Sunday, April 29, 2007

TIADA “SETINGGAN” DALAM ISLAM : UMNO/BN MENGIKUT JEJAK LANGKAH BRITISH

TIADA “SETINGGAN” DALAM ISLAM :
UMNO/BN MENGIKUT JEJAK LANGKAH BRITISH

Hari ini, iaitu 28 mei, aku bersama sahabat-sahabat seperjuangan telah menziarahi mangsa kezaliman UMNO/BN di Kg Berembang. Di sana, kami berbual panjang bersama mangsa kezaliman tersebut. mendengar penerangan mereka, difahami bahawa, mereka adalah penduduk peneroka terawal di Kampung tersebut, iaitu semenjak lebih 40 tahun yang lalu.

Tetapi, amat menyedihkan, permohonan mereka untuk mendapat geran pada 40 tahun yang lalu di perlewatkan oleh pihak kerajaan dengan pelbagai alasan, sehinggalah datang “barua-barua” kerajaan yang terdiri dari polis, FRU dan MPAJ untuk merobohkan rumah-rumah diatas tanah kepunyaan mereka yang mereka terokai semenjak lebih 40 tahun yang lalu itu.

Setelah di kaji selidik, didapati bahawa punca kelewatan yang mengakibatkan rumah-rumah penduduk Kg Berambang dirobohkan adalah disebabkan dengan sikap sebilangan Dato’-dato’ yang berpangkat didalam UMNO telah menukarkan nama-nama pemohon-pemohon geran kepada nama-nama mereka sendiri.

Setelah “cukup matang”nya pertukaran nama, Dato’-dato’ tersebut telah menjualkan tanah Kg Berambang itu kepada seorang Pemaju yang berbangsa melayu dan akhirnya Pemaju itu telah mendesak penduduk kampong peneroka agar keluar dari tanah mereka dengan mempergunakan kuasa “orang besar” untuk meroboh rumah-rumah penduduk Kg Berambang.

Ini merupakan kezaliman dari pemerintahan kufur Barisan Nasional yang dikepalai oleh UMNO. Pemerintahan yang bertopengkan kepada orang-orang yang beragama Islam, tetapi hakikatnya, pemerintahan itu tidak ada beza dengan pemerintahan yang berasakan kepada yahudi Laknatullah alaih.

RAKYAT KG BERAMBANG TINGGAL DI TANAH SETINGGAN?

Setelah dihambat keluar, penduduk yang merupakan peneroka tanah tersebut telah diburukkan oleh media sebagai golongan pemberontak, sedangkan mereka merupakan golongan peneroka terawal yang selayaknya berkuasa penuh terhadap tanah tersebut yang membolehkan mereka menjadikan tanah itu sebagai harta pusaka untuk ahli-ahli keluarga mereka yang mendatang.

Tetapi, apakan daya, system ekonomi dinegara ini berasaskan system ekonomi Kapitalis, berkiblatkan pemikiran sekularisma telah menguasai pemerintahan sehinggakan harta kepunyaan rakyat telah dijadikan sebagai “barang jualan” pihak kerajaan kepada pihak pemaju yang merupakan “golongan-golongan kaya” didalam Negara.

Tindakan sebegini telah diharamkan oleh Allah didalam firman-Nya;

كَيْ لَا يَكُونَ دُولَةً بَيْنَ الْأَغْنِيَاءِ مِنْكُمْ

Maksudnya;
“Supaya perbendaharaan Negara tidak berlegar dikalangan orang-orang kaya dikalangan kamu”

(Surah Al-Hasyr : 7)

ISLAM MENGHARAMKAN TANAH SETINGGAN

Setinggan atau didalam bahasa inggerisnya “squatter”, yang memberi maksud “orang yang menempati tanah kerajaan secara haram, penghuni haram[1]

Pengamalan system “setinggan” didalam undang-undang tanah di Malaysia pada hakikatnya diciplak dari pengamalan undang-undang tanah yang diamalkan di British.

Pihak British telah mengamalkan sistem setinggan ini bermula pada tahun 1898, yang pada asalnya diambil dari Australia.[2]

Setelah British masuk ke tanah melayu pada tahun 1786 sehingga 31 ogos 1957[3]. Ketika itu, mereka bukan sekadar menjajah kehidupan rakyat tanah melayu, bahkan mereka telah membawa masuk beberapa sistem pemerintahan penjajah ke tanah melayu. Antara sistem yang dibawa oleh mereka adalah sistem tanah dengan mewujudkan satu “istilah” yang “jelek” didengari, iaitu istilah “setinggan” untuk melahirkan pemandangan jijik kepada golongan peneroka-peneroka.

Jika meneliti sejarah pemerintahan islam di tanah melayu, didapati bahawa sistem penerokaan tanah ini telah diamalkan di melaka. Ini dibuktikan dengan satu buku tulisan professor ahmad ibrahim, iaitu buku yang bertajuk “al-ahkam : undang-undang harta dalam Islam”. Didalam buku tersebut, dinukilkan “risalah hukum kanun melaka” yang menyatakan hukum penerokaan tanah adalah seperti berikut;

“peri hukom orang menebas rimba yang tidak diperhumai orang, melainkan (menjadi) milik orang (yang menebas itu) sahaja, (dengan) dua janjinya (syaratnya),(pertama) bahawa yang menebas itu islam, (kedua) bumi itu jangan ada milik orang lain. Apabila ditebasnya, maka barang yang ada di dalamnya itu menjadi pendapatan yang menebaslah.[4]

Dari kenyataan sejarah ini, menjadikan kita tidak merasa pelik tentang kewujudan tanah-tanah pusaka yang dikuasai oleh orang-orang tua terdahulu.

Tetapi, dengan kedatangan British, mereka telah menjajah segala sistem pemerintahan islam ini sehinggakan mereka melahirkan istilah “setinggan” kepada peneroka-peneroka tanah sebagai usaha untuk menjadikan umat islam di Negara ini merempat di Negara mereka sendiri.

Tindakan dan usaha British ini tidak selesai sekadar keluarnya mereka dari tanah melayu, tetapi tindakan British itu telah disambung oleh “anak-anak didik” mereka yang bernama UMNO dan Barisan Nasional. Tindakan tersebut melihatkan kepada kita bukti jelas atas tindakan pihak kerajaan kufur Barisan Nasional yang di kepalai oleh UMNO untuk meruntuhkan rumah-ruman peneroka di Kg Berambang tanpa belas kasihan.

PANDANGAN ISLAM TERHADAP PENEROKAAN TANAH

Islam telah meletakkan hukum yang sangat jelas berkenaan dengan penerokaan tanah ini. Didalam perbincaraan fiqh, focus perbincangan berkenaan dengan penerokaan tanah dibawah tajuk “Ihya’ Al-Mawat”. Ianya sangat berkaitan rapat dalam perbincangan “al-hima” dan “Al-Iqta’”

Walaubagaimanapun, asas dalam perbicaraan penerokaan tanah ini adalah disandarkan kepada sabda Nabi SAW;

من أَعْمَرَ أَرْضًا لَيْسَتْ لِأَحَدٍ فَهُوَ أَحَقُّ

Maksudnya;
“barangsiapa yang memakmurkan (meneroka) tanah yang tidak dipunyai seorang pun, maka dia adalah orang yang paling berhak terhadap tanah tersebut[5]

Ulama sepakat menyatakan, setiap tanah yang tiada dimiliki oleh sesiapapun, lalu diterokai oleh seseorang, maka tanah tersebut menjadi miliknya[6].

Apabila tanah tersebut sudah menjadi miliknya, maka haram kepada mana-mana pihak, samada kerajaan atau sebagainya mengambil tanah tersebut. ini bersandarkan kepada sabda Nabi SAW;

من أحيا أرضا مواتا ليست لأحد فهي له ولاحق لعرق ظالم
Maksudnya;
“Barangsiapa menerokai tanah mati yang tiada kepunyaan sesiapapun, maka tanah itu menjadi miliknya. Dan tiada hak bagi titisan peluh (usaha) orang yang zalim (terhadap tanah tersebut)[7]

Daripada hadis ini, Imam As-Syafii menyatakan bahawa, pemilik tanah boleh memaksa pihak penceroboh mencabut balik segala bangunan yang dibina di atas tanahnya itu[8].

Maka dengan itu, sekiranya pihak pemaju atau sebagainya, membangunkan bangunan di atas tanah yang diterokai oleh seseorang, maka dia berkuasa memaksa pihak pemaju tersebut membinasakan bangunan yang dibina atas tanah teroka tersebut.

Sekiranya pihak kerajaan ingin mengambil tanah tersebut dengan tujuan kepentingan awam, seperti membina jalan raya dan sebagainya, maka itu diizinkan. Keizinan itu sekiranya ketidaan pilihan yang lain, selain tanah tersebut sahaja. Walaupun begitu, keizinan tersebut mewajibkan kepada pihak kerajaan memberi pampasan yang setimpal dengan harga tanah dan bangunan kepunyaan peneroka tersebut, bukan berbentuk “saguhati” seperti yang dilakukan oleh pihak kerajaan Barisan Nasional.

Adapun jika dilihat pada reality yang berlaku di Kg Berambang dan di mana-mana kawasan yang dianggap “setinggan”, tindakan merobohkan rumah-rumah rakyat disana bukanlah untuk kepentingan awam, tetapi tindakan tersebut adalah disebabkan tanah itu sudah di jual kepada pemaju-pemaju tertentu. Tindakan tersebut pada hakikatnya adalah berpunca dari sistem ekonomi kapitalis, yang lebih mementingkan syarikat-syarikat swasta berbanding rakyat didalam sesebuah Negara.

Firman Allah;


كَيْ لَا يَكُونَ دُولَةً بَيْنَ الْأَغْنِيَاءِ مِنْكُمْ

Maksudnya;
“Supaya perbendaharaan Negara tidak berlegar dikalangan orang-orang kaya dikalangan kamu”

(Surah Al-Hasyr : 7)

PAS SUDAH LAKSANAKAN IHYA’ AL-MAWAT DI TERENGGANU

PAS dengan kenyataannya didalam perlembagaan, bahawa mahu mendaulatkan Islam telah membuktikan tindakannya. Antara tindakan yang dilakukan oleh PAS adalah menghidupkan sistem ihya’ al-mawat di zaman pemerintahan Islam PAS di terengganu pada tahun 1999 hingga 2004 yang lalu.

Tindakan PAS tersebut membuktikan bahawa PAS bersungguh-sungguh dalam melaksanakan undang-undang Islam mengikut kadar kemampuan yang diberikan. Tetapi amat menyedihkan, semasa kekalahan PAS di Terengganu pada tahun 2004, pihak kerajaan taghut Barisan Nasional yang dikepalai UMNO telah merampas hak rakyat yang telah diberikan oleh PAS semasa pemerintahannya.

Maka dengan demikian, berlakunya peristiwa “runtuh rumah dan masjid” di kijal, Terengganu pada awal pemerintahan UMNO/BN di terengganu.

Semuanya ini adalah berpunca dari kezaliman dan kebencian pihak UMNO/BN terhadap sistem pemerintahan Islam yang hakikatnya mereka lebih jahat dari yahudi, ini kerana, yahudi meruntuhkan rumah-rumah umat Islam di Palestine, tetapi UMNO/BN meruntuh rumah rakyatnya sendiri.

PENUTUP

Amat menyedihkan, tindakan kerajaan BN pimpinan UMNO meruntuhkan rumah-rumah rakyat; kebanyakkannya adalah rumah-rumah rakyat yang beragama Islam dan berbangsa Melayu.

Jika diperhatikan, kehinaan demi kehinaan yang sedang menimpa, kebanyakkannya terhadap orang Islam. Semuanya ini berpunca dari sikap tidak mengambil Islam sebagai dasar kehidupan. Jika diambil pun, mengikut kadar yang bersesuaian dengan kehendak hawa nafsu sahaja.

Punca kehinaan ini telah dinyatakan oleh Allah didalam firman-nya;

أَفَتُؤْمِنُونَ بِبَعْضِ الْكِتَابِ وَتَكْفُرُونَ بِبَعْضٍ فَمَا جَزَاءُ مَنْ يَفْعَلُ ذَلِكَ مِنْكُمْ إِلَّا خِزْيٌ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا

Maksudnya;
“adakah patut kamu beriman dengan sebahagian kitab dan mengkufuri sebahagian yang lain. Tiada pembalasan terhadap mereka yang melakukan demikian melainkan kehinaan hidup di dunia”

(Surah Al-Baqarah : 85)

Maka dengan demikian, buka minda, buka hati, cermin diri. Cerminkan diri kita mengikut acuan Al-Quran dan As-Sunnah, mudah-mudahan kita akan menjadi bangsa yang dimuliakan oleh Allah SWT.

Sekian

Al-bakistani
http://laptopdarulfiqh.blogspot.com

e – mail : abu_abdillah_azzam@yahoo.com



[1] BESTA electronic Dictonary : carian “setinggan”.
[2] Seminar Peneroka Tanah di Worldwide pada 22 april 2007
[3] Sila lihat “Target PKSR Kajian tempatan” : m/s 98-99
[4] Maxwell, e.w 1884 “law and customs of the malays with references to the tenure of land. Dlm Isbras : Al-Ahkam jilid 3 – undang-undang harta dalam islam – oleh professor ahmad ibrahim, dewan bahasa dan pustaka (1991) – m/s : 62
[5] Sahih Al-Bukhari : 2/823. hadis no 2210.
[6] Al-Fiqh Al-Islami Wa Adillatuh : 5/551.
[7] Sunan An-Nasai Al-Kubra : 3/404. hadis no : 5760.
[8] Tuhfah Al-Ahwazi : 4/505.

Tuesday, April 24, 2007

KEWAJIPAN MENENTANG UMNO DAN BARISAN NASIONAL : PANDANGAN DARI “DUN IJOK”

KEWAJIPAN MENENTANG UMNO DAN BARISAN NASIONAL : PANDANGAN DARI “DUN IJOK”

Seharian berada di DUN Ijok (e-joke), sebuah DUN yang sedang hangat diperbincangkan di semua peringkat, bermula dari peringkat kampung, nasional sehinggakan antarabangsa.

Di mulut pemimpin-pemimpin UMNO dan Barisan Nasional pula, Ijok di promosikan sebagai sebuah DUN yang akan maju dengan pembangunan, disamping mempertikaikan kemampuan Parti Keadilan dan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (Calon Keadilan) untuk membangunkan DUN tersebut.

Peranan UMNO dan sekutu-sekutunya dibawan naungan Barisan Nasional, dapat diperhatikan kesungguhan mereka dengan mengerah segala jentera-jentera kerajaan untuk memenangkan calon BN tersebut.

Semasa di Dun tersebut, Aku sendiri dapat melihat dengan mata kepala, bagaimana Bas yang tercatit di cermin hadapannya “Jabatan Agama Islam Selangor” dijadikan sebagai kenderaan untuk membawa puteri-puteri UMNO untuk merayu undi ke Dun Tersebut.

Bagitujuga, Pihak Polis telah menjadi “barua” kepada pihak Barisan Nasional yang telah menggunakan kuasanya sebagai “Polis” untuk memantau pergerakan petugas-petugas parti Keadilan, lalu di laporkan kepada pihak Barisan Nasional.

KEMATIAN ADUN BN ADALAH KEBERKATAN KEPADA RAKYAT IJOK

Dengan kematian ADUN Ijok merupakan keberkatan kepada rakyat di DUN Ijok, ini kerana, Ijok adalah sebuah DUN yang kurang dikenali sudah menjadi masyhur di seluruh dunia. Disamping pembangunan yang mengejut merupakan “rasuah” pihak kerajaan terhadap pengundi-pengundi di Ijok.

Pada asalnya, Ijok adalah satu DUN yang kurang dikenali, walaupun Ijok merupakan salah satu DUN yang berada dibawah naungan sebuah negeri yang diisytihar sebagai Negeri maju. Tetapi apa yang berlaku amat memeranjatkan, ini kerana, Ijok merupakan laluanku dari subang ke Kuala Selangor, berbagai-bagai pembangunan yang agak mustahil berjaya dilaksanakan dalam masa 5 tahun, telah berjaya di usahakan oleh Barisan Nasional dalam masa 2 hari.

Melihat kepada keadaan sedemikian, seorang kawan telah bertanya kepadaku, “apa pandangan anta tentang keadaan ini”, aku terus menjawab dengan nada “e-joke”, “kalau mana-mana rakyat Malaysia yang inginkan DUNnya dikenali dan mendapat pembangunan mengejut, maka rakyat tersebut mesti doakan kepada Allah agar cepat mematikan ADUN-ADUN mereka”.

MELAWAN UMNO DAN BARISAN NASIONAL DI IJOK

UMNO dan Barisan Nasional adalah satu pakatan politik (tahaluf siyasi) yang sedang memerintah di Negara ini semenjak merdeka lagi. Dengan pemerintahan mereka itu, pelbagai keadaan yang telah mengubah scenario politik di Negara ini.

Tidak dinafikan bahawa pakatan politik mereka itu banyak memberi kebaikan dan kemajuan kepada rakyat Malaysia, tetapi jika diperhatikan sedalam-dalamnya, jika Negara ini bebas dari rasuah, kezaliman, skandal kepimpinan dan sebagainya, nescaya kebaikan dan kemajuan di Negara ini adalah melebihi dari kebaikan dan kemajuan yang ada sekarang, disamping Negara ini berpotensi untuk menjadi Negara yang terkuat dan berani mencabar kepimpinan Amerika yang sedang hebat menentang Islam dan Umat Islam di dunia kini.

Semuanya bersebab bahawa Negara ini mempunyai banyak hasil bumi yang boleh dimanfaatkan kepada rakyat dan juga kuasa pemerintahan.

Hakikatnya, setelah dilihat dengan dakwaan Barisan Nasional bahawa Negara ini adalah Negara yang maju, didapati bahawa Negara ini maju dibawah “keringat-keringat” rakyat. Ini dibuktikan dengan kenaikan harga barang, kenaikan harga Tol, kenaikan harga cukai pintu dan sebagainya.

UMNO yang dianggap sebagai parti yang membela orang melayu telah membuktikan kebaculan mereka dengan menjadikan orang melayu adalah bangsa yang paling banyak menjuarai segala gejala social.

Bermula dari dadah, rempit, anak luar nikah dan selanjutnya, semuanya dijuarai oleh bangsa melayu.

APAKAH PUNCA KELEMAHAN INI?

Jika dibahas dari segi pemikiran akal, mungkin jalan penyelesaiannya tidak akan diketemui. Jika ketemu juga, memungkinkan penyelesaiannya hanya bersifat “agak-agak” sahaja.

Walaubagaimanapun, Islam telah meletakan asas dalam menyelesaikan segala permasalahan ini. Bagi memastikannya, perlu kepada rujukan Islam, iaitu Al-Quran, As-Sunnah, athar-athar sahabat RA.

Didalam Al-Quran secara jelas Allah menyatakan bahawa kelemahan dan kehinaan yang menimpa sesuatu kaum adalah berpunca dari tindakan kaum tersebut yang mengenepikan tuntutan Islam.

Firman Allah;

أَفَتُؤْمِنُونَ بِبَعْضِ الْكِتَابِ وَتَكْفُرُونَ بِبَعْضٍ فَمَا جَزَاءُ مَنْ يَفْعَلُ ذَلِكَ مِنْكُمْ إِلَّا خِزْيٌ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا

Maksudnya;
“Apakah patut kamu beriman dengan sebahagian dari kitab dan kamu kufuri sebahagian yang lain. Maka tiada balasan mereka yang melakukan demikian, melainkan kehinaan hidup di dunia”

(Surah Al-Baqarah : 85)

Firman Allah ini merupakan satu kecaman dari Allah terhadap akibat mereka yang meninggalkan perintah Allah iaitu golongan yang memgambil sebahagian Al-Quran dan menafikan sebahagian yang lain.

Saiduna Omar bin Al-Khattab juga pernah mengungkapkan kalimah yang menarik dengan katanya;

إنا كنا أذل قوم فأعزنا الله بالإسلام فمهما نطلب العز بغير ما أعزنا الله به أذلنا الله

Maksudnya;
“kita dahulu adalah sehina-hina kaum, lalu Allah muliakan kita dengan Islam, sekiranya kita mencari kemuliaan tidak melalui jalan yang Allah muliakan kita, nescaya Allah akan menghinakan kita[1]

Kata-kata Saiduna Omar itu pada hakikatnya menggambarkan sebagai maksud sebenar yang terkandung dalam ayat, surah Al-Baqarah ayat 85.

Jika diperhatikan kepada tindakan UMNO dan Barisan Nasional, usaha mereka dengan meremehkan-remehkan pengamalan Al-Quran dan As-Sunnah merupakan punca bangsa melayu menjadi bangsa yang hina di Negara ini.

Kehinaan yang dimaksudkan, bukanlah dengan adanya sebilangan manusia yang menzahirkan penghinaan mereka terhadap bangsa melayu, tetapi kehinaan yang Allah berikan kepada bangsa melayu dengan ditimpakan pelbagai bencana, seperti jumhur melayu adalah bangsa yang menjuarai masalah social, dadah, rempit, bohsia, bohjan dan sebagainya. Juga, kekuasaan ekonomi Negara di kuasai oleh bangsa-bangsa yang lain dari Melayu menjadi antara factor utama bangsa melayu terhina di Negara sendiri.

BENARKAH UMNO/BN MENGAMBIL SEBAHAGIAN AL-QURAN

Berbagai-bagai pihak mengulas atas kebenaran ungkapan “Umno mengambil sebahagian Al-Quran” ini. Ulasan tersebut akan melahirkan natijah berdasarkan kepada sudut yang dilihat oleh pengulas tersebut.

Ada sebilangan manusia membenarkan ungkapan ini. Juga, tidak dinafikan wujudnya sebilangan manusia yang lain menafikan ungkapan ini.

Walaubagaimanapun, ungkapan ini perlu di ulas berdasarkan kepada fakta, agarnya ianya melahirkan natijah yang tepat.

UMNO/BN MENOLAK ISLAM : KEFAHAMAN DARI SUDUT SEJARAH

Umno/BN adalah salah satu parti di dunia ini yang telah menolak Islam supaya tidak dijadikan sebagai dasar pemerintahan. Dasar pemerintahan mereka lebih bersifat nasionalis kebangsaan, yang sememangnya tidak boleh digadingkan dengan Islam.

Ini dapat dibuktikan dengan sejarah petubuhan UMNO itu sendiri, yang dengan jelas menyatakan bahawa, tertubuhnya UMNO bukanlah untuk melaksanakan dan mendaulatkan Islam, tetapi tertubuhnya adalah untuk memberi kuasa politik kepada orang melayu.

UMNO adalah singkatan dari perkataan “United Malays National Organisation” atau terjemahan melayunya “Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu” atau singkatannya PEKEMBAR.

Pertubuhan UMNO itu adalah pada 11 mei 1946, iaitu dalam kongres Melayu se-Malaya ketiga yang telah diadakan di Johor Bharu iaitu hasil dari resolusi persidangan khas anjuran Kongres Melayu se-Malaya juga yang diadakah di Kuala Lumpur pada 29 dan 30 mac 1946[2].

Sejarah menyatakan bahawa, tanah melayu pernah diperintah oleh Islam, kemudian telah dijajah oleh Portugis pada tahun 1511 hingga 1641.

Penjajahan tersebut tidak sekadar itu sahaja, selepas dari keluarnya portugis dari Tanah melayu, Belanda pula telah masuk dan menjajah tanah melayu pada tahun 1641; yang mana mereka menguasai tanah melayu selama 180 tahun.

Pada tahun 1786, inggeris pula telah menjajah tanah melayu, kemudiannya disambung penjajahannya oleh Jepun pada tahun 1941 di tanah melayu dan 1942 di Sabah dan Serawak.

Kejayaan Jepun menawan Tanah Melayu tidak bertahan lama, kerana Jepun terpaksa menyerah kalah akibat dari dua buah Bandar utama Jepun iaitu Bandar Hiroshima dan Nagasaki di bom dengan bom atom oleh pihak tentera berikat. Setelah itu, Inggeris mengambil alih semula dalam menjajah Tanah Melayu, termasuk Sabah dan Serawak[3].

Semasa pemerintahan Inggeris, masyarakat Tanah Melayu mengharapkan kepada Jepun supaya dapat mengamalkan corak pemerintahan yang lebih baik. Hakikatnya adalah sebaliknya, ini kerana, Jepun telah menggunakan kezaliman dan kekejaman dalam pemerintahan mereka.

Walaupun begitu, Jepun telah memberi peluang kepada beberapa pemimpin dari kalangan melayu untuk memegang beberapa jawatan dalam pentadbiran Jepun.

Dengan pemberian memegang beberapa jawatan itulah menyebabkan orang melayu berkeyakinan bahawa mereka juga mampu memerintah sendiri tanpa mengharapkan kepada kekuasaan penjajah.

Oleh yang demikian, setelah pihak Jepun dikeluarkan oleh pihak Inggeris dari Tanah Melayu, ramai dari kalangan orang melayu mula bersemangat melawan Inggeris dengan mengibarkan semangat kebangsaan Melayu.

Ekoran dari itulah, lahirnya parti politik yang berbentuk semangat kemelayuan, seperti Persatuan Kebangsaan Bersatu (PERKEMBAR) yang dikenali sebagai UMNO (united Malays Nasional organisation)

Dari kelahiran parti UMNO inilah, menjadi batu lonjatan untuk menuju kearah kemerdekaan dari penjajah Inggeris.

Melihat kepada senario politik Tanah Melayu pada masa itu, UMNO beranggapan bahawa kemenangan tidak akan terhasil melainkan setelah bergabung dengan kongres India se Malaysia yang dikenali sebagai MIC yang mewakili masyarakat India dan Persatuan Cina Tanah Melayu yang lebih dikenali dengan MCA bagi mewakili masyarakat Cina di Tanah Melayu. Maka mereka pun bergabung, yang mana pergabungan tersebut dikenali dengan parti PERIKATAN.

Setelah pergabungan itu berlaku, maka bermulalah pembubaran parti Malayan Union dan usaha-usaha untuk membentuk perlembagaan Perseketuan Tanah Melayu di lakukan.

Pada 1 Februari 1948, perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu di asaskan dan ianya telah digubal semula pada bulan ogos 1957 setelah Tanah Melayu diisytiharkan sebuah Negara yang merdeka. Perlembagaan yang digubal tersebut dikenali dengan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957, yang ianya menjadi asas kepada pembentukan perlembagaan Negara kita pada hari ini[4].

Dari nukilan fakta sejarah ini sudah cukup untuk memahami bahawa, perjuangan UMNO dan BN bukanlah untuk mendaulatkan islam, tetapi perjuangan mereka hanyalah semata-mata membina semangat kebangsaan yang berasaskan kepada nilai-nilai murni setempat berpandukan lojik akal yang anjal[5] dan pragmatik[6] demi mencari cemerlang, gemilang dan terbilang. Kerajaan yang di tegakkan atas fahaman kebangsaan tetap bersifat sekular walaupun dimana sahaja ia berada.

SIAPAKAH UMNO UNTUK ISLAM?

Keterangan lepas, kita telah menjelaskan bahawa UMNO sebuah parti kebangsaan sekular yang bergerak hebat di Negara ini. Melihat kepada asas penubuhan dan dasar perjuangan UMNO pun sudah memadai untuk kita menilai, siapakah UMNO untuk Islam.

Islam adalah sebuah agama yang mesti didaulatkan dalam semua sudut, samada dari sudut pemerintahan, perlaksanaan, ekonomi, politik, sosial, perundangan, pertahanan dan sebagainya.

UMNO pula adalah sebuah parti kebangsaan yang bersifat pragmatik dalam perlaksaan undang-undangnya.

Ini pun sudah memadai untuk kita menilai bahawasanya Islam dan UMNO adalah dua perkara yang berbeza sama sekali, samada dari sudut perjuangan dan penghayatannya.

UMNO/BN MENGHALALKAN PERKARA YANG ALLAH HARAMKAN DAN SEBALIKNYA

Disebabkan sejarah penubuhan UMNO merupakan penubuhan yang berasaskan “nasionalisme”, maka dengan demikian, UMNO tidak pernah mengendahkan halal dan haram yang dinyatakan oleh Allah dan Rasul-Nya.

Maka dengan demikian, UMNO sanggup menghalalkan perkara yang telah Allah haramkan dan mengharamkan perkara yang telah Allah halalkan.

Memberi lesen arak dan judi, dan mengambil cukai dari sumber kedua-dua “najis” ini, kemudian “ditabungkan” dalam hasil Negara merupakan tindakan menghalalkan perkara yang telah Allah haramkan.

Pengharaman Arak dan judi telah diharamkan oleh Allah dalam Al-Quran secara jelas, iaitu melalui firman-Nya;

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنْصَابُ وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Maksudnya;
“Wahai orang-orang Yang beriman! Bahawa Sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib Dengan batang-batang anak panah, adalah (Semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya”

(Surah Al-Maidah : 90)

Juga, Pernah Omar bin Al-Khattab dizaman pemerintahannya membakar warung menjual arak kepunyaan Ruwaisyid As-Saqafi[7].

Ayat dan athar Omar bin Al-Khattab yang tersebut ini dengan jelas menyatakan pengharaman arak dan judi, tetapi dipandang halal oleh pemerintahan UMNO/BN.

Tindakan sebegini bercanggah dengan Islam. Sekiranya pengikut-pengikut mereka mengakui dengan tindakan mereka, akibatnya adalah sama seperti yang dinyatakan oleh Allah dalam firman-Nya;

اتَّخَذُوا أَحْبَارَهُمْ وَرُهْبَانَهُمْ أَرْبَابًا مِنْ دُونِ اللَّهِ

Maksudnya;
“mereka menjadikan pendita-pendita dan Ahli-ahli ugama mereka sebagai syirik selain dari Allah”

(Surah At-Taubah : 31)

Dari ayat ini, diriwayatkan daripada Abi al-Bakhtari yang berkata;

سئل حذيفة عن قول الله عز وجل اتخذوا أحبارهم ورهبانهم أربابا من دون الله هل عبدوهم فقال لا ولكن أحلوا لهم الحرام فاستحلوه وحرموا عليهم الحلال فحرموه

Maksudnya;
“Khuzaifah ditanya berkenaan dengan firman Allah “mereka menjadikan pendita-pendita dan ahli-ahli agama mereka sebagai syirik selain dari Allah”, adakah mereka (orang ahl kitab) menyembah mereka (pandita dan ahli agama)? Lalu menjawab Khuzaifah; tidak, tetapi mereka menghalalkan perkara yang haram, lalu mereka juga menerima penghalalan tersebut. mereka mengharamkan perkara yang halal, lalu mereka menerima pengharaman tersebut[8]

Begitujuga hadis daripada ‘Adi bin Hatim yang berkata;

أتيت النبي (ص) وفي عنقي صليب من ذهب فقال : ما هذا يا عدي اطرح عنك هذا الوثن : وسمعته يقرأ في سورة براءة اتخذوا أحبارهم ورهبانهم أربابا من دون الله والمسيح بن مريم ثم قال : أما إنهم لم يكونوا يعبدونهم ولكنهم كانوا إذا أحلوا لهم شيئا استحلوه وإذا حرموا عليهم شيئا حرموه

Maksudnya;
“Aku berjumpa dengan Nabi SAW, dileherku ada salib daripada emas, lalu berkata (nabi) : Apakah ini wahai ‘Adi, buangkan berhala ini dari kamu. Dan aku (‘Adi) mendengar baginda SAW membaca dalam surah Al-Baraah (Taubah) “mereka menjadikan pendita-pendita dan ahli-ahli agama mereka syirik lain dari Allah, dan masih bin Maryam, kemudian berkata: sesungguhnya mereka tidak menyembah mereka (pendita dan ahli agama) tetapi mereka menghalalkan perkara yang Pendeta dan ahli agama mereka haramkan dan mengharamkan perkara yang pendeta dan ahli agama mereka halalkan[9]

Dari nukilan dua hadis sebagai tafsiran maksud syirik dalam firman Allah dari surah at-taubah ayat 31 ini menggambarkan bahawa betapa besarnya maksiat mereka yang mengikut pemimpin-pemimpin mereka yang menyanggahi hukum Allah sehinggakan Allah mengisytiharkan mereka sebagai syirik juga.

PENUTUP

Jika hendak dinukilkan maksiat-maksiat yang dilakukan oleh UMNO/BN, nescaya article yang dinukilkan ini bukan sekadar article, bahkan ianya akan menjadi sebuah buku.

Walaubagaimanapun, meneliti dari segala ulasan ringkas diatas menggambarkan kepada kita bahawa betapa besarnya kesyirikan yang telah dibawa oleh UMNO/BN, yang wajib dihapuskan di muka bumi Allah ini.

Maka dengan demikian, menjatuhkan kepimpinan UMNO/BN merupakan tanggungjawab agama yang wajib diusahakan oleh setiap umat Islam di Negara ini, agar kesyirikan ini tidak tersebar di tanah air ini.

Justeru itu, berasaskan prinsip “tahaluf siasi” antara PAS dan keadilan, wajib kepada pengundi-pengundi DUN Ijok menjatuhkan BN dengan mengundi Tan Sri Khalid bin Ibrahim, iaitu Calon dari parti Keadilan, agar segala kesyirikan yang diamalkan oleh UMNO/BN dapat dihapuskan di muka bumi Allah yang tercinta ini.

Mudah-mudahan semuanya diberkati Allah !!

“Lawan tetap lawan”

TAKBIR !!!!!

sekian

wallahu ‘Alam

Al-Bakistani
http://laptopdarulfiqh.blogspot.com

e – mail : abu_abdillah_azzam@yahoo.com




[1] Mustadrak ‘Ala Sahihain : 1/130.
[2] Lihat “Malaysia Kita” m/s 486.
[3] Sila lihat “Target PKSR Kajian tempatan” : m/s 98-99.
[4] Lihat “target PKSR KajianTempatan” m/s 103-104.
[5] Anjal : mudah berubah menjadi bertambah atau berkurangan mengikut perubahan : “kamus Dewan” edisi ketiga: m/s 51
[6] Pragmatik : mempunyai sifat atau pendirian yang lebih mementingkan (mengutamakan) kesan-kesan sebenar sesuatu daripada cirri-ciri teori, bersifat praktikal, banyak memperhitungkan keadaan dan akibat yang sebenarnya terdapat atau akan timbul : “kamus Dewan” edisi ketiga:m/s1054.
[7] Fikih Ekonomi Umar bin Al-Khattab : m/s 592.
[8] Tafsir Al-Qurtubi : 8/120.
[9] Tafsir Al-Qurtubi : 8/120

Sunday, April 22, 2007

PAS PERLU BERHATI-HATI DENGAN MUSUH DALAM SELIMUT !!!

PAS PERLU BERHATI-HATI DENGAN MUSUH DALAM SELIMUT !!!

Seharian aku tidak membaca berita dalam internet. Setelah selesai dari mesyuarat pemuda Kawasan, kami exco-exco Pemuda Kawasan bersama-sama pergi makan di salah sebuah restoran dan membincangkan tentang beberapa perkara untuk melihat kekuatan dalam jemaah, disamping membincangkan juga isu-isu musuh-musuh dalaman PAS yang perlu diperingatkan bersama.

Setelah dihayati, secara individu, aku dapat mengambil satu keputusan peribadi atas “sembang-sembang” tersebut.

Padaku, berhati-hati dengan musuh merupakan satu tindakan yang penting. Musuh tersebut, samada dari luaran atau dari dalaman. Musuh luaran mungkin agak senang untuk ditentang, tetapi musuh dalaman merupakan musuh yang perlu diperingatkan disemua peringkat tentang bahayanya kehadiran mereka ini.

“MUSUH DALAM SELIMUT” DI ZAMAN NABI

Jika di rujuk kepada Al-Quran, Sunnah dan sirah an-nabawiyyah, didapati bahawa Allah SWT telah menceritakan kepada kita tentang musuh luaran yang bernama kafir semata, bahkan disana Allah menyatakan juga musuh-musuh dalaman yang dinamakan sebagai munafiq, atau dalam istilah politik, golongan “oportunis”.

Jika di rujuk didalam “kamus electronic BESTA”, “oportunis” di definisikan sebagai “mencari atau menggunakan peluang untuk mendapat manfaat bagi diri sendiri, tanpa memikirkan sama ada adil atau benar[1]”.

Adapun makna munafik pendefinisiannya dari kamus yang sama menyatakan bahawa, “orang-orang yang berpura-pura beriman tetapi sebenarnya tidak, bermuka dua, orang yang amalan bertentangan dengan pertuturannya[2]

Adapun jika di rujuk definisi munafik berdasarkan kitab tafsir Ibni kathir pula adalah;

إظهار الخير وإسرار الشر

Maksudnya;
“Menzahirkan kebaikkan dan menyembunyikan kejahatan[3]

Jika di perhatikan kepada isi kandungan Al-Quran, didalam surah al-baqarah dari ayat 8 hingga 20, Allah memperincikan cirri-ciri golongan munafik ini. Juga, jika di rujuk didalam tafsiran-tafsirannya pula, samada dirujuk dari tafsir Al-Quran al-‘Azim (Ibni Kathir), At-Tafsir Al-Kabir (karangan Imam Fakhrurrazi) dan sebagainya. antara kisah-kisah golongan munafik yang dinukilkan adalah berkenaan dengan Abdullah bin Ubai bin Salul, yang merupakan “bapa munafik” Madinah di zaman Rasulullah SAW.

Firman Allah;

وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَقُولُ آَمَنَّا بِاللَّهِ وَبِالْيَوْمِ الْآَخِرِ وَمَا هُمْ بِمُؤْمِنِينَ * يُخَادِعُونَ اللَّهَ وَالَّذِينَ آَمَنُوا وَمَا يَخْدَعُونَ إِلَّا أَنْفُسَهُمْ وَمَا يَشْعُرُونَ * فِي قُلُوبِهِمْ مَرَضٌ فَزَادَهُمُ اللَّهُ مَرَضًا وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ بِمَا كَانُوا يَكْذِبُونَ

Maksudnya;
“Di antara manusia ada yang mengatakan: "Kami beriman kepada Allah dan Hari kemudian," pada hal mereka itu sesungguhnya bukan orang-orang yang beriman * Mereka hendak menipu Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya menipu dirinya sendiri sedang mereka tidak sadar * Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya; dan bagi mereka siksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta”

(Surah Al-Baqarah : 8-10)

Imam Ibnu Kathir menjelaskan berdasarkan kepada ayat ini bahawa, ayat-ayat munafik semuanya diturunkan di Madinah, ini kerana, golongan munafik tidak lahir pada zaman Makkah yang dipenuhi dengan kesusahan, bahkan ianya lahir pada madinah dikala umat Islam berada dalam keadaan senang berbanding di zaman makkah[4].

Semasa baginda SAW berhijrah ke Madinah, dan baginda SAW telah berjaya mempersaudarakan dua golongan yang berperang, iaitu Aus dan Khazraj. Juga, kehadiran Baginda SAW di Madinah itu, menyebabkan ramailah golongan-golongan penyembah berhala beriman dan sedikit sahaja bilangan dari yahudi yang beriman.

Di sebalik ramai yang memeluk Islam itu, ada sebilangan dari mereka yang menzahirkan keislaman mereka, tetapi hakikatnya mereka kufur. Kekufuran itu dizahirkan oleh Allah dengan berlakunya peperangan badar, iaitu tindakan yang dilakukan oleh Abdullah bin Ubai bin Salul bersama golongan yahudi dalam memperdayakan golongan arab badwi agar tidak pergi berperang[5].

Dari kisah ini, membuktikan bahawa di zaman nabi SAW sendiri sudah ada golongan yang masuk Islam bukan kerana keikhlasan mereka dengan Islam, tetapi penglibatan diri mereka ke dalam islam bertujuan untuk memporak perandakan perjuangan Nabi SAW bersama sahabat-sahabat RA.

REALITI PAS DAN MUNAFIK

Tidak dinafikan bahawa ramai dari kalangan golongan-golongan yang dulunya membenci PAS sudah bersama-sama dengan perjuangan ini. Mereka melibatkan diri itu, kadangkala disebabkan keikhlasan mereka terhadap PAS, dan ada juga sebilangan dari mereka yang melibatkan diri dengan PAS adalah kerana untuk mencari “sesuatu kepuasan”.

Penglibatan mereka itu menyebabkan PAS yang sebelum ini dilihat sebagai satu jemaah Islam yang bertenaga dibawah kepimpinan Ulama-ulama ‘amilin, menjadi sebuah jemaah yang lembab dan malap. Mereka mula menghina ulama-ulama yang berjuang Islam dahulu, disamping mengeluarkan pandangan-pandangan yang agak “ganjil” dari kebiasaan dalam perjuangan Islam.

Pandangan yang mengatakan bahawa “pas tidak perlu terlalu islamic” menjadi buah bicara dalam ucapan-ucapan mereka. Menghina dan mengenepikan pandangan ulama telah dijadikan sebagai satu usaha untuk didoktrinkan kedalam jiwa-jiwa pejuang Islam berwadahkan PAS.

Kehadiran mereka dengan pandangan-pandangan “keUMNOan” ini menyebabkan ada sebilangan dari ahli-ahli PAS yang ikhlas memberontak dan mengecam tindakan mereka sehinggakan Allah menzahirkan kemunafikan mereka dengan lahirnya satu konsep perjuangan yang berbentuk “perjuangan untuk peribadi tertentu”, bukan perjuangan untuk kemenangan Islam.

Mereka berusaha untuk mendapat jawatan-jawatan tinggi di semua peringkat, bermula dari cawangan hinggalah ke Pusat, disamping mengeluarkan “fatwa songsang” bahawa “jawatan adalah keperluan, menghadiri mesyuarat tidak penting”. Usaha ini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk berusaha untuk menjadikan PAS sebuah Parti politik semata-mata, tanpa menggambarkan PAS sebagai sebuah jemaah Islam.

Maka dengan itu, tidak hairan, mereka yang berkuasa tersebut menyuruh membatalkan sesuatu program yang berbentuk tarbiyyah disesuatu peringkat.

MUSUH DALAM SELIMUT MELAMBATKAN PERJUANGAN

Jika di baca sejarah gerakan Islam di Malaysia, didapati bahawa di sana ada sebuah gerakan yang dinamakan sebagai IRC (Islamic Representative Council) yang lahir sekitar akhir tahun 60 an dan awal 70 an.

Kelahiran gerakan ini pada asalnya tidak lebih sebagai satu “majlis muzakarah” untuk menyelesaikan pertentangan diantara mereka yang beraliran tabligh dan mereka yang tidak tidak sehaluan dengan aliran tabligh.

Tetapi, amat menyedihkan, gerakan ini sudah melebihi dari matlamat asal, sehinggakan mereka sudah melahirkan satu usaha untuk menjadikan IRC ini sebagai sebuah jamaah, sedangkan ketika itu jemaah Islam sudah wujud, iaitu PAS.

Pada awalnya, PAS melihat usaha mereka dengan pandangan “Husnu Az-Zan”, ini dibuktikan dengan menjemput dua ahli majlis syura IRC untuk sama-sama memimpin lajnah tarbiyyah PAS yang sehinggakan boleh dikatakan kebanyakan program-program tarbiyyah PAS dikendalikan oleh mereka, tetapi amat menyedihkan, golongan ini bukan sekadar mengendali program tarbiyah PAS, bahkan mereka telah mengumpulkan ahli-ahli PAS yang berpotensi secara rahsia dan mereka dibawa keluar daripada PAS untuk menyertai jamaah sulit mereka, iaitu IRC.

Kehadiran jemaah IRC ini melahirkan banyak pertembungan yang ianya melahirkan banyak keraguan dan kelembapan dalam berusaha untuk melawan musuh islam yang paling utama di Negara ini, iaitu UMNO dan Barisan Nasional.

Ulasan ini dilihat dari sejarah yang berlaku pada awal tahun 70 an, tetapi hakikatnya, sejarah itu berulang kembali. Ini dibuktikan bahawa, golongan “seiras-iras IRC” ini sudah wujud didalam PAS sekarang. Dengan sengaja, mereka “menggolakkan” suasana dalaman dengan isu perebutan jawatan dan sebagainya.

Mereka menggambarkan diri mereka sebagai golongan yang terbaik, tetapi hakikatnya, mereka diumpamakan seperti “ular didalam selimut”.

Apabila di seru supaya intima’ dengan program-program tarbiyyah PAS, mereka menuduh bahawa PAS mempunyai tarbiyyah yang bersifat jumud dan sebagainya.

Firman Allah;

وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ آَمِنُوا كَمَا آَمَنَ النَّاسُ قَالُوا أَنُؤْمِنُ كَمَا آَمَنَ السُّفَهَاءُ أَلَا إِنَّهُمْ هُمُ السُّفَهَاءُ وَلَكِنْ لَا يَعْلَمُونَ

Maksudnya;
“Apabila dikatakan kepada mereka: "Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang lain telah beriman." Mereka menjawab: "Akan berimankah kami sebagaimana orang-orang yang bodoh itu telah beriman?" Ingatlah, sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh; tetapi mereka tidak tahu”

(Surah Al-Baqarah : 13)

APA PERLU DILAKUKAN KEPADA GOLONGAN OPORTUNIS

Golongan oportunis ini perlu dihadapi sepertimana Baginda SAW menghadapi golongan munafik. Ulama berijmak menyatakan bahawa;

أن أحكام الدنيا على الظاهر والله يتولى السرائر

Maksudnya;
“Sesungguhnya hukum-hukum di dunia mengikut pandangan zahir, dan Allah yang menguruskan perkara-perkara rahsia[6]”.

Walaupun begitu, boleh dikenal kepada golongan sebegini mengikut apa yang telah diberitahu oleh Allah SWT.

Firman Allah;

وَلَوْ نَشَاءُ لَأَرَيْنَاكَهُمْ فَلَعَرَفْتَهُمْ بِسِيمَاهُمْ وَلَتَعْرِفَنَّهُمْ فِي لَحْنِ الْقَوْلِ وَاللَّهُ يَعْلَمُ أَعْمَالَكُمْ

Maksudnya;
“Dan kalau Kami kehendaki, niscaya Kami tunjukkan mereka kepadamu sehingga kamu benar-benar dapat mengenal mereka dengan tanda-tandanya. Dan kamu benar-benar akan mengenal mereka dari kiasan-kiasan perkataan mereka dan Allah mengetahui perbuatan-perbuatan kamu”

(Surah Muhammad : 30)

Juga, Allah SWT menyuruh kita berhati-hati dengan mereka, walaupun mereka sudah bertaubat, sehinggakan Allah menyatakan didalam firmannya;

إِنَّ الْمُنَافِقِينَ فِي الدَّرْكِ الْأَسْفَلِ مِنَ النَّارِ وَلَنْ تَجِدَ لَهُمْ نَصِيرًا * إِلَّا الَّذِينَ تَابُوا وَأَصْلَحُوا وَاعْتَصَمُوا بِاللَّهِ وَأَخْلَصُوا دِينَهُمْ لِلَّهِ فَأُولَئِكَ مَعَ الْمُؤْمِنِينَ وَسَوْفَ يُؤْتِ اللَّهُ الْمُؤْمِنِينَ أَجْرًا عَظِيمًا

Maksudnya;
“Sesungguhnya orang-orang munafik itu (ditempatkan) pada tingkatan yang paling bawah dari neraka. Dan kamu sekali-kali tidak akan mendapat seorang penolongpun bagi mereka * Kecuali orang-orang yang taubat dan mengadakan perbaikan dan berpegang teguh pada (agama) Allah dan tulus ikhlas (mengerjakan) agama mereka karena Allah. Maka mereka itu adalah bersama-sama orang yang beriman dan kelak Allah akan memberikan kepada orang-orang yang beriman pahala yang besar”

(Surah An-Nisa’ : 145-146)

As-Syaikh Muhammad ‘Ali Sabuni menyatakan, Dari ayat ini Allah menggambarkan betapa bahayanya golongan munafik berbanding kafir. Ini kerana, kafir apabila bertaubat, Allah meletakan kepada mereka satu syarat sahaja, iaitu sepertimana firman Allah;

قُلْ لِلَّذِينَ كَفَرُوا إِنْ يَنْتَهُوا يُغْفَرْ لَهُمْ مَا قَدْ سَلَفَ

Maksudnya;
“Katakanlah kepada orang-orang yang kafir itu: "Jika mereka berhenti (dari kekafirannya), niscaya Allah akan mengampuni mereka tentang dosa-dosa mereka yang sudah lalu”

(Surah Al-Anfal : 38)

Adapun orang munafik, apabila mereka bertaubat, mereka wajib menunaikan empat syarat, iaitu berhenti dari nifak, membaiki amalan, berpegang kuat dengan tali Allah dan ikhlaskan dengan agama. Ini dinyatakan oleh Allah dalam surah an-nisa’ ayat 146 yang lepas.

Beserta dengan empat syarat ini, amalan mereka masih lagi dianggap oleh Allah sebagai masykuk (diragui) yang mewajibkan kepada orang beriman berhati-hati dengan mereka. Ini dibimbangi bahawa taubat mereka itu adalah satu penipuan dan perancangan jahat mereka. Maka dengan sebab itu, Allah menyatakan;

فَأُولَئِكَ مَعَ الْمُؤْمِنِينَ

Maksudnya;
“Maka mereka bersama dengan orang beriman”

(Surah An-nisa’ : 146)[7]

Mereka dikira sebagai orang yang bersama dengan orang beriman, bukan orang beriman.

PENUTUP

Mudah-mudahan dengan penulisan ringkas ini dapat memberi peringatan kepada semua pejuang-pejuang Islam agar berhati-hati dengan golongan “musuh dalam selimut” ini. Juga, dapat memberi satu perhatian yang mendalam bagi menyelamatkan PAS dari usaha golongan-golongan tertentu untuk menjadikannya sebagai sebuah parti politik semata-mata, disamping memisahkan jemaah Islam dari PAS.

Sekian

p/s : tulisan ini merupakan pandangan peribadi penulis, tanpa melibatkan kepada mereka yang masih hidup dan yang sudah mati.

Wallahu ‘Alam

http://laptopdarulfiqh.blogspot.com

e-mail : abu_abdillah_azzam@yahoo.com








[1] BESTA electronic Dictionary. Rujuk pada carian “opportunism”
[2] BESTA electronic Dictionary. Rujuk pada carian “munafik”
[3] Tafsir Ibni Kathir : 1/48.
[4] Tafsir Ibni Kathir : 1/48
[5] Tafsir Ibni Kathir : 1/48
[6] Fath Al-Bari : 12/273.
[7] Qabasun min Nur Al-Quran al-Karim : 1/60.

Saturday, April 21, 2007

SALAFIYYAH DAN AHNAF YANG KU KENALI

SALAFIYYAH DAN AHNAF YANG KU KENALI :
PENGALAMAN DARI BUMI DEBU,
PAKISTAN

Permulaanku sampai di Benua kecil India, Pakistan, Aku belajar di Jamiah Abu Bakar As-Siddiq, merupakan sebuah Jamiah Salafiyyah cawangan kepada Universiti Islam Madinah. Aku masuk ke jamiah tersebut untuk mempelajari bahasa arab, ini disebabkan kerana, walaupun guru-guru di jamiah itu berbangsa Pakistan yang bercakap bahasa urdu, tetapi mereka mengajar kami dalam bahasa arab fushah.

Selama dua bulan lebih, aku belajar di Jamiah Salafiyyah tersebut, aku merasakan aku hampir dapat menguasai bahasa arab pertuturan dan agak dapat memahami percakapan dalam bahasa arab. Maka dengan itu, aku menukar haluan untuk belajar di Jamiah Deobandiyyah, yang diajar dalam bahasa urdu/Hindustan.

Kebanyakan guru-guru di Jamiah Abu Bakar tidak berapa menyetujui tindakanku itu, ini kerana, Jamiah Deobandiyyah adalah universiti yang mengajar fiqh, hadis dan sebagainya mengikut ulasan bermazhab hanafi.

Walaupun keadaan sedemikian, aku tetap mengambil keputusan tersebut, ini disebabkan aku dapat melihat bagaimana guru-guru hadis di Jamiah Abu Bakar ini mengajar hadis dengan ulasan yang tidak meluas, iaitu ulasan mereka tanpa menukilkan pandangan-pandangan ulama yang tidak beraliran dengan pandangan mereka, bahkan terus menginstinbatkan hukum dari sesuatu hadis tanpa melakukan bandingan dengan pandangan ulama-ulama lain.

Adapun di Jamiah Deobandiyyah pula, walaupun mereka bermazhab Hanafi, guru kami akan mengemukakan pandangan-pandangan ulama-ulama yang lain dari hanafi, lalu pandangan ulama-ulama tersebut dikritik untuk berbelah pihak kepada mazhab hanafi. Memang tindakan guru hadis kami itu agak “taassub” dengan mazhab Hanafi, tetapi keuntungan yang kami dapat adalah, kami mengetahui pandangan ulama-ulama lain dalam memahami maksud sesuatu hadis.

AHNAF DAN SALAFIYYAH BANYAK KESAMAAN?

Suatu hari, Jamiah Abu Bakar mengadakan majlis “khatam Bukhari” atau lebih dikenali di Pakistan dengan panggilan “dastarbandi ke Mehfal”, aku dan seorang kawan yang berbangsa Afghanistan, bernama Fadhlurrahman pergi menghadiri majlis tersebut. kehadiranku itu adalah hendak meraikan kawan-kawanku yang telah tamat belajar hadis Bukhari di Jamiah Abu bakar As-Siddiq.

Sedang asyik berbual dengan Fadhlurrahman, datang seorang kawan, merupakan pelajar di Jamiah Abu Bakar berbangsa Pakistan bertanya kepadaku, “awak tidak menyayangi salafi wahai salahuddin?”, aku terus menjawab, “saya mengetahui bahawa Imam Hanafi berada dizaman salaf, maka saya juga menyayangi salaf juga”. Mendengar jawapanku itu, kawanku itu senyap seribu bahasa dan tersenyum.

Sebenarnya, sengaja aku menjawab dengan jawapan tersebut adalah kerana, untuk hendak menyatakan kepada dia bahawa salafiyyah dan Ahnaf mempunyai banyak kesamaan, yang tidak selayaknya kita “berperang” dengan sebab berbeza-beza istilah ini.

Jika di Pakistan, ulama-ulama Ahnaf dan Salafi di sana mewajibkan kepada pelajar-pelajarnya berjanggut, sehinggakan mana-mana pelajar yang mencukur janggut akan digantung pengajiannya sehinggakan janggutnya tumbuh semula.

Pengajian Aqidah juga mereka mempunyai kesamaan, ini kerana, boleh dikatakan setiap jamiah deobandiyyah dan jamiah salafiyyah belajar kitab “Aqidah tahawiyyah”, Cuma bezanya sikit adalah jamiah deobandiyyah akan mewujudkan bandingan antara aqidah tahawiyyah dengan aqidah ashairah didalam pengajian aqidah.

Maka dengan sebab itulah, tidak hairan jika kita ke Pakistan, golongan salafiyyah dan Ahnaf ini sepakat dalam menyerang syiah di sana, disamping syiah menanam kebencian yang terlalu meluat kepada ulama-ulama sunni yang beraliran Ahnaf dan Salafiyyah.

Ini merupakan kesamaan yang banyak antara golongan salafiyyah dan Ahnaf di Pakistan. Dan jika ada perbezaan pun dikalangan mereka, boleh dikatakan bahawa perbezaan tersebut hanya berlegar dalam perkara khilafiyyah, sepertimana perbezaan pendapat dikalangan Syafiyyah, Hanafiyyah, Habilah dan sebagainya.

Tetapi, walaupun wujud kesamaan ini, mereka tetap berkeras untuk tidak berbaik-baik, bahkan mereka mewujudkan jurang antara salafiyyah dan Ahnaf sehinggakan didalam solat mereka tidak mahu mengimamkan antara satu dengan yang lainnya.

KEBANYAKAN AHNAF DAN SALAFIYYAH PAKISTAN TIDAK MEMAHAMI SEKULAR

Pernah suatu ketika, aku bersembang-sembang dengan seorang kawan yang berbangsa Pakistan berkenaan dengan pandangannya tentang orang Islam yang mengambil sebahagian Al-Quran dan menafikan setengah yang lain.

Mendengar persoalanku itu, si Pakistan tadi terus menyatakan bahawa tindakan tersebut adalah haram dan menyamai dengan amalan-amalan orang yahudi, sehinggakan dia membaca sepotong ayat Al-Quran dari surah Al-Baqarah ayat 85;

أَفَتُؤْمِنُونَ بِبَعْضِ الْكِتَابِ وَتَكْفُرُونَ بِبَعْضٍ فَمَا جَزَاءُ مَنْ يَفْعَلُ ذَلِكَ مِنْكُمْ إِلَّا خِزْيٌ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ يُرَدُّونَ إِلَى أَشَدِّ الْعَذَابِ وَمَا اللَّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ

Maksudnya;
“Apakah kamu beriman kepada sebahagian Al Kitab (Taurat) dan ingkar terhadap sebahagian yang lain? Tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian daripadamu, melainkan kenistaan dalam kehidupan dunia, dan pada hari kiamat mereka dikembalikan kepada siksa yang sangat berat. Allah tidak lengah dari apa yang kamu perbuat”

(Surah Al-Baqarah : 85)

Mendengar hujjah si Pakistan tadi, aku pun bertanya lagi, apakah sama antara usaha kerajaan pemerintahan Nawaz Syarif dengan yahudi dari segi pengambilan isi Al-Quran dan As-Sunnah? Mendengar persoalan tersebut, si Pakistan tersebut senyap seribu bahasa seakan-akan berfikir…

Setelah berfikir panjang, aku terus menceritakan sejarah kejatuhan kerajaan Osmaniyyah di Turki yang dikepalai oleh Mustafa Kamal At-tarturk tersebut dan akhirnya si Pakistan tersebut baru berfikir tentang fitnah sebenar yang sedang menimpa umat Islam di seluruh dunia.

Setelah memahami keadaan sedemikian, sahabatku si Pakistan tadi terus menyatakan, pemerintahan nawas syarif wajib di jatuhkan dan rakyat Pakistan perlu kepada penyatuan fikrah untuk membangunkan balik khalifah islam yang telah jatuh pada tahun 1924 tersebut.

PENUTUP

Dari kisah nukilan yang aku bawa dalam tulisan ini, merupakan pengalamanku semasa belajar di Pakistan.

Dari pengalaman itu, Aku berpandangan bahawa, kelemahan demi kelemahan dari sudut pemerintahan di Pakistan, walaupun boleh dikatakan kebanyakan rakyatnya adalah beragama Islam, disamping mereka mempunyai ulama-ulama yang terlalu ramai, ini adalah disebabkan ketidak atau kekurangan fahamannya mereka dalam memahami fitnah umat Islam kini, iaitu fitnah secular.

Maka dengan demikian, mereka sanggup berhujjah demi hujjah sesame mereka, yang sehinggakan mereka berpecah belah dengan isu-isu khilafiyyah, tetapi dalam masa yang sama, mereka tidak bersatu untuk menyerang musuh Islam yang paling utama yang sedang menimpa mereka, iaitu fahaman secular.

Harapannya, kejadian yang menimpa umat Islam di Pakistan ini tidak menimpa umat Islam di Negara kita.

Mudah-mudahan semuanya diberkati Allah…

Marilah sama-sama kita menjatuhkan pembawa-pembawa bendera secular ini!!!!!!!

Sekian

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani
http://laptopdarulfiqh.blogspot.com

e-mail : abu_abdillah_azzam@yahoo.com

Thursday, April 19, 2007

JAMAAH ISLAM DAN TAADDUD JAMAAH DI MALAYSIA : SATU KAJIAN BERASASKAN FAKTA NAS DAN SEJARAH

JAMAAH ISLAM DAN TAADDUD JAMAAH DI MALAYSIA : SATU KAJIAN BERASASKAN FAKTA NAS DAN SEJARAH

MUQADDIMAH

Perbahasan tentang jamaah Islam dan taaddud jemaah sering dibincangkan diseluruh dunia Islam, samada dikalangan ulama atau dari manusia biasa. Perbahasan ini pada hakikatnya adalah untuk mencari satu titik pertemuan dan kekuatan dalam mengembangkan Islam.

Malaysia juga tidak ketinggalan dalam memperdebatkan isu Jamaah islam dan taaddud jemaah ini. Ini disebabkan bahawa di Malaysia terdapat beberapa jemaah yang didakwa sebagai jemaah Islam.

Maka dengan demikian, selayaknya perdebatan ini dilihat dari kacamata ilmiyyah beserta waqii di Negara ini, agar ianya mendapat mencari kekuatan dalam usaha hendak mendaulatkan islam.

BAHAGIAN PERTAMA
KEDAULATAN ISLAM MELALUI JAMAAH ISLAM

1. KEWAJIPAN MENDAULATKAN UNDANG-UNDANG ISLAM

Mendaulatkan Islam merupakan tanggungjawab semua manusia yang hidup atas muka bumi ini. Tanggungjawab tersebut bermula dari kejadian Nabi Adam A.S lagi. Ini dinyatakan oleh Allah didalam firman-Nya;

وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً
Maksudnya;
“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi."

(Surah Al-Baqarah : 30)

Khalifah yang dimaksudkan adalah seperti yang telah didefinisikan oleh ulama iaitu;

نيابة عن الشارع في حراسة الدين وسياسة الدنيا به

Maksudnya;
“pengganti syari’ didalam menjaga agama dan mentadbir dunia dengannya (agama)”[1].

Dari ini difahami bahawa, penciptaan manusia atas muka bumi ini dinyatakan oleh Allah adalah untuk melaksanakan agama dan mentadbirkan muka bumi ini dengan agama.

Islam telah membuktikan pemerintahannya berasaskan khalifah semenjak zaman Rasulullah SAW sehinggakan tahun 1924, iaitu tahun kejatuhan kerajaan turki osmaniyyah; yang telah dijatuhkan dengan pemikiran secular yang di dokong oleh seorang bapa pemoden turki yang bernama Mustafa Kamal At-Tarturk.[2]

Dengan kejatuhan tersebut, umat Islam seluruh dunia hidup dalam keadaan terumbang ambing, disamping kehinaan demi kehinaan datang menimpa yang menyebabkan ulama-ulama Islam terpaksa memikirkan “kaedah dan mekanisma baru” bagi menghadapi kehinaan sedemikian rupa.

Dengan keadaan sedemikian, lahirlah ulama-ulama yang kehadapan dalam menghadapi kelemahan ini seperti As-Syahid Imam Hassan Al-Banna (1906-1949[3]) yang berjaya menubuhkan sebuah gerakan islam yang terkenal di seluruh dunia, iaitu “Al-Ikhwan Al-Muslimun” pada tahun 1928; yang ditubuhkan di suatu daerah di Negara Mesir yang bernama “Ismailiyyah”; yang ketika itu, Imam Hassan Al-Banna baru sahaja berumur 21 tahun[4].

Begitujuga, lahirnya seorang tokoh didalam gerakan islam “Al-Ikhwan Al-Muslimun” yang terkenal juga; bernama As-Syaikh Said Hawa (1935-1989[5]), sebagai penerus perjuangan Al-Ikhwan Al-Muslimun yang diasaskan oleh Imam Hassan Al-Banna. Beliau mempunyai keluasan ilmu dan pengalaman yang semuanya itu boleh diketahui melalui banyak tulisan-tulisan beliau.

Imam Mujahidin Al-Afghanistan As-Syahid Dr Abdullah bin Yusuf Mustafa Azzam atau lebih dikenali dengan nama As-Syahid Dr Abdullah Azzam (1941 – 1989[6]) merupakan salah satu tokoh pejuang Islam yang tidak kurang juga dikenali kehebatannya; beliau telah meninggalkan kehidupannya yang mewah di bumi Jordan dan Pakistan semata-mata mahu mentarbiyyah pemuda-pemuda Islam di lereng-lereng bukit di Afghanistan bagi meneruskan usaha untuk mengembalikan kegemilangan islam ketempatnya yang asal.

Dan banyak lagi tokoh-tokoh pejuang Islam yang lahir setelah kejatuhan kerajaan Osmaniyyah tersebut, yang ini membuktikan kebenaran hadis Nabi SAW yang bersabda;

لَا تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي يُقَاتِلُونَ عَلَى الْحَقِّ ظَاهِرِينَ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ

Maksudnya;
“sentiasa ada dikalangan umatku satu puak/golongan yang terang-terangan berperang di atas kebenaran hingga hari kiamat[7]

Tidak ketinggalan juga di Negara ini, sebuah jemaah islam yang bernama Hizbul muslimin di tubuhkan oleh ulama-ulama di Malaysia ketika itu, merupakan anak-anak murid Muhammad Abduh sebagai sebuah gerakan Islam yang berusaha kearah mendaulatkan undang-undang Islam seperti yang dinyatakan oleh Allah didalam surah al-baqarah ayat 30.

Amat menyedihkan, pada 18 Jun 1948, pihak british telah mengharamkan gerakan Islam Hizbul Muslimin melalui akta darurat dan akhirnya dalam tekanan, usaha demi usaha yang dilakukan oleh bekas pendokong-pendokong Hizbul muslimin sehinggakan tertubuh Parti islam Semalaysia (PAS).

2. KELAHIRAN JEMAAH ISLAM ADALAH KEWAJIPAN UMAT

Dengan kejatuhan kerajaan Osmaniyyah di turki pada tahun 1924 itu, maka bermulakan usaha demi usaha yang dilakukan oleh beberapa tokoh ulama untuk mendaulatkan balik undang-undang Islam serta menjadikan Islam sebagai agama yang memerintah bukan di perintah.

Usaha tersebut dilihat tidak akan menghasilkan kejayaan jika dilakukan bersendirian, juga tidak mampu di lakukan secara masyarakat ramai, ini disebabkan masyarakat ramai sudah bergelumang dengan pemikiran secular ini di samping fahaman secular ini tidak didokong oleh individu-individu tertentu, tetapi sudah di kuasai sehinggakan berjaya membentuk dalam bentuk system pemerintahan.

Maka dengan itu, ulama memulakan usaha kearah kedaulatan undang-undang islam itu dengan menubuhkan jemaah Islam, terdiri dari pendokong-pendokong yang mampu memberi komitmen sepenuhnya untuk usaha kearah kedaulatan Islam tersebut.

Justeru itu, lahirlah Ikhwan Muslimun di mesir, Jamaat Islami di Pakistan, PAS di Malaysia dan sebagainya. kelahiran semua jemaah islam ini bukanlah untuk kesenangan dunia atau mencari keuntungan hidup semata-mata, tetapi kelahirannya merupakan tanggungjawab melaksanakan amar makruf, nahi mungkar yang dipertanggungjawabkan kepada seluruh umat Islam yang hidup di atas muka bumi Allah ini.

Amar makruf dengan menjadikan umat Islam beraqidah dengan aqidah Islam yang sebenar dan nahi mingkar adalah menyelamatkan manusia dari fahaman secular yang merosakan aqidah; yang merupakan punca kerosakan dan kemusnahan kehidupan manusia di dunia.

Firman Allah;

أَفَتُؤْمِنُونَ بِبَعْضِ الْكِتَابِ وَتَكْفُرُونَ بِبَعْضٍ فَمَا جَزَاءُ مَنْ يَفْعَلُ ذَلِكَ مِنْكُمْ إِلَّا خِزْيٌ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ يُرَدُّونَ إِلَى أَشَدِّ الْعَذَابِ وَمَا اللَّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ

Maksudnya;
“Apakah kamu beriman kepada sebahagian Al Kitab (Taurat) dan ingkar terhadap sebahagian yang lain? Tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian daripadamu, melainkan kenistaan dalam kehidupan dunia, dan pada hari kiamat mereka dikembalikan kepada siksa yang sangat berat. Allah tidak lengah dari apa yang kamu perbuat”

(Surah Al-Baqarah : 85)

3. PAS MELAKSANAKAN TUGAS AMAR MAKRUF, NAHI MUNGKAR

Membaca muqaddimah perlembagaan PAS menyatakan;

“BAHAWA dengan sesungguhnya adalah diisytiharkan, demi untuk menyempurnakan taqwa kepada Allah dan Kebaktian sesame manusia, yang dijadikan bagi menegakkan AL-AMRU BIL MA’RUF WAN NAHYU ‘ANIL MUNKAR dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara, maka inilah diisytiharkan sebuah pertubuhan yang dinamakan “PARTI ISLAM SE-MALAYSIA”[8]

Dari isi muqaddiman perlembagaan PAS, jelas menyatakan bahawa PAS memandang tindakan menghapuskan mungkar dan menyuruh manusia kepada ma’ruf di Negara ini adalah sesuatu yang penting. Kepentingannya tersebut sehinggakan PAS menjadikannya sebagai satu dasar yang termaktub didalam perlembagaan.

Kewajipan melaksanakan Amar Makruf dan Nahi mungkar di nyatakan oleh Allah didalam Firman-Nya;

وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ

Maksudnya;
“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma'ruf, mencegah dari yang munkar”

(Surah At-Taubah : 71)

Melaksanakan amar ma’ruf dan nahi mungkar memerlukan kepada kekuatan dan kuasa, ini kerana, tanpa kekuatan dan kuasa, tindakan melaksanakan amar ma’ruf dan nahi mungkar di ibaratkan seperti “melepaskan batuk di tangga”.

Amar ma’ruf dan nahi mungkar tidak memadai dengan semata-mata dengan menyeru manusia tanpa disertai dengan kekuatan, ini kerana, usaha tersebut akan melahirkan satu “kemandulan” didalam melaksanakan tugasan tersebut.

Berdasarkan kepada hadis, daripada Abu Said berkata;

سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَانِ

Maksudnya;
“Aku dengar Rasulullah SAW bersabda; barangsiapa yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia menukarnya dengan tangan, sekiranya tidak mampu, maka dengan lidahnya, sekiranya tidak mampu, maka dengan hatinya, dan demikian merupakan selemah-lemah Iman[9]

Imam An-Nawawi menukilkan kata-kata Qadi Iyadh dalam mensyarahkan hadis ini dengan katanya;

هَذَا الْحَدِيث أَصْل فِي صِفَة التَّغْيِير فَحَقُّ الْمُغَيِّر أَنْ يُغَيِّرهُ بِكُلِّ وَجْه أَمْكَنَهُ زَوَاله بِهِ قَوْلًا كَانَ أَوْ فِعْلًا

Maksudnya;
“Hadis ini adalah asal (dalil) pada sifat mengubah (dari mungkar kepada ma’ruf). Hak (wajib) kepada pengubah bahawa mengubahnya (maksiat) itu berdasarkan kepada kemampuannya yang dia mampu sehinggakan maksiat tersebut terhapus, samada dengan perkataan atau dengan perbuatan[10]

Dari kata-kata Qadi Iyad ini menjadi bukti atas tindakan PAS yang berusaha hendak menghapus maksiat syirik yang berlaku dikalangan umat Islam. Kadar kemampuan maksima yang mampu PAS berikan adalah dengan menyertai Pilihanraya bagi mendapatkan kuasa memerintah yang memungkin kepada PAS untuk menghapuskan segala maksiat-maksiat dikalangan manusia di Negara ini, daripada sekecil-kecil maksiat sehinggakan sebenar-besarnya.

Tindakan tersebut telah terbukti hasilnya dikala PAS memerintah Kelantan dan Terengganu yang berjaya mengharamkan Judi, arak, penindasan kepada rakyat dan sebagainya.

4. PAS ADALAH JEMAAH ISLAM DI MALAYSIA

Bagi memastikan sesuatu jemaah itu adalah jemaah Islam ataupun tidak, perlu kepada penelitian disebalik ulasan ulama-ulama yang muktabar terhadap Nas syarak, samada dari Al-Quran dan Hadis Nabi SAW.

Perbincangan berkenaan sesebuah itu jemaah Islam atau tidak adalah bertitik tolak kepada hadis yang dikenali sebagai hadis Khuzaifah bin Al-yaman, iaitu kandungan hadisnya seperti berikut;

كَانَ النَّاسُ يَسْأَلُونَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ الْخَيْرِ وَكُنْتُ أَسْأَلُهُ عَنْ الشَّرِّ مَخَافَةَ أَنْ يُدْرِكَنِي فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّا كُنَّا فِي جَاهِلِيَّةٍ وَشَرٍّ فَجَاءَنَا اللَّهُ بِهَذَا الْخَيْرِ فَهَلْ بَعْدَ هَذَا الْخَيْرِ مِنْ شَرٍّ قَالَ نَعَمْ قُلْتُ وَهَلْ بَعْدَ ذَلِكَ الشَّرِّ مِنْ خَيْرٍ قَالَ نَعَمْ وَفِيهِ دَخَنٌ قُلْتُ وَمَا دَخَنُهُ قَالَ قَوْمٌ يَهْدُونَ بِغَيْرِ هَدْيِي تَعْرِفُ مِنْهُمْ وَتُنْكِرُ قُلْتُ فَهَلْ بَعْدَ ذَلِكَ الْخَيْرِ مِنْ شَرٍّ قَالَ نَعَمْ دُعَاةٌ عَلَى أَبْوَابِ جَهَنَّمَ مَنْ أَجَابَهُمْ إِلَيْهَا قَذَفُوهُ فِيهَا قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ صِفْهُمْ لَنَا قَالَ هُمْ مِنْ جِلْدَتِنَا وَيَتَكَلَّمُونَ بِأَلْسِنَتِنَا قُلْتُ فَمَا تَأْمُرُنِي إِنْ أَدْرَكَنِي ذَلِكَ قَالَ تَلْزَمُ جَمَاعَةَ الْمُسْلِمِينَ وَإِمَامَهُمْ قُلْتُ فَإِنْ لَمْ يَكُنْ لَهُمْ جَمَاعَةٌ وَلَا إِمَامٌ قَالَ فَاعْتَزِلْ تِلْكَ الْفِرَقَ كُلَّهَا وَلَوْ أَنْ تَعَضَّ بِأَصْلِ شَجَرَةٍ حَتَّى يُدْرِكَكَ الْمَوْتُ وَأَنْتَ عَلَى ذَلِكَ

Maksudnya;
“manusia bertanya Rasulullah SAW berkenaan kebaikkan. Aku pula bertanya kepada baginda berkenaan kejahatan, kerana bimbang menimpa diriku. Aku berkata; Wahai Rasulullah SAW, sesungguhnya kami dalam jahiliyyah dan kejahatan, lalu Allah mendatangkan kepada kami kebaikan ini (islam), maka adakah wujud kejahatan selepas dari kebaikan ini? Menjawab baginda SAW; ya (ada). Aku berkata; adakah wujud kebaikan selepas kejahatan itu? Menjawab baginda SAW; ya (ada), padanya dakhan (perkara yang tidak disukai), aku berkata; apa itu dakhan? Berkata Nabi SAW; kaum yang mencari petunjuk tidak dengan petunjukku, kamu kenal mereka dan kamu ingkari (mereka). Aku berkata; adakah wujud kejahatan selepas kebaikan itu? Menjawab baginda SAW; Ya (ada), iaitu penyeru-penyeru ke Pintu neraka, barangsiapa menyahut seruan mereka, nescaya mereka mencampaknya kedalam neraka. Aku berkata; Wahai Rasulullah SAW, nyatakan sifat mereka kepada kami !! berkata Nabi SAW; kulit mereka serupa dengan kulit kita, bercakap dengan bahasa kita. Aku berkata; apa suruhan kamu sekiranya kami berjumpa dengan mereka? Bersabda Nabi SAW; iltizamkan diri kamu dengan Jemaah Muslimin dan (taat) imam mereka (muslimin. Aku berkata; sekiranya tiada jemaah dari kalangan mereka (muslimin) dan tiada imam? Bersabda Nabi SAW; berenggang dirilah kamu dari puak-puak itu semuanya, walaupun kamu terpaksa mengigit akar pokok sekalipun, hinggalah kamu mati[11]”.

Didalam mensyarahkan hadis ini, Imam Ibnu Hajar menukilkan ulasan Qadhi iyadh; yang mana, Qadi Iyyad memaksudkan dengan “kejahatan” didalam hadis ini adalah kejadian selepas kematian Saidina Osman. Adapun “kebaikan selepas dari kejahatan” yang dimaksudkan dalam hadis ini adalah pemerintahan Omar bin Abdil Aziz. Dan maksud dengan “kamu mengenali mereka dan kamu ingkarinya” adalah pemimpin selepas daripada pemerintahan Omar bin Abdil Aziz, yang mana, ada dari kalangan pemimpin ketika itu yang berpegang kuat dengan sunnah dan ada yang menyeru kepada bidaah dan melakukan kezaliman[12].

Melihat kepada tafsiran Qadhi Iyyad, difahami bahawa “maqasid” atau kandungan nas di sebalik ulasan ini adalah fitnah yang telah menimpa di zaman selepas kewafatan Nabi SAW.

Maka dengan demikian, suruhan nabi SAW beriltizam dengan jemaah muslimin adalah bagi menyelamatkan diri umat islam daripada terjerumus kejurang fitnah yang berlaku di zaman tersebut.

Sesungguhnya sesuatu fitnah itu tidak sama antara satu tempat dengan tempat yang lain, begitujuga masa dengan masa yang lain. Maka dengan demikian, fitnah yang menimpa umat Islam di Malaysia tidak boleh disamakan fitnah yang menimpa umat Islam di Palestine, di Iraq, di Mesir dan sebagainya. Justeru itu, menentukan sesebuah jemaah tersebut adalah jemaah Islam di sesuatu tempat, perlu kepada pemahaman waqii di tempat tersebut.

APAKAH FITNAH UMAT ISLAM DI MALAYSIA?

Membaca sejarah Islam di Negara ini, didapati bahawa Negara ini pernah di perintah mengikut ajaran islam. Ini di buktikan dengan penemuan batu bersurat di Terengganu yang bertarikh 1303.

Dalam batu bersurat itu, terkandung arahan raja yang memerintah ketika itu yang bernama Raja Mandalika terhadap rakyatnya supaya berpegang kuat dengan ajaran islam dari semua sudut kehidupan. Ianya menyentuh soal langkah mengelakkan berlaku kemungkaran seperti zina dan tidak membayar hutang. Juga hukuman terhadap mereka yang tidak mengikut kehendak syariat yang tidak dibataskan kepada rakyat semata, bahkan terhadap pemerintah juga.[13]

Penggunaan kalimah “Sultan” terhadap raja-raja melayu juga merupakan pengaruh pemerintahan Islam di Negara ini. Ini kerana, penggunaan kalimah “Sultan” pada asalnya adalah identity pemerintahan Islam yang mula di gunakan pada abad ke-10 masehi dengan munculnya kesultanan Seljuq sebagai pemegang tampuk pemerintahan dalam zaman Abbasiah. Kekuasaan Seljuq merupakan satu pembentukan yang berasal dari turki selepas mereka menguasai kota Baghdad, iaitu pusat pemerintahan Khalifah Abbasiah[14].

Kalimah “sultan” juga di gunakan dizaman pemerintahan osmaniyyah turki sebagai ganti kepada penggunaan kalimah Khalifah.

Empayar osmaniyyah merupakan sumber kekuatan inspirasi yang meniup semangat perjuangan di kalangan kesultanan-kesultanan melayu untuk berjuang bagi menghapuskan penjajah yang sering menyerang umat Islam. Ini di buktikan dengan sokongan kesultanan melayu terhadap empayar osmaniyyah turki yang ketika itu menyokong jerman dalam peperangan dunia pertama[15], pada bulan ogos tahun 1914[16].

Pada tahun 1924, khalifah Osmaniyyah di turki telah di jatuhkan oleh seorang tokoh secular turki yang bernama Mustafa Kamal Art-Tarturk dengan slogan “garbie doegroe” yang memberi maksud “berarak menuju barat[17]” telah memberi tamparan hebat terhadap dunia Islam termasuk alam melayu. Ini kerana, ketika itu kesultanan-kesultanan melayu ini mendukung system kekhalifahan yang berpusat di turki sebagai tunggak kekuasaan di mana mereka ikut berpayung[18].

Dengan kejatuhan khalifah osmaniyyah itu, maka bermulalah fitnah secular didalam system pemerintahan dunia Islam, yang tidak terketinggalan menerima fitnah tersebut adalah Malaysia. Maka dengan itu, lahirlah berbagai-bagai gerakan Islam di seluruh dunia Islam, seperti lahirnya Ikhwan Muslimin di Mesir, Jamaat Islami di Pakistan, PAS di Malaysia dan sebagainya.

Melihat suasana di Malaysia kini, fitnah yang paling berbahaya yang sedang menimpa umat Islam bukanlah amalan bidaah dalam perkara furu’, seperti talkin, tahlil dan sebagainya, tetapi fitnah yang paling besar adalah “fitnah syirik secular” yang sedang menyerang masuk kedalam jiwa-jiwa umat Islam di Malaysia.

Bagi mengatasi perkara tersebut, perlu kepada satu gerakan islam yang dapat menghapuskan kesyirikan ini, yang jika di perhatikan bahawa semua ini tidak mampu di atasi oleh jemaah-jemaah selain dari PAS.

BAHAGIAN KEDUA
BAHAYA TAADDUD JAMAAH

1. MENGAPA TAADDUD JAMAAH BERBAHAYA

Setelah melihat kepada ulasan-ulasan lepas, didapati bahawa PAS merupakan sebuah jemaah Islam yang wajib kepada semua umat Islam menyertainya. Semuanya adalah kerana PAS berusaha kearah kedaulatan dan perlaksanaan Undang-undang islam di Negara ini.

Bagi merealisasikan kejayaan tersebut perlu kepada penyatuan fikrah dan gerak kerja, ini dapat mengelakkan berbagai-bagai fikrah dan berbagai-bagai wala’ dalam melaksanakan tugasan yang penting ini.

Sekiranya sebuah jemaah berijtihad supaya tidak melibatkan diri dalam pilihanraya, sedangkan PAS pula mahu menggunakan pilihanraya, maka ini sudah dapat dilihat bagaimana kecelaruan dalam melaksanakan tanggungjawab yang penting ini.

Maka dengan sebab itulah, tidak hairan Nabi SAW ada bersabda;

عن أبي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ قال قال رسول اللَّهِ (ص) إذا بُويِعَ لِخَلِيفَتَيْنِ فَاقْتُلُوا الْآخَرَ مِنْهُمَا

Maksudnya;
“Daripada Abi Said Al-Khudri berkata : bersabda Nabi SAW : apabila di Baiaah dua orang khalifah, maka hendaklah di bunuh salah satu daripada kedua-duanya[19]

Daripada hadis ini, terdapat beberapa perbahasan yang seperti berikut;

Perbahasan pertama;

Maqasid disebalik maksud bunuh didalam hadis ini adalah kerana wujudnya dua khalifah yang mewujudkan dua wala’. Maka dengan demikian, Baginda SAW menyuruh bunuh salah satu daripada kedua-dua khalifah tersebut dengan tujuan memudahkan untuk diberi wala’, ini kerana, sekiranya wujud dua baiaah yang mewujudkan dua wala’. Maka dengan demikian, bagaimana hendak memberi wala’ dalam satu masa, yang kadangkala kedua-dua khalifah mempunyai ijtihad yang berbeza.

Perbahasan kedua;

Imam An-Nawawi menyatakan, apabila berlaku dua baiaah, maka khalifah yang wajib diberi wala’ adalah khalifah yang di baiaah terlebih dahulu. Adapun khalifah dibaiaah terkemudian, maka hendaklah dilaksanakan hukuman bunuh kepadanya[20]. Ulasan imam An-Nawawi ini menyamai ulasan yang dikemukakan oleh Imam Al-Qurtubi didalam kitabnya “Jami’ Li Ahkam Al-Quran[21]

Perbahasan ini dilihat ketika kewujudan khalifah. Adapun dunia Islam kini berada dalam kerangka pemerintahan yang tidak mempunyai khalifah, maka dengan demikian, perbahasan ini perlu kepada “pengecilan skop” untuk di realisasikan kepada reality jemaah-jemaah islam yang wujud di sesebuah Negara.

Maka dengan itu, maksud disebalik “bunuh khalifah yang terkemudian” adalah dengan membunuh “pemberian wala’” kepada jemaah yang wujud terkemudian, dan wajib memberi wala’ kepada jemaah yang terdahulu.

Memahami perbahasan ini, di fahami bahawa, di Malaysia, jemaah Islam wajib di beri wala’ adalah PAS, ini kerana, PAS adalah jemaah Islam yang tertua di Negara ini, jika dibandingkan dengan jemaah-jemaah islam yang lain.

BENARKAN PAS ADALAH JEMAAH ISLAM YANG TERTUA DI MALAYSIA?

Pada 21 Zulkaedah 1370, bersamaan 24 November 1951, PAS berjaya didaftarkan sebagai satu badan politik yang berdaftar secara rasmi[22].

PAS adalah singkatan nama dari “Parti Islam Se-Malaysia[23]” yang telah di pelopori oleh gerakan Ulama di Malaya. Kelahirannya adalah hasil dari kesedaran politik Islam untuk mendaulatkan Agama Allah di muka bumi ini.

Berdasarkan kepada sejarah, kelahiran PAS berpunca dari beberapa orang agamawan di Negara ini, yang merupakan anak-anak murid kepada As-Syaikh Muhammad Abduh dari Timur tengah.[24] Kelahiran PAS tersebut bermula dengan nama Hizbul Muslimin yang telah diharamkan oleh British melaui akta darurat pada 18 jun 1948.

Selepas dari pengharaman tersebut, ramai dari pemimpin-pemimpin Hizbul Muslimin di tangkap oleh British yang menyebabkan gerakan ulama tersebut terpaksa bergerak “secara rahsia” dengan menyertai bahagian-bahagian agama dan pelajaran pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dengan tujuan untuk menyampaikan mesej agama kepada masyarakat[25].

Hasil dari gerakan ulama “secara rahsia” tersebut, bekas ahli-ahli Hizbul Muslimin telah menyerapkan kefahaman islam kepada masyarakat sehinggakan berjaya mengumpulkan ulama-ulama yang tersebar di Negara ini dibawah satu badan, yang melahirkan satu persidangan Ulama Malaya, yang diadakan di Muar Johor pada 21-22 Febuari 1950[26].

Dengan persidangan tersebut, melahirkan satu lagi persidangan yang sama buat kali keduanya pula pada 23 ogos 1951 bertempat di Kelab Sultan Sulaiman Kuala Lumpur.

Dari persidangan kali kedua tersebut melahirkan satu perlaksanaan usul bagi menubuhkan sebuah organisasi yang didokong oleh golongan ulama-ulama ini; yang diberi nama dengan “Persatuan Ulama Malaya”.

Dengan tertubuhkan persatuan ulama Malaya ketika itu, membayangkan golongan ulama-ulama yang mendokong persatuan ulama Malaya tersebut, keluar dari UMNO sudah tergambar, disamping banyak isu-isu islam yang gagal di atasi oleh UMNO, seperti isu Natrah, sekongkol UMNO dengan British, anjur program Funfair, Loteri dan kaberet UMNO.

Maka dengan demikian, lahirnya satu persidangan ulama Malaya yang tidak dilibatkan oleh Bahagian Agama dan pelajaran UMNO yang menyebabkan nama Persatuan Ulama Malaya bertukar kepada Persatuan Islam SeMalaya, dengan nama ringkasnya PAS[27].

Daripada perbahasan dan fakta sejarah yang dinukilkan ini, membuktikan bahawa PAS adalah sebuah jemaah islam yang tertua di Negara ini, jika dibandingkan dengan jemaah-jemaah yang lain.

Maka dengan demikian, jika di perhatikan segala perbahasan di atas difahami bahawa jemaah Islam yang wajib mengiltizamkan diri adalah PAS, bukan yang lainnya.

2. PENGAJARAN DARI AFGANISTAN UNTUK MEMAHAMI BAHAYA TAADUD JEMAAH

Taadud bermakna “berbilang-bilang”. Berbilang-bilang jemaah merupakan sesuatu yang amat bahaya kepada kesatuan umat Islam, yang kadangkala boleh melahirkan fitnah dimata-mata non muslim.

Ini di buktikan dengan kejadian yang telah berlaku di Afghanistan di zaman peperangan Islam bersama dengan tentera soviet Rusia.

Membaca sejarah Afgahnistan, didapati bahawa peperangan di Afgahnistan di zaman Soviet, gerakan jihad yang menyerang tentera Rusia terdiri dari beberapa jemaah, iaitu adalah seperti berikut;

Jemaah yang di kepalai oleh General Hekmatyar
Jemaah yang dikepalai oleh Prof Burhanuddin Rabbani
Jemaah yang dikepalai oleh Masoud.

Setelah kekalahan Rusia yang menyebabkan mereka keluar dari Afghanistan dalam keadaan hina, Afghanistan di perintah oleh golongan-golongan mujahidin ini, yang melahirkan perebutan kuasa dalam menentukan portfolio masing-masing didalam kerajaan.

Maka dengan demikian, berlakulah beberapa pertelagahan sesama mereka, terutama diantara General Hekmatyar dan Prof. Burhanuddin Rabbani sehinggakan lahirlah satu pergerakan mahasiswa (Taliban) bagi membendung perbalahan ini yang dikepalai oleh seorang ketua pelajar mereka yang bernama Mulla Omar mujahid yang berasal dari Bandar Kandahar, dan ketika itu berumur 33 tahun. Beliau telah bangkit bersama-sama dengan 15 hingga 30 orang pelajar-pelajar agama untuk menyelesaikan perbalahan ini. [28]

Tindakan permulaan Taliban dalam menyelesaikan perbalahan antara General Hekmatyar dan Prof. Burhanuddin Rabbani adalah dengan menghantar rombongan yang terdiri daripada beberapa orang Ulama dan beberapa orang Komander untuk menyelaraskan undang-undang Islam bagi menyempurnakan maksud perjuangan mereka yang sebenar.

Rombongan tersebut tidak dilayan oleh mereka berdua yang menyebabkan Taliban menghantar orang-orang tua yang berjanggut dan berpakaian putih (orang-orang yang dihormati) buat kali keduanya, untuk berbincang lagi bagi menyelaraskan undang-undang Islam dan menghentikan perbalahan diantara mereka.

Tindakan Taliban tersebut menyebabkan golongan Hekmatyar dan Burhanuddin menjadi marah dan mengambil sikap untuk menyerang Taliban. Sikap dari dua golongan ini menyebabkan berlakunya peperangan antara Taliban dengan mujahidin-mujahidin yang pernah berperang menentang Rusia terdahulu[29].

Daripada fakta sejarah Taliban ini sudah cukup untuk digambarkan betapa bahayanya fahaman “Taaddud Jemaah” yang memberi kesan buruk kepada kesatuan umat Islam. Juga, memberi gambaran buruk kepada agama Islam sendiri di mata-mata non muslim.

KESIMPULAN

Melihat segala perbahasan ini, difahami bahawa PAS adalah jemaah Islam yang wajib diiltizamkan diri oleh setiap umat Islam di Negara ini. Jika tidak berbuat demikian, maka orang islam tersebut dibimbangi berada dikalangan mereka-mereka yang mudah tergelincir ke lurah fitnah yang sedang hebat menyerang aqidah-aqidah umat islam.

Juga, setelah difahami bahawa PAS adalah jemaah Islam, maka tidak selayaknya ahli-ahli PAS yang sudah bersama dengan PAS memberi wala’ kepada jemaah yang lain dari PAS, ini kerana, perbuatan tersebut menyanggahi “maqasid” atau kandungan maksud sabda Nabi SAW;

إذا بُويِعَ لِخَلِيفَتَيْنِ فَاقْتُلُوا الْآخَرَ مِنْهُمَا

Maksudnya;
“Apabila di Baiaah dua orang khalifah, maka hendaklah di bunuh salah satu daripada kedua-duanya[30]

Kelemahan didalam sesuatu jemaah islam adalah perkara biasa, tetapi dengan kelemahan tersebut tidak bermakna mesti menubuhkan jemaah islam yang lain. Ini kerana, dengan tindakan sedemikian akan melahirkan kelemahan yang lain pula, yang dengan demikian usaha untuk mencapai matlamat tidak akan kesampaian.

Adalah tidak wajar bagi seorang doctor, apabila dia melihat klinik sahabatnya kekuarangan pakar, lalu dia menubuhkan klinik yang lain dengan harapan untuk melahirkan sebuah klinik yang sempurna. Dengan itu, kliniknya pula menghadapi kekuarangan pakar. Adalah baik baginya kalau dia menggabungkan dirinya dalam klinik yang sudah sedia ada. Kepakarannya dapat di gabungkan dengan kepakaran sahabatnya yang berada di klinik itu.

Mungkin ada dari kalangan mereka menyatakan bahawa, berbilang-bilang jemaah adalah sesuatu yang tidak menjadi kesalahan dengan bukti mereka yang merujuk kepada ulasan Dr Yusuf Al-Qaradhawi didalam bukunya “Fiqh Ad-Daulah”.

Bagi memastikan kebenaran dakwaan ini, perlu merujuk kepada tulisan Al-Qaradhawi sendiri. Setelah dibaca dari tulisan itu secara menyeluruh, didapati bahawa keizinan dari fakta Dr Yusuf Al-Qaradhawi itu adalah sekiranya semua jemaah berada dalam kefahaman dan saling kuat mengkuatkan. Hal ini boleh dirujuk didalam buku karangan Dr Yusuf Al-Qaradhawi sendiri, iaitu buku Fiqh daulah di halaman 253 (terjemahan)[31].

Jika di perhatikan di Malaysia, kewujudan jemaah yang lain tidaklah mengandungi maksud seperti yang dinyatakan oleh Dr Yusuf Al-Qaradhawi. Ini dibuktikan dengan kejadian penglibatan Dato’ Sri Anuar Ibrahim ke dalam UMNO pada tahun 1982, yang rata-rata ulama-ulama didalam ABIM dan JIM ketika itu, yang “memfatwakan” bahawa “harus masuk UMNO” sehinggakan mereka sendiri memperlekeh dengan gerak kerja yang telah dilakukan oleh PAS ketika itu.

Mudah-mudahan dengan tulisan yang terhasil dari kajian yang tidak seberapa ini memberi gambaran sebenar dalam memahami maksud “bahaya di sebalik taaddud jemaah”

Sekian
Wallahualam.


BIBLIOGRAFI

Badai’ As-Suluk Fi Tartib As-Sanai’ : ‘Alauddin Al-Kasani : Dar An-Nasyr : Bairut : 1982 : cetakan kedua

Pendita yang hilang : Mustafa Kamal Atarturk : Ahmadi Al-Aziz : Usnie Publisher : 1998 : cetakan pertama.

30 Pendekar dan pemikir Islam dari masa ke masa : Imam Munawwir : pt. Binailmu : 2006 : cetakan kedua.

Jihad dalam Politik & persoalan Negara Islam mengikut Pandangan Sa’id Hawa : Muhammad Pisol Mat isa : M Khari Enterprise : 2001 : cetakan pertama.

Abdullah Azzam : merintis khilafah yang hilang : Ibnu Ismail : Pustaka Syuhada : 2001 : cetakan kedua.

Sahih Muslim : Muslim bin Hajjaj Abu Al-Husain Al-Qusyairi An-Naisaburi : Dar Ihya’ At-Turath Al-‘Arabi : Bairut : tahqiq : Muhammad Fuad Abdul Baqi : tanpa Tarikh.

Perlembagaan Parti islam Semalaysia (PAS) Pindaan 1993

Syarh An-Nawawi ‘Ala Sahih Muslim : Abu Zakaria Yahya bin Syarf bin Mary An-Nawawi : Dar Ihya at-turath al-arabi : Bairut : 1392 H : cetakan kedua.

Al-Jami’ As-Sahih Al-Mukhtasar (sahih Al-Bukhari) : Muhammad bin Ismail Abu Abdillah Al-Bukhari Al-Ju’fi : Dar Ibni Kathir : Al-Yamamah : bairut : 1407 H : 1987 M : cetakan ketiga.

Fath Al-Bari Syarh Sahih Al-Bukhari : Ahmad bin Ali bin Hajr Abu Al-Fadhl al-‘Asqalani As-Syafii : Dar Al-Ma’rifah : Bairut : Tahqiq : Muhibbuddin : tanpa tarikh

Tradisi Pemerintahan Islam dan Kolonialisme dalam sejarah Alam Melayu : Auni Haji Abdullah : Darul Fikir Sdn Bhd : 2005 : cetakan pertama.

Tok Janggut : pejuang atau penderhaka? : Nik Anuar bin Nik Mahmud : Hazco Print : 2005 : cetakan pertama.

Al-Jami’ Li Ahkam Al-Quran : Abu Abdillah Muhammad bin Ahmad Al-Ansari Al-Qurtubi : Dar An-Nasyr : Kaherah : tanpa tarikh

15 sebab kenapa memilih PAS : Ustaz Idris bin Haji Ahmad : Angkatan Edaran Ent. Sdn. Bhd : tanpa tarikh.

Siapakah Tholiban? (terjemahan) : Fadhal Muhammad bin Nur Muhammad Yusuf Zaei : Pustaka Reka : 2001 : cetakan pertama.

Fiqh Ad-Daulah menurut perspektif Islam (terjemahan) : Dr Yusuf Al-Qaradhawi : Maktabah Al-Qardhawi, Selangor : 1998 : cetakan pertama.


Al-Bakistani
http://laptopdarulfiqh.blogspot.com

e-mail : abu_abdillah_azzam@yahoo.com


[1] Badai’ As-Suluk : 1/192.
[2] Pendita yang hilang : Mustafa Kamal Atarturk : m/s 58
[3] 30 Pendekar dan pemikir Islam dari masa ke masa : m/s 506.
[4] 30 Pendekar dan pemikir Islam dari masa ke masa : m/s 509.
[5] Jihad dalam Politik & persoalan Negara Islam mengikut Pandangan Sa’id Hawa : m/s 16-39
[6] Abdullah Azzam : merintis khilafah yang hilang : m/s 1-8.
[7] Sahih Muslim : 1/137 : hadis no : 156.
[8] Perlembagaan Parti islam Semalaysia (PAS) Pindaan 1993 : m/s 1.
[9] Sahih Muslim : 1/167 : hadis no : 70.
[10] Syarh An-Nawawi ‘Ala Sahih Muslim : 1/131
[11] Sahih Al-Bukhari : 3/1319 : hadis no : 3411.
[12] Fath Al-Bari : 13/36.
[13] Tradisi Pemerintahan Islam dan Kolonialisme dalam sejarah Alam Melayu : m/s 2.
[14] Tradisi Pemerintahan Islam dan Kolonialisme dalam sejarah Alam Melayu : m/s 4
[15] Tradisi Pemerintahan Islam dan Kolonialisme dalam sejarah alam melayu : m/s 6.
[16] Tok Janggut : pejuang atau penderhaka : m/s 24.
[17] Pendita yang hilang : Mustafa Kamal Atarturk : m/s 58.
[18] Tradisi Pemerintahan Islam dan Kolonialisme dalam sejarah alam melayu : m/s 6
[19] Sahih Muslim : 3/1480 : hadis no : 1853.
[20] Syarah Sunan Ibnu majah : 1/206.
[21] Al-Jami’ Li Ahkam Al-Quran Li Al-Qurtubi : 1/272.
[22] 15 sebab kenapa memilih PAS : 22
[23] Perlembagaan PAS (Pindaan 1993) : bab pertama fasal 1: m/s 1.
[24] 15 sebab kenapa memilih PAS : m/s 9.
[25] 15 sebab kenapa memilih PAS : m/s 9
[26] 15 sebab kenapa memilih PAS : m/s 10.
[27] 15 sebab kenapa memilih PAS : m/s 13.
[28] Siapakah Tholiban? :m/s 30
[29] Siapakah Tholiban? :m/s 45-46.
[30] Sahih Muslim : 3/1480 : hadis no : 1853.
[31] Lihat Fiqh Ad-Daulah (terjemahan) : m/s 253.

Tuesday, April 17, 2007

KEWAJIPAN MELAHIRKAN “AHMADINEJAD SUNNI” !!!

KEWAJIPAN MELAHIRKAN “AHMADINEJAD SUNNI” !!!

Utusan Malaysia pada hari ini mendedahkan tentang keberanian presiden Iran dengan rancangannya untuk menamatkan semua urus niaga minyak dalam dolar Amerika. Ini memberi isyarat tentang keberaniannya untuk memulakan serangan Iran terhadap Amerika melalui matawang[1].

Tindakan sebegini sebenarnya menggambarkan betapa beraninya seorang presiden di dunia kini terhadap musuh Islam No 1 di dunia, iaitu amerika yang sering menghina dan memperlekeh Islam dan umatnya di mata dunia.

Disebalik tindakan Ahmadinejad yang berani melawan musuh Islam No 1 itu, aku yaqini, pasti ada sebilangan dari umat Islam yang beraliran sunni tidak bersetuju dan memandangan remeh terhadap tindakan tersebut.

Walaubagaimanapun, golongan sunni yang beranggapan sedemikian tidak selayaknya meneruskan anggapan yang meleset itu, tetapi wajib berusaha kearah melahirkan seorang Presiden atau Perdana Menteri atau sultan yang mempunyai keberanian seperti Ahmadinejad.

Dunia islam kini berada dalam keadaan kegelapan, ini disebabkan dengan kejahilan dikalangan umatnya dan kecelaruan ulama-ulamanya. Maka dengan demikian, lahirlah tokoh-tokoh yang memimpin Islam dari kalangan mereka jahil. Atau, dunia islam kini seakan-akan di pimpin oleh golongan manusia yang dianggap tidak beraliran dengan aliran al-quran dan al-hadis yang sebenar.

Perkara ini telah dinyatakan oleh Rasulullah SAW;

إن الله لا ينزع العلم من الناس انتزاعا ينتزعه منهم بعد إذ أعطاهموه ولكن بقبض العلماء فإذا لم يبق عالم اتخذ الناس رؤساء جهالا يستفتونهم فيفتون بغير علم فيضلون ويضلون

Maksudnya;
“Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu daripada manusia dengan mencabut ilmu dari mereka setelah mereka diberinya, tetapi ilmu dicabut dengan dipegang ulama. Apabila ketiadaan orang alim, maka manusia akan mengambil orang jahil menjadi pemimpin. Mereka bertanyakan fatwa kepada mereka, lalu mereka memfatwakan dengan ketiadaan ilmu, mereka sesat dan menyesatkan[2]

Umat Islam teraba-raba mencari petunjuk yang sebenar, sedangkan ulama-ulamanya sering berdebat dan berbincang dalam isu yang remeh, seperti talqin, tahlil, qunut subuh dan sebagainya.

Isu yang disepakati oleh ulama tidak dijadikan sebagai agenda perjuangan ulama didalam sesebuah Negara. Maka dengan demikian, umat manusia mula menyalahkan Islam itu sendiri sebagai agama yang lemah, padahal kelemahan tersebut bukan pada agama, tetapi kepada ulama-ulama dan umatnya..

Islam telah meletakan undang-undang dan batasan-batasan yang perlu diikut dan di taati, tetapi semuanya itu tidak dijadikan sebagai perkara yang penting oleh ulama-ulama.

Dalam masa yang sama juga, musuh-musuh Islam sedang menyerang Islam dengan hebatnya. Mereka menyerang dari pelbagai sudut, samada dari sudut pemikiran, peperangan, ekonomi dan sebagainya. serangan demi serangan tersebut menjadikan umat Islam berada dalam teraba-raba.

Dalam keadaan umat Islam sedang teraba-raba, lalu timbul Ahmadinejad yang berfahaman syiah telah menunjukkan keberanian dalam menentang musuh islam no 1 itu. Maka dengan demikian, ramailah umat manusia mendakwa bahawa Islam itu adalah kepunyaan ahmadinejad, yang seterusnya menyatakan bahawa Islam adalah syiah, dan syiah adalah islam.

Siapakah yang perlu dipersalahkan dalam isu ini????

Kemana perginya ulama-ulama sunni yang sering berdebat isu khilafiyyah, tetapi masih berada dalam kepompong secular yang menyesatkan????

KELANTAN DAN IRAN : DIMANAKAH BEZANYA?

Melihat kepada reality ini, Negara-negara umat Islam sunni perlu melahirkan satu tanggungjawab untuk melakukan sesuatu tindakan kearah kemajuan Islam dari semua sudut.

Dunia menyaksikan bahawa dua buah negeri sahaja yang diperintah oleh agama, tetapi berbeza dari sudut fahaman, iaitu kelantan dan Iran.

Kelantan adalah sebuah negeri Islam, dibawah kepimpinan Tuan Guru (Maulana) Haji Nik Abdul Aziz bin Nikmat[3], seorang ulama sunni yang disegani ramai telah membuktikan kemampuan Islam dalam melaksanakan tanggungjawab Islam dengan sempurna.

Adapun Iran merupakan sebuah Negara fahaman syiah yang berjaya membuka mata dunia dalam menyerang musuh Islam di dunia kini.

Maka dengan demikian, jika iran sudah berjaya membuka mata dunia, maka sewajibkan golongan sunni berusaha kearah pembentukan sebuah tindakan yang boleh menjayakan usaha pembinaan sebuah Negara Islam sunni yang dapat mencabar Amerika.

Yang dengan itu, umat manusia akan membuka mata bahawa islam itu bukan kepunyaan syiah, tetapi Islam adalah kepunyaan sunni, iaitu Islam yang didasarkan kepada Al-Quran dan As-Sunnah.

PAS PERLU MEMERINTAH MALAYSIA UNTUK KEMULIAAN ISLAM DI DUNIA

Kemampuan yang ada pada pemerintahan kelantan dan terengganu sebelum ini telah membuktikan bahawa, PAS mampu dan berjaya memerintah dan memberi model yang terbaik untuk kekuatan Islam dan umatnya.

Kepimpinan Ulama-ulama PAS yang dikepalai oleh dua tokoh ulama hebat, iaitu Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz bin Nikmat dan Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang Muhammad telah diterima ramai, tidak kira ianya dari orang Islam dan juga mereka yang tidak beragama Islam.

Musuh-musuh islam di Negara ini, tidak kira mereka dari apa bangsa sekalipun tetap mengakui kehebatan kedua-dua tokoh ini, walaupun mereka tidak membenarkan dengan mulut, tetapi hati mereka tetap mengakuinya.

Gabungan tokoh-tokoh professional, berkepakaran dalam pelbagai bidang akan membuktikan bahawa kepimpinan Islam PAS di Malaysia akan berjaya mengegarkan dunia untuk menyerang musuh Islam no 1 dunia, iaitu Amerika dan sekutu-sekutunya.

Ketika itu, dunia yang sebelum ini memandang bahawa Islam adalah kepunyaan syiah akan melihat dan menyatakan bahawa, Islam bukan kepunyaan syiah, tetapi hakikatnya Islam adalah kepunyaan sunni.

BILAKAH TINDAKAN INI AKAN BERJAYA?

Bagi menjayakan usaha ini, tidak memadai dengan modal “air liur” dan kuasa “keybord” semata-mata, tetapi hendaklah melakukan sesuatu tindakan.

Ulama-ulama sunni perlu bersatu hati, menghindarkan perbincangan-perbincangan yang merugikan, tetapi memimpin manusia kearah penyatuan fikrah dalam menyerang musuh Islam di muka bumi.

Di Malaysia, golongan yang sering menghina Islam adalah UMNO dan Barisan Nasional. Bermula dengan agenda fahaman “pemisahan antara agama dan kehidupan” yang menyebabkan fitnah ini telah meresap masuk kedalam hati-hati umat Islam di Negara ini.

Maka dengan itu, menjatuhkan UMNO dan Barisan Nasional merupakan tindakan utama yang perlu dilakukan oleh umat Islam di Malaysia. Semua ini tidak mampu dilaksanakan, sekiranya ulama-ulama sunni masih lagi berseronok-seronok berada didalam selimut najis khinzir UMNO/BN.

PENUTUP

Dalam tulisan serba ringkas ini, marilah kita bersama menentang kekufuran yang nyata ini dengan bersama-sama memenangkan islam, terutama di Malaysia yang dicintai.

Jika di harapkan kepada UMNO/BN, sejarah telah membuktikan bahawa, Islam telah dihina oleh golongan non muslim, yang semuanya bermula dari pemerintahan UMNO/BN yang memberi ruang terhadap penghinaan tersebut.

PAS telah menawarkan model kepada dunia, maka menyokong PAS bermakna menyokong Islam, yang tidak di sokong memberi maksud tidak menyokong kemenangan Islam.

Mari sokong PAS untuk kemuliaan Islam di Malaysia dan di dunia !!!!!!!

Sekian

One_G
http://laptopdarulfiqh.blogspot.com

e-mail : abu_abdillah_azzam@yahoo.com



[1](http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0417&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_07.htm)

[2] Sahih Ibni Hibban : 15/118 : hadis no : 6723
[3] Tok Guru Nik Abdul Aziz bin Nikmat mendapat pendidikan di Universiti Deoband, India sampai kelas Dauratul hadis (lihat buku Peribadi Tuan Guru : m/s 46). Tuan Guru Nik Abdul Aziz pergi Ke India bersama dengan Ustaz Abdullah India pada tahun 1952. (Peribadi tuan Guru : m/s 47). Tuan Guru juga sempat belajar dengan seorang ulama tafsir di Pakistan, iaitu Maulana Sayyed Ahmad Hussin Al-Madani (Peribadi tuan Guru : m/s 48). Penulis sendiri pernah berjumpa dengan anak murid kepada maulana Sayyed Ahmad Hussin Al-Madini, iaitu Maulana Ghulamullah Khan di Lahore. Mengikut pengistilahan ulama-ulama India, apabila seseorang pelajar yang habis ke dauratul hadis, maka pelajar tersebut akan digelar sebagai MAULANA.