Friday, October 05, 2007

APA YANG ANDA FAHAM DARI SURAT INI???

Surat ini telah di e mailkan kepada Ana oleh salah seorang yang berkemahiran dalam dunia korporat. Ana tidak membenarkan atau menafikan kandungan surat ini. walaubagaimanapun, Ana ingin bertanya kepada semua pembaca sekalian.

APAKAH YANG ANDA FAHAM DARI SURAT INI ????


ISI KANDUNGAN SURAT INI ADALAH;

(kepala surat : PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU ATAU UMNO (UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION))

Ruj. Kami : Bil (364) dlm (KB/UMNO/BBP/07)
Ruj Tuan :
Bertarikh : 14 Mac 2007 (24 Safar 1428 H)

Jurutera Daerah
Jabatan Kerjaraya Daerah Batu Pahat
Jalan Pegawai
83000 Batu Pahat, Johor

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Tuan,

PENDAFTARAN KONTRAK KERJA KLAS F

Dengan segala hormatnya perkara di atas di rujuk. Bersama-sama ini dilampirkan senarai nama kontraktor yang sudah kami semak dan perlu disenaraihitamkan kerana mereka adalah penyokong / simpati parti pembangkang.

Kerjasama dan tindakan dari pihak Tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian

BERSATU, BERSETIA BERKHIDMAT
DEMI AGAMA, BANGSA DAN NEGARA

……………………tt…………….
SENATOR DR. HAJI MOHD PUAD BIN ZARKASHI
Ketua UMNO
Bahagian Batu Pahat

S.k : YAB Dato’ Abdul Ghani bin Othman
Menteri Besar Johor



1 comment:

Unknown said...

salam semua,
Saya tak terkejut krn mmg dah dasar mereka desperado pada zaman hujung dunia.
Berlaku depan mata saya dan saya sendiri membacanya iaitu satu surat ditujukan kepada satu company GLC. Surat tu bertujuan untuk bertanyakan apakah perkembangan tentang permohonan satu company bukan bumiputera utk mendapatkan sijil bagi company bukan bumi itu untuk masuk projek dalam GLC. Itu tak pelik krn surat tu bertanyakan hak dia dimana adakah permohonan dia diluluskan atau tidak dan dah setakat mana.
Tetapi yg peliknya surat tu adalah berkepala surat dari Ketua Setiausaha dari satu jabatan yang bertanyakan khabar tentang rakan baiknya iaitu AH CHONG yang ada membuat permohonan kepada GLC.
Persoalannya dalam surat tu terang2 KSU mengaku bahawa AH CHONG tu adalah rakan baik dia dan produk dia adalah bagus dan memerlukan GLC tu meluluskan pengunaan barangan AH CHONG tu utk projek yang akan dtg.
Dahlah tu, kepala surat tu sepatutnya adalah dtg dari company AH CHONG kepada GLC, ini tidak, kepada Kementerian ........ yang disalah gunakan.
Begitulah penghujung zaman dimana org berpangkat akan mengunakan segala kuasa yang diberi utk menentukan kehidupan anak bini terjamin bagi beberapa dekad krn mereka dah tau bahawa politik zaman ni selalu berubah2 dan tak menjamin bahawa mereka akan selesa duduk bertakhta selama2nya krn masih ada puak yang dok dibawah dia irihati n berhajat nak juga menerajui takhta diatas.
salam