Wednesday, December 20, 2006

PERLIS DARUL SUNNAH : “SUNNAH” DI JULANG “WAJIB” DI PIJAK?

PERLIS DARUL SUNNAH : “SUNNAH” DI JULANG “WAJIB” DI PIJAK?

Aku ditelefon dan di SMSkan oleh beberapa orang kawan berkenaan dengan kenyataan baru dari mufti darus Sunnah. Kenyataannya adalah berkenaan dengan “skodeng” yang dilakukan oleh pegawai-pegawai pejabat agama terhadap orang yang khalwat.

Aku tidak memberi apa-apa respon dari permintaan dari kawan-kawan terhadap kenyataan itu, bahkan aku mengambil sikap ingin berdiam diri terlebih dahulu dan melihat dahulu maksud sebenar dari kenyataan mufti muda tersebut.

Mendengar kenyataan itu datang Mufti Darul Sunnah, maka lebih baik di rujuk laman web yang merupakan “umat mufti” berkenaan, iaitu al-ahkam.net, ini kerana, banyak kenyataan-kenyataan darinya di sebarkan melalui laman web tersebut.

Membuka laman web berkenaan, terdapat beberapa ulasan dari pihak pengunjung dan memberi pelbagai respon dari kenyataan itu. Ada yang mengambil sikap yang pro dan tidak kurang juga mengambil sikap kontra.

Di dalam laman web itu juga ada tertulis “ulasan mufti perlis berkenaan isu panas” yang pada pandanganku, mungkin itulah jawapan atau ulasan yang dibuat oleh “mufti yang berumur 35 tahun” itu berkenaan isu “skodeng” yang dimaksudkan oleh kawan-kawanku.

Memang itu menjadi tujuanku, aku terus “klik” padanya dan melihat ulasan tersebut. Didalam web itu rupa-rupanya ada kenyaatan lisan yang telah di videokan oleh pengikut-pengikutnya bagi mengulas isu yang telah dibangkitkan.

Amat menarik dengan ulasan tersebut dan secara peribadinya, aku menerima ulasannya secara akademi, yang mengatakan bahawa mengintai orang yang berkhalwat adalah bercanggah dengan syariat disertai dengan hujjah Al-Quran dan Hadis.

Antara hujjah-hujjahnya adalah seperti berikut;

Sabda Nabi SAW;

وَمَنْ سَتَرَ عن أَخِيهِ الْمُسْلِمِ سَتَرَهُ الله في الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ وَاللَّهُ في عَوْنِ الْعَبْدِ ما كان الْعَبْدُ في عَوْنِ أَخِيهِ

Maksudnya;
“Barangsiapa menutup (aib) saudaranya yang muslim, nescaya menutup oleh Allah akan (aib)nya. Allah didalam pertolongan hamba selama mana hamba itu didalam pertolongan saudaranya[1]

Juga firman Allah;

ولا تجسسوا ولا يغتب بعضكم بعضا

Maksudnya;
“Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah menggunjingkan satu sama lain”

(Surah al-Hujurat : 12)

Mufti tersebut juga mendatangkan pandangan buruk golongan non muslim terhadap Islam setelah berlakunya kesilapan dari pihak jabatan agama di Negara ini yang telah tersilap menangkap orang sudah bersuami isteri didalam sebuah hotel dan berbagai-bagai lagi.

Hentaman dari mufti itu sebenarnya memberi alamat tentang kelemahan yang telah dan sedang berlaku didalam jabatan agama di bawah pimpinan Abdullah Mat Zain.

Pegawai-pegawai di pejabat agama di seluruh Malaysia kini di timpa penyakit “sindrom” bencikan Islam, sehinggakan mereka sanggup mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan Islam, seperti melarang mengadakan tazkirah di bulan Ramadhan, ceramah agama dan sebagainya. Ekoran dari itu, tugas mereka bukan melakukan amar makruf dan nahi mungkar yang berlaku didalam Negara, bahkan tugasan mereka hanyalah sekadar mengharamkan kuliah-kuliah agama dan memantau ceramah-ceramah yang disampaikan oleh para ustaz di seluruh Negara.

Golongan yang memantau ceramah agama ini adalah dibawah biro dakwah Jabatan Agama, maka di biro-biro yang lain banyak mempunyai masa yang terluang, lalu bagi tidak dinampakkan sebagai pekerja yang “makan gaji buta” mereka mengambil sikap untuk menjadi “mat-mat skodeng” di hotel-hotel dan sebagainya.

MAKSIAT YANG ZAHIR DAN TERSOROK

Serbuan untuk tangkapan bagi orang yang melakukan khalwat adalah tidak salah. Adapun mengintai atau “skodeng” adalah amalan yang salah didalam Islam.

Mengapa perlu kita mengambil sikap hendak mencari maksiat yang dilakukan oleh manusia, sedangkan maksiat yang dilakukan secara zahir perlu di atasi.

Mendapat laporan bahawa ada orang yang sedang melakukan maksiat di dalam sesebuah hotel, maka ianya sudah dibawah ketagori wajib bagi membenterasnya. Ini kerana, ianya walaupun dilihat seperti maksiat yang tersembunyi, tetapi ianya sudah dikira sebagai maksiat yang wajib di hindarkan.

Mufti perlis itu ada juga menyebut, perlunya kita mencegah mungkar yang dilakukan secara zahir berbanding kita mencegah mungkar yang dilakukan secara sembunyi.

Sebenarnya, kata-kata keramat itu selayaknya mufti muda itu melihat kepada dirinya sendiri, ini kerana, sebagai orang yang berjawatan mufti, sewajibnya dia berani menyatakan hukum haramnya bersekongkol dengan pemerintahan Taghut, pembaca berita wanita yang membuka aurat, pemimpin no 1 Malaysia memegang aurat wanita, pemimpin beragama Islam menghentam tindakan kerajaan Negeri kelantan yang menyuruh wanita menutup aurat, kilang arak yang berdiri megah di Shah Alam dan berbagai-bagai lagi.

Tetapi amat memelikan, apabila mufti itu sendiri telah bersekongkol dengan pergerakan nasionalis yang bertopengkan Sunnah bagi menimbulkan isu-isu yang tidak berapa penting dari yang lebih penting.

Skodeng tidak akan timbul sekiranya pemerintahan ini dilaksanakan secara Islam.

JADI MUFTI ATAU JADI KERAJAAN?

Didalam kenyataan lisan itu, Mufti muda juga ada menyebut pentingnya mempunyai jawatan didalam melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar.

Dia mendakwa bahawa dia sendiri sudah lama bercakap isu ini, tetapi tidak mendapat apa-apa respon dari mana-mana pihak. Tetapi setelah bergelar mufti, banyak kenyataan-kenyataan dapat di bisingkan didalam masyarakat.

Pada pandangan penulis, Mufti itu adalah seorang yang sudah dikenali sebagai seorang yang sangat tidak bersetuju dengan Gerakan Islam PAS, sehinggakan dia pernah melontarkan pandangannya tanpa berfakta terhadap gerakan Islam itu dengan menulis article yang bertajuk “siasah tanpa prinsip” dan di sebarkan melalui majalah I.

Tetapi dalam masa yang sama, dia boleh bersekongkol dengan kerajaan pimpinan Barisan Nasional untuk menyampaikan usaha dakwah sunnahnya.

Amat memelikkan, macam mana beliau boleh berjuang di medan dakwah sunnah sedangkan dalam masa yang sama, beliau sendiri sudah menafikan amalan yang wajib.


Jika dilihat dari sudut kuasa mufti, hanya boleh menyampaikan hukum yang tidak berbentuk “mulzam[2]” iaitu tidak dapat dilaksanakan pandangannya (walau berasaskan quran dan hadis) melainkan persetujuan dari pihak kerajaan. Ini kerana, kuasa mufti dibawah ketagori “wilayah tanfiz”[3].

Sedangkan lebih baik diusakan menjadi kerajaan, untuk mendapat kuasa “wilayah tafwidh”[4], seperti yang di perjuangkan PAS, ini kerana, kuasa kerajaan adalah boleh menggubal undang-undang untuk dijadikan undang-undang itu mengikut sumber-sumber Islam.

Daripada pemahaman ini, tidak selayaknya mufti muda itu menghentam PAS, ini kerana, dia sebenarnya “pejuang sunnah yang berada dibawah kepompong penjajah”.

Sekian.

One_G
abu_abdillah_azzam@yahoo.com
http://laptopdarulfiqh.blogspot.com





[1] Musnad Ahmad bin Hanbal : 2/514 : hadis no : 10687.
[2] As-Siraj Al Wahhaj fi Al-Qara’ wa Al-Jihad : hlmn 30
[3] Wizarah al-Tanfiz: golongan yang memegang portfolio ini hanyalah mempunyai kuasa untuk melaksanakan segala arahan khalifah dan kerajaan sahaja. Ia tidak memiliki sebarang kuasa pentadbiran yang boleh mentadbir berdasarkan budi bicara sendiri seperti Wazir ini hanya berperanan sebagai perantaraan di antara khalifah dan rakyat yang mewartakan perintah kerajaan kepada rakyat dan menyampaikan pula kehendak rakyat kepada kerajaan. (Al-Ahkam As-Sultaniyyah : 1/30)

[4] Wizarah al-Tafwidh: golongan yang memegang portfolio ini adalah orang yang diberikan kuasa oleh khalifah untuk mentadbir urusan-urusan negara mengikut pandangannya serta melaksanakan sesuatu perkara berpandukan kepada ijtihadnya. (lihat Al-Ahkam As-Sulaniyyah : 1/23)

4 comments:

Abulkhoyr said...

بسم الله

Pas tidak pernah mentarbiyah pengikut-pengikutnya mengagungkan As-sunnah tetapi mentarbiyah mereka supaya mengagungkan Nik Aziz dan ta'sub parti. mengkafir dan menthoghutkan UMNO tetapi menjilat Lim Kit Siang dan Karpal Singh yang jelas-jelas memusuhi Islam, inna lillah wa inna ilaihi roji'un.

fiqah said...

salam,

saya buknlah pro mana2 pihak..cuma mengambil ilmu di mana yg ada.
namun setahu saya dlm apa2 ceramah dr maza, tiada disebut secara terang beliau menegur PAS atau BN atau apa2 shj..langkah beliau yg sy faham adalah mengambil landasan neutral agr pihak2 yg tak bertanggungjawab tidak mengaitkaitkannya dgn politik dan dpt bebas berdakwah..pernah shj dua2 parti pn beliau tegur jika pd pandangan beliau benar2 perlu ditegur..siapa mkn cili terasa pedasnya lah

sy juge scr peribadi tidak gemar langkah hentam-menghentam, kutuk-mengutuk dan label-melabel ini..

jgnkan sbb seseorg itu tidak sama fikrah politiknya dgn kita,terus tertutup hati kita menerima ilmu besar drpdnya..dan sy harap anda/ustaz ada menegur secara direct kpd mufti yg dimaksudkan dn bukn sekadar menulis sendiri di blog kecik ini supaya mesej sebenar penulisan dlm di praktikkan dan keharmonian juga terjaga.

decapri9175 said...

moralny diatas,,,tiada satu parti/gerakan yg boleh dipercayai bg menyatu padu rakyat islam mlysia,, atau satu parti/gerakan yg boleh memimpin umat dan negara...bukan???? kalo ada pon siapa parti/gerakan??? yg lebih mukhlis dan sederhana yakni tidak caci satu sm lain,,mana,, tunjukkan bukti kejayaan serata malysia dn diktiraf dunia,,,kurg/tiada cacat cela ny..???

decapri9175 said...
This comment has been removed by the author.