Monday, January 22, 2007

UMNO ADALAH PARTI BIDAAH DHOLALAH : LAWAN UMNO DAPAT PAHALA

UMNO ADALAH PARTI BIDAAH DHOLALAH : LAWAN UMNO DAPAT PAHALA

Jika di kembali ke 20 tahun yang lalu, kalimah “Bidaah” jarang kedengaran dan di bincangkan dikalangan umat islam di Negara ini. Di sebabkan perkembangan akademik keilmuan Islam sudah menjejakkan kaki di Negara ini, maka kedengaran perbincangan yang dinamakan sebagai “bidaah” itu sudah mula di perhebatkan.

Jika dahulu, kalimah bidaah selalunya di pandangan sesuatu yang sinonim dengan kelompok manusia yang di lebelkan sebagai “Wahabi”.

Walaubagaimanapun, kalimah Bidaah bukan sahaja di kemukakan oleh golongan yang didakwa “wahabi” tersebut, tetapi kalimah bidaah ini sememangnya telah di sebut oleh Nabi SAW sendiri.

Dalam satu Hadis, berkata Al-‘Irbadh : Satu hari, Nabi SAW menunaikan solat subuh bersama kami, kemudian Nabi berpaling kearah kami dan memberi pesanan kepada kami yang boleh mengalirkan air mata dan menggementarkan hati. Berkata seseorang; Wahai Rasulullah!! Pesanan ini seakan-akan pesanan penghabisan, lalu berkata Nabi SAW;

أوصيكم بتقوى الله والسمع والطاعة وإن كان عبدا حبشيا فإنه من يعش منكم فسيرى اختلافا كثيرا فعليكم بسنتي وسنة الخلفاء الراشدين المهديين فتمسكوا بها وعضوا عليها بالنواجذ وإياكم ومحدثات الأمور فإن كل محدثة بدعة وكل بدعة ضلالة

Maksudnya;
“Aku wasiatkan kepada kamu dengan ketaqwaan kepada Allah, dengar dan taatlah walaupun kepada hamba habsyi sekalipun. Maka sesungguhnya barangsiapa yang hidup dikalangan kamu (umur panjang), nescaya dia akan melihat perselisihan yang banyak, maka hendaklah kamu berada atas sunnahku dan sunnah khulafa’ ar-rasyidin yang mendapat hidayah. Berpegang kuatlah kamu dengannya dan gigitlah dengan geraham kamu. Hendaklah kamu jauhi dari perkara-perkara baru, maka sesungguhnya setiap perkara baru adalah Bidaah dan tiap-tiap bidaah adalah sesat[1]

Hadis ini menjadi bukti bahawa, perkataan bidaah bukanlah satu perkataan mainan yang sengaja dimain-mainkan oleh golongan agamawan, tetapi kalimah ini telah di kemukakan oleh Rasulullah SAW, yang semangnya bercakap tidak mengikut kehendak hawa nafsu, tetapi berdasarkan wahyu yang diutuskan kepadanya.

Firman Allah;

وَمَا يَنْطِقُ عَنِ الْهَوَى * إِنْ هُوَ إِلَّا وَحْيٌ يُوحَى

Maksudnya;
“dan tiadalah yang diucapkannya itu (Al-Quran) menurut kemauan hawa nafsunya * Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya)”

(Surah An-Najm : 3-4)

BIDAAH DAN PERBINCANGANNNYA

Perbincangan bidaah adalah satu perbincangan yang amat menarik. Perbincangan ini menarik sekiranya di nukilkan ulasan-ulasan dari kitab-kitab yang muktabar.

Dari perbincangan ini, kadangkala menyebabkan kita boleh menilai pandangan beberapa orang ulama bagi menyatakan ianya mempunyai pandangan yang keras atau toleransi.

Penilaian ini dapat di buat, sekiranya perbincangan bidaah itu berkisar di kawasan bidaah yang di bawah ketagori furu’iyyah.

Adapun perbincangan bidaah yang dibawah ketagori “usuliyyah”, tidak ada pernilaian diantara pendapat yang keras dan toleransi.

TAARIF BIDAAH

Pelbagai ta’rif atau definisi yang telah dinyatakan oleh ulama berkaitan dengan bidaah. Disini, penulis mengemukakan satu definisi yang “jami’ wa mani’” yang selalu menjadi hujjah dikalangan ulama usul, iaitu definisi yang telah di kemukakan oleh Imam As-Syatibi didalam kitabnya yang bertajuk “al-I’tisam”

Beliau mendefinisikan bidaah adalah;

البدعة طريقة في الدين مخترعة تضاهي الشرعية يقصد بالسلوك عليها ما يقصد بالطريقة الشرعية

Maksudnya;
“Bidaah adalah jalan didalam agama yang direka cipta, menyerupai syariah, diqasadkan melalui jalannya seperti yang diqasadkan kepada jalan syariah[2].

Dari definisi ini, difahami bahawa bidaah yang di sebut didalam perbahasan Islam adalah bidaah yang berkaitan dengan perkara agama.

Ulama-ulama salaf dan khalaf membuat pelbagai perbahasan didalam perkara bidaah, sehinggakan ada dari kalangan mereka telah membuat pembahagian terhadap bidaah tersebut.

PEMBAHAGIAN BIDAAH

Muhammad bin Ahmad bin Muhammad Abdus Salam Khadar As-Syuqairi Al-Hawamidi, Pengasas Persatuan salafiyyah di negeri Hawamidiyyah, semenanjung Giza, Mesir telah menyatakan didalam kitabnya yang bernama “As-Sunan Wa Al-Mubtadi’at” bahawa bidaah itu terbahagi kepada dua, iaitu bidaah yang berbentuk keagamaan dan berbentuk keduniaan.

Bidaah yang berbentuk keduniaan adalah perkara yang berkaitan dengan maslahat kehidupan, seperti menaiki kereta, motosikal dan sebagainya.

Bidaah sebegini diizikan oleh syarak untuk di amalkan, selama tidak mendatangkan mudharat.

Firman Allah;

وَافْعَلُوا الْخَيْرَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Maksudnya;
“perbuatlah kebaikkan, supaya kamu mendapat kemenangan.”

(Surah Al-Haj : 77)

Sabda Nabi SAW;

من سن في الإسلام سنة حسنة فله أجرها

Maksudnya;
“Barangsiapa yang menjalani didalam Islam akan jalan yang baik, maka baginya pahala[3]

Adapun Bidaah di dalam perkara keagamaan itu terbahagi pula kepada empat, iaitu[4];

(a) Bidaah mukaffarah (yang menjadikan pembuatnya menjadi kafir), seperti menyeru dengan nama yang lain dari Allah didalam berdoa.
(b) Bidaah muharramah (bidaah yang menjadikan pembuatnya menjadi berdosa), seperti menjadikan kubur sebagai masjid, sembelih dengan nama yang lain daripada nama Allah dan sebagainya.
(c) Bidaah mahruhah tahriman (bidaah yang makruh yang lebih cenderung kepada haram), seperti solat zohor selepas dari solat jumaat dan sebagainya.
(d) Bidaah makruhah tanzihan (bidaah yang makruh yang lebih cenderung kepada harus), seperti doa awal dan akhir tahun, bersalaman selepas dari solat dan sebagainya.

Daripada perbahasan inilah, Muhammad bin Ahmad al-Hawamidi menyatakan, inilah yang dimaksudkan dengan kata-kata Imam As-Syafii;

البدعة بدعتان بدعة محمودة وبدعة مذمومة فما وافق السنة فهو محمود وما خالف السنة فهو مذموم

Maksudnya;
“Bidaah itu ada dua bidaah, iaitu bidaah yang di puji dan bidaah yang di keji. Sesuatu yang menyamai sunnah, maka ia adalah bidaah yang di puji, dan yang menyalahi sunnah, maka ia adalah bidaah yang di keji[5]

Iaitu, bidaah yang dipuji adalah bidaah yang berkaitan dengan perkara keduniaan. Adapun bidaah yang berkaitan dengan perkara keagamaan, ianya di bawah ketagori bidaah yang dikeji.

AGAMA DAN BIDAAH

Agama mengikut kata asalnya adalah susunan dua kalimah “farsi” yang memberi maksud “tidak kacau”.

Adapun agama didalam bahasa melayu adalah terjemahan dari Bahasa Arab iaitu “ad-Din”.

“ad-Din” menurut Islam adalah cara hidup yang merangkumi semua lapangan hidup, tidak sekadar kepada ibadat semata-mata.

Firman Allah;

إِنَّ الدِّينَ عِنْدَ اللَّهِ الْإِسْلَامُ

Maksudnya;
“Sesungguhnya Agama di sisi Allah adalah Islam”

(Surah Al-Imran : 19)

Imam Ibnu Kathir mengatakan didalam kitab tafsirnya, maksud dengan Islam sebagai agama di sisi Allah adalah mengikuti Rasulallah dalam segala lapangan hidup, semenjak Baginda di bangkitkan hinggalah kewafatan Rasulullah SAW[6].

Memahami konsep agama yang di bahas didalam Islam, difahami bahawa bidaah itu tidak sekadar berlaku dalam perkara yang berkaitan dengan ibadat semata-mata, seperti yang berkaitan dengan solat, zakat, puasa dan sebagainya, tetapi bidaah itu boleh berlaku dalam bentuk yang lebih luas, seperti system ekonomi, system pendidikan, pemikiran secular, dasar pemerintahan dan sebagainya.

BIDAAH DALAM SISTEM

Didalam system pemerintahan juga boleh berlaku bidaah mengikut pemahaman Islam. Ini kerana, kedatangan Nabi SAW di dunia antaranya adalah untuk menukar system kehidupan manusia.

System yang di bawa oleh Rasulullah Saw itu merupakan system kehidupan yang terbaik di dunia ini, yang menjanjikan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.

System pemerintahan yang mengenepikan Islam, system ekonomi kapitalis, antaranya menaikan harga tol dengan melampau, kenaikan harga minyak dan sebagainya merupakan bidaah yang sesat; wajib kepada kita menyerangnya sehingga titisan darah yang terakhir.

Bidaah didalam ketegori ini adalah bidaah yang telah di sepakati oleh seluruh ulama atas kesesataannya, tanpa seorang pun menyalahinya.

Pernah berlaku di pertengahan 70 an, seorang sosialis di Mesir menyatakan bahawa “tidak mengapa bagi orang yang mengucap syahadah, menunaikan solat, bayar zakat, dan sebagainya bahawa menganut fahaman-fahaman seperti sosialis, kapitalis dan sebagainya”

Kenyataan ini telah di sanggah oleh seluruh ulama Al-Azhar yang dikepalai oleh Syaikh Al-Azhar ketika itu yang bernama As-Syaikh Dr Abdul Halim Mahmood.

UMNO MENGAMALKAN SISTEM YANG BIDAAH DHOLALAH (SESAT)


Di Malaysia, semenjak kemerdekaan lagi, parti yang memerintah adalah UMNO dan Barisan Nasional. UMNO dan Barisan Nasional telah mengamalkan system pemerintahan yang bidaah dholalah.

Mereka mengamalkan dasar pemerintahan yang berasaskan kepada secular, dengan “merantingkan” Islam didalam pemerintahan, sedangkan Islam sepatutnya dijadikan sebagai “akar” didalam pemerintahan. Ini di buktikan dengan kewujudan biro agama didalam parti UMNO.

System kapitalis merupakan mata-mata rantai perjuangan yahudi yang telah berjaya di serapkan didalam pemahaman ekonomi umat Islam. Ekonomi kapitalis yang telah menindas rakyat dengan mengenakan berbagai cukai, samada cukai jalanraya, air, api dan sebagainya.

Meriwayatkan hadis oleh Ibnu Abbas, sabda Nabi SAW;

الْمُسْلِمُونَ شُرَكَاءٌ فِي ثَلاثٍ فِي النَّارِ: وَالْمَاءِ، وَالْكَلأِ، وَثَمَنُهُ حَرَامٌ.

Maksudnya;
“muslim berkongsi didalam tiga perkara, iaitu api, air dan rumput. Harganya adalah haram[7]

Hadis ini menjadi dalil atas pengharaman cukai kepada perkara-perkara tersebut; air, api dan rumput. UMNO dan Barisan Nasional telah menyanggahi hadis ini dengan menswastakan air dan Api kepada Syabas dan TNB.

Ini merupakan bidaah dholalah didalam system ekonomi yang diamalkan oleh UMNO, Barisan Nasional.

PENUTUP

Dari perbahasan ringkas di atas, difahami bahawa UMNO adalah sebuah parti kebangsaan melayu di Negara ini yang telah mengamalkan system yang bidaah dholalah, yang selayaknya kita berjauhan diri darinya.

Melawan bidaah yang sesat ini merupakan kewajipan kepada seluruh umat Islam. Dan kita juga dilarang dari bersekongkol dalam menghidupkan pengamalan bidaah tersebut.

Menyokong dan menjadi “barua” umno merupakan bersama-sama dengan UMNO dalam menghidupkan amalan bidaah yang sesat.

Dikisahkan didalam hadis riwayat Al-bukhari, bahawa di akhirat nanti Baginda SAW menerima tetamu dari umatnya di kolam (haudh), lalu datang satu kelompok manusia yang baginda mengenali mereka dan mereka mengenali Baginda SAW, lalu apabila mereka hendak masuk dikawasan kolam (haudh), mereka tertegah daripadanya. Lalu Baginda SAW berkata (kepada malaikat);

إِنَّهُمْ مِنِّي فَيُقَالُ إِنَّكَ لَا تَدْرِي ما بَدَّلُوا بَعْدَكَ فَأَقُولُ سُحْقًا سُحْقًا لِمَنْ بَدَّلَ بَعْدِي

Maksudnya;
“(mengapa kamu menegah mereka dari masuk ke kolam (haudh)) sesungguhnya mereka daripada kalanganku? Lalu baginda SAW di beritahu, sesungguhnya kamu (wahai Muhammad) tidak mengetahui, bahawa mereka telah menukar (hukum, undang-undang, system dll) selepas kematianmu. Maka Aku (nabi) berkata; pergi jauh (dari kolam haudh) bagi orang yang telah menukar selepas kematianku[8]

Menukar system nabi, undang-undang nabi dan sebagainya merupakan kezaliman kepada diri sendiri yang mengakibatkan tidak boleh menjadi tetamu nabi SAW di akhirat nanti. Sedangkan kezaliman tidak boleh di sekongkoli.

Firman Allah;

وَلَا تَرْكَنُوا إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُوا فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ

Maksudnya;
“Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka

(Surah Hud : 113)

Maka marilah kita menentang UMNO dan Barisan Nasional dengan sebab UMNO dan BN telah mencetuskan pengamalan system pemerintahan yang bidaah dholalah.

Mudah-mudahan dengan tentangan yang kita lakukan terhadap UMNO mendapat pahala yang besar, kerana kita di bawah ketagori manusia yang menghapuskan bidaah yang menyesatkan.

Sekian

One_G
abu_abdillah_azzam@yahoo.com
http://laptopdarulfiqh.blogspot.com

[1] Al-Mustadrak ‘Ala Sahihain : 1/176. hadis ini di pandang sahih oleh As-Syaikh Albani di dalam kitabnya “As-Salsilah As-Sahihah : 6/324. hadis no 2735.
[2] Al-I’tisam : hlmn 12.
[3] Sahih Muslim : 2/705. hadis no : 1017.
[4] As-Sunan Wa Al-Mubtadiat : hlmn 11-12.
[5] As-Sunan wa Al-mubtadiat : hlmn 13
[6] Tafsir Ibni Kathir : 2/25.
[7] Al-Mu’jam Al-Kabir li at-tibrani : 9/291.hadis no : 10942.
[8] Sahih Al-Bukhari : 6/2587. hadis no : 6643.

No comments: