Tuesday, September 26, 2006

KRITIKAN TERBUKA KEPADA TOKOH PROFESIONAL?

KRITIKAN TERBUKA KEPADA TOKOH PROFESIONAL?

Dua minggu lalu, Aku telah terlibat dengan satu seminar yang bertajuk “Ulama Penggerak Demokrasi”. Didalam seminar tersebut, antara pembentang yang menarik adalah Bapak Omar Hussin, seorang aktivis dakwah dari Indonesia yang menceritakan pengalamannya dalam menyampaikan dakwah Islamiyyah menggunakan skema demokrasi.

Mendengar ulasan-ulasan dari Bapak Omar, terjawab persoalanku selama ini yang bermain di pemikiran, tentang penerimaan rakyat Indonesia kepada Islam adalah kerana rakyat Indonesia menghadapi tekanan dari pejuang-pejuang dictator yang zalim. Sebelum itu, rakyat Indonesia juga tidak menerima dakwah islamiyyah, bahkan menganggap pengamalan hukum Islam adalah sesuatu yang menyusahkan dalam kehidupan.

Ekoran tekanan demi tekanan dari pihak pemerintah, dan usaha menyampaikan mesej Islam dilakukan dengan begitu kuat, akhirnya; rakyat Indonesia sudah dapat memahami keindahan Islam dan mereka menerima Islam sebagai cara hidup mereka dengan memenangkan parti-parti dakwah di Indonesia.

Hal ini tidak menyamai di Malaysia, ini kerana, Malaysia adalah rata-rata rakyatnya berasa mereka berada dalam “zon kenyang”, walaupun mereka hakikatnya berada dalam tekanan hidup, seperti harga minyak yang mahal, harga barang yang sentiasa melonjak naik, kes rogol berleluasa setiap hari, ragut dan sebagainya.

Merasakan diri mereka berada dalam “zon kenyang” itulah menyebabkan mereka tidak merasakan mereka berada dalam tekanan, yang mengakibatkan mereka tidak menerima dakwah islamiyyah dari pihak parti islam yang mengajak kepada penerimaan Islam dan perlaksanaan islam dalam pemerintahan.

Perkara ini merupakan punca utama, ketidak penerimaannya rakyat Malaysia terhadap parti islam, walaupun kita dapat melihat, penyelewengan-penyelewengan yang didedahkan oleh pemimpin-pemimpin PAS yang dilakukan oleh pemimpin UMNO itu telah dibenarkan oleh bekas pemimpin-pemimpin UMNO, seperti Anuar Ibrahim, Ibrahim Ali, dan yang terbaru adalah Tun Dr Mahathir, bekas perdana Menteri Malaysia.

BUKU “MURTAD” KARANGAN FARID SUFIAN SYUAIB DAN DR ABDUL AZIZ BARI

Didalam seminar tersebut, pembentangan dari Cikgu Azmi dan Salahuddin Ayub juga menarik minatku untuk memerhatikan penerangannya.

Tetapi amat menyedihkan, pembentangan tersebut lebih bersifat menghentam kepada golongan agamawan Islam atau lebih memfokuskan hentaman kepada Dewan Ulama PAS Pusat atas alasan tidak bekerja dalam mengizzahkan parti islam.

Aku amat terkejut dengan tindakan cikgu azmi (presiden TERAS) yang mencadangkan kepada para ulama membaca buku yang bertajuk “murtad” karangan Farid Sufian Syuaib, seorang pensyarah dalam kuliah Undang-undang Ahmad Ibrahim di UIAM, Gombak, dan di sertaikan juga dengan komentar dari Prof Dr Abdul Aziz Bari, pensyarah dalam Kuliah Undang-undang di UIAM juga.

Dia menganggap ulama-ulama PAS adalah golongan ulama-ulama yang jumud, tidak mengerti undang-undang, maka seharusnya membaca buku “murtad” tulisan Farid Sufian Syuaib tersebut, bagi menghilangkan kejumudan tersebut.

aku merasa terganggu dengan sikap cikgu azmi dan salahuddin ayub itu, menyebabkan aku telah bangun dan menyatakan betapa sentimennya sikap golongan professional terhadap Ulama, sehinggakan mereka mencadangkan membaca buku tersebut.

Ingin dinyatakan, buku tersebut telah didiskusikan oleh Lajnah Keahlian dan Ulama Pelapis, Dewan Ulama PAS Selangor dan di bincangkan secara ilmiahnya di peringkat Dewan Ulama PAS Pusat.


















Kitab "Qadiyyah Al-Hurriyyah fi Al-Islam karangan Jamal Al-Banna
seorang tokoh sekular yang menyatakan murtad bukan jinayah didalam Islam



Fi Usul al-Nizam Al-jinai al-islami karangan Dr Muhammad Salem Al-'Awa, tokoh sekular dari mesir yang mengatakan Murtad bukan dari undang-undang hudud, tetapi takzir..

...............................................................................................................................................................


Kesimpulannya, buku tersebut adalah “sesat lagi menyesatkan”, ini kerana, buku tersebut secara kesimpulannya menyatakan bahawa “murtad berada dibawah ketagori Takzir, bukan Hudud”. Ekoran dari itu, Dr Abdul Aziz Bari menyatakan dalam akhir buku tersebut bahawa tindakan kerajaan Malaysia meletakkan bayaran denda kepada orang murtad adalam Islam.

Sebenarnya, rujukan utama Farid Sufian Syuaib dalam menghasilkan buku “murtad” tersebut adalah kepada kitab yang bertajuk “fi Usul An-Nizam Al-Jinai al-Islami” karangan Doktor Muhammad Salem Al-‘Awa dan buku “ Qadiyyah Al-hurriyyatul fi Al-Islam” karangan Jamal Al-Banna.

Perlu dikenali, kedua-dua tokoh ini adalah Ulama secular dari Negara Mesir, yang mempunyai agenda untuk menyatakan bahawa murtad bukan satu jenayah didalam syariah Islamiyyah.

Kedua-dua buku tersebut telah dijawab oleh Dr Yusuf Al-Qaradhawi didalam kitabnya yang bertajuk “jarimah ar-riddah wa Uqubah al-Murtad fi Dau’ al-Quran wa as-Sunnah” dan kitab “Hurriyyatul aqidah fi As-Syariah Al-Islamiyyah” karangan Doktor Ahmad rasyad Tohuun.

Amat memelikkan kepada Cikgu Azmi (TERAS) yang menyuruh ulama-ulama PAS membaca buku yang sesat itu, supaya menerima pandangan yang mengatakan bahawa hukuman murtad dibawah ketagori takzir, sedangkan secara ijmak sukuti dan qatii ma’nawinya, hukuman murtad dibawah ketagori hudud.

DI MANA SILAPNYA?

Di dalam seminar tersebut, Salahuddin Ayub ada menyebut supaya ulama perlu mendepani segala isu-isu, seperti isu pertanian, sungai, rumah setinggan dan sebagainya. Ekoran dari itu, para ulama perlu mendalami ilmu pertanian, sungai dan sebaginya.

Aku sebagai seorang yang bertaitlekan “ustaz” amat tersinggung dengan sikap Salahuddin itu; dia menyuruh para ustaz mendalami ilmu-ilmu, sedangkan dia sendiri membaca al-Quran pun tidak betul dan dipenuhi dengan kesalahan.

Sebagai seorang pemimpin gerakan Islam, selayaknya Al-Quran tidak menjadi sebagai sesuatu bacaan sampingan, bahkan perlu dijadikan sebagai bacaan harian yang sekiranya diamalkan, ia tidak akan melahirkan “gagap” ketika membaca al-quran.

Kalau “professional” atau dia bukan “ustaz” menjadi alasan, maka itu tidak seharusnya timbul, ini kerana, membaca al-quran adalah tugas utama bagi semua pejuang Islam, bukan Ustaz sahaja.

Didalam ucaptama Pemuda PAS Pusat di muktamar lepas, Salahuddin menggalakan supaya setiap pejuang Islam mendalami undang-undang Malaysia berbanding mendesak kepada sebahagian peguam-peguam secular mendalami undang-undang Islam.

Sindrom merasakan ulama tak pandai undang-undang, telah di pengaruhi oleh golongan peguam-peguam “syok sendiri” didalam PAS.

Aku masih ingat, macam mana Abdullah Karim, seorang peguam muda menyatakan didalam muktamar Pemuda PAS Selangor yang lepas bahawa, Ulama-ulama PAS tidak mengerti undang-undang.

Semua ini adalah kerana, pembinaan yang dibuat oleh Salahuddin Ayub yang telah “set”kan didalam pemikiran pemuda-pemuda bahawa Dewan Ulama adalah dewan yang lembab.

Aku juga pernah dengar dari mulut Ustaz Nasaruddin tantawi yang menyatakan bahawa, mana-mana alumnai, jangan duduk bawah dewan Ulama, sebab dewan ulama adalah lembab.

Ini adalah penyakit yang telah menimpa rata-rata pemuda PAS, yang penyakit tersebut berpunca dari salahuddin ayub, ketua Pemuda PAS Pusat.

Seharusnya, bagi menyelesaikan permasalahan ini, tidak selayaknya salahuddin menghentam dewan Ulama didepan umum, tetapi perlu adakan teguran didalam anggegment- anggegment dalaman.

Juga, perlu diadakan beberapa siri ijtihad jamaah, bagi menyelesaikan isu-isu semasa mengikut acuan Islam.

Aku masih ingat ucapan Presiden PAS, iaitu Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang didalam Ijtimak tarbiyyah PAS Pusat yang lalu, Beliau menyatakan “kita tidak mampu hendak bina mujtahid macam imam mazhab empat, tetapi kita boleh bina mujtahid secara berjemaah”

Golongan kepakaran dalam bidang masing-masing boleh duduk semeja dengan para ulama membincangkan sesuatu itu itu mengikut kepakaran masing-masing.

Dizaman ini, agak susah kita hendak berjumpa orang yang ‘Alim dalam bidang agama, dan dalam masa yang sama ‘Alim dalam bidang yang lain dari agama. Kalau ada pun, amat sedikit.

Membahaskan hukum Islam mesti berdasarkan kepada kajian mendalam, sumber rujukan yang betul dan berbagai-bagai tindakan yang perlu dilakukan, agar hukum yang ingin di keluarkan tidak tersasar dari kebenaran.

Sabda Rasulullah SAW;

من كَذَبَ عَلَيَّ فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ من النَّارِ

Maksudnya;
“barangsiapa yang melakukan penipuan atasku, maka dia telah tempatnya didalam neraka[1]

PERLEMBAGAAN MALAYSIA DAN MURTAD

Hukuman riddah tidak tersebut didalam perlembagaan Islam, walaubagaimanapun, akhir-akhir ini, perjuangan mempertahankan Islam didalam perlembagaan menjadi agenda pejuang-pejuang Islam di Malaysia.

Memperjuangkan nasib islam didalam perlembagaan Malaysia bukan bermakna kita mengatakan bahawa perlembagaan Malaysia adalah Islam, tetapi perjuangan itu bermaksud, Islam didalam perlembagaan merupakan peluang terakhir dalam menyelamatkan Islam di Malaysia.

Serupa juga, dengan pejuang-pejuang Islam menggunakan Demokrasi. Mereka menggunakan Demokrasi, bukan bermakna mereka beriman dengan demokrasi, tetapi mereka menggunakan demokrasi kerana, demokrasi adalah ruang yang masih ada dalam “muwajahah silmiyyah” dalam menyambung tugas dakwah islamiyyah.

Amat menyedihkan, sebahagian ahli akedemik menyatakan bahawa negara ini adalah negara Islam, dengan alasan beberapa fasal didalam perlembagaan yang membenarkan terlaksananya undang-undang Islam.

Apakah mereka tidak membandingkan antara perlembagaan Islam (piagam madinah) dan perlembagaan Malaysia? Apakah mereka tidak mengetahui bahawa perlaksanaan undang-undang Islam semata-mata tidak mencukup menyatakan bahawa negara ini sebagai negara Islam, ini kerana negara islam mempunyai roh Islam yang dimaksudkan dengan sabda Nabi;

الإسلام يعلو ولا يعلى عليه

Maksudnya;
“ Islam itu tinggi, tiada yang lebih tinggi daripada Islam[2]


Kalau beberapa undang-undang Islam seperti hudud, qisas dan sebagainya, mampu dilaksanakan di Malaysia, tidak bermaksud negara ini sebagai negara Islam. Ini dimisalkan seperti negara amerika dibawah kepimpinan bush yang mencadangkan hukuman sebat seratus kali kepada penzina yang menyerupai hukum hudud, tidak boleh dinyatakan bahawa Amerika itu negara Islam.

PENUTUP

Kritikan adalah sesuatu kemestian dalam usaha hendak melihat keberkatan dalam sesebuah organisasi.

Kritikan ini, tidak bermaksud penulis adalah seorang yang paling betul, tetapi kritikan ini sebagai cetusan berfikir bagi menyelesaikan beberapa kelemahan yang perlu dibaiki bersama.

Sekian terima kasih

p/s : harap maaf kepada nama-nama yang tersebut didalam article ini.

One_G
abu_abdillah_azzam@yahoo.com
http://laptopdarulfiqh.blogspot.com


[1] Saheh Al-Bukhari (1/52) hadis no : 107.
[2] Sunan Al-Baihaqi Al-kubra : (6/205) hadis no : 11935.

3 comments:

mfrstudio said...

sekali lagi saudara jujur dan ikhlas dalam menulis dan mengkritik. tahniah.

Syaikh Al-Bakistani said...

pembetulan:

Hukuman riddah tidak tersebut didalam perlembagaan Islam, walaubagaimanapun, akhir-akhir ini, perjuangan mempertahankan Islam didalam perlembagaan menjadi agenda pejuang-pejuang Islam di Malaysia.

yang betulnya :

hukuman riddah tidak tersebut didalam perlembagaan Malaysia..

harap maaf. kesalahan amat dikesali..

Syaikh Al-Bakistani said...

ana akan tulis artikle itu, insya Allah.

doakan ana mempunyai masa untuk menulis hujjah kedua2 hujjah tersebut