Wednesday, July 12, 2006

APABILA TIMBALAN PERDANA MENTERI BERCAKAP TENTANG AL-QURAN

APABILA TIMBALAN PERDANA MENTERI BERCAKAP AL-QURAN!!!!!

11 julai 2006, Najib Tun Razak selaku Timbalan Perdana Menteri, sewaktu merasmikan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan ke-49 di sini Selasa, telah memperkatakan sesuatu berkenaan Islam.beliau memperkatakan tentang penafsiran semula Al-Quran berdasarkan kepada kefahaman yang moden, yang mana itu merupakan salah satu hala tuju Islam Hadhari.

Antara petikan kata-kata beliau adalah seperti berikut;

“Ilmuan Islam sejak kebelakangan ini seakan-akan hilang keyakinan dan keberanian untuk memberi tafsiran terhadap ajaran Al-Quran secara lebih mendalam dengan turut mengambil kira faktor-faktor kontemporari.”
AL-QURAN DAN TAFSIRANNYA

Al-Quran seperti yang diketahui ramai adalah kalamullah, merupakan antara mukjizat kenabian Rasulullah SAW.

Kehebatan Al-Quran banyak mematah-matahkan hujjah dari pihak-pihak musuh, sehinggakan pihak musuh terpaksa melakukan penipuan terhadap ajaran Al-Quran itu dengan mendakwa bahawa Al-Quran adalah bacaan-bacaan jampi yang boleh menyihir manusia.

hakikat ini jelas dengan kejadian yang telah berlaku kepada seorang yang dianggap pintar memujuk iaitu Abu Al-Walid ‘Utbah bin Rabi’ah.

Dia telah datang berjumpa dengan Nabi dan menawarkan beberapa kemewahan kepada Baginda SAW agar meninggalkan dakwah Islamiyyah.

Setelah selesai memperkatakan penawaran tersebut, Baginda SAW membacakan firman Allah yang bermaksud;

“Haa Miim. Diturunkan dari Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Kitab yang dijelaskan ayat-ayatnya, yakni bacaan dalam bahasa Arab, untuk kaum yang mengetahui. yang membawa berita gembira dan yang membawa peringatan, tetapi kebanyakan mereka berpaling, tidak mau mendengarkan.” (surah Fusshilat : 1-4)

Mendengar bacaan Baginda SAW itu, ketika itu juga, Abu Al-Walid merasa gementar dan menongkatkan tangannya kebelakang.

Setelah Abu Al-Walid berjumpa dengan kaumnya, lalu ditanyanya berkenaan tentang pertemuannya dengan Rasulullah SAW itu. Lalu dijawab oleh Abu Al-Walid;

“Wahai Kaum Quraish, Patuhilah aku, biarlah dia (Muhammad) dengan kerjanya, jangan mengganggunya lagi”.

Mendengar kata-kata Abu Al-Walid itu, kaum Qurash terus mengatakan bahawa Abu Al-Walid telah terkena bacaan jampi sihir dari Al-Quran. (lihat buku Fiqh Harakah : (1/125))

Kisah ini menandakan bahawa golongan kafir sentiasa bermusuh dengan Al-Quran dan mengadakan apa-apa jua tindakan, samada fitnah dan tuduhan agar manusia tidak beramal dengan Al-Quran.

Tuduhan dan fitnah dari Kuffar itu telah dicabar oleh Allah dengan firmannya yang bermaksud;

“Dan jika kamu (tetap) dalam keraguan tentang Al Quran yang Kami wahyukan kepada hamba Kami (Muhammad), buatlah[31] satu surat (saja) yang semisal Al Quran itu dan ajaklah penolong-penolongmu selain Allah, jika kamu orang-orang yang benar.” (surah al-Baqarah : 23)

Hakikatnya, setelah dicabar, mereka sememangnya tidak mampu untuk mendatangkan seperti Al-Quran, walaupun satu ayat sekalipun. Ini menunjukan betapa hebat mukjizat Al-Quran itu

TAFSIRAN AL-QURAN

Tafsiran Al-Quran adalah pemahaman ulama-ulama dalam menentukan maksud sebenar bagi Al-Quran. Kadangkala, tafsiran Al-Quran itu dijelaskan oleh hadis Rasulullah SAW dan kadangkala Islam memberi ruang kepada ulama-ulama yang berkeahlian dalam menentukan maksud bagi tafsiran ayat-ayat Al-Quran tersebut.

Tafsiran itu hendaklah dilakukan oleh orang yang berkeahlian dalam bidangnya. Keahlian tersebut mestilah dari ulama-ulama yang bergelar mujtahid.

Mujtahid adalah ulama yang berijtihad dan berkeahlian berijtihad. Mereka sahaja yang layak untuk mentafsirkan maksud kandungan firman Allah Taala itu.

Dr Basyir Jahisy, seorang ‘Alim dalam bidang Usul Fiqh dari Jazair, telah menulis dalam bukunya yang bertajuk “ Fi Al-Ijtihad At-Tanzili” menyatakan bahawa, Ijtihad terbahagi kepada dua, iaitu;

a. Al-Ijtihad al-fahmi
b. Al-Ijtihad at-Tanzili / at-tatbiqi.

Ijtihad Al-fahmi adalah ijtihad yang berusaha dalam memahami nas-nas Al-Quran atau Hadis. Adapun Ijtihad at-Tanzili bermaksud memahami maqasid di sebalik nas dan di sesuaikan kepada sesuatu keadaan yang berlaku kini.

USAH DIBINCANG IJTIHAD, TETAPI BINCANGKAN PERLAKSANAAN ISLAM.

Melihat kepada kenyataan TPM ini, amatlah melucukan, apabila beliau memperkatakan persoalan penafsiran semula Al-Quran, tetapi dalam masa yang sama, Malaysia sendiri tidak pernah menjadikan Al-Quran sebagai sumber perundangan yang utama.

TPM yang merupakan Timbalan Presiden UMNO, iaitu sebuah parti politik kebangsaan Melayu yang amat syirik itu, sudah pandai mempertikaikan kebiwaan ulama-ulama dalam mentafsirkan Al-Quran mengikut arus moden ini.

Sepatutnya, TPM kena keluar dahulu dari UMNO, baru layak beliau bercakap soal tafsiran terhadap Al-Quran.

Kalau beliau masih dalam perjuangan sesat UMNO itu, apakah yang dimaksudkan dengan penafsiran semula Al-Quran yang dimaksudkan oleh beliau?

Adakah maksud beliau adalah, supaya Al-Quran itu mestilah ditafsirkan berdasarkan kepada fahaman secular yang didokong beliau selama ini?

Inilah antara kesesatan yang telah dilakukan oleh TPM kepada rakyat Malaysia. Beliau bercakap Islam seakan-akan beliau seperti seorang ulama, tetapi hakikatnya, beliau bercakap Islam dengan tujuan untuk merosakan tanggapan umat Islam Malaysia terhadap Al-Quran itu sendiri.

Kalau golongan oreantalis mengkaji dan mendedahkan Al-Quran disamping memasukan unsur-unsur penyelewengan kepada manusia.

Dan kini, di Malaysia, rakyat Malaysia sudah mempunyai seorang pejuang Sekular yang mempunyai perjuangan yang sama dengan golongan oreantalis tersebut.


Wallahu ‘Alam.

One_G
Abu_abdillah_azzam@yahoo.com
http://laptopdarulfiqh.blogspot.com

1 comment:

Acik fosilmitra said...

Assalamu'alaikum wbt.

Laman web yg sesuai untuk menambah ilmu tentang islam..

Terima kasih saudara...

Acik fosilmitra.