Thursday, February 08, 2007

JADI SYIAH SEBAB BENCI SIKAP WAHABI?

JADI SYIAH SEBAB BENCI SIKAP WAHABI?

Hampir seminggu hidup ini di sebukkan dengan beberapa urusan. Dari menyambut kelahiran anak kedua hinggalah kepada mengajar kelas pengajian Bahasa Arab yang dianjurkan secara percuma oleh pihak gerakan Islam di Kawasan Subang.

Dalam kesebukkan tersebut, menyebabkan pemikiran ini tidak dapat memfokuskan perbincangan ilmiah bagi mengaktifkan blog ini.

Di pagi hari, selepas mengajar kelas Qawaid Fiqhiyyah dan Usul Fiqh yang menjadi rutin harianku, diri ini sempat menatap internet untuk dua hingga tiga jam, bagi melihat perkembangan terkini, samada dari sudut berita, isu semasa, agama atau sebagainya.

Membuka blog salah seorang sahabat “alam maya” terbaca article yang mengkritik golongan yang bergelar wahabi dengan alasan menjadi “tali barut” barat untuk menghancurkan islam di muka bumi ini.

Amat memelikan dengan pandangan sahabat tersebut, seakan-akan dia menyalahkan wahabi untuk menegakkan anggapannya bahawa syiah adalah satu mazhab yang benar.

Sebagai seorang yang mempunyai pengalaman tinggal di Negara-negara yang berfahaman syiah ini, dapat merasakan betapa dangkalnya penulis blog tersebut terhadap aqidah syiah dan kesesatannya.

WAHABI MENJADI SALAH?

Pengajianku di Pakistan menjadikanku berfikir tentang “hentaman” dari kalangan pelajar-pelajar pondok terhadap pemikiran yang dinamakan sebagai wahabi, salafi atau… atau…. Dll.

Semasa belajar di pondok, aku merupakan orang yang tersangat bermusuh dengan pemahaman yang dinamakan sebagai Wahabi, ini kerana, boleh dikatakan setiap hari di muatkan di telinga dan pemikiran ini bahawa wahabi adalah kelompok yang sesat dan menyesatkan.

Setibanya aku di bumi debu, benua kecil India, Pakistan, aku mula mempelajari sesuatu yang tidak pernah ku temui di Negara ku sendiri, iaitu pengajian ilmu Hadis dan tafsir yang mempunyai pemahaman yang terlalu terbuka dengan ulasan-ulasan mazhab-mazhab Islam.

Aku mempunyai ramai kawan dari kalangan orang Malaysia dan Indonesia yang belajar di Jamiah Abu Bakar As-Siddiq dan Jamiah Dirasat islamiyyah, yang kedua-dua universiti tersebut di kenali sebagai universiti “ghair Muqallid” atau “salafiyyah” atau “wahabiyyah”.

Didalam pergaulan dan diskusi dikalangan kami, aku dapat merasakan bahawa, dari sudut ilmiyyahnya, golongan salafiyyah atau wahabi ini tidak dikira sebagai sesat seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak, bahkan setelah membaca kitab-kitab yang menjadi silibus pengajian mereka, kitab-kitab mereka menghormati khilaf ulama didalam perbahasan.

Dari sini, aku mula berfikir bahawa wahabi atau salafi tidaklah sesuatu gerakan yang salah dari sudut Islam, bahkan ulasan mereka boleh di terima mengikut acuan ilmiyyah dari Al-Quran dan Al-Hadis.

Tanggapan sesat kepada wahabi atau salafi ini semakin terhakis, apabila aku mendengar ulasan Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nikmat dalam menjawab bebarapa soalan yang di tujukan kepada Beliau berkenaan Wahabi.

Dengan ringkas dan spontan, Tok Guru yang di sayangi menjawab bahawa, Wahabi adalah satu gerakan yang mahu menghampirkan manusia kepada sunnah.

Ini dikuatkan lagi dengan membaca sebuah buku karangan Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang yang bertajuk “Lahirnya beberapa firqah di kalangan Umat Islam”; menjelaskan bahawa Wahabi adalah sebuah gerakan yang dinisbahkan kepada Muhammad Abdul Wahab yang bukan membina mazhab baru, tetapi sebagai penggerak dakwah yang telah dilakukan oleh Imam Ahmad bin Hanbal dan Imam Ibnu Taimiyyah[1].

SALAFI & WAHABI ADALAH GERAKAN TAJDID?

Aku tidak pernah mengaku diri ini adalah seorang wahabi atau salafi, lebih-lebih lagi mendakwa diri ini sebagai “mujaddid”.

Apa perlunya mendakwa penggerak gerakan “tajdid” tetapi dalam masa yang sama, amalan dan gerak kerja kita masih berada dibawah kepompong penjajah.

Tetapi amat memelikan, apabila ada dari kalangan kawan-kawan yang ingin kepastian bertanya bahawa aku adalah seorang wahabi. Mendengar persoalan tersebut, aku menyatakan bahawa “ana bukan salafi, ana bukan Khalaf dan sebagainya, tetapi ana adalah seorang muslim”.

Aku mempunyai prinsip, selagi mana hujjah dan pandangan ulama yang bersandarkan kepada Al-Quran dan As-Sunnah, mengistinbatkan hukum menggunakan kaedah yang betul dengan dipenuhi ulasan yang berasaskan kaedah Usul Fiqh dan Qawaid Fiqhiyyah, maka ulasan itu akan aku terima dengan hati yang terbuka.

Tetapi, sekiranya ulasan itu berdasarkan kepada Al-Quran dan Al-Hadis, tetapi ulasan tersebut tidak berasaskan kepada “tapak” usul fiqh dan Qawaid Fiqhiyyah, seperti kadangkala menggunakan usul mazhab As-Syafii, kemudian dicampurkan pula dengan usul Mazhab Hanbali dan akhir sekali “zahiri”, maka pandangan itu tidak aku terima, walaupun nampak pada zahirnya semacam berasaskan kepada Al-Quran dan Al-Hadis.

Ramai dari golongan terpelajar di luar Negara telah membawa agenda dakwah mereka dari Negara-negara arab ke Negara ini, menampakkan mereka mula memperkatakan sesuatu yang berlandaskan kepada Al-Quran dan Al-Hadis, tetapi dalam masa yang sama, dalam keseronokan melakukan dakwah mereka itu, mereka sanggup mendabik dada bahawa golongan mereka sahaja yang benar, sedangkan dakwah mereka itu hanya berkisar dalam soal-soal “furu’iyyah”, bukan “usuliyyah”.

Ekoran dari itu, mereka mula mendabik dada bahawa merekalah pembawa bendera-bendera “tajdid”, sedangkan dalam masa yang sama, apabila mereka membaca matan hadis didalam TV 1 dan TV 3, kita dapat melihat bagaimana sesuatu hadis itu disebut dalam keadaan “nahu dan sorofnya” tidak tepat.

Masakan istinbat mereka akan tepat, sekiranya nahu dan sorof mereka pun kucar kacir?

Lagi memelikan lagi, apabila dakwah “tajdid” mereka berada di bawah kepompong penjajah yang sedang hebat melawan Islam.

Jika di lihat kepada Arab Saudi, merupakan sebuah Negara yang didakwa sesetengah pihak sebagai Negara Wahabi, Negara yang memperjuangkan sunnah, Negara “tajdid”, dll, kita dapat melihat, bagaimana ketaatan mereka kepada amerika lebih di utamakan daripada ketaatan mereka kepada Allah.

Apakah ini dinamakan tajdid?

Sedangkan tajdid mengikut pemahaman yang sebenar adalah orang yang berusaha kearah mengembalikan Islam kepada kesempurnaannya setelah di tinggalkan oleh manusia.

Di zaman kejatuhan Khilafah Islamiyyah terakhir di Turki, yang di jatuhkan seorang tokoh secular yang bernama Mustafa Kamal At-Tarturk, sudah cukup untuk umat Islam berfikir dalam melakukan gerakan tajdid dalam mendaulatkan Islam.

Tetapi amat menyedihkan, golongan yang didakwa sebagai pemegang kuat Al-Quran dan As-Sunnah boleh bersekongkol dengan penjajah-penjajah ini untuk melaksanakan agenda sunnah yang didakwa oleh mereka.

Dengan kelahiran mereka ini, menyebabkan gerakan Islam yang berusaha kearah kedaulatan Islam menjadi lambat, ekoran agenda sunnah yang didakwa oleh mereka.

BUKAN WAHABI ATAU SALAFI ISUNYA, TETAPI SIKAP

Setelah di fikir dan di renung, secara individu, aku tidak melihat gerakan dakwah Salafiyyah itu yang salah, tetapi yang salah adalah sikap pembawa gerakan tersebut.

Jika dikatakan dakwah salafiyyah ini adalah sesuatu yang salah, mengapa ramai dari kalangan ulama-ulama haraki menyeru kepada pemahaman Islam mengikut acuan Salaf soleh?

Antara contohnya adalah Al-Ustaz Fathi Yakan menyebut di dalam bukunya “Apa ertinya saya menganut Islam”, yang menyatakan bahawa pendapat dan pandangan para salaf adalah lebih utama untuk diikuti[2].

Begitujuga, Al-Imam Abu Hassan Al-Assyaari menyatakan didalam kitabnya yang bernama “Al-Ibanah ‘An Usul Ad-Diyanah” ;

ندين بحب السلف الذين اختارهم الله تعالى لصحبة نبيه (ص) و نثني عليهم بما أثنى الله عليهم

Maksudnya;
“Kami beragama dengan menyayangi Salaf yang telah dipilih oleh Allah, kerana persahabatan mereka dengan Nabi SAW, dan kami memuji mereka dengan pujian Allah kepada mereka[3]

Oleh yang demikian, bersekongkolnya golongan yang didakwa salafi dengan penjajah bukanlah kerana kefahaman mereka terhadap ajaran acuan salaf, tetapi sikap mereka yang mempunyai agenda di sebalik dakwaan salaf tersebut.

Melepaskan diri dari kepompong penjajah merupakan sesuatu yang wajib. Melepaskan tersebut mestilah melihat kepada ulasan dan kata-kata salaf, seperti kata-kata yang di sebut oleh Rubi’ bin ‘Amir ketika bertemu dengan panglima Rom yang bernama Rustum :

الله ابتعثنا وجاء بنا لنخرج من شاء من عبادة العباد إلى عبادة الله تعالى ومن ضيق الدنيا إلى سعة الآخر ومن جور الأديان إلى عدل الإسلام

Maksudnya;
“Allah mengutuskan kami (orang-orang islam), untuk kami keluarkan (merdekakan) manusia, daripada mengabdikan diri sesama manusia kepada mengabdikan diri kepada Allah, daripada kesempitan dunia kepada keluasan akhirat kezaliman agama kepada keadilan islam[4]

Kata-kata sebegini mengandungi maksud seperti berikut;

A - Memerdekakan manusia daripada perhambaan sesama manusia sama ada:
1. Bebas bersuara, pemilikan, bertindak, bermuamalah dan seumpamanya.
2. Kebebasan tadi mestilah dibatasi oleh hukum Allah swt bagi memastikan tiada ruang untuk penjajahan melalui sistem dan undang-undang ciptaan manusia.B - Memerdekakan manusia daripada ikatan agama yang direka oleh manusia samada:
1. Agama yang dicipta oleh manusia yang dijadikan sembahan, fahaman dan anutan.
2. Agama yang diturunkan oleh Allah tetapi ditafsirkan mengikut akal tanpa kaedah yang dibenarkan oleh Syariat.C - Membebaskan manusia daripada dibelenggu oleh matlamat dunia yang sempit melalui:
1. Menyedarkan manusia bahawa dunia adalah sementara yang menjadi tempat persinggahan.
2. Menjadikan manusia bekerja di dunia untuk akhirat yang merupakan kehidupan yang sebenar.

Memahami ulasan dari kata-kata Rubi’ bin ‘Amir ini sudah cukup untuk di fahami bahawa perjuangan salaf yang sebenar tidaklah seperti dakwaan golongan yang mendakwa mereka adalah salaf.

WAHABI & SYIAH : SIAPA PEMBELA ISLAM YANG SEBENAR?

Disebabkan golongan yang didakwa sebagai wahabi atau salafi ini mula di beri ruang untuk “berkata-kata”, maka dapat di lihat bagaimana agenda yang dibawa mereka tidak menepati dengan kehendak yang sebenarnya, menyebabkan kelahiran mereka itu bukanlah untuk menyatukan umat Islam, tetapi kelahiran mereka menambahkan lagi kucar kacir dikalangan umat Islam. Seperti menimbulkan isu bidaah dalam perkara “furu’iyyah” menjadi agenda utama menyebabkan masyarakat berpecah belah dan sebagainya

Dunia telah menyaksikan bagaimana kebajikan yang telah dilakukan oleh Syiah di Iran dan Lubnan. Kehadiran Hassan Nasrullah yang membela rakyat Lubnan dengan menyerang Israil dan Ahmadinejad yang berani menentang Amerika secara terbuka menyebabkan pandangan masyarakat menyatakan bahawa Islam itu adalah kepunyaan syiah, bukan wahabi atau salafi.

Pemikiran sebegini, tidak boleh disalahkan kepada masyarakat, tetapi perlu di persalahkan kepada sikap manusia yang didakwa sebagai wahabi atau salafi tersebut. Ini adalah kerana, rata-rata masyarakat melihat sesuatu isu itu, tidak dengan penglihatan ilmu, tetapi melihat dari sudut penglihatan mata kasar semata-mata.

Maka ekoran dari itu, seluruh masyarakat dunia “berkiblatkan” kepada Syiah di sebalik kebajikan yang dilakukan oleh mereka.

Walaupunbegitu, selayaknya di fahami, syiah tidak boleh dijadikan sebagai model didalam pembentukan sesebuah Negara, ini kerana, perjuangan Syiah bukanlah untuk melahirkan “Negara Islam”, tetapi melahirkan “Negara fahaman” yang selayaknya di ketepikan didalam sudut pemikiran dan aqidah umat Islam.

SIAPAKAH SYIAH?

Aku bukanlah orang yang berkepakaran dalam membicarakan isu syiah, walaubagaimanapun, secara pengalaman dan penglihatan mata kepalaku sudah memadai untuk aku membenci syiah.

Di Pakistan, Syiah yang terbesar adalah syiah Ismailiyyah dan Jaafariyyah. Kedua-dua syiah ini telah di isytihar kafir oleh ulama-ulama ahnaf (mazhab Hanafi) dari system deobandi.

Kedua-dua Syiah ini sangat bermusuh dengan orang-orang sunni, sehinggakan mereka sanggup mengisytihar “halal darah” kepada ulama-ulama sunni.

Secara peribadi, 3 orang guru hadisku telah di bunuh oleh Syiah, iaitu Mufti Nizamuddin (guru Sahih Al-bukhari), Syaikh Yusuf Ad-dunia (Guru sunan Nasai) dan Syaikh Sanaullah (Guru Sunan Abu Daud).

Pembunuhan yang dilakukan oleh mereka itu dianggap jihad disisi mereka, sehinggakan mereka menganggap, jika mereka di bunuh oleh Sunni pula, mereka boleh diisytihar sebagai Syuhada’.

Meletakan kebencian kepada syiah adalah wajib, ini kerana, syiah telah mengkafirkan Sahabat-sahabat nabi yang di puji oleh Allah SWT. Tindakan sebegini merupakan menyanggahi firman Allah;


وَالسَّابِقُونَ الْأَوَّلُونَ مِنَ الْمُهَاجِرِينَ وَالْأَنْصَارِ وَالَّذِينَ اتَّبَعُوهُمْ بِإِحْسَانٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ وَأَعَدَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي تَحْتَهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ

Maksudnya;
“Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk Islam) dari golongan muhajirin dan anshar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah ridha kepada mereka dan merekapun ridha kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka surga-surga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya selama-lamanya. Mereka kekal di dalamnya. Itulah kemenangan yang besar”

(Surah At-Taubah : 100)

Bagaimana Syiah tidak meredhai sahabat, sedangkan sahabat telah di redhai oleh Allah dengan kenyataan Allah dalam ayat ini.

Jika di perhatikan kepada kelompok syiah yang melampau pula, kita dapati bahawa ada syiah yang sanggup mengatakan ‘Ali adalah tuhan. Mereka beralasan dengan firman Allah;


وَأَنَّ اللَّهَ هُوَ الْعَلِيُّ الْكَبِيرُ

Maksudnya;
“sesungguhnya Allah, Dialah Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar”

(Surah Al-Haj : 62)

Mereka mengatakan, maksud “العلى” didalam ayat ini bukanlah bermakna “maha tinggi” tetapi memberi makna “Saidina Ali”.

PENUTUP

Secara peribadi, aku melihat bahawa penerimaan masyarakat kepada syiah bukanlah kerana memahami aqidah mereka. Tetapi penerimaan masyarakat dunia kepada syiah adalah kerana kepimpinan syiah yang mampu memberikan gambaran kebajikan kepada masyarakat.

Ini di tambahi lagi dengan kelahiran puak-puak Sunni, seperti dakwaan sebagai kelompok Wahabi, Salafi dan sebagainya yang suka membincangkan isu-isu kecil seperti Bidaah Talqin, Bidaah Tahlil, bidaah selawat dan sebagainya, tetapi dalam masa yang sama, mereka cukup takut untuk menyatakan bidaah menjadi Barua UMNO, Bidaah menjadi Amerika, bidaah system kapitalis dan sebagainya

Bukan sekadar tidak mahu menyatakan bidaah sahaja, bahkan mereka sendiri sudah menjadi “Barua” kepada penjajah, samada penjajah yang bernama Amerika, Barat atau UMNO.

Walaubagaimanapun, jika di fikirkan secara mendalam, sepatutnya umat Islam yang sunni ini perlu mengkedepankan nama-nama tokoh-tokoh sunni yang telah memahat nama didalam buku sejarah islam sebagai manusia yang melakukan kebajikan didalam dunia Islam, seperti Salahuddin Al-Ayubi, Tariq bin Ziyad, Osamah ben Laden, As-Syahid Dr Abdullah Azzam dan sebagainya.

Semua ini bertujuan untuk mengikis fahaman-fahaman syiah yang mula masuk kedalam jiwa-jiwa umat Islam di seluruh dunia.

Akhir kata dari penulis :

Jom lawan Penjajah dan Syiah !!!!!!!!!!!!!

Sekian

Wallahu ‘Alam.

One_G
abu_abdillah_azzam@yahoo.com
http://laptopdarulfiqh.blogspot.com
[1] Lahirnya beberapa firqah di kalangan Umat Islam : m/s 28.
[2] Apa ertinya saya menganut Islam (terjemahan) : m/s 20.
[3] Al-Ibanah ‘An Usul Ad-Diyanah : m/s 39.
[4] Tarikh At-Tabari : 2/401.

1 comment:

ahmad luqman said...

askum ustz..ana nk tanya..mengapa gerakan wahabi melampau dlm hal nk banteras bidaah & syirik hingga byk tinggalan sejarah islam di hapuskn?sbgai cnth mengapa rumah Rasulullah & Saiyidatina Khadijah dirobohkan dan dibangunkn tandas diatasnya?tmpt Saiyidatina Fatimah lahir di jadikn tmpat takungan najis?dn rumah Saiyidina abu Bakr dirobohkn dn dijadikn hotel milik bangsa yahudi iaitu hotel hilton?mengpa ustz?