Friday, September 28, 2007

UMNO SANGGUP BUNUH ORANG PAS

Baru-baru ini, aku ditugaskan untuk menemui OCPD Gombak untuk memohon Permit Ceramah yang dianjurkan oleh UPU Pas Kampung Melayu. Dalam pemergianku itu, didapati OCPD sedang bercuti, dan kami diminta untuk berjumpa dengan ketua SB daerah.

Dalam pertemuan itu, banyak perkara yang kami bincangkan, terutama dalam perkara yang melibatkan kepada permit... permohonan kami itu tidak diterima, dan kami tetap menghormati keputusan polis dengan menganjurkan ceramah tersebut didalam premis Mazkaz UPU Pas Cawangan Kg melayu.

dalam perbincangan kami itu, Ketua SB seakan-akan menyalahkan PAS dalam semua kes yang melibatkan keselamatan. Beliau seakan-akan menyatakan, PAS adalah parti ganas yang sering mencetuskan huru hara.

(sila lihat klip video ini : ini bukan budaya kita, tetapi budaya orang yang tamak kuasa)




Keadaan demikian menyebabkan aku tidak berpuas hati dan bertanya beberapa soalan bertubi-tubi yang tidak dapat di jawab oleh Ketua SB berkenaan.

Beliau menuduh bahawa PAS ganas. Aku bertanya, adakah wujud dalam sejarah orang PAS bunuh orang UMNO? beliau menjawab tiada. Aku bertanya lagi, Adakah wujud dalam sejarah orang PAS kena bunuh dengan Orang UMNO? dia menjawab tiada juga. aku bertanya, adakah beliau mengenali dengan samad gol dan Ustaz Ibrahim Libya? beliau menjawab, kenal.

Mendengar jawapan beliau, aku bertanya, siapa yang bunuh dua orang aktivis PAS ini? dia menjawab, orang UMNO...

dengan jawapan itu menyebabkan ketua SB itu senyap seribu bahasa dari berbicara selepas itu...

tetapi, kali ini, ada berita terbaru yang dilakukan oleh pihak UMNO terhadap orang PAS..

hakikatnya, parti Assobiyyah taghut yang bernama UMNO ini sanggup membunuh orang PAS bagi mempertahankan maksiat syirik yang diamalkan oleh parti tersebut.

disini di lampirkan berita terbaru tentang kejadian cubaan membunuh orang PAS di Parlimen Pandan...

LAPORAN POLIS TENTANG CUBAAN MEMBUNUH NAIB YANG DIPERTUA PAS KAWASAN PANDAN OLEH AJK PEMUDA UMNO AKAN DIBUAT





Satu laporan polis akan dibuat tentang cubaan membunuh Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Pandan, Sdra. Suhaimi Ghazali tengah hari tadi di hadapan Masjid Nurul Hidayah, Kg. Pandan Dalam, Selangor.

Selepas solat Jumaat tadi, Sdra. Suhaimi yang sedang mengedarkan risalah Ramadhan khusus untuk ahli-ahli PAS telah dengan tiba-tiba diserang oleh seorang lelaki.

Lelaki tersebut telah menumbuk beliau beberapa kali. Lelaki itu kemudian telah beredar dari tempat itu tetapi telah mengugut Sdra. Suhaimi supaya meninggalkan kawasan itu dengan segera.

Lebih kurang 10 minit kemudian, lelaki tersebut telah kembali dengan sebatang kayu dan terus menyerang dan memukul beliau bertubi-tubi kali sebelum ditahan oleh orang ramai.

Akibat dari serangan itu Sdra. Suhaimi telah cedera di kepala, tangan dan kaki.

PAS Kawasan Pandan memandang serius akan kejadian ini.

Lebih-lebih lagi penyerang tersebut dikenali sebagai seorang AJK Pemuda UMNO Cawangan di Kg. Pandan. Beliau juga pernah menyerang dan menumbuk seorang AJK Pemuda PAS Kawasan Pandan beberapa tahun yang lalu.

Oleh itu satu laporan polis akan dibuat di Ibu Pejabat Polis Ampang Jaya, Taman Dagang, Selangor pada hari Sabtu 29 September 2007, jam 11.00 pagi.

PAS Kawasan Pandan mahu penyerang yang tidak bertamaddun ini dan yang tidak menghormati bulan Ramadhan yang mulia ini dihukum.

Iskandar Abdul Samad
Yang Dipertua PAS
Kawasan Pandan
28 September 2007
Tel : 019-298 9835
E-Mel : pas_pandan@yahoo.com

No comments: