Thursday, October 11, 2007

UMNO DAN JAIS ADALAH YAHUDI : DIANGGAP SALAH BILA JAHIL SASTERA

UMNO DAN JAIS ADALAH YAHUDI : DIANGGAP SALAH BILA JAHIL SASTERA




Tulisan kerasku dalam mengkritik UMNO dan JAIS sehinggakan aku menjenamakan mereka sebagai Yahudi telah mendapat ulasan negetif dari sebilangan pihak. Mereka menyatakan, sikapku menjenamakan mereka sedemikian menggambarkan aku telah mengkafirkan mereka.

Ingin dinyatakan, meyahudikan UMNO dan JAIS bukan beerti mengkafirkan mereka. Aku meyakini, kekeliruan sedemikian adalah berpunca dari kurang pemahaman mereka tentang uslub sastera dalam ungkapan kata-kata.

Jika dahulu, Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nikmat telah di hentam pemimpin dan ulama-ulama UMNO disebabkan dengan terjemahan samseng terhadap kalimah “Al-jabbar” dan “Al-Mutakabbir”.

Aku masih ingat, dikala itu aku sedang menunggu keberangkatanku untuk menyambung pengajian ke Mesir. Aku telah di jemput oleh polis dari Bukit Aman untuk di soal siasat atas tuduhan KMM atau JI. Dalam pertemuan itu, banyak perkara yang diutarakan kepadaku, tetapi semuanya adalah tuduhan liar semata-mata.

Disebabkan ketiadaan modal untuk di soal, aku telah ditanya berkenaan dengan kenyataan Tuan Guru Menteri Besar Kelantan berkenaan terjemahan samseng pada nama Allah “Al-Jabbar” dan “Al-Mutakkabir”.

Mendengar persoalan itu, aku dapat merasakan bagaimana sempitnya daya keilmuan pegawai polis yang bertanya tersebut. apabila aku menjawab, mengapa dibisingkan kalimah “samseng”, sedangkan Allah sendiri menamakan dirinya sebagai “penipu”, iaitu dari firman-Nya;

إِنَّ الْمُنَافِقِينَ يُخَادِعُونَ اللَّهَ وَهُوَ خَادِعُهُمْ

Maksudnya;
“Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap ugama) Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya), dan Allah pula melakukan tipu daya terhadap mereka”

(Surah An-Nisa’ : 142)

Pegawai polis berkenaan menunjukkan reaksi dirinya agak menarik dengan hujjahku itu. Aku menyatakan lagi, didalam pengajian sastera arab, ada perbincangan yang di sebut sebagai “musyakalah”.

Menurut ahli ilmu balaghah, “Musyakalah” memberi maksud;

الإتفاق فى اللفظ و الإختلاف فى المعنى

Maksudnya;
“Bersamaan pada lafaz dan berbeza pada sudut makna[1]

Walaupun lafaz samseng, kandungannya mempunyai unsure zalim, tetapi disebalik maknanya pula, ianya mengandungi tafsiran yang berbeza dari maksud asalnya.

Mendengar “syarahanku”, pegawai polis berkenaan akur dengan hujjah, tetapi tetap mempertahankan pandangan bodoh dari ulama-ulama UMNO dalam isu samseng itu.

Dari sini, dapat difahami bahawa, antara berlakunya salah anggap ini adalah apabila manusia itu tidak mempunyai pemahaman tentang ilmu sastera arab.

Melihat kepada kepentingan inilah menyebabkan ulama usul fiqh meletakkan syarat kelayakan untuk menjadi mujtahid, hendaklah dia mempunyai pemahaman bahasa arab secara mendalam. Pemahamannya tentang bahasa arab itu, tidak dibataskan kepada nahu dan sorof sahaja, bahkan hendaklah dia memahami dari sudut sasteranya, seperti ilmu balaghah, bayan, Mani’, Badi’, asalib dan sebagainya[2].

Apa yang menyedihkan, kelahiran pemikiran yang menganggap diri mereka sebagai mujaddid, golongan ini suka memperdebatkan tentang pemahaman Al-Quran dan As-Sunnah, tetapi setelah dihayati, masakan kebolehan mereka dalam ilmu sastera arab, bacaan mereka dari sudut nahu dan sorof pun mengandungi kekacauan yang amat nyata.

Jika mereka mengeluarkan pandangan mereka tanpa merendah dan meremeh-remehkan pandangan ulama yang lain, mungkin itu tidak menjadi satu perkara besar dan utama, tetapi apa yang sedihnya, mereka sudah sanggup meremeh-remehkan pandangan ulama-ulama disebabkan mereka hanya berjumpa dengan satu hadis atau beberapa hadis dan ayat Al-Quran, lalu terus di istidlalkan dari nas-nas tersebut tanpa mereka sedar bahawa diri mereka adalah orang yang sedikitpun tidak berkeahlian dalam mengistinbatkan hukum.

UMNO DAN JAIS YANG YAHUDI

Keadaan yang seakan-akan sama telah menimpa. Setelah tulisanku yang mengkritik UMNO dan JAIS dengan sikap mereka sehinggakan aku menjenamakan mereka sebagai yahudi, menyebabkan ada sebilangan mereka menjadikan aku sebagai sasaran kritikan yang tidak bermoral.

Padaku, kritikan itu adalah bersebabkan mereka tidak mempunyai pemahaman berkenaan dengan ilmu sastera arab, tetapi mereka , mungkin, berkemampuan dalam membaca dan memahami bahasa arab sahaja.

Dengan keadaan ini, adakah salah menjenamakan UMNO dan JAIS ini sebagai Yahudi?

Apa yang perlu difahami, dalam ilmu Balaghah, perkara yang mula-mula sekali diketemui adalah berkenaan dengan “Fasahah” dalam percakapan.

Apa yang pasti, lahirnya perbincangan tentang “fasahah” dalam ilmu balaghah yang merupakan salah satu dari ilmu sastera arab adalah antara tujuannya untuk menilai penutur, adakah ianya sebagai orang yang bijak menuturkan kata-kata atau tidak.

Perbincangan sastera arab tidak terhenti disekadar itu, tetapi ianya akan merebak kepada perbincangan yang dinamakan sebagai “ilmu ma’ani” yang antara kandungan perbincaraaannya akan terjumpa perbincangan tentang “kalam Ijaz” dan “kalam Itnab”.

Seorang yang cerdik, memadai bagi penutur mengungkapkan kalam Ijaz, yang nampaknya ringkas tetapi terus difahaminya. Adapun bagi mereka yang kurang “cerdik”, mereka memerlukan kepada “kalam Itnab” yang terpaksa di lebarkan perbicaraan agar tidak disalah tafsirkan sesuatu kata-kata.

Antara “kalam Ijaz” yang tidak perlu di perincikan dengan kata-kata yang panjang adalah dalam perkara yang disebut sebagai ‘Tasybih”, yang ianya terkandung dalam perbincangan “Ilmu Bayan”.

“Tasybih” terbahagi kepada beberapa peringkat. Antaranya adalah tasybih yang tidak muakkad dan tasybih yang muakkad.

Tasybih yang tidak muakkad adalah tasybih yang memerlukan alat-alat tasybih. Seperti kalimah “ك” yang bermaksud “seperti” atau kalimah “مثل” yang mempunyai maksud yang sama juga.

Antara misalnya adalah seperti kata;

هو كالبحر فى الجود

Maksudnya;
“dia seperti laut pada kemurahannya”

Tasybih bentuk ini dinamakan juga sebagai Tasybih Mursal.

Ada satu lagi tasybih, iaitu tasybih yang bersifat muakkad. Ianya dinamakan juga sebagai “tasybih baligh” atau “perumpamaan yang bersangatan”.

Tasybih bentuk ini tidak perlu didatangkan alat-alat tasybih dalam sesuatu perkataan. Antara misalnya seperti kita menyatakan;

“Muhammad adalah harimau”

Pada kata-kata ini, bukanlah difahami bahawa Muhammad itu adalah seekor harimau, tetapi disebabkan kegarangan dan kehebatan beliau seperti harimau, lalu dinyatakan Muhammad harimau.

Dengan keadaan inilah, aku menggambarkan UMNO dan JAIS ini umpama yahudi disebabkan kejahatan mereka dalam menghadapi Islam. kalau mengikut penggunaan “tasybih mursal”, kalimah yang layak digunakan adalah “UMNO dan JAIS macam yahudi”, tetapi disebabkan aku ingin menggambarkan betapa jahatnya UMNO dan JAIS ini, aku mengunakan “tasybih Baligh, dengan menyatakan “UMNO dan JAIS adalah Yahudi”.

PENUTUP

Aku kurang berminat untuk berbicara tentang ilmu sastera ini. Tetapi disebabkan kebodohan sebilangan pihak, aku terpaksa juga menulis ilmu sastera arab ini agar menyedarkan pengkritik itu tentang kebodohan mereka.

kritikan ini juga ditujukan kepada mereka yang "keras kepala" setelah diberi keterangan. aku memahami, ada sebilangan mereka menyatakan ketidak puas hati mereka dalam penjenamaan ini, tetapi semuanya adalah kerana mereka tidak memahami sastera ini. pun begitu, setelah mereka diberi penerangan, mereka boleh menerima dengan hati yang terbuka.

Yang amat kesal, ada sebilangan dari kalangan mereka menuduhku sebagai antara pembawa fahaman Khawarij ala moden disebabkan penjenamaan ini diberikan kepada UMNO yang memerintah kerajaan dan JAIS yang merupakan badan dibawah kerajaan. Apakah mereka hendak samakan Saidina Ali bin Abi Talib dengan pak Lah Badawi? Alangkah dangkalnya pemikiran mereka.

Amat malangnya si jahil berkenaan ilmu sastera ini sanggup mengungkap tuduhan yang tidak berasas. Padaku, itu tidak menjadi satu perkara yang pelik, disebabkan setelah diteliti, didapati si pengkritik bukanlah orang yang berpendidikan agama dan bahasa arab, tetapi memahami Islam sekadar melalui bacaan buku dan internet.


Sekian

Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani
http://laptopdarulfiqh.blogspot.com/

e mail : abu_abdillah_azzam@yahoo.com






[1] Sofwah At-Tafasir : 1/29.
[2] Usul Al-Fiqh Al-Islami : 2/1075.

10 comments:

Planeyt said...
This comment has been removed by the author.
Planeyt said...
This comment has been removed by the author.
Syaikh Al-Bakistani said...

JAHIL TERHADAP SASTERA : SALAH FAHAM TERHADAP ARTIKLE

Tulisan lepas yang bertajuk “UMNO dan JAIS adalah YAHUDI : dianggap salah bila jahil sastera” telah mendapat liputan bacaan dari beberapa pihak yang telah disalah ertikan oleh mereka. sebelum menulis article ini, aku telah merasakan kebimbangan terhadap pembaca-pembaca yang akan membaca tulisanku itu. Dalam keadaan demikian, aku tetap menulisnya disebabkan mengenangkan dengan “melampaunya” golongan yang melebelkan diriku sebagai Khawarij

Apa yang pasti, blogku telah menjadi kunjungan berbagai pihak dan berbagai-bagai status pendidikkan. Tidak dinafikan, terdapat pengunjungnya dari kalangan mereka yang berpendidikan agama dan tidak berpendidikan agama. Begitujuga, terdapat juga pembacanya dari mereka yang berbagai-bagai aliran, samada syiah, ultra salafi, salafi muktadil, khalaf, umno, PAS dan sebagainya.

Pun begitu, ekoran dari tulisanku berkenaan penjenamaan UMNO dan JAIS dengan YAHUDI telah mendapat sambutan pembacaan yang agak ramai, mungkin puluhan, mungkin ratusan dan mungkin juga ribuan.

Ucapan terima kasih atas kunjungan tersebut, dan tulisan tersebut tidaklah dikatakan sebagai tulisan yang maksum, bahkan pasti ianya akan terdapat kecacatan yang perlu dibaiki dan dikritik.

Disebalik tulisan itu, ada sebilangan pihak yang agak tidak bersetuju yang menyebabkan mereka mengkritik tulisanku itu. Aku tidak nafikan, ada pengkritik yang ikhlas, pun begitu, ada sebilangan pengkritik yang sengaja mengemukakan kritikan dengan tujuan yang tersirat disebalik yang tersurat.

Kebiasaannya, pengkritik tulisan dalam blogku itu terdiri dari mereka yang berfikiran ultra salafi dan berfahaman syiah. Adapun mereka yang bersikap mu’tadil, mereka sering memuji atas tulisan disamping meminta izin dariku untuk menyebarkan tulisan tersebut.

Terdapat satu kritikan dalam ruang “comment” tentang tulisan tersebut. Padaku pengkritik itu sememangnya ikhlas dalam kritikan. Dengan kritikan itu, aku telah memberikan jawapan kepadanya.

Pun begitu, ada puluhan kritikan yang dihantar melalui e mail. Dari situ, aku meminta mereka merujuk kepada jawapanku didalam ruang comment. Apa yang menyedihkan, samada mereka merujuk atau tidak, mereka tetap bertindak dengan tindakan yang “sihat”, bahkan telah melebihkan kepada kritikan yang tidak bermoral sehingga mereka menjenamakanku sebagai Khawarij moden.

Dengan tindakan mereka yang demikian, menyebabkan aku menulis tentang ulasan sastera arab dalam isu ini.

Pun begitu, disebalik tulisan itu, ada sebilangan pengkritik yang menyalah ertikan kritikkan kasarku sehingga aku menyatakan “Kebodohan” dalam article itu.

Padaku, perkataan “bodoh” layak diberikan kepada mereka yang tidak menerima hujjah yang telah dibentangkan kepada mereka, disamping mereka berkeras dengan pandangan mereka disertai tidak mengemukakan hujjah terhadap kritikan.

Sekiranya mereka mengkritik, lalu dijawab, tetapi mereka tetap dengan pendirian yang tidak berasaskan kepada hujjah, maka itulah yang dikatakan sebagai “Bodoh”.

Oleh yang demikian, tulisan lalu, tidak dikhususkan kepada mereka yang tidak “berkeras” dalam isu ini, tetapi dikhususkan kepada mereka yang “berkepala batu” dengan pendapat mereka yang tidak diasaskan kepada hujjah, serta mengambil sikap untuk mengkritik secara membabi buta.

Kepada mereka yang berkenaan, harapannya tidak merasakan diri mereka yang termasuk dalam maksud dengan “bodoh” dalam article yang lalu, tetapi ia dikhususkan kepada yang telah melebelkan aku sebagai khawarij ekoran penjenamaan UMNO dan JAIS sebagai YAHUDI.

Sekian

Harap maaf, kepada pihak berkenaan.

Dr. Know said...

Ustaz, saya tak beberapa setuju dengan kenyataan, UMNO sama macam Yahudi.

Sebenarnya UMNO lebih teruk dari Yahudi. Yahudi juga sayangkan rakyatnya. Tapi UMNO seksa RAKYAT SENDIRI....!! Halau rakyat sendiri dari tanah dan rumah mereka macam binatang..!!!

Itu lagi teruk dari Yahudi...!!!

Dr. Know said...

Ustaz, saya tak beberapa setuju dengan kenyataan, UMNO sama macam Yahudi.

Sebenarnya UMNO lebih teruk dari Yahudi. Yahudi juga sayangkan rakyatnya. Tapi UMNO seksa RAKYAT SENDIRI....!! Halau rakyat sendiri dari tanah dan rumah mereka macam binatang..!!!

Itu lagi teruk dari Yahudi...!!!

Dr. Know said...

Kepada sesiapa yang ilmu panjang sejengkal, sedor lah diri......

Baru search satu ayat kat internet, dah blagak macam ustaz.

Saya sokong artikel ni...!!

Dr. Know said...

Kepada sesiapa yang ilmu panjang sejengkal, sedor lah diri......

Baru search satu ayat kat internet, dah blagak macam ustaz.

Saya sokong artikel Ustaz...!!

mahawangsa said...

eh...mesti la awk betul ...takkan org lain lak betul ...

trus kan dgn tulisan yg penuh dgn kesyukuran dan keredhaan....

semoga mendapat kepuasan yg di cari...

Aku said...

Adakah anda tahu bahawa pengatur sekelian alam adalah dalam urusan dan pengetahuan Allah dan Rasulnya.
BN dan UMNO tu parti yang memerintah atas keizinan Allah. Jahat ke baik ke itu urusan Allah.Kalau Allah dan rasulnya tidak mahu sekelip mata UMNO dan BN ditukar dengan parti lain.
Adakah anda bermaksud melawan ketentuan Allah dan Rasulnya?
Pembangkang terpaksa membuat berbagai-bagai onah untuk menjatuhkan kerajaan, tapi kalau tak diizinkan Allah. Taklah berlaku...

Anonymous said...

Ustaz minta izin copy