MELAHIRKAN PEJUANG KEMERDEKAAN YANG “JIWANG KARAT”
Hari merdeka hampir menjelang. Berjalan diseluruh pelusuk negara, tidak kira kampung atau Bandar, kita akan dapat melihat bendera-bendera Malaysia bergantungan di mana-mana, seakan-akan sudah tibanya waktu pilihanraya.
Menggantungkan jalur gemilang bukanlah bermaksud seseorang itu mempunyai semangat patriotic, ini kerana, ramai “pejuang-pejuang bendera” ini adalah manusia yang ber“otak plastic”.
Mereka menggantungkan bendera, tetapi hakikatnya, mereka itulah manusia yang telah menghancurkan negara dengan agenda “kebendaan” mereka.
UMNO yang merupakan sebuah parti melayu yang mengaku mereka adalah pejuang kebangsaan melayu merupakan pengkhianat kepada bangsa melayu sendiri.
Khianat yang dilakukan tidaklah kepada bangsa sahaja, bahkan khianat tersebut sudah di lakukan terhadap agama bangsa melayu juga.
Menjual Singapura dan “menjahanamkan” orang melayu di Pulau Pinang adalah berpunca dari tangan-tangan pemimpin UMNO.
Melayu UMNO yang menjadi golongan yang haprak di perbodohkan oleh pemimpin yang mementingkan peribadi berbanding bangsa melayu, telah menjadi bangsa yang merempat di negara sendiri.
HARI MERDEKA MENJELANG LAGI
Hari kemerdekaan menjelang lagi, maka ramai dari pemimpin UMNO menggalakkan kepada rakyat mereka menggantung bendera-bendera Malaysia di mana-mana.
Arahan itu, tidak sahaja di keluarkan oleh pimpinan atasan, tetapi arahan tersebut di keluarkan juga oleh pemimpin-pemimpin UMNO bawahan, samada dari peringkat bahagian atau cawangan.
Program di media massa juga menggambarkan kemeriahan ulang tahun kemerdekaan yang hendak disambut itu.
MEDIA MASSA DAN MERDEKA
Media Massa merupakan sebuah saluran media yang dapat mengubah cara berfikir rakyat. Ini dapat dilihat, bagaimana kerajaan Barisan Nasional dapat menutup isu kenaikan harga minyak yang menjadi kemarahan kepada rata-rata rakyat Malaysia, tidak kira pada pihak penyokong kerajaan atau dari pihak pembangkang.
Di hari merdeka kali ini, stesen television, merupakan salah satu media Massa kerajaan, telah menyelitkan semangat kemerdekaan di celah-celah paparan pertemuan antara Mawi dan bekas tunangnya, Ina.
Ini bukanlah satu tuduhan, tetapi reality dan berfakta dari kenyataan Menteri Penerangan, Zainuddin Maidin di akhbar Utusan Malaysia yang bertarikh 30 ogos 2006.
Kenyataan tersebut adalah seperti berikut;
“Zainuddin berkata, ketika rancangan Mawi dan Ina di siarkan, RTM turut tidak ketinggalan untuk menyelitkan mesej kemerdekaan mengenai wira negara yang terkorban semasa menentang komunis”
Seperti yang diketahui, hubungan Mawi dan tunangnya itu sudah berlaku lebih dua bulan, lalu diadakan satu program di RTM dengan tujuan untuk menyatukan kedua-duanya.
Mendengar tajuk program television itu sudah tergambar di pemikiran kita, betapa “jiwang karatnya” program tersebut yang dapat menitiskan air mata “mat-mat dan minah-minah jiwang”.
Kenyataan sebegini sebenarnya amat menyedihkan, ini kerana Malaysia yang ingin memperingati semangat kemerdekaan bukan berusaha kearah membina generasi yang akan mempertahankan negara dan agama di negara ini, tetapi berusaha kearah melahirkan pejuang semangat patriotic yang ber“jiwang karat”.
BAGAIMANA ISLAM MENGHARGAI KEMERDEKAAN
Islam adalah sebuah agama yang menekankan semangat cintakan agama lebih dari segala-galanya.
Islam meletakan cinta manusia itu sebagai cara untuk mengenali Allah, ini kerana, Islam menggalakan persaudaraan di kalangan manusia.
Hasil persaudaraan di kalangan manusia itulah, Rasululllah berjaya mendamaikan Aus dan Khazraj yang berperang didalam kisah “Yaumul Bu’ats”.
Kemerdekaan di mata Islam adalah bebas dari segala ikutan dan “terikat” dengan agenda-agenda sesat yang menyalahi Islam. Kemerdekaan yang sebenar adalah kemerdekaan yang dapat memimpin manusia kearah mencapai keredhaan ilahi.
Islam menuntut kebebasan, dan Islam juga memberi kebebasan. Ini terbukti dengan tindakan baginda berhijrah ke Madinah sebagai tanda mencari kebebasan dalam melakukan perhambaan diri kepada Allah, samada berbentuk ibadat, jihadat, jinayat dan sebagainya.
Juga Islam memberi kebebasan kepada non Muslim, ini terbukti semasa pemerintahan Rasulullah di Madinah, yang mana Rasulullah telah membuka ruang kepada golongan non muslim hidup di bawah pemerintahan Islam, tanpa di khianati terhadap mereka, sehinggakan Rasulullah SAW pernah bersabda;
من آذى ذميا فقد آذانى ومن آذانى فقد آذى الله
Maksudnya;
“barangsiapa yang menyakiti ahli zimmah, sesungguhnya dia menyakitiku dan barangsiapa yang menyakitiku, dia menyakiti Allah”[1]
Kemerdekaan acuan Islam, berasaskan kepada wahyu ilahi itu, menggambarkan umat tidak perlu taat kepada golongan jahat yang suka menjajah.
Jika sebelum pemerintahan Islam, Madinah yang bernama yatsrib sudah mempunyai pemerintahan yang berasaskan kepada peperangan, pergaduhan dan perpecahan. Tetapi setelah kekuasaan Islam memerintah, peperangan, pergaduhan dan pepercahan yang merupakan asas kehidupan orang yatsrib terdahulu, tidak lagi menjadi ikutan Rasulullah SAW, walaupun ada dari kalangan yahudi yang tinggal di Madinah, mencetuskan beberapa kejadian agar berlaku perbalahan di kalangan umat Islam untuk kedua kalinya.
Ini menunjukan bahawa, kemerdekaan yang di tuntut oleh Islam adalah kemerdekaan dalam segala sudut, samada dari sudut pendidikan, kehidupan, pemikiran dan sebagainya.
HAKIKAT KEMERDEKAAN DI MALAYSIA
Melihat kepada reality negara ini, kemerdekaan yang dikecapi sekadar kemerdekaan dari serangan musuh dari sudut ketenteraan sahaja.
Adapun pendidikan, pemikiran, ekonomi dan sebagainya, Malaysia berada di bawah jajahan golongan musuh.
Keterbuktian tersebut adalah dengan kenyataan bekas Perdana menteri, iaitu Tun Dr Mahathir Muhammad yang melahirkan kesedihannya terhadap kepimpinan sekarang yang takut hendak singapura dalam melakukan sesuatu projek.
Walaubagaimanapun, itu merupakan salah satu bukti tentang penjajahan yang berlaku di negara kita kini.
Bahkan disana, banyak lagi penjajahan yang berlaku di negara ini, seperti pendidikkan yang masih berasaskan system secular, ekonomi berasaskan system kapitalis, tentera yang tidak berasaskan kepada jihad Islam, bahkan sekadar semangat nasionalis dan sebagainya.
PENUTUP
Marilah kita menuju kearah kemerdekaan yang diredhai oleh ilahi, mudah-mudahan di berkati oleh Allah.
Wallahu ‘Alam
ONE-G
abu_abdillah_azzam@yahoo.com
http://laptopdarulfiqh.blogspot.com
[1] Lihat dalam buku “negara Islam, Hak dan tanggungjawab Ahli Zimmah” m/s 97.
Tuesday, August 29, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment