Monday, July 31, 2006

PRINSIP YANG TERJAGA, SIASAH YANG MATANG

PRINSIP YANG TERJAGA, SIASAH YANG MATANG

Agama Islam yang diwahyukan Allah kepada Muhammad supaya disebarkan ke seluruh alam ini merupakan agama yang paling syumul dan merangkumi didalam semua kontek kehidupan.

Islam tidak dibataskan kepada perkara ibadat sahaja, bahkan Islam merupakan agama yang merangkumi segala cara hidup manusia, samada dari sudut pendidikan, politik, ekonomi, muamalat, munakahat dan sebagainya.

Justeru islam adalah agama yang syumul, sewajibnya penganutnya masuk kedalam Islam secara menyeluruh.

Firman Allah;

يا أيها الذين آمنوا ادخلوا في السلم كافة ولا تتبعوا خطوات الشيطان إنه لكم عدو مبين

Maksudnya;
“Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.” (surah al-Baqarah : 208)

Juga Allah melarang manusia mengambil Islam sebahagian dan mengkufuri sebahagian yang lain. Hal ini dinyatakan oleh Allah didalam firmannya;

أفتؤمنون ببعض الكتاب وتكفرون ببعض فما جزاء من يفعل ذلك منكم إلا خزي في الحياة الدنيا ويوم القيامة يردون إلى أشد العذاب وما الله بغافل عما تعملون

Maksudnya;
“Apakah kamu beriman kepada sebahagian Al Kitab (Taurat) dan ingkar terhadap sebahagian yang lain? Tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian daripadamu, melainkan kenistaan dalam kehidupan dunia, dan pada hari kiamat mereka dikembalikan kepada siksa yang sangat berat. Allah tidak lengah dari apa yang kamu perbuat” (surah al-Baqarah : 85)

Siasah merupakan antara perkara yang diajar oleh Islam. Rasulullah SAW merupakan tauladan contoh dalam menentukan kebaikan dalam menuju kejayaan bersiasah.

AQIDAH ADALAH DASAR

Aqidah merupakan dasar utama yang perlu ditanam kepada penganut-penganut Islam. Melihat kepada sirah Rasulullah SAW, dimasa marhalah makkiyyah, Rasulullah SAW mengajak manusia kepada mentauhidkan Allah. Menunjukan kepada kita, aqidah merupakan sesuatu asas yang utama perlu diserapkan kepada jiwa penganut-penganut Islam.

Tugas meresapkan tauhid dan aqidah tidaklah dibataskan kepada diri-diri individu manusia sahaja, bahkan perlunya kepada penyerapan kepada system dan organisasi, agar ianya tidak tersasar dari kehendak Allah.

Walaupun aqidah menjadi dasar, tidak semestinya kita berdakwah dengan mengemukakan aqidah terlebih dahulu, bahkan kadangkala, manusia boleh terpaut dengan Islam dengan penglihatan dan penghayatan mereka kepada keadilan Islam didalam menguruskan siasah, ekonomi, kemasyarakatan dan sebagainya.

Kita mendengar kisah berkenaan tentang kemasukan beberapa individu kepada Islam, ekoran dari melihat akhlak mulia Rasulullah SAW, Saidina Omar dan sebagainya.

Ini menunjukan, tidak semestinya, mengajak manusia itu mesti bermula dengan pintu aqidah, tetapi boleh juga dakwah islam itu dimulakan dengan pintu ekonomi Islam, politik Islam dan sebagainya. Lanjutan dari itu, penerapan aqidah perlu di laksanakan kepada individu-individu tersebut agar ia menjadi sebagai muslim yang hakiki.

PERJUANGKAN ISLAM MELALUI SIASAH HIZBIYYAH

Kejatuhan Daulah Othmaniyyah merupakan kejatuhan kuasa Islam didalam bersiasah dan mentadbir alam ini dengan islam.

Pemikiran secular merupakan dalang dalam usaha untuk menjatuhkan kekuatan khilafah Islamiyyah yang terakhir itu.

Bermula dari situ, umat Islam yang berfikir dan berjiwa islam mula melancarkan beberapa tindakan agar Daulah Islamiyyah itu dapat dibina semula.

Ada dari mereka menubuhkan gerakan-gerakan Islam di negara-negara mereka, ada meneruskan dengan agenda individunya dan berbagai-bagai lagi.

Kelahiran Jamaat Islami yang berada di Benua India, Ikhwan Muslimin di Semenanjung Tanah Arab, Hizbul Muslimin di Malaysia dan sebagainya adalah selepas kejatuhan Daulah Islamiyyah ketika itu.

Kelahiran gerakan-gerakan Islam ini, bukanlah untuk mengaut keuntungan dunia dan pengaruh individu-individu tertentu sahaja, bahkan kelahiran gerakan Islam ini bertujuan untuk mengembalikan semula kekuatan khilafah Islamiyyah yang telah jatuh semenjak dahulu lagi.

PAS adalah salah satu gerakan islam yang muncul bagi berusaha kearah tersebut. Melihat Malaysia adalah sebuah negara yang dipimpin oleh muslim tetapi berfikiran dan bertindak secular, maka PAS telah menubuhkan partinya, bagi berusaha hendak melaksanakan Islam mengikut kadar yang termampu dilaksanakan.

Perlaksanaan hukum-hukum dan undang-undang Islam adalah sesuatu yang telah sabit dengan nas dan telah diijmakkan oleh ulama, maka berusaha kearah perlaksanaannya adalah sesuatu yang wajib.

Berusaha kearah perlaksanaan tersebut tidak dapat direalitikan melainkan dengan menubuh parti dan masuk bertanding dalam pilihanraya, maka PAS telah mengambil cara menubuhkan parti dan masuk kedalam pilihanraya bagi merialisasikan kewajipan tersebut.

Tindakan PAS itu, bukan semata-mata pemikiran dan teori, bahkan tindakan PAS berasaskan kepada kaedah fiqh;

ما لا يتم الواجب الا به فهو واجب

Maksudnya;
“tidak akan sempurna sesuatu kewajipan melainkan dengannya, maka melaksanakannya adalah wajib”

PAS juga bersifat membenci kezaliman dan menjauhkan diri dari bersekongkol dengan kezaliman tersebut. Ini menujukan PAS percaya dengan firman Allah;

ولا تركنوا الى الذين ظلموا فتمسكم النار , وما لكم من دون الله من أولياء , ثم لا تنصرون

Maksudnya
“Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolongpun selain daripada Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan” (surah hud : 113)

Maka ekoran dari itu, PAS tidaklah mengajak manusia menuju kepada ketaasuban kepartiannya, tetapi PAS mengajak manusia kepada penghayatan dan perlaksanaan Islam secara menyeluruh, samada dari sudut ibadatnya, muamalatnya, ekonominya dan sebagainya.

PAS amat bergembira sekiranya UMNO menjadikan Islam sebagai dasar perjuangannya. PAS mengangap UMNO sebagai musuh kerana UMNO meneruskan agenda nasionalis kebangsaan melayu yang menyesatkan itu. PAS lawan UMNO, bukanlah kerana UMNOnya, tetapi PAS lawan UMNO kerana UMNO penerus kepada agenda yang menyalahi Islam.

Mursyid Al-‘Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nikmat beberapa kali telah mengeluarkan kenyataan, bahawa PAS akan dibubarkan, sekiranya UMNO tukar dasar perjuangannya dari secular nasionalis kepada Islam yang sempurna.

Melihat kepada inilah perjuangan PAS, maka PAS tidak akan melayan mana-mana fikrah pergerakan yang mendakwa Islam, tetapi hakikatnya, tindakan mereka merugikan Islam dan menguntungkan secular dan perjuangan nasionalis, seperti Ummah Centric dan sebagainya.

SELAGI UMNO DENGAN SEKULAR, SELAGI ITU UMNO DIRAGUI

Diketahui UMNO adalah sebuah parti secular yang memperjuangkan nasionalis melayu, maka kelahiran PAS antara tugasnya adalah hendak membaiki pemikiran manusia akan kesesatan perjuangan nasionalis itu.

Selagi UMNO tidak menukar dasar perjuangan sekularnya, maka apa perlunya mempercayai dengan kata-kata manis yang ingin memaut perhatian manusia itu.

Perkataan Islam Hadhari yang diperkatakan oleh Abdullah Ahmad Badawi merupakan tindakan “ada udang disebalik batu”, kearah mencari keuntungan politik secular yang menyesatkan.

Setelah dikaji dan diselidiki, sememangnya kehadiran Islam Hadhari itu meragukan dan mengandungi udang disebalik batu.

Antara bukti keraguan yang ada pada Islam Hadhari adalah dari buku “Islam Hadhari dan pembangunan Umat” sebuah buku keluaran Hal Ehwal Khas, Kementeriaan Penerangan Malaysia, karangan Prof Madya Dr Idris Zakaria yang menjelaskan seperti berikut;

“Menjelang pilihanraya umum 2004 yang lalu, kita mendengar satu gagasan politik Negara yang dinamakannya sebagai Islam Hadhari. Gagasan ini telah terbukti yang ia adalah kekuatan. Kerajaan Barisan Nasional dengan UMNO sebagai tulang belakang telah menunjukan prestasi dan kejayaan yang besar dan mengejutkan ramai pemerhati politik dalam dan luar Negara. Negeri terengganu yang dikuasai parti PAS telah dirampas semula dengan kekuatan “Islam Hadhari Terengganu Bestari”. UMNO telah memenangi 28 dari 32 kerusi DUN dan 8 kerusi Parlimen. UMNO juga hampir menawan negeri Kelantan dengan menguasai 21 kerusi DUN dan PAS 24. Namun, dilihat secara umum, gagasan Islam Hadhari ini telah berjaya mematahkan kekuatan Pasti PAS”[1]
Buku ini jelas menbuktikan bahawa Islam hadhari merupakan gagasan untuk mengalahkan PAS didalam pilihanraya, bukan untuk memberi penghayatan dan perlaksanaan Islam.

Begitujuga, Shahidan Kassim yang mula memperkatakan tentang salafi. Apa yang memelikkan, beliau merupakan menteri Besar Perlis yang menang dalam pilihanraya berpartikan Barisan Nasional yang sememangnya berwadahkan secular nasionalis. Apakah perjuangan Rasulullah SAW dan para sahabat itu hendak memenangkan secular?

Setelah dilihat dan diselidiki, ekoran ramai dari rakyat-rakyat perlis mula memperkatakan tentang salafi, maka Shahidan Kassim sudah mula memperkatakan tentang salafi bagi mengekalkan pengaruhnya sebagai Menteri Besar di masa akan datang.

Meletakkan keraguan terhadap UMNO yang sudah mula memperkatakan tentang Islam adalah sesuatu kemestian, ini kerana firman Allah;

يا أيها الذين أمنوا , ان جاءكم فاسق بنباء فتبينوا , أن تصيبوا قوما بجهالة فتصبحوا على ما فعلتم نادمين

Maksudnya;
“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu” (surah al-Hujurat : 6)

ADAKAH PAS MEMENTINGKAN KERUSI BERBANDING PERLAKSANAAN DAKWAH?

Dalam system pilihanraya demokrasi, mendapat kerusi yang banyak menjanjikan kuasa memerintah, maka PAS berusaha hendak mendapat kerusi agar kuasa memerintah berasaskan kepada Al-Quran dan Hadis dapat dilaksanakan.

Perlu difahami, PAS bukanlah sebuah parti politik semata-mata, bahkan PAS adalah sebuah gerakan Islam yang menjadikan parti sebagai wasilah untuk melaksanakan tugas dakwah.

Dakwah PAS tidak dibataskan kepada dakwah lisan, tetapi dakwah PAS sampai kepada tahap dakwah dengan perbuatan.

Sabda Rasulullah ;

من رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بيده فَإِنْ لم يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ فَإِنْ لم يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَانِ

Maksudnya;
“barangsiapa melihat akan kemungkaran, maka hendaklah dia tukarnya dengan tangan, sekiranya tidak mampu, maka dengan lisan (bercakap), sekiranya tidak mampu, maka dengan hatinya (benci kepada mungkar), dan demikian itu adalah selemah-lemah iman”[2]

Jika ada orang yang mendakwa PAS lebih mementingkan kerusi berbanding tugas dakwah, maka perlu difahamkan kepadanya, bahawa PAS mementingkan kerusi dengan tujuan Islam dapat dihayati dan dilaksanakan, iaitu PAS menjadikan kerusi sebagai cara untuk berdakwah.

SALAHKAH ISU DIJADIKAN SEBAGAI BAHAN DAKWAH?

Isu adalah sesuatu yang sentiasa berlaku. Ada isu yang melibatkan umat, dan ada isu yang melibatkan kepada individu-individu tertentu, tetapi melibatkan kepada umat menyeluruh.

Kehadiran Islam, antara tugasnya adalah hendak menyelesaikan permasalahan manusia, lebih-lebih lagi permasalahan itu melibatkan kepada umat keseluruhan.

Jika diperhatikan kepada isu kenaikan harga minyak, sudah memadai untuk menjawab persoalan monopoli gula yang berlaku di negara ini.

Semuanya berpunca apabila manusia lebih mengutamakan system ekonomi yang berteraskan kapitalis berbanding islam.

Isu tsunami dan gempa bumi yang menimpa Indonesia juga sudah memadai diperhatikan apabila manusia di sana masih mengamalkan budaya liberalisma dan pluralisma dalam beragama berbanding mengambil Islam sebagai cara hidup yang sempurna.

Firman Allah;

ظهر الفساد فى البر و البحر بما كسبت أيدى الناس

Maksudnya;
“Telah nampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusi” (surah ar-rum : 41)

Mengambil tahu isu yang berlaku, lalu dikaitkan penyelesaiannya berlandaskan Islam merupakan tindakan yang dapat mengaut keuntungan dalam melaksanakan tugas dakwah.

Kita mengetahui kisah kekalahan tentera rum ketika berperang dengan farsi yang beragama majusi. Ekoran Al-Quran adalah Hakim iaitu bijaksana, maka Al-Quran merakamkan bahawa kekalahan rum yang dibanggakan oleh golongan quraish, bahawa rom akan menerima kemenangan tidak lama kemudian dari itu. Hal itu benar-benar terjadi. Beberapa tahun kemudian, apa yang dinyatakan oleh Al-Quran itu benar-benar terjadi, maka dengan itu dapat menjawab bahawa benarnya kenabian Muhammad SAW.

Firman Allah;

غلبت الروم * فى أدنى الأرض وهم من بعد غلبهم سيغلبون * فى بضع سنين , لله الأمر من قبل و من بعد , ويومئذ يفرح المؤمنون

Maksudnya;
“Telah dikalahkan bangsa Rumawi * di negeri yang terdekat dan mereka sesudah dikalahkan itu akan menang * dalam beberapa tahun lagi. Bagi Allah-lah urusan sebelum dan sesudah (mereka menang). Dan di hari (kemenangan bangsa Rumawi) itu bergembiralah orang-orang yang beriman” (surah Ar-Rum : 2-4)

Dari ayat Al-Quran ini menggambarkan bacaan politik wahyu ilahi terhadap sesuatu itu yang berlaku, lalu penjelasan tersebut berasaskan kepada wahyu sebagai tanda untuk menarik manusia kepada Islam.

ISU MAHADHIR DAN ANUAR IBRAHIM

Dahulu PAS berjaya mengaut keuntungan dalam pilihanraya dikala kezaliman yang dilakukan oleh UMNO terhadap seorang bekas Timbalan Perdana Menteri yang bernama Anuar Ibrahim.

Keuntungan tersebut, PAS berjaya mengekalkan kemenangannya di Kelantan dan dapat mengambil Terengganu untuk diperintah berasaskan kepada Islam.

Didalam pemerintahan di dua buah negeri tersebut, banyak keuntungan dakwah dapat didedahkan kepada masyarakat, samada kepada muslim atau non muslim.

Manusia dahulunya tidak mengerti dan mengetahui akan undang-undang hudud, qisas, ta’zir, kharaj dan sebagainya, sekarang mereka sudah memahaminya setelah kemenangan PAS di dua negeri tersebut.

Golongan non muslim yang dahulunya memandang benci kepada Islam, menjadi golongan yang sudah memahami keindangan Islam dan sudah mahu membantu kemenangan PAS didalam pilihanraya lepas.

Ini menunjukan bahawa, kemenangan yang PAS kaut hasil dari isu Anuar Ibrahim merupakan salah satu cara PAS menyampai dakwahnya kepada manusia.

Dan kini, berlaku isu kritikan bekas Perdana Menteri, Dr Mahadhir terhadap kepimpinan kerajaan sekarang merupakan satu isu yang sebenarnya PAS dapat menyampai usaha dakwah melaluinya.

Kehadiran beberapa pimpinan PAS didalam majlis dialog bersama Mahadhir merupakan satu isu yang sedang hangat dibincangkan. Ekoran dari itu, ramai dari kalangan manusia yang mengungkap beberapa pandangan mereka terhadap tindakan PAS terhadap Dr Mahadhir.

Ada dari kalangan manusia mengatakan, mana mungkin kita memaafi kesalahan Dr Mahadhir itu, kerana dosanya bersangatan besar berbanding dengan kebaikan yang dilakukan kepada Islam dan PAS.

Walaubagaimanapun, PAS tetap mahu memaafkan Dr mahadhir, sekiranya Dr Mahadhir bersedia mengaku kesalahan yang telah dilakukannya.

Firman Allah;

لا ينهاكم الله عن الذين لم يقاتلوكم في الدين ولم يخرجوكم من دياركم أن تبروهم وتقسطوا إليهم إن الله يحب المقسطين

Maksudnya;

“Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu karena agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil.” (surah al-mumtahinah : 8)

Ada yang mengatakan PAS tidak berprinsip, kerana menjemput Mahadhir menjadi ketua Pembangkang. Walaupun begitu, jemputan itu tidak bermakna menggadaikan prinsip kerana Rasulullah SAW ada bersabda;

وَإِنَّ اللَّهَ لَيُؤَيِّدُ هذا الدِّينَ بِالرَّجُلِ الْفَاجِرِ

Maksudnya;
“Dan sesungguhnya Allah akan mengkuatkan agama ini dengan lelaki yang jahat”[3]

KESIMPULAN

Dari segala ulasan ini, tidak selayaknya kita mengatakan PAS telah menggadaikan prinsipnya demi mendapat keuntungan siasah. Bahkan tindakan PAS itu merupakan tindakan berprinsip disamping mempunyai kekuatan siasah dalam menghadapi situasi politik yang berlaku kini.


Wallahu ‘alam

One_G
abu_abdillah_azzam@yahoo.com
http://laptopdarulfiqh.blogspot.com













[1] Lihat “Islam Hadhari dan Pembangunan Umat” m/s 1.
[2] Saheh muslim : (1/69) hadis no : 49.
[3] Saheh al-Bukhari : (4/1540) hadis no : 3967.

Sunday, July 30, 2006

PRINSIP TANPA SIASAH

PRINSIP TANPA SIASAH

Apabila orang yang bukan ahli bercakap sesuatu yang bukan bidangnya, maka akan dapat dilihat kepincangan pemikirannya.

Ulama-ulama usul fiqh adalah menyatakan kaedah;

الحكم على شئ فرع عن تصوره

Maksudnya;
“hukum atas sesuatu, satu furuk dari gambarannya”.

Kisah seorang ulama yang dilahirkan buta sejak kecil lagi telah ditanya berkenaan hukum menonton television. Bagi menjatuhkan sesuatu hukum, maka ulama buta tersebut telah meminta orang yang bertanya, agar menceritakan kepadanya rupa bentuk TV tersebut.

Si bertanya tersebut telah mendatangkan TV kepada ulama tersebut dan Dia pun meraba-raba dan bertanya, “apa yang ada pada kotak ini?”. Mendengar pertanyaan tersebut, si bertanya tersebut telah memasang siaran bacaan Al-Quran dan didengari oleh ulama buta itu.

Mendengar sahaja bacaan al-Quran dari TV tersebut, Ulama buta itu terus menyatakan bahawa hukum melihat tv mendapat pahala, kerana mengandungi bacaan Al-Quran.

Melihat kepada kisah ini, jelas kepada kita bahawa ulama buta itu telah melakukan kesilapan didalam fatwa, kerana, beliau tidak memahami gambaran sesuatu yang hendak di hukumkan.

Hukum TV tidak jatuh kepada sunat semata-mata, bahkan kadangkala ianya menjadi dosa, seperti melihat kepada siaran-siaran yang berunsur maksiat, membuka aurat dan sebagainya.

Begitujuga hakikat, apabila seseorang yang mengaku dirinya tidak memahami politik kepartian, tetapi ingin juga melakukan komentar terhadap situasi politik yang berlaku.

APAKAH HUKUM BERPOLITIK?

Politik adalah satu kalimah melayu yang berasal dari bahasa Inggeris.

Didalam bahasa Arab, politik dikenali dengan “siasah” yang berasal dari kalimah ساس , يسوس , سياسة .

Mukjam Al-Arabi Al-Asasi mendefinisikan siasah seperti berikut;

“mentadbir dan mengawasi kepimpinan dan perkara yang meliputinya”[1]

Kamus dewan bahasa pula mendefinisikan siasah sebagai “pengetahuan yang bersangkutan dengan hal hal kenegaraan (pemerintahan dll), politik”[2]

Difahami dari definisi ini, menunjukan siasah adalah kalimah yang mengandungi kefahaman selok belok kenegaraan, politik dan sebagainya.

ADAKAH NABI BERPOLITIK?

Membaca dari hadis-hadis dan sirah-sirah Rasulullah SAW, antara tugas dan gerak kerja yang dilakukan oleh Rasulullah SAW adalah menjadi seseorang pemimpin negara.

Kerajaan Islam yang pertama dibina oleh Rasulullah SAW ialah Madinah Munawwarah. Kepimpinan tersebut tidak dinafikan dan diterima oleh seluruh ulama sehinggakan ianya sudah menjadi sesuatu yang telah diijmakkan oleh ulama.

Tugas melaksanakan hukum-hukum Islam tidaklah dibataskan kepada system ibadat sahaja, bahkan ada hukum-hukum Islam yang tidak dapat dilaksanakan melainkan dengan terhasilnya kekuatan kenegaraan.

Perlaksanaan hukum hudud dan qisas adalah antara contoh perlaksaan yang memerlukan kepada kekuatan kenegaraan.

Tidak logic dikatakan, kuat kuasa undang-undang dapat dilaksanakan tanpa mempunyai kekuatan kenegaraan.

Menjadi pemimpin negara merupakan tugas yang penting, ini kerana, dengannya banyak hukum-hukum islam dapat dilaksanakan disamping menjaga kemaslahatan umat itu merupakan sesuatu yang wajib ditunaikan.

Melihat kepada dalil-dalil, banyak yang menyatakan kewajipan bernegara tersebut. Antaranya adalah seperti berikut;

Firman Allah;

يا أيها الذين آمنوا أطيعوا الله وأطيعوا الرسول وأولي الأمر منكم

Maksudnya;
“Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. (surah an-nisa’ : 59)

Ulil Amri, seperti yang didefinisikan ulama adalah pemimpin-pemimpin yang melaksanakan ketaatan terhadap Allah.

Telah mewaridkan oleh At-Tabari bahawa daripada Abu Hurairah RA katanya[3];

أن أولى الأمر هم الأمراء

Maksudnya;
“sesungguhnya ‘ulil amri’ itu adalah pemimpin-pemimpin”

Berkata Imam At-Tabari lagi, Umara’ (pemimpin-pemimpin) adalah orang yang mentadbir kemaslahatan orang Islam berdasarkan ketaatan terhadap Allah.

Sabda Rasulullah SAW;

لينقض عرى الاسلام عروة عروة , فكلما انتقضت عروة تشبث الناس بالتى تليها , وأولهن نقضا الحكم , و أخرهن الصلاة

Maksudnya;
“akan terungkai ikatan islam itu satu demi satu. Ketika terungkai satu ikatan, mengekorilah manusia dengan selanjutnya, yang pertamanya adalah “al-hukm” atau pemerintahan dan yang akhirnya adalah solat” [4]

Berkata Abdul Karim Zaidan, “Yang dimaksudkan dengan “al-Hukm” adalah kerajaan yang berasaskan manhaj Islam. Termasuk didalamnya kemestian wujud kepimpinan dalam melaksanakan manhaj Islam itu”.[5]

Dan telah ijmak seluruh ulama atas kemestian membina sesebuah negara dan melantik pemimpin yang melaksana manhaj islam didalam negera tersebut.

Perlantikan Abu Bakar menjadi Khalifah selepas kewafatan Rasulullah SAW merupakan antara contoh kewajipan pemerintahan negara itu diijmakkan oleh seluruh sahabat, tanpa di ingkari seorang pun.

Melihat kepada dalil-dalil yang tersebut, membuktikan kepada kita bahawa Rasulullah SAW, bukanlah sekadar seorang nabi, bahkan beliau merupakan seorang ahli politik yang telah berjaya memimpin negara madinah dengan melaksanakan undang-undang Islam dan mendaulatkannya.

BAGAIMANA NABI BERPOLITIK?

Rasulullah SAW adalah seorang Nabi yang merupakan manusia seperti manusia-manusia yang lain juga. Perbezaan antara nabi dengan manusia-manusia lain hanya wahyu yang telah diberikan Allah kepada Baginda SAW;

Firman Allah;


Maksudnya;
“Katakanlah: Sesungguhnya aku ini manusia biasa seperti kamu, yang diwahyukan kepadaku: "Bahwa sesungguhnya Tuhan kamu itu adalah Tuhan yang Esa." Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya, maka hendaklah ia mengerjakan amal yang saleh dan janganlah ia mempersekutukan seorangpun dalam beribadat kepada Tuhannya." (surah Al-Kahfi : 110)

Melihat nabi adalah seorang manusia yang telah diberikan oleh Allah SWT wahyu, maka segala pergerakan nabi SAW berasaskan dan dipandu oleh wahyu ilahi.

Begitujuga, dalam menghadapi situasi politik. Politik Rasulullah SAW adalah politik yang berasaskan kepada wahyu ilahi. Maka dengan demikian, bagi menjadikan politik ini seperti politik Rasulullah SAW, sewajibnya dilihat kepada Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW.

Inilah yang dikatakan berperinsip didalam bersiasah. Rasulullah SAW seorang ahli siasah yang menjaga perinsip-perinsip Islam.

SULUH HUDAIBIYYAH : ANTARA PERINSIP DAN SIASAH

Membaca sirah, kita mendengar juga kisah tentang suluh hudaibiyyah yang mana kisah ini melibatkan diri Rasulullah SAW sendiri.

Didalam kisah tersebut, Rasulullah bermimpi bahawa kaum muslimin akan melaksanakan haji di Masjidil haram. Baginda SAW menyampaikan hal ini kepada para sahabat.[6]

Didalam pemusafiran menuju ke Makkah, Rasulullah SAW mengarahkan kepada para sahabat bersiap sedia dan mengajak juga golongan-golongan badwi-badwi arab yang masih belum Islam supaya bersama-sama pergi ke Makkah[7].

Begitujuga, Rasulullah SAW mengarahkan kepada para pemusafir agar tidak membawa senjata, melainkan pedang permusafiran sahaja.

Dari sini, kita dapat melihat bagaimana siasah Rasulullah SAW dalam menarik perhatian golongan dunia agar beranggapan bahawa Islam adalah satu agama yang tidak suka kepada permusuhan dan dapat memberi gambaran kezaliman golongan quraish yang dilakukan terhadap orang-orang Islam.

Dengan kisah suluh hudaibiyyah ini juga, sebagai jawapan kepada tuduhan yang dilemparkan oleh golongan kuffar qurash atas perjuangan Islam.

Jika dilihat dari sudut perinsip, tidak selayaknya Rasulullah SAW bermusafir ke Makkah tanpa membawa senjata dan membawa orang-orang badwi yang masih tidak islam lagi. Ini kerana, seakan-akan Rasulullah SAW sudah menggadaikan perinsipnya yang menjelaskan tentang larangan berkompromi dengan golongan kuffar. Juga, seakan-akan menidakkan firman Allah;


Maksudnya;
“Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah dan musuhmu dan orang orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya” (surah al-anfal : 60)

Walaupunbegitu, Rasulullah SAW tetap menyuruh para sahabat agar tidak membawa senjata-senjata perang, dengan tujuan hendak membuka mata dunia supaya mereka mendapat jawapan atas tuduhan golongan kuffar yang menyatakan Islam adalah agama yang ganas dan mengajak kepada permusuhan.

Inilah yang dikatakan siasah Rasulullah SAW, yang selayaknya perlu diambil perhatian untuk dilaksanakan didalam kehidupan kini.

APABILA PERINSIP TIDAK BERSIASAH DAN TIADA PERINSIP, TIADA SIASAH.

Perinsip adalah sesuatu yang mesti, ini kerana, Rasulullah SAW membina generasi sahabat yang berperinsip.

Dianggap mandul, bagi orang yang berperinsip tanpa siasah, ini kerana, kadangkala perinsip terpaksa digadaikan ekoran tindak tanduk yang tidak bersiasah.

kenyataan menyatakan serban adalah salah satu adat arab yang dipakai oleh Rasulullah SAW, tanpa dihubungkan dengan pahala, dikala golongan kuffar dan secular berusaha hendak menghancurkan islam adalah tindakan yang dibawah kategori “berperinsip tetapi tidak bersiasah”.

Bagi orang yang bersiasah, selayaknya dia mengetahui kaedah fiqh yang berbunyi;

الارتكاب أخف الضررين

Maksudnya;
“melaksanakan mudharat yang paling ringan”[8]

Juga dia mengetahui juga kaedah fiqh yang berbunyi;

ما أدى الى الحرام فهو حرام

Maksudnya;
“perkara yang membawa kepada Haram, maka ia pun adalah haram”[9]

Ekoran tidak memahami kaedah ini, menyebabkan ada orang yang mengeluarkan kenyataan “hakim Abdul Hamid Muhammed mempunyai roh Islam kerana serban adalah pakaian adat bukan ibadat”, sedangkan kenyataan ini adalah kenyataan yang banyak memberi keuntungan kepada kuffar dan secular.

tidak dinafikan, ada ulama menyatakan memakai serban adalah pakaian adat yang tidak dihubungkan dengan pahala, dikala memakainya. Tetapi selayaknya tidak dinafikan juga, bahawa disana ada ulama yang menyatakan, berserban mendapat pahala.

Mengeluarkan kenyataan yang menguntungkan golongan kuffar dan secular adalah tindakan orang yang tidak memahami fiqh awlawiyyat.

Menyatakan hukum berserban adalah wajib, tetapi menjaga kemaslahatan umat Islam didalam perlembagaan juga adalah sesuatu yang wajib juga. Maka apabila berhimpun antara dua perkara wajib, maka hendaklah ditimbang, yang manakah perlu diutamakan.

Juga, tindakan menyatakan hukum berserban adalah wajib, tetapi mengeluarkan kenyataan tersebut dikala keuntungannya berpehak kepada golongan kuffar dan secular, msks itu jugs adalah haram, ini kerana, kaedah fiqh menyatakan;

ما أدى الى الحرام فهو حرام

Maksudnya;
“perkara yang membawa kepada haram, maka ia adalah haram”

Membincangkan perkara khilafiyyah dikala orang islam di serang tsunami murtad adalah tindakan orang yang tidak berperinsip dan tidak bersiasah.

Mengadakan program “seminar gerakan tajdid” yang dirasmikan oleh bapa secular perlis, Syahidan Kasim, dikala umat Islam berkumpul di Masjid wilayah, Jalan Duta untuk road show penerangan isu murtad adalah tindakan orang yang tidak berperinsip dan tidak bersiasah.

Di Malaysia, tindakan orang yang tidak berperinsip dan tidak bersiasah ini adalah tindakan yang mandul dan tindakan itu seakan-akan menyerupai “agen kuffar” yang mahu merosakan perpaduan umat Islam, seperti yang dilakukan oleh perancangan zionis selepas kekalahan solibiyyiin ketika berperang dengan Salahuddin Al-Ayyubi dahulu.

Wallahu ‘Alam.

ONE_G
abu_abdillah_azzam@yahoo.com
http://laptopdarulfiqh.blogspot.com

[1] Mukjam al-arabi al-asasi : m/s 653.
[2] Kamus dewan bahasa, edisi ketiga : m/s 1274.
[3] Tafsir at-tabari (7/497)
[4] Hadis riwayat Imam Ahmad, Ibnu Hibban di dalam sahehnya, al-hakim didalam mustadraknya dan mensahehkannya oleh Albani (lihat dalam Saheh Al-Jamik as-saghir (5/15)
[5] Usul Ad-dakwah karangan Abdul Karim Zaidan : m/s 195.
[6] Al-bud u wa at-tarikh : (4/224)
[7] Al-BIdayah wa an-nihayah : (4/164)
[8] Al-Aqmar Al-Mudiah Syarh al-Qawaid Al-Fiqhiyyah : m/s 118
[9] Al-halal wal haram fi al-islam : m/s 31-32.

Thursday, July 27, 2006

RESOLOSI MASJID WILAYAH DALAM ISU MURTAD

RESOLOSI MASJID WILAYAH DALAM ISU MURTAD

Forum Shariah dan Isu Semasa yang berlangsung pada 23 Julai 2006 di Masjid Wilayah, Kuala Lumpur mendapat sambutan luar dugaan dan melebihi ruang dewan yang disediakan oleh pihak penganjur. Berikut adalah RESOLUSI FORUM tersebut:Kami, yang berkumpul di Masjid Wilayah, Kuala Lumpur pada hari ini untuk membincangkan cabaran semasa dalam pelaksanaan sistem Syariah di Negara ini menyatakan rasa bimbang terhadap usaha-usaha pihak yang sedang cuba meminggirkan kedudukan Islam dalam sistem kenegaraan dengan berselindung di sebalik nama Kumpulan sekular ini tidak mendapat sokongan bagi membawa agendanya di kalangan besar masyarakat Malaysia, perjuangan mempertahankan hak-hak asasi. Usaha-usaha ini merupakan satu langkah untuk membelakangkan hakikat sejarah semenjak ratusan tahun lalu di mana Syariah diterimapakaikan di dalam kehidupan individu dan masyarakat di negara kita. Kami juga bimbang dengan ruang yang diberikan kepada usaha-usaha negatif ini dalam media masa tempatan dan antarabangsa walaupun pandangan ini hanya merupakan suara-suara terpencil dan pinggiran berbanding dengan faham dan penghayatan majoriti umat Islam.Kita bimbang mungkin usaha negatif ini didalangi oleh unsur-unsur luar negara yang berhasrat melumpuhkan Islam. Situasi ini pasti akan bertambah buruk jika pandangan-pandangan liar ini turut dilayan oleh pihak-pihak yang berwewenang dalam negara kita. Sekiranya masyarakat Islam tidak cukup prihatin dan peka terhadap perkembangan ini mereka akan terus menyalah-gunakan saluran perundangan untuk mencapai matlamat mereka. Menyedari hakikat ini maka kami yang berkumpul di Masjid Wilayah untuk Forum Syariah dan Cabaran Semasa pada 23 Julai 2006 bersetuju dengan resolusi berikut:1. Kedudukan istimewa Islam merupakan elemen penting dalam Perlembagaan dan sistem perundangan Negara. Ia turut merupakan hak asasi umat Islam di negara ini. Jika dasar ini diganggu-gugat ia mampu menimbulkan pelbagai kesan negatif dalam masyarakat. Oleh itu, formula yang sedia ada dan sudah terbukti mengekalkan kesejahteraan bersama ini, harus dipertegaskan dan diterima oleh semua pihak, Islam dan bukan Islam.2. Semua peruntukan Perlembagaan dan Undang-undang yang berkaitan dengan Islam perlu diperkukuhkan untuk menutup semua ruang usaha untuk menggunakan saluran mahkamah bagi melemahkan kedudukan Islam.3. Seluruh umat Islam perlu menyatukan suara, sikap dan tindakan dalam mempertahankan kedudukan Islam yang sedang diancam. 4. Setiap ancaman terhadap Islam adalah bermakna ancaman terhadap martabat dan kedudukan Raja-Raja Melayu yang menjadi Ketua Agama di setiap negeri dan terhadap kewibawaan institusi-institusi Islam. 5. Menuntut agar dihentikan segera semua percubaan usaha merombak dan menghakis kedudukan Islam dalam Perlembagaan dan sistem perundangan Negara. Mana-mana ketidakpuasan hati berkenaan dengan Islam harus disalurkan ke meja rundingan dengan pihak-pihak yang berautoriti. Pendekatan konfrontasi melalui ”roadshow” (majlis penerangan ) dan pertikaian mahkamah hanya akan mengakibatkan ketegangan dan mengancam ketenteraman masyarakat.6. Kita menuntut media aliran perdana mengambil pendirian tegas dan tidak berpihak dalam isu-isu berkaitan Islam dan tidak mempelopori pandangan bahawa Malaysia adalah negara sekular dan amalan Islam adalah hak peribadi. Kita menuntut pihak media memberi ruang kepada pihak Islam untuk menyuarakan pendapat mereka dan tidak lagi meminggirkan suara arus perdana (”mainstream”) Islam. Media aliran perdana mestilah bersikap professional dan beretika di dalam lapuran dan analisa mereka mengenai Islam.7. Hak dan kebebasan beragama perlu difahami dalam ruanglingkup Islam, bukannya mengikut kecenderungan individu. Fahaman kebebasan dan hak asasi acuan sekular-liberal adalah bercanggah dengan ajaran Islam serta agama-agama lain. 8. Semua Dewan-dewan Undangan Negeri dan Parlimen (bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan) hendaklah meluluskan segera enakmen/akta yang menghalang dakyah bukan Islam kepada umat Islam dan pihak berkuasa hendaklah melaksanakan enakmen/akta berkenaan dengan segera.9. Kerajaan hendaklah menetapkan pendirian untuk menolak usaha-usaha barat dan badan–badan bukan kerajaan yang bersekongkol dan menggunakan NGO tempatan, ahli-ahli akademik dan orang perseorangan untuk mempengaruhi polisi dan undang-undang berkaitan orang Islam.10. Ada di kalangan pemimpin Muslim yang menyuarakan pandangan yang menyokong kelompok yang mengatakan amalan Islam adalah hak individu dan undang-undang moral tidak harus dilaksanakan di Malaysia. Kenyataan seperti ini amatlah dikesali kerana undang-undang moral di dalam Islam di Malaysia telah merupakan intipati kepada undang-undang di Semenanjung Malaysia jauh lebih dahulu sebelum kedatangan penjajah-penjajah.11. Majlis Peguam Malaysia yang mewakili lebih 12,000 peguam di Semenanjung telah mengambil pendirian berpihak tanpa mengambilkira pandangan peguam Islam yang membentuk lebih dari 40% dari jumlah keseluruhan peguam. Majlis Peguam Malaysia atas nama hak asasi manusia telah mencampuri urusan agama Islam dan ini bertentangan dengan matlamat Majlis Peguam ditubuhkan dan kita menuntut Majlis Peguam sebagai penjaga kedaulatan undang mematuhi undang-undang negara ini.

Sunday, July 23, 2006

SALAHKAH PAS MENGGUNAKAN PILIHANRAYA SEBAGAI WASILAH KEMENANGAN ISLAM?

SALAHKAH PAS MENGGUNAKAN PILIHANRAYA SEBAGAI WASILAH KEMENANGAN ISLAM?

23 julai 2006 merupakan antara tarikh bersejarah bagi PAS Kawasan Subang, ini kerana, pada hari ini, kami berjaya mengadakan program penerangan IT berkenaan dengan taktik pilihanraya yang dianjurkan oleh Unit IT JPrK, PAS kawasan Subang yang diketuai oleh Haji Rushdi.

Pembentang yang pertama adalah Haji Rushdi sendiri, pembentangan yang dilakukan oleh beliau banyak memberi kefahaman kepada kami berkenaan system pilihanraya yang diamalkan di Malaysia.

Dari pembentangan tersebut, kami mengenali apakah yang dinamakan sebagai DUN, UPU, JPrK dan sebagainya.

Pembentangan kedua pula dibentang oleh saudara Yusni yang merupakan ketua Lajnah IT Dewan Pemuda Subang yang membentang tentang kelebihan, kepentingan dan cara-cara dalam mengendalikan IT dalam pilihanraya yang akan datang.

Sebagai Timbalan Ketua Pemuda PAS Kawasan Subang, penulis mengucapkan Tahniah dan ribuan terima kasih kepada kedua-dua pembentang atas kesungguhan menyediakan kertas kerja dari pembentangan tersebut, yang pada pandangan ana, ianya bukan sesuatu kerja yang mudah untuk dilakukan.

Walaubagaimanapun, ditengah pembentangan yang menarik itu, terlintas di pemikiran penulis tentang usaha dakyah yang telah dilakukan oleh kelompok gerakan yang menggelarkan diri mereka sebagai “hizb at-tahrir”. Golongan ini telah menfatwakan bahawa pilihanraya adalah sesuatu amalan yang salah disisi Islam dan mereka mendakwa bahawa pilihanraya adalah suatu amalan yang tidak sepatutnya diamalkan bagi mendaulatkan Islam di muka bumi, khususnya di Malaysia.

Kelahiran kelompok Hizb at-tahrir adalah satu kelahiran golongan manusia yang boleh disifatkan sebagai “pengacau” dalam usaha memahamkan manusia akan kepentingan mendaulatkan hukum Islam di muka bumi ini.

Begitujuga, disifatkan juga sebagai fikrah “pengacau” dengan kehadiran fikrah yang dinamakan sebagai “Ummah Centric” yang di popularkan oleh Mazlee Malik, yang kononnya berasal dari fikrah JIM yang berada di Malaysia ini.

Walaubagaimanapun, kelahiran kelompok-kelompok dan fikrah-fikrah sebegini, pada pandangan ana adalah sesuatu yang selayaknya disifatkan sebagai “pelambat” kearah kemenangan perjuangan Islam yang didokong selama ini.

APAKAH PILIHANRAYA ADALAH SESUATU YANG SALAH DISISI SYARAK

Ramai dari pelajar-pelajar Universiti Tempatan telah terpengaruh dengan agenda-agenda yang dilakukan oleh kelompok-kelompok dan fikrah-fikrah pengacau ini. Yang amat menyedihkan lagi, golongan yang terpengaruh tersebut adalah golongan pimpinan-pimpinan mahasiswa yang asalnya berfikrah PAS dan akhirnya telah rebah dan tunduk, terpengaruh dengan mereka.

Setelah diperhatikan dan di selidiki mengikut pandangan kasar, penulis mendapat kesimpulan bahawa, puncanya adalah kelemahan kefahaman pimpinan-pimpinan mahasiswa tersebut dalam memahami konsep dan perinsip dalam perjuangan PAS itu sendiri.

Kelemahan ini, pada pandangan ana, perlu disalahkan kepada diri pimpinan mahasiswa tersebut dan yang paling wajib disalahkan adalah kepada diri pimpinan-pimpinan PAS yang menjaga mahasiswa-mahasiswa tersebut.

Pengisian yang dilakukan, sekadar memberi semangat perjuangan, tanpa memberi kefahaman secara ilmiyyah berdasarkan ulasan-ulasan dan hujjah-hujjah yang diiktiraf oleh Syarak.

Antara agenda-agenda yang diusahakan oleh golongan ini, adalah mengatakan bahawa pilihanraya adalah sesuatu yang tidak Syarii dan ianya merupakan sesuatu yang bercanggah dengan Islam.

Pemikiran ini sudah merebak begitu hebatnya di timur tengah dan di benua India.

Semasa penulis masih belajar di Pakistan, penulis pernah berjumpa dengan satu kelompok gerakan yang menggelarkan diri mereka dengan “kelompok ghuraba” yang telah mengharamkan pilihanraya dan menganggap ianya sesuatu yang bercanggah dengan Islam.

Begitujuga, semasa belajar di Mesir, ana berjumpa dengan kelompok manusia yang menggelarkan diri mereka dengan “ansar as-sunnah” yang berperinsip dan berpendirian seperti “kelompok ghuraba’” ini juga.

Bagi memastikan kebenaran dakwaan mereka dengan tindakan yang diamalkan oleh PAS selama ini dalam menjadikan pilihanraya sebagai Wasilah perjuangan Islam, maka marilah kita melihat ulasan penulis berkenaannya seperti berikut;
BAHAGIAN PERTAMA : HUJJAH-HUJJAH KEHARUSAN MENGGUNAKAN PILIHANRAYA

1. PILIHANRAYA ADALAH SALAH SATU CARA MEMBERI NASIHAT

Pilihanraya adalah satu jenis daripada penyaksian(الشهادة ), wajib bagi setiap muslim melaksanakannya dengan sebaik-baik perlaksanaan.

Dalam hal ini, Dr Yusuf Al-Qardawi pernah berkata;

Sesungguhnya islam menetapkan bahawa sistem Syura adalah satu kaedah dari kaedah-kaedah kehidupan yang di kehendaki oleh Islam. Wajib kepada pemerintah melaksanakannya, di samping mewajibkan kepada rakyatnya bersikap suka nasihat menasihati sesama mereka, sehinggakan nasihat itu menjadi cara hidup keseluruhannya.

Sabda Rasulullah s.a.w ;

الدين النصيحة
Maksudnya;
"Agama (cara hidup) ialah nasihat”

Di antara perkara yang mesti di serapkan oleh pemimpin kepada rakyatnya ialah berani memberi teguran kepada pemimpin.

Sepertimana melaksanakan amar ma’ruf dan nahi mungkar itu merupakan fardu yang wajib di laksanakan, begitu juga menyatakan kebenaran di hadapan pemerintah yang zalim merupakan jihad yang wajib di laksanakan.

Apabila kita melihat kepada sistem pilihanraya dan “majoriti suara” yang dilakukan, ia merupakan satu penyaksian(الشهادة ) yang di pandang elok di sisi Islam. Ini kerana dengan perlaksanaannya, usaha untuk membaiki sesebuah negara ke arah perlaksanaan Islam dapat dilakukan. Maka dengan demikian perlaksanaanya adalah wajib dilakukan oleh setiap individu muslim yang berada di negara tersebut.

Firman Allah;

وأشهدوا ذوى عدل منكم

Maksudnya;
Hendaklah bersaksi dari kalangan orang yang adil.(surah at-Talak : 2)

Dari ayat ini, penyaksian itu mesti di lakukan oleh orang yang adil, dengan makna, seseorang yang tidak adil tidak boleh melaksanakannya.

Sebelum perbahasan lebih lanjut, elok kita lihat dahulu definisi adil (العدالة), ianya adalah seperti berikut;

ملكة فى النفس أو هيئة راسخة فيها تمنع صاحبها من ارتكاب كبيرة أو اصرار على صغيرة تدل على الخسة أو مباح يخل بالمروءة.

"Satu sifat semula jadi atau keadaan diri, yang boleh menegah dirinya dari melakukan dosa-dosa besar dan terhindar dari melakukan dosa kecil yang boleh mencacatkan akhlaknya atau melakukan perkara yang harus tetapi boleh mencacatkan maruah diri".

Dari definisi ini, menunjukkan orang yang layak untuk masuk mengundi dalam pilihanraya adalah dari kalangan orang yang tidak melakukan dosa besar dan kecil atau sebagainya, justeru itu, jika di perhatikan kepada rakyat Malaysia, syarat ini tidak di tunaikan oleh mereka.

Oleh itu boleh di katakan ramai dari rakyat Malaysia tidak layak mengundi di sebabkan mereka tidak memenuhi syarat-syarat adil tadi.

Bagi menjawab persoalan ini, seharusnya kita memakai kaedah usul fiqh yang berbunyi;

درء المفاسد مقدم على جلب المصالح

Maksudnya;
Menolak kefasadan lebih di dahulukan berbanding mengambil maslahat.

Dalam hal keadaan ini, membiarkan kerajaan membawa panji kebangsaan merupakan kefasadan yang wajib di buang, ini kerana ianya membawa kepada syirik kepada Allah, adapun mencukupkan syarat merupakan maslahat yang mesti di lakukan oleh setiap pengundi.

Jadinya, berdasarkan kepada kaedah ini, seeloknya kita meringankan syarat ini dan kita berhujjah menyatakan bahawa mengundi dalam pilihanraya adalah satu perkara yang wajib.

Bagi menguat hujjah ini, sabda Rasulullah s.a.w;

من رأى منكم منكرا فليغيره بيده فمن لم يستطع فبلسانه فمن لم يستطع فبقلبه وذلك أضعف الايمان

Maksudnya;
"Barangsiapa dari kalangan kamu melihat kemungkaran maka hendaklah dia tegah dengan tangan, jika tidak mampu, dengan lidah, jika tidak mampu maka dengan benci dalam hati, maka itu adalah selemah-lemah iman".

Hasil dari perbahasan ini, kita akan dapat membuat kesimpulan bahawa mengundi dalam pilihanraya adalah wajib, tetapi dengan syarat, iaitu masuknya pilihanraya dengan tujuan untuk melaksanakan hukum Allah di muka bumi.

Firman Allah;

اقيموا الشهادة لله
Maksudnya;
"laksanakan "syahadah" untuk Allah"(surah At-Talak : 2)

Pada ayat ini menunjukkan perlaksanaan itu bersandarkan kepada kehendak Allah, dengan ungkapan yang lain, perlaksanaan itu berdasarkan untuk melaksanakan hukum Allah di muka bumi.

2. KAEDAH FIQH

Kita menggunakan kaedah usulfiqh yang berbunyi;

ما لا يتم الواجب الا به فهو واجب

Maksudnya;
"Tidak akan sempurna sesuatu yang wajib melainkan melaksanakan sesuatu perkara, maka melaksanakan perkara tersebut adalah wajib".

Misal bagi kaedah ini ialah seperti berikut;

Hukum solat adalah wajib, bagi menyempurnakan solat tersebut adalah mesti berwudu’. Maka hukum berwudu’ adalah wajib.

Jika wudu’ tidak dapat di lakukan melainkan dengan menggali telaga, maka hukum menggali telaga adalah wajib.

Perumpamaan dengan persoalan pilihanraya;

Melaksanakan Islam di muka bumi adalah wajib, lalu tidak ada cara lain untuk melaksanakannya melainkan dengan masuk pilihanraya, maka hukum masuk pilihanraya adalah wajib.

3. PILIHANRAYA ADALAH MEDAN JIHAD

Hujjah ini di kemukakan oleh Al-Fadhil Ustaz Dr Harun Din Al-Hafiz dalam satu tulisan beliau di akhbar harakah keluaran khas

Beliau berhujjah menyatakan bahawa pilihanraya adalah medan tempur yang di panggil jihad juga, ini kerana jihad bermakna menghabiskan segala usaha dan tenaga untuk meletakkan kalimah Allah yang paling tinggi.

Justeru itu, zaman Rasulullah s.a.w mengistiharkan jihad perang kerana pada zaman tersebut pihak musuh menyerang Islam dengan peperangan. Kalaulah pihak musuh tidak melawan dengan senjata, seperti berhujjah, logik atau sebagainya, nescaya Rasulullah s.a.w tidak akan menyuruh umat Islam pada zaman tersebut mengangkat senjata.

Rasulullah s.a.w berperang angkat senjata pada zaman itu kerana pada zaman itu perang angkat senjata adalah satu-satunya cara yang paling relevan untuk melawan musuh.

Melihat kepada keadaan di Malaysia, jihad perang tidak relevan tetapi jihad pilihanraya yang relevan, maka hendaklah kita berjihad di Malaysia menggunakan pilihanraya.

Ini bersesuaian dengan firman Allah;

فمن اعتدى عليكم فاعتدوا عليه بمثله ما اعتدى عليكم

Maksudnya;
"Barangsiapa menyerang kamu maka hendaklah kamu menyerang mereka sepertimana mereka menyerang kamu." (surah al-Baqarah : 194)

Dari ayat ini, musuh politik Islam di Malaysia menggunakan pilihanraya, maka begitu halnya kita melawan mereka menggunakan sistem ini juga.

Justeru itu, pilihanraya adalah sistem pemilihan pemimpin yang relevan khususnya di Malaysia. Ianya juga merupakan jihad mengikut kesesuaian tempat dan masa.

BAHAGIAN KEDUA : KESAMARAN DAN JAWAPANNYA

Ada sebahagian golongan yang mengemukakan hujjah bagi mendatangkan kesamaran terhadap pendokong gerakkan yang menggunakan platform pilihanraya ini, di sini kami kemukakan kesamaran tersebut dan kami menjawab segala kesamaran tersebut. Moga-moga mendapat petunjuk dari Ilahi yang maha Esa.

1. MENGAPA TIDAK MENGGUNAKAN SYURA

Kita mesti kembali kepada asal sunnah iaitu kita melihat cara perlantikan yang di namakan sebagai SYURA.

JAWAPAN

Jika di kaji secara ilmiah, kita akan dapati bahawa perlantikkan khalifah dari kalangan sahabat tidak menunjukkan satu cara yang tetap. Tidak ada satu nas yang jelas (الصارح ) menyatakan bahawa perlantikkan seseorang pemimpin itu berdasarkan kepada sistem syura sahaja, tetapi ada sistem yang lain dari itu, seperti sistem istikhlaf (استخلاف ) iaitu sistem yang di gunakan Saidina Abu Bakar bagi perlantikkan Saidina Omar Ibni Khattab menjadi khalifah

2. IKTIBAR DARI SEJARAH ALGERIA

Sistem pilihanraya tidak akan membawa kejayaan, ini kerana jika di perhatikan suasana yang telah berlaku di Algeria (الجزائر ), yang mana setelah kemenangan telah berbelah pihak kepada parti Islam, lalu kerajaan telah menggulingkan kerajaan Islam dan menggunakan kekuatan tentera bagi merosakkan keputusan pilihanraya tersebut.

JAWAPAN

Sesungguhnya kaedah usulfiqh ada menyatakan seperti berikut;
انما النص من الكتاب و السنة و الاجماع

Maksudnya;
" Sesungguhnya nas itu dari al-Quran, Sunnah dan ijmak."

Jika di perhatikan kepada kaedah ini, jelas kepada kita, bahawa berhujjah dengan mengqiaskan dengan peristiwa di Algeria adalah hujjah yang tertolak, ini kerana qias yang di iktibarkan syarak adalah di sandarkan kepada tiga sandaran sahaja, iaitu al-Quran, Sunnah dan Ijmak.

Kemenangan dan kekalahan adalah lumrah dalam perjuangan, apakah kita berani mengatakan Rasulullah s.a.w tidak mengikut kehendak syarak apabila kalah dalam peperangan Uhud.

Hasil dari ini, hujjah kedua ini tertolak.

3. PILIHANRAYA ADALAH BIDAAH YANG TERCELA

Menggunakan sistem pilihanraya adalah sebahagian dari amalan bidaah yang di larang, berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w;

كل بدعة ضلالة و كل ضلالة فى النار

Maksudnya;
"Tiap-tiap bidaah itu sesat dan tiap-tiap sesat itu akan ke neraka"

Dalam hadis ini, Rasulullah s.a.w menggunakan kalimah (كل ) yang memberi makna “tiap-tiap”. Oleh itu setiap perkara yang tidak di lakukan oleh Rasulullah s.a.w, sahabat, tabiin dan tabi' tabiin di kira sebagai bidaah, termasuklah dalam maksud hadis ini ialah pilihanraya.

JAWAPAN

Kami mahu menjelaskan bahawa bidaah yang diharamkan ialah bidaah dalam persoalan ibadat, ini berdasarkan kaedah usulfiqh yang berbunyi;

الأصل فى العبادة تحريم او بدعة

Maksudnya;
" Asal dalam persoalan ibadat adalah haram"

Dengan makna, setiap amalan yang berbentuk ibadat, jika tidak di ajar oleh syari’ (الشارع) maka amalan itu di kira bidaah.

Kaedah ini merupakan istinbat dari hadis nabi yang berbunyi;

من أحدث فى أمرنا هذا ما ليس منه فهو رد

Maksudnya;
"Barangsiapa yang melakukan sesuatu amalan yang bukan dari ajaran kami, maka amalan itu tertolak" .

Adapun dalam persoalan muamalat atau teknik, maka kaedah usulfiqh menyatakan;

الأصل فى الأشياء اباحة

Maksudnya;
"Asal sesuatu itu adalah harus"

Dari kaedah ini, persoalan muamalat atau teknik yang tidak tersebut dalam nas, maka hukumnya adalah harus (boleh di lakukan), seperti kita menggunakan sistem muamalat moden yang tidak ada pada zaman Rasulullah s.a.w, sahabat, tabiin dan tabi' at-tabiin, maka hukumnya harus, seperti sistem muamalat bank yang menggunakan kad kredit atau sebagainya.

Kaedah ini teristinbat dari firman Allah;

الله الذي سخر لكم البحر لتجري الفلك فيه بأمره و لتبتغوا من فضله و لعلكم تشكرون , و سخر لكم ما فى السماوات و الأرض جميعا منه ان فى ذلك لايات لقوم يتفكرون .

Maksudnya;
"Allah lah yang menggerakkan untuk kamu akan lautan supaya kapal boleh berjalan padanya dengan arahanNYA, dan supaya kamu boleh mengambil segala kelebihanNYA dan moga-moga kamu bersyukur, dan Allah lah juga yang menggerakkan untuk kamu segala yang di langit dan segala di bumi, sesungguhnya pada demikian itu menjadi tanda untuk kaum berfikir".(surah al-Jathiah :12-13)

Maka dari itu, pilihanraya tidaklah bidaah, ini kerana pilihanraya adalah persoalan teknik dan cara, bukan persoalan ibadat.
4. PILIHANRAYA ADALAH PERSOALAN AQIDAH

Pilihanraya bukan persoalan muamalat atau teknik, tetapi ianya adalah persoalan aqidah, ini berdasarkan firman Allah;
ان الحكم الا لله

Maksudnya;
Tiada hukum melainkan untuk Allah.(al-Ana'm : 57)

Dalam ayat ini bahawa persoalan perlaksaan hukum adalah mesti dari Allah bukan majoriti seperti yang di laksanakan dalam pilihanraya. Oleh itu, pilihanraya adalah persoalan aqidah, bukan persoalan teknik, muamalat atau furu’

JAWAPAN

Jika itu di hujjahkan, maka kami tetap berada di landasan hujjah, yang mana kami berpegang dengan kaedah usulfiqh iaitu maslahat umum (مصالح المرسلة ), atas keharusan menggunakan sistem pilihanraya dalam pemilihan pemimpin.

Dalil bagi kaedah ini firman Allah;

وما جعل عليكم فى الدين من حرج

Maksudnya;
Dan ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah (surah al-haj : 78)

Dan juga, amalan Saidina Omar semasa beliau menjadi khalifah, yang mana beliau pernah mencurahkan susu yang bercampur dengan air untuk mengajar peniaga susu yang menipu, sedangkan hukum mencurah susu adalah haram kerana ianya membawa kepada membazir, firman Allah.

ان المبذرين كانوا ا خوان الشياطين

Maksudnya;
Sesungguhnya orang yang membazir adalah saudara syaitan. (surah al-Isra' : 27)

Walaupun begitu, Khalifah Saidina Omar mencurahkan susu tersebut dengan tujuan untuk mengajar kepada penjual-penjual susu yang lain, agar tidak melakukan penipuan.

Begitu halnya dalam pilihanraya, jika pilihanraya adalah haram disebabkan ianya menggunakan majoriti dalam menentukan hukum sedangkan penentuan hukum itu hanyalah dari Allah sahaja, bukan majoriti. Tetapi dengan kaedah ini, pilihanraya di bolehkan, ini kerana jika pilihanraya tidak di gunakan, maka tidak ada cara lain untuk kita merampas kekuatan kerajaan dari golongan taghut. Lantaran itu taghut berkuasa di atas muka bumi.

5. KEBENARAN BUKAN DARI SUARA MAJORITI

Pilihanraya adalah صوت الأكثرية أو أغلبية “suara kebanyakkan manusia”. Sedangkan Islam mengajar kepada kita supaya mengikut akan kebenaran tanpa melihat kepada ramai yang menyokongnya. Ini kerana, ada perkara yang benar dari segi syara’ tetapi mempunyai penyokong yang sedikit.

Juga firman Allah dalam al-Quran ;

وان تطع أكثر من فى الأرض يضلونك عن سبيل الله

Maksudnya ;
“Jika kamu taat kepada orang ramai di atas bumi, nescaya mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah”.(al-An'am :116)

Di ayat lain ;

ولكن أكثر الناس لا يعلمون
Maksudnya ;
“Tetapi ramai dari kalangan manusia yang tidak mengetahui”. (al-A'raf : 187)

Ayat lain ;

ولكن أكثر الناس لا يؤمنون

Maksudnya ;
“Tetapi ramai dari kalangan manusia tidak beriman”.(Hud : 17)

Ayat lain ;

بل أكثرهم لا يعقلون

Maksudnya ;
“Bahkan kebanyakkan mereka tidak berakal”(al-Ankabut : 63)

ولكن أكثر الناس لا يشكرون

Maksudnya ;
“Dan tetapi ramai dari kalangan manusia tidak bersyukur”(Al-Baqarah : 243)

JAWAPAN

Perkataan ini ditolak dan berada di landasan yang salah. Dalam perbincangan kita adalah tentang pilihanraya yang didokong oleh mereka yang memperjuangkan Islam, yang mana mereka adalah orang yang bersyukur, beriman dan mengetahui, bukan pilihanraya yang didokong oleh mereka yang melawan Islam.

Sesungguhnya tidak ada تصويت dalam perkara yang berbentuk hukum syarak yang telah qati’I ( قطعيات الشرع ), perkara asasi dalam Islam ( أساسيات الدين ) dan perkara yang telah di kenali dalam Islam secara mesti ( ما علم من الدين بالضرورة ). Bahkan تصويت berlaku kepada perkara yang berbentuk “ijtihadiyyah” yang memungkinkan kepada beberapa pandangan dan pendapat.

Oleh yang demikian, apabila persoalan ini adalah perkara “ijtihadiyyah”, maka mesti ada yang “rajih dan marjuh”. Maka dalam hal, ini pandangan yang rajih adalah pandangan yang ramai. Ini kerana Nabi s.a.w ada menyebut ;

ان الشيطان مع الواحد وهو من الاثنين أبعد

Maksudnya ;
“Sesungguhnya syaitan bersama orang yang bersendirian dan dia akan berjauhan diri dari orang yang berdua”

Juga dari sirah Rasulullah s.a.w, Baginda sendiri menerima pandangan ramai dalam peperangan uhud dan memutuskan untuk keluar menghadapi musuh di luar Bandar Madinah.

Saidina Omar ibnu Al-Khattab juga pernah meminta supaya perinsip menerima pandangan ramai dipakai untuk memilih calon-calon khalifah yang akan menggantikannya .


Juga kaedah fiqh ada menyatakan ;

الشاذ كالعدم

Maksudnya ;
“Perkara yang ganjil (sedikit) seperti tiada”

6. AS-SYAIKH OMAR BIN ABDUL RAHMAN

Mereka berkata, “ulama’ yang mula-mula mengeluarkan fatwa atas keharusan menggunakan sistem pilihanraya adalah seorang ulama’ buta dari jemaah Ikhwan Muslimin yang bernama Syaikh Omar bin Abdul Rahman. Beliau mengeluarkan fatwa semasa beliau di dalam penjara pada ketika itu.

Dalam Islam, seseorang mufti tidak boleh mengeluarkan sesuatu fatwa dalam keadaan susah hati, mengantuk, tertekan, atau sebagainya, tetapi Syaikh Omar mengeluarkan fatwa tersebut semasa beliau dalam penjara, ini bermakna beliau dalam tertekan, maka dari itu, fatwa itu adalah tertolak”.

JAWAPAN

Kami ingin menolak kesamaran ini dengan dua jawapan;

1- Seperti yang telah maklum, hujjah itu tidak terletak kepada diri individu seseorang, tetapi hujjah yang di terima adalah hujjah yang di sandarkan dari turuqul istidlal (طرق الاستدلال / cara-cara mengambil dalil) yang betul.
2- Walaupun Syaikh Omar mengeluarkan fatwa tersebut dalam penjara, tetapi ramai dari kalangan ulama’-ulama’ yang lain berhujjah menyatakan hukum pilihanraya ini.

Maka setelah di perhatikan kepada hujjah di atas, menunjukkan segala kesamaran yang di kemukakan adalah lemah dan tidak boleh di tarjihkan.

7. PILIHANRAYA ADALAH SISTEM BARAT

Sistem pilihanraya adalah salah satu fikrah yang di ambil dari barat. Oleh yang demikian, mana mungkin mengambil fikrah barat diisikan kedalam sistem Islam. Ini kerana Islam merupakan agama yang telah disyarakkan oleh Allah. Jika fikrah barat di ambil, bermakna, syarak barat pun diterima dalam Islam, sedangkan perkara ini adalah mustahil.

JAWAPAN

Bagi menjawab persoalan ini, kami akan kemukakan dua hujjah.

(1) Sesungguhnya perlaksanaan sistem pilihanraya bukanlah menunjukkan bahawa iktikad kepada fikrah barat, sebaliknya ia hanyalah merupakan wasilah, bukanlah merupakan maksud ataupun matlamat.
(2) Tidak semua perkara yang datang dari barat ditegah, ini kerana berdasarkan kepada sirah menunjukkan Rasulullah s.a.w sendiri pernah mengambil fikrah barat, yang mana ianya adalah seperti berikut ;

(a) Rasulullah menerima fikrah “menggali parit” dalam peperangan Ahzab, sedangkan fikrah menggali parit dalam peperangan adalah fikrah yang datang dari kalangan orang Farsi yang menganut agama majusi.
(b) Rasulullah s.a.w telah menggunakan kepandaian orang musyrik yang ditawan dalam peperangan badar dengan mengajar membaca dan menulis kepada orang Islam yang buta huruf

Oleh yang demikian, tidak semua sistem barat ditegah, bahkan dibenarkan kepada kita mengambil fikrah barat selagi tidak bercanggah dengan nas yang muhkam dan kaedah-kaedah syarak yang thabit.

8. PILIHANRAYA MENOLAK HAKIMIYYAH ALLAH

Pilihanraya adalah fikrah menolak hakimiah Allah حاكمية الله .

Jawapan

Tidak semua pejuang pilihanraya menolak hakimiah Allah, bahkan orang yang menolak dan menafikan hakimiah Allah adalah mereka yang di gelar dengan “Diktator”.

Melihat kepada situasi ini, pejuang Islam yang mengambil sistem pilihanraya, bukanlah menafikan hakimiyyah Allah, bahkan mereka adalah orang yang menggunakan pilihanraya dengan tujuan untuk melaksanakan hakimiyyah Allah, iaitu melaksanakan perinsip-perinsip Islam yang berbentuk siasah dalam memilih pemimpin, melaksanakan amar makruf nahi mungkar dan sebagainya.

9. PILIHANRAYA ADALAH PERSOALAN IJTIHADIYYAH

Adakah “pilihanraya” dari perkara “ijtihadiyyah”?.

JAWAPAN

Sememangnya pilihanraya adalah dari persoalan “ijtihadiyyah”. Ini kerana perkara “ijtihadiyyah” berlaku dengan beberapa sebab, ianya adalah seperti berikut ;
1. Pada perkara yang tiada nas.
2. Perkara yang ada nas, tetapi mempunyai beberapa tafsiran.
3. Mempunyai “muaridh” atau pertentangan yang sama denganya atau lebih kuat darinya.

Pilihanraya adalah dari perkara “ijtihadiyyah”, ini kerana perlantikkan khalifah Abu Bakar, Omar al-Khattab, Othman dan Ali, tidaklah menggunakan satu sistem yang sama. Oleh yang demikian, pelantikan pemimpin adalah persoalan ‘ijtihadiyyah” ini kerana, perkara “ijtihadiyyah” adalah perkara yang tidak mempunyai nas yang tetap dan qati’i.

Begitulah halnya kepada sistem pilihanraya.

10. NAMA YANG DI GUNAKAN OLEH ORANG KAFIR.

Apabila menyebut pilihanraya, maka pendokongnya adalah golongan demokrasi. Sedangkan kalimah “demokrasi” adalah dari kalimah yang digunakan oleh orang kafir, bukan dari Islam.

JAWAPAN.

Nama tidak menjadi punca perselisihan. Ini kerana hukum tidak berlegar kepada nama, tetapi berlegar kepada benda yang dinamakannya المسميات
KESIMPULAN

Setelah kita perhatikan kepada perbahasan di atas, dapatlah kita simpulkan bahawa pilihanraya adalah salah satu cara untuk kita menyampaikan massage dakwah.

Memang kita tidak nafikan bahawa pilihanraya adalah salah satu ideologi barat yang di hantar kepada kebanyakkan negara Islam, tetapi hakikatnya, jika kita tidak menggunakannya, secara logiknya, kita memang tidak mampu untuk menyampaikan dakwah ini. Ini kerana, jika kita menggunakan sistem jihad perang, kita adalah umat yang tidak mampu untuk itu, hal ini beralasan bahawa umat Islam di Malaysia masih tidak memahami jihad perang dengan sebaiknya. Justeru itu, tidak dapat tidak, kita gunakan sistem ini sebagai tanda usaha dakwah kita.

Seperkara yang paling penting bagi kita yang berada dalam gerakan Islam yang menggunakan pilihanraya dalam perjuangan kita, bahawa kita tidak menjadikannya sebagai ghayah, atau matlamat, bahkan kita menjadikan pilihanraya sebagai wasilah (cara) dalam meneruskan agenda menyampaikan dakwah islamiyyah ini.

Jika segala hujjah dan perbahasan ini tidak bertepatan dengan kehendak syara’ maka penulis dengan hati dan jiwa terbuka menerima teguran yang membina. Moga-moga segala usaha ini di terima Allah, menjadi bekalan kita di kala mengadap Allah di alam akhirat.

Wallahu a’alam
Bibliografi
Terjemahan Al-Quran

Muhammad Abdul Maksud Daud ; As-Siraj al-Wahhaj :
Darul al-azhar littabaah : 2003.

Harakah keluaran khas (pilihanraya ke 11)

As-Syaikh Abdullah bin Omar bin Sulaiman: Al-Imamah Al-
Uzma : Darul at-taiba linnasyri wa at-tawzik.

Dr Basri bin Ibrahim : Khilafiah, bidaah dan maslahat umum
: darul nu’man 1997

Imam Sayuti : Asybah wan Nazair : al-maktabah at-
taufiqiyyah : tidak bertarikh.

Abd Wahab Khalaf : Ilmu Usul fiqh : maktabah ad-dakwah
al-islamiyyah syabab al-azhar : tidak bertarikh.

Dr Ali Ali Ghazi Tuffahah : Tahwil An-Nuqud : Darul al-
azhar littabaah : 2003

Dr Yusuf al-Qardawi : Fatawa Maasirah : Darul wafa’ : 1994

Dr Atiyyah Saqqar : Al-Fatawa : maktabah at-tawfiqiyyah ;
tanpa tarikh

Dr Abdul Halim Mahmood : fatawa al-Imam Abdul Halim
Mahmood : darul maarif; 2002

Islamonline.net (28/7/03)– Dr Yusuf Al-Qardawi.

Muhammad Nur Manuty : Islam dan Demokrasi dari
perspektif ideolog-odeolog gerakan islam semasa :
CERMASCS : tanpa tarikh.


One_G
abu_abdillah_azzam@yahoo.com
http://laptopdarulfiqh.blogspot.com

Tuesday, July 18, 2006

ADAKAH SALAFI TIDAK MENGHORMATI KHILAF?

ADAKAH SALAFI TIDAK MENGHORMATI KHILAF?

Jika di kembalikan kepada lima belas tahun kebelakang, kita tidak pernah mengenali apakah yang dinamakan sebagai salafi. Walaubagaimanapun, ada dari kalangan ulama-ulama pondok di pantai timur selalu berpesan supaya berhati-hati dengan kelompok salafi, atau diberi dengan nama yang lain dengan Wahabi atau Kaum Muda.

Perkembangan masa dan zaman amat memberangsangkan. Rakyat-rakyat Malaysia sudah mula menghantar anak-anak mereka belajar di luar negeri untuk mendalami ilmu-ilmu agama, samada di timur tengah, benua India dan sebagainya.

Ada dari kalangan mereka, lepasan dari Universiti Al-Azhar, Mesir, Jordan, Pakistan, India, Marocco dan sebagainya.

Setelah mereka tamat dari pengajian mereka di luar negeri, mereka telah membawa ilmu-ilmu bekalan mereka yang mereka terima dari guru-guru di sana.

Dari situlah, masyarakat Malaysia mula dihidangkan dengan nama seperti Salafi, wahabi dan kaum muda.

Persoalannya, apakah yang dikatakan wahabi, Salafi dan Kaum muda itu.

KAUM MUDA

Kaum muda adalah satu istilah yang selalu kedengaran dari pihak kelompok-kelompok yang belajar di Pondok-pondok, terutama pelajar pondok di Fatani. Perkataan ini adalah di timbulkan untuk diberi gelaran kepada mereka-mereka yang bermazhab Wahabi.

WAHABI

Wahabi pula adalah satu gerakan dakwah yang dipelopori oleh Muhammad bin Abdul Wahhab. Walaubagaimanapun, Muhammad bin Abdul Wahab bukanlah seorang yang membawa dan mengemukakan satu mazhab yang baru, bahkan beliau adalah seorang yang menyambung gerakan dakwah yang telah dilakukan oleh Imam Ahmad bin Hanbal dan Ibnu Thaimiyyah.[1]

Agenda yang dibawa oleh mereka adalah berusaha untuk mengikis segala amalan-amalan khurafat dan Bid’ah yang diamalkan oleh Masyarakat. Mereka juga berusaha mengajak manusia kepada pengamalan Al-Quran dan Al-Hadis dari segala sudut.

SALAFI

Salafi adalah satu firqah manusia yang beramal seperti dengan perjuangan Wahabi juga.


Di dalam Kamus Dewan bahasa, edisi ketiga, Salaf didefinisikan sebagai, “orang-orang yang terdahulu (orang Islam pada zaman Nabi SAW atau terkemudian sedikit daripadanya)”

Adapun Salafiyyah pula adalah orang yang termasuk dari kalangan salaf.[2]

Di dalam Al-Mukjam al-‘arabi al-asasi, Salafi didefinisikan sebagai, “golongan manusia yang mengembalikan hukum Syariat kepada Al-Quran dan As-Sunnah, dan mengabaikan pengambilan hukum Syariat yang lain dari kedua-duanya”[3]

Kelahiran kelompok salafi ini adalah rentetan dari pengamalan manusia ketika itu yang sudah ada berhujjah dalam perkara akidah dengan menggunakan aqal dan falsafah semata-mata, tanpa merujuk kepada Nas-nas Al-Quran dan Al-Hadis.

Bermula dari situlah, iaitu pada qurun ketujuh, lahirnya kelompok manusia yang mendakwa diri mereka sebagai salafi, iaitu kelompok manusia yang ingin mengembali pemahaman aqidah berteraskan kepada pemahaman Nas-nas yang sareh, tanpa dicampuri dengan pentakwilan pada ayat-ayat mutasyabihat.[4]

Dengan kehadiran golongan salafi ini, banyak pendedahan yang dilakukan oleh mereka dalam perkara yang berkaitan dengan aqidah dan perkara yang boleh membawa manusia kepada syirik, seperti kesilapan-kesilapan yang berlaku dalam perkara tawassul, ziarah kubur dan sebagainya.

Hakikatnya, Salafi adalah kelompok manusia yang ingin mengembalikan manusia kearah pemahaman dan pengamalan terhadap apa yang telah dilakukan oleh golongan-golongan yang terdahulu, iaitu dari zaman Rasulullah SAW, dan manusia yang hidup 300 tahun kemudiannya.

Ini disandarkan kepada sabda Rasulullah SAW;

خير أمتى قرنى ثم الذين يلونهم ثم الذين يلونهم

Maksudnya;
“sebaik-baik umatku adalah (orang yang hidup) di qurunku, kemudian selanjutnya dan kemudian selanjutnya”(riwayat Bukhari : 3377)[5]

KHILAFIYYAH

Khilafiyyah mengikut terjemahan melayunya adalah “perbezaan atau ketidak wujudan kesepakatan keatas sesuatu perkara”[6]

Menurut fuqaha’ Khilafiyyah adalah perbezaan pendapat, amalan, agama dan keyaqinan yang boleh membahagiakan manusia atau mencelakan mereka di dunia dan juga di Akhirat.

Khilafiyyah adalah sesuatu yang dilarang. Ini kerana, Islam menyuruh manusia berpegang teguh dengan tali Allah semuanya.

Firman Allah;

واعتصموا بحبل الله جميعا ولا تفرقوا

Maksudnya;
“Dan berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah, dan janganlah kamu berpecah belah” (al-Imran : 103)

Walaubagaimanapun, khilaf yang dilarang adalah khilaf yang membawa kepada perbalahan dan perpecahan.

Selalunya khilafiyyah akan dikaitkan dengan ijtihad, ini kerana, punca berlakunya khilaf adalah dikala berlakunya ijtihad dikalangan ulama.

Dr Yusuf Al-Qardhawi menyatakan, Ijtihad itu berlaku dengan sebab 3 perkara[7], iaitu seperti berikut;

a. Perkara yang tiada nas.
b. Perkara yang ada nas, tetapi mengandungi banyak tafsiran.
c. Perkara yang ada nas, tetapi mempunyai percanggahan dari segi pemahaman nas tersebut dengan nas-nas yang lain.

Pentafsiran daripada pelbagai ulama melahirkan pelbagai pendapat ulama. Hakikatnya, ini adalah sesuatu reality yang tidak boleh dinafikan lagi.

Memahami dari ini, khilaf di bahagikan kepada seperti berikut;

a. khilafiyyah yang berkaitan dengan aqidah
b. Khilafiyyah yang berkaitan dengan Syariah.

Khilafiyyah yang diizinkan di dalam perkara aqidah adalah aqidah yang berbentuk an-nazari. Ini kerana, didalam perbahasan Aqidah, ianya terbahagi kepada dua, iaitu Aqidah yang berbentuk Dharuri dan Aqidah yang berbentuk Nazari.

Aqidah yang berbentuk Dharuri adalah perkara aqidah yang boleh difahami tanpa perlu kepada perbahasan panjang, seperti ketentuan keesaan Allah, kehadiran Nabi Muhammad sebagai Nabi Akhir zaman dan sebagainya.

Adapun Aqidah yang berbentuk Nazari adalah perkara aqidah yang tidak difahami tanpa kajian yang mendalam, seperti penentuan ayah dan ibu Rasulullah SAW sebagai ahli syurga atau neraka, Nabi Khaidir adalah seorang nabi atau tidak dan sebagainya.

Khilaf yang diizinkan didalam perkara aqidah adalah khilaf dalam perkara aqidah yang berbentuk nazari. Adapun aqidah yang berbentuk Dharuri, dilarang berlaku khilaf padanya. Sekiranya berlaku juga, maka itu menjadikan orang yang mengkhilafi itu sebagai kufur.

Perkara Syariah juga boleh berlaku khilaf. Kebanyakan khilafiyyah berlaku di dalam perkara Syariah, melainkan perkara syariah tersebut telah diijmakkan oleh ulama dan perkara yang diketahui di dalam agama secara mesti (ما علم من الدين بالضرورة). Penentuan empat rakaat bagi solat zohor, asar dan isyak adalah sesuatu yang telah diijmakkan oleh ulama, maka dengan itu tidak diizinkan berlaku khilaf padanya.

Adapun persoalan-persoalan berkenaan sunnah atau tidak memakai serban adalah sesuatu yang dikhilafi dikalangan ulama, dan seharusnya kita bertoleransi dalam perkara ini.

BERLAKUKAH KHILAF DI ZAMAN RASULULLAH SAW DAN SAHABAT?

Akhir-akhir ini, ada dari kalangan manusia yang mendakwa mereka sebagai kelompok salafi, tetapi dalam masa yang sama, mereka seakan-akan menafikan khilaf yang berlaku.

Memahami salafi adalah manusia yang mengikut manhaj Rasulullah dan golongan 300 tahun selepasnya, maka seharusnya kita melihat dari sudut sunnah dan athar, adakah mereka menghalangi dari berlaku khilaf atau tidak.

BUKTI-BUKTI BERLAKUNYA KHILAFIYYAH

1. hadis riwayat bukhari dan Muslim;

Nabi SAW bersabda di dalam peperangan Ahzab;

لا يصلين أحد العصر الا فى بنى قريظة

Maksudnya;
“Jangan ada dari antara kamu yang solat Asar melainkan di kampung Bani Quraizah”.

Sebahagian dari sahabat Rasulullah SAW telah mendapati waktu asar ketika mereka dalam perjalanan. Sebahagian daripada mereka berkata;

“Kami tidak akan mengerjakan solat Asar melainkan setelah kami sampai di kampung Bani Quraizah”.

Yang lain pula berkata;

“kami akan mengerjakan solat Asar dan tidak ada salahnya berbuat demikian”.

Perkara ini telah sampai ke pengetahuan Rasulullah SAW, bagaimanapun Baginda SAW tidak mencela sesiapapun diantara mereka.

Melihat kepada zahir peristiwa ini, khilafiyyah telah berlaku di zaman Rasulullah SAW dan Rasulullah SAW tidak pernah memarahi akan perbuatan Sahabat-sahabat tersebut.

2. Hadis riwayat Abu Daud dan Al-Hakim daripada Amru bin al-‘As RA, berkata;

“aku telah bermimpi pada malam yang sangat sejuk dalam peperangan Zat Al-Salasil. Aku khuatir andaikata aku mandi, sudah pasti aku akan binasa, lalu aku bertayammum, kemudian aku menunaikan solat subuh bersama sahabat-sahabatku. Hal ini telah sampai ke pengetahuan Nabi SAW, lalu Baginda SAW bertanya: “Ya Amru, anda bersolat dengan sahabat-sahabat anda sedang anda dalam keadaan berjunub, lantas aku bacakan kepada Rasulullah SAW akan firman Allah;

ولا تقتلوا أنفسكم إن الله كان بكم رحيما

Maksudnya;
“dan janganlah kamu membunuh dirimu, sesungguhnya Allah adalah maha pengampun kepadamu” (surah An-Nisa’ : 29)

Setelah mendengar keterangan Amru bin Al-‘As, Rasulullah SAW tertawa dan tidak mengucapkan sesuatu.

Dari kisah ini juga, difahami bagaimana berlakunya khilaf diantara Rasulullah SAW dan Amru Bin Al-‘As tanpa dilarang oleh Rasulullah SAW.[8]

3. Daripada Amru bin Al-‘As, sesungguhnya beliau mendengar dari Rasulullah SAW bersabda;

اذا حكم الحاكم فاجتهد ثم أصاب فله أجران وان حكم فاجتهد ثم أخطاء فله أجر

Maksudnya;
“Apabila seseorang hakim berhukum lalu berijtihad, kemudian benar (ijtihadnya), maka baginya dua pahala. Dan sekiranya dia berhukum, lalu ia berijtihad, kemudian salah (ijtihadnya), maka baginya satu pahala”[9]

Dari Hadis ini, Rasulullah SAW menerangkan kepada kita kebenaran berijtihad. Rasulullah SAW menggambarkan pahala kepada orang yang betul dan salah dalam fatwanya. Ini menunjukan kepada kita bahawa, Rasulullah SAW membenarkan berlakunya khilafiyyah.

KESIMPULAN

Melihat kepada perbahasan ini, jelaslah kepada kita, bahawa golongan salafi adalah golongan yang berpegang kuat kepada Al-Quran dan Al-Hadis, disamping mereka menghormati perkara-perkara khilafiyyah.

Sekiranya ada dari kalangan mereka yang tidak mahu menerima khilafiyyah dikalangan ulama, sememangnya itu bukanlah manhaj salaf yang sepatutnya mereka fahami.


Wallahu ‘Alam.

One_G

abu_abdillah_azzam@yahoo.com

http://laptopdarulfiqh.blogspot.com


[1] Lahirnya beberapa firqah di kalangan Umat Islam (Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang) : m/s 28
[2] Kamus dewan Bahasa, Edisi ketiga : m/s 1172.
[3] Al-Mukjam Al-Arabi al-asasi : m/s 636.
[4] Lahirnya beberapa firqah di kalangan Umat Islam (Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang) : m/s 27.
[5] صحيح البخارى : المناقب : فضائل أصحاب النبى – ص -
[6] Khilafiyyah, Bid’ah dan Maslahah Umum (Dr Basri Ibrahim) : m/s 5.
[7] Fatawa Ma’asirah (Dr Yusuf Al-Qaradhawi) : (2/649)
[8] Khilafiyyah, Bid’ah dan Maslahah umum (Dr Basri Ibrahim) : m/s 13-14.
[9] صحيح البخارى : 6805 : الاعتصام بالكتاب و السنة : أجر الحاكم اذا اجتهد فأصاب و أخطاء

BOLEHKAH ORANG ISLAM MEWARISI PUSAKA WARISNYA YANG KAFIR?

BOLEHKAH ORANG ISLAM MEWARISI PUSAKA WARISNYA YANG KAFIR?

SOALAN

Seorang yang baru masuk Islam, lalu ibunya yang tidak Islam menimpa kematian. Adakah dia boleh mempusakai harta-harta ibunya yang bukan islam itu?

JAWAPAN

Antara “mawani’” atau penegah-penegah untuk mempusakai harta peninggalan itu adalah seperti berikut;

a. Bunuh
b. Berbeza agama
c. hamba
d. Murtad
e. Berbeza negara.[1]

Persoalan yang dikemukakan berkaitan dengan “berbeza agama”, maka perbahasan kami akan tertumpu kepada persoalan tersebut.

Berbeza agama antara perkara yang tertegah dari mewarisi harta pusaka.

Dalil-dalilnya adalah seperti berikut;

a. Hadis riwayat Osama, sabda Rasulullah SAW;

لا يرث المسلم الكافر ولا الكافر المسلم

Maksudnya;
“tidak akan mewarisi oleh orang Islam akan (harta) orang kafir, dan tidak mewarisi oleh orang kafir akan (harta) orang islam” (hadis riwayat Al-Jamaah)[2]

b. ketika Abu Talib mati, beliau meninggalkan 4 orang anak, dua dari mereka adalah Islam, iaitu Ali dan Ja’far dan dua dari mereka yang lain pula adalah kafir, iaitu ‘Aqil dan Talib. Maka Baginda SAW mewarisikan hartanya (Abu Talib) kepada ‘Aqil dan Talib, tanpa mewarisikan harta itu kepada Ali dan Ja’far. Lalu bersabda;

لا يرث المسلم الكافر

Maksudnya;
“tidak mewarisi oleh orang Islam akan orang kafir”[3]

Dari kedua-dua hadis ini, Jumhur Ulama berpendapat bahawa, tidak boleh seseorang yang tidak Islam mewarisi akan harta orang islam, dan begitujuga, tidak boleh mewarisi oleh orang Islam akan harta orang yang tidak Islam.[4]

Walaupun begitu, ada dari kalangan sahabat dan Tabiin, seperti Muaz bin Jabal, Mua’wiyyah bin Abi Sufyan, sa’id bin Al-Musayyib, Muhammad bin ‘Ali bin Al-Hussin, Abu Ad-Darda’, Masruq, Asy-Sya’bi, Az-Zuhri, an-Nakha’I dan Hassan Al-basri berpendapat bahawa ahli waris yang beragama Islam boleh mewarisi harta peninggalan dari warisnya yang kafir, tetapi ahli waris yang kafir tidak boleh mewarisi harta peninggalan warisnya yang islam.[5]

Mereka berdalilkan dengan sabda Rasulullah SAW;

الاسلام يعلوا ولا يعلى عليه

Maksudnya;
“Islam adalah (agama) yang tinggi dan tiada yang lebih tinggi darinya (Islam)”[6]

Walaubagaimanapun, pendapat Jumhur Ulama adalah pendapat yang paling kuat berdasarkan kepada dalil-dalil mereka.

Adapun pendapat yang kedua, iaitu pendapat yang mengatakan orang Islam boleh mewarisi harta warisnya yang kafir, tetapi orang kafir tidak boleh mewarisi harta warisnya yang Islam, adalah pendapat yang lemah. Ini kerana, hadis yang dikemukakan untuk menjadi hujjah adalah hujjah yang lemah. Maksud sebenar hadis tersebut adalah menggambarkan kelebihan Islam berbanding dengan agama-agama yang lain, dan tidak ada sangkut paut langsung dengan perkara yang berkaitan dengan wasiat atau pusaka.

Wallahu ‘Alam.

One_G
abu_abdillah_azzam@yahoo.com
http://laptopdarulfiqh.blogspot.com





[1] Mukhtasar Ahkam al-mirath (Dr Ismail Muhammad ‘Ali Abdul Rahman) : m/s 20. ahkam al-mawarith fi al-islam (Mahmood Imam) : m/s 59-61.
[2] Al-Umm (imam As-Syafii) : (4/75) dan Ahkam Al-Mawarith fi Al-Islam (mahmood Imam) : 61.
[3] Ahkam Al-Mawarith fi al-islam (Mahmood Imam) : m/s 61.
[4] Mukhtasar Ahkam Al-Mawarit (Dr Ismail Muhammad ‘Ali Abdur Rahman) : m/s 24.
[5] Undang-undang pusaka dalam Islam : satu kajian perbandingan (Abdul Rashid bin Abdul latif) : m/s 93.
[6] Al-Umm (imam As-Syafii) ; (4/77)

SALAHKAH PAS MEMAAFKAN DR MAHADHIR MUHAMMAD ? : SEKADAR PANDANGAN INDIVIDU

SALAHKAH PAS MEMAAFKAN DR MAHADHIR MUHAMMAD ? : SEKADAR PANDANGAN INDIVIDU

Politik Malaysia bergolak lagi dengan ‘putus asa’ yang di luahkan oleh seorang bekas Perdana Menteri Malaysia yang telah memerintah Malaysia selama 22 tahun.

Mahadhir Muhammad adalah nama yang tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia dan juga masyarakat dunia. Beliau sangat di kenali, disebabkan dengan “kecerdikkan” dalam menghadapi beberapa isu, samada isu dalaman atau isu luaran.

Isu menyelesaikan ekonomi Malaysia dengan menganjurkan penggunaan dinar telah menjadi bahan perdebatan hebat dari pihak barat dan pakar-pakar ekonomi dunia.

Walaubagaimanapun, kecerdikkan Mahadhir itu kadangkala memberi kesan yang bahaya kepada aqidah umat Islam, seperti beliau tidak berpuas hati dengan perjuangan PAS yang mahu mendaulatkan Islam di Negara dengan beliau memperlekehkan PAS dan Islam.

Kita mengetahui perkataan “nabi berjanggut sebab tiada pisau cukur” adalah perkataan yang terbit dari mulut beliau.

Ini menunjukan bahawa, Mahadhir Muhammad adalah seorang pemimpin yang bijak dan berani, tetapi kebijakasanaannya itu, kadangkala menyebabkan beliau menjadi murtad dan terkeluar dari Islam.

SETELAH LETAK JAWATAN

Selama 22 tahun, Mahadhir Muhammad ditabalkan sebagai Perdana Menteri Malaysia. Di dalam kepimpinan beliau, banyak kejahatan dan kebaikan yang di lakukan oleh beliau.

Pemecatan Tun Salleh Abbas dari menjadi ketua Hakim negara, mencabut kuasa raja-raja melayu, menghina sunnah Rasulullah SAW, dan berbagai-bagai lagi di lakukan oleh beliau.

Walaubagaimanapun, 2003 adalah tahun yang bersejarah, ini kerana, beliau telah meletakan jawatan beliau sebagai Perdana menteri Malaysia dan digantikan dengan seorang pujangga badawi yang berkhayal dengan agenda Islam Hadharinya, iaitu Abdullah Ahmad Badawi atau dikenali dengan Pak Lah Badawi.

Penggantian kepada Pak Lah itu bukanlah penggantian yang mutlak, tetapi penggantian tersebut adalah penggantian yang muqayyad, iaitu penggantian yang diikat dengan beberapa syarat.

Bermula dari isu pembatalan pembinaan jambatan bengkok, yang diarahkan oleh Perdana Menteri, iaitu Abdullah Ahmad Badawi, amatlah memeranjatkan diri Mahadhir.

Pembatalan tersebut menyebabkan beliau mula mengkritik Perdana Menteri sedia ada dengan mengemukakan beberapa pendedahan kejahatan yang dilakukan oleh Pak Lah Badawi.

Menjual pasir kepada kerajaan Singapore sebanyak 1 bilion meter padu, memberi ruang udara kepada Singapore bagi melakukan latihan ketenteraan, penyelewengan AP dan sebagainya, adalah antara pendedahan Mahadhir kepada rakyat Malaysia.

Melihat segala pendedahan tersebut, seakan-akan beliau sudah berputus asa dengan kepimpinan yang ada sekarang, sehinggakan beliau sendiri menyatakan bahawa Kabinet Malaysia yang wujud kini adalah cabinet yang tiada kualiti.

Kenyataan itu menyebabkan ramai para menteri tidak berpuas hati dengan tindakan Mahadhir itu, sehinggakan seorang Menteri telah melenting dan mencabar Dr Mahadhir supaya keluar dari UMNO.

Rentetan dari itu, Dr Mahadhir telah menerima jemputan dari pihak NGO-NGO dan Malaysia-Today.com bagi menghadiri dialog bersamanya bagi menceritakan beberapa kelemahan dan punca sebab beliau mengkritik Perdana Menteri dengan pedas sekali itu.

PIMPINAN PAS PUN HADIR SAMA.

Sidang majlis dialog tersebut dianjurkan oleh NGO-NGO dan Malaysia-today.com, bukannya anjuran PAS atau mana-mana parti di Malaysia ini.

Melihat peluang keemasan pertemuan dengan bekas Perdana Menteri, dan bagi mengetahui isu-isu menarik yang diperkatakan, maka ramai juga dari pemimpin-pemimpin parti politik hadir, termasuklah dari PAS.

Delegasi PAS yang dikepalai oleh Ustaz Nasaruddin Mat Isa, bagi mendengar pendedahan tersebut telah menjadi tanda tanya dikalangan pejuang –pejuang islam. Ada dari mereka yang bersetuju dan ada juga dari mereka tidak bersetuju.

Semasa Muktamar Pemuda berlangsung baru-baru ini, Salahuddin Ayubi, ketua pemuda PAS Pusat sudah mengeluarkan kenyataan bagi menjemput Dr Mahadhir untuk menjadi ketua pembangkang. Rupa-rupanya, dengan jemputan tersebut menimbulkan ketidak puas hati dari kalangan sesetengah pejuang-pejuang pemuda Islam, sehinggakan seorang pemuda dari Baling, merupakan salah seorang anak-anak syahid Memali sendiri telah bangkit dan membangkang dengan sekeras-kerasnya atas tindakan Salahuddin Ayubi tersebut.

Walaupunbegitulah kejadiannya, Salahuddin berjaya menjawab kritikan tersebut dengan rasional dan bijak.

APAKAH SYARIAT MEMANDANG DOSA DENGAN KEHADIRAN PEMIMPIN-PEMIMPIN PAS ITU?

Sebagai pejuang Islam, selayaknya perbahasan ini dilihat dari sudut Islam itu sendiri.

Islam adalah agama yang mengajar manusia berlaku baik sesaa manusia. Bahkan Islam menggalakan berbaik-baik dengan manusia itu, samada kepada muslim atau non muslim.

Firman Allah;

لا ينهاكم الله عن الذين لم يقاتلوكم في الدين ولم يخرجوكم من دياركم أن تبروهم وتقسطوا إليهم إن الله يحب المقسطين

Maksudnya;
“Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu karena agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil.” (surah al-mumtahinah : 8)

Ayat ini, Allah menjelaskan kepada kita bahawa, berbaik-baik dengan non muslim yang tidak ada usaha untuk menghancurkan Islam dan menyerang muslim adalah sesuatu yang tidak dilarang.

Islam juga menggalakkan kepada umatnya supaya berakhlak mulia, samada dengan Muslim atau dengan non muslim.

Ini berdasarkan kepada wasiat Rasulullah SAW kepada Abu Zar dengan sabdaNya;

اتق الله حيثما كنت , و اتبع السيئات الحسنة تمحها , وخالق الناس بخلق حسن

Maksudnya;
“Bertaqwalah kamu kepada Allah, dimana sahaja kamu berada. Ikutilah kejahatan dengan kebajikan yang boleh menghapuskannya (akan kejahatan). Berakhlaklah dengan manusia dengan akhlak yang baik” (hadis riwayat At-Tarmizi dan Ahmad : 1988 ; berkata imam At-tarmizi, hadis ini adalah hasan)[1]

Dalam hadis ini, Baginda SAW menggunakan perkataan خالق الناس yang bermaksud “berakhlaklah dengan manusia”, bukan menggunakan perkataan “خالق المسلمين” yang bermaksud “berakhlaklah dengan orang islam”.

Dari pemahaman ini, berakhlak baik itu tidaklah dikhususkan kepada orang muslim sahaja, bahkan suruhan berakhlak itu hendaklah diberikan juga kepada orang-orang non muslim juga.

Jika dilihat dari firman dan hadis nabi yang tersebut diatas, Islam mengambarkan suruhan dan kebenaran untuk melakukan kebaikan kepada non muslim, maka lebih-lebih lagilah melakukan kebaikan kepada Dr Mahadhir Muhammad, Walaupun beliau merupakan seorang “Maha Firaun” yang digelar sebagai “Maha Zalim”.

LAYAKKAH PAS MEMAAFINYA?

Tidak dinafikan, Mahadhir Muhammad telah banyak melakukan kezaliman kepada rakyat Malaysia, terutama kepada pendokong dan penyokong-penyokong PAS.

Kita mengetahui tentang serangan berdarah terhadap Ustaz ibrahim Libya yang merupakan konplot yang dilakukan Dr Mahadhir ketika beliau menjadi Perdana Menteri.

Kita mengetahui juga penghinaan beliau kepada Sunnah Rasulullah SAW, hukum Hudud, undang-undang islam dan Islam itu sendiri.

Kontroversil Kes Tun Salleh Abbas yang berakhiri dengan pemecatan Tun Salleh Abbas sebagai Ketua Hakim Negara, hasil dari tangan kotor Dr Mahadhir[2] masih terbayang-bayang dipemikiran Umat Islam Malaysia.

Pemecatan Dato’ Ishaq Baharum dari menjadi Mufti Selangor pada Oktober 1997, ekoran tindakan Dato’ Mufti menangkap tiga orang gadis melayu masuk pertandingan Ratu Cantik[3], antara konplot yang diusahakan oleh Dr Mahadhir juga masih didalam jiwa sanubari Umat Islam Malaysia kini.

Melihat kepada kenyataan dan tindakan jahat Mahadhir itu, penilaian yang di buat bahawa dosa Mahadhir tidak dapat di maafkan.

Walaubagaimanapun, Islam adalah sesuatu agama yang bertuhankan Allah yang maha pengampun lagi penyayang.

Jika diperhatikan kepada kisah-kisah para sahabat yang ketika mereka berada dalam golongan jahiliyyah, kezaliman dan kejahatan mereka amat besar jika dibandingkan dengan kajahatan yang dilakukan oleh Mahadhir.

ABU SUFYAN

Abu Sufyan bin al-harith adalah sepupu Rasulullah SAW. Beliau adalah anak kepada Al-harith, merupakan anak sulung kepada Abdul Muttalib, iaitu abang kepada Abdullah bin Abdul Muttalib, bapa Nabi SAW[4].

Kejahatan yang dilakukan oleh Abu Sufyan terhadap islam adalah kejahatan yang sememangnya tidak terfikir dilakukan oleh umat Islam kini.

Berusaha membunuh Nabi, menyeksa para sahabat yang masuk Islam, mengepalai peperangan dalam melawan islam adalah antara kejahatan yang dilakukan oleh Abu Sufyan.

Walaupun kejahatan yang dilakukan oleh Abu Sufyan itu, pada pandangan kasarnya tidak layak dimaafi, tetapi disebabkan dengan sifat kemaafan Islam, Islam telah memberi kemaafannya kepada Abu Sufyan.

KHALID BIN AL-WALID

Khalid bin al-walid, bukanlah seorang lelaki yang asing dimasa jahiliyyah dalam melawan Islam.

Kekuatan tentera qurasy di dalam peperangan Uhud adalah berpunca dari kebijaksanaan beliau dalam mengepalai tentera.

Cahaya keimanan telah menusuk masuk kedalam hati Khalid bin Al-Walid ketika beliau melihat kepada umat Islam yang memandang kepentingan solat, walaupun masih di dalam medan peperangan.[5]

Dikala Islam sudah menjadi kuat dibawah pemerintahan Rasulullah SAW, Khalid bin Al-Walid telah berfikir untuk memeluk ajaran Islam dan lari ke Habsyah untuk mendapat perlindungan disana, kerana Raja Habsyah ketika itu sudah memeluk Islam. Atau memeluk agama Yahudi atau Nasrani dan berlindung dibawah kerajaan Rom, tiba-tiba sepucuk surat telah hadir dari saudaranya yang bernama Al-Walid bin Al-Walid menyatakan jemputan Rasulullah SAW terhadap Khalid bin Al-Walid untuk memeluk Islam.[6]

Jemputan tersebut menyebabkan beliau telah memeluk Islam dan menjadi seorang muslim, sahabat, pejuang, mujahid Islam yang sejati sehinggakan kisahnya terpancul di setiap lidah-lidah mujahidin abad ini.

AMRU BIN AL-AS

‘Amru bin Al-‘As adalah antara sahabat yang semasa zaman kekufurannya, adalah orang yang sangat-sangat bermusuh dengan Islam, Rasulullah SAW dan Umat Islam.

Al-Waqidi menceritakan bahawa ‘Amru bin Al-‘As pernah menegaskan bahawa beliau tidak akan masuk Islam, walaupun semua quraish masuk Islam.[7]

Beliaulah adalah orang yang berjumpa dengan raja Habsyah dikala Umat Islam diarah berhijrah ke Habsyah, supaya Raja habsyah tidak menerima permohonan sahabat-sahabat Rasulullah berlindung di negara Habsyah.

Akhirnya, ‘Amru bin Al-‘As memeluk Islam didepan Rasulullah SAW bersama-sama dengan Khalid bin Al-Walid, dan Rasulullah Saw menerima keislaman mereka dengan mengatakan satu hadis yang masyhur, iaitu sabda Rasulullah SAW;

خياركم فى الجاهلية خياركم فى الاسلام اذا فقهوا

Maksudnya;
“orang-orang pilihan di zaman jahiliyyah (menjadi) orang-orang pilihan juga di zaman islam, kalau mereka memahaminya”[8]

MAHADHIR YANG DIMAAFI?

Membaca kisah-kisah sahabat-sahabat Rasulullah SAW di atas, selayaknya Mahadhir dimaafi sekiranya beliau meminta maaf secara terbuka kepada PAS dan bertaubat dari kejahatan-kejahatan yang dilakukan oleh beliau terdahulu.

Sekiranya beliau ingin bertaubat, hendaklah beliau menunaikan syarat-syarat taubat seperti berikut;

a. Menyesal atas kejahatan yang telah dilakukan.
b. Berazam tidak akan mengulangi lagi kejahatan terdahulu.
c. Menghantar balik segala kezaliman yang telah dilakukan atau meminta maaf balik kepada manusia yang dizaliminya.[9]

RELEVENKAH BELIAU DIMAAFI DAN DIKUNJUNGI DALAM SIDANG DIALOG?

Perbahasan ini bukanlah untuk mempertikaikan perkara yang telah diputuskan oleh mesyuarat PAS Pusat, tetapi perbahasan ini akan menukilkan penilaian dari sudut pemikiran penulis yang lemah ini.

Pada pandangan penulis, kehadiran pemimpinan PAS itu adalah sesuatu ijtihad berani. Sekiranya tepat tindakan itu, maka bagi PAS dua pahala, sekiranya salah, maka PAS mendapat satu pahala sahaja.

Sabda Rasulullah SAW;

اذا اجتهد الحاكم فأصاب فله أجران و ان أخطاء فله أجر واحد

Maksudnya;
“apabila seseorang hakim berijtihad, lalu betul ijtihadnya, maka baginya dua pahala. Sekiranya salah ijtihadnya, maka baginya satu pahala sahaja”

Individu penulis ada berbual dengan beberapa orang sahabat dari PAS juga, ada dari kalangan mereka bersetuju dengan kehadiran pemimpin PAS di dalam majlis dialog tersebut dan ada juga dari mereka yang membantah akan kehadiran tersebut.

Ada yang berpendapat, kehadiran Mahadhir dalam mendedahkan skandal politik Malaysia adalah perangkap UMNO kepada pembangkang bagi menghadapi pilihanraya akan datang.

Walaubagaimanapun, kebijaksanaan ijtihad politik adalah sesuatu yang perlu difikirkan bersama.

Membaca kisah Abu Sufyan yang telah memeluk Islam. Kita akan dapati bahawa, antara tindakan Rasulullah SAW menarik minat Abu Sufyan kepada Islam adalah Rasulullah SAW telah menyatakan kesejahteraan quraisy yang masuk kedalam rumah Abu Sufyan.[10]

Berdasarkan kepada kisah Abu Sufyan dan memikirkannya secara rasional, tindakan pemimpin-pemimpin PAS tersebut adalah sesuatu yang releven dan menandakan kematangan dalam berpolitik.

KESIMPULAN

Firman Allah;

وشاورهم في الأمر فإذا عزمت فتوكل على الله

Maksudnya;
“bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah.” (surah Al-‘Imran : 159)

Kehadiran pemimpin-pemimpin PAS itu adalah hasil dari keputusan mesyurat PAS Pusat, maka tidak selayaknya kita membantah dan mengherdik tindakan pemimpin-pemimpin PAS tersebut.

Sesungguhnya pandangan ramai itu lebih baik dari pandangan sedikit.


Wallahu ‘Alam

One_G
abu_abdillah_azzam@yahoo.com
http://laptopdarulfiqh.blogspot.com




[1] Fatawa ma’asarah (Dr Yusuf Al-Qardhawi) : (3/671)
[2] Kontroversil Kes Tun Salleh (M. Hanafiah A. Samad) : dari m/s 167 – 220.
[3] Menganggah fatwa-fatwa Mahadhir (Ahmad Lutfi Othman) : m/s 96.
[4] Al-bidayah Wa an-nihayah (Imam Ibnu Kathir) : (4/303)
[5] Fiqh Harakah (Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang) : (2/248)
[6] Fiqh harakah (Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang) : (2/249)
[7] Fiqh Harakah (Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang) : (2/251)
[8] Fiqh Harakah (Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang) : (2/253)
[9] Tanwir al-qulub fi Mu’amalah Al-Allam al-ghuyyub (Syaikh Amin Al-Kurdi al-Irbilu ibni As-Syaikh Fathullah Az-zadah) : m/s 411
[10] Sirah dan riwayat hidup Muhammad SAW (Abu Mazaya Al-Hafiz) : m/s 834.