Tuesday, December 05, 2006

UMNO DAN SEKULAR

UMNO DAN SEKULAR

Di dalam keterangan lepas, telah menjelaskan sejarah kelahiran UMNO. Secara ringkasnya, Umno adalah sebuah Parti Politik Kebangsaan Melayu yang telah di tubuhkan pada 11 Mei 1946 yang di tubuhkan di Johor Bahru.

Kelahirannya bermula adalah hasil dari penyatuan dari beberapa buah pertubuhan Melayu di Semenanjung tanah Melayu. Orang yang bertanggungjawab atas usaha penyatuan tersebut adalah Dato’ Onn bin Jaafar yang juga telah dilantik menjadi Presiden UMNO ketika itu.

Berdasarkan kepada nama UMNO itu sendiri adalah “United Malays Nasional Organisation” yang bahasa melayunya adalah “persatuan Kebangsaan Melayu Bersatu” atau lebih dikenali dengan PEKEMBAR.

Berdasarkan kepada namanya pun sudah memadai untuk kita mengenali bahawa UMNO adalah sebuah Parti Melayu yang berasaskan Kebangsaan, bukan parti Melayu yang menjadikan Islam sebagai asas.

Perjuangan Kebangsaan Melayu adalah perjuangan yang bercanggah dengan Islam. Ini kerana, Kebangsaan adalah sesuatu fahaman yang menekankan kepada aspek bangsa semata-mata.

Hal ini berbeza dengan islam, ini kerana, Islam tidak menekankan kepada aspek bangsa. Bahkan Islam menekankan aspek ketaqwaan kepada Allah.

Firman Allah;



Maksudnya;
“sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu disis Allah adalah orang yang paling taqwa dikalangan kamu”
(surah al-Hujurat : 13)

Orang yang bertaqwa tidak ditentukan kepada bangsa melayu sahaja, bahkan ketaqwaan itu boleh didapati dari kalangan orang bukan melayu, samada cina, India, arab atau sebagainya.

Hal ini menyalahi dengan semangat kebangsaan yang bercanggah dengan Islam.

Orang cina, India, Arab dan sebagainya tidak mungkin boleh masuk melayu. Ini membezakan Islam, ini kerana, India, cina, arab dan sebagainya berkemungkinan masuk Islam.

Banyak perkara-perkara yang bercanggah antara bangsa Melayu dengan Islam. Antaranya adalah seperti semangat adat pepatih yang masih subur di Negeri Sembilan yang tidak memberikan hak faraidh kepada anak lelaki. Hal ini bercanggah dengan Islam yang memberi hak kepada anak lelaki berbanding anak perempuan dalam faraidh.

Di antara semangat kebangsaan ialah, tidak ada perbicaraan pahala dan dosa, ini kerana, kebangsaan adalah aliran pemerintahan yang diasaskan kepada Negara bangsa yang mahu melahirkan kesejahteraan kepada rakyat berasaskan kepada nilai-nilai murni setempat berpandukan lojik akal yang anjal[1] dan pragmatik[2] demi mencari cemerlang, gemilang dan terbilang. Kerajaan yang di tegakkan atas fahaman kebangsaan tetap bersifat sekular walaupun dimana sahaja ia berada.

Hal ini terbukti dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, merupakan salah seorang menteri dalam kerajaan Islam Hadhari yang mengatakan bahawa tiada soal dosa dan pahala dalam urusan politik, dengan katanya pada sidang akhbar selepas melawat peti undi Kubang Gatal, Pasir Mas dalam pilihanraya kecil di Pengkalan Pasir;
``Tidak ada mana-mana fatwa pun yang menyatakan bahawa undi Pas dapat pahala, undi Barisan Nasional (BN) dapat dosa ataupun undi Pas masuk syurga, undi BN masuk neraka.
``Ini semua adalah mainan politik karut marut yang sebenarnya tak masuk akal dan saya percaya pengundi Pengkalan Pasir tidak akan termakan dengan hujah-hujah seperti ini,''[3]

Sekiranya unsur-unsur agama ada dalam kebangsaan, itu hanyalah secara kebetulan atau penyamaan atau pinjaman yang dilakukan dari Islam yang syumul.

Fahaman kebangsaan adalah fahaman yang mencampur adukkan antara kebatilan dengan kebenaran, sedangkan perbuatan tersebut sangat-sangat dilarang dalam Islam.

Firman Allah;




Maksudnya;
“Dan Janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan hak itu sedang kamu mengetahuinya” (surah al-Baqarah : 42)

Islam adalah sesuatu agama yang syumul, ianya tidak dibentuk oleh apa-apa fahaman. Ianya adalah agama yang diturunkan oleh Allah melalui wahyu.

Dengan sebab itu, Islam adalah Islam, tiada di sana Islam hadhari, Islam Liberal, Islam badawi dan sebagainya.

Melihat kepada penjelasan makna “kebangsaan” itu jelas menunjukan ianya merupakan sesuatu yang sama dengan sekular yang asalnya diperjuangkan oleh golongan barat dan diteruskan “anak-anak” dan “cucu-cucu barat” yang berada di kebanyakan Negara-negara umat islam, iaitu mengatakan “politik suku dan agama suku”
[1] Anjal : mudah berubah menjadi bertambah atau berkurangan mengikut perubahan : “kamus Dewan” edisi ketiga: m/s 51
[2] Pragmatik : mempunyai sifat atau pendirian yang lebih mementingkan (mengutamakan) kesan-kesan sebenar sesuatu daripada cirri-ciri teori, bersifat praktikal, banyak memperhitungkan keadaan dan akibat yang sebenarnya terdapat atau akan timbul : “kamus Dewan” edisi ketiga:m/s1054.
[3] Lihat “Utusan Malaysia” : 3 disember 2005.

No comments: