Monday, June 19, 2006

KEAMANAN DIMATA ISLAM HADHARI : DEMONSTARI ADALAH GANAS, POLIS PUKUL RAKYAT TIDAK GANAS!!!

KEAMANAN DIMATA ISLAM HADHARI : DEMONSTARI ADALAH GANAS, POLIS PUKUL RAKYAT TIDAK GANAS!!!

Di pagi hari, ketika aku masuk kelas hendak mengajar pelajar Maahad, aku minta tolong dengan salah seorang pelajarku membeli surat Khabar Utusan Malaysia.

Sehelai demi sehelai, helaian akhbar lidah rasmi kerajaan itu dibelek olehku, sehinggakan aku bertemu berita bekenaan kenyataan Predisen PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang berkenan Demonstrasi.

Melihat kepada ulasan dan komen dari pihak juru cakap tersebut, aku terlintas dipemikiranku tentang betapa tidak adilnya pemerintahan lembik dibawah Pak Lah yang membawa agenda Islam hadhari yang sesat menyesatkan itu.

Demonstrasi yang diizinkan kepada ahli-ahli PAS dalam menegur pihak kerajaan telah diulas dengan selumat-lumatnya, setelah keizinan itu telah diluahkan oleh Presiden PAS iaitu Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang.

PEMIMPIN-PEMIMPIN UMNO YANG BUTA

Apa yang memeranjatkan, ada dari pimpinan UMNO sanggup mengatakan bahawa demonstrasi adalah amalan yang bercanggah dengan amalan negara dan agama.

Apa yang menjadikan aku terfikir, betapa ‘banggangnya’ pemimpin UMNO dalam memahami Negara dan Agama, sehinggakan mereka berani menyatakan kebangangan mereka dalam media.

Adakah tidak mereka membaca perlembagaan Malaysia dalam perkara 10 (1) (a) (b) (c) yang memberi kebebasan kepada warganegara bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan, selama mana perhimpunan tersebut dilakukan secara aman dan dengan tidak bersenjata.

Selalunya di dalam demonstrasi yang dilancarkan oleh BA, yang melakukan punca ‘tidak aman’ adalah dari pada pihak polis yang merasakan mereka hebat di depan rakyat biasa, bukan berpunca dari rakyat.

Kita dapat melihat, bagaimana kejadian rakyat yang dipukul oleh polis sehingga menumpahkan darah, semuanya adalah berpunca dari kejahatan pihak polis yang diarah oleh bapa kejahatannya iaitu kerajaan lembik Pak Lah Badawi.

Dari segi agama pula, Islam tidak melarang melakukan bantahan ketidak puas hati rakyat terhadap pemimpin. Walaupun ada hujjah mengatakan, demonstrasi merupakan salah satu cara golongan bukan Islam, tetapi apa yang perlu diingat, tidak semua cara kuffar itu mesti di tolak, bahkan kadangkala, ianya boleh digunakan, tanpa ada larangan dari Allah.

Dalam sirah, jelas menceritakan ketika berlaku peperangan ahzab, yang mana Rasulullah menerima pandangan dari Salman Al-Farisi yang mencadangkan gali parit bagi menghadapi tindakan musuh dengan men’ciplak’ cara tersebut dari bangsa farsi yang ketika itu beragama majusi.

Begitujuga, Rasulullah s.a.w telah menggunakan kepandaian orang musyrik yang ditawan dalam peperangan badar dengan mengajar membaca dan menulis kepada orang Islam yang buta huruf (Lihat Kitab "Fatawa Maasiroh" (2/643) : karangan Dr Yusuf Al-Qardawi)

Menggunakan demonstrasi, bukanlah dianggap sebagai satu iktiqad, tetapi ianya digunakan dikala pihak kerajaan yang sudah bersifat angkuh, sudah tidak mahu mendengar rayuan rakyat dengan melakukan berbagai-bagai kejahatan terhadap rakyat, seperti menaikan harga minyak yang melampau, tarif letrik dan sebagainya.

Pemimpin UMNO sanggup mengatakan Demonstrasi adalah agenda keganasan, tetapi tindakan pihak polis dan FRU menembak dengan gas pemedih mata di Masjid At-Taqwa ketika Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Tuan Guru Haji Harun Taib dan Ustaz Wahib Endut sedang menyampaikan ceramah, tidak dianggap sebagai keganasan.

PEMIMPIN UMNO BUTA SEJARAH

Kalau baru-baru ini, UMNO telah mengadakan hari menyambut kelahiran UMNO yang ke- 60 dengan bangganya didalam istana di negeri johor.

Apakah pemimpin UMNO tidak mengetahui sejarah, bahawa UMNO yang ada sekarang bukan berumur 60 tahun, tetapi baru berumur 18 tahun (umur budak tidak boleh mengundi lagi), ini kerana berdasarkan kepada sejarah, UMNO semenjak ia ditubuhkan pada 11 Mei 1946, tidak pernah sunyi dengan permasalahan kepimpinan dan perebutan kuasa. Ia bermula apabila Sir Onn Jaafar [pengasas UMNO] melarikan diri meninggalkan perjuangan UMNO kerana wujud percanggahan pendapat di kalangan pemimpin-pemimpin UMNO ketika itu [Onn mahukan keahlian parti dibuka kepada semua kaum, tetapi hasratnya itu ditolak] dan membentuk Parti Negara menentang UMNO. Manakala, biro agamanya pula yang diketuai oleh Abdullah Fahim [datuk Abdullah] tidak senang dengan dasar UMNO yang meminggirkan Islam, lalu tinggalkan UMNO dan menubuhkan PAS pada tahun 1951 di Pulau Pinang.

Pada Tahun 1987, sekali lagi UMNO bergolak apabila Tengku Razaleigh Hamzah bangun bangkit menentang Dr. Mahathir Mohamad kerana ketidak-puasan hati terhadap dasar-dasar yang digubal oleh Mahathir yang lebih cenderung kepada sektor industri berat dan pro kepada peniaga dan meminggirkan sebahagian besar Melayu yang terlibat dalam sektor pertanian. Mahathir hampir-hampir dikalahkan oleh Razaleigh.
Peristiwa ini membawa UMNO diharamkan dan dihidupkan semula pada tahun 1987. Ini bermakna UMNO yang wujud sekarang bukan UMNO 1946, UMNO 1987. Ia berlainan sekali dengan semangat perjuangan UMNO 1946. Ia baru berusia 18 tahun, bukan 60 tahun seperti yang didakwa oleh para pemimpin UMNO yang baru sahaja selesai menyambut hari kelahiran UMNO di istana Johor. Sambutan ini merupakan satu pembohongan fakta yang nyata dan menipu rakyat, dan menyatakan ‘buta sejarah’ dari pihak pemimpin-pemimpin UMNO.

Dan kini, UMNO menyatakan bahawa tindakan demonstari adalah satu keganasan yang dilakukan oleh pembangkang. Apa yang memelikkan, mereka tidak pernah menyatakan bahawa UMNO sebagai parti keganasan, sedangkan UMNOlah adalah parti yang mencetuskan budaya demonstrasi dinegara ini ketika melawan Malayan Union yang dicadangkan oleh british pada tahun 1946, sehinggakan katanya, kehadiran rakyat melayu berdemonstrasi ketika itu hampir 10 ribu orang.

KESIMPULAN

UMNO sudah tidak ada modal untuk melawan PAS, mereka hendak menutup aib yang berlaku sesame mereka dengan mengemukakan berita-berita yang tidak menguntungkan mereka.

Hakikatnya, UMNO adalah satu parti yang mandul dalam pemerintahannya, ini kerana, bukan disebabkan kejahilan pemimpinnya, tetapi disebabkan dasar perjuangannya yang meletakan secular sebagai cara hidup.

Waalahualam.

One-G
Laptopdarulfiqh.blogsopt.com
abu_abdillah_azzam@yahoo.com

No comments: