Tuesday, October 16, 2007

BERPINDAH

untuk makluman semua pengunjung. Atas alasan keselamatan, blog ini telah berpindah kepada blog yang baru, iaitu di alamat berikut;

http://al-bakistani.blogspot.com/

sekian di maklumkan

Thursday, October 11, 2007

UMNO DAN JAIS ADALAH YAHUDI : DIANGGAP SALAH BILA JAHIL SASTERA

UMNO DAN JAIS ADALAH YAHUDI : DIANGGAP SALAH BILA JAHIL SASTERA




Tulisan kerasku dalam mengkritik UMNO dan JAIS sehinggakan aku menjenamakan mereka sebagai Yahudi telah mendapat ulasan negetif dari sebilangan pihak. Mereka menyatakan, sikapku menjenamakan mereka sedemikian menggambarkan aku telah mengkafirkan mereka.

Ingin dinyatakan, meyahudikan UMNO dan JAIS bukan beerti mengkafirkan mereka. Aku meyakini, kekeliruan sedemikian adalah berpunca dari kurang pemahaman mereka tentang uslub sastera dalam ungkapan kata-kata.

Jika dahulu, Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nikmat telah di hentam pemimpin dan ulama-ulama UMNO disebabkan dengan terjemahan samseng terhadap kalimah “Al-jabbar” dan “Al-Mutakabbir”.

Aku masih ingat, dikala itu aku sedang menunggu keberangkatanku untuk menyambung pengajian ke Mesir. Aku telah di jemput oleh polis dari Bukit Aman untuk di soal siasat atas tuduhan KMM atau JI. Dalam pertemuan itu, banyak perkara yang diutarakan kepadaku, tetapi semuanya adalah tuduhan liar semata-mata.

Disebabkan ketiadaan modal untuk di soal, aku telah ditanya berkenaan dengan kenyataan Tuan Guru Menteri Besar Kelantan berkenaan terjemahan samseng pada nama Allah “Al-Jabbar” dan “Al-Mutakkabir”.

Mendengar persoalan itu, aku dapat merasakan bagaimana sempitnya daya keilmuan pegawai polis yang bertanya tersebut. apabila aku menjawab, mengapa dibisingkan kalimah “samseng”, sedangkan Allah sendiri menamakan dirinya sebagai “penipu”, iaitu dari firman-Nya;

إِنَّ الْمُنَافِقِينَ يُخَادِعُونَ اللَّهَ وَهُوَ خَادِعُهُمْ

Maksudnya;
“Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap ugama) Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya), dan Allah pula melakukan tipu daya terhadap mereka”

(Surah An-Nisa’ : 142)

Pegawai polis berkenaan menunjukkan reaksi dirinya agak menarik dengan hujjahku itu. Aku menyatakan lagi, didalam pengajian sastera arab, ada perbincangan yang di sebut sebagai “musyakalah”.

Menurut ahli ilmu balaghah, “Musyakalah” memberi maksud;

الإتفاق فى اللفظ و الإختلاف فى المعنى

Maksudnya;
“Bersamaan pada lafaz dan berbeza pada sudut makna[1]

Walaupun lafaz samseng, kandungannya mempunyai unsure zalim, tetapi disebalik maknanya pula, ianya mengandungi tafsiran yang berbeza dari maksud asalnya.

Mendengar “syarahanku”, pegawai polis berkenaan akur dengan hujjah, tetapi tetap mempertahankan pandangan bodoh dari ulama-ulama UMNO dalam isu samseng itu.

Dari sini, dapat difahami bahawa, antara berlakunya salah anggap ini adalah apabila manusia itu tidak mempunyai pemahaman tentang ilmu sastera arab.

Melihat kepada kepentingan inilah menyebabkan ulama usul fiqh meletakkan syarat kelayakan untuk menjadi mujtahid, hendaklah dia mempunyai pemahaman bahasa arab secara mendalam. Pemahamannya tentang bahasa arab itu, tidak dibataskan kepada nahu dan sorof sahaja, bahkan hendaklah dia memahami dari sudut sasteranya, seperti ilmu balaghah, bayan, Mani’, Badi’, asalib dan sebagainya[2].

Apa yang menyedihkan, kelahiran pemikiran yang menganggap diri mereka sebagai mujaddid, golongan ini suka memperdebatkan tentang pemahaman Al-Quran dan As-Sunnah, tetapi setelah dihayati, masakan kebolehan mereka dalam ilmu sastera arab, bacaan mereka dari sudut nahu dan sorof pun mengandungi kekacauan yang amat nyata.

Jika mereka mengeluarkan pandangan mereka tanpa merendah dan meremeh-remehkan pandangan ulama yang lain, mungkin itu tidak menjadi satu perkara besar dan utama, tetapi apa yang sedihnya, mereka sudah sanggup meremeh-remehkan pandangan ulama-ulama disebabkan mereka hanya berjumpa dengan satu hadis atau beberapa hadis dan ayat Al-Quran, lalu terus di istidlalkan dari nas-nas tersebut tanpa mereka sedar bahawa diri mereka adalah orang yang sedikitpun tidak berkeahlian dalam mengistinbatkan hukum.

UMNO DAN JAIS YANG YAHUDI

Keadaan yang seakan-akan sama telah menimpa. Setelah tulisanku yang mengkritik UMNO dan JAIS dengan sikap mereka sehinggakan aku menjenamakan mereka sebagai yahudi, menyebabkan ada sebilangan mereka menjadikan aku sebagai sasaran kritikan yang tidak bermoral.

Padaku, kritikan itu adalah bersebabkan mereka tidak mempunyai pemahaman berkenaan dengan ilmu sastera arab, tetapi mereka , mungkin, berkemampuan dalam membaca dan memahami bahasa arab sahaja.

Dengan keadaan ini, adakah salah menjenamakan UMNO dan JAIS ini sebagai Yahudi?

Apa yang perlu difahami, dalam ilmu Balaghah, perkara yang mula-mula sekali diketemui adalah berkenaan dengan “Fasahah” dalam percakapan.

Apa yang pasti, lahirnya perbincangan tentang “fasahah” dalam ilmu balaghah yang merupakan salah satu dari ilmu sastera arab adalah antara tujuannya untuk menilai penutur, adakah ianya sebagai orang yang bijak menuturkan kata-kata atau tidak.

Perbincangan sastera arab tidak terhenti disekadar itu, tetapi ianya akan merebak kepada perbincangan yang dinamakan sebagai “ilmu ma’ani” yang antara kandungan perbincaraaannya akan terjumpa perbincangan tentang “kalam Ijaz” dan “kalam Itnab”.

Seorang yang cerdik, memadai bagi penutur mengungkapkan kalam Ijaz, yang nampaknya ringkas tetapi terus difahaminya. Adapun bagi mereka yang kurang “cerdik”, mereka memerlukan kepada “kalam Itnab” yang terpaksa di lebarkan perbicaraan agar tidak disalah tafsirkan sesuatu kata-kata.

Antara “kalam Ijaz” yang tidak perlu di perincikan dengan kata-kata yang panjang adalah dalam perkara yang disebut sebagai ‘Tasybih”, yang ianya terkandung dalam perbincangan “Ilmu Bayan”.

“Tasybih” terbahagi kepada beberapa peringkat. Antaranya adalah tasybih yang tidak muakkad dan tasybih yang muakkad.

Tasybih yang tidak muakkad adalah tasybih yang memerlukan alat-alat tasybih. Seperti kalimah “ك” yang bermaksud “seperti” atau kalimah “مثل” yang mempunyai maksud yang sama juga.

Antara misalnya adalah seperti kata;

هو كالبحر فى الجود

Maksudnya;
“dia seperti laut pada kemurahannya”

Tasybih bentuk ini dinamakan juga sebagai Tasybih Mursal.

Ada satu lagi tasybih, iaitu tasybih yang bersifat muakkad. Ianya dinamakan juga sebagai “tasybih baligh” atau “perumpamaan yang bersangatan”.

Tasybih bentuk ini tidak perlu didatangkan alat-alat tasybih dalam sesuatu perkataan. Antara misalnya seperti kita menyatakan;

“Muhammad adalah harimau”

Pada kata-kata ini, bukanlah difahami bahawa Muhammad itu adalah seekor harimau, tetapi disebabkan kegarangan dan kehebatan beliau seperti harimau, lalu dinyatakan Muhammad harimau.

Dengan keadaan inilah, aku menggambarkan UMNO dan JAIS ini umpama yahudi disebabkan kejahatan mereka dalam menghadapi Islam. kalau mengikut penggunaan “tasybih mursal”, kalimah yang layak digunakan adalah “UMNO dan JAIS macam yahudi”, tetapi disebabkan aku ingin menggambarkan betapa jahatnya UMNO dan JAIS ini, aku mengunakan “tasybih Baligh, dengan menyatakan “UMNO dan JAIS adalah Yahudi”.

PENUTUP

Aku kurang berminat untuk berbicara tentang ilmu sastera ini. Tetapi disebabkan kebodohan sebilangan pihak, aku terpaksa juga menulis ilmu sastera arab ini agar menyedarkan pengkritik itu tentang kebodohan mereka.

kritikan ini juga ditujukan kepada mereka yang "keras kepala" setelah diberi keterangan. aku memahami, ada sebilangan mereka menyatakan ketidak puas hati mereka dalam penjenamaan ini, tetapi semuanya adalah kerana mereka tidak memahami sastera ini. pun begitu, setelah mereka diberi penerangan, mereka boleh menerima dengan hati yang terbuka.

Yang amat kesal, ada sebilangan dari kalangan mereka menuduhku sebagai antara pembawa fahaman Khawarij ala moden disebabkan penjenamaan ini diberikan kepada UMNO yang memerintah kerajaan dan JAIS yang merupakan badan dibawah kerajaan. Apakah mereka hendak samakan Saidina Ali bin Abi Talib dengan pak Lah Badawi? Alangkah dangkalnya pemikiran mereka.

Amat malangnya si jahil berkenaan ilmu sastera ini sanggup mengungkap tuduhan yang tidak berasas. Padaku, itu tidak menjadi satu perkara yang pelik, disebabkan setelah diteliti, didapati si pengkritik bukanlah orang yang berpendidikan agama dan bahasa arab, tetapi memahami Islam sekadar melalui bacaan buku dan internet.


Sekian

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani
http://laptopdarulfiqh.blogspot.com/

e mail : abu_abdillah_azzam@yahoo.com






[1] Sofwah At-Tafasir : 1/29.
[2] Usul Al-Fiqh Al-Islami : 2/1075.

Wednesday, October 10, 2007

ANTARA MUSUH ISLAM ADALAH DEBAT KHILAFIYYAH YANG TIDAK BERKESUDAHAN

ANTARA MUSUH ISLAM ADALAH DEBAT KHILAFIYYAH YANG TIDAK BERKESUDAHAN


Seorang ustaz berceramah, dengan nada gurauan mengatakan, setiap manusia ada khilafiyyahnya tersendiri, hatta antara suami isteri sekalipun, pasti akan berlaku khilafiyyah.

Ustaz mendatangkan missal dengan katanya, Si suami minat makan sotong, dan Si Isteri pula minat makan udang. Si suami tak perlu mempertahankan kesotongannya, dan si isteri pula tidak perlu mempertahankan keudangannya.

Bagi mendapat keamanan rumah tangga, Suami dan isteri hendaklah bertoleransi. Si suami apabila ke kedai, dia kena beli undang dan sotong, walaupun dia tidak makan udang sekalipun. Si isteri pun kena masak undang dan sotong, walaupun dia tidak makan sotong sekalipun.

Kenyataan ustaz dengan nada gurauan itu, hakikatnya mempunyai mesej yang mendalam. Mungkin ini merupakan satu missal yang agak menarik bagi menjelaskan kepada kita bahawa, perkara khilafiyyah adalah perkara biasa.

Jika dilanjutkan misal si ustaz. Mungkin kita dapat mengambil satu natijah cerita bahawa, jika si suami berkeras dengan memaksa isteri makan seperti yang dia mahu, begitujuga si isteri, nescaya natijah dari hubungan suami isteri itu boleh membawa kepada perceraian. Walaupun ianya melibatkan perkara kecil iaitu sotong dan undang sekalipun.

Apa yang pasti secara hakikatnya, khilafiyyah adalah perkara yang berlaku kepada setiap manusia secara fitrah. Setiap manusia mempunyai perbezaan dari berbagai-bagai bentuk dan pandangan.

Perbezaan pandangan ini dapat diselesaikan dengan mengislahkan sikap sesame manusia dalam menghadapi perkara khilafiyyah, yang dengannya akan terlahirnya keamanan dan ketoleransian dalam menuntut kehidupan yang bahagia.

DEBAT KHILAFIYYAH YANG MELEMAHKAN UMAT

Perkara khilafiyyah dalam agama adalah antara percanggahan yang sering diperdebatkan. Perbincangan tentang perkara khilafiyyah, terutama dalam mencari ketepatan dalam beribadat, maka itu tidaklah dikira sesuatu yang salah, bahkan disebaliknya terdapat kebaikan yang banyak.

Akan tetapi, kadangkala, perbincangan itu tidak melahirkan kebaikan yang diharapkan, berbanding keburukan yang didapati. Apa yang menyedihkan, perbincangan dalam perkara khilafiyyah ini menyebabkan rata-rata manusia di Negara dan dunia islam kini, sudah tidak dapat lagi mengenal musuh Islam yang sebenar lantaran kesebukkan mereka dalam berdebat perkara khilafiyyah.

Akhirnya, wujud perbincangan tentang perkara khilafiyyah yang tidak berkesudahan yang dalam keadaan sedar atau tidak, musuh Islam sedang menyerang umat Islam dari segenap penjuru.

Apa yang jelasnya, wujudnya khilafiyyah dalam perkara agama ini, antara puncanya adalah kerana lahirnya golongan yang mendakwa mereka adalah golongan pembaharuan disamping memperlekeh golongan tradisional.

Dengan kelahiran pemikiran bentuk ini, menyebabkan tercetusnya pertembungan yang amat ketara antara golongan tradisional dengan golongan yang mendakwa pembawa bendera pembaharuan.

Apa yang pelik, mengapa golongan yang mendakwa pembaharuan ini tidak mengambil sikap toleransi dan “berbincang” dalam memberikan cara pemikiran mereka. Yang lebih memelikkan, dalam keadaan mereka seronok mengkritik dan mengkondem kelompok Tradisional, mereka dengan seronok juga bersenang-senang dengan musuh-musuh islam.

Dengan tindakan mereka ini pun sudah cukup untuk dinyatakan, walaupun mereka menganggap mereka sebagai pencetus kepada gerakan pembaharuan, tetapi hakikatnya, mereka adalah pembantu kepada merosakan kesatuan umat Islam yang merupakan kekuatan, disamping memberi bantuan moral terhadap kekuatan musuh-musuh Islam.

KHILAFIYYAH BERAGAMA

Dalam tulisan lalu, aku ada mendedahkan perdebatan yang berkaitan dengan perkara khilafiyyah ini. Sesungguhnya, khilafiyyah beragama ini tidak sekadar berlaku dalam perkara fiqh sahaja, bahkan di sana berlaku juga khilafiyyah dalam perkara aqidah.

Perkara khilafiyyah beragama ini berlaku adalah bersebabkan berbezanya cara pengambilan dalil dari satu ulama dengan ulama-ulama yang lain. Imam As-Syafii mempunyai manhajnya tersendiri dalam pengambilan dalil. Begitujuga berlaku kepada ulama-ulama yang lain.

Berlakunya juga khilaf adalah bersebabkan cara pemahaman yang berbeza pada ayat-ayat al-quran dan hadis-hadis yang “zanni ad-dilalah”. Dengan sebab berbeza-bezanya pemahaman ulama dari nas-nas Islam, melahirkan perbezaan pendapat dikalangan ulama, yang kadangkala perkara yang dikhilafi itu adalah perkara yang melibatkan kepada aqidah.

Penentuan bapa nabi sebagai ahli neraka atau tidak, merupakan khilafiyyah dikalangan ulama dalam perkara yang melibatkan aqidah. Begitujuga, perbezaan pendapat ulama dalam menentukan, nabi melihat Allah atau tidak pada malam isra’ dan Mi’raj yang ianya juga merupakan khilafiyyah dalam perkara aqidah.

BAPA NABI NERAKA ATAU TIDAK?

Ulama yang menyatakan bahawa bapa nabi SAW adalah ahli neraka. pandangan mereka bersandarkan kepada zahir hadis nabi SAW yang menyatakan;

إن أبي و أباك في النار

Maksudnya;
“Sesungguhnya ayahku dan ayah kamu dalam neraka[1]

Dari hadis ini menyebabkan sebilangan ulama menyatakan bahawa, bapa nabi SAW dikira sebagai ahli neraka.

Pendapat ini tidak sehaluan dengan pandangan ulama yang lain. sebilangan ulama menyatakan bahawa, bapa nabi SAW tidak dikira sebagai ahli neraka. Ini adalah kerana, di zaman Bapa Nabi, tidak terdapat seorang rasul pun untuk menyampaikan Islam kepada mereka. maka dengan keadaan tersebut menyebabkan mereka menyatakan bahawa, bapa nabi dikira sebagai ahli fatrah yang tidak dikira sebagai orang yang mukallaf.

Sandarannya adalah firman Allah;

وَمَا كُنَّا مُعَذِّبِينَ حَتَّى نَبْعَثَ رَسُولًا

Maksudnya;
“dan tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang Rasul (untuk menerangkan Yang benar dan Yang salah)”

(Surah Al-Isra’ : 15)

Maka dengan dalil firman Allah ini, mereka sekali lagi mengulas berkenaan dengan maksud dengan hadis yang telah dinyatakan di atas.

Pada mereka, maksud bapa dalam hadis nabi itu bukanlah dimaksudkan kepada “Abdullah bin Abdul Muttalib”, tetapi yang dimaksudkan dengan “bapaku” dalam hadis adalah “bapa saudara Nabi SAW”, iaitu Abu talib.

Menurut mereka, kebiasaan orang arab, apabila seseorang itu terlalu menyayangi seseorang, kebiasaan mereka akan memanggilnya sebagai bapa.

Ini disandarkan kepada kisah ketika Abbas yang merupakan salah seorang bapa saudara nabi telah menemani Abu Sufyan setelah memeluk Islam, yang telah dipertanggungjawabkan kepada beliau untuk menjadi ketua delegasi untuk mengajak manusia kepada Islam. Disebabkan kelambatan Abbas kembali ke pangkuan nabi menyebabkan Baginda merasa bimbang sehinggakan baginda menyatakan;

ردوا علي أبي ، ردوا على أبي

Maksudnya;
“Hantar balik kepadaku bapaku, hantar balik kepadaku bapaku[2]

Maksud “bapaku” dalam hadis ini bukanlah bermaksud “Abdullah bin Abdul Muttalib”, tetapi maksud “bapaku” dalam hadis ini adalah “Abbas” yang merupakan salah seorang bapa saudara Nabi SAW.

Begitujuga, mereka menyatakan, Al-Quran sendiri menggunakan kalimah bapa kepada bapa saudara, datuk dan keatas. Ini disandarkan kepada firman Allah;

أَمْ كُنْتُمْ شُهَدَاءَ إِذْ حَضَرَ يَعْقُوبَ الْمَوْتُ إِذْ قَالَ لِبَنِيهِ مَا تَعْبُدُونَ مِنْ بَعْدِي قَالُوا نَعْبُدُ إِلَهَكَ وَإِلَهَ آَبَائِكَ إِبْرَاهِيمَ وَإِسْمَاعِيلَ وَإِسْحَاقَ إِلَهًا وَاحِدًا وَنَحْنُ لَهُ مُسْلِمُونَ

Maksudnya;
“133. (Demikianlah wasiat Nabi Yaakub, bukan sebagaimana Yang kamu katakan itu Wahai orang-orang Yahudi)! kamu tiada hadir ketika Nabi Yaakub hampir mati, ketika ia berkata kepada anak-anaknya: "Apakah Yang kamu akan sembah sesudah Aku mati?" mereka menjawab: "Kami menyembah Tuhanmu dan Tuhan bapa-bapamu Ibrahim dan Ismail dan Ishak, Iaitu Tuhan Yang Maha Esa, dan kepadaNyalah sahaja Kami berserah diri (dengan penuh iman)"

(Surah Al-Baqarah : 133)

Dalam menafsirkan ayat Allah ini, Imam Ibnu Kathir menukilkan kata-kata An-Nuhhas yang menyatakan;

والعرب تسمي العم أبًا

Maksudnya;
“Arab menamakan bapa saudara sebagai bapa[3]

Maka dengan ini, jelas kepada kita, terdapat dua pendapat ulama yang hujjah mereka masih disandarkan kepada Al-Quran dan Al-Hadis, tetapi hakikatnya mereka berbeza pendapat dalam penentuan hukum, walaupun perkara itu adalah perkara yang melibatkan aqidah.

NABI MELIHAT ALLAH ATAU TIDAK?

Begitujuga, sahabat berbeza pendapat dalam menentukan nabi SAW melihat Allah atau tidak di malam isra’ dan Mikraj.

Berdasarkan kepada pendapat Aisyah, pada malam Isra’ dan mikraj, nabi Muhammad tidak melihat Allah SWT. Ini dikuatkan dengan kata-kata Aisyah yang berkata;

من زعم أن محمدا أبصر ربه فقد كذب

Maksudnya;
“Barangsiapa menyangka bahawa Muhammad melihat tuhannya, maka dia telah tertipu[4]

Kenyataan Aisyah ini adalah dikuatkan dengan firman Allah SWT;

لَا تُدْرِكُهُ الْأَبْصَارُ وَهُوَ يُدْرِكُ الْأَبْصَارَ وَهُوَ اللَّطِيفُ الْخَبِيرُ

Maksudnya;
“ia tidak dapat dilihat dan diliputi oleh penglihatan mata, sedang ia dapat melihat (dan mengetahui hakikat) Segala penglihatan (mata), dan Dia lah Yang Maha Halus (melayan hamba-hambaNya Dengan belas kasihan), lagi Maha mendalam pengetahuanNya”

(surah Al-‘An’Am : 103)

Walaubagaimanapun, Ibnu Abbas menyatakan, bahawa nabi SAW melihat Allah SWT. Lalu apabila Ikrimah bertanya berkenaan dengan firman Allah dalam surah al-‘Anaam : 103. Ibnu Abbas menyatakan;

ذلك نوره، الذي هو نوره، إذا تجلى بنوره لا يدركه شيء

Maksudnya;
“Itu merupakan cahaya-Nya yang ia adalah cahaya-Nya. Apabila nyata cahayanya, maka tidak dapat diliputi akannya oleh sesuatu pun[5]

Maka dari ini, dapat disimpulkan bahawa, dalam hal Nabi melihat Allah merupakan khilafiyyah perkara aqidah, yang khilaf ini melibatkan diantara sahabat-sahabat Nabi SAW sendiri.

PENUTUP

Dari perbincangan ini, didapati bahawa, perkara khilafiyyah beragama ini sememangnya berlaku, walaupun ianya berkaitan dengan perkara aqidah sekalipun.

Bagi menghadapinya, memerlukan sikap toleransi, dan tidak mempunyai sikap “kepala batu” dalam menghadapinya.

Apa yang penting, perdebatan perkara khilafiyyah adalah perkara yang biasa berlaku, tetapi janganlah disebabkan dengan perkara khilafiyyah ini menyebabkan kita melupai tanggungjawab yang disepakati oleh ulama atas kewajipannya.

Apa yang lebih membimbangkan lagi, ada sebilangan manusia berdebat dalam isu khilafiyyah ini sehinggakan mereka terlalai dari melaksanakan tanggungjawab utama dalam beragama. Dalam keadaan sedemikian, mereka sebenarnya telah terjerumus kedalam kelompok manusia yang hakikatnya mereka adalah musuh Islam dalam keadaan yang mereka sendiri tidak menyedarinya.

Mudah-mudahan kita semua mendapat keberkatan disisi Allah SWT dan dikurniakan kemenangan dalam mendaulatkan islam atas muka bumi Allah SWT.

Sekian

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani
http://laptopdarulfiqh.blogspot.com/

e mail : abu_abdillah_azzam@yahoo.com

[1] Salsilah Sahihah : 6/91 : hadis no : 2592. (sahih)
[2] Musannafi Ibni Abi Syaibah : 8/532.
[3] Tafsir Ibni Kathir : 1/447.
[4] Tafsir Ibni Kathir : 3/309.
[5] Tafsir Ibni Kathir : 3/311.

JIHAD, MUJAHIDIN DAN SYAHID

menggerunkan musuh Allah adalah tanggungjawab yang telah dan sedang di abaikan

firman Allah;


وَأَعِدُّوا لَهُمْ مَا اسْتَطَعْتُمْ مِنْ قُوَّةٍ وَمِنْ رِبَاطِ الْخَيْلِ تُرْهِبُونَ بِهِ عَدُوَّ اللَّهِ وَعَدُوَّكُمْ وَآَخَرِينَ مِنْ دُونِهِمْ لَا تَعْلَمُونَهُمُ اللَّهُ يَعْلَمُهُمْ وَمَا تُنْفِقُوا مِنْ شَيْءٍ فِي سَبِيلِ اللَّهِ يُوَفَّ إِلَيْكُمْ وَأَنْتُمْ لَا تُظْلَمُونَ
maksudnya;
"Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka dengan kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah dan musuhmu dan orang orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Apa saja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah niscaya akan dibalasi dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya (dirugikan)"
(Surah Al-Anfal : 60)


TIAP-TIAP TAHUN ANDA DALAM KEBAIKAN !!!


Syawal akan menjelang tiba. Dengan ini, Al-Bakistani dan keluarga mengucapkan "mudah-mudahan Allah menerima amalan kita bersama" dan "Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin", sekiranya di sana ada kesilapan yang telah dilakukan.

Takbir !!!!!!

Al-Bakistani

http://laptopdarulfiqh.blogspot.com/

e mail : abu_abdillah_azzam@yahoo.com

Tuesday, October 09, 2007

PERLUKAH MUSLIMAT TUNTUT HAK SOLAT JUMAAT?

PERLUKAH MUSLIMAT TUNTUT HAK SOLAT JUMAAT?


Membaca kepada tulisan yang bertajuk “muslimat perlu tuntut hak solat jumaat”[1] yang telah diulas oleh seorang penulis yang “bernicknamekan” Ahmad Tajdid, dengan merujuk kepada kuliah Ustaz Fawwaz bin Fadhil Nor yang merupakan salah seorang anak kepada bekas Presiden PAS, terdetik di hati ini untuk memikirkan balik pandangan itu dan dibincang secara adil dan waqii agar ianya tidak jatuh kepada fitnah dalam beragama.

Dalam tulisan tersebut dinyatakan bahawa, Fawwaz berkata, adalah lebih baik bagi muslimat yang tidak mempunyai apa-apa halangan untuk bersolat Jumaat di masjid kerana selain meningkatkan syiar Islam, khutbah juga adalah satu elemen tarbiyah (pendidikan) dalam Islam”

maka dengan kenyataan demikian, menyebabkan aku ingin mengajak kita berfikir dengan lebih saksama dan releven di sebalik cadangan tersebut berdasarkan hujjah-hujjah dibawah ini.

HUKUM SOLAT JUMAAT BAGI MUSLIMAT

Solat Jumaat merupakan solat yang ditunaikan pada hari jumaat. Kewajipan menunaikannya adalah perkara yang telah diijmakkan oleh seluruh ulama muslim.

Solat jumaat hendaklah ditunaikan dengan berjamaah. Kewajipan menunaikannya diberatkan kepada muslim, lelaki, berakal, merdeka, baligh, bermukim dan berkemampuan untuk menunaikannya[2].

Adapun yang lain dari itu, tidak diwajibkan kepada mereka solat jumaat, bahkan yang wajib bagi mereka adalah menunaikan solat zohor.

Sabda Nabi SAW;

الجمعة حق واجب على كل مسلم في جماعة إلا أربعة: عبد مملوك، أو امرأة، أو صبي، أو مريض

Maksudnya;
“Jumaat adalah hak yang wajib atas setiap muslim dengan jamaah melainkan empat, iaitu hamba yang dimiliki, atau perempuan, atau kanak-kanak, atau orang sakit[3]

Sabda Nabi SAW lagi;

من كان يؤمن بالله واليوم الآخر، فعليه الجمعة إلا امرأة ومسافراً وعبداً ومريضاً

Maksudnya;
“Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia menunaikan solat jumaat melainkan perempuan, orang bermusafir, hamba dan orang yang sakit[4]

Walaupun begitu, sekiranya perempuan atau muslimat menunaikan solat jumaat bersama dengan kaum lelaki, maka tidak perlu lagi mereka menunaikan solat zohor, bahkan memadai dengan solat jumaat yang mereka tunaikan[5].

Keadaan ini disandarkan kepada wanita-wanita di zaman nabi yang hadir di masjid dan menunaikan solat jumaat bersama baginda SAW[6].

HUKUM MUSLIMAT SOLAT JUMAAT

Melihat kepada ulasan di atas, didapati bahawa, muslimat tidak diwajibkan menunaikan solat jumaat. Lalu, apakah hukum muslimat yang tetap menghadirkan diri mereka untuk menunaikan solat jumaat?

Menurut Al-Fadhil Dr As-Syaikh ‘Atiyyah Saqqar didalam kitab “Al-Fatawa min Ahsan Al-Kalam fi Al-Fatawa wa Al-Ahkam”. Beliau menyatakan, ulama membahaskan perkara ini seperti berikut;

Ahnaf : Yang paling afdhal bagi perempuan menunaikan solat zohor di rumahnya, samada perempuan itu tua atau muda.
Malikiyyah : sekiranya perempuan itu bersangatan tua yang tidak menarik perhatian lelaki, maka harus bagi perempuan itu menunaikan solat jumaat. Adapun sekiranya perempuan itu boleh menarik perhatian kaum lelaki yang tidak membawa fitnah, maka hukum menghadiri solat jumaat adalah makruh. Adapun boleh mendatangkan fitnah, maka hukumnya adalah haram.
Hanabilah : diharuskan perempuan menghadiri solat jumaat sekiranya tidak berhias. Adapun berhias, maka hukumnya adalah makruh.
Syafiiyyah : makruh perempuan menghadiri solat jumaat sekiranya ianya boleh disyahwati, walaupun ianya dengan memakai pakaian tebal sekalipun. Begitujuga, makruh perempuan menghadiri solat jumaat, sekiranya ianya tidak disyahwati, tetapi dia berwangi-wangian atau berhias.

Pun begitu, ulama-ulama menyatakan haram kehadiran perempuan kepada solat jumaat yang boleh menimbulkan fitnah[7].

Dari perbahasan ini, dapat dilihat, perdebatan dikalangan ulama tentang keizinan ulama ini sehabis-habis rendah pun adalah “keharusan” sahaja. Yang ianya tidak membawa amalan itu sebagai amalan yang dituntut, samada berbentuk sunat atau wajib.

PERKARA HARUS BUKAN TUNTUTAN

Setelah dilihat, serendah-rendah hukum yang boleh diberikan kepada kehadiran perempuan dalam solat jumaat adalah harus, maka dalam perbincangan ini perlu di perjelaskan, adakah harus ini adalah perkara tuntutan atau tidak?

Berdasarkan kepada definisinya, Harus adalah salah satu dari jenis-jenis hukum taklifi[8]. Harus memberi maksud “khitab yang menunjukkan kepada pemberian pilihan terhadap mukallaf antara melakukan perbuatan atau meninggalkan perbuatan” atau “perkara yang tidak dikaitkan dengan perbuatannya itu mendapat pujian dan celaan[9]”.

Ulama fiqh dan ulama usul Fiqh sepakat menyatakan, harus adalah amalan yang tidak berbentuk suruhan (samada suruhan buat atau suruhan tinggal). Pendapat ini menyalahi Kha’bi dan pengikut-pengikut pendapat mu’tazilah[10].

Dari ini, difahami bahawa, perkara harus bukanlah satu tuntutan. Maka dengan itu, secara taklifinya, tuntutan hak muslimat untuk menunaikan solat jumaat adalah satu yang tidak tepat.

HARUS BOLEH BERTUKAR KEPADA TUNTUTAN

Pun begitu, tidak dinafikan, sesuatu perkara yang hukumnya taklifinya adalah harus, kadangkala boleh bertukar hukumnya kepada tuntutan, samada wajib atau sunat, atau bertukar hukumnya kepada larangan, samada haram atau makruh.

Asal hukum makan adalah harus, tetapi sekiranya dengan tidak makan menyebabkan mudharat kepada tubuh, maka hukum harus itu bertukar menjadi wajib, yang memberi maksud, dengan tidak makan itu boleh memudharatkan tubuh, maka tidak makan hukumnya adalah haram.

Pertukaran hukum harus kepada wajib atau haram atau sunat atau makruh ini disebut dalam ilmu usul Fiqh sebagai “Hukum Wadii”.

PENUTUP

Maka dengan itu, dalam perkara yang melibatkan kepada muslimat untuk menunaikan solat jumaat, adakah perdebatannya boleh membawa kepada kepada tuntutan sehinggakan muslimat mesti melakukan tuntutan hak untuk menunaikan solat jumaat bersama kaum lelaki?

Sekiranya alasan untuk mendengar khutbah, maka alasan ini tidaklah dikira sebagai alasan yang kukuh. Ini adalah kerana di Malaysia, radio Malaysia menyediakan ruang untuk mendengar khutbah yang disampaikan oleh imam-imam masjid.

Maka dengan itu, pandangan ini perlu dinilai dengan alasan-alasan yang kukuh.

Sekian

Al-Bakistani
http://laptopdarulfiqh.blogspot.com/

e mail : abu_abdillah_azzam@yahoo.com


sila layari juga : http://prihatinsubang.blogspot.com/







[1] http://www.harakahdaily.net/bm/index.php/utama/muslimat-perlu-tuntut-hak-solat-jumaat.html
[2] Fiqh As-Sunnah : 1/328
[3] Al-Mustadrak ‘Ala Sahihain : 1/425. hadis no : 1062.
[4] Sunan Ad-Daruqutni : 2/3 : hadis no : 1
[5] Qalyubi wa ‘Umairah : 4/6.
[6] Majmu’ : 4/484.
[7] Al-Fatawa min Ahsan Al-Kalam fi Al-fatawa wa Al-Ahkam : 1/627-628.
[8] Usul Al-Fiqh Al-Islami : 1/45.
[9] Usul Al-Fiqh Al-Islami : 1/87.
[10] Usul Al-Fiqh Al-Islami : 1/88.

Monday, October 08, 2007

PAS SUBANG SUDAH HABIS RM 14 RIBU UNTUK KEBAJIKAN

PAS SUBANG SUDAH HABIS RM 14 RIBU UNTUK KEBAJIKAN


Oleh : TKP Kawasan Subang

Paya Jaras, 7 oktober 2007 – Di dalam bulan Ramadhan yang sangat mulia ini, Dewan Muslimat PAS Kawasan Subang yang diketuai oleh Ustazah Maryam Abdul Rashid telah mengadakan perubahan dalam kepimpinan baru dengan tidak ketinggalan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan.

Oleh itu, Dewan muslimat PAS Kawasan Subang dengan kerjasama Dewan Pemuda dan PAS Kawasan Subang telah mengadakan roadshow penyampaian Sumbangan Raya 2007 kepada lebih 60 Keluarga Fakir Miskin dan Ibu Tunggal beserta 40 anak Yatim dengan tema pada tahun ini iaitu “Prihatin PAS Subang”

Roadshow tersebut telah dilakukan di seluruh UPU bagi Dun Bukit Lanjan, Dun Kota Damansara dan Dun Paya Jaras

Turut hadir dalam Roadshow tersebut seorang wakil Dewan Muslimat PAS Pusat, iaitu Puan Salbiah yang merupakan Ketua Lajnah Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat.

Majlis berbuka Puasa bersama fakir miskin, anak yatim dan ibu tunggal ini berjaya dilaksanakan di UPU Pas Kg Melayu. Sebelum berbuka Puasa, Puan Salbiah ada memberikan sedikit pengisian tazkiran ringkas kepada hadirin dan hadirat yang hadir pada hari tersebut.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Yang di-Pertua PAS Kawasan Subang Ustaz Nasir Zakaria, Setiausaha PAS Kawasan Subang Saudara Mazlan, Wakil Urusan Ulama Kawasan Tuan Haji Fadhil dan Tuan Haji Ghazali, Timbalan ketua Dewan Pemuda merangkap Timbalan Urusan Ulama PAS Kawasan Subang Ustaz Wan Ji bin Wan Hussin, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Kawasan Subang Saudara Khairul Anuar dan kepimpinan UPU Kg Melayu

Menurut Ustazah Maryam, sumbangan yang telah diberikan menjangkau RM14 ribu, yang ianya merangkumi bantuan Wang Ringgit, beras, gula, susu dan sebagainya.

Kemuncak majlis yang di hadiri seramai lebih 100 orang itu adalah majlis berbuka puasa bersama dan solat maghrib berjemaah di Markaz UPU Kg Melayu Sungai Buloh Selangor. PAS Kawasan Subang berterima kasih kepada semua pihak yang membantu menjayakan program tersebut kerana membantu golongan yang kurang mampu sangat di galakkan oleh Islam, lebih-lebih lagi di bulan ramadhan

Saturday, October 06, 2007

P.RAMLI KATA UMNO ADALAH SARKIS !!

petikan dari salah satu Filem arahan P. Ramli...

Filem ini adalah antara filem yang ana minat, pada asalnya ana tak perasan, tetapi dalam forum TKO, ada menukilkan dialog antara P.Ramli dan Sudin...

Sudin kata : Alif Mim Nun Wau, alif tendang Wau, sarkis dah !!!

Alif mim nun Wau kalau mengikut ejaan jawinya "أمنو" yang tulisan ruminya adalah "UMNO"

nampak gayanya, UMNO ini adalah sarkis. orang yang duduk dalam UMNO adalah binatang-binatang sarkis. Tergamakkah anda menjadi binatang ????

sekian

Friday, October 05, 2007

APA YANG ANDA FAHAM DARI SURAT INI???

Surat ini telah di e mailkan kepada Ana oleh salah seorang yang berkemahiran dalam dunia korporat. Ana tidak membenarkan atau menafikan kandungan surat ini. walaubagaimanapun, Ana ingin bertanya kepada semua pembaca sekalian.

APAKAH YANG ANDA FAHAM DARI SURAT INI ????


ISI KANDUNGAN SURAT INI ADALAH;

(kepala surat : PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU ATAU UMNO (UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION))

Ruj. Kami : Bil (364) dlm (KB/UMNO/BBP/07)
Ruj Tuan :
Bertarikh : 14 Mac 2007 (24 Safar 1428 H)

Jurutera Daerah
Jabatan Kerjaraya Daerah Batu Pahat
Jalan Pegawai
83000 Batu Pahat, Johor

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Tuan,

PENDAFTARAN KONTRAK KERJA KLAS F

Dengan segala hormatnya perkara di atas di rujuk. Bersama-sama ini dilampirkan senarai nama kontraktor yang sudah kami semak dan perlu disenaraihitamkan kerana mereka adalah penyokong / simpati parti pembangkang.

Kerjasama dan tindakan dari pihak Tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian

BERSATU, BERSETIA BERKHIDMAT
DEMI AGAMA, BANGSA DAN NEGARA

……………………tt…………….
SENATOR DR. HAJI MOHD PUAD BIN ZARKASHI
Ketua UMNO
Bahagian Batu Pahat

S.k : YAB Dato’ Abdul Ghani bin Othman
Menteri Besar Johor



HAKIKAT KEMATIAN : IA PASTI DATANG

mati adalah sesuatu yang pasti, tetapi sering diabaikan oleh kebanyakan manusia.

mati tidak mengira sesiapa pun. pernahkah kita berfikir tentang MATI?????

berfikirlah anda, sebelum anda terpaksa berfikir tentangnya !!!!

apakah kita sudah bersiap untuk menghadapi mati ??????????????


Thursday, October 04, 2007

SEMUA DI JEMPUT HADIR !!!!

MAJLIS BUKA PUASA, MEMBACA YASIN DAN SOLAT HAJAT ATAS KEJAHATAN JAIS DAN POLIS MENGGANGGU KULIAH, CERAMAH DAN TAZKIRAH DI SURAU AR-RAFIQ

Bertempat :

Surau Ar-Rafiq


Tarikh :

6 Oktober 2009 (sabtu)


Tantatif Program;

6.00 ptg :


jemaah berkumpul di Surau Ar-Rafiq

6.15 ptg :


tarzkirah iftor ringkas beserta doa kehancuran JAIS, Polis dan Individu-individu yang mengganggu perjalanan ceramah, kuliah dan tarkirah di Surau Ar-Rafiq

7.10mlm :


berbuka puasa dan solat maghrib

8.30mlm :

solat Isya’ dan tarawih beserta witir

Dalam qunut witir :


akan didoakan kehancuran terhadap JAIS, Polis dan individu-individu yang mengganggu ceramah, kuliah dan tazkirah di surau Ar-Rafiq.

Antara nama individu-individu yang dikenal pasti, dan nama mereka akan disebut dalam doa-doa dan doa qunut adalah;


Rahman Palil

dan


Taufiq

dan


Mohd Shahzihan bin Ahmad


dan


Mohd Khairi bin Mohamad Nor

dan


Mohd Akmal bin Senin

dan


Syuhaidi bin Haji Surani

dan


Ahmad Tarnuzi bin Nokin

dan



Rizaudim bin Abd. Hamid

dan


Sufiyan Hadi bin Sayuti

dan


Shahrom bin Maarof

dan


Misbah bin Salikun

dan


Semua mereka-mereka yang kami sempat mengambil gambar mereka

dari kalangan mereka yang hendak minta maaf, boleh hubungi melalui E-Mail :

abu_abdillah_azzam@yahoo.com


Seluruh muslimin dan muslimat di jemput hadir !!!!!!!!!!!!!!!!!

p/s : Pihak kami akan usaha untuk mendapat Dr Harun Din atau Ustaz Ismail Kamus untuk mengimami majlis kami pada hari tersebut.....

Wednesday, October 03, 2007

ANTARA KANDUNGAN KRITIKAN WAKIL MAHASISWA DARI JAMIAH BINURI TOWN TERHADAP PERVES MUSYARRAF

ANTARA KANDUNGAN KRITIKAN WAKIL MAHASISWA DARI JAMIAH BINURI TOWN TERHADAP PERVES MUSYARRAF



Hampir 7 tahun aku meninggalkan bumi debu, Benua Kecil India, iaitu Pakistan. Dengan meninggalkan bemi debu itulah menyebabkan aku meninggalkan “bahasa urdu” atau dikenali sebagai Bahasa Hindustan yang merupakan antara bahasa yang amat aku minati semasa menuntut di sana. Dengan lamanya meninggalkan bahasa urdu ini menyebabkan beberapa kalimah dan grammar bahasa tersebut yang aku agak lupa dan sukar memahaminya.

Walaubagaimanapun, dikala sedang melayari internet, aku membuka laman youtube.com dan mencari isu-isu hangat yang dapat dikongsikan bersama pelayar-pelayar blog peribadiku.

Dalam keadaan itu, terlihat satu klip rakaman berkenaan dengan kritikan berani dari seorang wakil mahasiswa terhadap kepimpinan Preves Musyarraf. Kritikkan wakil mahasiswa tersebut menarik minatku untuk memerhatikan isi kandungan kritikkan itu sehinggakan aku mula membelek balik kamus bahasa urdu yang telah aku tidak menyentuhnya sejak 6 tahun lebih yang lalu.

Mahasiswa tersebut merupakan wakil dari sebuah Madrasah Islamiyyah, iaitu dari jamiah Binuri Town yang bertempat di Karachi, Pakistan.

Jamiah Binuri Town merupakan salah sebuah institute pendidikan Islam yang berasaskan kepada aliran Deobandi bermazhab Hanafi yang antara tersohor di Pakistan. Sistem pengajian ini lebih kurang menyamai dengan sistem pengajian pondok di Malaysia, tetapi bezanya, mereka mempunyai peperiksaan menyeluruh yang dikenali sebagai “Wifaq Deobandi”. Dan aku juga sememangnya berpendidikan tersebut semasa menuntut di sana.

Di sini, aku akan menyenaraikan beberapa point penting dari kritikan Wakil pelajar yang bernama Syed Adnan Kakakhel terhadap kepimpinan Perves Musyarraf sehinggakan Perves Musyarraf taajub dengan kritikkan beraninya itu dengan menyatakan;

“Yeh Binuri Town se Aye men Mehman ki Batoo si ek bat bohot tsbut dharur ho giya”

Maksudnya;
“tetamu kita yang datang dari Binuri Town ini mempunyai percakapan yang cukup mantap”

Antara point pentingnya adalah;

a. dia menyatakan, kepimpinan Perves Musyarraf yang telah mengenepikan Islam menyebabkan berbagai kerosakan berlaku di Pakistan.
b. kesatuan rakyat Pakistan juga semakin terhakis di zaman pemerintahan Perves Musyarraf. Perpecahan ini berlaku sehinggakan berlakunya tidak aman di Pakistan.
c. Dia menyatakan, sebelum memperjuangkan kekuatan ekonomi, perlu kepada kekuatan keamanan. Ini didasari kepada kandungan doa Nabi Ibrahim AS didalam firman Allah;

وَإِذْ قَالَ إِبْرَاهِيمُ رَبِّ اجْعَلْ هَذَا بَلَدًا آَمِنًا وَارْزُقْ أَهْلَهُ مِنَ الثَّمَرَاتِ مَنْ آَمَنَ مِنْهُمْ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآَخِرِ

Maksudnya;
“dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdoa Dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah (negeri Makkah) ini, negeri Yang aman sentosa, dan berikanlah rezeki dari berbagai jenis buah-buahan kepada penduduknya, Iaitu orang-orang Yang beriman kepada Allah dan hari akhirat di antara mereka"

(Surah Al-Baqarah : 126)

Dalam doa Nabi Ibrahim ini, Nabi Ibrahim memohon kepada Allah supaya memberi keamanan terlebih dahulu, baru Nabi Ibrahim memohon supaya memberi rezki dari berbagai jenis buah-buahan kepada penduduknya,

Ini menjadi bukti, sebelum memikirkan kekuatan ekonomi, perlu difikirkan kekuatan keamanan (keselamatan Negara).

d. dia menyatakan; tidak amannya Pakistan bukan kerana perpecahan Mazhab, tetapi disebabkan tidak menjadikan Islam sebagai pengamalan. Maka dengan sebab itulah, di zaman Perves Musyarraf, berbagai-bagai kemunduran dan kerosakan berlaku di Pakistan, seperti Rasuah, gejala social dikalangan muda mudi, pendidikan yang tidak tersusun dan sebagainya.
e. antara keburukan pemerintahan Perves Musyarraf adalah, ketidak wujudnya ruang rakyat menuntut hak mereka dari pihak kerajaan.
f. Yang selainnya, banyak dia hentam Perves Musyarraf, seperti banner yang digantung di atas kepala Perves Musyarraf itu lebih kepada motif menunjukan Perves Musyarraf ni macam baik (macam pak lah bubuh gambar dia sebaris dengan pejuang kemerdekaan). Dia hentam Perves Musyarraf banyak berjanji hendak beri kemudahan kepada rakyat, tetapi semuanya hampa, bahkan rakyat dapat yang sebaliknya, seperti kenaikan harga barang, kenaikan harga Petrol, nilai rupiah (matawang Pakistan) yang tidak menentu dan sebagainya.

Mendengar kritikan ini, menampakkan keadaan politik di Pakistan lebih kurang berlaku di Malaysia. Jika di Pakistan, golongan agamawan sudah diberi ruang untuk diadakan kritikan terbuka kepada kerajaan memerintah, maka bilakah lagi kritikan terbuka ini akan dibuka kepada agamawan di Negara ini?

Apa yang pasti, golongan berpendidikan Madrasah ini bukanlah “koman” sangat. Mereka tidak bersuara mungkin kerana mereka tidak diberi ruang, tetapi apabila di beri ruang, mungkin kita akan nampak kehebatan dan keberanian mereka memperjuangkan hak rakyat jelata.

Mudah-mudahan Allah memberi hidayah kepada kita semua, disamping memberi kemenangan islam dalam pilihanraya kali ini. Insya Allah !!!!!!!!!!

Sekian

Al-Bakistani

http://laptopdarulfiqh.blogspot.com/

e-mail : abu_abdillah_azzam@yahoo.com.

MAHASISWA ISLAM PERLU FIKIR KEJADIAN INI !!

KRITIK TERBUKA DARI WAKIL MADRASAH "JAMIAH BINURI TOWN" KEPADA PRESIDEN PERVES MUSYARRAF

ini satu majlis yang berlaku didalamnya satu kritikan seorang wakil madrasah dari Jamiah Binuri Town untuk menyampaikan kritikan beliau terhadap kepimpinan Perves Musharraf.

Amat menarik, banyak mesej Islam berjaya di sampaikan. Dalam ucapan beliau mendapat sambutan hangat yang menandakan seluruh Umat Islam sedang menunggu Islam untuk memerintah.

Jamiah Binuri Town adalah sebuah Madrasah islamiyyah beraliran Deobandi yang bertempat di Karachi. Ramai ulama-ulama yang lahir dari Madrasah ini. di Malaysia, antara yang masyhur adalah maulana Asri Yusuf.

natijah dari klip video ini, diharapkan pihak mahasiswa dapat mengambil satu pengajaran untuk mendesak pihak kerajaan agar dapat mengadakan pertemuan bersama mahasiswa untuk mahasiswa menyatakan hasrat dan ketidak puas hati mereka terhadap kepimpinan kerajaan.

mudah-mudahan semuanya mendapat keberkatan di sisi Allah....

sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani

http://laptopdarulfiqh.blogspot.com/

e mail : abu_abdillah_azzam@yahoo.com

Tuesday, October 02, 2007

ANUAR MUSA : BAPA KHAWARIJ DI KELANTAN

ANUAR MUSA : BAPA KHAWARIJ DI KELANTAN

Didalam buku “Tarikh Al-Mazahib Al-Islamiyyah Fi As-Siyasah wa Al-‘Aqaid wa tarikh Al-Mazahib Al-Fiqhiyyah” karangan Abu Zuhrah, menjelaskan[1], Khawarij adalah salah satu fahaman yang muncul bersama dengan Syiah. Kelahiran kedua-dua firqah sesat ini adalah pada zaman pemerintahan Khalifah Ali bin Abi Talib.

Pada asalnya, puak khawarij ini adalah pengikut Saidina Ali bin Abi Talib, tetapi mereka telah keluar dari memberi taat setia kepada Ali dikala berlaku peperangan antara Ali dan Muawiyyah (peperangan siffin[2]). Dalam peperangan tersebut, pihak muawiyyah tertekan yang menyebabkan mereka telah mengangkat Al-Quran sebagai tindakan untuk mengadakan majlis tahkim.

‘Ali tetap meneruskan peperangan sehinggakan melihatkan kehebatan dalam peperangan itu yang memberi kemenangan kepada pihak ‘Ali. Dalam keadaan kecamukkan peperangan, maka keluar satu kelompok dari pasukan Ali dan mencadangkan agar menerima usul tahkim dari pihak Muawiyyah.

Kemudian dari itu, kedua-dua belah pihak sepakat melantik seorang hakim dari pihak masing-masing sebagai wakil dalam majlis tahkim itu.

Dalam majlis tersebut, pihak Muawiyyah telah menghantar Amr bin Al-‘As sebagai wakil dan di pihak Ali pula telah menghantar Abu Musa Al-‘As’ari untuk menjadi hakim dalam perbincangan tersebut.

Majlis tahkim itu berakhir dengan satu keputusan, iaitu menurunkan ‘Ali dari jawatan Khalifah dan menggantikan Muawiyyah sebagai penggantinya.

Melihat keadaan demikian, kelompok yang asalnya menyuruh Ali menerima usul tahkim itu telah memandang majlis tahkim itu sebagai sesuatu kejahatan, kemudian mereka menuntut ‘Ali agar bertaubat kerana di pandang telah melakukan dosa besar. Menurut mereka, Ali yang menyetujui untuk bertahkim bererti telah menjadi kafir.

Melihat kepada gambaran kelahiran khawarij ini, didapati kelahiran puak ini adalah hasil dari ketidak puas hatinya satu kelompok di atas kepimpinan Ali bin Ali Talib yang merupakan seorang khalifah yang kepimpinan beliau masih berasaskan kepada Al-Quran dan As-Sunnah.

Pemahaman ini didasari kepada definisi khawarij yang tersebut dalam kitab Al-Milal Wa an-Nihal;

كل من خرج على الإمام الحق الذي اتفقت الجماعة عليه يسمى: خارجياً؛ سواء كان الخروج في أيام الصحابة على الأئمة الراشدين، أو كان بعدهم على التابعين بإحسان؛ والأئمة في كل زمان.

Maksudnya;
“setiap mereka yang keluar atas (kepimpinan) IMAM YANG HAQ; yang telah disepakati jemaah atasnya dinamakan sebagai “kharij”, samada keluar itu pada masa sahabat atas imam-imam yang rasyidin atau selepas mereka daripada tabiin dan imam-imam pada setiap zaman[3]

Dari definisi ini, dapat dinyatakan bahawa, kelompok yang dikatakan sebagai khawarij adalah kelompok yang keluar dari kepimpinan Imam yang haq, iaitu imam yang melaksanakan tuntutan Al-Quran dan As-Sunnah.

Maka dengan itu, jika keluar dari kepimpinan Imam yang tidak haq, iaitu imam yang memerintah dalam sesuatu kerajaan yang tidak di asaskan kepada Al-Quran dan As-Sunnah, maka golongan yang keluar itu tidak disebut sebagai kelompok khawarij.

Keadaan ini menggambarkan bahawa, tuduhan terhadap PAS sebagai Khawarij kerana melawan UMNO adalah tuduhan liar yang tidak didasarkan kepada ulasan ilmu. Ini adalah kerana, UMNO adalah parti kebangsaan yang merupakan parti utama yang menganut fahaman secular yang menyesatkan di Negara ini. UMNO adalah Parti yang menganut fahaman “agama suku, politik suku” yang fahaman ini sememangnya telah dinyatakan ulama sebagai anutan yang tidak diasaskan kepada Islam, tetapi diasaskan kepada fahaman kristian, yang kandungan ajaran itu terkandung dalam bible yang menyatakan;

اعطوا اذا ما لقيصر لقيصر واعطوا ما لله لله

Maksudnya;
“berikan urusan raja (pemerintah) kepada raja, dan berikan urusan Allah kepada Allah[4]

Keadaan ini menyalahi islam yang merupakan satu agama yang syumul. Islam menyediakan “sistem kehidupan” kepada seluruh manusia bagi melihat kehidupan mereka bahagia di dunia dan di akhirat. kebahagiaan yang diasaskan kepada sistem kehidupan mewajibkan wujudnya sistem pemerintahan Islam yang tidak boleh diingkari. Mengingkari kewujudan sistem pemerintahan dalam islam dengan mendakwa “agama suku, politik suku” merupakan tindakan kebatilan yang berjauhan dari haq atau kebenaran.

Apa yang pasti, keadaan ini telah dilakukan oleh parti yang memerintah melaysia kini, iaitu Barisan Nasional yang diketuai oleh UMNO. Maka dengan itu, jelas kepada kita bahawa UMNO adalah parti yang memerintah, yang jelas difahami bahawa ketua Negara ini telah diperintah oleh seorang yang berfahaman batil.

Tidak dinafikan, asal fahaman “agama suku, politik suku” ini adalah dari golongan kristian, tetapi ianya telah diguna pakai juga dikalangan orang-orang yang mendakwa beragama Islam.

Apa yang pasti, Dr Harun Din dalam bukunya yang bertajuk “Tawassur Islam” menyatakan, Syaikh Anuar Jundi dalam satu maqalahnya dalam kitab Nadwah Al-Muhadarat antara lain ada mengulas tentang peperangan salib.

Selepas kekalahan kristian dalam menyerang umat Islam dalam peperangan salib menyebabkan kristian telah merancang untuk melancar serangan pemikiran bagi merosakan fahaman umat Islam terhadap Islam sendiri.

Maka dengan itu, di tubuhkan pengajian hak ehwal timur pusat-pusat pengajian Islam yang disebut “Islamic studies” di wujudkan di pusat-pusat pengajian tinggi di barat. Pergerakan-pergerakan seperti orientalis dilancarkan, missionaries digerakan dengan istilah arabnya “حركة التبسير” dan sebagainya.

Orang yang bertanggungjawab “membuka kunci” serangan sebegini adalah Louis IX. Pembuktian ini didasarkan kepada satu tulisan Louis IX dalam satu wasiat yang masyhur;

“sesungguhnya tidak ada jalan yang boleh menguasai orang islam melainkan dengan menggunakan perkataan (penulisan) juga dengan cara menguasai dan meracuni pemikiran Islamnya dengan menimbulkan keraguan dan merosakan isi kandungannya yang berteraskan kepada jihad itu. Semuanya itu tidak akan berjaya melainkan dengan jalan menghantar pengembang-pengembang agama krisitian, mengadakan misi-misi muhibah, mengadakan pengajian, kurikulum dan pendidikan serta membantu pemikiran barat kristian supaya ia dapat menguasai pemikiran Islam dan kandungannya”[5]

Serangan cara baru ini telah dilancarkan oleh barat terhadap umat Islam, semuanya adalah bertujuan untuk memalsukan aqidah umat Islam, melemahkan semangat jihad, menghapuskan undang-undang islam dan menggantikan dengan undang-undang barat, membaratkan umat Islam menerusi berbagai cara dan meragui umat Islam terhadap agamanya.

Apa yang pasti, setelah keluarnya penjajah berkulit putih dari Negara ini, penyambung kepada fahaman barat ini adalah anak-anak didik barat yang berjuang atas nama kebangsaan melayu, iaitu UMNO. Yang mereka ini adalah pendokong fahaman secular, tetapi dikelabukan mata dengan slogan-slogan Islam, seperti Islam hadhari, penerapan nilai-nilai Islam dan sebagainya.

KHAWARIJ DAN SLOGANNYA

لا حكم إلا لله

Maksudnya;
“tiada hukum melainkan untuk Allah”

Merupakan slogan asasi dalam kelompok khawarij. Dengan slogan ini, mereka telah mencanang fahaman mereka untuk memburukkan Saidina Ali bin Abi Talib[6].

Apa yang jelas, tindakan mereka itu adalah biadap, terutama ianya dilakukan terhadap kepimpinan Ali bin Abi talib yang sememangnya kepimpinan itu berasaskan kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Maka dengan keadaan itulah, golongan khawarij ini melaungkan satu slogan yang tidak selayaknya dihadapan ‘Ali disebabkan, laungan itu adalah didasarkan kepada ulasan zahir nas, tanpa merujuk kepada penghujahan yang betul, lalu dengan kefahaman singkat mereka itu menyebabkan mereka menyatakan bahawa, kepimpinan Ali bin Abi Talib tidak diasaskan kepada Allah SWT.

Keadaan ini agak sama yang telah dilakukan oleh Anuar Musa di Kelantan yang telah melaungkan kalimah “Islam Hadhari” acuan Pak Lah Badawi dinegeri kelantan disamping memburukkan kepimpinan islam kelantan.

KESYIRIKAN PERLU DITENTANG DENGAN NYATA

Menipu manusia dengan slogan-slogan Islam merupakan amalan yang dilakukan oleh khawarij. Hakikatnya, isi slogan itu bukan pengamalan mereka yang sebenar, tetapi kelahiran slogan itu sebagai cara untuk mengembangkan ajaran mereka disamping ingin digambarkan sebagai kelompok yang benar.

Apa yang pasti, khawarij Malaysia berwajah baru ini adalah kelompok yang memerintah di kerajaan Pusat, tetapi membangkang di negeri kelantan.

Mereka adalah pembawa bendera-bendera syirik didalam Negara. Kesyirikan cara mereka sememangnya halus. Ini adalah disebabkan mereka di dokong oleh pemimpin yang beragama Islam, menunaikan solat disamping dikuatkan lagi dengan barua-barua mereka yang terdiri dari mereka yang berpendidikan agama.

Keadaan ini tidaklah merupakan perkara yang pelik, kerana keadaan yang sama juga pernah berlaku kepada ahli kitab terdahulu (yahudi dan nasrani).

Firman Allah;

إِنَّ الَّذِينَ يَكْتُمُونَ مَا أَنْزَلَ اللَّهُ مِنَ الْكِتَابِ وَيَشْتَرُونَ بِهِ ثَمَنًا قَلِيلًا أُولَئِكَ مَا يَأْكُلُونَ فِي بُطُونِهِمْ إِلَّا النَّارَ وَلَا يُكَلِّمُهُمُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَلَا يُزَكِّيهِمْ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ * أُولَئِكَ الَّذِينَ اشْتَرَوُا الضَّلَالَةَ بِالْهُدَى وَالْعَذَابَ بِالْمَغْفِرَةِ فَمَا أَصْبَرَهُمْ عَلَى النَّارِ

Maksudnya;
“Sesungguhnya orang-orang Yang menyembunyikan (meminda atau mengubah) apa-apa keterangan Kitab suci Yang telah diturunkan oleh Allah, dan membeli dengannya keuntungan dunia Yang sedikit faedahnya, mereka itu tidak mengisi Dalam perut mereka selain dari api neraka, dan Allah tidak akan berkata-kata kepada mereka pada hari kiamat, dan ia tidak membersihkan mereka (dari dosa), dan mereka pula akan beroleh azab seksa Yang tidak terperi sakitnya. * mereka itulah orang-orang Yang membeli kesesatan Dengan meninggalkan petunjuk (ugama Allah), dan (membeli) azab seksa neraka Dengan meninggalkan keampunan Tuhan. maka sungguh ajaib kesanggupan mereka menanggung seksa api neraka itu”

(Surah Al-Baqarah : 174-175)

Bukan itu sahaja, PAS adalah parti Islam yang sering menyeru kepada makruf dan mencegah dari berlaku mungkar telah dijadikan sasaran serangan dari pihak BN/UMNO yang memerintah. Serangan itu sehinggakan sanggup mereka melakukan kezaliman terhadap pimpinan PAS.

Lihatlah bagaimana sejarah telah membuktikan penahanan ISA terhadap pimpinan PAS semenjak dahulu lagi, sekatan media untuk menyampaikan mesej dakwah, menggunakan FRU untuk membelasah ahli-ahli dan pemimpin PAS dan berbagai-bagai lagi.



kezaliman yang dilakukan oleh UMNO/BN ini membolehkan BN/UMNO diserang secara terang-terangan.

Firman Allah;

لَا يُحِبُّ اللَّهُ الْجَهْرَ بِالسُّوءِ مِنَ الْقَوْلِ إِلَّا مَنْ ظُلِمَ وَكَانَ اللَّهُ سَمِيعًا عَلِيمًا

Maksudnya;
“Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk Yang dikatakan Dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang Yang dianiayakan. dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha mengetahui”

(Surah An-Nisa’ : 148)



Apa yang pasti, UMNO/BN bukan sekadar melakukan kezaliman, tetapi lebih dari itu, mereka melakukan kesyirikan dari sudut pengabdian diri mereka kepada Allah dengan menafikan hak pemerintahan Islam didalam Negara.

PENUTUP

Kelahiran kelompok khawarij ini pernah dinyatakan oleh Rasulullah SAW akan ciri-ciri mereka seperti dalam satu hadis, bersabda nabi SAW;

إِنَّ مِنْ ضِئْضِئِ هَذَا أَوْ فِي عَقِبِ هَذَا قَوْمًا يَقْرَءُونَ الْقُرْآنَ لَا يُجَاوِزُ حَنَاجِرَهُمْ يَمْرُقُونَ مِنْ الْإِسْلَامِ مُرُوقَ السَّهْمِ مِنْ الرَّمِيَّةِ يَقْتُلُونَ أَهْلَ الْإِسْلَامِ وَيَدَعُونَ أَهْلَ الْأَوْثَانِ لَئِنْ أَنَا أَدْرَكْتُهُمْ قَتَلْتُهُمْ قَتْلَ عَادٍ

Maksudnya;
“Sesungguhnya daripada kelompok ini ada satu kaum yang mereka membaca Al-Quran tidak lebih dari sekadar halkum mereka, mereka keluar dari islam seperti keluarnya anak panah dari busarnya, mereka MEMBUNUH AHLI ISLAM dan MEMBIARKAN AHLI BERHALA. Sekiranya aku berjumpa dengan mereka, nescaya AKU AKAN MEMBUNUH MEREKA seperti membunuh kaum ‘Ad[7]

Melihat kepada cirri-ciri yang dinyatakan oleh Rasulullah ini, didapati, ianya bertepatan dengan cirri-ciri pemerintahan UMNO Barisan Nasional di negara ini. Lihatlah bagaimana kejahatan UMNO yang sanggup hendak membunuh orang-orang PAS di Terengganu, Kelantan (samad Gul), Pandan (Haji Suhaimi) dan sebagainya. tetapi, dalam masa yang sama, mereka memberi ruang selesa kepada golongan kuffar, walaupun golongan kuffar itu dengan jelas melakukan kesalahan.

Maka dengan demikian, tuduhan yang menyatakan PAS adalah khawarij merupakan tuduhan yang tidak melihat kepada kaedah kiasan yang betul disamping tidak mempunyai kesungguhan dalam perlaksanaan undang-undang islam dalam sistem pemerintahan.

Apa yang membimbangkan, golongan yang melakukan tuduhan terhadap PAS sebagai khawarij ini seakan-akan mereka meredhai dengan tindakan UMNO/BN yang memerintah dalam keadaan tidak melaksanakan undang-undang islam dalam pemerintahan, disamping berusaha untuk melambatkan lagi kemenangan untuk perlaksanaan undang-undang islam.

Tindakan ini adalah sama seperti yang dinyatakan oleh Allah dalam firman-Nya;

أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ يَزْعُمُونَ أَنَّهُمْ آَمَنُوا بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ وَمَا أُنْزِلَ مِنْ قَبْلِكَ يُرِيدُونَ أَنْ يَتَحَاكَمُوا إِلَى الطَّاغُوتِ وَقَدْ أُمِرُوا أَنْ يَكْفُرُوا بِهِ وَيُرِيدُ الشَّيْطَانُ أَنْ يُضِلَّهُمْ ضَلَالًا بَعِيدًا * وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ تَعَالَوْا إِلَى مَا أَنْزَلَ اللَّهُ وَإِلَى الرَّسُولِ رَأَيْتَ الْمُنَافِقِينَ يَصُدُّونَ عَنْكَ صُدُودًا

Maksudnya;
“tidakkah Engkau (hairan) melihat (Wahai Muhammad) orang-orang yang mendakwa Bahawa mereka telah beriman kepada Al-Quran Yang telah diturunkan kepadamu dan kepada (Kitab-kitab) Yang telah diturunkan dahulu daripadamu? mereka suka hendak berhakim kepada Taghut, padahal mereka telah diperintahkan supaya kufur ingkar kepada Taghut itu. dan Syaitan pula sentiasa hendak menyesatkan mereka Dengan kesesatan Yang amat jauh. * dan apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah berhakim kepada hukum Al-Quran Yang telah diturunkan oleh Allah dan kepada hukum Rasulullah," nescaya Engkau melihat orang-orang munafik itu berpaling serta menghalang (manusia) Dengan bersungguh-sungguh daripada menghampirimu.

(surah Al-Baqarah : 60-61)

Mudah-mudahan kita diselamatkan oleh Allah dari amalan munafik dan diberikan kemenangan dalam berusaha hendak mendaulatkan islam di Negara yang tercinta.

Sekian

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani

http://laptopdarulfiqh.blogspot.com/

e-mail : abu_abdillah_azzam@yahoo.com








[1] Tarikh Al-Mazahib Al-Islamiyyah Fi As-Siyasah wa Al-‘Aqaid wa tarikh Al-Mazahib Al-Fiqhiyyah (TRJM) : M/S 63-64
[2] Al-Milal Wa An-Nihal : m/s 28.
[3] Al-Milal wa An-Nihal : m/s 28.
[4] Injil Barnaba : 1/72 : Fasal 31.
[5] Tasawur Islam : m/s 6-8.
[6] Tarikh Al-Mazahib Al-Islamiyyah Fi As-Siyasah wa Al-‘Aqaid wa tarikh Al-Mazahib Al-Fiqhiyyah (TRJM) : M/S 64
[7] Sunan Abi Daud : 12/381 : hadis no : 4136.

Monday, October 01, 2007

JAIS DAN YAHUDI : PELANDUK DUA SERUPA

JAIS DAN YAHUDI : PELANDUK DUA SERUPA


Kuliah Tafaqquh Islam yang dianjurkan oleh kami bertempat di Surau Ar-Rafiq dengan menjemput Ustaz Nasir Zakaria sebagai Pembentang, disamping menjemput Ustaz Nasaruddin Tantawi dan beberapa orang ustaz sebagai pengulas atau penambahan dari bentangan telah mendapat sambutan dari sebilangan peminat-peminat ilmu di Kawasan Subang.

Minat mereka kepada majlis itu mungkin disebabkan pengulas jemputan kami adalah orang yang tidak asing dalam perjuangan islam di Malaysia ini iaitu Ustaz nasaruddin Tantawi disamping tajuk perbincangan itu adalah Fiqh Daulah, iaitu sebuah buku yang ditulis oleh Dr Yusuf Al-Qaradhawi.

Dalam kesebukkan dalam perjalanan program tersebut, agak memeranjatkan dengan kedatangan puak-puak yahudi yang bertopengkan agama (ustaz-Ustaz JAIS) telah datang menyerbu program tersebut dengan harapan untuk menangkap Ustaz Nasaruddin tantawi.

Sedih merasakan tindakan dari Yahudi-Yahudi Melayu yang bersikap demikian. Ini adalah kerana, surau yang menganjurkan program ilmu dalam bulan Ramadhan telah menjadi sasaran JAIS, sedangkan berhampiran dengan surau tersebut terdapat kedai “nombor ekor” yang sering dikunjungi “taik-taik judi” berbangsa Melayu dan beragama Islam, tetapi tidak menjadi sasaran JAIS.

Secara pengalaman, aku bersama kawan-kawan pernah membuat aduan tentang satu ajaran sesat kepada JAIS disamping menceritakan tentang keterlibatan seorang remaja Wanita terhadap ajaran sesat tersebut. Aduan yang kami lakukan itu tidak mendapat tindakan baik dari JAIS, bahkan apabila kehadiran sebilangan ajaran sesat itu di Kota Damansara, golongan ini tidak diambil tindakan oleh JAIS, walaupun setelah berkali-kali kami melakukan laporan kepada mereka.

Dengan tindakan JAIS ini menggambarkan betapa ketidak layaknya JAIS ini digelar sebagai “Jabatan agama Islam Selangor” tetapi lebih layak digelar sebagai “Jemaah Anti Islam Selangor” atau “Jabatan Agama Iblis Syaitan”.

JAIS DAN YAHUDI

Puak JAIS ini kebanyakan terdiri dari ustaz-ustaz yang menjadi “barua” kepada puak-puak pemerintah. Dalam ruangan yang lalu, aku ada mendedahkan “kebaruaan” JAIS dalam usaha hendak menutup beberapa buah surau di Parlimen Subang. Tindakan mereka itu adalah dari arahan ketua UMNO Bahagian Subang, iaitu Dato’ Mokhtar Dahlan.

Jika diperhatikan kepada tindakan ustaz-ustaz JAIS ini dengan tindakan Yahudi dan Nasrani, dapat disimpulkan banyak kesamaan antara mereka.

Jika Yahudi dan Nasrani dulu diisytihar syirik oleh Allah dengan sebab mereka mengikut “arahan” pendeta-pendeta dan ahli-ahli agama mereka, maka keadaan yang sama juga berlaku kepada ustaz-ustaz JAIS yang mengikut dan taat dengan arahan pihak pemerintah yang memberi arahan untuk menutup kuliah agama.

Kisah kesyirikan Yahudi dan Nasrani ini telah dirakam oleh Allah dalam firman- Nya;

اِتَّخَذُوا أَحْبَارهمْ وَرُهْبَانهمْ أَرْبَابًا مِنْ دُون اللَّه
Maksudnya;
“mereka (ahli Kitab) menjadikan pendita-pendita dan Ahli-ahli ugama mereka sebagai pendidik-pendidik selain dari Allah”(surah At-Taubah : 31)

Dalam menafsirkan ayat ini, baginda SAW ada menyatakan dalam satu hadis daripada Abi Al-Bakhtari;

سُئِلَ حُذَيْفَة عَنْ قَوْل اللَّه عَزَّ وَجَلَّ : " اِتَّخَذُوا أَحْبَارهمْ وَرُهْبَانهمْ أَرْبَابًا مِنْ دُون اللَّه " هَلْ عَبَدُوهُمْ ؟ فَقَالَ لَا , وَلَكِنْ أَحَلُّوا لَهُمْ الْحَرَام فَاسْتَحَلُّوهُ , وَحَرَّمُوا عَلَيْهِمْ الْحَلَال فَحَرَّمُوهُ
Maksudnya;
“Khuzaifah di tanya berkenaan firman Allah “mereka menjadikan pendeta-pendeta dan ahli-ahli agama mereka pendidik selain dari Allah”. adakah mereka menyembah mereka? lalu berkata, tidak, tetapi mereka menghalalkan kepada mereka perkara yang haram, lalu mereka menghalalkannya, dan mengharamkan atas mereka perkara yang halal, lalu mereka mengharamkannya[1]

Dari ini dapat dilihat, kesyirikan yahudi dan nasrani terhadap Allah, antaranya adalah mengikut arahan ahli-ahli agama dan pendeta-pendeta mereka dalam menghalalkan dan mengharamkan. Keadaan yang sama juga berlaku kepada ustaz-ustaz JAIS, yang mana mereka mentaati “bapa-bapa yahudi” mereka yang telah mengharamkan pengajian-pengajian agama di surau-surau, sedangkan pengajian agama merupakan tuntutan Allah SWT.

JAIS DAN GERAKAN MUNAFIQ

Tindakan ustaz-ustaz JAIS yang menyerang kuliah-kuliah agama, disamping mengabaikan tugasan mereka untuk bertindak kepada manusia yang melakukan maksiat merupakan tindakan golongan munafiq.

Selangor merupakan antara Negeri-negeri yang mempunyai bilangan maksiat yang terbanyak di Negara ini. Antara negeri yang terbanyak kelahiran anak luar nikah di Negara ini adalah selangor. Perkara ini pernah dinyatakan oleh JAIS sendiri.

Tetapi, kenyataan pihak JAIS itu sekadar kenyataan yang tidak disertai dengan keinsafan bagi menghapuskannya. Jika diperhatikan dikedai-kedai nombor ekor, disana dapat dilihat, berapa ramai dari kalangan umat Islam yang terlibat dengan judi ini, tetapi tidak diambil perhatian oleh JAIS.

Golongan Muda mudi yang berpasangan pergi kesana kemari tidak pernah menjadi sasaran JAIS bagi membenterasnya, walaupun mereka telah diberi Kad Autority menangkap.

Yang menyedihkan adalah, mereka berusaha untuk menutup lagi kelas-kelas pengajian yang bersifat telus. Mereka sanggup menyerbu dan menangkap pendakwah-pendakwah Islam yang menyampaikan ilmu berbanding menangkap golongan maksiat.

Keadaan ini menggambarkan kemunafikan ustaz-ustaz JAIS ini. Kemunafikan bentuk ini dinyatakan oleh Allah dalam firman-Nya;

الْمُنَافِقُونَ وَالْمُنَافِقَاتُ بَعْضُهُمْ مِنْ بَعْضٍ يَأْمُرُونَ بِالْمُنْكَرِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمَعْرُوفِ

Maksudnya;
“orang-orang munafik lelaki dan perempuan, setengahnya adalah sama Dengan setengahnya Yang lain; mereka masing-masing menyuruh Dengan perbuatan Yang jahat, dan melarang dari perbuatan Yang baik”

(surah At-Taubah : 67)

UMNO ADALAH PERIUK NASI JAIS

Secara hakikatnya, JAIS merupakan “barua” kepada parti assobiyyah syirik yang bernama UMNO. Mereka bertindak berdasarkan kepada arahan ketua Bahagian.

Walaupun JAIS ini terdiri dari kalangan mereka yang berpendidikan agama, tetapi keahlian mereka dengan agama tidak dijadikan sebagai ruang untuk menyampaikan kebenaran islam, tetapi yang lebih teruk adalah, mereka merupakan barua kepada parti syirik untuk mengkuatkan syirik dikalangan manusia.

Mereka sanggup menyembunyikan kandungan ayat-ayat Allah SWT semata-mata bimbang “periuk nasi” mereka. tindakan mereka ini menyerupai tindakan tok guru-tok Guru Yahudi yang diceritakan oleh Allah dalam firman-Nya;

إِنَّ الَّذِينَ يَكْتُمُونَ مَا أَنْزَلَ اللَّهُ مِنَ الْكِتَابِ وَيَشْتَرُونَ بِهِ ثَمَنًا قَلِيلًا أُولَئِكَ مَا يَأْكُلُونَ فِي بُطُونِهِمْ إِلَّا النَّارَ وَلَا يُكَلِّمُهُمُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَلَا يُزَكِّيهِمْ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ * أُولَئِكَ الَّذِينَ اشْتَرَوُا الضَّلَالَةَ بِالْهُدَى وَالْعَذَابَ بِالْمَغْفِرَةِ فَمَا أَصْبَرَهُمْ عَلَى النَّارِ

Maksudnya;
“Sesungguhnya orang-orang Yang menyembunyikan (meminda atau mengubah) apa-apa keterangan Kitab suci Yang telah diturunkan oleh Allah, dan membeli dengannya keuntungan dunia Yang sedikit faedahnya, mereka itu tidak mengisi Dalam perut mereka selain dari api neraka, dan Allah tidak akan berkata-kata kepada mereka pada hari kiamat, dan ia tidak membersihkan mereka (dari dosa), dan mereka pula akan beroleh azab seksa Yang tidak terperi sakitnya.* mereka itulah orang-orang Yang membeli kesesatan Dengan meninggalkan petunjuk (ugama Allah), dan (membeli) azab seksa neraka Dengan meninggalkan keampunan Tuhan. maka sungguh ajaib kesanggupan mereka menanggung seksa api neraka itu”

(Surah Al-Baqarah : 174-175)

apa yang lebih menyayatkan hati, UMNO yang diyakini Ustaz-Ustaz JAIS sebagai “Periuk Nasi” telah memusuhi Islam dengan sedemikian rupa sehinggakan mereka sanggup membunuh orang-orang yang mahukan kepada Islam.

lihatlah kejadian di Batu Buruk dan di Pandan baru-baru ini. Melihatkan keadaan betapa, tindakan mereka itu merupakan cirri-ciri manusia yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW dalam satu hadis baginda;

قَالَ إِنَّ مِنْ ضِئْضِئِ هَذَا أَوْ فِي عَقِبِ هَذَا قَوْمًا يَقْرَءُونَ الْقُرْآنَ لَا يُجَاوِزُ حَنَاجِرَهُمْ يَمْرُقُونَ مِنْ الْإِسْلَامِ مُرُوقَ السَّهْمِ مِنْ الرَّمِيَّةِ يَقْتُلُونَ أَهْلَ الْإِسْلَامِ وَيَدَعُونَ أَهْلَ الْأَوْثَانِ لَئِنْ أَنَا أَدْرَكْتُهُمْ قَتَلْتُهُمْ قَتْلَ عَادٍ

Maksudnya;
“Sesungguhnya daripada kelompok ini ada satu kaum yang mereka membaca Al-Quran tidak lebih dari sekadar halkum mereka, mereka keluar dari islam seperti keluarnya anak panah dari busarnya, mereka MEMBUNUH AHLI ISLAM DAN MEMBIARKAN AHLI BERHALA. Sekiranya aku berjumpa dengan mereka, nescaya AKU AKAN MEMBUNUH MEREKA seperti membunuh kaum ‘Ad[2]

Di Melaka, mereka tidak bertindak di atas penternak-penternak babi, walaupun dengan jelas penternak-penternak itu telah melanggar undang-undang. Tetapi, mereka sanggup bertindak terhadap orang-orang yang mahukan Islam, sehinggakan sanggup menembak, walaupun tindakan penggemar-penggemar agama itu tidak melakukan tindakan yang menyalahi undang-undang Negara sekalipun.

PENUTUP

Tulisan ini hakikatnya adalah luahan hatiku yang sudah lama marah dengan tindakan ustaz-ustaz JAIS ini.

Apa yang menjadikan kemarahan ini melampau-lampau adalah, rata-rata ustaz-ustaz JAIS itu adalah dari mereka yang merupakan kawan-kawanku diketika belajar di luar Negara dahulu. namun amat menyedihkan, apabila mereka pulang ke Tanah Air, mereka telah mengambil sikap menjadi barua kepada kerajaan yang memerintah.

Walaubagaimanapun, padaku, tindakan ustaz-ustaz JAIS ini tidak menjadi satu perkara yang pelik. Ini adalah kerana, golongan yang merosakan agama pada zaman dahulu juga terdiri dari golongan agamawan.

Perkara ini telah diakui oleh wahyu yang menceritakan kepada kita tentang permusuhan antara Islam dengan kelompok yahudi dan nasrani yang merupakan ahli kitab (ahli agamawan).

Mudah-mudahan kita diselamatkan dari kejahatan Yahudi yang bertopeng Jabatan Agama ini dan disejahterakan di akhirat nanti

Amin Ya Rabbal ‘Alamin

Al-Bakistani
http://laptopdarulfiqh.blogspot.com/

e-mail : abu_abdillah_azzam@yahoo.com

P/s : kejadian di Surau Ar-Rafiq ini sudah sampai kepada pengetahuan As-Syaikh Mahmud As-Siyam yang merupakan Imam Masjid Al-Aqsa yang datang mengunjung Malaysia. Mendengar berita ini, sambil tersenyum beliau menyatakan;

"...kami di sana (di Palestine) itulah yang permainan harian (yaumiyyan) yang terpaksa kami tempuh dalam usaha hendak menjatuhkan Yahudi Israel, kami dikhianati secara langsung oleh golongan Islam lain yang menentang kami (Fattah), yang menjadikan kerja membebaskan Al-Quds itu menempuhi jalan yang teramat sukar.... hanya disebabkan jiwa mereka telah dibeli oleh Yahudi"








[1] Tafsir Al-Qurtubi : 8/120.
[2] Sunan Abi Daud : 12/382 : hadis no : 4137.

Friday, September 28, 2007

UMNO SANGGUP BUNUH ORANG PAS

Baru-baru ini, aku ditugaskan untuk menemui OCPD Gombak untuk memohon Permit Ceramah yang dianjurkan oleh UPU Pas Kampung Melayu. Dalam pemergianku itu, didapati OCPD sedang bercuti, dan kami diminta untuk berjumpa dengan ketua SB daerah.

Dalam pertemuan itu, banyak perkara yang kami bincangkan, terutama dalam perkara yang melibatkan kepada permit... permohonan kami itu tidak diterima, dan kami tetap menghormati keputusan polis dengan menganjurkan ceramah tersebut didalam premis Mazkaz UPU Pas Cawangan Kg melayu.

dalam perbincangan kami itu, Ketua SB seakan-akan menyalahkan PAS dalam semua kes yang melibatkan keselamatan. Beliau seakan-akan menyatakan, PAS adalah parti ganas yang sering mencetuskan huru hara.

(sila lihat klip video ini : ini bukan budaya kita, tetapi budaya orang yang tamak kuasa)




Keadaan demikian menyebabkan aku tidak berpuas hati dan bertanya beberapa soalan bertubi-tubi yang tidak dapat di jawab oleh Ketua SB berkenaan.

Beliau menuduh bahawa PAS ganas. Aku bertanya, adakah wujud dalam sejarah orang PAS bunuh orang UMNO? beliau menjawab tiada. Aku bertanya lagi, Adakah wujud dalam sejarah orang PAS kena bunuh dengan Orang UMNO? dia menjawab tiada juga. aku bertanya, adakah beliau mengenali dengan samad gol dan Ustaz Ibrahim Libya? beliau menjawab, kenal.

Mendengar jawapan beliau, aku bertanya, siapa yang bunuh dua orang aktivis PAS ini? dia menjawab, orang UMNO...

dengan jawapan itu menyebabkan ketua SB itu senyap seribu bahasa dari berbicara selepas itu...

tetapi, kali ini, ada berita terbaru yang dilakukan oleh pihak UMNO terhadap orang PAS..

hakikatnya, parti Assobiyyah taghut yang bernama UMNO ini sanggup membunuh orang PAS bagi mempertahankan maksiat syirik yang diamalkan oleh parti tersebut.

disini di lampirkan berita terbaru tentang kejadian cubaan membunuh orang PAS di Parlimen Pandan...

LAPORAN POLIS TENTANG CUBAAN MEMBUNUH NAIB YANG DIPERTUA PAS KAWASAN PANDAN OLEH AJK PEMUDA UMNO AKAN DIBUAT





Satu laporan polis akan dibuat tentang cubaan membunuh Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Pandan, Sdra. Suhaimi Ghazali tengah hari tadi di hadapan Masjid Nurul Hidayah, Kg. Pandan Dalam, Selangor.

Selepas solat Jumaat tadi, Sdra. Suhaimi yang sedang mengedarkan risalah Ramadhan khusus untuk ahli-ahli PAS telah dengan tiba-tiba diserang oleh seorang lelaki.

Lelaki tersebut telah menumbuk beliau beberapa kali. Lelaki itu kemudian telah beredar dari tempat itu tetapi telah mengugut Sdra. Suhaimi supaya meninggalkan kawasan itu dengan segera.

Lebih kurang 10 minit kemudian, lelaki tersebut telah kembali dengan sebatang kayu dan terus menyerang dan memukul beliau bertubi-tubi kali sebelum ditahan oleh orang ramai.

Akibat dari serangan itu Sdra. Suhaimi telah cedera di kepala, tangan dan kaki.

PAS Kawasan Pandan memandang serius akan kejadian ini.

Lebih-lebih lagi penyerang tersebut dikenali sebagai seorang AJK Pemuda UMNO Cawangan di Kg. Pandan. Beliau juga pernah menyerang dan menumbuk seorang AJK Pemuda PAS Kawasan Pandan beberapa tahun yang lalu.

Oleh itu satu laporan polis akan dibuat di Ibu Pejabat Polis Ampang Jaya, Taman Dagang, Selangor pada hari Sabtu 29 September 2007, jam 11.00 pagi.

PAS Kawasan Pandan mahu penyerang yang tidak bertamaddun ini dan yang tidak menghormati bulan Ramadhan yang mulia ini dihukum.

Iskandar Abdul Samad
Yang Dipertua PAS
Kawasan Pandan
28 September 2007
Tel : 019-298 9835
E-Mel : pas_pandan@yahoo.com

Wednesday, September 26, 2007

CIRI-CIRI JEMAAH ISLAM YANG SEBENAR

CIRI-CIRI JEMAAH ISLAM YANG SEBENAR


MUQADDIMAH

Sabda Nabi SAW;

لَا تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي يُقَاتِلُونَ عَلَى الْحَقِّ ظَاهِرِينَ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ

Maksudnya;
“sentiasa ada satu golongan dari umatku yang berperang atas kebenaran dalam keadaan menzahirkannya hingga hari kiamat[1]

Jemaah Islam atau dipanggil juga sebagai gerakan Islam merupakan satu tuntutan yang lahirnya disebabkan kejatuhan khalifah Islam yang terakhir, iaitu di turki pada tahun 1924. Ekoran dari kejatuhan khalifah islam itu menyebabkan, dunia dan umat Islam di timpa dengan pelbagai kekusutan disamping diserang dengan pelbagai serangan yang datang dari musuh Islam, samada musuh Islam itu dari kalangan mereka yang non muslim, juga dari mereka yang beranggapan mereka beragama Islam.



.



Kejatuhan khalifah islam telah menyebabkan ramai ulama-ulama Islam telah berijtihad dengan ijtihad yang disandarkan kepada nas agar melakukan sesuatu tindakan dalam menghadapi kehinaan yang telah dilakukan oleh musuh Islam terhadap islam ketika itu.

Dari itu, lahirlah insane-insan yang nama-nama mereka yang sering disebut sejarah disebabkan hasil perjuangan mereka dalam pembentukan gerakan islam di seluruh dunia. Maka itu, boleh dikatakan mejoriti umat Islam akan menyenali insane yang bernama As-Syahid Imam Hassan Al-Banna, As-Syahid Sayed Qutub, As-Syaikh Said Hawa, Abu ‘Ala Al-Maududi, As-Syahid Dr Abdullah Yusuf Al-Azzam, As-Syaikh Abu Bakar Al-Bakir dan banyak lagi.



Kelahiran ulama-ulama haraki ini adalah menggambarkan betapa perjuangan untuk mengembalikan khalifah yang hilang itu telah diijtihadkan dengan wadah perjuangan yang disebut sebagai “jamaah islam” atau “gerakan islam”.

Ekoran dari itulah, lahirnya banyak gerakan-gerakan islam di dunia, seperti Al-Ikhwan Al-Muslimin di Mesir, Jamaat Islami di Benua India, PAS di Malaysia dan banyak lagi.



Maka dari itu, lahirnya pelbagai gerakan Islam di dunia ini disebabkan pelbagai tempat. Walaupun begitu, Kadangkala berlaku juga kelahiran gerakan Islam yang pelbagai dalam sesesuatu tempat. Kelahiran ini telah mengakibatkan kebingungan sesetengah muslim dalam menentukan sesuatu gerakan itu bertepatan dengan kehendak gerakan Islam atau tidak.



Justeru itu, dalam penulisan ringkas ini, akan dijelaskan cirri-ciri gerakan Islam yang sebenar. Mudah-mudahan ianya memberi manfaat kepada semua pembaca.

ASAS JEMAAH ISLAM

Asas bagi gerakan islam adalah firman Allah SWT;

وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً

Maksudnya;
“dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi"

(surah Al-Baqarah : 30)

Firman Allah dalam ayat ini pada asasnya menceritakan tentang penciptaan Adam AS. Penciptaan Adam bukanlah sekadar untuk mewujudkan makhluk di bumi Allah semata-mata, tetapi disana terdapat tanggungjawab yang lebih besar, iaitu melaksanakan tuntutan ilahi di atas bumi Allah.

Tuntutan Ilahi itu tidak dibataskan kepada perlaksanaan tuntutan dari sudut aqidah uluhiyyah sahaja, iaitu seperti mendidik manusia dalam perkara ibadat yang bersifat khusus, seperti solat, zakat, zikir dan sebagainya. Bahkan, disana ada tuntutan besar yang perlu di tunaikan oleh manusia, iaitu melaksanakan tuntutan yang terkandung dalam aqidah rububiyyah, iaitu perlaksanaan Islam secara menyeluruh didalam pentadbiran dunia.

Maka dengan itu, sesuatu perkara yang telah diharamkan oleh Allah, perlu dinyatakan pengharamannya disamping pengharaman itu perlu dilaksanakan dalam pentadbiran. Begitujugalah sebaliknya.

Pun begitu, dikalangan manusia itu, ada sebilangan mereka yang mempunyai kehendak nafsu yang terlalu kuat menyebabkan lahirnya golongan yang melanggar tuntutan Allah ini. Ekoran dari itu, mereka menghalalkan perkara yang Allah haramkan, begitujuga mengharamkan perkara yang telah di halalkan oleh Allah SWT.

Tindakan golongan ini samalah seperti yang telah dilakukan oleh golongan yahudi dan nasrani. Keadaan ini sangat jelas dinyatakan oleh Allah dalam firman-Nya;

اتَّخَذُوا أَحْبَارَهُمْ وَرُهْبَانَهُمْ أَرْبَابًا مِنْ دُونِ اللَّهِ

Maksudnya;
“mereka (ahli Kitab) menjadikan pendita-pendita dan Ahli-ahli ugama mereka sebagai pendidik-pendidik selain dari Allah”

(surah At-Taubah : 31)

Menurut Imam Al-Qurtubi, ahli ilmu Ma’ani menyatakan, maksud golongan ahli kitab menjadikan pendeta-pendeta dan ahli-ahli ugama mereka sebagai “arbab” atau pendidik-pendidik dalam firman Allah ini adalah, mereka mentaati segala perkara yang dinyatakan oleh pendeta-pendeta dan ahli-ahli ugama mereka[2].

Maksud ahli ilmu ma’ani dikuatkan lagi dengan hadis daripada Abi Al-Bakhtari;

سئل حذيفة عن قول الله عز وجل اتخذوا أحبارهم ورهبانهم أربابا من دون الله هل عبدوهم فقال لا ولكن أحلوا لهم الحرام فاستحلوه وحرموا عليهم الحلال فحرموه

Maksudnya;
“Khuzaifah di tanya berkenaan firman Allah “mereka menjadikan pendeta-pendeta dan ahli-ahli agama mereka pendidik selain dari Allah”. adakah mereka menyembah mereka? lalu berkata, tidak, tetapi mereka menghalalkan kepada mereka perkara yang haram, lalu mereka menghalalkannya, dan mengharamkan atas mereka perkara yang halal, lalu mereka mengharamkannya[3]

dari firman Allah SWT dan tafsirannya dari hadis Nabi SAW, jelas kepada kita, perlaksanaan Islam itu tidak cukup sekadar dalam perkara ibadat khusus sahaja, bahkan perkara yang besar dari itu adalah melaksanakan tuntutan Al-Quran dalam sudut pemerintahan yang sememangnya tidak lepas dari urusan dosa dan pahala.

Apabila kandungan Aqidah Uluhiyyah dan rububiyyah ini tidak dapat dilaksanakan, maka usaha kearah kewujudannya adalah sesuatu perkara yang wajib.

Usaha untuk mewujudkannya tidak dapat dilakukan dengan secara bersendirian, maka disitu lahirnya jemaah-jemaah islam dalam menghadapinya. Semuanya adalah bertujuan untuk mengembalikan khalifah islam yang dapat mendaulatkan islam dalam pemerintahan.

Kaedah fiqh menyatakan;

وما لا يتم الواجب إلا به فهو واجب

Maksudnya;
“tidak sempurna perkara wajib melainkan dengannya, maka ia adalah wajib”



JEMAAH ISLAM ADALAH WADAH

Jemaah islam merupakan wadah dalam berusaha untuk mencapai matlamat perlaksanaan islam. sesuatu wadah tidak dapat dijanjikan kemenangan oleh Allah sekiranya tidak disertai dengan cirri-cirinya yang bersesuaian dengan kehendak Allah.

Maka dengan demikian, antara cirri-ciri jemaah Islam yang perlu diketahui oleh ahli-ahli jemaah islam adalah seperti berikut;

a. MENJADIKAN AL-QURAN DAN AL-HADIS SEBAGAI SANDARAN ASAS

Al-Quran dan Al-Hadis merupakan asas dalam penentuan sesuatu jemaah itu benar-benar berada dilandasan yang betul atau tidak.

Sandarannya adalah hadis;

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال قال رسول الله (ص) إني قد تركت فيكم شيئين لن تضلوا بعدهما كتاب الله وسنتي

Maksudnya;
“Daripada Abu Hurairah RA yang berkata, Bersabda Nabi SAW; aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, tidak akan sesat selepas kedua-duanya, iaitu Kitabullah dan Sunnahku[4]

Jemaah islam yang sebenar adalah jemaah yang menyediakan islam sebagai alternative kepada manusia. Segala penyelesaian dalam menghadapi isu dan keadaan dikembalikan kepada kandungan Al-Quran dan As-hadis.

Jemaah yang menyediakan selain Islam sebagai bahan alternative, seperti menyediakan penyelesaian isu dengan merujuk kepada pandangan-pandangan barat semata-mata, pandangan ahli-ahli falsafah, tanpa dirujuk kepada kandungan Al-Quran dan Al-Hadis merupakan jemaah yang bukan jemaah islam.

Disamping itu juga, ijtihad yang berasaskan kepada kandungan Al-Quran dan As-Sunnah juga menjadi punca penentuan kepada sesuatu jemaah itu adalah jemaah islam yang sebenar atau tidak.

Jemaah islam perlu menyediakan “badan ijtihad” dalam menghadapi kemungkinan-kemungkinan yang berlaku di zaman kini, tetapi tidak didapati di zaman dahulu. maka dengan itu, kemungkinan-kemungkinan itu pasti berlaku dan perlu kepada kajian secara ijtihadi bagi menyelesaikannya berasaskan kepada kandungan Nas.

Perkara ijtihadi tersebut tidak diperlukan sangat dalam perkara yang berbentuk “ijtihad nassi”, tetapi yang paling penting adalah mewujudkan “ijtihad tatbiqi” atau “ijtihad tanzili” dalam menyesuaikan sesuatu kejadian dengan nas-nas.

Dari keadaan ini, mana-mana gerakan atau jemaah yang menjadikan sandaran hukumnya yang tidak diasaskan kepada dua perkara ini, disamping tidak menyediakan persiapan ijtihad dalam menghadapi isu dan keadaan, maka jemaah tersebut tidak boleh disebut sebagai jemaah islam yang sebenar.

b. AQIDAH AHLI SUNNAH WA AL-JAMAAH

Jemaah islam yang sebenar adalah jemaah yang mendokong aqidah ahli sunnah wa al-jamaah. Aqidah ahli sunnah wa al-jamaah adalah aqidah yang menjadikan Rasulullah SAW sebagai model dalam penentuan pemahaman iman disamping menjadikan sahabat-sahabat dan para salaf soleh sebagai rujukan beraqidah.

Hadis yang diriwayatkan daripada Auf bin Malik yang berkata, bersabda Nabi SAW;

افْتَرَقَتْ الْيَهُودُ عَلَى إِحْدَى وَسَبْعِينَ فِرْقَةً فَوَاحِدَةٌ فِي الْجَنَّةِ وَسَبْعُونَ فِي النَّارِ وَافْتَرَقَتْ النَّصَارَى عَلَى ثِنْتَيْنِ وَسَبْعِينَ فِرْقَةً فَإِحْدَى وَسَبْعُونَ فِي النَّارِ وَوَاحِدَةٌ فِي الْجَنَّةِ وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لَتَفْتَرِقَنَّ أُمَّتِي عَلَى ثَلَاثٍ وَسَبْعِينَ فِرْقَةً وَاحِدَةٌ فِي الْجَنَّةِ وَثِنْتَانِ وَسَبْعُونَ فِي النَّارِ قِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ مَنْ هُمْ قَالَ الْجَمَاعَةُ

Maksudnya;
“Yahudi berpecah kepada 71 puak. 1 puak dalam syurga dan 70 lgi dalam neraka. Nasrani berpecah kepada 72 puak. 71 puak dalam neraka dan 1 sahaja dalam syurga. Dan demi nyawa Muhammad di tangan-Nya, umatku akan berpecah kepada 73 puak. 1 puak dalam syurga dan 72 puak dalam neraka. Dikatakan, Wahai Rasulullah SAW, siapakah mereka? menjawab Baginda SAW : al-jamaah[5]

Dalam mensyarahkan hadis ini, As-Sindi menyatakan, maksud dengan jemaah yang disebut oleh Nabi SAW adalah;

الْمُوَافِقُونَ لِجَمَاعَةِ الصَّحَابَة الْآخِذُونَ بِعَقَائِدِهِمْ الْمُتَمَسِّكُونَ بِرَأْيِهِمْ

Maksudnya;
“mereka yang menyerupai jemaah sahabat, mengambil aqidah mereka disamping berpegang dengan pandangan mereka[6]

Disamping asas aqidah adalah ahl sunnah wa al-jamaah, jemaah Islam tersebut tidak boleh mengabaikan tanggungjawab mereka dalam membaiki pemikiran dan jiwa manusia yang telah terlibat dengan fahaman dan ajaran yang menyesatkan.

Maka dengan itu, antara kewujudan jemaah Islam adalah menyelamatkan aqidah umat dari tergelincir kepada kesesatan. Maka dengan itu, sifat jemaah islam adalah menerima mereka yang asalnya dalam kesesatan, lalu di tarbiyyah sehingga aqidah mereka bertepatan dengan kehendak yang sebenar.

sila dengar ulasan Tok Guru Haji Abdul Hadi;



dan



c. PERJUANGAN ISLAM SECARA SYUMUL

Jemaah Islam yang sebenar adalah jemaah yang memikul tanggungjawab dalam berusaha untuk memperjuangkan Islam dari semua sudut.

Firman Allah;

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ

Maksudnya;
“Wahai orang-orang Yang beriman! masuklah kamu ke Dalam ugama Islam (dengan mematuhi) Segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; Sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu Yang terang nyata”

(Surah Al-Baqarah : 208)

Kandungan firman Allah ini menjelaskan, ketaatan kepada Allah hendaklah dilakukan secara menyeluruh disamping tidak dicampuri perkara maksiat yang merupakan ajakan Syaitan.

Sesuatu jemaah yang mencampur adukkan perkara ketaatan disamping tidak menjauhkan perkara maksiat, maka jemaah itu tidak boleh disebut sebagai jemaah islam.

Begitujuga, jemaah islam yang sebenar adalah jemaah yang tindakan mereka tidak mengambil sebahagian dari kandungan kitab dan menafikan kandungan yang lain. tindakan sebegini merupakan tindakan yang dimurkai oleh Allah SWT.

Firman Allah;

أَفَتُؤْمِنُونَ بِبَعْضِ الْكِتَابِ وَتَكْفُرُونَ بِبَعْضٍ فَمَا جَزَاءُ مَنْ يَفْعَلُ ذَلِكَ مِنْكُمْ إِلَّا خِزْيٌ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ يُرَدُّونَ إِلَى أَشَدِّ الْعَذَابِ وَمَا اللَّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ

Maksudnya;
“Patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian (dari isi) Kitab Taurat dan mengingkari akan sebahagian Yang lain? maka tiadalah balasan bagi orang Yang berbuat demikian itu dari antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia, dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke Dalam azab seksa Yang amat berat. dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa Yang kamu lakukan”

(Surah Al-Baqarah : 85)

Ada sebilangan jemaah yang hanya mengambil sudut kebajikan sahaja, maka jemaah itu tidak boleh dikira sebagai jemaah islam. Ini adalah kerana, Islam sendiri adalah agama fitrah, yang kandungannya mencangkupi seluruh kehidupan manusia, tanpa difokuskan kepada kebajikan semata, bahkan Islam mempunyai banyak perkara yang perlu diperjuangkan, seperti keadilan, ekonomi, munakahat dan sebagainya.

Firman Allah;

فَأَقِمْ وَجْهَكَ لِلدِّينِ حَنِيفًا فِطْرَةَ اللَّهِ الَّتِي فَطَرَ النَّاسَ عَلَيْهَا لَا تَبْدِيلَ لِخَلْقِ اللَّهِ ذَلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ

Maksudnya;
“maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu, Wahai Muhammad) ke arah ugama Yang jauh dari kesesatan; (turutlah terus) ugama Allah, Iaitu ugama Yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah ugama Yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui”

(Surah Ar-Rum : 30)


d. JEMAAH YANG BERTINDAK SECARA AMALI DAN WAQII

Jemaah islam yang sebenar adalah jemaah yang mempunyai tindakan secara amali. Tindakan amali tersebut bertetepatan dengan waqii setempat dan tidak tersasar dari kandungan penghujahan nas.

Tindakan amali jemaah Islam di Malaysia tidak boleh disamakan dengan tindakan amali jemaah islam di Negara-negara luar, seperti Lubnan, Palestine, Afghanistan dan sebagainya.

Jika di Afghanistani, iraq, Palestine dan Lubnan menggunakan senjata dalam bertindak, maka itu merupakan kesesuaian mereka dalam menghadapi musuh disana.



Adapun di Malaysia, tindakan amali yang paling sesuai dalam menghadapi musuh adalah dengan menghubungkan diri dalam pilihanraya, maka menggabungkan diri dalam piliharanya merupakan tindakan amali dan waqii bagi jemaah islam di malaysia.

Firman Allah;

فَمَنِ اعْتَدَى عَلَيْكُمْ فَاعْتَدُوا عَلَيْهِ بِمِثْلِ مَا اعْتَدَى عَلَيْكُمْ

Maksudnya;
“sesiapa Yang melakukan pencerobohan terhadap kamu maka balaslah pencerobohannya itu seimbang Dengan pencerobohan Yang dilakukannya kepada kamu”

(Surah Al-Baqarah : 194)

Amali tersebut hendaklah dilakukan dengan sepaling upaya yang mampu. Jika di sesuatu tempat itu mampu menggunakan cara pilihanraya dalam menghadapi musuh Islam, maka wajib kepada jemaah islam itu melibatkan diri dengan pilihanraya.

Jika dalam keadaan mampu untuk bertindak dengan cara pilihanraya, tetapi tetap dengan cara yang kurang dari kemampuan yang sepatutnya, seperti mengajak manusia kepada solat sahaja, mengajak manusia kepada kebajikan sahaja dan sebagainya, maka jemaah itu bukanlah jemaah islam yang sebenar.

Firman Allah;

وَقَاتِلُوهُمْ حَتَّى لَا تَكُونَ فِتْنَةٌ وَيَكُونَ الدِّينُ لِلَّهِ

Maksudnya;
“dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah ugama itu semata-mata kerana Allah”

(Surah Al-Baqarah : 193)

Dari firman Allah ini, secara mafhumnya difahami bahawa, perjuangan Islam itu hendaklah dilakukan sehabis-habis usaha sehinggakan ketiadaan lagi “fitnah” berlaku di atas muka bumi Allah SWT.

e. MEMBEBASKAN UMAT ISLAM DARI KEHINAAN

Jemaah islam yang sebenar adalah jemaah islam yang berusaha untuk membebaskan umat islam dari kehinaan hidup di dunia, lebih-lebih lagi di akhirat.

Kehinaan hidup umat adalah berpunca dari penafian mereka terhadap pengamalan Islam dalam kehidupan. Begitujuga, ianya berpunca dari pengamalan sebahagian Al-Quran dan mengingkari sebahagian yang lain.

Firman Allah:

وَمَنْ يَبْتَغِ غَيْرَ الْإِسْلَامِ دِينًا فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الْآَخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ

Maksudnya;
“dan sesiapa Yang mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang Yang rugi”

(Surah Al-Imran : 85)

Dan juga firman Allah;


أَفَتُؤْمِنُونَ بِبَعْضِ الْكِتَابِ وَتَكْفُرُونَ بِبَعْضٍ فَمَا جَزَاءُ مَنْ يَفْعَلُ ذَلِكَ مِنْكُمْ إِلَّا خِزْيٌ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ يُرَدُّونَ إِلَى أَشَدِّ الْعَذَابِ وَمَا اللَّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ

Maksudnya;
“Patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian (dari isi) Kitab Taurat dan mengingkari akan sebahagian Yang lain? maka tiadalah balasan bagi orang Yang berbuat demikian itu dari antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia, dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke Dalam azab seksa Yang amat berat. dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa Yang kamu lakukan”

(Surah Al-Baqarah : 85)

Melihat kepada keadaan ini, ubat mujarab bagi mengembalikan kemuliaan ini adalah dengan membina kembali pemerintahan islam. ini adalah kerana, pemerintahan adalah penentu atas kehinaan atau kemuliaan umat Islam dalam sesuatu Negara dan tempat.

Sabda Nabi SAW;

لتنقض عرى الإسلام عروة عروة كلما انتقضت عروة تثبت الناس بالتي تليها منهن فأولهن نقضا الحكم وآخرهن الصلاة

Maksudnya;
“simpulan islam akan terungkai satu persatu. Ketika terungkainya satu simpulan, nescaya manusia mengikuti dengan simpulan yang selanjutnya. Perkara yang mula-mula sekali terungkai adalah pemerintahan, dan perkara yang terakhir sekali terungkai adalah solat[7]

Maka dengan demikian, jemaah islam yang sebenar adalah jemaah yang akan berusaha kearah pembinaan sebuah Negara yang menjadi Islam sebagai dasar pemerintahan, yang ianya merupakan cara untuk mengembalikan kemuliaan Islam dan membebaskan umat Islam dari kehinaan.

f. MEMBINA AHLI BERJIWA JUNDULLAH

Jemaah islam adalah jemaah yang meletakan perjuangannya semata-mata kerana Allah. Jemaah islam tidak akan menerima perjuangan yang berasaskan kepada kepentingan dunia semata-mata. Segala perjuangannya adalah untuk mendaulatkan kalimah Allah. maka dengan demikian, segala kepayahan dan kesusahan yang dilakukan oleh musuh Islam, tidak akan menatijahkan putus asa dikalangan anggota jemaah, bahkan berkekalan dalam perjuangan disebabkan perjuangannya itu berasaskan kepada ridha Allah SWT.

Bagi mendapat keikhlasan ini, ia memerlukan kepada pembinaan anggota-anggota jemaah yang mempunyai semangat dan jiwa “jundullah” atau tentera Allah.



Jiwa jundullah adalah jiwa yang sering mengharapkan keridhaan Allah, kecintaan mereka kepada Allah dan Rasul-Nya melebihi segala-galanya, merendahkan diri sesame mukmin dan keras terhadap musuh-musuh Islam, berjihad di jalan Allah dan meletakan kesetiaan hidup kepada Allah dan Rasul-Nya tanpa berbelah bahagi.

Firman Allah;

مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللَّهِ وَالَّذِينَ مَعَهُ أَشِدَّاءُ عَلَى الْكُفَّارِ رُحَمَاءُ بَيْنَهُمْ

Maksudnya;
“Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang Yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir Yang (memusuhi Islam)”

(Surah Al-Fath : 29)

Jemaah islam yang sebenar akan membina pendokong-pendokongnya berjiwa sedemikian. Bagi melahirkan pendokong-pendokong berjiwa jundullah ini, jemaah islam tersebut akan menyediakan satu proses yang dinamakan sebagai “Tarbiyyah”.

Program dalam pembinaan ini selalunya dimulai dengan kuliah haraki, usrah, tamrin, mukhayyam dan sebagainya.

Pembinaan jiwa jundullah ini telah berjaya dilakukan oleh Rasulullah SAW terhadap sahabat-sahabat baginda. Maka dengan demikian, dikalangan sahabat lahirnya insan-insan yang nama mereka sering menjadi sebutan sejarah, seperti Al-‘Irbad bin Sariyyah yang pernah menangis kerana tidak mampu memberi sumbangan dalam perjuangan islam disebabkan kelemahan asal yang ada pada dirinya[8], Saad bin Abi Waqas yang pernah digelar sebagai singa yang menyembunyikan kukunya[9] dan ramai lagi sahabat-sahabat nabi SAW yang lain.

g. MEMBINA SEMANGAT UKHUWWAH SESAMA MUKMIN

Jemaah islam yang sebenar adalah jemaah yang membina semangat ukhuwwah sesame mukmin. Mereka meletakan sayang sesame mereka semata-mata kerana Allah SWT.

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ ثَلَاثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ حَلَاوَةَ الْإِيمَانِ أَنْ يَكُونَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لَا يُحِبُّهُ إِلَّا لِلَّهِ وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُودَ فِي الْكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِي النَّارِ

Maksudnya;
“daripada Anas bin Malik R.A, daripada Nabi SAW bersabda; tiga perkara yang jika ada, maka didapati kemanisan Iman. Bahawa Allah dan Rasul-Nya lebih disayangi dari segala-galanya. Menyayangi seseorang yang tidak disayanginya melainkan kerana Allah. dia benci kembali kafir seperti benci dicampakkan dalam api[10]

Ukhuwwah yang dibina atas ikhlas kerana Allah akan melahirkan natijah manusia akan sentiasa melakukan taat kepada Allah. ini adalah kerana, apabila seseorang kawan telah melakukan maksiat, sebagai kawan yang bersaudara dengannya kerana Allah, pasti dia akan menegur tindakan dari kawannya yang telah melakukan maksiat tersebut. maka dengan demikian, jemaah tersebut akan menjadi jemaah yang berada dalam keadaan ukhuwwah.

Pun begitu, dalam keadaan pembinaan ukhuwah tersebut, maka tidak selayaknya ahli jemaah islam itu “berkeras kepala” dalam perkara kebenaran sekiranya ditegur. Anggota jemaah islam sudah pasti akan mengambil sikap telus dalam menjalankan kerja jemaah dan tidak menyimpan “agenda-agenda tertentu” dalam perjalanan jemaah.

Jika ianya berlaku, menandakan disana ada unsure-unsur tidak sihat bagi memecahbelahkan ukhuwwah islamiyyah dalam jemaah islam.

PENUTUP

Tulisan ringkas ini sekadar memberi gambaran umum berkenaan kepentingan dan kefahaman terhadap pergerakan jemaah Islam.

Mudah-mudahan ianya memberi manfaat kepada semua dan dikurniakan ridha Allah dalam meneruskan perjuangan dalam mendaulatkan Islam dalam pemerintahan

Amin Ya Rabb Al- ‘Alamin.

Sekian
Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani
http://laptopdarulfiqh.blogspot.com/

e-mail : abu_abdillah_azzam@yahoo.com




[1] Sahih Al-Bukhari : 1/373 : hadis no : 225.
[2] Tafsir Al-Qurtubi : 8/120.
[3] Tafsir Al-Qurtubi : 8/120
[4] Al-Mustadrak ‘Ala As-Sahihain : 1/172. Hadis no : 319.
[5] Sunan Ibnu Majah : 2/1322 : hadis no : 3992.
[6] Hasyiyah As-Sindi ‘Ala Ibni Majah : 7/361
[7] Sya’b Al-Iman : 4/326 : hadis no : 5277.
[8] Siyar Al-‘Alam An-Nubala’ : 3/420 dan Tafsir Ibni Kathir : 2/383.
[9] Mutiara kisah para sahabat Nabi SAW : m/s 552
[10] Sahih Al-Bukhari : 1/14 : hadis no : 16.