Monday, January 01, 2007

PERJUANG SUNNAH DI BAWAH KEPOMPONG PENJAJAH : ANTARA ASRI DAN ANUAR IBRAHIM

PERJUANG SUNNAH DI BAWAH KEPOMPONG PENJAJAH : ANTARA ASRI DAN ANUAR IBRAHIM

Di akhir 80 an, Negara ini mengenali insan yang bernama Anuar Ibrahim yang merupakan seorang kepimpinan pelajar yang dapat memaut hati ahli-ahli politik bagi melihat kejayaan didalam pemerintahan Negara ini.

Antara ahli-ahli politik yang terpaut hati dengan Anuar Ibrahim adalah Dr Mahathir Mohammad, Perdana Menteri Malaysia. Maka bermulalah alam zulmat (kegelapan) Anuar Ibrahim disebabkan penglibatan beliau dengan UMNO atas ijtihadnya untuk “membaiki UMNO daripada dalam”.

Setelah nasihat demi nasihat dari kalangan ilmuan Islam di Negara ini diberikan kepada beliau, beliau tetap dengan pendiriannya itu dan akhirnya beliau menceburkan diri kedalam kelompok kesesatan itu dan akhirnya dapat dilihat beliau sendiri rebah dengan ditimpakan pula kehinaan demi kehinaan, seperti dakwaan liwat, rasuah dan sebagainya.

UMNO ADALAH YAHUDI

UMNO merupakan sebuah parti melayu di Negara ini yang telah membawa agenda secularisma. Agenda memisahkan Islam dari kehidupan yang merupakan agenda yang telah di ciplak daripada yahudi, seperti firman Allah;

أَفَتُؤْمِنُونَ بِبَعْضِ الْكِتَابِ وَتَكْفُرُونَ بِبَعْضٍ فَمَا جَزَاءُ مَنْ يَفْعَلُ ذَلِكَ مِنْكُمْ إِلَّا خِزْيٌ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ يُرَدُّونَ إِلَى أَشَدِّ الْعَذَابِ

Maksudnya;
“Apakah kamu beriman kepada sebahagian Al Kitab (Taurat) dan ingkar terhadap sebahagian yang lain? Tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian daripadamu, melainkan kenistaan dalam kehidupan dunia, dan pada hari kiamat mereka dikembalikan kepada siksa yang sangat berat”

(Surah Al-Baqarah : 85)

Begitujuga, yahudi merupakan kelompok yang menyembunyi kandungan kitab. Mereka tidak mahu menyatakan kenabian Muhammad SAW yang tersebut didalam kitab mereka, walaupun mereka mengenali Nabi Muhammad SAW lebih daripada mengenali anak-anak mereka sendiri.

Firman Allah;

الَّذِينَ آَتَيْنَاهُمُ الْكِتَابَ يَعْرِفُونَهُ كَمَا يَعْرِفُونَ أَبْنَاءَهُمْ وَإِنَّ فَرِيقًا مِنْهُمْ لَيَكْتُمُونَ الْحَقَّ وَهُمْ يَعْلَمُونَ

Maksudnya;
“Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah Kami beri Al Kitab (Taurat dan Injil) mengenal Muhammad seperti mereka mengenal anak-anaknya sendiri[97]. Dan sesungguhnya sebahagian diantara mereka menyembunyikan kebenaran, padahal mereka mengetahui”

(Surah Al-Baqarah : 146)

Pernah Omar bin Al-Khattab bertanya kepada Abdullah bin Salam tentang kenalnya mereka kepada Muhammad SAW. Omar berkata, “adakah kamu mengenali Muhammad seperti kamu mengenali anak kamu?”. Lalu Abdullah bin Salam menyatakan bahawa dia mengenali Muhammad lebih dari mengenali anak dia sendiri[1].

Yahudi mengenali Nabi Muhammad lebih daripada anak mereka sndiri kerana kisah kenabian nabi Muhammad itu tersebut didalam kitab taurat dan injil. Disebabkan hasad yang ada didalam diri, mereka telah menyembunyikan isi kitab dan menulis kitab dengan tangan mereka lalu dinyatakan bahawa itu datang dari Allah.

Firman Allah;

فَوَيْلٌ لِلَّذِينَ يَكْتُبُونَ الْكِتَابَ بِأَيْدِيهِمْ ثُمَّ يَقُولُونَ هَذَا مِنْ عِنْدِ اللَّهِ لِيَشْتَرُوا بِهِ ثَمَنًا قَلِيلًا فَوَيْلٌ لَهُمْ مِمَّا كَتَبَتْ أَيْدِيهِمْ وَوَيْلٌ لَهُمْ مِمَّا يَكْسِبُونَ

Maksudnya;
“Maka kecelakaan yAng besarlah bagi orang-orang yang menulis Al Kitab dengan tangan mereka sendiri, lalu dikatakannya; "Ini dari Allah", (dengan maksud) untuk memperoleh keuntungan yang sedikit dengan perbuatan itu. Maka kecelakaan yang besarlah bagi mereka, akibat apa yang ditulis oleh tangan mereka sendiri, dan kecelakaan yang besarlah bagi mereka, akibat apa yang mereka kerjakan”

(Surah Al-Baqarah : 79)

Melihat segala cirri-ciri kejahatan Yahudi dan cirri-ciri UMNO, didapati kedua-duanya mempunyai kesamaan.

UMNO telah menafikan hukum Allah daripada di laksanakan di Negara ini dengan pelbagai alasan. Kerajaan Negeri Kelantan yang di pimpin oleh PAS semenjak tahun 1990 telah bercita-cita hendak melaksanakan hukum hudud, telah mendapat kecaman hebat dari UMNO, sehinggakan di kala itu, dapat di dengari bagaimana kutukan dan celaan dari UMNO terhadap hukum Allah itu.

di tahun 2006 juga, kerajaan Kelantan mengambil sikap dengan menyediakan satu perlaksanaan undang-undang menutup aurat, tiba-tiba mendapat kecaman hebat dari pihak UMNO dengan pelbagai kecaman sehinggakan mereka sanggup menyatakan bahawa “menutup aurat adalah hak peribadi” yang tidak boleh dijadikan undang-undang.

Inilah cirri-ciri yahudi yang wujud didalam UMNO, yang telah mendustakan hukum-hukum Allah dan bertakabbur dengannya. Apabila pemimpin-pemimpin UMNO itu mati, roh mereka tidak diterima oleh Allah untuk naik kelangit, kerana pintu langit telah tertutup untuk mereka.

Firman Allah;

إِنَّ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآَيَاتِنَا وَاسْتَكْبَرُوا عَنْهَا لَا تُفَتَّحُ لَهُمْ أَبْوَابُ السَّمَاءِ وَلَا يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ حَتَّى يَلِجَ الْجَمَلُ فِي سَمِّ الْخِيَاطِ وَكَذَلِكَ نَجْزِي الْمُجْرِمِينَ

Maksudnya;
“Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan menyombongkan diri terhadapnya, sekali-kali tidak akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan tidak (pula) mereka masuk surga, hingga unta masuk ke lubang jarum. Demikianlah Kami memberi pembalasan kepada orang-orang yang berbuat kejahatan”

(Surah Al-‘Araf : 40)

PERTENTANGAN PAS DENGAN UMNO ADALAH SEPERTI PERTENTANGAN RASULULLAH SAW DENGAN YAHUDI

Membaca surah al-Baqarah, kita dapat mengenali yahudi dengan secara terperinci, sehinggakan dinamakan surah al-Baqarah (lembu betina) juga berpunca dari kejahatan dan kedegilan yang ada didalam diri yahudi itu sendiri.

Pernah yahudi berjumpa dengan Rasulullah SAW, mengajak Baginda SAW menjadi yahudi dan menyatakan hidayah, sekiranya nabi SAW mengikut mereka. Kisah tersebut dinyatakan oleh Allah didalam Al-Quran.

Firman Allah;

وَقَالُوا كُونُوا هُودًا أَوْ نَصَارَى تَهْتَدُوا قُلْ بَلْ مِلَّةَ إِبْرَاهِيمَ حَنِيفًا وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِينَ

Maksudnya;
“Dan mereka berkata: "Hendaklah kamu menjadi penganut agama Yahudi atau Nasrani, niscaya kamu mendapat petunjuk". Katakanlah : "Tidak, melainkan (kami mengikuti) agama Ibrahim yang lurus. Dan bukanlah dia (Ibrahim) dari golongan orang musyrik”

(Surah Al-Baqarah : 135)

Menurut Asbab An-Nuzul ayat ini, Imam Ibni Kathir menaqalkan daripada Ibni Abbas berkata, Abdullah bin Suria al-A’war telah berkata kepada Rasulullah SAW, “tiada hidayah melainkan mengikut kami, maka ikutlah kami, nescaya kamu mendapat hidayah[2]”.

Kewujudan Islam Hadhari merupakan antara cirri-ciri keyahudian yang ada didalam UMNO. Mereka mempergunakan Islam untuk mengaut keuntungan pengaruh di dunia, tetapi hakikatnya, mereka tidak melaksanakan undang-undang Islam.

Usaha tersebut jelas, bagaimana mereka berjaya mengurangkan bilangan kerusi di kelantan dan mengambil terengganu dari PAS dalam pilihanraya umum yang lepas.

Hal ini diakui sendiri oleh Prof Madya Dr Idris Zakaria dari Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bukunya yang dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Khas, Kementeriaan Penerangan Malaysia, yang berrtajuk “Islam Hadhari dan Pembangunan Umat” dengan katanya;

“Menjelang pilihanraya umum 2004 yang lalu, kita mendengar satu gagasan politik Negara yang dinamakannya sebagai Islam Hadhari. Gagasan ini telah terbukti yang ia adalah kekuatan. Kerajaan Barisan Nasional dengan UMNO sebagai tulang belakang telah menunjukan prestasi dan kejayaan yang besar dan mengejutkan ramai pemerhati politik dalam dan luar Negara. Negeri terengganu yang dikuasai parti PAS telah dirampas semula dengan kekuatan “Islam Hadhari Terengganu Bestari”. UMNO telah memenangi 28 dari 32 kerusi DUN dan 8 kerusi Parlimen. UMNO juga hampir menawan negeri Kelantan dengan menguasai 21 kerusi DUN dan PAS 24. Namun, dilihat secara umum, gagasan Islam Hadhari ini telah berjaya mematahkan kekuatan Pasti PAS”[3]

Dari ulasan Prof Madya Dr Idris Zakaria ini jelas menandakan bahawa, kehadiran Islam Hadhari yang dipelopori oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bukanlah keikhlasannya untuk melaksanakan islam tetapi, gagasan itu merupakan usaha politik murahan UMNO bagi mengalahkan PAS dalam pilihanraya umum 2004.

Usaha Yahudi UMNO dengan menimbulkan gagasan Islam Hadhari adalah sama dengan usaha yang dilakukan oleh Abdullah bin Suria didalam kisah yang Allah ceritakan didalam surah Al-Baqarah ayat 135.

ANUAR IBRAHIM SUDAH REBAH, BAGAIMANA PULA ASRI

Sejarah membuktikan bahawa Anuar Ibrahim yang telah berusaha hendak “membaiki UMNO dari dalam” berakhir dengan kejatuhan beliau sendiri. Kejatuhan itu bukan sekadar kejatuhan, tetapi ditimpa pula dengan pelbagai kehinaan demi kehinaan, seperti di tuduh liwat, rasuah dan sebagainya.

Mungkin ada benarnya ungkapan golongan terdahulu, “kalau kita ingin membersihkan tong yang kotor, kita tidak boleh masuk ke dalamnya, kerana perbuatan yang seperti itu akan mengakibatkan kita sendiri yang tercemar dengan kekotoran itu sedangkan tong itu terus kotor.”

Begitujuga Asri yang mengambil sikap menghentam PAS dan menimbulkan beberapa kemusykilan didalam pemikiran umat Islam di Negara ini dengan alasan “dakwah salafiyyah” atau “dakwah Sunnah”.

Beliau mengajar murid-muridnya supaya tidak mengkritik kerajaan yang memerintah sekarang dengan alasan ianya tidak mengikut manhaj salaf soleh. Beliau mendatang beberapa dalil dan perkataan-perkataan salaf untuk menguatkan hujjah beliau itu.

Perlu difahami, pertentangan PAS dengan UMNO, bukanlah seperti pertentangan golongan salaf dengan kepimpinan di zaman mereka, tetapi pertentangan PAS dengan UMNO adalah pertentangan system Islam dengan system pemerintahan kafir.

System kewangan yang masih menganggap riba sebagai sesuatu yang menguntungkan Negara adalah system yang perlu diharamkan.

System ekonomi berasaskan kapitalis, perlu di haramkan dengan berjuang menuju kearah penghapusan system tersebut dan menggantikan system ekonomi Islam yang menjanjikan keadilan.

Mungkin golongan dan pengikut asri mengambil sikap “OK” dengan tindakan kerajaan menaikkan harga minyak dan TOL, walaupun tindakan tersebut menguntungkan anak beranak kepimpinan Malaysia, bukan rakyat secara menyeluruh.

Jangan disamakan antara kepimpinan di zaman salaf dengan kepimpinan UMNO, ini kerana, kepimpinan salaf terdahulu melakukan kesilapan pada sikap diri pemimpin tersebut, bukannya system pemerintahan. Adapun UMNO, kesalahan yang dilakukannya adalah kerana system kafir yang masih kuat diamalkan oleh mereka.

Apabila system yang menjadi punca kesalahan, penentangan yang perlu dilakukan adalah seperti penentangan yang telah dilakukan oleh Rasulullah SAW kepada kepimpinan Abu Sufyan, Musa kepada Firaun, Ibrahim kepada Namrud dan sebagainya.

Juga, UMNO menghalalkan riba, sedangkan Allah dan Rasul-Nya mengumumkan peperangan terhadap orang yang selalu bermain dengan riba.

Firman Allah;

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَذَرُوا مَا بَقِيَ مِنَ الرِّبَا إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ * فَإِنْ لَمْ تَفْعَلُوا فَأْذَنُوا بِحَرْبٍ مِنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَإِنْ تُبْتُمْ فَلَكُمْ رُءُوسُ أَمْوَالِكُمْ لَا تَظْلِمُونَ وَلَا تُظْلَمُونَ

Maksudnya;
“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba (yang belum dipungut) jika kamu orang-orang yang beriman * Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba), maka ketahuilah, bahwa Allah dan Rasul-Nya akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba), maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya”

(Surah Al-Baqarah : 278-179)

Allah dan Rasul-Nya telah mengisytihar perang dengan orang yang masih lagi bermain dengan riba, sedangkan di Negara ini, golongan yang menghalalkan riba adalah UMNO dan BN, maka selayaknya kita memerangi UMNO sehinggakan mereka bertaubat dengan mengikut system pemerintahan Islam yang sebenar.

PENUTUP

Kalau kita melihat kepada Anuar Ibrahim yang sudah rebah dengan perjuangannya hendak membaiki UMNO dari dalam sehinggakan di timpa dengan kehinaan demi kehinaan, maka bilakah Asri akan rebah dengan perjuangannya hendak “mensunnahkan negeri Perlis” yang di pimpin oleh seorang pejuang UMNO dan BN?


Sekian

One_G
abu_abdillah_azzam@yahoo.com
http://laptopdarulfiqh.blogspot.com


[1] Ibni Kathir : 1/462
[2] Ibni Kathir : 1/448.
[3] Lihat “Islam Hadhari dan Pembangunan Umat” m/s 1.

8 comments:

Omar elBaritii said...

Salam.

Ustaz telah menyatakan perbezaan pertembungan PAS dgn UMNO dan persengketaan khalifah silam dengan ulama dan rakyat mereka.

PAS menentang UMNO bukan kerana maksiat pemimpin semata, sebaliknya kemungkaran sebagai sebuah daulah yang telah menghina Allah dan RasulNya.

Sewajarnya perlu ada kelompok yang keras terhadap Dr Asri, supaya berlaku keseimbangan terhadap pemahamannya yang kadang-kadang merugikan Gerakan Islam sedia ada seperti PAS.

perswis said...

"Beliau mengajar murid-muridnya supaya tidak mengkritik kerajaan yang memerintah sekarang dengan alasan ianya tidak mengikut manhaj salaf soleh. Beliau mendatang beberapa dalil dan perkataan-perkataan salaf untuk menguatkan hujjah beliau itu."

Boleh saya tahu dari ceramah2 mana Dr Asri mengajarkan seperti yg didakwa di atas?

Al-Bakistani said...

sila rujuk pembentangan kertas kerja di Perlis dalam awal tahun lepas..

kertas kerja itu menjadi modal kebanyakkkan pengikut-pengikut asri.

antaranya;

http://jefriharris.blogspot.com

sekian

me said...

"Beliau mengajar murid-muridnya supaya TIDAK mengkritik kerajaan yang memerintah sekarang dengan alasan ianya tidak mengikut manhaj salaf soleh."

jgnlah membuat fitnah jika tak faham apa yg sbnrnya diperkatakan. spjg mengikuti kuliah2 Dr. MAZA, blm pernah beliau sebutkan demikian

yg selalu diserukan adalah jgn mengkritik pemerintah dgn ejekan, cacian, maki hamun dan menyebarkan aib mereka.. teguran kpd pihak pemerintah perlu dilakukan scra berhikmah dan mengikut apa yg tlh digariskan oleh Rasulullah SAW serta dipraktikkan oleh generasi salaf

"Baginda SAW bersabda: lbumu akan kehilanganmu wahai Mu'az! Tiadalah manusia itu dihumbankan mukanya (atau Baginda SAW bersabda: dihumbankan batang hidungnya) ke dalam api neraka kecuali kerana hasil tanaman lidah-lidah mereka..." (HR at-Tirmizi, shahih)

ULAMA KITO said...

Shahidan mungkin melihat Asri sesuai dgn Perlis yang tidak bermazhab dan maksud politiknya. Asri pula cuba nasib di gelanggang yang disediakan itu, ramai tokoh-tokoh agama anak Perlis dinafikan oleh Shahidan tetapi dia mengambil Asri dari luar. Bagi saya biarkan Asri bersilat di sana kerana dia anak muda yang keras hati. Paling tidak dia boleh mengasah bakat dan cari pengalaman. Kehadirannya mungkin boleh mengejutkan rakan-rakan mufti tua dan alim ulama lain. Isu-isu yang dilontarkannya sekarang menarik dan kita nak tengok sejauhmana 13 mufti syafieah lain boleh berdepan dgn Asri seorang. Kalau sebelum ini ada mengatakan Wahabbi sesat dan pemecah belah ummah, nah ini satu medan terbaik untuk kita saksikan. Siapa yang kenaaaaaaa.....

jefriharris said...

1. mencela, kutuk, persenda pemimpin memang salah, dan tidak mengikut sunnah.Malah ia memalukan dan menjauhkan orang dari ajaran Islam yang sebenar.

2. Perjuangan politik kepartian HAMPIR MUSTAHIL untuk dimenangi memandangkan jumlah penduduk Islam di malaysia cuma 60% (rujuk Bancian)....persoalannya, bila/pada tahun keberapakah PAS akan mendapat sokongan kesemua 60% muslim....dan jika ia dapatpun, bukankah kita akan terpaksa menerima kurang dari 2/3 majoriti.??...saya cadangkan kita kurangkan masa dan tenaga dalam usaha politik yang hampir tidak mungkin mendatangkan hasil, sebaliknya menumpukan kepada da'wah dan islah masyarakat.

3. da'wahlah kepada aqidah dan ibadah yang sahih dan ajarilah masyarakat untuk menyayangi islam...bukan menghidangkan hukum2 yang sebenarnya bukan BAB SATU DA'WAH...ASSALAMUALAIKUM

pencari_hak said...

Itulah gamoknya ulama2 dulu melarang org ramai belajar sendiri2 tanpa guru. Inilah akibatnya berlaku banyak perpecahan dalam agama. Kita nampak sesetengah org ilmunya banyak tapi langsung tak boleh pakai.Dia main hentam saje.Setiap pergerakan yg baik mesti ada tatatertib yg boleh mengawal ahlinya dari bercakap sembarangan. Ilmu yg banyak diletak pada jalan yg salah juga akan membawa makna yg salah. Satu perkara kena faham. Allah buat sesuatu tidak direct contohnya untuk hasilkan buah Allah wujudnya melalui pokok dan pokok perlu ditanam dan dibajai. Kalau tak tanam pokok macamana Allah nak bagi kita buah walaupun Allah boleh buat secara kun fayakun....Begitulah untuk hasilkan kerajaan Islam, apakah benihnya dan apakah pokoknya..Kena cari benih bagi jumpa,lalu ditanamnya dan dijaga betul2 akhirnya akan terhasillah buah..Kalau kita asyik dok gaduh jer sampai bila kerajaan Islam tak akan munculnya. Nabi datang bukan dok cari gaduh ngan org.Dia sebarkan agama siang dan malam tak de masa nak gaduh2. Kita hari ini ramai ulama dan ustaz2 tapi ramai yg menggunakan pendekatan mengentam org lain..rasanya itu jalan tak betul lah..seumur hidup akulah tak pernah dengar lagi yg Nabi cari gaduh dengan sesiapa..fikir2 kan.

pencari_hak said...

Cerita sibuta dan si celik :
Ada 2 org yg bercita2 untuk ke Mekah,seorang buta dan seorang celik. Sibuta mempunyai kesedaran lebih ttg agama lalu dia telah membuat persiapan dgn belajar selok belok untuk melakukan amalan haji, sedangkan si celik tadi kurang kesedaran agama dia buat tak endah sahaja. Tiba masanya utk ke Mekah lalu kedua2nya telah berangkat ke Mekah.Setibanya di sana,mereka membuat amalan masing2.Sibuta menghadapi kesukaran untuk beramal walaupun semua selok cara nak buat haji dia tahu. Sedangkan sicelik pula senang bergerak ke sana kemari tetapi tak tahu nak buat amal dengan cara yg betul.Dalam keadaan begini agak2nya siapakah akan melaksanakan ibadat haji dengan baik dan sempurna. Sibuta perlukan seorang celik utk memimpinnya baru dpt lakukan haji.Sedangkan sicelik pula hanya perlu mendapat nasihat dari seorang ustaz sebelum melaksanakan ibadah tersebut.Tamsilan ini dpt dilihat dalam masyarakat kita, dimana org berilmu jarang kelihatan di masjid, ada yg sibuk dengan dunia, kecuali bagi mereka yg diberi taufik shj boleh beramal dengan ilmunya.Di pihak yg lain org awam yg kurang ilmu agama, ada yg langsung tak ada ilmu tetapi setelah khuruj fi sabilillah dibuka hatinya untuk beramal.Sebab itulah ulama berpesan supaya karkun perlu mendampingi ustaz2 dan ulama utk mempelajari kaifiat melakukan sesuatu amalan.Dari sini dapat kita fahami bahawa khuruj fi sabilillah adalah penting utk membuka hati spy celik.Tak kira dia ulama atau org awam.Ulama yg ada ilmu yg banyak dan dibuka pula mata hatinya utk beramal, merekalah yg mempunyai kedudukan yg tinggi di sisi Allah.Kita bagi org awam perlu mujahadah berterusan spy mata hati tak tertutup dan perlu sentiasa mendampingi ulama utk belajar cara2 beramal. Bagi ulama yg tidak khuruj/mujahadah dikhuatiri akan termasuk dlm golongan sibuta tadi.Fatwa mereka jg akan salah kerana mereka tak nampak jalan akhirat.Mereka lebih suka menggunakan ilmu hanya utk mendapat faedah dunia semata2..Dalilnya maksud ayat"Sesiapa yg bermujahadah di jalan kami akan kami buka jalan-jalan kami"..fikir2kan.