Tuesday, July 31, 2007

JANGAN TAASUB MAZHAB, TETAPI TAASUBLAH DENGAN PANDANGAN SAYA !!




JANGAN TAASUB MAZHAB, TETAPI TAASUBLAH DENGAN PANDANGAN SAYA !!

Usaha hendak mengikiskan semangat taassub mazhab sudah mula menular di Negara ini. Usaha ini telah berlaku di Negara-negara Islam yang lain. usaha hendak menghapuskan budaya taassub bermazhab ini bukan tindakan yang tercela, bahkan ianya merupakan satu usaha yang telah dilakukan oleh kebanyakan ulama-ulama yang hebat.





Dr Yusuf Al-Qaradhawi merupakan antara ulama kontemporer yang sering menyeru kepada tidak taassub kepada mazhab. Ekoran dari itu, jika dilihat dari hasil tulisan beliau, didapati perbincangan beliau dalam bidang fiqh tidak akan tertakluk kepada satu mazhab semata-mata, bahkan beliau akan mengemukakan berbagai-bagai pandangan ulama dan memberi penghormatan kepada pandangan ulama-ulama yang lain.

Ketaassuban kepada sesuatu mazhab sebenarnya melahirkan satu kelemahan dalam kesemua pentadbiran, samada dalam kehidupan atau apa juga bentuk sekalipun, disamping Islam akan dilihat sebagai satu agama yang jumud, jika ketaasuban mazhab ini menjadi kehidupan umat Islam.

Usaha Dr Yusuf Al-Qaradhawi ini patut mendapat pujian di segenap penjuru pejuang-pejuang keilmuan islam, dikeranakan perjuangan sebegini akan melahirkan daya pemikiran yang kreatif disamping dapat mengetengahkan keterbukaan dan kemudahan yang ada dalam islam.

ISLAM ADALAH MUDAH, BUKAN BERMUDAH-MUDAH

Ruang dalam menghormati khilaf dikalangan ulama ini merupakan kemudahan yang telah Islam sediakan. Kemudahan dalam islam merupakan satu perkara yang diakui oleh Baginda SAW sendiri.

Baginda SAW pernah bersabda dengan kata Baginda;

بُعِثْتُ بِالْحَنِيفِيَّةِ السَّمْحَةِ

Maksudnya;
“aku dibangkit (menjadi nabi) dengan kemudahan dan toleransi[1]

Begitujuga sabda nabi SAW dalam hadis yang lain;

يَسِّرُوا ولا تُعَسِّرُوا

Maksudnya;
“Permudahkan, jangan memayahkan[2]

Kemudahan yang diberikan oleh islam tidak memaksudkan bahawa, boleh bermudah-mudah dengan Islam.

Antara kemudahan yang diberikan oleh islam kepada manusia adalah, kebenaran kepada mereka yang tidak berkeahlian untuk berijtihad bahawa mereka bertaqlid kepada pendapat mana-mana ulama yang mereka kehendaki.

Keizinan ini didasarkan kepada firman Allah;

فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِنْ كُنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

Maksudnya;
“Bertanyalah kamu (Wahai golongan musyrik) kepada orang-orang Yang berpengetahuan ugama jika kamu tidak mengetahui”

(Surah An-Nahl : 43)

Menurut Dr Wahbah Zuhaili didalam kitabnya yang bertajuk “Usul Al-Fiqh Al-Islami”, katanya;

إن منع التقليد إنما هو بالنسبة للمجتهد , أما العامى فيجب عليه التقليد

Maksudnya;
“Sesungguhnya tegahan bertaklid itu dinisbahkan kepada mujtahid, adapun orang yang ‘ami (orang awam yang tidak layak berijtihad), wajib kepadanya bertaqlid[3]

Walaubagaimanapun, sekiranya seseorang yang tidak berkeahlian dalam berijtihad, lalu dia hendak melakukan ijtihad juga, perbuatan demikian merupakan perbuatan yang dinyatakan sebagai bermudah-mudahan dengan Islam, sedangkan perkara ini dilarang oleh Allah SWT.

Larangan ini bersebabkan, mereka yang tidak berkeahlian dengan ijtihad, apabila dia hendak melakukan ijtihad, menyebabkan akan berlakunya kesalahan dalam menyatakan hukum Allah SWT. Sekiranya mereka menyatakan juga, bermakna mereka menyatakan hukum mengikut kadar “zan” dan sangkaan mereka sahaja, sedangkan tindakan sedemikian merupakan kesalahan didalam islam.

Firman Allah;

إِنَّ الظَّنَّ لَا يُغْنِي مِنَ الْحَقِّ شَيْئًا

Maksudnya;
“Sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran”

(Surah Yunus : 36)

BERIJTIHADLAH, TETAPI PASTIKAN CUKUP SYARAT

Berijtihad merupakan keperluan, adapun bertaqlid merupakan keistimewaan yang diberikan oleh Allah SWT kepada manusia sejagat.

Mengharamkan berijtihad dengan mendakwa pintu ijtihad telah tertutup merupakan tindakan yang tidak berasaskan kepada kefahaman islam yang nyata. Ini adalah bersebab, antara punca diizinkan berijtihad adalah kerana permasalahan dan isu-isu yang perlu mendapat jawapan dari Islam sentiasa tidak selesai.

Maka dengan demikian, ijtihad merupakan keperluan yang wajib di garap untuk mencapai kehidupan yang maju berteraskan kepada asas yang mulia, iaitu Al-Quran dan As-Sunnah Rasulillah SAW.

Tidak dinafikan, ada sebilangan yang mendakwa bahawa pintu ijtihad sudah tertutup, hakikatnya, kenyataan sebegini tidak diasaskan kepada fakta ilmu, bahkan lebih kepada perasaan kemanusiaan yang tidak memahami hakikat agama Islam ini.

Mungkin golongan yang dapat mencukupkan syarat-syarat berijtihad itu tidak dapat di temui, tetapi pintu ijtihad tidak pernah tertutup, selagi kehidupan manusia sentiasa melata di atas muka bumi Allah SWT.

Walaubagaimanapun, pasti akan ada manusia yang berkelayakan di setiap zaman untuk berijtihad ini. Ini telah dijanjikan oleh Rasulullah SAW melalui sabda Baginda SAW;

لا تزال طَائِفَةٌ من أُمَّتِي ظَاهِرِينَ حتى يَأْتِيَهُمْ أَمْرُ اللَّهِ وَهُمْ ظَاهِرُونَ

Maksudnya;
“sentiasa ada satu golongan dari umatku yang menzahirkan (kebenaran) hingga datang urusan Allah kepada mereka sedangkan mereka tetap menzahirkan (menyatakan hukum Allah)[4]

Pun begitu, tidak selayaknya golongan yang tidak berkelayakan berijtihad mendabik dada bahawa mereka adalah mujtahid. Ini adalah kerana, tindakan sedemikian akan menyebabkan lahirkan fitnah di kalangan umat Islam yang hakikatnya akan memburukkan agama yang indah ini.

Begitujuga, tidak layak bagi golongan ilmuan pula mencela dan menghina golongan manusia yang dikatakan sebagai “al-‘Ami” atau golongan orang awam yang tidak berkelayakan berijtihad untuk bertaqlid dengan mana-mana pendapat ulama mazhab. Jika ini berlaku, tindakan sedemikian seakan-akan menghina firman Allah SWT yang Allah sendiri menyatakan wujudnya golongan yang tidak mengetahui yang menyebabkan mereka terpaksa merujuk kepada ulasan-ulasan ulama dalam memahami kandungan dan maksud Islam yang sebenar.

PENUTUP

Menyeru kearah berijtihad merupakan satu perkara yang baik, tetapi yang paling penting adalah menyeru manusia kearah berusaha kepada mencukupkan dan mempersiapkan diri dengan syarat-syarat berijtihad.

Apabila tindakan menyeru kearah berijtihad dilakukan, tanpa menyeru kepada seruan untuk mencukupkan atau mempersiapkan diri dengan syarat-syarat berijtihad, maka seruan itu hakikatnya akan melahirkan satu situasi sebilangan manusia yang merasakan diri mereka sudah boleh berijtihad, sedangkan mereka sendiri tidak memahami Islam dengan bentuk yang sebenar.

Begitujuga, dengan tindakan sebegini akan melahirkan satu sikap dikalangan manusia yang mudah mendabik dada bahawa mereka sahaja golongan yang paling mengikut al-quran dan as-sunnah disamping mengepikan segala usaha-usaha yang telah dilakukan oleh ulama-ulama terdahulu.

Yang lebih parah adalah, apabila golongan ini akan mengambil satu sikap menyeru manusia supaya tidak bertaqlid dengan mana-mana mazhab, disamping menyeru manusia supaya bertaqlid dengan pandangan mereka sendiri, yang akhirnya lahirlah satu ungkapan secara tidak dinyatakan berbentuk tulisan dan lisan, tetapi hakikatnya ianya wujud dari sudut hakikatnya, iaitu ungkapan “jangan bertaqlid dengan mana-mana mazhab, tetapi bertaqlidlah dengan pandangan aku”.

Marilah kita fikirkan !!!!!

Sekian

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani
http://laptopdarulfiqh.blogspot.com/

e mail : abu_abdillah_azzam@yahoo.com




[1] Musnad ahmad bin Hanbal : 5/266 : hadis no : 22345.
[2] Sahih Al-Bukhari : 1/38 : hadis no : 65.
[3] Usul Al-Fiqh Al-Islami : 2/1149.
[4] Sahih Al-Bukhari : 6/2667 : hadis no : 6881.

Sunday, July 22, 2007

NEGARA ISLAM MALAYSIA : SEKEJAP SEKULAR, SEKEJAP ISLAM?

NEGARA ISLAM MALAYSIA : SEKEJAP SEKULAR, SEKEJAP ISLAM?

Satu hadis, yang disyarahkan oleh Imam An-Nawawi dalam kitab syarh An-Nawawi ‘Ala Sahih Muslim, dibawah tajuk “Al-His ‘Ala Mubadarah bil A’mal Qabla Tazahur al-fitan”[1]. Menurut Ibnu hibban[2], hadis ini daripada Abu Musa Al-As’ari, yang mana Rasulullah SAW bersabda;

بادروا بالاعمال فتنا كقطع الليل المظلم يصبح الرجل مؤمنا ويمسى كافرا أو يمسى مؤمنا ويصبح كافرا يبيع دينه بعرض من الدنيا

Maksudnya;
“bersegeralah kamu dengan amalan-amalan (soleh), akan timpa kepada kamu fitnah seperti potongan malam yang gelap, berpagi-pagi lelaki menjadi mukmin dan petangnya menjadi kafir atau berpetang-petangnya menjadi mukmin dan paginya menjadi kafir, dia menjual agamanya dengan habuan dunia”

Hadis ini menjelaskan kepada kita tentang golongan yang dikatakan sebagai mempermain-mainkan agama. Keadaan mempermain-mainkan agama yang dilakukan oleh mereka adalah bersebab mereka mahu mencari habuan dunia sehinggakan mereka sanggup tidak menyatakan kebenaran, sedangkan mereka wajib menyatakannya.

Keadaan yang sama juga telah menimpa kepada sebilangan “ulama-ulama” di Negara ini. Disebabkan mereka membisu dari menyatakan kebenaran, maka kesesatan demi kesesatan telah menimpa umat Islam.

Kelahiran “ulama-ulama periuk nasi” ini telah menyebabkan sebilangan besar dari kalangan umat Islam telah menjadi sesat dan jauh dari petunjuk ilahi.

MASYARAKAT YANG SEMAKIN ROSAK

Punca kerosakan sesuatu masyarakat adalah bermula dari ketidak wujudnya pemerintahan Islam. Apabila binasanya pemerintahan Islam, maka seluruh masyarakat akan ditimpa berbagai-bagai kehancuran demi kehancuran sehinggakan sampai satu tahap, masyarakat akan menganggap solat yang merupakan tiang agama adalah satu perkara yang remeh.

Perkara ini telah dinyatakan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Ummah Al-Bahili dengan katanya, bersabda Nabi SAW;

لتنقض عرى الإسلام عروة عروة كلما انتقضت عروة تثبت الناس بالتي تليها منهن فأولهن نقضا الحكم وآخرهن الصلاة

Maksudnya;
“akan terungkai ikatan islam satu persatu, ketika terungkainya satu ikatan, nescaya manusia akan mengikuti yang selanjutnya. Perkara yang mula-mula terungkai adalah pemerintahan dan akhirnya yang terungkai adalah solat[3]

Jika diperhatikan keadaan masyarakat Islam di Negara ini, dapat dilihat bagaimana solat yang menjadi perkara penting dalam agama telah dianggap remeh oleh kebanyakan umat Islam.

Mereka bukan sekadar tidak menunaikan solat, tetapi mereka sudah berani menzahirkan kepada masyarakat bahawa mereka tidak menunaikan solat. Dikala solat jumaat di tunaikan, tanpa segan dan silu, mereka tidak menunaikan solat dengan menghadirkan diri di pusat berbeli belah, kedai-kedai makan dan sebagainya, walaupun ketika itu, kewajipan jumaat pada dirinya tidak dapat di elakkan lagi.

Melihat keadaan masyarakat yang semakin parah ini, difahami bahawa, semuanya berpunca dari luputnya pemerintahan Islam, yang ianya adalah berdasarkan keterangan wahyu Ilahi melalui hadis Nabi SAW.

MALAYSIA NEGARA ISLAM?

Malaysia adalah antara Negara-negara umat Islam yang tidak ketinggalan menghadapi masalah penyakit social yang kritikal. Kewujudan insane-insan Muslim yang berbangga tidak menunaikan solat juga wujud di Malaysia.

Ekoran dari itu, jika diperhatikan kandungan hadis yang lalu, disamping melihat reality yang berlaku di Malaysia, difahami bahawa, Malaysia bukanlah Negara Islam seperti yang didakwa oleh pihak-pihak tertentu.

Yang lebih memelikkan lagi, apabila dakwaan dari orang no 2 malaysia yang mendakwa bahawa Negara ini adalah Negara Islam berdasarkan definisinya tersendiri[4].

Persoalannya, apakah definisi Negara islam Malaysia? Sedangkan dalam kaedah penetapan definisi, hendaklah ianya bersifat “jami’ dan Mani’” atau “konprohensif”.

Definisi Negara Islam juga hendaklah merujuk kepada prinsip, cara dan perlaksanaan pemerintahan Negara mengikut ajaran Nabi SAW. Walaubagaimanapun, perbahasan dalam menentukan Malaysia ini sebagai Negara Islam atau tidak, hendaklah diperhatikan kandungan perlembagaan Malaysia.

PERLEMBAGAAN MALAYSIA ADALAH ISLAM?

Ada sebilangan ahli ilmuan[5] di Negara ini, begitujuga mufti Kerajaan Negeri Perlis[6] beranggapan bahawa perlembagaan Malaysia adalah islam. Anggapan mereka itu adalah dengan alasan, penentuan perlembagaan Malaysia ini adalah Islam atau tidak adalah tertakluk kepada tafsiran dari Hakim.

Mufti Perlis juga menyatakan, isu Lina Joy, hakim dalam kes tersebut telah mengkalahkan Lina Joy dengan menyatakan bahawa islam yang terkandung dalam perlembagaan bukan sahaja berkaitan dengan peribadatan sahaja, bahkan ianya terkandung perkara yang lebih luas dari itu, iaitu akidah, ekonomi, undang-undang dan sebagainya.

Ekoran dari itulah, berdasarkan tafsiran hakim tersebut berkenaan maksud Islam dalam perlembagaan Malaysia, maka terus Mufti Perlis menyatakan bahawa Malaysia adalah Negara islam.

SEKEJAP SEKULAR, SEKEJAP ISLAM

Jika dilihat dari sudut sejarah pembentukan perlembagaan Malaysia, didapati bahawa, perlembagaan ini tidak layak dikatakan sebagai perlembagaan Islam. (untuk mengetahui sejarah pembentukannya, sila rujuk tulisan lalu - http://laptopdarulfiqh.blogspot.com/2006/06/sekularkah-perlembagaan-malaysia.html).

Begitujuga, jika diperhatikan kepada kes pemecatan Tun Salleh Abbas sebagai ketua hakim Negara, yang mana pemecatan tersebut, antaranya bersebabkan usaha Tun Salleh Abbas dalam menyelamatkan Aqidah seorang kanak-kanak cina yang telah memeluk Islam yang bernama Teoh Eng Huat yang ketika itu umurnya tidak sampai 18 tahun. Tun Salleh telah melakukan penangguhan perbicaraaan Kesnya sehinggalah kanak-kanak itu menjangkau umur 18 tahun, yang akhirnya, kanak-kanak itu menang dan kekal sebagai orang Islam.[7]

Diperhatikan kepada kejadian ini, didapati bahawa tafsiran Islam sebagai agama persekutuan dalam perlembagaan Malaysia bukanlah bermaksud Islam adalah agama yang memerintah.

Golongan yang menyatakan bahawa perlembagaan Malaysia adalah perlembagaan secular bukanlah Tun Salleh Abbas sahaja, bahkan disana ramai tokoh-tokoh yang menyatakan demikian, seperti Tunku Abdul Rahman putra iaitu Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Perdana Menteri kedua dan ketiga juga mengisyitiharkan Perlembagaan Persekutuan ini adalah sekular.

Begitujuga, ramai dari tokoh-tokoh undang-undang Negara yang menyatakan bahawa perlembagaan persekutuan adalah sekular, antaranya adalah, Al-Marhum Tun Sufian dan Al-marhum Tan Sri Hashim Yop A. Sani[8]

Tetapi kini, apabila hakim yang membawa kes Lina Joy mentafsirkan makna Islam dalam perlembagaan sebagai agama yang berkaitan dengan semua sudut kehidupan, maka terus mereka menyatakan bahawa perlembagaan Malaysia adalah Islam dan seterusnya mendakwa Malaysia sebagai Negara islam.

APAKAH MAKSUD ISLAM DALAM PERLEMBAGAAN SEKADAR TAFSIRAN?

Negara islam yang mula-mula sekali ditubuhkan di atas muka bumi ini adalah Negara Islam Madinah yang telah ditubuhkan oleh Rasulullah SAW. Dalam penubuhan Negara Islam Madinah, Rasulullah SAW telah berjaya menubuhkan sebuah piagam madinah, yang isi kandungan prinsip dan cirri-cirinya bersifat muhkam atau tidak tertakluk kepada mana-mana tafsiran. Kandungannya adalah;

انكم مهما اختلفتم فيه من شيء فان مرده الى الله عز و جل والى محمد – صلى الله عليه و سلم

Maksudnya;
“Sesungguhnya kamu, apabila kamu berbeza-beza padanya daripada sesuatu perkara, maka sesungguhnya, tempat kembalinya adalah kepada Allah dan kepada Muhammad s.a.w”[9]

Ini menyalahi dengan kandungan perlembagaan Malaysia, yang kandungan Islam dalam perlembagaan tersebut lebih tertakluk kepada tafsiran si Hakim.

Jika di awal pembentukkan perlembagaan Persekutuan, Tunku Abdul Rahman sendiri mengakui bahawa maksud Islam dalam perlembagaan persekutuan tidak menjangkau maksud Malaysia sebagai Negara secular, tetapi kini, dengan tafsiran beberapa hakim, maka Malaysia diisytiharkan pula sebagai Negara Islam.

Ini menandakan bahawa, penentuan Malaysia sebagai Negara Islam lebih tertakluk kepada tafsiran si Hakim. Maka dengan demikian, penentuan islam tersebut menyalahi cara penentuan Negara Islam yang telah dibina oleh Rasulullah SAW.

PENUTUP

Jika dulu, Tunku Abdul Rahman menyatakan bahawa Malaysia adalah Negara secular, begitujuga kenyataan dari beberapa orang tokoh undang-undang terdahulu yang mengatakan demikian, tetapi kini Negara ini telah diisytiharkan sebagai Negara Islam disebabkan tafsiran Islam dalam perlembagaan yang dilakukan oleh Hakim.

Jika ini berlaku, tidak mustahil, akan datang Malaysia akan menjadi Negara secular semula di kala hakim ketika itu menafsirkan Islam dalam perlembagaan tidak menjangkau maksud Malaysia sebagai Negara secular.

Sekejap Islam, sekejap secular, apakah ini tidak dikira sebagai bermain-main dan memperolok-olokkan islam? ingatlah, semua ini permainan golongan munafiq yang digambarkan oleh Allah dalam firman-Nya dalam surah Al-Baqarah dari ayat 8 hingga ayat 20.

Sekian

Wallahu ‘Alam

http://laptopdarulfiqh.blogspot.com

e-mail : abu_abdillah_azzam@yahoo.com


[1] Syarh An-Nawawi ‘Ala Sahih Muslim : 2/133. hadis no : 18.
[2] Sahih Ibni Hibban : 13/297 : hadis no : 5962.
[3] Sya’b Al-Iman : 4/326 : hadis no : 5277.
[4]http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2007&dt=0718&pub=utusan_malaysia&sec=muka%5Fhadapan&pg=mh_06.htm&arc=hive
[5] Kertas kerja : mahkamah syariah : kedudukannya disisi Perlembagaan : m/s 2.
[6] http://www.youtube.com/watch?v=vFHYUhaL_DM
[7] Kontroversil Kes Tun Salleh : m/s 54
[8] Hadharah Islamiyyah Bukan Islam Hadhari : m/s 39
[9] Al-Bidayah Wa An-Nihayah : 3/232

Saturday, July 21, 2007

BERDAKWAHKAH KITA?

BERDAKWAHKAH KITA?

Hari ini, aku terbaca tulisan Mufti Perlis yang agak menarik juga perbincangannya kali ini. Boleh dikatakan, 70 peratus tulisan tersebut, aku boleh menerimanya dan yang berbakinya, aku agak tidak dapat menerimanya, disebabkan perbincangannya itu seakan-akan bersifat menafikan keadaan reality yang berlaku[1].

Walaubagaimanapun, tulisan beliau berkenaan sebilangan pegawai-pegawai di pejabat Agama yang seakan-akan tidak bersungguh-sungguh dalam dakwah non muslim dan menjaga golongan muallaf al-qulub agak boleh diterima. Dan disini, aku akan nukilkan beberapa hasil pengalamanku sendiri dalam isu yang dibangkitkan oleh Asri perlis ini.

Antaranya seperti berikut;


KISAH PERTAMA

Satu hari, selepas aku menyampaikan kuliah fiqh di salah sebuah surau yang berhampiran dengan masjid subang airport, aku terlihat sebuah tempat membasuh kereta yang pembasuh-pembasuhnya berbangsa India yang pada anggapanku beragama hindu. Disamping keretaku sememangnya “comot” disebabkan sudah berminggu-minggu tidak dibasuh. Aku menanam hasrat untuk ke tempat pembasuhan kereta tersebut dan ingin memastikan tentang agama si India itu.

Semasa pembasuhan sedang dilakukan, aku bertanya kepada Si India itu berkenaan namanya dan agamanya. Si India itu memperkenalkan dirinya bernama Raja dan beragama Hindu. Pada anggapanku, Raja boleh bercakap melayu, tetapi anggapanku itu meleset.

Raja adalah seorang yang berbangsa India yang bukan India Malaysia, bahkan dia adalah seorang yang sememangnya berasal dari Negara India. Kehidupannya di Malaysia baru sahaja menjangkau dua tahun yang menyebabkan dia sendiri tidak mampu berbahasa melayu.

Mengenangkan dia berasal dari Negara India, aku menganggap dia boleh berbahasa urdu. Sangkaan itu tepat dengan sasarannya, tetapi dia sendiri tidak mampu bercakap urdu dengan baik, hanya sekadar sahaja. Padaku, itu perkara biasa, ini kerana, dia berasal dari India gujerat yang berbahasa tamil, bukan India Hindustan yang bercakap urdu.

Aku juga telah lama tidak berbahasa urdu. Semenjak meninggalkan bumi debu, Pakistan, iaitu pada tahun 2001 yang lalu, aku sudah mula jarang bercakap urdu. Walaupun kadangkala aku bercakap juga, tetapi tidaklah terlalu banyak sangat. Itupun dikala berjumpa dengan saudara-saudara yang berbangsa Pakistan yang berniaga di Negara ini.

Aku mula berbual-bual panjang dengan raja dalam bahasa urdu. Pertanyaan demi pertanyaan yang aku campakkan kepada Raja. Segala pertanyaanku itu dijawab oleh Raja dan padaku, segala jawapannya itu merupakan luahan hatinya sendiri.

Aku bertanya, sebelum tinggal di Malaysia, adakah dia pernah tinggal di mana-mana Negara. Dia menjawab, dia tinggal di Malaysia baru 2 tahun, dan sebelum ini, dia pernah tinggal di Singapora selama 3 tahun dan dia juga pernah tinggal di Saudi Arabia (mungkin luar tanah haram) selama 11 tahun.

Aku bertanya, selama dia tinggal di Saudi Arabia dan Malaysia, apakah dia tidak mahu memeluk Islam? Dia menjawab, dia tidak berminat dengan Islam disebabkan orang-orang Islam ramai yang sombong.

Mendengar jawapannya itu, aku “mati kutu” untuk membalas kata-katanya disebabkan kenyataannya itu adalah benar sememangnya benar.

Aku mengakui dakwaannya itu, tetapi aku tetap memberitahu kepadanya agar dia tidak melihat kepada akhlak orang islam, tetapi hendaklah melihat kepada ajaran Islam itu sendiri. Mendengar kata-kataku, dia senyap seribu bahasa.

KISAH KEDUA

Aku berjumpa dengan seorang budak yang sudah masuk Islam. Dia berasal dari Sarawak dan dulunya beragama kristian.

Aku bertanya kepadanya, bagaimana dia boleh masuk Islam. Dia menjawab, pada asalnya, dia tidak berkeinginan sangat untuk masuk Islam disebabkan melihat kepada akhlak-akhlak orang islam.

Sehinggakan satu hari, seorang ustaz telah menghadiahkan kepadanya sebuah buku tulisan Dr Hassan Ali yang menceritakan tentang akhlak-akhlak Islam telah mengubah haluan agama hidupnya.

Dia berfikir dengan kandungan buku itu dan membandingkan dengan akhlak-akhlak orang islam sendiri. akhirnya dia dapat mengambil satu kesimpulan, rata-rata orang Islam tidak beramal dengan Islam. ekoran dari itu, dia terus masuk Islam walaupun mendapat tentangan hebat dari ahli keluarga di Kampung.

KISAH KETIGA

Pada setiap minggu, Aku ada menyampaikan kuliah tafsir di salah sebuah surau di kawasan Sri Damansara. Pengajian tafsir di surau tersebut yang sudah mengambil masa lebih tiga tahun itu telah memberi banyak sejarah dalam hidupku.

Bermula dengan isu rokok yang aku nyatakan sebagai haram, telah menyebabkan sebilangan besar ahli jemaah yang merokok telah berhenti dari merokok, sehinggakan tanpa disedari seorang sahabat yang belum memeluk Islam sentiasa melazimi diri untuk mendengar kuliahku itu.

Pada suatu hari, setelah selesai menyampaikan kuliah. Sahabat yang belum memeluk islam itu berjumpa denganku dan menyatakan keinginannya mahu masuk Islam. aku agak terkejut, disebabkan pada anggapanku selama ini dia adalah seorang yang beragama Islam. Tanpa melengahkan masa, aku terus mengislamkannya. Aku bertanya kepadanya, apakah nama yang dia hendak. Dia menyuruh aku memberi nama kepadanya. Aku memberi namanya sebagai azhar.

Pendaftaran Islam di Pejabat Agama telah dilakukan dan Azhar sendiri sudah mempunyai Kad KeIslaman yang dikeluarkan oleh pihak pejabat agama.

Pada suatu hari, Azhar telah menelefonku dan menceritakan masalah kewangannya yang berpunca dari seorang majikannya yang bertitle Ustaz yang tidak membayar gajinya.

Keesokannya, aku membawa Azhar pergi ke Pejabat Pusat Pungutan Zakat (sebelum ditukar kepada LZS) di Bukit Rahman Putra. Amat menyedihkan, pegawai tersebut menyatakan, azhar tidak boleh menerima zakat disitu, bahkan dia mesti pergi ke pejabat agama yang berhampiran terlebih dahulu, untuk mengesahkan keislamannya terlebih dahulu.
Apa yang memelikkanku ketika itu adalah, Azhar telah menunjukan kad keislamannya beserta kad pengenalannya. Apakah itu tidak memadai?Disebabkan meraikan dan menghormati pihak PPZ, aku ikut saja kata-kata pegawai PPZ tersebut dan terus pergi ke Pejabat Agama Islam Selangor (JAIS) di Kuang untuk menyatakan hasrat kami itu.
Setelah sampai disana, kami diperkenalkan dengan seorang pegawai pejabat agama yang menjaga hal ehwal muaalaf yang baru masuk Islam.Apa yang menyedihkan lagi, setelah ditanya, jawapan yang diberikan kepada kami adalah, Azhar tidak layak menerima zakat kerana dia masuk Islam tidak sampai 1 tahun lagi.
Jawapan pegawai tersebut menimbulkan persoalan difikiranku, apakah muallaf yang kurang setahun keislamannya tidak layak menerima zakat? Sedangkan dalam hukum fiqh, seorang yang belum Islam, tetapi sudah menanam minat untuk Islam pun sudah boleh menerima zakat. Inilah yang dipanggil sebagai “Muallaf al-qulub”.

Aku melihat raut wajah Azhar yang agak “frust”, aku membawanya ke kedai makan untuk santapan tengahari. Setelah selesai, aku menghadiahkan azhar dengan beberapa ringgit mengikut kadar kemampuanku untuk memberi pengharapan azhar kepada Islam.

KISAH KEEMPAT

Seorang budak berbangsa cina beragama kristian yang umurnya tidak sampai 18 tahun telah menemuiku dan menyatakan kehendaknya memeluk Islam. Setelah keislamannya, aku menyuruh dia merahsiakan keislamannya, agar tidak diketahui oleh bapanya yang merupakan “orang kuat” MCA.

Tujuan aku menyuruh dia merahsiakan keislamannya adalah bersebab, menurut undang-undang Malaysia, seseorang yang umurnya kurang dari 18 tahun, keagamaan seseorang itu tertakluk kepada ibu bapanya.

Perlembagaan persekutuan perkara 12 (4) menyatakan;

“Ugama bagi seseorang yang berumur kurang daripada lapan belas tahun adalah ditetapkan oleh ibu bapa atau penjaganya[2]

Begitujuga, jika dilihat antara sebab pemecatan Tun Salleh Abbas dari menjadi ketua Hakim Negara adalah tindakan Tun Salleh menangguhkan kes Teoh Eng Huat lawan kadi Pasir Mas, Kelantan berhubung pilihan beragama orang bawah umur[3].

Maka dengan sebab itulah, aku menyuruh Muhammad (nama islamnya) supaya tidak menyatakan keislamannya sehinggakan umurnya sudah mencapai 18 tahun.

Tetapi, amat menyedihkan apabila bapa kepada Muhammad sudah menghidu keislaman Muhammad yang menyebabkan bapanya telah menjauhkan diri Muhammad dari kami.

Pada mulanya, aku mengambil Muhammad dan “menyembunyikannya” di tempat yang kami sediakan. Tetapi atas nasihat sebilangan pegawai di pejabat Agama agar tidak melakukan demikian, disebabkan bimbang aku dituduh sebagai penculik.

Aku agak panic, dan aku bertanyakan hal ini kepada beberapa sahabat-sahabat seperjuangan. Mereka memberi pandangan, jika tidak dapat di elak, maka kita serahkan kepada ibu bapanya, dan apabila dia sudah mencukupi lapan belas tahun, kita akan suruh dia daftarkan di jabatan agama. Aku akur dengan pandangan sahabat-sahabatku itu. Tetapi, apa yang menyedihkan adalah, setelah Muhammad hilang di pandanganku, dalam masa dua hari sahaja, aku masih lagi berbalas-balas sms dengannya, tetapi selepas dari itu, hubungan kami seakan-akan sudah terputus, disebabkan hubungan telefon dan SMS tidak lagi terhubung.

aku agak memberontak dengan undang-undang Malaysia yang memberi hak kepada orang masuk Islam setelah umurnya lebih 18 tahun, sedangkan Islam sendiri memberi hak kepada sesiapa yang masuk islam, walaupun umurnya kurang dari 18 tahun sekalipun.

PENUTUP

Jika ingin dinukilkan kisah-kisah pengalaman hidupku dalam isu muallaf ini, banyak lagi yang boleh di nukilkan, tetapi mungkin ini sekadar pengalaman yang dapat dikongsi bersama pembaca-pembaca sekalian dan agar pembaca-pembaca sekalian dapat berfikir tindakan yang sepatutnya dilakukan untuk memaut hati non muslim kepada Islam.

Mudah-mudahan kita semua mendapat rahmat dari Ilahi dan mendapat keberkatan hidup dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

Sekian

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani

http://laptopdarulfiqh.blogspot.com/

e mail : abu_abdillah_azzam@yahoo.com

[1]http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0722&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm
[2] Perlembagaan persekutuan (hingga 15 hb September 2003): m/s 14.
[3] Kontroversil Kes Tun Salleh : m/s 54.

Wednesday, July 18, 2007

PELANCARAN KULIAH TAFAQQUH ISLAM


semua muslimin dan muslimat dijemput hadir...

segala persoalan dan pertanyaan, sila hubungi

019 2115543 : Haji Fadhil Ismail...

APA YANG PERLU ANDA TAHU TENTANG FTA

APA YANG PERLU ANDA TAHU TENTANG FTA

Sila baca artikle tulisan dari satu e mail dari salah seorang sahabat alam maya;

IMPLIKASI US FTA KEPADA NEGARA DAN RAKYAT MALAYSIA

World Trade Organisation (WTO) tertubuh pada 1 hb Januari 1995 untuk mengantikan General Agreement in Trade and Tariff (GATT) yang sebelum itu berfungsi sebagai garispanduan perdagangan antarabangsa selama 50 tahun sejak tamatnya perang dunia kedua. WTO dianggotai oleh150 negara termasuk Malaysia.

WTO berfungsi sebagai pemacu kepada perdagangan bebas yang merangkumi Dagangan Barangan dan Perkhidmatan serta Dagangan yang melibatkan “Intellectual Properties”, Pelaburan, Perolehan Kerajaan, Polisi Persaingan, Alam Sekitar dll. WTO adalah perjanjian “multi-lateral” yang mengikat secara “legal” negara-negara ahli. Perjanjian ini tertakluk kepada kajian semula dan rundingan secara berkala seperti dalam Rundingan Pusingan Doha.

Disamping peraturan-peraturan dalam WTO yang perlu dipatuhi oleh Negara-negara ahli, setiap negara boleh mengadakan rundingan dan memetrai Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) secara dua hala atau lebih dengan negara-negara lain. Malaysia contohnya telah menandatangai FTA dengan Jepun dan dalam rundingan FTA dengan Australia, New Zealand and Pakistan. Secara setempat, Malaysia terikat dengan Asean Free Trade Agreement (AFTA).

Implikasi besar perjanjian WTO dan FTA yang berbagai ini ke atas kehidupan individu, masyarakat dan negara kurang mendapat perhatian kita sebagai warganegara Malaysia umumnya dan para dai khususnya.

Di negara-negara lain bantahan rakyat secara lantang dan besar-besaran terhadap WTO sering berlaku terutamanya berhubung FTA negara-negara berkenaan dengan Amerika Syarikat (USFTA) seperti di Guatemala, Equador, Colombia, Korea Selatan dan yang terdekat di Thailand. Disamping itu negara-negara seperti Argentina, Bolivia, Brazil, Paraguay, Uruguay, Venezuela, South Afrika, Botswana, Lesotho, Namibia dan Swaziland enggan menandatangai FTA dengan Amerika Syarikat.

Secara umumnya FTA yang dimetrai sesama Negara membangun boleh disifatkan adil. Lain pula sifatnya dengan rundingan FTA di antara Negara maju seperti Amerika Syarikat dengan Negara kecil yang sedang membangun.

Keghairahan Kerajaan Malaysia dalam rundingan dengan AS yang berterusan sejak Mac 2006 bertujuan memetrai Perjanjian Pedagangan Bebas (MUSFTA) dua hala dengan Amerika Syarikat menimbulkan berbagai tandatanya dan tidak kurangnya bantahan dari beberapa pihak

Pengalaman negara-negara yang sudahpun menandatangani FTA dengan AS cukup menyakitkan. Di Mexico sebagai contoh, kira-kira 2 juta peladang terpaksa menutup ladang mereka sejak pemetraian North Atlantic FTA (NAFTA) dan 8 dari 10 penduduknya dilanda kemiskinan dengan 18 juta penduduknya berpendapatan kurang dari US $2 sehari. NAFTA memaksa mexico membuka pasaran mereka kepada export pertanian AS yang sangat murah disebabkan oleh subsidi kerajaan AS terhadap sektor pertaniannya. Ini telah melumpuhkan sektor pertanian Mexico dan keupayaannya mengeluarkan bahan makanan. Ini menyebabkan Mexico terpaksa bergantung kepada AS untuk bekalan makanannya.
AS dalam semua rundingannya dengan negara lain meletakkan pembukaan pasaran sektor pertanian sebagai syarat utama FTA mereka. Disamping itu mereka enggan mengurangkan apatah lagi untuk menghapuskan subsidi sector pertanian di negara mereka. Apakah ini satu bentuk perancangan neo-konservertif AS bagi menguasai negara lain? Apakah Malaysia akan menerima nasib yang sama?

Negara-negara yang diberi status Generalised System of Preference (GSP) oleh AS bagi mengecapi tarif eksport rendah telah diberi tekanan untuk memetrai FTA yang berat sebelah jika mahu status GSP dikekalkan. Sebaliknya pula negara yang memerlukan pasaran AS bagi bahan dagangan mereka tidak diberikan FTA oleh AS atas alasan mereka tidak menyokong polisi AS di Iraq. New Zealand seharusnya dicontohi kerana berdiri teguh dengan pendirian mereka. Kerajaan Malaysia juga telah dikenakan syarat untuk tidak berurusan dagangan dengan Iran jika Rundingan Malaysia-USFTA ingin diteruskan. Ini jelas menunjukan sikap penguasaan neo-konservertif AS dalam setiap rundingan mereka.
AS adalah satu-satunya negara yang meletakkan pelbagai syarat hanya untuk membolehkan rundingan FTA dimulakan.

Malaysia bukanlah Negara yang diberi status GSP dan dengan kedudukan lebihan dagangan Malaysia yang baik ke atas AS, sepatutnya Malaysia tidak perlu mengadakan FTA dengan AS. Jadi mengapakah kerajaan Malaysia begitu tergesa-gesa? Pengalaman Singapura menujukkan eksport AS ke negara jiran itu bertambah selepas FTA menyebabkan lebihan dagangan AS ke atas Singapura meningkat sebanyak 200%.

Sebagai mengambil langkah urustadbir baik, Kerajaan Malaysia seharusnya membuat penelitian dan rundingan meluas dengan melibatkan semua pihak secara telus. Jangan sampai kedaulatan negara tergadai. Apakah harga yang perlu dibayar negara bagi mendapatkan sedikit kebaikan daripada USFTA jikapun ada?

Jika penurunan tarif barangan eksport Malaysia ke AS yang diharapkan, syarat-syaratnya pula sukar dipenuhi seperti syarat ‘rule of origin’ yang memerlukan kesemua bahan mentah penghasilan produk tidak diimport. AS juga mempunyai peraturan yang hanya membenarkan penurunan tarif maksima sebanyak 50% dari tarif sedia adanya, manakala ia mensyaratkan negara lain menghapuskan sama sekali tarif mereka. Dengan penurunan tarif ini akan menyebabkan pendapatan negara berkurangan. Dengan ini bagaimanakah kerajaan akan membiayai perkhidmatan sektor pendidikan, perubatan dan pembangunan infrastruktur?

Sektor Perbankan, Syarikat-syarikat Telekominikasi, Air dan Letrik akan menghadapi persaingan yang hebat dengan syarikat luar yang lebih besar dan bermodal tinggi. Berkemungkinan persaingan ini boleh memberi manafaat secara jangka pendek kepada pengguna tetapi secara jangka panjang ,pengguna akhirnya mungkin teraniaya

setelah syarikat-syarikat luar memonopoli perkhidmatan tersebut. Sektor-sektor industri ‘pioneer’ yang sebelum ini dilindungi bagi membolehkannya berkembang akan terjejas dan matlamat perindustrian negara akan turut terbantut.

USFTA juga mahukan sektor perolehan kerajaaan dibuka kepada mereka. Apakah akan terjadi kepada syarikat-syarikat tempatan yang banyak bergantung kepada sektor ini dalam perniagaan mereka.

Jika pemindahan teknologilah yang diharapkan, ianya tidak akan berlaku kerana dengan termetrainya USFTA Malaysia tidak lagi boleh meletakkan pemindahan teknologi sebagai syarat dalam sebarang urusan dagangan.

Dalam sektor perkhidmatan professional seperti perubatan, perundangan, kejuruteraan, akitek dll, sebarang pembukaan pasaran yang dipersetujui oleh kerajaan Persekutuan AS sukar dilaksanakan memandangkan setiap “State” di AS mempunyai syarat berlainan untuk membolehkan para professional luar memulakan praktis.

Dalam sektor pelaburan, USFTA memberi perlindungan yang tinggi kepada para pelabur. Oleh kerana pelaburan AS di Malaysia adalah lebih besar dari pelaburan Malaysia di AS, maka ini menguntungkan AS lebih dari negara kita. Di samping itu USFTA tidak membenarkan batasan ke atas penarikan keluar masuk modal mahu pun keuntungan pelaburan. Apakah dengan USFTA Malaysia akan mendapat pertambahan FDI memandangkan saiz ekonomi Malaysia terhad? Apakah Malaysia mahu ketidaksetabilan “Hot money” yang tidak terkawal?

Melalui USTFA banyak bahan-bahan dan alat perubatan akan dikenakan patent dibawah Trade Related Intellectual Properties (TRIPS) menyebabkan harga ubat dan perkhidmatan perubatan meningkat. Apakah ini yang menguntungkan?

Selepas USFTA AS boleh menyaman Kerajaan Malaysia sekiranya apa-apa undang-undang yang diluluskan parlimen didapati bertentangan dengan perjanjian dan sebagai hukuman AS boleh menaikkan tarif ke atas mana-mana eksport Malaysia ke AS. Dalam tempoh 10 tahun NAFTA, pelabur telah menyaman Kerajaan Mexico, Canada dan AS melebihi US$28b di atas sebab yang sama.

Kesemua faktor yang disebut di atas meyakinkan kita bahawa memeterai USFTA bukanlah satu langkah bijak malah boleh membawa kerugian and menjejaskan kedaulatan Negara. Kita sebagai warga yang prihatin perlu mempergiatkan usaha bagi menyedarkan masyarakat betapa pentingnya kita semua sama-sama menyuarakan kebimbangan dan penentangan kita terhadap USFTA.

Tuesday, July 17, 2007

AKU DAN LAPTOPDARULFIQH.BLOGSPOT.COM

AKU DAN LAPTOPDARULFIQH.BLOGSPOT.COM

Semenjak dua menjak ini, kesibukan dalam beberapa urusan menyebabkan menulis menjadi sesuatu kerja sampingan, walaupun ianya merupakan kepentingan dalam hidupku.

Pernah beberapa orang sahabat bertanya, mengapa aku menulis dan adakah aku mendapat apa-apa habuan menulis dari mana-mana pihak. Aku menjawab, menulis merupakan minatku dan aku menulis tidak mendapat apa-apa habuan dari mana-mana pihak.

Minatku kepada penulisan adalah semenjak aku berkenalan dengan bapa angkatku yang merupakan bekas Mufti kerajaan Sabah yang bernama Tuan Guru Haji Said bin Ibrahim.

Dalam pertemuan pertama kali bersama Tuan Guru Haji Said, Aku bertanyakan tentang cara dan teknik beliau belajar dahulu. Beliau menyatakan, beliau sentiasa menulis segala ulasan guru-guru selepas dari selesai pengajian.

Mendengar cerita beliau, jiwaku sudah mula berminat dengan dunia penulisan, tetapi, ketika itu, minat tersebut tidak dapat dijadikan sebagai jadual hidupku kerana aku agak lemah dalam sudut bahasa Melayu. Ini adalah bersebabkan aku merupakan seorang yang mempunyai kelulusan dari Universiti Islam di Tanah arab, Mesir dan bumi debu Pakistan, tanpa mendapat pengajian bahasa Melayu secara sempurna disamping aku sendiri tidak mempunyai kelulusan SPM, walaupun disarankan oleh sebilangan sahabat agar mengambilnya.

BERANIKAN DIRI

Aku memberanikan diri untuk menulis, walaupun aku menghadapi krisis ejaan dan penggunaan bahasa melayu dengan betul. Dengan keberanian tersebut, aku telah berjaya menubuhkan sebuah blog sebagai tempat untuk aku meluahkan perasaan dan fikrahku dalam mengulas balik segala kejadian yang berlaku.

Ekoran dari itulah, banyak tulisan-tulisanku yang didapati dalam blog mempunyai identity tersendiri, iaitu ianya adalah fikrah al-bakistani. Aku tidak mengira kepada sesiapa sahaja yang untuk dijadikan medanku untuk mengkritik, samada ianya terhadap PAS atau kepada mereka yang bukan dari PAS.

Aku tidak mengira siapa sahaja yang hendak aku kritik, adakah ianya mempunyai jawatan yang besar atau tidak, samada dalaman jemaah atau tidak dan sebagainya. semua kritikan aku itu adalah menggambarkan fikrahku dalam sesuatu tindakan.

Pernah sahabat-sahabat seperjuangan menyuruh aku menarik balik tulisanku dari blogku itu. Disebabkan tindakan sahabat tersebut seakan-akan “cari gaduh”, maka aku mengambil sikap untuk menarik balik kenyataanku tersebut. (tak perlu diceritakan siapakah mereka)

Apa yang menyebabkan aku terkilan, mereka yang menyuruh aku menarik balik kritikanku itu, sedangkan mereka sendiri tidak pernah menarik balik tulisan mereka, walaupun mereka pernah berjanji untuk menarik balik tulisan mereka yang mengkritikku.

Apa yang lebih menyebabkan aku terkilan lagi, kritikanku terhadap mereka menyebabkan mereka mengubah kerangka isi tulisan mereka agar bersesuaian dengan kehendak yang sebenar, padahal asalnya tulisan tersebut tidak bertepatan dengan kehendak, kemudian mereka melakukan kritikan semula terhadap tulisanku dengan merujuk tulisan yang telah dibaiki semula, disamping memburukkan lagi tulisanku itu.

Inilah penipuan yang dilakukan sebilangan penulis-penulis alam maya yang padaku, mereka ini walaupun mempunyai kehebatan menulis, berdarjat Master dan PHD, jawatan sebagai ahli akademi, penasihat agama di sebilangan syarikat-syarikat besar, tetapi mereka ini pada hakikatnya mempunyai kepentingan peribadi disebalik tulisan tersebut dan tidak layak dipanggil sebagai “orang bijak”.

ARTIKLE SAHABAT-SAHABAT

Blog laptopdarulfiqh.blogspot.com bukanlah dikendalikan oleh aku bersendirian, bahkan blog ini mempunyai beberapa sahabat yang mengawalnya.

Begitujuga, tulisan-tulisannya tidaklah datang dariku sahaja, bahkan banyak tulisan-tulisan yang termuat didalamnya datang dari sahabat-sahabat penulis yang lain.

Aku juga menyediakan di dalam blog ini ruang kepada sahabat-sahabat yang berjawatan dalam jemaah untuk mereka mengemukakan atau mengeluarkan kenyataan rasmi mereka. ekoran dari itulah, kenyataan Ulama Pelapis, Dewan Ulama PAS dan PAS Kawasan dan Pemuda PAS Kawasan Subang sering termaktub didalam blog ini.

PENUTUP

Penulisan merupakan minat, hobi dan keperluan hidupku. Dengan penulisan, ilmu yang dipelajari dahulu dapat di “panaskan” semula.

Penulisan yang berasas kepada kajian dapat menambahkan pengetahuan, disamping dapat meluaskan lagi pengalaman dan menambah kefahaman dalam memahami persepsi manusia terhadap sesuatu isu.

Mudah-mudahan segala usaha yang dilakukan mendakwa keberkatan di sisi Allah dan dikira sebagai amalan soleh. Amin ya Rab Al-‘Alamin

Sekian

Wallahu ‘Alam

p/s : malam ini malas nak menulis, tetapi digagahi dengan semangat mahu menulis.

Al-Bakistani
http://laptopdarulfiqh.blogspot.com

e mail : abu_abdillah_azzam@yahoo.com

Wednesday, July 11, 2007

PANDANGLAH, LIHATLAH & FIKIRLAH.....

a. seharian bersama kehidupan tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nikmat
http://video.google.com/videoplay?docid=9186791857475939459

b. Parlimen : ucapan Hussam Musa dan Mohd Sabu.
http://video.google.com/videoplay?docid=987974642678734671

Al-Bakistani
http://laptopdarulfiqh.blogspot.com/

e mail : abu_abdillah_azzam@yahoo.com
APABILA MUFTI BERKATA “BIARKAN DIA MURTAD !!”

Sering juga aku melayari lamanweb tranungkite.net, terutama di ruangan forum yang disana aku dapat mendalami perbagai pemikiran dan persepsi manusia dalam sesuatu isu.

Di suatu malam yang hening, semua ahli keluarga sudah melenakan diri mereka di “perlabuhan mimpi”, aku terbuka satu forum yang membicarakan tentang kenyataan Dr Asri yang merupakan Mufti Kerajaan Negeri Perlis yang bercakap berkenaan dengan isu murtad[1].

Didalam forum tersebut, disediakan satu link youtube untuk mendengar sendiri dari kenyataan mufti perlis itu. Setelah membuka, maka aku dapat mendengar sendiri isi kuliah dari mufti tersebut.

Setelah mendengar ulasan Dr Asri, aku amat terkejut dengan ucapannya yang berbunyi “seorang lawyer tanya saya, dia nak murtad, biarlah”.

Mendengar ucapan tersebut, mulanya aku menganggap, mungkin ada ulasan yang lebih lanjut disebalik ucapan beliau itu. Tetapi, setelah memerhatikan ucapannya secara menyeluruh, aku dapat mengambil satu kesimpulan bahawa, kenyataannya itu menggambarkan dia seakan-akan cenderung dan mempunyai kesamaan dengan pemikiran yang dibawa oleh Jamal Al-Banna dalam tulisannya, “Qadiyyah Al-Hurriyyah fi Al-Islam” dan Muhammad Salim Al-‘Awa’ didalam bukunya “Fi Usul An-Nizam Al-Jinai Al-Islami”, yang mengatakan bahawa murtad adalah isu individu, bukan isu masyarakat.

Kedua-dua buku tersebut telah dijawab balas oleh Dr Yusuf Al-Qaradhawi didalam kitabnya yang bertajuk “jarimah ar-riddah wa Uqubah al-Murtad fi Dau’ al-Quran wa as-Sunnah” dan kitab “Hurriyyatul aqidah fi As-Syariah Al-Islamiyyah” karangan Doktor Ahmad rasyad Tohuun.

Sebelum ini, berdasarkan satu kenyataan yang dikeluarkan oleh orang no 1 Malaysia yang mendakwa bahawa, Malaysia tidak menghalang sesiapa untuk murtad[2]. Yang amat menyedihkan adalah, sebagai seorang yang memegang jawatan Pengerusi OIC, beliau dengan senang menyatakan, “This is not about something that cannot be done”, sedangkan kenyataan sebegini sebenarnya memberi satu ruang baru kepada masyarakat untuk keluar dari Islam.

MURTAD ADALAH JENAYAH

Murtad adalah satu isu yang sedang hebat menimpa umat Islam, terutama di Malaysia. Isu yang merupakan tragedy yang menyayatkan hati setiap muslim yang mendengarnya.

Lina Joy yang mencabar Mahkamah syariah supaya mengeluarkan kalimah Islam dalam kad pengenalannya telah membuktikan bahawa, penyakit murtad di Negara ini sudah berada di tahap yang kritikal.

Jika dulu, orang yang murtad takut menzahirkan kemurtadannya, tetapi sekarang, orang murtad sudah berani memaksa orang mengisytihar dirinya sebagai murtad.

Murtad adalah satu hukuman dibawah jenayah Syariyyah yang pelakunya, apabila sabit kesalahan akan dikenakan hukuman bunuh. Hal ini disandarkan kepada sabda Nabi SAW;

من بَدَّلَ دِينَهُ فَاقْتُلُوهُ

Maksudnya;
“Barangsiapa yang menukar agamanya, maka bunuhlah dia[3]

Begitujuga hadis yang diriwayatkan oleh Imam Malik dalam kitab Al-Muwatta’;

من غَيَّرَ دِينَهُ فَاضْرِبُوا عُنُقَهُ

Maksudnya;
“barangsiapa yang menukarkan agamanya, maka hendaklah dipancung kepalanya[4]

Dari kedua-dua hadis ini, baginda SAW menggunakan “suruhan” membunuh terhadap individu yang murtad. Dalam pengajian usul fiqh, suruhan dari nas mengandungi makna wajib, selama makna itu tidak didapati qarinah yang menyatakan hukuman sunat[5].

Maka dengan demikian, membunuh orang murtad merupakan tindakan dari pihak pemerintah terhadap mereka. tujuan pembunuhan tersebut merupakan tindakan syariah dalam usaha hendak menyelamatkan agama-agama penganut Islam yang lain, agar tidak melakukan jenayah murtad ini.

DHARURIYAT KHAMS

Abdul Wahab Khalaf, seorang tokoh fiqh yang banyak menulis kitab-kitab fiqh ada menyatakan dalam kitabnya yang bernama “Ilmu Usul Al-Fiqh”, beliau menyatakan, didalam islam, perkara yang disyariatkan mengandungi maqasidnya tersendiri. Antara maqasidnya adalah menjaga lima perkara dalam kehidupan manusia atau dengan sebutan lain “dharuriyat khams”. Kandungannya adalah menjaga agama, nyawa, akal, maruah dan harta[6].

Ekoran dari itulah, Islam telah meletakan undang-undang dalam penjagaan tersebut. maka dengan itu, disana terdapatlah hukum-hukum islam, seperti hukum hudud, qisas dan takzir.

Tanpa perlaksanaan undang-undang islam ini, segala maqasid di sebalik penjagaan manusia di bumi Allah ini tidak akan tercapai. Ekoran dari itulah, menyebabkan golongan murtad semakin berluasa, gejala rompak, samun tidak dapat dihadapi bahkan memeningkan kepala masyarakat seluruhnya.

PENUTUP

Melihat kepada penjelasan ini, didapati bahawa, Islam tidak membiarkan begitu sahaja terhadap golongan yang telah melakukan kesalahan syariah. Ini dibuktikan dengan tindakan islam yang menyediakan hukuman terhadap mereka yang melanggar arahan Allah SWT.

Justeru itu, kenyataan mufti perlis yang mengatakan “biarlah” kepada orang yang mahu murtad, merupakan kenyataan yang bercanggah dengan Islam dan jauh sekali mengikut manhaj salaf soleh dalam menghadapi golongan yang melanggari kandungan syariah islamiyyah.

Apa yang lebih membimbangkan adalah, kenyataan sebegini merupakan kenyataan yang mengandungi maksud istihza’ (memperolok-olokkan) hukum Allah. Sedangkan, Allah SWT menjelaskan bahawa, golongan yang istihza’ ini dikategorikan sebagai golongan yang disebut sebagai munafiq.

Firman Allah;

وَإِذَا لَقُوا الَّذِينَ آَمَنُوا قَالُوا آَمَنَّا وَإِذَا خَلَوْا إِلَى شَيَاطِينِهِمْ قَالُوا إِنَّا مَعَكُمْ إِنَّمَا نَحْنُ مُسْتَهْزِئُونَ * اللَّهُ يَسْتَهْزِئُ بِهِمْ وَيَمُدُّهُمْ فِي طُغْيَانِهِمْ يَعْمَهُونَ * أُولَئِكَ الَّذِينَ اشْتَرَوُا الضَّلَالَةَ بِالْهُدَى فَمَا رَبِحَتْ تِجَارَتُهُمْ وَمَا كَانُوا مُهْتَدِينَ

Maksudnya;
“dan apabila mereka (orang munafiq) bertemu Dengan orang-orang Yang beriman, mereka berkata: " Kami telah beriman ", dan manakala mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula:" Sesungguhnya Kami tetap bersama kamu, sebenarnya Kami hanya memperolok-olok (akan orang-orang Yang beriman)".* Allah (membalas) memperolok-olok, dan membiarkan mereka meraba-raba Dalam kesesatan mereka (yang melampaui batas itu). * mereka itulah orang-orang Yang membeli kesesatan Dengan meninggalkan petunjuk; maka tiadalah beruntung perniagaan mereka dan tidak pula mereka beroleh petunjuk hidayah”

(Surah Al-Baqarah : 14-16)

Sekian

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani

http://laptopdarulfiqh.blogspot.com

e mail : abu_abdillah_azzam@yahoo.com




[1] http://www.youtube.com/watch?v=qwAjA_iZC6Q
[2] http://asia.news.yahoo.com/070709/3/34j3w.html
[3] Sahih Al-Bukhari : 6/2537. hadis no : 6534.
[4] Muwatta’ Imam Malik : 2/736. hadis no : 1413.
[5] Al-Wadih fi usul Al-Fiqh : m/s 28.
[6] Ilmu Usul Al-Fiqh : m/s 200.

Tuesday, July 10, 2007

Apa khabar Tok Guru Nik Abd Aziz?

tulisan ini 'diciplak' dari blog saudaraku seagama dan seperjuangan, Tuan Haji Roslan SMS...http://www.n32.blogspot.com/

dipersilakan dengan hidangan rohani, mudah-mudahan mendapat petunjuk.

Ramai mengetahui yang MB Kelantan yang dikasihi sebahagian besar rakyat Malaysia itu baru-baru ini telah ditahan di hospital kerana keletihan. Dan ramai juga tahu yang beliau telah pun beberapa hari kemudian dibenarkan pulang oleh para doktor dan pakar dengan syarat beliau berihat sekitar seminggu. Tapi ramai tidak mungkin tahu yang Tok Guru dikhabarkan enggan bercuti dan terus sahaja menjalankan tugas-tugas resminya.
Sudah pastilah ramai yang tertanya-tanya bagaimana keadaan beliau setelah keluar hospital, bagaimana aktiviti beliau?
Dalam hal ini saya kira tidak ada orang yang lebih layak memberikan laporan melainkan sahabat saya Mohd Sayuti Omar (MSO) yang sememangnya rapat dengan tokoh ulamak ini. Saya tahu MSO rapat dengan beliau apabila membaca karya-karya MSO khasnya berkenaan Kelantan dan Tok Guru sendiri. Contohnya buku beliau:
Pilihanraya Umum ke 11 Suatu Tragedi
jelas membuktikan betapa rapatnya beliau dengan tokoh kesayangan ramai ini.
Pernah satu ketika apabila saya membuat rakaman temuramah eksklusif dengan Tok Guru di Rumah Kelantan di KL, MSO tiba-tiba masuk sedang kami melakukan rakaman. Sejurus selesai Tok Guru berkata: Ni Sayuti nak tumpang semangkuk!
Baiklah, bukan pasal MSO yang mahu saya tulis diruangan ini (beliau sejak kebelakangan ini banyak menempah kontroversi yang saya doakan agar dapat segera diubati kerana kita memiliki agenda yang lebih besar di hadapan), yang saya mahu bawa adalah perkembangan terbaru Tuan Guru Dato Nik Abd Aziz, cumanya saya terpaksa menumpang semangkuk MSO kerana saya mengepilkan artikel dari blog beliau:
Merah Tinta MSO
http://msomelayu.blogspot.com/
Tulus dan ikhlasnya Tok Guru ku
KEBETULAN ketika pulang ke Kelantan minggu lepas, (Isnin) Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berada di wad Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian, (HUSM). Beliau ditahan di wad kerana keletihan. Mulanya selepas urusan di Mahkamah Tinggi Kota Bharu selesai terniat untuk menziarahi MB itu kerana agak lama tidak berjumpa atau mengikuti programnya.Bagaimana pun niat itu sirna apabila kebetulan semasa minum kopi di perkarangan kompleks Mahkamah Kota Bharu, terjumpa dengan pemandu dan pengawal peribadinya. Apa yang sempat dilakukan saya hanya mengirimkan salam kepada Tok Guru menerusi kedua pegawal peribadinya itu.
Bebanan kerja
Alhamdulilah tidak lama Tok Guru ditahan dan beliau dibenarkan keluar dari wad. Kehadirannya di wad itu hanya rutin biasa dan doktor mahukan beliau berihat saja. Bebanan kerjanya menyebabkan MB itu mudah kelelahan dan tidak sihat.
Tengah hari semalam (9 Julai 2007) seorang kawan menelefon dan memberi tahu yang Tok Guru akan ke Kampung Beta Hilir untuk melihat proses memasukkan sejenis bahan chemical ke dalam pokok depu di kampung berkenaan. Projek memasukkan chemical ke dalam pohon depu itu merupakan satu lagi idea yang dirintis oleh Kerajaan Kelantan memanfaatkan pohon berkenana untuk dijadikan minyak wangi ataupun stanggi bagi menambahkan hasil pendapatan rakyat yang memiliki pokok berkenaan.
Tanpa banyak bicara dan membatalkan satu temujanji dengan seorang kawan, saya bergegas ke kampung Beta Hlir. Sebenarnya bukan sangat hendak melihat pohon depu dan proses yang dilakukan itu, tetapi kerana semata-mata ingin berjumpa dengan Tok Guru bagi bertanya khabar dan melepaskan kekangenan.
Rasa rindu sudah berladum dalam diri apa lagi setelah mengetahui beliau baru saja dimasukkan ke wad dua tiga hari lalu. Memang agak sudah lama tidak berjumpa dan berbicara dengannya.Ketika sampai di perkarangan masjid As Saadah, Beta Hilir, Tok Guru baru sahaja selesai solat zohor berjemaah dan sedang memberi tazkirah amalan beliau sejak berdekad lalu. Kira-kira 40 orang sedang mengikutinya dengan asyik dan tertib. Ketika saya menjenguknya ke ruang mihrab tidak nampak batang tubuhnya dan yang kedengaran hanya suaranya sahaja. Saya jadi tertanya-tanya.

Mulanya saya fikir kaset atau CDnya dipasang, tetapi selepas meninjau ke dalam baru nampak beliau sedang memberi tazkirah sambil duduk tersimpul dengan kedua belah tanganya di topang ke belakang. Beliau kelihatan begitu tidak bermaya. Menurut pegawianya sebaik saja lepas dari menemui doktor di HUSM pada tengah hari, beliau terus ke kampung Dewan Beta Hilir semata-mata kerana ingin melihat proses memasukkan chemical ke dalam pohon depu.
Sanggup hadir
Mendengar penjelasan pegawainya itu saya jadi terdesah. Betapa Tok Guru walaupun dia penat dan keuzuran namun sanggup juga hadir semata-mata hendak menyaksikan proses memasukan chemical ke dalam batang pokok berkenaan.

Padahal kalau hendak dikira, peristiwa itu tidak begitu penting apa lagi beliau dalam keadaan kurang sihat. Namun tidak siapa berani menghalangnya dan itulah sifat Mursyidul Am Pas itu beliau sanggup mengagahkan diri demi tugas dan melaksanakan tanggungjawabnya.Apa yang dilakukan petang semalam bukan saja untuk menyaksikan peristiwa berkenaan, tetapi turut juga menjenguk seorang penyokong partinya di kampung berkenaan yang terlantar sakit bertahun-tahun kerana serangan angin ahmar.
Apa yang dapat disaksikan petang tadi mengenai MB itu sungguh menginsafkan dan sekaligus menunjuk betapa komitednya beliau kepada tugas dan tanggungjawabnya.

Biarpun dia kelelahan dan keuzuran namun amanahnya kepada Allah diteruskan juga. Menyampikan takzirah meskipun dalam keadaan yang sungguh letih menjelaskan bahawa beliau begitu jujur dengan nekadnya bahawa dakwah atau kerja menyeru manusia ke jalan kebaikan tetap diteruskan meskipun di pangking perihatan.

Sementara kegigihannya mengagahi diri bagi melihat kerja-kerja memasukan chemical ke dalam batang depu itu serta mengagahi diri menziarahi orang sakit pula menunjukkan betapa tanggungjawabnya yang dipikulnya sebagai ketua kerajaan tetap dipundaknya walau dalam keadaan bagaimana sekalipun.
Tetap berkhidmat
Melihat kepada apa yang dilakukan petang semalam dapat disimpulkan bahawa beliau akan tetap berkhidmat kepada rakyat dan negeri selagi kedua belah kakinya berdaya melangkah dan mulutnya masih mampu berkata-kata untuk memberi ceramah atau pun tazkirah mengajak manusia kepada Allah.
Separuh petang itu bersama Tok Guru terasa seperti sekejap dan tidak puas. Barangkali begitu resminya kalau berada bersama seorang mulia dan hatinya yang tidak pernah terputus dari menyebut dan mengingati Allah - zikirullah. Bagi saya berada bersama Tok Guru persis berada di bawah sepohon rendang, dingin, nyaman dan sejuk serta menghiburkan.
Sewaktu menghantar kenderaan membawanya pulang, tiba-tiba saya jadi terpaku dan sebak seketika. Sambil itu di kuping telinga terngian-ngian beberapa barisan tazkirahnya yang sempat ditangkap di masjid tadi antara katanya;
Apa saja yang kita buat atas dunia ini biarlah betul dan kerana Allah. Kita bekerja kerana Allah, kita sembahyang kerana Allah, kita berumah tangga kerana Allah, kita berniaga kerana Allah, kita menjadi MB kerana Allah. Dan apa-apa juga hendaklah apa yang kita laku itu biarlah betul.
Beliau mengeluarkan kata-kata itu sambil kedua belah matanya terpejam rapat. Saya yang beberapa kali menjadi ralat untuk merakam fotonya mengira seolah-olah MB itu bercakap dan terus bercakap mengajak manusia ke jalan kebaikan dan kebenaran di bawah sedarnya.

Lagaknya itu sepertilah mata air yang mengalirkan rohnya memberikan sumbernya kepada seluruh isi alam.

(Terima kasih Tuan Haji Roslan SMS, maaf kerana tidak meohon izin terlebih dahulu. Semoga Allah berikan anda kekuatan untuk bersama kawan-kawan menghadapi musuh kita yang satu)

Monday, July 09, 2007

BOLEH JADI MUFTI, TETAPI JANGAN KELUAR FATWA GILA

Menurut kitab “Usul Al-Ifta’’”, karangan As-Syaikh Al-Qadhi Al-Mufti Muhammad Taqiy Al-Usmani, mufti didefinisikan sebagai;

“Menjawab berkenaan masalah agama”

Dalam mensyarahkan definisi ini, Menurut Al-Ustaz Al-Mufti Kamaluddin Ahmad Ar-Rasyidi, disebut mufti menjawab masalah agama, tidak masalah syariyyah kerana, mufti itu tidak semata-mata menjawab perkara yang berkaitan dengan syariah sahaja, bahkan mufti juga akan menjawab perkara yang berkaitan dengan aqidah[1].

Definisi ini bersesuaian dengan ulasan oleh As-Syaikh Mahmood Syaltot di muqaddimah kitabnya “Al-Fatawa”[2].

Sesuatu kenyataan atau pandangan yang dikeluarkan oleh mufti tidak dibawah kategari ilzam, iaitu tidak mewajibkan kepada mustafti (penerima fatwa) menerima pakai fatwa tersebut.[3] ini sekiranya, fatwa tersebut dalam perkara yang dikhilafi oleh ulama. walaubagaimanapun, sesuatu kenyataan hukum yang dinyatakan oleh mufti bersifat ijmak ulama, maka wajib kepada mustafti menerima pakai fatwa tersebut.

JAWATAN MUFTI ADALAH WILAYAH TANFIZ

Pandangan dari seorang mufti dibawah kategori wilayah tanfiz, iaitu golongan yang memegang portfolio yang hanyalah mempunyai kuasa untuk melaksanakan segala arahan khalifah dan kerajaan sahaja. Ia tidak memiliki sebarang kuasa pentadbiran yang boleh mentadbir berdasarkan budi bicara sendiri, bahkan wilayah ini hanya berperanan sebagai perantaraan di antara khalifah dan rakyat yang mewartakan perintah kerajaan kepada rakyat dan menyampaikan pula kehendak rakyat kepada kerajaan[4].

Ini membezakan dengan kuasa pihak kerajaan yang memerintah, yang mana kuasanya dibawah ketagori wilayah tafwidh, iaitu golongan yang memegang portfolio ini adalah orang yang diberikan kuasa mentadbir urusan-urusan negara mengikut pandangannya serta melaksanakan sesuatu perkara berpandukan kepada ijtihadnya[5].

Dari ini, difahami bahawa, sesuatu pandangan mufti sekadar pandangan semata-mata yang tidak dibenarkan untuk dilaksanakannya melainkan persetujuan dari pihak kerajaan.

Justeru, sekiranya seseorang mufti mengeluarkan fatwa yang mengharamkan jom heboh, haram arak dalam majlis keramaian, haram bersentuhan lelaki perempuan ajnabi dan sebagainya, ianya adalah sekadar fatwa yang tertakluk kepada penerimaan pihak kerajaan yang memerintah.

PERJUANGAN POLITIK UNTUK MEMERINTAH

Pemerintahan Islam adalah pemerintahan yang berasaskan kepada sandaran utama, iaitu Al-Quran dan As-Sunnah, disamping mendapat keizinan beristidlal dengan ijmak ulama dan Qias.

Politik mengikut terjemahan Arabnya disebut sebagai siasah yang memberi maksud ‘memerintah, mentadbir dan memimpin’[6].

Memerintah bumi ini merupakan tangungjawab yang telah di amanahkan kepada manusia. Pemerintahan tersebut hendaklah berasaskan kepada kandungan Al-Quran dan As-Sunnah Rasulillah SAW. Ini dapat dilihat kepada kandungan piagam madinah yang merupakan perlembagaan Islam pertama yang telah di tubuhkan oleh Rasulullah SAW sendiri. kandungannya adalah seperti berikut;

مهما اختلفتم فيه من شيء فإن مرده الى الله عز وجل وإلى محمد

Maksudnya;
“sekiranya berlaku sesuatu perselisihan, maka tempat rujukannya adalah Allah dan Muhammad SAW[7].

Memerintah berdasarkan agama Islam merupakan tanggungjawab yang telah diwajibkan oleh Allah SWT. Ianya diasaskan kepada firman Allah;

وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً

Maksudnya;
“dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi"”

(Surah Al-Baqarah : 30)

Ketiadaan pemerintahan Islam memerlukan kepada usaha kearah pembinaan pemerintahan tersebut. jika tidak, muslim tersebut berada dalam keadaan yang melakukan dosa kepada Allah SWT.

Firman Allah;

وَيَقُولُونَ آَمَنَّا بِاللَّهِ وَبِالرَّسُولِ وَأَطَعْنَا ثُمَّ يَتَوَلَّى فَرِيقٌ مِنْهُمْ مِنْ بَعْدِ ذَلِكَ وَمَا أُولَئِكَ بِالْمُؤْمِنِينَ

Maksudnya;
“dan (di antara orang-orang Yang tidak dikehendakiNya ke jalan Yang lurus ialah) mereka Yang berkata: "Kami beriman kepada Allah dan kepada RasulNya serta Kami taat"; kemudian sepuak dari mereka berpaling (membelakangkan perintah Allah dan Rasul) sesudah pengakuan itu, dan (kerana berpalingnya) tidaklah mereka itu menjadi orang-orang Yang sebenarnya beriman.

(surah An-Nur : 47)

Firman Allah ini menjelaskan betapa penafian Iman dari Allah SWT terhadap golongan yang tidak mahu berusaha kepada ketaatan Allah yang antaranya pemerintahan islam. Penafian ini terhadap mereka, walaupun mereka itu mendakwa beriman kepada Allah dan Rasul-Nya.

Begitujuga, didalam ayat yang lain, Allah SWT telah menyatakan tentang kewujudan manusia yang sesat, walaupun mereka mendakwa beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, tetapi hakikat sebenar mereka tidak beriman disebabkan mereka mengambil taghut sebagai pemerintah mereka.

Firman Allah;

أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ يَزْعُمُونَ أَنَّهُمْ آَمَنُوا بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ وَمَا أُنْزِلَ مِنْ قَبْلِكَ يُرِيدُونَ أَنْ يَتَحَاكَمُوا إِلَى الطَّاغُوتِ وَقَدْ أُمِرُوا أَنْ يَكْفُرُوا بِهِ وَيُرِيدُ الشَّيْطَانُ أَنْ يُضِلَّهُمْ ضَلَالًا بَعِيدًا

Maksudnya;
“tidakkah Engkau (hairan) melihat (Wahai Muhammad) orang-orang (munafik) Yang mendakwa Bahawa mereka telah beriman kepada Al-Quran Yang telah diturunkan kepadamu dan kepada (Kitab-kitab) Yang telah diturunkan dahulu daripadamu? mereka suka hendak berhakim kepada Taghut, padahal mereka telah diperintahkan supaya kufur ingkar kepada Taghut itu. dan Syaitan pula sentiasa hendak menyesatkan mereka Dengan kesesatan Yang amat jauh”

(Surah An-nisa’ : 60)

Justeru itulah, berusaha kearah kewujudan Negara yang berasaskan kepada Al-Quran dan As-Sunnah merupakan tanggungjawab yang telah Allah wajibkan kepada manusia. Jika tidak dilaksanakan juga, maka sesungguhnya ianya berada dari golongan yang redha dengan kemungkaran dalam pemerintahan, yang akan diberikan azab diatas tindakan mereka itu.

Firman Allah;

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا مَا لَكُمْ إِذَا قِيلَ لَكُمُ انْفِرُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ اثَّاقَلْتُمْ إِلَى الْأَرْضِ أَرَضِيتُمْ بِالْحَيَاةِ الدُّنْيَا مِنَ الْآَخِرَةِ فَمَا مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا فِي الْآَخِرَةِ إِلَّا قَلِيلٌ * إِلَّا تَنْفِرُوا يُعَذِّبْكُمْ عَذَابًا أَلِيمًا وَيَسْتَبْدِلْ قَوْمًا غَيْرَكُمْ وَلَا تَضُرُّوهُ شَيْئًا وَاللَّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Maksudnya;
“Wahai orang-orang Yang beriman! mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: "Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah", kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka Dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding Dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak. * jika kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah - membela ugamanya), Allah akan menyeksa kamu Dengan azab seksa Yang tidak terperi sakitnya dan ia akan menggantikan kamu Dengan kaum Yang lain, dan kamu tidak akan dapat mendatangkan bahaya sedikitpun kepadaNya. dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu”

(Surah At-Taubah : 38-39)

Dari ini mendapat gambaran jelas tentang kepentingan untuk berusaha kearah pemerintahan Islam ini. Adapun golongan yang tidak mahu berjuang untuk kedaulatan Islam, disamping berusaha untuk mengalahkan perjuangan islam, golongan ini di gelarkan oleh Allah sebagai golongan yang munafiq.

Firman Allah;

وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ تَعَالَوْا إِلَى مَا أَنْزَلَ اللَّهُ وَإِلَى الرَّسُولِ رَأَيْتَ الْمُنَافِقِينَ يَصُدُّونَ عَنْكَ صُدُودًا

Maksudnya;
“dan apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah berhakim kepada hukum Al-Quran Yang telah diturunkan oleh Allah dan kepada hukum Rasulullah," nescaya Engkau melihat orang-orang munafik itu berpaling serta menghalang (manusia) Dengan bersungguh-sungguh daripada menghampirimu”

(Surah An-Nisa’ : 61)

JAWATAN ADALAH AMANAH ALLAH

Sesuatu jawatan, tidak kira ianya jawatan mufti atau pemerintahan, ianya merupakan amanah dari Allah SWT. Sesuatu jawatan yang telah disandang, hendaklah ditunaikan mengikut aturan Allah SWT.

Sesuatu jawatan, yang tidak ditunaikan mengikut aturan Allah, tetapi lebih menguntungkan kepada diri sendiri dan menjaga golongan tertentu merupakan dosa di sisi Allah SWT.

Ekoran dari itulah, ulama fiqh ada menyatakan hukum menerima sesuatu jawatan apabila di hulurkan kepadanya.

HUKUM MENERIMA JAWATAN

Menurut kitab “As-Siraj Al-Wahhaj” karangan seorang pensyarah di Universiti Al-azhar yang bernama Dr Muhammad Abdul Maqsud Daud menyatakan, hukum penerimaan jawatan ini ada lima, iaitu seperti berikut;

a. Wajib : iaitu sekiranya dia seorang sahaja berkemampuan dan berkelayakan dalam melaksanakan tugasan jawatan itu.
b. Sunat : sekiranya didapati orang lain berkemampuan untuk melaksanakan tugasan jawatan, tetapi jika dibandingkan, dia lebih berhak untuk jawatan itu.
c. Makruh : iaitu sekiranya dia berkemampuan untuk melaksanakan tugasan jawatan, tetapi didapati orang lain lebih berhak dari dirinya.
d. Haram : sekiranya dia tidak mempunyai kemampuan untuk jawatan itu, disamping dia tidak berkeahlian untuk jawatan tersebut. begitujuga, haram menerima sesuatu jawatan dengan tujuan untuk melaksanakan kezaliman, disamping takut hendak menyatakan kebenaran.
e. Harus : sekiranya dia mempunyai kemampuan dan kelayakan untuk jawatan itu, disamping orang lain pun mempunyai kemampuan dan kelayakan yang sama dengannya[8].

Ekoran dari itu, menerima jawatan dengan tujuan hendak mendaulatkan islam merupakan satu tanggungjawab yang wajib di tunaikan.

Adapun jika diberikan satu jawatan, tetapi tindakannya hanya sekadar melambatkan perjuangan untuk kedaulatan islam, disamping menghuru harakan pemikiran masyakarat dalam pemahaman islam, maka penerimaan jawatan tersebut sudah berada di bawah kategori haram.

PENUTUP

Sesuatu jawatan, samada mufti atau pemerintah, hendaklah ditunaikan bersesuaian dengan kehendak Allah SWT. Tindakan melahirkan isu-isu khilafiyyah, disamping “berkepala batu” terhadap isu yang dibangkitkan merupakan satu perkara yang boleh disifatkan sebagai “kerja gila”.

Maka dengan demikian, terimalah jawatan mufti atau apa-apa jawatan sekalipun, tetapi pastikan, tindakan anda selepas menerima jawatan itu sesuai dengan kesepatutannya, bukan melakukan kerja gila.

Sekian

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani
http://laptopdarulfiqh.blogspot.com/

e mail : abu_abdillah_azzam@yahoo.com




[1] Al-Misbah Fi Rasm Al-Mufti wa Manahij Al-Ifta’ : 2/16 – 22.
[2] Al-Fatawa : m/s 14-15.
[3] Al-Misbah Fi Rasm Al-Mufti wa Manahij Al-Ifta’ : 2/17, dan As-Siraj Wa Al-Wahhaj fi Al-Qada’ wa Al-Jihad : m/s 30.
[4] Al-Ahkam As-Sultaniyyah : 1/30
[5] lihat Al-Ahkam As-Sulaniyyah : 1/23
[6] Islam dan Demokrasi : m/s 5.
[7] Al-Bidayah Wa An-Nihayah : 3/225
[8] As-Siraj Al-Wahhaj : m/s 62-63

Saturday, July 07, 2007

النور ملء عيوني
شئت الحياة متاعا *** ورحلة وصراعا
واخترت دربي بنفسي *** وسرت فيه سراعا
وصرت نارا ونورا *** وغنوة وعبيرا
حتى قضيت شهيدا *** مرحبا بالمنون
النور ملء عيوني *** والحور ملك يميني
وكالملاك أغني *** في جنة وعيوني
هاذي الجنان مراحي *** وعطرها من جراحي
سحر وروح ، وراح *** يا قلب أية راحي
جلت الأنبياء *** وأخوتي الشهداء
والله يلقي علينا *** ظلال حب حنوني
في جنة الله أحيا *** في ألف دنيا و دنيا
وما تمنيت شيئا *** ألا أتاني سعيا
فلا تقولوا خسرنا *** من غاب بالأمس عنا
إن كان في الخلد خسر *** فالخير أن تخسروني
**********************************************************
هذا النشيد ذكرى لحياتى مع الإخوة المجاهدين بالباكستان
يا أبا عباس!! هل نسيتنى؟ فاذكر طلبى منك قبل ذهابك الى الشهادة
لا تنسنى فى دعائك
يا ربى !! اللهم ارزقنى شهادة فى سبيلك

Tuesday, July 03, 2007

PERDAGANGAN KELANTAN – CHINA : TAHNIAH KELANTAN !!!

PERDAGANGAN KELANTAN – CHINA : TAHNIAH KELANTAN !!!

Laporan dari lamanweb salah seorang Naib Presiden PAS, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancang Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat Kelantan, Dato’ Husam Musa, bahawa Kelantan telah dikunjungi oleh satu delegasi misi perdagangan He Nan, salah satu wilayah yang pesat membangun di Negara China.

Rombongan seramai 16 orang yang diketuai Ketua Penasihat Perdagangan dan petadbiran Kelantan – China, Prof. Lin Xiang Xiong turut disertai Naib Presiden China National Building Material Group Corporation (CNBM), Ma Jianguo, merupakan satu lawatan balas China berikutan rombongan perdagangan dan pelaburan kerajaan negeri Kelantan yang diketuai oleh Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancang Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat, Dato’ Husam Musa ini ke He Nan.

Menurut Husam, kerajaan negeri berbangga dengan persahabatan antara Kelantan-China dan berhasrat kerjasama ini dapat dikembangkan pada masa hadapan dalam semua aspek perdagangan, pelaburan, pelancongan dan pendidikan.
Menurut Husam lagi, “China mempunyai keyakinan besar untuk membuat pelaburan jutaan ringgit di Kelantan selepas mendapat gambaran sebenar melalui lawatan dan kunjungan ke negeri ini”
(http://www.husammusa.com/modules/news/article.php?storyid=95)

SAMA TAPI TAK SERUPA

Dari laporan ini, menggambarkan, Kelantan pimpinan Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz bin Nikmat telah memahat satu lagi sejarah yang tidak akan dapat dipadamkan oleh musuh-musuh politik PAS di Malaysia ini.

Kelantan dibawah kepimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nikmat yang telah meletakan Islam sebagai asas pemerintahan telah berjaya menarik pelabur dari Negara China, disamping China sendiri mempunyai catatan sejarah Islam, iaitu seorang pelayar yang dikenali ramai, Admiral Muhammad Cheng Ho.

Admiral Cheng Ho, menurut satu maklumat sejarah, didapati beragama Islam. Nama Islam beliau adalah Muhammad Ma Ho atau di Thailand, Beliau lebih dikenali sebagai Sam Po Kong. (Jejak Risalah Di Nusantara 1 : m/s 87)

Admiral Cheng Ho telah melakukan lawatan ke Melaka di zaman pemerintahan Parameswara (menurut Pak HAMKA, bacaannya adalah Permaisura – lihat ‘Sejarah Umat Islam : m/s 711) sebagai wakil kerajaan China Dinasti Ming. Dinasti Ming ketika itu merupakan satu kuasa besar yang diiktiraf oleh Negara-negara Serantau.

Menurut catatan sejarah, Cheng Ho merupakan seorang yang mempunyai keperibadian warak, sehinggakan beliau sebelum berangkat bermusafir, beliau akan menunaikan solat berjemaah bersama anggota-anggota rombongannya yang beragama islam. Satu sumber sejarah menyebut, bilangan anggota rombongannya ialah seramai 27, 500 orang yang sebahagian besar dari mereka beragama Islam. (Jejak Risalah Di Nusantara 1 : m/s 88).

Tindakan sebegini mempunyai kesamaan dengan tindak tanduk Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nikmat, Menteri Besar Kelantan, yang sering menunaikan solat istikharah dan hajat sebelum melakukan sesuatu keputusan urusan negeri. Begitujuga, tindakan Tuan Guru yang mewajibkan semua exco kerajaan negeri dan Pegawai di pejabat Menteri besar agar berhenti bekerja sebentar untuk menunaikan solat berjemaah. Perkara ini sering diakui oleh Dato’ Dr Hassan Ali, Pesuruhjaya PAS Selangor dalam beberapa sesi majlis ceramah yang disampaikan oleh beliau.

Menurut Pak HAMKA didalam bukunya yang bertajuk ‘Sejarah Umat Islam’, antara jasa Cheng Ho terhadap tanah melayu, Beliau telah berjaya mengajak Parameswara yang ketika itu sudah beragama Islam, dan nama Islamnya adalah Sultan Muhammad Syah pergi melawat China untuk mengadap Maharaja Tiongkok bersama isteri dan anak-anak beliau. Dalam lawatan beliau itu, Sultan Muhammad Syah telah dihadiahkan dengan 100 tahil emas, 40, 000 Ringgit Wang Kertas 2, 600 Wang Perak, 200 Kayu Kain cita sutera, 1, 000 Kayu kain sutera dan dua kayu kain sutera ditekat dengan emas. (Sejarah Umat Islam : m/s 720 dan Jejak Risalah Di Nusantara 1 : m/s 90)

Kepulangan Sultan Muhammad Syah dari Negara China itu, dibekalkan dengan beberapa orang ahli pertukangan dari Negara China yang beragama Islam, untuk membina masjid-masjid didalam Negeri Melaka, sehinggakan sampai sekarang, apabila dilihat kepada masjid-masjid tua di Melaka, seni binaannya menyerupai binaan bangunan dari Tiongkok. (Sejarah Umat Islam : m/s 720)

Keadaan yang seakan sama juga berlaku disebalik pemerintahan Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nikmat, dengan berlakunya delegasi misi perdagangan He Nan, salah satu wilayah yang pesat membangun di Negara China ke Negeri Kelantan Darul Naim.

PENUTUP

Banyak lagi kesamaan yang boleh dinukilkan disebalik usaha dakwah yang dilakukan oleh Admiral Muhammad Cheng Ho dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nikmat. Tetapi, dengan sajian ringkas dari Lajnah Keahlian dan Ulama Pelapis, Dewan Ulama PAS Negeri Selangor ini, dapat memberi satu gambaran berkenaan dengan kesungguhan dua insan yang bernama Cheng Ho dan Nik Abdul Aziz dalam menegakkan syiar Islam di bumi Allah ini.

Walaubagaimanapun, Lajnah keahlian dan Ulama Pelapis, Dewan ulama PAS Negeri Selangor mengucapkan setinggi-tinggi syabas di atas usaha kerajaan Negeri Kelantan pimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nikmat dalam mengemukakan kemampuan islam dalam pemerintahan disamping dapat menjadi satu pembuktikan, bahawa Islam sahaja yang dapat memberikan kejayaan dalam perpaduan kaum.

Firman Allah;

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ

Maksudnya;
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu Dengan Yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).”

(Surah Al-Hujurat : 13)

Sekian

Ibnu Wan Hussin
Ketua
Lajnah Keahlian dan Ulama Pelapis
Dewan Ulama PAS Negeri Selangor.

Monday, July 02, 2007

ULAMA PELAPIS INGATKAN BAHAYA HOMOSEKSUAL DAN LESBIAN

ULAMA PELAPIS INGATKAN BAHAYA HOMOSEKSUAL DAN LESBIAN

Menurut laporan, pada 30 Jun lalu, kira-kira 200,000 homoseksual dari seluruh Eropah menghadiri perhimpunan di Madrid bagi menunjuk perasaan, menuntut hak sebagai gay dan lesbian.

Tindakan sebegini memberi kesan bahaya kepada umat Islam sedunia, terutama mereka yang berada di peringkat remaja dan kanak-kanak. Kejadian sebegini sebenarnya merupakan kehendak hawa nafsu seks buas yang telah diharamkan oleh Allah SAW.

Menurut islam, amalan seks sejenis ini dikeji dan di hina oleh Allah melalui firmanNya;

وَلُوطًا إِذْ قَالَ لِقَوْمِهِ أَتَأْتُونَ الْفَاحِشَةَ مَا سَبَقَكُمْ بِهَا مِنْ أَحَدٍ مِنَ الْعَالَمِينَ * إِنَّكُمْ لَتَأْتُونَ الرِّجَالَ شَهْوَةً مِنْ دُونِ النِّسَاءِ بَلْ أَنْتُمْ قَوْمٌ مُسْرِفُونَ

Maksudnya;
“dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: "Patutkah kamu melakukan perbuatan Yang keji, Yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu? * Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu Dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum Yang melampaui batas".

(Surah Al-‘Araf : 80 - 81)

Dari firman Allah ini, Allah menggambarkan, tindakan homoseksual merupakan amalan “fawahisy” atau amalan yang keji. Menurut Imam Al-Qurtubi, makna fahsya’ adalah setiap kejahatan yang dilakukan, pelakunya akan dikenakan hukum hudud. (Tafsir Al-Qurtubi : 2/210)

Begitujuga, Rasulullah SAW menyatakan golongan yang mendapat kemarahan dan kemurkaan Allah adalah antaranya golongan homoseksual.

Daripada Abu Hurairah RA, bersabda Nabi SAW;

أربعة يصبحون في غضب الله ويمسون في غضب الله المتشبهون من الرجال بالنساء والمتشبهات من النساء بالرجال والذي يأتي البهيمة والذي يأتي الرجل

Maksudnya;
“Empat golongan berada dalam kemurkaan Allah di pagi dan petang, iaitu lelaki yang menyerupai perempuan, perempuan yang menyerupai lelaki, mereka yang melakukan setubuh dengan binatang dan mereka yang melakukan setubuh sesame lelaki (homoseksual)”
(Kanz Al-Ummal : 12/31 : hadis no : 43982.)

HUKUMAN MEREKA YANG MELAKUKAN AMALAN SEKS SEJENIS

Melihat kepada perbincangan fiqh, didapati bahawa fuqaha’ ada membahaskan tentang hukuman yang akan dikenakan kepada pelaku seks sejenis ini.

Didalam kitab qanun Jinayah Syar’iyyah, karangan Allayarham Tuan guru Dato’ Haji Sa’id Haji Ibrahim, hukuman mereka yang melakukan amalan liwat adalah sama seperti hukuman mereka yang berzina. Iaitu, sekiranya pelakunya itu adalah orang yang muhsan (telah merasai jimak yang sah), maka hukuman kepadanya adalah rejam sampai mati dan di sebat sebanyak seratus kali dan dibuang negeri selama setahun, jika pelaku tersebut itu ghair al-muhsan (tidak pernah merasai jimak yang sah). (Qanun Jinayah syar’iyyah : m/s 37)

Kenyataan ini berdalilkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Abu Musa Al-Asy’ari RA, sabda Nabi SAW;

إذا أتى الرجل الرجل فهما زانيان

Maksudnya;
“Apabila mendatangi oleh lelaki terhadap lelaki (liwat), maka kedua-duanya adalah berzina”
(Sunan Al-Baihaqi Al-Kubra : 8/233 : hadis No : 16810)

Begitujuga hadis daripada Ibni Abbas RA, bersabda Nabi SAW ;

من وجدتموه يعمل عمل قوم لوط فاقتلوا الفاعل والمفعول به

Maksudnya;
“Barangsiapa yang mendapatinya melakukan amalan kaum lut, maka bunuhlah pembuat dan yang kena buat”
(Al-Mustadrak ‘Ala Sahihain : 4/395 : hadis no : 8049)

Adapun mereka yang melakukan amalan musahaqah (lesbian), hukuman yang dikenakan kepada pelakunya adalah dengan dijatuhkan hukuman takzir. (qanun jinayah syar’iyyah : m/s 38)

AMALAN SEKS SEJENIS BOLEH MEMBINASAKAN NEGARA

Jika diperhatikan kepada kandungan kisah yang tersebut didalam Al-Quran, Allah ada menyatakan tentang bagaimana kehancuran yang diberikan Allah terhadap Kaum Nabi Lut yang mengamalkan seks sejenis ini.

Firman Allah;

كَذَّبَتْ قَوْمُ لُوطٍ بِالنُّذُرِ * إِنَّا أَرْسَلْنَا عَلَيْهِمْ حَاصِبًا إِلَّا آَلَ لُوطٍ نَجَّيْنَاهُمْ بِسَحَرٍ * نِعْمَةً مِنْ عِنْدِنَا كَذَلِكَ نَجْزِي مَنْ شَكَرَ * وَلَقَدْ أَنْذَرَهُمْ بَطْشَتَنَا فَتَمَارَوْا بِالنُّذُرِ

Maksudnya;
“ (demikian juga) kaum Nabi Lut telah mendustakan peringatan dan amaran (yang disampaikan oleh RasulNya).*. Sesungguhnya Kami telah menghantarkan kepada mereka angin ribut Yang menghujani mereka Dengan batu, kecuali keluarga Nabi Lut, Kami selamatkan mereka (dengan menyuruh mereka keluar dari situ) pada waktu jauh malam, * sebagai limpah kurnia dari kami. Demikianlah Kami membalas orang-orang Yang bersyukur. * dan Demi sesungguhnya! Nabi Lut telah memberi amaran kepada mereka mengenai azab seksa kami; Dalam pada itu, mereka tetap mendustakan amaran-amaran itu”

(Surah Al-Qamar : 33-36)


Dengan amalan seks sejenis yang dilakukan oleh kaum Lut itu menyebabkan Allah SWT telah menghancurkan mereka dengan membalikkan Negara mereka, lalu dihujankannya sehinggakan negara itu bertukar menjadi laut.

Firman Allah;

فَلَمَّا جَاءَ أَمْرُنَا جَعَلْنَا عَالِيَهَا سَافِلَهَا وَأَمْطَرْنَا عَلَيْهَا حِجَارَةً مِنْ سِجِّيلٍ مَنْضُودٍ

Maksudnya;
“maka apabila datang (Masa perlaksanaan) perintah kami, Kami jadikan negeri kaum Lut itu diterbalikkan (tertimbus Segala Yang ada di muka buminya) dan Kami menghujaninya Dengan batu-batu dari tanah Yang dibakar, menimpanya bertalu-talu”

(Surah Hud : 82)

Jelas dari firman-firman Allah diatas, betapa hancurnya kaum Nabi Lut disebabkan pengamalan seks sejenis yang diamalkan oleh mereka. Kehancuran yang sama juga tidak mustahil boleh menimpa umat Islam di zaman kini, sekiranya pengamalan seks sejenis ini tidak dibenteras.

Semua pengamalan seks sejenis ini bermula dengan pergaulan bebas yang dilarang oleh Islam. Antara pergaulan bebas yang sedang menyerang umat Islam adalah pengamalan Hedonisme.

Amat menyedihkan, pengamalan hidonisme dan seks sejenis ini, bukan sekadar menimpa kepada dunia-dunia barat, tetapi ianya sudah menimpa di dunia-dunia umat Islam sendiri, yang tidak ketinggalan adalah Malaysia.

Menurut satu kajian yang dilakukan oleh i-Kon Berita Harian membabitkan 100 orang remaja di sekitar Kuala Lumpur dan Shah Alam mendapati 31 peratus daripada mereka mengaku sudah melakukan hubungan seks dan 23 peratus daripada kelompok ini melakukan perbuatan itu sebelum mencecah usia 15 tahun. Hal ini dilaporkan di bharian.com.my pada 30 julai 2005, dibawah tajuk seks luar nikah oleh Diyanah Anuar.

PENUTUP

Memerhatikan segala kejadian yang telah menimpa dan yang sedang menimpa umat, memberi satu peringatakan kepada umat Islam agar segera kembali kepada Islam.

Tindakan meninggalkan pengamalan Islam merupakan punca utama, manusia akan melakukan perkara-perkara yang menjijikkan.

Maka dengan keadaan inilah, Lajnah Keahlian & Ulama Pelapis, Dewan Ulama PAS Selangor, menyeru kepada seluruh umat Islam, khususnya di Malaysia agar segera kembali kepada Islam dan pengamalannya, agar umat ini tidak akan ditimpa penyakit social yang membimbangkan.

Sekian

Wallahu ‘Alam

Ibnu Wan Hussin
Ketua
Lajnah keahlian & Ulama Pelapis
Dewan Ulama PAS Negeri Selangor.

Sunday, July 01, 2007

KHALIFAH ISLAM DAN KHALIFAH SYAITAN : KETAATAN UMARA' MENGIKUT MANHAJ NABAWI

KHALIFAH ISLAM DAN KHALIFAH SYAITAN :
KETAATAN UMARA’ MENGIKUT MANHAJ NABAWI

Pada 24 Jun yang lepas, Yadim Menulis dalam Mingguan Malaysia berkenaan dengan kewajipan memberi ketaatan kepada umara’. Tulisan itu dikuatkan dengan nukilan-nukilan hadis yang tidak merujuk kepada tafsiran yang berpijak kepada reality dan keadaan yang sebenar.

Padaku, tulisan itu merupakan rentetan dari ulasan mereka yang mendakwa berada dalam lapangan sunnah. Tulisan yang dipenuhi ulasan yang bersifat zahiri, tanpa merujuk kepada waqii dan maqasid disebalik sesuatu ungkapan Nas.

Pemikiran zahiri ini telah lama wujud dalam dunia ilmuan islam. Berbagai-bagai fatwa yang dikemukakan oleh mereka dengan anggapannya sebagai sunnah, disamping menafikan “kesunnahan” mereka yang tidak sealiran dengan mereka.

Apa yang pelik, seakan-akan mereka ini tidak membaca hadis-hadis yang diistidlalkan kewujudan maqasid didalam Nas. Kepelikkan yang bertambah hairan lagi apabila mereka mendakwa pejuang Sunnah, tetapi tidak mempunyai perjuangan untuk mendaulatkan islam sebagai satu kewajipan melaksanakan khalifah islam di muka bumi Allah.

TUGASAN KHALIFAH ISLAM

Allah berfirman;

وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً

Maksudnya;
“(ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi"

(Surah Al-Baqarah : 30)

Dari ayat ini menyatakan bahawa, bagaimana tugas yang perlu di tunaikan oleh Adam dan anak-anak Adam di atas bumi ini. Ayat ini menjelaskan bahawa, tugasan yang perlu dilakukan oleh Adam dan anak-anaknya adalah untuk melaksanakan agama di atas bumi dan mentadbir bumi mengikut aturan agama.

Pentadbiran bumi memerlukan kepada kepimpinan (ketua). Jika tidak berlaku demikian, maka maksud disebalik pentadbiran ini tidak akan berlaku.

Daripada Abu Hurairah, Sabda Nabi SAW;

إذا كان ثَلَاثَةٌ في سَفَرٍ فَلْيُؤَمِّرُوا أَحَدَهُمْ

Maksudnya;
“Apabila keluar tiga orang, maka hendaklah dilantik seorang dari kalangan mereka menjadi ketua[1]

Begitujuga, dalam hadis yang lain pula, daripada Abdullah bin Omar, sabda Nabi SAW;

وَلاَ يَحِلُّ لِثَلاَثَةِ نَفَرٍ يَكُونُونَ بِأَرْضِ فَلاَةٍ الا أَمَّرُوا عليهم أَحَدَهُمْ

Maksudnya;
“tidak halal bagi tiga orang yang berada di padang melainkan salah seorang dari mereka dilantik menjadi ketua[2]

Dari kedua-dua hadis ini, Imam Ibnu taimiyyah menyatakan didalam kitabnya “Al-Hisbah” dengan katanya;

فإذا كان قد أوجب في أقل الجماعات وأقصر الاجتماعات أن يولى أحدهم : كان هذا تنبيهًا على وجوب ذلك فيما هو أكثر من ذلك

Maksudnya;
“Apabila diwajibkan melantik salah seorang mereka menjadi ketua dalam himpunan yang sedikit, maka ini merupakan satu peringatan atas kewajipan melaksanakannya (melantik ketua) pada bilangan yang lebih ramai[3]

maka dengan itu, melaksanakan tugas perlantikan ketua untuk melaksnakan tugasan khalifah merupakan tanggungjawab yang wajib di tunaikan oleh manusia.

Perlantikan ketua tersebut hendaklah berasaskan kepada kehendak Allah. iaitu dengan tujuan untuk melaksanakan hukum Allah SWT yang semuanya terkandung dalam dua kandungan asasi iaitu Al-Quran dan As-Sunnah.

TUJUAN KEPIMPINAN ISLAM

Tujuan disebalik kepimpinan Islam adalah melaksanakan agama Islam berdasarkan kehendak Allah. As-Syaikh Abdullah bin Omar bin Sulaiman Ad-Damiji menyatakan, tujuan kepimpinan Islam adalah melaksanakan suruhan Allah di bumi atas wajah yang telah disyariatkan, melaksanakan tugasan amar makruf dan nahi Mungkar, menyebarkan kebaikan dan mengangkat kebaikan itu setinggi-tingginya. Juga, melarang dari berlakunya kemungkaran dan kefasadan dalam hukuman dan memberi keselamatan kepada harta dan ahlinya[4].

Walaubagaimanapun, Ahl as-Sunnah Wa al-Jamaah menyatakan, tujuan kepimpinan Islam adalah;

إقامة الدين و سياسة الدنيا به

Maksudnya;
“Melaksanakan agama dan mentadbir bumi berdasarkan agama[5]

PENTADBIRAN DAN PERLAKSANAAN AGAMA

Agama yang dimaksudkan sudah tentu agama Islam yang di cintai. Seperti sedia maklum, Islam adalah sebuah agama yang tidak dibataskan kepada peribadatan sahaja, bahkan ianya menjangkau kepada perkara-perkara yang lebih besar, seperti melibatkan perkara kehidupan, ekonomi, politik dan sebagainya.

Melaksanakan agama hendaklah mengikut acuan yang ditetapkan oleh Allah. antara acuan Allah adalah melaksanakan segala undang-undang dan hukum-hukum yang diwajibkan oleh Allah dalam perlaksanaannya.

Amat jahat kenyataan dari sebilangan mufti-mufti di Malaysia yang melebelkan golongan yang menyeru kepada perlaksanaan undang-undang Islam ini sebagai golongan yang menyeru kepada pembinaan Negara polis. Sedangkan, perlaksanaan undang-undang islam dalam pemerintahan adalah sesuatu yang wajib, telah dinyatakan oleh Allah dalam firman-Nya;

إِنِ الْحُكْمُ إِلَّا لِلَّهِ

Maksudnya;
“hanya Allah jualah Yang menetapkan hukum”

(Surah Al-Anaam : 57)

As-syaikh Abdullah Ad-Damiji menyatakan, maksud melaksanaan agama adalah mentadbir seluruh urusan kehidupan berdasarkan kepada kaedah syariat, perinsip-perinsipnya dan hukum-hukumnya, samada dikeluarkan secara nas atau yang dikeluarkan secara istinbat yang berasaskan kepada kaedah ijtihad yang betul[6].

KHALIFAH SYAITAN : MENTADBIR TIDAK IKUT AGAMA

Setelah dilihat kepada perbincangan berkenaan pentadbiran yang berasaskan kepada agama, maka perlu diketahui juga hukum mentadbir yang tidak berasaskan kepada agama, yang ianya merupakan asas kepada kepimpinan Khalifah Syaitan.

Sekiranya dilihat kepada kandungan Al-Quran, banyak firman-firman Allah yang membicarakan perkara ini. Antaranya adalah;

Firman Allah;

أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ يَزْعُمُونَ أَنَّهُمْ آَمَنُوا بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ وَمَا أُنْزِلَ مِنْ قَبْلِكَ يُرِيدُونَ أَنْ يَتَحَاكَمُوا إِلَى الطَّاغُوتِ وَقَدْ أُمِرُوا أَنْ يَكْفُرُوا بِهِ وَيُرِيدُ الشَّيْطَانُ أَنْ يُضِلَّهُمْ ضَلَالًا بَعِيدًا

Maksudnya;
“tidakkah Engkau (hairan) melihat (Wahai Muhammad) orang-orang (munafik) Yang mendakwa Bahawa mereka telah beriman kepada Al-Quran Yang telah diturunkan kepadamu dan kepada (Kitab-kitab) Yang telah diturunkan dahulu daripadamu? mereka suka hendak berhakim kepada Taghut, padahal mereka telah diperintahkan supaya kufur ingkar kepada Taghut itu. dan Syaitan pula sentiasa hendak menyesatkan mereka Dengan kesesatan Yang amat jauh”

(Surah An-Nisa’ : 60)

Dalam firman Allah ini dengan jelas Allah menafikan keimanan mereka yang berhukum dengan hukuman yang lain dari hukum Allah. penafian tersebut adalah bersebab hukum Allah tidak boleh berhimpun dengan hukuman yang lain.

Disamping itu juga, dalam firman Allah ini juga menyuruh supaya mengingkari atau menjauhi diri dari terjebak dengan mereka yang taghut.

Firman Allah dalam ayat yang lain;

مَنْ يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِنْ بِاللَّهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَى لَا انْفِصَامَ لَهَا وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

Maksudnya;
“sesiapa Yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka Sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) Yang teguh Yang tidak akan putus. dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui”.

(surah Al-Baqarah : 256)

Menurut As-Syaikh Muhammad bin Ibrahim, taghut bermaksud semua yang berhukum tidak berlandaskan ajaran Nabi SAW[7].

Bukan daripada ajaran Islam, mereka yang mengambil hukum Allah disamping mengambil juga ajaran yang bukan dari hukum Allah.

Firman Allah;

وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي كُلِّ أُمَّةٍ رَسُولًا أَنِ اعْبُدُوا اللَّهَ وَاجْتَنِبُوا الطَّاغُوتَ

Maksudnya;
“Sesungguhnya Kami telah mengutus Dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): "Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taghut"

(Surah An-Nahl : 36)

Dari ini, difahami bahawa khalifah yang tidak berasaskan kepada Islam menandakan bahawa ianya merupakan khalifah syaitan yang wajib diserang untuk mengembalikan segala kemampuan dalam melaksanakan undang-undang islam yang merupakan tugas Khalifah islam.

Semua ini tidak akan berjaya, sekiranya tugas menjatuhkan kepimpinan khalifah syaitan ini tidak dilaksanakan oleh umat. maka dengan itu, meredhai dengan kepimpinan Syaitan merupakan dosa. Dosa itu akan dapat di selamatkan dengan berusaha kearah menjatuhkannya dengan mengembalikan kekuasaan Islam yang menjadi tanggungjawab khalifah Islam.

MENJATUHKAN KHALIFAH SYAITAN

Setelah dimaklumi dalam perbahasan lepas berkenaan dengan tindakan khalifah syaitan, iaitu khalifah yang tidak berhukum dengan hukum Allah, disamping mengambil hukuman yang lain darinya.

Setelah melihat amalan taghut yang dilakukan oleh khalifah syaitan, maka tindakan menjatuhkan kepimpinan taghut ini merupakan satu tanggungjawab yang melibatkan aqidah.

Firman Allah;

مَنْ يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِنْ بِاللَّهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَى لَا انْفِصَامَ لَهَا وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

Maksudnya;
“sesiapa Yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka Sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) Yang teguh Yang tidak akan putus. dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui”.

(surah Al-Baqarah : 256)

Firman Allah ini dengan jelas menyatakan betapa rosaknya aqidah umat yang tidak mengkufuri taghut. Dengan berpegang dengan simpulan agama, maka dia telah berada dalam kekuatan aqidah yang tidak akan putus, tetapi sebaliknya, jika dia tidak mengkufuri taghut, maka dia telah mengadakan satu tindakan yang merungkaikan aqidahnya yang sering dikunjungi syaitan-syaitan.

Daripada Abi Umamah Al-Bahili, Sabda Nabi SAW;

لتنقض عرى الإسلام عروة عروة كلما انتقضت عروة تثبت الناس بالتي تليها منهن فأولهن نقضا الحكم وآخرهن الصلاة

Maksudnya;
“Akan terungkai ikatan Islam satu persatu. Ketika terungkai satu ikatan, nescaya manusia akan mengikuti yang selanjutnya. perkara pertama yang akan terungkai adalah pemerintahan dan akhirnya adalah solat[8]

Ini menandakan bahawa kewajipan menjatuhkan kepimpinan Taghut merupakan tanggungjawab, yang tanpa usaha ini, maka aqidah umat akan tergugat.

Menjatuhkannya bukan satu tindakan yang salah dengan manhaj nabawi dan salaf soleh yang terdahulu, bahkan ianya berasaskan kepada nas-nas yang soreh.

Antaranya adalah hadis yang diriwayatkan oleh At-Tirmizi, sabda Nabi SAW;

أَيُّهَا الناس اتَّقُوا اللَّهَ وَإِنْ أُمِّرَ عَلَيْكُمْ عَبْدٌ حَبَشِيٌّ مُجَدَّعٌ فَاسْمَعُوا له وَأَطِيعُوا ما أَقَامَ لَكُمْ كِتَابَ اللَّهِ

Maksudnya;
“Wahai Manusia ! takutlah kamu kepada Allah, walaupun kamu dipimpin oleh Hamba Habsyi yang besar hidungnya, maka dengarlah dan taatlah kepadanya selama dia melaksanakan kitabullah[9]

PENUTUP

Kelahiran golongan yang lebih mementingkan zahir nas-nas tanpa merujuk kepada ulasan dari mereka yang berkelayakan sudah menjadi satu perkara yang baru di negara ini. Maka dengan demikian, mereka mengadakan berbagai-bagai fatwa yang banyak menguntungkan kepada musuh Islam disamping menjadi ruang musuh Islam untuk menyerang gerakan yang mahu melaksanakan undang-undang islam.

Mereka mendakwa bahawa mereka adalah golongan yang hendak kembali kepada sunnah, tetapi mereka sanggup mengetepikan tanggungjawab yang berbentuk wajib.

Apa yang memelikkan adalah, mereka mampu bersekongkol dengan golongan yang melawan hukum Allah dengan dakwaan manhaj salaf soleh yang hanya menegur pemimpin yang hanya diketahui oleh Allah sahaja.

Lebih menjanggalkan lagi adalah, mereka ini lebih merujuk kepada fatwa ulama-ulama yang sealiran dengan mereka didalam perkara yang bersesuaian dengan kehendak nafsu mereka sahaja.

Lihatlah perbahasan Isbal dan janggut. Kebanyakan guru-guru rujukan mereka, Isbal adalah haram[10], dan janggut bagi kaum lelaki adalah wajib[11]. Tetapi, disebabkan kehendak nafsu mereka yang mahu melakukan isbal, mereka telah mengambil ulasan ulama-ulama yang menyatakan boleh dan mereka mengambil fatwa ulama yang menyatakan bahawa janggut adalah perkara sunat sahaja.

Tetapi dalam isu-isu yang lain, antaranya isu menegur pemimpin, mereka merujuk kepada ulasan-ulasan ulama yang menyatakan pengharaman isbal dan memandang wajib berjanggut disamping mengenepikan pandangan ulama-ulama yang lain dengan alasan manhaj salaf soleh.

Persoalannya, benarkah mereka ini bermanhaj salaf soleh, atau kelahiran mereka ini untuk meluahkan perasaan cemburu mereka terhadap pergerakan gerakan Islam yang sudah lama wujud, atau mereka ini mempunyai agenda tersendiri?

Jika benar, maka berhati-hatilah dengan mereka !!!

Sekian

Wallahu ‘Alam

Al-bakistani
http://laptopdarulfiqh.blogspot.com

e mail : abu_abdillah_azzam@yahoo.com





[1] Sunan Abi Daud : 3/36 : hadis No : 2609.
[2] Musnad Ahmad bin Hanbal : 2/176 : hadis no : 6647.
[3] Al-Hisbah : m/s 7.
[4] Al-Imamah Al-Uzma : m/s 79.
[5] Al-Imamah Al-Uzma : m/s 80
[6] Al-Imamah Al-Uzma : m/s 93.
[7] Tahkim Al-Qawanin : m/s 3.
[8] Sya’b Al-Iman : 4/326 : hadis no : 5277.
[9] Sunan At-Tirmizi : 4/209 : hadis no : 1706. Abu isa menyatakan bahawa hadis ini adalah hadis hasan saheh, dan diriwayatkan dengan banyak wajah melalui Ummu Husain.
[10] Sila rujuk kitab Had As-Saub wa al-Uzrah wa tahrim al-Isbal wa Libas As-Syuhrah.
[11] Sila rujuk kitab hukm ‘Ifa’ Al-Lihyah wa Khabr Al-Ahad.