Monday, January 08, 2007

NEGARA ISLAM : ANTARA ROH ISLAM DAN UNDANG-UNDANG

NEGARA ISLAM : ANTARA ROH ISLAM DAN UNDANG-UNDANG

Merujuk kepada akhbar siasah bertarikh 29 Disember 2006 – 18 Januari 2007, di muka surat 14 – 15, ruangan wawancara bersama Prof, Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid, pensyarah Jabatan Fiqh dan Usul Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya ada menyebut berkenaan cadangan dari Prof kepada PAS supaya menerima pengisytiharan Tun Dr Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri bahawa Malaysia ini sebuah Negara Islam bagi melaksanakan undang-undang murtad.

Membaca kenyataan itu, Aku terfikir tentang maksud sebenar yang di kehendaki oleh Prof berkenaan.

Kekacauan mula menjadi-menjadi apabila salah seorang dari anak-anak murid Prof yang merupakan salah seorang kepimpinan di peringkat Pemuda PAS pusat menerima kenyataan itu dan mencadangkan supaya cadangan itu di terima.

Secara individu, Aku agak kurang boleh menerima cadangan Prof itu, kerana melihat kenyataan Prof itu seakan-akan digambarkan bahawa undang-undang Islam yang terlaksana sudah memadai untuk mengisytiharkan sesebuah Negara itu sebagai Negara Islam.

Jika hendak diterima juga cadangan itu, ianya sekadar “teknik politik” bagi mendesak kerajaan melaksanakan undang-undang Islam di Negara ini, tetapi persoalan yang akan timbul, adakah kerajaan Barisan Nasional akan menerima desakan tersebut memandangkan Kerajaan Barisan Nasional yang sememangnya bermusuh dengan Islam sejak pertubuhannya lagi?

KETAQWAAN MERUPAKAN ROH NEGARA ISLAM

Sejarah Islam membuktikan bahawa Rasulullah SAW telah berusaha kearah membangunkan sebuah tamadun yang mengikut sumber yang telah di tetapkan oleh Allah.

Antara tamadun yang dibina oleh Rasulullah SAW adalah menubuhkan sebuah Negara Islam di Madinah sehinggakan tertubuhkan sebuah sahifah atau piagam Islam yang pertama dalam sejarah dunia.

Piagam Islam Madinah menjadi model kepada seluruh perlembagaan-perlembagaan di Negara-negara dunia bagi memastikan sesebuah Negara itu Islam atau tidak.

Negara Islam Madinah yang telah di tubuhkan oleh Rasulullah SAW tidak sekadar melaksanakan undang-undangnya sahaja, bahkan yang lebih utama adalah roh Islam yang perlu di serapkan bagi memastikan keamanan dan kesejahteraan umatnya secara menyeluruh.

Melihat kepada penubuhan Negara Islam Madinah itu, kita dapat melihat, penubuhan itu bukanlah factor utamanya adalah undang-undang yang hendak dilaksanakan, tetapi keutamaan di sebalik penubuhan itu adalah ketaqwaan kepada Allah SWT.

Ketaqwaan merupakan factor utama penubuhan Negara Islam. Sekiranya mejoriti ahli Negara tersebut sudah mempunyai ketaqwaan kepada Allah, segala undang-undang Islam akan menjadi mudah untuk dilaksanakan tanpa melakukan apa jua desakkan.

Firman Allah;

وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَى آَمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِمْ بَرَكَاتٍ مِنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ

Maksudnya;
“Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi”

(Surah Al-‘Araf : 96)

Ayat ini memberi alamat utama dalam menentukan keamanan dan kesejahteraan di dalam sesebuah negara, iaitu hendaklah ahli Negara tersebut mempunyai keimanan dan ketaqwaan kepada Allah.

Keimanan dan ketaqwaan merupakan kepercayaan yang tidak berbelah bahagi kepada Allah yang tidak terkandung didalamnya retorik atau nifaq. Rakyat yang beriman dan bertaqwa adalah rakyat yang sanggup melaksanakan segala tugas yang di perintah oleh Allah dan sanggup meninggalkan segala larangan Allah tanpa mempersoalkan tujuan disebalik suruhan dan larangan tersebut.

Ini dapat di buktikan dengan penerimaan rakyat Madinah di zaman Rasulullah SAW akan kenyataan piagam Madinah, iaitu;

مهما اختلفتم فيه من شيء فإن مرده الى الله عز وجل وإلى محمد

Maksudnya;
“sekiranya berlaku sesuatu perselisihan, maka tempat rujukannya adalah Allah dan Muhammad SAW[1]

Kenyataan bertulis ini diterima oleh rakyat Madinah, tidak kira mereka dari kalangan Muslim, kafir dan yahudi.

Apabila menerima kenyataan ini, maka dengan mudah dilaksanakan undang-undang Islam kedalam masyarakat, samada undang-undang itu berbentuk hudud, qisas atau sebagainya.

MALAYSIA DAN PERLEMBAGAANNYA

Malaysia sebuah Negara yang didakwa oleh Tun Dr Mahathir sebagai sebuah Negara Islam, pada hal sebelum ini, ramai dari pakar dan tokoh undang-undang mendakwa bahawa Negara ini sebagai Negara secular.

Penilaian ini di buat melalui pemerhatian kepada perlembagaan persekutuan yang menjadi “rujukan utama” didalam Negara ini.

Perlembagaan Malaysia merupakan rujukan utama dalam Negara Malaysia ini, ianya di asaskan ketika pembubaran Malayan Union dan Persekutuan Tanah Melayu di tubuhkan.

Bermula dari situlah Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu di isytiharkan iaitu pada 1 Februari 1948[2].

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu ini tertubuh dengan mengikut acuan sekular, samada dari bentuk pembentukan dan penyusunannya. Ianya di tubuhkan oleh satu badan perlembagaan di bawah jajahan British yang dinamakannya sebagai badan suruhanjaya reid yang dikepalai oleh seorang hakim British iaitu lord reid.[3]

Antara penyataan yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948 adalah seperti berikut;

(a) Persekutuan Tanah Melayu yang dibentuk dianggotai oleh sembilan buah negeri, iaitu Selangor, Johor, Pahang, Kedah, Perak, Terengganu, Kelantan, Perlis, Negeri Sembilan dan dua negeri-negeri selat iaitu Melaka dan Pulau Pinang.
(b) Persekutuan tanah Melayu diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British;
(c) Kedaulatan Raja-raja Melayu dikekalkan dan menjadi Raja berpelembagaan;
(d) Hak istimewa orang Melayu dikekalkan
(e) Syarat pemberian hak kerakyatan dikekalkan[4]

Perlembagaan persekutuan Tanah Melayu 1948 ini telah di gubal pada 1956 apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan dan pada bulan ogos 1957, perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 diisytiharkan[5].

Pembentukan perlembagaan ini dicapai hasil daripada rundingan dan tolak ansur antara rakyat pelbagai kaum, terutamanya yang berkaitan dengan;

(a) Syarat pengurniaan kerakyatan kaum lain;
(b) Hak keistimewaan orang Melayu

Pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 ini menjadi asas kepada pembentukan perlembagaan Negara kita pada hari ini[6].

Banyak kenyataan-kenyataan yang menyatakan bahawa perlembagaan persekutuan ini adalah sekular, antaranya adalah seperti Tunku Abdul Rahman putra iaitu Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Perdana Menteri kedua dan ketiga juga mengisyitiharkan Perlembagaan Persekutuan ini adalah sekular.

Begitjuga, ramai dari tokoh-tokoh undang-undang Negara yang menyatakan bahawa perlembagaan persekutuan adalah sekular, antaranya adalah Tun Salleh Abbas, Al-Marhum Tun Sufian dan Al-marhum Tan Sri Hashim Yop A. Sani[7].

Pembuktian ini jelas dengan suatu kes yang berlaku adalah berkenaan keputusan kehakiman yang Tun Salleh Abbas berikan di dalam kes Che Omar lawan Pendakwa Raya dan kes Wan Jalil dan seorang lagi lawan Pendakwa Raya (F.C. Criminal Appeals No. 28 dan 29 tahun 1988 yang di laporkan di dalam Supreme Court Report. Part I1988 hal. 73)

Di dalam kes berkenaan telah dihujjahkan bagi pihak yang membuat rayuan bahawa hukuman mati mandatori yang dikenakan ke atas seseorang kerana mengedar dadah dan kerana suatu kesalahan di bawah Akta Senjatapi (Hukuman berat) adalah bercanggah dengan undang-undang Islam dan dengan demikian adalah terbatal dan tidak sah.

Di dalam keputusan tersebut Tun Salleh Abbas menunjukan dengan jelas dilema yang dihadapinya sebagai seorang ketua hakim yang beragama Islam di dalam sistem perundangan sekular, yang terpaksa mengisytiharkan dan melaksanakan undang-undang sekular berkenaan dengan betul.[8]

Bersambung…..

One_G
abu_abdillah_azzam@yahoo.com
http://laptopdarulfiqh.blogspot.com



[1] Al-Bidayah Wa An-Nihayah : 3/225.
[2] Lihat buku “Target PKSR Kajian tempatan” : m/s 104
[3] Lihat buku “Syubhat wa Uqbat haul Tatbiq as-Syariah fi Maliziya” : m/s 17
[4] Lihat buku “ Target PKSR Kajian Tempatan” : m/s 104
[5] Lihat buku “Target PKSR Kajian Tempatan” :m/s 104
[6] Lihat buku “Target PKSR Kajian Tempatan” : m/s 105
[7] Lihat “Hadharah Islamiyyah Bukan Islam Hadhari” : m/s 39
[8] Lihat buku “Kontroversil Kes Tun Salleh” m/s ;205-206

No comments: