KEWAJIPAN MELAHIRKAN “AHMADINEJAD SUNNI” !!!
Utusan Malaysia pada hari ini mendedahkan tentang keberanian presiden Iran dengan rancangannya untuk menamatkan semua urus niaga minyak dalam dolar Amerika. Ini memberi isyarat tentang keberaniannya untuk memulakan serangan Iran terhadap Amerika melalui matawang[1].
Tindakan sebegini sebenarnya menggambarkan betapa beraninya seorang presiden di dunia kini terhadap musuh Islam No 1 di dunia, iaitu amerika yang sering menghina dan memperlekeh Islam dan umatnya di mata dunia.
Disebalik tindakan Ahmadinejad yang berani melawan musuh Islam No 1 itu, aku yaqini, pasti ada sebilangan dari umat Islam yang beraliran sunni tidak bersetuju dan memandangan remeh terhadap tindakan tersebut.
Walaubagaimanapun, golongan sunni yang beranggapan sedemikian tidak selayaknya meneruskan anggapan yang meleset itu, tetapi wajib berusaha kearah melahirkan seorang Presiden atau Perdana Menteri atau sultan yang mempunyai keberanian seperti Ahmadinejad.
Dunia islam kini berada dalam keadaan kegelapan, ini disebabkan dengan kejahilan dikalangan umatnya dan kecelaruan ulama-ulamanya. Maka dengan demikian, lahirlah tokoh-tokoh yang memimpin Islam dari kalangan mereka jahil. Atau, dunia islam kini seakan-akan di pimpin oleh golongan manusia yang dianggap tidak beraliran dengan aliran al-quran dan al-hadis yang sebenar.
Perkara ini telah dinyatakan oleh Rasulullah SAW;
إن الله لا ينزع العلم من الناس انتزاعا ينتزعه منهم بعد إذ أعطاهموه ولكن بقبض العلماء فإذا لم يبق عالم اتخذ الناس رؤساء جهالا يستفتونهم فيفتون بغير علم فيضلون ويضلون
Maksudnya;
“Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu daripada manusia dengan mencabut ilmu dari mereka setelah mereka diberinya, tetapi ilmu dicabut dengan dipegang ulama. Apabila ketiadaan orang alim, maka manusia akan mengambil orang jahil menjadi pemimpin. Mereka bertanyakan fatwa kepada mereka, lalu mereka memfatwakan dengan ketiadaan ilmu, mereka sesat dan menyesatkan[2]”
Umat Islam teraba-raba mencari petunjuk yang sebenar, sedangkan ulama-ulamanya sering berdebat dan berbincang dalam isu yang remeh, seperti talqin, tahlil, qunut subuh dan sebagainya.
Isu yang disepakati oleh ulama tidak dijadikan sebagai agenda perjuangan ulama didalam sesebuah Negara. Maka dengan demikian, umat manusia mula menyalahkan Islam itu sendiri sebagai agama yang lemah, padahal kelemahan tersebut bukan pada agama, tetapi kepada ulama-ulama dan umatnya..
Islam telah meletakan undang-undang dan batasan-batasan yang perlu diikut dan di taati, tetapi semuanya itu tidak dijadikan sebagai perkara yang penting oleh ulama-ulama.
Dalam masa yang sama juga, musuh-musuh Islam sedang menyerang Islam dengan hebatnya. Mereka menyerang dari pelbagai sudut, samada dari sudut pemikiran, peperangan, ekonomi dan sebagainya. serangan demi serangan tersebut menjadikan umat Islam berada dalam teraba-raba.
Dalam keadaan umat Islam sedang teraba-raba, lalu timbul Ahmadinejad yang berfahaman syiah telah menunjukkan keberanian dalam menentang musuh islam no 1 itu. Maka dengan demikian, ramailah umat manusia mendakwa bahawa Islam itu adalah kepunyaan ahmadinejad, yang seterusnya menyatakan bahawa Islam adalah syiah, dan syiah adalah islam.
Siapakah yang perlu dipersalahkan dalam isu ini????
Kemana perginya ulama-ulama sunni yang sering berdebat isu khilafiyyah, tetapi masih berada dalam kepompong secular yang menyesatkan????
KELANTAN DAN IRAN : DIMANAKAH BEZANYA?
Melihat kepada reality ini, Negara-negara umat Islam sunni perlu melahirkan satu tanggungjawab untuk melakukan sesuatu tindakan kearah kemajuan Islam dari semua sudut.
Dunia menyaksikan bahawa dua buah negeri sahaja yang diperintah oleh agama, tetapi berbeza dari sudut fahaman, iaitu kelantan dan Iran.
Kelantan adalah sebuah negeri Islam, dibawah kepimpinan Tuan Guru (Maulana) Haji Nik Abdul Aziz bin Nikmat[3], seorang ulama sunni yang disegani ramai telah membuktikan kemampuan Islam dalam melaksanakan tanggungjawab Islam dengan sempurna.
Adapun Iran merupakan sebuah Negara fahaman syiah yang berjaya membuka mata dunia dalam menyerang musuh Islam di dunia kini.
Maka dengan demikian, jika iran sudah berjaya membuka mata dunia, maka sewajibkan golongan sunni berusaha kearah pembentukan sebuah tindakan yang boleh menjayakan usaha pembinaan sebuah Negara Islam sunni yang dapat mencabar Amerika.
Yang dengan itu, umat manusia akan membuka mata bahawa islam itu bukan kepunyaan syiah, tetapi Islam adalah kepunyaan sunni, iaitu Islam yang didasarkan kepada Al-Quran dan As-Sunnah.
PAS PERLU MEMERINTAH MALAYSIA UNTUK KEMULIAAN ISLAM DI DUNIA
Kemampuan yang ada pada pemerintahan kelantan dan terengganu sebelum ini telah membuktikan bahawa, PAS mampu dan berjaya memerintah dan memberi model yang terbaik untuk kekuatan Islam dan umatnya.
Kepimpinan Ulama-ulama PAS yang dikepalai oleh dua tokoh ulama hebat, iaitu Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz bin Nikmat dan Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang Muhammad telah diterima ramai, tidak kira ianya dari orang Islam dan juga mereka yang tidak beragama Islam.
Musuh-musuh islam di Negara ini, tidak kira mereka dari apa bangsa sekalipun tetap mengakui kehebatan kedua-dua tokoh ini, walaupun mereka tidak membenarkan dengan mulut, tetapi hati mereka tetap mengakuinya.
Gabungan tokoh-tokoh professional, berkepakaran dalam pelbagai bidang akan membuktikan bahawa kepimpinan Islam PAS di Malaysia akan berjaya mengegarkan dunia untuk menyerang musuh Islam no 1 dunia, iaitu Amerika dan sekutu-sekutunya.
Ketika itu, dunia yang sebelum ini memandang bahawa Islam adalah kepunyaan syiah akan melihat dan menyatakan bahawa, Islam bukan kepunyaan syiah, tetapi hakikatnya Islam adalah kepunyaan sunni.
BILAKAH TINDAKAN INI AKAN BERJAYA?
Bagi menjayakan usaha ini, tidak memadai dengan modal “air liur” dan kuasa “keybord” semata-mata, tetapi hendaklah melakukan sesuatu tindakan.
Ulama-ulama sunni perlu bersatu hati, menghindarkan perbincangan-perbincangan yang merugikan, tetapi memimpin manusia kearah penyatuan fikrah dalam menyerang musuh Islam di muka bumi.
Di Malaysia, golongan yang sering menghina Islam adalah UMNO dan Barisan Nasional. Bermula dengan agenda fahaman “pemisahan antara agama dan kehidupan” yang menyebabkan fitnah ini telah meresap masuk kedalam hati-hati umat Islam di Negara ini.
Maka dengan itu, menjatuhkan UMNO dan Barisan Nasional merupakan tindakan utama yang perlu dilakukan oleh umat Islam di Malaysia. Semua ini tidak mampu dilaksanakan, sekiranya ulama-ulama sunni masih lagi berseronok-seronok berada didalam selimut najis khinzir UMNO/BN.
PENUTUP
Dalam tulisan serba ringkas ini, marilah kita bersama menentang kekufuran yang nyata ini dengan bersama-sama memenangkan islam, terutama di Malaysia yang dicintai.
Jika di harapkan kepada UMNO/BN, sejarah telah membuktikan bahawa, Islam telah dihina oleh golongan non muslim, yang semuanya bermula dari pemerintahan UMNO/BN yang memberi ruang terhadap penghinaan tersebut.
PAS telah menawarkan model kepada dunia, maka menyokong PAS bermakna menyokong Islam, yang tidak di sokong memberi maksud tidak menyokong kemenangan Islam.
Mari sokong PAS untuk kemuliaan Islam di Malaysia dan di dunia !!!!!!!
Sekian
One_G
http://laptopdarulfiqh.blogspot.com
e-mail : abu_abdillah_azzam@yahoo.com
[1](http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0417&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_07.htm)
[2] Sahih Ibni Hibban : 15/118 : hadis no : 6723
[3] Tok Guru Nik Abdul Aziz bin Nikmat mendapat pendidikan di Universiti Deoband, India sampai kelas Dauratul hadis (lihat buku Peribadi Tuan Guru : m/s 46). Tuan Guru Nik Abdul Aziz pergi Ke India bersama dengan Ustaz Abdullah India pada tahun 1952. (Peribadi tuan Guru : m/s 47). Tuan Guru juga sempat belajar dengan seorang ulama tafsir di Pakistan, iaitu Maulana Sayyed Ahmad Hussin Al-Madani (Peribadi tuan Guru : m/s 48). Penulis sendiri pernah berjumpa dengan anak murid kepada maulana Sayyed Ahmad Hussin Al-Madini, iaitu Maulana Ghulamullah Khan di Lahore. Mengikut pengistilahan ulama-ulama India, apabila seseorang pelajar yang habis ke dauratul hadis, maka pelajar tersebut akan digelar sebagai MAULANA.
Tuesday, April 17, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment