KOMEN TERHADAP ARTIKEL : SIKAP TERHADAP PEMERINTAH TULISAN DR ASRI ZAINAL ABIDIN.
Tiga perkara penting yang diabaikan oleh Dr Asri ketika menulis tentang wajib taat kepada pemimpin.
Menterjemahkan sebahagian nas dan meninggalkan sebahagiannya. Belitu tidak menterjemahkan keseluruhan nas imam nawawi bahkan meninggalkan nas yang cukup penting berkaitan dengan makna hadis. Antara nas yang diabaikan berbunyi:
وتقدم قريبا ذكر اللغات الثلاث في الأثرة , وتفسيرها , والمراد بها هنا : استئثار الأمراء بأموال بيت المال .
Maksudnya;
“Terdahulu sebelum ini penyenaraian 3 makna ( الأثرة ) “mementingkan diri” serta penafsirannya. Yang dikehendaki dengan perkataan ( الأثرة ) “mementingkan diri” di dalam hadis ini ialah: pemimpin-pemimpin yang mementingkan diri dengan menggunakan harta baitulmal (dengan sewenang-wenangnya).
Hadis ini tidak bermaksud umum yang merangkumi pemimpin-pemimpin yang tidak menjalankan dasar Islam serta manafikan hukum Islam. Kerana jika memasukkan pemimpin yang zalim dan menafikan hukum Islam di dalam kategori hadis ini, maka ia adalah penafsiran melalui akal yang tidak bersandarkan kepada kaedah yang betul. Hadis ini menyebut dua sifat pemimpin yang tidak boleh digulingkan:
1. الأثرة: pemimpin yang mementingkan peribadi di dalam penggunaan harta baitulmal sebagaimana yang disebut oleh imam muslim.
2. أمور تنكرونها: perlakuan pemimpin yang diengkari. Ia tidak memberikan erti kerajaan yang tidak menjalankan hukum Allah S.W.T. serta menafikannya. Tetapi ia bersifat perkara yang tidak disukai oleh orang ramai atau pihak tertentu.
Adapun kerajaan yang zalim dan kufur. Maka hukumnya berbeza dengan pemimpin yang dinyatakan di dalam hadis di atas. Jika kerajaan zalim, maka berdakwah dengan menasihatinya dengan kata-kata yang baik adalah salah satu langkah ke arah mengubahnya. Tetapi antara langkah yang diharuskan juga bahkan diletakkan priority pertama ialah mengubah dengan tangan, iaitu mengubah dengan kuasa dan kekuatan yang ada sebagaimana hadis riwayat muslim.
من رأى منكم منكرا فليغيره بيده، فإن لم يستطع فبلسانه، فإن لم يستطع فبلقبه، وذلك أضعف الإيمان.
Maksudnya;
“Barangsiapa melihat kemungkaran, maka hendaklah ia mengubah dengan tangannya, jika ia tidak mampu, maka hendaklah ia mengubah dengan lidahnya, jika ia tidak mampu, maka hendaklah ia mengubah dengan hatinya. Yang demikian itu (mengubah dengan hati) adalah selemah-lemah iman”
3. Silap menterjemahkan makna ولا يخرج عليه yang disebut oleh Imam Nawawi.
Ia bukan bermaksud "keluar menentang", tetapi dengan maksud melawan dengan kekerasan seperti pedang dan seumpamanya semata-mata untuk mengubah pemimpin yang mementingkan diri kerana perkataan خرج yang menggunakan huruf jar على memberikan erti peperangan dan kekerasan persenjataan. Darisudut pertimbangan feqah, Mudharat peperangan dan kekerasan adalah lebih besar daripada sikap mementingkan diri pemimpin Islam yang menjalankan hukum hakam Islam. Tetapi jika mudharat yang dilakukan oleh pemimpin itu besar seperti menggadaikan hak rakyat dengan menjalankan sistem yang bukan Islam (seperti melakukan Hima dan menafikan hukum Ihya' Al-Mawat) sehingga golongan peribumi (setinggan) terhalau di bumi sendiri, maka ia bukan lagi termasuk kategori pemimpin yang الأثرة yang dimaksudkan di dalam hadis, maka cara menegurnya setimpal dan sepadan dengan tindakan kerajaan itu sendiri. Bahkan pertembungan antara hak dan batil adalah wajib jika kerajaan terus berada di dalam kezaliman dan kekufuran. Firman Allah S.W.T:
وَلَوْلَا دَفْعُ اللَّهِ النَّاسَ بَعْضَهُمْ بِبَعْضٍ لَفَسَدَتْ الْأَرْضُ
Maksudnya;
“Dan kalaulah Allah tidak menolak setengah manusia (yang ingkar dan derhaka) dengan setengahnya yang lain (yang beriman dan setia) nescaya rosak binasalah bumi ini; akan tetapi Allah sentiasa melimpah kurniaNya kepada sekalian alam.”
Ayat ini bersempena kewajipan perang golongan beriman dengan golongan kufur di dalam kisah Jalut dan Talut.
4. Menyandarkan manhaj para salaful soleh tanpa fakta yang kukuh.
Antara para salaful soleh yang terang-terangan menentang pemerintah cukup banyak disenaraikan di dalam sejarah Islam. Antaranya:
Said Al-Musayyab: merupakan ulama tabiin yang paling alim dibunuh oleh Hajjaj bin Yusof Al-Thaqafi kerana mempertahankan fatwa perlantikan khalifah adalah tidak sah kerana ia melalui perlantikan putera mahkota, bukan melalui baiah yang betul. Adakah Said Al-Musayyab silap kerana tidak berjumpa dengan khalifah dan menyatakan "perlantikan anda tidak sah" dan "tidak memegang tangan (penguasa itu) dan bersendirian dengannya", bahkan sejarah menyaksikan bahawa fatwa beliau mempengaruhi kawasan Al-Haramain untuk turut sama tidak membaiah khalifah.
Imam Ahmad bin Hambal: Menolak serta menyatakan keburukan pegangan khilafah pada masa itu berhubung dengan Makhluknya Al-Quran. Tindakan ini bukan sahaja menimbulkan pertembungan dengan Kerajaan, bahkan lebih dahsyat daripada itu ialah terbunuhnya pengikut-pengikut Imam Ahmad dan ulama-ulama lain yang sezaman dengannya sehinggakan imam ahmad sendiripun hampir terbunuh. Jika "mengheboh dan memburukkan pemerintah di atas mimbar tidak termasuk dalam Manhaj al-Salaf kerana ia boleh membawa kepada porak peranda dan hilang ketaatan dalam perkara ma’aruf, nescaya imam ahmad dan ulama sezaman dengannya menyembunyikan hakikat al-Al-Quran adalah kalam Allah S.W.T. yang qadim.
Imam Nawawi: Fatwanya jelas dan diketahui umum bahawa mengenakan cukai daripada rakyat adalah haram. Fatwanya ini mempengaruhi orang ramai sehingga berlaku tekanan kepada sultan zahir bebrus yang ketika itu memerintah kerajaan mamalik mesir menentang tentera monggol. Kenapa Imam Nawawi tidak menyembunyikan fatwa haram mengutip cukai dan mengambil sikap berdiam diri selepas Sultan Zahir bebrus menolak fatwa imam Nawawi?
Di sana masih banyak contoh-contoh yang lain menunjukkan tindakan ulama menentang kebatilan pemimpin di zaman mereka secara terang-terangan, bukan secara bersembunyi dan bersekongkol dengan pemimpin. Bahkan ada dikalangan mereka yang menolak jawatan-jawatan kerajaan sehingga dipenjarakan kerana menolak jawatan qadhi kerana jawatan tersebut dijadikan platform untuk menarik pengaruh orang ramai menyokong dasar kerajaan yang zalim sebagaimana yang disenaraikan oleh Imam Abu Zahrah di dalam kitabya Tarikhnya.
Antara perkara terpenting yang perlu kita fahami ialah, perbezaan antara orang Islam yang memegang pemerintahan Islam di zaman lampau dan zaman sekarang. Orang Islam (khalifah-khalifah) Islam di zaman lampau dianggap sebagai zalim kerana mereka tidak menjalankan hukum Islam yang menjadi perlembagaan negara. Sebagaimana hajjaj bin yusof membunuh Said Al-Musayyab kerana dakwaan Bughoh tanpa membicarakannya menurut undang-undang Islam yang menjadi paksi kepada sistem negara. Tidak pernah berlaku di zaman lampau orang Islam memerintah berteraskan sistem rom atau sistem parsi atau sistem monggol atau sistem selain Islam. Yang berlaku ialah tidak melaksanakannya, bukan tidak berteraskan sistem Islam atau meragui keadilannya. Dan inilah yang diistilahkan sebagai pemerintah yang zalim.
Tetapi di zaman ini menyaksikan suasana yang amat berbeza, di mana orang Islam memerintah dan menggubal sistem negara berteraskan sistem samada barat yang sekular atau rusia yang ilhad, atau mencampurkan sistem Islam dengan sistem yang selainnya. Sesuatu yang tidak pernah disaksikan oleh sejarah.
- Abu Maryam.
Kaherah.
NAS ASAL DR ASRI.
Sikap Terhadap Pemerintah
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الأمْرِ مِنْكُمْ فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلا (٥٩)
Wahai orang-orang Yang beriman, Taatlah kamu kepada Allah dan Taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang Yang berkuasa) dari kalangan kamu. kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) Dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya. (an-Nisa’: 59)
“Daripada ‘Abdullah bin ‘Umar r.aanhuma, daripada Nabi s.a.w., Baginda bersabda: Dengar dan taat )kepada pemerintah) adalah kewajiban setiap individu muslim dalam perkara yang dia suka atau benci selagi dia tidak diperintahkan dalam perkara maksiat. Apabila dia diperintah melakukan maksiat, maka tidak perlu lagi dengar dan taat (akan perintah maksiat itu).” (Riwayat Bukhari, jil.: 6, no.: 2612 dan Muslim, jil.: 3, no.: 1469)
“Daripada ‘Abdullah Bin Mas’ud katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya kamu akan melihat selepasku sikap (pemerintah) mementingkan diri dan kamu akan melihat perkara-perkara yang kamu ketahui ia mungkar (pada pemerintah).
Mereka berkata: Apa yang engkau perintahkan kami (lakukan) wahai Rasulullah?
Sabda Baginda: Tunaikan untuk mereka hak mereka dan mintalah kepada Allah hak kamu.” (Hadis Riwayat Bukhari, jil: 6, no.: 2588 dan Muslim, jil:3, no.: 1472)
Al-Imam an-Nawawi r.h. (w.: 676 H) berkata:
“Berhubung dengan keluar menentang pemerintah dan memerangi mereka, ia diharamkan menurut ijmak dan memerangi mereka, ia diharamkan menurut ijmak kaum Muslimin walaupun mereka fasiq lagi zalim. Hadith-hadith yang telah aku sebutkan amat jelas. Ahli sunnah sepakat bahawa pemerintah tidak boleh digulingkan disebabkan fasiq (melakukan maksiat).” (an-Nawawi, Syarh Sahih Muslim, jil.: 12, m.s.: 540)
Menasihati Pemimpin Adalah Tanggungjawab Umat
Daripada abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Sesungguhnya Allah meredhai kamu dalam tiga perkara dan memurkai kamu dalam tiga perkara. Dia meredhai kamu jika kamu beribadah kepada-Nya dan tidak menyekutukan-Nya sedikit pun, berpegang teguh pada tali Allah dan menasihati orang yang Allah jadikan sebagai pemerintah urusan kamu. Dia memurkai kamu jika banyak bercakap (perkara yang tiada faedah) membazirkan harta dan bayak bertanya (yang bukan-bukan).” (Hadis Riwayat Malik, jil.: 2, no.: 169)
Adab menasihati Pemimpin
“Sesiapa yang ingin menasihati orang yang berkuasa, janganlah melakukannya secara terang-terangan. Sebaliknya dia hendaklah memegang tangannya (penguasa itu) dan bersendirian dengannya (menasihati tanpa mendedahkan aibnya secara terbuka). Jika diterima, maka dia berjaya. Jika tidak, dia (penasihat itu) dianggap telah menunaikan kewajibannya.” (Riwayat Ibn Abi ‘Asim dalam al-Sunnah. Sanadnya sahih, Hal ini dinyatakan oleh al-Albani ketika mentahqiq kitab al-sunnah, m.s.: 507)
Menasihati Dengan Berterusan
Al-‘Azhim al-Abadi r.h. berkata:
“Para ulama berpendapat, kewajiban amar ma’aruf nahi mungkar tidak gugur hanya disebabkan ia tidak memberikan sebarang kesan. Bahkan dia wajib melakukannya kerana peringatan itu memberi manfaat kepada orang mukmin.” (al-‘Azhim al-Abadi, ‘Aun al-Ma’bud, jil: 11, m.s.: 330)
Sabda Rasulullah s.a.w., maksudnya:
“Jihad yang paling afdhal ialah perkataan yang adil – dalam riwayat yang lain: Yang benar – terhadap pemerintah yang zalim ayat ketua yang zalim. (Riwayat an-Nasai’e, jil.: 7, m.s.: 161, Abu Daud, jil.: 4, m.s.: 124, al-Tirmidzi, jil.: 4, m.s.: 471 dan ibn Majah, jil.: 2, m.s.: 1329. Juga disahihkan oleh al-Albani)
Syeikh ‘Abdul ‘Aziz bin ‘Abdullah bin Baz r.h. berkata:
“Mengheboh dan memburukkan pemerintah di atas mimbar tidak termasuk dalam Manhaj al-Salaf. Hal ini kerana ia boleh membawa kepada porak peranda dan hilang ketaatan dalam perkara ma’aruf.
Ia membawa kekecohan yang memberi mudharat, bukan manfaat.
Sebaliknya jalan yang diikuti oleh golongan salaf ialah nasihat antara mereka dengan pemerintah (secara semuka), menulis surat (untuk menegur) mereka atau melalui ulama yang menjalinkan hubungan baik dengan mereka.” Dr. Soleh bin Fauzan berkata:
“Orang yang paling layak menasihati para pemerintah ialah ulama, cerdik pandai, dan ahli majlis syura pemerintahan.” Firman Allah s.w.t.:
وَإِذَا جَاءَهُمْ أَمْرٌ مِنَ الأمْنِ أَوِ الْخَوْفِ أَذَاعُوا بِهِ وَلَوْ رَدُّوهُ إِلَى الرَّسُولِ وَإِلَى أُولِي الأمْرِ مِنْهُمْ لَعَلِمَهُ الَّذِينَ يَسْتَنْبِطُونَهُ مِنْهُمْ وَلَوْلا فَضْلُ اللَّهِ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهُ لاتَّبَعْتُمُ الشَّيْطَانَ إِلا قَلِيلا (٨٣)
Dan apabila datang kepada mereka sesuatu berita mengenai keamanan atau kecemasan, mereka terus menghebahkannya; padahal kalau mereka kembalikan sahaja hal itu kepada Rasulullah (as-Sunnah) dan kepada - "Ulil-Amri" (orang-orang Yang berkuasa) di antara mereka, tentulah hal itu dapat diketahui oleh orang-orang Yang layak mengambil keputusan mengenainya di antara mereka; dan jika tidaklah kerana limpah kurnia Allah dan belas kasihanNya kepada kamu, tentulah kamu (terbabas) menurut Syaitan kecuali sedikit sahaja (iaitu orang-orang Yang teguh imannya dan Luas ilmunya di antara kamu). (an-Nisa’: 83)
Tugas ini bukanlah tanggungjawab setiap individu. Cara menggembar-gemburkan kemungkaran (kesalahan) pemerintah bukanlah suatu nasihat dan bukan juga manhaj salafus soleh.
Walaupun niat pelakunya itu baik, iaitu untuk membantah kemungkaran namun perkara itu lebih mungkar daripada maksiat yang dibantah. Ini kerana, bantahan yang dilakukan itu tidak mengikut apa yang disyari’atkan melalui al-Qur’an dan as-Sunnah. (Ibid, m.s.: 124)
Kemungkaran itu dibenci. Tetapi untuk memastikan ia lenyap, cara yang berkesan mesti digunakan. Jika sekadar melepaskan perasaan marah, hal itu hanya menyukarkan lagi tugas menghapuskan kemungkaran itu. Para ulama dahulu juga tegas ketika membantah kemungkaran yang dilakukan oleh pemerintah. Namun, mereka tidak pernah mamki hamun, mempersenda dan mencerca pemerintah.
Kata-kata mereka padat, tegas dan kadangkala keras. Ia dilakukan secara bersemuka.
Allah memerintahkan Musa dan Harun agar menasihati Firaun dengan cara yang baik.
Jika firaun yang melampaui batas itu pun diseru dengan cara yang baik, apatah lagi jika berhadapan dengan pemerintah muslim pada masa kini.
اذْهَبَا إِلَى فِرْعَوْنَ إِنَّهُ طَغَى (٤٣)فَقُولا لَهُ قَوْلا لَيِّنًا لَعَلَّهُ يَتَذَكَّرُ أَوْ يَخْشَى (٤٤)
"Pergilah kamu berdua kepada Firaun, Sesungguhnya ia telah melampaui batas Dalam kekufurannya. "Kemudian hendaklah kamu berkata kepadaNya, Dengan kata-kata Yang lemah-lembut, semoga ia beringat atau takut". (Taha: 43-44)
Landasan inilah yang dipelopori oleh para ulama muktabar sejak zaman dahulu. Mereka sentiasa sabar dalam menghadapi karenah pemerintah dan bekerjasama dalam perkara baik.
Sejarah telah merakamkan watak tegas mereka ini. Walaupun mereka mempunyai kekuatan dan mendapat sokongan rakyat namun para imam ahli sunnah tidak pernah menentang pemerintah secara terbuka. Sekalipun ada di kalangan mereka yang diseksa. Antaranya Imam Ahmad bin Hanbal r.h.
Golongan ekstrim mungkin menganggap mereka lemah. Tetapi perbuatan mereka itulah yang dituntut oleh sunnah dan himah. Ini kerana pemerintah yang dicerca secara terbuka disebabkan perkara agama, mungkin menyebabkan akan memusuhi agama itu.
Caci maki hanya mengundang keburukan. Bahkan tidak berfaedah kepada Islam. Jika mereka dinasihati dengan baik, jelas, tegas, dan tidak menggadaikan prinsip agama, pemerintah mungkin akan memikirkan perkara itu dan menerimanya. Pemerintah umat ini masih ketandusan nasihat-nasihat yang hebat seperti yang pernah diberikan oleh para ulama suatu ketika dahulu. Sehinggakan para pemerintah yang mendengarnya menitiskan air mata.
Para ulama yang berpegang pada manhaj al-Sunnah tidak menjadikan kesalahan dalam pemerintahan sebagai modal untuk menghentam pemerintah. Mereka mengharapkan kebaikan kepada para pemerintah.
Mereka hanya menasihati pemerintah demi masa depan agama. Dalam masa yang sama, mereka bertegas terhadap kesalahan yang dilakukan oleh pemerintah.
Tidak Bersubahat Dengan Kezliman Pemerintah
Para ulama dan cendekiawan muslim yang berkesempatan untuk duduk bersama pemerintah hendaklah menjaga diri mereka agar tidak dijadikan alat untuk mengharuskan tindakan-tindakan salah pemerintah. Mereka hendaklah membimbing pemerintah. Bukan dipengaruhi pemerintah ke jalan yang salah.
Ramai pemerintah sukakan para ulama. Namun, tujuan mereka tidak sama. Ada pemerintah yang bertujuan mengambil manfaat daripada ilmu para ulama dan ketaqwaan mereka dan ada juga yang bertujuan mempergunakan mereka untuk kepentingan sendiri.
Keadaan ini menuntut para ulama berhati-hati dalam mengeluarkan pendapat dan fatwa agar mereka tidak dijadikan bahan mainan para pemerintah.
“Susungguhnya selepasku ini akan ada para pemimpin yang melakukan kezaliman dan pembohongan. Sesiapa masuk kepada mereka lalu membenarkan pembohongan mereka dan menolong kezaliman mereka, maka dia bukan daripadaku dan aku bukan daripadanya dan dia tidak akan mendatangi telaga (di syurga). Sesiapa yang tidak membenarkan pembohongan mereka dan tidak menolong kezaliman mereka, maka dia daripada kalanganku dan aku daripada kalangannya dan dia akan mendatangi telaga (di syurga).” (Riwayat ahmad, ji.: 14, m.s.: 78, an-Nasai’e, jil.: 7, m.s.: 160 dan al-Tirmidzi. Disahihkan oleh al-albani)
Dalam berdakwah kepada pemerintah, kita banyak terpengaruh dengan pendekatan dan budaya politik yang tidak bersumberkan al-Qur’an dan sunnah. Panduan berdakwah terhadap pemerintah terlalu banyak termaktub dalam sunnah. Namun ia tidak diendahkan. Akhirnya kita gagal menuju matlamat yang hendak dicapai.
Setiap muslim khususnya para ulama hendaklah mengikuti adab dan etika yang betul dalam berdakwah kepada pemerintah. Kegagalan mematuhi tunjuk ajar Rasulullah s.a.w. bukan sahaja menjadikan kita gagal. Bahkan juga boleh menjadikan dakwah itu sendiri bersifat mungkar
###
Oleh itu, hadis ini beerti, dalam perkara yang tidak bercanggah berdasarkan perkataan nabi الحق الذي عليكم iaitu hak yang wajib atas kamu patuhinya. Oleh itu, hak yang wajib diberikan kepatuhan ialah berkaitan dengan perkara yang tidak termasuk di dalam kategori maksiat seperti mematuhi peraturan jalanraya, pegawai memasuki pejabat pukul 8 pagi dan seumpamanya. Bermakna, tidak harus kita membuat alasan, tak payah ikut peraturan jalan raya dan seumpamanya kerana kerajaan zalim dan jahat, sebab tujuan taat itu bukan untuk kepentingan pemimpin tetapi untuk kepentingan awam.
Adapun perkara yang bercanggah, maka bukan sahaja tidak wajib mematuhi bahkan wajib berusaha untuk mengubahkan kerana ia adalah mungkar yang dinyatakan oleh nabi من رأى منكم منكرا...... imam Abu Hanifah berkata:
لا يجوز الخروج عليه ولكن يجب السعي في تغييره.
Silap menafsirkan makna الخروج على, sebab makna yang dimaksudkan oleh imam muslim ialah menentang dengan kekerasan dan peperangan. Sebab perkataan على memberikan erti kekerasan dan kekasaran. Tetapi ia tidak berlaku sedikitpun dalam negara kita melainkan kekasaran dan kekerasan dimulai oleh pihak kerajaan seperti menangkap, memukul dan seumpamanya.
Penafsiran ayat فقولا له قولا لينا.
Bermaksud:
1. ajak firaun kepada kalimah tauhid.
2. peringatkan mereka kepada syurga.
3. pangil firaun dengan gelaran bukan nama sebenar.
4. kata lembut dan manis.
Dr asri hanya menyebut قولا لينا dengan makna keempat sahaja. Adab kita dalam khilaf yang tidak bercanggah dengan nas, ialah tidak menyalahkan pihak lain yang berpegang dengan pendapat yang lain.
Jika kita berpegang dengan pendapat yang menyatakan قولا لينا dengan makna kata-kata lembut, adakah menegur dengan kata-kata keras dan tegas adalah salah dari sudut syariat?
Jawapannya adalah tidak: Antara yang menyebut kata-kata lembut adalah peringkat pertama teguran ialah penafsiran hasan Al-Basri
لا تقل أنت يا موسى وأخوك هارون : أهلكه قبل أن أعذر إليه
Sebab jika haram berkata keras dan tegas, nescaya nasnya berbunyi:
لا تقل أنت يا موسى وأخوك هارون : أهلكه ولكن قولا: أعذر إليه
Jangan kamu berkata: musnahlah kamu, tetapi carilah kemaafan untuknya.
Silap sandarkan salafusoleh.
Said Al musayyab dibunuh sebab mempertahankan fatwa tidak sah khalifah.
Imam Ahmad di penjara dan diseksa bersama-sama sahabat sezamannya sehingga ada yang terbunuh kerana mempertahankan fatwa makhluk Al-Quran.
Imam …….. mati dipenjara kerana menolak jawatan qadhi kerana jawatan tersebut dijadikan platform menarik pengaruh orang ramai menyokong dasar kerajaan yang zalim. Oleh kerana imam tersebut mahir selok belok politik, beliau menolak jawatan tersebut kerana menyedari jawatan itu bukan untuk fatwa, tetapi untuk menarik pengaruh masyakat bagi menyokong kerajaan, seterusnya dapat mengekalkan kuasanya.
Imam Abu Hanifah: bertembung dengan Ulama kerajaan pada masa itu (Ibnu Abi Laila) dalam 'membodek' kerajaan. Beliau beberapa kali difitnah sehingga dipenjarakan disebabkan ketegasan menegur kerajaan.
Makna zalim, fasik dan kufur.
Periority tegur pemimpin.
من رأى منكم منكرا فليغيره بيده، فإن لم يستطع فبلسانه، وإن لم يستطع فبقلبه، وذلك أضعف الإيمان
Antara bukti ajakan pemimpin kufur dan zalim dengan kalimah lembut ialah kandungan surat Rasulullah S.A.W. kepada pemimpin dunia pada zaman itu. Antaranya ialah surat kepada raja parsi. Tetapi apabila raja parsi menolak dengan angkuh dan bertindak mengoyakkan surat nabi, maka nabi S.A.W. menyatakan "Allah S.W.T. membinasakan kerajaannya sebagaimana ia membinasakan suratku".
Method pengambilan hukum yang digunakan oleh Dr Asri di dalam mengistinbatkan seolah menggunakan metodhology zahiri yang hanya melihat makna dan maksud umum daripada sesuatu nas tanpa menggunakan kaedah usul yang betul untuk memahami nas.
PAS tidak berperang dengan kerajaan dengan persenjataan dan menegur menurut batas-batas syariat.
one_G
abu_abdillah_azzam@yahoo.com
http://laptopdarulfiqh.blogspot.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
sememang itu tindakan imam nawawi. tetapi iaitu menyatakan yg salah adalah salah, yg benar adalah benar. namun, adakah beliau menggugurkan ketaatan beliau terhadap pemerintah?
adakah beliau mengajak/menyeru kepada melakukan pemberontakan kpd pemerintah? beliu terus sahaja melakukan nasihat dgn sebaik mungkin, tanpa keluar dari jema'ah pemerintah. malah apabila beliau sendiri dibuang negeri, apakah beliau menubuhkan suatu bentuk kumpulan yang baru bagi menunjukkan tanda protes kpd pemerintahan masa itu?
Post a Comment