Wednesday, August 16, 2006

MENGAPA MESTI MENENTANG ISLAM HADHARI

MENGAPA MESTI MENENTANG ISLAM HADHARI

Islam Hadhari merupakan salah satu cetusan idea perdana Menteri Malaysia yang ke-5 iaitu Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Kehadiran Islam Hadhari adalah satu kehadiran yang memeranjatkan kerana, kehadiran tersebut merupakan satu bentuk penipuan didalam agama atau dikategorikan sebagai bidaah dizaman moden ini.

Sabda Rasulullah SAW;

وَإِيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاتِ الْأُمُورِ فإن كُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ وَكُلَّ بِدْعَةٍ ضَلَالَةٌ
Maksudnya;
“jauhilah dirimu dari perkara-perkara baru, maka sesungguhnya setiap perkara baru adalah bidaah, dan tiap-tiap bidaah itu adalah sesat”[1]

Jika diselidiki lebih mendalam, Islam Hadhari merupakan satu kalimah yang hakikatnya salah pada sudut bahasanya dan boleh memberi bahaya kepada aqidah umat Islam.

Begitujuga, jika dilihat dari segi perlaksanaannya. Yang sebenarnya, ianya merupakan tindakan jahat atas Islam sememangnya murni dan jauh dari perkara-perkara cela.

KESALAHAN ISLAM HADHARI DARI SEGI BAHASA


Dari sudut bahasa, tidak selayaknya digunakan dengan kalimah “Al-Islam Al-Hadhari”, ini kerana, penggunaan sebegini boleh meragukan maksud islam itu sendiri.

Al-Islam Al-Hadhari bermaksud Islam yang bertamadun. Mendengar kalimah ini, maka akan terlahir dibenak kita, akan adanya disana Islam yang tidak hadhari atau Islam yang tidak bertamadun atau mengikut penggunaan yang lain “Al-Islam Al-Badawi”.

Islam manakah yang tidak bertamadun itu? Seakan-akan kita mengatakan bahawa Islam yang di zaman Rasullah s.a.w, sahabat-sahabat r.a dan golongan salaf itu merupakan Islam yang tidak bertamadun.

Dan juga, keraguan yang lain juga akan timbul dengan kalimah “Al-Islam Al-Hadhari” antaranya seberti berikut;

a. Memesongkan fahaman Manusia terhadap Islam[2]. Ini kerana, apabila adanya istilah Islam hadhari, maka manusia akan beranggapan bahawa Islam itu bukan sesuatu agama yang fitrah, bahkan Islam merupakan sesuatu ajaran yang lahir secara evolosi.

Perkara ini bersalahan dengan firman Allah;

فَأَقِمْ وَجْهَكَ لِلدّينِ حَنِيفاً فِطْرَةَ اللَّهِ الَّتِى فَطَرَ النَّاسَ عَلَيْهَا لاَ تَبْدِيلَ لِخَلْقِ اللَّهِ
Maksudnya;
“Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Allah); (tetapkanlah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia dengan fitrah itu” (surah ar-Rum : 30)

b. Melahirkan anggapan manusia bahawa Islam ini hanya mementingkan satu juzuk sahaja dalam sesuatu ketika iaitu seperti aspek pembangunan atau pendidikan atau sebagainya.

Hal ini boleh melahirkan manusia yang menghayati Islam dengan tidak menyeluruh sedangkan Allah menyuruh manusia menerima Islam secara menyeluruh.

Firman Allah;

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُواْ ادْخُلُواْ فِي السِّلْمِ كَآفَّةً وَلاَ تَتَّبِعُواْ خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ

Maksudnya;
“Wahai Orang-orang yang beriman! Masuklah kamu kedalam
Islam secara menyeluruh, dan janganlah kamu mengikut jejak langkah Syaitan. Sesungguhnya ia (syaitan) kepada kamu adalah musuh yang nyata” (surah al-Baqarah : 208)

Al-Quran juga mengherdik terhadap golongan yang mengambil al-quran sebahagian dan mengkufuri sebahagian yang lain.

Firman Allah;

أَفَتُؤْمِنُونَ بِبَعْضِ الْكِتَابِ وَتَكْفُرُونَ بِبَعْضٍ فَمَا جَزَآءُ مَن يَفْعَلُ ذالِكَ مِنكُمْ إِلاَّ خِزْىٌ فِي الْحَيَواةِ الدُّنْيَا وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ يُرَدُّونَ إِلَى أَشَدِّ الّعَذَابِ وَمَا اللَّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ
Maksudnya;
“Apakah kamu beriman dengan sebahagian dari kitab dan ingkar akan sebahagian yang lain? Tiada balasan bagi orang yang berbuat demikian daripadamu, melainkan kehinaan dalam kehidupan dunia, dan hari akhirat mereka dikembalikan kepada siksa yang sangat berat” (surah al-baqarah : 85)

Kesimpulan dari ulasan di atas, dari segi Bahasa, Islam Hadhari adalah salah dan tidak seharusnya menjadi slogan atau menifasto. Penggunaan itu boleh menimbulkan kesesatan dan berbahaya kepada aqidah umat Islam.

ISLAM HADHARI DARI SEGI PERLAKSANAAN

Satu perkara yang perlu difahami bahawa, islam Hadhari merupakan satu perkara yang salah dari segi amalannya, ini kerana, Islam Hadhari merupakan satu cetusan dari seorang bapa secular memerintah di Malaysia kini.

Hasil dari kelahiran Islam Hadhari dari secular, maka mana mungkin Islam Hadhari itu mahukan Islam dilaksanakan dan didaulatkan.

Ini terbukti dengan pengamalan ekonomi di negara ini yang berteraskan kepada system kapitalis.

System yang tidak memandang halal dan haram, di dalam mengaut keuntungan negara. Kerajaan Islam Hadhari yang diperjuangkan oleh Pak Lah, tidak pernah menghalang pergerakan kilang arak yang masih utuh di Shah Alam, judi di genting Highland (casino) dan berbagai lagi bukti kesesatan yang di amalkan oleh Islam Hadhari.

Walaupun kehadiran Islam Hadhari dengan sepuluh perinsipnya, tetapi kehadiran itu umpama “Seorang yang berkentut, tetapi tidak mengaku berkentut”.

APABILA ISLAM HADHARI ADALAH SESUATU YANG BAHAYA KEPADA AQIDAH DAN SYARIAT, MAKA WAJIB ISLAM HADHARI DI TENTANG

Dari perbahasan lepas, kita memahami bahawa Islam Hadhari adalah sesuatu yang sesat.

Apabila jelas kesesatan yang ada pada Islam Hadhari, maka menentang kesesatan tersebut adalah sesuatu yang wajib. Ini kerana, tidak menentang kesesatan, bermakna redha dengan kesesatan tersebut.

Firman Allah;

ولا تركنوا الى الذين ظلموا فتمسكم النار , وما لكم من دون الله من أولياء , ثم لا تنصرون

Maksudnya
“Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolongpun selain daripada Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan” (surah hud : 113)

PENUTUP

Mudah-mudahan dengan article ringkas ini dapat memberi penjelasan dan gambaran sebenar disebalik larangan bersama dengan Islam Hadhari dan kewajipan menentang Islam Hadhari yang menyesat itu.

Sekian..

One_G
abu_abdillah_azzam@yahoo.com
http://laptopdarulfiqh.blogspot.com




[1] Sunan Abi Daud (4/200) hadis no : 4607
[2] Lihat “Islam Hadhari menurut Syeikh Anwar Jundi” :m/s 48

2 comments:

muhammad fakhrul razi said...

saya minta saudara komen tentang projek-projek pembangunan yang berlandaskan islam hadhari. juga komen tentang penerapan budaya kerja yang berasaskan kepada prinsip islam hadhari. saya minta saudara kaitkan komen itu tentang keyakinan saudara bahawa tiada kerjasama yang boleh diwujudkan dengan perlaksanaan islam hadhari. dan minta saudara menekankan kembali tiadanya kerjasama dengan islam hadhari itu berbeza dengan bekerjasama dengan tun mahathir oleh pimpinan pas dalam isu jambatan bengkok.

dalam entri ini,saudara cuma menyebut kesalahan islam hadhari itu disebabkan kesalahan bahasanya. dan dalam fokus perlaksanaan, saudara mengaitkan wujudnya kegiatan maksiat di malaysia yang tidak dihapuskan oleh pendekatan islam hadhari.

saya ingin dengar cadangan saudara bagaimana strategi terbaik menurut al quran dan sunnah rasulullah dalam masa dua tahun lebih memerintah sebenarnya mampu untuk menghapuskan semua perkara maksiat itu. hubungkaitkan dengan kebijaksanaan bertindak dalam mengekalkan hubungan harmoni sesama kaum di malaysia dan penerimaan cadangan saudara ke dalam sistem parlimen dan sokongan para pemimpin dari segi praktikal.

jika islam hadhari yang dilaksanakan sekarang tidak mampu,atau dgn kata lain kerajaan pimpinan umno yang saudara gelar sekular itu tak mampu membawa penerapan islam yang sebenar,maka saya ingin dengar cadangan yang mampu membuahkan tindakan konkrit sekiranya PAS memerintah. saya kira saudara arif dengan corak kerja PAS,(boleh rujuk kepada semua siri ceramah PAS untuk tahu halatuju PAS)maka sekiranya cadangan saudara itu kukuh,mungkin PAS yang disebut sebut sebagai gerakan yang mampu membawa kemajuan,kekuatan dan kekukuhan negara insyaAllah akan dipilih rakyat.

lidah penghunus said...

Assalamualaikum. jemputla ke http://www.lindunganbulan.blogspot.com dan http://www.karyamuslim.blogspot.com