PRINSIP TANPA SIASAH
Apabila orang yang bukan ahli bercakap sesuatu yang bukan bidangnya, maka akan dapat dilihat kepincangan pemikirannya.
Ulama-ulama usul fiqh adalah menyatakan kaedah;
الحكم على شئ فرع عن تصوره
Maksudnya;
“hukum atas sesuatu, satu furuk dari gambarannya”.
Kisah seorang ulama yang dilahirkan buta sejak kecil lagi telah ditanya berkenaan hukum menonton television. Bagi menjatuhkan sesuatu hukum, maka ulama buta tersebut telah meminta orang yang bertanya, agar menceritakan kepadanya rupa bentuk TV tersebut.
Si bertanya tersebut telah mendatangkan TV kepada ulama tersebut dan Dia pun meraba-raba dan bertanya, “apa yang ada pada kotak ini?”. Mendengar pertanyaan tersebut, si bertanya tersebut telah memasang siaran bacaan Al-Quran dan didengari oleh ulama buta itu.
Mendengar sahaja bacaan al-Quran dari TV tersebut, Ulama buta itu terus menyatakan bahawa hukum melihat tv mendapat pahala, kerana mengandungi bacaan Al-Quran.
Melihat kepada kisah ini, jelas kepada kita bahawa ulama buta itu telah melakukan kesilapan didalam fatwa, kerana, beliau tidak memahami gambaran sesuatu yang hendak di hukumkan.
Hukum TV tidak jatuh kepada sunat semata-mata, bahkan kadangkala ianya menjadi dosa, seperti melihat kepada siaran-siaran yang berunsur maksiat, membuka aurat dan sebagainya.
Begitujuga hakikat, apabila seseorang yang mengaku dirinya tidak memahami politik kepartian, tetapi ingin juga melakukan komentar terhadap situasi politik yang berlaku.
APAKAH HUKUM BERPOLITIK?
Politik adalah satu kalimah melayu yang berasal dari bahasa Inggeris.
Didalam bahasa Arab, politik dikenali dengan “siasah” yang berasal dari kalimah ساس , يسوس , سياسة .
Mukjam Al-Arabi Al-Asasi mendefinisikan siasah seperti berikut;
“mentadbir dan mengawasi kepimpinan dan perkara yang meliputinya”[1]
Kamus dewan bahasa pula mendefinisikan siasah sebagai “pengetahuan yang bersangkutan dengan hal hal kenegaraan (pemerintahan dll), politik”[2]
Difahami dari definisi ini, menunjukan siasah adalah kalimah yang mengandungi kefahaman selok belok kenegaraan, politik dan sebagainya.
ADAKAH NABI BERPOLITIK?
Membaca dari hadis-hadis dan sirah-sirah Rasulullah SAW, antara tugas dan gerak kerja yang dilakukan oleh Rasulullah SAW adalah menjadi seseorang pemimpin negara.
Kerajaan Islam yang pertama dibina oleh Rasulullah SAW ialah Madinah Munawwarah. Kepimpinan tersebut tidak dinafikan dan diterima oleh seluruh ulama sehinggakan ianya sudah menjadi sesuatu yang telah diijmakkan oleh ulama.
Tugas melaksanakan hukum-hukum Islam tidaklah dibataskan kepada system ibadat sahaja, bahkan ada hukum-hukum Islam yang tidak dapat dilaksanakan melainkan dengan terhasilnya kekuatan kenegaraan.
Perlaksanaan hukum hudud dan qisas adalah antara contoh perlaksaan yang memerlukan kepada kekuatan kenegaraan.
Tidak logic dikatakan, kuat kuasa undang-undang dapat dilaksanakan tanpa mempunyai kekuatan kenegaraan.
Menjadi pemimpin negara merupakan tugas yang penting, ini kerana, dengannya banyak hukum-hukum islam dapat dilaksanakan disamping menjaga kemaslahatan umat itu merupakan sesuatu yang wajib ditunaikan.
Melihat kepada dalil-dalil, banyak yang menyatakan kewajipan bernegara tersebut. Antaranya adalah seperti berikut;
Firman Allah;
يا أيها الذين آمنوا أطيعوا الله وأطيعوا الرسول وأولي الأمر منكم
Maksudnya;
“Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. (surah an-nisa’ : 59)
Ulil Amri, seperti yang didefinisikan ulama adalah pemimpin-pemimpin yang melaksanakan ketaatan terhadap Allah.
Telah mewaridkan oleh At-Tabari bahawa daripada Abu Hurairah RA katanya[3];
أن أولى الأمر هم الأمراء
Maksudnya;
“sesungguhnya ‘ulil amri’ itu adalah pemimpin-pemimpin”
Berkata Imam At-Tabari lagi, Umara’ (pemimpin-pemimpin) adalah orang yang mentadbir kemaslahatan orang Islam berdasarkan ketaatan terhadap Allah.
Sabda Rasulullah SAW;
لينقض عرى الاسلام عروة عروة , فكلما انتقضت عروة تشبث الناس بالتى تليها , وأولهن نقضا الحكم , و أخرهن الصلاة
Maksudnya;
“akan terungkai ikatan islam itu satu demi satu. Ketika terungkai satu ikatan, mengekorilah manusia dengan selanjutnya, yang pertamanya adalah “al-hukm” atau pemerintahan dan yang akhirnya adalah solat” [4]
Berkata Abdul Karim Zaidan, “Yang dimaksudkan dengan “al-Hukm” adalah kerajaan yang berasaskan manhaj Islam. Termasuk didalamnya kemestian wujud kepimpinan dalam melaksanakan manhaj Islam itu”.[5]
Dan telah ijmak seluruh ulama atas kemestian membina sesebuah negara dan melantik pemimpin yang melaksana manhaj islam didalam negera tersebut.
Perlantikan Abu Bakar menjadi Khalifah selepas kewafatan Rasulullah SAW merupakan antara contoh kewajipan pemerintahan negara itu diijmakkan oleh seluruh sahabat, tanpa di ingkari seorang pun.
Melihat kepada dalil-dalil yang tersebut, membuktikan kepada kita bahawa Rasulullah SAW, bukanlah sekadar seorang nabi, bahkan beliau merupakan seorang ahli politik yang telah berjaya memimpin negara madinah dengan melaksanakan undang-undang Islam dan mendaulatkannya.
BAGAIMANA NABI BERPOLITIK?
Rasulullah SAW adalah seorang Nabi yang merupakan manusia seperti manusia-manusia yang lain juga. Perbezaan antara nabi dengan manusia-manusia lain hanya wahyu yang telah diberikan Allah kepada Baginda SAW;
Firman Allah;
Maksudnya;
“Katakanlah: Sesungguhnya aku ini manusia biasa seperti kamu, yang diwahyukan kepadaku: "Bahwa sesungguhnya Tuhan kamu itu adalah Tuhan yang Esa." Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya, maka hendaklah ia mengerjakan amal yang saleh dan janganlah ia mempersekutukan seorangpun dalam beribadat kepada Tuhannya." (surah Al-Kahfi : 110)
Melihat nabi adalah seorang manusia yang telah diberikan oleh Allah SWT wahyu, maka segala pergerakan nabi SAW berasaskan dan dipandu oleh wahyu ilahi.
Begitujuga, dalam menghadapi situasi politik. Politik Rasulullah SAW adalah politik yang berasaskan kepada wahyu ilahi. Maka dengan demikian, bagi menjadikan politik ini seperti politik Rasulullah SAW, sewajibnya dilihat kepada Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW.
Inilah yang dikatakan berperinsip didalam bersiasah. Rasulullah SAW seorang ahli siasah yang menjaga perinsip-perinsip Islam.
SULUH HUDAIBIYYAH : ANTARA PERINSIP DAN SIASAH
Membaca sirah, kita mendengar juga kisah tentang suluh hudaibiyyah yang mana kisah ini melibatkan diri Rasulullah SAW sendiri.
Didalam kisah tersebut, Rasulullah bermimpi bahawa kaum muslimin akan melaksanakan haji di Masjidil haram. Baginda SAW menyampaikan hal ini kepada para sahabat.[6]
Didalam pemusafiran menuju ke Makkah, Rasulullah SAW mengarahkan kepada para sahabat bersiap sedia dan mengajak juga golongan-golongan badwi-badwi arab yang masih belum Islam supaya bersama-sama pergi ke Makkah[7].
Begitujuga, Rasulullah SAW mengarahkan kepada para pemusafir agar tidak membawa senjata, melainkan pedang permusafiran sahaja.
Dari sini, kita dapat melihat bagaimana siasah Rasulullah SAW dalam menarik perhatian golongan dunia agar beranggapan bahawa Islam adalah satu agama yang tidak suka kepada permusuhan dan dapat memberi gambaran kezaliman golongan quraish yang dilakukan terhadap orang-orang Islam.
Dengan kisah suluh hudaibiyyah ini juga, sebagai jawapan kepada tuduhan yang dilemparkan oleh golongan kuffar qurash atas perjuangan Islam.
Jika dilihat dari sudut perinsip, tidak selayaknya Rasulullah SAW bermusafir ke Makkah tanpa membawa senjata dan membawa orang-orang badwi yang masih tidak islam lagi. Ini kerana, seakan-akan Rasulullah SAW sudah menggadaikan perinsipnya yang menjelaskan tentang larangan berkompromi dengan golongan kuffar. Juga, seakan-akan menidakkan firman Allah;
Maksudnya;
“Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah dan musuhmu dan orang orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya” (surah al-anfal : 60)
Walaupunbegitu, Rasulullah SAW tetap menyuruh para sahabat agar tidak membawa senjata-senjata perang, dengan tujuan hendak membuka mata dunia supaya mereka mendapat jawapan atas tuduhan golongan kuffar yang menyatakan Islam adalah agama yang ganas dan mengajak kepada permusuhan.
Inilah yang dikatakan siasah Rasulullah SAW, yang selayaknya perlu diambil perhatian untuk dilaksanakan didalam kehidupan kini.
APABILA PERINSIP TIDAK BERSIASAH DAN TIADA PERINSIP, TIADA SIASAH.
Perinsip adalah sesuatu yang mesti, ini kerana, Rasulullah SAW membina generasi sahabat yang berperinsip.
Dianggap mandul, bagi orang yang berperinsip tanpa siasah, ini kerana, kadangkala perinsip terpaksa digadaikan ekoran tindak tanduk yang tidak bersiasah.
kenyataan menyatakan serban adalah salah satu adat arab yang dipakai oleh Rasulullah SAW, tanpa dihubungkan dengan pahala, dikala golongan kuffar dan secular berusaha hendak menghancurkan islam adalah tindakan yang dibawah kategori “berperinsip tetapi tidak bersiasah”.
Bagi orang yang bersiasah, selayaknya dia mengetahui kaedah fiqh yang berbunyi;
الارتكاب أخف الضررين
Maksudnya;
“melaksanakan mudharat yang paling ringan”[8]
Juga dia mengetahui juga kaedah fiqh yang berbunyi;
ما أدى الى الحرام فهو حرام
Maksudnya;
“perkara yang membawa kepada Haram, maka ia pun adalah haram”[9]
Ekoran tidak memahami kaedah ini, menyebabkan ada orang yang mengeluarkan kenyataan “hakim Abdul Hamid Muhammed mempunyai roh Islam kerana serban adalah pakaian adat bukan ibadat”, sedangkan kenyataan ini adalah kenyataan yang banyak memberi keuntungan kepada kuffar dan secular.
tidak dinafikan, ada ulama menyatakan memakai serban adalah pakaian adat yang tidak dihubungkan dengan pahala, dikala memakainya. Tetapi selayaknya tidak dinafikan juga, bahawa disana ada ulama yang menyatakan, berserban mendapat pahala.
Mengeluarkan kenyataan yang menguntungkan golongan kuffar dan secular adalah tindakan orang yang tidak memahami fiqh awlawiyyat.
Menyatakan hukum berserban adalah wajib, tetapi menjaga kemaslahatan umat Islam didalam perlembagaan juga adalah sesuatu yang wajib juga. Maka apabila berhimpun antara dua perkara wajib, maka hendaklah ditimbang, yang manakah perlu diutamakan.
Juga, tindakan menyatakan hukum berserban adalah wajib, tetapi mengeluarkan kenyataan tersebut dikala keuntungannya berpehak kepada golongan kuffar dan secular, msks itu jugs adalah haram, ini kerana, kaedah fiqh menyatakan;
ما أدى الى الحرام فهو حرام
Maksudnya;
“perkara yang membawa kepada haram, maka ia adalah haram”
Membincangkan perkara khilafiyyah dikala orang islam di serang tsunami murtad adalah tindakan orang yang tidak berperinsip dan tidak bersiasah.
Mengadakan program “seminar gerakan tajdid” yang dirasmikan oleh bapa secular perlis, Syahidan Kasim, dikala umat Islam berkumpul di Masjid wilayah, Jalan Duta untuk road show penerangan isu murtad adalah tindakan orang yang tidak berperinsip dan tidak bersiasah.
Di Malaysia, tindakan orang yang tidak berperinsip dan tidak bersiasah ini adalah tindakan yang mandul dan tindakan itu seakan-akan menyerupai “agen kuffar” yang mahu merosakan perpaduan umat Islam, seperti yang dilakukan oleh perancangan zionis selepas kekalahan solibiyyiin ketika berperang dengan Salahuddin Al-Ayyubi dahulu.
Wallahu ‘Alam.
ONE_G
abu_abdillah_azzam@yahoo.com
http://laptopdarulfiqh.blogspot.com
[1] Mukjam al-arabi al-asasi : m/s 653.
[2] Kamus dewan bahasa, edisi ketiga : m/s 1274.
[3] Tafsir at-tabari (7/497)
[4] Hadis riwayat Imam Ahmad, Ibnu Hibban di dalam sahehnya, al-hakim didalam mustadraknya dan mensahehkannya oleh Albani (lihat dalam Saheh Al-Jamik as-saghir (5/15)
[5] Usul Ad-dakwah karangan Abdul Karim Zaidan : m/s 195.
[6] Al-bud u wa at-tarikh : (4/224)
[7] Al-BIdayah wa an-nihayah : (4/164)
[8] Al-Aqmar Al-Mudiah Syarh al-Qawaid Al-Fiqhiyyah : m/s 118
[9] Al-halal wal haram fi al-islam : m/s 31-32.
Sunday, July 30, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment