JANGAN BEREBUT NAK JADI CALON!!!
Pilihanraya tidak lama lagi akan menjelang tiba. Maka sekarang, sebuk memperkatakan tentang pemilihan calon bagi bertanding pilihanraya tersebut.
Kalau dahulu, PAS masyhur dengan sebuah parti politik yang masuk bertanding pilihanraya, yang rata-ratanya kepimpinan yang tidak melobi dan tidak menawarkan diri sebagai calon pilihanraya.
Tetapi hakikat itu telah berlalu dan kini golongan “muallaf PAS” yang sudah mula masuk PAS menjadikan diri mereka sebagai orang yang mempromosi diri sendiri agar di pilih menjadi calon pilihanraya akan datang.
Antara puncanya berlaku demikian, apabila mereka melihat kekuatan kerajaan PAS kelantan yang bertapak lama dan PAS pernah berjaya menguasai kerajaan Terengganu untuk memimpin disana.
Di sebalik kemenangan tersebut, mereka merasakan selayaknya mereka mengambil keuntungan ini dan bersama dengan PAS, walaupun sebenarnya fikrah mereka bukan fikrah PAS.
Di dalam Ijtimak PAS Selangor lepas, Ustaz Harun Taib, merupakan salah seorang “bapa-bapa tarbiyyah PAS”, yang merupakan “orang tua” PAS, ada menyebut didalam merasmikan program tersebut.
Beliau menyatakan sesuatu gambaran betapa bimbangnya hati beliau berkenaan golongan “muallaf PAS” yang telah masuk kedalam PAS bukan kerana ikhlas dengan PAS, tetapi mengambil PAS sebagai batu loncatan.
Hakikatnya, kebimbangan itu sebenarnya telah berlaku, kita dapat melihat bagaimana kehadiran golongan tersebut dan mereka mula memperlekeh perjuangan ulama-ulama kita, sehinggakan timbul kata-kata mengatakan “kelemahan PAS hari ini adalah berpunca dari kepimpinan Ulama”.
Apakah mereka tidak memahami, hakikat kekuatan sesuatu kaum itu adalah dengan Islam?
Semasa Saidina Omar bin Al-Khattab masuk menziarahi Baitul Muqaddis, selepas Islam menang dari kekuasaan Rom, Saidina Omar mengatakan;
إنا كنا أذل قوم فأعزنا الله بالإسلام فمهما نطلب العز بغير ما أعزنا الله به أذلنا الله
Maksudnya;
“Sesungguhnya kita adalah kaum yang hina, lalu Allah memuliakan kita dengan Islam, selama kita mencari kemulian dengan perkara yang lain dari yang Allah muliakan, nescaya kita akan dihina oleh Allah”[1]
Dengan kata-kata ini, sudah cukup bagi kita memahami bahawa kekuatan Islam itu apabila orang Islam beramal dengan Islamnya.
Kelemahan PAS yang menimpa di kala ini, bukanlah kerana kelemahan ulamanya, tetapi kelehaman yang sebenarnya adalah apabila ada dari kalangan ahli-ahli PAS yang merasakan kemenangan itu bukan dari pertolongan Allah.
Mereka mendakwa mereka memperjuangkan Islam berwadahkan Jemaah PAS bukan dengan keikhlasan, tetapi berwadahkan “udang disebalik batu”.
Kita mengetahui ada dari kalangan orang yang dilantik menjadi kepimpinan PAS di peringkat kawasan dan Negeri bahkan pusat, yang melarang anak-anak mereka yang masih di kampus bersama dengan jemaah PAS.
Mereka menyuruh anak-anak mereka duduk bersama persatuan yang bukan dari jemaah PAS, dan Jemaah tersebut sememangnya menyerang PAS di kampus-kampus.
Kebenaran ini sebenarnya berlaku, sekiranya kita pergi di Mesir, Maahad Darul Quran, Jakim dan beberapa kampus-kampus didalam dan luar negara.
Dan kita mengetahui juga, bagaimana kekecohan berlaku di Kawasan gombak baru-baru ini, yang mana, ceramah umum diadakan dengan menjemput penceramah-penceramah yang bukan dari PAS, tetapi promosinya dengan nama-nama penceramah-penceramah masyhur PAS, yang terdiri dari kepimpinan utama PAS.
Ini menandakan, tindakan mereka semamangnya ada “udang di sebalik batu”, yang selayaknya jangan di lantik mereka menjadi pimpinan di masa akan datang.
PAS JANGAN JADI UMNO
Kepimpinan yang berteraskan Islam sudah lama di perjuangkan oleh PAS, iaitu semenjak PAS di tubuhkan, PAS sudah memperjuangkan Islam, walaupun dihina dan dicemuh oleh golongan musuh parti.
Kalimah “PAS jangan jadi UMNO” adalah satu ungkapan yang lahir dari seorang yang telah masuk PAS kerana melihat perjuangan Islam yang diperjuangkan oleh PAS.
Kalimah tersebut lahir ekoran dari sikap golongan “muallaf-muallaf PAS” yang dahulunya dari pelbagai fikrah, seperti UMNO, JIM, ABIM, PKS dan sebagainya, yang telah membawa agenda mereka terdahulu kedalam PAS.
Fikrah melarang memakai kopiah dan furdah merupakan salah satu fikrah secular yang berada dalam PAS.
Fikrah menggalakkan golongan ustaz mendalami undang-undang secular, tanpa menyuruh peguam-peguam secular mendalami undang-undang Islam juga merupakan salah satu fikrah yang bercanggah dengan fikrah hadharah Islamiyyah.
Membaca sejarah Islam, kita dapat melihat bagaimana golongan non muslim boleh menerima Islam setelah melihat keadilan dan kefahaman mereka terhadap Islam.
Tetapi amat menyedihkan, apabila british, Jepun dan China menjadi bahan rujukan mereka, menyebabkan mereka menjadikan PAS sebagai sebuah parti politik seakan-akan UMNO.
Fikrah menyalahkan golongan Ulama kerana menerangkan dokumen Negara Islam, merupakan fikrah yang bercanggah dengan kejayaan perjuangan Islam yang di perjuangkan oleh Nabi.
Apakah mereka tidak membaca sirah Rasulullah SAW, bagaimana Rasulullah SAW menyampai dakwah sehinggakan manusia boleh menerima Islam?
Rasulullah SAW dan para sahabat tidak pernah menyembunyikan Islam dalam menyampaikan kebenaran.
Rasulullah SAW para sahabat berpegang kuat dengan firman Allah;
وقل جاء الحق وزهق الباطل إن الباطل كان زهوقا
Maksudnya;
“Dan katakanlah: "Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap." Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap” (surah al-Isra’ : 81)
PENUTUP
Pilihanraya hampir tiba, selayaknya para pejuang Islam yang ingin mencapai kemenangan, selayaknya memperkemaskan diri dengan keikhlasan dalam perjuanga Islam.
Tidak perlu minta dicalonkan untuk bertanding dalam pilihanraya. “Kalau dah jodoh, takkan kemana”, bermaksud, kalau dah ditentukan Allah anda dicalonkan, anda pasti akan menjadi calon.
Peringatan yang ingin dilontarkan, ingatlah pesanan Nabi SAW;
يا عبد الرحمن لا تطلب الإمارات فإنك إن طلبتها فأوتيتها وكلت إليها وإن لم تطلبها أعنت عليها
Maksudnya;
“Wahai Abdur Rahman, Jangan kamu minta jawatan, maka sekiranya kamu meminta akannya, lalu diberi, diwakilkan kepada kamu akan jawatan tersebut (kamu tidak akan dibantu oleh Malaikat), dan sekiranya kamu tidak memintanya, nescaya kamu akan diberi pertolongan atasnya[2]”
Yaqinilah, perjuangan Islam adalah perjuangan kebenaran. Perjuangan kebenaran dapat di fahami masyarakat, sekiranya kita berani bercakap Islam dan menerangkan Islam kepada masyarakat.
Wallahu ‘Alam
Sekian
p/s : sekiranya article ini ada menyentuh perasaan sesiapa, harap maaf di ampun...
ONE-G
abu_abdillah_azzam@yahoo.com
http://laptopdarulfiqh.blogspot.com
[1] (المستدرك على صحيحين ج 1 / ص 130) رقم الحديث 207
[2] Al-Mukjam Al-Awsat : (7/103) hadis no : 6985.
Tuesday, September 05, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
syabas..tulisan yang jujur dan ikhlas.
perkemaskan perjuangan dengan mengambil nilai-nilai islam itu seratus peratus termasuk hikmahnya dakwah yang ditunjukkan oleh rasulullah s.a.w.
sabda Nabi SAW bermaksud;
Agama adalah Nasihat
sekian
Alhamdulillah,ado jugok pejuang muda yang bersemangat dalam Parti Islam ni.ambo ingatkan xdok doh.Terima kasih atas peringatan yang diberikan.
Ambo sendiri lps dah mula bekerja ni cuba mengaktifkan diri dgn kegiatan Parti Islam.saya sendiri akui ado sebahagian org yg menganggotai Parti Islam ni atas kepentingan peribadi.
Post a Comment