Wednesday, March 07, 2007

CINTA TEHRANI BERTEPI, BAGAIMANA CINTA SUNNI?

CINTA TEHRANI BERTEPI, BAGAIMANA CINTA SUNNI?

Cinta….. satu kalimah yang sering diungkapkan oleh generasi penyanyi-penyanyi nasyid masa kini. Jika dahulu, kini, mungkin selamanya, Kalimah yang mengandungi makna cinta, seperti Muhabbat, piyar, paghal, dilchasp dll menjadi buah mulut peminat-peminat Hindustan di Negara ini.

Hakikat sebenar, maksud cinta tidak sekadar diungkap oleh manusia dan jin semata, tetapi ianya merupakan ungkapan yang telah di guna sendiri oleh Allah, tuhan yang mentadbir sekelian Alam.

Firman Allah;

إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ

Maksudnya;
“Sesungguhnya Allah cinta kepada orang-orang yang berbuat baik”

(surah Al-Baqarah : 195)

Cinta bukanlah segala-galanya, tetapi kehidupan ini memerlukan kepada cinta. Dengan cinta, manusia merasakan hidup mereka bahagia. Dengan cinta, manusia akan mengenali anak, cucu, ibu, bapa, atuk dan bla..bla..bla….

Cinta merupakan fitrah insani, yang hadir tanpa paksaan. Kehadiran cinta bermula dengan kefahaman dan kenal. Tanpa kenal, mana mungkin cinta akan hadir. Tanpa faham, cinta yang hadir merupakan angan-angan khayalan.

Dengan cinta, manusia akan mula merindui. Dengan cinta, manusia akan merasakan diri mereka mempunyai kesukaan. Dengan cinta, hidup yang sempit menjadi luas. Dengan cinta, kelapangan hidup menjadi bertambah lapang.

Tetapi,,,, amat menyedihkan, berapa ramai manusia yang menjadikan cinta sebagai cara untuk mereka bertaassub dengan sesuatu aliran.

Sekiranya aliran tersebut sememangnya bercanggah dengan Islam, mungkin ketaassuban itu tidak di salah anggap, tetapi jika ketaassuban itu sememangnya lahir dari perasaan tidak puas hati, dengki, hasad dll, sehinggakan kebenaran pula di tolak, maka cinta tersebut adalah cinta yang songsang. Dengan cinta yang songsang itulah, menjadi bahan modalan sebagai cara untuk mengkafirkan sahabat-sahabat nabi. Maka dengan demikian, cinta yang suci, sudah menjadi kotor ibarat najis babi.

Mungkin inilah yang dikatakan, kesongsangan bercinta, iaitu bercinta untuk melahirkan semangat permusuhan terhadap Islam yang suci dan terhadap sahabat-sahabat nabi yang di redhai.

Apakah inilah gambaran sebenar cinta tehrani??

Mungkin pada asalnya, ungkapan cinta tehrani itu tidak songsang, tetapi kesongsangan cinta tehrani bermula dari sikap-sikap golongan mendakwa wahabi telah tersongsang.

Maka dengan demikian, tehrani mendapat cinta yang songsang.. adakah begitu????

Maka dengan demikian, tehrani mula mengkritik zanni as-subut yang datang dari muslim dan al-Bukhari, semata-mata cintakan syiah yang memusuhi wahabi.

Adakah begitu?????

SYAFII YANG SYIAH : SIFIR SONGSANG?????

Memelikan ????? bagaimana seorang yang mengaku sebagai sunni syafii, mula membawa teori syiah didalam kehidupannya… sedangkan syiah telah dinyatakan oleh As-Syafii sebagai puak yang paling berbohong dikalangan manusia[1].

Jika benar syafii menyatakan bahawa dia adalah syiah disebabkan menyayangi ahl Bait, maka ungkapan sebegitu tidaklah bermakna As-Syafii adalah syiah, tetapi ungkapan itu mengandungi maksud, kecintaan kepada Ahl Bait itu tidaklah datang dari syiah semata, tetapi juga dari Sunni. Inilah cinta sunni terhadap Ahl Bait yang tidak songsang, tidak seperti cinta Syiah kepada Ahl Bait yang telah tersongsang.

Kecintaan Sunni kepada Ahl Bait, tidaklah melampau seperti kecintaan Syiah kepada Ahl Bait; yang sanggup mentakfirkan sahabat yang diridhai.

Firman Allah;

وَالسَّابِقُونَ الْأَوَّلُونَ مِنَ الْمُهَاجِرِينَ وَالْأَنْصَارِ وَالَّذِينَ اتَّبَعُوهُمْ بِإِحْسَانٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ وَأَعَدَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي تَحْتَهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ
Maksudnya;
“Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk Islam) dari golongan muhajirin dan anshar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah ridha kepada mereka dan merekapun ridha kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka surga-surga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya selama-lamanya. Mereka kekal di dalamnya. Itulah kemenangan yang besar”

(surah At-Taubah : 100)

Mungkin syiah tidak menghayati ayat ini, atau sudah menghazafnya dari kamus kehidupan mereka?????

Kalau benarlah fikiran ini, maka pasti, sifir Tehrani telah bertukar dari 2 kali 2 yang bertemu jawapan 4, sudah menjadi 5….!!!???

SIAPAKAH TEHRANI UNTUK PERTIKAI IMAM AL-BUKHARI DAN MUSLIM??

Setiap hadis yang di ungkapkan oleh Imam Al-Bukhari dan Muslim, semuanya dimulakan dengan permulaan “taqwa” kepada Allah, bukan taqiyyah atau ghaibah…

Kesahihan hadis didalam kitab mereka, tidak boleh “dikondemkan” dari seorang yang sekadar menjadi novelis yang mendapat anugerah dari kerajaan hadhari, sedangkan ramai tokoh-tokoh ulama besar sendiri telah mengakui kesahihan hadis-hadis muslim dan Al-Bukhari.

Kesahihannya diakui oleh Imam Ahmad bin Hanbal, Yahya bin Mu’in dan beberapa ulama muktabar di zaman tersebut. ini di akui sendiri oleh Abu Jaafar Al-‘Aqili[2]

Amat “mengkelakarkan”, apabila muslim dan Al-Bukhari mengungkapkan hadis dari sudut “as-subut” tetapi dipertikaikan oleh tehrani dari sudut “ad-Dilalah”nya. Ini menandakan tehrani seorang yang tidak layak untuk mempersoalkan ungkapan hadis Muslim dan Al-Bukhari, lebih-lebih lagi mengatakan mereka memburukkan Nabi SAW.

PENUTUP

Cadangan kepada at-tehrani, supaya tidak memperkatakan sesuatu yang dia sendiri tidak memahami. Jika ingin berkata juga, ini menandakan permulaannya dengan cinta yang songsang, bukan dari cinta yang bermula dengan kefahaman dan kenal.

Sekian

p/s : tulisan ini, sengaja di gunakan ayat-ayat yang mengandungi “ungkapan-ungkapan pelik”, agar ianya di sesuaikan dengan kesasteraan At-Tehrani

Wallahu ‘Alam.

One_G
http://laptopdarulfiqh.blogspot.com
http://jihad-jalanku.blogspot.com

jika anda mahu mendalami pengajian fiqh, tafsir dan Hadis, sila layari : http://one-g.blogspot.com















[1] Huqbah min At-Tarikh : Osman Khamis : m/s 11.
[2] Ilmu Mustolah Hadth (Qurrotu; Aien Bt Fatah Yasin) : m/s 189.

No comments: