Thursday, September 28, 2006

MISTERI KRISIS GULA : APABILA ADA GOLONGAN YANG TIDAK FIKIR TENTANG DOSA DAN PAHALA

MISTERI KRISIS GULA : APABILA ADA GOLONGAN YANG TIDAK FIKIR TENTANG DOSA DAN PAHALA

Utusan Malaysia bertarikh 28 september 2006 melaporkan di muka depannya tentang misteri krisis gula. Didalam kenyataan akhbar tersebut, menyatakan tentang kekeliruan dakwaan dari dua orang menteri, iaitu Rafidah Aziz yang memegang amanah sebagai menteri MITI dan Syafie Afdhal yang memegang amanah sebagai menteri perdagangan dalam negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Menurut berita, Syafie menyatakan “saya cukup bimbang melihat masalah kekurangan gula dalam lawatan ke beberapa buah negeri, beberapa bulan lalu”

Adapun Rafidah pula menyatakan, “negara sebenarnya tidak mengalami masalah ketiadaan gula. Bekalan yang dikeluarkan lebih daripada mencukupi”.

Hasil dari membaca dua kenyataan ini sudah cukup untuk kita menilai tentang kebobrokan pemerintahan Barisan Nasional ini.

















APA PUNCANYA?

Membaca berita sebegini, menyebabkan kita terfikir punca berlakunya.

Didalam makalah penulis dalam 3 atau 4 bulan lepas, penulis ada mengemukakan pandangan tentang punca berlakunya kehilangan gula dipasaran. Penulis berpendapat, kehilangan gula tidak layak dipersalahkan kepada peniaga atau pemborong yang melakukan “ihtikar” atau monopoli sahaja, bahkan kesalahan yang patut di bincangkan adalah persoalan “tas’ir” atau penetapan harga minyak dipasaran rakyat.

Membaca berita hari ini, persoalan yang sama tergambar di pemikiran penulis. Ekoran dari itu, penulis ingin memberi beberapa komentar dalam isu yang sedang dibincangkan.

PAHALA DAN DOSA ADALAH DUA UNSUR UTAMA?

Pahala dan dosa adalah sesuatu yang susah difahami dengan pengetahuan sains semata-mata, bahkan ianya boleh difahami melalui iman.

Firman Allah;

الذين يؤمنون بالغيب ويقيمون الصلاة ومما رزقنا هم ينفقون

Maksudnya;
“yaitu) mereka yang beriman[13] kepada yang ghaib[14], yang mendirikan shalat[15], dan menafkahkan sebahagian rezki[16] yang Kami anugerahkan kepada mereka”

(Surah al-Baqarah : 3)

Antara perkara ghaib yang wajib diimani adalah dosa dan pahala. Ajaran samawi sememangnya mengajar manusia tentang dua unsur penting ini, ekoran perasaan manusia tentang kewujudan dua unsur inilah, manusia akan dapat melakukan amalan baik dan meninggalkan larangan Allah.

Kebinasaan di daratan dan di lautan adalah berpunca dari tangan-tangan manusia yang tidak pernah terfikir tentang dua unsur utama ini.

Firman Allah;

ظهر الفساد في البر والبحر بما كسبت أيدي الناس

Maksudnya;
“Telah nampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusi”

(Surah ar-Rum : 41)

Penetapan undang-undang dunia merupakan cara untuk mengawasi manusia dari melakukan kesalahan yang berbentuk jasmani. Manusia boleh takut melanggar undang-undang lalu lintas, dikala kehadiran polis atau JPJ. Tetapi manusia berani melanggar undang-undang yang sama dikala ketiadaan polis atau JPJ.

Ini menyalahi dengan penerapan aqidah yang dikehendaki oleh Allah, ini kerana, Allah mengajar manusia sentiasa berfikir dan merasakan bahawa diri mereka tidak lepas dari pengawasan raqib atid yang sentiasa mengawasi tingkah laku kita.

Ekoran dari itulah, manusia tidak akan mencuri, ini kerana, mereka merasakan kewujudan disisi mereka oleh “polis rohani” dan “JPJ rohani” iaitu malaikat yang kerjanya mencatit amalan baik dan buruk.

Firman Allah;

ما يلفظ من قول إلا لديه رقيب عتيد
Maksudnya;
“Tiada suatu ucapanpun yang diucapkannya melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir”

(Surah Qaf : 18)


Memahami konsep dua unsur utama ini, sudah memadai manusia hidup diatas muka bumi ini dengan aman dan sentosa.

UNSUR DOSA DAN PAHALA DI NAFIKAN OLEH UMNO

Manusia yang tinggal didalam negara yang dipenuhi penduduk yang beragama Islam, tidak selayaknya merasa takut dan gerun dalam menjalani kehidupan harian, ini kerana, dengan dua unsur ini, manusia tidak akan melakukan perkara yang merosakan kehidupan mereka.

Tetapi amat menyedihkan, apabila dua unsur ini telah di hapuskan didalam “kamus kehidupan manusia” di negara ini oleh satu puak yang bernama “UMNO”.

UMNO amat jelas telah mengharamkan dua unsur sebegini menjadi bahan utama dalam menjalani kehidupan.

Hal ini terbukti dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, merupakan salah seorang menteri dalam kerajaan Islam Hadhari yang mengatakan bahawa tiada soal dosa dan pahala dalam urusan politik, dengan katanya pada sidang akhbar selepas melawat peti undi Kubang Gatal, Pasir Mas dalam pilihanraya kecil di Pengkalan Pasir;
``Tidak ada mana-mana fatwa pun yang menyatakan bahawa undi Pas dapat pahala, undi Barisan Nasional (BN) dapat dosa ataupun undi Pas masuk syurga, undi BN masuk neraka.
``Ini semua adalah mainan politik karut marut yang sebenarnya tak masuk akal dan saya percaya pengundi Pengkalan Pasir tidak akan termakan dengan hujah-hujah seperti ini,''[1]
Kenyataan sebegini sudah cukup difahami secara mafhumnya bahawa Timbalan Perdana Menteri menafikan unsur pahala dan dosa dalam sudut pemikiran umat Islam di Malaysia.

MARI KITA SELESAI ISU GULA DENGAN UNSUR DOSA DAN PAHALA!!!

Memahami dari ulasan diatas, sudah cukup kita menilai bahawa, kelemahan dalam menguruskan gula yang berlaku di negara ini adalah berpunca dari sikap UMNO yang telah menafikan unsur dosa dan Pahala dalam kehidupan manusia.

Apabila manusia sudah tidak mengendahkan pahala dan dosa, maka bermulalah manusia melakukan tindakan ihtikar, monopoli, tas’ir, menaikan harga minyak sesuka hati dan sebagainya.

Golongan peniaga atau pemborong yang berani memonopoli gula berpunca dari mereka sudah tidak mengendahkan dosa dan pahala. Mereka tidak mengendahkan dosa dan pahala, berpunca dari sikap kerajaan yang menaikan harga minyak tanpa merujuk kepada dosa dan pahala.

Maka dengan demikian, sudah tiba masanya kita kembali kepada ajaran Islam yang sebenar, iaitu ajaran yang menekankan dosa dan pahala, agar isu kekurangan gula dapat di atasi.

Bagi mengubah kerajaan Barisan Nasional yang menafikan dosa pahala tersebut, maka marilah kita memilih kerajaan yang berasaskan kepada dosa pahala, mudah-mudahan dengan pemerintahan sebegini mendapat berkat dari Allah.

Firman Allah;

ولو أن أهل القرى آمنوا واتقوا لفتحنا عليهم بركات من السماء والأرض

Maksudnya;
“Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi”

(Surah Al-‘Araf : 96)

Sekian


One_G

abu_abdillah_azzam@yahoo.com
http://laptopdarulfiqh.blogspot.com





[1] Lihat “Utusan Malaysia” : 3 disember 2005.

No comments: