Monday, July 10, 2006

ASAS IJTIHAD DALAM POLITIK ISLAM

ASAS IJTIHAD DALAM POLITIK ISLAM

Sesuatu yang mesti disempurnakan dalam pengajian politik Islam adalah kemantapan asas mengikut manhaj/korikulum yang ilmiyyah dan sejahtera. Ianya berdiri atas dua asas.

Asas Pertama :

Kembali kepada usul dan kepada pengambilan hukum yang sejahtera, beserta memerhatikan kepada semua fiqh Islami yang turath, samada bermazhab atau tidak bermazhab iaitu fiqh sahabat, tabiin dan guru-guru mereka.

Asas Kedua :

Menyelami reality moden, mengubatinya mengikut kaca mata syariat.

SYARIAT DAN KEADAAN SEMASA

Perkara yang perlu diketahui, Syariat tidak pernah mengabaikan keadaan, bahkan Syariat bertugas sebagai mengubati penyakit keadaan.

Ibnu Qayyim menyatakan, seorang yang sebenar-benar faqih adalah orang yang mampu menghubungkan antara kewajipan dan reality.

Hal ini berdasarkan kepada perkataan Ulama;

أن الفتوى تتغير بتغير الزمان والمكان والحال.
Maksudnya;
“sesungguhnya fatwa akan berubah dengan perubahan masa, tempat dan keadaan”

Bukanlah kita membincangkan perkara ini, bermaksud kita menukarkan syariat supaya mengikuti kehendak keadaan. Tetapi perbincangan kita adalah untuk memahami nas-nas juziyyah(tidak menyeluruh) dalam skop maqasid yang berbentuk kulliyyah (menyeluruh)

Begitujuga, kita ingin membezakan antara hukum yang berbentuk ‘bersentiasa’ dan hukum yang berbentuk ‘berwaktu’. Juga dapat membezakan antara perkataan dan perbuatan Nabi yang bersesuaian dengan sifatnya sebagai Imam, dari sudut politik Islam yang diselubungi masa, suasana dan bentuk sesuatu kaum.

Begitujuga, kita ingin memahami maqasid yang terkandung dalam perkataan dan perbuatan Sahabat dan Khulafa ar-rasyidin, supaya kita dapat membezakan antara hukum yang tetap dengan keadaan politik yang berubah.

Sesungguhnya, inilah fiqh yang matang. Ianya dapat menjadikan syariat kita berkemampuan untuk menyempurnakan keperluan masyarakat moden, dan menjawab persoalan-persoalan yang pelik dan ganjil, yang mana berhajat kepada fiqh ‘mutawazin’ (fiqh penimbangan), yang tidak melangkah usul, tidak melalaikan logika dan manqul yang saheh.

Wallahu a’lam.

One_G
Abu_abdillah_azzam@yahoo.com
http://laptopdarulfiqh.blogspot.com

No comments: