Friday, September 21, 2007

SALMAN AUDAH NASIHAT OSAMA : SIAPA YANG PALING UTAMA

SALMAN AUDAH NASIHAT OSAMA : SIAPA YANG PALING UTAMA


Membuka lamanweb Islamonline.net, terbaca satu article bahasa arab yang tajuknya ditulis doa yang dibaca oleh seorang ulama salafi bernama Salman Audah yang kandungan doanya seperti berikut;

اللهم إنا نبرأ إليك مما صنع بن لادن

Maksudnya;
“Ya Allah, Sesungguhnya kami membebaskan diri kami kepadaMu dari apa yang dilakukan oleh Ben Ladin[1]

Pada awalnya, apabila membaca tajuk article itu, aku teringat dengan satu doa yang Nabi SAW pernah ungkapkan, iaitu doa yang nabi baca untuk meminta berlepas diri dari kesilapan yang banyak dilakukan Khalid bin Al-Walid.

Baginda SAW pernah mengungkap doa;

اللهم إني أبرأ إليك مما فعل خالد

Maksudnya;
“Ya Allah, Aku berlindung kepadaMU daripada apa yang dilakukan oleh Khalid (bin Al-Walid)[2]

Menurut Imam Ibni Taimiyyah, Baginda SAW membaca doa ini adalah ketika Khalid diutuskan oleh Rasulullah kepada Bani Jazimah (ada bacaan dibaca dengan Bani Juzaimah), lalu Khalid telah membunuh mereka serta mengambil harta mereka dengan cara yang syubhah. Tindakan Khalid itu tidak disukai kebanyakan sahabat-sahabat yang bersama beliau. Ekoran dari itu, Baginda SAW mengungkap doa tersebut[3].

Pun begitu, setelah membaca semua isi article itu, aku mula berfikir lebih mendalam. Padaku, tindakan Salman Al-Audah menulis surat kepada Osama bin Ladin itu adalah seakan-akan boleh diibaratkan seperti kisah berkenaan dengan surat yang di tulis oleh Abdullah bin Mubarak yang merupakan seorang ulama yang sedang berjihad, yang telah mengutuskan surat kepada Fudhail bin Iyyad yang merupakan seorang ulama yang kuat beribadat diantara dua tanah haram[4].

Dalam surat itu menyatakan tentang kepentingan jihad dan keutamaannya berbanding beribadat, walaupun ibadat itu dilakukan di tanah haram sekalipun.

SIAPA YANG LEBIH UTAMA

Padaku, sepatutnya Osama bin Ladenlah yang patut menasihati Salman Al-Audah yang sering beribadat di tanah haram. Ini adalah kerana, Saudi yang menjadi Negara kebanggaan Salman dan juga merupakan sebuah Negara yang terkandung tanah haram adalah Negara yang berada di bawah kekuasan pemerintahan yang bersekongkol dengan Amerika laknatullah.

Jika dilihat, Amerika merupakan musuh islam yang paling nyata di abad ini. Permusuhan mereka terhadap islam dengan mengadakan pakatan bersama Israel dalam memberi bantuan untuk membunuh dan menguasai bumi Palestine amat nyata berlaku.




Bukan sekadar itu, berlakunya peperangan antara Islam dan kufur, boleh dikatakan semuanya didalangi oleh Amerika yang merupakan dajjal di dunia dan abad ini.

jika diperhatikan, sekiranya kerajaan Saudi yang merupakan kerajaan yang boleh dikatakan sebagai antara kerajaan yang kaya di dunia, mereka mampu untuk menyediakan bantuan kewangan dalam menghadapi musuh-musuh islam antarabangsa ini. Tetapi apa yang menyedihkan, dalam keadaan itulah, Saudi Arabia telah menjadi “barua” kepada Amerika dengan menyediakan berbagai-bagai kemudahan kepada musuh islam yang nyata itu.



Dari tilikan ini, sudah cukup untuk dikatakan bahawa, Osama berada dijalan yang betul.

MUSUH ISLAM TAK PERNAH SENYAP

Sering diperingatkan, kejatuhan khalifah Islam merupakan tamparan hebat umat Islam seluruh dunia. Dunia Islam berada dalam keadaan terhina, semuanya berpunca ketidak wujudnya pemerintahan yang berasaskan kepada Islam.

Apa yang menyedihkan, Islam dipandang hina bukanlah disebabkan serangan musuh sahaja, bahkan yang lebih teruk ianya adalah bersebabkan dengan sikap orang-orang Islam sendiri.

Maka dengan itu, kehadiran Insan yang bernama Osama ben Laden merupakan satu tamparan hebat bagi musuh Islam di dunia Islam kini. Walaupun beliau adalah orang yang kaya, tetapi kekayaan beliau tidak pernah melalaikan beliau dari memperjuangkan islam di bumi ini. Dengan kekayaan itulah, beliau telah menggunakan harta beliau untuk menghapuskan musuh-musuh islam di bumi Allah ini.



Firman Allah;

وَأَعِدُّوا لَهُمْ مَا اسْتَطَعْتُمْ مِنْ قُوَّةٍ وَمِنْ رِبَاطِ الْخَيْلِ تُرْهِبُونَ بِهِ عَدُوَّ اللَّهِ وَعَدُوَّكُمْ وَآَخَرِينَ مِنْ دُونِهِمْ لَا تَعْلَمُونَهُمُ اللَّهُ يَعْلَمُهُمْ وَمَا تُنْفِقُوا مِنْ شَيْءٍ فِي سَبِيلِ اللَّهِ يُوَفَّ إِلَيْكُمْ وَأَنْتُمْ لَا تُظْلَمُونَ

Maksudnya;
“dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh Yang menceroboh) Segala jenis kekuatan Yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda Yang lengkap sedia, untuk MENGGERUNKAN Dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh Yang lain dari mereka Yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. dan apa sahaja Yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya”

(Surah Al-Anfal : 60)



Kandungan maksud firman Allah ini sudah cukup untuk kita muhasabah diri kita, bahawa pengamalannya ini sudah dilakukan oleh Osama bin Laden, tetapi tidak diamalkan oleh kita.

Perlu juga diingatkan, serangan musuh-musuh Islam terhadap umat Islam tidak akan berhenti selama umat Islam tidak ikut telunjuk mereka. Mengikut telunjuk mereka bermakna meletakan diri kita kepada hijab dari mendapat pertolongan Allah.

Firman Allah;

وَلَنْ تَرْضَى عَنْكَ الْيَهُودُ وَلَا النَّصَارَى حَتَّى تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ قُلْ إِنَّ هُدَى اللَّهِ هُوَ الْهُدَى وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءَهُمْ بَعْدَ الَّذِي جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ مَا لَكَ مِنَ اللَّهِ مِنْ وَلِيٍّ وَلَا نَصِيرٍ

Maksudnya;
“orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga Engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk Yang benar". dan Demi Sesungguhnya jika Engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu Yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah Engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) Yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu”

(Surah Al-Baqarah : 120)

PENUTUP

Tulisan ini bukan bermaksud Osama bin Laden adalah orang yang ma’sum, tetapi tulisan ini lebih bersikap untuk menyatakan bahawa betapa hebatnya perjuangan osama bin laden itu, disamping perlu di beri pujian di atas perjuangan beliau.

Tidak mengapa untuk mengkritik beliau, tetapi pastikan, kritikan itu datang dari diri kita yang sememangnya mempunyai perjuangan yang hebat dalam memenangkan islam.

Tetapi, apa yang memelikkan, kritikan itu datang dari seorang yang dilihat agak mewah dengan pemakaian dan makanan. Maka dengan itu, kritikkan itu seakan-akan mengandungi satu maksud yang tersirat di sebalik yang tersurat.

Apakah yang tersirat dari yang tersurat itu?

Fikir-fikirkanlah !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Sekian

Al-Bakistani
http://laptopdarulfiqh.blogspot.com/

e mail : abu_abdillah_azzam@yahoo.com









[1] http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?c=ArticleA_C&cid=1189959177520&pagename=Zone-Arabic-News/NWALayout
[2] As-Siyasah As-Syariyyah : m/s 10.
[3] As-Siyasah As-Syariyyah : m/s 10
[4] Tafsir Ibn Kathir : 2/203.

17 comments:

Syafiq said...
This comment has been removed by the author.
Syafiq said...

Assalamualaikum w.b.t
ustaz yg sy hormati, pertamanya sy kurang memahami tujuan ustaz membandingkan diantara salman audah dan osama.

Bg sy tuduhan ustaz m'ngatakan salman audah hanya tahu beribadah di masjidil haram sahaja, merupakan 1 tuduhan liar yang x sepatutnya berlaku.

hatta salman audah juga pernah dipenjarakan oleh kerajaan arab saudi.
dan
mengaitkan kesilapan kerajaan arab saudi dgn ulama'2 saudi x sepatutnya berlaku.

apa2pn, bg mereka yang ingin mengenali salman audah, boleh melawat dlm laman web beliau di

www.islamtoday.com

Wallahualam..

Raz said...

Kecewa saya dgn sikap ustaz yg berburuk sangka dgn Salman Al-Audah, ulama besar yg lebih alim drpd ustaz. Apala nak dihairankan jika beliau mewah, Yusuf Al-Qaradhawi pun agak mewah juga, takde pulak org bising, takkanla beliau papa kedana kot. Salman Al-Audah lebih mengenali Osama Bin Laden berbanding kita. Lagipun bukan Salman Al-Audah saja yg tidak menyokong Osama Laden & Al-Qaeda, malah ramai ulama termasuk Yusuf Al-Qaradhawi sendiri tidak menyokong mereka (Osama & his Al-Qaeda). Malah PAS sendiri tidak menyokong Al-Qaeda, kalau Ikhwan Muslimin dan HAMAS tu PAS sokongla. Jadi adalah tidak adil dan pelik jika Salman Al-Audah saja yg 'dibantai'.

Raz said...

jgn salah fhm pula, sy bukannya anti-Osama (buat masa ini), sy cuma nyatakan apa yg benar menurut hemat sy.

Al-Bakistani said...

kalau tok guru haji abdul hadi kritik tok guru nik aziz, itu perkara lumrah bagi melihat kejayaan...

tapi, kalau nakhaii atau hamid osman krtik tok guru nik aziz, bermakna ianya mengandungi sesuatu tersirat dari yang tersurat...

sekian

HAFIZ said...

Salam,

Terkejut dan sedih bila ust secara mudahnya menghentam salman audah. Dinasihatkan ust check dulu siapa salman audah.
Buat info ust, salman audah dikenali aliran salafi ikhwan. Dia mengkritik mungkar sehingga pernah diambil tindakan kerajaan saudi dan jordan.

Banyak sangat ust yg mudah label hukum org.

Jadi jgn heran kalau org x hormat ust.

Al-Bakistani said...

dihormati ??
kurang suka di hormati.. kita manusia, kita adalah sama....

HAFIZ said...

Salam,

ada baiknya ust meneliti kajian dan pendapat di bawah tentang siapa yg MEMPENGARUHI PEMIKIRAN OSAMA

http://www.al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=44429

Al-Bakistani said...

kalau nampak kesalahan itu dari Zawahiri, kritiklah Zawahiri. kenapa Osama bin Laden pulak sasarannya????

jangan kritik Osama ikut dan. ana menghormati perjuangan osama dan Tuan Guru As-Syaikh Dr Abdullah Azzam....

ana menegenali perjuangan As-Syaikh Abdullah Azzam yang telah disambung oleh osama bin laden. sesiapa yang kritik perjuangan mereka, disamping pengkritik itu "berkarpet merah", "berjubah mewah" dll, ana tetap beranggapan pengkritik itu salah...

pada ana, jangan samakan tahun 1999 dengan 2007.. dalam jangka itu, macam-macam boleh berlaku. !!!

sekian

HAFIZ said...

Nampaknya ust terlalu sayang osama. Ana ni x kira sapa. Ingat kata2 -Dia kami cintai tapi kebenaran lebih kami cintai.

Ana mengkagumi dan ramai lagi mengkagumi Dr Abdullah Azzam rahimahullah.dia tlh byk berkorban.

Cuma hari ini, dia tiada.yg ada Osama. Surat dari salman audah hanyalah nasihat dari guru pd anak muridnya kerana ditakuti niat murni membela Islam melampaui hadnya sehingga menjadi fitnah pd Islam.itu saja tujuannya.

Jgn buruk sangka dan prejudis pd sheikh yg berjubah mewah dan berkarpet merah krn ramai di Malaysia dari kalangan qiadah PAS sendiri berjubah mewah berkarpet merah berkereta berumah besar.

Wallahualam.

ALLAHUMMANSURNA

Al-Bakistani said...

kalau kebenaran lebih di sayangi, kenapa kritik Osama, kenapa tak kritik zawahiri,sedangkan hangpa dok kata kesalahan itu dari zawahiri...

ini bukan soal kebenaran atau tidak, ini adalah satu kritikan yang tidak kena tempat. bukankah itu sudah dikira tidak adil??

surat nasihat seorang guru kepada anak murid apanya, sampai satu dunia tahu.... kenapa tak tulis dan hantar sendirian sahaja kepada osama, kenapa perlu buat kenyataan dalam media?

apa yang dia nak disebalik kenyataan dia dalam media itu?????

kalau ada pimpinan PAS yang berlagak dan bertindak bercanggah dengan perinsip, pimpinan PAS itu wajar ditendang dalam kepimpinan PAS...

peduli hapa pemimpin PAS atau tidak, PAS bukan mak bapak dia yang punya....

Raz said...
This comment has been removed by the author.
Raz said...

osama bin laden bknnya ulama mcm syeikh salman al-audah, kalau ya pun tak setuju dgn beliau (syeikh salman al-audah), jgnla buruk sangka, beradablah ckit, ingat syeikh salman al-audah tu sekular ke?? dia lebih alim drpd ustaz. baru sorang ulama tegur osama, ustaz dah melenting, sedangkan jumhur ulama moden (kalaupun bkn semua) tidak menyokong pun perjuangan osama dan al-qaeda.

Raz said...
This comment has been removed by the author.
Raz said...

berkarpet merah dan berjubah mewah pun salah ke?? takkanla org yg ada duit RM10 juta wajib menjalani cara hidup org miskin. biarla org tu nak menikmati kemewahan asalkan wang dan hartanya halal dan dia tidak lalai drpd melaksanakan kewajipan. takkan nak tunggu jadi susah, melarat dan papa kedana baru boleh kritik osama!

Al-Bakistani said...

biarkan dia yang alim, tetapi kadangkala, pengamalan lebih kepada osama.....

tak ada masalah orang kaya nak kritik osama. asalkan perjuangannya dengan osama setanding....

Raz said...

heh, kalau dah taksub dgn osama, susah jugak.

oh kalau gitu kena berperang dulu la baru boleh kritik osama? kalau tak berperang, manala setanding dgn perjuangan osama. so kalau osama bunuh org awam (kalau je), ulama mesti kunci mulut rapat2lah kan sebab diorg tu bkn berperang pon...

well, kebenaran sesuatu kritikan berdasarkan hujah dan bukti, bkn berdasarkan setanding atau tidak.