Thursday, August 24, 2006
MERDEKA : ANTARA PATRIOTIC ATAU OTAK PLASTIK
MERDEKA : ANTARA PATRIOTIC ATAU OTAK PLASTIK
Tidak lama lagi, hari Kemerdekaan akan disambut di negara ini. Kemerdekaan yang menggambarkan perlunya kebebasan didalam sesebuah negara.
Kebebasan tersebut bermaksud terhindar diri dari tindasan-tindasan dari pihak musuh, samada musuh itu adalah musuh yang nampak dinilai dengan mata kepala atau musuh yang berbentuk “ghaibiyyat”.
SIAPAKAH MUSUH KITA?
Musuh yang nampak adalah musuh yang dinyatakan oleh Allah. Iaitu musuh yang melawan Islam dan ajaran-ajaran Islam.
Musuh Islam itu adalah golongan manusia atau makhluk-makhluk yang lain yang memusuhi ajaran Islam, samada mereka itu dinamakan sebagai Kuffar, munafiq, musyrik dan sebagainya.
Antara musuh yang jelas dinyatakan oleh Allah adalah firman-Nya;
ولن ترضى عنك اليهود ولا النصارى حتى تتبع ملتهم قل إن هدى الله هو الهدى ولئن اتبعت أهواءهم بعد الذي جاءك من العلم مالك من الله من ولي ولا نصير
Maksudnya;
“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: "Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)". Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu”(surah al-Baqarah : 120)
Golongan yahudi dan Nasrani adalah dua golongan yang memusuhi Islam dan mereka berusaha kearah memporak perandakan umat Islam dengan menimbulkan tasykik atau keraguan terhadap Islam.
Mereka telah menyusun berbagai-bagai strategi bagi merosakan umat Islam, samada strategi itu berbentuk perang yang mengorbankan nyawa atau strategi peperangan pemikiran غزوة الفكر agar umat Islam berfikiran seperti mereka.
Walaupun peperangan yang mengorbankan nyawa terhadap umat Islam yang dilancarkan oleh mereka tidak menghasilkan natijah yang menguntungkan kepada mereka, tetapi peperangan pemikiran yang telah dilancarkan mereka telah menghasilkan natijah amat membanggakan mereka.
Kejayaan meresapkan fikrah sikular dan semangat kebangsaan didalam jiwa umat Islam dan pemimpin umat Islam telah melahirkan natijah yang menguntungkan mereka, sehinggakan kita mengetahui bahawa perpecahan dikalangan umat Islam adalah berpunca dari kejayaan fikrah yang diserapkan oleh golongan yahudi laknatullah ‘alaih.
Peperangan di Palastine antara punca mereka dapat mengetahui kejayaan mereka itu, dimana, ketika negara-negara arab diminta untuk bersatu dalam memberi bantuan kepada rakyat palastine, pemimpin arab yang beragama Islam dengan sinisnya menyatakan bahawa mereka tidak perlu memberi bantuan kepada Umat Islam di Palastine, kerana Palastine bukan negara dibawah jajahan mereka.
Semangat kebangsaan yang menebal didalam jiwa pemimpin arab, merupakan bukti yang kuat dan mantap bagi menjelaskan bahawa fikrah yahudiiyyah yang diusahakan oleh yahudi telah berjaya diserapkan didalam jiwa umat Islam kini.
Kelemahan demi kelemahan di hadapi oleh umat Islam, ekoran kelemahan dari segi pemikiran itu. Semuanya berpunca, apabila umat Islam menjadikan yahudi dan nasrani sebagai idola berbanding Islam.
Saidana Omar ada menyebut;
إنا كنا أذل قوم فأعزنا الله بالإسلام فمهما نطلب العز بغير ما أعزنا الله به أذلنا الله
Maksudnya;
“Sesungguhnya kita adalah kaum yang hina, lalu Allah memuliakan kita dengan Islam, selama kita mencari kemulian dengan perkara yang lain dari yang Allah muliakan, nescaya kita akan dihina oleh Allah”[1]
Seperti yang diketahui, Arab merupakan satu bangsa yang pernah mulia dan bertamadun diketika dahulu. Kemuliaan dan ketamadun mereka menyebabkan mereka menjadi bahan ikutan. Kemulian itu adalah berpunca dari mereka menjadikan Islam sebagai cara hidup dan pemerintahan mereka.
Melihat kepada keadaan kini pula, hakikat yang berlaku adalah sebaliknya, ini adalah kerana, mereka telah meninggalkan Islam dan menjadikan semangat kebangsaan arab sebagai cara hidup mereka. Ekoran dari itu, mereka dihina sehina-hinanya.
APAKAH KEMERDEKAAN YANG SEBENAR?
Kemerdekaan sebenar adalah bebas diri, pemikiran, fikrah, tindak tanduk dan sebagainya dari unsur-unsur yang menjajah.
Jika dahulu, Malaysia pernah dijajah oleh British, selayaknya kebebasan yang dikehendaki adalah kita bebas dari pemikiran ala british.
Melihat kepada reality hidup kini, kita mengetahui, rata-rata rakyat Malaysia menjadikan barat sebagai contoh tauladan mereka, sehinggakan mereka lebih dilihat “lebih british dari british”.
Sedangkan didalam Islam, Islam telah memberikan tauladan itu kepada diri Rasulullah SAW
Firman Allah;
لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة لمن كان يرجو الله واليوم الآخر وذكر الله كثيرا
Maksudnya;
“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah” (surah al-Ahzab : 21)
Orang melayu yang dikatakan sebagai antara bangsa yang ramai beragama Islam, kini sudah memandang pemakaian dan bahasa melayu sebagai pemakaian dan bahasa yang tidak bertamadun.
Yang amat menyedihkan lagi, apabila bahasa dan pemakaian melayu tersebut, bukan sahaja tidak dijadikan contoh, tetapi sudah ada orang melayu sendiri yang memperlekeh akan bahasa dan pemakaian tersebut.
Semangat patriotic yang diperjuangkan oleh orang Melayu merupakan satu agenda penipuan yang akhirnya berjaya melahirkan generasi yang ber “otak plastic”.
Setelah dilihat kepada puncanya, kesimpulan dibuat adalah kerana, orang melayu sudah mengambil kemuliaan selain dari Islam.
والله أعلم بالصواب
Sekian
One_G
abu_abdillah_azzam@yahoo.com
http://laptopdarulfiqh.blogspot.com/
[1] (المستدرك على صحيحين ج 1 / ص 130) رقم الحديث 207
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment