SALAFI ATAU KHALAF : APA ALIRANKU YANG SEBENAR ????!!
Semenjak articleku yang bertajuk “Kecelaruan muqallid yang mahu jadi mujtahid” berkenaan dengan munazarah ilmiyyah antara As-Syaikh Dr Said Ramadhan Al-Buti dan As-Syaikh Albani RA di baca oleh sebilangan pembaca-pembaca, berbagai respon yang telah di tujukan kepadaku.
Sebilangan dari pembaca tersebut, bertanya-tanya kepadaku tentang aliranku yang sebenar. Adakah salafi, khalaf atau…atau… dan atau !!. Seorang pembaca yang “bernickname” Fakhrurazi menyatakan bahawa aku adalah seorang yang beraliran “SALAFI”, adapun seorang sahabat dari Al-Ahkam.net pula, iaitu THTL mendakwa bahawa aku adalah orang yang beraliran tradisional, disebabkan melihat tempat pengajianku terdahulu adalah Pondok Lubuk Tapah, Pasir Mas, Kelantan.
Amat pelik dengan dakwaan THTL tersebut, ini kerana, THTL sendiri tidak meletakan Maulana Asri seorang yang beraliran tradisional, sedangkan dia sendiri adalah antara seorang bekasan pelajar di Pondok Pasir Tumbuh, Kelantan; yang semangnya beraliran tradisional.
Disebabkan mendalami ilmu hadis di India dan Pakistan, Maulana Asri di lihat oleh beliau sebagai salafi dan sebagainya.
Begitujuga aku, memang aku seorang bekas pelajar Pondok Lubuk Tapah, pasir Mas yang beraliran tradisional, tetapi semasa aku di Pakistan, aku belajar di Universiti Farooqiyyah yang beraliran “Deobandi” seperti Maulana Asri.
Tetapi perbezaan antara kami cuma, beliau – pada pandanganku -seorang yang Alim, mempunyai ketinggian ilmu didalam bidang hadis, tetapi aku tidaklah mempunyai ilmu yang banyak seperti beliau.
Biarlah apa yang hendak di katakan, yang penting bagiku adalah, tidak perlu mendabik dada bahawa kita adalah “SALAFI” dan “KHALAF”, yang penting kita adalah ISLAM YANG AHL AS-SUNNAH WA AL-JAMAAH.
SELAGI BERASASKAN AL-QURAN DAN AS-SUNNAH, MAKA ITU ADALAH KEBENARAN
Pelik melihat perdebatan di dunia “alam maya” ini, iaitu antara dua kelompok yang mendakwa sebagai golongan salafi dan Khalaf, yang dimaksudkan dengan salafi adalah puak asri @ alahkam. Adapun puak khalaf pula adalah puak tradisional Osman Muhammadi @ Zamihan dan sebagainya.
Bagiku, perbalahan itu sebenarnya tidak menguntungkan Islam, tetapi perbalahan itu semata-mata mahu mencari “siapa yang paling handal” dalam perdebatan ilmu. Masakan perdebatan itu menguntungkan Islam, ini kerana, jika dilihat kepada pendebat-pendebat tersebut didapati semuanya membenarkan aliran Islam Hadhari.
Mengapa perlu berbalah tentang “penjenamaan uluhiyyah, Rububiyyah, sifat 20” dan sebagainya. Sedangkan jika debat mereka semuanya kembali kepada sumber yang asal, iaitu Al-Quran dan As-Sunnah, maka selayaknya sikap toleransi perlu disemai.
Apabila perbincaraan tauhid, disebut kalimah “Uluhiyyah” dan “Rububiyyah”, terus mereka mendakwa perbicaraan itu sebenarnya datang dari mereka yang beraliran salafi wahabi.
Begitujuga, perbicaraan berkenaan tauhid sifat 20, yang apabila di bicarakan, pembicara tersebut terus di “cop” sebagai orang yang beraliran tradisional dan sebagainya.
Pada pandanganku, perbicaraan sifat 20, tauhid uluhiyyah dan tauhid rububiyyah, tidaklah bercanggah dengan Islam, ini kerana, kesemuanya itu adalah cara untuk mengenali Allah yang berasaskan kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Yang perlu ditentang adalah, apabila berbincangan tersebut tidaklah berasaskan kepada “istinbat nas” yang betul.
LIHAT KEPADA MUSAMMA, BUKAN KEPADA ISIM
Dr Yusuf Al-Qaradhawi menyatakan didalam kitabnya yang bernama “Fatawa Muasirah”;
فإن مدار الحكم ليس على الأسماء, بل على المسميات
Maksudnya;
“Sesungguhnya pusingan/lingkungan hukum tidaklah atas nama, bahkan atas sesuatu yang diberi nama[1]”
Ungkapan kata Dr Yusuf Al-Qaradhawi ini sebenarnya, bukan sekadar ungkapan semata, tetapi ianya merupakan kaedah pemahaman nas yang sudah lama di guna pakai.
Kaedah ini, apabila difahami, menyebabkan dua puak yang bercanggah tidak akan berada dalam perbalahan atas aliran masing-masing, tetapi mereka akan bersatu hati melawan UMNO dan Barisan Nasional yang sesat menyesatkan itu.
Ungkapan kalimah “kahwin mis-yar” yang di terjemah ke bahasa melayu dengan “perkahwinan jalanan”, merupakan satu amalan yang diharuskan didalam Islam, walaupun apabila dilihat dari segi namanya, agak janggal dan tergambar di pemikiran kita, seakan-akan ianya menyerupai zina atau pelacuran.
Ini kerana, musamma bagi kahwin mis-yar adalah berkahwin oleh lelaki dengan perempuan dengan tidak memberi tanggungjawab nafkah yang sepatutnya diberikan oleh suami kepada isteri. Juga, tidak memberi tanggungjawab nafkah itu dengan kerelaan dan keizinan dari pihak perempuan.
Memahami dari musamma itu, di fahami bahawa kahwin mis-yar dari segi hukumnya adalah sesuatu yang di izinkan oleh syariat. Ini kerana, Saudah binti Zam’ah yang merupakan salah seorang isteri Rasulullah SAW, telah mengizinkan kepada Rasulullah SAW untuk mengambil malam gilirannya diberikan kepada Aisyah[2].
Dari keizinan itu, kita dapat lihat bahawa hukum melakukan kahwin mis-yar, bukanlah sesuatu yang menyalahi syariat, tetapi apabila dilihat dari namanya, yang diterjemah kedalam Bahasa Melayu yang bermaksud, Kahwin Jalanan, seakan-akan ianya seperti diharamkan oleh Syariat.
Maka begitujuga dalam isu dalam perjalanan mengenal Allah, samada menggunakan kaedah tauhid uluhiyyah, Rububiyyah atau sifat 20.
AKU BUKAN PENGKRITIK AS-SYAIKH ALBANI RA
Aku bukanlah pengkritik peribadi As-Syaikh Albani, tetapi aku hanya menukilkan kritikan Dr Said Ramadhan Albuti terhadap sikap As-Syaikh Albani yang memandang rendah kepada ulama-ulama mazhab.
Ini dapat di serupakan dengan keadaan yang berlaku di Negara kita ini. Ini kerana, di Negara kita, sudah ada kelompok manusia yang sudah mula hendak mengkondem imam-imam mazhab.
Dengan nukilanku tentang kritikan Dr Said Ramadhan Albuti terhadap As-Syaikh Albani menyebabkan timbul beberapa individu yang tidak berpuas hati sehinggakan mengeluarkan kata-kata yang kurang enak untuk diberikan kepada As-Syaikh Dr Said Ramadhan Albuti.
Jika kerana kritikan Dr Said Ramadhan Albuti terhadap As-Syaikh Albani menyebabkan kita memandang rendah kepada As-Syaikh Dr Said Ramadhan Albuti, mengapa kita tidak memandang rendah kepada Dr Yusuf Al-Qaradhawi yang mengkritik As-Syaikh Albani didalam kitabnya yang bertajuk “Al-Marji’iyyat Al-Ulya fi Al-Islam Li Al-Quran wa As-Sunnah”.
Juga didalam buku “Fi Usul Ad-Dakwah, Muqtabasah Min Kutub Ad-Doktor Yusuf Al-Qaradhawi” karangan As-Syaikh Mustafa Malaikah, yang telah di terjemah oleh Dr Basri Ibrahim Al-Hasani, ada menukilkan kritikan Dr Yusuf Al-Qaradhawi terhadap As-Syaikh Albani RA berkenaan pentakhrijan hadis yang telah dilakukan As-Syaikh Albani RA[3].
Begitujuga, kita boleh membaca kritikan seorang ulama salafi dari Negara Mesir; bernama As-Syaikh Amru bin Abdil mun’im bin Salim terhadap As-Syaikh Albani berkenaan takhrij lapan Hadis pemakaian emas oleh kaum wanita di dalam kitabnya yang bernama “Adab Al-Khitbah wa Az-Zifaf”.[4]
Maka dengan demikian, kritikan ulama-ulama tersebut bukanlah menjadi modal kepada kita untuk menghina atau memandang rendah kepada ulama-ulama tersebut.
Sekiranya kita mengambil sikap sedemikian juga, maka ini menunjukan bahawa kita yang mengajak supaya tidak taassub mazhab sudah terjerumus kepada golongan yang tassub Albani.
Jika kita marah kepada As-Syaikh Dr Said Ramadhan Albuti tentang kritikannya terhadap As-Syaikh Albani dengan anggapan kritikan itu sebagai meremeh-remehkan As-Syaikh Albani, mengapa kita tidak marah dengan sikap As-Syaikh Albani yang bukan sekadar meremeh-remehkan Dr Said Ramadhan albuti, tetapi menyuruh As-Syaikh Dr Said Ramadhan Albuti bertaubat nasuha, seakan-akan As-Syaikh Dr Said Ramadhan Albuti telah menyimpang dari Islam. Kritikan As-Syaikh Albani terhadap As-Syaikh Dr Said Ramadhan Albuti itu boleh di baca didalam kitabnya yang bertajuk “At-Tawassul : Anwa’uhu wa Ahkamuhu” di muka surat 140.
PENUTUP
Mengkritik adalah sesuatu kemestian. Ini kerana, kritikan merupakan cara manusia itu berhati-hati didalam menjalani kehidupan di dunia.
Perkara yang dilarang adalah “kondem”, iaitu mengambil sikap meremeh-remehkan pandangan ulama yang tidak sehaluan atau sealiran dengannya.
Perkara utama yang paling penting kepada kita adalah, hendaklah kita memperkatakan sesuatu perbahasan ilmu itu berdasarkan kepada kefahaman yang menyeluruh.
Maka dengan demikian, isu perdebatan ini bukanlah satu perkara utama sehinggakan kita lalai dari melakukan gerak kerja yang paling utama, iaitu membinasakan penjajah.
Oleh itu, apabila orang bertanya kepadaku berkenaan dengan aliranku yang sebenar, aku akan menjawab, aliranku adalah ISLAM yang telah di ajar Rasulullah SAW, para Sahabat, Tabiin, Tabii tabiin, Imam-imam Mazhab Islam dan semua yang berhujjah berdasarkan “turuq Al-Istinbat” yang betul.
Marilah kita bersatu hati untuk menhancurkan musuh Islam yang telah menjajah pemikiran, ilmu dan kesetiaan kita kepada Allah !!!!
Sekian
Wallahu ‘Alam
One_G
http://laptopdarulfiqh.blogspot.com
http://jihad-jalanku.blogspot.com
abu_abdillah_azzam@yahoo.com
untuk mendalami pengajian Fiqh, Tafsir dan Hadis, layarilah http://one-g.blogspot.com
[1] Fatawa maasirah : 2/650.
[2] At-tashil fi ‘ulum at-Tashil : 1/159 sahih Bukhari : 2/916 : hadis no : 2453.
[3] Fi Usul Ad-Dakwah, Muqtabasah Min Kutub Ad-Doktor Yusuf Al-Qaradhawi (terjemahan) : m/s 233.
[4] Adab Al-Khitbah wa Az-Zifaf : 155 - 181
Monday, March 05, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
salam ustaz, di satu sudut pemikiran ustaz ini masih selari dengan adab dan ukhuwah yang ditekankan dalam ahlus sunnah wal jamaah.
walaupun, dari segi satu sudut terutama berkenaan islam hadhari, ustaz berbeza dengan saya, dan saya masih melihat ustaz belum tergamak untuk mengkafirkan sesiapa yang mengaku me'nyokong' islam hadhari itu. walaupun, ustaz telah mengisytiharkan umno parti bidaah dholalah dan islam hadhari adalah ajaran sesat.
mungkin situasi sebenar islam hadhari belum dapat pada pengetahuan ustaz untuk ustaz semak dan timbang dgn adil. pada entri sebelum ini yg menerangkan akan islam hadhari, ustaz menghujahkan islam hadhari adalah sesat atas dua faktor utama iaitu pertama, istilahnya yang sesat dan bersalahan.kedua, atas faktor berleluasanya kegiatan maksiat ketika pendekatan ini diumumkan menyebabkan ustaz beri persepsi bahawa islam hadhari menghalalkan kegiatan maksiat.
saya bukan nak mempertahankan propaganda 'islam hadhari', tetapi saya nak mempertahankan penyokong 'islam hadhari' di kalangan para ulama, mufti dan cerdik pandai agama di negara kita.
saya nukilkan hujah ini supaya ustaz tidak terjebak menjadi aliran salafi wahabi versi al ahkam.net yang tidak memikirkan soal martabat ulama.
dan kes THTL menuduh ustaz sebagai aliran tareqat pondok memang suatu yg kelakar dan mendedahkan apa yg terpekung dalam gerak kerja pemikirannya yg sering prejudis.beliau langsung tidak kuat daya analisis dan kaji siasatnya. saya menghormati apa jua gaya pemikiran ustaz, dan saya percaya ustaz mahu yang terbaik untuk perjuangan islam walaupun ustaz berbeza dari jalan pemikiran yg saya pilih.
pertama berkaitan istilah. mungkin istilah itu tidaklah boleh mempengaruhi sangat kepada penilaian suatu pendekatan itu baik atau tidak, apatah lagi istilah 'demokrasi' yg sebenarnya berbeza dengan 'syura' itu pun telah menjadi bahan cakapan pimpinan pas pada masa kini malah menjadi asas perjuangan sesetengah pimpinan pas dalam ceramah mereka. Pada tanggapan ramai ahli pas, walaupun sejarah munculnya istilah demokrasi banyak unsurnya tidak selari dengan islam, tetapi masih diterima untuk diserap dan didirikan dengan unsur islam, dan dengan itu demokrasi dihalalkan untuk diperjuangkan. Namun pastinya demokrasi DAP itu berbeza dengan demokrasi yang dipercakapkan oleh pas.
begitu juga dgn istilah lain seperti sosialis juga sudah ada gerakan yang mahu menghalalkannya dalam perjuangan islam dalam pas. mereka cuba memberi takrif baru atas istilah sosialis itu dengan menyerapkannya dengan nilai islam. buktinya, perjuangan dr burhanuddin sebelum menjadi yg dipertua pas telah cuba disucikan fakta bahawa perjuangannya itu bukan sosialis semata-mata tetapi sosialis islam.
antara penggunaan kata dengan takrif, kita berikan kredit pada takrifan lebih dari kata itu sendiri.
begitulah yang cuba diusahakan oleh para ulama yg menyokong pendekatan 'islam hadhari'. mereka sedang berusaha memberikan takrif yang selari dengan islam, dengan berpegang pada kata-kata PM bahawa islam hadhari bukan ajaran baru tetapi pendekatan mengembalikan umat pada ajaran islam yg tulen atau fundamental untuk membina tamadun.
mungkin ada benar kata-kata dr ismail ibrahim pengerusi majlis fatwa kebangsaan bahawa cuba memandang 'islam hadhari' itu perkataan melayu, maka kita tidak akan melihatnya mencela perkataan 'islam'.
dr uthman el muhammady yang diakui keilmuannya oleh ramai pihak turut menggunakan istilah 'islam tradisional' untuk membezakan kumpulan yang menentang tradisi pendidikan islam terutama tradisi pengajian pondok.
baru-baru ini, cadangan faisal tehrani untuk menerapkan pendekatan 'islam thaqafah' dalam industri seni yang dilaporkan oleh harakah telah menerima sokongan pastinya oleh editorial harakah dan para pembacanya. dan istilah itu masih belum dicela oleh pimpinan pas terutama TG hj hadi yang pasti mencela penggunaan kalimah lain disambung dengan kalimah 'islam' itu. Saya menanti ulasan pimpinan pas terhadap cadangan faisal tehrani, kerana sebelum ini pimpinan pas telah berjasa dalam menangkis fitnah yang mengatakan faisal tehrani seorang syiah. walaupun saya mendapati ustaz juga berkecenderungan untuk mendakwa faisal tehrani adalah seorang syiah.
berbalik pada isu islam hadhari tadi, saya menganalisiskan bahawa ada tiga kelompok sedang merebut takrifan islam hadhari ini. iaitu, pendokong islam liberal, golongan salafi fesyen dr asri, dan para ulama jakim mahupun para mufti yang mewakili golongan tradisionalis.
setakat ini, beberapa pihak sudah menggerakkan pelbagai bentuk usaha bagi merebut penakrifan islam hadhari ini. golongan liberal telah mula mencadangkan IFC bagi menunjukkan keterbukaan pentadbiran berasaskan islam hadhari. mereka menakrifkan islam hadhari itu mestilah harmoni dengan semua agama, atau secara tersiratnya mahu mencucuk jarum pluralisme salah satu unsur islam liberal, persis seperti gerakan JIL indonesia.
golongan salafi fesyen dr asri juga telah menggerakkan usaha untuk mensalafikan islam hadhari. jika dibaca di dalam al ahkam.net sendiri telah menunjukkan mereka mahu memiliki penakrifan islam hadhari itu.dr asri bermula dengan menjatuhkan kredibliti jabatan agama spt isu mengintip dan lain-lain. para ulama seperti ustaz zamihan juga diserang bertubi-tubi sebagai mewakili hasrat mereka untuk menjatuhkan seluruh para ulama yg berasal dari aliran tradisi. dan paling parah, mereka mula menunjukkan sifat mereka yang memandang rendah golongan asyariah yg merupakan aliran majoriti ulama besar di negara kita.mereka mungkin pada saat masakini masih belum menunjukkan iktikad mereka yg sebenar seperti mana golongan salafi lain di dunia yg telah pun menyesatkan seluruh asyariah kerana mendakwa golongan asyariah sesat menakwil sifat Allah.
dan golongan tradisi yg berada di dalam jakim dan para mufti terus mengadakan seminar-seminar bagi meletakkan batu asas penakrifan islam hadhari selari dengan tuntutan ahlus sunnah wal jamaah.
apa-apa pun setakat ini, islam hadhari masih berada dalam landasan yg betul dari segi dasar dan gerak kerjanya.
pada saya, kegiatan maksiat yg berleluasa bukan salah pendekatan islam hadhari sepertimana pada masa lalu seorang ahli pas mengatakan pada saya,"bukan salah dasar pas dan perjuangannya dalam hal akhlak para penyokong pas", yang diketahui ramai amat merundum kerana sering mengabaikan soal akhlak islamiyah sesama saudara yang berlawanan aliran parti politik.
sekadar analisis saya seorang awam yang hina.
kepada saudaraku Muhammad Fakhrul Razi...
anda telah masuk sebuah restoran mamak yang bertulis perkataan "bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim".
lalu di beritahu kepada anda bahawa restoran tersebut bukan restoran Islam, tetapi hindu. apabila di siasat, ternyata benar dakwaan tersebut, lalu anda buat laporan kepada pejabat agama atas tindakan hindu yang membubuh kalimah mulia tersebut. ekoran dari itu, hindu tersebut telah di saman atas tuduhan menghina kalimah mulia tersebut.
persoalan ana...
adakah perbuatan anda itu berpatutan atau tidak?
assalamualaikum..
tidakkah kita bertanya, mengapa perlu di tambah hadhari kpd islam dalam islam hadhari..mengapakah paklah tidak memperkenalkn pendekatan islam tampa ada hadhari pada namanya... jika difikirkan, ia hanyalah senjata politik untuk menandingi islam yang sebenar yg dibawa oleh pas.jika benar umno dan paklah ingin kpd islam yg tulen, saya cukup yakin pas akan menyertai usaha tersebut.tetapi pas menolak krn islam hadhari adalah topeng untuk mengaburi mata rakyat dan ummat islam... renungkan apabila rasulullah menerima tawaran untuk menjadi pemimpin dan raja puak quraisy tetapi rasulullah menolak. tetapi rasulullah menerima untuk menjadi pemimpin madinah apabila dijemput kesana.MENGAPA?kerana jikapun menerima tawaran kafir quraisy, islam takkan memerintah.tetapi tawaran dr penduduk madinah menjanjikan islam bakal boleh memerintah disitu...
Pas berdiri betul2 pada prinsip ini.jikapun menerima islam hadhari, islam tidak akan memerintah.buktinya lihatlah apa yang berlaku sekarang.adakah islam memerintah?hanya orang yang bernama islam yg memerintah.mencampur adukkan amal dan maksiat..tidakkah islam itu bersifat inklabiah? krn itu pas tidak menerima islam hadhari..
kadang2 saya bosan membaca pertelingkahan yg sedang berlaku dikalangan salafi dan khalafi..hingga saya bertanya,apa yg mereka cari sbenarnya? teringat perumpamaan yg tuk guru haji hadi buat, umpama anjing itu lebih baik dr kita.anjing walaupun selalu bergaduh antara satu sama lain, bertengkar dan sbgnya, apabila masuk rusa seekor ,semua trus menerkam rusa tersebut...tp kita tika bergaduh dan bertelingkah, telah melupakan musuh yg sedang menghampiri...
wassalam
World Of Warcraft gold for cheap
wow power leveling,
wow gold,
wow gold,
wow power leveling,
wow power leveling,
world of warcraft power leveling,
world of warcraft power leveling
wow power leveling,
cheap wow gold,
cheap wow gold,
buy wow gold,
wow gold,
Cheap WoW Gold,
wow gold,
Cheap WoW Gold,
world of warcraft gold,
wow gold,
world of warcraft gold,
wow gold,
wow gold,
wow gold,
wow gold,
wow gold,
wow gold,
wow gold
buy cheap World Of Warcraft gold u3j6j7ni
Post a Comment