Tuesday, December 05, 2006

MERTUAKU DAN MAD’UKU!!!

MERTUAKU DAN MAD’UKU!!!

Mertua diumpamakan ibu bapa sendiri, walaupun dilihat sebagai ibu bapa kepada isteri.

Walaupun mertua itu dilihat sebagai ibu bapa isteri, tetapi didalam Islam menghormatinya merupakan sesuatu yang wajib ditunaikan.

Manusia itu berbagai gaya kehidupannya. Ada manusia itu menjadi menantu kepada mertua yang menyayanginya. Ada manusia menjadi menantu yang dibenci oleh mertua sendiri. Dan ada menantu dibenci oleh mertua di saat awal perkahwinan, tetapi disayangi setelah mengenali kehebatan si menantu. Dan ada menantu, di sayangi pada awal perkahwinan, tetapi di benci di saat akhirnya.

Melihat dengan keadaan tersebut, penilaian yang dapat dibuat kesimpulan adalah, setiap manusia mempunyai ujian masing-masing, dan ujian tersebut didatangkan oleh Allah berdasarkan kadar kekuatan iman masing-masing.

Segala ujian, haruslah diharungi. Tanpa mengharungi, penambahan iman yang ditawarkan oleh Allah, telah dirugikan oleh diri kita sendiri.

MERTUA DAN MAD’U

Jarang orang membincangkan tentang mertua yang menyayangi menantunya. Ini kerana, jika ia diperbincangkan, kesimpulan yang dapat agak tidak releven.

Tetapi jika perbincangan itu berkaitan mertua yang membenci menantu. Kemungkinan natijah yang dapat diambil, samada, mertua itu akan terus membenci menantu itu, atau menyayanginya setelah dia mengetahui akhlak menantunya.

Pada pandanganku, memaut hati mertua dari seorang menantu yang baik, umpama seorang pendakwah Islam yang mempunyai akhlak yang mulia, mengajak orang yang membenci Islam kepada Islam.

Mengajak manusia supaya menerima Islam, bukanlah sesuatu yang senang, kerana, Nabi SAW sendiri didalam dakwahnya, agak kecundang dalam mengajak bapa saudaranya sendiri kepada Islam.

Walaupun bapa saudara baginda sendiri tidak beriman, tetapi baginda tetap dengan usaha dakwah, walaupun natijahnya pada peringkat awal agak tidak memuaskan.

Walaubagaimanapun, usaha dakwah itu, dilakukan juga oleh nabi SAW dan akhirnya, walaupun seorang yang sangat disayangi nabi tidak beriman, tetapi berjuta-juta manusia telah mengenali Islam dan beriman dengan penuh jiwa raga mereka.

Inilah jiwa seorang nabi, yang jiwa dan semangat itu perlu menjadi iktibar setiap pejuang-pejuang Islam, begitujuga sebagai menantu yang dibenci oleh mertuanya sendiri.

Konsep tahaluf siasi juga perlu digunakan, bagi menjayakan perhubungan mengikut Islam…

Mana ada manusia benci dengan sesuatu yang baik. Kalau mereka benci pun, benci itu bukan datang dari sanubari mereka, tetapi ego yang masih menebal didalam diri mereka.

Islam adalah agama yang baik dan indah. Ekoran dari itu, keegoan yang ada pada diri Abdullah bin Salam, yang asalnya merupakan seorang yahudi pakar dalam kitab taurat memeluk Islam ekoran keterpaksaan dia mengakui keindahan dan kebenaran Islam…

Mungkin dipermulaan dia agak susah menerima keindahan Islam, tetapi yaqinlah, dia akan menerima juga keindahan Islam dan akhirnya dia akan bersama dengan Islam…..

Begitulah gambaran yang perlu dibandingkan dengan mertua yang membenci menantunya yang sedang berjuang islam..


Sekian……

p/s : article ini khusus kepada pejuang-pejuang Islam yang mahu berkahwin….

One_G
http://laptopdarulfiqh.blogspot.com
abu_abdillah_azzam@yahoo.com

No comments: