Monday, October 08, 2007

PAS SUBANG SUDAH HABIS RM 14 RIBU UNTUK KEBAJIKAN

PAS SUBANG SUDAH HABIS RM 14 RIBU UNTUK KEBAJIKAN


Oleh : TKP Kawasan Subang

Paya Jaras, 7 oktober 2007 – Di dalam bulan Ramadhan yang sangat mulia ini, Dewan Muslimat PAS Kawasan Subang yang diketuai oleh Ustazah Maryam Abdul Rashid telah mengadakan perubahan dalam kepimpinan baru dengan tidak ketinggalan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan.

Oleh itu, Dewan muslimat PAS Kawasan Subang dengan kerjasama Dewan Pemuda dan PAS Kawasan Subang telah mengadakan roadshow penyampaian Sumbangan Raya 2007 kepada lebih 60 Keluarga Fakir Miskin dan Ibu Tunggal beserta 40 anak Yatim dengan tema pada tahun ini iaitu “Prihatin PAS Subang”

Roadshow tersebut telah dilakukan di seluruh UPU bagi Dun Bukit Lanjan, Dun Kota Damansara dan Dun Paya Jaras

Turut hadir dalam Roadshow tersebut seorang wakil Dewan Muslimat PAS Pusat, iaitu Puan Salbiah yang merupakan Ketua Lajnah Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat.

Majlis berbuka Puasa bersama fakir miskin, anak yatim dan ibu tunggal ini berjaya dilaksanakan di UPU Pas Kg Melayu. Sebelum berbuka Puasa, Puan Salbiah ada memberikan sedikit pengisian tazkiran ringkas kepada hadirin dan hadirat yang hadir pada hari tersebut.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Yang di-Pertua PAS Kawasan Subang Ustaz Nasir Zakaria, Setiausaha PAS Kawasan Subang Saudara Mazlan, Wakil Urusan Ulama Kawasan Tuan Haji Fadhil dan Tuan Haji Ghazali, Timbalan ketua Dewan Pemuda merangkap Timbalan Urusan Ulama PAS Kawasan Subang Ustaz Wan Ji bin Wan Hussin, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Kawasan Subang Saudara Khairul Anuar dan kepimpinan UPU Kg Melayu

Menurut Ustazah Maryam, sumbangan yang telah diberikan menjangkau RM14 ribu, yang ianya merangkumi bantuan Wang Ringgit, beras, gula, susu dan sebagainya.

Kemuncak majlis yang di hadiri seramai lebih 100 orang itu adalah majlis berbuka puasa bersama dan solat maghrib berjemaah di Markaz UPU Kg Melayu Sungai Buloh Selangor. PAS Kawasan Subang berterima kasih kepada semua pihak yang membantu menjayakan program tersebut kerana membantu golongan yang kurang mampu sangat di galakkan oleh Islam, lebih-lebih lagi di bulan ramadhan

1 comment:

Haji Mohd Haneef said...

Kenapa "Mendirikan Negara Islam" TIDAK ada dalam Quran dan Hadith? Adakah menegakkan syariat itu sama dengan mendirikan negara Islam?