SIAPA PEJUANG SUNNAH YANG SEBENAR?
Mendengar ceramah Dr MAZA, Mufti muda bagi negeri Perlis Darul Sunnah, tergerak di fikiran ini tentang “dakwah sunnah” yang didakwa oleh beliau.
Apakah dakwah sunnah itu adalah dakwah yang di perjuangkan oleh orang perlis, dan dakwah golongan lain tidak di panggil sebagai dakwah Sunnah?
Sebelum ini, di Malaysia, golongan yang mendakwa sebagai pejuang Sunnah adalah “jemaah tabligh”, yang sehinggakan mereka sanggup mengatakan keluar 3 hari, 40 hari dan 4 bulan adalah sunnah. (penulis sudah ulas tentang kebenaran dakwaan jemaah tabligh itu”
PEJUANG-PEJUANG SUNNAH TERDAHULU
Menyebut dakwah Sunnah, maka pasti ianya adalah dari golongan yang berpegang kuat dengan Al-Quran dan As-Sunnah.
Disebabkan di zaman Rasulullah SAW pencatitan hadis-hadis nabi amat sedikit, ini adalah kerana bimbang bercampur antara Al-Quran dan Sunnah dan supaya tidak mahu menjadikan manusia mementingkan menghafaz hadis berbanding Al-Quran, disamping dengan kesibukan muslim dengan membuka kota-kota Islam dan fitnah yang pelbagai menimpa umat Islam, maka jadilah manusia berada didalam kekurangan didalam pemahaman dan penghafalan hadis-hadis Nabi SAW.
Kebimbangan ini telah di kemukakan oleh pemimpin ‘Adil, iaitu Omar Abdul Aziz. Lalu beliau telah mengarah Abu Bakar Muhammad bin ‘Amru bin Hazm untuk menulis hadis-hadis nabi SAW.
Selepas dari itu, ramailah ulama-ulama mula menulis dan menyusun hadis-hadis nabi SAW. Lahirlah ulama-ulama yang menyusun hadis, seperti Ibnu Juraij di Makkah, Muhammad Ishaq dan Imam Malik di Madinah, Ar-Rubai’ bin Sobib, Sa’id bin Abi ‘Urubah danHammad bin Salamah di Basrah, Sufyan As-Sauri di Kufah, Auzaii di Syam, Ma’mar di Yaman, Ibnu Mubarak di Khurasan, Al-Lais di Mesir dan sebagainya .
Membaca kitab-kitab terkemudian, kita juga dapat lihat bagaimana, Imam As-Syafii, Imam Ahmad bin Hanbal dan Imam Malik yang telah di beri gelaran sebagai Ahl Hadis, sedangkan kadangkala fatwa ketiga-tiga ulama besar tersebut berbeza antara satu dengan yang lainnya.
Imam Ahmad bin Hanbal pernah berkata terhadap imam As-Syafii;
كان أفقه الناس فى كتاب الله و سنة رسوله
Maksudnya;
“Beliau (Imam As-Syafii) adalah manusia yang paling faqih (paling faham) tentang Kitabullah dan Sunnah Rasul-Nya ”
Imam Ahmad bin Hanbal juga ada menyebut;
ما عرفت ناسخ الحديث من منسوخه حتى جالست الشافعى
Maksudnya;
“Aku tidak mengetahui nasikh hadis daripada mansukhnya melainkan aku duduk bersama As-Syafii ”
Kehebatan As-Syafii didalam bidang hadis telah di iktiraf oleh Imam Ahmad Sendiri, tetapi jika di lihat pula kepada Imam Ahmad, beliau juga tidak kurang hebatnya.
Beliau merupakan seorang ulama yang kuat menghafal hadis sehinggakan beliau digelarkan sebagai Imam al-Muhaddisin .
Imam Malik juga seorang ulama hadis yang terkemuka dan hebat didalam bidang hadis. Beliau pernah bercerita berkenaan ketika umurnya mencapai 17 tahun, yang beliau di minta supaya mengajar ilmu hadis dihadapan beberapa ulama-ulama hadis dan fiqh yang terkemuka di Madinah ketika itu.
Beliau berkata;
ما جلست للفتيا و الحديث حتى شهد لى سبعون شيخا من أهل العلم
Maksudnya;
“tidak aku duduk untuk fatwa dan hadis melainkan menyaksikanku oleh 70 orang syaikh (orang berkeahlian) daripada kalangan ahl ilmu ”
Seluruh guru-gurunya dan kawan-kawan rapatnya telah mengisytihar beliau sebagai imam didalam ilmu hadis .
Melihat dengan jolokkan ulama-ulama hadis kepada mereka, kita merasakan bagaimana kehebatan mereka sehinggakan pengisytiharan sebagai pakar hadis, bukanlah dari dakwaan diri mereka sendiri, tetapi datang dari golongan pakar yang lain, yang juga faqih didalam bidang hadis.
PERSELISIHAN FATWA DI KALANGAN ULAMA HADIS
Walaupunbegitu, melihat kepada fatwa-fatwa mereka, kadangkala berlaku perselisihan dan mengandungi perbezaan pendapat dikalangan mereka.
Antara perdebatan yang berlaku, berkenaan dengan sujud, yang telah dibahas oleh AS-Syafii dan Maliki.
Maliki menfatwakan bahawa, sujud yang wajib adalah semata-mata meletakkan dahi di tempat sujud sahaja. Adapun tangan, kaki dan selainya adalah sunat sahaja .
Adapun As-Syafii, beliau menfatwakan pula bahawa diwajibkan meletakkannya pada tempat solat, tujuh anggota sujud, iaitu dahi, dua tangan, dua kaki dan dua lutut. Jika tidak, ianya boleh membatalkan solat.
Kedua-dua pandangan ulama hadis ini adalah bersandarkan kepada sebuah hadis, iaitu Sabda Nabi SAW;
عن العباس بن عبد المطلب أنه سمع النبي (ص) يقول : إذا سجد العبد سجد معه سبعة آراب وجهه وكفاه وركبتاه وقدماه
Maksudnya;
“Daripada Al-Abbas bin Abdul Muttalib, sesungguhnya dia mendengar Nabi SAW bersabda : apabila hamba itu sujud, maka hendaklah dia sujud bersama tujuh anggota, iaitu mukanya, dua tangannya, dua tapat tangannya, dua lututnya dan dua kakinya ”
Juga, Imam Maliki berpendapat bahawa ijmak Ahli Madinah merupakan dalil yang mesti di jadikan hujjah dan tidak boleh di khilafinya. Sehinggakan didalam usul mazhab Malikiyyah, Amalan Ahli Madinah di dahulukan berbanding Hadis Ahad di kala berlaku pertentangan .
Pendapat Imam Malik ini bersalahan dengan pendapat ulama-ulama yang lain, termasuk Imam Syafii dan Imam Hanbali, ini kerana, mereka beralasan tentang adanya sahabat-sahabat Baginda SAW yang bukan dari kalangan orang madinah yang juga mendengar hadis .
Daripada pemahaman ini, kita dapat melihat bagaimana ulama-ulama yang diberi jolokkan ahl hadis yang sememangnya mereka merupakan “da’I sunnah” sendiri berlaku perselisihan pendapat dikalangan mereka.
PEJUANG-PEJUANG SUNNAH DI ZAMAN MODEN
Begitujuga, kebanyakan orang mengatakan tokoh sunnah di zaman moden ini adalah As-Syaikh Sayyed Sabiq dan As-Syaikh Albani Rahimahuma-llah, tetapi pandangan kedua-duanya berbeza, sehinggakan Albani mengarang pula sebuah kitab yang bertajuk “tamam al-Minnah” sebagai ta’liq beberapa pandangan As-Syaikh Sayyed Sabiq didalam kitabnya “Fiqh As-Sunnah”.
Melihat kepada kehebatan As-Syaikh Sayyed Sabiq, kehebatannya amat terserlah, ini kerana, keistiqamahan beliau dalam menyampaikan dakwah Islamiyyah dengan mengarang banyak kitab-kitab yang berbentuk tafaqquh, samada dalam bidang aqidah dan bidang fiqh.
Beliau mengarang kitab “Aqidah Muslim” dan “fiqh As-Sunnah” yang banyak didakwa oleh “orang-orang pondok” sebagai kitab wahabi. Celaan dari “orang-orang pondok” terhadap Syaikh Sayyed Sabiq di Malaysia dan Fatani amat melampau dengan dakwah sunnahnya itu sehinggakan As-Syaikh Sayed Sabiq di gelar sebagai “syaikh sabit rumbut” dan berbagai-bagai lagi.
Didalam Kitab “Fiqh As-Sunnah” As-Syaikh Sayyed Sabiq menyatakan bahawa di sunatkan menunaikan solat tarawih sebanyak 20 rakaat. Pendapat ini merupakan pendapat jumhur ulama daripada Hanafiyyah, Hanabilah dan Daud (az-Zohiri).
Menurut As-Syaikh Sayyed Sabiq, pendapat ini di dokong oleh hujjah dari amalan sahabat-sahabat besar, seperti Omar bin al-Khattab, Ali bin Abi talib dan lainnya .
Pendapat ini di canggahi oleh As-Syaikh Albani Rahimahullah. Didalam kitabnya yang bertajuk “Solat at-Tarawih” menyatakan bahawa, solat Tarawih yang di tunaikan sebanyak 20 rakaat tidak warid dari amalan Rasulullah SAW . Maka dengan demikian, As-Syaikh Albani tidak memilih untuk menunaikan solat Tarawih sebanyak 20 rakaat.
Dari ulasan ini juga kita dapat lihat, bagaimana dua pendapat “da’I Sunnah” juga bercanggah sesame mereka didalam mencari dalil bagi mengkuat hujjah masing-masing.
Dari pemahaman ini, mana mungkin kita mengatakan Syaikh Sayyed Sabiq tidak sunnah, sedangkan ulasan hujjah beliau bersandarkan kajian Nas yang dii’tiraf oleh Syarak. Begitujuga As-Syaikh Albani, yang beliau juga berhujjah berdasarkan kajian ilmiyyah dari Al-quran dan Sunnah.
DAKWAH SUNNAH DI BAWAH KEPOMPONG PENJAJAH : ANTARA ASRI DAN ANUAR IBRAHIM
Bersambung…….
One_G
abu_abdillah_azzam@yahoo.com
http://laptopdarulfiqh.blogspot.com
Friday, December 29, 2006
Wednesday, December 20, 2006
PERLIS DARUL SUNNAH : “SUNNAH” DI JULANG “WAJIB” DI PIJAK?

Aku ditelefon dan di SMSkan oleh beberapa orang kawan berkenaan dengan kenyataan baru dari mufti darus Sunnah. Kenyataannya adalah berkenaan dengan “skodeng” yang dilakukan oleh pegawai-pegawai pejabat agama terhadap orang yang khalwat.
Aku tidak memberi apa-apa respon dari permintaan dari kawan-kawan terhadap kenyataan itu, bahkan aku mengambil sikap ingin berdiam diri terlebih dahulu dan melihat dahulu maksud sebenar dari kenyataan mufti muda tersebut.
Mendengar kenyataan itu datang Mufti Darul Sunnah, maka lebih baik di rujuk laman web yang merupakan “umat mufti” berkenaan, iaitu al-ahkam.net, ini kerana, banyak kenyataan-kenyataan darinya di sebarkan melalui laman web tersebut.
Membuka laman web berkenaan, terdapat beberapa ulasan dari pihak pengunjung dan memberi pelbagai respon dari kenyataan itu. Ada yang mengambil sikap yang pro dan tidak kurang juga mengambil sikap kontra.
Di dalam laman web itu juga ada tertulis “ulasan mufti perlis berkenaan isu panas” yang pada pandanganku, mungkin itulah jawapan atau ulasan yang dibuat oleh “mufti yang berumur 35 tahun” itu berkenaan isu “skodeng” yang dimaksudkan oleh kawan-kawanku.
Memang itu menjadi tujuanku, aku terus “klik” padanya dan melihat ulasan tersebut. Didalam web itu rupa-rupanya ada kenyaatan lisan yang telah di videokan oleh pengikut-pengikutnya bagi mengulas isu yang telah dibangkitkan.
Amat menarik dengan ulasan tersebut dan secara peribadinya, aku menerima ulasannya secara akademi, yang mengatakan bahawa mengintai orang yang berkhalwat adalah bercanggah dengan syariat disertai dengan hujjah Al-Quran dan Hadis.
Antara hujjah-hujjahnya adalah seperti berikut;
Sabda Nabi SAW;
وَمَنْ سَتَرَ عن أَخِيهِ الْمُسْلِمِ سَتَرَهُ الله في الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ وَاللَّهُ في عَوْنِ الْعَبْدِ ما كان الْعَبْدُ في عَوْنِ أَخِيهِ
Maksudnya;
“Barangsiapa menutup (aib) saudaranya yang muslim, nescaya menutup oleh Allah akan (aib)nya. Allah didalam pertolongan hamba selama mana hamba itu didalam pertolongan saudaranya[1]”
Juga firman Allah;
ولا تجسسوا ولا يغتب بعضكم بعضا
Maksudnya;
“Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah menggunjingkan satu sama lain”
(Surah al-Hujurat : 12)
Mufti tersebut juga mendatangkan pandangan buruk golongan non muslim terhadap Islam setelah berlakunya kesilapan dari pihak jabatan agama di Negara ini yang telah tersilap menangkap orang sudah bersuami isteri didalam sebuah hotel dan berbagai-bagai lagi.
Hentaman dari mufti itu sebenarnya memberi alamat tentang kelemahan yang telah dan sedang berlaku didalam jabatan agama di bawah pimpinan Abdullah Mat Zain.
Pegawai-pegawai di pejabat agama di seluruh Malaysia kini di timpa penyakit “sindrom” bencikan Islam, sehinggakan mereka sanggup mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan Islam, seperti melarang mengadakan tazkirah di bulan Ramadhan, ceramah agama dan sebagainya. Ekoran dari itu, tugas mereka bukan melakukan amar makruf dan nahi mungkar yang berlaku didalam Negara, bahkan tugasan mereka hanyalah sekadar mengharamkan kuliah-kuliah agama dan memantau ceramah-ceramah yang disampaikan oleh para ustaz di seluruh Negara.
Golongan yang memantau ceramah agama ini adalah dibawah biro dakwah Jabatan Agama, maka di biro-biro yang lain banyak mempunyai masa yang terluang, lalu bagi tidak dinampakkan sebagai pekerja yang “makan gaji buta” mereka mengambil sikap untuk menjadi “mat-mat skodeng” di hotel-hotel dan sebagainya.
MAKSIAT YANG ZAHIR DAN TERSOROK
Serbuan untuk tangkapan bagi orang yang melakukan khalwat adalah tidak salah. Adapun mengintai atau “skodeng” adalah amalan yang salah didalam Islam.
Mengapa perlu kita mengambil sikap hendak mencari maksiat yang dilakukan oleh manusia, sedangkan maksiat yang dilakukan secara zahir perlu di atasi.
Mendapat laporan bahawa ada orang yang sedang melakukan maksiat di dalam sesebuah hotel, maka ianya sudah dibawah ketagori wajib bagi membenterasnya. Ini kerana, ianya walaupun dilihat seperti maksiat yang tersembunyi, tetapi ianya sudah dikira sebagai maksiat yang wajib di hindarkan.
Mufti perlis itu ada juga menyebut, perlunya kita mencegah mungkar yang dilakukan secara zahir berbanding kita mencegah mungkar yang dilakukan secara sembunyi.
Sebenarnya, kata-kata keramat itu selayaknya mufti muda itu melihat kepada dirinya sendiri, ini kerana, sebagai orang yang berjawatan mufti, sewajibnya dia berani menyatakan hukum haramnya bersekongkol dengan pemerintahan Taghut, pembaca berita wanita yang membuka aurat, pemimpin no 1 Malaysia memegang aurat wanita, pemimpin beragama Islam menghentam tindakan kerajaan Negeri kelantan yang menyuruh wanita menutup aurat, kilang arak yang berdiri megah di Shah Alam dan berbagai-bagai lagi.
Tetapi amat memelikan, apabila mufti itu sendiri telah bersekongkol dengan pergerakan nasionalis yang bertopengkan Sunnah bagi menimbulkan isu-isu yang tidak berapa penting dari yang lebih penting.
Skodeng tidak akan timbul sekiranya pemerintahan ini dilaksanakan secara Islam.
JADI MUFTI ATAU JADI KERAJAAN?
Didalam kenyataan lisan itu, Mufti muda juga ada menyebut pentingnya mempunyai jawatan didalam melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar.
Dia mendakwa bahawa dia sendiri sudah lama bercakap isu ini, tetapi tidak mendapat apa-apa respon dari mana-mana pihak. Tetapi setelah bergelar mufti, banyak kenyataan-kenyataan dapat di bisingkan didalam masyarakat.
Pada pandangan penulis, Mufti itu adalah seorang yang sudah dikenali sebagai seorang yang sangat tidak bersetuju dengan Gerakan Islam PAS, sehinggakan dia pernah melontarkan pandangannya tanpa berfakta terhadap gerakan Islam itu dengan menulis article yang bertajuk “siasah tanpa prinsip” dan di sebarkan melalui majalah I.
Tetapi dalam masa yang sama, dia boleh bersekongkol dengan kerajaan pimpinan Barisan Nasional untuk menyampaikan usaha dakwah sunnahnya.
Amat memelikkan, macam mana beliau boleh berjuang di medan dakwah sunnah sedangkan dalam masa yang sama, beliau sendiri sudah menafikan amalan yang wajib.
Jika dilihat dari sudut kuasa mufti, hanya boleh menyampaikan hukum yang tidak berbentuk “mulzam[2]” iaitu tidak dapat dilaksanakan pandangannya (walau berasaskan quran dan hadis) melainkan persetujuan dari pihak kerajaan. Ini kerana, kuasa mufti dibawah ketagori “wilayah tanfiz”[3].
Sedangkan lebih baik diusakan menjadi kerajaan, untuk mendapat kuasa “wilayah tafwidh”[4], seperti yang di perjuangkan PAS, ini kerana, kuasa kerajaan adalah boleh menggubal undang-undang untuk dijadikan undang-undang itu mengikut sumber-sumber Islam.
Daripada pemahaman ini, tidak selayaknya mufti muda itu menghentam PAS, ini kerana, dia sebenarnya “pejuang sunnah yang berada dibawah kepompong penjajah”.
Sekian.
One_G
abu_abdillah_azzam@yahoo.com
http://laptopdarulfiqh.blogspot.com
[1] Musnad Ahmad bin Hanbal : 2/514 : hadis no : 10687.
[2] As-Siraj Al Wahhaj fi Al-Qara’ wa Al-Jihad : hlmn 30
[3] Wizarah al-Tanfiz: golongan yang memegang portfolio ini hanyalah mempunyai kuasa untuk melaksanakan segala arahan khalifah dan kerajaan sahaja. Ia tidak memiliki sebarang kuasa pentadbiran yang boleh mentadbir berdasarkan budi bicara sendiri seperti Wazir ini hanya berperanan sebagai perantaraan di antara khalifah dan rakyat yang mewartakan perintah kerajaan kepada rakyat dan menyampaikan pula kehendak rakyat kepada kerajaan. (Al-Ahkam As-Sultaniyyah : 1/30)
[4] Wizarah al-Tafwidh: golongan yang memegang portfolio ini adalah orang yang diberikan kuasa oleh khalifah untuk mentadbir urusan-urusan negara mengikut pandangannya serta melaksanakan sesuatu perkara berpandukan kepada ijtihadnya. (lihat Al-Ahkam As-Sulaniyyah : 1/23)

Saturday, December 16, 2006
HUJJAH KELUAR 3 HARI, 40 HARI DAN 4 BULAN
DALIL KELUAR 3 HARI
Semasa pemerintahan Omar bin Al-Khattab menjadi Khalifah, seorang perempuan berjumpa dengan Omar yang ketika itu bersama dengan Kaab bin Sur.
Tujuan kedatangan perempuan itu kepada Omar adalah untuk membuat aduan tentang suaminya. Dia menyebut aduan tersebut dalam keadaan malu-malu, walaupun begitu, dia tetap berkata;
هو من خَيْرِ أَهْلِ الدُّنْيَا يَقُومُ اللَّيْلَ حتى الصَّبَاحِ وَيَصُومُ النَّهَارَ حتى يُمْسِيَ
Maksudnya;
“Dia (Suamiku) adalah sebaik-baik ahli dunia, dia mendirikan malam (qiamullail) hingga subuh, puasa pada siang hari hingga petang”
Mendengar aduan perempuan itu, Omar berkata;
جَزَاك اللَّهُ خَيْرًا فَقَدْ أَحْسَنْت الثَّنَاءَ
Maksudnya;
“Mudah-mudahan Allah membalas yang lebih baik kepada kamu. Sesungguhnya kemu telah membaikkan kepujian”
Mendengar kata-kata omar itu, perempuan itu dengan sedih berpaling pulang. Lalu Kaab berkata kepada Omar;
يا أَمِيرَ الْمُؤْمِنِينَ لقد أَبْلَغَتْ في الشَّكْوَى إلَيْك
Maksudnya;
“Wahai Amir Al-Mukminin, sesungguhnya kedatangannya (perempuan) itu untuk membuat aduan kepada kamu”
Lalu Omar bertanya;
“apakah aduan yang dia hendak buat”
Berkata Kaab; “berkenaan dengan suaminya”
lalu Omar berkata; “panggil perempuan tadi dan berhukumlah wahai Kaab terhadap perempuan itu”.
Kaab pada mulanya tidak mahu berhukum dengan katanya;
أَقْضِي وَأَنْتَ شَاهِدٌ
Maksudnya;
“Aku berhukum, sedangkan kamu menyaksikannya?”
Berkata Omar;
إنَّك قد فَطِنْت إلَى ما لم أَفْطَنْ له
Maksudnya;
“Sesungguhnya kamu cerdik berkenaan perkara yang aku tidak cerdik”
Mendengar kata-kata itu, Kaab terus berhukum kepada perempuan tersebut dengan membaca firman Allah;
فَانْكِحُوا ما طَابَ لَكُمْ من النِّسَاءِ مَثْنَى وَثُلَاثَ وَرُبَاعَ
Maksudnya;
“maka kawinilah wanita-wanita yang kamu senangi : dua, tiga atau empat”
(Surah an-Nisa’ : 3)
Dan berkata;
صُمْ ثَلَاثَةَ أَيَّامٍ وَأَفْطِرْ عِنْدَهَا يَوْمًا وَقُمْ ثَلَاثَ لَيَالٍ وَبِتْ عِنْدَهَا لَيْلَةً
Maksudnya;
“Puasalah selama tiga hari dan berbukalah (tidak berpuasa) untuknya (isteri) sehari, dirikanlah solat malam selama tiga malam, dan tidurlah disisinya (isteri) satu malam”
Mendengar dari hujjah Kaab bin Sur tadi, Omar berkata;
هذا أَعْجَبُ إلَيَّ من الْأَوَّلِ
Maksudnya;
“ini lebih aku taajjub berbanding yang pertama”
Lalu Omar terus melantik Kaab menjadi Qadhi di Basrah[1].
Dari kisah ini, golongan tabligh menyatakan dalil keluar 3 hari, seakan-akan keluar 3 hari adalah untuk solat malam dan berpuasa dan satu hari adalah untuk bersama Isteri.
DALIL KELUAR 40 HARI
Sabda Nabi SAW;
من صلى لِلَّهِ أَرْبَعِينَ يَوْمًا في جَمَاعَةٍ يُدْرِكُ التَّكْبِيرَةَ الْأُولَى كُتِبَتْ له بَرَاءَتَانِ بَرَاءَةٌ من النَّارِ وَبَرَاءَةٌ من النِّفَاقِ
Maksudnya;
“barangsiapa yang solat kerana Allah selama 40 hari didalam jamaah, dan dia mendapat takbirah al-ula (bersama Imam), di tulis kepadanya dua kelepasan, iaitu kelepasan daripada neraka dan kelepasan daripada nifaq[2]”
Menurut Abu Isa At-Tirmizi, hadis ini diriwayatkan daripada Anas secara mauquf dan aku (Abu Isa) tidak mengetahui seorang pun meriwayatkan hadis ini[3].
Dari hadis ini, golongan tabligh mengatakan dalil atas keluar 40 hari. Ini kerana, apabila berhimpun didalam masjid selama 40 hari, maka tidak tertinggallah 40 takbiratul ihram bersama-sama dengan imam.
DALIL 4 BULAN
Saidina Omar bin Al-Khattab semasa menjadi Khalifah pernah bertanya kepada anak perempuannya yang bernama Hafsah.
Omar berkata;
كم أكثر ما تصبر المرأة عن زوجها
Maksudnya;
“Berapakah waktu yang paling lama untuk perempuan itu boleh sabar daripada suaminya?”
Lalu menjawab Hafsah;
ستة أشهر أو أربعة أشهر
Maksudnya;
“Enam atau empat bulan”
Mendengar jawapan anaknya, Omar tersebut berkata;
لا أحبس أحدا من الجيوش أكثر من ذلك
Maksudnya;
“Aku tidak akan membiarkan seorang pun dari tentera-tentera (Islam) lebih daripada itu[4]”
Dari atsar ini menjadi dalil dikalangan golongan tabligh akan keluar 4 bulan.
JAWAPAN DARI HUJJAH-HUJJAH GOLONGAN TABLIGH
Melihat segala hujjah-hujjah dari golongan tabligh, difahami, bukanlah bermaksud nabi sendiri yang keluar 3 hari, 40 hari atau 4 bulan. Tetapi mereka beristidlal sahaja daripada nas-nas yang tersebut.
Memahami dengan demikian, keluar 3 hari, 40 hari dan 4 bulan, bukanlah sunnah seperti yang didakwa oleh golongan tabligh, ini kerana, Sunnah didefinisikan sebagai;
السنة شرعا هى ما بين به النبى (ص) كتاب الله بالفعل , فهى طريقته المتبعة فى بيان هذا الدين التى جرى عليها أصحابه قولا و فعلا و تقريرا و تركا
Maksudnya;
“Sunnah pada syarak adalah perkara yang Nabi SAW jelaskan berkenaan Kitabullah dengan perbuatan. Ianya merupakan cara yang diikuti pada penjelasan agama ini yang telah mengikutinya oleh para sahabat, samada dengan perkataan, perbuatan, taqrir dan tinggal[5]”
Daripada definisi sunnah ini, fahamilah bahawa keluar 3 hari, 40 hari dan 4 bulan bukanlah sunnah seperti dakwaan golongan tabligh, bahkan ianya sekadar ijtihad yang terhasil dari nas.
Memandangkan keluar 3 hari, 40 hari dan 4 bulan merupakan ijtihad dari nas, maka tidak boleh sekali-kali mengatakan bahawa ianya adalah sunnah, ini kerana, sabda Nabi SAW;
من كذب علي متعمد فليتبوأ مقعده من النار
Maksudnya;
“Barangsiapa melakukan penipuan atasku dengan sengaja, maka dia telah menempah tempat didalam neraka[6]”
PENUTUP
Tulisan ini bukan bermaksud hendak menghalang orang-orang tabligh keluar 3 hari, 40 hari dan 4 bulan. Tetapi ianya sebagai nasihat kepada golongan tabligh bahawa keluarnya itu mesti beri’tiqadkan sekadar untuk mentarbiyyah diri bagi menjadi orang yang melazimi dengan solat Jemaah, bukannya keluar itu merupakan perbuatan Nabi SAW.
Sekian
One_G
abu_abdillah_azzam@yahoo.com
http://laptopdarulfiqh.blogspot.com
[1] Kisah ini boleh dibaca di dalam kitab “At-Turuq Al-Hukmiyyah” :1/35 dan juga kitab “As-Siraj Al-Wahhaj fi Qada’ wa Al-Jihad : hlmn 80-81.
[2] Sunan At-Tirmizi : 2/7. hadis no : 241.
[3] Sunan At-Tirmizi : 2/7
[4] Tafsir Ibni Kathir : 1/269.
[5] As-Sunan Wa Al-Mubtadi’at Al-Mutaaliqah bi Al-Azkar wa As-salat : hlmn 10.
[6] At-Taisir Bi Syarh Al-Jami’ As-Saghir : 2/441.

Thursday, December 14, 2006
MENGAPA AKU MENINGGALKAN JEMAAH TABLIGH???

Aku berkelahiran dari negeri che Siti Wan Kembang. Walaupun begitu, aku dibesarkan di negeri Selangor Darul UMNO.
Kehidupanku semasa kecil banyak dihabiskan masanya di Selangor berbanding Kelantan. Ini disebabkan ibu bapaku merupakan orang yang telah lama menetap di Selangor.
Kehidupan di Negeri Kelantan bermula setelah aku berumur 13 tahun, dimana ketika itu aku menuntut ilmu agama di salah sebuah pusat pengajian Islam di sana.
Aku mengenali Jemaah Tabligh dari seorang kawan yang sama-sama belajar denganku. Dia telah mengajakku untuk keluar selama 3 hari di sebuah masjid di daerah Pasir Mas. Aku mula mempelajari kehidupan sebagai seorang pendakwah bercarakan Jemaah Tabligh.
Aku tidak mengerti, mengapa aku bersama-sama dengan jemaah tersebut. Aku memandangnya sebagai satu jemaah yang baik, kerana pada pandanganku ketika itu, Jemaah Tabligh merupakan satu-satunya jemaah yang betul-betul mengamalkan sunnah, disamping di “sumbat” di pemikiranku bahawa keluar 3 hari, 40 hari dan 4 bulan ke masjid-masjid merupakan amalan Nabi SAW dan para sahabat.
Aku aktif dengan gerakan Jemaah tabligh ini, sehinggakan aku belajar di Pondok Lubuh Tapah Pasir Mas. Aku masih ingat, seorang “karkon besar” dari Dusun Raja, iaitu markaz besar tabligh di kelantan telah datang berjumpa dengan Tuan Guruku, iaitu Tuan Guru Haji Abdullah bin Abdur Rahman, atau dikenali sebagai Tok Guru Haji Lah Lubuh Tapah, untuk keluar selama 3 hari bagi berusaha kearah kesempurnaan Iman.
Amat mengejutkanku, respon dari Tuan Guru terhadap ajakkan itu amat buruk sehinggakan tuan guru telah mengambil sikap menghentam “karkon” tersebut.
Pada mulanya, aku agak tidak boleh menerima cara pendekatan tuan guruku itu, tetapi selepas dari itu, aku menerima alasan yang dikemukakan oleh Tuan Guru dengan hujjah firman Allah;
وأنذر عشيرتك الأقربين
Maksudnya;
“Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat”
(Surah As-Syuara’ : 214)
Mendengar hujjah dari tuan Guru, aku beranggapan itu adalah pandangan tuan Guru yang patut di hormati.
MARHALAH BAKISTANIYYAH
Aku tetap belajar di Pondok Lubuk Tapah, di situ aku mula mengenali PAS lebih dalam, ini kerana, Tuan Guru Haji Abdullah merupakan salah seorang bahan rujukan Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang dihormati, yang selalu datang ke Pondok menziarahi tuan Guru dan berbincang tentang beberapa perkara yang berkaitan dengan pemerintahan negeri berlandaskan Agama.
Tuan Guru Haji Abdullah merupakan seorang Tuan Guru yang tidak lokek untuk menceritakan pengalamannya kepada anak-anak muridnya sehinggakan kami dapat belajar dari pengalaman beliau untuk menjadi bekal kami di kala pulang menyampaikan dakwah kepada masyarakat akan datang.
Antara pengalamannya yang diceritakan kepada kami adalah berkenaan persahabatan beliau dengan tuan Guru Nik Abdul Aziz yang merupakan menteri Besar Kelantan.
Aku mula berminat dengan Karisma kepimpinan tuan Guru Nik Abdul Aziz, yang didapati merupakan seorang Tuan Guru yang mendapat pendidikan Agamanya dari Negara India, Pakistan dan Mesir.
Disebabkan aku merupakan seorang “karkon”, aku mempunyai kawan-kawan rapat yang belajar di Pakistan. Daripada situ, aku mula bertanya kepada mereka tentang pengajian disana.
Sehinggakan aku berjumpa dengan seorang kawan yang memperkenalkanku dengan seorang pelajar yang masih belajar di Pakistan.
Aku pun menanam azam yang tinggi untuk belajar di sana dan akhirnya aku berjaya ke Pakistan dan menyambung pengajianku di Pakistan.
Aku bernasib baik, kerana aku ke Pakistan melalui persatuan Pelajar Islam di sana yang kepimpinannya terdiri dari orang yang berfikrah PAS, bukan ABIM, bukan Salafi dan bukan UMNO (laktanullah Alaih).
Kefahamanku tentang perjuangan Islam berwadahkan PAS semakin menjadi sebati didalam memahami perjuangan Islam ini, khususnya di Malaysia.
Walaupun begitu, aku tetap seorang karkon, yang masih beristiqamah dengan konsep dakwah Tablighiyyah ini. Aku sentiasa mengunjungi sebuah Universiti di Karachi yang bernama Jamiah Binuri Town yang disitu merupakan sebuah Universiti Islam yang kebanyakan pelajar Malaysia bermazhab tabligh ini belajar di situ.
Aku dijumpai seorang kawan dari Jemaah Tabligh, yang merupakan kawan lamaku semenjak di Malaysia lagi. Dia telah mengajakku meninggalkan perjuangan Islam berkonsepkan kepartian, ini kerana, kedatangan kita ke Pakistan, bukanlah untuk berpolitik, tetapi untuk belajar.
Aku menerima pandangan itu sebagai pandangan semata-mata, tetapi aku tetap tidak “beriman” dengan pandangan itu, kerana, walaupun masih belajar, tetapi memahami dakwah kepartian merupakan sesuatu kepentingan didalam gerakan Islam. Walaupun tabligh sudah lama bergiat menyampaikan Islam, tetapi tabligh belum mampu melaksanakan undang-undang Islam didalam system pemerintahan, ini menyalahi PAS, kerana, kejayaannya terbukti dengan memperkenalkan rang undang-undang Hudud kepada masyarakat, tutup kedai arak, judi dan sebagainya.
AKU MULA MEMBENCI TABLIGH
Didalam jangka lebih kurang 3 bulan selepas itu, aku telah menziarahi Jamiah Binuri Town buat kali keduanya. Kali ini, baru tembelang Jemaah Tabligh Malaysia di Pakistan terbongkar, ini kerana, aku dapati, boleh dikatakan 90 peratus dari mereka merupakan ahli Kelab UMNO Pakistan.
Kebencian makin memuncak, apabila didapati, kawan yang mendakwa kedatangan kita ke Pakistan bukan untuk berpolitik, tetapi untuk belajar, merupakan seorang ketua Kelab UMNO Pakistan.
Aku mula membenci Tabligh disebabkan dengan cirri-ciri kemunafikan dan kesyaitanan yang ada pada pejuang-pejuang Tabligh itu.
Kebencian itu menyebabkan aku mufaraqah dari jemaah tersebut dan aku sudah menjadi seorang yang “jamaat tabligh ko, bohot nafrat hota hai”, atau “orang yang sangat membenci jemaah tabligh”.
Di Pakistan, orang mula mengenaliku sebagai pengkritik keras kepada jemaah tabligh. Aku tidak kesah semua penganalan itu, yang penting, padaku jemaah tabligh ada sebuah jemaah yang sesat.
Dikala aku dikenali sebagai pengkritik jemaah tabligh yang kuat, Tok Guruku, iaitu Mufti As-Syaikh Salimullah Khan, iaitu ketua wefaq deobandi Pakistan didalam siri kuliahnya mengajar Bukhari, yang ketika itu aku sedang berada didalam kelas pengajian tersebut, telah menyatakan bahawa Jemaah tabligh adalah jemaah yang sesat, menyebabkan kritikanku kepada Jemaah tabligh itu semakin kuat.
Alasan yang diberikan oleh Syaikh adalah kerana, beliau pernah mendengar dari ucapan Bhai Wahab, iaitu ketua Tabligh sedunia pernah mengatakan bahawa Islam bangkit dengan tidak menggunakan Jihad.
Yang dikala itu, beliau sedang mengulas berkenaan hadis didalam bukhari yang membincangkan tentang Jihad fi sabilillah.
AKU BERDEBAT DENGAN TABLIGH MELAYU YANG BERKAHWIN DENGAN ANAK ORANG TABLIGH DARI AFGANISTAN
Setelah aku selesai menghabiskan pengajian tafsirku di “Bumi Debu” itu, aku pulang dengan membawa segulung sanad pengajian tafsir dari Guru tafsirku, iaitu Syaikh Zarwali Khan, hingga kepada Rasulullah SAW.
Aku berbangga, kerana pengajian tafsirku, bukanlah pengajian dari pembacaan dari kitab-kitab semata-mata, tetapi mempunyai hubungan kuat melalui sanad-sanad yang bersambung kepada Rasulullah SAW.
Semasa aku berada di Malaysia, aku mula dikenali sebagai pendakwah Bebas, sehinggakan aku mengajar disalah sebuah surau di kawasan lembah Klang, yang dikala itu, aku telah mengkritik amalan-amalan Jemaah tabligh.
Kritikan itu didengari oleh seorang karkon yang mendakwa bahawa kekuatan karkonya sehinggakan dia berkahwin dengan seorang perempuan berbangsa Afghanistan yang ayahnya merupakan “bara karkon tha” (seorang karkon besar).
Dia mempersoalkan hujah-hujahku sehingga berlaku perdebatan kecil diantaraku dan dia.
Kami berdebat tentang dakwaan sunnah atas amalan keluar fi sabilillah selama 3 hari, 40 hari dan 4 bulan itu.
Aku menyatakan, bahawa semua amalan itu bukan sunnah, bahkan ianya dibawah ketagori Ijtihad.
Sesuatu amalan ijtihad tidak boleh dikatakan sunnah, ini kerana, Rasulullah SAW bersabda;
من كذب علي متعمد فليتبوأ مقعده من النار
Maksudnya;
“Barangsiapa melakukan penipuan atasku dengan sengaja, maka dia telah menempah tempat didalam neraka[1]”
APAKAH DALIL KELUAR 3 HARI, 40 HARI DAN 4 BULAN YANG DI HUJJAHKAN OLEH TABLIGH?
Bersambung……………..
[1] At-Taisir Bi Syarh Al-Jami’ As-Saghir : 2/441.

Sunday, December 10, 2006
APABILA TANDA KIAMAT SUDAH HAMPIR!!!
اللهم اغفر له و ارحمه و عافه و اعف عنه
Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan kematian seorang ulama dari India yang bernama As-Syaikh Safiurrahman Al-Mubarakfuri, iaitu pengarang kitab Ar-Rahiq Al-Makhtum, meninggal dunia, dan pada hari Sabtu 9 Disember 2006 Dunia Islam menangisi seorang tokoh ulama Mesir terkemuka, Syeikh Atiyyah Saqr yang telah kembali ke rahmatullah dalam usia 92 tahun.
Al-Syeikh Atiyyah Saqr telah meninggalkan pelbagai kesan positif kepada dunia Islam khususnya dalam bidang ilmu dan fatwa. Beliau yang merupakan seorang tokoh yang begitu mahir di dalam bidang feqh ini adalah merupakan seorang ulama yang cukup bersederhana dalam ucapan, pandangan dan kehidupan hariannya telah menyebabkan orang ramai cukup menyenanginya.
Tuesday, December 05, 2006
MERTUAKU DAN MAD’UKU!!!
MERTUAKU DAN MAD’UKU!!!
Mertua diumpamakan ibu bapa sendiri, walaupun dilihat sebagai ibu bapa kepada isteri.
Walaupun mertua itu dilihat sebagai ibu bapa isteri, tetapi didalam Islam menghormatinya merupakan sesuatu yang wajib ditunaikan.
Manusia itu berbagai gaya kehidupannya. Ada manusia itu menjadi menantu kepada mertua yang menyayanginya. Ada manusia menjadi menantu yang dibenci oleh mertua sendiri. Dan ada menantu dibenci oleh mertua di saat awal perkahwinan, tetapi disayangi setelah mengenali kehebatan si menantu. Dan ada menantu, di sayangi pada awal perkahwinan, tetapi di benci di saat akhirnya.
Melihat dengan keadaan tersebut, penilaian yang dapat dibuat kesimpulan adalah, setiap manusia mempunyai ujian masing-masing, dan ujian tersebut didatangkan oleh Allah berdasarkan kadar kekuatan iman masing-masing.
Segala ujian, haruslah diharungi. Tanpa mengharungi, penambahan iman yang ditawarkan oleh Allah, telah dirugikan oleh diri kita sendiri.
MERTUA DAN MAD’U
Jarang orang membincangkan tentang mertua yang menyayangi menantunya. Ini kerana, jika ia diperbincangkan, kesimpulan yang dapat agak tidak releven.
Tetapi jika perbincangan itu berkaitan mertua yang membenci menantu. Kemungkinan natijah yang dapat diambil, samada, mertua itu akan terus membenci menantu itu, atau menyayanginya setelah dia mengetahui akhlak menantunya.
Pada pandanganku, memaut hati mertua dari seorang menantu yang baik, umpama seorang pendakwah Islam yang mempunyai akhlak yang mulia, mengajak orang yang membenci Islam kepada Islam.
Mengajak manusia supaya menerima Islam, bukanlah sesuatu yang senang, kerana, Nabi SAW sendiri didalam dakwahnya, agak kecundang dalam mengajak bapa saudaranya sendiri kepada Islam.
Walaupun bapa saudara baginda sendiri tidak beriman, tetapi baginda tetap dengan usaha dakwah, walaupun natijahnya pada peringkat awal agak tidak memuaskan.
Walaubagaimanapun, usaha dakwah itu, dilakukan juga oleh nabi SAW dan akhirnya, walaupun seorang yang sangat disayangi nabi tidak beriman, tetapi berjuta-juta manusia telah mengenali Islam dan beriman dengan penuh jiwa raga mereka.
Inilah jiwa seorang nabi, yang jiwa dan semangat itu perlu menjadi iktibar setiap pejuang-pejuang Islam, begitujuga sebagai menantu yang dibenci oleh mertuanya sendiri.
Konsep tahaluf siasi juga perlu digunakan, bagi menjayakan perhubungan mengikut Islam…
Mana ada manusia benci dengan sesuatu yang baik. Kalau mereka benci pun, benci itu bukan datang dari sanubari mereka, tetapi ego yang masih menebal didalam diri mereka.
Islam adalah agama yang baik dan indah. Ekoran dari itu, keegoan yang ada pada diri Abdullah bin Salam, yang asalnya merupakan seorang yahudi pakar dalam kitab taurat memeluk Islam ekoran keterpaksaan dia mengakui keindahan dan kebenaran Islam…
Mungkin dipermulaan dia agak susah menerima keindahan Islam, tetapi yaqinlah, dia akan menerima juga keindahan Islam dan akhirnya dia akan bersama dengan Islam…..
Begitulah gambaran yang perlu dibandingkan dengan mertua yang membenci menantunya yang sedang berjuang islam..
Sekian……
p/s : article ini khusus kepada pejuang-pejuang Islam yang mahu berkahwin….

UMNO DAN SEKULAR
UMNO DAN SEKULAR
Di dalam keterangan lepas, telah menjelaskan sejarah kelahiran UMNO. Secara ringkasnya, Umno adalah sebuah Parti Politik Kebangsaan Melayu yang telah di tubuhkan pada 11 Mei 1946 yang di tubuhkan di Johor Bahru.
Kelahirannya bermula adalah hasil dari penyatuan dari beberapa buah pertubuhan Melayu di Semenanjung tanah Melayu. Orang yang bertanggungjawab atas usaha penyatuan tersebut adalah Dato’ Onn bin Jaafar yang juga telah dilantik menjadi Presiden UMNO ketika itu.
Berdasarkan kepada nama UMNO itu sendiri adalah “United Malays Nasional Organisation” yang bahasa melayunya adalah “persatuan Kebangsaan Melayu Bersatu” atau lebih dikenali dengan PEKEMBAR.
Berdasarkan kepada namanya pun sudah memadai untuk kita mengenali bahawa UMNO adalah sebuah Parti Melayu yang berasaskan Kebangsaan, bukan parti Melayu yang menjadikan Islam sebagai asas.
Perjuangan Kebangsaan Melayu adalah perjuangan yang bercanggah dengan Islam. Ini kerana, Kebangsaan adalah sesuatu fahaman yang menekankan kepada aspek bangsa semata-mata.
Hal ini berbeza dengan islam, ini kerana, Islam tidak menekankan kepada aspek bangsa. Bahkan Islam menekankan aspek ketaqwaan kepada Allah.
Firman Allah;
Maksudnya;
“sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu disis Allah adalah orang yang paling taqwa dikalangan kamu”
(surah al-Hujurat : 13)
Orang yang bertaqwa tidak ditentukan kepada bangsa melayu sahaja, bahkan ketaqwaan itu boleh didapati dari kalangan orang bukan melayu, samada cina, India, arab atau sebagainya.
Hal ini menyalahi dengan semangat kebangsaan yang bercanggah dengan Islam.
Orang cina, India, Arab dan sebagainya tidak mungkin boleh masuk melayu. Ini membezakan Islam, ini kerana, India, cina, arab dan sebagainya berkemungkinan masuk Islam.
Banyak perkara-perkara yang bercanggah antara bangsa Melayu dengan Islam. Antaranya adalah seperti semangat adat pepatih yang masih subur di Negeri Sembilan yang tidak memberikan hak faraidh kepada anak lelaki. Hal ini bercanggah dengan Islam yang memberi hak kepada anak lelaki berbanding anak perempuan dalam faraidh.
Di antara semangat kebangsaan ialah, tidak ada perbicaraan pahala dan dosa, ini kerana, kebangsaan adalah aliran pemerintahan yang diasaskan kepada Negara bangsa yang mahu melahirkan kesejahteraan kepada rakyat berasaskan kepada nilai-nilai murni setempat berpandukan lojik akal yang anjal[1] dan pragmatik[2] demi mencari cemerlang, gemilang dan terbilang. Kerajaan yang di tegakkan atas fahaman kebangsaan tetap bersifat sekular walaupun dimana sahaja ia berada.
Hal ini terbukti dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, merupakan salah seorang menteri dalam kerajaan Islam Hadhari yang mengatakan bahawa tiada soal dosa dan pahala dalam urusan politik, dengan katanya pada sidang akhbar selepas melawat peti undi Kubang Gatal, Pasir Mas dalam pilihanraya kecil di Pengkalan Pasir;
``Tidak ada mana-mana fatwa pun yang menyatakan bahawa undi Pas dapat pahala, undi Barisan Nasional (BN) dapat dosa ataupun undi Pas masuk syurga, undi BN masuk neraka.
``Ini semua adalah mainan politik karut marut yang sebenarnya tak masuk akal dan saya percaya pengundi Pengkalan Pasir tidak akan termakan dengan hujah-hujah seperti ini,''[3]
Sekiranya unsur-unsur agama ada dalam kebangsaan, itu hanyalah secara kebetulan atau penyamaan atau pinjaman yang dilakukan dari Islam yang syumul.
Fahaman kebangsaan adalah fahaman yang mencampur adukkan antara kebatilan dengan kebenaran, sedangkan perbuatan tersebut sangat-sangat dilarang dalam Islam.
Firman Allah;
Maksudnya;
“Dan Janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan hak itu sedang kamu mengetahuinya” (surah al-Baqarah : 42)
Islam adalah sesuatu agama yang syumul, ianya tidak dibentuk oleh apa-apa fahaman. Ianya adalah agama yang diturunkan oleh Allah melalui wahyu.
Dengan sebab itu, Islam adalah Islam, tiada di sana Islam hadhari, Islam Liberal, Islam badawi dan sebagainya.
Melihat kepada penjelasan makna “kebangsaan” itu jelas menunjukan ianya merupakan sesuatu yang sama dengan sekular yang asalnya diperjuangkan oleh golongan barat dan diteruskan “anak-anak” dan “cucu-cucu barat” yang berada di kebanyakan Negara-negara umat islam, iaitu mengatakan “politik suku dan agama suku”
[1] Anjal : mudah berubah menjadi bertambah atau berkurangan mengikut perubahan : “kamus Dewan” edisi ketiga: m/s 51
[2] Pragmatik : mempunyai sifat atau pendirian yang lebih mementingkan (mengutamakan) kesan-kesan sebenar sesuatu daripada cirri-ciri teori, bersifat praktikal, banyak memperhitungkan keadaan dan akibat yang sebenarnya terdapat atau akan timbul : “kamus Dewan” edisi ketiga:m/s1054.
[3] Lihat “Utusan Malaysia” : 3 disember 2005.

Monday, December 04, 2006
AH LONG SEMAKIN GANAS, KERAJAAN BN SEMAKIN BODOH

Mingguan Malaysia hari Ahad, bertarikh 3 disember 2006, bersamaan 12 Zulkaedah 1427, di muka depannya bertajuk, “Ada Mangsa diperas ugut sehingga terpaksa bunuh diri, keluarga. Ah long Semakin ganas”
Didalam berita tersebut mendedahkan beberapa kegiatan ah long atau dinamakan juga sebagai ceti haram atau berlesen yang mengugut beberapa individu-individu rakyat di Negara ini sehinggakan ada dari kalangan rakyat ini terpaksa membunuh diri akibat tekanan tersebut.
Di muka surat 4, akhbar tersebut juga mendedahkan tentang tindakan dua bapa dan ibu yang berbangsa cina, telah memaksa anak meminum Clorox ekoran tidak berkemampuan menanggung lagi anak itu disebabkan tekanan hutang daripada ah long.
Apa yang memelikkan, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Christopher Wan Soo Kee telah memberi nasihat didalam akhbar tersebut supaya orang ramai berhenti meminjam wang daripada ceti haram atau ah long supaya kegiatan itu akan berhenti dengan sendirinya”.
KERAJAAN BN YANG SEMAKIN BODOH DENGAN ISU AH LONG
Membaca berita demikian, teringat kepada beberapa kisah yang berlaku didepan aku sendiri. Aku sebagai seorang pendakwah bebas, telah berjumpa dengan berbagai-bagai manusia yang telah terlibat dengan ah long.
Setelah mendengar alasan, macam mana mereka boleh terlibat dengan Ah Long, kebanyakan menyatakan bahawa mereka di kala itu terdesak untuk mendapatkan wang, dan ketika itu mereka mengambil pinjaman tersebut dengan harapan mereka mempunyai wang di masa akan datang.
Ada juga dari kalangan peminjam-peminjam itu terlibat ekoran dari kehendak mereka yang hendak menjalan sesuatu perusahaan perniagaan atau kontrek atau sebagainya, yang memerlukan modal, lalu disebabkan birokrasi dari pihak bank, atau kerajaan, menyebabkan mereka terlibat dengan ah long yang mengakibatkan mereka bertambah tidak mampu dalam menjalankan peruasahaan mereka.
Aku pernah menulis article berkenaan gerakan ah long yang melibatkan gerakan kristian di dalam blog ini, setelah dari itu, aku di e-mailkan oleh seorang kawan yang menyatakan bahawa, ah long atau ceti haram ini sebenarnya sudah lama bergerak di Negara ini. Ianya bergerak semenjak kemerdekaan lagi.
Dan dalam dakwaan itu juga, gerakan ah long atau ceti haram ini adalah dibawah kawalan seorang menteri yang berbansa cina dan beliau merupakan seorang yang menjadi “master main” dalam gerakan ah long di Negara ini.
Apa yang memelikkan, kenapa pihak kerajaan hanya menyuruh pihak polis mengambil tindakan terhadap ah long-ah long yang melampau sehinggakan mengugut peminjam, tetapi pihak kerajaan tidak mengambil apa-apa tindakan dengan mengharamkan kegiatan ah long-ah long itu?
Apakah pihak kerajaan Islam Hadhari sudah tidak mengerti hokum riba yang diharamkan oleh Islam?
Apakah pihak kerajaan Pak Lah Badwi tidak membaca sirah, bagaimana Rasulullah SAW telah mengharam kegiatan riba di Negara Madinah di permulaan penguasaan baginda SAW di Madinah, sehinggakan kegiatan ah long itu pupus?
Kalau benarlah kenyataan e-mail yang aku dapat, yang menyatakan bahawa ada seorang menteri yang berbangsa cina itu menjadi “master main” dalam gerakan ah long ini, mengapa pihak kerajaan tidak menggugurkan jawatan menteri tersebut dan dikenakan tindakan undang-undang terhadap beliau?
PELIK DENGAN KERAJAAN
Ini adalah kepelikkan yang telah berlaku kepada kerajaan Negara ini. Mereka mempunyai kuasa untuk mengharamkan kegiatan ini, tetapi dalam masa yang sama, mereka tidak mengharamkannya.
Sedangkan menjadi kerajaan, antara tugasnya adalah menjaga kemaslahatan rakyat dengan mewujudkan undang-undang bagi mengatasi kerosakan kepada rakyat.
dari ini, UMNO dan BN adalah parti yang tidak layak menjadi kerajaan, ini kerana, terbukti 50 tahun sudah menjadi kerajaan, kerajaan masih tidak mampu mengharamkan kegiatan ah long yang berleluasa di Negara ini.
ISLAM MENGHARAMKAN RIBA
Jika dibahas dari segi kerajaan UMNO untuk mengharamkan Ah Long, mungkin sesuatu yang agak mustahil, ini kerana, Kerajaan UMNO itu bukanlah sebuah kerajaan yang memikirkan maslahat rakyat, tetapi mereka lebih memikirkan maslahat poket-poket mereka.
Walaupun begitu, kita tetap melihat dari sudut Islam. Islam telah mengharamkan riba. Pengharaman riba itu, bukan sekadar batuk ditangga sahaja, bahkan pengharamannya diwajibkan dijadikan undang-undang.
Firman Allah;
الذين يأكلون الربا لا يقومون إلا كما يقوم الذي يتخبطه الشيطان من المس ذلك بأنهم قالوا إنما البيع مثل الربا وأحل الله البيع وحرم الربا
Maksudnya;
“Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila. Keadaan mereka yang demikian itu, adalah disebabkan mereka berkata (berpendapat), sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba, padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba”
(Surah Al-Baqarah : 275)
Ayat ini secara jelas atas pengharaman riba. Riba yang diharamkan bukan sekadar kepada pengambil, malah diharamkan juga kepada pemberi riba.
Pengharaman ini bertujuan adalah untuk menjaga kemaslahatan manusia. Ini kerana, didalam zaman Jahiliyyah, kita dapat mengetahui bagaimana seorang bapa riba atau bapa ah long jahiliyyah yang bernama Abu Lahab telah menguasai manusia, sehinggakan didalam peperangan badar, Abu Lahab tidak dapat pergi berperang, telah mengarahkan seorang mangsa ah longnya yang bernama ‘As bin Hisyam bin Mughirah sebagai gantinya[1].
Ini dapat dilihat, bagaimana penguasaan manusia antara manusia dengan menggunakan kaedah ah long berlaku dizaman Jahiliyyah.
Akhirnya, setelah kedatang Islam, Islam telah mengharamkan segala amalan riba atau ah long ini, menyebabkan manusia berada dalam keadaan aman dan sejahtera.
PENUTUP
Kalau perkara remeh sebegini pun, Kerajaan Barisan Nasional tidak dapat atasi, inikan pula untuk mengatasi perkara yang besar.
Dengan ini, kerajaan barisan Nasional yang diketuai UMNO yang jahat itu tidak layak dijadikan sebagai kerajaan di tahun akan datang.
Oleh yang demikian, marilah kita bersama-sama menyokong dan mendokong perjuangan Islam, sehinggakan lahirnya pemerintahan Islam di Negara ini.
Hidup Islam…hidup Islam……..hidup Islam
Hancur UMNO dan BN…hancur UMNO dan BN…hancur UMNO dan BN
Sekian
One_G
abu_abdillah_azzam@yahoo.com
http://laptopdarulfiqh.blogspot.com
[1] Fiqh Al-harakah dari sirah nabawiyyah : 2/62.

Saturday, December 02, 2006
PAKATAN POLITIK MENURUT MANHAJ NABAWI DAN SALAF SOLEH
التحالف السياسي على منهج النبوى و السلف الصالح

Tahaluf “تحالف” berasal dari kalimah half “حلف” (berbaris kasrah) yang bermaksud al-‘ahd “العهد”[1] atau “perjanjian / kasih sayang / kesejahteraan / aman”[2].
Adapun tahaluf “تحالف” membawa maksud “bersumpah setia untuk saling membantu[3]”
Menurut buku “Daurah Tadribiyyah PAS[4]” tahaluf ialah “perjanjian persefahaman bagi bekerjasama dan Bantu membantu untuk menghadapi lawan”.
Melihat kepada hadis-hadis dan sirah, kita dapati, pakatan ini telah di setujui oleh Rasulullah SAW dan kadangkala ianya dilakukan oleh Baginda SAW sendiri.
Antara bukti atas alasan yang menjelaskan keadaan tersebut adalah;
KISAH ANAS BIN MALIK
a. Daripada ‘Asim bin Sulaiman, berkata ia;
قلت لأنس أبلغك أن النبي (ص) قال لا حلف في الإسلام قال قد حالف النبي (ص) بين قريش والأنصار في داري
Maksudnya;
“Aku berkata kepada Anas; ‘Aku sampaikan kepada kamu, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda, tiada pakatan didalam Islam. Lalu berkata ia (Anas), sesungguhnya Rasulullah SAW telah melakukan pakatan diantara Qurash dan Ansar di rumahku[5]”
Ibnu Hajar mengulas hadis ini didalam kitabnya yang bertajuk “Fath Al-bari” bahawa ucapan anas didalam hadis ini terkandung menginkari kenafian pakatan di dalam Islam, bahkan ianya menisbatkan lagi atas kewujudan pakatan itu. Daripada hadis ini, memungkinkan kepada kita menghimpunkan maksud kedua-duanya dengan bahawa, maksud لا حلف فى الإسلام ialah larangan pakatan berlaku di dalam jahiliyyah, ini kerana, orang-orang jahiliyyah ketika itu terlalu zalim, dan apabila dilakukan pakatan, seakan mengandungi maksud, islam juga akan berpakat dalam melakukan kezaliman.
Adapun maksud kata Anas قد حالف النبى (ص) بين قريش و الأنصار , memberi maksud kebenaran selepas dari jahiliyyah, kerana ianya mengandungi maksud memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi, melaksanakan ajaran agama dan yang seumpama dengannya[6].
Didalam kitab “‘Umdah Al-Qari” menyebut, maksud pada penafian pakatan didalam hadis yang pertama memberi maksud, larangan atas melakukan pakatan jahiliyyah. Adapun mengisbatkan pakatan didalam hadis anas pula adalah mengandungi maksud persaudaraan dalam melakukan ketaatan kepada Allah[7].
HALF AL-FUDHUL
b. Daripada Talhah bin Abdillah bin Auf;
أن رسول الله (ص) قال لقد شهدت في دار عبد الله بن جدعان حلفا ما أحب أن لي به حمر النعم ولو ادعى به في الإسلام لاجبت
Maksudnya;
“Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda, Sesungguhnya Aku telah menyaksikan di rumah Abdullah bin Jad’an akan satu pakatan yang aku amat suka kepadanya seperti sayang kepada unta merah (barang yang sangat berharga), kalau aku diajak kepadanya dizaman Islam, nescaya aku menyahutinya[8]”
Berkata Al-Qutaibi : seperti yang disampaikan kepadaku, bahawa sebab berlakunya pakatan itu adalah, Quraish telah melakukan kezaliman di tanah haram, lalu Abdullah bin Jad’an dan Zubair bin Abdul Muttalib mengajak mereka kepada pakatan atas melakukan pertolongan dan mengambil orang yang dizalimi dari tangan orang zalim. Ajakan itu telah disahut oleh Bani Hasyim dan setengah kabilah daripada Qurash[9].
Menurut Ibnu Ishaq bin Yasar, setengah kabilah Quraish itu adalah, Bani Hashim bin Abdul Manaf, Bani Al-Muttalib bin Abdul Manaf, Bani Asad bin Abdul ‘Uzza bin Qusai, Bani Zuhrah bin Kilab dan Bani Taim bin Murrah.
Mereka melakukan pakatan itu di rumah Abdullah bin Jad’an, dan mereka menamakan pakatan itu dengan Half Al-Fudhul “حلف الفضول”[10].
PENJAGAAN ABU TALIB TERHADAP DIRI RASULULLAH SAW
Didalam sirah, masyhur mengatakan semasa dakwah Rasulullah SAW di Makkah, ramai dari kalangan quraish yang memusuhi Baginda SAW.
Golongan yang memusuhi Rasulullah SAW dari kalangan Quraish bukanlah dari orang lain, bahkan ianya adalah dari bapa-bapa Saudara Baginda SAW sendiri, seperti Abu Lahab[11].
Permusuhan Abu Lahab kepada Rasulullah SAW dibuktikan lagi dengan kisah dakwah secara terus terang yang dilakukan oleh Baginda SAW.
Dikala Rasulullah SAW di bukit Safa, setelah Baginda menyeru masyarakat Makkah supaya berhimpun seraya berkata;
يا بني عبد المطلب لو أخبرتكم أن بسفح هذا الجبل خيلاً أكنتم مصدقي
Maksudnya;
“Wahai Bani Abdil Muttalib, sekiranya aku khabarkan kepada kamu bahawa dibelakang bukit ini ada pasukan berkuda, adakah kamu membenarkanku?
Mereka menjawab, “Ya, kami tidak pernah mengalami dari kamu melainkan yang benar. Lalu Rasulullah SAW pun meneruskan ucapannya lagi;
إني نذير لكم بين يدي عذاب شديد
Maksudnya;
“Sesungguhnya Aku adalah pemberi amaran kepada kamu, bahawa dihadapanku ada azab yang pedih”
Lalu berkata Abu Lahab;
تبا لك إنما جمعتنا لهذا
Maksudnya;
“Binasalah untuk kamu, untuk tujuan inikah kamu himpun kami?”
Lalu turun firman Allah;
تبت يدا أبي لهب وتب # ما أغنى عنه مالك وما كسب # سيصلى نارا ذات لهب # وامرأته حمالة الحطب # في جيدها حبل من مسد
Maksudnya;
“Binasalah kedua tangan Abu Lahab dan sesungguhnya dia akan binasa # Tidaklah berfaedah kepadanya harta bendanya dan apa yang ia usahakan # Kelak dia akan masuk ke dalam api yang bergejolak # Dan (begitu pula) istrinya, pembawa kayu baker # Yang di lehernya ada tali dari sabut”
(Surah al-Lahab : 1-5)[12]
Walaupun permusuhan sebegini hebat dilakukan Abu Lahab terhadap baginda, tetapi ada dari kalangan mereka yang masih lagi menjaga Rasullah SAW, walaupun mereka tetap dengan kekufuran.
Yang dimaksudkan dengan antara bapa-bapa saudara Rasulullah SAW yang menjaga Rasulullah SAW dalam keadaan masih tetap dengan kekufuran adalah Abu Talib.
Abu Talib pernah didatangi oleh orang-orang Quraish dengan membawa ancaman yang keras terhadap beliau. Mereka menyatakan;
“Wahai Abu Talib, sesungguhnya kamu dianggap sebagai orang tua dan mempunyai kedudukan yang tinggi di kalangan kami. Kami telah meminta supaya kamu melarang anak saudaramu dari menjalankan kerjanya, tetapi kamu tidak melarangnya. Sesungguhnya demi Allah, kami tidak sabar lagi terhadapnya dengan kerjanya memaki ibu bapa kami, membodohkan pandangan kami dan mencela tuhan kami. Cegahlah ia daripada menjalan kerja ini. Atau pun kami dan kamu berlawan sehinggalah salah satu daripadanya dikalahkan”.
Lalu Abu Talib menyatakan kepada Rasulullah SAW;
“Wahai anak saudaraku, kaummu telah datang menemui aku dan menyatakan begini…begini… (dengan menceritakan apa yang di minta oleh pembesar Quraish), maka peliharalah dirimu dan diriku. Janganlah bebankan aku dengan perkara-perkara yang aku tidak mampu memikulnya”.
Apabila mendengar permintaan Abu Talib, Rasulullah SAW bersabda dengan tegasnya;
يا عم والله لو وضعوا الشمس في يميني والقمر في يساري على أن أترك هذا الأمر حتى يظهره الله أو أهلك فيه ما تركته
Maksudnya;
“Wahai Bapa Saudaraku, Demi Allah, jika sekiranya mereka meletakkan matahari di kananku dan bulan di kiriku agar aku meninggalkan urusan ini, samada ia dimenangkan oleh Allah SWT atau aku dibunuh didalam menegakkannya, nescaya aku tidak meninggalkannya”.
Lalu Baginda SAW berpaling dan berundur dengan sedihnya. Akhirnya Abu Talib memanggilnya semula. Setelah Baginda SAW datang, Abu Talib pun berkata;
“Pergilah wahai anak saudaraku. Katakanlah apa yang kamu suka. Demi Allah, Aku tidak akan sekali-kali menyerahkanmu supaya diperlakukan sesuatu”[13].
Dari kisah ini, jelas menandakan bagaimana penjagaan bapa saudara Baginda yang bernama Abu Talib terhadap Baginda, sedangkan ketika itu, Abu Talib tidak beriman kepada Allah SWT.
Penjagaan tersebut tidak pernah dinafikan oleh Rasulullah SAW. Dari itu, menjadikan hujjah bahawa boleh “berpayung” dibawah bantuan penjagaan non muslim dalam menyampaikan dakwah Islamiyyah.
KISAH ‘UMARAH BIN AL-WALID
Orang-orang Quraish terlalu tertekan dengan penambahan hebat pada dakwah Rasulullah SAW. Ditambahi pula, Abu Talib yang tetap mempertahankan anak saudaranya dalam menyampaikan dakwah.
Maka datang pembesar Quraish dengan membawa seorang pemuda yang bernama ‘Umarah bin Al-Walid sebagai tukar gantikan Rasulullah SAW.
Mereka berkata;
“Wahai Abu Talib, inilah dia ‘Umarah bin Al-Walid seorang pemuda yang paling gagah perkasa dan kacak rupawan. Ambillah dia sebagai tebusan dan penolongmu. Ambillah ia sebagai anakmu dan serahkan kepada kami anak saudaramu, yang menentang agamamu dan agama nenek moyangmu, yang memecah belahkan kaummu dan membodohkan pendapat mereka. Biarlah kami bunuh dia. Kita tukar seorang demi seorang.”
Abu Talib menjawab;
“Demi Allah, alangkah jahatnya apa yang kamu kemukakan supaya aku lakukannnya. Adakah munasabah kamu serahkan kepadaku anak kamu supaya aku menanggung makan minumnya dan aku pula memberi anak saudaraku kepada kamu untuk membunuhnya. Demi Allah pendapat seperti ini tidak berlaku sekali-kali”
Jawab Mat’am bin ‘Adi
“Demi Allah wahai Abu Talib, kaummu telah mengemukakan sesuatu yang ‘Adil. Mereka berusaha untuk melepaskan dari satu perkara yang kamu sendiri tidak bersetuju dengannya. Mengapa aku tidak nampak kamu mahu menerima sedikit pun dari pandangan mereka.”
Abu Talib menjawab;
“Demi Allah, kamu tidak berlaku ‘adil terhadapku, tetapi kamu menghampakan aku, dan aku menggalakkan orang menentangku. Buatlah apa yang kamu lakukan menurut pendapat kamu[14]”
Kisah ini juga, menunjukkan betapa kuatkan seorang non muslim yang bernama Abu Talib memberi “himayah” atau penjagaan keselamatan terhadap Rasulullah SAW didalam menyampaikan dakwah Islamiyyah.
Sekiranya ianya terlarang didalam Islam, nescaya Rasulullah SAW melarang Abu Talib berbuat demikian.
KISAH PENJAGAAN ABU LAHAB TERHADAP NABI SAW
Daripada Aisyah, bersabda Rasulullah SAW;
ما زالت قريش كاعة حتى توفي أبو طالب
Maksudnya;
“Sentiasa Quraish berasa lemah, hingga matinya Abu Talib”
Daripada tsa’labah bin Saghir dan Hakim bin hizam;
“setelah kematian Abu Talib dan Khadijah, antara kedua-duanya adalah 5 hari. Baginda telah menghadapi dua musibah. Bersentiasa Rasulullah SAW tinggal di rumah, sedikit keluar dari rumah. Maka Quraish telah melakukan kepada Baginda sesuatu yang belum pernah dilakukan oleh mereka sebelum ini. Tindakan quraih terhadap baginda sampai ke pengetahuan Abu Lahab, dan Abu Lahab pergi berjumpa Baginda SAW dan berkata, Wahai Muhammad, pergilah kamu (keluar dan bersiar-siar), aku akan menjaga kamu sepertimana Abu Talib menjaga kamu hingga kematianku.
Tatkala baginda SAW berjalan dikawasan Makkah, golongan Ibnu Ghailatah telah mencela Rasulullah SAW, lalu datang Abu Lahab seraya menjerit,
“Wahai Orang-orang Quraish”, mendengar jeritan itu, semua quraish berpaling kearah Abu Lahab.
Abu lahab menyambung ucapannya,
ما فارقت دين عبد المطلب ولكني أمنع ابن أخي أن يضام حتى يمضي لما يريد
Maksudnya;
“Aku tidak bercerai dengan agama Abdul Muttalib, tetapi aku menegah anak saudaraku dari dizalimi, hingga dia bebas untuk berjalan dimana sahaja yang dia mahu”.
Tindakan Abu Lahab itu tidak disenangi Quraish, lalu Rasululullah SAW di datangi oleh Abu Jahal dan ‘Uqbah bin Abi Mu’it untuk bertanyakan soalan tentang kedudukan Abdul Muttalib selepas kematiannya, antara syurga atau neraka.
Baginda SAW menjawab;
“Dia bersama kaumnya (iaitu neraka)”
Jawapan itu telah dikhabar oleh Abu Jahal dan ‘Uqbah bin Abi Mu’it kepada Abu Lahab, lalu Abu Lahab berjumpa datang berjumpa dengan Baginda dan bertanyakan persoalan yang sama.
Lalu Baginda SAW menjawab;
“Dia bersama kaumnya”
Abu Lahab tidak memahami maksud perkataan itu, lalu menceritakannya kepada Abu Jahal dan ‘Uqbah. Lalu kedua-dua quraish itu menyatakan bahawa, maksudnya adalah neraka.
Mendengar jawapan Abu Jahal dan ‘Uqbah itu, Abu Lahab pergi pula berjumpa dengan Rasulullah untuk kepastian dan bertanya;
يا محمد أيدخل عبد المطلب النار
Maksudnya;
“Wahai Muhammad, Adakah Abdul Muttalib masuk neraka?”
Menjawab Baginda SAW;
ومن مات على ما مات عليه عبد المطلب دخل النار
Maksudnya;
“Barangsiapa mati seperti matinya Abdul Muttalib, maka dia masuk neraka”
Mendengar ucapan itu, berkata Abu Lahab;
لعنه الله والله لا برحت لك إلا عدوا أبدا وأنت تزعم أن عبد المطلب في النار
Maksudnya;
“Laknat Allah, demi Allah, tidak aku meninggalkan kamu melainkan sebagai musuh selama-lamanya. Dan kamu menyangka bahawa Abdul Muttalib didalam neraka”
Selepas dari itu, permusuhan Quraish terhadap Baginda semakin kuat[15].
Kisah ini membuktikan bahawa, setelah kematian Abu Talib dan Isterinya yang disayangi, iaitu Khadijah, Baginda SAW telah diberi keamanan (himayah) oleh Abu Lahab yang merupakan seorang yang telah dijanjikan neraka didalam Al-Quran sendiri.
RASULULLAH SAW MEMINTA PENJAGAAN (HIMAYAH) DARIPADA MAT’AM BIN ‘ADI
Setelah dakwah Rasulullah SAW bersama Zaid bin Harithah di Taif mendapat tentang hebat. Baginda dan Zaid telah mengambil langkah supaya masuk balik ke Makkah.
Semasa di Wadi An-Nakhlah beberapa hari, Zaid telah bertanya kepada Rasulullah SAW;
“Wahai Rasulullah SAW, bagaimana kita hendak masuk Makkah, sedangkan mereka (Ahli Makkah) telah menghambat kita?”
Lalu Rasulullah SAW menjawab;
يا زيد إن الله جاعل لما ترى فرجا ومخرجا وان الله ناصر دينه ومظهر نبيه
Maksudnya;
“Wahai Zaid, Sesungguhnya Allah menjadikan akan apa yang kamu lihat sebagai adanya kelapangan dan jalan keluar dan Allah pasti memberi pertolongan kepada agamanya dan memenangkan nabi-Nya”
Rasulullah SAW pun pulang ke Makkah, tetapi Rasulullah SAW tidak tergesa-gesa. Baginda menyusun cara untuk memasuki makkah semula dengan pergi ke Gua Hira’ terlebih dahulu dan menghantar seorang utusan dari keturunan Bani Khuza’ah untuk berjumpa dengan Akhnas bin Syariq untuk meminta perlindangan. Bagaimanapun, Akhnas tidak mahu memberi perlindungan. Kemudiannya ditemui Suhai bin ‘Amru. Dia juga tidak mahu memberi perlindungan. Lalu berjumpa dengan Mat’am bin ‘Adi. Mat’am bersedia memberi perlindungan kepada Baginda SAW dan mengerahkan anak-anak buahnya supaya melengkapkan diri dengan senjata bagi menjaga keamaman Nabi SAW daripada Gua Hira’ hingga Baitullah. Kemudiannya Baginda di hantar pulang oleh mereka.
Abu Jahal sangat bimbang dengan perbuatan Mat’am itu, lalu terus bertanya;
“adakah kamu memberi perlindungan kepadanya (Muhammad) sahaja atau kamu sudah menjadi pengikutnya?”
Lalu Mat’am menjawab;
“aku hanya memberi perlindungan sahaja kepadanya[16]”
Dari kisah ini, jelas kepada kita, bahawa Mat’am bin ‘Adi yang masih berada dalam kekufuran memberi perlindungan (Himayah) kepada baginda SAW.
Sekiranya perbuatan itu salah disisi Islam, nescaya Rasulullah tidak menghantar utusan dengan tujuan itu.
MEMINTA BANTUAN NON MUSLIM UNTUK KEMENANGAN ISLAM
Islam telah menetapkan beberapa kaedah dan cara bagi menjalinkan hubungan antara muslim dan non muslim. Ini berdasarkan kepada kaedah;
الاصل فى الإسلام التعامل مع الناس جميعا , المسلم وغير المسلم فيما لا يخالف نصا صريحا من كتاب الله أو سنة رسوله (ص) أو حكما أجمع عليه المسلمون
Maksudnya;
“Asal didalam Islam adalah bermuamalah (melakukan hubungan) sesame manusia seluruhnya, tidak kira sesame muslim atau non muslim, pada perkara yang tidak menyalahi nas yang jelas dari Kitabullah, Sunnah Rasulullah SAW atau hokum yang telah disepakati oleh Ulama muslimin[17]”
Ini beralasan dengan firman Allah;
لا ينهاكم الله عن الذين لم يقاتلوكم في الدين ولم يخرجوكم من دياركم أن تبروهم وتقسطوا إليهم إن الله يحب المقسطين * إنما ينهاكم الله عن الذين قاتلوكم في الدين وأخرجوكم من دياركم وظاهروا على إخراجكم أن تولوهم ومن يتولهم فأولئك هم الظالمون
Maksudnya;
“Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu karena agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil. * Sesungguhnya Allah hanya melarang kamu menjadikan sebagai kawanmu orang-orang yang memerangimu karena agama dan mengusir kamu dari negerimu, dan membantu (orang lain) untuk mengusirmu. Dan barangsiapa menjadikan mereka sebagai kawan, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.”
(Surah al-Mumtahinah : 8-9)
Adapun dalam masalah yang melibatkan soal meminta bantuan dari non muslim untuk kemenangan Islam, perbahasannya adalah seperti berikut;
1. Rasulullah mengizinkan kepada para sahabat berhijrah ke Habasyah untuk minta perlindungan keamanan diri dan agama mereka disana.
2. ketika Abu Bakar hendak hijrah ke Habsyah, seorang musyrik bernama IBNU DUGUNNAH telah menghalang dan menawarkan memberi keamanan kepada Abu Bakar supaya tinggal di Mekkah dan beramal di keliling masjidnya sahaja.
3. kisah taif, ketika rasulullah dan Zaid bin Harithah hendak masuk Mekkah semula, Rasulullah minta bantuan dari 3 orang kafir, iaitu AHNAS BIN ASY-SYARIQ, SUHAIL BIN AMRU dan MAT’AB BIN ADI.
4. Rasulullah meminta bantuan dari ABDULLAH BIN URAIQIT untuk meminta bantuan menunjuk jalan ketika hijrah dari Makkah ke Madinah. (buhuth wa fatawa islamiyyah fi qadaya ma’asirah (4/127))
5. Saidina Omar meminta bantuan orang yang berpengalaman dari golongan kuffar dalam membina sistem idariyyah[18].
Bagaimana pula dengan kisah seorang lelaki datang berjumpa dengan Nabi ketika Baginda dan sahabat hendak keluar pergi ke Badar, untuk meminta hendak memberi bantuan dalam peperangan, lalu Baginda berkata;
ارجع فلن أستعين بمشرك
Maksudnya;
“Kembalilah kamu, aku tidak akan minta bantuan dari orang musyrik”
Lalu Nabi bertanya, adakah kamu beriman dengan Alla dan Rasul. Dia berkata, “ya”
Lalu bersabda Nabi SaW;
انطلق
Maksudnya;
“marilah (bersama-sama kita pergi berperang)[19]”
Dalam riwayat yang lain, iaitu diriwayatkan oleh Ahmad;
انا لا نستعين بالمشركين على المشركين
Maksudnya;
“sesungguhnya kami tidak meminta bantuan orang-orang musyrik bagi melawan orang-orang musyrik”
Syaikh Atiyyah Saqqar mengatakan;
Ada ulama mengatakan hadis ini telah di mansukhkan dengan kejadian-kejadian yang berlaku, iaitu kejadian Rasulullah minta bantuan dari golongan kuffar.
Ada sebahagian ulama yang lain pula kata, hadis-hadis ini tidak mansukh, bahkan, tempat keizinan minta pertolongan dari kuffar adalah ketika berhajat, dharurat.
Didalam peperangan Badar, Rasulullah SAW tidak perlu kepada bantuan dari kuffar, kerana tujuan keluarnya bukan kerana hendak berperang, tetapi hendak ambosh qafilah quraish. Di sebabkan itu, nabi bawa seramai 300 orang sahabat lebih sahaja, kalau nabi hendak berperang, nescaya nabi bawa beribu-ribu sahabat daripada Madinah[20].
Menurut Imam Al-Mawardi, meminta bantuan daripada kuffar dibenarkan dalam melawan kuffar juga. Adapun meminta bantuan kuffar untuk melawan bughah, maka itu dihalang[21].
Walaubagaimanapun, sekiranya keperluan kepada meminta bantuan kuffar sampai kepada had dharurat, maka itu dibenarnya, sebab kaedah Fiqh;
الضرورات تبيح المحظورات
Maksudnya;
“Dharurat mengharuskan perkara yang diharamkan”.[22]
[1] Mukhtar As-Sahah : 1/63.
[2] Kamus tullab : hlmn 727.
[3] Kamus tullab : hlmn 262.
[4] Hlmn 157. buku ini diterbitkan oleh Lajnah Tarbiyyah dan latihan kepimpinan PAS Pusat pada tahun 2001.
[5] Al-Jam’u Baina As-Sahihain : 2/597. hadis no : 1985
[6] Fath Al-bari Syarah Sahih Al-bukhari : 10/502.
[7] ‘Umdah Al-Qari : 22/147.
[8] Sunan Al-baihaqi Al-Kubra : 6/367 . hadis no : 12859.
[9] Sunan Al-baihaqi Al-Kubra : 6/367
[10] Sunan Al-baihaqi Al-Kubra : 6/367
[11] Nama sebenar Abu Lahab adalah Abdul ‘Uzza. (Fiqh Al-Harakah Dari Sirah Nabawiyyah : 1/98)
[12] Kisah ini secara panjangnya boleh dirujuk didalam buku (“Fiqh Al-Harakah Dari Sirah Nabawiyyah” : 1/99-100)
[13] Kisah ini boleh dilihat didalam buku (Fiqh Al-Harakah dari Sirah Nabawiyyah : 1/108-109)
[14] (Fiqh Al-Harakah Dari Sirah Nabawiyyah : 1/110)
[15] Kisah panjangnya boleh di rujuk dalam kitab (al-Bidayah Wa An-Nihayah : 3/134)
[16] (Fiqh Al-Harakah dari Sirah An-nabawiyyah : 1/176-178) dan (At-tabaqat al-Kubra : 1/212)
[17] (buhuth wa fatawa islamiyyah fi qadaya ma’asirah (4/127) karangan Syaikh Jad al-Haq Ali Jad Al-Haq)
[18] (buhuth wa fatawa islamiyyah fi qadaya ma’asirah (4/127))
[19] (sahih muslim dengan syarah Imam Nawawi (12/198)) dan (alfatawa min ahsan al-kalam fi al-fatawa wa al-ahkam (2/409))
[20] (al-fatawa min ahsan al-kalam fi al-fatawa wa al-ahkam (2/409))
[21] (al-ahkam as-sultaniyyah hlmn 60) dan Ibnu Quddamah (al-mughni (1/356))
[22] (min ahsan al-kalam fi al-fatawa wa al-ahkam (2/410))

Subscribe to:
Posts (Atom)