Friday, September 14, 2007

Thursday, September 13, 2007

TARAWIH : 8 RAKAAT ATAU 20 RAKAAT


TARAWIH : 8 RAKAAT ATAU 20 RAKAAT

Isu berkenaan dengan bilangan rakaat bagi solat tarawih adalah perkara khilafiyyah yang sering diperdebatkan dikalangan “ustaz-ustaz kampong” dikala kedatangan Ramadhan yang mulia.

Perbincangan berkenaan dengan perkara khilafiyyah ini sudah lama berlaku, tetapi di panaskan perdebatannya dikalangan umat. memelikkan perdebatan sebegini dibesar-besarkan, sedangkan dalam masa yang sama, ramai manusia yang tidak menunaikan solat, yang selalunya menimpa kepada budak-budak muda, bahkan ianya menimpa juga kepada “budak-budak tua”.

Walaubagaimanapun, aku tetap mengambil jalan tengah dalam menyatakan bahawa, bilangan rakaat dalam solat tarawih adalah perkara khilafiyyah dikalangan ulama.

Di sini, aku akan mengemukakan kedua-dua pendapat disertai hujjah dipihak masing-masing. Tujuannya adalah agar semua umat Islam dapat merasakan bahawa perkara khilafiyyah ini bukan bermakna pihak yang tidak berserasi dengan mereka itu tidak mempunyai dalil dan hujjah, bahkan kadangkala hujjah golongan yang menyanggahi mereka itu lebih bertepatan dengan kehendak hujjah dan dalil.

Walaubagaimanapun, aku tidak akan mentarjih salah satu dari kedua-dua pendapat ini disebabkan aku bukan manusia yang berkeahlian dalam mentarjih pendapat ulama-ulama yang hebat ini.

GOLONGAN 20 RAKAAT

Bagi golongan ini, mereka berpendapat bahawa, menunaikan solat tarawih dengan 20 rakaat adalah sunat muakkad. Mereka mendakwa, amalan ini dipelopori oleh Rasulullah SAW sendiri.

Dalil mereka adalah seperti berikut;

Hadis Yazid bin Ruman;

كان الناس يقومون في زمن عمر في رمضان بثلاث وعشرين ركعة

Maksudnya;
“Manusia sentiasa mendirikan (solat tarawih) dalam bulan ramadhan di zaman Omar sebanyak 23 rakaat[1]

Hadis Ibni Abbas;

أن النبي صلّى الله عليه وسلم كان يصلي في شهر رمضان عشرين ركعة

Maksudnya;
“Sesungguhnya Nabi SAW sentiasa menunaikan solat dalam bulan Ramadhan sebanyak 20 rakaat[2]

Begitujuga dilihat kepada perbuatan Omar yang telah menghimpunkan manusia supaya menunaikan solat tarawih secara berjemaah yang diimamkan oleh Ubai bin Kaab sebanyak 20 rakaat[3].

Dari hadis-hadis yang dinyatakan di atas, didapati bahawa, Baginda SAW beserta sahabat-sahabat menunaikan solat tarawih dengan bilangan 20 rakaat. Walaubagaimanapun, ulama fiqh ada menyatakan kadar bilangan solat tarawih seperti berikut;

a. kebanyakkan ulama menyatakan, berdasarkan kepada amalan Muhajirin dan Ansar, solat tarawih ditunaikan dengan bilangan 20 rakaat.
b. Di zaman Khalifah Omar Bin Abdul Aziz, solat tarawih di tunaikan dengan bilangan 36 rakaat tanpa disertai solat witir. Pendapat ini diamalkan oleh ahli Madinah qadim[4].

GOLONGAN 8 RAKAAT

Golongan ini mendakwa bahawa, Rasulullah SAW tidak pernah melebihi bilangan rakaat solat tarawih dari 11 rakaat.

Sandaran mereka dalah hadis seperti berikut;

عن أبي سلمة بن عبد الرحمن أنه سأل عائشة رضي الله عنها كيف كانت صلاة رسول الله صلى الله عليه وسلم في رمضان فقالت : ما كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يزيد في رمضان ولا في غيره على إحدى عشرة ركعة

Maksudnya;
“daripada Abi Salamah bin Abd Ar-Rahman, sesungguhnya dia bertanya Aisyah RHa; bagaimanakah solat Rasulullah SAW dalam bulan Ramadhan? Menjawab Aisyah RHa; Rasulullah SAW tidak pernah melebihkan dari 11 rakaat dalam bulan Ramadhan dan yang lain darinya[5]

Hadis yang diriwayatkan oleh Imam muslim dan Ibnu Abi Syaibah:

كانت صلاته في شهر رمضان وغيره ثلاث عشر ركعة بالليل منها ركعتا الفجر

Maksudnya;
“Solat (nabi SAW) didalam bulan Ramadhan dan lainnya pada waktu malam adalah 13 rakaat. 2 rakaat daripadanya (yakni daripada 13 rakaat) tersebut adalah solat fajar[6]

Hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah dan lainnya;

عن جابر بن عبد الله رضي الله عنه قال : صلى بنا رسول الله صلى الله عليه وسلم في شهر رمضان ثمان ركعات وأوتر فلما كانت القابلة اجتمعنا في المسجد ورجونا أن يخرج فلم نزل فيه حتى أصبحنا ثم دخلنا فقلنا يا رسول الله اجتمعنا البارحة في المسجد ورجونا أن تصلي بنا فقال : إني خشيت أن يكتب عليكم

Maksudnya;
“daripada Jabir bin Abdillah RA berkata; Rasulullah SAW solat bersama kami dalam bulan Ramadhan sebanyak 8 rakaat dan juga melakukan witir. Ketika kedatangan hari selanjutnya, kami berhimpun dalam masjid dan kami berharap agar Baginda SAW keluar (untuk menunaikan solat tarawih). Didapati Nabi SAW tidak keluar hinggalah kami berpagi-pagi berjumpa dengan Nabi SAW lalu kami berkata; Ya Rasulullah SAW, kami berhimpun semalam didalam masjid, dan kami berharap agar kamu solat solat bersama kami. Lalu bersabda Nabi SAW; sesungguhnya aku bimbang (solat tarawihh itu) diwajibkan keatas kamu[7]

Dari beberapa hadis yang dinukilkan, didapati bahawa, perbuatan Rasulullah SAW menunaikan solat ramadhan adalah tidak melebihi dari 11 rakaat. Ianya memberi maksud, 8 rakaat untuk solat tarawih dan 3 rakaat berbaki adalah solat witir.

PENUTUP

Diperhatikan kepada kedua-dua golongan ini didapati bahawa kesemua mereka mempunyai hujjah masing-masing.

Maka dengan demikian, tidak perlu diperdebat panjang dalam isu ini. Barangsiapa yang ingin melakukan 8 rakaat, maka silakan. Dan begitujuga, dipersilakan bagi mereka yang ingin melakukan solat tarawih dengan 20 rakaat.

Apa yang lebih penting untuk diperdebatkan adalah, bagaimana hendak mengajak dan berusaha untuk mengajak mereka yang tidak menunaikan solat tarawih disamping meninggalkan solat fardhu yang diwajibkan oleh Allah SWT agar mereka menunaikan tuntutan Ilahi ini.

Sekian
Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani
http://laptopdarulfiqh.blogspot.com/

email : abu_abdillah_azzam@yahoo.com






[1] Muwatta’ Imam Malik : 1/342 : hadis no : 233.
[2] Musannif Ibni Ibni Syaibah : 2/285 : hadis no : 227 (1).
[3] Musannif Ibni Abi Syaibah : 2/285 : hadis no : 227 (5) hadis ini dinyatakan oleh Syaikh Albani sebagai hadis doif Jiddan yang tidak boleh dijadikan hujjah (lihat kitab “Solat At-tarawih” : 1/22). Menyatakan hadis ini sebagai doif jiddan juga adalah Imam As-Sayuti didalam kitabnya “Al-Hawi li Al-Fatawa dengan alasan, dalam hadis ini terdapat Abu Syaibah Ibrahim bin Osman yang dilihat oleh Al-Hafiz sebagai “متروك الحديث” lihat Al-Hawi lil Al-Fatawa : 2/73”.
[4] Al-Fiqh Al-Islami Wa Adillatuh : 2/251.
[5] Muwatta’ Imam Malik : 1/355 : hadis no : 243.
[6] Sunan Al-Kubra lil Baihaqi : 3/7
[7] Al-Mu’jam As-Saghir Li At-Tabarani : 2/127 : hadis no : 526.

Tuesday, September 11, 2007

SELAMAT DATANG RAMADHAN !!


kepada semua pelayar laman blog ini, ana mengucapkan selamat menyambut Bulan Ramadhan. mudah-mudahan semua kita mendapat petunjuk dan Hidayah dari Allah disamping bekerja keras bagi memenangkan Islam agar IAnya menjadi Agama yang memerintah bukan diperintah.

sekian

Al-Bakistani
http://laptopdarulfiqh.blogspot.com/

e mail : abu_abdillah_azzam@yahoo.com.

Sunday, September 09, 2007

MAKLUMAN KEPADA SEMUA PEMBACA

IJTIMA' BESAR-BESARAN UNTUK PROTES KEZALIMAN POLIS YANG MENEMBAK ORANG AWAM
bertempat;
berhampiran Masjid Rusila
tarikh;
14 September 2007
masa;
Jumaat Malam Sabtu
(solat maghrib, Isya' dan Tarawih di Masjid Rusila bersama Presiden PAS)
semua diminta hadir.....
Takbir !!!!!!!!!!!!!!!!!
Hidup Islam, Hancur UMNO-BN

KHILAFIYYAH BUKAN PUNCA BIDAAH, TETAPI GHULU

KHILAFIYYAH BUKAN PUNCA BIDAAH, TETAPI GHULU

Khilafiyyah bermaksud perbezaan pendapat. Perbezaan pendapat dalam semua perkara adalah perkara biasa, seperti perbezaan pendapat diantara suami Isteri, ketua dengan pengikut, pemimpin dengan rakyat dan sebagainya.

Antara perkara khilafiyyah yang berlaku adalah, perkara khilafiyyah dalam perkara agama. Perkara khilafiyyah dalam agama ini diiktiraf dalam Islam selagi ianya berada atas batasan Nas dan penghujahannya yang betul. Ianya disandarkan kepada hadis;

عن ابن عمر أن النبي (ص) قال لما رجع من الأحزاب لا يصلين أحدٌ العصر إلا في بني قريظة فأدرك بعضهم العصر في الطريق فقال بعضهم لا نصلي حتى نأتيها وقال بعضهم بل نصلي لم يرد ذلك منا فذكر للنبي (ص) فلم يعنف واحداً منهم

Maksudnya;
“Daripada Ibni Omar, Sesungguhnya Rasulullah SAW berkata ketika kembali daripada Ahzab, seseorang kamu jangan solat asar melainkan di Bani Quraizah. Maka sebahagian dari mereka (sahabat) akan asar di pertengahan jalan, lalu berkata sebahagian mereka, kita tidak boleh solat hinggalah kita sampai (di Bani Quraizah), dan berkata sebilangan yang lain, bahkan kita boleh solat (di pertengahan jalan ini), tidak ada bantahan atas tindakan kami. Lalu diceritakan kepada Nabi SAW, dan Baginda SAW tidak mencela seorang pun dikalangan kami[1]

Dari hadis ini membuktikan bahawa, perkara khilafiyyah merupakan perkara yang diakui oleh Nabi SAW.

Adapun khilafiyyah yang tidak disandarkan kepada Nas dan penghujahannya yang betul, maka itu merupakan khilafiyyah yang terkeji dan wajib ditentang. Seperti perbezaan pendapat dalam perlaksanaan undang-undang islam dalam sesebuah Negara, sistem ekonomi Kapitalis, sistem social yang menindas, kezaliman ISA, amalan yang disandarkan kepada hadis palsu dan sebagainya.

MENGAPA KHILAFIYYAH BOLEH BERLAKU

Perkara khilafiyyah dalam agama yang boleh diterima adalah perkara khilafiyyah yang sememangnya datang dari ulama-ulama yang berkelayakan dengan ijtihad, samada kelayakan ijtihad itu datang dari mujtahid Mustaqil, mujtahid muqayyad, mujtahid fatwa, Mujtahid tarjih atau sebagainya.

Adapun ijtihad yang datang dari mereka yang tidak berkelayakan dengan ijtihad, maka hal ini perlu di lemparkan dari pandangan ilmuan-ilmuan Islam, ini adalah kerana, jika dilakukan juga perbincangan, maka ianya akan melahirkan perdebatan “buang karan” sahaja.

Antara punca utama berlakunya khilafiyyah dalam agama adalah disebabkan berlakunya “zanniyah as-subut” dan “zanniyah Ad-Dilalah” pada nas. Nas yang tidak mutawattir dikira sebagai zanniyah as-subut. Kadangkala, sesuatu nas itu sudah “qatiyyah as-Subut” tetapi apabila dilihat dari sudut dilalahnya, mengandungi pelbagai tafsiran, maka disitu lahirlah pengistilahan yang disebut sebagai “Zanniyah Ad-Dilalah”[2].

Ekoran dari itulah, berlakulah khilafiyyah dikalangan ulama, walaupun kadangkala penghujjahan tersebut masih tertakluk kepada satu nas sahaja.

Begitujuga, berlaku juga khilaf dikalangan ulama adalah bersebabkan terkandung beberapa nas yang pada zahirnya dianggap seperti bercanggah, walaupun ianya pada hakikatnya tidak bercanggah. Perkara ini diakui oleh Jumhur ulama usulfiqh, Imam Mazhab Empat dan mejoriti ulama hadis seperti Zahiriyyah dan Ibnu Khuzaimah[3].

Ekoran dari itu, maka lahirlah berbagai-bagai tafsiran diantara nas-nas yang dianggap bercanggah tersebut. ianya bersebab dengan pelbagai ta’wilan ulama dalam memahamikan nas yang dianggap bercanggah itu.

Dan juga, berlakunya khilaf disebabkan dengan sesuatu kejadian yang tidak pernah berlaku di zaman Rasulullah, tetapi berlaku selepas dari itu. Bagi hendak menyatakan hukum kejadian tersebut, memerlukan kepada penilaian Nas yang kadangkala melahirkan natijah yang pelbagai atau apa yang disebut sebagai Khilafiyyah.

Begitujuga, berlaku khilaf dikalangan ulama disebabkan berbezanya tempat tinggal dan masa sesama mereka. Maka dengan demikian, mereka akan mengistinbatkan hukum berdasarkan pemahaman mereka daripada Nas mengikut sudut waqii, tempat dan masa mereka.

Ini dapat dilihat perbezaan pendapat antara Syafii dan hanafi dalam menentukan status pemilikan tanah bagi peneroka. Mengikut pandangan Hanafi, peneroka tanah tidak dapat memiliki tanah melainkan mendapat keizinan dari pihak pemerintah, sedangkan menurut Syafii, sesiapa yang meneroka tanah, boleh memiliki tanah walaupun tidak mendapat kebenaran dari pihak kerajaan[4].

Jika diperhatikan, mengapa ini boleh berlaku sedangkan mereka tetap bersandarkan kepada kandungan hadis Nabi SAW;

من أَعْمَرَ أَرْضًا لَيْسَتْ لِأَحَدٍ فَهُوَ أَحَقُّ

Maksudnya;
“Barangsiapa yang memakmurkan bumi yang tidak kepunyaan sesiapapun, maka dia adalah orang yang paling berhak[5]

Setelah ditinjau, didapati Imam Abu Hanifah tinggal di Baghdad yang ketika itu merupakan Negara yang sudah mempunyai pembangunan yang pesat, disamping tanah-tanah Bandar sudah penuh dengan penghuninya. Ini menyalahi dengan situasi tempat tinggal Imam As-Syafii semasa mengeluarkan fatwa tersebut, yang mana ketika itu beliau berada di mesir yang merupakan sebuah Negara yang masih banyak lagi padang pasir yang belum dihuni. Maka dengan demikian, fatwa kedua-dua ulama ini berbeza disebabkan berbeza keadaan tempat tinggal yang mereka duduki.

BIDAAH TIDAK BERPUNCA DARI KHILAFIYYAH

Khilafiyyah dalam isu pelepah tamar, adakah boleh diqiyaskan kepada manusia yang membaca Al-Quran atau tidak telah diperdebatkan secara ilmiyyah. Maka dengan itu, semua pihak mengakui wujudnya khilafiyyah yang berlaku antara sebilangan ulama yang membenarkannya dan ulama yang tidak membenarkannya.

Padaku, Tidak mengapa untuk menyanggahi pandangan Imam Al-Qurtubi dalam perkara ini. Bahkan secara peribadi, aku pun tidak beramal dengan fatwa Imam Al-Qurtubi tersebut, tetapi tulisanku itu sekadar ingin menyatakan wujudnya pendapat yang menyatakan keizinan untuk membaca Al-Quran di atas perkuburan dengan penghujahan hadis pelepah tamar tersebut.

Pun begitu, aku agak tidak bersetuju dengan dakwaan menyatakan bahawa, pendapat al-qurtubi perlu dipertikaikan disebabkan akan merebak lagi “penyakit” yang melampau yang akhirnya terjadinya bidaah.

Khilafiyyah tetap khilafiyyah, adapun ghulu dari pandangan Imam Al-Qurtubi itu adalah bidaah. Kebidaahan amalan tersebut bukan dilihat puncanya dari pandangan Imam Al-Qurtubi, tetapi kebidahan itu terletak kepada “kemelampauan” sebilangan manusia yang melebihkan sesuatu amalan yang melahirkan amalan bidaah dengan disandarkan kepada Imam Al-Qurtubi.

Isu tahlil arwah yang telah dibidaahkan oleh sebilangan manusia secara mutlaq adalah tindakan yang tidak adil, tetapi hendaklah amalan itu dibidaahkan secara muqayyad.

Semata-mata bertahlil arwah adalah perkara yang dikhilafkan oleh ulama atas amalannya, tetapi jika amalan tahlil arwah itu “dilampauikan” dengan ditambah kaitannya dengan 3 hari, 7 hari, 10 hari dan sebagainya, maka itu perlu dinyatakan bidaah.

Semata-mata membaca Al-Quran di atas kubur adalah perkara yang dikhilafi oleh ulama, tetapi jika ianya telah “dilampaui” dengan datangnya unsur tunggu kubur, melakukan perniagaan membaca Al-Quran atas kubur dan sebagainya merupakan amalan bidaah yang patut di akui kebidaahannya.

PENUTUP

Padaku, tindakan membidaahkan secara “borong” sesuatu amalan itu adalah satu sikap yang tidak adil. Tetapi, kebidahaan sesuatu amalan itu hendaklah dilihat dengan teliti agar ianya tidak melahirkan kekecamukan dalam perdebatan ilmiyyah.

Firman Allah;

وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآَنُ قَوْمٍ عَلَى أَلَّا تَعْدِلُوا اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَى

Maksudnya;
“dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa”

(Surah Al-Maidah : 8)

Dari firman Allah ini, dapat difahami, janganlah disebabkan kita dari kalangan orang yang mentarjihkan pandangan yang mengatakan larangan membaca Al-Quran atas kubur, maka kita mengambil sikap untuk menghentam amalan itu sehinggakan menyamakan amalan itu dengan kristian dan berbagai-bagai lagi.

Tuduhan menggunakan “qiyas ma’a Al-Fariq” terhadap golongan yang berhujjah dengan hadis pelepah tamar perlu dinilai semula, agar ianya tidak jatuh dibawah tuduhan yang terkandung unsure-unsur ghulu dengan pandangan sendiri.

Mudah-mudahan semuanya mendapat hidayah dan taufiq dari Allah serta berazam untuk mendaulatkan islam di muka bumi Allah yang merupakan antara tugasan yang penting dilakukan tetapi sering diabaikan oleh kebanyakan manusia.

Sekian

Wallahu ‘Alam
Al-Bakistani
http://laptopdarulfiqh.blogspot.com

e-mail : abu_abdillah_azzam@yahoo.com



[1] Al-Jam’ Baina As-Sihihain : 2/255 : hadis no : 1384.
[2] Khilafiah, Bidaah dan Maslahah Umum : m/s 67-68.
[3] Muhadharat Fi Usul Al-Fiqh : 4/195.
[4] Kertas kerja tulisan Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nikmat : Pandangan islam terhadap pemilikan dan pengurusan Tanah : m/s 2-3.
[5] Sahih Al-Bukhari : 2/823. hadis no : 2210.

EPISOD UMNO MENGGUNAKAN POLIS BERMULA LAGI DAN SEMAKIN MENGGILA!!!

tulisan ini dinukilkan tanpa izin dari blog saudara ketua Pemuda PAS Negeri Johor, iaitu Saudara Khairul Faizi bin Ahmad Kamil....

lihat dan fikirkan, betapa jahatnya BN/UMNO yang memerintah menggunakan kaedah ala Firaun menyerang Nabi Musa disebabkan tidak berdaya menghadapi dakwah Nabi Musa yang sudah mendapat tempat di jiwa Bani Israel ketika itu.

berikut tulisan Saudara Khairul Faizi ;

Saya mula menerima maklumat daripada sahabat daripada Trengganu malam semalam berkaitan dengan gangguan terhadap ceramah di Batu Buruk, Trengganu. Saya menghubungi Ust Azman Syafawi (Ketua Dewan Pemuda PAS Trengganu, Naib Ketua DPP Pusat) untuk mendapatkan maklumat terkini tentang kejadian tersebut.

Pagi tadi, Ust Azman memaklumkan bahawa dua orang telah ditembak oleh polis semasa kejadian malam semalam. Saya cukup terkejut dengan maklumat ini kerana tergamak juga akhirnya polis menggunakan sebegitu rupa kekerasan terhadap rakyat.

Harakahdaily telah mengeluarkan berita tentang kejadian tersebut.

Rekod 50tahun merdeka: Polis guna PELURU HIDUP surai demo!
Detikdaily.net Sun Sep 09, 07 03:09:01 PM
Buat pertama kali dalam sejarah 50 tahun merdeka, polis gunakan peluru hidup untuk menyuraikan demonstrasi!

-------------------------------------------------------

Tiada apa yang dapat saya tuturkan pada permulaan tulisan ini selain daripada mengutuk sekeras-kerasnya tindakan polis dan FRU yang menggunakan kekerasan terhadap rakyat untuk menyuraikan perhimpunan aman!

KEJAM, ZALIM, BIADAP, TAK BERTAMADUN, GILA DAN BODOH.

KEJAM kerana menggunakan peluru hidup untuk menembak dua orang rakyat, ZALIM kerana menghalang himpunan aman, BIADAP kerana tidak berketika ketika menjalankan tugas, TAK BERTAMADUN kerana tidak rasional dalam membuat keputusan, GILA kerana tidak waras dan BODOH kerana mengikut arahan tanpa menggunakan akal.

Kenapa perlu menggunakan kekerasan untuk menyuraikan perhimpunan yang diadakan oleh rakyat? Adakah kerana sudah tidak ada pilihan ataupun atas arahan pemimpin UMNO yang gila kuasa? Ataupun kerana ingin melahirkan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan yang tidak memberikan bonus kepada kakitangan awam pada tahun ini?Kenapa?Saya cukup hormat andaikata polis bertindak berani demi menjaga keselamatan, sanggup menggadaikan nyawa untuk kebaikan rakyat Malaysia, sanggup bersengkang mata demi menangkap penjenayah tetapi saya cukup benci kepada polis jika menggunakan kekerasan kepada rakyat dalam keadaan seperti ini.

Apakah polis tidak perasan bahawa jenayah semakin lama semakin meningkat di Malaysia? Apakah polis tidak tahu bahawa gejala sosial semakin membimbangkan? Apakah polis terlupa bahawa rasuah sedang membarah dalam negara?Sampai bila?Sampai bila polis hendak menjadi pak turut kepada kezaliman kerajaan UMNO/BN dalam Malaysia, sampai bila?Sampai bila polis ingin terus disumpah seranah oleh rakyat, sampai bila?Sampai bila polis terpaksa mengerahkan anggotanya terus menggunakan belantan, gas pemedih mata dan senjata untuk menyakitkan rakyat, sampai bila?Sampai bila polis akan terus diperbodohkan demi kepentingan politik UMNO/BN, sampai bila?Cukuplah wahai polis, janganlah bertindak zalim kepada rakyat.

Ingatlah doa orang yang dizalimi amat mustajab, ingatlah!Saya pasti bahawa sekiranya himpunan aman tersebut tidak diganggu oleh mana-mana pihak, kejadiaan yang tidak diingin akan dapat dijauhkan. Tetapi inilah yang sebenarnya diinginkan oleh Idris Jusoh dan sekutu-sekutunya.

Saya menyebut kepada Ustaz Azman bahawa yakinlah bahawa detik kemenangan PAS di Trengganu semakin hampir. Pastinya rakyat dapat melihat kerajaan pimpinan UMNO/BN semakin tersepit dan menggunakan tindakan zalim untuk mengekalkan kuasanya.

Islam pasti akan menang di Trengganu, tunggulah masanya akan tiba. Semoga pimpinan PAS/BA di Trengganu akan teruskan usaha kerana yakinlah bahawa Allah pasti akan bersama dengan kebenaran.Allahu Akbar! Allahu Akbar Allahu Akbar!

Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
http://minda-kembara.blogspot.com/
9 September 2007, 4.09 petang

Friday, September 07, 2007

PELEPAH TAMAR DAN BACA AL-QURAN : IMAM AL-QURTUBI KATA ADA KAITAN

PELEPAH TAMAR DAN BACA AL-QURAN : IMAM AL-QURTUBI KATA ADA KAITAN

Seorang sahabat menghantar e mail untuk merujuk satu tulisan yang termaktub dalam salah satu laman web yang terkenal juga, iaitu lamanweb al-ahkam. Disana terdapat satu tulisan yang bertajuk, “TIADA KAITAN ANTARA HADIS PELEPAH TAMAR DAN KONSEP MENGHADIAHKAN PAHALA KEPADA SI MATI” tulisan seorang ilmuan Islam yang bernama Muhammad Hanief Awang Yahya.

Padaku, tulisan tersebut menggambarkan sikap “berkeras” dalam perkara khilafiyyah, sedangkan perkara ini telah diulas oleh sebilangan ulama-ulama yang lebih mu’tabar dari sebilangan mereka yang didakwa sebagai ulama hatta mufti atau maulana sekalipun.

Walaubagaimanapun, pada pendirianku, aku tidak akan mengatakan pandangan al-fadhil al-ustaz itu salah, bahkan tetap mengakui kebenarannya, tetapi yang ingin aku tekankan adalah, perbincangan ini masih lagi dibawah perkara khilafiyyah.

Jika al-fadhil al-ustaz menyatakan tiada hubungan antara hadis pelepah tamar dan konsep baca al-quran untuk si mati, maka disini aku akan mengemukakan ulasan oleh seorang ulama yang dii’tiraf kealimannya oleh ulama seluruh dunia, iaitu Al-Imam Al-Qurtubi yang pandangannya agak bercanggah dengan pandangan al-fadhil al-ustaz.

HADIS PELEPAH TAMAR

Ulama berkhilaf berkenaan dengan tindakan Nabi SAW yang memacak pelepah tamar yang masih basah pada kubur. Ada ulama menyatakan, ianya adalah khususiyyat Rasulullah SAW. sebilangan ulama yang lain pula menyatakan, ianya adalah perbuatan Rasulullah SAW yang merupakan syariat umum yang boleh diamalkan oleh umat selepas dari itu[1].

Antara ulama yang menyatakan tindakan Nabi SAW itu merupakan syariat umum yang boleh diamalkan oleh umat selepas nabi adalah Imam Al-Qurtubi didalam kitabnya yang bertajuk “Al-Jami’ li Ahkam Al-Quran” atau dikenali sebagai “Tafsir Al-Qurtubi”. Pengakuan Imam Al-Qurtubi tersebut bukan sekadar menyatakan bahawa perbuatan itu boleh diamalkan bahkan beliau menyatakan juga;

اذا خفف عنهم بالأشجار فكيف بقراءة الرجل المؤمن القرآن

Maksudnya;
“Apabila di ringankan (azab) daripada mereka dengan pokok-pokok, maka bagaimana dengan bacaan Al-Quran dari lelaki yang mukmin?[2]

SEMUA BENDA BERTASBIH?

Firman Allah;

تُسَبِّحُ لَهُ السَّمَوَاتُ السَّبْعُ وَالْأَرْضُ وَمَنْ فِيهِنَّ وَإِنْ مِنْ شَيْءٍ إِلَّا يُسَبِّحُ بِحَمْدِهِ وَلَكِنْ لَا تَفْقَهُونَ تَسْبِيحَهُمْ إِنَّهُ كَانَ حَلِيمًا غَفُورًا

Maksudnya;
“langit Yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk Yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih Dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya ia adalah Maha penyabar, lagi Maha Pengampun”

(Surah Al-Isra’ : 44)

Golongan yang menyatakan pelepah tamar yang basah itu tidak dapat mengurangkan azab si mati adalah bersebab dengan khususiyyat Rasulullah SAW menyatakan bahawa, firman Allah ini adalah pembuktian bahawa, tidak semestinya dengan pacak pelepah tamar sahaja, bahkan memadai dengan tanah dan pasir-pasir untuk bertasbih.

Adapun mengikut pandangan Al-Qurtubi, benda yang bertasbih adalah benda yang “jenis hidup” dan “jenis berkembang”. Adapun benda yang berbentuk “jamad” atau "benda yang mati atau keras”, maka ianya tidak bertasbih.

Oleh itu, Al-Qurtubi menyatakan bahawa, dengan hadis pelepah tamar dengan kata Nabi SAW;

لَعَلَّهُ يُخَفِّف عَنْهُمَا مَا لَمْ يَيْبَسَا

Maksudnya;
“Mudah-mudahan diringankan dari kedua-duanya selama ianya belum kering”

dari hadis ini, Imam Al-Qurtubi menyatakan, hadis ini merupakan isyarat, selama ianya basah, maka ia akan bertasbih, dan sekiranya ia sudah kering, maka jadilah dia sebagai “jamad” (tidak bertasbih)[3]

PENUTUP

Perdebatan dikalangan ulama dalam menyatakan hukum adalah perkara lumrah dalam pengajian Fiqh. Kekhilafan bukanlah sebagai modal bagi kita untuk kita berpecah atau kita melupakan tugasan kita yang paling utama.

Begitulah halnya berlaku dalam perkara khilafiyyah dalam “mengistidlalkan” hukum pacak pelepah tamar ini. Mungkin ada dakwaan menyatakan, kaedah qiyas yang digunakan oleh Imam Al-Qurtubi adalah salah, yang ianya dikira sebagai qiyas ma’a Al-Fariq.

Padaku, tuduhan yang menyatakan ianya adalah qiyas ma’a Al-Fariq adalah tuduhan yang tidak tepat. Ini kerana, maksud Al-Qiyas ma’a Al-Fariq adalah illah antara Asl dan Furu’ tidak mempunyai kesamaan atau wujudnya percanggahan antara illah asl dan illat furu’.

Tetapi dalam hal bacaan Al-Quran muslim dan tasbih pelepah tamar, illatnya bukannya bercanggah, tetapi ianya sekadar menyatakan kelebihan bacaan Al-Quran dari mukmin berbanding tasbih pelepah tamar. Maka dengan itu, ianya tidak dipanggil sebagai Qiyas ma’a Al-Fariq, tetapi ianya disebut sebagai qiyas al-aula atau qiyas jali.

Begitujuga, tuduhan yang menyamakan antara amalan ini dengan amalan kristian merupakan tuduhan ghulu yang seakan-akan mengkategorikan Imam Al-Qurtubi sebagai orang yang mencetuskan pemikiran separa kristian ini.

Mudah-mudahan semuanya mendapat keberkatan disisi Allah, disamping tidak melalaikan tugasan untuk mendaulatkan Islam di muka bumi Allah ini.

Sekian

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani
Http://laptopdarulfiqh.blogspot.com

e-mail : abu_abdillah_azzam@yahoo.com


[1] Taisir Al-‘Allam Syarh Umdah Al-Ahkam : 1/27.
[2] Al-Jami’ Li Ahkam Al-Quran : 10/267.
[3] Al-Jami’ Li Ahkam Al-Quran : 10/267.

TAHLIL : PERKARA KHILAFIYYAH YANG DIPERDEBATKAN


TAHLIL : PERKARA KHILAFIYYAH YANG DIPERDEBATKAN

Dalam bahasa arab, Tahlil bermaksud menyebut kalimah “syahadah” iaitu “La ilaha illa Allah”. Definisi ini dinyatakan oleh Al-Lais dalam kitab “Lisan Al-Arab”. Dalam kitab yang sama, Az-Zuhri menyatakan, maksud tahlil adalah meninggikan suara ketika menyebut kalimah syahadah[1].

Adapun makna tahlil mengikut pandangan masyarakat melayu adalah “amalan menyebut kalimah syahadah. Ianya di lakukan sebelum dari berdoa, dan kebiasaannya diamalkan selepas dari kematian atau untuk kesyukuran”

Amalan tahlil arwah dan kesyukuran ini sering didebatkan secara ilmiyyah. Perdebatan ini bukan sekadar berlaku dikalangan manusia biasa, bahkan ianya didebatkan dikalangan ilmuan-ilmuan Islam.

Walaubagaimanapun, tulisan ringkas ini bukanlah untuk membela atau menghentam amalan yang diamalkan dikalangan masyarakat melayu ini. Tetapi ianya sekadar ulasan yang menggambarkan perkara perdebatan yang ianya adalah amalan yang masih dibawah ketagori khilafiyyah dikalangan ulama.

NABI TAK BUAT !!

Amalan tahlil arwah dan kesyukuran sering diperdebatkan oleh sebilangan golongan yang mendakwa salafi atau wahabi. Golongan ini mendakwa, amalan tahlil adalah amalan yang tidak pernah di lakukan oleh Rasulullah SAW, Sahabat-sahabat, tabiin, tabii tabiin dan sebagainya.

Memang tidak dinafikan, amalan tahlil arwah dan kesyukuran tidak pernah diamalkan Rasulullah SAW dan golongan salaf soleh, tetapi ianya tidak lepas dari perkara khilafiyyah dikalangan ulama dalam beristidlal atas keharusan mengamalkannya.

Melihat dengan alasan bahawa sesuatu amalan itu tidak boleh dilakuakan bersebabkan amalan itu tidak diamalkan oleh Rasulullah, maka jawapannya adalah, tidak semua amalan yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW sebagai amalan yang tidak boleh dilakukan.

Ini kerana, alasan yang menyatakan tidak boleh diamalkan sesuatu amalan yang tidak di amalkan oleh Rasulullah SAW adalah bersumberkan kepada hadis nabi SAW;

مَنْ عَمِلَ عَمَلًا لَيْسَ عَلَيْهِ أَمْرُنَا فَهُوَ رَدٌّ

Maksudnya;
“Barangsiapa yang beramal sesuatu amalan yang bukan atasNYA dari urusan kami, maka amalan itu tertolak[2]

Menurut Muhammad Syams Al-Haq al-‘Azim Al-Abadi didalam kitabnya “Aun Al-Ma’bud”, maksud dengan “sesuatu amalan yang bukan atasNYA dari urusan kami” adalah sesuatu amalan yang tidak disandarkan kepada kitab (al-Quran) dan As-Sunnah, samada berbentuk ZAHIR atau BATIN[3].

Maka dengan demikianlah, difahami disana ada sesuatu yang jelas dinyatakan berbentuk perbuatan, perkataan dan taqrir nabi secara zahir, tetapi disana terdapat juga pengambilan hukum secara batin, atau dikenali sebagai istinbat hukum dari Nas.

Didalam pengajian Ilmu usul Fiqh, sesuatu nas itu diistinbatkan hukum dengan beberapa cara, samada dengan Ibarat an-nas, isyarat an-nas, dilalat an-nas atau iqtida’ an-nas[4]. Maka dengan demikian, dengan beberapa kaedah pengistinbatan hukum inilah dinamakan sebagai sandaran kepada Al-Quran atau hadis secara BATIN.

Oleh itu, sesuatu amalan yang tidak dilakukan oleh Nabi SAW, maka tidak semestinya amalan itu dikira sebagai amalan yang ditolak, bahkan kadangkala sesuatu perkataan, perbuatan atau taqrir nabi itu tidak dilakukan secara zahir, tetapi dapat difahami secara istinbat atas keizinan melakukan amalan tersebut.

Perkara ini berlaku adalah kerana, Baginda SAW merupakan seorang Nabi yang bercakap dengan kalam yang mempunyai banyak tafsiran, walaupun kadangkala, ianya adalah sekadar 5 kalimah sahaja.

Ini dapat dibuktikan dengan berlakunya pembukuan Al-Quran, membina madrasah, mengarang kitab dan sebagainya, walaupun perkara tersebut tidak pernah berlaku dalam perhatian Nabi SAW.

Kemungkinan sebilangan manusia menganggap, amalan itu adalah amalan sahabat-sahabat Baginda SAW yang amalan mereka di iktiraf oleh Nabi SAW dalam satu hadis;

وستفترق هذه الأمة على ثلاث وسبعين فرقة كلها في النار إلا واحدة قالوا وما هم يا رسول الله قال من كان على ما أنا عليه وأصحابي

Maksudnya;
“lagi akan berpecah ini umat kepada 73 puak, semuanya dalam neraka melainkan satu. Sahabat berkata; siapakah mereka Wahai Rasulullah SAW? bersabda Nabi SAW ; mereka yang atas jalanku dan sahabat-sahabatku[5]

Dari hadis ini, mereka akan mendakwa bahawa amalan yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah, tetapi di amalkan juga oleh sahabat dikira sebagai amalan yang dibenarkan, disebabkan sandaran kepada hadis ini.

Diperhatikan balik, sahabat-sahabat adalah dikira sebagai mujtahid mustaqil, atau dinamakan juga dengan gelaran “Tabqah Al-Mujtahidin fi As-Syara’”. Maksud dengan mujtahid mustaqil adalah;

وهوالذي استقل بوضع قواعده لنفسه، يبني عليها الفقه

Maksudnya;
“ia adalah orang yang bersendiri dengan meletakan kaedah-kaedahnya bagi dirinya dan terbina fiqh daripadanya[6]

Perkara ini diakui sendiri oleh Dr Yusuf Al-Qaradhawi dalam kitabnya “Fatawa Maasirah”, serta menamakan sebilangan mujtahid-mujtahid dikalangan sahabat, seperti Abu Bakar As-Siddiq, Omar Al-Khattab, Ibnu Omar dan sebagainya[7].

Maka dengan demikian, amalan yang dilakukan oleh sahabat merupakan satu isyarat yang perlu dipelajari, bahawa di sana terdapat kaedah-kaedah istinbat yang dilakukan oleh sahabat. Maka dengan sebab itulah, maksud hadis ini adalah, hendaklah kita mengikut kaedah-kaedah istinbat yang telah ditetapkan oleh Rasulullah SAW serta kaedah-kaedah pengistinbatan hukum yang dilakukan sahabat-sahabat Rasulullah SAW

Maka dari ini, difahami bahawa, tidak semua amalan yang tidak dilakukan oleh rasulullah SAW sebagai di tolak, tetapi yang dimaksudkan dengan amalan yang ditolak adalah amalan yang yang bercanggah dengan sandaran penghujahan Nas, samada secara zahir atau secara batin.

DOA TIDAK SAMPAI KEPADA SI MATI

Sebilangan penganalisa fiqh menyatakan, doa kepada si mati tidak sampai dengan beberapa alasan. Antara alasannya adalah, bersandarkan kepada hadis Nabi SAW;

إذا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عنه عَمَلُهُ إلا من ثَلَاثَةٍ إلا من صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أو عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أو وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو له

Maksudnya;
“apabila seorang insan, maka terputuslah daripadanya segala amalannya melainkan tiga, iaitu sedekah jariah, ilmu yang memberi manfaat atau anak yang soleh yang mendoakannya[8]

Maka dari hadis ini, Baginda SAW menyatakan bahawa, doa yang sampai kepada si mati adalah doa yang dilakukan oleh anak si mati sahaja, tidak orang lain, disebabkan hadis ini dengan jelas menyatakan demikian.

Persoalannya adalah, adakah doa orang yang tidak terlibat hubungan dengan si mati, apabila mereka berdoa, doa mereka tidak diterima oleh Allah?

Jika diperhatikan kepada hadis-hadis yang lain, didapati Baginda SAW pernah mengajar doa-doa yang perlu dibaca untuk si mati.

Antara doa-doanya adalah;

عن عوف بن مالك أنه قال صلى النبي (ص) على جنازة فسمعته يقول اللهم اغفر له وارحمه واعف عنه

Maksudnya;
“Daripada Auf bin Malik, sesungguhnya dia berkata; Nabi SAW telah menunaikan solat atas satu jenazah, aku mendengar Baginda SAW berkata; Ya Allah!! ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkan dia ………..[9]

Dari hadis ini dapat di istinbatkan bahawa, doa kepada si mati ini sabit dari hadis baginda SAW. maka dengan demikian, dakwaan yang mengatakan doa kepada si mati tidak sampai, maka itu merupakan tindakan melihat kepada zahir nas, tanpa dilihat dari sudut batin nas.

MENGAPA TIDAK TERUS BERDOA SAHAJA?

Ada juga sebilangan manusia yang mendakwa, jika demikian, mengapa perlu mengucapkan tahlil dahulu, kenapa tidak terus berdoa sahaja.

Dalam kitab “At-Tawassul” karangan As-Syaikh Albani menyatakan, bertawassul yang diizinkan dalam syarak adalah tawassul dengan nama-nama dan sifat-sifat Allah, tawassul dengan amalan soleh dan tawassul dengan doa orang yang soleh (yang masih hidup)[10].

Daripada tawassul-tawassul yang dinyatakan ini, antara tawassul yang disyariatkan berdasarkan kepada pendapat Albani adalah tawassul dengan amalan soleh.

Amalan tawassul dengan amalan soleh ini adalah disandarkan kepada hadis yang panjang, iaitu hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Muslim dan lainnya, daripada Abdullah bin Omar berkata, bahawa Aku dengar Rasulullah SAW bersabda;

انطلق ثلاثة رهط ممن كان قبلكم حتى آواهم المبيت إلى غار فدخلوه ، فانحدرت صخرة من الجبل ، فسدت عليهم الغار ..................... فانفرجت الصخرة فخرجوا من الغار يمشون

Maksudnya;
“tiga orang sebelum dari kamu telah masuk dalam satu gua dan bermalam dalamnya, lalu telah jatuhlah sebiji batu besar daripada bukit, maka tertutuplah pintu gua tersebut ……………….. … lalu memacar keluarlah batu itu, lalu mereka berjalan keluar daripada gua tersebut[11]

Jika dilihat kandungan hadis ini adalah, berkenaan dengan tiga orang lelaki yang telah terperangkap didalam gua. Lalu, untuk membuka pintu gua yang tertutup dengan batu besar itu, maka mereka berdoa dengan Allah SAW disamping bertawassul dengan amalan soleh yang mereka telah lakukan. Apabila selesai tiga orang itu menceritakan amalan baik mereka sebagai tawassul dengan amalan soleh mereka yang disertai doa, maka pintu gua yang tertutup itu telah terbuka dengan berkat doa mereka yang disertai tawassul amalan soleh mereka itu.

Sesungguhnya antara amalan soleh yang dii’tiraf oleh Islam adalah mengucapkan kalimah syahadah, atau dinamakan sebagai tahlil.

Didalam hadis, Nabi SAW pernah menyatakan;

يخرج من النار من قال لا اله الا الله

Maksudnya;
“orang yang menyebut “la ilaha illa Allah” akan dikeluarkan daripada neraka[12]

Hadis ini menyatakan tentang keselamatan mereka menyebut kalimah syahadah dengan diselamatkan mereka dari api neraka. Dengan jaminan ini menandakan bahawa, menyebut kalimah syahadah ini merupakan amalan soleh yang dii’tiraf oleh Allah SWT.

Maka dengan demikian, apabila seseorang yang mengadakan tahlil arwah, mereka berzikir dengan mengalunkan kalimah syahadah terlebih dahulu, kemudian mereka berdoa, maka amalan itu tidak bercanggah dengan syarak, disebabkan bertahlil itu sebagai cara bertawassul kepada Allah untuk memustajabkan doa yang hendak ditujukan kepada si Mati.

PENUTUP

Tulisan ini bukanlah bermaksud untuk mempertahankan amalan tahlil arwah, tetapi ianya lebih kepada menyatakan bahawa, amalan ini masih lagi dalam perkara khilafiyyah dikalangan ulama.

Segala ulasan ini bukanlah bermakna ianya adalah sesuatu yang qatii, tetapi ianya adalah perkara ijtihadiyyah yang tidak lepas dari berlaku khilafiyyah.

Mungkin ada pertanyaan, sekiranya tulisan ini untuk menyatakan perkara khilafiyyah dalam amalan tahlil arwah, mengapa ianya tidak disertakan juga hujjah-hujjah mereka yang mengatakan larangan bertahlil arwah. Jawapannya adalah, disebabkan di dunia alam maya ini, sudah ramai yang berhujjah atas larangan, maka kali ini, tulisan ini sekadar menyatakan pandangan golongan yang menyatakan ianya adalah amalan yang dibenarkan oleh syarak.

Pun begitu, pada pandangan penulis, lebih baik tidak dilakukan amalan tahlil arwah ini. Ianya adalah kerana, amalan ini tidak pernah diamalkan oleh Rasulullah SAW dan golongan dulu. Walaupun begitu, penulis tetap mengambil sikap, untuk menghormati pandangan ulama yang menyatakan kebenaran melakukan amalan ini.

Dalam menghadapi perkara khilafiyyah ini, tidak perlu kita “berkepala batu”, seperti yang dilakukan oleh sebilangan puak dan golongan. apa guna kita "berkepala batu" perkara khilafiyyah, tetapi dalam masa yang sama, serangan musuh-musuh Islam kepada kita tidak berkesudahan. Agama Islam menjadi agama yang dihina oleh musuh-musuh Islam.

Perkara yang paling perlu “dikepala batukan” adalah dalam perkara yang bersangkut dengan perkara yang disepakati oleh ulama, seperti perlaksaan undang-undang islam didalam sesebuah Negara, isu murtad, syirik dari sudut uluhiyyah dan rububiyyah dan sebagainya.

Mudah-mudahan semuanya mendapat keberkatan disisi Allah dan tidak putus-putus untuk mengharapkan kemenangan islam sehinggakan Islam menjadi agama yang memerintah bukan diperintah.

Sekian

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani
http://laptopdarulfiqh.blogspot.com/

e mail : abu_abdillah_azzam@yahoo.com

[1] Lisan Al-‘Arab : 11/701.
[2] Sahih Muslim : 3/1343 : hadis no : 1718.
[3] Aun Al-Ma’bud : 12/233. dan Faid Al-Qadir : 6/36.
[4] Usul Al-Fiqh Al-Islami : 1/349-355.
[5] Kanz Al-‘Ummal : 2/177 : hadis no : 4382.
[6] Al-Fiqh Al-Islami Wa Adillatuh : 1/45.
[7] Fatawa Muasirah : 2/112.
[8] Sahih Muslim : 3/1255 : hadis no : 1631.
[9] Nihayah Az-Zain : 1/158.
[10] At-Tawassul : 1/29-38
[11] Sahih Al-Bukhari : 2/793. hadis no : 2152.
[12] Sahih Ibni Hibban : 16/528 : hadis no : 7484.

Thursday, September 06, 2007

RM69 juta dibelanja untuk ulangtahun Kemerdekaan Negara

berikut satu tulisan yang di nukilkan dari blog Tuan Haji Roslan SMS. membaca ulasan ini, amat mengejutkan dengan sikap pemimpin UMNO yang memerintah, terlalu membazir demi menyambut satu perayaan, sedangkan dalam masa yang sama, kita dapat melihat dengan mata kepala kita sendiri, bagaimana orang-orang miskin yang tidak mendapat pembelaan dari pihak berkuasa. rumah mereka di robohkan tanpa belas kasihan yang akhirnya mereka tinggal dalam khemah.

kejadian ini boleh dilihat di Kg Sentosa, Sungai Buloh, Selangor, Kg Berembang, Ampang, Taman Dato' Harun dan beberapa tempat.

sudikah lagi antum dengan parti BN yang memerintah ini. kezaliman yang dilakukan oleh kerajaan BN ini menggambarkan BN lebih jahat dari Yahudi, disebabkan Yahudi merobohkan rumah orang-orang palestine, tetapi BN yang dikepalai oleh UMNO (parti Melayu) merobohkan rumah orang melayu sendiri (seperti kenyataan Wahid Endut dalam Dun Terengganu).

kalau dok pangkah UMNO juga, maknanya, benar kenyataan Dr Mahathir yang mendakwa orang melayu ni, kalau letak tunggul kayu pun depa pangkah...

sekian

berikut tulisan Tuan Haji Roslan SMS;

Sambutan ulangtahun kemerdekaan negara yang ke 50 diperingkat pusat sudah hampir melabuhkan tirainya. Menurut jadual tinggal lagi satu acara iaitu pada 16 September ini iaitu perayaan sempena penubuhan Malaysia (kemasukan Sabah dan Sarawak pada tahun 1963).Saya yakin tidak ada rakyat Malaysia yang tidak berbangga dengan ulangtahun kemerdekaan negara kita yang sudah masuk tahun ke 50 ini. Namun tahukah anda berapa banyak wang negara dibelanjakan bagi tujuan perayaan kali ini?

Semua sekali perayaan yang dijadualkan adalah pelancaran perayaan di Dataran Pahlawan, Melaka diikuti dengan perayaan Ambang Merdeka di Dataran Merdeka pada malam31 Ogos, Perarakkan pada Hari Kemerdekaan di Dataran Merdeka 31 Ogos, sambutan sebelah malam di Stadium Merdeka, jamuan teh di Istana Negara dan akhirnya nanti sambutan pembentukan Malaysia.

Pada tahun 2005 kita berbelanja sebanyak RM35 juta untuk perayaan yang ke 48, diikuti dengan RM38 juta (peningkatan RM3 juta) pada tahun 2006 untuk perayaan ke 49.Pada tahun ini sebagaimana dimaklumkan di Dewan Rakyat Selasa lepas kita berbelanja RM67.7 juta iaitu peningkatan sebanyak lebih 78% atau RM29.7 juta berbanding tahun lalu. Mungkin ada yang berpandangan perbelanjaan sebanyak itu berpadan dengan ulangatahun ke 50 negara, bukan selalu. Bagi saya perbelanjaannya agak besar dengan peningkatan sampai 78%, sudah jatuh ketahap pembaziran, sedangkan wang sebanyak itu boleh dimanfaatkan untuk rakyat yang memerlukan, yang masih ramai lagi walaupun kita telah 50 tahun Merdeka.

Pecahan perbelanjaannya adalah seperti berikut:

Dataran Pahlawan:RM3.7 juta

Ambang Merdeka:RM8.2 juta

Perarakkan Hari Kemerdekaan:RM26 juta

Malam Hari Merdeka:RM17 juta

Jamuan Teh Istana Negara:RM100,00

Perayaan 16 September:RM14 juta

Patutlah Rais Yatim sehingga menolak untuk bertanding jawatan Setiausaha Agung Komanwel atas alasan sibuk mahu menguruskan perayaan kemerdekaan ini. Bukan senang nak menguruskan perbelanjaan sebesar ini yang perlu dihabiskan dalam tempoh beberapa hari! Jumlah diatas termasuklah barangkali bendera Umno, MCA, MIC dan lain-lain yang digunakan begitu banyak sepanjang perayaan termasuklah baju seragam untuk ahli-ahli termasuk pemuda, wanita dan puteri Umno serta rakan komponannya. Yang mereka tidak sedar semuanya datang dari kocek rakyat Malaysia belaka!

sumber;
http://www.n32.blogspot.com/

Wednesday, September 05, 2007

BICARA TAMBAHAN

ada beberapa perkara yang perlu difahami dari tulisanku;

1.pertikaian tersebut jangan dilibatkan kepada imam abu daud, kalau tidak dapat di buktikan sumber rujukan ABu Daud Sendiri...walaubagaimanapun, apabila kalimah "imra atin" bersifat nakirah, ianya mengandungi makna yang umum. maka dengan demikian, ianya tertakluk kepada tafsiran yang pelbagai...

maka dengan demikian, tak ada sebab kita mentarjihkan pandangan ulama yang bersesuaian dengan kehendak kita disamping kita perlekeh pandangan yang tidak sehaluan dengan kita atau bahasa mudahnya, membidaahkan pandangan ulama yang tidak sehaluan dengan kita, seperti pandangan Al-Qari yang menafsirkan makna "imra atin" itu adalah isteri kepada si mati....itulah yang disebut khilafiyyah dalam penafsiran hadis....

2. ana mempertikaikan dakwaan Maulana Asri yusuf dengan dakwaannya, hadis ini tidak mahfuz di bahas oleh Imam Abu Daud. persoalannya, dimanakah rujukannya??? kalau ulama lain yang mendakwa demikian, pada ana itu perkara biasa, tetapi jika dinyatakan demikian tanpa di datangkan bukti, ini merupakan penipuan fakta dalam menyampaikan ilmu.....

3. ana menerima ulasan dari pengarang kitab Tuhfah Al-Ahwazi yang menyatakan, kedaifan hadis yang diirwayatkan dengan penggunan kalimah "imra aTIH" (penambahan hi dhamir yang ditambah dalam kitab Misykat), tetapi perkataan "qultu" atau "aku berkata" itu dirujuk kepada pengarang kitab Tuhfah Al-Ahwazi, bukannya Imam Abu Daud.

sekian

Wallahu 'Alam

http://laptopdarulfiqh.blogspot.com/

e mail : abu_abdillah_azzam@yahoo.com

PERNILAIAN BALIK : KERAGUAN YANG MERAGUKAN

PERNILAIAN BALIK : KERAGUAN YANG MERAGUKAN

Tidak disangka-sangka, tulisanku berkenaan dengan ulasan Maulana Asri Yusuf sebagai jawapan balas terhadap ulasan Ustaz Aminuddin telah mendapat respon yang banyak dari sebilangan sahabat-sahabat alam maya.

Respon yang baik dan berkualiti dari mereka dan sebilangan yang lain pula menjelaskan hujjah mereka tentang hukum amalan tersebut yang padaku, ianya masih lagi dalam perkara yang dikhilafi oleh ulama yang wajib kita toleransi sesame kita.

Seorang yang menggelarkan dirinya sebagai “Nawawi bin Subandi” (mungkin nama sebenar) mendatang satu article yang panjang dalam ruangan “comment” bagi menjelaskan hukum melakukan amalan kenduri arwah ini.

Pada hakikatnya, aku mengetahui, tulisan tersebut bukanlah datang dari beliau, tetapi datang dari guru beliau, iaitu Ustaz Rasul Dahri yang pernah menafikan kesalafian mereka yang beraliran Asri Perlis.

Melihat segala ulasan beliau, jelas kepada kita, penghujahan dalil tersebut masih lagi dalam perkara yang dikhilafi oleh ulama, seperti bangkangan beliau terhadap kandungan hadis berkenaan dengan lelaki ansar yang menceritakan tentang penerimaan jemputan nabi dari seorang perempuan untuk makan di rumahnya selepas dari menghadiri majlis pengkebumian jenazah dengan dakwaannya hadis ini tidak saheh dengan merujuk kepada tulisan Prof.T.M. Hasbi Ash-Siddieqy dalam Koleksi Hadis-Hadis Hukum (6: 258) yang merujuk kepada kitab Subul As-Salam. Walaubagaimanapun, kesahihan dan kedaifan hadis ini juga dikhilafi oleh ulama, ini adalah bersebab As-Syaikh Albani sendiri menyatakan hadis ini adalah hadis yang sahih.

aku menunggu ulasan dan kritikan mereka terhadap komentarku berkenaan dengan isu pelepas kurma yang di pacak di tanah perkuburan, tetapi setakat ini “buah yang ditunggu belum gugur lagi”.

SIAPA YANG SILAP : AKU ATAU MAULANA ASRI

Secara peribadinya, aku agak keliru dengan dakwaan seorang yang mendakwa “ZAin-ys” yang menyatakan aku agak terkeliru dengan ulasan Maulana Asri yusuf itu.

Apa yang menjadi persoalanku adalah, siapakah yang silap, antara aku atau maulana asri. Ini adalah, ulasanku dalam tulisan lepas itu benar-benar tertakluk kepada ulasan Maulana Asri dalam klip video yang ditayangkan dalam youtube.com. Dalam klip itu, dengan jelas maulana asri menyatakan seperti berikut (dalam minit yang ke 4.59);

“padahal dalam Abu Daud, dalam mana-mana kitab dia sebut……………..[1]

Maka ekoran dari itulah, aku membuka satu persoalan, iaitu Maulana Asri menyatakan hadis ini tidak saheh dengan dakwaan ianya di sebut oleh Imam Abu Daud sebagai tidak mahfuz. Persoalannya, dari kitab manakah yang menyatakan demikian? Ini adalah kerana, dalam Sunan Abi Daud ada menyebut hadis ini, tetapi tidak ada sepatah pun perkataan Abu Daud yang menyatakan hadis ini tidak mahfuz[2].

Jika ianya tidak dirujuk dari Abu Daud, mengapa ianya didakwa ambil dari abu Daud, sedangkan perkara ini tidak dinyatakan langsung oleh Imam Abu Daud. Apakah ini sudah dikira sebagai pembohongan fakta dalam menyampaikan ilmu?????

TIDAK IKTIRAF TAFSIRAN LAIN

Membaca ulasan dari sahabat-sahabat sealam maya ini, ada berbagai-bagai tafsiran yang dilakukan oleh ulama berkenaan dengan maksud “PEMANGGIL AKAN ISTERI” yang terkandung dalam hadis Abu Daud.

Sebilangan ulama menyatakan, maksud dengan “isteri” dalam hadis adalah perempuan dari Quraish. Ada sebilangan yang lain kata, “isteri” itu adalah isteri dari suami yang bukan isteri si mati.

Aku secara peribadi mengiktiraf ulasan itu, tetapi aku mengajak kepada semua pengulas hadis agar tidak menafikan tafsiran Al-Qari yang dinukilkan oleh pengarang Aun Al-Ma’bud yang menyatakan bahawa, maksud isteri dalam hadis ini adalah isteri kepada si mati[3].

Dengan itu juga dapat difahami, perdebatan ini masih lagi dalam perkara khilafiyyah yang boleh saling hormat menghormati sesame kita.

PENUTUP

Seperti yang telah aku nyatakan dalam tulisan lepas, secara peribadi aku sendiri tidak “berkenan” dengan amalan kenduri arwah, tetapi aku tetap mengambil sikap, selagi ulasan hukum itu masih lagi dalam perkara khilafiyyah, maka selayaknya kita mengambil sikap toleransi semasa kita dengan tidak menimbulkan perdebatan yang berpanjangan sehinggakan melalaikan tugas utama sebagai khalifah Allah.

Golongan pengamal kenduri arwah dan golongan yang membidaahkan amalan ini tidak menjadi agenda kritikan kerasku, tetapi kritikanku yang paling utama adalah terhadap mereka yang bersama-sama dengan perjuangan secular yang merosak.

Harapanku, perkara khilafiyyah selayaknya dibincang di peringkat ilmiyyyah, tetapi perbincangan tersebut hendaklah terhindar dari unsure-unsur mengelirukan yang akhirnya menyebabkan masyarakat sudah tidak mengenali musuh utama dalam memenangkan Islam.

Mudah-mudahan segala yang tersilap dan tersasul diharapkan kemaafanan dan dipohon keberkatan dari Allah SWT.

Sekian

Al-Bakistani
http://laptopdarulfiqh.blogspot.com

e mail : abu_abdillah_azzam@yahoo.com


[1] http://www.youtube.com/watch?v=dkrwSchf0Ko
[2] http://laptopdarulfiqh.blogspot.com/2007/09/jawapan-maulana-asri-yusuf-yang.html
[3] Lihat dalam tulisan lepas.

Tuesday, September 04, 2007

JAWAPAN MAULANA ASRI YUSUF YANG DIRAGUI

JAWAPAN MAULANA ASRI YUSUF YANG DIRAGUI

Hampir 3 minggu aku tidak menulis. Kesebukkan disamping malas menyentuh keybord laptop yang menyebabkan aku tidak menulis. Walaubagaimanapun, sesampai sahaja dirumah setelah pulang dari kampong di Jerteh, Terengganu, aku sempat melayari internet dan menelaah isu-isu yang dapat menjadi bekalan berfikir.

Laman Web “youtube.com” telah menjadi antara laman web kegemaran. Disana, aku dapat mendengar berbagai-bagai ceramah agama yang disampaikan oleh penceramah-penceramah, terutama ceramah yang di sampai oleh ustaz Azhar Idrus yang merupakan seorang penceramah agama yang namanya sedap top menjulang di negeri terengganu.

Didalam asyik mencari ceramah dalam laman web itu, aku terpaku dengan tiga siri kuliah yang disampaikan oleh seorang ustaz di Kedah yang aku amat mengenalinya, iaitu Ustaz Aminuddin bin Abdul Rahim.

Pada jangka asalnya, aku menyangka ianya sekadar isi kuliah penuh sahaja, rupa-rupanya, ianya adalah nukilan kuliah yang tidak sempurna, disertakan dengan jawapan balas atas ulasan ustaz Aminuddin tersebut. apa yang menjadikan aku terkejut, penjawab itu adalah seorang tokoh yang dikenali ramai, iaitu Maulana Asri Yusuf, yang merupakan seorang guru di sebuah Madrasah di Kubang Kerian yang berkelulusan dalam bidang Hadis beraliran Deobandi di Jamiah Binuri Town, Karachi Pakistan.

Kedua-dua tokoh ini adalah antara tokoh-tokoh yang aku hormati. Aku mengenali Maulana Asri dari murid-murid beliau yang sama-sama denganku ketika belajar hadis di Pakistan dahulu. walaupun kami berlainan Jamiah, iaitu aku di Jamiah Farooqiyyah dan mereka di Jamiah Binuri Town, tetapi aku sering pergi ke sana untuk bertukar-tukar fikiran dengan sahabat-sahabat Malaysia di Jamiah tersebut.

Adapun Ustaz Aminuddin pula, perkenalan antara kami adalah ketika aku sering diajak ustaz Aminuddin dalam menghadiri banyak kuliah-kuliah agama yang disampaikan oleh beliau sekitar Sungai Petani, Kedah, dan kadangkala, dikala beliau kesebukkan, beliau juga sering memintaku untuk menggantikan kuliah beliau, walaupun ketika itu aku masih lagi berumur 19 tahun.

Mengenali mereka dari pandangan dekat menyebabkan aku merasakan betapa kerdilnya ilmuku jika dibandingkan dengan kedua-dua tokoh ini.

Walaubagaimanapun, setelah mendengar ulasan-ulasan ustaz Aminuddin serta jawapan balas dari Maulana Asri, aku agak berpuas hati dengan rujukan ilmiyyah dari Ustaz Aminuddin, tetapi agak meragui jawapan balas dari Maulana Asri. Maka ekoran dari itu, tulisan ini bukanlah bermakna aku menyokong ulasan Ustaz Aminuddin yang berhujjah atas kebenaran melakukan kenduri arwah, disebabkan aku sendiri lebih berpendapat atas kebidaahan amalan tahlil arwah tersebut.

Walaubagaimanapun, tulisan ini sekadar ingin mempertikaikan rujukan yang disampaikan oleh Maulana Asri disamping menyeru manusia agar tidak memperdebatkan isu khilafiyyah ini sehinggakan membawa kepada perpecahan umat, disamping mendakwa pandangan mereka lebih ke syurga dari pandangan orang lain.

KRITIKAN PERTAMA : NABI DIJEMPUT KE KENDURI ARWAH[1]

Berdasarkan hujjah yang dikemukakan oleh Ustaz Aminuddin atas kebenaran makan kenduri arwah adalah disandarkan satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan lainnya;

عن رجل من الأنصار قال خرجنا مع رسول الله صلى الله عليه وسلم في جنازة فرأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم وهو على القبر يوصي الحافر أوسع من قبل رجليه أوسع من قبل رأسه فلما رجع استقبله داعي امرأة فجاء وجيء بالطعام فوضع يده ثم وضع القوم فأكلوا فنظر آباؤنا رسول الله صلى الله عليه وسلم يلوك لقمة في فمه

Maksudnya;
“Daripada seorang lelaki dari Ansar berkata; kami keluar bersama Rasulullah SAW (untuk menziarahi) satu jenazah. Aku melihat Rasulullah SAW memberi wasiat ketika berada di atas perkuburan kepada penggali (penggali kubur) agar memperluaskan bahagian kaki jenazah itu dan memperluaskan dibahagian kepala jenazah itu. Ketika baginda SAW pulang, seorang seorang pemanggil kepada isteri telah menjemput Baginda SAW. lalu baginda SAW datang (menerima jemputan) dan Baginda SAW dihidangkan dengan makanan. Baginda SAW mengambil makanan itu, begitujuga sahabat-sahabat mengambil dan mereka makan beramai-ramai. Ayah kami melihat baginda SAW mengunyah satu suapan dalam mulutnya[2]

Dari hadis ini, Ustaz Aminuddin menyatakan, inilah dalil atas kenduri arwah.

Walaubagaimanapun, hujjah ini di bangkang oleh Maulana Asri dengan beberapa kenyataannya, iaitu beliau menyatakan seperti berikut;

a. Imam Abu Daud menyatakan, hadis ini tidak mahfuz, maka ianya adalah tidak saheh.
b. Maksud dengan “isteri” dalam hadis ini, bukanlah isteri si mati, tetapi isteri kepada orang lain.

Dari ulasan maulana Asri ini terdapat beberapa keraguan, iaitu adalah seperti berikut;

a. Maulana Asri menyatakan hadis ini tidak saheh dengan dakwaan ianya di sebut oleh Imam Abu Daud sebagai tidak mahfuz. Persoalannya, dari kitab manakah yang menyatakan demikian? Ini adalah kerana, dalam Sunan Abi Daud ada menyebut hadis ini, tetapi tidak ada sepatah pun perkataan Abu Daud yang menyatakan hadis ini tidak mahfuz.
b. Merujuk kepada kitab “sahih wa Daif sunan Abi Daud”, As-Syaikh Albani menyatakan hadis ini adalah saheh[3]. Beliau juga menyatakan kesahihan hadis ini dalam kitab beliau yang lain, iaitu kitab “sahih Ahkam Al-Janaiz”
c. Maulana Asri menyatakan, maksud dengan “isteri” bukan isteri si mati, sedangkan Muhammad Syams Al-Haq Al-‘Azim dalam kitab Aun Al-Ma’bud syarah kepada Sunan Abi Daud menukilkan kata-kata Al-Qari yang menyatakan bahawa, maksud isteri dalam hadis ini adalah isteri kepada si mati[4].

KRITIKAN KEDUA : PACAK PELEPAH TAMAR[5]

Ustaz Aminuddin menyatakan, manusia yang berzikir boleh mengurangkan azab si mati didalam kubur. Ini di sandarkan kepada hadis;

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ مَرَّ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِحَائِطٍ مِنْ حِيطَانِ الْمَدِينَةِ أَوْ مَكَّةَ فَسَمِعَ صَوْتَ إِنْسَانَيْنِ يُعَذَّبَانِ فِي قُبُورِهِمَا فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُعَذَّبَانِ وَمَا يُعَذَّبَانِ فِي كَبِيرٍ ثُمَّ قَالَ بَلَى كَانَ أَحَدُهُمَا لَا يَسْتَتِرُ مِنْ بَوْلِهِ وَكَانَ الْآخَرُ يَمْشِي بِالنَّمِيمَةِ ثُمَّ دَعَا بِجَرِيدَةٍ فَكَسَرَهَا كِسْرَتَيْنِ فَوَضَعَ عَلَى كُلِّ قَبْرٍ مِنْهُمَا كِسْرَةً فَقِيلَ لَهُ يَا رَسُولَ اللَّهِ لِمَ فَعَلْتَ هَذَا قَالَ لَعَلَّهُ أَنْ يُخَفَّفَ عَنْهُمَا مَا لَمْ تَيْبَسَا أَوْ إِلَى أَنْ يَيْبَسَا

Maksudnya;
“Daripada Ibni Abbas berkata, Rasulullah SAW melalui satu kebun dari kebun-kebun di Madinah[6] atau Makkah, lalu baginda SAW mendengar suara dua insane yang diazab kedua-duanya didalam kubur mereka. lalu berkata Rasulullah SAW, mereka berdua sedang di azab, dan mereka tidak di azab dengan sebab dosa besar, kemudian berkata, bahkan adalah salah satu dari kedua-duanya adalah tidak tertutup daripada kencingnya (iaitu tidak istibra’ ketika kencing[7]) dan yang satu lagi sentiasa menjadi “batu api”. Kemudian Rasulullah menyeru dengan satu pelepah tamar, lalu baginda membelahkannya kepada dua belahan, lalu meletakannya atas setiap kubur dengan satu pelepah. Dikatakan kepada Baginda, Ya Rasulullah SAW, kenapa kamu melakukan demikian ini? Bersabda Nabi SAW: mudah-mudahan diringankan azab kepada kedua-duanya selama mana ianya (pelepah) itu tidak kering[8]

Menurut Ustaz Aminuddin, Hadis ini menjadi dalil atas kebenaran membaca al-quran oleh manusia kepada si mati di dalam kubur disebabkan baginda SAW meletakan pelepah tamar yang masih basah ke atas kubur tersebut. jika pelepah tamar sudah boleh merengankan azab disebabkan zikir pelepah tamar, maka lebih-lebih lagilah manusia yang sememangnya lebih mulia berbanding pelepah tamar.

Hujjah ini dibangkang oleh Maulana Asri dengan menyatakan, tindakan Rasulullah SAW itu adalah khusiyyat nabi SAW.

Dari penjelasan maulana Asri ini dinyatakan bahawa, kenyataan Maulana Asri yang menyatakan bahawa, memacakkan pelepah tamar di kubur adalah khusiyyat Nabi SAW sebagai cara membangkang hujjah Ustaz Aminuddin adalah tidak boleh berlaku. Ini adalah kerana, dakwaan yang menyatakan hadis yang menjelaskan tindakan Nabi SAW itu adalah khusiyyat adalah perkara yang dikhilafi oleh ulama. Ianya di akui oleh As-Syaikh Abu Abd Ar-Rahman Abdullah bin Abd Ar-rahman Al-Bassam dalam kitabnya yang bertajuk “Taisir Al-‘Allam syarh ‘Umdah Al-Ahkam[9]

Walaubagaimanapun, menurut Imam Al-Qurtubi, hadis ini menjadi dalil atas keizinan membaca al-quran oleh mu’min terhadap orang yang mati dalam kubur. Perkara ini disyarah panjang oleh Imam Al-Qurtubi dalam kitabnya yang bertajuk “A-Tazkirah”[10].

PENUTUP

Dari ulasan ini, perlu difahami, perkara yang diperdebatkan ini adalah perkara yang masih berada dalam perbincangan khilafiyyah di kalangan ulama, yang tidak boleh seseorang itu mendakwa bahawa, pandangan ulama ini lebih baik dari pandangan ulama itu.

Jika kita ingin menyatakan demikian juga, maka pastikan diri kita sudah mempersiapkan diri dengan kesempurnaan dengan syarat-syarat mujtahid.

Tulisan ini bukanlah untuk memperlekeh ketokohan yang ada pada Maulana Asri, tetapi ianya sekadar mempertikaikan sesuatu dakwaan yang diragui kewujudannya dan penghujahannya.

Pun begitu, tulisan aku ini bukan bermakna aku mahu menjadi pejuang dan pendokong amalan kenduri dan tahlil arwah ini. Aku secara peribadi pun tidak bersetuju dengan amalan ini, tetapi tetap mengambil sikap untuk menghormati amalan-amalan yang dilakukan oleh ulama-ulama yang lain.

Mudah-mudahan semuanya mendapat keberkatan di sisi Allah.

Sekian

Al-Bakistani
http://laptopdarulfiqh.blogspot.com/

e-mail : abu_abdillah_azzam@yahoo.com


[1] http://www.youtube.com/watch?v=dkrwSchf0Ko
[2] Sunan Abi Daud : 3/244. hadis no : 3332.
[3] Sahih wa Daif Sunan Abi Daud : 7/332. hadis no : 3332
[4] Aun Al-Ma’bud : 9/129.
[5]http://www.youtube.com/watch?v=NwWWfZzeU3Y&eurl=http%3A%2F%2Fal%2Dahkam%2Enet%2Fhome%2Fmodules%2Ephp%3Fop%3Dmodload%26name%3DNews%26file%3Darticle%26sid%3D44341
[6] Menurut riwayat, kebun itu kepunyaan seorang perempuan ansar yang bernama “UMMI MUBASYSYIR” : Fath Al-Bari Syarh Al-Bukhari : 1/341.
[7] Fath Al-Bari : 1/341.
[8] Sahih Al-Bukhari : 1/88 : hadis no : 213.
[9] Taisir Al-‘Allam syarh ‘Umdah Al-Ahkam : 1/26-27.
[10] Tafsir Al-Qurtubi : 10/267.

Monday, September 03, 2007

KEMATIAN SAIFUL AZMI B. MOHAMMAD

KEMATIAN SAIFUL AZMI B. MOHAMMAD

Pihak kami mendesak agar satu siasatan bebas dilakukan berikutan kematian Saiful Azmi b. Mohammad, 39 tahun, dari Kg. Dato' Harun dekat Kg. Pandan Dalam, Selangor.

Kami diberitahu oleh penduduk kampung itu beliau telah ditahan oleh pihak polis sebuah warung berhampiran dengan tempat tinggalnya pada pagi 31 Ogos lepas.

Walau bagaiamanapun beliau telah dimasukkan ke Hospital Ampang di dalam keadaan koma pada malam hari tersebut.

Saiful telah akhirnya meninggal dunia pada pagi 2 September.

Kami telah difahamkan pelbagai pihak termasuk keluarga mangsa telah mempersoalkan penjelasan pihak polis.

Menurut mereka kecederaan yang di alami oleh Saiful tidak konsisten dengan penjelasan pihak polis. Menurut polis beliau telah terjatuh ketika ditahan.

Walau apa sekalipun kesalahan beliau, demi keadilan satu siasatan bebas perlu dijalankan.

Kami berharap siasatan ini akan dapat mematikan sebarang khabar-khabar angin yang boleh menghakis keyakinan rakyat terhadap pihak polis atau membawa mereka yang bersalah ke muka keadilan.

Oleh itu kami memohon penglibatan SUHAKAM.

Sekian. Terima kasih.

Iskandar Abdul Samad
Yang Dipertua PAS
Kawasan Pandan
019-298 9835
3 September 2007

Monday, August 20, 2007

KENALI MATA GELAP JAIS

Assalamualaikum.

ini gambar-gambar antara "mata-mata gelap JAIS dan Polis" yang kami berjaya ambil semasa dalam satu majlis ceramah Agama yang disampaikan oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di Surau Ar-Rafiq, Seksyen 7, Kota Damansara, Selangor pada hari ahad baru-baru ini (19 ogos 2009).

sehari sebelum berlakunya ceramah agama tersebut, tiga orang pegawai JAIS telah datang ke Surau berkenaan dan memaksa pihak kami membatalkan program ceramah Agama tersebut.

mereka itu adalah Taufiq (gambar dibawah), Rizaupim di talian 012-656 7041 dan Shahzihan di Talian 012- 3105339.

berdasarkan maklumat, dalam ketiga-tiga mereka ini, Taufiq merupakan ketua dalam misi hendak memberhentikan ceramah Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang tersebut.

bagi pecinta-pecinta kuliah agama di Selangor, agar berhati-hati dengan wajah-wajah yang dipaparkan dibawah, kerana mereka adalah "mata-mata gelap JAIS" yang sedang berusaha hendak menutup kuliah-kuliah agama di sekitar negeri Selangor.




ini adalah Taufiq yang merupakan ketua dalam misi memberihentikan kuliah Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang pada pagi Ahad baru-baru ini





ini adalah antara "mata-mata gelap Polis" dari Balai Polis Kota Damansara

berhati-hatilah dengan mereka !!!!

sekian

Thursday, August 16, 2007

BOLEHKAH PAS BERSATU DENGAN UMNO?

BOLEHKAH PAS BERSATU DENGAN UMNO?

Sudah lama aku agak tidak menulis dengan merujuk kepada sumber rujukan ilmu. Pun begitu, aku tetap menulis, tetapi lebih kepada sesuatu yang bersifat isu dan pandangan peribadi. Kekurangan merujuk dalam tulisan menyebabkan sebilangan pembaca blogku telah bertanya. Aku menyatakan, kesebukkan untuk bersiap sedia untuk menghadapi pilihanraya di Dun dan Parlimen Subang telah menyebabkan aku kekurangan membaca yang melahirkan banyak tulisan yang bersumberkan kepada rujukan ilmu.

Walaubagaimanapun, selepas menyampaikan kuliah di salah sebuah surau yang berhampiran rumahku, disamping ketiadaan program dan perbincangan pada selanjutnya, telah mendetikkan hatiku untuk melayari internet dan mencari info terkini agar tidak digelar sebagai “tin kosong”.

Aku membuka blog saudara Roslan SMS yang merupakan sahabat seperjuangan, yang disana aku terbaca satu tulisan beliau berkenaan dengan cadangan Saudara Anuar Md Nor untuk menyatu antara UMNO dan PAS dengan beberapa soalan yang perlu di jawab.

Tulisanku kali ini, bukanlah mahu menjawab segala persoalan itu, tetapi lebih untuk menyatakan perbezaan sebenar antara UMNO dan PAS yang patut difahami.

AQIDAH ADALAH ASAS

Membaca Al-Quran, diawal surah Al-Baqarah, Allah menjelaskan kepada manusia pada 5 ayat yang terawal berkenaan dengan cirri-ciri orang beriman. Pada ayat 6 dan 7, Allah menjelaskan cirri-ciri orang kafir. Dan selanjutnya, iaitu dari ayat 8 hingga 20, Allah menjelaskan cirri-ciri orang-orang munafiq.

Pengakuan Iman itu tidak cukup sekadar mendakwa dengan tulisan dan kenyataan lisan, tetapi dikehendaki diamalkan dari sudut perbuatan.

Perkara ini jelas, berdasarkan kepada definisi Iman yang telah didefinisikan oleh mejoriti ulama sebagai;

اعتقاد بالجنان ونطق باللسان وعمل بالجوارح

Maksudnya;
“I’tiqad dengan hati, melafazkan dengan lidah dan amal dengan anggota[1]

Dari definisi ini, difahami iman itu tidak cukup sekadar menuturkan dengan lidah, bahkan dikehendaki meletakkan keyakinan penuh dan menzahirkan dengan perbuatan terhadap perkara yang dilafazkan dengan lisan tersebut.

Ekoran dari itulah, lahirlah golongan yang disebut sebagai mukmin, kafir dan Munafiq.

Tiga golongan ini tidak mempunyai kesamaan dan sememangnya mereka mempunyai perbezaan yang amat ketara. Pun begitu, dari ketiga-tiga golongan ini, golongan yang paling berbahaya adalah golongan munafiq yang gambaran sebenar mereka adalah golongan yang menampakkan Iman pada zahirnya, tetapi mereka adalah golongan yang telah menyembunyikan kekufuran.

Definisi munafiq ini telah didefinisikan oleh Imam Ibnu Kathir dalam menafsirkan firman Allah berkenaan dengan munafiq dengan katanya;

إظهار الخير وإسرار الشر

Maksudnya;
“menzahirkan kebaikan dan merahsiakan kejahatan[2]

Jika diperhatikan kepada UMNO/BN, gambaran kemunafikan ini sememangnya wujud. Mereka menyatakan “islam” sebagai salah satu dari perjuangan mereka yang termaktub dalam perlembagaan mereka, tetapi dalam masa yang sama, mereka adalah golongan yang paling kuat menentang Islam, bahkan memberi ruang kepada musuh Islam untuk menyerang Islam.

Yang lebih teruk lagi, mereka adalah golongan yang mengambil agama sebahagian dan menafikan sebahagian yang lain. sebilangan perkara Islam yang bersesuaian dengan hawa nafsu mereka, maka mereka menerimanya, dan sekiranya sebilangan hukum Islam yang tidak bersesuaian kehendak nafsu mereka, maka mereka akan meninggalkannya serta menggantikan dengan undang-undang “mak bapak” mereka disamping mendakwa, undang-undang ciptaan mereka adalah yang paling baik.

BAHAYA MUNAFIK

Golongan munafiq adalah lebih berbahaya dari golongan kafir. Ini digambarkan lagi oleh Allah dengan menyatakan bahawa, golongan munafiq apabila mereka bertaubat sekalipun, mereka tidak boleh dipanggil sebagai “orang beriman”, tetapi dipanggil sebagai golongan yang “bersama dengan orang beriman”.

Perkara ini jelas berdasarkan kepada firman Allah;

إِنَّ الْمُنَافِقِينَ فِي الدَّرْكِ الْأَسْفَلِ مِنَ النَّارِ وَلَنْ تَجِدَ لَهُمْ نَصِيرًا * إِلَّا الَّذِينَ تَابُوا وَأَصْلَحُوا وَاعْتَصَمُوا بِاللَّهِ وَأَخْلَصُوا دِينَهُمْ لِلَّهِ فَأُولَئِكَ مَعَ الْمُؤْمِنِينَ وَسَوْفَ يُؤْتِ اللَّهُ الْمُؤْمِنِينَ أَجْرًا عَظِيمًا

Maksudnya;
“Sesungguhnya orang-orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan Yang terkebawah sekali dari (lapisan-lapisan dalam) neraka. dan Engkau tidak sekali-kali akan mendapat sesiapa pun Yang boleh menolong mereka. *. kecuali orang-orang Yang bertaubat (dari perbuatan munafik itu) dan memperbaiki amalan mereka (yang salah), dan mereka pula berpegang teguh kepada (ugama) Allah, serta mengerjakan ugama mereka Dengan ikhlas kerana Allah, maka mereka Yang demikian itu ditempatkan BERSAMA-SAMA ORANG-ORANG YANG BERIMAN dan Allah akan memberikan orang-orang Yang beriman itu pahala Yang amat besar”

(Surah An-Nisa’ : 145-146)

As-Syaikh Muhammad ‘Ali Sabuni menyatakan, Dari ayat ini Allah menggambarkan betapa bahayanya golongan munafik berbanding kafir. Ini kerana, kafir apabila bertaubat, Allah meletakan kepada mereka satu syarat sahaja, iaitu sepertimana firman Allah;
قُلْ لِلَّذِينَ كَفَرُوا إِنْ يَنْتَهُوا يُغْفَرْ لَهُمْ مَا قَدْ سَلَفَ
Maksudnya;
“Katakanlah kepada orang-orang yang kafir itu: "Jika mereka berhenti (dari kekafirannya), niscaya Allah akan mengampuni mereka tentang dosa-dosa mereka yang sudah lalu”
(Surah Al-Anfal : 38)
Adapun orang munafik, apabila mereka bertaubat, mereka wajib menunaikan empat syarat, iaitu berhenti dari nifak, membaiki amalan, berpegang kuat dengan tali Allah dan ikhlaskan dengan agama. Ini dinyatakan oleh Allah dalam surah an-nisa’ ayat 146 yang lepas.
Beserta dengan empat syarat ini, amalan mereka masih lagi dianggap oleh Allah sebagai masykuk (diragui) yang mewajibkan kepada orang beriman berhati-hati dengan mereka. Ini dibimbangi bahawa taubat mereka itu adalah satu penipuan dan perancangan jahat mereka. Maka dengan sebab itu, Allah menyatakan;
فَأُولَئِكَ مَعَ الْمُؤْمِنِينَ
Maksudnya;
“Maka mereka bersama dengan orang beriman”
(Surah An-nisa’ : 146)[3]
Mereka dikira sebagai orang yang bersama dengan orang beriman, bukan orang beriman.

YAHUDI ADALAH SAUDARA MUNAFIK

Menurut As-Syaikh Ali Sabuni juga, golongan yahudi dan munafiq merupakan dua golongan yang disifatkan sebagai “adik beradik”. Menyifatkan demikian adalah kerana, kedua-dua golongan mempunyai kesamaan dari sudut kesesatan, kekufuran dan pendustaan mereka terhadap ayat-ayat Allah SWT[4].

Golongan yahudi banyak melakukan perbuatan-perbuatan yang seakan-akan beriman kepada Allah, tetapi hakikatnya mereka telah melakukan dusta terhadap ayat-ayat Allah SWT.

Pernah yahudi meminta dengan pelbagai permintaan dari nabi-nabi mereka dengan mendakwa mereka akan beriman kepada Allah sekiranya mereka mendapat permintaan tersebut, tetapi setelah didatangkan, mereka tetap mengkufuri Allah SWT. Ini merupakan pendustaan mereka terhadap Nabi yang telah memimpin mereka ketika itu.

Gambaran ini, telah dinyatakan oleh Allah dalam firman-Nya;

يَسْأَلُكَ أَهْلُ الْكِتَابِ أَنْ تُنَزِّلَ عَلَيْهِمْ كِتَابًا مِنَ السَّمَاءِ فَقَدْ سَأَلُوا مُوسَى أَكْبَرَ مِنْ ذَلِكَ فَقَالُوا أَرِنَا اللَّهَ جَهْرَةً فَأَخَذَتْهُمُ الصَّاعِقَةُ بِظُلْمِهِمْ ثُمَّ اتَّخَذُوا الْعِجْلَ مِنْ بَعْدِ مَا جَاءَتْهُمُ الْبَيِّنَاتُ فَعَفَوْنَا عَنْ ذَلِكَ وَآَتَيْنَا مُوسَى سُلْطَانًا مُبِينًا * وَرَفَعْنَا فَوْقَهُمُ الطُّورَ بِمِيثَاقِهِمْ وَقُلْنَا لَهُمُ ادْخُلُوا الْبَابَ سُجَّدًا وَقُلْنَا لَهُمْ لَا تَعْدُوا فِي السَّبْتِ وَأَخَذْنَا مِنْهُمْ مِيثَاقًا غَلِيظًا

Maksudnya;
“ahli Kitab (kaum Yahudi) meminta kepadamu (Wahai Muhammad) supaya Engkau menurunkan kepada mereka sebuah Kitab dari langit. (janganlah Engkau merasa pelik), kerana Sesungguhnya mereka telah meminta kepada Nabi Musa lebih besar dari itu. mereka berkata: "(Wahai Musa) Perlihatkanlah Allah kepada Kami Dengan nyata (supaya Kami dapat melihatnya dan percaya kepadaNya)". lalu mereka disambar oleh petir Dengan sebab kezaliman mereka (menderhaka kepada Allah); kemudian mereka pula menyembah (patung) anak lembu sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan (mukjizat), lalu Kami maafkan mereka dari perbuatan Yang sedemikian itu (ketika mereka bertaubat). dan Kami telah memberi kepada Nabi Musa kekuasaan Yang nyata (untuk mengalahkan kaum Yang kafir itu). * dan Kami telah mengangkat "Gunung Tursina" ke atas mereka disebabkan (Mereka ingkar akan) perjanjian setia mereka (mematuhi hukum-hukum Taurat), dan Kami perintahkan mereka: "Masuklah kamu melalui pintu (negeri) itu Dengan merendah diri" dan Kami juga perintahkan mereka: "Janganlah kamu melanggar perintah larangan Yang ditentukan pada hari Sabtu", dan Kami telah mengambil daripada mereka perjanjian setia Yang teguh (yang mewajibkan mereka mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya)”

(Surah An-Nisa’ : 153-154)

Gambaran yang sama juga telah berlaku kepada golongan munafik. Mereka telah mendustakan nabi SAW. Mereka melakukan pelbagai strategi bagi merosakan perjuangan dakwah yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.

Semasa baginda SAW berhijrah ke Madinah, dan baginda SAW telah berjaya mempersaudarakan dua golongan yang berperang, iaitu Aus dan Khazraj. Juga, kehadiran Baginda SAW di Madinah itu, menyebabkan ramailah golongan-golongan penyembah berhala, beriman dan sedikit sahaja bilangan dari yahudi yang beriman, bahkan sebilangan dari mereka tetap tidak mengakui kenabian Nabi Muhammad SAW.
Di sebalik ramai yang memeluk Islam itu, ada sebilangan dari mereka yang menzahirkan keislaman mereka, tetapi hakikatnya mereka kufur. Kekufuran itu dizahirkan oleh Allah dengan berlakunya peperangan badar, iaitu tindakan yang dilakukan oleh Abdullah bin Ubai bin Salul bersama golongan yahudi dalam memperdayakan golongan arab badwi agar tidak pergi berperang dalam membantu memenangkan perjuangan islam ketika itu[5].

Gambaran inilah yang telah berlaku kepada UMNO/BN yang memerintah Malaysia semenjak merdeka. Mereka memperolok-olokkan agama dengan sedemikian rupa. Mereka menubuhkan Islam Hadhari yang semuanya bertujuan untuk mencari pengaruh dunia untuk kekal memerintah. Malaysia yang mempunyai fatwa kebangsaan telah dilanggar sendiri oleh Presiden mereka, walaupun perkara yang mereka langgar itu adalah perkara yang bersifat aqidah.

UMNO/BN tidak pernah ikhlas dengan islam. Islam yang digambarkan oleh mereka sekadar Ibadat. Dalam perkara yang lain dari Ibadat, seperti muamalat, jihad, ekonomi dan sebagainya telah diselewengkan oleh mereka mengikut acuan mereka sendiri dengan tidak berasaskan kepada acuan Al-Quran dan As-Sunnah Rasulullah SAW.

UMAT INI TIDAK AKAN BERSATU?

Penyatuan dikalangan umat Nabi Muhammad tidak akan berjaya jika menggunakan idealogi yang tidak berasaskan kepada Islam. penyatuan akan berlaku sekiranya Islam menjadi pegangan hidup.

Firman Allah;

وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا وَاذْكُرُوا نِعْمَةَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنْتُمْ أَعْدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُمْ بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا وَكُنْتُمْ عَلَى شَفَا حُفْرَةٍ مِنَ النَّارِ فَأَنْقَذَكُمْ مِنْهَا كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْ آَيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ

Maksudnya;
“dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu Dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu Dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam Yang bersaudara. dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya”

(Surah Al-Imran : 103)

Dari firman Allah ini, dengan jelas Allah menyatakan bahawa, penyatuan itu tidak akan berlaku dengan pemikiran dan cara selain Islam. penyatuan yang berjaya berlaku, sekiranya manusia semuanya berpegang teguh dengan tali Allah.

Begituga, jika diperhatikan kepada hadis-hadis pula, dapat dilihat bagaimana baginda SAW sendiri menyatakan tentang perpecahan yang berlaku di akhir zaman.

Gambaran ini boleh diperhatikan dengan satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, daripada ‘Amir bin Saad, daripada ayahnya, bahawa suatu hari Rasulullah SAW berjalan sehingga sampai di Masjid Bani Muawiyyah. Sesampai di masjid tersebut, Baginda SAW masuk dan menunaikan solat dua rakaat bersama dengan sahabat-sahabat. Selesai dari menunaikan solat, baginda SAW berdoa panjang. Setelah selesai berdoa, baginda SAW berpaling kepada sahabat-sahabat seraya berkata;

سَأَلْتُ رَبِّي ثَلَاثًا فَأَعْطَانِي ثِنْتَيْنِ وَمَنَعَنِي وَاحِدَةً سَأَلْتُ رَبِّي أَنْ لَا يُهْلِكَ أُمَّتِي بِالسَّنَةِ فَأَعْطَانِيهَا وَسَأَلْتُهُ أَنْ لَا يُهْلِكَ أُمَّتِي بِالْغَرَقِ فَأَعْطَانِيهَا وَسَأَلْتُهُ أَنْ لَا يَجْعَلَ بَأْسَهُمْ بَيْنَهُمْ فَمَنَعَنِيهَا

Maksudnya;
“Aku telah memohon doa akan tuhanku sebanyak tiga permohonan. Dua daripadanya diterima dan satu daripadanya tidak diterima oleh Allah SWT. Aku memohon supaya tidak membinasakan umatku dengan ditimpakan musibah selama setahun, lalu Allah menerimanya. Aku bermohon agar tidak membinasakan umatku dengan menenggelamkan mereka, lalu Allah menerimanya. Dan aku memohon agar menjadikan umatku tidak berpecah, tetapi Allah tidak menerimanya”[6].

Hadis ini dengan jelas menyatakan bahawa, perpecahan umat nabi di akhir zaman tidak akan berkehabisan, walaupun pernah didoakan oleh Baginda kepada Allah agar disatukan mereka.

Begitujuga, didalam hadis yang lain, riwayat Tirmizi, daripada Al-‘Irbadh bin Sariyyah berkata;

وَعَظَنَا رسول اللَّهِ (ص) يَوْمًا بَعْدَ صَلَاةِ الْغَدَاةِ مَوْعِظَةً بَلِيغَةً ذَرَفَتْ منها الْعُيُونُ وَوَجِلَتْ منها الْقُلُوبُ فقال رَجُلٌ إِنَّ هذه مَوْعِظَةُ مُوَدِّعٍ فَمَاذَا تَعْهَدُ إِلَيْنَا يا رَسُولَ اللَّهِ قال أُوصِيكُمْ بِتَقْوَى اللَّهِ وَالسَّمْعِ وَالطَّاعَةِ وَإِنْ عَبْدٌ حَبَشِيٌّ فإنه من يَعِشْ مِنْكُمْ يَرَى اخْتِلَافًا كَثِيرًا وَإِيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاتِ الْأُمُورِ فَإِنَّهَا ضَلَالَةٌ فَمَنْ أَدْرَكَ ذلك مِنْكُمْ فعليكم بِسُنَّتِي وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِينَ الْمَهْدِيِّينَ عَضُّوا عليها بِالنَّوَاجِذِ

Maksudnya;
“Rasulullah SAW telah memberi pesanan kepada kami di suatu hari selepas dari menunaikan solat subuh satu pesanan yang bersungguh-sungguh sehinggakan mengalirkan air mata, mengementarkan hati. Lalu berkata seorang sahabat, ini merupakan pesanan terakhir, maka apakah yang kamu nak pesan kepada kami wahai Rasulullah SAW?. lalu bersabda Nabi SAW; aku mewasiatkan kamu dengan taqwa kepada Allah, dengar dan taat walaupun ketua kamu itu adalah hamba berbangsa habsyi. Maka barangsiapa dikalangan kamu hidup (panjang), nescaya dia akan melihat perbezaan yang terlalu banyak. Hendaklah kamu hindarkan diri dari perkara-perkara baru, maka sesungguhnya, ianya adalah sesat. Barangsiapa yang sempat di zaman itu, maka hendaklah dia berpegang dengan jalanku dan jalan khulafa’ Ar-Rasyidin yang mendapat hidayah, dan gigitlah ia dengan gigi geraham[7]

Begitujuga hadis yang lain pula, Baginda SAW menyatakan;

اخْتَلَفَتِ الْيَهُودُ على إِحْدَى وَسَبْعِينَ فِرْقَةً سَبْعِينَ مِنَ النَّارِ وَوَاحِدَةٌ في الْجَنَّةِ وإختلفت النَّصَارَى على اثْنَتَيْنِ وَسَبْعِينَ فِرْقَةً إِحْدَى وَسَبْعُونَ فِرْقَةً في النَّارِ وَوَاحِدَةٌ في الْجَنَّةِ وَتَخْتَلِفُ هذه الأُمَّةُ على ثَلاثٍ وَسَبْعِينَ فِرْقَةً اثْنَتَانِ وَسَبْعُونَ في النَّارِ وَوَاحِدَةٌ في الْجَنَّةِ فَقُلْنَا انْعَتْهُمْ لنا قال السَّوَادُ الأَعْظَمُ

Maksudnya;
“Yahudi telah berpecah kepada 71 puak, 70 dari mereka dalam neraka dan satu sahaja dalam syurga. Nasrani pula berpecah kepada 72 puak, 71 puak dari mereka dalam neraka dan satu sahaja dalam syurga. Dan akan berpecah umat ini kepada 73 puak, 72 puak dari mereka dalam neraka dan satu sahaja dalam syurga. Kami (sahabat) bertanya; nyatakan sifat mereka kepada kami. Bersabda Nabi SAW; golongan hitam pekat (golongan yang ramai)[8].

Dalam riwayat lain dinyatakan;

ما انا عليه وأصحابى

Maksudnya;
“orang yang berada atas jalanku dan sahabat-sahabatku[9]

Dari nukilan hadis-hadis yang dinyatakan di atas, sudah pasti umat ini tidak akan bersatu. Perpecahan itu berlaku adalah kerana, pasti akan ada sebilangan manusia yang mahu berpegang dengan kandungan wahyu dan juga akan ada juga sebilangan manusia yang akan meletakan hawa nafsu mereka melebihi kandungan wahyu. Ekoran dari itu, golongan yang mengikut hawa nafsu ini akan terus menyerang kandungan wahyu yang sememangnya dapat dilihat, golongan yang menyerang itu adalah mereka yang mendakwa beragama Islam.

Itulah hakikat yang berlaku pertembungan antara PAS dan UMNO di Negara ini. Pertembungan kedua-duanya adalah kerana, PAS mahu melaksanakan islam sebagai dasar perjuangan, seperti yang telah termaktub dalam perlembagaannya, tetapi UMNO telah merantingkan atau “membirokan” agama Islam dalam perlembagaan mereka yang akhirnya Islam sebagai “agama memerintah” telah dijadikan sebagai “agama yang diperintah”.

PENUTUP

Dari perbahasan ini, pertembungan antara PAS dan UMNO merupakan pertembungan aqidah Islamiyyah. Pertembungan yang melihatkan kepada golongan yang mahu melaksanakan Islam dan golongan yang tidak mahu menjadikan islam sebagai dasar pemerintahan.

Dengan keadaan demikianlah, menyebabkan gambaran UMNO dan PAS tidak akan dapat disatukan selagi UMNO tidak menjadikan Islam sebagai dasar perjuangan dan pemerintahan.

Jika dibaca sejarah pun, PAS pernah bersama dengan UMNO, tetapi kebersamaan itu menyebabkan PAS tidak dapat melaksanakan Al-Amr bil Ma’ruf wa An-Nahy ‘Anil Mungkar, bahkan lebih bersifat tunduk dengan tindakan yang dilakukan oleh UMNO.

Dengan keadaan demikianlah menyebabkan PAS telah terkeluar dari UMNO. Walaupun tidak bersama dengan UMNO, PAS tetap dengan perjuangannya yang mahu mendaulatkan islam dalam pemerintahan Negara walaupun ditimpakan dengan perbagai tekanan dan kezaliman dari pihak pemerintah, seperti ISA, OSA, FRU dan sebagainya.

Ekoran dari itu, fikrah yang menyuruh UMNO dan PAS bersatu dalam keadaan UMNO tidak mengubahkan dasar mereka kepada Islam merupakan fikrah yang “karut”; yang boleh digambarkan sebagai fikrah golongan liberal yang mahu menyatukan antara Islam, Kristian, Yahudi dan seluruh agama.

Firman Allah;

وَلَا تَلْبِسُوا الْحَقَّ بِالْبَاطِلِ وَتَكْتُمُوا الْحَقَّ وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ

Maksudnya;
“dan janganlah kamu campur adukkan Yang benar itu Dengan Yang salah, dan kamu sembunyikan Yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya”

(Surah Al-Baqarah : 42)



Sekian

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani
http://laptopdarulfiqh.blogspot.com/

e mail : abu_abdillah_azzam@yahoo.com

[1] Adhwa’ Al-Bayan : 9/93.
[2] Tafsir Ibni Kathir : 1/48.
[3] Qabasun min Nur Al-Quran al-Karim : 1/60 Dirasah ke 2.
[4] Qabasun min Nur Al-Quran al-Karim : 1/61 : dirasah ke 2.
[5] Tafsir Ibni Kathir : 1/48
[6] Sahih Muslim : 4/2216 : hadis no : 2890.
[7] Sunan At-Tirmizi : 5/44 : hadis no : 2676.
[8] Al-Mu’jam Al-Kabir : 8/273. hadis no : 8051.
[9] At-Tafsir Al-Kabir : 8/142.