah sedia ada.

Tulisan adalah sekadar pandangan peribadiku yang tidak lepas dari kesilapan dan kesalahan. Sekiranya ada kebaikan, maka terimalah seadanya, dan sekiranya ianya menyalahi dengan kejayaan dan kemenangan islam, maka campakkannya ke “dinding”.

Mudah-mudahan kita semua mendapat hidayah dan petunjuk dari Allah.

Sekian

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani
http://laptopdarulfiqh.blogspot.com

e mail : abu_abdillah_azzam@yahoo.com











[1] Fiqh Al-harakah dari Sirah Nabawiyyah : 3/17-18
[2] 10 Pahlawan penyebar islam : m/s 12.
[3] Tafsir Ibni Kathir : 4/131.
[4] Tafsir Al-Baidhawi : 5/149.
[5] Tafsir Ibni Kathir : 2/70.

Friday, August 03, 2007

APAKAH PUNCA SEBENAR ORANG JADI MURTAD?

APAKAH PUNCA SEBENAR ORANG JADI MURTAD?

Berbagai-bagai manusia bercakap berkenaan murtad dari sudut undang-undang. Bermula dari mereka yang muslim hinggakan mereka yang masih belum memeluk Islam. Perbincangan demi perbincangan telah dilakukan, akhirnya melahirkan satu polimik perbincangan keilmuan yang tidak memberi kesan baik dapat menyelamatkan aqidah umat islam di Negara ini. Yang ada hanyalah, perbincangan untuk memahamkan manusia bidang kuasa hukuman murtad yang perlu di lakukan didalam Negara.

Aku amat benci kepada golongan yang suka berdebat dari sudut akademi, tetapi tidak disertai dengan tindakan untuk menyelami sendiri masalah yang sebenar individu-individu murtad tersebut.

Perbincangan dari sudut akademi tidaklah salah, tetapi yang salahnya adalah, apabila perbincangan itu sekadar melahirkan kertas kerja dan kenyataan media yang menguntungkan dari sudut publisiti murahan seperti yang dilakukan oleh sebilangan pihak, tetapi tindakan mereka itu sebenarnya adalah haprak.

Yang lebih mencelakakan lagi, apabila golongan ini hanya lebih mementing gerak kerja yang bersifat “boleh di mediakan”, lalu dilihat sebagai gerak kerja yang berjalan, disamping terus mendakwa golongan lain sebagai “tin kosong”, sedangkan hakikat sebenar, merekalah golongan Tin Kosong yang lebih kuat bunyinya berbanding isinya.

Apakah dengan sebab mereka sentiasa mengadakan Demonstrasi itu sudah cukup mereka berkata mereka sebagai Tin yang berisi? Sedangkan, disebabkan kesentiasaan mengadakan Demonstasi sehinggakan golongan luaran melebelkan mereka sebagai satu organisasi demonstarasi yang tidak lebih dari itu.

Demonstrasi bukanlah focus perbincanganku, tetapi perbincanganku adalah, mengadakan demonstari tidak akan berjaya menggegarkan dunia sekiranya tidak dihadiri pendokong-pendokong yang memahami isu yang sebenar.

Lihat sahaja di Iran, bagaimana Ayatullah Khumaini berjaya mewujudkan revolusi Iran yang berjaya menggulingkan Shah Iran. Tindakan Khumaini itu, bukannya bermula dengan demonstrasi, tetapi dimulakan dengan penerapan kefahaman dikalangan pejuang-pejuang dan rakyat-rakyat tentang isu yang sebenar yang akhirnya melahirkan pejuang-pejuang berani mati yang berjaya menggulingkan Shah Iran ketika itu.

Begitujuga, cetusan peperangan salib yang dilakukan oleh Pope Urban II yang merupakan Ketua Paderi Dunia ketika itu. Ianya bukan dimulakan dengan satu demonstrasi, tetapi ianya dimulakan dengan penerapan doktrin jahat Kristian terhadap paderi-paderi Kristian dalam perhimpunan paderi-paderi sedunia yang bertempat di Perancis pada tahun 1095. Doktrin itu bermula dari dikalangan paderi-paderi yang telah menyebarkannya di seluruh pelusuk dunia yang akhirnya berlaku peperangan salib pada tahun 1096 yang peperangan tersebut mengambil masa selama 200 tahun.

Dan yang lebih penting perlu dilihat adalah, bagaimana tentera pimpinan salahuddin Al-Ayyubi berjaya mengalahkan tentera salib ini. Perjuangan memberi kefahaman dikalangan umat Islam telah dimulakan oleh Sultan Salahuddin Al-Ayyubi. Kefahaman yang mendalam sehinggakan lahir tentera-tentera Islam yang benar-benar taat kepada Allah dan akhirnya tentera-tentera islam inilah yang berjaya mengalahkan tentera salib.

Apa yang dinyatakan dalam ulasanku ini adalah, demonstrasi bukanlah cara permulaan dalam menggegarkan dunia, tetapi permulaan tindakannya adalah berusaha memberi kefahaman terhadap isu yang sebenar. Dengan tindakan ini, baru demonstrasi yang akan dijalankan akan melahirkan natijah yang baik dan berjaya.

KRISIS APAKAH YANG SEBENAR?

Berbalik kepada isu murtad, sebagai seorang yang pernah terlibat secara langsung dalam menghadapi golongan orang yang sudah dan sedang dimurtadkan, aku dapat mengambil beberapa kesimpulan, kemurtadan yang sedang menimpa bukanlah berpunca dari krisis undang-undang yang terkandung dalam perlembagaan, tetapi krisis yang sebenar adalah, bermula dengan krisis kehidupan individu-individu murtad itu sendiri.

Dalam blog “laptopdarulfiqh.blogspot.com” ini, Aku sendiri pernah menceritakan pengalamanku menyusup masuk kedalam gereja kristian di Petaling Jaya, disana kami mendapati, individu-individu murtad disana bukanlah kerana mereka meyakini dengan ajaran kristian, tetapi mereka berani mengisytiharkan murtad adalah bersebabkan kesempitan hidup mereka yang telah berjaya diambil kesempatan oleh pihak gereja untuk memurtadkan mereka keluar dari Islam.

Begitujuga, berkenaan dengan sebuah keluarga yang sedang diusahakan murtad oleh seorang paderi Kristian yang berbangsa India di Cheras. Di sana kami dapat melihat, punca si keluarga yang hendak dimurtadkan itu adalah masalah kehidupan mereka yang tertekan, bermula dari masalah suami yang tidak bertanggungjawab sehinggakan anak yang menghadapi masalah kesihatan yang diabaikan oleh pihak tertentu (antaranya pihak Pejabat Agama dan PPZ) yang akhirnya mereka mencari perlindungan dari pihak Gereja untuk menyelesaikan masalah mereka.

Dengan usaha mereka yang ingin mendapat perlindungan dari pihak gereja itu menyebabkan pihak gereja mengambil kesempatan untuk menyampaikan dakyah kristian yang akhirnya mereka menjadi murtad, terkeluar dari islam.

Secara umumnya dapat difahami, isu murtad yang sedang menyerang aqidah umat Islam di Negara ini adalah bersebabkan tugasan yang wajib dilaksanakan oleh pihak berkuasa tidak berlaku. Kalau ianya di wartakan perlaksanaannya, tetapi perlaksanaannya dilakukan secara sambil lewa yang akhirnya melahirkan satu situasi, orang Islam sendiri sudah menyampah kepada Islam bersebabkan tindakan pihak berkuasa Islam juga.

Apa yang memelikkan, sebagai institusi Islam, selayaknya gerakan memajukan kefahaman islam dilaksanakan dikalangan umat Islam, tetapi yang menyedihkan, ceramah-ceramah agama di masjid dan surau yang bersifat berani akan dipantau dan akhirnya menutupnya.

Yang lebih teruk adalah, golongan yang menyekat program keagamaan ini adalah mereka-mereka yang berpendidikan tinggi dalam agama. Golongan ustaz-ustaz JAIS, Imam-Imam periuk nasi, pengerusi dan nazir masjid adalah golongan yang menjadi pelopor dalam menyekat program sebegini.

Golongan “Imam-imam sial” ini lebih berbangga dengan pembinaan dan kecantikan pada bangunan masjid, tetapi mereka tidak pernah merasa bersalah disebabkan program-program penerapan kefahaman islam tidak dilakukan di masjid-masjid dibawah jagaan mereka.

Inilah pemerintahan Islam Hadhari yang hakikatnya bersifat badawi didalam bukit dan di Padang Pasir, bahkan hakikatnya lebih teruk dari rimba yang dihuni binatang-binatang yang tidak berakal. Pengamalan islam yang selayaknya di lakukan telah diabaikan, disamping mereka tetap mengamalkan undang-undang rimba, lalu dijenamakan sebagai islam Hadhari.

HAK ORANG ISLAM DI CABUL OLEH PEMERINTAH DAN AGAMAWAN

Melihat kepada situasi yang berlaku, kita dapat melihat bahawa, banyak hak-hak orang islam di Negara ini telah di cabuli. Isu kekalahan pertukaran nama yang didesak oleh Lina Joy hanya kalah sekadar kalah, tetapi kekalahan itu tidak meletakan satu kesalahan terhadap Lina Joy yang wajib dijatuhkan hukuman yang selayaknya. Ini merupakan pencabulan hak umat Islam terhadap isu murtad yang telah dilakukan oleh pihak pemerintah.

Yang lebih menyedihkan lagi adalah, usaha “istitabah” atau meminta bertaubat terhadap orang murtad yang wajib dilakukan telah diabaikan oleh golongan agamawan. Golongan mufti hanya pandai berpidato atas mimbar-mimbar dengan menampakan diri mereka sebagai orang yang berilmu, tetapi dalam masa yang sama, mereka sendiri tidak menyelami masalah yang hakikatnya berlaku.

Golongan mufti sudah menjadi “barua” kepada pihak pemerintah yang tidak pernah “memeningkan kepala” terhadap isu murtad ini. Golongan ini sekadar menjadi juru cakap dalam memenangkan golongan yang melawan islam disamping menimbulkan perbincangan dan “berkepala batu” dalam perkara yang bersifat khilafiyyah.

Golongan ini tidak lagi berani memperkatakan kebenaran disebabkan habuan dunia yang mereka cari. Disebabkan “rice cooker”, mereka menyembunyikan perkara yang sepatutnya disampaikan kepada manusia, disamping menimbulkan perbincangan yang tidak penting dengan tujuan menampakkan dirinya sebagai “mufti yang bekerja”.

Firman Allah;

إِنَّ الَّذِينَ يَكْتُمُونَ مَا أَنْزَلْنَا مِنَ الْبَيِّنَاتِ وَالْهُدَى مِنْ بَعْدِ مَا بَيَّنَّاهُ لِلنَّاسِ فِي الْكِتَابِ أُولَئِكَ يَلْعَنُهُمُ اللَّهُ وَيَلْعَنُهُمُ اللَّاعِنُونَ

Maksudnya;
“Sesungguhnya orang-orang Yang menyembunyikan apa Yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di Dalam Kitab suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk”

(surah Al-Baqarah : 159)

Dan juga firman Allah;

إِنَّ الَّذِينَ يَكْتُمُونَ مَا أَنْزَلَ اللَّهُ مِنَ الْكِتَابِ وَيَشْتَرُونَ بِهِ ثَمَنًا قَلِيلًا أُولَئِكَ مَا يَأْكُلُونَ فِي بُطُونِهِمْ إِلَّا النَّارَ وَلَا يُكَلِّمُهُمُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَلَا يُزَكِّيهِمْ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ

Maksudnya;
“Sesungguhnya orang-orang Yang menyembunyikan (meminda atau mengubah) apa-apa keterangan Kitab suci Yang telah diturunkan oleh Allah, dan membeli dengannya keuntungan dunia Yang sedikit faedahnya, mereka itu tidak mengisi Dalam perut mereka selain dari api neraka, dan Allah tidak akan berkata-kata kepada mereka pada hari kiamat, dan ia tidak membersihkan mereka (dari dosa), dan mereka pula akan beroleh azab seksa Yang tidak terperi sakitnya”

(Surah Al-Baqarah : 174)


BUKA MATA, BUKA MINDA, CERMIN DIRI !!!!!

Sekian
Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani
http://laptopdarulfiqh.blogspot.com

e mail : abu_abdillah_azzam@yahoo.com