Friday, September 28, 2007

UMNO SANGGUP BUNUH ORANG PAS

Baru-baru ini, aku ditugaskan untuk menemui OCPD Gombak untuk memohon Permit Ceramah yang dianjurkan oleh UPU Pas Kampung Melayu. Dalam pemergianku itu, didapati OCPD sedang bercuti, dan kami diminta untuk berjumpa dengan ketua SB daerah.

Dalam pertemuan itu, banyak perkara yang kami bincangkan, terutama dalam perkara yang melibatkan kepada permit... permohonan kami itu tidak diterima, dan kami tetap menghormati keputusan polis dengan menganjurkan ceramah tersebut didalam premis Mazkaz UPU Pas Cawangan Kg melayu.

dalam perbincangan kami itu, Ketua SB seakan-akan menyalahkan PAS dalam semua kes yang melibatkan keselamatan. Beliau seakan-akan menyatakan, PAS adalah parti ganas yang sering mencetuskan huru hara.

(sila lihat klip video ini : ini bukan budaya kita, tetapi budaya orang yang tamak kuasa)




Keadaan demikian menyebabkan aku tidak berpuas hati dan bertanya beberapa soalan bertubi-tubi yang tidak dapat di jawab oleh Ketua SB berkenaan.

Beliau menuduh bahawa PAS ganas. Aku bertanya, adakah wujud dalam sejarah orang PAS bunuh orang UMNO? beliau menjawab tiada. Aku bertanya lagi, Adakah wujud dalam sejarah orang PAS kena bunuh dengan Orang UMNO? dia menjawab tiada juga. aku bertanya, adakah beliau mengenali dengan samad gol dan Ustaz Ibrahim Libya? beliau menjawab, kenal.

Mendengar jawapan beliau, aku bertanya, siapa yang bunuh dua orang aktivis PAS ini? dia menjawab, orang UMNO...

dengan jawapan itu menyebabkan ketua SB itu senyap seribu bahasa dari berbicara selepas itu...

tetapi, kali ini, ada berita terbaru yang dilakukan oleh pihak UMNO terhadap orang PAS..

hakikatnya, parti Assobiyyah taghut yang bernama UMNO ini sanggup membunuh orang PAS bagi mempertahankan maksiat syirik yang diamalkan oleh parti tersebut.

disini di lampirkan berita terbaru tentang kejadian cubaan membunuh orang PAS di Parlimen Pandan...

LAPORAN POLIS TENTANG CUBAAN MEMBUNUH NAIB YANG DIPERTUA PAS KAWASAN PANDAN OLEH AJK PEMUDA UMNO AKAN DIBUAT





Satu laporan polis akan dibuat tentang cubaan membunuh Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Pandan, Sdra. Suhaimi Ghazali tengah hari tadi di hadapan Masjid Nurul Hidayah, Kg. Pandan Dalam, Selangor.

Selepas solat Jumaat tadi, Sdra. Suhaimi yang sedang mengedarkan risalah Ramadhan khusus untuk ahli-ahli PAS telah dengan tiba-tiba diserang oleh seorang lelaki.

Lelaki tersebut telah menumbuk beliau beberapa kali. Lelaki itu kemudian telah beredar dari tempat itu tetapi telah mengugut Sdra. Suhaimi supaya meninggalkan kawasan itu dengan segera.

Lebih kurang 10 minit kemudian, lelaki tersebut telah kembali dengan sebatang kayu dan terus menyerang dan memukul beliau bertubi-tubi kali sebelum ditahan oleh orang ramai.

Akibat dari serangan itu Sdra. Suhaimi telah cedera di kepala, tangan dan kaki.

PAS Kawasan Pandan memandang serius akan kejadian ini.

Lebih-lebih lagi penyerang tersebut dikenali sebagai seorang AJK Pemuda UMNO Cawangan di Kg. Pandan. Beliau juga pernah menyerang dan menumbuk seorang AJK Pemuda PAS Kawasan Pandan beberapa tahun yang lalu.

Oleh itu satu laporan polis akan dibuat di Ibu Pejabat Polis Ampang Jaya, Taman Dagang, Selangor pada hari Sabtu 29 September 2007, jam 11.00 pagi.

PAS Kawasan Pandan mahu penyerang yang tidak bertamaddun ini dan yang tidak menghormati bulan Ramadhan yang mulia ini dihukum.

Iskandar Abdul Samad
Yang Dipertua PAS
Kawasan Pandan
28 September 2007
Tel : 019-298 9835
E-Mel : pas_pandan@yahoo.com

Wednesday, September 26, 2007

CIRI-CIRI JEMAAH ISLAM YANG SEBENAR

CIRI-CIRI JEMAAH ISLAM YANG SEBENAR


MUQADDIMAH

Sabda Nabi SAW;

لَا تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي يُقَاتِلُونَ عَلَى الْحَقِّ ظَاهِرِينَ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ

Maksudnya;
“sentiasa ada satu golongan dari umatku yang berperang atas kebenaran dalam keadaan menzahirkannya hingga hari kiamat[1]

Jemaah Islam atau dipanggil juga sebagai gerakan Islam merupakan satu tuntutan yang lahirnya disebabkan kejatuhan khalifah Islam yang terakhir, iaitu di turki pada tahun 1924. Ekoran dari kejatuhan khalifah islam itu menyebabkan, dunia dan umat Islam di timpa dengan pelbagai kekusutan disamping diserang dengan pelbagai serangan yang datang dari musuh Islam, samada musuh Islam itu dari kalangan mereka yang non muslim, juga dari mereka yang beranggapan mereka beragama Islam.



.



Kejatuhan khalifah islam telah menyebabkan ramai ulama-ulama Islam telah berijtihad dengan ijtihad yang disandarkan kepada nas agar melakukan sesuatu tindakan dalam menghadapi kehinaan yang telah dilakukan oleh musuh Islam terhadap islam ketika itu.

Dari itu, lahirlah insane-insan yang nama-nama mereka yang sering disebut sejarah disebabkan hasil perjuangan mereka dalam pembentukan gerakan islam di seluruh dunia. Maka itu, boleh dikatakan mejoriti umat Islam akan menyenali insane yang bernama As-Syahid Imam Hassan Al-Banna, As-Syahid Sayed Qutub, As-Syaikh Said Hawa, Abu ‘Ala Al-Maududi, As-Syahid Dr Abdullah Yusuf Al-Azzam, As-Syaikh Abu Bakar Al-Bakir dan banyak lagi.



Kelahiran ulama-ulama haraki ini adalah menggambarkan betapa perjuangan untuk mengembalikan khalifah yang hilang itu telah diijtihadkan dengan wadah perjuangan yang disebut sebagai “jamaah islam” atau “gerakan islam”.

Ekoran dari itulah, lahirnya banyak gerakan-gerakan islam di dunia, seperti Al-Ikhwan Al-Muslimin di Mesir, Jamaat Islami di Benua India, PAS di Malaysia dan banyak lagi.



Maka dari itu, lahirnya pelbagai gerakan Islam di dunia ini disebabkan pelbagai tempat. Walaupun begitu, Kadangkala berlaku juga kelahiran gerakan Islam yang pelbagai dalam sesesuatu tempat. Kelahiran ini telah mengakibatkan kebingungan sesetengah muslim dalam menentukan sesuatu gerakan itu bertepatan dengan kehendak gerakan Islam atau tidak.



Justeru itu, dalam penulisan ringkas ini, akan dijelaskan cirri-ciri gerakan Islam yang sebenar. Mudah-mudahan ianya memberi manfaat kepada semua pembaca.

ASAS JEMAAH ISLAM

Asas bagi gerakan islam adalah firman Allah SWT;

وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً

Maksudnya;
“dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi"

(surah Al-Baqarah : 30)

Firman Allah dalam ayat ini pada asasnya menceritakan tentang penciptaan Adam AS. Penciptaan Adam bukanlah sekadar untuk mewujudkan makhluk di bumi Allah semata-mata, tetapi disana terdapat tanggungjawab yang lebih besar, iaitu melaksanakan tuntutan ilahi di atas bumi Allah.

Tuntutan Ilahi itu tidak dibataskan kepada perlaksanaan tuntutan dari sudut aqidah uluhiyyah sahaja, iaitu seperti mendidik manusia dalam perkara ibadat yang bersifat khusus, seperti solat, zakat, zikir dan sebagainya. Bahkan, disana ada tuntutan besar yang perlu di tunaikan oleh manusia, iaitu melaksanakan tuntutan yang terkandung dalam aqidah rububiyyah, iaitu perlaksanaan Islam secara menyeluruh didalam pentadbiran dunia.

Maka dengan itu, sesuatu perkara yang telah diharamkan oleh Allah, perlu dinyatakan pengharamannya disamping pengharaman itu perlu dilaksanakan dalam pentadbiran. Begitujugalah sebaliknya.

Pun begitu, dikalangan manusia itu, ada sebilangan mereka yang mempunyai kehendak nafsu yang terlalu kuat menyebabkan lahirnya golongan yang melanggar tuntutan Allah ini. Ekoran dari itu, mereka menghalalkan perkara yang Allah haramkan, begitujuga mengharamkan perkara yang telah di halalkan oleh Allah SWT.

Tindakan golongan ini samalah seperti yang telah dilakukan oleh golongan yahudi dan nasrani. Keadaan ini sangat jelas dinyatakan oleh Allah dalam firman-Nya;

اتَّخَذُوا أَحْبَارَهُمْ وَرُهْبَانَهُمْ أَرْبَابًا مِنْ دُونِ اللَّهِ

Maksudnya;
“mereka (ahli Kitab) menjadikan pendita-pendita dan Ahli-ahli ugama mereka sebagai pendidik-pendidik selain dari Allah”

(surah At-Taubah : 31)

Menurut Imam Al-Qurtubi, ahli ilmu Ma’ani menyatakan, maksud golongan ahli kitab menjadikan pendeta-pendeta dan ahli-ahli ugama mereka sebagai “arbab” atau pendidik-pendidik dalam firman Allah ini adalah, mereka mentaati segala perkara yang dinyatakan oleh pendeta-pendeta dan ahli-ahli ugama mereka[2].

Maksud ahli ilmu ma’ani dikuatkan lagi dengan hadis daripada Abi Al-Bakhtari;

سئل حذيفة عن قول الله عز وجل اتخذوا أحبارهم ورهبانهم أربابا من دون الله هل عبدوهم فقال لا ولكن أحلوا لهم الحرام فاستحلوه وحرموا عليهم الحلال فحرموه

Maksudnya;
“Khuzaifah di tanya berkenaan firman Allah “mereka menjadikan pendeta-pendeta dan ahli-ahli agama mereka pendidik selain dari Allah”. adakah mereka menyembah mereka? lalu berkata, tidak, tetapi mereka menghalalkan kepada mereka perkara yang haram, lalu mereka menghalalkannya, dan mengharamkan atas mereka perkara yang halal, lalu mereka mengharamkannya[3]

dari firman Allah SWT dan tafsirannya dari hadis Nabi SAW, jelas kepada kita, perlaksanaan Islam itu tidak cukup sekadar dalam perkara ibadat khusus sahaja, bahkan perkara yang besar dari itu adalah melaksanakan tuntutan Al-Quran dalam sudut pemerintahan yang sememangnya tidak lepas dari urusan dosa dan pahala.

Apabila kandungan Aqidah Uluhiyyah dan rububiyyah ini tidak dapat dilaksanakan, maka usaha kearah kewujudannya adalah sesuatu perkara yang wajib.

Usaha untuk mewujudkannya tidak dapat dilakukan dengan secara bersendirian, maka disitu lahirnya jemaah-jemaah islam dalam menghadapinya. Semuanya adalah bertujuan untuk mengembalikan khalifah islam yang dapat mendaulatkan islam dalam pemerintahan.

Kaedah fiqh menyatakan;

وما لا يتم الواجب إلا به فهو واجب

Maksudnya;
“tidak sempurna perkara wajib melainkan dengannya, maka ia adalah wajib”



JEMAAH ISLAM ADALAH WADAH

Jemaah islam merupakan wadah dalam berusaha untuk mencapai matlamat perlaksanaan islam. sesuatu wadah tidak dapat dijanjikan kemenangan oleh Allah sekiranya tidak disertai dengan cirri-cirinya yang bersesuaian dengan kehendak Allah.

Maka dengan demikian, antara cirri-ciri jemaah Islam yang perlu diketahui oleh ahli-ahli jemaah islam adalah seperti berikut;

a. MENJADIKAN AL-QURAN DAN AL-HADIS SEBAGAI SANDARAN ASAS

Al-Quran dan Al-Hadis merupakan asas dalam penentuan sesuatu jemaah itu benar-benar berada dilandasan yang betul atau tidak.

Sandarannya adalah hadis;

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال قال رسول الله (ص) إني قد تركت فيكم شيئين لن تضلوا بعدهما كتاب الله وسنتي

Maksudnya;
“Daripada Abu Hurairah RA yang berkata, Bersabda Nabi SAW; aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, tidak akan sesat selepas kedua-duanya, iaitu Kitabullah dan Sunnahku[4]

Jemaah islam yang sebenar adalah jemaah yang menyediakan islam sebagai alternative kepada manusia. Segala penyelesaian dalam menghadapi isu dan keadaan dikembalikan kepada kandungan Al-Quran dan As-hadis.

Jemaah yang menyediakan selain Islam sebagai bahan alternative, seperti menyediakan penyelesaian isu dengan merujuk kepada pandangan-pandangan barat semata-mata, pandangan ahli-ahli falsafah, tanpa dirujuk kepada kandungan Al-Quran dan Al-Hadis merupakan jemaah yang bukan jemaah islam.

Disamping itu juga, ijtihad yang berasaskan kepada kandungan Al-Quran dan As-Sunnah juga menjadi punca penentuan kepada sesuatu jemaah itu adalah jemaah islam yang sebenar atau tidak.

Jemaah islam perlu menyediakan “badan ijtihad” dalam menghadapi kemungkinan-kemungkinan yang berlaku di zaman kini, tetapi tidak didapati di zaman dahulu. maka dengan itu, kemungkinan-kemungkinan itu pasti berlaku dan perlu kepada kajian secara ijtihadi bagi menyelesaikannya berasaskan kepada kandungan Nas.

Perkara ijtihadi tersebut tidak diperlukan sangat dalam perkara yang berbentuk “ijtihad nassi”, tetapi yang paling penting adalah mewujudkan “ijtihad tatbiqi” atau “ijtihad tanzili” dalam menyesuaikan sesuatu kejadian dengan nas-nas.

Dari keadaan ini, mana-mana gerakan atau jemaah yang menjadikan sandaran hukumnya yang tidak diasaskan kepada dua perkara ini, disamping tidak menyediakan persiapan ijtihad dalam menghadapi isu dan keadaan, maka jemaah tersebut tidak boleh disebut sebagai jemaah islam yang sebenar.

b. AQIDAH AHLI SUNNAH WA AL-JAMAAH

Jemaah islam yang sebenar adalah jemaah yang mendokong aqidah ahli sunnah wa al-jamaah. Aqidah ahli sunnah wa al-jamaah adalah aqidah yang menjadikan Rasulullah SAW sebagai model dalam penentuan pemahaman iman disamping menjadikan sahabat-sahabat dan para salaf soleh sebagai rujukan beraqidah.

Hadis yang diriwayatkan daripada Auf bin Malik yang berkata, bersabda Nabi SAW;

افْتَرَقَتْ الْيَهُودُ عَلَى إِحْدَى وَسَبْعِينَ فِرْقَةً فَوَاحِدَةٌ فِي الْجَنَّةِ وَسَبْعُونَ فِي النَّارِ وَافْتَرَقَتْ النَّصَارَى عَلَى ثِنْتَيْنِ وَسَبْعِينَ فِرْقَةً فَإِحْدَى وَسَبْعُونَ فِي النَّارِ وَوَاحِدَةٌ فِي الْجَنَّةِ وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لَتَفْتَرِقَنَّ أُمَّتِي عَلَى ثَلَاثٍ وَسَبْعِينَ فِرْقَةً وَاحِدَةٌ فِي الْجَنَّةِ وَثِنْتَانِ وَسَبْعُونَ فِي النَّارِ قِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ مَنْ هُمْ قَالَ الْجَمَاعَةُ

Maksudnya;
“Yahudi berpecah kepada 71 puak. 1 puak dalam syurga dan 70 lgi dalam neraka. Nasrani berpecah kepada 72 puak. 71 puak dalam neraka dan 1 sahaja dalam syurga. Dan demi nyawa Muhammad di tangan-Nya, umatku akan berpecah kepada 73 puak. 1 puak dalam syurga dan 72 puak dalam neraka. Dikatakan, Wahai Rasulullah SAW, siapakah mereka? menjawab Baginda SAW : al-jamaah[5]

Dalam mensyarahkan hadis ini, As-Sindi menyatakan, maksud dengan jemaah yang disebut oleh Nabi SAW adalah;

الْمُوَافِقُونَ لِجَمَاعَةِ الصَّحَابَة الْآخِذُونَ بِعَقَائِدِهِمْ الْمُتَمَسِّكُونَ بِرَأْيِهِمْ

Maksudnya;
“mereka yang menyerupai jemaah sahabat, mengambil aqidah mereka disamping berpegang dengan pandangan mereka[6]

Disamping asas aqidah adalah ahl sunnah wa al-jamaah, jemaah Islam tersebut tidak boleh mengabaikan tanggungjawab mereka dalam membaiki pemikiran dan jiwa manusia yang telah terlibat dengan fahaman dan ajaran yang menyesatkan.

Maka dengan itu, antara kewujudan jemaah Islam adalah menyelamatkan aqidah umat dari tergelincir kepada kesesatan. Maka dengan itu, sifat jemaah islam adalah menerima mereka yang asalnya dalam kesesatan, lalu di tarbiyyah sehingga aqidah mereka bertepatan dengan kehendak yang sebenar.

sila dengar ulasan Tok Guru Haji Abdul Hadi;



dan



c. PERJUANGAN ISLAM SECARA SYUMUL

Jemaah Islam yang sebenar adalah jemaah yang memikul tanggungjawab dalam berusaha untuk memperjuangkan Islam dari semua sudut.

Firman Allah;

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ

Maksudnya;
“Wahai orang-orang Yang beriman! masuklah kamu ke Dalam ugama Islam (dengan mematuhi) Segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; Sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu Yang terang nyata”

(Surah Al-Baqarah : 208)

Kandungan firman Allah ini menjelaskan, ketaatan kepada Allah hendaklah dilakukan secara menyeluruh disamping tidak dicampuri perkara maksiat yang merupakan ajakan Syaitan.

Sesuatu jemaah yang mencampur adukkan perkara ketaatan disamping tidak menjauhkan perkara maksiat, maka jemaah itu tidak boleh disebut sebagai jemaah islam.

Begitujuga, jemaah islam yang sebenar adalah jemaah yang tindakan mereka tidak mengambil sebahagian dari kandungan kitab dan menafikan kandungan yang lain. tindakan sebegini merupakan tindakan yang dimurkai oleh Allah SWT.

Firman Allah;

أَفَتُؤْمِنُونَ بِبَعْضِ الْكِتَابِ وَتَكْفُرُونَ بِبَعْضٍ فَمَا جَزَاءُ مَنْ يَفْعَلُ ذَلِكَ مِنْكُمْ إِلَّا خِزْيٌ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ يُرَدُّونَ إِلَى أَشَدِّ الْعَذَابِ وَمَا اللَّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ

Maksudnya;
“Patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian (dari isi) Kitab Taurat dan mengingkari akan sebahagian Yang lain? maka tiadalah balasan bagi orang Yang berbuat demikian itu dari antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia, dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke Dalam azab seksa Yang amat berat. dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa Yang kamu lakukan”

(Surah Al-Baqarah : 85)

Ada sebilangan jemaah yang hanya mengambil sudut kebajikan sahaja, maka jemaah itu tidak boleh dikira sebagai jemaah islam. Ini adalah kerana, Islam sendiri adalah agama fitrah, yang kandungannya mencangkupi seluruh kehidupan manusia, tanpa difokuskan kepada kebajikan semata, bahkan Islam mempunyai banyak perkara yang perlu diperjuangkan, seperti keadilan, ekonomi, munakahat dan sebagainya.

Firman Allah;

فَأَقِمْ وَجْهَكَ لِلدِّينِ حَنِيفًا فِطْرَةَ اللَّهِ الَّتِي فَطَرَ النَّاسَ عَلَيْهَا لَا تَبْدِيلَ لِخَلْقِ اللَّهِ ذَلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ

Maksudnya;
“maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu, Wahai Muhammad) ke arah ugama Yang jauh dari kesesatan; (turutlah terus) ugama Allah, Iaitu ugama Yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah ugama Yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui”

(Surah Ar-Rum : 30)


d. JEMAAH YANG BERTINDAK SECARA AMALI DAN WAQII

Jemaah islam yang sebenar adalah jemaah yang mempunyai tindakan secara amali. Tindakan amali tersebut bertetepatan dengan waqii setempat dan tidak tersasar dari kandungan penghujahan nas.

Tindakan amali jemaah Islam di Malaysia tidak boleh disamakan dengan tindakan amali jemaah islam di Negara-negara luar, seperti Lubnan, Palestine, Afghanistan dan sebagainya.

Jika di Afghanistani, iraq, Palestine dan Lubnan menggunakan senjata dalam bertindak, maka itu merupakan kesesuaian mereka dalam menghadapi musuh disana.



Adapun di Malaysia, tindakan amali yang paling sesuai dalam menghadapi musuh adalah dengan menghubungkan diri dalam pilihanraya, maka menggabungkan diri dalam piliharanya merupakan tindakan amali dan waqii bagi jemaah islam di malaysia.

Firman Allah;

فَمَنِ اعْتَدَى عَلَيْكُمْ فَاعْتَدُوا عَلَيْهِ بِمِثْلِ مَا اعْتَدَى عَلَيْكُمْ

Maksudnya;
“sesiapa Yang melakukan pencerobohan terhadap kamu maka balaslah pencerobohannya itu seimbang Dengan pencerobohan Yang dilakukannya kepada kamu”

(Surah Al-Baqarah : 194)

Amali tersebut hendaklah dilakukan dengan sepaling upaya yang mampu. Jika di sesuatu tempat itu mampu menggunakan cara pilihanraya dalam menghadapi musuh Islam, maka wajib kepada jemaah islam itu melibatkan diri dengan pilihanraya.

Jika dalam keadaan mampu untuk bertindak dengan cara pilihanraya, tetapi tetap dengan cara yang kurang dari kemampuan yang sepatutnya, seperti mengajak manusia kepada solat sahaja, mengajak manusia kepada kebajikan sahaja dan sebagainya, maka jemaah itu bukanlah jemaah islam yang sebenar.

Firman Allah;

وَقَاتِلُوهُمْ حَتَّى لَا تَكُونَ فِتْنَةٌ وَيَكُونَ الدِّينُ لِلَّهِ

Maksudnya;
“dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah ugama itu semata-mata kerana Allah”

(Surah Al-Baqarah : 193)

Dari firman Allah ini, secara mafhumnya difahami bahawa, perjuangan Islam itu hendaklah dilakukan sehabis-habis usaha sehinggakan ketiadaan lagi “fitnah” berlaku di atas muka bumi Allah SWT.

e. MEMBEBASKAN UMAT ISLAM DARI KEHINAAN

Jemaah islam yang sebenar adalah jemaah islam yang berusaha untuk membebaskan umat islam dari kehinaan hidup di dunia, lebih-lebih lagi di akhirat.

Kehinaan hidup umat adalah berpunca dari penafian mereka terhadap pengamalan Islam dalam kehidupan. Begitujuga, ianya berpunca dari pengamalan sebahagian Al-Quran dan mengingkari sebahagian yang lain.

Firman Allah:

وَمَنْ يَبْتَغِ غَيْرَ الْإِسْلَامِ دِينًا فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الْآَخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ

Maksudnya;
“dan sesiapa Yang mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang Yang rugi”

(Surah Al-Imran : 85)

Dan juga firman Allah;


أَفَتُؤْمِنُونَ بِبَعْضِ الْكِتَابِ وَتَكْفُرُونَ بِبَعْضٍ فَمَا جَزَاءُ مَنْ يَفْعَلُ ذَلِكَ مِنْكُمْ إِلَّا خِزْيٌ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ يُرَدُّونَ إِلَى أَشَدِّ الْعَذَابِ وَمَا اللَّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ

Maksudnya;
“Patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian (dari isi) Kitab Taurat dan mengingkari akan sebahagian Yang lain? maka tiadalah balasan bagi orang Yang berbuat demikian itu dari antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia, dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke Dalam azab seksa Yang amat berat. dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa Yang kamu lakukan”

(Surah Al-Baqarah : 85)

Melihat kepada keadaan ini, ubat mujarab bagi mengembalikan kemuliaan ini adalah dengan membina kembali pemerintahan islam. ini adalah kerana, pemerintahan adalah penentu atas kehinaan atau kemuliaan umat Islam dalam sesuatu Negara dan tempat.

Sabda Nabi SAW;

لتنقض عرى الإسلام عروة عروة كلما انتقضت عروة تثبت الناس بالتي تليها منهن فأولهن نقضا الحكم وآخرهن الصلاة

Maksudnya;
“simpulan islam akan terungkai satu persatu. Ketika terungkainya satu simpulan, nescaya manusia mengikuti dengan simpulan yang selanjutnya. Perkara yang mula-mula sekali terungkai adalah pemerintahan, dan perkara yang terakhir sekali terungkai adalah solat[7]

Maka dengan demikian, jemaah islam yang sebenar adalah jemaah yang akan berusaha kearah pembinaan sebuah Negara yang menjadi Islam sebagai dasar pemerintahan, yang ianya merupakan cara untuk mengembalikan kemuliaan Islam dan membebaskan umat Islam dari kehinaan.

f. MEMBINA AHLI BERJIWA JUNDULLAH

Jemaah islam adalah jemaah yang meletakan perjuangannya semata-mata kerana Allah. Jemaah islam tidak akan menerima perjuangan yang berasaskan kepada kepentingan dunia semata-mata. Segala perjuangannya adalah untuk mendaulatkan kalimah Allah. maka dengan demikian, segala kepayahan dan kesusahan yang dilakukan oleh musuh Islam, tidak akan menatijahkan putus asa dikalangan anggota jemaah, bahkan berkekalan dalam perjuangan disebabkan perjuangannya itu berasaskan kepada ridha Allah SWT.

Bagi mendapat keikhlasan ini, ia memerlukan kepada pembinaan anggota-anggota jemaah yang mempunyai semangat dan jiwa “jundullah” atau tentera Allah.



Jiwa jundullah adalah jiwa yang sering mengharapkan keridhaan Allah, kecintaan mereka kepada Allah dan Rasul-Nya melebihi segala-galanya, merendahkan diri sesame mukmin dan keras terhadap musuh-musuh Islam, berjihad di jalan Allah dan meletakan kesetiaan hidup kepada Allah dan Rasul-Nya tanpa berbelah bahagi.

Firman Allah;

مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللَّهِ وَالَّذِينَ مَعَهُ أَشِدَّاءُ عَلَى الْكُفَّارِ رُحَمَاءُ بَيْنَهُمْ

Maksudnya;
“Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang Yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir Yang (memusuhi Islam)”

(Surah Al-Fath : 29)

Jemaah islam yang sebenar akan membina pendokong-pendokongnya berjiwa sedemikian. Bagi melahirkan pendokong-pendokong berjiwa jundullah ini, jemaah islam tersebut akan menyediakan satu proses yang dinamakan sebagai “Tarbiyyah”.

Program dalam pembinaan ini selalunya dimulai dengan kuliah haraki, usrah, tamrin, mukhayyam dan sebagainya.

Pembinaan jiwa jundullah ini telah berjaya dilakukan oleh Rasulullah SAW terhadap sahabat-sahabat baginda. Maka dengan demikian, dikalangan sahabat lahirnya insan-insan yang nama mereka sering menjadi sebutan sejarah, seperti Al-‘Irbad bin Sariyyah yang pernah menangis kerana tidak mampu memberi sumbangan dalam perjuangan islam disebabkan kelemahan asal yang ada pada dirinya[8], Saad bin Abi Waqas yang pernah digelar sebagai singa yang menyembunyikan kukunya[9] dan ramai lagi sahabat-sahabat nabi SAW yang lain.

g. MEMBINA SEMANGAT UKHUWWAH SESAMA MUKMIN

Jemaah islam yang sebenar adalah jemaah yang membina semangat ukhuwwah sesame mukmin. Mereka meletakan sayang sesame mereka semata-mata kerana Allah SWT.

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ ثَلَاثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ حَلَاوَةَ الْإِيمَانِ أَنْ يَكُونَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لَا يُحِبُّهُ إِلَّا لِلَّهِ وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُودَ فِي الْكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِي النَّارِ

Maksudnya;
“daripada Anas bin Malik R.A, daripada Nabi SAW bersabda; tiga perkara yang jika ada, maka didapati kemanisan Iman. Bahawa Allah dan Rasul-Nya lebih disayangi dari segala-galanya. Menyayangi seseorang yang tidak disayanginya melainkan kerana Allah. dia benci kembali kafir seperti benci dicampakkan dalam api[10]

Ukhuwwah yang dibina atas ikhlas kerana Allah akan melahirkan natijah manusia akan sentiasa melakukan taat kepada Allah. ini adalah kerana, apabila seseorang kawan telah melakukan maksiat, sebagai kawan yang bersaudara dengannya kerana Allah, pasti dia akan menegur tindakan dari kawannya yang telah melakukan maksiat tersebut. maka dengan demikian, jemaah tersebut akan menjadi jemaah yang berada dalam keadaan ukhuwwah.

Pun begitu, dalam keadaan pembinaan ukhuwah tersebut, maka tidak selayaknya ahli jemaah islam itu “berkeras kepala” dalam perkara kebenaran sekiranya ditegur. Anggota jemaah islam sudah pasti akan mengambil sikap telus dalam menjalankan kerja jemaah dan tidak menyimpan “agenda-agenda tertentu” dalam perjalanan jemaah.

Jika ianya berlaku, menandakan disana ada unsure-unsur tidak sihat bagi memecahbelahkan ukhuwwah islamiyyah dalam jemaah islam.

PENUTUP

Tulisan ringkas ini sekadar memberi gambaran umum berkenaan kepentingan dan kefahaman terhadap pergerakan jemaah Islam.

Mudah-mudahan ianya memberi manfaat kepada semua dan dikurniakan ridha Allah dalam meneruskan perjuangan dalam mendaulatkan Islam dalam pemerintahan

Amin Ya Rabb Al- ‘Alamin.

Sekian
Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani
http://laptopdarulfiqh.blogspot.com/

e-mail : abu_abdillah_azzam@yahoo.com




[1] Sahih Al-Bukhari : 1/373 : hadis no : 225.
[2] Tafsir Al-Qurtubi : 8/120.
[3] Tafsir Al-Qurtubi : 8/120
[4] Al-Mustadrak ‘Ala As-Sahihain : 1/172. Hadis no : 319.
[5] Sunan Ibnu Majah : 2/1322 : hadis no : 3992.
[6] Hasyiyah As-Sindi ‘Ala Ibni Majah : 7/361
[7] Sya’b Al-Iman : 4/326 : hadis no : 5277.
[8] Siyar Al-‘Alam An-Nubala’ : 3/420 dan Tafsir Ibni Kathir : 2/383.
[9] Mutiara kisah para sahabat Nabi SAW : m/s 552
[10] Sahih Al-Bukhari : 1/14 : hadis no : 16.

Tuesday, September 25, 2007

Perbandingan: Kerajaan PAS Kelantan vs BN negeri lain

Perbandingan: Kerajaan PAS Kelantan vs BN negeri lain



Dengan segala macam penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan pembaziran wang rakyat berjumlah berbillion ringgit yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN), rakyat negara ini disaran untuk membuat perbandingan dengan kerajaan PAS di Kelantan yang telah memerintah selama hampir 17 tahun.

Penindasan terhadap rakyat marhaen dan miskin termasuk golongan setinggan, menghimpit atau menganaktirikan kaum lain dalam isu-isu tertentu,pemborosan dan pembaziran wang rakyat demi pemimpin dan projek tertentu seperti terkandung dalam Laporan Audit negara, salah guna harta benda kerajaan dan skandal salah laku moral hampir tidak kedengaran sama sekali di negeri yang dikenali sebagai Serambi Mekah ini kerana ditadbir di bawah kepimpinan ulama seperti Dato' Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.


Antara perbandingan dan asas untuk melihat kewibawaan PAS berbanding BN/Umno yang memerintah negeri lain ialah selaku Menteri Besar, Dato' Nik Aziz telah pun menghapuskan peruntukan Menteri Besar untuk Juadah Hari Raya sebanyak RM 30,000 dan Juadah Berbuka Puasa sebanyak RM 15,000.

Nik Aziz juga turut memotong elaun sewa rumah sebanyak RM 3,000 sebulan dan menghapuskan elaun keraian Timbalan Menteri Besarnya sejumlah RM 18,000 setahun
Selain itu, beliau turut memotong bonus / elaun Menteri Besar sebanyak 45 peratus yang dibahagikan 40 peratus kepada parti dan 5 peratus kepada Perbendaharaan Negeri manakala wakil rakyat PAS sebanyak RM 500.00 kepada PAS.

Dua pelaksanaan PAS Kelantan yang dilihat menjadi contoh kerajaan pusat ialah memanjangkan cuti bersalin dari 40 kepada 60 hari manakala hari bekerja hanya lima (5) hari seminggu.
Ramai yang tidak tahu, bagi menangani masalah supaya tidak berlaku pembaziran wang kerajaan negeri, sungguhpun kecil namun Nik Aziz turut mengarahkan supaya menggantikan air mineral yang dibeli dengan air masak untuk dihidangkan sewaktu mesyuarat di pejabat Kerajaan Negeri bagi langkah berjimat cermat.

Malah beliau turut menghapus amalan pemberian cenderamata kepada beliau serta Exco Kerajaan Negeri semasa lawatan rasmi atau tidak rasmi mahupun sewaktu perasmian majlis tertentu.

Tahun ini, juga Program Kebajikan Pelan Takaful Kifaalah (Warga Emas) yang dilancarkan oleh kerajaan negeri Kelantan telah memberi faedah dan manfaat kepada semua rakyat negeri itu tanpa mengira bangsa, agama dengan pegangangan parti politik.



Menurut Buletin Urusetia Penerangan Negeri Kelantan bulan Jun, sejak dilancarkan pada 7 Februari 2007, jumlah pendaftaran telah pun mencecah 83,091 orang atau 60 peratus daripada 139,000 warga emas seluruh Kelantan dan setakat ini 370 wasi (pewaris) kepada warga emas yang telah meninggal dunia mendapat pampasan masing-masing sebanyak RM2,000.00.

Malah, sebelum itu mereka semua telah pun menerima sumbangan RM500.00 bagi tujuan pengurusan jenazah pada hari kematian dan menjadikan keseluruhan faedah yang diterima sebanyak RM2,500.00

Seribu satu senarai boleh dikepilkan tetapi adalah lebih baik rakyat mahupun penduduk di negeri lain, sekiranya punya kelapangan datang menziarahi negeri Kelantan yang diperintah PAS ini bagi menyaksikan sendiri perkembangan dari sudut rohani dan jasmani, termasuk pembangunan fiskal yang berjaya dibentuk dan dijana oleh PAS, menangkis tohmah dan fitnah media arus perdana dan pemimpin Umno selama ini.

Berikut adalah antara senarai lain Program Pembangunan dan Kesejahteraan rakyat yang dilaksanakan oleh PAS di Kelantan:

1. Mendedahkan program Bina Insan kepada pegawai, kakitangan kerajaan.
2. Menganjur tamrin kepada guru-guru dan pelajar YIK.
3. Memberi kursus kesedaran Islam kepada wanita, belia dan kepimpinan masyarakat
4. Pemimpin bertadarus bersama rakyat dalam bulan Ramadhan.
5. Pegawai memberi tazkirah.
6. Melaksanakan projek Desa Takwa.
7. Menjemput orang bukan Islam kedalam majlis-majlis rasmi.
8. Menggalakan orang bukan Islam menghadiri program kebesaran Islam dan ceramah PAS
9. Kempen kesedaran menutup aurat di peringkat parti dan kerajaan. Kakitangan wanita diwajibkan pakaian menutup aurat. (Dipetik daripada susunan Pegawai Penyelidik Pusat Kajian Strategik Kerajaan Negeri Kelantan)


Seperti kata-kata iklan di kaca Tv...mengapa? Tak percaya ya? Maka lebih baik hadir, lihat dan dapatkan maklumat yang tepat sebelum membuat kesimpulan yang salah tentang PAS muktakhir ini.

http://www.harakahdaily.net/bm/index.php?option=com_content&task=view&id=9796&Itemid=28

Sunday, September 23, 2007

DAKWA IBU BAPA NURIN : UNDANG-UNDANG KAFIR ADALAH PENYEBAB

DAKWA IBU BAPA NURIN : UNDANG-UNDANG KAFIR ADALAH PENYEBAB


Akhbar Utusan Malaysia bertarikh 29 september, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz menyatakan, kemungkinan Polis mendakwa Ibu Bapa kepada Nurin adalah berdasarkan peruntukan undang-undang[1].

Amat menyedihkan, kenyataan biadap ini datang dari seorang yang bertaraf menteri, disamping kenyataan sial dari anak kepada seorang tokoh agama yang merupakan Ketua Polis Negara, Musa Hassan.


Membaca kandungan berita sebegini, menggambarkan betapa kafirnya undang-undang yang diamalkan di Negara ini. Dimanakah pembelaaan terhadap golongan yang dizalimi dalam peruntukan undang-undang Negara?





video 1











video 2


Apa yang memelikkan, ada sebilangan pengamal undang-undang dan mufti di Negara ini yang mengambil sikap untuk mengisytiharkan Negara ini sebagai Negara Islam, sedangkan dilihat kepada kandungan undang-undang pun sudah cukup untuk menilainya.

Masakan Islam memberi pembelaan kepada si Zalim. Jika ini di “ia”kan oleh pengamal undang-undang dan mufti, bermakna pengamal undang-undang dan mufti itu adalah golongan yang telah melakukan penipuan terhadap agama yang maha indah ini, walaupun mulut mereka tidak putus-putus dari menyebut sunnah sekalipun.

ISLAM JAMIN KEAMANAN DI SEMUA SUDUT

Kerajaan memerintah hari ini sememangnya tidak mengamalkan sistem pemerintahan Islam, tetapi mengamalkan sistem undang-undang kafir yang diciplak dari barat.

Keadaan ini berlaku adalah kerana, kepimpinan hari ini semuanya terdiri dari anak-anak didik barat. Walaupun kulit mereka dilihat sebagai berbangsa melayu, tetapi hakikatnya mereka adalah manusia yang berfikiran barat.




Maka dengan itu, lahirnya gerakan Islam yang menyeru kepada pengamalan undang-undang islam menyebabkan mereka menyerangnya sehabis-habis serangan. Yang lebih sial dari itu adalah, mereka sanggup menyandarkan pengamalan mereka itu dengan islam disamping di sokong oleh sebilangan pengamal undang-undang dan juga sebilangan besar mufti-mufti gila dalam negara.

Pun begitu, jika dilihat kepada Islam, ajaran Islam itu sememangnya indah dalam menyelamatkan manusia bagi memberi keamanan kepada mereka.

Islam memberikan model yang terbaik dalam menyelamatkan manusia dari terjerumus dalam lembah bahaya, samada kepada nyawa, harta, maruah, anak-anak dan semuanya.



Islam mewajibkan wanita menutup aurat adalah kerana ingin mengawal kehendak nafsu seks melampau dari sebilangan manusia. Jika aurat tidak ditutup, menyebabkan ramai manusia mempunyai nafsu yang bergolak, yang menyebabkan lahirlah jenayah seks ganas yang tidak mengenali kasih sayang sesame manusia.


Disudut undang-undang pula, islam memberi jaminan keamanan kepada golongan yang dizalimi. Maka dengan itu, jika dilihat kepada undang-undang islam, ianya dianggap oleh kacamata manusia seakan-akan zalim, tetapi hakikatnya ianya adalah suatu keadilan kerana didalamnya terkandung unsur jaminan keamanan kepada manusia secara menyeluruh.

Pencuri yang telah disabitkan kesalahan dengan bukti yang kukuh, maka wajib dijatuhkan hukuman kepadanya disamping wajib kepada pencuri itu menghantar balik hak mangsa kecurian.

Dan perlaksaan hukuman curian pula tidak dilakukan secara tertutup, bahkan hendaklah dilakukan secara terbuka agar ianya memberi kesan besar kepada manusia secara umumnya agar tidak mencuri.

Keadaan yang sama juga kepada hukuman Zina. Dalam menjaga manusia dari berzina, islam mengharamkan buka aurat dihadapan ajnabi. Disamping itu, Islam menyediakan juga hukuman terhadap mereka yang telah berzina.

Hukuman ini memberi gambaran betapa Islam memberi jaminan keamanan kepada manusia secara menyeluruh dari semua sudut. Tetapi amat menyedihkan jaminan itu tidak diyakini, bukan dari orang bukan Islam sahaja, bahkan dari orang yang mendakwa beragama Islam juga.

PENUTUP

Sudah sampai masanya undang-undang islam perlu dijadikan sebagai pengamalan undang-undang Negara. Jika ianya tidak dilaksanakan, maka tunggulah kebinasaan dan kerosakan yang akan menimpa umat.

Apa yang menyedihkan, ada sebilangan agamawan yang mendakwa, undang-undang Islam tidak boleh dilaksanakan dengan alasan maslahat.

Apakah mereka ini terlalu jahil atau mereka mengetahui, tetapi disebabkan keuntungan dunia menyebabkan mereka menyatakan demikian.

Hakikatnya, hukum Hudud, Qisas dan Ta’zir adalah maslahat. Iaitu maslahat dalam menjaga kehidupan manusia agar kehidupan mereka terjamin. Hal ini dinyatakan secara jelas dan nyata di kebanyakan kitab-kitab usul fiqh dan maqasid syariah.

Disebabkan dengan kejahatan agamawan ini, kita dapat melihat bagaimana kecelakaan yang sedang menimpa umat hari disamping kepimpinan sesat menjadi asas.

Kebimbangan ini telah dinyatakan oleh Omar bin Al-Khattab dikala bersembang dengan seorang kawan beliau yang bernama Ziyad bin Hudair;

عَنْ زِيَادِ بْنِ حُدَيْرٍ قَالَ قَالَ لِى عُمَرُ : هَلْ تَعْرِفُ مَا يَهْدِمُ الإِسْلاَمَ؟ قَالَ قُلْتُ : لاَ. قَالَ : يَهْدِمُهُ زَلَّةُ الْعَالِمِ وَجِدَالُ الْمُنَافِقِ بِالْكِتَابِ وَحُكْمُ الأَئِمَّةِ الْمُضِلِّينَ

Maksudnya;
“Daripada ZIyad bin Hudair berkata, Omar telah berkata kepadaku; adakah kamu tahu perkara yang merosakan islam? berkata, aku tidak tahu. Lalu berkata : Islam dibinasakan oleh kegelinciran ulama, perdebatan munafiq terhadap Kitab (Al-Quran) dan pemerintahan dari kepimpinan yang sesat”[2].

Justeru itu, marilah kita berusaha untuk mendaulat undang-undang islam agar manusia semuanya mendapat keamanan hidup di dunia dan di akhirat.

Di Malaysia, tidak ada cara lain dalam menghancurkannya melainkan dengan menjahanamkan kepimpinan kufur Barisan Nasional yang diketuai kepimpinan asabiyyah melayu, UMNO yang mensyirikkan itu.

Dengan demikian, marilah kita bersama-sama berjihad melawan kepimpinan yang berasaskan kekufuran dalam sistem pemerintahan di Negara ini.

Sekian

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani
http://laptopdarulfiqh.blogspot.com/

e-mail : abu_abdillah_azzam@yahoo.com

p/s :







a. persepsi perempuan tentang tudung;








b . sila dengar ulasan Ustaz Zaharuddin tentang aurat;






[1]http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0923&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_04.htm
[2] Misykat Masabih : 1/57 : hadis no : 269 (sahih)

Friday, September 21, 2007

KHOMAINI MENGHALALKAN BEDAH TUKAR KEMALUAN

pelik !!! bagaimana Khumaini yang di puja-puja oleh pendokong ajaran Syiah sedangkan Khumaini itu memfatwakan harus menjadi pondan..... tindakan ini sebenarnya telah menyanggahi fitrah, begitujuga menyanggahi ketetapan Allah SWT.

sila lihat klip video ini;



sekian

Al-Bakistani

http://laptopdarulfiqh.blogspot.com/

e mail : abu_abdillah_azzam@yahoo.com

SALMAN AUDAH NASIHAT OSAMA : SIAPA YANG PALING UTAMA

SALMAN AUDAH NASIHAT OSAMA : SIAPA YANG PALING UTAMA


Membuka lamanweb Islamonline.net, terbaca satu article bahasa arab yang tajuknya ditulis doa yang dibaca oleh seorang ulama salafi bernama Salman Audah yang kandungan doanya seperti berikut;

اللهم إنا نبرأ إليك مما صنع بن لادن

Maksudnya;
“Ya Allah, Sesungguhnya kami membebaskan diri kami kepadaMu dari apa yang dilakukan oleh Ben Ladin[1]

Pada awalnya, apabila membaca tajuk article itu, aku teringat dengan satu doa yang Nabi SAW pernah ungkapkan, iaitu doa yang nabi baca untuk meminta berlepas diri dari kesilapan yang banyak dilakukan Khalid bin Al-Walid.

Baginda SAW pernah mengungkap doa;

اللهم إني أبرأ إليك مما فعل خالد

Maksudnya;
“Ya Allah, Aku berlindung kepadaMU daripada apa yang dilakukan oleh Khalid (bin Al-Walid)[2]

Menurut Imam Ibni Taimiyyah, Baginda SAW membaca doa ini adalah ketika Khalid diutuskan oleh Rasulullah kepada Bani Jazimah (ada bacaan dibaca dengan Bani Juzaimah), lalu Khalid telah membunuh mereka serta mengambil harta mereka dengan cara yang syubhah. Tindakan Khalid itu tidak disukai kebanyakan sahabat-sahabat yang bersama beliau. Ekoran dari itu, Baginda SAW mengungkap doa tersebut[3].

Pun begitu, setelah membaca semua isi article itu, aku mula berfikir lebih mendalam. Padaku, tindakan Salman Al-Audah menulis surat kepada Osama bin Ladin itu adalah seakan-akan boleh diibaratkan seperti kisah berkenaan dengan surat yang di tulis oleh Abdullah bin Mubarak yang merupakan seorang ulama yang sedang berjihad, yang telah mengutuskan surat kepada Fudhail bin Iyyad yang merupakan seorang ulama yang kuat beribadat diantara dua tanah haram[4].

Dalam surat itu menyatakan tentang kepentingan jihad dan keutamaannya berbanding beribadat, walaupun ibadat itu dilakukan di tanah haram sekalipun.

SIAPA YANG LEBIH UTAMA

Padaku, sepatutnya Osama bin Ladenlah yang patut menasihati Salman Al-Audah yang sering beribadat di tanah haram. Ini adalah kerana, Saudi yang menjadi Negara kebanggaan Salman dan juga merupakan sebuah Negara yang terkandung tanah haram adalah Negara yang berada di bawah kekuasan pemerintahan yang bersekongkol dengan Amerika laknatullah.

Jika dilihat, Amerika merupakan musuh islam yang paling nyata di abad ini. Permusuhan mereka terhadap islam dengan mengadakan pakatan bersama Israel dalam memberi bantuan untuk membunuh dan menguasai bumi Palestine amat nyata berlaku.




Bukan sekadar itu, berlakunya peperangan antara Islam dan kufur, boleh dikatakan semuanya didalangi oleh Amerika yang merupakan dajjal di dunia dan abad ini.

jika diperhatikan, sekiranya kerajaan Saudi yang merupakan kerajaan yang boleh dikatakan sebagai antara kerajaan yang kaya di dunia, mereka mampu untuk menyediakan bantuan kewangan dalam menghadapi musuh-musuh islam antarabangsa ini. Tetapi apa yang menyedihkan, dalam keadaan itulah, Saudi Arabia telah menjadi “barua” kepada Amerika dengan menyediakan berbagai-bagai kemudahan kepada musuh islam yang nyata itu.



Dari tilikan ini, sudah cukup untuk dikatakan bahawa, Osama berada dijalan yang betul.

MUSUH ISLAM TAK PERNAH SENYAP

Sering diperingatkan, kejatuhan khalifah Islam merupakan tamparan hebat umat Islam seluruh dunia. Dunia Islam berada dalam keadaan terhina, semuanya berpunca ketidak wujudnya pemerintahan yang berasaskan kepada Islam.

Apa yang menyedihkan, Islam dipandang hina bukanlah disebabkan serangan musuh sahaja, bahkan yang lebih teruk ianya adalah bersebabkan dengan sikap orang-orang Islam sendiri.

Maka dengan itu, kehadiran Insan yang bernama Osama ben Laden merupakan satu tamparan hebat bagi musuh Islam di dunia Islam kini. Walaupun beliau adalah orang yang kaya, tetapi kekayaan beliau tidak pernah melalaikan beliau dari memperjuangkan islam di bumi ini. Dengan kekayaan itulah, beliau telah menggunakan harta beliau untuk menghapuskan musuh-musuh islam di bumi Allah ini.



Firman Allah;

وَأَعِدُّوا لَهُمْ مَا اسْتَطَعْتُمْ مِنْ قُوَّةٍ وَمِنْ رِبَاطِ الْخَيْلِ تُرْهِبُونَ بِهِ عَدُوَّ اللَّهِ وَعَدُوَّكُمْ وَآَخَرِينَ مِنْ دُونِهِمْ لَا تَعْلَمُونَهُمُ اللَّهُ يَعْلَمُهُمْ وَمَا تُنْفِقُوا مِنْ شَيْءٍ فِي سَبِيلِ اللَّهِ يُوَفَّ إِلَيْكُمْ وَأَنْتُمْ لَا تُظْلَمُونَ

Maksudnya;
“dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh Yang menceroboh) Segala jenis kekuatan Yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda Yang lengkap sedia, untuk MENGGERUNKAN Dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh Yang lain dari mereka Yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. dan apa sahaja Yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya”

(Surah Al-Anfal : 60)



Kandungan maksud firman Allah ini sudah cukup untuk kita muhasabah diri kita, bahawa pengamalannya ini sudah dilakukan oleh Osama bin Laden, tetapi tidak diamalkan oleh kita.

Perlu juga diingatkan, serangan musuh-musuh Islam terhadap umat Islam tidak akan berhenti selama umat Islam tidak ikut telunjuk mereka. Mengikut telunjuk mereka bermakna meletakan diri kita kepada hijab dari mendapat pertolongan Allah.

Firman Allah;

وَلَنْ تَرْضَى عَنْكَ الْيَهُودُ وَلَا النَّصَارَى حَتَّى تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ قُلْ إِنَّ هُدَى اللَّهِ هُوَ الْهُدَى وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءَهُمْ بَعْدَ الَّذِي جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ مَا لَكَ مِنَ اللَّهِ مِنْ وَلِيٍّ وَلَا نَصِيرٍ

Maksudnya;
“orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga Engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk Yang benar". dan Demi Sesungguhnya jika Engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu Yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah Engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) Yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu”

(Surah Al-Baqarah : 120)

PENUTUP

Tulisan ini bukan bermaksud Osama bin Laden adalah orang yang ma’sum, tetapi tulisan ini lebih bersikap untuk menyatakan bahawa betapa hebatnya perjuangan osama bin laden itu, disamping perlu di beri pujian di atas perjuangan beliau.

Tidak mengapa untuk mengkritik beliau, tetapi pastikan, kritikan itu datang dari diri kita yang sememangnya mempunyai perjuangan yang hebat dalam memenangkan islam.

Tetapi, apa yang memelikkan, kritikan itu datang dari seorang yang dilihat agak mewah dengan pemakaian dan makanan. Maka dengan itu, kritikkan itu seakan-akan mengandungi satu maksud yang tersirat di sebalik yang tersurat.

Apakah yang tersirat dari yang tersurat itu?

Fikir-fikirkanlah !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Sekian

Al-Bakistani
http://laptopdarulfiqh.blogspot.com/

e mail : abu_abdillah_azzam@yahoo.com









[1] http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?c=ArticleA_C&cid=1189959177520&pagename=Zone-Arabic-News/NWALayout
[2] As-Siyasah As-Syariyyah : m/s 10.
[3] As-Siyasah As-Syariyyah : m/s 10
[4] Tafsir Ibn Kathir : 2/203.

Thursday, September 20, 2007

ma'tam dianggap ibadat di sisi syiah, tetapi ia bukan dari islam

ini bukan dari Islam, tetapi ianya dianggap sebagai Ibadat di sisi Syiah......

lihat 1


lihat 2



lihat 3


lihat 4



lihat 5



lihat 6


TERKINI : JAIS MENJADI “ANJING” KEPADA MOKHTAR DAHLAN DI PARLIMEN SUBANG

MAKLUMAT TERKINI : JAIS MENJADI “ANJING” KEPADA MOKHTAR DAHLAN DI PARLIMEN SUBANG

Di Parlimen subang, Mokhtar Dahlan yang merupakan salah seorang exco kerajaan Negeri Selangor dan juga ketua UMNO Bahagian Subang telah mengarahkan pihak JAIS agar memantau beberapa surau di parlimen subang agar tidak menjalankan program-program keagamaan yang sering diamalkan.

Mokhtar Dahlan
(Ketua UMNO Bahagian Subang merangkap Exco Kerajaan Selangor)

Antara surau dalam perhatian pihak JAIS adalah Surau Ar-Rafiq Kota Damansara, Surau Nurul Iman Subang Suria dan Surau Al-Azhar Bandar Sri Damansara.

Dalam isu ini, Pihak JAIS telah menjadi “Anjing” kepada kepentingan politik Mokhtar Dahlan. Surau-surau yang disebut di atas telah didatangi oleh sebilangan ustaz-ustaz JAIS untuk memaksa agar diberhentikan program-program yang telah berjalan disamping diugut untuk ditutup.

Seorang ustaz JAIS yang merupakan Pengurus Masjid Mukarramah di Bandar Sri Damansara telah datang ke surau Al-Azhar Bandar Sri Damansara dengan kurang ajar telah memarahi pengerusi Surau tersebut dalam lagak yang tidak menghormati orang tua. Ianya adalah bersebab program kuliah agama yang di lakukan secara berterusan di surau berkenaan.

Keadaan yang hampir sama juga dengan tindakan pihak JAIS terhadap surau Ar-Rafiq di Kota Damansara. Mereka telah mengugut akan menutup surau berkenaan sekiranya program keagamaan tetap di jalankan.

Ustaz Taufiq
(Ketua dalam misi menutup surau-surau di Selangor)

Ustaz JAIS yang menjadi “kepala” dalam mengugut untuk menutup surau-surau berkenaan adalah Ustaz Taufiq di talian 019 250 3114.

Apa yang memelikkan adalah, surau-surau yang disebutkan di atas sebelum dihidupkan program keagamaan ini adalah antara surau yang mati dan tidak berpenghuni. Matinya surau tersebut sehinggakan tidak mempunyai jemaah untuk menunaikan solat.

Surau Ar-Rafiq adalah antara surau yang sebelum dihidupkan program keagamaan adalah antara surau yang sering dikunjungi “bohjan” dan “bohjan” untuk melepaskan keinginan nafsu seks mereka.

Setelah surau itu diambil alih oleh sebilangan jemaah yang merasa tanggungjawab menyebabkan surau tersebut telah hidup. Hidupnya program itu bermula dari solat jemaahnya hingga kepada tazkirah dan ceramah-ceramah.

Setelah surau ini hidup, pihak JAIS telah mengambil sikap mengugut surau-surau berkenaan untuk diberhentikan programnya disamping diugut untuk di tutup.

Sekian

Al-Bakistani

http://laptopdarulfiqh.blogspot.com/

e mail : abu_abdillah_azzam@yahoo.com

Tuesday, September 18, 2007

ISLAM MAMPU WALAUPUN DIZALIMI UMNO

biar Kerajaan PAS kelantan selalu di zalimi berkali-kali oleh kerajaan pusat, tetapi perinsip islam yang berdarah daging dengan PAS telah memberikan keberkatan kepada kerajaan. keadaan ini boleh dilihat dari kelip video ceramah Husam Musa dan artikle Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Bin Nikmat.

pandang dan lihat;




Belanjawan Negara: Kelantan dizalimi berbelas kali

oleh : Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nikmat
(menteri Besar Negeri Kelantan Darul Islam)

Secara kebetulan, sewaktu bajet 2008 sedang dibentangkan, saya sedang mentelaah maksud Surah Al Ahqaaf Ayat 29 – 35 mengenai kisah serombongan jin.

Walaupun kesemua ayat-ayat ini cukup menarik, mari kita mukadimmahkan artikel ini dengan petikan Ayat Ke 29 surah berkenaan untuk renungan:

“Dan (ingatlah) ketika Kami hadapkan serombongan jin kepadamu yang mendengarkan Al-Quran, maka tatkala mereka menghadiri pembacaannya (lalu) mereka berkata: “Diamlah kamu (untuk mendengarkannya)”. Ketika pembacaan telah selesai mereka kembali kepada kaumnya (untuk) memberi peringatan.”

Belanjawan adalah satu pelan perancangan. Ia adalah “planning tool”. Dalam mana-mana pelan perbelanjaan untuk masa hadapan, tidak dapat tidak ia adalah pengisytiharan untuk memberitahu apa yang akan dilakukan di tahun seterusnya.

Ini projeknya dan ini jumlah wangnya. Di mana, untuk siapa dan faedah-faedah jangkaannya. Ini perkara biasa. Bagaimanapun, dalam asyik bercerita itulah, orang yang berada di atas boleh leka memukul canang bahawa ini dari saya dan itu dari saya untuk kamu kepada kamu.Ini yang saya fikir perlu diperbetulkan.

Mengagih-agihkan nikmat Allah

Sepatutnya dalam masa ucapan belanjawan, kita jangan dilihat putus dengan tali Allah Yang Maha Kaya dan Maha Memiliki seluruh Kerajaan Langit dan Bumi. Kita cuma perancang dan pengatur dalam meramukan apa jua anugerah yang sedia ada. Sehabis boleh kita dakwa hanyalah kita membuat penemuan.

Kita “discover” satu kaedah baru misalnya dalam mengagih-agihkan nikmat Allah SWT. Ini baru dinamakan syukur dalam erti kata yang sehabis asli.

Persoalan yang penting ialah sama ada belanjawan itu membawa keadilan atau tidak kepada seluruh masyarakat tanpa mengira bulu?

Dimanakah misalnya faedah-faedah hiliran yang mungkin dapat dikutip oleh kontraktor-kontraktor kecil dari kek baru belanjawan 2008 yang bernilai RM159 bilion itu? Apakah nasib sebahagian penduduk Melaka yang diancam oleh kekotoran bau dan air najis khinzir boleh terbela dengan ucapan Belanjawan itu? Apakah langkah strategik untuk membendung kenaikan harga barang-barang yang boleh dijanjikan oleh belanjawan kali ini

Ertinya di sini, belanjawan harus berbicara dan berkomunikasi secara langsung dengan kehidupan dan hati nurani rakyat. Bertolak dari keadilan berasaskan Ayat 90 Surah An Nahl Allah SWT ada berfirman bermaksud: “Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat, dan Allah melarang dari perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran.”

Ayat ini sangat dituntut oleh Allah SWT sehingga ia dibaca oleh semua Tok-Tok Khatib di Mimbar Jumaat secara mingguan.

Belanjawan Negara 2008 mesti mampu membuat “spiritual address” yang begini. Bersifat mesra kebajikan, berpaksikan keadilan. Adil pula bermakna meletakkan segala sesuatu sesuai dengan tempatnya.

Di Kelantan misalnya, apa erti belanjawan negara yang ada menyediakan sejumlah peruntukan tertentu untuk negeri ini tetapi ia ditadbir, diurus, dipantau dan dilaksanakan oleh JPP tanpa melalui Kerajaan Negeri.

Tentu semua orang boleh bersetuju bahawa Kerajaan Kelantan ini adalah sebuah kerajaan demokratik yang sah. Membuat “political bypass” melalui JPP adalah sebuah pencolekan kuasa (power hijack) atau coup de’ tat yang nakal dari pemilik khazanah di Pusat.
Kelantan dizalimi berbelas kali dalam belanjawan negara

Maka, tinggallah kami bermata putih, terkelip-kelip bagaikan tikus kurus yang cuma memerhati wang dan peruntukan, one-off dan subsidi lalu hilir mudik di depan tangga kami.
Tidakkah pembentang belanjawan negara sedar bahawa JPP yang diwujudkan di Kelantan telah meletakkan mercu tanda keangkuhan yang membibitkan pula penindasan, penyelewengan kuasa, pembaziran dan pertindihan fungsi?

Bagaimana boleh kita bayangkan seorang Ketua Eksekutif Kerajaan Negeri yang sah tiba-tiba dinafikan hak untuk mengikuti perancangan dan mengikuti pemantauan pelaksanaan semua projek yang diatur didalam rumah tangganya.

Ini bukan berlaku setahun dua, bahkan sudah memasuki pusingannya bagi kali yang ke-17. Ia dikitar kezalimannya sudah berbelas kali.

Jika kami takdirnya salah, tolong jelaskan di mana salahnya Kerajaan Kelantan sekarang.
Salahkah dengan demokrasi atau dengan Islam sehingga semua peruntukan pembangunan daripada Pusat mesti diserahkan melalui JPP yang lengkap dengan kerajaan sendiri.
Sekali difikir-fikir, seakan-akan Kerajaan Kelantan yang ada ini tidak sah. Ia dibatalkan keabsahannya oleh Kerajaan Pusat melalui JPP.

Bagaimanapun, terkini, apa yang mula kelihatan ialah adanya sedikit kerjasama dan keterbukaan sewaktu bajet dibentangkan.

Kelantan juga turut merasai adanya cadangan-cadangan seperti mengadakan Universiti-Universiti, jalan-jalan raya termasuk Jambatan Kedua Sultan Yahya. Saya berharap, keterbukaan kedua-dua belah daun pintu ini akan dapat hidup subur, disegera dan dikekalkan.
Ia terbuka untuk meraikan kerjasama dan dapat dirapatkan semula jika keadaan memerlukan.
Keadilan bukan sahaja tuntutan demokrasi bahkan kewajiban Islam yang akan dibalas dengan syurga dan neraka.

Sunday, September 16, 2007

GERAKAN FREEMASONARY DI AFGHANISTAN !!!

PENGENALAN RINGKAS GERAKAN FREEMASONARY

- kalimahnya : "Free & Mason" dari bahasa Inggeris yang memberi makna "jurubina bebas". dalam bahasa Arab, kalimah ini diterjemahkan sebagai "masuniyah".

- gerakan ini di asaskan pada tahun 43 masihi lagi. ada pendapat kata, ianya diasaskan pada tahun 37 masihi.

- ianya dicetuskan dari dua orang yahudi yang bernama AHERAM ABYOB dan MUAB LAVI (penasihat raja Herod's Akriba/Father)

- asal penubuhannya adalah menyekat pengaruh ajaran Al-Masih (nabi Isa AS) dan untuk menjaga keselamatan Yahudi.

- pun begitu, disebabkan tentangan Islam terhadap Yahudi lebih kuat menyebabkan mereka telah beralih pandangan untuk menyerang umat Islam diseluruh dunia. ianya bermula pada tahun 1717 masihi atas idea seorang anggota Freemasonary yang bernama ANDERSON.

- cara serangan mereka kepada Islam dengan menyebarluaskan fahaman Komunis dan sekular dikalangan umat Islam.

- antara asal penubuhan gerakan ini adalah untuk memberi ruang kepada orang yahudi yang ingin mengambil tanah Palestine dan membina Haikal Sulaiman dibawah runtuhan Masjid Al-Aqsa.

- berusaha hendak menguasai pemerintahan Syria, iraq, Jordan, Mesir hingga menjangkau Madinah dan Makkah.

- bergerak dalam bidang Pendidikan, Politik, Budaya dan sosial.

- menubuhkan badan-badan kebajikan dan keamanan di seluruh dunia bagi mengaburi mata masyarakat terhadap gerakan mereka.

- menghalalkan riba dikalangan manusia.

SILA LIHAT KLIP VIDEO UNTUK TATAPAN ANDA SEMUA !!!!

FREEMASONARY DAN SADDAM HUSSIN



FREEMASONARY DAN AFGHANISTAN

SERANGAN MUJAHIDIN TERHADAP TENTERA AMERIKA

Firman Allah;
وَقَاتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَكُمْ وَلَا تَعْتَدُوا إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ * وَاقْتُلُوهُمْ حَيْثُ ثَقِفْتُمُوهُمْ وَأَخْرِجُوهُمْ مِنْ حَيْثُ أَخْرَجُوكُمْ وَالْفِتْنَةُ أَشَدُّ مِنَ الْقَتْلِ وَلَا تُقَاتِلُوهُمْ عِنْدَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ حَتَّى يُقَاتِلُوكُمْ فِيهِ فَإِنْ قَاتَلُوكُمْ فَاقْتُلُوهُمْ كَذَلِكَ جَزَاءُ الْكَافِرِينَ * فَإِنِ انْتَهَوْا فَإِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ * وَقَاتِلُوهُمْ حَتَّى لَا تَكُونَ فِتْنَةٌ وَيَكُونَ الدِّينُ لِلَّهِ فَإِنِ انْتَهَوْا فَلَا عُدْوَانَ إِلَّا عَلَى الظَّالِمِينَ

Maksudnya;
“dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) ugama Allah akan orang-orang Yang memerangi kamu, dan janganlah kamu menceroboh (dengan memulakan peperangan); kerana Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang Yang menceroboh. * dan bunuhlah mereka (musuh Yang memerangi kamu) di mana sahaja kamu dapati mereka, dan usirlah mereka dari tempat Yang mereka telah mengusir kamu; dan (ingatlah Bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan dan janganlah kamu memerangi mereka di sekitar Masjid Al-Haraam sehingga mereka memerangi kamu di situ. oleh itu kalau mereka memerangi kamu (di situ), maka bunuhlah mereka. Demikianlah balasan bagi orang-orang Yang kafir. * kemudian jika mereka berhenti memerangi kamu (maka berhentilah kamu); kerana Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. * dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah ugama itu semata-mata kerana Allah. kemudian jika mereka berhenti maka tidaklah ada permusuhan lagi melainkan terhadap orang-orang Yang zalim”

(Surah Al-Baqarah : 190-193)


TAKBIR !!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Saturday, September 15, 2007

TERKENANG KETIKA DULU !!!

TOK GURU HAJI HADI JAWAB ISU TUHAN SAMSENG



HUSAM MUSA



HUSAM MUSA DAN MAT SABU



MAT SABU

LEASEHOLD YANG JADI SETINGGAN : SATU ULASAN BERASASKAN ISLAM

LEASEHOLD YANG JADI SETINGGAN : SATU ULASAN BERASASKAN ISLAM



3 hari sebelum umat Islam seluruh dunia menyambut bulan Ramadhan, penduduk di Kampung Sentosa, Sungai Buloh Selangor telah didatangi “anjing-anjing” BN/UMNO untuk meruntuhkan rumah-rumah mereka dengan alasan setinggan.

Diketika itu, mengantuk telah menguasaiku. Ianya bersebabkan semalaman tidak tidur ekoran memandu dari Johor ke Selangor yang pemergianku bersama teman-teman kesana dalam misi menyelesaikan satu isu murtad yang melibatkan seorang perempuan yang berasal dari selangor yang telah dimurtadkan di Johor.

Pagi itu, beberapa panggilan telefon dan Sms sampai ke box handsetku, tetapi tidak dilayan disebabkan ketika itu aku sedang menikmati kelenaan tidur dalam keadaan letih. Isteriku menggerakkanku dan menyatakan bahawa, rumah-rumah orang UMNO di Kampung Sentosa sedang di robohkan oleh pihak MBSA dengan dakwaan mereka duduk di tanah Setinggan.

Dalam keadaan yang penat disebabkan kekurangan tidur itu, aku tetap bergegas bangun, terus menuju ke kampong yang dimaksudkan, dan sememangnya dakwaaan tersebut itu tepat.

Amat menyedihkan dengan sikap MBSA beserta seorang wakil Menteri Besar selangor yang berbangsa melayu, mereka sanggup meruntuhkan rumah-rumah penduduk kampong tersebut yang sememangnya berbangsa Melayu yang bermazhab UMNO.

Apa yang menjadi persoalan adalah, berhampiran rumah yang dirobohkan, ada 3 buah rumah yang mengandungi 3 keluarga India beragama Hindu, yang rumah mereka tidak disentuh oleh pihak MBSA. Masakan rumah mereka hendak disentuh, air dan elektrik pun tidak di potong oleh mereka. mengapa ini boleh berlaku?

Direnung kepada India yang mendapat pembelaan dari YB-YB yang sebangsa dengan mereka tetapi keadaan ini tidak dikecapi oleh mereka yang berbangsa Melayu beragama UMNO disebabkan UMNO mengamalkan slogan “biar mati melayu, jangan mati Kroni”.

Hakikat sebenar, pemimpin UMNO mengetahui bahawa orang-orang UMNO sememangnya bodoh. Walaupun rumah mereka ditolak yang berpuncakan dari tindakan pemimpin mereka, tetapi didalam pilihanraya akan datang, pasti mereka akan memangkah parti bangsat itu.

Itulah kebodohan yang sedang menimpa umat Islam berbangsa melayu beragama UMNO di Negara ini. Keadaan ini bersebabkan doktrin kebodohan yang telah ditanamkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO sendiri yang sebenarnya, tindakan itu telah dilakukan oleh Firaun terhadap manusia di zamannya.

Kisah ini dinyatakan oleh Allah dalam firman-Nya;

وَنَادَى فِرْعَوْنُ فِي قَوْمِهِ قَالَ يَا قَوْمِ أَلَيْسَ لِي مُلْكُ مِصْرَ وَهَذِهِ الْأَنْهَارُ تَجْرِي مِنْ تَحْتِي أَفَلَا تُبْصِرُونَ * أَمْ أَنَا خَيْرٌ مِنْ هَذَا الَّذِي هُوَ مَهِينٌ وَلَا يَكَادُ يُبِينُ * فَلَوْلَا أُلْقِيَ عَلَيْهِ أَسْوِرَةٌ مِنْ ذَهَبٍ أَوْ جَاءَ مَعَهُ الْمَلَائِكَةُ مُقْتَرِنِينَ * فَاسْتَخَفَّ قَوْمَهُ فَأَطَاعُوهُ إِنَّهُمْ كَانُوا قَوْمًا فَاسِقِينَ

Maksudnya;
“dan Firaun pula menyeru (dengan mengisytiharkan) kepada kaumnya, katanya: "Wahai kaumku! Bukankah kerajaan negeri Mesir ini - Akulah Yang menguasainya, dan sungai-sungai ini mengalir di bawah (istana) ku? tidakkah kamu melihatnya? *. "Bahkan Bukankah Aku lebih baik daripada orang Yang hina keadaannya ini, dan Yang hampir-hampir tidak dapat menjelaskan perkataannya? * "(Kalau betul ia seorang Rasul) maka sepatutnya ia dipakaikan (oleh Tuhannya) gelang-gelang emas (yang menandakan ia seorang pemimpin), atau datang malaikat bersama-sama dengannya (sebagai saksi tentang kebenarannya)?" * (dengan Yang demikian), maka Firaun memperbodohkan kaumnya, lalu mereka mematuhinya; Sesungguhnya mereka itu adalah kaum Yang fasik – derhaka”

(Surah Az-Zukhruf : 51-54)

Firman Allah ini dengan jelas menggambarkan tindakan “membodohkan rakyat” yang telah dilakukan oleh firaun terhadap rakyatnya. Dan gambaran yang sama juga yang telah dilakukan UMNO terhadap bangsa melayu di Negara ini juga.

Antara kebodohan yang telah dilakukan adalah, mereka telah menutup kuasa media untuk disampaikan ke telinga-telinga rakyat disamping menanam doktrin syirik dengan dakwaan bahawa BN sahaja yang layak memerintah dan dapat memberi pembangunan kepada rakyat.

Apa yang dapat dilihat, Malaysia sebuah Negara yang mempunyai hasil bumi yang terlalu banyak, tetapi telah diselewengkan oleh golongan berkepentingan bagi menjaga “perut” dan “dibawah perut” mereka yang akhirnya rakyat menjadi mangsa kerakusan dengan menindas dan memaksa rakyat membayar pelbagai cukai dan sebagainya.

Berbalik kepada isu keruntuhan rumah di Kampung Sentosa, Sungai Buloh Selangor. Didapati bahawa, penempatan itu bermula semenjak merdeka lagi dan telah di mohon pengesahan hak milik mereka pada tahun 1971 lagi. Tetapi, apa yang memelikkan, tanah tersebut telah diserahkan pemilikkannya kepada satu badan korporat iaitu syarikat “siearramas”, sedangkan permohonan tanah dari pihak syarikat pemaju tersebut pada pertengahan 90 an.

Disini dapat dilihat, dasar pemerintahan di Malaysia ini hakikatnya berorentasikan sistem ekonomi Kapitalis yang lebih mementingan orang-orang kaya disamping menekan dan menindas rakyat. Yang lebih mudah untuk mengetahui pemerintahan di Malaysia ini mengamalkan dasar ekonomi kapitalis adalah, kuasa pemaju dapat memaksa pihak MBSA yang berada dibawah kerajaan untuk meruntuhkan rumah-rumah rakyat.

MENGAPA BOLEH JADI SETINGGAN?

Dalam kamus Dewan, Setinggan didefinisikan sebagai “orang yang menempati tanah kerajaan secara haram”[1].

Antara keadaan tanah yang boleh bertukar kepada setinggan adalah sistem tanah yang dinamakan sebagai leasehold atau disebut dalam bahasa melayu sebagai “tanah pajakan”.

Di Malaysia, banyak tanah-tanah yang telah dileaseholdkan oleh pihak kerajaan kepada pihak pemaju untuk dibangunkan rumah-rumah kediaman. Setelah siap rumah-rumah tersebut, maka rumah-rumah itu dijual kepada rakyat dengan harga agak mahal. Rata-rata rakyat tidak menyedari, didalam buku “kanun tanah Negara” akta 56/1965 menyatakan dalam bahagian lima belas, bab 1 (3) (a);

“tempoh maksimum untuk mana-mana pajakan boleh diberi sedemikian hendaklah selama- (a) sembilan puluh sembilan tahun jika berkait dengan seluruh mana-mana tanah berimilik[2]

Dari article ini difahami, mana-mana rakyat yang membeli rumah dikawasan tanah “leasehold”, maka rumah mereka tidak akan dapat di pusakai.

Dan jika dipusakai kepada anak-anak mereka, maka setelah cukup umur tanah itu 99 tahun, maka anak-anak mereka akan dihambat keluar dari tanah kediaman mereka dengan alasan sudah cukup tahun dan secara automatiknya, penduduk ditanah berkenaan akan diisytiharkan sebagai “penduduk setinggan”.

Dari pihak kerajaan pula, mereka tidak menyediakan peruntukan undang-undang untuk memberi gantirugi kepada pihak penduduk di tanah tersebut. Jika mereka memberikan pampasan juga, pemberian itu sekadar ehsan dari pihak kerajaan, bukan tertakluk kepada undang-undang.

Dari keadaan ini, jika penduduk telah diisytiharkan sebagai “penduduk setinggan”, lalu rumah mereka ditolak dan dirobohkan oleh mana-mana pihak dalam keadaan tidak diberikan apa-apa pampasan, lalu diperdebatkan didalam mahkamah, maka pihak “penduduk yang didakwa setinggan” itu tidak dapat mempertahankan hak mereka disebabkan pemberian pampasan itu tidak terkandung dalam peruntukan undang-undang di Negara ini.

ISLAM MENYEDIAKAN CARA

Diperhatikan kepada reality yang telah berlaku, didapati bahawa, dengan alasan kemajuan dan pembangunan, pihak kerajaan sanggup melaksanakan “undang-undang rimba” ini dan dilaksanakan kepada rakyat sendiri.

Ekoran dari keadaan inilah, menyebabkan ramai dikalangan golongan pribumi telah kehilangan tanah dari masa demi masa. Begitujuga, didapati golongan pribumi sendiri akan menjadi bangsa yang merempat dibumi mereka sendiri.

Apa yang lebih menyedihkan lagi adalah, golongan yang mempunyai modal yang besar sahaja yang dapat menguasai tanah-tanah dalam Negara, yang kebanyakan pemodal-pemodal itu bukanlah dari rakyat Malaysia, tetapi sudah menjangkau kepada bangsa-bangsa asing di luar Negara.

Bagi memudahkan urusan golongan asing untuk menguasai tanah, golongan yang menjadi barua dalam penjualan harta Negara ini terdiri dari kalangan pemimpin yang berbangsa melayu. Maka dengan itu, berlakunya rasuah disana sini. Semuanya adalah kerana pengamalan sistem pemerintahan yang tidak berasaskan kepada Islam.

Maka dengan itu, Islam telah menyediakan sistem tanah dalam menyelamatkan semua keadaan ini. Islam menyediakan sistem tanah yang disebut sebagai “ihya’ Al-Mawat” bagi memberi hak kepada rakyat dan Islam menyediakan juga sistem “al-hima” sebagai memberi hak kepada pihak kerajaan dalam menguasai tanah.

IHYA’ AL-MAWAT DAN AL-HIMA

Ihya’ Al-Mawat bermaksud “menghidupkan tanah yang tandus yang tiada kepunyaan sesiapa pun[3]

Sandaran pengamalan sistem Ihya’ Al-Mawat ini adalah kepada hadis Nabi SAW;

مَنْ أَعْمَرَ أَرْضًا لَيْسَتْ لِأَحَدٍ فَهُوَ أَحَقُّ

Maksudnya;
“barangsiapa yang memakmurkan tanah yang bukan kepunyaan sesiapa pun, maka dia adalah orang yang paling berhak[4]

Menurut Jumhur ulama, dari hadis ini menjadi dalil atas pemilikan tanah kepada orang yang menghidupkan tanah tandus yang ketiadaan kepunyaan sesiapa pun. Pemilikan tersebut pula tidak perlu mendapat izin dari pihak kerajaan.

Walaubagaimanapun, menurut Abu Hanifah dan Hakim berpendapat, pemilikan tersebut hendaklah mendapat keizinan dari pihak kerajaan[5].

Imam Ibnu hajar Al-Asqalani menyatakan, mengihya’kan tanah tersebut tidak dibataskan dengan bangunan sahaja, bahkan dikira sebagai ihya’ juga dengan menjadi tanah tersebut sebagai tempat tanaman, ternakan, kolam, bangunan dan sebagainya[6].

Adapun “Al-Hima” pula adalah “bahawa Imam menggezetkan bumi terbiar dengan menguatkuasakan larangan mengambil rumput untuk kepentingan individu. Ianya dibenarkan dengan sebab wujudnya maslahat umum, bukan maslahat individu[7]

Hima dibenarkan berlaku pada tanah yang tidak dimiliki oleh sesiapa pun. Maka dengan demikian, tanah yang telah di ihya’kan oleh rakyat adalah haram dilakukan hima[8].

Hima juga dilakukan untuk kepentingan umum, bukan untuk kepentingan peribadi pemimpin. Ini didasari kepada sabda Nabi SAW;

لا حمى إلا لله ولرسوله

Maksudnya;
“tidak boleh hima melainkan untuk Allah dan untuk Rasul-Nya[9]

Hadis ini menjelaskan kepada kita bahawa, kerajaan yang dibenarkan untuk menghima tanah adalah kerajaan Allah dan kerajaan yang mengikut acuan Rasulullah SAW.

Imam ibnu Hajar Al-Asqalani menukilkan pandangan Syafii yang menyatakan, kuasa menghima tanah adalah dikhususkan kepada khalifah[10]. Maka dengan demikian, tidak semua Negara sah melakukan hima, bahkan Negara yang sah untuk menghima tanah adalah Negara yang memerintah mengikut acuan Nabi SAW.

Hima merupakan penguasaan tanah yang disediakan oleh Islam sebagai hak kerajaan. Pun begitu, tanah yang telah diihya’kan oleh rakyat tidak boleh di himakan oleh pihak kerajaan.

Sekiranya ada tanah yang ingin digunakan oleh kerajaan dengan tujuan keperluan yang umum, seperti jalan raya dan sebagainya. Dan dikala itu, tidak ada tempat lain melainkan tanah tersebut sahaja, maka dibenarkan kepada kerajaan mengambil tanah tersebut, tetapi pengambilan tersebut hendaklah di “ta’mim”kan atau dalam kata lain, pihak kerajaan wajib memberi pampasan kepada tuan tanah berkenaan dengan harga yang setimpal dengan harga dan keperluan tanah.

Pun begitu, tanah yang hendak digunakan tersebut hendaklah dipastikan secara yakin pada kegunaannya[11]. Jika kegunaan yang hendak digunakan oleh kerajaan terhadap tanah hanya sekadar sangkaan sahaja, maka dalam keadaan sedemikian, haram pihak kerajaan mengambil tanah tersebut dari pihak tuan tanah.

Dari ini, jika dengan sangkaan kerajaan untuk membangunkan sesuatu tempat pun sudah dilarang untuk mengambil tanah, maka bertambah haramlah jika tanah itu diambil, lalu diberikan kepada pihak pemaju atas nama pembangunan, tetapi hakikatnya adalah untuk kepentingan syarikat-syarikat besar.

Firman Allah;

كَيْ لَا يَكُونَ دُولَةً بَيْنَ الْأَغْنِيَاءِ مِنْكُمْ

Maksudnya;
“supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu”

(Surah Al-hasyr : 7)

Justeru itu, dengan wujudnya sistem-sistem tanah yang bersandarkan Islam ini, nescaya kezaliman yang dilakukan pihak kerajaan kepada rakyat, seperti yang dilihat sekarang tidak akan berlaku. Ekoran dari itu, kezaliman menolak dan merobohkan rumah rakyat dengan menjualkan tanah tersebut kepada pihak pemaju merupakan tindakan yang bercanggah dengan Islam yang sememangnya tindakan itu wajib diserang sehabis-habisnya.

PENUTUP

Kesedaran menguasai hak milik tanah ini agak lemah dikalangan bangsa melayu beragam islam di Negara ini. Mereka yang berduit akan mengambil sikap membeli tanah yang kadangkala mereka sendiri tidak memahami status tanah yang telah mereka beli.

Dengan penjelasan ini, mudah-mudahan kita semua memahami konsep tanah yang telah diberi hak milik oleh Islam, tetapi dihalang pemilikannya oleh kerajaan yang memerintah hari ini.

Apa yang perlu adalah, berusaha untuk mengubah pemerintahan hari ini dengan menggantikan dengan kepimpinan yang berlandaskan Islam agar rakyat tidak lagi dizalimi dari semua sudut, antaranya dalam pemilikkan tanah.

Sekian

Wallahu ‘Alam

Al-bakistani
http://laptopdarulfiqh.blogspot.com/

e mail : abu_abdillah_azzam@yahoo.com

[1] Kamus Dewan : m/s 1270.
[2] Kanun tanah Negara 1965 (akta 56/1965) : m/s 233.
[3] Al-Fiqh Al-Islami Wa Adillatuh : 4/426.
[4] Sahih Al-Bukhari : 8/145 : hadis no : 2167.
[5] Al-Fiqh Al-Islami Wa Adillatuh : 4/426
[6] Fath Al-Bari : 7/192.
[7] Al-Fiqh Al-Islami Wa Adillatuh : 6/427.
[8] Al-Fiqh Al-Islami Wa Adillatuh : 6/427
[9] Sahih Al-Bukhari : 8/191 ; hadis no : 2197.
[10] Fath Al-Bari : 7/233
[11] Al-Fiqh Al-Islami Wa Adillatuh : 7/23.

Friday, September 14, 2007

12 persoalan besar di Batu Buruk belum terjawab

POLIS TEMBAK RAKYAT



oleh : Mat Zain Mat Isa

Dua mangsa tembakan ‘peluru hidup’ polis yang masing-masing dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu dan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan juga dilaporkan beransur sembuh.

Namun insiden yang dianggap paling buruk di Terengganu sejak dua dekad ini nampaknya tidak terhenti setakat penahanan, pendakwaan mahu pun rawatan kepada yang mengalami kecederaan sahaja.

Ia turut menimbulkan persoalan dan perbahasan mengenai keselamatan, integriti pasukan polis dan patriotisme rakyat. Isu ini menjadi isu nasional.

Ia berkumandang lewat perbahasan dan usul di Dewan Rakyat. Ia juga mengundang memorandum oleh Badan Gabungan Tuntutan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) kepada Ketua Polis Negara.

Di Kuala Terengganu sendiri, insiden itu masih menjadi buah tutur masyarakat. Di kedai kopi, stesen minyak, pejabat, surau dan masjid, mahu pun di dalam kenderaan awam, rakyat Terengganu masih membicarakannya. Yang tahu serba sedikit menceritakan, yang tidak tahu sangat berkeinginan mengetahui lebih lanjut.

Maklumat-maklumat yang dipaparkan menerusi laporan media massa, terutama akhbar-akhbar arus perdana dan tv nampaknya tidak meyakinkan masyarakat awam. Sebagai anggota masyarakat setempat, cakap-cakap dan penyampaian oleh eyewitnesses (mereka yang menyaksikan sendiri) nampaknya lebih diterima umum. Bagai diduga, kebanyakan cerita oleh saksi kejadian tidak memihak kepada pihak berkuasa.

Apa yang nyata, semakin banyak maklumat didedahkan media mengenai kejadian tersebut, dan semakin rancak serta meluas perbincangan mengenainya berlaku di dalam masyarakat, maka semakin banyak pula persoalan dan tandatanya timbul berkaitan fakta-fakta sebenar kejadian malam itu.

Ia turut mengundang teori konspirasi serta implikasi politik hasil insiden tersebut.
Banyak isu tinggal misteri

Untuk renungan dan bahan fikir bersama, berikut diperturunkan beberapa persoalan dan tandatanya tersebut:

1. Kerosakan harta awam dianggarkan RM500 ribu oleh pihak Majlis Perbandaran Kuala Terengganu (MPKT). Exco Datuk Rosol Wahid pula dalam kenyataan berasingan mendakwa nilai kerosakan itu mencecah RM1 juta (biasa lah tu, pemimpin BN memang selalu melebih-lebih dalam hal seumpama ini). Kerosakan itu didakwa dibuat “perusuh” yang dikaitkan dengan para penyokong PAS yang hadir malam itu.

Anehnya, segala kerosakan yang berlaku seperti papantanda jalan, lampu isyarat, pasu bunga dan lain-lain itu sebenarnya terletak di dalam zon yang dikawal polis. Sepanjang kekecohan memuncak, tidak ada orang awam dibenarkan memasuki kawasan jalan sepanjang 200 meter dari persimpangan lampu isyarat merentasi depan Kediaman Seri Iman hingga ke stesen minyak Esso di situ. Maka menjadi tanda tanya, siapa bertanggungjawab memecah dan merosakkan harta awam itu?

2. Puluhan buah motosikal dan kereta dilaporkan mengalami kerosakan teruk kesan pukulan benda tumpul (kayu atau batu). Gambar-gambar sebahagian kenderaan yang rosak itu turut disiarkan akhbar. Antara gambar itu menunjukkan lokasi motosikal yang rosak itu hanya beberapa depa dari sepasukan polis Unit Simpanan Persekutuan (FRU) sedang berkawal.
Apakah munasabah orang awam melakukannya dan dilihat sahaja oleh anggota FRU? Lagi pun, kenderaan yang rosak itu adalah milik orang awam, bukan milik anggota FRU atau polis. Sedangkan pertembungan malam itu antara polis dan orang awam. Apakah munasabah orang awam merosakkan kenderaan mereka sendiri? (Bunyinya macam tuduhan Datuk Seri Anwar Ibrahim tumbuk muka dia sendiri dululah!)

3. Ada orang awam menceritakan telah melihat sekumpulan anggota polis mengunjungi Pasar Besar Kedai Payang (pasar utama di tengah bandar Kuala Terengganu) beberapa hari sebelum kejadian. Mereka itu dikatakan telah memborong kesemua ‘bidas’ (lastik, orang Kedah sebut ‘terbir’, orang Putih kata ‘catapult’). Untuk apa lastik-lastik itu diborong polis?

4. Insiden bakar bendera negara turut dipertikaikan. Gambar disiarkan akhbar Berita Harian, 10 September menunjukkan seorang pemuda lengkap bertopi keledar sedang membakarnya di tengah jalanraya yang agak lengang. Berdasarkan gambar itu, dipercayai jurugambar yang merakamkan insiden itu berada tidak jauh dari si pembakar itu.

Mungkin jurugambar tersebut adalah orang paling wajar disoalsiasat, siapa sebenarnya pemuda itu? Apakah gambar tersiar itu satu-satunya gambar dirakamnya ketika itu, atau ada lagi gambar-gambar lain yang merakamkan imej lebih jelas mengenai pembakar bendera itu?

5. Lebih dipersoalkan banyak pihak, apakah pemuda itu sebahagian dari kumpulan pemuda yang datang untuk mendengar ceramah PAS atau dari kumpulan lain? Bajunya tidak menampakkan sebarang tanda basah atau berpeluh, menunjukkan dia belum begitu lama di situ, tidak sebagaimana yang lain.

6. Ada juga eyewitness mendakwa melihat seseorang dari dalam sebuah kereta menghulurkan bendera negara yang menjadi bahan bakar itu kepada pemuda tersebut dan menyuruhnya membakar. Jika benar begitu, bermakna bendera itu bukan disentap di situ ketika kekecohan berlaku, tetapi sengaja dibawa dari tempat lain oleh orang misteri yang berkereta itu.

7. Ada juga eyewitness menyaksikan kedatangan sekumpulan mat rempit sejurus selepas keadaan agak reda. Mereka ini memang menjadikan laluan yang terlibat dengan kekecohan itu sebagai track perlumbaan mereka saban malam. Tidak payah diberitahu, mereka ini memang menyimpan dendam dengan pasukan polis kerana sering mengganggu akvititi malam mereka.
Mereka ini dikatakan tumpang sekaki “mengamuk” dan melakukan kekacauan sebagai melepas geram terhadap pasukan polis. Apakah mustahil mereka ini turut terlibat membakar bendera, kon polis dan melakukan kerosakan-kerosakan lain itu?

8. Keengganan pihak Polis Daerah Kuala Terengganu mengeluarkan permit untuk perhimpunan malam itu turut dipertikaikan. Pertama, telah beberapa kali lokasi sama dijadikan pentas ceramah melibatkan nama-nama besar dalam pembangkang seperti Mohamad Sabu, Anwar dan Tuan Guru Abdul Hadi Awang sendiri. Majlis-majlis tersebut berjalan lancar dan aman, tiada kekacauan atau gangguan keselamatan, selagimana tiada kacau ganggu pihak polis.

9. Pihak polis memberikan alasan tidak mengeluarkan permit ceramah kononnya kawasan perumahan itu didiami golongan elit, pegawai kerajaan dan orang ternama. Justeru sebarang majlis ceramah akan menghasilkan gangguan bunyi kepada penghuni taman itu.
Juga dibangkitkan soal gangguan kepada para pelancong yang menginap di chalet dan resort berdekatan. Sedangkan lokasi sama terletak hanya beberapa ratus meter dari pentas utama Pantai Batu Buruk. Di situ saban bulan (kekadang tu saban minggu), berbagai bentuk bunyi bising dikumandangkan, tidak kira siang mahu pun malam. Mengapa tidak ditimbulkan soal gangguan bunyi dari pesta hiburan itu?

10. Soal bantahan yang didakwa dari penduduk setempat juga tidak sukar difahami. Mana ada orang Umno yang suka ceramah PAS diadakan berdekatan rumah mereka? Jadi, jika diraikan setiap bantahan orang Umno, nescaya tidak akan ada peluang bagi PAS untuk menganjurkan majlisnya di kawasan-kawasan awam. Apakah polis tidak pernah mengeluarkan permit untuk majlis Umno/BN jika dibantah penduduk setempat dari kalangan PAS?

11. Tindakan FRU melepaskan gas pemedih mata tanpa mengira tempat juga amat dikesalkan. Ia dihalakan bukan sahaja ke arah orang ramai yang cuba disuraikan, tetapi turut disasarkan ke arah kedai makan yang sedang dipenuhi pelanggan. Kanak-kanak yang berada di dalam kedai itu, termasuk anak-anak pemilik kedai, turut menerima kesan gas tersebut.
Apakah aspek keselamatan orang awam yang tidak ada kena-mengena dengan kekecohan itu tidak diambil kira terlebih dahulu oleh polis? Apakah semata-mata atas alasan menyuraikan perhimpunan haram, polis dihalalkan bertindak apa cara sahaja?

12, Tindakan seorang anggota polis melepaskan ‘peluru hidup’ sehingga mencederaparahkan dua orang awam sangat dipertikaikan. Anggota polis itu mendakwa kononnya beliau diserang, lalu memaksanya melepaskan tembakan demi mempertahankan diri.
Apa pun alasan dan dakwaan yang cuba dikemukakan, rakyat tidak dapat menerima ia sebagai tindakbalas yang wajar. Lain lah kalau orang yang didakwanya menyerangnya itu juga bersenjata. Apatah lagi diambilkira sebab kenapa beliau “diserang” itu, ialah kerana orang ramai melihat beliau cuba melakukan provokasi di tengah-tengah hadirin.

Setakat ini, persoalan dan tandatanya disebutkan tadi masih menguasai perbualan umum dan sembang kedai kopi di Terengganu. Segala persoalan itu pada hakikatnya lebih banyak memberikan kesan negatif kepada parti pemerintah.

sumber;
http://www.harakahdaily.net/bm/index.php?option=com_content&task=view&id=9771&Itemid=28

TERBUKTI POLIS BARUA UMNO/BN

PENJELASAN ISU BATU BURUK