Monday, April 16, 2007

IMAM AS-SYAFII BUKAN SALAFI ?

IMAM AS-SYAFII BUKAN SALAFI ?

Hampir seminggu aku tidak menulis untuk mengisi ruang blogku ini. Ini disebabkan kesebukan yang menimpa, bermula dengan anak sulung yang sering menangis kerana sakit hinggalah kepada program-program jemaah.

Walaubagaimanapun, dalam kesebukan tersebut aku sempat menziarahi keluarga Yin di rumah datuk saudaranya, merupakan seorang Imam surau di Taman Setia Warisan. Setelah Yin ditemui, aku dan beberapa kawan yang bertaitle Ustaz menziarahi keluarga tersebut dan mengucapkan tahniah atas penemuan itu.

Sedar atau tidak, hari penemuan Yin tersebut merupakan hari terlaksananya satu program yang di anjurkan oleh jabatan Mufti Perlis di masjid Wilayah persekutuan, Jalan Duta, iaitu program seminar pemikiran Imam As-Syafii yang membariskan beberapa ahli penal yang membentang beberapa kertas kerja berkenaan Imam As-Syafii dari sudut bawakan Syariah dan Aqidah.

Aku tidak menghadiri program tersebut, tetapi seorang kawan yang menghadirinya memberitahu kepadaku tentang kejadian yang berlaku didalam majlis tersebut.

Antara kejadian yang diceritakan adalah berkenaan seorang pelajar UIA yang bertanya kepada Dr Azwira berkenaan toleransi Imam As-Syafii dengan tidak membaca qunut dikala menunaikan solat subuh di kawasan yang dihuni oleh pengikut mazhab Hanafi.

Pelajar UIA tersebut menyatakan, mengapa perlu kita mengemukakan atau membidaahkan amalan qunut subuh di Malaysia yang rata-ratanya umat Islam di Malaysia berpegang dengan mazhab As-Syafii yang memandang sunat abaad melakukan qunut subuh.

Mendengar ulasan kawanku tersebut, aku berfikir, inilah yang dikatakan bahawa mereka yang ingin membentang pemikiran Imam As-Syafii, tetapi hakikatnya mereka sendiri tidak mempunyai pemikiran seperti Imam As-Syafii.

SIAPAKAH IMAM AS-SYAFII

Imam As-Syafii merupakan seorang ulama fiqh yang dikenali umum. Kehebatan beliau dalam melakukan pendedahan Ilmu menjadikan Imam As-Syafii merupakan seorang ulama yang disegani ramai.

Beliau di lahirkan pada tahun 150 hijrah di ghaza, Syam[1], dan meninggal di mesir pada tahun 204 hijrah[2]. Beliau merupakan seorang yang hebat dalam bidang hadis dan bidang fiqh. Ini di buktikan dengan bahawa beliau sendiri mempunyai musnad hadis beliau sendiri dan juga mengarang banyak kitab-kitab yang berkaitan dengan fiqh dan usul fiqh, antaranya kitab “Al-Umm” dan “Ar-Risalah”[3].

Kehebatan Imam As-Syafii dalam bidang fiqh telah diiktiraf oleh beberapa imam-imam yang hebat juga, seperti Imam Ahmad bin Hanbal.

Pernah Imam Ahmad bin Hanbal berkata terhadap imam As-Syafii;

كان أفقه الناس فى كتاب الله و سنة رسوله

Maksudnya;
“Beliau (Imam As-Syafii) adalah manusia yang paling faqih (paling faham) tentang Kitabullah dan Sunnah Rasul-Nya[4]

Imam Ahmad bin Hanbal juga ada menyebut;

ما عرفت ناسخ الحديث من منسوخه حتى جالست الشافعى

Maksudnya;
“Aku tidak mengetahui nasikh hadis daripada mansukhnya melainkan aku duduk bersama As-Syafii[5]

Kehebatan As-Syafii didalam bidang hadis telah di iktiraf oleh Imam Ahmad Sendiri, tetapi jika di lihat pula kepada Imam Ahmad, beliau juga tidak kurang hebatnya.

BENARKAH IMAM AS-SYAFI ADALAH SALAFI?

Membaca sejarah kelahiran team salafiyyah ini, didapati bahawa imam As-Syafii bukanlah seperti dakwaan mereka bahawa Imam As-Syafii adalah salafi. Ini kerana, golongan yang didakwa salafiyyah, kewujudannya adalah selepas zaman kematian Imam ahmad bin Hanbal.

Golongan yang mendakwa sebagai salafiyyah pada asalnya adalah dari kelompok yang mendakwa sebagai pengikut Imam Ahmad bin Hanbal, atau dikenali sebagai “hanabilah”.

Mereka adalah penerus kepada perjuangan Imam Ahmad bin Hanbal yang sedang menghadapi kesesatan golongan muktazilah yang telah menyebarkan kesesatannya kepada masyarakat umum.

Dari itu, golongan hanabilah mula membicarakan perkara-perkara yang berkaitan dengan tauhid yang turut menyentuh mengenai “ayat mutasyabihat”. Hasil dari perbincangan tersebut, maka lahirlah pegangan yang disandarkan kepada Imam Ahmad bin Hanbal sebagai mewakili perbincangan beliau. Seterusnya, ianya telah menimbulkan pertikaian sesame hanabilah sendiri dalam kontek penyandarannya kepada Imam Ahmad bin Hanbal.[6]

Kemudian dari itu, lahirnya Imam Abu Al-Hasan Al-Ashari dan pengikutnya yang digelar sebagai “Ashaa’iarah” selepas zaman Imam Ahmad bin Hanbal yang membawa pendekatan mutakallimin untuk mempertahankan aqidah ahl al-sunnah wa al-jamaah dalam menghadapi muktazilah. Namun, konsep dan pandangan asaariyyah itu tidak dapat diterima oleh mereka yang berpegang dengan pendekatan generasi awalan dari kalangan yang mendakwa pengikut Imam Ahmad bin Hanbal[7].

Para ashaairah mengisytiharkan bahawa mereka mempertahankan akidah islam dengan perantaraan ilmu kalam atau pendekatan logic akal dan menganggap sebagai kesinambungan daripada generasi salaf. Lantas mereka menggelarkan diri mereka sebagai khalaf sebagai perbezaan terhadap mereka yang sebelumnya. Berikutan itu, gelaran salaf mula digunakan sebagai lawan kepada gelaran khalaf.[8]

Pertelingkahan yang sengit di antara salafiyyah hanabilah dan ashaairah tercetus disebabkan kemunculan pendirian salaf semasa teguhnya kedudukan ashaairah dalam mendominasi bentuk pegangan tauhid umat Islam sejak sekian lama. Kemunculan ketika itu seolah-olah mencabar pengaruh ashairah sehingga masing-masing mendakwa sebagai mewakili pegangan sebenar generasi salaf.[9]

Membaca sejarah yang dinukilkan ini, difahami bahawa, Imam As-Syafii bukanlah salafi seperti yang didakwa sesetengah pihak. Ini kerana, kelahiran gelaran tersebut pun bermula pada zaman selepas kematian Imam Ahmad bin Hanbal, sedangkan imam Ahmad bin Hanbal berada di zaman terkemudian berbanding zaman kehidupan Imam As-Syafii RA.

Maka dengan demikian, mengheret Imam As-Syafii dengan dakwaan salafi merupakan satu penipuan fakta yang berpunca dari “taassub” kepada kelompok-kelompok sendiri. Ianya juga merupakan satu jenayah dalam ilmu yang patut dibenteras dari pemikiran keilmuan islam.

SIAPAKAH MUSUH SALAFI DAN KHALAF YANG SEBENAR?

Dari sejarah yang dinukilkan ini, difahami bahawa, kelahiran aliran salafi dan khalaf bukanlah satu sebab yang menyebabkan boleh dilebelkan khalaf itu sesat atau salaf itu sesat.

Tetapi kelahiran kedua-dua aliran ini mempunyai satu matlamat, iaitu untuk menghadapi golongan muktazilah yang sedang berusaha kuat untuk menyesatkan umat Islam di zaman tersebut.

Golongan salafiyyah mendakwa bahawa mereka mempunyai manhaj tersendiri dalam menghadapi muktazilah, begitujuga berlaku kepada golongan ashaairah.

Ini di umpamakan seperti seseorang yang berada di Kuala Lumpur; yang hendak ke kota bharu, samada hendak melalui jalan Gua Musang atau menggunakan laluan Jalan Kuala terengganu. Kedua-dua laluan tersebut sampai ke Kota Bharu, tetapi berbezanya hanya pada sudut lambat atau cepat sahaja.

Maka begitulah halnya terhadap mereka yang bergelar dengan salafiyyah dan asyairah.

APAKAH PERJUANGAN SALAFIYYAH YANG SEBENAR DI MALAYSIA?

Memahami dari ulasan ini, difahami bahawa perjuangan golongan yang mendakwa salafi di Negara ini merupakan satu dakwaan yang berkonsepkan jenayah ilmu.

Ini kerana, jika dilihat kepada fitnah yang menimpa umat Islam di Malaysia bahawa, UMNO merupakan muktazilah moden yang sedang beruasaha menanam syirik didalam hati umat Islam di Negara ini.

Menanam fahaman bahawa undang-undang Islam tidak layak dilaksanakan disebabkan masyarakat majmuk, kilang arak tidak boleh di tutup kerana memungkinkan kemunduran ekonomi Negara dan berbagai lagi merupakan fahaman muktazilah moden yang telah dipelopori oleh UMNO dan Barisan Nasional di Negara ini.

Maka dengan demikian, jika dilihat kepada perjuangan golongan salafiyyah dan asyairah dalam ulasan lepas, didapati bahawa perjuangan mereka adalah menghadapi golongan muktazilah.

Keadaan sedemikian menyalahi dengan tindakan yang dilakukan oleh golongan yang mendakwa salafiyyah di Negara ini. Ini kerana, dalam dakwaan mereka sebagai salafiyyah, tetapi dalam masa yang sama, mereka boleh bersekongkol dengan golongan muktazilah. Ini dibuktikan dengan menjemput perasmian program seminar imam As-Syafii adalah seorang yang berkuasa di dalam parti muktazilah di Malaysia, iaitu UMNO.

Maka dengan itu, terbuktilah, dakwaah salafiyyah dari mereka bukanlah salafiyyah hakikatnya, tetapi mereka adalah golongan yang di gelar sebagai “mutasallif” (golongan yang berpura-pura sebagai salafi).

Awas !!!! berhati-hatilah dengan mereka….

Sekian

One_G
http://laptopdarulfiqh.blogspot.com

e-mail : abu_abdillah_azzam@yahoo.com

[1] Tarikh at-tasyrik al-islami : m/s 311.
[2] Tarikh at-tasyrik al-islami : m/s 315.
[3] Abu Bakar Al-Baihaqi menyatakan; Imam As-Syafii mempunyai dua salinan kitab Ar-Risalah, iaitu qadim dan jaded. Kitab ar-risalah yang qadim (lama) iaitu kitab yang diriwayatkan sebelum sampai ke Mesir. Dan kitab ar-risalah yang jaded (baru) iaitu kitab yang diriwayatkan selepas sampai ke Mesir. : lihat “imam As-Syafii dan sumbangannya terhadap ilmu usul fikah : m/s 16.
[4] Tarikh at-Tasyri’ al-Islami : m/s 312.
[5] Tarikh at-Tasyri’ al-Islami : m/s 312.
[6] Sumbangan aliran asyairah dan Salafiyyah dibidang Usuluddin : lakaran semula sejarah pemikiran tauhid Ahl Al-Sunnah : m/s 20.
[7] Sumbangan aliran asyairah dan Salafiyyah dibidang Usuluddin : lakaran semula sejarah pemikiran tauhid Ahl Al-Sunnah : m/s 22.
[8] Salaf dan Khalaf : hakikat dan Implikasinya : m/s 4.
[9] Tarikh Al-Mazahib Al-Islamiyyah fi As-siyasah wa al-‘aqaid wa tarikh al-mazahib al-fiqhiyyah : m/s 177.

4 comments:

mahaguru58 said...

Assalamualaikum Saudara.

Semoga Allah Subhanahu Wa Ta'ala terus memperkasakan saudara dengan kejernihan hati, kebijaksanaan didalam menyampaikan risalah agama dan melebihkan tawadhu' didalam hati saudara untuk terus berjuang menegakkan yang Haq dibumi kita ini dan serata dunia, Insya Allah.

Teruskan membimbing jamaah kita dan bertegas didalam mencegah kemungkaran yang sedang berleluasa tanpa menjadi hamba kepada riya' dan ujub terhadap diri sendiri seperti kelaziman segelintir insan yang ada sekarang. Insya Allah.

Saya amat hargai penulisan saudara.

Semoga terus maju dan berjaya.

Wassalamualaikum wr wb.

muhammad fakhrul razi said...

imam syafie mungkin bukan 'salafi', tetapi jelas, imam syafie adalah ulama zaman salaf.

abi Hanifah At-Tauhid said...

Semoga Alloh SWT Melimpahkan Kebahagian dan Keselatan kepada Beliau, yang telah mengajarkan ilmu agama kepada seluruh pengikutnya berdasarkan Al-qur'an dan contoh Nabi Muhammad SAW.

Yang jelas, apabila DIKUMPULKAN SELURUH ULAMA-ULAMA DIMUKA BUMI SAAT INI, JUGA TERMASUK SELURUH ULAMA SALAFI TIDAK AKAN BISA MENANDINGI KEPAHAMAN AGAMA YANG DIMILIKI IMAM SYAFE'I RAH.

Radzi Othman said...

salam

Imam syafi'e antara ulama yang hebat, bintang dilangit, yang Allah jadikan sebagai mujtahid. tetapi dia adalah manusia yang berbuat silap. sesungguhnya manusia itu akan berbuat kilaf, maka yang paling mulia ialah yang paling cepat taubat.

dan sesungguhnya yang paling alim setelah Baginda saw adalah para sahabatnya, malah para imam juga mengambil ilmu dari mereka.

hendaklah kita bertaqwa kepada Allah azzawajalla, dan merendah diri kepada nabi muhammad, serta mengikut pemikiran para sahabt. tak pantas kita berbicara seperti ucapan saudara Abi Hanifah at Tauhid, kerna ia jelas ghuluw. kita berharap agar seluruh umat islam akan berada di atas petunjuk dan mendapat kebaikan.

cukuplah kita diaibkan dengan sikap ghuluw ulama kita di jordan yang menulis kalimat di markasnta: "ana lebih alim dari ibn katsir 1000 kali". ambil lah pelajaran dan bersihkanlah hati.

sesungguhnya imam syafi'e telah berguru kepada imam malik, yang tak akan menaiki kuda tunggangan saat di madinah kerna menghormati nabi. sungguh, akhlag imam syafi'e begitu anggun, justeru contohkanlah dia.