Wednesday, September 20, 2006
POPE MENYESAL : SIAPA NAK AMPUN DOSA POPE?
POPE MENYESAL : SIAPA NAK AMPUN DOSA POPE?
Dunia digegarkan dengan kenyataan melampau Pope Benedict yang menggambarkan betapa bencinya ketua Kristian itu terhadap Islam.
Berbagai reaksi dunia Islam terhadap kenyataan melampau tersebut, antaranya adalah reaksi Dr Yusuf Al-Qaradhawi yang menyarankan umat Islam melakukan bantahan aman pada hari jumaat, berikutan kenyataan Pope tersebut.
Di Saudi, Muftinya iaitu As-Syaikh Abdul Aziz Ali Asyaikh telah menggesa kepada Pope agar mendalami pengetahuannya berhubung Islam dan Nabi Muhammad daripada sumber asli seperti al-Quran dan Sunnah sebelum mengeluarkan kenyataan berkaitan dengan Islam.
KRISTIAN ADALAH AGAMA YANG DISELEWENGKAN
Kristian atau nasrani merupakan agama samawi yang telah di selewengkan oleh golongan paderi-paderi mereka sehinggakan ajaran itu menjadi agama yang memusuhi Islam.
Penyelewengan yang dilakukan oleh paderi-paderi mereka itu dinyatakan oleh Allah didalam Al-Quran.
Firman Allah;
فويل للذين يكتبون بأيديهم ثم يقولون هذا من عند الله ليشتروا به ثمنا قليلا فويل لهم مما كتبت أيديهم وويل لهم مما يكسبون
Maksudnya;
“Maka kecelakaan yang besarlah bagi orang-orang yang menulis Al Kitab dengan tangan mereka sendiri, lalu dikatakannya; "Ini dari Allah", (dengan maksud) untuk memperoleh keuntungan yang sedikit dengan perbuatan itu. Maka kecelakaan yang besarlah bagi mereka, akibat apa yang ditulis oleh tangan mereka sendiri, dan kecelakaan yang besarlah bagi mereka, akibat apa yang mereka kerjakan”
(surah Al-Baqarah : 79)
Ayat ini di turun kepada golongan ahli kitab (yahudi dan nasrani) yang telah menyelewengkan isi kandungan kitab-kitab mereka yang terdahulu.
Antara penyelewengan yang dilakukan oleh mereka adalah, mereka menyembunyikan kedatangan Nabi Muhammad SAW di akhir zaman.
Ekoran sikap mereka yang mahu menyelewengkan kedatangan Nabi akhir zaman, maka berbagai-bagai lagi tindakan dan bidaah yang dilakukan oleh mereka didalam kitab-kitab mereka, sehinggakan mereka sanggup mendakwa bahawa tuhan itu ada tiga, iaitu tuhan anak, tuhan ibu dan tuhan bapa, atau dikenali sebagai “trinity”
Walaubagaimanapun, Allah tetap menzahirkan kebenaran Islam itu dengan menzahirkan kebatilan yang terkandung didalam kitab yang mereka selewengkan itu.
Didalam bible, mereka ada menyatakan bahawa tuhan itu bersatu dengan Isa yang didakwa sebagai anak tuhan.
Hal ini tersebut didalam Bible, iaitu didalam “Matius”, Fasal 3 ayat 17 menyebut;
“Kemudian terdengar suara Allah berfirman, “inilah Anak-Ku yang aku kasihi. Dia menyenangkan hati-Ku[1]”.
Begitujuga didalam “Lukas”, fasal 4 ayat 41 menyebut;
“roh-roh jahat pun keluar daripada banyak orang, sambil berseru, “Engkau Anak Allah![2]”
Kedua-dua “surah” ini membuktikan bahawa bible mereka mendakwa bahawa Tuhan mempunyai anak.
Melihat kepada hujjah dari dua “surah” yang di nukilkan dari penjanjian baru yang dikemukakan itu, sebenarnya bercanggah dengan “surah” lain yang terkandung didalam perjanjian lama, iaitu di dalam “ulangan” fasal 4 ayat 35 yang menyebut;
“tuhan telah melakukan sesuatu perkara itu supaya kamu tahu bahawa dia satu-satunya Allah, dan tiada ada yang lain[3]”.
Juga didalam penjanjian baru, pada “markus”, fasal 12, ayat 29 menyebut;
“Yesus menjawab, inilah perintah yang paling utama, Dengarlah, hai bangsa Israel! Tuhan Allah kita, Dialah tuhan yang Esa[4]”
Dari dua “surah” ini pula, difahami bahawa, Bible sendiri mendakwa bahawa Tuhan itu adalah esa, iaitu tunggal, tidak dua atau tiga.
Melihat kepada empat nukilan dari bible sudah memadai kita menghukumkan bahawa penyelewengan yang terkandung didalam bible itu sebenarnya memang berlaku, dan benarlah firman Allah yang tersebut di dalam surah al-baqarah ayat 79.
KRISTIAN MELANTIK PADERI UNTUK MENGAMPUN DOSA
Seperti yang diketahui umum, kristian telah melantik golongan-golongan tertentu yang boleh mengampun dosa orang yang bersalah dan berdosa.
Apabila individu-individu kristian sudah bersalah dan menyesal atas kesalahannya, maka mereka akan berjumpa dengan paderi yang dilantik untuk menerima keampunan dosa dari pihak paderi tersebut.
Ajaran kristian ini sebenarnya bercanggah dengan cara yang di tunjukan oleh Islam. Ini kerana, Islam mengajar bahawa pengampunan dosa hanya kuasa Allah, tuhan yang maha kuasa.
Firman Allah;
فتلقى آدم من ربه كلمات فتاب عليه إنه هو التواب الرحيم
Maksudnya;
“Kemudian Adam menerima beberapa kalimat dari Tuhannya, maka Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang”
(Surah Al-Baqarah : 37)
POPE MENYESAL, SIAPA YANG NAK AMPUN DOSANYA
Kenyataan akhbar utusan Malaysia, rabu, 20 September 2006, halaman 18 menyebut;
“Pope Benedict telah menyatakan beliau amat menyesal kerana melukakan perasaan umat Islam[5]”
Di dalam Kamus Dewan, edisi ketiga, menyesal diertikan sebagai ;
“perasaan tidak senang kerana telah melakukan sesuatu yang tidak baik (dosa dll), keinsafan telah bersalah[6]”
Dengan kenyataan Pope itu menunjukkan bahawa Pope telah melakukan dosa, mengakibatkan beliau telah mengaku kekesalannya itu.
Tetapi apa yang menjadi persoalan di fikiran kita, Pope adalah seorang ketua Paderi dunia yang merupakan ketua segala paderi-paderi di dunia.
Kalau Pope bertugas untuk mengampunkan dosa orang-orang yang berdosa, maka siapakah pula akan mengampunkan dosa Pope yang telah melakukan dosa?
Maka dengan itu, jelaslah kepada kita, Kristian adalah agama yang telah diselewengkan oleh golongan guru-guru mereka dengan tujuan mencari keuntungan dunia semata-mata.
Ingatlah firman Allah;
وقل جاء الحق وزهق الباطل إن الباطل كان زهوقا
Maksudnya;
“Dan katakanlah: "Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap." Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap”
(surah al-Isra’ : 81)
Sekian..
BIBLIOGRAFI
Al-Quran
Lubabun nuqul fii asbabin nuzul dari Jalaluddin As Suyuthi
Utusan Malaysia : rabu. 20 september 2006
Kamus Dewan, Edisi ketiga : cetakan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. 2002
“al-kitab” (+deuterokanonika) berita baik. cetakan the Bible Society Of Malaysia. Edisi kedua tahun 2001.
One_G
abu_abdillah_azzam@yahoo.com
http://laptopdarulfiqh.blogspot.com
[1] Lihat “al-kitab” (+deuterokanonika) berita baik. Matius 3,4 m/s 4. : cetakan the Bible Society Of Malaysia. Edisi kedua tahun 2001.
[2] Lihat “al-kitab” (+deuterokanonika) berita baik. Lukas 4,5 m/s 87. cetakan the Bible Society Of Malaysia. Edisi kedua tahun 2001.
[3] Lihat “al-kitab” (+deuterokanonika) berita baik. Ulangan 4,5 m/s 195. cetakan the Bible Society Of Malaysia. Edisi kedua tahun 2001.
[4] Lihat “al-kitab” (+deuterokanonika) berita baik. Markus 12,13 m/s 70. cetakan the Bible Society Of Malaysia. Edisi kedua tahun 2001.
[5] Utusan Malaysia : rabu. 20 september 2006.
[6] Kamus Dewan, Edisi ketiga : m/s 1266. cetakan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. 2002.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Assalamu'alaikum wbt.
Mohon keizinan dari saudara utk acik menyenaraikan laman saudara di laman web blog acik...
TQVM.
ana mengizinkan...
ana mencadangkan dialog antara agama dilaksanakan
muzakarah adalah kerja Islam. Islam menggalakan bermuzakarah dengan tujuan mencari kebenaran.
sekian
Post a Comment