Didalam buku “Tarikh Al-Mazahib Al-Islamiyyah Fi As-Siyasah wa Al-‘Aqaid wa tarikh Al-Mazahib Al-Fiqhiyyah” karangan Abu Zuhrah, menjelaskan[1], Khawarij adalah salah satu fahaman yang muncul bersama dengan Syiah. Kelahiran kedua-dua firqah sesat ini adalah pada zaman pemerintahan Khalifah Ali bin Abi Talib.
Pada asalnya, puak khawarij ini adalah pengikut Saidina Ali bin Abi Talib, tetapi mereka telah keluar dari memberi taat setia kepada Ali dikala berlaku peperangan antara Ali dan Muawiyyah (peperangan siffin[2]). Dalam peperangan tersebut, pihak muawiyyah tertekan yang menyebabkan mereka telah mengangkat Al-Quran sebagai tindakan untuk mengadakan majlis tahkim.
‘Ali tetap meneruskan peperangan sehinggakan melihatkan kehebatan dalam peperangan itu yang memberi kemenangan kepada pihak ‘Ali. Dalam keadaan kecamukkan peperangan, maka keluar satu kelompok dari pasukan Ali dan mencadangkan agar menerima usul tahkim dari pihak Muawiyyah.
Kemudian dari itu, kedua-dua belah pihak sepakat melantik seorang hakim dari pihak masing-masing sebagai wakil dalam majlis tahkim itu.
Dalam majlis tersebut, pihak Muawiyyah telah menghantar Amr bin Al-‘As sebagai wakil dan di pihak Ali pula telah menghantar Abu Musa Al-‘As’ari untuk menjadi hakim dalam perbincangan tersebut.
Majlis tahkim itu berakhir dengan satu keputusan, iaitu menurunkan ‘Ali dari jawatan Khalifah dan menggantikan Muawiyyah sebagai penggantinya.
Melihat keadaan demikian, kelompok yang asalnya menyuruh Ali menerima usul tahkim itu telah memandang majlis tahkim itu sebagai sesuatu kejahatan, kemudian mereka menuntut ‘Ali agar bertaubat kerana di pandang telah melakukan dosa besar. Menurut mereka, Ali yang menyetujui untuk bertahkim bererti telah menjadi kafir.
Melihat kepada gambaran kelahiran khawarij ini, didapati kelahiran puak ini adalah hasil dari ketidak puas hatinya satu kelompok di atas kepimpinan Ali bin Ali Talib yang merupakan seorang khalifah yang kepimpinan beliau masih berasaskan kepada Al-Quran dan As-Sunnah.
Pemahaman ini didasari kepada definisi khawarij yang tersebut dalam kitab Al-Milal Wa an-Nihal;
كل من خرج على الإمام الحق الذي اتفقت الجماعة عليه يسمى: خارجياً؛ سواء كان الخروج في أيام الصحابة على الأئمة الراشدين، أو كان بعدهم على التابعين بإحسان؛ والأئمة في كل زمان.
Maksudnya;
“setiap mereka yang keluar atas (kepimpinan) IMAM YANG HAQ; yang telah disepakati jemaah atasnya dinamakan sebagai “kharij”, samada keluar itu pada masa sahabat atas imam-imam yang rasyidin atau selepas mereka daripada tabiin dan imam-imam pada setiap zaman[3]”
Dari definisi ini, dapat dinyatakan bahawa, kelompok yang dikatakan sebagai khawarij adalah kelompok yang keluar dari kepimpinan Imam yang haq, iaitu imam yang melaksanakan tuntutan Al-Quran dan As-Sunnah.
Maka dengan itu, jika keluar dari kepimpinan Imam yang tidak haq, iaitu imam yang memerintah dalam sesuatu kerajaan yang tidak di asaskan kepada Al-Quran dan As-Sunnah, maka golongan yang keluar itu tidak disebut sebagai kelompok khawarij.
Keadaan ini menggambarkan bahawa, tuduhan terhadap PAS sebagai Khawarij kerana melawan UMNO adalah tuduhan liar yang tidak didasarkan kepada ulasan ilmu. Ini adalah kerana, UMNO adalah parti kebangsaan yang merupakan parti utama yang menganut fahaman secular yang menyesatkan di Negara ini. UMNO adalah Parti yang menganut fahaman “agama suku, politik suku” yang fahaman ini sememangnya telah dinyatakan ulama sebagai anutan yang tidak diasaskan kepada Islam, tetapi diasaskan kepada fahaman kristian, yang kandungan ajaran itu terkandung dalam bible yang menyatakan;
اعطوا اذا ما لقيصر لقيصر واعطوا ما لله لله
Maksudnya;
“berikan urusan raja (pemerintah) kepada raja, dan berikan urusan Allah kepada Allah[4]”
Keadaan ini menyalahi islam yang merupakan satu agama yang syumul. Islam menyediakan “sistem kehidupan” kepada seluruh manusia bagi melihat kehidupan mereka bahagia di dunia dan di akhirat. kebahagiaan yang diasaskan kepada sistem kehidupan mewajibkan wujudnya sistem pemerintahan Islam yang tidak boleh diingkari. Mengingkari kewujudan sistem pemerintahan dalam islam dengan mendakwa “agama suku, politik suku” merupakan tindakan kebatilan yang berjauhan dari haq atau kebenaran.
Apa yang pasti, keadaan ini telah dilakukan oleh parti yang memerintah melaysia kini, iaitu Barisan Nasional yang diketuai oleh UMNO. Maka dengan itu, jelas kepada kita bahawa UMNO adalah parti yang memerintah, yang jelas difahami bahawa ketua Negara ini telah diperintah oleh seorang yang berfahaman batil.
Tidak dinafikan, asal fahaman “agama suku, politik suku” ini adalah dari golongan kristian, tetapi ianya telah diguna pakai juga dikalangan orang-orang yang mendakwa beragama Islam.
Apa yang pasti, Dr Harun Din dalam bukunya yang bertajuk “Tawassur Islam” menyatakan, Syaikh Anuar Jundi dalam satu maqalahnya dalam kitab Nadwah Al-Muhadarat antara lain ada mengulas tentang peperangan salib.
Selepas kekalahan kristian dalam menyerang umat Islam dalam peperangan salib menyebabkan kristian telah merancang untuk melancar serangan pemikiran bagi merosakan fahaman umat Islam terhadap Islam sendiri.
Maka dengan itu, di tubuhkan pengajian hak ehwal timur pusat-pusat pengajian Islam yang disebut “Islamic studies” di wujudkan di pusat-pusat pengajian tinggi di barat. Pergerakan-pergerakan seperti orientalis dilancarkan, missionaries digerakan dengan istilah arabnya “حركة التبسير” dan sebagainya.
Orang yang bertanggungjawab “membuka kunci” serangan sebegini adalah Louis IX. Pembuktian ini didasarkan kepada satu tulisan Louis IX dalam satu wasiat yang masyhur;
“sesungguhnya tidak ada jalan yang boleh menguasai orang islam melainkan dengan menggunakan perkataan (penulisan) juga dengan cara menguasai dan meracuni pemikiran Islamnya dengan menimbulkan keraguan dan merosakan isi kandungannya yang berteraskan kepada jihad itu. Semuanya itu tidak akan berjaya melainkan dengan jalan menghantar pengembang-pengembang agama krisitian, mengadakan misi-misi muhibah, mengadakan pengajian, kurikulum dan pendidikan serta membantu pemikiran barat kristian supaya ia dapat menguasai pemikiran Islam dan kandungannya”[5]
Serangan cara baru ini telah dilancarkan oleh barat terhadap umat Islam, semuanya adalah bertujuan untuk memalsukan aqidah umat Islam, melemahkan semangat jihad, menghapuskan undang-undang islam dan menggantikan dengan undang-undang barat, membaratkan umat Islam menerusi berbagai cara dan meragui umat Islam terhadap agamanya.
Apa yang pasti, setelah keluarnya penjajah berkulit putih dari Negara ini, penyambung kepada fahaman barat ini adalah anak-anak didik barat yang berjuang atas nama kebangsaan melayu, iaitu UMNO. Yang mereka ini adalah pendokong fahaman secular, tetapi dikelabukan mata dengan slogan-slogan Islam, seperti Islam hadhari, penerapan nilai-nilai Islam dan sebagainya.
KHAWARIJ DAN SLOGANNYA
لا حكم إلا لله
Maksudnya;
“tiada hukum melainkan untuk Allah”
Merupakan slogan asasi dalam kelompok khawarij. Dengan slogan ini, mereka telah mencanang fahaman mereka untuk memburukkan Saidina Ali bin Abi Talib[6].
Apa yang jelas, tindakan mereka itu adalah biadap, terutama ianya dilakukan terhadap kepimpinan Ali bin Abi talib yang sememangnya kepimpinan itu berasaskan kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Maka dengan keadaan itulah, golongan khawarij ini melaungkan satu slogan yang tidak selayaknya dihadapan ‘Ali disebabkan, laungan itu adalah didasarkan kepada ulasan zahir nas, tanpa merujuk kepada penghujahan yang betul, lalu dengan kefahaman singkat mereka itu menyebabkan mereka menyatakan bahawa, kepimpinan Ali bin Abi Talib tidak diasaskan kepada Allah SWT.
Keadaan ini agak sama yang telah dilakukan oleh Anuar Musa di Kelantan yang telah melaungkan kalimah “Islam Hadhari” acuan Pak Lah Badawi dinegeri kelantan disamping memburukkan kepimpinan islam kelantan.
KESYIRIKAN PERLU DITENTANG DENGAN NYATA
Menipu manusia dengan slogan-slogan Islam merupakan amalan yang dilakukan oleh khawarij. Hakikatnya, isi slogan itu bukan pengamalan mereka yang sebenar, tetapi kelahiran slogan itu sebagai cara untuk mengembangkan ajaran mereka disamping ingin digambarkan sebagai kelompok yang benar.
Apa yang pasti, khawarij Malaysia berwajah baru ini adalah kelompok yang memerintah di kerajaan Pusat, tetapi membangkang di negeri kelantan.
Mereka adalah pembawa bendera-bendera syirik didalam Negara. Kesyirikan cara mereka sememangnya halus. Ini adalah disebabkan mereka di dokong oleh pemimpin yang beragama Islam, menunaikan solat disamping dikuatkan lagi dengan barua-barua mereka yang terdiri dari mereka yang berpendidikan agama.
Keadaan ini tidaklah merupakan perkara yang pelik, kerana keadaan yang sama juga pernah berlaku kepada ahli kitab terdahulu (yahudi dan nasrani).
Firman Allah;
إِنَّ الَّذِينَ يَكْتُمُونَ مَا أَنْزَلَ اللَّهُ مِنَ الْكِتَابِ وَيَشْتَرُونَ بِهِ ثَمَنًا قَلِيلًا أُولَئِكَ مَا يَأْكُلُونَ فِي بُطُونِهِمْ إِلَّا النَّارَ وَلَا يُكَلِّمُهُمُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَلَا يُزَكِّيهِمْ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ * أُولَئِكَ الَّذِينَ اشْتَرَوُا الضَّلَالَةَ بِالْهُدَى وَالْعَذَابَ بِالْمَغْفِرَةِ فَمَا أَصْبَرَهُمْ عَلَى النَّارِ
Maksudnya;
“Sesungguhnya orang-orang Yang menyembunyikan (meminda atau mengubah) apa-apa keterangan Kitab suci Yang telah diturunkan oleh Allah, dan membeli dengannya keuntungan dunia Yang sedikit faedahnya, mereka itu tidak mengisi Dalam perut mereka selain dari api neraka, dan Allah tidak akan berkata-kata kepada mereka pada hari kiamat, dan ia tidak membersihkan mereka (dari dosa), dan mereka pula akan beroleh azab seksa Yang tidak terperi sakitnya. * mereka itulah orang-orang Yang membeli kesesatan Dengan meninggalkan petunjuk (ugama Allah), dan (membeli) azab seksa neraka Dengan meninggalkan keampunan Tuhan. maka sungguh ajaib kesanggupan mereka menanggung seksa api neraka itu”
(Surah Al-Baqarah : 174-175)
Bukan itu sahaja, PAS adalah parti Islam yang sering menyeru kepada makruf dan mencegah dari berlaku mungkar telah dijadikan sasaran serangan dari pihak BN/UMNO yang memerintah. Serangan itu sehinggakan sanggup mereka melakukan kezaliman terhadap pimpinan PAS.
Lihatlah bagaimana sejarah telah membuktikan penahanan ISA terhadap pimpinan PAS semenjak dahulu lagi, sekatan media untuk menyampaikan mesej dakwah, menggunakan FRU untuk membelasah ahli-ahli dan pemimpin PAS dan berbagai-bagai lagi.
No comments:
Post a Comment