Monday, October 01, 2007

JAIS DAN YAHUDI : PELANDUK DUA SERUPA

JAIS DAN YAHUDI : PELANDUK DUA SERUPA


Kuliah Tafaqquh Islam yang dianjurkan oleh kami bertempat di Surau Ar-Rafiq dengan menjemput Ustaz Nasir Zakaria sebagai Pembentang, disamping menjemput Ustaz Nasaruddin Tantawi dan beberapa orang ustaz sebagai pengulas atau penambahan dari bentangan telah mendapat sambutan dari sebilangan peminat-peminat ilmu di Kawasan Subang.

Minat mereka kepada majlis itu mungkin disebabkan pengulas jemputan kami adalah orang yang tidak asing dalam perjuangan islam di Malaysia ini iaitu Ustaz nasaruddin Tantawi disamping tajuk perbincangan itu adalah Fiqh Daulah, iaitu sebuah buku yang ditulis oleh Dr Yusuf Al-Qaradhawi.

Dalam kesebukkan dalam perjalanan program tersebut, agak memeranjatkan dengan kedatangan puak-puak yahudi yang bertopengkan agama (ustaz-Ustaz JAIS) telah datang menyerbu program tersebut dengan harapan untuk menangkap Ustaz Nasaruddin tantawi.

Sedih merasakan tindakan dari Yahudi-Yahudi Melayu yang bersikap demikian. Ini adalah kerana, surau yang menganjurkan program ilmu dalam bulan Ramadhan telah menjadi sasaran JAIS, sedangkan berhampiran dengan surau tersebut terdapat kedai “nombor ekor” yang sering dikunjungi “taik-taik judi” berbangsa Melayu dan beragama Islam, tetapi tidak menjadi sasaran JAIS.

Secara pengalaman, aku bersama kawan-kawan pernah membuat aduan tentang satu ajaran sesat kepada JAIS disamping menceritakan tentang keterlibatan seorang remaja Wanita terhadap ajaran sesat tersebut. Aduan yang kami lakukan itu tidak mendapat tindakan baik dari JAIS, bahkan apabila kehadiran sebilangan ajaran sesat itu di Kota Damansara, golongan ini tidak diambil tindakan oleh JAIS, walaupun setelah berkali-kali kami melakukan laporan kepada mereka.

Dengan tindakan JAIS ini menggambarkan betapa ketidak layaknya JAIS ini digelar sebagai “Jabatan agama Islam Selangor” tetapi lebih layak digelar sebagai “Jemaah Anti Islam Selangor” atau “Jabatan Agama Iblis Syaitan”.

JAIS DAN YAHUDI

Puak JAIS ini kebanyakan terdiri dari ustaz-ustaz yang menjadi “barua” kepada puak-puak pemerintah. Dalam ruangan yang lalu, aku ada mendedahkan “kebaruaan” JAIS dalam usaha hendak menutup beberapa buah surau di Parlimen Subang. Tindakan mereka itu adalah dari arahan ketua UMNO Bahagian Subang, iaitu Dato’ Mokhtar Dahlan.

Jika diperhatikan kepada tindakan ustaz-ustaz JAIS ini dengan tindakan Yahudi dan Nasrani, dapat disimpulkan banyak kesamaan antara mereka.

Jika Yahudi dan Nasrani dulu diisytihar syirik oleh Allah dengan sebab mereka mengikut “arahan” pendeta-pendeta dan ahli-ahli agama mereka, maka keadaan yang sama juga berlaku kepada ustaz-ustaz JAIS yang mengikut dan taat dengan arahan pihak pemerintah yang memberi arahan untuk menutup kuliah agama.

Kisah kesyirikan Yahudi dan Nasrani ini telah dirakam oleh Allah dalam firman- Nya;

اِتَّخَذُوا أَحْبَارهمْ وَرُهْبَانهمْ أَرْبَابًا مِنْ دُون اللَّه
Maksudnya;
“mereka (ahli Kitab) menjadikan pendita-pendita dan Ahli-ahli ugama mereka sebagai pendidik-pendidik selain dari Allah”(surah At-Taubah : 31)

Dalam menafsirkan ayat ini, baginda SAW ada menyatakan dalam satu hadis daripada Abi Al-Bakhtari;

سُئِلَ حُذَيْفَة عَنْ قَوْل اللَّه عَزَّ وَجَلَّ : " اِتَّخَذُوا أَحْبَارهمْ وَرُهْبَانهمْ أَرْبَابًا مِنْ دُون اللَّه " هَلْ عَبَدُوهُمْ ؟ فَقَالَ لَا , وَلَكِنْ أَحَلُّوا لَهُمْ الْحَرَام فَاسْتَحَلُّوهُ , وَحَرَّمُوا عَلَيْهِمْ الْحَلَال فَحَرَّمُوهُ
Maksudnya;
“Khuzaifah di tanya berkenaan firman Allah “mereka menjadikan pendeta-pendeta dan ahli-ahli agama mereka pendidik selain dari Allah”. adakah mereka menyembah mereka? lalu berkata, tidak, tetapi mereka menghalalkan kepada mereka perkara yang haram, lalu mereka menghalalkannya, dan mengharamkan atas mereka perkara yang halal, lalu mereka mengharamkannya[1]

Dari ini dapat dilihat, kesyirikan yahudi dan nasrani terhadap Allah, antaranya adalah mengikut arahan ahli-ahli agama dan pendeta-pendeta mereka dalam menghalalkan dan mengharamkan. Keadaan yang sama juga berlaku kepada ustaz-ustaz JAIS, yang mana mereka mentaati “bapa-bapa yahudi” mereka yang telah mengharamkan pengajian-pengajian agama di surau-surau, sedangkan pengajian agama merupakan tuntutan Allah SWT.

JAIS DAN GERAKAN MUNAFIQ

Tindakan ustaz-ustaz JAIS yang menyerang kuliah-kuliah agama, disamping mengabaikan tugasan mereka untuk bertindak kepada manusia yang melakukan maksiat merupakan tindakan golongan munafiq.

Selangor merupakan antara Negeri-negeri yang mempunyai bilangan maksiat yang terbanyak di Negara ini. Antara negeri yang terbanyak kelahiran anak luar nikah di Negara ini adalah selangor. Perkara ini pernah dinyatakan oleh JAIS sendiri.

Tetapi, kenyataan pihak JAIS itu sekadar kenyataan yang tidak disertai dengan keinsafan bagi menghapuskannya. Jika diperhatikan dikedai-kedai nombor ekor, disana dapat dilihat, berapa ramai dari kalangan umat Islam yang terlibat dengan judi ini, tetapi tidak diambil perhatian oleh JAIS.

Golongan Muda mudi yang berpasangan pergi kesana kemari tidak pernah menjadi sasaran JAIS bagi membenterasnya, walaupun mereka telah diberi Kad Autority menangkap.

Yang menyedihkan adalah, mereka berusaha untuk menutup lagi kelas-kelas pengajian yang bersifat telus. Mereka sanggup menyerbu dan menangkap pendakwah-pendakwah Islam yang menyampaikan ilmu berbanding menangkap golongan maksiat.

Keadaan ini menggambarkan kemunafikan ustaz-ustaz JAIS ini. Kemunafikan bentuk ini dinyatakan oleh Allah dalam firman-Nya;

الْمُنَافِقُونَ وَالْمُنَافِقَاتُ بَعْضُهُمْ مِنْ بَعْضٍ يَأْمُرُونَ بِالْمُنْكَرِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمَعْرُوفِ

Maksudnya;
“orang-orang munafik lelaki dan perempuan, setengahnya adalah sama Dengan setengahnya Yang lain; mereka masing-masing menyuruh Dengan perbuatan Yang jahat, dan melarang dari perbuatan Yang baik”

(surah At-Taubah : 67)

UMNO ADALAH PERIUK NASI JAIS

Secara hakikatnya, JAIS merupakan “barua” kepada parti assobiyyah syirik yang bernama UMNO. Mereka bertindak berdasarkan kepada arahan ketua Bahagian.

Walaupun JAIS ini terdiri dari kalangan mereka yang berpendidikan agama, tetapi keahlian mereka dengan agama tidak dijadikan sebagai ruang untuk menyampaikan kebenaran islam, tetapi yang lebih teruk adalah, mereka merupakan barua kepada parti syirik untuk mengkuatkan syirik dikalangan manusia.

Mereka sanggup menyembunyikan kandungan ayat-ayat Allah SWT semata-mata bimbang “periuk nasi” mereka. tindakan mereka ini menyerupai tindakan tok guru-tok Guru Yahudi yang diceritakan oleh Allah dalam firman-Nya;

إِنَّ الَّذِينَ يَكْتُمُونَ مَا أَنْزَلَ اللَّهُ مِنَ الْكِتَابِ وَيَشْتَرُونَ بِهِ ثَمَنًا قَلِيلًا أُولَئِكَ مَا يَأْكُلُونَ فِي بُطُونِهِمْ إِلَّا النَّارَ وَلَا يُكَلِّمُهُمُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَلَا يُزَكِّيهِمْ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ * أُولَئِكَ الَّذِينَ اشْتَرَوُا الضَّلَالَةَ بِالْهُدَى وَالْعَذَابَ بِالْمَغْفِرَةِ فَمَا أَصْبَرَهُمْ عَلَى النَّارِ

Maksudnya;
“Sesungguhnya orang-orang Yang menyembunyikan (meminda atau mengubah) apa-apa keterangan Kitab suci Yang telah diturunkan oleh Allah, dan membeli dengannya keuntungan dunia Yang sedikit faedahnya, mereka itu tidak mengisi Dalam perut mereka selain dari api neraka, dan Allah tidak akan berkata-kata kepada mereka pada hari kiamat, dan ia tidak membersihkan mereka (dari dosa), dan mereka pula akan beroleh azab seksa Yang tidak terperi sakitnya.* mereka itulah orang-orang Yang membeli kesesatan Dengan meninggalkan petunjuk (ugama Allah), dan (membeli) azab seksa neraka Dengan meninggalkan keampunan Tuhan. maka sungguh ajaib kesanggupan mereka menanggung seksa api neraka itu”

(Surah Al-Baqarah : 174-175)

apa yang lebih menyayatkan hati, UMNO yang diyakini Ustaz-Ustaz JAIS sebagai “Periuk Nasi” telah memusuhi Islam dengan sedemikian rupa sehinggakan mereka sanggup membunuh orang-orang yang mahukan kepada Islam.

lihatlah kejadian di Batu Buruk dan di Pandan baru-baru ini. Melihatkan keadaan betapa, tindakan mereka itu merupakan cirri-ciri manusia yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW dalam satu hadis baginda;

قَالَ إِنَّ مِنْ ضِئْضِئِ هَذَا أَوْ فِي عَقِبِ هَذَا قَوْمًا يَقْرَءُونَ الْقُرْآنَ لَا يُجَاوِزُ حَنَاجِرَهُمْ يَمْرُقُونَ مِنْ الْإِسْلَامِ مُرُوقَ السَّهْمِ مِنْ الرَّمِيَّةِ يَقْتُلُونَ أَهْلَ الْإِسْلَامِ وَيَدَعُونَ أَهْلَ الْأَوْثَانِ لَئِنْ أَنَا أَدْرَكْتُهُمْ قَتَلْتُهُمْ قَتْلَ عَادٍ

Maksudnya;
“Sesungguhnya daripada kelompok ini ada satu kaum yang mereka membaca Al-Quran tidak lebih dari sekadar halkum mereka, mereka keluar dari islam seperti keluarnya anak panah dari busarnya, mereka MEMBUNUH AHLI ISLAM DAN MEMBIARKAN AHLI BERHALA. Sekiranya aku berjumpa dengan mereka, nescaya AKU AKAN MEMBUNUH MEREKA seperti membunuh kaum ‘Ad[2]

Di Melaka, mereka tidak bertindak di atas penternak-penternak babi, walaupun dengan jelas penternak-penternak itu telah melanggar undang-undang. Tetapi, mereka sanggup bertindak terhadap orang-orang yang mahukan Islam, sehinggakan sanggup menembak, walaupun tindakan penggemar-penggemar agama itu tidak melakukan tindakan yang menyalahi undang-undang Negara sekalipun.

PENUTUP

Tulisan ini hakikatnya adalah luahan hatiku yang sudah lama marah dengan tindakan ustaz-ustaz JAIS ini.

Apa yang menjadikan kemarahan ini melampau-lampau adalah, rata-rata ustaz-ustaz JAIS itu adalah dari mereka yang merupakan kawan-kawanku diketika belajar di luar Negara dahulu. namun amat menyedihkan, apabila mereka pulang ke Tanah Air, mereka telah mengambil sikap menjadi barua kepada kerajaan yang memerintah.

Walaubagaimanapun, padaku, tindakan ustaz-ustaz JAIS ini tidak menjadi satu perkara yang pelik. Ini adalah kerana, golongan yang merosakan agama pada zaman dahulu juga terdiri dari golongan agamawan.

Perkara ini telah diakui oleh wahyu yang menceritakan kepada kita tentang permusuhan antara Islam dengan kelompok yahudi dan nasrani yang merupakan ahli kitab (ahli agamawan).

Mudah-mudahan kita diselamatkan dari kejahatan Yahudi yang bertopeng Jabatan Agama ini dan disejahterakan di akhirat nanti

Amin Ya Rabbal ‘Alamin

Al-Bakistani
http://laptopdarulfiqh.blogspot.com/

e-mail : abu_abdillah_azzam@yahoo.com

P/s : kejadian di Surau Ar-Rafiq ini sudah sampai kepada pengetahuan As-Syaikh Mahmud As-Siyam yang merupakan Imam Masjid Al-Aqsa yang datang mengunjung Malaysia. Mendengar berita ini, sambil tersenyum beliau menyatakan;

"...kami di sana (di Palestine) itulah yang permainan harian (yaumiyyan) yang terpaksa kami tempuh dalam usaha hendak menjatuhkan Yahudi Israel, kami dikhianati secara langsung oleh golongan Islam lain yang menentang kami (Fattah), yang menjadikan kerja membebaskan Al-Quds itu menempuhi jalan yang teramat sukar.... hanya disebabkan jiwa mereka telah dibeli oleh Yahudi"








[1] Tafsir Al-Qurtubi : 8/120.
[2] Sunan Abi Daud : 12/382 : hadis no : 4137.

3 comments:

Planeyt said...

saya bersimpati dgn ustaz, tapi jgnlah sampai menuduh ustaz2 jais sebagai yahudi. menuduh mereka sebagai yahudi samalah seperti mengkafirkan mereka.

Syaikh Al-Bakistani said...

a.ana tidak mengharapkan simpati dalam isu ini, cuma ana ingin kenalkan kepada pembaca siapa JAIS yang sebenar....

b. ana tidak mengkafirkan JAIS, tetapi menyahudikan mereka. ianya tidak salah dari sudut ilmu sastera bahasa arab, kerana dalam pengajian ilmu balaghah, ada satu bab yang disebut sebagai "tasybih baligh"....nak tahu lebih mendalam, boleh tanya Dr Asri As-salafi Ghair Ad-Dahri, sebab dia pendidikan Ijazah Lughah arabiyyah semasa di Jordan dulu...

sekian

MUSTAFFA HJ OTHMAN said...

Bukan pelanduk dua serupa TApi Adik beradik kalu pelanduk dua serupa perangai nya lain lain... Jadi kalau adik beradik itu tepat.