Saturday, April 07, 2007

MOHON BANTUAN REFOMIS MUDA UNTUK PENELITIAN FAKTA

MOHON BANTUAN REFOMIS MUDA UNTUK PENELITIAN FAKTA

Tulisanku yang lepas, iaitu tulisan yang bertajuk “At-Tasamuh dengan Wahabi, At-Tahaluf dengan Syiah” mendapat respon yang baik dari sahabat-sahabat alam maya.

Amat mengembirakan, apabila tulisan Reformis Muda yang mengkritik tulisanku itu pada hakikatnya, mengambarkan bahawa kami mempunyai kesamaan pada sudut pendirian, iaitu sokongan terhadap Al-Arqam dan Syiah bukan kepada aqidah mereka, tetapi sokongan tersebut adalah terhadap perkara-perkara yang perlu diambil pengajaran dari gerak kerja puak-puak syiah dan Al-arqam.

Tidak dinafikan bahawa Al-Arqam mempunyai jasa yang banyak terhadap umat Islam di Malaysia. Antaranya mengemukakan alternative muzik Islam, dengan menubuhkan banyak kumpulan-kumpulan Nasyid Islam yang masih kekal hingga ke hari ini. Begitujuga Syiah yang menjuarai isu-isu umat Islam di seluruh dunia.

Semua gerak kerja mereka itu patut dijadikan sebagai pengajaran kepada pendokong-pendokong perjuangan sunni, agar pendokong-pendokong sunni ini, bukan sekadar membincangkan berkenaan perkara-perkara furu’iyyah yang tidak menatijahkan kemenangan islam, tetapi perlu kepada usaha ke arah yang lebih utama, iaitu kemenangan dalam mendaulatkan islam di muka bumi Allah dan penghayatan Islam yang syumul.

Walaubagaimanapun, Refomis Muda ada menerangkan tentang penelitian beliau terhadap ulasanku berkenaan dengan Wahabi. Beliau mendatangkan beberapa ulasan yang diceduk dari kitab-kitab karangan pengikut-pengikut Muhammad Abdul Wahab.

Padaku, ulasan beliau tersebut sudah menarik minatku untuk meneliti balik pembacaanku yang dibimbangi tersalah dalam pemahaman, atau berpunca dari kekurangan bahan bacaan dari kitab-kitab yang di sebut oleh beliau.

Cumanya, ada beberapa persoalan yang bermain dipemikiranku hasil dari nukilan-nukilan kitab yang disebut oleh Refomis muda. Aku mengharapkan saudara Refomis Muda dapat menerangkan persoalan-persoalanku ini di tulisan-tulisan beliau yang akan datang – insya Allah -

Persoalan-persoalan tersebut adalah seperti berikut;

a. Apakah neraca dalam pembuktian dakwaan Refomis Muda terhadap Abdul Rahman bin Hasan bin Mohd bin Abdul wahab, Ibnu Baz, Mohd Basmir, Soleh bin Fauzan dan Abdullah bin Zaid adalah pengikut Muhammad bin Abdul Wahab?
b. Mengikut dakwaan Refomis Muda berdasarkan kitab Fathul Majid, karangan Abdul Rahman bin Hasan bin Mohd bin Abdul wahab, m/s:356, Cetakan Darul Salam, Riyadh. Mengatakan bahawa mereka menyamakan Allah dengan manusia dan juga binatang. Mereka berkata: "Allah duduk di atas kursi".

Setelah membaca tulisan tersebut, aku membuka balik kitab yang dinyatakan oleh beliau untuk memastikan dakwaan tersebut. tetapi amat malangnya, kitabku itu bukan dari cetakan Darul Salam, Riyadh yang menyebabkan aku “teraba-raba” untuk memastikan kebenaran dakwaan tersebut. Maka dengan demikian, aku minta jasa baik Refomis Muda untuk mendatangkan matannya dalam tulisan arab untuk mudah aku mencarinya didalam kitab yang ada ditanganku ini.

PENELITIAN TENTANG ALIRAN PEMIKIRAN AQIDAH

Jika meneliti balik didalam kitab-kitab aqidah, didapati bahawa kebanyakan salaf meng“isbat”kan sifat azaliyyah bagi Allah SWT daripada Ilmu, Qudrat, hayat, Sama’, Basar dan sebagainya.

Begituga, mereka mengisbatkan sifat-sifat Khabariyyah bagi Allah, seperti tangan dan wajah TANPA TA’WIL, dengan alasan segala sifat-sifat ini dinyatakan oleh Allah dalam nas.

Semua perbincangan ini bermula apabila lahirlah golongan mu’tazilah yang menafikan sifat-sifat khabariyyah Allah, lalu golongan salaf pula mengisbatkannya. Maka dengan demikian, lahirlah gelaran kepada mu’tazilah sebagai golongan “Muattilah” iaitu golongan yang menafikan sifat khabariyyah Allah dan golongan salaf pula sebagai “sifatiyyah” iaitu golongan yang mengisbatkan sifat khabariyyah Allah[1].

Walaubagaimanapun, tidak dinafikan bahawa sebahagian daripada salaf telah melampau dalam mengisbatkan sifat khabariyyah bagi Allah sehinggakan mereka telah “melakukan TASYBIH” iaitu menyamakan Allah dengan makhluk[2].

Dan tidak dinafikan juga, ada sebilangan dari salaf yang masih berada atas landasan tidak mahu menta’wilkan ayat-ayat sifat khabariyyah, bahkan segala kandungan maksud ayat-ayat tersebut diserahkan pemahamannya yang sebenar kepada Allah SWT[3].

SERANGAN MUKTAZILAH TERHADAP SALAF

Serangan muktazilah terhadap golongan salaf semakin hebat. Bagi menangkis serangan tersebut menyebabkan lahirnya dua kumpulan manusia, iaitu seperti berikut;

a. Golongan yang menta’wilkan ayat-ayat yang menceritakan sifat khabariyyah Allah
b. Golongan yang tidak menta’wil ayat-ayat yang menceritakan sifat khabariyyah Allah, tetapi tafsiran sebenarnya diserahkan semuanya kepada Allah.

Pendokong kepada golongan yang pertama (golongan yang menta’wil ayat –ayat sifat khabariyyah) adalah Imam Abu Hassan Al-Asyari, atau lebih dikenali sebagai golongan As-Asyariyyah. Kenyataan ini boleh dirujuk didalam tulisan beliau yang bertajuk “al-Luma’” yang di tulis selepas daripada mengarang kitab “Al-Ibanah[4]

Adapun antara pendokong golongan kedua (golongan yang tidak menta’wil ayat-ayat sifat Khabariyyah Allah) pula adalah Imam Ahmad bin Hanbal dan Imam Malik

Antara buktinya adalah dengan melihat kepada perkataan Imam Ahmad bin Hanbal;

لا يوصف الله الا بما وصف به نفسه أو وصفه به رسوله

Maksudnya;
“tidak boleh disifatkan kepada Allah melainkan apa yang telah disifatkan oleh Allah terhadap dirinya sendiri dan juga apa yang di sifatkan oleh Rasul-Nya[5]

Begitujuga Imam Malik dengan katanya;

الاستواء معلوم والكيف مجهول والايمان به واجب والسؤال عنه بدعة

Maksudnya;
“istiwa itu adalah perkara yang diketahui, caranya tidak diketahui, beriman dengannya adalah wajib, bertanya tentangnya adalah Bidaah[6]

DIMANAKAH MUHAMMAD ABDUL WAHAB DALAM ALIRAN-ALIRAN AQIDAH INI
Dalam tulisanku yang lepas, dengan merujuk kepada buku karangan tuan Guru haji Abdul Hadi bin Awang yang bertajuk “lahirnya firqah-firqah dikalangan umat Islam”, yang menyatakan bahawa wahabi adalah satu gerakan yang dipimpin oleh Muhammad bin Abdul Wahab merupakan sebagai penerus daripada apa yang dibawa oleh Imam Ahmad bin Hanbal dan Ibnu Taimiyyah[7].

Maka dengan demikian, difahami bahawa aliran Muhammad Abdul Wahab adalah sepertimana aliran Imam Ahmad bin Hanbal yang mengambil pendirian tidak menta’wilkan ayat-ayat sifat khabariyyah dan kandungan maksudnya diserah semua kepada Allah.

Aliran Imam Ahmad tersebut telah diteruskan oleh Ibnu Taimiyyah yang merupakan model dakwah yang digunakan oleh Muhammad bin Abdul Wahab.

Jika dibaca kitab-kitab karangan Ibnu taimiyyah pula, Ibnu Taimiyyah tidak pernah menyerang aliran pemikiran aqidah asyairah, bahkan beliau pernah membenarkan menerima manhaj asyairah sebagai penukil yang diterima pakai bagi meriwayatkan mazhab salaf.

Hal ini dinyatakan oleh Ibnu taimiyyah sendiri didalam kitabnya yang bernama “Majmu’ al-fatawa” dengan katanya;

فإنا لما أردنا أن نبين مذهب السلف ذكرنا طريقين أحدهما أنا ذكرنا ما تيسر من ذكر ألفاظهم ومن روى ذلك من أهل العلم بالأسانيد المعتبرة والثاني أنا ذكرنا من نقل مذهب السلف من جميع طوائف المسلمين من طوائف الفقهاء الأربعة ومن أهل الحديث والتصوف وأهل الكلام كالأشعري وغيره فصار مذهب السلف منقولا بإجماع الطوائف وبالتواتر لم نثبته بمجرد دعوى الإصابة لنا والخطأ لمخالفنا كما يفعل أهل البدع

Maksudnya;
“Jika kami mahu menerangkan mazhab salaf maka kami melakukannya dengan dua cara, pertama : kami menyebut lafaz-lafaz mereka yang mudah dan menyebut perawinya yang terdiri daripada ahli ilmu dengan sanad yang muktabar. Kedua; kami menyebut orang-orang yang menukilkan mazhab salaf daripada semua kumpulan Islam yang terdiri daripada fuqaha’ empat, ahl Hadis, ahli tasawwuf, ahli kalam seperti golongan Asyari dan lain-lain. Maka jadilah mazhab salaf dinukilkan dengan kesepakatan kumpulan-kumpulan (islam) dan dengan cara mutawatir. Kita tidak mengisbatkan sesuatu itu dengan semata-mata ia bertepatan dengan kita dan kita mengisbatkan salah disebabkan ia bersalahan dengan kita sebagaimana yang dilakukan oleh Ahl Bidaah[8].”

Dari ini, difahami bahawa aliran aqidah yang diperjuangkan oleh Ibnu Taimiyyah yang dijadikan oleh Muhammad bin Abdul Wahab sebagai usaha dakwah beliau tidak sekali-kali menjadikan aliran aqidah asyairah sebagai musuh. Bahkan aliran aqidah beliau itu sebenarnya mempunyai kesamaan dari sudut natijah, tetapi berbeza pada sudut uslub dalam pengistilahan.

PENUTUP

Dari tulisan Refomis Muda, aku melihat kritikan beliau terhadap Wahabi lebih kepada rujukan beliau terhadap tulisan-tulisan ulama-ulama yang didakwa pengikut wahabi, sedangkan dalam masa yang sama, beliau tidak merujuk tulisan-tulisan Muhammad Abdul Wahab sendiri.

Padaku, sekiranya wahabi yang ingin diserang, tidak selayaknya kita merujuk kepada tulisan-tulisan yang lain daripada tulisan Muhammad bin Abdul Wahab. Begitujuga, tidak selayaknya serangan terhadap Muhammad bin Abdul Wahab dirujuk melalui tulisan-tulisan musuh beliau, bahkan perlu kepada penelitian “Al-Jarh wa At-Ta’dil” dalam kritikan.

Mungkin benar kata-kata orang tua dulu-dulu;

“kalau hendak tahu keburukan seseorang, tanyalah musuhnya, tetapi jika hendak tahu kebaikan seseorang, tanyalah kekasihnya”

Tulisanku ini bukanlah untuk menyeru pembaca-pembaca kepada penglibatan diri kepada aliran wahabi ini, tetapi ingin menjelaskan atas sikap “at-tasamuh” yang perlu ditanam dalam jiwa kita untuk bersama-sama dengan pengikut wahabi untuk menyerang musuh Allah di Negara ini, iaitu system pemerintahan secular yang diperjuangkan oleh kerajaan.

Jom sama-sama lawan UMNO dan Barisan Nasional yang secular itu !!!!!!!!

Sekian

Wallahu ‘Alam

One-G
http://laptopdarulfiqh.blogspot.com
http://jihad-jalanku.blogspot.com

barangsiapa yang ingin mendalami ilmu Fiqh, Aqidah, Tafsir dan Hadis, sila layari http://one-g.blogspot.com

e-mail : abu_abdillah_azzam@yahoo.com

[1] Sumbangan Aliran Ashariyyah dan Salafiyyah di Bidang Usuluddin : Lakaran semula sejarah pemikiran Tauhid Ahl Sunnah Wa Al-Jamaah : m/s 9.
[2] Al-Milal Wa An-nahl : 1/92.
[3] Al-Milal wa An-Nahl : 1/92.
[4] Sumbangan Aliran Ashariyyah dan Salafiyyah di Bidang Usuluddin : Lakaran semula sejarah pemikiran Tauhid Ahl Sunnah Wa Al-Jamaah : m/s 14
[5] Majmu’ Al-fatawa : 5/26.
[6] Majmu’ Al-fatawa : 5/181.
[7] Lahirnya beberapa firqah di kalangan umat Islam : m/s 28.
[8] Majmu’ Al-fatawa : 4/152.

2 comments:

Mohd Masri bin Mohd Ramli said...

salam,

sheikh ttg bab duduk atas kursiy tu memang ada riwayat tu dlm fathul majid.

saya mengaji kitab ni lpas spm dgn ustaz minghat mahmud di markaz pas alor gajah.

akan ttp lpas check rasanya riwayat tu xsahih, israilliyat. dlm kelas dgn shaikh aiman ad-daqaq, anak murid al-albani dia pun terangkan tidak warid dr sunnah yg sahih Allah bersifat duduk.

so saya diskus dgn kwn2, n ustaz, maka kesilapan sheikh yg syarah kitab at-tauhid muhd ibn adb wahab ini ialah sbb mungkin dia anggap riwayat tu sahih.

sbb fahtul majid tu syarah kitab at tauhid, so dr situ leh dpt lihat aqidah ibn abd wahab dgn rujuk matan asal dlm kitab2 yg ada dlm fathul majid.

so memg satu kesilapan sheikh tu bwk riwayat israilliat tu.

Mohd Masri bin Mohd Ramli said...

قال الذهبي : حديث وكيع عن إسرائيل بحديث :إذا جلس الرب على الكرسي فاقشعر رجل عند وكيع . فغضب وكيع . وقال : أدركنا الأعمش وسفيان يحدثون بهذه الأحاديث ولا ينكرونها أخرجه عبد الله بن أحمد في كتاب الرد على الجهمية