Thursday, June 15, 2006

GULA OH GULA

GULA OH GULA

Gula merupakan salah satu kesempurnaan makanan, ketiadaan gula bermakna segala makanan dan minuman yang menjadi sesuatu yang wajib bagi kehidupan dirasakan tidak menepati dengan kehendak.

Mutakhir ini, Malaysia dikejutkan dengan kekurangan bekalan gula, sehinggakan ramai yang mengeluarkan pandangan tentang ‘kehilangan’ gula dengan tidak disangka-sangka.

Utusan Malaysia hari ini, antara berita menarik yang diajukan adalah bekenaan dengan ketidak setujuannya pihak persatuan pengguna kedah atau CAKE atas gesaan pihak FOMCA kepada pihak kerajaan supaya dapat menyelesaikan masalah gula dalam masa seminggu. Ianya dianggap sebagai gesaan yang seakan-akan tidak bertamadun.

Begitujuga, didalam ruangan forum, ada dari kalangan penulis yang mengajak seluruh rakyat Malaysia supaya menghayati penyakit diabetes yang berpunca dari gula.

Ada juga yang memberi pandangan agar pengguna memboikot gula, agar pihak yang ‘menyorokan’ gula itu dapat mengeluarkan bekalan gula yang disoroknya itu.

Berbagai-bagai reaksi dari pihak-pihak tertentu mengemukakan pandangan tentang tsunami kekurangan bekalan gula yang berlaku dinegara ini.

Saya sebagai rakyat Malaysia, yang merasakan ingin mengatakan beberapa pandangan dan pemikiran yang dirasakan mesti difikirkan oleh pihak rakyat.

SIAPA YANG SALAH?

Bila membaca muka depan utusan Malaysia yang bertajuk besarnya “Boikot Gula”, bagi saya amat memelikkan kepada kita, seakan-akan dalam isu ini, kita lebih menyalahkan kepada pihak yang monopoli gula yang sememangnya sudah dibawah ketagori ‘jahat’.

Tetapi dalam masa yang sama, kita tidak melihat kepada skop yang lebih luas. Adakah kita tidak melihat bagaimana kenaikan harga minyak yang melampau baru-baru ini, tidak memberi kesan kepada kenaikan harga barang termasuklah harga gula?

Apa yang dirasakan agak ‘pelik’, bagaimana mungkin, minyak dinaikkan, tetapi dalam masa yang sama, kerajaan melarang harga barang dinaikkan.

Apakah kerajaan menganggap, sekarang ini, Malaysia menggunakan pengangkutan yang digunakan pada zaman ‘batu’ ? yang mana, kebanyakan urusan pengakutan digunakan dengan kuasa binatang dan kuasa ‘tongkat ali’(kekuatan tubuh badan manusia)

Kalau pengangkutan zaman ‘batu’ yang diamalkan di Malaysia, maka apakah ini yang dikatakan hadhari mengikut idea Pak Lah?

Hakikatnya, semua pengangkutan di negara ini menggunakan kenderaan berminyak, samada kenderaan itu berbentuk pengangkutan persendirian atau pengangkutan dalam memunggah barang.

Segala proses-proses perkilangan dizaman kini menggunakan kuasa enjin yang sememangnya memakai kuasa minyak. Ini menunjukan minyak di zaman dahulu tidaklah sama seperti kegunaan minyak dizaman moden ini.

Kalau dahulu, minyak dipandangan sebagai sesuatu keperluan sampingan, tetapi dizaman kini, minyak adalah sesuatu keperluan asasi dalam kehidupan.

Melihat keadaan ini, dikala kerajaan menaikan harga minyak, maka akan berlaku perubahan pada harga barang. Mana mungkin peniaga yang biasa dengan sesuatu harga, hendak mengurangkan harga keuntungan perniagaannya, ditambah pula dizaman manusia yang sedang mengejar kekayaan yang tidak mengenal halal dan haram.

Inilah yang punca gerakan ekonomi yang tidak berasaskan kepada islam.

OLEH ITU

Kesimpulan dalam isu ini, tindakan dari pihak FOMCA atas desakan mereka terhadap pihak kementerian adalah sesuatu wajar, dan ‘idea’ cadangan rakyat memboikot gula adalah sesuatu idea yang kurang bijak.

Selayaknya, golongan kerajaanlah yang layak dipersalahkan dalam isu ini. Maka dengan itu, bagi rakyat Malaysia yang tidak berpuas hati dengan tsunami kekurangan gula ini, sewajibnya mereka meninggalkan UMNO dan BN dalam pilihanraya akan datang.


Kembalilah kepada Islam, demi menyelesaikan tsunami kekurangan bekalan gula!!!!!!!!!!

Takbir!!!!!!!

abu_abdillah_azzam@yahoo.com

2 comments:

PEMBAWA BERITA GEMBIRA said...

ambo setuju 2 apo ye demo oyak 2.. takBIIR.. allaahU akBAR

PEMBAWA BERITA GEMBIRA said...

http://mimbosyenro.blogspot.com/