Monday, June 26, 2006

Khilaiyyah : mengapa Umat Islam tidak boleh bersatu

KHILAFIYYAH : MENGAPA UMAT ISLAM TIDAK BOLEH BERSATU

Sudah tiga hari aku tidak mengaktifkan blogspot ini, ini disebabkan kesebukanku yang ketika itu aku berada di Kedah dengan beberapa urusan.

Walaubagaimanapun, aku di tugaskan menulis satu assaigment yang bertajuk “filsafat dan tasawwuf”. Assaighmant itu merupakan antara tugas yang patut aku lakukan bagi memenuhi keperluan dalam menyempurnakan sijil Master aku di IAIN, Jambi, Indonesia.

Aku tidak memulai lagi penulisan tersebut, tetapi isi dan point penulisan tersebut telah aku kaji. Insya Allah, aku juga akan memenuhi blogspot ini dengan Assaigmant tersebut.

UMAT ISLAM

Islam adalah suatu agama yang cantik dan menyeluruh. Keistimewaan Islam tidak dapat disamakan dengan agama-agama yang lain. Islam mengajar manusia dari sesuatu yang kecil kepada sesuatu yang besar.

Islam mengajar cara-cara membuang air dan berhadas. Islam juga mengajar cara-cara memimpin negara. Inilah bukti yang jelas atas kesyumulan islam berbanding dengan agama-agama, fahaman-fahaman, idealogi-idealogi yang lain.

Ekoran Islam adalah agama yang memberi rahmat kepada seluruh Alam, maka Islam telah dianugerahkan satu ‘perlembagaan’ yang menjadi dasar penganut-penganutnya. Perlembagaan hidup ini akan memimpin manusia menuju kepada kebahagiaan, samada di dunia dan di akhirat. Kebahagiaan itu juga dapat dikecapi oleh seluruh manusia, mereka yang muslim dan mereka yang non muslim.

Perlembagaan tersebut adalah Al-Quran dan Hadis Nabi SAW.

Dengan berpegang teguh dengan perlembagaan hidup ini, muslim dapat mengecapi kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Bagi mereka yang non muslim, mereka akan dapat mengecapi keadilan didalam kehidupan mereka di dunia dan akhirat dan mereka menerima kebahagiaan di dunia sahaja, tetapi tidak di akhirat.

Umat Islam adalah umat yang terbaik, tetapi kebaikan itu akan dikecapi sekiranya umat Islam itu menjadi umat yang melakukan tugas-tugas yang disuruh untuk diamalkan.

Umat Islam menjadi bahagia dan damai, sekiranya Umat Islam beramal dengan islam. Umat Islam akan jatuh kepada kesengsaraan, sekiranya mereka meninggalkan amalan-amalan Islam.

UMAT ISLAM DI ALAM REALITI KINI

Jika kita menjengok ke negara-negara umat islam diluar Malaysia, kita dapat melihat bagaimana kelemahan demi kelemahan berlaku dikalangan mereka. Kelemahan tersebut setelah dikaji adalah berpunca dari sikap umat Islam yang tidak mengambil islam sebagai dasar hidup mereka.

Umat islam di negara-negara islam sudah terbahagi kepada dua, iaitu golongan yang mahukan Islam dan golongan yang tidak mahukan Islam.

Golongan secular menjadi golongan yang paling kuat dalam negara-negara tersebut. Mereka berjaya menguasai tampuk kepimpinan negara. Ekoran dari itulah mereka melaksanakan agenda-agenda barat didalam negara mereka.

Adapun golongan yang mahukan Islam atau golongan Jemaah Islam, mereka sentiasa ditekan dan ditindas dimana-mana. Penindasan tersebut dilakukan bukanlah kerana mereka memperjuangkan sesuatu yang menguntungkan peribadi mereka, bahkan mereka ditindas ekoran perjuangan Islam yang diperjuangkan oleh mereka.

Hakikat perbezaan ini, bukanlah berlaku di zaman kini, tetapi ianya telah berlaku semenjak zaman Rasulullah SAW, Sahabat-sahabat, Tabiin dan hingga kiamat.

Di zaman Rasulullah SAW, kita mendengar manusia yang bernama Abdullah Bin Ubai Bin Salul, seorang keturunan arab, berwarna kulit seperti Rasulullah SAW, berserban, berjubah dan berkopiah, menunaikan solat berjamaah dibelakang Nabi SAW, berkawan dengan para sahabat-sahabat, tetapi didalam masa yang sama, dia adalah seorang yang digelarkan sebagai ‘bapa munafiq’.

Ini menunjukan, kedekilan manusia yang bertopengkan Islam itu sememangnya wujud dan akan wujud sampai bila-bila, tetapi tugas kita, hendaklah kita pastikan kita tidak tergolong dari kelompok mereka dan berhati-hati dengan mereka.

JEMAAH ISLAM

Kelompok Umat Islam yang mahukan Islam terlaksana adalah golongan yang selalunya berada dalam jemaah islam. Mereka memperjuangkan Islam dikala Islam tidak dilaksanakan. Mereka melaksanakan Islam dikala mereka sudah memerintah.

Apa yang menyedihkan, ada dari kalangan ahli Jemaah islam yang tidak mempunyai sikap dan sifat ketaatan terhadap pemimpin mereka. Setelah mereka berduka cita dan merasakan mereka ‘lebih cerdik’ dari kepimpinan jemaah, mereka tidak meluahkan perasaan mereka kepada pemimpin tersebut didalam ruangan yang disediakan, tetapi mereka menghentam dan mengambil sikap keluar dari jemaah dan menubuhkan jemaah yang lain serta mendakwa bahawa jemaah sebelum itu adalah jemaah yang salah dan tidak menepati dengan kehendak syarak.

Apa yang memelikkan, agenda yang mereka bawa itu beralasan dengan memperjuangkan kebahagiaan ummah. Maka ekoran dari itu mereka mencetuskan beberapa pandangan sehinggakan mereka mengiktiraf jemaah maksiat juga tergolong dari kelompok jemaah Islam juga.

Apakah mereka tidak berfikir tentang istilah ‘suci dalam debu’ yang diperjuangkan oleh salem didalam lagunya.

Adakah mereka sanggup makan daging yang dimasak didalam satu kawah gulai daging lembu yang bercampur dengan tahi-tahi lembu?

IJTIHAD ATAU TAASSUB

Dalam mendepani cabaran perjuangan Islam, perlu mengambil sifat ‘fatonah’ atau kecerdikan dalam melaksanakan tugas-tugas itu.

Tanpa fatonah, maka perjuangan Islam adalah perjuangan yang dianggap sebagai jemaah yang ‘mandul’ dan ‘mati pucuk’.

Seorang perempuan yang mandul atau lelaki yang mati pucuk, tidak memberi apa keistimewaan dalam kehidupannya, ekoran dari itu, perempuan atau lelaki tersebut akan merasakan dirinya bermasalah dalam menghadapi liku-liku kehidupannya itu.

Antara ‘kefatonahan’ didalam Jemaah islam ialah Jemaah itu mempunyai kekuatan didalam berijtihad dalam melakukan beberapa tindakan.

Ijtihad itu mestilah dilakukan bagi mereka yang berkemampuan dalam berijtihad. Mereka mesti berkelayakan dalam bidang ilmu-ilmu Islam dan memahami sesuatu benda yang hendak diijtihadkan.

Dr Yusuf Al-Qaradhawi menyatakan di dalam bukunya “fatawa Muasirah” jilid ke-2. di muka surat 649, ijtihad itu boleh berlaku dengan 3 sebab, iaitu seperti berikut;

a. Perkara yang tiada nas.
b. Perkara yang ada nas, tetapi mengandungi banyak tafsiran.
c. Perkara yang ada nas, tetapi mempunyai percanggahan dari segi pemahaman nas tersebut dengan nas-nas yang lain.

Perkara ijtihad juga berlaku kepada perkara-perkara yang mengandungi ‘zanniyatud dilalah’ atau pengambilan dalil secara zan.

Adapun dalam perkara yang disepakati pemahamannya, tidak boleh lagi berlaku ijtihad padanya.

IKTILAF

Ikhtilaf bermaksud perbezaan. Perbezaan yang dimaksudkan adalah perbezaan pendapat dalam perkara-perkara yang diijtihadkan.

Adapun perkara yang telah diijmakkan, atau ijtihad yang bersandar kepada dalil-dalil yang tidak betul, maka tidak boleh berlaku ikhtilaf padanya.

Ikhtilaf itu boleh berlaku kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan aqidah atau fiqh.

IKHTILAF DALAM PERKARA AQIDAH

Aqidah mengikut ulasan Dr Basri Ibrahim didalam bukunya “Bidaah, ikhtilaf dan Maslamat umum’ perkara aqidah terbahagi kepada dua, iaitu aqidah dharuri dan aqidah nazhari.

Aqidah dharuri adalah aqidah yang tidak perlu dibahasakan panjang dan boleh difahami tanpa memikirkan secara mendalam, seperti kewujudan Allah, keesaan Allah, kewujudan Nabi SAW dan sebagainya.

Aqidah Nazhari pula adalah aqidah yang memerlukan kepada kajian. Ianya kadangkala berpunca dari pelbagai tafsiran dari ulama tentangnya, seperti ayah dan ibu nabi, adakah mereka ahli syurga atau tidak, Khaidir adakah seorang nabi atau tidak dan sebagainya.

Dr Basri bin Ibrahim menyatakan, Aqidah Dharuri, dilarang berlaku ikhtilaf padanya, tetapi ikhtilaf boleh berlaku kepada perkara aqidah yang berbentuk Nazhari.

IKHTILAF DALAM PERKARA FIQH

Perkara fiqh adalah perkara yang selalu dikaitkan dengan ikhtilaf.

Walaubagaimanapun, tidak semua perkara yang yang berkaitan dengan fiqh boleh berlaku ikhtilaf, bahkan sekiranya sesuatu dalil yang dikemukakan terdiri dari ulasan yang tidak menepati dengan kehendak dan ‘turuq istinbat’ yang benar, maka ijtihad tersebut di tolak dan ternafilah ikhtilaf yang dibenarkan oleh Islam dalam masalah fiqh tersebut.

Persoalan berkenaan hukum murtad dibawah ketagori hukum hudud atau takzir adalah antara ikhtilaf fiqh yang tidak boleh ditoleransikan. Ini kerana, agenda meletakkan hukum murtad dibawah hukum takzir adalah agenda yang di lakukan oleh kelompok-kelompok secular yang sesat, menyesatkan.

Hadis yang berbunyi ;

من بدل دينه فاقتلواه

Maksudnya;
“barangsiapa yang menukar akan agamanya (murtad), maka hendak bunuh akannya”

Jelas membuktikan hukuman bunuh kepada orang murtad.

Tetapi hakikatnya, mereka sengaja mengemukakan beberapa ‘isykal’ dan keraguan tentang hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan At-Tarmizi itu dengan mendakwa ianya adalah hadis ahad.

Mereka beralasan, hadis ahad tidak boleh berhujjah dan dijadikan dalil bagi hukum-hukum yang berkaitan dengan fiqh jinayah dengan alasan hadis Rasulullah SAW;

ادرءوا الحدود بالشبهات

Maksudnya;
“tolak olehmu akan hudud (tidak perlu laksanakan hudud) dengan (sebab) ada syubhat”

Menurut mereka, Hadis ahad tidak sampai kepada darjat yaqini, bahkan dia hanya sekadar darjat zanni. Disebabkan darjat zanni itulah menyebabkan ianya dikira sebagai syubhat,

Idea ini sebenarnya hakikat permulaan penolakan hukum Islam, ini kerana, banyak hukum-hukum dalam Islam bersandarkan kepada hadis-hadis Ahad.

Apakah mereka tidak mengetahui bahawa tidak ada dalil atas perbuatan nabi menjatuhkan hukuman kepada orang yang melakukan liwat, tetapi hukumnya tetap disepakati oleh ulama sehinggakan sampai kepada darjat Ijmak Para Sahabat.

Begitulah halnya kepada hukum bunuh kepada orang murtad.

Adakah mereka berani mengatakan tindakan Saidina Abu Bakar as-siddiq membunuh orang yang ingkar membayar zakat sebagai sesuatu yang salah?

TOLERANSI DALAM PERKARA IKTILAF YANG DIBENARKAN

Ikhtilaf yang dibincang diatas telah kita perincikan. Dari ulasan tersebut, maka kita memahami bahawa ikhtilaf itu terbahagi kepada dua, iaitu ikhtilaf yang mesti di toleransikan dan ikhtilaf yang tidak boleh ditoleransikan.

Perkara ikhtilaf yang tidak boleh di toleransikan dikenali juga dengan nama “tanazuk” seperti firman Allah;

فان تنازعتم فى شئ فردواه الى الله و الرسول

Maksudnya;
“Maka jika kamu bertanazuk dalam sesuatu (urusan), maka hendaklah kamu kembali kepada Allah dan Ar-Rasul”

BIDAAH : ANTARA IKHTILAF ATAU TANAZUK

Perkara bidaah juga antara perkara yang sering dibincangkan oleh masyarakat Islam kini, terutama dari kalangan lepasan-lepasan dari benua India dan semenanjung arab.

Apa yang perlu difahami, bidaah adalah sesuatu perdebatan yang berada dibawah katagori ‘iktilaf’ bukan ‘tanazuk’.

SIKAP KITA KEPADA IKTILAF DAN TANAZUK

Sikap yang perlu dibina bagi menghadapi perkara “ikhtilaf” adalah seperti berkata Syaikh Sayed Ridha ;

نتعاون فيما اتفقنا عليه و يعذر بعضنا بعضا فيما اختلفنا فيه

Maksudnya;
“Bantu membantu pada perkara yang disepakati atasnya dan bertoleransi setengah kita dengan setengah (yang lain) pada perkara yang di iktilafkan padanya”

Adapun sikap kita dalam menghadap tanazuk adalah, kita mesti lawan sehinggakan kebenaran itu jelas dan terlaksana di muka bumi.

Firman Allah;

اذا جاء الحق وزهق الباطل , ان الباطل كان زهوقا

Maksudnya;
“apabila datang kebenaran dan hancur kebatilan, sesungguhnya kebatilan adalah sesuatu yang binasa”.


KESIMPULAN

Wahai Umat Islam, berhentilah dari bertikam lidah dalam perkara iktilaf. Jika perkara ikhtilaf hendak dibincangkan juga, bincangkan dalam keadaan adil, tanpa kutuk mengutuk, bermasam muka, bahkan berbincanglah perkara tersebut dengan muka yang senyum, berkasih sayang dan boleh menjadikan kita berpeluk sesame kita selepas dari perbincangan tersebut.

Marilah kita bersatu dalam menghadapi perkara ‘tanazuk’. Melawan dalam menghadapi golongan syirik, tidak kira ianya orang melayu atau orang bukan melayu.

Melayu bukan bukti kebenaran, tetapi kebenaran itu datang dengan Islam.

Takbirr!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


One_G
http://laptopdarulfiqh.blogspot.com
abu_abdillah_azzam@yahoo.com

Tuesday, June 20, 2006

PLURALISMA DAN LIBERALISMA : ISU YANG DIPERHANGATKAN

PLURALISMA DAN LIBERALISMA : ISU YANG DIPERHANGATKAN

Saya sudah membaca isu pluralisma dan liberalisma dari akhbar-akhbar tempatan semenjak sehari dua ini. Isu ini amat bising dibincangkan dengan hangatnya.

Setelah membaca beberapa ulasan dan pandangan-pandangan itu, penilaian yang saya buat, bahawa segala isu yang berkaitan dengan Islam, banyak tidak diberikan ruang perbincangan yang lebih adil berbanding perbincangan yang berkaitan keuntungan agama-agama yang lain dari Islam. Terutama ulasan-ulasan dari pihak media perdana, samada Utusan Malaysia, Berita Harian dan sebagainya.

Apabila Dato’ Dr Harussani mengemukakan pandangan dan cetusan pemikiran atas tindakan beberapa pihak, terutama pihak kerajaan dalam agenda mempluralisma dan mengliberalismakan agama Islam ini, seperti pengikrafan atas perayaan kongsi raya dan sebagainya. Maka banyaklah pihak-pihak tertentu menulis dan diberi ruang yang luas mengulas kenyataan itu berdasarkan kepada pemikiran dan pemahaman masing-masing didalam akhbar-akhbar perdana tersebut.

MENGAPA ISU INI DIBANGKITKAN?

Pada pandangan saya, isu ini adalah rentetan dari kenyataan beberapa orang sahabat yang telah membantu saudara-saudara kita yang berada di Yogyakarta yang telah ditimpa ujian dari Allah dengan ditimpakan mala petaka gempa bumi dan musibah yang menyebabkan banyak rumah-rumah yang runtuh, nyawa-nyawa yang terkorban dan sebagainya.

Ramai penyelamat-penyelamat dari luar Indonesia telah datang untuk memberi bantuan, tidak ketinggalan juga penyelamat-penyelamat yang datang dari Malaysia, telah membantu dengan baiknya.

Ketika masuk waktu solat, maka ada dari kalangan penyelamat-penyelamat itu telah pergi ke Masjid untuk menunaikan solat. Apa yang mengejutkan kepada mereka adalah, didalam masjid yang ingin didirikan solat itu terdapat didalamnya beberapa patung hindu dan palang Salib kristian. Bertanyakan kepada masyarakat disitu, mereka menjawab, keadaan sebegini adalah sudah biasa dan dianggap sesuatu yang tidak salah disisi mereka. (lihat dalam bernama.com)

Dari berita ini, saya merasakan bahawa musibah gempa bumi yang menimpa masyarakat yogyakarta adalah berpunca dari sikap pluralisma dan liberalisma yang diamalkan oleh masyarakat disitu.

Begitujuga, jika diperhatikan kepada firman-firman Allah, banyak gambaran yang dinyatakan bahawa punca terbelah awan dan bumi, kehancuran bukit bukau adalah disebabkan dengan sikap manusia yang telah melakukan syirik dan dosa terhadap Allah.

Firman Allah yang bermaksud;

Dan mereka berkata: "Tuhan Yang Maha Pemurah mengambil (mempunyai) anak."(88) Sesungguhnya kamu telah mendatangkan sesuatu perkara yang sangat mungkar (89) hampir-hampir langit pecah karena ucapan itu, dan bumi belah, dan gunung-gunung runtuh (90) karena mereka mendakwakan Allah Yang Maha Pemurah mempunyai anak. (91) Dan tidak layak bagi Tuhan Yang Maha Pemurah mengambil (mempunyai) anak (92) (surah maryam : 88-92)

Ayat ini menjelaskan bahawa langit, bukit bukau, gunung ganang dan sebagainya menjadi hancur dengan sebab sikap manusia yang telah melakukan syirik kepada Allah.

Jika dalam surah Maryam dari ayat 88 hingga 92, Allah menggambarkan kemarahan-Nya dengan sikap manusia ketika itu yang mengatakan bahawa Allah adalah tuhan yang mempunyai anak. Maka dengan itu, tidak mustahil punca berlakunya gempa bumi yang berlaku di yogyakarta adalah berpunca dari sikap pluralisma dan liberalisma yang diamalkan disana.

PLURALISMA DAN LIBERALISMA DI MALAYSIA

Kebimbangan bala dan azab dari Allah yang menimpa Malaysia adalah amat ketara. Kalau dua tiga tahun lepas, kejadian tsunami telah menimpa Acheh dan Malaysia juga terkena tempias dari musibah tersebut.

Kini, tsunami rompak bank, mencuri, rogol, ragut, kenaikan harga minyak dan sebagainya telah menimpa negara ini. Ini adalah berpunca dari sikap pihak berkuasa kerajaan yang tidak menambil tahu kepentingan Islam di negara ini.

Firman Allah yang bermaksud ;

Maka hendaklah mereka menyembah Tuhan Pemilik rumah ini (Ka'bah) (3) Yang telah memberi makanan kepada mereka untuk menghilangkan lapar dan mengamankan mereka dari ketakutan. (4) (surah Al-quraish : 3-4)

Jika ayat ini menceritakan tentang sifat kaum quraish yang suka bermusafir pada musim panas ke Syam dan musim sejuk ke Yaman untuk berniaga. Tetapi hakikat keamanan Quraish adalah berpunca dari penyembahan mereka kepada Allah, tuhan yang telah menghilangkan mereka dari kelaparan dan mengamankan mereka dari ketakutan.

Dalam ayat di atas ini, Jelas menggambarkan kepada kita bahawa, keamanan dari ketakutan dan keselamatan dari kelaparan adalah berpunca dari sikap manusia yang menyembah Allah.

Penyembahan tersebut, tidaklah terbatas kepada penyembahan berbentuk ibadat, bahkan maksud dengan penyembahan adalah ketaatan kepada system perundangan, ekonomi, kekeluargaan dan sebagainya yang berasaskan kepada system Allah.

Sesungguhnya masyarakat Malaysia sedang berada dalam kelaparan dan huru hara.

Terpaksa berbelanja lebih dikala kenaikan harga barang, yang berpunca dari kenaikan harga minyak adalah kelaparan yang dihadapi oleh masyarakat Malaysia kini.

Pembunuhan dimana-mana, rogol, rasuah, dipukul dan sebagainya menandakan bahawa masyarakat Malaysia sedang berada dalam keadaan yang tidak mendapat keselamatan.

Semua ini adalah berpunca dari sikap kerajaan yang tidak mendaulatkan hukum Allah.

KELAHIRAN KELOMPOK SIS, ARTIKLE 11, IFC DAN SEBAGAINYA

Apabila kelahiran golongan SIS (sisters in Islam), article 11, IFC dan sebagainya, pihak kerajaan tidak pernah mengambil apa-apa tindakan dari mereka, walaupun jelas, mereka sedang berusaha hendak menghancurkan Islam, melalui serangan pemikiran dan undang-undang.

Mereka mengadakan program seminar penggubalan agama islam sebagai agama rasmi yang tertulis dalam perlembagaan persekutuan, mendapat tempat dan diberi peluang menyatakan hak mereka dengan alasan kebebasan.

Apabila pemuda-pemuda Islam yang merasakan bahaya yang akan menimpa kepada Islam di Malaysia, mereka mengadakan demonstrasi bagi membatalkan seminar tersebut, lalu pemuda-pemuda islam tersebut diberi gelaran bodoh dan sebagainya.

Apa yang memelikkan, mereka mendakwa bahawa negara ini sebagai negara Islam, tetapi apabila isu Islam yang dibangkitkan, maka isu itu akan diherdik dan diberi peluang untuk dihina. Tetapi apabila ada pihak yang mengadakan program yang memberi kesan bahaya kepada Islam, maka pihak tersebut mendapat perhatian yang tinggi dari pihak menteri-menteri Islam Hadhari itu.

HAKIKATNYA...............

Melihat kepada realiti sekarang, kerajaan Malaysia bukanlah kerajaan yang mahukan Islam, bahkan kerajaan Malaysia adalah kerajaan yang telah menjadikan Islam sebagai batu loncatan bagi mereka mengekalkan dakyah secular mereka.

Mengapa mufti diberi ruang untuk di tohmah dan dihina, dikala beliau menyatakan kebimbangan beliau terhadap budaya pluralisma dan liberalisma yang berlaku di negara ini, tetapi golongan SIS, Artikle 11, IFC tidak ditohmah dan dihina dikala mereka mengadakan program-program dan kempen-kempen yang sememangnya jelas mencabar Islam?

Mengapa ramai orang melayu Islam merasakan kebimbangannya terhadap golongan bukan islam dan gangguan kepada masyarakat majmuk, dikala mufti mengeluarkan kenyataan tentang budaya pluralisma dan liberalisma, tetapi dimanakah mereka-mereka tersebut, dikala Nabi Muhammad di hina, Undang-undang Islam di maki, keadilan islam dicabul dan sebagainya?

Ingatlah wahai saudaraku seagama !!!!!!!!!

Apabila bala menimpa, Allah tidak akan membezakan antara orang Islam atau bukan islam. Tidak membezakan orang PAS atau orang bukan PAS, bahkan bala tersebut tidak mustahil akan menimpa diri kita semua, ekoran sikap kita tidak berusaha melakukan amar makruf dan nahi mungkar di kala maksiat berleluasa dan Islam dihina dimana-mana.

Wallahu ‘alam

One_G
Laptopdarulfiqh.blogspot.com
Abu_abdillah_azzam@yahoo.com

Monday, June 19, 2006

KEAMANAN DIMATA ISLAM HADHARI : DEMONSTARI ADALAH GANAS, POLIS PUKUL RAKYAT TIDAK GANAS!!!

KEAMANAN DIMATA ISLAM HADHARI : DEMONSTARI ADALAH GANAS, POLIS PUKUL RAKYAT TIDAK GANAS!!!

Di pagi hari, ketika aku masuk kelas hendak mengajar pelajar Maahad, aku minta tolong dengan salah seorang pelajarku membeli surat Khabar Utusan Malaysia.

Sehelai demi sehelai, helaian akhbar lidah rasmi kerajaan itu dibelek olehku, sehinggakan aku bertemu berita bekenaan kenyataan Predisen PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang berkenan Demonstrasi.

Melihat kepada ulasan dan komen dari pihak juru cakap tersebut, aku terlintas dipemikiranku tentang betapa tidak adilnya pemerintahan lembik dibawah Pak Lah yang membawa agenda Islam hadhari yang sesat menyesatkan itu.

Demonstrasi yang diizinkan kepada ahli-ahli PAS dalam menegur pihak kerajaan telah diulas dengan selumat-lumatnya, setelah keizinan itu telah diluahkan oleh Presiden PAS iaitu Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang.

PEMIMPIN-PEMIMPIN UMNO YANG BUTA

Apa yang memeranjatkan, ada dari pimpinan UMNO sanggup mengatakan bahawa demonstrasi adalah amalan yang bercanggah dengan amalan negara dan agama.

Apa yang menjadikan aku terfikir, betapa ‘banggangnya’ pemimpin UMNO dalam memahami Negara dan Agama, sehinggakan mereka berani menyatakan kebangangan mereka dalam media.

Adakah tidak mereka membaca perlembagaan Malaysia dalam perkara 10 (1) (a) (b) (c) yang memberi kebebasan kepada warganegara bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan, selama mana perhimpunan tersebut dilakukan secara aman dan dengan tidak bersenjata.

Selalunya di dalam demonstrasi yang dilancarkan oleh BA, yang melakukan punca ‘tidak aman’ adalah dari pada pihak polis yang merasakan mereka hebat di depan rakyat biasa, bukan berpunca dari rakyat.

Kita dapat melihat, bagaimana kejadian rakyat yang dipukul oleh polis sehingga menumpahkan darah, semuanya adalah berpunca dari kejahatan pihak polis yang diarah oleh bapa kejahatannya iaitu kerajaan lembik Pak Lah Badawi.

Dari segi agama pula, Islam tidak melarang melakukan bantahan ketidak puas hati rakyat terhadap pemimpin. Walaupun ada hujjah mengatakan, demonstrasi merupakan salah satu cara golongan bukan Islam, tetapi apa yang perlu diingat, tidak semua cara kuffar itu mesti di tolak, bahkan kadangkala, ianya boleh digunakan, tanpa ada larangan dari Allah.

Dalam sirah, jelas menceritakan ketika berlaku peperangan ahzab, yang mana Rasulullah menerima pandangan dari Salman Al-Farisi yang mencadangkan gali parit bagi menghadapi tindakan musuh dengan men’ciplak’ cara tersebut dari bangsa farsi yang ketika itu beragama majusi.

Begitujuga, Rasulullah s.a.w telah menggunakan kepandaian orang musyrik yang ditawan dalam peperangan badar dengan mengajar membaca dan menulis kepada orang Islam yang buta huruf (Lihat Kitab "Fatawa Maasiroh" (2/643) : karangan Dr Yusuf Al-Qardawi)

Menggunakan demonstrasi, bukanlah dianggap sebagai satu iktiqad, tetapi ianya digunakan dikala pihak kerajaan yang sudah bersifat angkuh, sudah tidak mahu mendengar rayuan rakyat dengan melakukan berbagai-bagai kejahatan terhadap rakyat, seperti menaikan harga minyak yang melampau, tarif letrik dan sebagainya.

Pemimpin UMNO sanggup mengatakan Demonstrasi adalah agenda keganasan, tetapi tindakan pihak polis dan FRU menembak dengan gas pemedih mata di Masjid At-Taqwa ketika Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Tuan Guru Haji Harun Taib dan Ustaz Wahib Endut sedang menyampaikan ceramah, tidak dianggap sebagai keganasan.

PEMIMPIN UMNO BUTA SEJARAH

Kalau baru-baru ini, UMNO telah mengadakan hari menyambut kelahiran UMNO yang ke- 60 dengan bangganya didalam istana di negeri johor.

Apakah pemimpin UMNO tidak mengetahui sejarah, bahawa UMNO yang ada sekarang bukan berumur 60 tahun, tetapi baru berumur 18 tahun (umur budak tidak boleh mengundi lagi), ini kerana berdasarkan kepada sejarah, UMNO semenjak ia ditubuhkan pada 11 Mei 1946, tidak pernah sunyi dengan permasalahan kepimpinan dan perebutan kuasa. Ia bermula apabila Sir Onn Jaafar [pengasas UMNO] melarikan diri meninggalkan perjuangan UMNO kerana wujud percanggahan pendapat di kalangan pemimpin-pemimpin UMNO ketika itu [Onn mahukan keahlian parti dibuka kepada semua kaum, tetapi hasratnya itu ditolak] dan membentuk Parti Negara menentang UMNO. Manakala, biro agamanya pula yang diketuai oleh Abdullah Fahim [datuk Abdullah] tidak senang dengan dasar UMNO yang meminggirkan Islam, lalu tinggalkan UMNO dan menubuhkan PAS pada tahun 1951 di Pulau Pinang.

Pada Tahun 1987, sekali lagi UMNO bergolak apabila Tengku Razaleigh Hamzah bangun bangkit menentang Dr. Mahathir Mohamad kerana ketidak-puasan hati terhadap dasar-dasar yang digubal oleh Mahathir yang lebih cenderung kepada sektor industri berat dan pro kepada peniaga dan meminggirkan sebahagian besar Melayu yang terlibat dalam sektor pertanian. Mahathir hampir-hampir dikalahkan oleh Razaleigh.
Peristiwa ini membawa UMNO diharamkan dan dihidupkan semula pada tahun 1987. Ini bermakna UMNO yang wujud sekarang bukan UMNO 1946, UMNO 1987. Ia berlainan sekali dengan semangat perjuangan UMNO 1946. Ia baru berusia 18 tahun, bukan 60 tahun seperti yang didakwa oleh para pemimpin UMNO yang baru sahaja selesai menyambut hari kelahiran UMNO di istana Johor. Sambutan ini merupakan satu pembohongan fakta yang nyata dan menipu rakyat, dan menyatakan ‘buta sejarah’ dari pihak pemimpin-pemimpin UMNO.

Dan kini, UMNO menyatakan bahawa tindakan demonstari adalah satu keganasan yang dilakukan oleh pembangkang. Apa yang memelikkan, mereka tidak pernah menyatakan bahawa UMNO sebagai parti keganasan, sedangkan UMNOlah adalah parti yang mencetuskan budaya demonstrasi dinegara ini ketika melawan Malayan Union yang dicadangkan oleh british pada tahun 1946, sehinggakan katanya, kehadiran rakyat melayu berdemonstrasi ketika itu hampir 10 ribu orang.

KESIMPULAN

UMNO sudah tidak ada modal untuk melawan PAS, mereka hendak menutup aib yang berlaku sesame mereka dengan mengemukakan berita-berita yang tidak menguntungkan mereka.

Hakikatnya, UMNO adalah satu parti yang mandul dalam pemerintahannya, ini kerana, bukan disebabkan kejahilan pemimpinnya, tetapi disebabkan dasar perjuangannya yang meletakan secular sebagai cara hidup.

Waalahualam.

One-G
Laptopdarulfiqh.blogsopt.com
abu_abdillah_azzam@yahoo.com

ADAKAH ISLAM MEMANDANG DEMONSTRASI SEBAGAI MAKSIAT?

ADAKAH ISLAM MEMANDANG DEMONSTRASI SEBAGAI MAKSIAT?

Aku membelek-belek akbar yang sudah lama tidak ku baca. Hampir 3 hari tidak aku membeli dan membaca Akhbar Meloya Utusan Malaysia.

Walaupun, ada orang mengatakan bahawa akhbar itu meloyakan dengan berita-berita yang ‘mengampu’ kerajaan, tetapi disebalik meloyakan itu, ada perkara manfaat yang boleh diceduk daripadanya.

Didalam belek-belekkanku itu, terjumpa satu berita berkenaan dengan ulasan dari beberapa pemimpin UMNO termasuk pemimpin no 1 mereka yang mengeluarkan kenyataan bangkangan tentang Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang telah memberi beizinan pihak PAS kepada ahli-ahli PAS dalam melaksanakan agenda demonstrasi.

Ada dari mereka menyatakan, demonstrasi dapat melemahkan ekonomi, dan ada juga yang mengatakan demonstrasi sebenarnya bercanggah dengan Islam.

DEMONSTRASI MENGIKUT ULASAN USTAZ RASUL DAHRI DALAM BUKUNYA “DEMONSTRASI ADALAH MAKSIAT BUKAN JIHAD : KEZALIMAN DIDALAM MENJATUHKAN HUKUM

Membaca akan kenyataan bahawa demonstrasi adalah amalan yang bercanggah dengan Islam, terlintas di pemikiranku, sebuah buku tulisan Ustaz Rasul Dahri tentang demonstrasi.

Didalam ulasan beliau, banyak mengkaitkan demosntrasi dengan tindakan golongan Khawarij yang telah melakukan pemberontakan terhadap khalifah ketika itu. Dengan alasan yang demikian, beliau mengistinbatkan bahawa demonstrasi adalah sesuatu yang maksiat kerana melawan kerajaan ketika itu.

Melihat kepada perbahasan ini, saya sebagai seorang yang tidaklah mempunyai ilmu yang banyak, tetapi, walaubagaimanapun, penilaian yang dapat saya lakukan adalah, tafsiran dan pendedahan yang dilakukan oleh Ustaz Rasul Dahri itu menggambarkan bahawa dia tidak berpegang kaedah ;

الحكم على شئ فرع عن تصوره
Maksudnya;
“Hukum atas sesuatu adalah furuk (cawangan) dari gambarannya”

Ustaz Rasul Dahri meletakan sesuatu hukum, tanpa melihat kepada keadaan sesuatu benda yang hendak dihukumkan. Ekoran dari itu, hukum yang dijatuhkan itu menjadi ‘berat sebelah’ dan bersikap zalim.

Bertambah zalim lagi, buku ‘Demonstrasi adalah maksiat bukan jihad’ karangan beliau disebarkan di Malaysia. Ini kerana, suasana dan bentuk demonstrasi yang diadakan di zaman Khawarij dan di Malaysia adalah dua bentuk dan maqasid yang berbeza.

HAKIKAT DEMONSTRASI

Demonstrasi adalah satu kalimah inggeris yang diambil dari kalimah demonstration. Mengikut terjemahan melayu, Demonstrasi dimaksudkan dengan ‘perhimpunan tunjuk perasaan’.

Didalam Kamus Dewan Bahasa, Demonstrasi mengandungi dua makna. Pertama: penerangan, peragaan, penunjukan tentang cara kerja sesuatu mesin, keluaran dan lain-lain; Kedua: tunjuk perasaan dengan cara berkumpul beramai-ramai, berarak dan lain-lain.

Melihat kepada dua makna tersebut, makna yang kedua adalah yang paling tepat dalam perbahasan kita ini.

Di dalam Bahasa Arab, Demonstrasi dipanggil dengan MUZHAHARAH. Di dalam perbahasan Islam, Islam membahagikan demonstrasi kepada dua bentuk, iaitu demonstrasi liar dan demonstrasi aman.

Demonstrasi liar adalah demonstrasi yang bersifat sekumpulan masyarakat di tempat-tempat umum untuk menuntut dan membantah perkara-perkara tertentu yang sudah menjadi tugas negara atau orang yang bertanggungjawab. Di dalam Demonstrasi ini, para penunjuk perasaan biasanya akan melakukan kerosakan, rusuhan, kemusnahan, membakar harta milik negara, harta umum ataupun harta individu.

Adapun Demonstrasi aman iaitu perbuatan sekumpulan masyarakat untuk menyokong, menuntut dan juga membantah sesuatu. Tindakan ini tidak akan disertai aktiviti merosakkan, menghancurkan atau membakar harta benda negara, awam atau individu. Para penunjuk perasaan akan sentiasa memerhatikan dan mematuhi hukum-hukum syara', nilai-nilai Islam dan kemaslahatan umat Islam. Mereka juga akan sentiasa menjaga adab-adab sebagai orang Islam.

ISLAM DAN DEMONSTRASI

Melihat kepada hakikat dua demonstrasi yang didedahkan, maka kita dapat menilai, yang mana satukah demonstrasi yang diharamkan dan demonstrasi yang dibenarkan didalam Islam.

Demonstrasi liar adalah sesuatu tindakan yang diharamkan didalam Islam, maka tafsiran dan qiasan yang dilakukan oleh Ustaz Rasul Dahri terhadap demonstrasi seperti demonstrasi yang di lakukan oleh Khawarij, maka itu adalah demonstrasi mengikut tafsiran yang pertama.

Adapun Demonstrasi aman, maka itu dibenarkan didalam Islam. Ini kerana, banyak bukti-bukti dan dalil-dalil yang menyatakan keharusannya. Antara dalil-dalil tersebut adalah seperti berikut;

a. Rasulullah SAW pernah melakukan demonstrasi aman di kota Makkah. Peristiwa ini terjadi setelah Nabi SAW diperintahkan oleh Allah Ta'ala supaya berdakwah secara terang-terangan. Baginda lalu memerintahkan kaum Muslimin keluar dan berjalan membentuk dua barisan menuju Ka'bah. Satu barisan dipimpin oleh Umar ibn al-Khattab dan yang satu lagi dipimpin oleh Hamzah ibnu Abdul Muthalib. Dengan diiringi laungan takbir dan kalimah suci La ilaha illallah, kaum Muslimin berjalan mengelilingi Ka'bah. Rasulullah sendiri berada di dalam kelompok tersebut memberi arahan.
b. Rasulullah SAW juga pernah menghimpunkan kaum Quraish di Bukit Safa untuk menyeru kepada mereka supaya beriman kepada Allah dan menjelaskan bahawa Baginda adalah Rasul yang diutus Allah kepada manusia.
c. Melihat kepada falsafah Haji, yang mana, Allah mengizinkan haji hanya dilakukan di Mekkah di hari-hari yang ditetapkan sahaja. Disamping mengerjakan haji, di suruh supaya melakukan tawaf dan bertalbiyyah sebagai cara hendak menyatakan hasrat hati dan ‘tunjuk perasaan’ didepan Allah.

Melihat kepada ‘istidlal’ ini, tidaklah Islam melarang Demonstrasi secara mutlak, seperti yang didakwa oleh Ustaz Rasul Dahri itu.

Sekiranya, cara non muslim sahaja menggunakan demonstrasi menjadi hujjah atas larangan berdemonstrasi, maka tidak semua perkara yang datang dari orang yang bukan Islam adalah di tolak, bahkan ada perkara yang datang dari bukan islam, di terima dan dibenarkan diamalkan didalam Islam, tetapi kebenaran tersebut, hendaklah berdasarkan kepada ketiadaan percanggahannya dengan nas-nas yang qatii dan yang lebih jelas.

Antara dalil mengatakan, tidak semua cara non muslim mesti di tolak adalah seperti berikut;

a. Sirah menjelaskan, ketika berlaku peperangan ahzab, Rasulullah SAW telah meminta pandangan dari kalangan sahabat supaya menyatakan pandangan-pandangan mereka. Lalu telah memberi pandangan oleh Salman Al-Farisi dengan menggali parit dengan alasan, taktik peperangan itu diamalkan oleh golongan Majusi (golongan yang menyembah Api) di Farsi ketika itu. Mendengar pandangan tersebut, Rasulullah menerimanya.
b. Di dalam sirah juga jelas menyatakan penerimaan Rasulullah SAW menjadikan golongan kuffar quraish yang ditawan dalam peperangan Badar, supaya menjadi guru-guru yang mengajar kepada anak-anak orang Islam di kala itu.

Dengan hujjah-hujjah ini, dapatlah kita membuat kesimpulan, bahawa Islam tidak melarang melakukan demonstrasi yang aman, tetapi Islam melarang demonstrasi liar.

PERSOALAN YANG TIMBUL

Membaca buku ‘demonstrasi adalah maksiat bukan jihad’ karangan Ustaz Rasul Dahri itu, terlintas di pemikiran ini, apakah yang diingini oleh Ustaz Rasul Dahri. Ini kerana, buku itu disebarkan di negara ini.

Apakah Ustaz Rasul menganggap bahawa Malaysia pimpinan UMNO dan BN ini adalah kerajaan Islam seperti kerajaan Islam dibawah kepimpinan Saidina Osman?

Sekiranya itulah sangkaan Ustaz Rasul, maka jelas Ustaz Rasul telah tersasar dari jalan yang lurus, ini kerana, kerajaan Islam Hadhari Malaysia bukanlah kerajaan Islam mengikut metod dan bentuk kerajaan Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW dan Khulafa ar-Rasyidin, bahkan ianya adalah kerajaan secular yang sesat dan menyesatkan.

Pembuktian ini jelas dari sandaran kerajaan bukanlah kepada al-quran dan al-hadis, tetapi sandarannya adalah perlembagaan persekutuan yang ditubukan oleh suruhanjaya red yang bernama lord red.

Adapun mengikut metod kerajaan Islam yang ditubuhkan oleh Rasulullah SAW, bahawa didalam perlembagaan Madinah itu ada tersebut;


انكم مهما اختلفتم فيه من شيء فان مرده الى الله عز و جل والى محمد – صلى الله عليه و سلم

Maksudnya;
“Sesungguhnya kamu, apabila kamu berbeza-beza padanya daripada sesuatu perkara, maka sesungguhnya, tempat kembalinya adalah kepada Allah dan kepada Muhammad s.a.w”
(Lihat “Al-Bidayah Wa An-Nihayah” (3/232) : Al-Hafiz Abi Fida’ Ismail bin Kathir : Dar At-Taqwa : tanpa tarikh)


Wallahu a’lam.

Bahan Rujukan

1. Al-Fatawa : Dr Atiyyah Saqqar
2. Al-Fatawa Al-Maasirah : Dr Yusuf Al-Qaradhari
3. Al-Bidayah wa An-Nihayah : Imam Ibnu Kathir.
4. Dewan Bahasa dan Pustaka
5. Demonstrasi adalah maksiat, bukan jihad : Ustaz Rasul bin Dahri.
6. Utusan Malaysia.

One_G
laptopdarulfiqh.blogspot.com
abu_abdillah_azzam@yahoo.com

Saturday, June 17, 2006

SEKULARKAH PERLEMBAGAAN MALAYSIA?

SEKULARKAH PERLEMBAGAAN MALAYSIA?

Perlembagaan Malaysia merupakan rujukan utama dalam Negara Malaysia ini, ianya di asaskan ketika pembubaran Malayan Union dan Persekutuan Tanah Melayu di tubuhkan.

Bermula dari situlah Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu di isytiharkan iaitu pada 1 Februari 1948[1].

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu ini tertubuh dengan mengikut acuan sekular, samada dari pembentukan dan penyusunannya. Ianya di tubuhkan oleh satu badan perlembagaan di bawah jajahan British yang dinamakannya sebagai badan suruhanjaya reid yang dikepalai oleh seorang hakim British iaitu lord reid.[2]

Antara penyataan yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948 adalah seperti berikut;

(a) Persekutuan Tanah Melayu yang dibentuk dianggotai oleh sembilan buah negeri, iaitu Selangor, Johor, Pahang, Kedah, Perak, Terengganu, Kelantan, Perlis, Negeri Sembilan dan dua negeri-negeri selat iaitu Melaka dan Pulau Pinang.
(b) Persekutuan tanah Melayu diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British;
(c) Kedaulatan Raja-raja Melayu dikekalkan dan menjadi Raja berpelembagaan;
(d) Hak istimewa orang Melayu dikekalkan
(e) Syarat pemberian hak kerakyatan dikekalkan[3]

Perlembagaan persekutuan Tanah Melayu 1948 ini telah di gubal pada 1956 apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan dan pada bulan ogos 1957, perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 diisytiharkan[4].

Pembentukan perlembagaan ini dicapai hasil daripada rundingan dan tolak ansur antara rakyat pelbagai kaum, terutamanya yang berkaitan dengan;

(a) Syarat pengurniaan kerakyatan kaum lain;
(b) Hak keistimewaan orang Melayu

Pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 ini menjadi asas kepada pembentukan perlembagaan Negara kita pada hari ini[5].

Banyak kenyataan-kenyataan yang menyatakan bahawa perlembagaan persekutuan ini adalah sekular, antaranya adalah seperti Tunku Abdul Rahman putra iaitu Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Perdana Menteri kedua dan ketiga juga mengisyitiharkan Perlembagaan Persekutuan ini adalah sekular.

Begitjuga, ramai dari tokoh-tokoh undang-undang Negara yang menyatakan bahawa perlembagaan persekutuan adalah sekular, antaranya adalah Tun Salleh Abbas, Al-Marhum Tun Sufian dan Al-marhum Tan Sri Hashim Yop A. Sani[6].

DEFINISI SEKULAR

Perkataan sekularisme berasal dari kata Yunani iaitu “saeculum” yang beerti “keduniaan”. Kemudian istilah itu dipakai dalam bahasa Inggeris dengan perkataan “secular”.[7]

Dr Atiah Saqqar menyatakan pula, sekular atau dalam bahasa arabnya “Ilmaniyyah” adalah berasal dari bahasa eropah yang memberi makna “لا دينية” iaitu “tiada keagamaan (dalam apa juga tindakan, keadaan dan sebagainya).[8]

Adapun definisinya dari segi Istilah adalah seperti berikut;

Drs. A. Shamad Hamid : “Sekularisme adalah suatu fahaman atau aliran yang menganggap bahawa ajaran agama harus dipisahkan dari urusan Negara. Agama tidak berhak mencampuri urusan politik, ekonomi, pendidikan, undang-undang dan kenegaraan”

Muhammad Al-Bahi : “secularisme adalah suatu kepercayaan dan kefahaman yang menganggap bahawa urusan keagamaan dan ketuhanan atau gereja tidak harus dicampurkan dengan urusan Negara, politik dan pedtadbiran”.[9]

SEJARAH KELAHIRAN FAHAMAN SEKULAR

Sejarah kelahiran fahaman sekular adalah bermula di Eropah dalam abad pertengahan. Ianya bermula dari ketidak puas hatinya masyarakat Eropah terhadap sikap golongan gereja ketika itu yang ingin berkuasa secara mutlak dan gagal membawa kemajuan.

Dengan situasi itulah, dizaman renaissance, lahir tokoh-tokoh pemikir di kalangan masyarakat Eropah yang berani menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap sikap golongan gereja yang terlalu mengongkong dan menyekat kebebasan berfikir dan menyuarakan kehendak hati masing-masing.

Usaha demi usaha dilakukan oleh golongan pemikir tersebut, menyebabkan usaha mereka berjaya dan mereka berjaya membezakan antara urusan gereja dan urusan kenegaraan. Mereka memperuntukan urusan perkahwinan, ibadat, kematian, kebajikan dan sebagainya kepada gereja dan urusan pentadbiran Negara, pendidikan, pertanian dan sebagaikan kepada pihak Negara.[10]

Secara menyeluruhnya, dapat dirasakan bahawa kelahiran fahaman secular ini adalah berpunca dari kekalahan golongan kuffar barat dari tangan umat Islam dalam peperangan salib.

Dalam kekalahan itu, pihak kuffar barat mempelajari bahawa umat Islam tidak boleh dikalahkan dengan kekuatan badan, ini kerana, kekuatan badan umat Islam adalah berpunca kekuatan aqidah mereka.

Oleh yang demikian, mereka telah menyusun strategi bagi melawan umat Islam, bukan lagi dengan kekuatan badan tetapi mereka menyerang kekuatan aqidah umat Islam atau dinamakan sebagai “ghuzwah al-fikri” atau serangan pemikiran.[11]

Berbagai-bagai strategi yang telah dilakukan golongan kuffar barat tersebut, seperti mereka membaratkan ilmu-ilmu islam, memalsukan Aqidah umat Islam, melemahkan semangat jihad, menghapuskan undang-undang Islam dan menggantikan dengan undang-undang barat, membaratkan umat Islam menerusi berbagai-bagai cara, meragukan umat Islam dari agamanya, memperkenalkan sistem pemerintahan yang membezakan antara agama dan pemerintahan yang lebih dikenali sebagai sekular dan sebagainya.

Dari sudut pendidikan, mereka mendidik akal umat Islam sehinggakan kejayaan itu terserlah dengan pemikiran umat islam yang sanggup menyatakan bahawa, jika umat Islam hendak mendalami ilmu Islam, mestilah pergi dibarat.

Mereka juga berjaya mendidik pemikiran umat islam supaya mementingkan urusan keduniaan berbanding urusan akhirat.[12]

Dalam sistem pemerintahan, mereka perkenalkan dengan system pemerintahan sekular yang telah mereka kuasai banyak Negara umat-umat Islam, termasuklah Malaysia.

PERLEMBAGAAN MALAYSIA : ANTARA ISLAM DAN SEKULAR

Ada dari kalangan umat Islam kini mengatakan bahawa perlembagaan Malaysia adalah perlembagaan Islam, bukan sekular dengan alasan mereka kepada perkara 3 fasal (1) perlembagaan Malaysia : “Agama Islam ialah agama bagi persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai dimana-mana bahagian Persekutuan”[13]

Bagi menjawab anggapan ini, hendaklah kita kembali kepada pemahaman maksud sebenar “agama persekutuan” dan sejarahnya.

Setelah parti perikatan mencapai kemenangan besar dalam pilihanraya dalam bulan jun 1955, maka satu jawatankuasa penggubal perlembagaan telah dibentuk dalam bulan Mac 1956 yang diketuai oleh Lord Reid. Laporan jawatankuasa itu telah siap dalam bulan Disember, 1956. Akhirnya perlembagaan Persekutuan di luluskan oleh majlis perundangan persekutuan pada 27hb. Ogos, 1957.

Peruntukan mengenai Islam dalam perlembagaan tersebut adalah semata-mata bagi mengekalkan hak Raja-raja Melayu mengenai adat istiadat dan agama Islam sebagaimana yang telah ditetapkan dalam perjanjian persekutuan tahun 1895. Oleh yang demikian, peruntukan mengenai Islam dalam Perlembagaan Malaysia itu tidak ada maksud sama sekali untuk mendaulatkan agama Islam.

Adapun maksud sebenar bagi agama Islam adalah agama persekutuan yang termaktub dalam perlembagaan Malaysia adalah agama Islam diberi keistimewaan dalam kegiatannya seperti pihak kerajaan boleh menggunakan “kumpulan wang awam” untuk pembinaan Masjid, gaji Imam, mendirikan sekolah agama, Yayasan islam dan sebagainya.

Peruntukan perkara 3 fasal (1) itu bukanlah bermaksud undang-undang islam atau syarak menjadi undang-undang Malaysia, sebab Malaysia ditubuhkan berdasarkan falsafah barat yang memisahkan agama dari urusan pemerintahan.

Melihat kepada keadaan ini, Islam dalam perlembagaan Malaysia bukanlah bermakna Islam di Malaysia boleh di daulatkan, tetapi ianya hanya mampu dalam penyebaran dan perkembangan Islam di Malaysia.[14]

BENTUK PERLEMBAGAAN ISLAM

Melihat ulasan di atas berkenaan Perlembagaan Malaysia maka jelas kepada kita ianya bercanggah dengan system pemerintahan islam, ini kerana, Islam adalah agama yang mesti didaulatkan dalam semua sudut, samada dari sudut pemerintahan, perlaksanaan dan sebagainya, bukan sekadar untuk diperkembangkan dan disebarkannya sahaja.

Kerajaan islam menjadikan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w sebagai bahan rujukan utama berbeza dengan cara pemerintahan Malaysia yang meletakan rujukan utama adalah perlembagaan Malaysia yang ditubuhkan mengikut acuan sekular itu.

Buktinya adalah kepada system pemerintahan yang telah dibina oleh Rasulullah s.a.w, dengannya dapat diketahui dengan terbentuknya sebuah piagam madinah yang dibentuk oleh Rasulullah s.a.w sendiri. Di dalamnya adalah menyebut;

انكم مهما اختلفتم فيه من شيء فان مرده الى الله عز و جل والى محمد – صلى الله عليه و سلم

Maksudnya;
“Sesungguhnya kamu, apabila kamu berbeza-beza padanya daripada sesuatu perkara, maka sesungguhnya, tempat kembalinya adalah kepada Allah dan kepada Muhammad s.a.w”[15]

Ini menyalahi dengan Perlembagaan Malaysia yang menetapkan bahawa perlembagaan persekutuan Tanah Melayu 1957, yang penggubalannya di ketuai oleh seorang hakim British yang bernama Lord Reid, sebagai asas rujukan dan pembentukan perlembagaan hari ini.[16]

Di dalam pemerintahan Islam, Al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w berada di tempat yang paling tinggi. Majlis syura hanyalah berperanan untuk menentukan bentuk perlaksanaan perkara-perkara qatii (putus), bukan memutuskan samada setuju atau tidak perlaksanaanya. Adapun nas Al-Quran dan Al-Hadis yang khilaf, majlis Syura ini berperanan memilih mazhab-mazhab atau pendapat yang paling maslahat untuk rakyat.

Dari sinilah terbentuknya perlembagaan Islam. Kemudiannya perlembagaan Islam itu akan dikuatkuasakan oleh kuasa eksekutif[17].

Melihat kepada keterangan ini, fahamlah kita, bahawa undang-undang dalam Negara Islam wujud sebelum wujudnya Negara. Adapun undang-undang Negara bukan islam wujud selepas wujudnya Negara[18].

Jelaslah, Perlembagaan Malaysia bukanlah perlembagaan Islam seperti didakwa oleh sesetengah pensyarah Universiti tempatan bahkan ianya adalah perlembagaan sekular yang bercanggah dengan Islam.



Wallahu A’lam

One_G
Laptopdarulfiqh.blogspot.com
abu_abdillah_azzam@yahoo.com


[1] Lihat buku “Target PKSR Kajian tempatan” : m/s 104 : Hammal Umar: Sasbadi Sdn Bhd : 2000/2001
[2] Lihat buku “Syubhat wa Uqbat haul Tatbiq as-Syariah fi Maliziya” : m/s 17 : Abdul Hadi bin Al-Haj : Dar At-Tauzik wa an-nasyr al-islamiyyah : 2004.
[3] Lihat buku “ Target PKSR Kajian Tempatan” : m/s 104 : Hammal Umar : Sasbadi Sdn Bhd : 2000/2001
[4] Lihat buku “Target PKSR Kajian Tempatan” :m/s 104 : Hammal Umar : Sasbadi Sdn Bhd : 2000/2001
[5] Lihat buku “Target PKSR Kajian Tempatan” : m/s 105 : Hammal Umar : Target PKSR Kajian tempatan : 2000/2001
[6] Lihat “Hadharah Islamiyyah Bukan Islam Hadhari” : m/s 39 : Abdul Hadi Awang : Nufair Street sdn bhd : 2005.
[7] Lihat “Islam dalam Kehidupan Masyarakat” :m/s 104. : Zaluddin Haji Sulaiman : Darul Nu’man : 1995
[8] Lihat “Al-Fatawa min Ahsan al-kalam fi al-fatawa wa al-ahkam” m/s 413 : Syaikh Dr Atiyyah Saqqar : Al-Maktabah At-Taufiqiyyah : tanpa tarikh.
[9] Lihat “Islam dalam Kehidupan Masyarakat” m/s 105 : Zaluddin Haji Sulaiman : Darul Nu’man : 1995
[10] Lihat “Islam dalam kehidupan Masyarakat” m/s 105-106 : Zaluddin Haji Sulaiman : Darul Nu’man : 1995
[11] Lihat “Tasawwur Islam” :m/s 6 : Prof. Dr Haron Din : Hizbi Sdn Bhd : 1992


[12] Lihat “Tasawwur Islam” m/s 9-11. : Prof. Dr Haron Din : Hizbi Sdn Bhd : 1992


[13] Lihat “perlembagaan persekutuan (hingga 15hb September 2003)” m/s 2.
[14] Lihat “ Strategi menjawab sejarah Islam” m/s 564-565 : Prof. Madya Jahid Haji Sidek : Nurin enterprise : 1993


[15] Lihat “Al-Bidayah Wa An-Nihayah” (3/232) : Al-Hafiz Abi Fida’ Ismail bin Kathir : Dar At-Taqwa : tanpa tarikh
[16] Lihat “Target PKSR Kajian Tempatan” m/s 105. : Hammal Umar : Sasbadi Sdn Bhd : 2000/2001
Perlembagaan Malaysia yang ada pada hari ini adalah hasil daripada laporan yang dibuat oleh Jawatankuasa Perlembagaan yang diketuai oleh Lord Reid yang telah disiapkan pada bulan Desimber 1956. Akhirnya Perlembagaan persekutuan di luluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan pada 27hb, Ogos 1957: sila lihat “Strategi menjawab Sejarah Islam” m/s 559 : Prof. Madya Jahid Haji Sidek : Nurin enterprise : 1993
[17] Eksekutif : orang atau golongan yang mempunyai kuasa dan tanggungjawab berkaitan dengan pentadbiran atau pengurusan sesuatu organisasi. : lihat Kamus Dewan, Edisi ketiga : m/s 329
[18] Lihat “Islam Hadhari menurut Syeikh Anwar Jundi” m/s 63. : Ustaz Haji Zaharuddin bin Mohammad : 2005

Friday, June 16, 2006

ZAKAT DALAM KHUTBAH JUMAAT?

ZAKAT DALAM KHUTBAH JUMAAT?

Hari Jumaat adalah penghulu sekelian hari. Antara kelebihan di hari Jumaat adalah, umat Islam bersama-sama menunaikan solat Jumaat secara berjemaah di masjid-masjid.

Hari Jumaat, 16 June 2006. aku telah pergi ke Masjid Bandar Baru sungai Buloh atau dikenali dengan masjid kuning sungai Buloh, untuk menunaikan solat Jumaat.

Aku sampai agak terlewat, iaitu ketika bilal sedang melaungkan azannya yang kedua. Setibanya aku di masjid, Imam sudah memulai khutbahnya.

Aku tidak memperdulikan khutbah tersebut, ini kerana, aku belum lagi menunaikan solat sunat Tahyatul masjid.

Tanpa menghiraukan khutbah yang dibaca, aku menunaikan solat sunat tahyatul masjid secara ringan, dua rakaat sebagai mengikut suruhan nabi terhadap seorang sahabat yang datang lambat untuk solat Jumaat, iaitu ketika Rasulullah s.a.w sedang berkhutbah, lalu Rasulullah SAW yang sedang berkhutbah itu bertanyakan kepada sahabat tersebut, adakah dia sudah menunaikan solat tahyatul masjid atau belum, lalu dijawabnya, belum. Maka Rasulullah SAW pun menyuruh dia bangkit dan menunaikan dua rakaat yang ringan.

Walaupun ulama berselisih pendapat tentang solat dua rakaat tersebut, adakah ianya adalah solat Tahyatul Masjid atau dua rakaat qabliyyah Jumaat. Walaubagaimanapun, pendapat yang kuat menyatakan, dua rakaat tersebut adalah dua rakaat Tahyatul masjid, bukan dua rakaat Qabliyyah Jumaat, ini kerana, tiada dalil yang menyokong bahawa wujudnya sunat qabliyyah Jumaat.

SETELAH SOLAT TAHYATUL MASJID

Setelah selesai menunaikan solat sunat tahyatul masjid, aku pun menumpukan perhatianku kepada khutbah yang dibaca oleh Khatib yang berasal dari negeri terengganu itu.

Khatib membaca khutbah tersebut dengan pelat terengganu, sehinggakan, agak ‘lucu’ juga apabila dia menyebut beberapa kalimah yang berasal dari inggeris, tetapi ‘pelat’nya itu telah mengalahkannya dari menyebut kalimah tersebut dengan betul. Tapi apakan daya, terimalah seadanya.

Memerhatikan khutbah tersebut, rupa-rupanya, focus khutbah jumaat minggu ini adalah berkenaan zakat.

Zakat adalah salah satu sumber ekonomi yang diwujudkan oleh islam. Maqasid disebalik zakat adalah bertujuan hendak menjaga mereka-mereka yang lemah, samada dari kalangan fakir, miskin, orang yang dalam fi sabilillah, Ibnu Sabil dan sebagainya.

Firman Allah yang bermaksud;

“sesungguhnya zakat-zakat itu hanyalah untuk orang-orang faqir, orang-orang miskin, amil-amil zakat, para muallaf yang di pujuk hatinya, untuk (memerdeka) budak, orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai suatu ketetapan yang diwajibkan Allah. Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana” (surah At-taubah : 60)

Bahkan berlaku dizaman Omar Abdul Aziz, dikala zakat terlalu banyak, maka Omar telah menyuruh mencari orang yang hendak berkahwin, tetapi tidak mencukupi kewangan, bahawa berhubung dengan pihak kerajaan untuk memohon bantuan zakat, bagi memudahkan urusan perkahwinannya.

Berbalik dengan khutbah jumaat tadi, aku terfikir, tidak ada satupun isi khutbah tersebut menyebut tentang pembelaan kepada fakir miskin, ibnu sabil, fi sabilillah dan sebagainya.

Bahkan khutbah itu dipenuhi dengan larangan tidak membayar zakat dan balasan azab kepada orang yang tidak menunaikan tanggungjawabnya menunaikan zakat.

Apa yang menyebabkan aku terfikir lagi berkenaan ulasan khatib tersebut (berdasarkan teks yang dibaca), apakah pihak kerajaan ini sangat suka mementingkan unsur-unsur yang menguntungkan berbentuk kebendaan dari unsure-unsur yang berbentuk kerohaniaan.

Aku tidak bermaksud, zakat tidak memberi impak besar kepada rohani, tetapi apa yang difikirkan adalah, selayaknya khutbah kali ini membincangkan tentang penyelewengan terhadap Islam dengan tertimbulnya usaha-usaha yang hendak mengliberalkan Islam, dengan berbagai-bagai tindakan dan program, seperti mengadakan program kongsi raya, semua agama adalah baik dan sebagainya.

Jika hendak dibincangkan perkara yang berkaitan zakat pun, itu tidak mengapa, tetapi kenapa perkara yang dibincangkan adalah berkenaan hukum orang yang tidak membayar zakat berbanding pengagihan zakat yang sempurna?

Berdasarkan kepada pengalamanku sendiri. Aku telah mengislamkan seorang lelaki berketerunan cina dari pulau pinang. Aku berjaya mengislamnya, selepas aku mengajar di surau Al-Azhar, apartment Cempaka, Bandar Sri Damansara. Melihat kepada tempat yang diislam itu di surau yang bernama Al-azhar, maka aku namakan cina tersebut dengan nama Azhar juga.

Keislamannya itu menyebabkan aku berbangga, ini kerana, aku sebagai seorang yang bergelar ‘ustaz’, apabila ditanya oleh Allah diakhirat nanti tentang usaha dakwahku kepada non muslim, sekurang-kurangnya aku ada jawapan yang diberikan bahawa, aku sudah mengislamkan seorang lelaki cina.

Selang beberapa minggu, Azhar yang diislamkan itu telah menelefonku menceritakan masalah kewangan yang dihadapinya. Lalu tanpa melengahkan masa, aku mengambil dia di Sri damansara dan membawa dia pergi di pejabat Pusat Zakat Selangor di Bukat Rahman Putra untuk membuat permohonan zakat dari PPZS (Pusat Pungutan Zakat Selangor).

Apa yang menyedihkan, semasa aku sampai di pejabat tersebut, aku terpaksa menunggu, kerana ada seseorang yang sedang membayar zakat. Dikala orang tersebut sudah selesai, si ustaz kaunter zakat tersebut bersalaman dengan lelaki tersebut dengan cara berdiri, sebagai tanda penghormatannya kepada orang yang membayar zakat di PPZ itu.

Tibalah giliranku bersama azhar untuk berjumpa dengan kaunter zakat tersebut. Apabila menceritakan hasrat kedatangan kami tersebut, kaunter tersebut melayanku dengan sikap ‘acuh tak acuh’ dan tidak menghormati kami. Mungkin penghormatan itu tidak layak diberikan kepada kami kerana kedatangan kami tidaklah sepertimana kedatangan lelaki sebelum kami tadi.

Bukan sekadar itu sahaja, kaunter itu menyatakan, azhar tidak boleh menerima zakat disitu, bahkan dia mesti pergi ke pejabat agama yang berhampiran terlebih dahulu, untuk mengesahkan keislamannya terlebih dahulu.

Apa yang memelikkanku ketika itu adalah, Azhar telah menunjukan kad keislamannya berserta kad pengenalannya. Apakah itu tidak memadai?

Disebabkan meraikan dan menghormati pihak PPZ, aku ikut saja kata-kata kaunter tersebut dan terus pergi ke Pejabat Agama Islam Selangor (JAIS) di Kuang untuk menyatakan hasrat kami itu.

Setelah sampai disana, kami diperkenalkan dengan seorang pegawai pejabat agama yang menjaga hal ehwal muaalaf yang baru masuk Islam.

Apa yang menyedihkan lagi, setelah ditanya, jawapan yang diberikan kepada kami adalah, Azhar tidak layak menerima zakat kerana dia masuk Islam tidak sampai 1 tahun lagi.

Persoalan yang terfikir kepadaku, adakah ini layanan kerajaan terhadap orang muallaf yang baru masuk Islam?

Tidak hairanlah, jika Malaysia yang didakwa oleh pemimpin-pemimpinya sebagai Negara Islam, tetapi golongan non muslim berani melawan islam.

Tidak hairan juga, jika Dato’ Dr Harussani sendiri pernah mendedahkan bahawa sudah ada 250,000 orang yang sudah berdaftar untuk menjadi murtad, keluar dari islam.

Sepatutnya, zakat sangat-sangat digalakan diberi kepada orang baru masuk Islam. Barulah dikatakan sebagai ‘muallafah al-qulub’.

Bahkan ada fatwa dari ulama menyatakan kebenaran diberikan zakat kepada orang yang bukan islam, tetapi dia sudah mempunyai cirri-ciri kehendaknya menerima Islam.

HAKIKAT KERAJAAN MALAYSIA

Kerajaan sangat bersemangat untuk melaksanakan tanggungjawab mengutip zakat, tetapi mereka tidak bersemangat membahagikan zakat mengikut kehendak Islam yang sebenar.

Mungkin silapnya pada namanya, ini kerana, nama PPZ ketika itu adalah “PUSAT PUNGUTAN ZAKAT” atau sekarang sudah ditukar kepada LPZ iaitu “LEMBAGA PUNGUTAN ZAKAT”.

Kalau nama itu puncanya, selayaknya pihak kerajaan menubuhkan satu lagi badan yang bernama “PUSAT PENGAGIHAN ZAKAT”, agar zakat tidak dijadikan sebagai barang simpanan atau barang muzium.

Firman Allah yang bermaksud;

“dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya kepada jalan Allah, maka beritahulah kepada mereka (bahawa mereka mendapat) siksa yang pedih. Pada hari dipanaskan emas perak itu dalam neraka Jahannam, lalu dibakarka dengannya dahi mereka, lambung dan punggung mereka (lalu dikatakan kepada mereka). “inilah harta bendamu yang kamu simpan untuk dirimu sendiri, maka rasakanlah sekarang (akibat dari) apa yang kamu simpan itu” (surah at-taubah : 34-35)

Pihak Kerajaan mereka-reka system birokrasi, dengan alasan bimbang duit zakat diselewengi, sedangkan dalam masa yang sama, pihak kerajaan tidak memandang berat dengan penyelewengan dari pihak menteri.

Pihak kerajaan, sangat ‘cakna’ kepada pungutan zakat, tetapi pihak kerajaan tidak ‘cakna’ kepada golongan-golongan yang tidak sembahyang, menghina Islam, sisters in Islam, IFC dan sebagainya.

Inilah hakikat kerajaan Islam Hadhari yang dicorakkan oleh pak Lah Badawi.

Sekian

Wallahu ‘Alam.


One_G
Laptopdarulfiqh.blogspot.com
abu_abdillah_azzam@yahoo.com
Wallahu ‘Alam

Thursday, June 15, 2006

HUKUM BEKERJA DI KEDAI YANG MENJUAL ARAK

HUKUM BEKERJA DI KEDAI YANG MENJUAL ARAK

Dengan Nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan Salam atas Rasulullah SAW: amma ba’d;

HUKUM MINUM DAN JUAL ARAK

Sesungguhnya keharaman arak, telah dinyatakan oleh Allah dengan firman-Nya;

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنْصَابُ وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ إِنَّمَا يُرِيدُ الشَّيْطَانُ أَنْ يُوقِعَ بَيْنَكُمُ الْعَدَاوَةَ وَالْبَغْضَاءَ فِي الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ وَيَصُدَّكُمْ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ وَعَنِ الصَّلَاةِ فَهَلْ أَنْتُمْ مُنْتَهُونَ

Maksudnya;
“Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingat Allah dan sembahyang; maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu)” (surah Al-Maidah : 90-91)

Sesungguhnya Allah melaknat sepuluh golongan yang berkaitan dengan arak, iaitu berdasarkan kepada Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas;

أن النبي صلى الله عليه وسلم أتاه جبريل فقال‏:‏ يا محمد إن الله لعن الخمر وعاصرها ومعتصرها‏،‏ وحاملها والمحمولة إليه وشاربها وبائعها‏،‏ ومبتاعها وساقيها‏

Maksudnya;
“Sesungguhnya Nabi SAW didatangi oleh Jibril lalu berkata : Wahai Muhammad, Sesungguhnya Allah melaknat arak dan pemerahnya, Orang yang meminta memerahnya, pembawanya, yang dibawa kepadanya, peminumnya, penjualnya, pembelinya dan penuangnya” (hadis riwayat At-Tarmizi, Abu Daud dan Hakim. Telah mensahehkannya oleh Syaikh Albani didalam “saheh Jamik Saghir (2/907))

Dari firman Allah dan Hadis yang tersebut, jelas kepada kita bahawa arak adalah sesuatu yang diharamkan oleh Allah.

BEKERJA DI PASARAYA YANG ADA MENJUAL ARAK

Fuqaha’ telah menetapkan kaedah umum, iaitu ;

أن للوسائل أحكام المقاصد

Maksudnya;
“Sesungguhnya, bagi (hukum) Wasilah (perantara) seperti hukum maqasid (tujuan)”

Maka dengan demikian, setiap perkara yang membawa kepada haram, maka ianya dikira sebagai haram dalam apa jua bentuk sekalipun, ini kerana, ianya dibawah ketegori ta’awun (Bantu membantu) dalam melakukan dosa.

Firman Allah ;

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ

Maksudnya;
“Bantu membantulah kamu dalam melakukan kebajikan dan ketaqwaan, dan jangan kamu Bantu membantu dalam perkara dosa dan permusuhan” (surah Maidah : 2)

Imam Al-Izz Bin Abdus Salam menyatakan didalam kitab Qawaid Al-Ahkam ;

للوسائل أحكام المقاصد فالوسيلة إلى أفضل المقاصد هي أفضل الوسائل والوسيلة إلى أرذل المقاصد هي أرذل الوسائل

Maksudnya;
“Bagi Wasail (perantara) adalah hukum maqasid. Wasilah kepada maqasid yang afdhal adalah seafdhal-afdhal Wasail. Dan Wasilah kepada seburuk-buruk Maqasid adalah seburuk-buruk Wasail” (lihat Qawaid Al-Ahkam (1/46)

Dari kaedah ini, difahami bahawa setiap perkara yang membawa kepada haram, maka perkara tersebut dikira sebagai haram juga.

Sekiranya bank yang mengamalkan system riba adalah sesuatu yang diharamkan, maka semua tindakan kearah memajukan bank tersebut dikira sebagai haram. Seperti orang yang bekerja sebagai akauntannya, scuritinya, juru kira-kiranya dan seterusnya.

Ini dikuatkan lagi dengan sabda Rasulullah SAW;

لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم آكل الربا ومؤكله وكاتبه وشاهديه وقال : هم سواء
رواه مسلم.
Maksudnya;
“Melaknat oleh Rasulullah SAW akan pemakan riba, pewakilnya, penulisnya dan dua saksinya. Dan berkata: mereka (semuanya) adalah sama (dari segi dosa)” (hadis riwayat Muslim)

Begitujuga, hukum haram kepada orang yang menjual dan bersekongkol dalam memajukan arak.

Ini dikuatkan dengan sabda Rasulullah SAW dalam hadis yang saheh;

إن الله تعالى حرّم بيع الخمر والميتة والخنزير والأصنام

Maksudnya;
“Sesungguhnya Allah ta’ala mengharamkan Jual Arak, bangkai, Khinzir dan Patung berhala” (hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Berkata As-Syaikh Ibnu Quddamah Al-Muqaddasi dalam mensyarahkan perkataan Al-Khurqi;

‏وبيع العصير ممن يتخذه خمراً باطل

Maksudnya;
“menjual perahan (anggur atau apa pun) kepada orang yang mengambilnya (untuk dijadikan) arak, adalah batil”

Sebahagian Ulama Syafiiyyah berpendapat, menjual perahan (anggur) kepada orang yang hendak menjadikan arak adalah haram. Tetapi makruh sekiranya disangsikan untuk dijadikan arak.

Berkata As-Syaikh Ibnu Quddamah ;

“Begitulah hukum pada tiap-tiap perkara yang diqasadkan kepada yang haram, seperti menjual senjata kepada ahli harb (orang yang mesti diperangi) atau kepada qutta’ at-tariq (perompak tengah jalan), atau pada melakukan perkara fitnah, dan menjual akan alat muzik atau menyewakannya (untuk dijadikan alat melalaikan) atau menyewakan rumahnya untuk menjual arak padanya, atau menyewakan rumah untuk dijadikan gereja atau rumah api (untuk orang majusi) dan yang seumpama dengannya. Maka semua ini adalah haram dan aqadnya juga batal” (Al-Mughni : 4/207)

APA YANG HENDAK DIBUAT DENGAN HARTA HARAM?

Setiap harta yang terhasil dari pekerjaan haram, wajib di bersihkannya dengan di habiskan kepada bentuk kebajikan dan untuk kemaslahatan umum, seperti diberikan kepada fakir miskin, orang yang memerlukan, anak-anak yatim, muassasah kemasyarakatan atau seumpama dengannya.

Tidak harus kepada pemilik harta haram itu membelanjakan harta tersebut untuk dirinya, isterinya dan semua tanggungannya.

Harta haram tersebut tidak boleh dibuang dan dibazirkan, ini kerana perbuatan tersebut dilarang oleh Syarak.

Harta tersebut juga, mesti diambil dari pihak pemberi gaji, ini kerana, sekiranya tidak diambil, pihak ‘pemberi gaji’ akan menggunakan duit tersebut kepada menguatkan lagi usahanya kepada perkara yang haram.(lihat ulasan Dr Yusuf Al-Qaradhawi dalam kitab “Fatawa Maasarah” (1/606))

Maka dengan demikian, duit yang terhasil dari perkara haram, adalah haram bagi diri pekerja dan diri ‘pemberi gaji’. Oleh itu, wajib kepada pekerja mengambil duit tersebut dan diberikan kepada tempat-tempat kebajikan, seperti rumah anak yatim, fakir miskin dan sebagainya.

KESIMPULAN

Ingatlah sabda Rasulullah SAW dari hadis yang diriwayatkan oleh An-Nu’man bin Basyir RA;

الحلال بين والحرام بين وبينهما أمور مشتبهات فمن اتقى الشبهات فقد استبرأ لدينه وعرضه

Maksudnya;
“Halal itu jelas dan haram itu jelas. Dan diantara kedua-duanya adalah perkara yang kesamaran. Barangsiapa yang takut (menjauhi) perkara syubhat (kesamaran), maka sesungguhnya dia telah membersihkan bagi agamanya dan maruahnya” (muttafaqun Alaih)


Kepada sesiapa yang mempunyai kawan yang masih lagi bekerja di tempat-tempat yang bergelumang dengan perkara haram, wajib kepadanya menasihati kawan-kawannya itu agar mencari rezki dan bekerja di tempat yang lain.

Pesanlah kepada mereka dengan firman Allah;

وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجًا وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ وَمَنْ يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ إِنَّ اللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا

Maksudnya;
“Barangsiapa yang takutkan Allah, nescaya Allah jadikannya jalan keluar dan merezkikannya dari sudut yang tidak disangka-sangka. Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, maka itu memadainya. Sesungguhnya Allah menyampaikan urusannya, sesungguhnya Allah menjadikan bagi setiap perkara dalam keadaan berkuasa” (surah At-Talaq : 2-3)

Begitujuga, firman Allah lagi

وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مِنْ أَمْرِهِ يُسْراً

Maksudnya;
“Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, Allah jadikan kepadanya dari urusannya menjadi mudah” (surah At-Talaq : 4)

Wallahu A’lam

One_G
Laptopdarulfiqh
abu_abdillah_azzam@yahoo.com

GULA OH GULA

GULA OH GULA

Gula merupakan salah satu kesempurnaan makanan, ketiadaan gula bermakna segala makanan dan minuman yang menjadi sesuatu yang wajib bagi kehidupan dirasakan tidak menepati dengan kehendak.

Mutakhir ini, Malaysia dikejutkan dengan kekurangan bekalan gula, sehinggakan ramai yang mengeluarkan pandangan tentang ‘kehilangan’ gula dengan tidak disangka-sangka.

Utusan Malaysia hari ini, antara berita menarik yang diajukan adalah bekenaan dengan ketidak setujuannya pihak persatuan pengguna kedah atau CAKE atas gesaan pihak FOMCA kepada pihak kerajaan supaya dapat menyelesaikan masalah gula dalam masa seminggu. Ianya dianggap sebagai gesaan yang seakan-akan tidak bertamadun.

Begitujuga, didalam ruangan forum, ada dari kalangan penulis yang mengajak seluruh rakyat Malaysia supaya menghayati penyakit diabetes yang berpunca dari gula.

Ada juga yang memberi pandangan agar pengguna memboikot gula, agar pihak yang ‘menyorokan’ gula itu dapat mengeluarkan bekalan gula yang disoroknya itu.

Berbagai-bagai reaksi dari pihak-pihak tertentu mengemukakan pandangan tentang tsunami kekurangan bekalan gula yang berlaku dinegara ini.

Saya sebagai rakyat Malaysia, yang merasakan ingin mengatakan beberapa pandangan dan pemikiran yang dirasakan mesti difikirkan oleh pihak rakyat.

SIAPA YANG SALAH?

Bila membaca muka depan utusan Malaysia yang bertajuk besarnya “Boikot Gula”, bagi saya amat memelikkan kepada kita, seakan-akan dalam isu ini, kita lebih menyalahkan kepada pihak yang monopoli gula yang sememangnya sudah dibawah ketagori ‘jahat’.

Tetapi dalam masa yang sama, kita tidak melihat kepada skop yang lebih luas. Adakah kita tidak melihat bagaimana kenaikan harga minyak yang melampau baru-baru ini, tidak memberi kesan kepada kenaikan harga barang termasuklah harga gula?

Apa yang dirasakan agak ‘pelik’, bagaimana mungkin, minyak dinaikkan, tetapi dalam masa yang sama, kerajaan melarang harga barang dinaikkan.

Apakah kerajaan menganggap, sekarang ini, Malaysia menggunakan pengangkutan yang digunakan pada zaman ‘batu’ ? yang mana, kebanyakan urusan pengakutan digunakan dengan kuasa binatang dan kuasa ‘tongkat ali’(kekuatan tubuh badan manusia)

Kalau pengangkutan zaman ‘batu’ yang diamalkan di Malaysia, maka apakah ini yang dikatakan hadhari mengikut idea Pak Lah?

Hakikatnya, semua pengangkutan di negara ini menggunakan kenderaan berminyak, samada kenderaan itu berbentuk pengangkutan persendirian atau pengangkutan dalam memunggah barang.

Segala proses-proses perkilangan dizaman kini menggunakan kuasa enjin yang sememangnya memakai kuasa minyak. Ini menunjukan minyak di zaman dahulu tidaklah sama seperti kegunaan minyak dizaman moden ini.

Kalau dahulu, minyak dipandangan sebagai sesuatu keperluan sampingan, tetapi dizaman kini, minyak adalah sesuatu keperluan asasi dalam kehidupan.

Melihat keadaan ini, dikala kerajaan menaikan harga minyak, maka akan berlaku perubahan pada harga barang. Mana mungkin peniaga yang biasa dengan sesuatu harga, hendak mengurangkan harga keuntungan perniagaannya, ditambah pula dizaman manusia yang sedang mengejar kekayaan yang tidak mengenal halal dan haram.

Inilah yang punca gerakan ekonomi yang tidak berasaskan kepada islam.

OLEH ITU

Kesimpulan dalam isu ini, tindakan dari pihak FOMCA atas desakan mereka terhadap pihak kementerian adalah sesuatu wajar, dan ‘idea’ cadangan rakyat memboikot gula adalah sesuatu idea yang kurang bijak.

Selayaknya, golongan kerajaanlah yang layak dipersalahkan dalam isu ini. Maka dengan itu, bagi rakyat Malaysia yang tidak berpuas hati dengan tsunami kekurangan gula ini, sewajibnya mereka meninggalkan UMNO dan BN dalam pilihanraya akan datang.


Kembalilah kepada Islam, demi menyelesaikan tsunami kekurangan bekalan gula!!!!!!!!!!

Takbir!!!!!!!

abu_abdillah_azzam@yahoo.com

GULA OH GULA

GULA OH GULA

Gula merupakan salah satu kesempurnaan makanan, ketiadaan gula bermakna segala makanan dan minuman yang menjadi sesuatu yang wajib bagi kehidupan dirasakan tidak menepati dengan kehendak.

Mutakhir ini, Malaysia dikejutkan dengan kekurangan bekalan gula, sehinggakan ramai yang mengeluarkan pandangan tentang ‘kehilangan’ gula dengan tidak disangka-sangka.

Utusan Malaysia hari ini, antara berita menarik yang diajukan adalah bekenaan dengan ketidak setujuannya pihak persatuan pengguna kedah atau CAKE atas gesaan pihak FOMCA kepada pihak kerajaan supaya dapat menyelesaikan masalah gula dalam masa seminggu. Ianya dianggap sebagai gesaan yang seakan-akan tidak bertamadun.

Begitujuga, didalam ruangan forum, ada dari kalangan penulis yang mengajak seluruh rakyat Malaysia supaya menghayati penyakit diabetes yang berpunca dari gula.

Ada juga yang memberi pandangan agar pengguna memboikot gula, agar pihak yang ‘menyorokan’ gula itu dapat mengeluarkan bekalan gula yang disoroknya itu.

Berbagai-bagai reaksi dari pihak-pihak tertentu mengemukakan pandangan tentang tsunami kekurangan bekalan gula yang berlaku dinegara ini.

Saya sebagai rakyat Malaysia, yang merasakan ingin mengatakan beberapa pandangan dan pemikiran yang dirasakan mesti difikirkan oleh pihak rakyat.

SIAPA YANG SALAH?

Bila membaca muka depan utusan Malaysia yang bertajuk besarnya “Boikot Gula”, bagi saya amat memelikkan kepada kita, seakan-akan dalam isu ini, kita lebih menyalahkan kepada pihak yang monopoli gula yang sememangnya sudah dibawah ketagori ‘jahat’.

Tetapi dalam masa yang sama, kita tidak melihat kepada skop yang lebih luas. Adakah kita tidak melihat bagaimana kenaikan harga minyak yang melampau baru-baru ini, tidak memberi kesan kepada kenaikan harga barang termasuklah harga gula?

Apa yang dirasakan agak ‘pelik’, bagaimana mungkin, minyak dinaikkan, tetapi dalam masa yang sama, kerajaan melarang harga barang dinaikkan.

Apakah kerajaan menganggap, sekarang ini, Malaysia menggunakan pengangkutan yang digunakan pada zaman ‘batu’ ? yang mana, kebanyakan urusan pengakutan digunakan dengan kuasa binatang dan kuasa ‘tongkat ali’(kekuatan tubuh badan manusia)

Kalau pengangkutan zaman ‘batu’ yang diamalkan di Malaysia, maka apakah ini yang dikatakan hadhari mengikut idea Pak Lah?

Hakikatnya, semua pengangkutan di negara ini menggunakan kenderaan berminyak, samada kenderaan itu berbentuk pengangkutan persendirian atau pengangkutan dalam memunggah barang.

Segala proses-proses perkilangan dizaman kini menggunakan kuasa enjin yang sememangnya memakai kuasa minyak. Ini menunjukan minyak di zaman dahulu tidaklah sama seperti kegunaan minyak dizaman moden ini.

Kalau dahulu, minyak dipandangan sebagai sesuatu keperluan sampingan, tetapi dizaman kini, minyak adalah sesuatu keperluan asasi dalam kehidupan.

Melihat keadaan ini, dikala kerajaan menaikan harga minyak, maka akan berlaku perubahan pada harga barang. Mana mungkin peniaga yang biasa dengan sesuatu harga, hendak mengurangkan harga keuntungan perniagaannya, ditambah pula dizaman manusia yang sedang mengejar kekayaan yang tidak mengenal halal dan haram.

Inilah yang punca gerakan ekonomi yang tidak berasaskan kepada islam.

OLEH ITU

Kesimpulan dalam isu ini, tindakan dari pihak FOMCA atas desakan mereka terhadap pihak kementerian adalah sesuatu wajar, dan ‘idea’ cadangan rakyat memboikot gula adalah sesuatu idea yang kurang bijak.

Selayaknya, golongan kerajaanlah yang layak dipersalahkan dalam isu ini. Maka dengan itu, bagi rakyat Malaysia yang tidak berpuas hati dengan tsunami kekurangan gula ini, sewajibnya mereka meninggalkan UMNO dan BN dalam pilihanraya akan datang.


Kembalilah kepada Islam, demi menyelesaikan tsunami kekurangan bekalan gula!!!!!!!!!!

Takbir!!!!!!!

abu_abdillah_azzam@yahoo.com

gula, oh gula, dimana engkau gula

GULA OH GULA

Gula merupakan salah satu kesempurnaan makanan, ketiadaan gula bermakna segala makanan dan minuman yang menjadi sesuatu yang wajib bagi kehidupan dirasakan tidak menepati dengan kehendak.

Mutakhir ini, Malaysia dikejutkan dengan kekurangan bekalan gula, sehinggakan ramai yang mengeluarkan pandangan tentang ‘kehilangan’ gula dengan tidak disangka-sangka.

Utusan Malaysia hari ini, antara berita menarik yang diajukan adalah bekenaan dengan ketidak setujuannya pihak persatuan pengguna kedah atau CAKE atas gesaan pihak FOMCA kepada pihak kerajaan supaya dapat menyelesaikan masalah gula dalam masa seminggu. Ianya dianggap sebagai gesaan yang seakan-akan tidak bertamadun.

Begitujuga, didalam ruangan forum, ada dari kalangan penulis yang mengajak seluruh rakyat Malaysia supaya menghayati penyakit diabetes yang berpunca dari gula.

Ada juga yang memberi pandangan agar pengguna memboikot gula, agar pihak yang ‘menyorokan’ gula itu dapat mengeluarkan bekalan gula yang disoroknya itu.

Berbagai-bagai reaksi dari pihak-pihak tertentu mengemukakan pandangan tentang tsunami kekurangan bekalan gula yang berlaku dinegara ini.

Saya sebagai rakyat Malaysia, yang merasakan ingin mengatakan beberapa pandangan dan pemikiran yang dirasakan mesti difikirkan oleh pihak rakyat.

SIAPA YANG SALAH?

Bila membaca muka depan utusan Malaysia yang bertajuk besarnya “Boikot Gula”, bagi saya amat memelikkan kepada kita, seakan-akan dalam isu ini, kita lebih menyalahkan kepada pihak yang monopoli gula yang sememangnya sudah dibawah ketagori ‘jahat’.

Tetapi dalam masa yang sama, kita tidak melihat kepada skop yang lebih luas. Adakah kita tidak melihat bagaimana kenaikan harga minyak yang melampau baru-baru ini, tidak memberi kesan kepada kenaikan harga barang termasuklah harga gula?

Apa yang dirasakan agak ‘pelik’, bagaimana mungkin, minyak dinaikkan, tetapi dalam masa yang sama, kerajaan melarang harga barang dinaikkan.

Apakah kerajaan menganggap, sekarang ini, Malaysia menggunakan pengangkutan yang digunakan pada zaman ‘batu’ ? yang mana, kebanyakan urusan pengakutan digunakan dengan kuasa binatang dan kuasa ‘tongkat ali’(kekuatan tubuh badan manusia)

Kalau pengangkutan zaman ‘batu’ yang diamalkan di Malaysia, maka apakah ini yang dikatakan hadhari mengikut idea Pak Lah?

Hakikatnya, semua pengangkutan di negara ini menggunakan kenderaan berminyak, samada kenderaan itu berbentuk pengangkutan persendirian atau pengangkutan dalam memunggah barang.

Segala proses-proses perkilangan dizaman kini menggunakan kuasa enjin yang sememangnya memakai kuasa minyak. Ini menunjukan minyak di zaman dahulu tidaklah sama seperti kegunaan minyak dizaman moden ini.

Kalau dahulu, minyak dipandangan sebagai sesuatu keperluan sampingan, tetapi dizaman kini, minyak adalah sesuatu keperluan asasi dalam kehidupan.

Melihat keadaan ini, dikala kerajaan menaikan harga minyak, maka akan berlaku perubahan pada harga barang. Mana mungkin peniaga yang biasa dengan sesuatu harga, hendak mengurangkan harga keuntungan perniagaannya, ditambah pula dizaman manusia yang sedang mengejar kekayaan yang tidak mengenal halal dan haram.

Inilah yang punca gerakan ekonomi yang tidak berasaskan kepada islam.

OLEH ITU

Kesimpulan dalam isu ini, tindakan dari pihak FOMCA atas desakan mereka terhadap pihak kementerian adalah sesuatu wajar, dan ‘idea’ cadangan rakyat memboikot gula adalah sesuatu idea yang kurang bijak.

Selayaknya, golongan kerajaanlah yang layak dipersalahkan dalam isu ini. Maka dengan itu, bagi rakyat Malaysia yang tidak berpuas hati dengan tsunami kekurangan gula ini, sewajibnya mereka meninggalkan UMNO dan BN dalam pilihanraya akan datang.


Kembalilah kepada Islam, demi menyelesaikan tsunami kekurangan bekalan gula!!!!!!!!!!

Takbir!!!!!!!

abu_abdillah_azzam@yahoo.com

KENAPA KELAHIRAN FIKRAH UMMAH CENTRIC BOLEH BERLAKU?

KENAPA KELAHIRAN FIKRAH UMMAH CENTRIC BOLEH BERLAKU?

Pertama kali mendengar kalimah Ummah Centric, saya agak terkejut. Kehadiran fikrah baru yang dipelopori oleh akhi mazliee malik itu agak ‘mengkelam kabutkan’ fikrah-fikrah jemaah islam yang terbesar di Malaysia, iaitu PAS.

Walaubagaimanapun, ‘kelam kabut’ tersebut tidaklah menggoyangkan fikrah bagi mereka yang faham erti Jamaah, tetapi fikrah tersebut telah berjaya mempengaruhi golongan yang tidak mempunyai kemantapan ‘menjawab’ dan berhujjah dari segi kefahaman mereka terhadap jamaah.

Walaupun Mazliee Malik berjaya mengulas beberapa pandangannya terhadap fahaman baru yang dibawanya itu, tetapi hakikatnya kejayaannya hanya bersifat ‘syok sendiri’, ini kerana, banyak persoalan-persoalan dari pelajar-pelajar yang hadir dalam majlis kuliah ummah centric yang di adakan di Rumah Kapten Hafis Firdaus, tidak dapat dijawab dengan meyaqinkan, bahkan dipenuhi dengan jawapan yang bersifat “mengelak diri” sahaja.

Begitujuga, bangkangan-bangkangan dari pihak ‘ustaz-ustaz fikrah’ dari PAS tidak berjaya dijawab oleh Mazliee, bahkan bersifat “mengelakkan diri” juga.

TERPENGARUH DENGAN BENTUK DAKWAH TOK GURU-TOK GURU ARAB

Jika dahulu, rata-rata orang Malaysia didedahkan dengan kehebatan tok guru-tok guru dari pondok-pondok, dengan kemampuan mereka mendedahkan ilmu turath atau dikenali dengan ilmu-ilmu kitab kuning.

Kehebatan itu dipandang remeh, dikala ramai dari pelajar-pelajar dalam jurusan agama sudah mula melanjutkan pengajian mereka di negara-negara yang bersifat fleksibel dalam penerimaan dan beramal mazhab, seperti Mesir, Jordan, Syria, Pakistan dan sebagainya.

Ramai juga dikalangan pelajar-pelajar itu, telah terpengaruh dengan bentuk-bentuk dakwah dari sebilangan “syaikh-syaikh” arab, seperti terpengaruh dengan bentuk dakwah Syaikh Abdul Hadi Al-Yamani, Syaikh Albani, Syaikh Zarwali Khan, Syaikh Uthaimin, Syaikh Abdul Aziz bin Baz dan sebagainya.

Pengaruh-pengaruh dakwah sebegini telah dibawa pulang oleh mereka dan disebarkan di negara ini. Maka hasil dari keadaan itu, lahirlah pula beberapa istilah, seperti gerakan salafi, Wahabi , Kaum Muda dan sebagainya.

Walaupun, dahulunya istilah Wahabi sudah dimasyhurkan oleh golongan pondok-pondok di Fatani, atau dengan panggilan lain ‘kaum muda’, tetapi kehadiran itu tidak menggugat kekuatan agenda pengajian-pengajian pondok disana dikala itu.

Tetapi, di zaman kini, kekuatan pengajian pondok sudah hampir pupus, maka kekuatan Wahabi ini telah terserlah dan lebih bersemangat bergerak di sana (fatani) dan juga di sini (Malaysia).

Apa yang menarik dan memelikkan, bagaimana rata-rata kebanyakan rakyat Malaysia mudah menerima agenda ini?

Tetapi setelah difikir dan diselidiki, fahaman ini mudah diterima, kerana kemantapan hujjah dari pihak pembawa agenda wahabi itu, berbanding dengan kebolehan pihak ‘ustaz-ustaz kitab kuning’, yang sekadar berhujjah dengan merujuk kepada kitab-kitab jawi, tanpa berjaya mengemukakan dalil-dalil dari nas yang asal iaitu al-quran dan al-hadis s.a.w.

Kadangkala, ustaz-ustaz pondok berhujjah dengan merujuk kepada kitab-kitab tersebut, tetapi hujjah yang dikemukakan dapat dijawab dari pihak ustaz-ustaz wahabi tadi dengan mensyak wa sangkakan pengambilan hujjah tersebut, samada disebabkan kelemahan istidlal atau disebabkan dalil tersebut bersumberkan dari riwayat israiliyyat, syiiyyat, melayuwiyyat, arabiyyat dan sebagainya.

APA PUNCANYA

Golongan pondok adalah golongan yang kebanyakan mereka terlalu taassub dengan pendapat dalam mazhab Syafii, sehinggakan mereka sanggup mengatakan, sekiranya ada pendapat yang bercanggah dengan pendapat yang berasaskan kepada ulama-ulama syafiiyyah, maka pendapat tersebut hendaklah ditolak.

Walaupun begitu, tidak dinafikan ada dari kalangan golongan pondok-pondok ini, bersikap terbuka dalam penerimaan mazhab-mazhab Islam selain dari Syafii, tetapi golongan itu adalah yang terlalu sedikit.

Golongan wahabi pula berprinsip, Islam bukan dilihat kepada Syafii, Maliki, Hanbali, Hanafi sahaja dan sebagainya. Bahkan Islam adalah agama yang berasaskan kepada dua sumber utama, iaitu Al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w.

Melihat kepada sikap dari dua pihak ini, kesimpulan yang dapat dibuat, bahawa fahaman Wahabi adalah yang paling tepat diambil berbanding dengan fahaman pondok-pondok. Ini kerana, tanpa satu dalil dari Al-Quran dan Al-Hadis pun yang menyatakan atas kewajipan mengikut pendapat Syafii, hanafi, maliki dan hanbali.

Bahkan prinsip mengembalikan urusan itu kepada Al-Quran dan As-Sunnah adalah yang paling tepat, ini kerana, firman Allah yang bermaksud;

“sekiranya kamu berselisih dalam sesuatu urusan, kembalilah kepada Allah dan Rasul”.

Begitujuga, Baginda s.a.w sendiri bersabda yang bermaksud ;

“aku tinggalkan kepadamu dua perkara, kalau kamu pegang kedua-duanya, kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu kitabullah dan sunnah Rasulullah s,a,w”

Walaupun kemantapan dan kekuatan yang terdapat dalam prinsip golongan wahabi itu, tetapi, masalah timbul dengan sikap mereka yang seakan-akan tidak menerima adanya khilaf dikalangan ulama.

Mereka seakan-akan menyatakan, tidak perlu bersandarkan kepada ulasan ulama, bahkan memadai dengan pemahaman terus dari Al-Quran dan Sunnah s.a.w.

Melihat kepada reality inilah, bermula pergaduhan dan “ketidak toleransian” berlaku dikalangan penganut ajaran pondok dan ajaran wahabi ini.

HAKIKAT KHILAF RAHMAT DAN KHILAF FASAD (KEBINASAAN)

Khilaf adalah kalimah arab yang memberi maksud ‘perbezaan’. Perkara khilaf adalah sesuatu yang lumrah berlaku, samada dari perkara agama atau bukan dari perkara agama.

Jika dilihat dari sudut kehidupan berumah tangga pun, suami dan isteri boleh berlaku khilaf, inikan pula dikalangan ulama-ulama dalam memahami nas-nas yang dibenarkan berbeza-beza tafsiran dari pihak mereka (ulama yang dimaksudkan adalah ulama-ulama yang berkeahlian dalam mengeluarkan hukum atau mujtahid)

Khilaf tidak dibataskan kepada perkara fiqh sahaja, bahkan khilaf boleh berlaku kepada perkara yang berbentuk aqidah.

Perbahasan aqidah terbahagi kepada dua, iaitu pertama, perkara dharuri dan kedunya perkara nazhari.

Aqidah dari sudut dharuri, dilarang berlaku khilaf padanya, seperti tidak boleh berlaku khilaf tentang kewujudan Allah, keesaan Allah dan sebagainya.

Adapun perbahasan Aqidah dari sudut Nazhari, khilaf tetap berlaku, dan dizinkan ianya belaku. Seperti khilaf dalam menetapkan ayah dan ibu nabi sebagai ahli syurga atau neraka, Khaidir adalah seorang nabi atau tidak dan sebagainya.

Kekhilafan yang berlaku dalam memperjuangkan Islam adalah kekhilafan rahmat yang sepatutnya ditoleransikan, seperti khilaf dalam usaha PAS yang hendak mendaulatkan Islam dengan system Pilihanraya dan Tabligh yang menjadikan ‘ketuk pintu rumah-kerumah’ sebagai agenda untuk mendaulatkan Islam.

Kekhilafan sebegini, selayaknya ditoleransikan, tanpa berlaku sifat kutuk mengutuk dan maki memaki.

Tetapi sekiranya berlaku pertembungan yang berbentuk percanggahan prinsip Islam, seperti membenarkan kilang arak, maka itu adalah khilaf yang terkeji dan wajib diperangi terhadap golongan yang membenarkannya, samada perang itu menggunakan mulut, tangan dan benci dalam hati.

MENGAPA SALAFI DAN WAHABI YANG DISALAHKAN?

Dikala kelahiran Ummah Centric yang bercelaru itu, ada dari kalangan kita berkata, bahawa ini adalah berpunca dari wahabi dan salafi.

Bagi pandangan saya, tidak sepatutnya salafi dan wahabi yang disalahkan, ini kerana, salafi dan wahabi adalah sesuatu yang lain, dan Ummah Centric adalah sesuatu yang lain.

Didalam buku ‘Lahirnya beberapa firqah dikalangan Umat Islam’ karangan Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang menyebut, Salafi adalah satu aliran yang dipelopori oleh Imam Ahmad bin Hanbal. Aliran ini adalah berpunca dari dakwah Imam Ahmad dalam mengajak manusia menuju kepada pemahaman aqidah berteraskan kepada pemahaman naqli. Kelahiran aliran ini adalah berpunca dari kerana manusia ketika itu sudah tidak menghiraukan pemahaman mereka terhadap aqidah berdasarkan kepada naqli, tetapi disandarkan kepada aqli semata-mata.

Aliran ini diteruskan perjuangannya oleh Imam Ibnu Thaimiyyah. Imam Ibnu Thaimiyyah makin dikenali dikala itu, kerana beliau telah berjaya mengemukakan dalil-dalil yang mantap bagi menguatkan hujjah-hujjah yang di kemukakan.

Adapun Wahabi, adalah aliran dakwah yang dipelopori oleh seorang pejuang yang bernama Muhammad bin Abdul Wahab. Aliran beliau adalah penerus kepada usaha perjuangan yang dilakukan oleh Imam Ahmad bin Hanbal dan Imam Ibnu Thaimiyyah, iaitu aliran salaf. (lihat “lahirnya beberapa firqah dikalangan Umat Islam, karangan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, m/s 27-29, cetakan Darul Huda interprise : 1999).

Melihat kepada pengenalan ringkas perjuangan salafi dan wahabi ini, tidaklah tepat bahawa kita menyalahkan salafi dan wahabi sebagai punca kelahiran Ummah Centric, tetapi apa yang perlu disalahkan adalah sikap-sikap individu tertentu yang dibawa oleh golongan Ummah Centric.

Agak salah, jika wahabi dan salafi di salahkan, ini kerana, Salafi dan Wahabi, bukan dari aliran yang salah, bahkan aliran itu adalah salah satu dari aliran-aliran yang diterima dalam Mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah. (lihat “lahirnya beberapa firqah dikalangan Umat Islam, karangan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, m/s 29, cetakan Darul Huda interprise : 1999).

HAKIKAT UMMAH CENTRIC

Hakikatnya, Ummah centric adalah gagasan pemikiran yang tidak dapat membezakan antara perkara “ikhtilaf” dan perkara “tanazu’”.

Ikhtilaf adalah perkara yang boleh ditoleransikan, bahkan wajib hormat menghormati sesama kita dalam mengemukakan pandangan dalam perkara yang diperselisihkan. Ini kerana, perbezaan itu, tidak melibatkan perkara dasar, bahkan sekadar perbezaan dalam perkara furu’ sahaja.

Adapun “tanazu’” adalah perkara yang wajib diserangi, ini kerana, tanazu’ bermaksud perselisihan antara dua kelompok yang menerima Islam dan kelompok yang tidak menerima Islam, atau dengan kata lain, perselisihan dalam perkara-perkara dasar dalam Islam.

Justeru itu, kalau Ummah centric bersifat hendak bersatu dengan semua gerakan Islam dalam usaha menyampaikan dakwah, mungkin itu boleh ditoleransikan, tetapi jika bersatu dengan UMNO dalam menyampaikan dakwah adalah sesuatu yang mustahil. Ini kerana, UMNO adalah sebuah parti secular yang mengajak manusia kearah maksiat, yang sememangnya menyalahi prinsip islam yang melarang melakukan maksiat dan wajib membenteras maksiat tersebut atas nama Amar Makruf, nahi mungkar.

Kebengongan Ummah Centric adalah berpunca dari mereka tidak dapat membezakan antara ikhtilaf dalam perkara furuk dan perkara dasar.

Perbezaan PAS dan UMNO adalah perbezaan dasar. Dasar PAS adalah mendaulatkan Islam dimuka bumi, khususnya di Malaysia, tetapi dasar UMNO memperjuangkan nasionalis kebangsaan melayu secular, yang merupakan perjuangan syirik dan bercanggah dengan islam.

Wallahualam.

laptopulamamuda
abu_abdillah_azzam@yahoo.com.