Saturday, December 16, 2006

HUJJAH KELUAR 3 HARI, 40 HARI DAN 4 BULAN

DALIL KELUAR 3 HARI

Semasa pemerintahan Omar bin Al-Khattab menjadi Khalifah, seorang perempuan berjumpa dengan Omar yang ketika itu bersama dengan Kaab bin Sur.

Tujuan kedatangan perempuan itu kepada Omar adalah untuk membuat aduan tentang suaminya. Dia menyebut aduan tersebut dalam keadaan malu-malu, walaupun begitu, dia tetap berkata;

هو من خَيْرِ أَهْلِ الدُّنْيَا يَقُومُ اللَّيْلَ حتى الصَّبَاحِ وَيَصُومُ النَّهَارَ حتى يُمْسِيَ


Maksudnya;
“Dia (Suamiku) adalah sebaik-baik ahli dunia, dia mendirikan malam (qiamullail) hingga subuh, puasa pada siang hari hingga petang”

Mendengar aduan perempuan itu, Omar berkata;

جَزَاك اللَّهُ خَيْرًا فَقَدْ أَحْسَنْت الثَّنَاءَ

Maksudnya;
“Mudah-mudahan Allah membalas yang lebih baik kepada kamu. Sesungguhnya kemu telah membaikkan kepujian”

Mendengar kata-kata omar itu, perempuan itu dengan sedih berpaling pulang. Lalu Kaab berkata kepada Omar;

يا أَمِيرَ الْمُؤْمِنِينَ لقد أَبْلَغَتْ في الشَّكْوَى إلَيْك
Maksudnya;
“Wahai Amir Al-Mukminin, sesungguhnya kedatangannya (perempuan) itu untuk membuat aduan kepada kamu”

Lalu Omar bertanya;

“apakah aduan yang dia hendak buat”

Berkata Kaab; “berkenaan dengan suaminya”

lalu Omar berkata; “panggil perempuan tadi dan berhukumlah wahai Kaab terhadap perempuan itu”.

Kaab pada mulanya tidak mahu berhukum dengan katanya;

أَقْضِي وَأَنْتَ شَاهِدٌ

Maksudnya;
“Aku berhukum, sedangkan kamu menyaksikannya?”

Berkata Omar;

إنَّك قد فَطِنْت إلَى ما لم أَفْطَنْ له

Maksudnya;
“Sesungguhnya kamu cerdik berkenaan perkara yang aku tidak cerdik”

Mendengar kata-kata itu, Kaab terus berhukum kepada perempuan tersebut dengan membaca firman Allah;

فَانْكِحُوا ما طَابَ لَكُمْ من النِّسَاءِ مَثْنَى وَثُلَاثَ وَرُبَاعَ

Maksudnya;
“maka kawinilah wanita-wanita yang kamu senangi : dua, tiga atau empat”

(Surah an-Nisa’ : 3)

Dan berkata;

صُمْ ثَلَاثَةَ أَيَّامٍ وَأَفْطِرْ عِنْدَهَا يَوْمًا وَقُمْ ثَلَاثَ لَيَالٍ وَبِتْ عِنْدَهَا لَيْلَةً

Maksudnya;
“Puasalah selama tiga hari dan berbukalah (tidak berpuasa) untuknya (isteri) sehari, dirikanlah solat malam selama tiga malam, dan tidurlah disisinya (isteri) satu malam”

Mendengar dari hujjah Kaab bin Sur tadi, Omar berkata;

هذا أَعْجَبُ إلَيَّ من الْأَوَّلِ
Maksudnya;
“ini lebih aku taajjub berbanding yang pertama”

Lalu Omar terus melantik Kaab menjadi Qadhi di Basrah[1].

Dari kisah ini, golongan tabligh menyatakan dalil keluar 3 hari, seakan-akan keluar 3 hari adalah untuk solat malam dan berpuasa dan satu hari adalah untuk bersama Isteri.

DALIL KELUAR 40 HARI
Sabda Nabi SAW;

من صلى لِلَّهِ أَرْبَعِينَ يَوْمًا في جَمَاعَةٍ يُدْرِكُ التَّكْبِيرَةَ الْأُولَى كُتِبَتْ له بَرَاءَتَانِ بَرَاءَةٌ من النَّارِ وَبَرَاءَةٌ من النِّفَاقِ

Maksudnya;
“barangsiapa yang solat kerana Allah selama 40 hari didalam jamaah, dan dia mendapat takbirah al-ula (bersama Imam), di tulis kepadanya dua kelepasan, iaitu kelepasan daripada neraka dan kelepasan daripada nifaq[2]

Menurut Abu Isa At-Tirmizi, hadis ini diriwayatkan daripada Anas secara mauquf dan aku (Abu Isa) tidak mengetahui seorang pun meriwayatkan hadis ini[3].

Dari hadis ini, golongan tabligh mengatakan dalil atas keluar 40 hari. Ini kerana, apabila berhimpun didalam masjid selama 40 hari, maka tidak tertinggallah 40 takbiratul ihram bersama-sama dengan imam.

DALIL 4 BULAN

Saidina Omar bin Al-Khattab semasa menjadi Khalifah pernah bertanya kepada anak perempuannya yang bernama Hafsah.

Omar berkata;

كم أكثر ما تصبر المرأة عن زوجها

Maksudnya;
“Berapakah waktu yang paling lama untuk perempuan itu boleh sabar daripada suaminya?”

Lalu menjawab Hafsah;

ستة أشهر أو أربعة أشهر
Maksudnya;
“Enam atau empat bulan”

Mendengar jawapan anaknya, Omar tersebut berkata;

لا أحبس أحدا من الجيوش أكثر من ذلك

Maksudnya;
“Aku tidak akan membiarkan seorang pun dari tentera-tentera (Islam) lebih daripada itu[4]

Dari atsar ini menjadi dalil dikalangan golongan tabligh akan keluar 4 bulan.

JAWAPAN DARI HUJJAH-HUJJAH GOLONGAN TABLIGH

Melihat segala hujjah-hujjah dari golongan tabligh, difahami, bukanlah bermaksud nabi sendiri yang keluar 3 hari, 40 hari atau 4 bulan. Tetapi mereka beristidlal sahaja daripada nas-nas yang tersebut.

Memahami dengan demikian, keluar 3 hari, 40 hari dan 4 bulan, bukanlah sunnah seperti yang didakwa oleh golongan tabligh, ini kerana, Sunnah didefinisikan sebagai;

السنة شرعا هى ما بين به النبى (ص) كتاب الله بالفعل , فهى طريقته المتبعة فى بيان هذا الدين التى جرى عليها أصحابه قولا و فعلا و تقريرا و تركا

Maksudnya;
“Sunnah pada syarak adalah perkara yang Nabi SAW jelaskan berkenaan Kitabullah dengan perbuatan. Ianya merupakan cara yang diikuti pada penjelasan agama ini yang telah mengikutinya oleh para sahabat, samada dengan perkataan, perbuatan, taqrir dan tinggal[5]

Daripada definisi sunnah ini, fahamilah bahawa keluar 3 hari, 40 hari dan 4 bulan bukanlah sunnah seperti dakwaan golongan tabligh, bahkan ianya sekadar ijtihad yang terhasil dari nas.

Memandangkan keluar 3 hari, 40 hari dan 4 bulan merupakan ijtihad dari nas, maka tidak boleh sekali-kali mengatakan bahawa ianya adalah sunnah, ini kerana, sabda Nabi SAW;


من كذب علي متعمد فليتبوأ مقعده من النار


Maksudnya;
“Barangsiapa melakukan penipuan atasku dengan sengaja, maka dia telah menempah tempat didalam neraka[6]

PENUTUP

Tulisan ini bukan bermaksud hendak menghalang orang-orang tabligh keluar 3 hari, 40 hari dan 4 bulan. Tetapi ianya sebagai nasihat kepada golongan tabligh bahawa keluarnya itu mesti beri’tiqadkan sekadar untuk mentarbiyyah diri bagi menjadi orang yang melazimi dengan solat Jemaah, bukannya keluar itu merupakan perbuatan Nabi SAW.

Sekian

One_G
abu_abdillah_azzam@yahoo.com
http://laptopdarulfiqh.blogspot.com



[1] Kisah ini boleh dibaca di dalam kitab “At-Turuq Al-Hukmiyyah” :1/35 dan juga kitab “As-Siraj Al-Wahhaj fi Qada’ wa Al-Jihad : hlmn 80-81.
[2] Sunan At-Tirmizi : 2/7. hadis no : 241.
[3] Sunan At-Tirmizi : 2/7
[4] Tafsir Ibni Kathir : 1/269.
[5] As-Sunan Wa Al-Mubtadi’at Al-Mutaaliqah bi Al-Azkar wa As-salat : hlmn 10.
[6] At-Taisir Bi Syarh Al-Jami’ As-Saghir : 2/441.

22 comments:

syahid_zul said...

ASsalamualaikum
syukran atas tulisan ini..
semoga ada kebaikan utk semua dan dimasa akn datang..=)

Ramly said...

kenapalah kau bebal sangat mana ada jt cakap 3 hari,40 hari dan 4 bulan itu sunah nabai yang sunah nabi adalah keluar ke jalan allah satu daripadanya ajak manusia beriman pada allah. 3h untuk lathan awal dah biasa tingkatkan pengkurbanan ke 40 hari dan seterusnya seluruh hidup angka angka yg tuan sebut memang benarlah berpandukan shabat nabi kita ikut. Fahammmmmm kalau tak faham keluar sekurang2 4bulan tapi untuk yg bijak sini kena keluar 13 tahun.........

ummi usamah said...

assalamualaikum...
saudara..moga tuan mendapat hidayah daripada Allah.Ana lihat tuan org yang berilmu...tapi sayangnya ilmu yang tuan miliki tidak dapat tuan jadikan cahaya dalam kehidupan.malah tuan gunakan utk teori pemikiran tuan sendiri.kajilah al-quran bukan setakat membacanya sahaja. atangkan kepada ana nas-nas yang haq mengatakan JT ini sesat.Andai JT ini benar apa agaknya yang akan tuan jawab dihadapan Rabbul Jalil nanti.Sedihnya...Allah belum memilih tuan untuk keluar dijalanNYA.

ummi usamah said...

assalamualaikum...
saudara..moga tuan mendapat hidayah daripada Allah.Ana lihat tuan org yang berilmu...tapi sayangnya ilmu yang tuan miliki tidak dapat tuan jadikan cahaya dalam kehidupan.malah tuan gunakan utk teori pemikiran tuan sendiri.kajilah al-quran bukan setakat membacanya sahaja. atangkan kepada ana nas-nas yang haq mengatakan JT ini sesat.Andai JT ini benar apa agaknya yang akan tuan jawab dihadapan Rabbul Jalil nanti.Sedihnya...Allah belum memilih tuan untuk keluar dijalanNYA.

Rangga said...

sahabat ra membatasi waktu

Narrated Abu Wail:

'Abdullah used to give a religious talk to the people on every Thursday. Once a man said, "O Aba 'Abdur-Rahman! (By Allah) I wish if you could preach us daily." He replied, "The only thing which prevents me from doing so, is that I hate to bore you, and no doubt I take care of you in preaching by selecting a suitable time just as the Prophet used to do with us, for fear of making us bored."

(bukhari buku1 bab 3 nomor 70)

kalau orang yang anda katakan sesat kemudian mati mengucapkan laailaahaillallaah bagaimana?
bukankah yang mengucapkan laailaahaillallaah di akhir hayat dijamin masuk surga.

Rangga said...

tanggung jawab setiap muslim yang mempunyai kalimat laailaahaillallaah muhammadurrasulullah
1. tanggung jawab diri sendiri.
"jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka"
( At Tahrim (66) ayat 6)
2. tanggung jawab keluarga
"jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka"
( At Tahrim (66) ayat 6)
3. tanggung jawab kaum kerabat dan sahabat dekat
"dan peringatilah keluarga dan kaum kerabatmu"
(asyu'ara ayat 214)
4.tanggung jawab sesama muslim di daerah lain
"dan agar kamu memberi peringatan kepada (penduduk)'ibu negeri'(makkkah) dan (orang-orang) yang ada diluar lingkungannya"
(al an'aam ayat 92)
5. tanggung jawab seluruh manusia.
"kalian sebaik-baik umat yang dikeluarkan untuk manusia, menyuruh kebaikan dan mencegah kemungkaran dan beriman kepada Allah"
(ali imron ayat 110)

sekarang siapa yang memegang amanah ini dan harus menyampaikan
"Kemudian Kitab itu Kami wariskan kepada orang-orang yang Kami pilih di antara hamba-hamba Kami, lalu di antara mereka ada yang menganiaya diri mereka sendiri dan di antara mereka ada yang pertengahan dan diantara mereka ada (pula) yang lebih dahulu berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu adalah karunia yang amat besar."
(Faathir ayat 32)

maka bagaimana mengamalkan ayat-ayat tersebut ?
maka dibuatlah ketentuan sebagaimana hadits yaitu

sahabat ra membatasi waktu
Narrated Abu Wail:

'Abdullah used to give a religious talk to the people on every Thursday. Once a man said, "O Aba 'Abdur-Rahman! (By Allah) I wish if you could preach us daily." He replied, "The only thing which prevents me from doing so, is that I hate to bore you, and no doubt I take care of you in preaching by selecting a suitable time just as the Prophet used to do with us, for fear of making us bored."
(bukhari buku1 bab 3 nomor 70)

sehingga untuk diri sendiri dan keluarga salah satu usahanya yaitu kita buat ta'lim dirumah dan silahturahmi ke ulama ataupun ikut pengajian para ulama, insya Allah dengan ta'lim dirumah dan datang ke ulama akan menyelesaikan tanggung jawab diri sendiri dan keluarga,
lalu bagaimana dengan kaum kerabat dan tetangga dekat, maka alim ulama memberikan waktu minimal 2,5 jam setiap hari untuk silahturahmi ke kaum kerabat dan tetangga dekat, dan dalam prakteknya memang kelemahan kami belum bisa sampai 2,5 jam padahal sekarang sudah diarahkan kepada 8 jam setiap hari (membagi waktu menjadi 3 bagian, untuk diri sendiri, untuk keluarga dan untuk umat, 24jam/3=8jam),
kemudian bagaimana dengan kampung sekitar atau kota sekitar maka untuk waktunya kami sediakan minimal 3 hari setiap bulan, dan insya Allah sekarang dihimbau untuk berusaha menuju 10 hari setiap bulan, sehingga silahturahmi dengan kampung sekitar tetap terjaga.
kemudian yang terakhir yaitu seluruh manusia ini tentunya sangat berat karena jumlah manusia lebih dari 5 milliar, maka dengan kelemahan kami alim ulama telah ajak keluar dalam waktu yang agak lama yaitu 40 hari, 4 bulan baik di dalam negeri maupun ke luar negeri, memang seumur hidup belum tentu bisa mendatangi semua tapi insya Allah dengan niat untuk mendatangi seluruh manusia kemudian mengajak orang yang lain buat usaha yang sama maka Allah akan terima niat kita, sebagaimana Rasulullah SAW diutus untuk seluruh umat sampai hari terakhir yang Allah kehendaki namun umur beliau hanya 63 tahun, tapi Allah terima usaha yang dilakukan Rasulullah SAW sehingga usaha ini masih akan berlanjut sampai hari terakhir yang Allah kehendaki. Jadi usaha da'wah rasulullah yang kami lakukan ini bukan hanya 3 hari, 40 hari atau 4 bulan saja, tapi setiap hari lihat keterangan mulai dari atas. bersambung....

Rangga said...

memang dalam usaha da'wah rasulullah (jangan bilang lagi jamaah tabligh lagi ya, karena kami tidak pernah menamakannya, dan usaha ini untuk semua umat muslim) ada sebagian yang masih menganiaya (mendzolimi) diri sendiri yaitu masih ada kemaksiatan dalam diri sendiri, kurang ilmulah, mantan preman, mantan narkoba, mantan koruptor dan sebagainya. Sedangkan batasan untuk berilmu kemudian buat da'wah coba anda lihat di syarah muslim oleh imam nawawi di hadits tentang "barang siapa melihat kemungkaran dihadapannya hendaknya ia ubah dengan tangannya kalau tidak mampu dengan lidahnya, kalau tidak mampu hendaklah ia benci dalam hati dan inilah selemah-lemah iman". (saya harap yang membaca ini mau mencari sendiri bukunya ya, sekaligus biar menambah ilmu).
Terus satu hal yang paling berbahaya jangan sampai merasa "saya sudah berilmu" baru mulai da'wah. bisa-bisa sifat iblis yang masuk yaitu sombong, dan alim ulama sepakat hal ini bisa terjadi pada siapapun termasuk ulama ahli ilmu sendiri, sebagaimana nabi musa yang mengatakan dirinya paling berilmu kemudian Allah perintahkan untuk keluar dari kampung halamannya untuk jumpa orang sholih yang lain. Dan memang kita harus menuntut ilmu karena ini kewajiban setiap muslim.
jazakallah kepada kritikan dan nasihat semoga Allah pandang pengorbanan yang dilakukan oleh para blogger, namun tinta pena memang tidak bisa menggantikan tapak kaki untuk buat usaha da'wah Rasulullah SAW.

abu amar said...

Assalamualaikum...

Soalan:
1. Adakah tuan tidak risau 5 billion umat manusia ke neraka Allah?

2. Adakah masjid tuan bersolat gersang dari amalan seperti Masjid di zaman Rasulullah?

3. Adakah tuan mangsa dera JT atau sewaktu dengannya?

Jikalau Firaun pun Allah perintahkan Musa as bertemu dan berhikmah, kenapa tuan beria-ia meletakkan JT sebagai jemaah sesat??

Tuan perlu sedar ilmu-ilmu tuan perolehi itu belum komprehensif yang melayakkan tuan menjadi anti-jemaah tabligh sejati.

Cuma saya ingin peringatkan diri saya dan tuan-tuan, Allah tidak memerlukan kita untuk menjadi pembantuNya. Apatah lagi manusia seperti kita yang jahil tetapi menyangka alim, yang jarang menunaikan hak anak yatim, fakir miskin dan tidak pernah membela yang melarat. Kalau di dunia ini tidak pernah menyuapkan makanan ke mulut si daif, jangan mengaku diri pewaris sejati amalan Nabi. Kalau diri tidak pernah dicerca kerana menyampaikan nasihat agama tidak layak diri ini mengaku setia kepada sunnah. Kalau air mata jarang-jarang keluar, itu tanda hati sudah lebih keras dari batu permata.

Wallahu alam.

Abdullah said...
This comment has been removed by the author.
Abdullah said...
This comment has been removed by the author.
Mizishah said...

Soalan berkaitan tabligh yg dijawap Ustaz Azhar:


Rating Pengguna: Bagus
Ditulis oleh tamimi
Friday, 26 September 2008

Assalamualikum ustaz..

saya ingin bertanya tebtang jemaah tabligh..boleh ustaz terengkan serba sedikit tentang jemaag tabligh. terima kasih..

.......................

w.salam

Jemaah tabligh yang sedia maklum itu adalah salah satu dari ribuan jemaah2 Islam yang memberikan tumpuan atas uasaha2 dakwah dibumi Allah ini. Jemaah yang berpusat di india ini disertai oleh ratusan ribu umat islam diseluruh dunia.

Apa yang elok tentang jemaah tabligh ini ialah kerja2 berdakwah mengajak manusia menunaikan solat dan melakukan amalan2 sunnah yang mana kebanyakan manusia Islam hari ini semakin melupakannya.

Cuma perlu diberi perhatian pada apa yang berlaku pada jemaah tabligh yg ada pada zaman ini telah sedikit lari dari segi perjalannya jika dibandingkan dengan zaman awal ianya ditubuhkan.

Jemaah tabligh pada zaman penubuhannya sangat mementingkan dua perkara dalam gerakan mereka yaitu menuntut ilmu dan berjihad.

Lihatlah kisah bagaimana Maulana Mohd Zakaria dan Maulana Mohd Yunus bertungkus lumus belajar ilmu agama sehingga menjadi ulamak dan perjuangan mereka menentang kebatilan tanpa takut kepada sesiapa.

Jemaah yang ada pada hari ini telah meninggalkan dua asas penting dalam gerakan tabligh ini dimana mereka kurang gemar menuntut ilmu dengan bersungguh dan ramai pula yang meninggalkan jihad yang mana kedua perkara ini adalah sunnah Nabi saw yang sangat tinggi nilainya disis Allah swt.

Begitu juga dengan nahi munkar agak kurang dipraktikkan padahal amar ma'ruf itu tidak boleh dipisahkan sama sekali denga nahi munkar kerana keduanya inilah yang menjadikan para sahabat r.a. sebagai umat terbaik yag pernah wujud dikalangan umat manusia.

wallahua'lam

Rujuk page: http://ustazazhar.com/v1/pelbagai/jamaah-tabligh.html


*Tapi, yg tu dulu punye jwpan..

yg terbaru Ustaz Azhar kete ikutlah tabligh kalau nk ikut, tapi hendaklah ada basic ilmu yg fardu & bergeraklah atas dasar ilmu.

(mungkin JT perlu ada guru2 yg boleh mngajarkan Al Quran dlm masa berdakwah.. supaya ilmu yg disampaikan itu dapat dimanfaatkan untuk anak2 & bini mereka dirumah..)

Wahai ketua2 keluarga xkira dimana kau berada...

Khalifah Umar pernah menyatakan terdapat 3 tanggungjawab seorang bapa terhadap anaknya iaitu:
1) memberikan nama yang baik
2) mengajarkan mengaji
3) mencarikan ibu yang baik untuknya

-jgn kluar dakwah je tau..
takut nanti kalau dah berbelas2 tahun kluar berdakwah tapi xboleh ajarkan Isteri & Anak2 Al Quran jem jugak namenye...

*tanggung jawab setiap muslim yang mempunyai kalimat laailaahaillallaah muhammadurrasulullah

1. tanggung jawab diri sendiri.
"jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka"
( At Tahrim (66) ayat 6)
2. tanggung jawab keluarga
"jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka"
( At Tahrim (66) ayat 6)
3. tanggung jawab kaum kerabat dan sahabat dekat
"dan peringatilah keluarga dan kaum kerabatmu"
(asyu'ara ayat 214)
4.tanggung jawab sesama muslim di daerah lain
"dan agar kamu memberi peringatan kepada (penduduk)'ibu negeri'(makkkah) dan (orang-orang) yang ada diluar lingkungannya"
(al an'aam ayat 92)
5. tanggung jawab seluruh manusia.
"kalian sebaik-baik umat yang dikeluarkan untuk manusia, menyuruh kebaikan dan mencegah kemungkaran dan beriman kepada Allah"
(ali imron ayat 110)

ibn nurdin said...

Salam..
Memang betul apa yang tuan katakan dengan hujah tersebut. Saya amat setuju. Ikut sebenarnya takder masa yang khusus. Masa khusus ni disarankan oleh ulama demi kemaslahatan dalam urusan beri masa untuk dakwah. Makna dia, tidak ler sampai meninggalkan keluarga dan tanggungjawab urusan keperluan dunia dalam masa yang tidak terhitung. Dalam erti kata lain, tidaklah JT ni zalim. ada had dan tempoh keluar kan? Jadi, sungguh melesetlah orang mengatakan bahawa JT ni tidak berilmu, sedangkan JT telah menjalani kehidupan yang ada nas diambil daripada perkataan Nabi SAW dan Al-Quran yg Mulia. bukanlah kehidupan seperti haiwan seperti ramai manusia di zaman ini. Walaupun kehidupan JT tidak seperti ulama, tetapi setidak-tidaknya menjalani kehidupan yang ada roh agama. Sesetengah manusia itu Allah dah tentukan jalannya. Highway kepada Allah ni luas. yang sempit ialah masuk neraka. tapi ramai umat pilih jalan tu juga.

~ShErA~ said...

asal tabligh dari jamaah al abu maududi di india berdakwah campur jihad dan politik, tetapi british telah menentang jemaah asal ini sehingga berjaya menjatuhkannya, muncul satu jamaah di bawah maulana as salam yang dibentul oleh orientalis, jamaah baru ini di dalam kitab arab maulana as salam menetapkan 3 perkara, pertama : jangan belajar banyak "selain dari klua tabligh", jangan campur politik, dan jangan cegah munkar, ketiga element ini dilihat skarang ini apabila karkun tidak ada di kuliah2 umumdan ramai yg buta sirah nabawiyah, karkun totally tolak politik kerana buta terhadap sirah Rasullulah saw dan ia menjadi fahaman sekular yang tak disedari, karkun hanya berada dalam dunianya tanpa bersama jamaah lain, dan seramai mana karkun bertebaran diseluruh dunia, semakin besar, mereka seperti buih2 dilautan yang dipukul ombak dan dipermainkan oleh orientalis, bangladesh, india dan pakistan sendiri tempat utama tabligh tetapi mengalami kemunduran dan masih tidak dapat menaikkan islam, mahupun islam tertekan disana, kemiskinan, dan kuasa dikuasai oleh org yg tidak berhak, inilah agendi selepas sheikh al abu maududi dijatuhkan oleh british dan orientalis membentuk jamaah baru yang memisahkan politik, jihad dari dakwah, sedangkan itulah yang tertulis, al baqarah 208, 'masuklah kamu ke dalam islam secara keseluruhan,'... bukan ambik sedikit dan sedikit ditolak atas ideologi tuan sendiri, bertapa hilangnya ilmu dan jahil walaupun sunnah kelihatan hebat pada badan dan pakaian, itu bagus, tetapi sunnah terbesar nabi dalam berdakwah ke seluruh pelusuk dunia hingga ke nusantara adalah dgn membentuk jalan politik dan kekuasan, jika tidak, tidak akan sampai islam ke nusantara mahupun china dan kerajaan rom dan parsi yang menghalang melalui kekuasaan,

~ShErA~ said...

selagi mana tabligh tidak berada di kuliah2 umum, di forum islam, di perjuangan politik islam, di seluruh cara hidup islam dan seluruh sunah nabi sehingga perjuangan kenegaraan, selagi itulah terus tetap tidak kemana, sudah ada yang keluar 4 bulan, tetapi kini berada dalam arena perjuangan islam dan jamaah yang terbuka, kerana merasa tidak cukup dan selepas mempelajari sirah secara mendalam, banyak yang tidak kene dengan jamaah tabligh, tabligh betul, tetapi ego dgn ideologi yang tak diketahui dari mana datang dan apa hala tuju, tak perlu klua 3, 40 ari, dan 4 bulan, hari2 adalah klua bagi setiap jamaah lain, tetapi tabligh tak pernah nak tahu sebab ia berada dalam dunianya... bagus bertabligh, tetapi jika tolak politik itulah kehancuran terbesar, saya tahu jawapan2 akan diberi oleh karkun, semuanya tidak boleh diterima apabila kita mendalami sirah nabawiyah....

~ShErA~ said...

sesiapa yang berkata nabi tidak melakukan politik, istiharkan kepada diri tuan, agar belajar kembali sirah nabawiyah di luar sana, betapa jahilnya umat islam, dari dakwah peringkat pertama sehingga terbentuk kerajaan madinah dan menebar ke rom dan parsi dan ke seluruh dunia, nabi2, para sahabat, ulamak besar, salahudin aubi, dan seluruh nama2 bear yang tersohor di dalam islam dari dulu hingga kini, semua terjun sebulat-bulatnya kedalam jihad politik,

~ShErA~ said...

sesiapa yang berkata nabi tidak melakukan politik, istiharkan kepada diri tuan, agar belajar kembali sirah nabawiyah di luar sana, betapa jahilnya umat islam, dari dakwah peringkat pertama sehingga terbentuk kerajaan madinah dan menebar ke rom dan parsi dan ke seluruh dunia, nabi2, para sahabat, ulamak besar, salahudin aubi, dan seluruh nama2 bear yang tersohor di dalam islam dari dulu hingga kini, semua terjun sebulat-bulatnya kedalam jihad politik,

decapri9175 said...

salam,,,
tahniah atas kritikan tuan tp jgn keterlaluan kpd sesat,,,JT bukan xdibenarkan berpolitik secara terangan utk JT,,tp utk pseorgan dibenarkan,,,ramai yg jd ahli pas dan umno secara pseorgan..mgkin pgalamn kmu blum dlm mse JT dhlu,,lalu mmuat kputusan krn kekecewaan,,,kamu

roi said...

assalamualaikum wrb
sebelumnya saya adalah orang jahil yang suka minum minuman keras, maksiat, ghibah, dan lain lain. alhamduillah Allah dah beri hidayah sehingga saya bisa mengerjakan kewajiban bahkan sunnah sunnah rosulullah SAW. JT lah yang memperkenalkan saya pada tuhan saya. mereka mengetuk pintu rumah saya di saat kala saya sedang mabuk ARAK, sehingga tidak pintu rumah saya saja yang terbuka tapi juga pintu hati. selain tabligh gak akan ada yang berani buat macam tu. salafi, wahabi, dan faham faham lain yang menganggap kerja ini sesat sudah beranikah mereka mengetuk pintu rumah orang yang terdapat kemaksiatan. jadi jika ada yang bertanya tentang hujjah 3 hari 40 hari 4 bulan, maka saya akan mengepalkan tangan dan mengarahkan ke wajah orang tersebut seraya berkata,"dulu aku mabok tak ada ko sebok, sekarang aku nak beri peringatan pada saudara semuslim ko larang pulak".
alhamdulillah saya sudah keluar 40 hari jlan kaki. doakan saya supaya bisa keluar 4 bulan
wassalamualaikum wrb

Sha said...

Hanya insan yg telah merasa puki pelacur saja yg akan insaf dan menghargai kenikmatan taubat........seperti aku muahahahahha

Unknown said...

salam tuan roi..

terharu sy baca kisah tuan,,moga kita semua sentiasa dlm hidayah nya tuan..amin

allah hu akbar..

Unknown said...

ikhwan bersangka baik aja..gak perlu panjang lebar hujah nya..klo dia anggap 1 perbuatan yg buruk doakan aja dia

Unknown said...

ikhwan bersangka baik aja..gak perlu panjang lebar hujah nya..klo dia anggap 1 perbuatan yg buruk doakan aja dia