Tuesday, June 26, 2007

BIDAAH : MELULU BERHUKUM PUNCA PERPECAHAN YANG TIDAK BERKESUDAHAN

BIDAAH :
MELULU BERHUKUM PUNCA PERPECAHAN YANG TIDAK BERKESUDAHAN[1]

Abstrak

و حَدَّثَنِي مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى حَدَّثَنَا عَبْدُ الْوَهَّابِ بْنُ عَبْدِ الْمَجِيدِ عَنْ جَعْفَرِ بْنِ مُحَمَّدٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا خَطَبَ احْمَرَّتْ عَيْنَاهُ وَعَلَا صَوْتُهُ وَاشْتَدَّ غَضَبُهُ حَتَّى كَأَنَّهُ مُنْذِرُ جَيْشٍ يَقُولُ صَبَّحَكُمْ وَمَسَّاكُمْ وَيَقُولُ بُعِثْتُ أَنَا وَالسَّاعَةُ كَهَاتَيْنِ وَيَقْرُنُ بَيْنَ إِصْبَعَيْهِ السَّبَّابَةِ وَالْوُسْطَى وَيَقُولُ أَمَّا بَعْدُ فَإِنَّ خَيْرَ الْحَدِيثِ كِتَابُ اللَّهِ وَخَيْرُ الْهُدَى هُدَى مُحَمَّدٍ وَشَرُّ الْأُمُورِ مُحْدَثَاتُهَا وَكُلُّ بِدْعَةٍ ضَلَالَةٌ ثُمَّ يَقُولُ أَنَا أَوْلَى بِكُلِّ مُؤْمِنٍ مِنْ نَفْسِهِ مَنْ تَرَكَ مَالًا فَلِأَهْلِهِ وَمَنْ تَرَكَ دَيْنًا أَوْ ضَيَاعًا فَإِلَيَّ وَعَلَيَّ

Maksudnya;
“Rasulullah SAW apabila berkhutbah, merah kedua matanya, tinggi suaranya dan keadaan bersangatan marah hingga seakan-akan memberi amaran dengan kedatangan tentera (musuh) seraya bersabda : musuh akan menyerang kamu pagi dan petang. Dan bersabda lagi : aku dibangkitkan dan hari kiamat seperti dua jari ini. Dan baginda menyatukan dua jarinya (jari telunjuk dan jari tengah) dan berkata lagi : adapun selepas daripada itu, sesungguhnya sebaik-baik perkataan adalah kitabullah, sebaik-baik petunjuk (jalan) adalah petunjuk Nabi Muhammad SAW, sejahat-jahat perkara adalah perkara baru, setiap perkara baru adalah Bidaah, setiap bidaah adalah sesat. Kemudian bersabda lagi : aku adalah orang yang paling utama dengan setiap mukmin daripada dirinya. Barangsiapa meninggalkan harta, maka itu milik ahli keluarganya. Barangsiapa yang meninggalkan hutang dan kehilangan, maka itu adalah tanggungjawab aku”[2]

DEFINISI BIDAAH

Definisi Bidaah dari sudut bahasa arabnya adalah “reka cipta”. Adapun dari sudut istilahnya, Imam An-Nawawi menyatakan bidaah adalah seperti berikut;


كُلّ شَيْء عُمِلَ عَلَى غَيْر مِثَال سَابِق

Maksudnya;
“Setiap sesuatu yang diamalkan atas ketiadaan missal sebelum ini[3]

Adapun Imam As-Syatibi menyatakan bidaah adalah seperti berikut;


البدعة طريقة في الدين مخترعة تضاهي الشرعية يقصد بالسلوك عليها ما يقصد بالطريقة الشرعية

Maksudnya;
“Bidaah adalah jalan didalam agama yang direka cipta, menyerupai syariah, diqasadkan melalui jalannya seperti yang diqasadkan kepada jalan syariah[4].

Dari definisi ini, difahami bahawa bidaah yang di sebut didalam perbahasan Islam adalah bidaah yang berkaitan dengan perkara agama.

Ulama-ulama salaf dan khalaf membuat pelbagai perbahasan didalam perkara bidaah, sehinggakan ada dari kalangan mereka telah membuat pembahagian terhadap bidaah tersebut.

PEMBAHAGIAN BIDAAH

Muhammad bin Ahmad bin Muhammad Abdus Salam Khadar As-Syuqairi Al-Hawamidi, Pengasas Persatuan salafiyyah di negeri Hawamidiyyah, semenanjung Giza, Mesir telah menyatakan didalam kitabnya yang bernama “As-Sunan Wa Al-Mubtadi’at” bahawa bidaah itu terbahagi kepada dua, iaitu bidaah yang berbentuk keagamaan dan berbentuk keduniaan.

Bidaah yang berbentuk keduniaan adalah perkara yang berkaitan dengan maslahat kehidupan, seperti menaiki kereta, motosikal dan sebagainya.

Bidaah sebegini diizikan oleh syarak untuk di amalkan, selama tidak mendatangkan mudharat.

Firman Allah;

وَافْعَلُوا الْخَيْرَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Maksudnya;
“perbuatlah kebaikkan, supaya kamu mendapat kemenangan.”

(Surah Al-Haj : 77)

Sabda Nabi SAW;

من سن في الإسلام سنة حسنة فله أجرها

Maksudnya;
“Barangsiapa yang menjalani didalam Islam akan jalan yang baik, maka baginya pahala[5]

Adapun Bidaah di dalam perkara keagamaan itu terbahagi pula kepada empat, iaitu[6];

(a) Bidaah mukaffarah (yang menjadikan pembuatnya menjadi kafir), seperti menyeru dengan nama yang lain dari Allah didalam berdoa.
(b) Bidaah muharramah (bidaah yang menjadikan pembuatnya menjadi berdosa), seperti menjadikan kubur sebagai masjid, sembelih dengan nama yang lain daripada nama Allah dan sebagainya.
(c) Bidaah mahruhah tahriman (bidaah yang makruh yang lebih cenderung kepada haram), seperti solat zohor selepas dari solat jumaat dan sebagainya.
(d) Bidaah makruhah tanzihan (bidaah yang makruh yang lebih cenderung kepada harus), seperti doa awal dan akhir tahun, bersalaman selepas dari solat dan sebagainya.

Daripada perbahasan inilah, Muhammad bin Ahmad al-Hawamidi menyatakan, inilah yang dimaksudkan dengan kata-kata Imam As-Syafii;

البدعة بدعتان بدعة محمودة وبدعة مذمومة فما وافق السنة فهو محمود وما خالف السنة فهو مذموم

Maksudnya;
“Bidaah itu ada dua bidaah, iaitu bidaah yang di puji dan bidaah yang di keji. Sesuatu yang menyamai sunnah, maka ia adalah bidaah yang di puji, dan yang menyalahi sunnah, maka ia adalah bidaah yang di keji[7]

Iaitu, bidaah yang dipuji adalah bidaah yang berkaitan dengan perkara keduniaan. Adapun bidaah yang berkaitan dengan perkara keagamaan, ianya di bawah ketagori bidaah yang dikeji.

KHILAFIYYAH DALAM FIQH YANG BERKAITAN DENGAN BIDAAH

Hukum-hukum dalam Islam terbahagi kepada dua, iaitu, samada ianya disepakati oleh Ulama atau ianya dikhilaf oleh ulama.

Berlakunya khilafiyyah dalam perkara agama adalah berpunca dari nas-nas yang dikategorikan sebagai perkara yang disebut sebagai “zanniyyah ad-dilalah”, juga nas yang berbentuk “Zanniyyah As-Subut”.

Perkara asasi dalam menentukan berlakunya khilafiyyah dalam hukum adalah bersebabkan sesuatu nas itu berhajat kepada ijtihad ulama dalam memahaminya.

Dr Yusuf Al-Qaradhawi menyatakan di dalam bukunya “fatawa Muasirah” jilid ke-2. di muka surat 649, ijtihad itu boleh berlaku dengan 3 sebab, iaitu seperti berikut;

a. Perkara yang tiada nas.
b. Perkara yang ada nas, tetapi mengandungi banyak tafsiran.
c. Perkara yang ada nas, tetapi mempunyai percanggahan dari segi pemahaman nas tersebut dengan nas-nas yang lain[8].

Ekoran dari pemahaman inilah, berlakunya khilaf dalam menentukan sesuatu hukum. Antara perkara khilafiyyah dalam menentukan sesuatu hukum adalah dalam menentukan ianya bidaah atau pun tidak.

NABI TAK BUAT, MAKA IANYA BIDAAH?

Sebilangan ulama berpendapat bahawa, setiap perkara yang tiada nas dan ianya berkaitan dengan perkara ibadat, maka ianya dikira sebagai amalan yang dikategorikan sebagai Bidaah.

Golongan ini memakai kaedah fiqh yang berbunyi;

الأصل فى العبادة الحظر ما لم يرد نص

Maksudnya;
“Asal dalam perkara ibadat adalah haram, selama tiada nas[9]

Kaedah ini didasari kepada sabda Nabi SAW;

من عمل عملا ليس عليه أمرنا فهو رد

Maksudnya;
“Barangsiapa yang beramal akan amalan yang bukan dari urusan kami, maka ianya ditolak[10]

Sebilangan ulama yang lain pula menyatakan, setiap perkara yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW, tetapi mempunyai asasnya dari nas, maka perkara itu tidak dikira sebagai Bidaah.

Alasan mereka adalah, didalam perbahasa Nas, wujud yang dinamakan sebagai istidlal. Maka dengan demikian, sekiranya sesuatu ibadat itu belum pernah dilakukan oleh Nabi SAW, tetapi pernah diisyaratkan oleh Nabi SAW, samada menggunakan perkataan, perbuatan atau diam Nabi, maka itu juga dibawah kategori yang diizinkan oleh syarak.

Antara misalnya adalah, berdasarkan kepada satu hadis;


عَنْ ابْنِ عُمَرَ قَالَ بَيْنَمَا نَحْنُ نُصَلِّي مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذْ قَالَ رَجُلٌ مِنْ الْقَوْمِ اللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ الْقَائِلُ كَلِمَةَ كَذَا وَكَذَا قَالَ رَجُلٌ مِنْ الْقَوْمِ أَنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ عَجِبْتُ لَهَا فُتِحَتْ لَهَا أَبْوَابُ السَّمَاءِ : قَالَ ابْنُ عُمَرَ فَمَا تَرَكْتُهُنَّ مُنْذُ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ ذَلِكَ

Maksudnya;
“Daripada Ibni Omar berkata; ketika kami menunaikan solat bersama Rasulullah SAW, seorang lelaki berkata; “اللَّهُ أَكْبَرُ كَبِيرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيرًا وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيلًا”, lalu Rasulullah SAW berkata; siapakah yang berkata kalimah begian-begian? Berkata lelaki tersebut; Aku Wahai Rasulullah. Lalu bersabda Nabi SAW; aku merasa megah dengannya, dibukakan pintu langit untuknya (kalimah tersebut). berkata Ibnu Omar, semenjak aku mendengar perkataan Nabi itu, aku tidak pernah meninggalkannya (membacanya didalam solat)[11]

Dari hadis ini, lelaki yang membaca kalimah takbir didalam solat tersebut tidaklah mendengar bacaan Nabi terlebih dahulu, tetapi dia membacanya mendahului perbuatan nabi. Ketika baginda SAW mendengar bacaan lelaki tersebut, Rasulullah tidak mudah membidaahkannya, tetapi baginda bertanya dahulu.

Dari hadis ini menjadi dalil bahawa, tidak boleh terus dikatakan bidaah pada setiap amalan yang tidak dilakukan oleh Nabi SAW. Bahkan, selagi ianya mempunyai asas istidlal, maka ianya adalah diizinkan didalam Islam.

Dari ulasan inilah, menyebabkan berlaku berbagai-bagai kekhilafan didalam agama dalam menentukan sesuatu amalan itu bidaah atau tidak. antaranya adalah dalam menentukan amalan tahlil arwah, talqin untuk mereka yang sudah mati dan berbagai lagi.

Bersambung…….

Al-Bakistani

http://laptopdarulfiqh.blogspot.com

e mail : abu_abdillah_azzam@yahoo.com

[1] Dibentang dalam majlis tazkirah di Sheraton Hotel Subang Jaya.
[2] Sahih Muslim : 4/359 : hadis no : 1435.
[3] Syarah An-Nawawi ‘Ala Sahih Muslim : 3/247
[4] Al-I’tisam : hlmn 12.
[5] Sahih Muslim : 2/705. hadis no : 1017.
[6] As-Sunan Wa Al-Mubtadiat : hlmn 11-12.
[7] As-Sunan wa Al-mubtadiat : hlmn 13
[8] Fatawa Maasarah : 2/649
[9] Tahwil An-Nuqud : m/s 78.
[10] Bukhari : 2/753. bab an-najsy.
[11] Muslim : 3/267 : hadis no : 943 dan At-Tirmizi : 12/17 : hadis no : 3516. Hadis ini sahih mengikut kiraan Albani didalam kitabnya “sahih At-Targhib wa At-Tarhib : 1/125 : 518

3 comments:

Aida said...

SIAPALAH KITA NAK MENENTANG KATA2 RASULULLAH (KULLU BID'ATIN DHOLALAH)

Anta Nak Protes nabi ("Tidak Nabi, tidak semua bidaah sesat, ada bidaah lain yang tak sesat") begitu deh...


UNTUK MENDALAMI ILMU BIDAAH SILA BUKA KITAB: AL-I'TISHOM oleh IMAM ASY-SYATIBI (sudah diterjemahkan)



Rasulullah berwasiat:

"Aku wasiatkan kepada kalian untuk tetap bertaqwa kepada Allah, dan senantiasa mendengar dan taat walaupun yang memimpin kalian adalah seorang budak Habasyi. Barangsiapa hidup (berumur panjang) di antara kalian niscaya dia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka wajib atas kalian berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah Khulafa`ur Rasyidin yang mendapat petunjuk (yang datang sesudahku), gigitlah sunnah itu dengan gigi geraham kalian. Dan jauhilah perkara-perkara baru yang diada-adakan (dalam urusan agama, pent.). Kerana sesungguhnya setiap perkara yang baru itu bid'ah dan setiap bid'ah itu sesat." [HR. Ahmad 4/126, Abu Dawud no.4607, At-Tirmidzi no.2676, Muslim dan disahihkan oleh Asy-Syaikh Al-Albani dalam Shahiihul Jaami' no.2546.]


Berkata Ibnu Rajab:

"Sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam: "(Kullu bid'atin dholaalah = semua bid'ah adalah sesat)" merupakan kata (kaedah) yang menyeluruh dan tidak ada pengecualian sedikitpun (dengan mengatakan, "Ada Bid'ah Hasanah", pent.) dan merupakan dasar yang agung dari dasar-dasar agama." [Jaami' Bayaanil 'Ilmi wa Fadhlih hal. 549.]


Berkata Al-Imam Malik bin Anas:

"Barangsiapa mengada-adakan di dalam Islam suatu kebid'ahan yang dia melihatnya sebagai suatu kebaikan maka sungguh ia telah menuduh bahawa Muhammad shallallahu 'alaihi wa sallam mengkhianati risalah, kerana sesungguhnya Allah Ta'ala telah berfirman: "Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kalian agama kalian dan telah Kucukupkan kepada kalian nikmat-Ku dan telah Kuridhai Islam itu menjadi agama bagi kalian." Maka apa-apa yang tidak menjadi agama pada hari itu, maka tidak menjadi agama pula pada hari ini." [Al-I'tisham, Al-Imam Asy-Syathibiy, 1/64.]



dipetik dari http://imamsyafie.wordpress.com


Sebelumnya Allah berfirman :

بَدِيعُ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ

“Allah pencipta langit dan bumi” [Al-Baqarah : 117]


Ertinya adalah Allah yang mengadakannya tanpa ada contoh sebelumnya.


Bid’ah dalam agama ialah sesuatu yang tidak disyari’atkan oleh Allah dan rasul-Nya iaitu tidak diperintahkan dengan perintah wajib atau perintah sunnah. Adapun yang diperintahkan dengan perintah wajib dan sunnah serta diketahui perintah-perintah tersebut dengan dalil-dalil syar’i, maka hal itu termasuk yang disyari’atkan oleh Allah, meskipun terjadi perselisihan di antara ulama di beberapa masalah dan sama saja, baik hal itu sudah diamalkan pada masa Rasulullah atau tidak. [[1]]


Menurut Imam As-Syatibi:

“Bid’ah ialah suatu tatacara dalam beragama yang diada-adakan (tanpa dalil) yang menyerupai syari’at yang tujuan dengan melakukannya adalah berlebih-lebihan dalam beribadah kepada Allah subhanahu wa ta’ala” [[2]]


Berkata ‘Abdullah bin ‘Abbas radhiyallahu ‘anhu:

“Sesungguhnya perkara-perkara yang paling dibenci oleh Allah adalah bid’ah-bid’ah.” [[3]]


Ibnu Rajab berkata:

“Yang dimaksudkan dengan bid’ah adalah sesuatu yang diadakan tanpa ada dasarnya di dalam syari’at. Adapun suatu yang ada dasarnya dalam syara’, maka bukan bid’ah meskipun dikatakan bid’ah menurut bahasa.”


Menurut Imam As-Suyuti:

“Bid’ah adalah istilah untuk perbuatan yang bertentangan dengan syariat. Penerapannya berkaitan dengan pengurangan atau penambahan dalam agama.”


Berkata Sufyan Ats-Tsauri:

“Bid’ah itu lebih disukai oleh Iblis daripada kemaksiatan, pelaku maksiat masih ingin bertaubat dari kemaksiatannya (masih diharapkan untuk bertaubat), sedangkan pelaku bid’ah tidak ada keinginan untuk bertaubat dari kebid’ahannya (sulit diharapkan untuk bertaubat).” [[4]]

Firman Allah subhanahu wa ta’ala:

“Maka apakah orang yang dijadikan (syaitan) menganggap baik pekerjaannya yang buruk lalu dia meyakini pekerjaannya itu baik, (sama dengan orang yang tidak ditipu oleh syaitan)?” (QS. Faathir: 8)

Berdasarkan definisi-definisi di atas, dapat disimpulkan makna bid’ah adalah seperti berikut:

1. Bid’ah adalah perkara baru dalam agama
2. Tidak ada dasar (asal) dalam agama.
3. Bertentangan dengan al-hak dan syariat.
4. Menyerupai syariat padahal bukan.
5. Boleh berupa pengurangan dan penambahan dalam agama.
6. Maksud untuk berlebih-lebihan dalam mendekatkan diri kepada Allah.
7. Menjadikan perkara bukan syariat atau adat kebiasaan sebagai syariat.
8. Tercela dan tersesat seperti yang dijelaskan dalam Quran dan Sunnah.
9. Pelaku bid’ah sukar untuk bertaubat, bahkan mempertahankan bid’ahnya.

--------------------------------------------------------------------------------

[1] Majmuk Fatawa, juz 4, hal. 107.
[2] Lihat: Mukhtashar Al-I’tisham, hal. 7.
[3] Diriwayatkan oleh Al-Baihaqiy dalam Al-Kubra 4/316
[4] Diriwayatkan oleh Al-Laalikaa`iy 1/133 dan Abu Nu’aim dalam Al-Hilyah 7/26 dan Al-Baghawiy dalam Syarhussunnah 1/216ri (1/213) Ibnu Hajar. Tuhfatul Ahwaziy Syarah Tirmizi (7/418-420).
 

Adapun kata-kata Imam Syafie tentang Bidaah Hasanah sudah dijelaskan di http://bidaahhasanah.wordpress.com/

Ustaz2 kita menyembunyikan pembahagian yang dijelaskan oleh Imam Syafie.

Imam Syafie imam yang Ana sanjungi kerana memperjuangkan Sunnah Nabi yang Sahihah.

Al-Bakistani said...

komentar saudara menampakkan saudara sekadar belajar ilmu nahu dan sorof, tanpa mendalami ilmu balaghah...

perkatan nabi mempunyai sastera arab yang tinggi.

makna "Kullu" itu sendiri mempunyai qarinah dengan hujahan hadis yang lain...

Alhamdulillah, kitab al-i'tisom ana dah belajar habis dengan seorang syaikh semasa belajar di Mesir dahulu..

ramai yang membuat dakwaan seperti anta, suruh baca kitab al-i'tisom, tetapi lupa, karangan Imam As-Syatibi yang mengarang sebuah kitab yang lain yang bertajuk Al-Muwafaqat yang menjelaskan tentang usul as-syariah...

cadangan ana, anta baca pulak kitab itu sama (al-muwafaqat), dan buat ulasan balik kandungan sebenar al'i'tisom.

sekian dan terima kasih atas komentar...

aliwah_82 said...

alhamdulillah, jazakallah ..kerana membela kebenaran.memang tradisi wahabi keras kepala,main amik hujjah kitab yang kene dengan selera dan syok sendiri bab kata orang Johor macam bagosss,,,wpun saya orang t.merah kelantan.antara ciri lain wahabi juga adalah main pukul rata,bila suruh di teliti hujjah yang lain yang meluas dari lautan ilmu...begitu susah .memang kene dengan dia cakap tadi pembidaah susah nak bertaubat,maka suruh dia bertaubat kepada fahaman ahlu sunnah sejati..ayah saya salah seorang murid HAji Abdullah Lubok Tapah rahimahullah selalu pesan pada saya yg Haji Lah pernah pesan belaja banyak2 dulu dan baca banyak 2 kitab dulu...syukur ada ilmuan mcm saudara