PRA SYARAT KEMENANGAN ISLAM!!!!!!!
MUQADDIMAH
Hadis;
حدثنا محمد بن عبد الله بن إبراهيم نا أحمد بن الحسين الحذاء نا شباب بن خياط نا حشرج بن عبد الله بن حشرج حدثني أبي عن جدي عن عائذ بن عمرو المزني عن النبي قال الإسلام يعلو ولا يعلى
Maksudnya;
“Islam itu tinggi, tiada yang lebih tinggi (dari Islam)[1]”
Islam mengajar kita, dikala melakukan ibadat tertakluk kepada syarat-syarat. Sekiranya syarat tersebut tidak dilakukan, maka ibadat tersebut menjadi batal atau tidak sah.
Menunaikan solat, diwajibkan menyempurnakan syarat-syaratnya. Penunaian solat tanpa mencukup syarat boleh mengakibatkan kebatalan solat, seperti bersolat dalam keadaan tidak berwudu’, membuka aurat dan sebagainya.
Begitujuga dalam menuju kemenangan Islam. Islam mewajibkan kepada umatnya berjuang bagi mendaulatkan Islam.
Kedaulatan itu memerlukan kepada pekerja-pekerja Islam yang melakukan syarat-syarat kemenangan Islam. Tanpa melakukan syarat-syarat tersebut, kemenangan Islam hanya sekadar sebutan tanpa mencapai kejayaannya.
Dalam kertas kerja ini, penulis mendedahkan beberapa syarat-syarat kemenangan Islam. Mudah-mudahan dengannya dapat menjadi input motivasi diri pejuang Islam untuk melaksanakan tanggungjawab Islam. Amin……
SYARAT-SYARAT KEMENANGAN ISLAM
1. IKHLAS
Ikhlas merupakan sesuatu yang utama dalam gerakan Islam. Tanpa keikhlasan, ibadat yang sebesar mana pun tidak akan di terima oleh Allah.
Ibadat yang diterima oleh Allah hendaklah berdasarkan kepada 2 Syarat, iaitu adalah seperti berikut;
a. Ikhlas.
b. Mengikut cara dan tunjuk ajar Rasulullah SAW.
Firman Allah;
بلى من أسلم وجهه لله وهو محسن فله أجره عند ربه ولا خوف عليهم ولا هم يحزنون
Maksudnya;
“(Tidak demikian) bahkan barangsiapa yang menyerahkan diri kepada Allah, sedang ia berbuat kebajikan, maka baginya pahala pada sisi Tuhannya dan tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.”
(Surah Al-Baqarah : 112)
Perjuangan Nabi membuktikan bahawa keikhlasan nabi dalam menyampaikan Islam kepada masyarakat, walaupun dikhinanati dan siksa oleh golongan kuffar.
Keikhlasan dalam menyampai dakwah Islamiyyah ini tidak dibataskan kepada Rasulullah SAW sendiri, bahkan keikhlasan itu jelas tergambar kepada perjuangan para sahabat.
Sifat mahukan jawatan, minta dicalonkan dan sebagainya adalah tindakan yang selayaknya tidak wujud dalam jiwa pejuang-pejuang Islam. Ini kerana, sabda Rasulullah SAW;
لا تطلب الإمارات فإنك إن طلبتها فأوتيتها وكلت إليها وإن لم تطلبها أعنت عليها
Maksudnya;
“(Wahai Abdur Rahman bin Samurah) Jangan kamu minta jawatan. Sekiranya kamu minta, lalu kemu diberikan (jawatan itu), kamu akan diwakilkan kepada diri kamu sendiri(tidak mendapat pertolongan malaikat). Sekiranya kamu tidak meminta jawatan itu, kamu akan dibantu[2]”
2. KEGIGIHAN DAN KESUNGGUHAN
Tanpa kesungguhan dan kegigihan, segala matlamat tidak akan terhasil.
Kalau Imam As-Syafii pernah memberi nasihat kepada pelajarnya supaya bersungguh-sungguh untuk mendapatkan ilmu, maka begitu jugalah untuk mendapat kejayaan dalam kemenangan Islam.
Berkata Imam As-Syafi’I;
اخى لن تنال العلم الا بستة * سانبيك عن مكنونها بيان * ذكاء وحرص واجتهاد وبلغة * وارشاد استاد وطول زمان
Maksudnya;
“Tidak akan mendapat ilmu melainkan enam, Cerdik, berkemahuan, bersungguh-sungguh, ada bekalan, berkawan dengan guru dan panjang masanya[3]”
Begitujuga dalam berusaha menyampaikan dakwah Islamiyyah kepada manusia.
Melihat kepada sirah Rasulullah SAW dan para sahabat, kita dapat menilai bagaimana kesungguhan dan kegigihan mereka menyampaikan Islam.
Didalam peristiwa israk dan mikraj, kita dapat melihat bagaimana kesungguhan Rasulullah SAW dan Zaid bin Harisah dalam menyampaikan dakwah, sehinggakan semasa baginda di Taif, baginda SAW di baling batu oleh orang taif.
Dan begitujuga kita dapat melihat bagaimana usaha dakwah yang dilakukan oleh ‘Amru bin Al-‘As yang telah mengislamkan dan mengarabkan negara mesir yang pada asal masyarakatnya beragama nasrani dan berbangsa qibtiyyah.
3. KESABARAN
Didalam menunaikan tugas Islam, sememangnya berjumpa dengan berbagai-bagai dugaan dan ujian dari pihak musuh.
Musuh yang dimaksudkan, kadangkala dari dalaman (munafiq) atau musuh luaran (kuffar).
Begitujuga, kadangkala ujian yang menimpa itu datang dari sifat kemalasan pejuang-pejuang islam itu sendiri, ujian keluarga yang tidak memahami tujuan perjuangan ini dan sebagainya.
Bagi menghadapi segala kesusahan ini, memerlukan kepada kesabaran yang tinggi, agar segala ujian dan dugaan dapat dihadapi dengan bijak.
Sesungguhnya janjian mulia bagi orang yang dapat menghadapi sesuatu ujian itu dengan kesabaran.
Firman Allah;
يأيها الذين آمنوا استعينوا بالصبر والصلاة إن الله مع الصابرين
Maksudnya;
“Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar”
(Surah Al-Baqarah : 153)
Ayat ini menggambarkan betapa kaitannya antara solat dengan sabar.
Difardukan solat didalam kisah Israk dan mikraj. Kisah israk dan mikraj ini sebenarnya adalah kisah menggambarkan kisah perjuangan seseorang insan pejuang islam yang bernama Muhammad SAW.
Didalam menyampaikan tugas dakwah itu, Rasulullah SAW menghadapi berbagai-bagai dugaan, lalu dugaan itu dihadapi oleh Nabi dengan kesabaran, sehinggakan Nabi telah diberikan kemenangan oleh Allah.
Imam Ibnu Kathir menyebut di dalam Kitabnya “Tafsir Al-Quran al-‘Aziz”[4], sabar itu ada dua jenis, iaitu seperti berikut;
a. Sabar dari melakukan maksiat, dan;
b. Sabar dalam melakukan taat.
Sebagai pejuang Islam, antara ketaatan yang perlu ditunaikan adalah menyampaikan dakwah Islamiyyah, yang dengannya kemenangan Islam akan tercapai.
4. MEMPUNYAI KEKUATAN AQIDAH YANG MANTAP
Aqidah adalah sesuatu yang penting didalam setiap kehidupan harian kita. Tanpa aqidah, manusia berada dalam keadaan yang tidak berpaut.
Aqidah bermaksud mengikatkan diri dengan sesuatu ikatan yang bersifat ghaibiyyat.
Maka dengan itu, dengan kemantapan aqidah, manusia akan terus berjuang sehingga titisan darah yang terakhir.
Dengan aqidah, manusia akan mencapai kecintaannya kepada Allah. Ini kerana, Allah adalah tuhan yang bersifat “ghaibiyyat”. Maka apabila kita meletakan kepercayaan kita kepada Allah yang ghaibiyyat itu, maka kecintaan kita kepada Allah akan berputik.
Apabila manusia sudah meletakan cintanya kepada Allah melebihi segala-galanya, bermulalah manusia melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang dipertanggungjawabkan oleh Allah kepada mereka.
Pepatah India ada menyebut;
محبت بهى زندكى كى طرح هوتى هين , هر جس كوج نهين هوتى , هر موت أسان هوجاتى هين
Maksudnya;
“kecintaan menyerupai dengan kehidupan, setiap perkara tidak akan dirasai susah dan kematian itu dianggap mudah”
5. WIHDATUL FIKRI WA WIHDATUL AMAL
Kerja jemaah akan berjaya dengan kerjasama berjemaah. Tidak dikatakan berjemaah sekiranya kerja tersebut dilakukan secara bersendirian.
Kerja berjemaah akan terhasil apabila adanya penyatuan fikrah dikalangan ahli-ahli jemaah.
Fikrah yang bercelaru akan menghasilkan kerja yang bercelaru, ini kerana, setiap manusia akan membawa agenda yang difikrahinya.
Kehadiran fikrah “hizbu-Tahrir”, JIM, ABIM, Ummah Centric dan berbagai-bagai fikrah didalam PAS merupakan pengacau dalam meriaslisasikan kejayaan Islam yang mahukan kepada kesatuan kerja.
Antara misalnya, firah “hizbut tahrir” yang mengharamkan pilihanraya, sedangkan PAS hendak melaksanakan tugas amal islami dengan pilihanraya.
Ekoran percanggahan ini akan menghasilkan kecelaruan dalam merealisasikan tugas dakwah Islamiyyah yang mahu dicapai mengikut konsep sesuatu jemaah.
6. SUKA MEMBERI NASIHAT DAN DIBERI NASIHAT.
Setiap manusia pasti akan melakukan kesalahan. Kesalahan itu bukan sekadar berlaku kepada manusia biasa, bahkan ianya berlaku kepada diri Baginda Rasulullah SAW sendiri.
Melihat kepada keadaan itu, bagi menyelesaikan kelemahan itu, semestinya sikap menerima nasihat dan memberi nasihat itu dijadikan amalan manusia.
Keadaan itu terbukti dengan teguran Allah terhadap kesilapan Rasulullah SAW yang telah memasamkan mukanya dikala kehadiran seorang sahabat buta yang bernama Abdullah bin Ummi Maktum.
Firman Allah;
عبس وتولى أن جاءه الأعمى وما يدريك لعله يزكى أو يذكر فتنفعه الذكرى
Maksudnya;
“Dia (Muhammad) bermuka masam dan berpaling * karena telah datang seorang buta kepadanya * Tahukah kamu barangkali ia ingin membersihkan dirinya (dari dosa) * atau dia (ingin) mendapatkan pengajaran, lalu pengajaran itu memberi manfaat kepadanya?”
(surah ‘Abasa : 1-4)
Jika Nabi SAW juga di tegur dan dinasihati oleh Allah, maka lebih-lebih lagilah kita sebagai hamba Allah dan Umat Nabi Muhammad SAW, yang selalu melakukan dosa dan kesilapan.
7. TIDAK MALU UNTUK MENYAMPAIKAN KEBENARAN.
Islam adalah agama kebenaran. Kebenaran yang hakiki tidak selayaknya disembunyikan kepada manusia, samada kepada manusia muslim atau non muslim.
Hakikat penerimaan manusia kepada Islam adalah apabila mereka memahami kebenaran.
Sejarah telah membuktikan tentang penerimaan manusia akan kebenaran.
Firman Allah;
وقل جاء الحق وزهق الباطل إن الباطل كان زهوقا
Maksudnya;
“Dan katakanlah: "Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap." Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap”
(surah al-Isra’ : 81)
Didalam sirah juga membuktikannya, seperti kisah islamnya “as’ad bin zurarah” yang telah islam ekoran dari mendengar dua ayat dari firman Allah, surah al-an’am : 151-152;
قل تعالوا أتل ما حرم ربكم عليكم ألا تشركوا به شيئا وبالوالدين إحسانا ولا تقتلوا أولادكم من إملاق نحن نرزقكم وإياهم ولا تقربوا الفواحش ما ظهر منها وما بطن ولا تقتلوا النفس التي حرم الله إلا بالحق ذلكم وصاكم به لعلكم تعقلون
ولا تقربوا مال اليتيم إلا بالتي هي أحسن حتى يبلغ أشده وأوفوا الكيل والميزان بالقسط لا نكلف نفسا إلا وسعها وإذا قلتم فاعدلوا ولو كان ذا قربى وبعهد الله أوفوا ذلكم وصاكم به لعلكم تذكرون
Maksudnya;
“Katakanlah: "Marilah kubacakan apa yang diharamkan atas kamu oleh Tuhanmu yaitu: janganlah kamu mempersekutukan sesuatu dengan Dia, berbuat baiklah terhadap kedua orang ibu bapa, dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu karena takut kemiskinan, Kami akan memberi rezki kepadamu dan kepada mereka, dan janganlah kamu mendekati perbuatan-perbuatan yang keji, baik yang nampak di antaranya maupun yang tersembunyi, dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan sesuatu (sebab) yang benar." Demikian itu yang diperintahkan kepadamu supaya kamu memahami(nya) # Dan janganlah kamu dekati harta anak yatim, kecuali dengan cara yang lebih bermanfaat, hingga sampai ia dewasa. Dan sempurnakanlah takaran dan timbangan dengan adil. Kami tidak memikulkan beban kepada sesorang melainkan sekedar kesanggupannya. Dan apabila kamu berkata, maka hendaklah kamu berlaku adil, kendatipun ia adalah kerabat(mu), dan penuhilah janji Allah. Yang demikian itu diperintahkan Allah kepadamu agar kamu ingat.”
(surah al-an’am : 151-152)[5]
8. BIJAK MENGGUNAKAN PELUANG KELEMAHAN MUSUH.
Sabda Nabi SAW;
عن أبي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه عن النبي قال هَلَكَ كِسْرَى ثُمَّ لَا يَكُونُ كِسْرَى بَعْدَهُ وَقَيْصَرٌ لَيَهْلِكَنَّ ثُمَّ لَا يَكُونُ قَيْصَرٌ بَعْدَهُ وَلَتُقْسَمَنَّ كنوزهما في سَبِيلِ اللَّهِ وَسَمَّى الْحَرْبَ خَدْعَةً
Maksudnya;
“Binasa Kisra, kemudian tiada kisra selepasnya. Dan akan binasa Qaisar, kemudian tiada Qaisar selepasnya. Akan dibahagi-bahagikan khazanah kedua-duanya dijalan Allah. Lalu menyebut, Perang adalah tipu daya”[6].
Kelemahan musuh merupakan salah satu strategi dalam mencari peluang menyampaikan Islam kepada manusia.
Kelemahan musuh adalah berpunca dari sikap mereka yang mengamalkan dasar mereka dan meninggalkan dasar Islam.
Dikala mereka menghadapi kelemahan, selayaknya kita mengambil peluang menyampaikan dasar Islam dalam menyelesaikan sesuatu kelemahan.
9. SISTEM DAN BERSTRATEGI
Didalam menggerakkan sesuatu organisasi, hendaklah disertai dengan system dan strategi. Terutama dalam keadaan menghadapi musuh.
Pepatah Arab ada menyebut;
الحق بغير نظام يغلبه الباطل بنظام
Maksudnya;
“Kebenaran tanpa system akan dikalahkan oleh Kebatilan yang bersistem[7]”
10. AHLI GERAKAN ISLAM YANG MEMPUNYAI ILMU YANG MENDALAM
Ilmu adalah punca pejuang Islam akan bertindak tidak mengikut hawa nafsu.
Firman Allah;
فإن لم يستجيبوا لك فاعلم أنما يتبعون أهواءهم ومن أضل ممن اتبع هواه بغير هدى من الله إن الله لا يهدي القوم الظالمين
Maksudnya;
“Maka jika mereka tidak menjawab (tantanganmu) ketahuilah bahwa sesung- guhnya mereka hanyalah mengikuti hawa nafsu mereka (belaka). Dan siapakah yang lebih sesat daripada orang yang mengikuti hawa nafsunya dengan tidak mendapat petunjuk dari Allah sedikitpun. Sesung- guhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.”
(Surah al-qasas : 50)
Ayat ini secara jelas menggambarkan perbezaan antara golongan manusia yang bertindak mengikut hawa nafsu dan manusia yang mengikut pengetahuan ilmu.
Sebagai pejuang Islam yang berada dalam gerakkan Islam. Ilmu menjadi teras penting dalam menghadapi kemenangan Islam.
11. MEMOHON PERTOLONGAN ALLAH
Firman Allah;
إذا جاء نصر الله والفتح ورأيت الناس يدخلون في دين الله أفواجا
Maksudnya;
“Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan * dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong”
(Surah an-Nasr : 1-2)
Firman Allah;
إن ينصركم الله فلا غالب لكم
Maksudnya;
“Jika Allah menolong kamu, maka tak adalah orang yang dapat mengalahkan kamu;”
(Surah al-Imran : 160)
Dari dua ayat yang dinukilkan ini sudah cukup kita mengatakan bahawa, kemenangan Islam adalah bersebab jiwa pejuang-pejuang Islam yang sentiasa mengharapkan pertolongan Allah.
Wallahu ‘Alam
Sekian.
Note : kertas kerja ini dibentang dalam program pertemuan pelajar selangor yang menuntut di Kelantan, di tapak program ‘chalet D’muara, Tok Bali, Pasir Putih Kelantan.
One_G
abu_abdillah_azzam@yahoo.com
http://laptopdarulfiqh.blogspot.com
[1] Sunan Ad-Daruqutni : (3/252). Hadis no : 30.
[2] Al-Mukjam Al-Wasit (7/104) hadis no : 6985. أبو القاسم سليمان بن أحمد الطبراني
[3] Mirat al-Jinan : (2/26) مرآة الجنان وعبرة اليقظان، تأليف: أبو محمد عبد الله بن أسعد بن علي بن سليمان اليافعي
[4] Tafsir Al-Quran al-‘Aziz, Ibnu Kathir : (1/197)
[5] “Sirah dan riwayat hidup Nabi SAW” : m/s 40-42.
[6] Saheh al-Bukhari (3/1102) hadis no : 2864.
[7] Ini bukan hadis. Mengikut kata-kata manusia, ini adalah perkataan Saidina Ali bin Abi Talib. Pada diri penulis. Penulis tidak mendapati sumber asalnya dari perkataan Saidina Ali. Walaubagaimanapun, pepatah ini masyhur dikalangan dunia arab.
Monday, September 11, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment