buletin kristian untuk penganutnya didalam bahasa Melayu dan Indonesi
nama Syarikat yang menyediakan tempat untuk orang melayu murtad kepada Kristian
PILIHANRAYA KE 12 :
MARI KITA TOLAK KERAJAAN BARISAN NASIONAL BAGI MENYELESAIKAN JENAYAH MURTAD
Hari ahad yang lalu, memandangkan dengan isu murtad yang sering dibincangkan oleh ramai umat Islam di Malaysia kini, ditambahi lagi dengan dakwaan beberapa pihak yang mengatakan bahawa di Petaling Jaya sudah ada gereja orang melayu, aku dan beberapa orang sahabat telah pergi ke Petaling Jaya untuk memastikan dakwaan tersebut.
Semasa kami disana, kami tidak berjumpa gereja yang didakwa tersebut. Walaubagaimanapun, kami diberitahu oleh seorang lelaki berbangsa cina, beragama kristian, menyatakan di Seksyen 13, Petaling Jaya, ada sebuah gereja (kelas pengajian kristian) didalam bahasa melayu dan Indonesia.
Kami ke sana sebagai seorang yang penyamar, bagi mengetahui kisah yang sebenar.
Setelah kami masuk didalam kelas pengajian tersebut, kami dapati kebanyakan pelajar-pelajar yang belajar dikelas tersebut terdiri dari kalangan orang yang berbangsa Indonesia.
Walaubagaimanapun, kami dapati beberapa orang yang berbangsa melayu yang menjadi pelajar dan mengelolakan kelas pengajian tersebut.
Kami mendengar ulasan dari guru yang mengajar tersebut. Mendengar “ceramah kristian” itu, terlintas difikiranku tentang ajaran ahli kitab tersebut.
Ajarannya saling tidak tumpah, serupa dengan pengajian ilmu tasawwuf yang diajar oleh guru-guru tasawwuf di masjid dan surau.
Setelah habis kelas pengajian, sebelum mengakhirinya, mereka mengadakan “zikir munajat” didalam bahasa melayu Indonesia yang seakan-akan menyerupai “iktirof” di dalam zikir-zikir yang diamalkan oleh umat islam, tetapi bacaan “zikir munajat” diiringi dengan muzik yang dilatari gitar dan drum.
Dua pemain gitar adalah orang lelaki yang berbansa melayu dan pemain drum tersebut pula adalah seorang remaja perempuan yang berbangsa melayu juga.
Kami sempat bertaaruf dengan seorang dari pemain gitar tersebut, kami dapati, dia seorang lelaki melayu yang berasal dari negeri perak, yang sudah lama beragama kristian dan merupakan pengelola kelas pengajian kristian didalam bahasa melayu dan Indonesia.
Kami juga sempat bersembang dengan seorang pelajar berbangsa melayu yang mengenalkan dirinya sebagai “Pa” yang berasal dari perak juga, tetapi kami tidak sempat mendalami puncanya dia bersama kristian dan menolak Islam sebagai agama dirinya.
APA TINDAKAN KITA?
Di dalam perjalanan pulang dari gereja tersebut, aku terfikir beberapa perkara berkenaan adat istiadat keagamaan kristian tersebut.
Antaranya, aku memikirkan amalan zikir munajat yang diamalkan oleh mereka yang disertai dengan alunan muzik, yang ianya menyerupai nasyid-nasyid Islam yang sedang hangat dipasaran kini.
Aku tidak mengatakan, amalan nasyid-nasyid ini adalah sesuatu yang haram, tetapi aku memikirkan dimanakah punca pengamalan nasyid-nasyid Islam itu?
Apakah amalan nasyid tersebut “diciplak” dari ajaran kristian atau bagaimana?
Mungkin fikiranku kearah perkara tersebut (nasyid-nasyid Islam yang mengalunkan muzik) sesuatu yang remeh, tetapi apa yang lebih penting adalah, mengapakah “Pa” meninggalkan Islam dan memeluk ajaran kristian.
Pemikiranku masih lagi melayang terhadap kejadian tersebut, tiba-tiba handsetku berbunyi yang menandakan ada messege dari kawan-kawan.
Messej itu datangnya dari seorang kawan yang baru ku kenali yang aku merasakan betapa kesungguhannya didalam melakukan usaha dakwah islam ini.
Dia mempersoalkan tugas dakwah yang di abaikan oleh umat Islam kini, terutama dari pihak Jemaah-jemaah islam di kampus-kampus dan di dalam negara.
Persoalan tersebut seakan-akan menjawab persoalanku tentang “mengapakah “Pa” boleh murtad dan meninggalkan agama Islam”
Aku tidak terfikir untuk memusatkan kesalahan itu kepada kerajaan Malaysia, ini kerana, Kerajaan yang murtad amat mustahil untuk menyelesaikan gejala murtad.
Tetapi fikiran dan perasaanku lebih suka menyalahkan kepada gerakan dan jemaah Islam yang mendabik dada sebagai memperjuangkan dakwah Islamiyyah, tetapi usaha mendampingi dan menyelami perasaan saudara-saudara melayuku yang telah murtad itu tidak dilaksanakan.
APAKAH PAS PERLU DI PERSALAHKAN?
Pas seperti yang dimaklumi adalah sebuah parti Islam yang bukan sekadar berpolitik kepartian, tetapi ianya juga merupakan sebuah gerakan Islam yang mahu mendaulatkan undang-undang Islam di negara ini.
PAS di tubuhkan atas kaedah ;
ما لا يتم الواجب الا به فهو واجب
Maksudnya;
“tidak akan sempurna sesuatu yang wajib, melainkan dengannya, maka melaksanakannya adalah sesuatu yang wajib”[1]
Setelah kejatuhan Daulah Othmaniyyah di turki, umat Islam sudah tidak mempunyai khilafah. Ekoran dari itu, bagi berusaha untuk melaksanakan Islam sekadar kemampuan ini, memerlukan kuasa memerintah.
Kekuasaan memerintah tersebut, agak mustahil untuk didapati melainkan dengan penubuhkan parti-parti Islam yang berusaha kearah perlaksanaan undang-undang Islam tersebut.
Tertubuhnya PAS di Malaysia adalah sesuatu keperluan secara Syari’I, ini kerana, tanpanya, bagaimana Islam hendak didaulatkan dinegara ini.
Ada dari kalangan penulis dan pensyarah Universiti mendakwa bahawa Malaysia yang didokong oleh kerajaan barisan Nasional adalah sebuah negara dan kerajaan Islam, ini kerana, mempunyai perlembagaan yang menyatakan bahawa Islam adalah agama rasmi dan agama persekutuan kerajaan ini[2].
Amat salah dakwaan itu, kerana, sesebuah kerajaan Islam, bukan sekadar menjadikan Islam sebagai agama rasmi, tetapi kerajaan Islam adalah kerajaan yang akan “mendaulatkan Islam”.
Melihat scenario ini, sudah cukup untuk kita menilai bahawa, Malaysia bukan kerajaan Islam dan negara Islam, ini kerana Malaysia tidak pernah mendaulatkan Islam dan banyak undang-undang dan tindakan-tindakan mahkamah yang merugikan dan membelangkan Islam itu sendiri.
Isu murtad Aisyah Bukhari dan Azlina Jailani atau dikenali dengan “lina Joy” menjadi bukti bahawa Islam di Malaysia merupakan agama yang dipermain-mainkan oleh kerajaan Barisan Nasional yang memerintah.
Firman Allah;
وإذا لقوا الذين آمنوا قالوا آمنا وإذا خلوا إلى شياطينهم قالوا إنا معكم إنما نحن مستهزؤون الله يستهزئ بهم ويمدهم في طغيانهم يعمهون أولئك الذين اشتروا الضلالة بالهدى فما ربحت تجارتهم وما كانوا مهتدين
Maksudnya;
“Dan bila mereka berjumpa dengan orang-orang yang beriman, mereka mengatakan: "Kami telah beriman". Dan bila mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka mengatakan: "Sesungguhnya kami sependirian dengan kamu, kami hanyalah berolok-olok (bermain-main). * Allah akan (membalas) olok-olokan(main-main) mereka dan membiarkan mereka terombang-ambing dalam kesesatan mereka * Mereka itulah orang yang membeli kesesatan dengan petunjuk, maka tidaklah beruntung perniagaan mereka dan tidaklah mereka mendapat petunjuk” (surah al-Baqarah : 14-16)
PAS ingin memerintah di negara ini. Dengan pemerintahan PAS, PAS akan menggubal undang-undang dan menukar system yang ada kearah kedaulatan undang-undang Islam.
Dengan system pemerintahan yang berasaskan Islam sahaja dapat menyelesaikan masalah-masalah yang berlaku di negara ini, terutama sekali masalah murtad yang telah menimpa umat Islam di Malaysia.
RAMAI YANG MENYALAHKAN INDIVIDU MURTAD, TETAPI TIDAK MENYALAHKAN SISTEM PEMERINTAHAN YANG MURTAD.
Riddah atau Murtad dari sudut bahasa Arab bermaksud berpaling dari sesuatu kepada sesuatu yang lain.([3])
Menurut Istilah Syarak, Murtad bererti: Berpaling (Keluar) daripada agama Islam dengan memasuki ugama lain. Samada perpindahan ugama (murtad) ini berlaku disebabkan i'tikad (pegangan dan kepercayaan di dalam hati), perbuatan dan perkataan. ([4])
Didalam buku “Jarimah Ar-Riddah, Wa ‘Uqubah al-murtad, fi Dau al-Quran dan As-Sunnah”, Dr Yusuf Al-Qardawi menjelaskan bahawa murtad tidak dibataskan kepada individu-individu tertentu sahaja, bahkan disana ada satu murtad yang dinamakan sebagai murtad pihak berkuasa[5].
Kemurtadan pihak berkuasa ini adalah berpunca dari system yang diamalkan oleh pihak berkuasa yang tidak mengambil undang-undang Islam, tetapi lebih mengatakan bahawa undang-undang bukan Islam itu lebih baik dari segala-galanya.
Firman Allah;
ألم تر إلى الذين يزعمون أنهم آمنوا بما أنزل إليك وما أنزل من قبلك يريدون أن يتحاكموا إلى الطاغوت وقد أمروا أن يكفروا به ويريد الشيطان أن يضلهم ضلالا بعيدا
Maksudnya;
“Apakah kamu tidak memperhatikan orang-orang yang mengaku dirinya telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadamu dan kepada apa yang diturunkan sebelum kamu ? Mereka hendak berhakim kepada thaghut, padahal mereka telah diperintah mengingkari thaghut itu. Dan syaitan bermaksud menyesatkan mereka (dengan) penyesatan yang sejauh-jauhnya” (surah an-nisa’ : 60)
Di dalam kitab “Lubab An-nuqul fii asbab An-nuzul”, Imam As-Sayuti menjelaskan, antara ketagori taghut adalah orang yang mengatakan undang-undang yang berasaskan hawa nafsu itu lagi baik dari hukum Allah[6].
Syaikh Abdullah bin Omar bin Sulaiman ad-Damiji menukilkan dari perkataan Syaikh Muhammad bin Ibrahim di dalam bukunya yang bertajuk “Tahkim Al-Qawanin”, taghut bermaksud “Melampaui batas. tiap-tiap berhukum dengan yang lain dari bawakan nabi SAW, maka dia telah berhukum dengan Taghut[7]”
Memahami dari pembahagian murtad itu, tidaklah dari sudut individu sahaja, tetapi murtad itu juga terbahagi kepada murtad pihak berkuasa, maka selayaknya dipertanggungjawabkan bahawa berlakunya gejala murtad di Negara ini adalah berpunca dari pengamalan system yang berteraskan kepada taghut yang murtad itu.
APAKAH TUGAS KITA?
Jika hendak mengharapkan kerajaan yang murtad ini hendak menyelesaikan isu murtad adalah sesuatu yang silap, ini kerana, mana mungkin seorang doctor yang kena penyakit kurap dapat mengubat pesakit kurap. Samada kurap itu masih kekal pada pesakit tersebut atau penyakit kurap itu akan bertambah, ekoran terjangkit dari kurap dari doctor yang kurap tadi.
Maka dengan itu, sebagai umat islam, wajib kita mengambil tanggungjawab untuk menyelesaikan isu ini semampu yang kita mampu.
Tanggungjawab tersebut, hendaklah difikirkan bersama agar racun murtad ini tidak lagi berjangkit kepada umat Islam yang lain.
Menolak kerajaan Barisan Nasional merupakan sesuatu yang wajib, ini kerana, Kerajaan Barisan Nasional tidak pernah “mengubankan kepala” bagi memikirkan kesalahan murtad yang berleluasa di negara ini.
Berfikirlah wahai saudara-saudari seagamaku sekelian!!!!!!!!!!
Sekian
One_G
abu_abdillah_azzam@yahoo.com
http://laptopdarulfiqh.blogspot.com
[1] Kaedah fiqhiyyah. Lihat dalam kitab “al-Imamah Al-Uzma ‘Inda Ahli Sunnah Wa Al-Jamaah: karangan Syaikh Abdullah bin Omar bin Sulaiman ad-Damiji; m/s 58.
[2] Perlembagaan Persekutuan, fasal 3 (1).
([3]) Lihat الفقه الإسلامي وأدلته karangan Professor Dr Wahbah Al-Zuhaili : Jil 6 m/s183.
([4]) Lihat الفقه الإسلامي وأدلته karangan Professor Dr Wahbah Al-Zuhaili : Jil 6 m/s183.
[5] Jarimah Ar-Riddah, Wa ‘Uqubah Ar-Riddah, Fi Dau Al-Quran dan As- Sunnah : m/s 71
[6] Lubabun nuqul fii asbabin nuzul dalam membahaskan ayat 60 surah an-nisa’.
[7] Al-Imamah Al-‘Uzma ‘Inda Ahl Sunnah Wa Al-Jamaah : 102.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
ana bersetuju dengan anta. ttp ana lebih melihat kepada kesalahan itu kepada sistem pemerintahan.
kita tidak nafikan, dikala Islam bermula di Makkah, walaupun tekanan terlalu hebat dari golongan kuffar, tetapi para sahabat mempunyai kekuatan aqidah yang mantap.
didalam marhalah madinah pula, Rasulullah SAW membina sistem pemerintahan yang memberi penjagaan kepada agama umat Islam di madinah ketika itu.
kesalahan dari pihak orang Islam yang murtad perlu dipersalahkan, tetapi kesalahan utama yang perlu dipersalahkan adalah sistem pengamalan di dalam sesebuah negara yang boleh melahirkan generasi yang tidak beragama, bermoral, berakhlak dan sebagainya.
terima kasih kerana memberi komen!!!
sekian
ustaz,
saya pula berfikir adakah kita mahu menunggu pemerintahan semata-mata untuk berdakwah?
jika perkara ini dibiarkan, dan kemudian katalah PAS menang pilihanraya. Kemudian kuatkuasakan undang-undang murtad.
adakah secara otomatiknya jiwa mencintai islam akan tersemai?
adakah secara otomatiknya semua artis akan berhenti menyanyi lagu lalai dan mula nyanyi nasyid atau berzikir?
adakah semua artis yang free hair akan pakai tudung dan tutup aurat kerana cintakan islam.
adakah puak-puak underground music akan berhenti gig dan jamming?
adakah puak-puak murtad akan berhenti dari menjalankan kelas murtad,yng tidak dapat dikesan oleh pihak penguasa?
saya fikirkan kaedah kerjasama dan berganding bahu perlu dijalankan.
mungkin kerana ustaz dah kata kerajaan sekarang adalah kerajaan murtad maka tiada lagi kerjasama yang boleh dilakukan,dan usaha-usaha untuk menang pilihanraya satu-satunya langkah untuk menyelesaikan masalah murtad..
jgn ustaz lupa, di bawah kerajaan ada jakim ada mufti ada badan agama.. adakah kerjasama benar-benar wajar ditolak? dan adakah kekuatan akan muncul untuk selesaikan masalah ini hanya dengan menang pilihanraya.
saya tetap tak dapat lihat kewajaran berfikir begitu. saya masih rasa wajar diadakan kerjasama dalam memerangi puak murtad. bukan dengan mengurangkan batalion, tetapi menambahkan batalion dan kuatkan kesatuan,pihak umno di kalangan islam pasti ada yang masih beriman pada Allah. saya masih tidak dapat terima istilah murtad dan kafir dalam anggota kerajaan.
saya tak mengerti strategi begini.
saya rasa usaha memeranginya dengan meningkatkan usaha dakwah bagi menjaga yang sedang beriman,dan bekerjasama menghapuskan gerakan murtad dengan kerjasama pihak berkuasa (seperti memaklumkan jakim,membuat laporan polis dan sbg nya),itu lebih berkesan dari menumpukan kepada kemenangan pilihanraya semata-mata untuk jalankan hukuman.
kalo nak tumpu pilihanraya pun tumpulah.. yg penting semua umat islam wajar disedarkan akan bahaya murtad dengan penyebaran maklumat dan kerjasama yang padu. kalau boleh bersatu di bawah Gabungan Pemuda untuk kecam israel,kenapa tak boleh bersatu dalam memerangi murtad dan perkasakan dakwah secara bersama?
terima kasih atas komen..
kalau anta tengok kepada tajuk ana, sudah memadai anta menilai maksud perbahasan ana..
walaubagaimanapun, mengikut keadaan sekarang, kita perlu melakukan sesuatu untuk mengatasi gejala murtad yang sedang merebak.
disamping berusaha membenteras gejala murtad mengikut kadar kemampuan itu, tetapi menjatuhkan kerajaan BN juga merupakan sesuatu kemestian, ini kerana, sistem adalah punca utama berlakunya gejala murtad.
kalau kita hendak bela binatang, mesti diberikan makanan yang bagus-bagus, agar binatang tersebut makin sehat dan cergas.
tetapi, kalau binatang tersebut, disamping diberi makanan yang bagus-bagus, diberikan juga racun, kemungkinan makanan yang bagus itu tidak memberi kesan kepada binatang itu, bahkan binatang itu boleh mati.
begitujuga tindakan kita dalam menyelesaikan gejala murtad, tanpa kita menjatuhkan kerajaan murtad, Barisan Nasional..
sekian.
terima kasih atas komen...
ana setuju dengan semut hitam... sebab tu, pada penilaian ana, PAS sedang menuju kearah kesempurnaan, tetapi dalam keadaan tenaga penggerak yang terbatas..
PAS pun ada kekuarangan, tetapi kekuarangan itu berada pada gerak kerja, bukan pada prinsipnya.
Kelemahan pada BN dalam isu murtad adalah kelemahan pada prinsip dan gerak kerja.
apabila prinsip sudah salah, maka gerak kerja pun akan sama menjadi salah..
terima kasih kepada saudara kerana memberi komen...
sekian
World Of Warcraft gold for cheap
wow power leveling,
wow gold,
wow gold,
wow power leveling,
wow power leveling,
world of warcraft power leveling,
wow power leveling,
cheap wow gold,
cheap wow gold,
maternity clothes,
wedding dresses,
jewelry store,
wow gold,
world of warcraft power leveling
World Of Warcraft gold,
ffxi gil,
wow account,
world of warcraft power leveling,
buy wow gold,
wow gold,
Cheap WoW Gold,
wow gold,
Cheap WoW Gold,
wow power leveling
world of warcraft gold,
wow gold,
evening gowns,
wedding gowns,
prom gowns,
bridal gowns,
oil purifier,
wedding dresses,
World Of Warcraft gold
wow gold,
wow gold,
wow gold,
wow gold,
wow power level,
wow power level,
wow power level,
wow power level,
wow gold,
wow gold,
wow gold,
wow po,
wow or,
wow po,
world of warcraft gold,
cheap world of warcraft gold,
warcraft gold,
world of warcraft gold,
cheap world of warcraft gold,
warcraft gold,buy cheap World Of Warcraft gold
Maple Story mesos,
MapleStory mesos,
ms mesos,
mesos,
SilkRoad Gold,
SRO Gold,
SilkRoad Online Gold,
eq2 plat,
eq2 gold,
eq2 Platinum,
EverQuest 2 Platinum,
EverQuest 2 gold,
EverQuest 2 plat,
lotro gold,
lotr gold,
Lord of the Rings online Gold,
wow powerleveling,
wow powerleveling,
wow powerleveling,
wow powerleveling,world of warcraft power leveling
ffxi gil,ffxi gil,ffxi gil,ffxi gil,final fantasy xi gil,final fantasy xi gil,final fantasy xi gil,final fantasy xi gil,world of warcraft gold,cheap world of warcraft gold,warcraft gold,world of warcraft gold,cheap world of warcraft gold,warcraft gold,guildwars gold,guildwars gold,guild wars gold,guild wars gold,lotro gold,lotro gold,lotr gold,lotr gold,maplestory mesos,maplestory mesos,maplestory mesos,maplestory mesos, maple story mesos,maple story mesos,maple story mesos,maple story mesos,
u3x6k7ji
Post a Comment