Friday, September 29, 2006

APABILA KELANTAN HENDAK GUNA DINAR…

APABILA KELANTAN HENDAK GUNA DINAR…

Kali ini, kejutan besar yang telah dilakukan oleh kerajaan Islam dibawah kepimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, apabila pihak kerajaan Negeri kelantan telah bersedia hendak menggunakan sistem dinar didalam urusan ekonominya.

Di sebalik tindakan tersebut, rupa-rupanya tidak menyenangkan kepada beberapa tokoh didalam UMNO di peringkat pusat dan di peringkat negeri kelantan.

Ketidak puas hati mereka atas tindakan kerajaan negeri tersebut, bukanlah kerana merugikan kepada rakyat kelantan, tetapi merugikan isu yang ingin dimainkan oleh pihak UMNO didalam pilihanraya akan datang.

Antara tokoh UMNO yang menyuarakan ketidak puas hatinya itu adalah Awang Adek Hussin, timbalan Menteri Kewangan.

Beliau menyatakan di dalam akhbar utusan bertarikh 28 September, dengan katanya;

“ia (dinar emas) sekadar boleh disimpan sama seperti membeli barang-barang kemas di Kedai emas”

Didalam akhbar tersebut juga menyatakan nasihat beliau kepada rakyat kelantan agar tidak terpengaruh dengan usaha kerajaan negeri kelantan itu dengan alasan tindakan kerajaan negeri itu sekadar gimik politik.

Beliau juga menasihati juga kepada rakyat kelantan agar menyimpan wang simpanan mereka didalam bank dan mengaut faedah daripadanya.

Memahami dari kenyataan ini sudah memadai kita memandang tentang kejahilan pemimpin UMNO itu terhadap undang-undang agama didalam menjaga rakyatnya dari api neraka.



















Mereka lebih redha rakyatnya memakan riba dari pihak bank daripada berusaha menjauhkan diri dari riba yang telah Allah izinkan mereka diperangi.

Firman Allah;

فان لم تفعلوا فأذنوا بحرب من الله و رسوله

Maksudnya;
“Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba), maka ketahuilah, bahwa Allah dan Rasul-Nya akan memerangimu”

(surah al-Baqarah : 279)

Mereka juga lebih melihat tindakan kerajaan Islam PAS di Kelantan itu lebih kearah gimik politik berbanding mereka melihat keikhlasan kerajaan tersebut didalam melaksanakan sistem islam di setiap sudut pemerintahan.

Walaubagaimanapun, tindakan kerajaan Kelantan itu merupakan tindakan yang bijak dan sebagai bukti bahawa PAS merupakan sebuah parti yang mahu mendaulatkan Islam disetiap segi, tidak kira dari sudut politiknya, ekonominya, akhlaknya, lebih-lebih lagi dari sudut pemerintahan.

SEJARAH PENGGUNAAN WANG

Sebelum Islam, berbagai sistem jual beli yang dilakukan oleh manusia. Pada mulanya mereka menggunakan sistem tukaran (dinamakan sebagai sistem bata) sehinggakan mereka menggunakan sistem wang.

Semasa Rasulullah SAW dibangkitkan menjadi Nabi, manusia ketika itu menggunakan wang rum dan farsi daripada dinar dan dirham. Mereka bermuamalat dengan wang tersebut mengikut timbangan. hal ini dinyatakan oleh Ibnu Khaldun didalam bukunya “Al-Muqaddimah”[1]

Juga jelas, dari sabda Nabi SAW;

عن أبي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ (ص) قال لَا تَبِيعُوا الذَّهَبَ بِالذَّهَبِ ولا الْوَرِقَ بِالْوَرِقِ إلا وَزْنًا بِوَزْنٍ مِثْلًا بِمِثْلٍ سَوَاءً بِسَوَاءٍ

Maksudnya;
“daripada Abi Sa’id Al-Khudri, Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda; jangan kamu jual emas dengan emas dan waraq (duit dirham) dengan waraq melainkan timbangan dengan timbangan, serupa dengan serupa, sama dengan sama”[2]

Setelah kewafatan Rasulullah SAW, manusia ketika itu masih lagi menggunakan wang rum dan farsi tersebut sehinggakan sampai ke zaman pemerintahan Omar Al-Khattab menjadi Khalifah.

Semasa Saidina Omar bin Al-Khattab menjadi Khalifah, beliau telah mencipta wang dirham dan dinar yang bercorak Islam.

Ada dari wang dirham atau dinar itu tercorak dengan tulisan namanya, kalimah “al-hamdulillah”, kalimah “Muhammad Rasulullah”, kalimah “Bismillah”, kalimah “bismillah rabbi” dan berbagai-bagai lagi.[3]

Zaman berganti zaman, masa berganti masa, manusia menjalani kehidupan semakin maju, maka manusia mula mencipta cara bagi memudahkan membawa wang bagi berbelanja.

Ekoran dari itulah, manusia mula menggunakan wang yang berbentuk kertas, chek, kad kredit dan sebagainya.

Akibatnya, golongan barat mengambil peluang bagi melemahkan ekonomi umat Islam dengan mengadakan berbagai-bagai spekulasi. Dengan kelemahan ekonomi dikalangan negara umat Islam inilah, umat Islam terpaksa berpaut kekuatan ekonominya dengan barat.

Rakyat negara-negara Asia Tenggara khasnya Thailand, Malaysia, Filipina, Indonesia dan Singapura tentunya tidak dapat melupakan serangan spekulasi ke atas mata wang mereka pada pertengahan tahun 1997 yang telah membawa kepada krisis kewangan yang terbesar di dalam sejarah moden negara-negara ini. Krisis ini telah memiskinkan negara-negara berkenaan dengan nilai pertukaran mata wang masing-masing berbanding dengan Dolar Amerika Syarikat mengalami susut nilai sebanyak antara 30-60%, pendapatan negara dan pendapatan per kapita merosot, pasaran modal musnah dan inflasi memuncak. Negara-negara seperti Thailand, Indonesia dan Filipina terpaksa berhutang dengan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).


















TINDAKAN KERAJAAN NEGERI KELANTAN ADALAH BIJAK

Melihat kepada keadaan ekonomi yang menimpa negara-negara asia tenggara ini sudah cukup bagi pihak mereka berfikir bagi mengelak serangan spekulasi ini dari terus berlaku dan terus berlaku.

Dari pihak kerajaan Negeri Kelantan, tindakan yang bijak dilakukan dengan mencipta sesuatu yang telah ditinggalkan oleh manusia moden, iaitu mencipta wang yang terkandung simpanan nilai pada wang itu sendiri.

Sekiranya tindakan ini terus dilakukan oleh pihak kerajaan kelantan, kemungkinan besar, dimasa akan datang, Kelantan adalah sebuah negeri yang akan menjadi qiblat didalam mencipta kekuatan ekonomi.

Tahniah Kelantan !!!!!!!!!!!!!!

Sekian

[1] Al-Muqaddimah : m/s 227
[2] Saheh Muslim : (3/1209) hadis no : 1584
[3] Tahwil an-Nuqud : m/s 27.
One_g
abu_abdillah_azzam@yahoo.com
http://laptopdarulfiqh.blogspot.com

No comments: